edu3108

Upload: vandettaesque90

Post on 16-Oct-2015

85 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kerja Kursus

TRANSCRIPT

2.0ULASAN KRITIS PENULISAN JURNAL

Kajian banyak dilakukan hanya fokus kepada kecemerlangan pentadbiran kepimpinan yang diterajui Guru Besar dan Pengetua. Namun tanpa disedari, turut berlaku kepincangan dalam kepimpinan golongan pentadbir tersebut. Tajuk penulisan jurnal yang telah dipilih ialah Pincang Laku Kepimpinan Pengetua Menurut Perspektif Guru. Rasional pemilihan kajian tersebut adalah untuk melihat kesan kepincangan laku ketua pentadbir kepada guru dari segi emosi dan fizikal dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Fokus kajian yang dinyatakan dalam kajian tersebut mempunyai kaitan dengan pelanggaran Kod Etika Keguruan Malaysia. Kod etika keguruan yang berkaitan dengan kajian tersebut adalah kod etika keempat iaitu tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan. Pengkaji bagi kajian tersebut telah melaksanakan satu kajian untuk mengenal pasti pincang laku kepimpinan Pengetua dari perspektif guru-guru memandangkan mereka merupakan golongan yang berada di bawah pentadbiran Pengetua. Kesan dan akibat daripada situasi tersebut boleh memberikan impak negatif terhadap guru khususnya dan profesion guru amnya.

Menurut pengkaji, Ghani, Rahman dan Tang (2008), pincang laku pentadbir didapati mempunyai hubungan dengan kesan buruk secara serius terhadap kesejahteraan fizikal, kesejahteraan psikologikal, prestasi kerja, dan psikososial guru. Dapatan kajian menunjukkan realiti sebenar keadaan di sekolah yang mana kod etika keguruan tidak dijadikan panduan dan kajian telah merungkai jenis-jenis pincang laku kepimpinan pengetua dan kesan pincang laku pengetua terhadap guru.

Pengkaji telah menyenaraikan sembilan jenis perlakuan pincang laku kepimpinan Pengetua dalam dapatan kajian tersebut. Semua jenis pincang laku tersebut telah diterjemahkan ke dalam bentuk jadual seperti di bawah;

Jadual 1: Perlakuan pincang laku kepimpinan PengetuaJenis perlakuanHuraian ringkas

Perlakuan kasarInteraksi bersemuka seringkali dalam bentuk kasar dan menyakitkan hati.

Tidak mempeduli keperluan, perasaan dan saranan guruTidak mengendahkan kewujudan seseorang guru di tempat awam.

Memulau dan tidak menyokong guruCuba mengasingkan atau memulaukan guru daripada berhubung dengannya mahupun dengan orang lain.

Pilih kasihLayanan tidak adil. Memilih individu-individu tertentu sahaja untuk ganjaran dan pujian.

MengintipMengintip perlakuan guru di dalam bilik darjah, membuka surat-surat peribadi dan mencuri dengar perbualan panggilan telefon.

Tuntutan kerja yang melampauSengaja memberi beban kerja yang tidak masuk akal.

Sering kritik dan melatahKritikan terhadap guru tanpa usul periksa dan tempat melepaskan geram.

BerbohongMempertahankan diri daripada kelemahan kepimpinan sendiri dengan menyalahkan guru lain.

UgutanUgutan secara eksplisit mahupun implisit terhadap guru seperti markah prestasi yang rendah.

Berdasarkan jadual di atas, secara keseluruhannya sembilan jenis pincang laku kepimpinan Pengetua sememangnya jelas telah melanggar Kod Etika Keguruan Malaysia. Semua pincang laku yang disenaraikan telah memberi gambaran bahawa kepincangan yang berlaku berada pada tahap yang membimbangkan. Dapatan kajian menunjukkan sememangnya berlaku kepincangan dalam kepimpinan pentadbir. Tidak mustahil untuk diperkatakan bahawa situasi yang sama turut berlaku di peringkat sekolah rendah yang ditadbir oleh Guru Besar.

Kesan dan akibat pincang laku pengetua boleh memberikan impak negatif kepada guru, pengajaran dan pembelajaran, dan atmosfera sekolah. Kajian tersebut telah merumuskan terdapat tiga aspek kesan pincang tingkah laku terhadap guru iaitu kesan terhadap emosi, fizikal, dan hubungan sosial dan proses pengajaran dan pembelajaran (Ghani, Rahman dan Tang, 2008). Kesan-kesan pincang laku pengetua dapat dilihat dalam jadual di bawah;

Jadual 2: Kesan pincang laku pengetuaKesanHuraian ringkas

Emosi- Terkejut dan disorientasi- Menjejaskan keyakinan diri dan penghormatan kendiri- Mengalami perasaan takut dan kebimbangan

Fizikal- Gangguan tidur- Sakit kepala- Hilang berat badan- Tidak bermaya

Sosial- Hubungan menjadi retak dalam kalangan guru

Bidang tugas- Proses p&p menjadi tidak berkesan- Penglibatan dalam tugas menjadi pasif

Melihat pula kesan pincang laku pentadbir terhadap skop yang lebih luas iaitu terhadap profesion keguruan di Malaysia. Kesan pincang laku tersebut boleh dilihat dalam jangka masa pendek. Kesan utama yang dapat dilihat ialah hubungan sosial dalam komuniti sesebuah sekolah menjadi negatif. Situasi tersebut akan menyebabkan wujudnya elemen berpuak-puak dalam kalangan guru. Apabila terjadinya perkara sedemikian, atmosfera di dalam kawasan sekolah tidak berada dalam suasana kondusif. Seterusnya ianya akan memberi impak negatif terhadap proses p&p di dalam kelas. Mutu pengajaran semakin menurun dan kesungguhan untuk mengajar juga menurun.

Elemen berpuak-puak dalam sesebuah komuniti boleh menjejaskan prestasi sesebuah sekolah. Ianya akan menghalang guru-guru untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu perkara baru. Tiada kesepakatan dalam sesebuah pentadbiran akan menyebabkan pentadbiran tersebut menjadi goyah dan mustahil untuk melihat perkembangan yang positif dalam pentadbiran tersebut khususnya peningkatan dalam pencapaian akademik dan kokurikulum. Prestasi sekolah merudum dan ianya akan menjadi persoalan buat ibu bapa mengapakah prestasi anak-anak mereka semakin merudum. Situasi tersebut akan memberikan perspektif negatif terhadap guru yang gagal untuk menyediakan suasana kawasan pembelajaran yang kondusif untuk mruid-murid terutamanya bagi komuniti yang berhampiran dengan sekolah tersebut.

Akibat pincang laku kepimpinan pentadbir dapat dikenal pasti untuk tempoh masa yang panjang. Kebiasaannya akibat memberi impak yang besar seperti terhadap profesion keguruan di Malaysia secara keseluruhannya. Kemudahan akses terhadap media sosial dan media massa di Malaysia tidak dapat menghalang umum daripada mengetahui isu-is semasa yang berkaitan dengan profesion keguruan. Apabila timbulnya hanya satu isu pincang laku kepimpinan pentadbir, guru-guru akan mula bersuara. Media massa dijadikan medium pilihan untuk menyampaikan aduan berbanding aduan melalui kesatuan yang bertanggungjawab. Situasi tersebut boleh menyebabkan persengketaan berlaku dimana kesatuan akan mempersoalkan fungsi mereka.

Masyarakat umum akan mula bersuara dan mempersoalkan kredibiliti kepimpinan pentadbir. Kegagalan untuk bersikap profesional dan menindas pegawai bawahan boleh membawa kepada suasana persekolahan yang tidak lagi sesuai bagi anak-anak mereka. Mereka akan mula mempersoalkan adakah institusi pendidikan di Malaysia terutamanya di bawah kepimpinan pentadbir yang mempunyai pincang laku sesuai untuk anak mereka. Desakan untuk menghentikan perkhidmatan pentadbir tersebut mula kedengaran.

Bagi jangka masa panjang, kemungkinan profesion keguruan tidak lagi menjadi pilihan bagi golongan belia disebabkan tersebarnya isu-isu berkaitan pincang laku kepimpinan pentadbir. Profesion keguruan akan menjadi pilihan akhir bagi golongan belia. Faktor utama yang mungkin menjadikan profesion keguruan tidak menjadi pilihan adalah takut akan berada di bawah pentadbiran pemimpin yang mempunyai pincang laku yang boleh memberi kesan negative terhadap kehidupan mereka.

Secara keseluruhannya, pincang laku yang berlaku dalam kepimpinan pentadbir seharusnya ditangani dengan segera. Pihak berwajib perlu menjalankan siasatan apabila menerima aduan daripada pengadu dan meneliti aduan tersebut dengan berhemah. Tindakan segera perlu dilaksanakan supaya ianya tidak menjadi virus yang boleh merebak ke seluruh profesion keguruan di Malaysia. Dengan itu, nama baik profesion keguruan dapat dipelihara dan sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat.

7