edu3104 stealing time

5
SITI NORFADHILATUL MARYAM BT RAZALI LAPORAN STEALING TIME 1 Artikel ‘Stealing Time’ mengisahkan kisah seorang guru yang bernama Robert Carter yang mempunyai seorang murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Robert Carter merupakan seoarang guru yang mempunyai pengalaman mengajar selama 7 tahun. Beliau juga merupakan guru tahun 4 dan telah menetapkan satu standard pada setiap awal tahun iaitu dengan memastikan semua murid tahu akan had dan batasan bagi sesuatu tingkah laku yang dapat diterima di dalam bilik darjahnya. Beliau yakin dengan keputusannya, dan dia mendapati murid-muridnya daapt mematuhi standard yang beliau tetapkan. Robert juga percaya, jika dia berlaku adil dengan murid-muridnya, maka mereka juga akan berlaku adil dengannya. Hasil daripada standard yang dibuat, bilik darjah tersebut menjadi sebuah komuniti kecil di mana setiap ahlinya tahu apa yang perlu diharapkan dan bagaimana untuk berkelakuan baik pada setiap masa. Robert mendapati murid-murid yang bermasalah dan sentiasa mendatangkan masalah di dalam bilik darjah turut berubah seperti yang diharapkan. Musim luruh berlangsung seperti biasa. Beliau sangat gembira apabila Andy dan Martin merupakan murid yang serba kekurangan dari segi latar belakang, tingkah laku dan masalah akademik telah menunjukkan peningkatan dan kemajuan atas bantuan guru pendidikan khas. Begitu juga David, seorang murid daripada kelas masalah pembelajaran telah disahkan normal. David akan datang ke kelas Robert dan melakukan aktiviti bersama murid lain. Tidak lama kemudian selepas cuti Krismas, David telah layak untuk ditempatkan di dalam kelas biasa sekurang-kurangnya 51 peratus setiap hari. Walau bagaimanapun, David masih lagi menerima perkhidmatan pendidikan khas, tetapi banyak jam pembelajarannya diluangkan dalam kelas biasa. Kini, Robert menjadi guru matematik David. Beberapa hari kemudian, Robert merasakan ada perubahan pada diri David. Antaranya, David tidak menghantar tugasan matematik, mengganggu Robert dan rakan lain dengan membuat bunyi pelik. Dia juga sengaja menghempas buku dengan kuat atas lantai dan mengetuk-ngetuk pensil di atas meja serta membuat bising di mejanya. Apabila Robert menegurnya, dia tidak menghiraukan teguran cikgunya. Robert

Upload: siti-norfadhilatul-maryam-razali

Post on 12-Jul-2015

1.117 views

Category:

Lifestyle


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: EDU3104 stealing time

SITI NORFADHILATUL MARYAM BT RAZALI LAPORAN STEALING TIME

1

Artikel ‘Stealing Time’ mengisahkan kisah seorang guru yang bernama Robert

Carter yang mempunyai seorang murid yang mempunyai masalah tingkah laku. Robert

Carter merupakan seoarang guru yang mempunyai pengalaman mengajar selama 7

tahun. Beliau juga merupakan guru tahun 4 dan telah menetapkan satu standard pada

setiap awal tahun iaitu dengan memastikan semua murid tahu akan had dan batasan

bagi sesuatu tingkah laku yang dapat diterima di dalam bilik darjahnya. Beliau yakin

dengan keputusannya, dan dia mendapati murid-muridnya daapt mematuhi standard

yang beliau tetapkan. Robert juga percaya, jika dia berlaku adil dengan murid-muridnya,

maka mereka juga akan berlaku adil dengannya. Hasil daripada standard yang dibuat,

bilik darjah tersebut menjadi sebuah komuniti kecil di mana setiap ahlinya tahu apa

yang perlu diharapkan dan bagaimana untuk berkelakuan baik pada setiap masa.

Robert mendapati murid-murid yang bermasalah dan sentiasa mendatangkan masalah

di dalam bilik darjah turut berubah seperti yang diharapkan.

Musim luruh berlangsung seperti biasa. Beliau sangat gembira apabila Andy dan

Martin merupakan murid yang serba kekurangan dari segi latar belakang, tingkah laku

dan masalah akademik telah menunjukkan peningkatan dan kemajuan atas bantuan

guru pendidikan khas. Begitu juga David, seorang murid daripada kelas masalah

pembelajaran telah disahkan normal. David akan datang ke kelas Robert dan

melakukan aktiviti bersama murid lain. Tidak lama kemudian selepas cuti Krismas,

David telah layak untuk ditempatkan di dalam kelas biasa sekurang-kurangnya 51

peratus setiap hari. Walau bagaimanapun, David masih lagi menerima perkhidmatan

pendidikan khas, tetapi banyak jam pembelajarannya diluangkan dalam kelas biasa.

Kini, Robert menjadi guru matematik David.

Beberapa hari kemudian, Robert merasakan ada perubahan pada diri David.

Antaranya, David tidak menghantar tugasan matematik, mengganggu Robert dan rakan

lain dengan membuat bunyi pelik. Dia juga sengaja menghempas buku dengan kuat

atas lantai dan mengetuk-ngetuk pensil di atas meja serta membuat bising di mejanya.

Apabila Robert menegurnya, dia tidak menghiraukan teguran cikgunya. Robert

Page 2: EDU3104 stealing time

SITI NORFADHILATUL MARYAM BT RAZALI LAPORAN STEALING TIME

2

menganggap tindakan David itu sebagai satu tingkah laku yang kurang ajar dan tidak

sopan yang telah mengganggu tugas guru dan murid lain. Robert juga beranggapan

bahawa mungkin David terlalu dimanjakan semasa dia berada dalam kelas pendidikan

khas kerana di sana David mendapat perhatian penuh daripada gurunya. Perangai

David semakin menjadi-jadi dan dia melakukan apa sahaja yang dia inginkan, mahu

menunjuk-nunjuk dan mengganggu kelas.

Tingkah laku David semakin teruk. Robert sendiri mula berasa tidak suka dan

hanya disebabkan seorang murid yang bernama David ini telah merosakkan apa yang

dia usahakan selama ini. David sering menyatakan yang dia mahu kembali kepada

kelas asalnya dan mahu guru yang lama. David langsung tidak memberi peluang

kepada Robert untuk menjadi gurunya. David tidak menyukai Robert dan rakan-rakan

baru. Robert berasa yang dia telah gagal untuk membentuk David dan dia tidak tahu

bagaimana untuk menjelaskannya. Pada masa yang sama hubungan David dan murid

lain menjadi semakin teruk.

Disebabkan Robert telah menjalankan pengajaran matematik menggunakan

kaedah pengajaran secara korperatif. David enggan menyiapkan tugasan yang diberi

dalam kumpulan dan melayan kasar rakan yang cuba membantunya. Akhirnya rakan-

rakan sekelas mula mengadu tentang perbuatannya. Oleh itu, Robert mengambil

tindakan dengan tidak membenarkan David rehat kerana dia tidak menyiapkan tugasan.

Pada hari Robert mengagihkan tugasan kepada David, david telah mencampakkan di

atas meja. Hal ini menyebabkan Robert bertambah marah dan telah mengenakan ‘time-

out’ tetapi tindakannya sia-sia. Seterusnya Robert membawa David ke meja pelajar

dalam pejabat pengetua.

David berhasrat untuk bercakap dengan Robert tetapi setelah Robert samapai

kepadanya, dia membatalkan hasrat. Tidak lama kemudian dia bercakap dengan

Robert. Dia mengatakan bahawa dia tidak mahu rakan sekelasnya merenungnya dan

dia berjanji akan membuat kerja. Tingkah laku David jadi bertambah baik untuk

beberapa hari selepas itu. Malangnya sekali lagi David menunjukkan tingkah laku

seperti sedang marah pada semua orang. Pada masa yang sama Robert dan David

Page 3: EDU3104 stealing time

SITI NORFADHILATUL MARYAM BT RAZALI LAPORAN STEALING TIME

3

tidak boleh bertolak ansur. Robert telah mendenda David seperti biasa dia tidak

dibenarkan keluar rehat. Robert memberitahu pengetua dan dia juga telah berbincang

dengan pelajarnya tentang tingkah laku David memang tidak adil bagi mereka semua.

Suatu hari, Robert tidak membenarkan David keluar rehat kerana alasan yang sama

iaitu tidak menyiapkan tugasan. David dibiarkan bersendirian. Selepas waktu rehat, Bob

kehilangan jam tangan yang ditinggalkan di dalam kelas. Pada keesokan harinya, David

berlari ke meja Robert dan memberitahu bahawa bapanya telah memberikan dia jam

tangan. Robert menyuruh David menanggalkan jam itu selepas memeriksa jam itu,

Robert berasa marah dan kecewa. Dia yakin jam tangan itu milik Bob.

Secara keseluruhan, cadangan penyelesaian bagi kes ini adalah Model Logikal

Dreikurs dan Model Modifikasi Tingkah Laku (B.F.Skinner). Pada pendapat saya

mengapa David bertingkah laku sedemikian adalah kerana dia gagal mendapat rasa

kepunyaan. Daripada rujukan yang saya buat, rasa kepunyaan merupakan matlamat

utama dalam pembentukan tingkah laku murid. Apabila murid gagal mendapat rasa

kepunyaan, kadangkala mereka akan menggunakan cara yang salah untuk memenuhi

keperluan. Sebagai contoh dalam cerita ini ialah David. Sebelum dia dipindahkan ke

kelas aliran perdana, dia terlebih dahulu dia tergolong dalam kategori masalah

pembelajaran. Mungkin faktor perubahan persekitaran dan guru menyebabkan dia

berkelakuan begitu.

Dalam model ini, Dreikurs menekankan kepentingan guru memberi kepercayaan

dan tanggungjawab kepada murid-murid. Guru perlu kenal pasti punca kepada masalah

disiplin. Pendapat Dreikurs mengenai disiplin kendiri boleh dicapai di dalam suasana

bilik darjah yang demokratik. Di mana guru dan murid dapat bekerjasama membuat

keputusan. Menurut Dreikurs juga, tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-

motif seperti mendapatkan perhatian, mencabar kuasa, membalas dendam dan

mempamerkan kekurangan. Oleh itu sebagai seorang guru, Robert berperanan untuk

membantu murid faham motif tingkah laku. Tambahan pula, David pada asalnya

tergolong dalam murid yang ada masalah pembelajaran. David sepetutnya mendapat

lebih perhatian atau perlu sentiasa diperhatikan. Murid-murid juga perlu diberi pilihan

untuk bertindak, bukannya menerima hukuman serta merta.

Page 4: EDU3104 stealing time

SITI NORFADHILATUL MARYAM BT RAZALI LAPORAN STEALING TIME

4

Model seterusnya merupakan cadangan penyelesaian yang dipilih untuk kajian

kes ini iaitu Model Modifikasi Tingkah Laku (B.F.Skinner). Model ini menggunakan

prinsip peneguhan dan ia juga menjurus kepada elemen-elemen luaran. Peneguhan

diberikan untuk memuaskan tekanan dan merangsang otak. Jika diperhatikan melalui

pembacaan cerita ini Robert tidak menggunakan peneguhan sebaliknya mendenda

David. Peneguhan dan denda merupakan perkara yang berbeza. Peneguhan ada dua

jenis iaitu peneguhan positif seperti pujian, hadiah dan markah merit. Peneguhan satu

lagi ialah peneguhan negatif, sebagai contoh murid bermain robot semasa guru

mengajar oleh itu guru merampas robot supaya murid tumpu perhatian. Denda pula

merupakan hukuman bagi tingkah laku yang salah atau yang tidak diingini. Seperti yang

dilakukan oleh Robert kepada David ialah hukuman kerana David langsung tidak diberi

pilihan.

Berdasarkan rujukan yang dibuat, Robert atau mana-mana guru yang ingin

menggunakan model ini perlu menganalisa tingkah laku murid dahulu. Kemudian

fikirkan tingkah laku yang tidak diingini pada masa sekarang dan menkaji tingkah laku

dan akibat. Selain itu guru perlu membuat pelan modifikasi iaitu dengan menyenaraikan

tingkah laku yang perlu perhatian khusus. Guru juga perlu kenal pasti peraturan,

peneguhan dan akibat. Adalah lebih baik jika guru menggunaka peneguhan positif.

Menurut cerita ini, Robert ada membuat peraturan tetapi mungkin ia bersifat autokratik

menyebabkan murid maengikut arahan kerana rasa gerun.

Robert juga perlu memberikan motivasi kepada muridnya dan tidak hanya

tertumpu kepada peraturan semata-mata. Motivasi ada dua iaitu motivasi ekstrinsik dan

motivasi intrinsik. Robert perlu memberi motivasi ekstrinsik bagi meningkatkan

kesediaan David untuk belajar. Sebagai contoh David tidak menghantar tugasan,

penyelesaiannya dengan mengadakan bimbingan kaunseling kepada David. Robert

perlu selami apa masalah yang dihadapi oleh David sebelum bertindak melulu dengan

memberi denda.

Page 5: EDU3104 stealing time

SITI NORFADHILATUL MARYAM BT RAZALI LAPORAN STEALING TIME

5