ekm 331 hasnah

27
BAHAGIAN A: [12 markah] Jawab soalan-soalan berikut: a) Apakah tujuan dan rasional kajian ini? Tujuan kajian artikel “Pelaksanaan elemen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah” oleh Shamsudin Othman & Abdul Rasid Jamian, Universiti Putra Malaysia, adalah untuk mengkaji dan membahaskan kemahiran membaca yang dikaitkan dengan elemen seni bahasa. Kemahiran membaca dilaksanakan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) secara berperingkat bermula tahun 2011. Dalam kurikulum baru ini, ia memberi tumpuan pada empat kemahiran utama , iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Ia bertujuan untuk memperkasakan pembelajaran mata muridan Bahasa Melayuagar ia lebih menarik dan berdaya saing. Untuk tujuan tersebut, suatu elemen baharu iaitu seni bahasa telah diperkenalkan dalam sukatan muridan Bahasa Melayu KSSR. Melalui elemen baru ini, pendekatan “didik hibur” diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui elemen seni bahasa, kita dapat melihat keupayaan murid dalam memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah. Oleh yang demikian, melalui kajian, ia dapat mengenal pasti keyakinan guru dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa. Dalam masa yang sama, dapat dilihat sejauh mana guru dapat menerapkan elemen tersebut serta meningkatkan keberkesanan 1

Upload: siti-raudhah

Post on 20-Nov-2015

58 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

c

TRANSCRIPT

BAHAGIAN A: [12 markah] Jawab soalan-soalan berikut:a) Apakah tujuan dan rasional kajian ini?

Tujuan kajian artikel Pelaksanaan elemen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah oleh Shamsudin Othman & Abdul Rasid Jamian, Universiti Putra Malaysia, adalah untuk mengkaji dan membahaskan kemahiran membaca yang dikaitkan dengan elemen seni bahasa. Kemahiran membaca dilaksanakan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) secara berperingkat bermula tahun 2011. Dalam kurikulum baru ini, ia memberi tumpuan pada empat kemahiran utama , iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Ia bertujuan untuk memperkasakan pembelajaran mata muridan Bahasa Melayuagar ia lebih menarik dan berdaya saing. Untuk tujuan tersebut, suatu elemen baharu iaitu seni bahasa telah diperkenalkan dalam sukatan muridan Bahasa Melayu KSSR. Melalui elemen baru ini, pendekatan didik hibur diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui elemen seni bahasa, kita dapat melihat keupayaan murid dalam memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah. Oleh yang demikian, melalui kajian, ia dapat mengenal pasti keyakinan guru dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa. Dalam masa yang sama, dapat dilihat sejauh mana guru dapat menerapkan elemen tersebut serta meningkatkan keberkesanan kemahiran pembacaan murid. Bahkan ia juga dapat merangsang kemahiran membaca murid dengan memberi penghayatan yang lebih baik dan dapat membina keyakinan mereka. Selain itu, melalui kajian ini juga ia dapat melihat bagaimana kemahiran seni bahasa dapat menepati standard kandungan dan standard pembelajaran yang berpaksikan sistem kemahiran bahasa dan sistem bahasa. Dalam kajian ini juga turut membincangkan kepentingan unsur seni bahasa yang terdapat dalam KSSR dalam bentuk didik hibur. Tteknik didik hibur ini termasuklah nyanyian, bercerita, berlakon, mendeklamasi atau berpuisi yang dilakukan secara santai.

b) Bincangkan bagaimana penyelidik menghuraikan konsep seni bahasa serta contoh-contoh yang diberikan. Beri pendapat anda tentang takrifan penyelidik Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur. Murid dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan. Pembelajaran seni bahasa ini memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dimuridi oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi. Struktur ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif digunakan dalam kaedah ini. Aktiviti seni bahasa dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka. Penyelidik mentafsirkan Seni Bahasa sebagai konsep yang terdiri daripada dua perkataan, iaitu seni dan bahasa. Perkataan seni merujuk perkataan/ayat yang mempunyai nilai keindahan dan disampaikan dalam bentuk yang menyeronokkan (didik hibur), iaitu dalam bentuk nyanyian, lakonan dan deklamasi. Manakala bahasa adalah elemen yang terdapat dalam bentuk nahu atau tatabahasa. Maka seni bahasa menurut penyelidik adalah bentuk pembelajaran bahasa dalam P&P yang menyeronokkan murid-murid. Menurut penyelidik, objektif pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dan menepati sukatan muridan. Penyelidik juga mencadangan agar guru perlu belajar menggunakan P&P sambil berhibur dan ini akan memudahkan sesi pembelajaran dan murid dapat memahami isi kandungan mata muridan. Sesi pembelajaran ini akan menjadi lebih berkesan apabila murid dapat memahminya dalam suasana yang menyeronokkan dan pada masa yang sama dapat menarik minat dan kecenderungan mereka untuk memmuridi subjek bahasa Melayu.Penyelidik juga berpendapat yang seni bahasa amat berkait rapat dengan didik hibur. Ini kerana seni bahasa dan didik hibur mempunyai hubungan makna yang rapat dan mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada murid - murid sebagai satu kaedah alternatif P&P sesuatu subjek. Tujuannya supaya sesi P&P menjadi seronok untuk diikuti murid- murid. Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas sesuatu subjek dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penghayatan dan apresiasi ini perlu diterapkan secara terancang untuk murid-murid. Melalui konsep ini ia dapat menggalakkan murid memahami isi kandungan muridanl isi muridan secara berhibur. Dengan adanya pendekatan ini, menjadikan proses P&P di dalam bilik lebih interaktif serta berpusatkan murid. Dan seterusnya guru dapat mengajar murid dengan lebih mudah apabila murid dapat memahami dan menghayati setiap subjek yang diajar. Secara keseluruhannya, penyelidik mendapati pendekatan seni bahasa dan didik hibur ini merupakan satu pendekatan yang memberansangkan kerana ia bersifat santai tetapi murid dapat memahmi isi kandungan muridan dengan jelas. Didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen asas iaitu nyanyian, bercerita, lakonan, puisi dan lain-lain aktiviti sokongan. Melalui aktiviti ini, murid dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan tanpa mengabaikan isi kandungan matamuridan tersebut. Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai.Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarikpenglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran sesuatu subjek dengan berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami penyerapan sesuatu keadaan. Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai, murni, dan kemahiran bernilai tambah yang dimuridi semasa P&P.Di dalam artikel ini, peyelidik ada melampirkan dua aktiviti untuk murid memmuridi pendekatan seni bahsa dan didik hibur ini. Contoh yang pertama adalah pantun yang mana ia merupakan pantun yang mudah dan berima yang bertajuk Kebersihan Diri. Melalui pantun yang digunakan, guru dapat menyerapkan ilmu tentang kebersihan diri ke dalam diri murid-murid. Ini kerana pantun dua kerat ini amat mudah diingati oleh murid kerana ia menggunakan gaya bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Seterusnya melalui contoh yang kedua yang diberikan oleh penyelidik mengenai seni bahasa yang cukup ringkas. Lagu yang dilampirkan amat mudah difahami oleh murid memandangkan gaya bahasa yang digunakan mengadungi ayat-ayat yang mudah difahami. Malah murid-murid juga dapat mengingati struktur kandungan lagu tersebut dan dapat menyesuaikan diri mereka kelak pada masa hadapan. Ini kerana isi kandungan lagu tersebut mempunyai nasihat yang dapat digunakan oleh mereka kelak. Pada pendapat saya takrifan penyelidik, mengenai konsep seni bahasa dan pendekatan didik hibur dalam proses P&P ini mempunyai objektif tertentu. Antaranya adalah mengguna dan memahami sesuatu muridan secara didik hibur; mengguna dan memahami bahasa yang indah atau bahasa badan dalamaktiviti dan mengguna dan memahami sesuatu kemahiran yang ditunjukkan secara didik hibur. Dalam proses P&P dalam bilik darjah guru adalah segala-galanya yang akan menjalankan pelbagai peranan dalam bilik darjah. Ini bermakna kejayaan sesuatu sesi P&P itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang P&P yang berkesan.Pada pendapat saya, kaedah didik hibur merupakan kaedah yang sesuai dengan situasi generasi Y pada masa sekarang. Pendekatan berasaskan keceriaan tanpa meninggalkan aspek pendidikan amatlah diperlukan memandangkan kaedah pembelajaran tradisional memungkinkan suasana pembelajaran dan pengajaran berlangsung hambar. Ini kerana ia akan menjadikan murid-murid lesu dan hilang minat mendepani subjek tersebut. Ini akan meninggalkan impak negatif terhadap perkembangan bahasa melayu itu sendiri. Pendekatan didik hibur yang antaranya mestilah ceria kerana berunsur kelakar walaupun tidak lari daripada cakupan unsur pembelajaran bahasa seperti lakonan, muzik, puisi dan lawak jenaka. Apabila kedapatan elemen-elemen demikian, ia akan mengurangkan rasa cemas atau tidak yakin murid-murid terhadap guru apabila sesi dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan kesemua murid. Guru berperanan sebagai pemudahcara dan secara keseluruhannya aktiviti dijalankan oleh murid-murid. Dengan itu, murid-murid diharapkan dapat berinteraksi di dalam kumpulan dan bereksperimen dengan wahana seperti nyanyian, lakonan, bacaan berirama sebebasnya tetapi masih di dalam kawalan para guru.

b) Huraikan dapatan utama kajian ini Kajian Pelaksanaan elemen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah ini menggunakan statistik deskriptif untuk melihat kekerapan dan juga min responden terhadap kerja penyelidikan yang dilakukan. Beradasarkan soalan-soalan yang ditanya, markah dianalisis menggunakan kekerapan dan peratusan. Melalui penyelidikan ini lapan pemboleh ubah diterokai dan dibincangkan dalam analisis. Berdasarkan jadual 2, markah adalah dikira berdasarkan nilai skor min bermula dengan nilai skor yang paling tinggi ke rendah. Jadual menerangkan guru-guru mengakui yang penggunaan bahasa sastera dalam P&P seni bahasa bermanfaat penting kepada guru mahupun murid dan nilai skor min yang paling tinggi ialah 3.12(sp=630). Skor min kedua tertinggi adalah 3.11(sp=.387) di mana guru memahami konsep terhadap huraian sukatan muridan seni bahasa. Manakala guru berpendapat tahap pembacaan murid terhadap elemen sastera pula adalah 3.07 (sp=.266). Untuk pengajaran guru berdasarkan KSSR,t nilai skor min 2.98 (sp=.257). Penggunaan Selain teks dan bahan mengajar dalam P&P seni bahasa, sebanyak 2.96 (sp=.243). Penilaian terhadap perlaksanaan elemen sastera pula hanya mencatat nilai skor min yang rendah, 2.69 (sp=.216). Merujuk kepada Jadual ini, ia menunjukkan konsep seni bahasa merupakan satu bentuk atau pendekatan yang baharu yang dapat meningkatkan kefahaman murid tentang subjek yang diajar. Pendekatan P&P baru ini menggunakan teknik didik hibur. Dan ini membuktikan teknik yang menggunakan pengajaran melalui nyanyian, berpantun, bersketsa dan sebagainya dapat meningkatkan mutu atau tahap kefahaman murid. Oleh itu, jika kita lihat jadual 3, tahap pembacaan murid dalam unsur seni bahasa dalam lagu adalah tinggi (min=3.06, sp=.346). Seterusnya, melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur adalah min=2.97, sp=.440. Manakala elemen sastera dapat membantu murid memahami teks dengan lebih berkesan memperolehi skor sebanyak 3.10 (sp=.314). Penguasaan bacaan murid secara mekanis (bacaan secara senyap)(min=3.10, sp=.355) dan mentalis (bacaan secara kuat) (min=3.05, sp=.328). Dan akhir sekali adalah elemen sastera sebagai pelengkap kepada P&P seni bahasa memprolehi min skor sebanyak 3.15 (sp=.360).

Melalui kajian ini, penyelidik telah menemui suatu persepsi positif terhadap keberkesanan dan juga faedah elemen sastera dalam P&P seni bahasa kepada murid. Ini berdasarkan beberapa soalan telah dikemukan kepada guru untuk melihat sejauhmana kemajuan dan prestasi seseorang murid itu mengikut pemerhatian mereka. Berikut adalah hasil dapatan kajian seperti mana yang ditunjukkan di dalam Jadual 4. Berdasarkan pemerhatian para guru, murid memahami setiap maklumat yang disampaikan oleh guru, memprolehi min skor sebanyak 2.97 (sp=.382). Murid juga didapati mampu mengulang kembali apa yang telah mereka muridi secara tepat, min 3.30 (sp=3.55). Selain itu juga, berlaku peningkatan terhadap penguasaan kemahiran lisan nilai min sebanyak 3.08 (sp=.365). Manakala sebanyak (min=3.13, sp=.346) diperolehi untuk kemahiran membaca, kecekapan pedagogi guru dan peningkatan kemahiran murid dalm 4M. Akhir sekali bagi kemahiran menulis min=3.02, sp=.371. Berikut adalah hasil penyelidikan tentang pengajaran seni bahasa guru berdasarkan KSSR seperti mana yang ditunjukkan di dalam Jadual 5. Analisis yang dijalankan menenunjukkan guru menggunakan pendekatan yang tersendiri sewaktu mengajar seni bahasa dalam bilik darjah mmendapat skor m=3.18, sp=.451. Guru mengaplikasi teknik didik hibur dalam pembelajaran seni bahasa mereka, min=3.23, sp=.514. Guru juga mempelbagaikan teknik pengajaran seni bahasa (min=3.22, sp=.478). Pengajaran tertakluk di dalam bilik darjah sahaja, min=2.34 (sp=.674). Kadangkala melakukan pengajaran di luar bilik darjah dan pengajaran guru berbeza dengan guru yang lain (min=3.01, sp=.539). Guru bersetuju dengan min 3.17 (sp=.481). Pemahaman guru tentang penggunaan seni bahasa dalam pengajaran, 2.94 (sp=.496). Tugasan atau latihan yang diberikan kepada murid adalah selaras (min=3.16, sp=.408), pengajaran seni bahasa diajar dalam tempoh masa min 3.02 (sp=.374) dan yang terendah sumber atau bahan yang digunakan untuk pengajaran seni bahasa tidak mencukupi min2.51 (sp=.530). Jadual 6 pula menerangkan hasil analisis tentang penggunaan teks sastera dan bahan mengajar dalam pembelajaran seni bahasa. Berdasarkan pemerhatian didapati guru berpuashati dengan bahan puisi seni bahasa dan prosa seni bahasa dengan nilai skor min 2.72 (sp=.507). Bahan bantu mengajar multimedia dalam P&P dengan skor min 3.10 (sp=.426). Seterusnya, Bahan bantu mengajar bukan elektronik dalam P&P (min=3.16, sp=.441), bahan bantu mengajar seni bahasa bersifat kreatif dengan nilai skor min sebanyak 3.13 (sp=.384) dan bahan bantu mengajar itu dihasilkan sendiri oleh guru (min=2.93, sp=.451). Kesimpulannya, hasil dapatan kajian ini mendapati untuk meningkatkan mutu P&P ia perlu keyakinan guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, keberkesanan teks sastera terhadap peningkatan tahap pembacaan murid, fungsi teks sastera terhadap pemahaman pembacaan murid; perkaitan tahap pembacaan murid dengan pembelajaran mata dan perkaitan tahap pembacaan murid dengan pembelajaran mata Hasil kajian, mendapati bahawa murid berupaya meningkatkan kemahiran mendengar berpandukan Aras Kefahaman Taksonomi Bloom. Pemahaman teks sastera menjadi lebih mudah dan murid memperolehi pencapaian markah yang tinggi. Penglibatan sepenuhnya para guru dalam pendekatan atau teknik didik hibur menjadi faktor kejayaan dalam mengajar murid-murid. Seterusnya dapat membantu meningkatkan penguasaan kemahiran 3M. Penerimaan murid terhadap pengajaran guru juga diterima oleh murid dan dalam masa yang sama keyakinan mereka juga meningkat. Peratusan yang tinggi iaitu 60 menunjukkan murid yang berusia 7-8 tahun berupaya membina keyakinan diri dan kemahiran lisan dapat ditingkatkan. Pendekatan didik hibur melalui bercerita, lakonan dan nyanyian, yang digunakan ke atas murid menunjukkan peratusan yang besar. Ini menunjukkan guru Berjaya dalam proses P&P menggunakan pendekatan ini. Murid dapt belajar dalam keadaan yang santai, kelakar, seronok dan kurang stress.

d) Nyatakan implikasi dapatan kajian terhadap pengajaran Bahasa Melayu Berdasarkan kajian ini, ia telah memberi beberapa implikasi terhadap pengajian Bahasa Melayu. Hasilnya seni bahasa yang menggunakan teknik hibur amat sesuai digunakan dalam P&P bagi menggantikan modul yang lama. Guru-guru yang terlibat sebagai responden bersetuju dengan perlaknsaan seni bahasa ini kerana ia akan meningkatkan kemahiran dan kecermelangan murid dengan lebih memberangsangkan dalam Bahasa MelayuManakala, para guru juga menghadapi cabaran dalam teknik pembaharuan terhadap perlaksanaan kurikulum baru ini. Walubagaimanapun ia dapat memberi input yang positif kepada murid. Guru pula akan bersikap lebih kreatif, inovasi dan berdaya maju. Sungguhpun begitu, ada juga guru yang akan merasa tertekan dengan beberapa aspek perlaksanaan KSSR ini. Antara perkara yang akan menjadi bebanan mereka adalah prestasi tugas mereka juga akan terganggu dan ini akan member impak negative kepada murid. Sungguhpun begitu, dengan adanya perlaksanaan elemen seni bahasa ini dalam P&P ini akan membaa satu perubahan yang baik selari dengan hasrat pendidikan Negara. Didik hibur telah membawa banyak kebaikan. Antaranya ialah nyanyian dapat membantu murid menguasai kosa kata, sebutan,intonasi, rima dan tekanan, struktur ayat. Kesannya dapat mengukuhkan aspek kemahiran asas berbahasa. Bercerita dapat memberikan pengajaran,panduan, nilai murni, dan menyuburkan imaginasi. Berlakon dapat melatih murid-murid memahami semua aspek kehidupan apabila mereka menghadapi keadaan sebenar. Pantun merupakan bentuk puisi tradisi lisanmasyarakat Melayu. Pantun menggambarkan atau merupakan refleksi minda, sosial, budaya dan kemasyarakat Melayu lama.Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baru dalam siri pendidikan negara. Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan secara jelas sebagai komitmen yang bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengaplikasikan pendekatan ini yang diadaptasikan menerusi pendekatan Fun Learning yang digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran. Didik hibur dalam P&P BM merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan Kementerian Muridan kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi seronok untuk diikuti murid-murid. Yang penting guru Bahasa Melayu tidak segan dan malu semasa mengaplikasikan didik hibur dan seni sebab mereka perlu bernyanyi, berlakon, berpantun, melukis, bersajak dan bercerita dengan menggunakan bahasa badan di hadapan murid-murid.Aspek didik hibur memang memberi kesan yang positif setiap kali mengajar bahasa. Murid-murid seronok apabila diberi peluang menyanyi. Keseronokan ini akan dapat memberi kesan dalam pembelajaran yang seterusnya, di mana murid dapat menumpukan perhatian dengan baik. Di samping itu, murid-murid juga dapat menggerakkan badan agar tidak lesu di dalam kelas. Itulah yang berlaku di dalam P&P. Murid-murid bertepuk tangan mengikut muzik dan lagu yang dinyanyikan tanpa disuruh oleh guru.Apabila aktiviti membuat aksi, murid berasa teruja untuk mencuba. Setiap murid akan mencuba, mengambil bahagian di dalam bilik darjah.

BAHAGIAN B: [13 markah] Tulis satu esei bertajuk:Kemahiran Berfikir Merentas Kurikulum Bahasa Melayu

Kurikulum merupakan suatu elemen terpenting dalam sistem pendidikan. Ia merupakan nadi kepada sistem pendidikan yang mencorakkan generasi akan datang. Bagi menjana suatu sistem pendidikan yang berkualiti, kurikulum itu sendiri perlu bersifat dinamik dan relevan dengan kehendak semasa mahupun keperluan masa akan datang. Kurikulum di Malaysia ditakrifkan sebagai suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, dan nilai-nilai kebudayaan serta kepercayaan untuk membantu perkembangan potensi seseorang murid secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek. Pernyataaan kurikulum ini perlulah diterjemahkan melalui pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum di sekolah dan melalui proses pengajaran dan pembelajaran serta interaksi guru-murid di bilik darjah.Kamus Dewan edisi keempat pula mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata muridan di sekolah atau senarai kesemua mata muridan di sekolah. Dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid, seseorang guru seharusnya mewujudkan suasana persekitaran yang merangsang pembelajaran melalui kemudahan fizikal kelas iaitu dengan menyediakan ruang untuk pembelajaran yang selesa, sudut pembelajaran dilengkapkan dengan bahan yang interaktif, ruang pameran hasil kerja, bahan rujukan untuk penggunaan murid, bahan pembelajaran yang mencabar daya pemikiran.Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.Kurikulum Bahasa Melayu digubal untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu melatih murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan tatabahasa secara gramatis. Selain itu, murid dapat mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata muridan yang lain, di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.Bagi membantu guru melaksanakan pengajaran yang berkesan, Huraian Sukatan Muridan disediakan bagi setiap tahun pembelajaran. Huraian Sukatan Muridan mengandungi objektif khusus pembelajaran sebagai rujukan guru bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajarannya. Di samping itu, ia juga mengandungi organisasi kandungan yang merangkumi kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum.Menurut kandungan Sukatan Muridan, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah, murid-murid dapat mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupann sehari-hari dan menggunakan Bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan.Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolahan murid (Roselan Baki, 2003). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi dan berfikir. Sebelum kita melihat dengan lebih lanjut kaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, adalah lebih baik kita lihat bentuk-bentuk strategi pengajaran dan pembelajaran. Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa, atau kemahiran daripada mata muridan lain. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.Antara tujuan kemahiran berfikir digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan murid mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak, mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah, menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif. Selain itu kemahiran berfikir juga bertujuan untuk mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit, meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka. Dengan berfikir juga, ia akan bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evalatif. Kemahiran berfikir secara kreatif pula ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah mengkonsepsikan, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Manakala kemahiran berfikir menaakul adalah sebagai pelincir dalam membantu anda membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir.Berdasarkan pengalaman mengajar, kemahiran berfikir penting dalam kehidupan seharian. Seseorang yang malas berfikir tidak akan berupaya meningkatkan potensi minda ke arah kejayaan dan kecemerlangan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) kemahiran berfikir sangat penting bagi memahami dan menakluki sesuatu perkara yang diajar oleh guru. Pengajaran yang dapat melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi di dalam bilik darjah hanya dapat dilakukan setelah guru berjaya mewujudkan pembelajaran tumpuan murid dan dapat merancang kerangka pengajaran dengan mengintegrasikan kemahiran berfikir. Seterusnya memikirkan tentang strategi dan kaedah yang dapat menggalakkan kebolehan kemahiran berfikir. Kesemua kemahiran berfikir secara kritikal, logikal, metakognisi dan kreatif tercetus apabila murid berhadapan dengan masalah yang tidak biasa dihadapi, ketidakpastian, persoalan dan dilema. Kejayaan mengaplikasi kemahiran-kemahiran ini akan membuahkan penjelasan, membuat keputusan, pencapaian serta hasil yang sah dalam konteks pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh, serta dapat menggalakkan peningkatan pemikiran aras tinggi di samping kemahiran intelektual murid. Antara strategi yang perlu dilakukan untuk mempertingkatkan kemahiran berfikir ketika melaksanakan kurikulum Bahasa Melayu adalah komunikasi arahan di mana guru perlu merancang aktiviti dan tugasan kemahiran berfikir yang tersusun dan diatur mengikut peruntukan masa yang ditetapkan. Guru juga akan menyediakan masalah serta soalan yang memerlukan murid berfikir menjangkau kebiasaan. Seterusnya, menerangkan tugasan yang dibetikan dengan lebih jelas untuk memudahkan para murid memahaminya. Pada masa yang sama guru perlu memberi maklum balas kepada murid-murid.Strategi berikutnya adalah penyoalan, yang mana soalan yang dikemukakan seharusnya dapat menghasilkan jawapan yang menarik dan belum diketahui. Soalan perlu dibina lebih awal dan dirancangkan agar dapat menghasilkan jawapan di luar jangkaan atau menjangkau kebiasaan. Guru juga perlu menggalakkan mengemukakan soalan dan beri peluang kepada rakan mereka untuk memberikan jawapan. Soalan yang ingin ditanya juga. Sekiranya guru menyoal, berikan masa yang secukupnya kepada murid unttuk menjaab soalan tersebut. Ini akanmenggalakkan mereka menggunakan kemahiran berfikir.Teknik yang seterusnya untuk meningkatkan kemahiran berfikir adalah teknik maklumbalas yang digunakan untuk memaklumkan kepada murid tentang kemajuan mereka. Berikan maklum balas de dengan segera, spesifik dan bersifat pembetulan menggunakan intonasi positif. Guru juga perlu mengelakkan maklum balas yang tidak jujur atau dengan memuji keterlaluan.Aktiviti berkumpulan juga berkesan untuk meningkatkankemahiran berfikir di kalangan murid. Aktiviti ini perlu diselia dengan baik dan ini hal ini kan meningkatkan minat dan motivasi murid dalam menghayati serta memmuridi subjek Bahasa Melayu. Penggunaan komputer juga membolehkan murid meningkatkan kemahiran berfikir mereka . Dengan memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan merekacipta di kalangan murid.Bagi menerapkan kemahiran berfikir di kalangan murid maka peranan guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid dalam pengajaran mereka.

BAHAGIAN C: [15 markah] Kepelbagaian kaedah pengajaran dan kreativiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P) akan dapat membantu pembangunan modal insan untuk melahirkan murid yang kompeten, inovatif, kreatif dan berkebolehan bagi memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Penggunaan akhbar sebagai bahan P&P di sekolah adalah amat sesuai. Ini kerana akhbar memuatkan pelbagai isu yang boleh dijadikan bahan rangsangan untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penggunaan bahan pengajaran amat penting sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran untuk menimbulkan minat dan mengelakkan kebosanan murid untuk mengikuti pengajaran yang sedang diikuti. Satu daripada kaedah yang digunakan dalam pengajaran bahasa adalah melalui penggunaan bahan bantu mengajar. Penggunaaannya bertujuan menarik perhatian murid supaya meminati muridan yang diajarkan. Hal itu dikatakan demikian kerana pengajaran secara langsung yang berterusan akan membosankan murid dan mampu menghilangkan semangat untuk belajar.Rasional penggunaan keratan akhbar sebagai bahan bantu mengajar adalah untuk merangsang minat yang tinggi dalam kalangan murid. Malahan ia dapat memperkembangkan corak pemikiran menjadikan muridan mereka lebih kekal dan diingati. Penggunaan akhbar sesuai sebagai bahan bantu alternatif berkesan dalam usaha memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran, selain mampu menarik minat pelajar.Selain mengandungi pelbagai jenis bahan antaranya berita, rencana dan gambar yang boleh dimanipulasikan untuk pengajaran, mereka juga menyifatkan pendekatan itu sebagai satu cara mendedahkan pelajar maklumat terkini.Selain itu ia dapat membantu mempercepat perkembangan perbendaharaan kata dan mendorong murid untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan bacaan sukarela. Melalui penggunaan keratin akhbar juga berupaya menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid serta juga memberikan keseronokan kepada murid. Dengan penggunaannya, murid akan mengalami situasi yang terkeluar daripada suasana pemelajaran biasa dan seterusnya dapat menghindarkan mereka daripada berasa bosan untuk belajar.Sebelum memulakan pengajaran,guru perlu memikirkan nilai yang ada pada keratan akhbar dantujuan penggunaannya. Guru perlu mempertimbangkan kehendak, keperluan danminat murid. Guru harus memilih bahan pengajaran yang baik dan kesesuaiannya mengikut tahap murid dan semestinya selaras dengan isi kandungan matapelajaran. guru perlu memberikan arahan tugasan yang jelas kepada murid sebelum kaedah ini digunakan termasuklah penerangan tentang objektif dan tujuan penggunaan keratan akhbar tersebut. Seterusnya guru juga perlu memberitahu murid tentang aktiviti susulandan latihan yang akan dijalankan selepas proses penggunaan keratan akhbar tersebu. Bahan yang digunakan dalam pengajaran sesuai,menarik dan berkesan. Cara pengajaradan gaya penerangan guru terhadap keratan akhabar tersebut penting bagi menambahkan minat muridterhadap pengajaran tatabahasa dan juga penulisan.Aktiviti yang dijalankan adalah setiap murid akan diberi tugas secara bergilir-gilir untuk mencari keratan akhbar mengenai isu-isu terkini. Guru akan menetapkan giliran murid guru untuk setiap seminggu. Keratan akhbar tersebut dijadikan sebagai salah satu latihan dalam Bahasa Melayu. Maka setiap minggu para murid akan dipanggil untuk tanppil meperkatakan tentang topikyang dipilih. Seterusnya sesi soal jawab dan maklumbalas murid akan dilakukan. Apabila aktiviti ini dijalankan, setiap murid akan mengambil bahagian dalam menyuarakan pendapat mereka tentang isu yang dibincangkan. Dengan cara itu pembentangan yang dijalankan juga, murid tersebut dpat melatih diri dalam berucap dikhalayak dan mempunyai keyakinan untukk berhadapan dengan orang ramai. Selain itu, melalui keratan akhbar juga dapat memahirkan murid dalam bidang penulisan karangan. Kerana murid perlu menyenaraikan isi-isi penting dalam keratin yang dipilih agar mudah dibentangkan di hadapan kelas. Aktiviti tersebut akan memberikan keseronokan kepada murid kerana mereka dapat berkongsi bahan dan idea, serta dapat berbincang bersama-sama.Contoh aktiviti yang boleh dijalankan menggunakan keratan akhbar adalah seperti di bawah; Setiap pelajar mempunyai naskhah akhbar masing-masing.1. Minta pelajar membaca secara senyap mana-mana berita pendek kemudian minta mereka mengingati kembali.2. Dengan menggunakan rancangan TV - minta pelajar membaca seolah-olah seperti penyampai di kaca TV.3. Setelah membentuk kumpulan, atur satu persidangan akhbar mengenai satu berita yang telah dibaca.4. Setelah pelajar membaca sesuatu berita mengenai isu semasa, kemudian minta mereka membuat ulasan mengenai isu tersebut.5. Buat temu ramah berdasarkan sesuatu berita dibaca.6. Minta pelajar membaca rencana atau tulisan bercorak pendapat, selepas itu menyatakan isi bahan yang dibaca itu.7. Baca mana-mana berita, khususnya berkaitan sesuatu isu dari pemimpin, minta mereka menyampaikan syarahan pendek.Aktiviti yang boleh dilakukan bagi dua keratan akhbar yang dilampirkan, guru boleh menjadikan isu-isu semasa tersebut sebagai bahan untuk mendidik mereka tentang bahaya kes penculikan kanakdan juga samseng di sekolah. Berdasarkan artikel tersebut, guru boleh meminta setiap pelajar menyediakan teks penguccapan aam membahsakan isu tersebut. Pelajar akan member pendapat mereka melalui pengucapan awam ini. Selain itu, guru boleh juga menjalankan aktiviti lakon semula mengenai isu-isu tersebut dan meminta murid memberikan pendapat serta membahsakan pendapat mereka di dalam kelas. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk merangsang minda pelajar untuk berfikir selain melibat kan semua ahli kelas mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Kaeddah ini akan meninggalkan kesan yang mendalam dan dalam masa yang sama dapat memudahkan mereka mengingati fakta-fakta yang boleh digunakan dalam penulisan karangan murid.Setiap kelas boleh dikatakan menggunakan akhbar sebagai bahan pembelajaran yang menyeronokkan dan bagi sesetengah guru. Ia menjadi bahan paling penting dan mampu memberi banyak manfaat. Kepelbagaian kaedah dan alat bantuan mengajar dalam mengajar adalah penting dalam perkembangan minda dan pengetahuan pelajar. Dengan adanya kaedah ini, ia akan meningkatkan kemahiran berfikir para pelajar me arah yang lebih kreatif dan inovatif. Para murid akan seronok belajar apabila guru menggunakan pelbagai pendekatan dalam pengajaran mereka akan terlibat seara lansung dalm sesi pembelajaran di dalam bilik darjah. Dan seterusnya, akanmelahirkan pelajar yang cemerlang dari semua segi menjelang wawasan 2020 nanti. Selain menanam minat membaca di kalangan murid, guru boleh menggunakan kreativiti masing-masing membina bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih berkesan. Sejajar konsep pemusatan pelajar, akhbar sesuai digunakan kerana pendekatan dilaksanakan memberi fokus kepada murid.

RUJUKAN1. Izani Hj Daud 2010. Belajar Bahasa dengan Keratan Akhbar. dlm. Pelita Bahasa: Jld. 22, Bil. 05: 5 Mei.2. http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131227/je_08/Kes-orang-hilang-meningkat3. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131002/dn_17/Jenayah-libat-murid-sekolah-membimbangkan---Mohmad4. Azman Wan Chik, 1992, Mengajar Bahasa Malaysia(Strategi Pengajaran dan Pembelajaran),Edisi kedua, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka5. Sharifah Alwiah Alsagoff, Ilmu Pendidikan: Pedagogi, 1992, Kuala Lumpur, Heinemann (Malaysia) Sdn.Bhd.,6. Mok Soon Sang, Pemulihan Pengayaan dan Isu Pendidikan, Edisi Pertama,Kuala Lumpur,Kumpulan udiman Sdn.Bhd.

14