edu 3093 guru dan cabaran semasa

25
EDU 3093 Guru dan Cabaran Semasa 1.0 PENGENALAN. Sejak zaman 1970-an lagi, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami pembaharuan dalam aspek kurikulum. Dalam hal ini, gurulah yang bertindak sebagai agen perubahan untuk menjana transformasi pendidikan negara demi melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing untuk membangunkan Negara selaras dengan misi Wawasan 2020 yang dibawa oleh mantan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara perindustrian yang maju menjelang tahun 2020. Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan. Bertitik tolak daripada pelaksanaan KLSR tersebut, sistem pendidikan negara sering mengalami perubahan mengikut situasi semasa. Antara penambahbaikan yang telah dilaksanakan ialah dengan memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Namun begitu, KBSR telah disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Manakala, terbaharu KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Pembaharuan kurikulum yang dilakukan ini boleh dikatakan sebagai satu inovasi kurikulum yang utama atau reformasi yang menyeluruh. Sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat serta perubahan dan cabaran alaf ke-21, sistem Pendidikan Kebangsaan sentiasa diperkemas dan dibuat penambahbaikan dari masa ke masa. Proses yang dinamik dan berterusan dilaksanakan dalam pembangunan kurikulum ini bermatlamat untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik, menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama. 1.0 KONSEP 2.1 Konsep Transformasi

Upload: siti-hajar-ismail

Post on 17-Nov-2015

99 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cabaran guru pedalaman

TRANSCRIPT

EDU 3093 Guru dan Cabaran Semasa1.0 PENGENALAN.Sejak zaman 1970-an lagi, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami pembaharuan dalam aspek kurikulum. Dalam hal ini, gurulah yang bertindak sebagai agen perubahan untuk menjana transformasi pendidikan negara demi melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing untuk membangunkan Negara selaras dengan misi Wawasan 2020 yang dibawa oleh mantan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara perindustrian yang maju menjelang tahun 2020.Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan. Bertitik tolak daripada pelaksanaan KLSR tersebut, sistem pendidikan negara sering mengalami perubahan mengikut situasi semasa. Antara penambahbaikan yang telah dilaksanakan ialah dengan memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.Namun begitu, KBSR telah disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Manakala, terbaharu KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Pembaharuan kurikulum yang dilakukan ini boleh dikatakan sebagai satu inovasi kurikulum yang utama atau reformasi yang menyeluruh. Sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat serta perubahan dan cabaran alaf ke-21, sistem Pendidikan Kebangsaan sentiasa diperkemas dan dibuat penambahbaikan dari masa ke masa. Proses yang dinamik dan berterusan dilaksanakan dalam pembangunan kurikulum ini bermatlamat untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik, menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama.1.0KONSEP2.1 Konsep TransformasiDefinisi transformasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) membawa maksud perubahan bentuk seperti sifat, rupa dan keadaan atau dengan erti kata lain transformasi merupakan satu perubahan daripada keadaan sedia ada kepada satu dimensi lain bertujuan untuk mengubah bentuk sesuatu kepada yang lebih baik bagi meningkatkan kualiti dan pencapaian (Artikel Pendidikan: Utusan Malaysia). Ringkasnya, transformasi juga lebih mudah difahami sebagai satu bentuk perubahan ke arah kebaikan.Terdapat pelbagai pendapat yang dikemukakan oleh tokoh yang berkait rapat dengan istilah transformasi atau perubahan. Istilah perubahan menurut Stoner (1989) di dalam Aini Hayati Mohamed (2001) mentakrifkan perubahan sebagai proses transformasi yang berlaku kepada organisasi sama ada dirancang ataupun tidak. Manakala menurut Jaafar Muhammad (1999) perubahan diperkenalkan hasil daripada pengubahsuaian kelakuan yang lepas menyesuaikan dengan situasi baru. Antara pendapat lain berkenaan transformasi ialah sebagaimana yang dikemukakan oleh Mumtaz Began dan rakan-rakan (2002) yang melihat perubahan sebagai suatu bentuk peralihan daripada satu dimensi yang dapat diramalkan kepada dimensi yang lebih baik atau lebih sesuai dengan persekitaran sesuatu masyarakat. Perubahan yang berlaku ini juga mungkin merangkumi pelbagai aspek penting.

2.2 Konsep KurikulumKurikulum pada dasarnya berasal daripada perkataancurereyang merupakan perkataan latin yang membawa maksud jejak atau laluan. Selain itu, kurikulum dalam bahasa inggeris memberi maksud jelmaan. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah, senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dan institusi pendidikan. Terdapat pelbagai definisi terhadap istilah kurikulum yang dinyatakan oleh pakar-pakar dan pengkaji. Sesetengah pengkaji berpendapat kurikulum merupakan satu pengalaman. Menurut Neagly dan Evans dalam Kamaruddin Hj. Husin dan rakan-rakan (2004) kurikulum ialah semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah yang bertujuan untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditetapkan mengikut keupayaan masing-masing.

Menurut pendapat Ishak Ramly (2003), kurikulum merangkumi semua pengalaman yang didapati di dalam dan di luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan bilik darjah. Beliau turut mengelaskan kurikulum kepada tiga bahagian iaitu kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah, kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas serta kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan pengalaman individu ataupun berkumpulan.

Kurikulum juga turut dinyatakan sebagai pelajaran yang formal dan pelajaran yang tidak formal oleh Hargreaves dalam Hansen et al. (2002). Pelajaran formal merangkumi kurikulum yang telah ditetapkan matlamat serta rancangan oleh kementerian, kurikulum yang dilaksanakan (berkaitan dengan cara bagaimana guru menterjemahkan kurikulum yang dihasratkan kepada amalan, aktiviti dan susunan) dan kurikulum yang tercapai atau yang diterima, yakni apa yang pelajar sebenarnya capai melalui pengalaman pendidikan. Manakala pelajaran yang tidak formal merujuk kepada kurikulum terpendam yakni pendidikan secara tidak langsung yang berlaku apabila belajar mengenai kuasa, pujian dan manusia.

Rumusannya, tafsiran kurikulum merangkumi skop yang sangat luas berdasarkan kepelbagaian definisi yang telah dinyatakan. Kurikulum merangkumi kesemua aspek pengalaman pembelajaran yang diperolehi oleh murid secara formal atau tidak formal dan memberi kesan terhadap perkembangan jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek setiap murid.

2.0ISU DAN CABARAN UTAMA DALAM MEREALISASIKAN TRANSFORMASI KURIKULUM PERSEKOLAHANTransformasi dalam bidang kurikulum persekolahan sering menjadi polemik dan diberi perhatian khusus oleh pentadbir pendidikan. Dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan sentiasa merangka, merancang dan melakukan penambahbaikan sistem pendidikan di Malaysia. Antara langkah yang diambil termasuklah memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP,2006-2010) dan yang terkini Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Transformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid di negara ini dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan cabaran abad ke 21 (Muhyidin 2013, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025). Namun begitu, proses transformasi ini bukanlah mudah kerana ianya melibatkan ramai pihak khususnya warga pendidik di sekolah yang menjadi agen transformasi bagi setiap perubahan yang dirancang oleh pihak pentadbir pendidikan. Justeru, terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dalam merealisasikan transformasi tersebut. Cabaran yang paling utama dihadapi ialah dari aspek kesediaan guru dari segi sikap dan pemikiran mereka untuk menerima dan melaksanakan transformasi dengan penuh dedikasi dan kesungguhan. Sudah pastinya terdapat segelintir guru mempunyai pemikiran dan sikap negatif terhadap transformasi ini. Hal ini sedikit sebanyak menyukarkan dasar baru ini dijalankan kerana komitmen daripada guru-guru amat penting bagi memastikan usaha-usaha ini dapat dijalankan dengan sepenuhnya. Lebih membimbangkan apabila terdapat juga percanggahan pendapat dan perdebatan daripada sesetengah guru terutamanya mereka yang telah lama berkhidmat menolak dasar ini dengan pelbagai alasan. Oleh yang demikian, dalam menghadapi cabaran tersebut seringkali wujudnya pelbagai isu berkaitan dengan proses transformasi yang ingin dilakukan. Isu yang timbul ini adakalanya melibatkan aspek kekangan masa, ruang, sikap guru dan sebagainya. Namun saya telah melihat isu bebanan tugas guru sebagai satu isu utama yang menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan guru di sekolah apabila mereka dibebankan atau diberikan pelbagai arahan yang perlu dilaksanakan di sekolah terutamanya dalam proses transformasi kurikulum pada hari ini. Bebanan tugas guru ibarat isu yang tiada kesudahannya. Walaupun ada segelintir pihak yang menyatakan bahawa gaji yang diperoleh oleh guru adalah lumayan, kita perlu melihat dan menilai kerja yang dilaksanakan itu adalah berbaloi atau tidak.Sistem pendidikan Malaysia yang berpusat menyebabkan kebanyakan dasar dan perancangan digubal pada peringkat kementerian dan diturunkan ke sekolah. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kebanyakan pentadbir atau guru tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa akur dengan dasar pendidikan yang ditetapkan. Walaupun pada hakikatnya keupayaan setiap sekolah adalah berbeza namun sistem yang digunakan ini menyebabkan semua sekolah di Malaysia perlu akur dan mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah tersebut untuk melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri.Sebagai contohnya, Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada tahun 2003 telah menjadi satu dasar yang wajib dilaksanakan di sekolah. Guru tiada pilihan melainkan datang menghadiri kursus yang dikelolakan selama tiga minggu atau terpaksa mengajar subjek lain. Akhirnya guru yang mempunyai kemahiran bertahun-tahun mengajar mata pelajaran tersebut tidak dapat melaksanakan pengajaran tersebut kerana bermasalah dengan penguasaan bahasa Inggeris.Bagaimanapun, baharu saja guru yang terlibat dalam program berkenaan berusaha meningkatkan pengetahuan mereka berkenaan program tersebut, akhirnya ia dimansuhkan dan digantikan dengan dasar Memartabat Bahasa Melayu Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan PPSMI. Menurut akhbar Utusan Malaysia bertajuk Perubahan MBMMBI atau kekal PPSMI oleh Tan Sri Alimuddin (2011) menyatakan bahawa antara sebab pemansuhan PPSMI adalah kerana penguasaan pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut semakin merosot jika dibandingkan semasa penggunaannya dalam bahasa Malaysia. Maka, sekali lagi guru-guru yang terlibat terpaksa pula bermula dari awal. Apa yang jelas, banyak masa guru diambil untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu program berbanding masa untuk melaksanakannya.Sebagaimana yang telah diketahui, kurikulum persekolahan mengalami perubahan bermula tahun 2011 apabila KBSR telah digantikan dengan KSSR. Kewujudan KSSR di sekolah ada baik dan buruknya. Usaha transformasi ini dinggap baik kerana melalui KSSR pihak KPM berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. Namun begitu, Menurut Shafizan Omar (2013) dalam artikel akhbar yang dikeluarkannya menyatakan bahawa sebahagian kumpulan guru berdepan tekanan dalam melaksanakan KSSR berikutan beban kerja yang bertambah, termasuk proses memfailkan laporan KSSR yang menurut mereka, boleh mengurangkan masa untuk mereka bersama murid.Dalam masa yang sama, guru juga bertanggungjawab terhadap Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang disediakan oleh KPM yang berfungsi sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Guru mata pelajaran dan guru kelas perlu mengisi markah dan data-data murid dalam peperiksaan melalui internet. Saya memetik keluhan daripada oleh Siti Roshayu, seorang guru mengenai sistem ini. Beliau mengatakan bahawa, sistem SAPS yang kononnya diselenggara oleh pakar IT kementerian ini ibarat meletakkan batu seberat 10 TAN di kepala kami sebagai warga pendidik. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun transformasi ini pada dasarnya berpotensi dalam membentuk satu sistem dalam talian yang akan memberi pelbagai impak positif kepada seluruh masyarakat. Namun dalam masa yang sama kelemahan yang terdapat dalam penyelenggaraan sistem ini menyebabkan guru menghadapi beban tugas yang amat berat di luar keupayaan mereka.

4.0 GANGGUAN EMOSI PELAJAR DAN TEKANAN EMOSI GURU

Rajah 1 : Kesan Terhadap Emosi Murid dan Guru

ISU : BEBANAN TUGAS GURU

Transformasi yang ingin dilakukan dalam bidang pendidikan secara dasarnya memberi banyak kebaikan terhadap perkembangan seluruh anggota masyarakat. Namun begitu, hakikatnya para guru terpaksa memikul lambakan tugas yang semakin bertambah. Keadaan ini memaksa guru untuk melakukan bidang tugas di luar keupayaan mereka. Dengan itu, tangggungjawab dan tugas guru yang semakin mencabar telah memberikan tekanan stres secara tidak langsung. Stres dalam kalangan guru didefinisikan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif, tekanan serta kekecewaan yang berpunca daripada aspek kerja mereka. Guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendididikan akan mengalami stres. Tekanan emosi yang dialami oleh guru ini sekiranya tidak dikawal akan memberikan kesan terhadap persekitaran kerja mereka. Contohnya stress dalam kalangan guru menyebabkan potensi berlakunya masalah salah guna kuasa guru terhadap murid-murid. Terutamanya yang berlaku dalam aspek hukuman yang boleh mengakibatkan penderaan. Hal ini seterusnya memberi kesan terhadap emosi murid tersebut. Seterusnya, bebanan kerja yang dialami oleh guru akibat daripada perubahan dalam bidang pendidikan akan menyebabkan berlakunya burn out. Burnout ialah satu fenomena atau sindrom di mana seseorang individu akan mengalami tekanan emosi sehingga membawa kepada tahap kelesuan, perubahan personaliti dan pencapaian kendiri akan menurun dengan ketara. Dalam hal ini, seseorang guru dikatakan mudah untuk mengalami fenomena burn out apabila merasakan mereka tidak berkemampuan lagi menanggung beban emosi yang tidak stabil. Bebanan kerja yang banyak akan menyebabkan guru tidak boleh memberi tumpuan kepada sebarang tugasan kerana kebosanan kerja yang tidak mendatangkan kepuasan pada diri. Burn out bukan hanya memberi impak negatif terhadap kesihatan diri guru malahan turut menyebabkan penurunan produktiviti dan kerja guru sebagai pendidik.Namun begitu, peningkatan beban kerja guru ini bukan hanya menyebabkan tekanan emosi dalam kalangan guru malahan turut menyebabkan gangguan emosi terhadap pelajar. Gangguan emosi merupakan gangguan yang diterima oleh seseorang pelajar yang menyebabkan emosi pelajar tersebut tidak stabil.Antara tanda awal gangguan emosi yang dialami oleh pelajar adalah kemerosotan pencapaian akademik. Bebanan tugas yang perlu dipikul oleh guru menyebabkan prestasi guru terjejas dan pengajaran dan pembelajaran juga tidak dapat berjalan dengan sempurna. Sebagai contohnya, guru yang kadang kala terpaksa meninggalkan kelas kerana harus menyiapkan tugasan yang diberi oleh pihak sekolah secara langsung telah menyebabkan pelajar kelasnya terabai. Lama-kelamaan jika perkara ini sering dilakukan akan menyebabkan pelajar semakin malas dan tidak bersemangat untuk belajar. Hal ini juga akan menyebabkan pelajar ketinggalan dalam pelajaran dan seterusnya menyebabkan pencapaian akademik mereka mulai merosot. Pada ketika inilah pelbagai pihak mula menuding jari dan meletakkan kesalahan terhadap kelemahan guru yang gagal untuk mendidik pelajarnya walhal hakikatnya guru terpaksa memikul pelbagai tanggungjawab sampingan yang lain.Tanda awal gangguan emosi murid yang kedua adalah hilang daya tumpuan di dalam kelas. Murid yang mengalami gangguan emosi biasanya suka termenung, cepat marah, tidak selesa berada di dalam kelas dan sering berasa cemas. Hal ini mungkin terjadi disebabkan oleh kelakuan guru terhadap mereka. Contohnya, guru yang mengalami tekanan untuk merealisasikan matlamat sekolah bagi memenuhi transformasi pendidikan semasa berkemungkinan melepaskan tekanan tersebut kepada pelajar melalui hukuman yang tidak sewajarnya semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tindakan sebegini bukan hanya menyebabkan pelajar tersebut membenci kelakuan guru terbabit malahan akan menjejaskan emosinya untuk belajar.Seterusnya, tanda awal gangguan emosi yang dialami pelajar juga dikesan apabila mereka tidak hadir ke sekolah tanpa sebab. Hal ini mungkin berlaku kerana tiadanya keseronokan dan semangat untuk menuntut ilmu. Sistem persekolahan sepatutnya dapat memupuk budaya mencintai ilmu di kalangan pelajar, tetapi ini dihalang pula oleh suasana guru yang semakin kurang berinteraksi dengan pelajar. Ini kerana tugas mereka bukan hanya mengajar tetapi turut dibebani tugas lain antaranya mengurus data, fail, buku rekod dan laporan, urusan pentadbiran, urusan kurikulum dan kokurikulum serta hal ehwal murid bagi mencapai matlamat transformasi pendidikan.Selain itu antara tanda awal lain yang menunjukkan bahawa seseorang pelajar tersebut mengalami gangguan emosi adalah apabila pelajar tersebut menunjukkan konsep kendiri yang lemah. Pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang lemah akan sentiasa berasa tidak puas hati, tidak gembira, pasif dan mempunyai keyakinan diri yang rendah. Kesan gangguan emosi yang dialami oleh murid ini mungkin lahir kerana kurangnya perhatian yang diberikan oleh guru kepadanya semasa di dalam kelas. Kesibukan guru kadang kala memaksa mereka untuk lebih memfokuskan pada sesi pengajaran bagi menghabiskan silibus mata pelajaran. Hal ini telah mengurangkan sesi interaksi antara guru dan murid di dalam kelas.

Cabaran dan pengorbanan guru sekolah luar bandar

Bagi sesetengah guru terutamanya yang tidak biasa dengan keadaan dan persekitaran pedalaman atau luar bandar yang serba kekurangan, ditugaskan mengajar di kawasan itu, bagaikan mimpi ngeri bagi mereka.Ini kerana pelbagai cabaran terpaksa diharungi antaranya kekurangan bekalan elektrik, masalah jalan raya, ketiadaan kemudahan telefon dan jaringan komunikasi seperti internet.Namun demikian bagi Jaismon Majamih, 33, salah seorang guru yang berjaya mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Open Universiti Malaysia (OUM) melalui Program Pensiswazahan Guru, semua kekurangan itu tidak menjadi masalah besar untuk meneruskan khidmat sebagai pendidik di sekolah luar bandar.Beliau yang berasal dari Tandek Kota Marudu, mengajar di SK Malubang Pitas sejak tahun 1999 sehingga kini selepas menamatkan kursus Diploma Perguruan di Maktab Perguruan Kent Tuaran.Katanya, sebelum ini iaitu pada tahun 2006, dia pernah mengikuti pengajian dalam bidang Sains Sukan diOUMtetapi hanya bertahan selama setahun kerana tidak mampu dan tidak sanggup berulang alik menaiki bot setiap hujung minggu dari sekolah ke pekan Pitas.Sekolah tempat saya mengajar dan pekan Pitas sebelum ini hanya boleh dihubungi menggunakan bot tetapi tahun lalu sudah ada jalan raya dan kini boleh dilalui kereta pacuan empat roda, katanya.Jaismon yang mengajar mata pelajaran Sains, berterima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan membina jalan raya di kawasan itu.Berkenaan dengan peluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah yang ditaja oleh kerajaan, beliau berkata: Saya amat gembira kerana kerajaan membiayai pengajian guru-guru melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.Ini adalah peluang keemasan bagi saya untuk memiliki segulung ijazah yang saya diimpi-impikannya selama ini, katanya.Sementara itu Jumaidin Salihudin, 28, dari Kampung Randagong Ranau berkata, kekuatan mental dan fizikal perlu ada dalam diri seorang guru yang ditugaskan di sekolah luar bandar.Katanya, antara cabaran yang dihadapi oleh guru-guru di kawasan pedalaman ialah kekurangan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya.Bagaimanapun katanya, berbakalkan semangat dan komitmen yang tinggi untuk mendidik anak bangsa, menjadikan dia lebih tabah untuk terus berkhidmat di SK Pinangkau Beluran, walaupun terpaksa berjalan kaki selama dua jam dari sekolah itu ke simpang jalan utama.Jumaidin yang juga mengajar mata pelajaran Sains turut berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan peluang kepada guru-guru sekolah luar bandar mengikuti Program Pensiswazahan Guru.Saya berharap dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan untuk terus mendidik anak bangsa menjadi generasi yang berilmu dan berpengetahuan, katanya yang mula bertugas di sekolah itu sejak tahun 2005.Beliau yang mengajar murid Tahun 1, 2, 3, 5, dan 6, sebelum ini mengikuti kursus Diploma Perguruan di Maktab Perguruan Kent Tuaran.Matseh Leman, 29, dari Papar yang bertugas di SK Solob Sipitang lebih kurang 60 kilometer dari Pejabat Pendidikan Daerah Sipitang amat bersyukur kerana berjaya mengikuti Program Pensiswazahan Guru yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan.Tanpa tajaan kerajaan seperti ini mungkin sukar bagi saya untuk mengambil ijazah kerana kos pengajian yang tinggi dan kos sara hidup keluarga yang semakin meningkat, katanya yang sebelum ini mengajar di SK Pulau Bait Semporna.Ketika ditanya cabaran mengajar di kawasan luar bandar Matseh berkata, tahap pemahaman dan penerimaan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran antara masalah yang dihadapinya.Kadang-kadang ada murid yang tidak kenal huruf, jadi kita terpaksa mengajar mereka membaca walaupun kita ajar mata pelajaran lain, katanya yang mengajar mata pelajaran Sains, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani.Selain guru lelaki, cabaran guru wanita di kawasan luar bandar juga tidak kurang hebatnya.Zora Chong, 28, dari Inanam, yang kini mengajar diSRKLodung Kudat, lebih kurang 55 kilometer dari pekan Kudat berkata, kemudahan di kawasan luar bandar tidak banyak seperti di bandar-bandar atau pinggi bandar.Selain masalah keadaan jalan raya, bekalan elektrik, air dan kemudahan internet atau talian telefon, masalah banjir adalah antara yang sering dihadapi oleh guru-guru di sekolah tempat saya mengajar.Dalam tahun ini sahaja sudah dua kali sekolah kami dilanda banjir. Keadaan ini juga sedikit sebanyak menganggu pembelajaran para pelajar, kerana kami terpaksa membersihkan sekolah. Dari segi bekalan elektrik, tahun 2008 baru ada bekalan elektrik, katanya.Zora yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Muzik berkata, sebelum ini dia bertugas di SK Sungai Padas Sandakan.Katanya, pengorbanan seorang guru yang mengajar di kawasan pedalaman dan luar bandar tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.Mengenai peluang melanjutkan pengajian diOUM, Zora berkata: Saya amat bersyukur dan bertuah kerana berjaya menjadi salah seorang daripada ribuan pelajar mengikuti Program Pensiswazahan Guru sebab bukan semua mendapat peluang seumpama ini.Terima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan terhadap keperluan guru-guru untuk memperolehi segulung ijazah, ia akan memudahkan kita naik pangkat keDG41, katanya.Bagi Zamiah Abd Hamid, 41, yang berpengalaman luas mengajar di sekolah luar bandar, seorang guru haruslah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan sentiasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh para pelajarnya.Sebagai guru kita haruslah sabar dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh para pelajar. Kadang-kadang ada pelajar yang ponteng sekolah kerana rumah mereka terlalu jauh daripada sekolah. Ibu bapa tidak tahu anak mereka ponteng sekolah sebab awal pagi lagi mereka keluar untuk menorah getah, katanya.Bagi menangani masalah seperti ini, kita perlu memberikan motivasi kepada pelajar berkenaan, katanya yang kini mengajar di SK Malangang Baru Kiulu.Sebelum ini Zamiah bertugas di beberapa sekolah iaitu di SK Barambangon, SK Muhibah, SK Suang Paai dan SK Sikuati Kudat.Beliau juga berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang kepada guru-guru naik taraf sehingga peringkat ijazah.Dengan peluang yang diberikan ini, saya berharap dapat mempertingkatkan lagi cara pengajaran untuk mengharungi pelbagai cabaran dalam mendidik murid-murid, katanya.Chen Zyinhui, 27, dari Perlis turut berterima kasih kepada kerajaan atas peluang yang diberikan untuk mengikuti Program Pensiswazahan Guru.Peluang ini memang bagus sebab dapat meningkatkan tahap pendidikan guru-guru sekolah rendah dan menengah, katanya yang mengajar mata pelajaran Bahasa Cina diSJK(C) St.Peter Telipok.Para pelajar yang mendaftar diOUMuntuk mengikuti Sarjana Muda Pengajaran dijadualkan mengikuti pengajian selama 12 semester dari Mac 2011 hingga Disember 2014.Seramai 5,685 pelajar seluruh negara tajaan Bahagian Pendidikan Guru mengikuti program Sarjana Muda Pengajaran diOUMbagi Semester Januari 2011. Daripada jumlah itu seramai 714 calon adalah guru-guru di Sabah dan 62 dari Labuan.

By : OLEH MARRYAN RAZAN

New Sabah Times

http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/print/47204

RENCANA UTAMACabaran mendidik di pedalaman

SYIMIR tetap menjalankan tugasnya dengan komited walaupun dihantar jauh ke kawasan pedalaman.

BAGI kebanyakan guru baharu, menunggu waktu penempatan untuk sekolah yang bakal diajar merupakan saat yang mendebarkan. Malah, boleh dikatakan masing-masing berharap akan ditempatkan di sekolah yang terletak di lokasi strategik seperti di bandar-bandar terkemuka, daerah atau negeri yang tidak jauh dari tempat kelahiran mereka.Justeru, apabila dimaklumkan status penempatan sekolah mereka di kawasan pedalaman atau luar bandar, pasti terdetik rasa kecewa kerana apa yang diharapkan tidak kesampaian.Bagaimanapun, sebagai seorang guru setiap amanah yang diberi akan dilaksanakan sebaik mungkin demi mendidik anak bangsa agar menjadi orang berguna.Itu antara fasa hidup yang dilalui Siti Herdawati Hamidun, 29, seorang guru yang ditugaskan mengajar di Sekolah Kebangsaan Pendam yang terletak di daerah Samarahan, Sarawak walaupun beliau menjalani latihan praktikal di ibu kota.Menurut anak kelahiran Raub, Pahang yang mesra dengan panggilan Wawa itu, sewaktu mengetahui dia bakal ditempatkan di Sarawak, hatinya berbunga riang memandangkan si suami turut bertugas di Bumi Kenyalang."Namun, apabila keputusan rasmi dikeluarkan iaitu saya akan mengajar di daerah Samarahan, saya sedikit sedih kerana ia terletak jauh dari lokasi suami bekerja iaitu di Kuching."Tetapi, akhirnya saya sedar ia merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul dan saya terima keputusan itu dengan hati terbuka. Ternyata sikap positif itu menjadikan saya lebih bersemangat untuk mendidik anak-anak di sekolah tersebut," ujar Wawa yang mula bertugas di Samarahan sejak tiga tahun lalu sejurus menamatkan diploma Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

REZEKI yang diperoleh ibu bapa biasanya akan turut dikongsi bersama guru anak-anak mereka.

Tambah Wawa, pada mulanya dia mengalami kesukaran untuk memahami pertuturan murid-murid di sekolah itu kerana loghat mereka dalam bahasa ibunda Sarawak yang pekat.Hadiah berhargaJusteru, secara perlahan-lahan, ibu kepada dua cahaya mata itu cuba mempelajari bahasa pertuturan mereka untuk mendekatkan diri dengan murid-murid di sekolah tersebut."Alhamdulillah, kini masalah tidak faham dialek sudah berjaya diatasi dan saya seronok mengajar anak-anak ini yang sentiasa bersemangat untuk belajar terutama apabila gunakan teknologi komputer."Paling terharu apabila pelajar-pelajar menghadiahkan saya barang-barang seperti sabun, beras dan buah-buahan sempena Hari Guru atau ketika dusun milik ibu dan ayah mereka berbuah."Bagi saya hadiah sebegitu amat berharga walaupun bukan barangan yang mahal kerana apa yang penting ialah ingatan mereka kepada guru yang telah mendidik mereka," jelas Wawa yang mengajar subjek Bahasa Melayu di sekolah tersebut.Sementara itu, anak muda bernama Faris Syimir Rozaini, 24, yang turut ditugaskan mengajar di daerah Kapit, Sarawak memberitahu, cabaran mengajar di pedalaman sangat berbeza berbanding mengajar di kawasan bandar.Kesusahan hidup di kawasan luar bandar secara tidak langsung menjadikan proses pengajaran itu semakin sukar. Ditambah pula dengan bahasa ibunda yang berlainan, ia juga menyumbang kepada cabaran yang dihadapi pendidik.Hormat guru"Guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman boleh dianggap sebagai tentera kerana tugas mereka tidak sekadar mendidik. Di bandar, kita selalu dengar apabila murid sakit, gurulah doktornya dan bila murid hendak bermain bola, gurulah jurulatihnya.

KEKURANGAN infrastruktur seperti jalan yang berlumpur tidak menghalang pelajar untuk ke sekolah.

"Tetapi di pedalaman, jika sekolah tiada air, gurulah yang akan meredah sungai dan mendaki bukit semata-mata untuk menyambung paip air yang tercabut dan membekalkan air kepada semua penghuni sekolah," ujar Syimir dalam aspek cabaran fizikal yang dihadapi guru-guru di pedalaman.Tambah guru subjek Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral dan Dunia Seni Visual itu, dari satu aspek lain, guru-guru di kawasan luar bandar begitu dihormati oleh masyarakat setempat kerana sanggup meninggalkan keluarga, isteri dan anak-anak demi mengajar anak-anak mereka.Justeru, ibu bapa biasanya tidak lokek berkongsi rezeki dengan guru di sekolah anak mereka."Di sini, kami sering menerima hadiah dalam bentuk hasil hutan. Pernah sekali seorang rakan sejawat saya menerima seekor rusa hasil buruan penduduk tempatan. Ia memang sesuatu yang tidak dijangka dan membuatkan kami rasa amat dihargai," terang Syimir yang melahirkan harapan agar anak didiknya mampu mengamalkan apa yang telah diajar kepada mereka untuk menjadi insan yang berjaya. - KHADIJAH MOHAMAD NOR

Artikel Penuh:http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0516&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz3Uukheg1aHakcipta terpelihara

Cabaran mengajar di pedalaman00Google +000CetakOleh Kusyi HirdanSETIAP orang yang hidup di muka bumi ini pasti mempunyai guru. Guru wujud dalam pelbagai bentuk. Sesiapa saja yang mengajar sesuatu yang baik kepada kita adalah guru. Mengajar ilmu pengetahuan, sehinggalah mengajar kita cara memasak nasi pun harus dianggap sebagai guru.Di rumah, ibu bapa dan saudara yang tua adalah guru kepada kita dalam meniti kedewasaan sehingga ke alam pekerjaan. Selain itu, sebaik kita melangkah keluar dan mengerti erti pembelajaran, kita dihantar menuntut ilmu di sekolah dan di situ kita bertemu insan yang tidak mungkin kita lupa selama-lamanya.Dia yang mengajar kita mengenal huruf dan nombor, dia juga yang menegur kesalahan kita supaya kita semakin pandai dan cemerlang. Sebab itu kita harus menghargai dan menghormati insan bernama guru.

Guru ada di mana-mana dan di sebuah kampung terpencil di Sarawak, ada seorang guru yang sangat mencintai tugasannya. Malah dia menganggap tidak akan melakukan sesuatu melainkan yang terbaik demi sekolah dan anak-anak didiknya.

Setiap hari tanpa jemu, dia memandu ke Sekolah Kebangsaan Jemukan, yang terletak empat kilometer dari rumahnya di Kampung Ulu Semera, Kota Samarahan, Sadong Jaya.

Kampung Ulu Semera (kira-kira 80 kilometer dari Kuching) mempunyai penduduk seramai 259 orang dengan majoriti Melayu dan tiga berbangsa Cina. Penduduknya majoriti bekerja sebagai pekebun. Hanya ada sebuah tabika Kemas yang baru dibuka awal 2012.

Perjalanan seharian tenang kerana ia tidak sesibuk kota. Kira-kira 10 minit saja Liza Bujang, 44, sudah sampai ke sekolahnya pada setiap awal pagi.

Sebelum saya berpindah ke sekolah sekarang saya pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Campuran Daro, Daro Sarikei selama setahun setengah, berpindah atas alasan kesihatan. Kemudian di SK Combined Kuching, mengisi kekosongan guru bersara selama enam bulan.

Selepas itu dipindahkan ke SRB St Andrew, Kuching dan mengajar di situ selama lapan tahun. Jadi sebelum berpindah ke sekolah ini, saya sudah merasa pengalaman mengajar di tempat lain dan kawasan bandar yang dikira zon selesa. Jika diarahkan bertugas ke tempat lain saya tidak menolak kerana ia bagi saya pengalaman yang amat menyeronokkan, katanya.

Mengungkap cita-cita awalnya, Liza bercerita, dia pernah bercita-cita hendak bekerja di pejabat atau sektor penaziran.

Tetapi keadaan tidak mengizinkan. Begitu juga hasrat hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Saya pernah mendapat tawaran apabila permohonan diluluskan dua tahun lalu di Universiti Putra Malaysia tetapi saya tolak sebab kekangan keadaan. Tak mengapa sebab jika ada rezeki dan keadaan mengizinkan, saya akan teruskan cita-cita ini, katanya.

Mengajar di sekolah luar bandar yang juga kampung halamannya tidak memberi kelebihan kepada Liza. Kelebihan yang menyenangkan mungkin kerana dia sudah biasa dengan keadaan persekitaran dan orang kampungnya. Cabaran tetap ada dan sering menguji ketahanannya setiap hari.

Cabaran mengajar di luar bandar memang banyak, antaranya kekurangan bahan. Mula-mula dulu saya langsung tak punya buku rujukan terkini kerana kedudukan kami yang agak jauh. Untuk atasi keadaan ini saya ke bandar, ke kedai buku yang selalu berurusan dengan saya untuk dapatkan contoh buku percuma.

Kadang-kadang ada yang beri, kadang-kadang tidak. Jadi saya beli sendiri, semua buku dan bahan rujukan untuk kegunaan saya sendiri, katanya.

Begitu juga memberikan nota dan soalan tambahan kepada murid-muridnya. Liza sentiasa memastikan anak muridnya mendapat bahan yang mencukupi.

Beberapa minggu sebelum ini, saya kena ke bandar dan fotostat semua bahan yang diperlukan. Alhamdulillah sekarang kami sudah ada mesin fotostat jadi mudah untuk saya dan rakan-rakan. Sekiranya ada masalah yang timbul berkaitan kemudahan, saya atasinya seboleh mungkin, katanya.

Ada guru yang berasa rendah diri mengajar di sekolah luar bandar tetapi Liza tidak pernah berasa begitu.

Tidak pernah sama sekali. Walaupun sudah 12 tahun di sini, perasaan rendah diri kerana mengajar di kawasan luar bandar langsung tiada dalam kamus hidup saya. Saya merasai pengalaman berbeza, dari luar bandar ke bandar, kemudian ke luar bandar semula.

Ada saja penemuan dan pengalaman baru setiap hari. Setiap anak-anak murid mempunyai perbezaan daripada segi sahsiah dan kebolehan. Itu dengan sendirinya memberi cabaran yang amat berbeza dan sebagai guru, kena pandai menyesuaikan diri dengan keadaan semasa, katanya.

Bagi Liza, dia melihat dengan jelas guru di luar bandar sentiasa mempunyai kepakaran kreativiti yang tinggi.

Semangat mereka tinggi. Contohnya sekiranya kekurangan bahan, kami pergunakan bahan yang ada di sekitar kami dengan mengubah suai daripada bahan semula jadi.Ini mengagumkan saya. Sebab itu di mana saja saya mengajar dan berkursus, saya tidak melepaskan peluang untuk mempelajari dan menimba ilmu daripada mereka yang berpengalaman, katanya.

Sebagai guru, bagi Liza, keikhlasan, dedikasi dan bersifat positif adalah kunci yang paling utama.

Saya tidak pernah mengharapkan anugerah dan sekiranya dapat anugerah pun ia sekadar motivasi. Saya sentiasa mahu bekerja lebih baik untuk menghasilkan anak-anak yang cemerlang dan apa yang sangat menggembirakan saya apabila mereka berjaya.

Syukur alhamdulillah setakat ini saya tidak menghadapi kesukaran dalam menjalankan tugas kerana mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak pentadbir, rakan sekerja dan ibu bapa murid-murid, beritahu Liza yang mengajar Dunia Sains Teknologi KSSR bagi tahun satu dan dua serta Sains bagi tahun empat, lima dan enam.

Walaupun berada di luar bandar, aktiviti sekolah sentiasa meriah dan diaktifkan gurunya.

Sekolah selalu adakan aktiviti gotong-royong setiap petang Isnin. Jadi hari itu semua guru dan murid turun untuk bergotong-royong. Terkini kami baru saja bersama-sama selesai mengecat bilik kelas dan bilik guru serta bangunan prasekolah. Ia aktiviti menceriakan sekolah kami yang mempunyai 236 pelajar dan 24 guru. Untuk aktiviti yang berat, kami babitkan pihak PIBG. Alhamdulillah kerjasama ibu bapa sangat memberangsangkan, katanya.

Menurut Liza yang mempunyai hobi membaca novel tempatan, walaupun di luar bandar dia tiada masalah berkomunikasi dengan masyarakat setempat kerana ibu bapa sentiasa bekerjasama dengan guru. Keadaan ini memudahkan tugasan Liza dan rakan-rakannya.

Saya selalu berbincang dengan ibu bapa bagi menangani masalah pembelajaran anak-anak mereka. Hubungan dengan rakan sekerja seperti satu keluarga besar, saling bantu membantu dan ini memberi kami semua semangat untuk membuat yang terbaik, kata wanita yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di SRB St Andrew Kuching (1997) dan SK Jemukan (2004 dan 2011) ini.

Sebenarnya, dengan segala komitmen dan tanggungjawab yang dipikulnya sebagai guru, setiap hari jadual Liza bermula seawal jam 4 pagi. Ibu Liza yang sakit tua tinggal bersamanya. Dia perlu bangun dinihari bagi memasak bubur dan lauk ibunya. Kemudian membersihkan ibu tersayang serta memberi makan serta ubat.

Setelah semuanya siap di rumah dan penjaga emak pun sampai, baru saya ke sekolah. Sekiranya penjaga lambat sampai saya akan minta bantuan kakak yang tinggal berdekatan untuk membantu, katanya.

Bagi Liza yang berkelulusan Sarjana Muda Pendidikan Sejarah dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, amat penting dia pandai membahagi masa supaya jadualnya teratur. Antara tugasan kerjaya dan menjaga ibu tersayang, kedua-duanya perlu dilakukan sebaik mungkin.

Maka kerja sekolah semuanya perlu diselesaikan di sekolah, di rumah perhatian sepenuhnya hanya kepada ibu.

Cuma kerja perpustakaan seperti memproses buku saya buat di rumah pada waktu malam atau waktu terluang. Balik dari sekolah saya mesti pastikan emak sudah makan dan sepanjang petang menyambung tugas melayannya. Emak kena lihat saya dan mesti ada di hadapannya sepanjang masa jadi saya buat kerja itu di hadapannya, katanya.

Menurut Liza, dahulu emaknya tidak boleh bergerak kerana sakit tua. Dia sangat penat kerana perlu mengangkat emaknya dan tidak cukup tidur tetapi sekarang semuanya dianggap rutin dan dia sudah jadi biasa.

Sekarang untuk elak mengantuk, saya tidur sekejap lepas Zuhur ataupun saya tidur awal sebab emak tak tentu keadaannya, pada jam satu, dua atau tiga pagi, dia boleh bangunkan saya untuk minta sesuatu, katanya.

Dalam Liza memastikan semua tugasannya berjalan dengan lancar, dia bangga kerana dapat menjaga ibunya. Setiap hari Liza bersyukur dengan rezeki yang dikecapinya.

Allah memilih saya menjaga ibu dan semua ini ada hikmahnya. Saya pun tak boleh berpisah dengan ibu, berpisah sekejap saja sudah rindu, kata anak bongsu daripada lapan beradik itu.

Liza sangat mencintai kerjayanya dan pada masa sama, ibulah segala-galanya baginya.Artikel ini disiarkan pada : 2012/05/15- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Cabaranmengajardipedalaman/Article#sthash.7M8RhdnS.dpuf