edisi pertama - ministry of health...lampiran-lampiran lampiran 1 contoh borang untuk memohon permit...

26
GARISPANDUAN PENGIMPORTAN ATAU PENGEKSPORTAN ORGANISMA ATAU MANA-MANA BAHAGIANNYA Edisi Pertama MOH/K/EPI/ Dikeluarkan oleh Cawangan Penyakit Berjangkit Bahagian Kawalan Penyakit Jabatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia Diedarkan oleh Cawangan Penyakit Berjangkit Bahagian Kawalan Penyakit Jabatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia Tingkat 10, Blok E 10, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 Putrajaya

Upload: others

Post on 05-Feb-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • GARISPANDUAN PENGIMPORTAN ATAU

    PENGEKSPORTAN ORGANISMA ATAU MANA-MANA BAHAGIANNYA

    Edisi PertamaMOH/K/EPI/

    Dikeluarkan oleh

    Cawangan Penyakit BerjangkitBahagian Kawalan Penyakit

    Jabatan Kesihatan AwamKementerian Kesihatan Malaysia

    Diedarkan oleh Cawangan Penyakit Berjangkit

    Bahagian Kawalan PenyakitJabatan Kesihatan Awam

    Kementerian Kesihatan MalaysiaTingkat 10, Blok E 10, Parcel E,

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62590 Putrajaya

  • Garispanduan Pengimportan atau Pengeksportan Organisma atau Mana-mana Bahagiannya_____________________________________________________________________________________________________________________

    GARISPANDUAN PENGIMPORTAN ATAUPENGEKSPORTAN ORGANISMA

    ATAU MANA-MANA BAHAGIANNYA

    Edisi Pertama

    Garispanduan pengimportan atau pengeksportan mikroorganisma atau mana-manabahagiannya dibukukan untuk kegunaan anggota kesihatan di pintu masuk.

    Garispanduan ini bertujuan untuk menyeragamkan semua prosidur dan membawamasuk dan keluar mikroorganimsa atau bahagiannya di samping untuk memastikankemasukan dan pengeluaran mikroorganimsa atau bahagiannya ini mengikutprosidur yang dapat mengurangkan dan mencegah penularan penyakit berjangkitke negara ini maupun ke negara luar.

    Adalah diharapkan dengan adanya garispanduan ini, pemeriksaan ke atasmikroorganimsa atau bahagiannya lebih terancang, teratur dan berkualiti.

    Terima kasih.

    PengarahBahagian Kawalan PenyakitKementerian Kesihatan Malaysia

    September 2006.

    2

  • Garispanduan Pengimportan atau Pengeksportan Organisma atau Mana-mana Bahagiannya_____________________________________________________________________________________________________________________

    ISI KANDUNGAN

    Bil. Tajuk Mukasurat

    1. Pendahuluan 1

    2. Objektif 1

    3. Tafsiran 1

    4. Kuasa – kuasa Perundangan 2 - 3

    5. Carta Aliran Pengeluaran Permit Membawa Masuk / Keluar sertapemeriksaan kemasukan dan keluar mikroorganisma

    4

    6. Proses Kerja 5 - 6

    7. Lampiran-lampiran

    Lampiran 1 Contoh borang untuk memohon permit membawa masuk /keluar organisma

    Lampiran 2 Keterangan Cara Mengisi Jadual Ketiga - Borang PermohonanMembawa Masuk / Keluar Organisma Ke Malaysia

    Lampiran 3 Contoh surat mengenai mikrorganisma dari negara pengeksportLampiran 4 Contoh Permit Membawa Masuk / Keluar MikrorganismaLampiran 5 Contoh Bil perjalanan/Bil pendaratanLampiran 6 Contoh salinan manifest (Daftar Muatan Import)Lampiran 7 Langkah Untuk Dekontaminasi Tumpahan Organisma dan

    Bahan Patogenik

    3

  • Garispanduan Pengimportan atau Pengeksportan Organisma atau Mana-mana Bahagiannya_____________________________________________________________________________________________________________________

    PENGHARGAAN

    Kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam usahamenwujudkan Garispanduan Pengimportan dan Pengeksportan Organisma atau Mana-mana Bahagiannya diucapkan ribuan terima kasih.

    Penasihat

    Dato’ Dr. Hj. Shafie bin OoyubTimbalan Ketua Pengarah Kesihatan

    (Kesihatan Awam)Kementerian Kesihatan Malaysia

    Dato’ Dr. Hj. Ramlee RahmatPengarah Kawalan Penyakit

    Kementerian Kesihatan Malaysia

    Pengerusi

    Dr. Abdul Rasid KasriTimbalan Pengarah Kawalan Penyakit

    Cawangan Penyakit BerjangkitKementerian Kesihatan Malaysia

    Ahli – ahli

    Dr. Hj. Azmi bin Hj. Abdul RahimKetua Penolong Pengarah

    Unit Kesihatan AntarabangsaCawangan Penyakit Berjangkit

    Dr. Khebir VerasahibKetua Penolong Pengarah

    Jabatan Kesihatan Negeri Johor

    Dr. Mangalam SinniahPakar Perunding Kanan Patologi

    (Mikro / Virologi)Hospital Kuala Lumpur

    Dr. Norazah AhmadPakar Perunding Mikrobiologi Perubatan

    Ketua Unit BekteriologiInstitut Penyelidikan Perubatan

    Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur

    Dr. Nurhayati bin RusliPegawai Kesihatan

    Pejabat Kesihatan KLIA

    4

  • Garispanduan Pengimportan atau Pengeksportan Organisma atau Mana-mana Bahagiannya_____________________________________________________________________________________________________________________

    Dr. Balvinder Singh GillPenolong Pengarah Kanan

    Unit Kesihatan AntarabangsaCawangan Penyakit Berjangkit

    Hj. Zainal bin Abd GhaffarKetua Pen. Peg. Kesihatan Persekitaran

    Unit Kesihatan AntarabangsaCawangan Penyakit Berjangkit

    Laja ak LeyPen. Pegawai Kesihatan Persekitaran

    Pejabat Kesihatan BahagianKuching, Sarawak

    Muhammad Izham bin Mat SaadPen. Pegawai Kesihatan Persekitaran

    Pejabat Kesihatan KLIA

    Senawi bin Datu JukuhPen. Pegawai Kesihatan Persekitaran

    Pejabat Kesihatan KawasanKota Kinabalu, Sabah

    Penyunting

    Dr. Hj. Azmi bin Abdul RahimKetua Penolong Pengarah

    Unit Kesihatan AntarabangsaCawangan Penyakit Berjangkit

    Hj. Zainal bin Abd GhaffarKetua Pen. Peg. Kesihatan Persekitaran

    Unit Kesihatan AntarabangsaCawangan Penyakit Berjangkit

    Kami juga ingin memohon maaf dan diucapkan ribuan terima kasih kepada merekayang tidak tersenarai sama ada secara langsung atau tidak langsung yang memberisumbangan dalam menyiapkan garispanduan ini. Hanya Allah jua yang dapatmembalas jasa baik tuan dan puan.

    5

  • Garispanduan Pengimportan atau Pengeksportan Organisma atau Mana-mana Bahagiannya_____________________________________________________________________________________________________________________

    TAJUK : GARISPANDUAN PENGEKSPORTAN ATAUPEENGEKSPORTAN ORGANISMA ATAU MANA-MANABAHAGIANNYA

    1. Pendahuluan

    Perkembangan dalam sektor perkhidmatan kesihatan, penyelidikan danpembangunan industri telah mengakibatkan bertambahnya pergerakanorganisma atau bahan patogenik dari dalam dan keluar negara. Sehubungan itu,ianya memberi ancaman meningkatnya kejadian penularan penyakit berjangkit.Kementerian Kesihatan telah mengemaskini dokumen peraturan-peraturanpencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit (pengimportan ataupengeksportan mayat, tisu manusia dan organisma atau bahan patogenik)mengikut keperluan perkembangan semasa.

    Garispanduan ini merupakan dokumen penting yang perlu dirujuk dalampengendalian pengimportan dan pengeksportan organisma, bahan patogenikdan mana-mana bahagian darinya. Adalah menjadi tanggungjawab pihakberkuasa memastikan tiada penularan penyakit berjangkit yang diakibatkan olehpencemaran, kemalangan / kecederaan akibat kebocoran, kerusakan bungkusanatau kecuaian semasa pengendalian organisma, bahan patogenik atau mana-mana bahagian darinya. Oleh yang demikian komitmen jitu pengeksport agenpenghantaran dan pengimport/penerima adalah sangat penting dalam mencegahatau membendung kemungkinan di atas dari berlaku.

    2. Objektif

    2.1 Untuk menyediakan satu garispanduan yang perlu diikuti untukmengimport atau mengeksport organisma atau bahan patogenik.

    2.2 Untuk menjelaskan tanggungjawab semua pihak yang terlibat dalamproses kerja ini dengan tumpuan khas diberikan kepada aspekkeselamatan, pembungkusan, penghantaran serta kepakaran penggunadan fasiliti pengguna khasnya apabila melibatkan organisma darikumpulan risiko III dan IV.

    2.3 Untuk membantu dalam melaksanakan pemprosesan permit mengimportatau mengeksport organisma atau bahan patogenik disampingmengurangkan risiko penularan penyakit berjangkit.

    3. Tafsiran

    “Pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana Pegawai Kesihatan, mana-manaInspektor Kesihatan (Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran) atau mana-mana pegawai yang dilantik oleh menteri di bawah seksyen 3; Akta Pencegahandan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

    “Organisma atau bahan patogenik” adalah termasuklah-

    i. apa-apa kuman, mikrob, bakteria, atau virus hidup; atau

    6

  • Garispanduan Pengimportan atau Pengeksportan Organisma atau Mana-mana Bahagiannya_____________________________________________________________________________________________________________________

    ii. kultur apa-apa kuman, mikrob, bakteria atau virus; atau

    iii. hasil apa-apa kuman, mikrob, bakteria atau virus;

    yang berupaya menyebabkan apa-apa penyakit berjangkit.

    4. KUASA-KUASA PERUNDANGAN BERKAITAN

    Bil. Sek./Per. Kuasa Pegawai yangbertanggungjawab Penalti Catatan

    Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 19881. S. 3(1) Lantikan Pegawai diberi

    kuasa. Mana-mana orangyang sesuai diberikuasa yang dilantikoleh Menteri.

    Tiada

    2. S. 7 Memasuki danmemeriksa kenderaandan langkah-langkahselepas itu.

    Pegawai yang diberikuasa.

    Tiada

    Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengimportan danPengeksportan Mayat, Tisu Manusia Dan Organisma Atau Bahan Patogenik) 2006

    3. P.5 (1) Larangan mengimportdan mengeksport untukorganisma kumpulanrisiko 1 & 2 kecualikelulusan pegawai diberikuasa

    Pegawai yang diberikuasa

    P. 9

    4. P. 5(2) Memeriksa apa-apadokumen yangberkaitan*

    Pegawai yang diberikuasa.

    Tiada * i. Salinan kadpengenalan pemohon

    ii. Maklumat mengenaiorganisma

    iii. Dokumen dari negarapengeksport/pengimport.

    5. P. 5(3) Boleh mengenakan apa-apa syarat yangdiperlukan.

    Pegawai yang diberikuasa.

    P. 9

    6. P. 5(4) Mengeluarkan permitkebenaran membawamasuk / membawakeluar organisma /bahan patogenik

    Pegawai yang diberikuasa.

    Tiada

    7. P. 6(2),6(3)

    Kelulusan untuk eksportdan import organismakumpulan risiko 3 & 4setelah mendapatkelulusan KetuaPengarah Kesihatan

    Pegawai yang diberikuasa.

    P 9

    8 P. 8 (1) Mengutip fi bagi setiappengeluaran permit.

    Pegawai yang diberikuasa.

    Tiada

    7

  • Garispanduan Pengimportan atau Pengeksportan Organisma atau Mana-mana Bahagiannya_____________________________________________________________________________________________________________________

    5. CARTA ALIRAN

    Carta Aliran Pengeluaran Permit Membawa Masuk/Membawa Keluar SertaPemeriksaan Kemasukan Dan Keluaran Organisma

    8

    Terima permohonan dari pemohon/pengguna

    Proses permohonan

    Lengkap

    Keluarkan dan serahkan permitbawa masuk/bawa keluar

    Konsainmen sampai di pintu masuk

    Kembalikan kepadapemohon

    Jika tidak lengkap

    RekodTidak lulus

    Periksa kesempurnaanpembungkusan

    Tidak sempurnaTindakan pelupusan

    Konsainmen tidakdituntut dalamtempuh yangditetapkan

    Konsainmen diserahkan kepada pengguna/pemohon

    Lulus

    Sempurna

    PPKP

    PPKP

    PPKP

    PK

    PPKP

    PPKP

    Di

    Peja

    bat K

    esih

    atan

    Dae

    rah

    / pin

    tu M

    asuk

    D

    i Pej

    abat

    Kes

    ihat

    an P

    intu

    Mas

    uk

    Semak dokumen

    Pertimbangkan kelulusan

    Petunjuk : PK – Pegawai Kesihatan; PPKP – Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran,

  • Garispanduan Pengimportan atau Pengeksportan Organisma atau Mana-mana Bahagiannya_____________________________________________________________________________________________________________________

    6. Proses Membawa Masuk/Membawa Keluar Organisma

    Bil Aktiviti Tanggungjawab

    6.1 Memohon untuk mengimport atau mengeksport organismaatau bahan patogenikIsi borang permohonan mengimport atau mengeksportorganisma atau bahan patogenik atau mana-manabahagiannya (Jadual ketiga) di Lampiran 1.

    Pemohon

    6.2 Proses permohonanSemakan permohonan(i) Borang permohonan (Jadual ketiga) telah diisi denganlengkap(ii) Dokumen-dokumen berkaitan yang diperlukan adalahlengkap(iii) Semak kelayakan pemohon atau pengguna (termasukkepakaran teknikal dan kemudahan pengendalian organisma,bahan patogenik atau mana-mana bahagiannya yangberkaitan). Surat Pengakuan daripada Institusi pemohon /pengguna mengenai taraf biosafety makmal sama ada sesuaiuntuk mengendalikan organisma tersebut.Dokumen berkaitan:

    • Laboratory Biosafety Manual. WHO.• Jadual 7. Peraturan-peraturan pencegahan dan

    pengawalan penyakit berjangkit (mengimport ataumengeksport mayat, tisu manusia dan organisma ataubahan patogenik) 2006. Senarai organisma mengikutKumpulan Risiko

    (iv) Kepastian dari pengguna bahawa segala prosedurkeselamatan berkaitan pembungkusan, melabel danpengendalian organisma, bahan patogenik atau mana-manabahagiannya adalah mematuhi keperluan piawaianantarabangsa ( WHO, IATA)Dokumen berkaitan :WHO/EMC/97.3. Guidelines for the safe transport ofinfectious Substances and Diagnostic Specimens. WorldHealth Organisation 1997.

    Penolong PegawaiKesihatanPersekitaran

    9

  • Garispanduan Pengimportan atau Pengeksportan Organisma atau Mana-mana Bahagiannya_____________________________________________________________________________________________________________________

    Bil Aktiviti Tanggungjawab

    6.3 Pegawai yang dipertanggungjawab/perlu dirujuk untukmemberikan keputusan bagi pengeluaran permitOrganisma, bahan patogenik atau mana-mana bahagiandarinya yang tergolong dalam Kumpulan Risiko 1 dan 2seperti dalam Jadual 7 di Peraturan Pengimportan danPengeksport mayat, tisu atau organisma atau bahan patogenik2006. Juga boleh diperolehi dengan melayari laman webwww.atcc.org.Sebarang kemusykilan yang timbul hendaklah dirujuk kepadaPengarah Kesihatan Negeri.

    Pen. Peg. KesihatanPersekitaran /Pegawai Kesihatan dimana-mana PejabatKesihatan.

    Organisma, bahan patogenik atau mana-mana bahagiandarinya yang termasuk dalam Kumpulan Risiko 3 dan 4

    Ketua PengarahKesihatan

    6.4 Pengeluaran permitPermohonan yang diluluskan akan dimaklumkan kepadapemohon melalui permit untuk mengimport / mengeksport tisumanusia atau mana-mana bahagiannya dan organisma ataubahan patogenik atau mana-mana bahagiannya Peraturan-peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit(pengimportan atau pengeksportan mayat, tisu manusia danorganisma atau bahan patogenik) 2006 akan diserahkan ataudiedarkan kepada pemohon/pengguna melalui pos dan faks.

    Pegawai Kesihatan

    6.5 Pemeriksaan konsainmen di pintu masukPemeriksaan adalah untuk memastikan bahawa penggunatelah mematuhi prosedur keselamatan berkaitanpembungkusan, melabel dan pengendalian organisma, bahanpatogenik atau mana-mana bahagiannya mengikut piawaianantarabangsa( WHO, IATA)

    Penolong PegawaiKesihatanPersekitaran

    6.6 Pembawaan masuk/keluar organisma, bahan patogenikatau mana-mana bahagian darinya Konsainmen hendaklah dibawa keluar dari pintu masuk dalamtempoh lima hari selepas ketibaan.

    Pemohon

    Sekiranya konsainmen tidak dibawa keluar dalam tempoh 5hari bekerja, Pejabat Kesihatan Pintu Masuk hendaklahdimaklumkan.

    Pemohon / pengguna

    Bagi konsainmen yang tidak dituntut tindakan pelupusansegera hendaklah diambil. Segala kos pelupusan akanditanggung oleh pemohon dan pengguna konsainmen.

    Pegawai Kesihatan

    10

  • Garispanduan Pengimportan atau Pengeksportan Organisma atau Mana-mana Bahagiannya_____________________________________________________________________________________________________________________

    Bil Aktiviti Tanggungjawab

    6.7 Penentuan kesempurnaan pembungkusan organisma,bahan patogenik atau mana-mana bahagiannya darinyasemasa penerimaan dan penyimpananSekiranya berlaku kebocoran, kemalangan semasapenerimaan atau penyimpanan bahan yang bolehmengakibatkan penularan penyakit berjangkit, tindakankecemasan perlu diambil bagi menghadapi sebarangkemungkinan. Untuk tindakan selanjutnya sila rujukGuidelines for the safe transport of infectious Substancesand Diagnostic Specimens. World Health Organisation1997. Bagi menjamin keselamatan pengendali dan orang awam,langkah kecemasan yang perlu diambil sekiranya berlakukerosakan, kebocoran atau seumpamanya terhadapbungkusan organisma, bahan patogenik atau mana-manabahagian darinya.

    1. Hubungi Pegawai Kesihatan Daerah / Persekitaranatau Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.

    2. Ambil tindakan seperti ditetapkan dalam Guidelinesfor the safe transport of infectious Substances andDiagnostic Specimens. World Health Organisation1997

    3. Hubungi pemohon / pengguna

    Penolong PegawaiKesihatanPersekitaran

    11

  • Garispanduan Pengimportan atau Pengeksportan Organisma atau Mana-mana Bahagiannya_____________________________________________________________________________________________________________________

    7. Lampiran – LampiranLampiran 1

    Contoh borang untuk memohon permit membawa masuk / keluar organisma

    JADUAL KETIGA(Subperaturan 5(2))

    BORANGAKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988

    PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT(PENGIMPORTAN DAN PENGEKSPORTAN MAYAT, TISU MANUSIA DAN ORGANISMA ATAU BAHAN PATOGENIK) 2006

    PERMOHONAN MENGIMPORT ATAU MENGEKSPORT ORGANISMA ATAUBAHAN PATOGENIK ATAU MANA-MANA BAHAGIANNYA

    Pegawai Kesihatan:(Daerah)

    A. Maklumat Pemohon1. Nama:

    2. Alamat:

    3. No. KPPN / Passport*:((nyatakan)

    4. No. Telefon: No. Faks:

    5. Nama Pengguna (1):

    Alamat:

    Nama Pengguna (2):

    Alamat:

    Alamat:

    B. Maklumat Organisma atau Bahan Patogenik atau Mana-Mana BahagiannyaButiran Perihalan

    1. Nama Organisma:

    No. Kelompok: Patogenik / Bukan Patogenik*

    2. Kumpulan Risiko dan Kuantiti:

    3. Kegunaan / Jenis Ujian*:

    4. Jenis Pengangkutan:

    5. Kaedah Pembungkusan:

    6. Kaedah Pelupusan:

    Bahan di atas akan masuk / keluar* melalui: (Nama Tempat Masuk)

    Bulan Tahun

    12

  • Garispanduan Pengimportan atau Pengeksportan Organisma atau Mana-mana Bahagiannya_____________________________________________________________________________________________________________________

    C. Dokumen DiSertakan (Tandakan jika disertakan)

    1. Salinan Kad Pengenalan / Passport*

    2. Maklumat organisma atau bahan patogenik atau apa-apa bahagiannya dari negara asal

    3. Sijil / Dokumen* dari negara pengimport / pengeksport*

    4. Maklumat / Dokumen* berkaitan kaedah pelupusan

    Saya mengesahkan bahawa saya akan mengambil segala langkah yang perlu untuk memastikan bahawa pemindahan organisma atau bahan patogenikatau apa-apa bahagiannya ini tidak membahayakan atau menyebabkan kesan buruk kepada kesihatan awam.

    Tandatangan pemohon: Tarikh: / /h h b b t t t t

    UNTUK KEGUNAAN PEJABAT SAHAJA

    a. Tarikh Terima Permohonan: / /

    h h b b t t t t

    b. Nama Pegawai Penerima:

    c. Dokumen: Lengkap Tak Lengkap

    d. Sokongan: Disokong Tidak Disokong

    e. Permohonan: Diluluskan Tidak Diluluskan

    Tandatangan dan Cop Pegawai diberi kuasa:

    Tarikh: / /h h b b t t t t

    * Potong mana-mana yang tidak berkaitan

    13

  • Garispanduan Pengimportan atau Pengeksportan Organisma atau Mana-mana Bahagiannya_____________________________________________________________________________________________________________________

    Lampiran 2KETERANGAN CARA MENGISI JADUAL KETIGA - BORANG PERMOHONAN MEMBAWA MASUK /KELUAR ORGANISMA KE MALAYSIA

    Daerah – tuliskan nama pejabat kesihatan yang menerima permohonanBahagian A

    1. Nama pemohon – Tuliskan dalam huruf besar

    2. Alamat pemohon – Tuliskan alamat pemohon yang lengkap

    3. No. KPPN atau passport – Tuliskan no. kad pengenalan baru atau no. passport

    4. No. Telefon dan fax – Tuliskan nombor telefon dan nombor fax pemohon.

    5. Nama pengguna – Tuliskan dengan huruf besar serta no telefon serta fax. Sekiranya lebihdari satu isi 5 ii dan 5 iii.

    6. Alamat pengguna – Tuliskan alamat pengguna dengan lengkap. Sekiranya lebih dari satuisikan mengikut urutan nama pengguna seperti alamat pengguna diisikan di 5 ii sekiranyanama pengguna di tuliskan pada 5 iii.

    Bahagian B

    7. Nama organisma – Nyatakan dengan terang nama organisma yang dibawa masuk / keluar.No Kelompok – No siri berkaitan dengan barangan eg. ATCC 50009990 atau ‘Airway bill –099999999 dan apa-apa no siri lain. Tandakan juga samada patogenik atau tidak patogenik.

    8. Kumpulan Risiko dan kuantiti – nyatakan jenis klas ( mengikut klassifikasi WHO laboratoryBiosafety Manual Edisi Ke 2 1993) samada klas 1, 2, 3 atau 4 . Tuliskan juga jumlah – eg. 3tiub ( 10x 0.1ml), 3 loop ( 10 x 0.2 ml) dsbnya.

    9. Kegunaan / Jenis ujian – Nyatakan tujuan membawa masuk / keluar organisma berkenaan.

    10. Kaedah pengangkutan dan pembungkusan – nyatakan cara pengangkutan dengan jalandarat, jalan laut atau kapal terbang. Pembungkusan – nyatakan cara pembungkusan.

    11. Cara pelupusan – nyatakan cara pelupusan bahan tersebut sekiranya tidak lagi digunakaneg. Seperti dengan menggunakan autoclave, , incinerator atau diambil oleh syarikat untukdilupuskan.

    12. Setiap permohonan perlu disertakan dengan i. Salinan kad pengenalan pemohonii. Kelayakan pengguna eg. Pakar Patologi / Mikrobiologi, Penyelidik, dsbnyaiii. Maklumat mengenai bahan patogenik dari negara asaliv. Sijil dokumen pengesahan organisma yang diimport dan dieksport atau dari

    pihak berkuasa kesihatan negara pengimport atau negara pengeksport v. Surat pembuktian cara pelupusan eg. Sekiranya pelupusan dengan autoclave –

    tunjukan surat pembelian autoclave, dilupuskan melalui syarikat pelupusantertentu – sertakan surat perjanjian dengan syarikat berkenaan syarikat akanmelupuskan bahan klinikal dari makmal tersebut.

    PERLU DIJELASKAN BAHAWA SETIAP PERMOHONAN DIPERLUKAN BAGI SETIAP“CONSIGNMENT”

    14

  • Garispanduan Pengimportan atau Pengeksportan Organisma atau Mana-mana Bahagiannya_____________________________________________________________________________________________________________________

    Lampiran 3

    Contoh surat mengenai mikrorganisma dari negara pengeksport

    15

  • Garispanduan Pengimportan atau Pengeksportan Organisma atau Mana-mana Bahagiannya_____________________________________________________________________________________________________________________

    Lampiran 4Contoh Permit Membawa Masuk / Keluar Mikrorganisma

    JADUAL KELIMA[Subperaturan 4(5) dan 5(4)]

    BORANG

    AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT

    (PENGIMPORTAN DAN PENGEKSPORTAN MAYAT, TISU MANUSIA DAN ORGANISMA ATAU BAHAN PATOGENIK) 2005

    PERMIT UNTUK MENGIMPORT / MENGEKSPORT TISU MANUSIA ATAU MANA-MANABAHAGIANNYA DAN ORGANISMA ATAU BAHAN PATOGENIK ATAU MANA-MANA

    BAHAGIANNYA

    1. Nama pemohon:_____________________________________________

    2. Alamat pemohon:____________________________________________

    ____________________________________________

    3. Nama pengguna pertama:_____________________________________

    4. Nama pengguna kedua:_______________________________________

    5. Nama pengguna ketiga:_______________________________________

    6. Nombor rujukan permohonan :

    Butir-Butir Konsainan Kumpulan Risiko No. Kelompok Kuantiti

    Anda diminta menyerahkan permit ini kepada Pegawai Kesihatan____________________________(Nama tempat masuk)

    untuk membenarkan konsainan di atas dibawa masuk/keluar*. Konsaimen di atas dibenarkan diimport/ eksport*tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan.

    Permit ini sah sehingga:______________________________

    Tandatangan pegawai diberi kuasa:____________________________________________

    Nama pegawai diberi kuasa:__________________________________________________

    Tarikh dikeluarkan:______________________

    *Potong mana-mana yang tidak berkenaan

    16

    Lebih daripada satu konsaimenSatu konsaimen

    Cop Rasmi

  • Garispanduan Pengimportan atau Pengeksportan Organisma atau Mana-mana Bahagiannya_____________________________________________________________________________________________________________________

    * Potong mana-mana yang tidak berkaitan

    17

  • Garispanduan Pengimportan atau Pengeksportan Organisma atau Mana-mana Bahagiannya_____________________________________________________________________________________________________________________

    Lampiran 5Contoh Bil perjalanan/Bil pendaratan

    18

  • Garispanduan Pengimportan atau Pengeksportan Organisma atau Mana-mana Bahagiannya_____________________________________________________________________________________________________________________

    Lampiran 6Contoh salinan manifest (Daftar Muatan Import)

    19

  • Garispanduan Pengimportan atau Pengeksportan Organisma atau Mana-mana Bahagiannya_____________________________________________________________________________________________________________________

    Lampiran 7

    Langkah Untuk Dekontaminasi Tumpahan Organisma dan Bahan Patogenik______________________________________________________________________1. Definasi

    ’Biohazad’ adalah bahan patogenik seperti organisma, bahan–bahan terhasil dariorganisma termasuk cecair badan yang mengandungi kedua-duanya.

    ’Tumpahan’ adalah cecair atau pepejal yang meleleh, terkeluar, terpercik darisesuatu bekas.

    ’Tumpahan biohazard’ adalah tumpahan organisma dan bahan patogenik ataucecair badan yang mengandungi kedua-duanya dari sesuatu bekas.

    2. Langkah-Langkah Kawalan Ke Atas Tumpahan Biohazad

    2.1 Organisma Kumpulan Risiko 1 & 2

    a. Tumpahan kecil (minor)

    i. Definasi

    Tumpahan kecil adalah tumpahan yang kurang dari 10 mlatau lebih kurang 2 sudu teh dan menghasilkan sedikitaerosol ke atas peralatan, kawasan sekitaran, dinding ataulantai.

    ii. Tindakan Kawalan keatas tumpahan kecil

    Melarang semua anggota yang tidak berkenaan beradadi kawasan yang terkontaminasi . Ini boleh dilakukansecara lisan atau jika perlu dengan meletakkan tandaamaran di tempat yang perlu.

    Bersihkan tangan atau bahagian badan lain yangmungkin terkontaminasi dengan sabun dan air. Gunakansarung tangan pakai buang ( latex / rubber).

    Tutup tumpahan dengan tuala kertas (paper towel) yangtelah direndam dalam larutan dekontaminasi.

    Lap tumpahan menggunakan tuala kertas (paper towel)yang telah direndam dan buangkan tuala yang telahdigunakan ke dalam beg plastik kuning untuk sisaklinikal.

    • v. Tuangkan larutan dekontaminasi di sekitar kawasantumpahan tersebut. Biarkan selama lebih kurang 20minit kemudian lapkan dengan tuala kertas. Buangkansarung tangan dan tuala kertas yang digunakan ke dalambeg plastik kuning.

    20

  • Garispanduan Pengimportan atau Pengeksportan Organisma atau Mana-mana Bahagiannya_____________________________________________________________________________________________________________________

    Bersihkan tangan dan bahagian lain yang terkontaminasimenggunakan sabun dan air.

    b. Tumpahan Besar

    i. Definasi

    Tumpahan besar adalah tumpahan yang lebih dari 10 mlatau lebih dari 2 sudu teh atau mengakibatkan banyakaerosol (bagi kumpulan Risiko 2). Tumpahan besar jugameliputi organisma Kumpulan Risiko 3 tanpa mengambilkirakuantiti tumpahan.

    ii. Tindakan Kawalan ke atas tumpahan besar

    • Tutup ruangan tempat tumpahan dan tutup semua kipasserta sistem ventilasi dan letakkan tanda amaranlarangan untuk melarang mana-mana orang yang tidakberkenaan dari memasuki kawasan tersebut.

    • Laporkan kejadian kepada Pegawai Kesihatan PintuMasuk dengan segera.

    • Bersihkan tangan atau bahagian badan lain yangmungkin terkontaminasi dengan sabun dan air. Gunakansarung tangan pakai buang (latex / rubber).

    • Sekiranya pakaian anggota terkontaminasi, tanggalkandan masukkan pakaian itu ke dalam beg plastik kuninguntuk sisa klinikal.

    • Sekiranya tumpahan mengakibatkan aerosol, kawasantersebut perlu dijauhi dalam masa lebih kurang 20 minituntuk membolehkan aerosol tersebut beredar( dissipate).

    • Semasa kembali untuk membuat kerja-kerjadekontaminasi, pastikan kawasan tersebut dilingkungidan tanda amaran yang berkenaan terus dipamerkan ditempat tersebut. Pakai alat pelindungan keselamatanmengikut kesesuaian.

    • Tuangkan larutan dekontaminasi ( sodium hypochlorite,formaldehyde or phenolic compound) secara perlahan-lahan di sekeliling tumpahan dan biarkan larutanmengalir ke tempat tumpahan. Jangan tuang secaraterus ke atas tumpahan untuk mengelakkanpenghasilan lebih banyak aerosol.

    • Biarkan larutan dekontaminasi bercampur denganorganisma selama 20 minit atau lebih untuk

    21

  • Garispanduan Pengimportan atau Pengeksportan Organisma atau Mana-mana Bahagiannya_____________________________________________________________________________________________________________________

    membolehkan masa mencukupi untuk larutandekontaminasi bertindakbalas.

    • Buang tuala kertas yang telah terkontaminasi ataubahan-bahan yang telah digunakan ke dalam beg plastikkuning. Kandungan beg plastik kuning ini perludilupuskan secara autoklaf mengikut polisi yangditetapkan di pintu masuk.

    • Tanggalkan sarung tangan dan pakaian yang telahterkontaminasi ke dalam beg plastik kuning.

    • Basuh tangan dan muka secara keseluruhan (mandi jikaperlu).

    • Sediakan laporan insiden tumpahan mengikut formatyang disediakan.

    Pegawai Kesihatan boleh mengarah untuk sampel atau swab diambil untuk menentukan bahawa proses dekontaminasi telahdijalankan secara efektif untuk organisma Kumpulan Risiko 3 dan4.

    Untuk tumpahan organisma kumpulan risiko 4 perlu dilaporkankepada Pasukan HAZMAT (Talian 994). Namun begitu sementaramenunggu kedatangan pasukan Hazmat beberapa tindakan berikutperlu diambil iaitu:-

    • Tutup ruangan tempat tumpahan dan tutup semua kipasserta sistem ventilasi dan letakkan tanda amaranlarangan untuk melarang mana-mana orang yang tidakberkenaan dari memasuki kawasan tersebut.

    • Laporkan kejadian kepada Pegawai Kesihatan PintuMasuk dengan segera.

    • Laporkan kepada Pasukan Hazmat.

    • Tinggalkan kawasan tersebut perlu dijauhi dalam masasehingga Pasukan Hazmat tiba di tempat tumpahan.

    Di antara peralatan perlindungan keselamatan yang diperlukanuntuk proses dekontaminasi adalah sarung tangan, kasut but(Wellington boot), disposable gown and apron, topeng muka N 95,cermin mata (google) dan respirator.

    3. Senarai Semak Prosedur Tumpahan Bahan Biohazad

    3.1 Senarai Semak Tumpahan Kecil - Organisma Kumpulan Risiko 2

    No Perkara Ya Tidak1 Guna air dan sabun untuk membasuh tangan dan bahagian

    badan yang telah terkontaminasi 22

  • Garispanduan Pengimportan atau Pengeksportan Organisma atau Mana-mana Bahagiannya_____________________________________________________________________________________________________________________

    2 Pamerkan tanda amaran untuk menghalang mana-manaorang dari kawasan tumpahan.

    3 Gunakan alat perlindungan diri 4 Tutup kawasan tumpahan dengan tuala kertas atau bahan

    penyerap yang telah direndam dalam larutandekontaminasi

    5 Lapkan tumpahan dengan tuala kertas atau bahanpenyerap yang telah direndam dalam larutandekontaminasi

    6 Buangkan ke dalam beg plastik kuning7 Tuangkan larutan dekontaminasi di sekeliling dan kawasan

    tumpahan8 Biarkan selama 20 minit9 Lapkan dengan tuala kertas10 Buangkan tuala kertas dan sarung tangan dalam beg

    plastik kuning11 Basuh tangan dengan sabun dan air

    Sila pamerkan Senarai Semak di kawasan ditentukan di pintu masuk

    3.2 Senarai Semak Tumpahan Besar - Organisma Kumpulan Risiko 2dan 3

    No Perkara Ya Tidak1 Guna air dan sabun untuk membasuh tangan dan bahagian

    badan yang telah terkontaminasi 2 Pamerkan tanda amaran untuk menghalang mana-mana

    orang dari kawasan tumpahan 3 Laporkan tumpahan kepada Pegawai Kesihatan4 Tanggalkan semua pakaian terkontaminasi dan

    masukkan ke dalam larutan dekontaminasi selama 30minit

    5 Pakai pakaian yang bersih6 Tinggalkan kawasan tumpahan selama 20 minit7 Pastikan tanda amaran masih berada di kawasan

    tumpahan8 Gunakan alat perlindungan diri termasuk respirator9 Tutup kawasan tumpahan dengan tuala kertas atau bahan

    penyerap yang telah direndam dalam larutandekontaminasi

    10 Tuangkan larutan dekontaminasi di sekeliling, supayalarutan masuk ke dalam kawasan tumpahan . JANGANTUANG TERUS LARUTAN DEKONTAMINASI KE ATASTUMPAHAN

    11 Biarkan selama 20 minit12 Buangkan tuala kertas ke dalam beg plastik kuning13 Basuh tangan dan anggota badan dengan sabun dan air.14 Kandungan beg plastik kuning ini perlu dilupuskan secara

    autoklaf mengikut polisi yang ditetapkan di pintu masuk.

    23

  • Garispanduan Pengimportan atau Pengeksportan Organisma atau Mana-mana Bahagiannya_____________________________________________________________________________________________________________________

    Sila pamerkan Senarai Semak di kawasan ditentukan.

    4. Carta Alir Langkah-Langkah Kawalan Ke Atas Tumpahan Biohazad

    24

    Ada tumpahan berlaku

    Kenalpasti jenisorganisma

    Kumpulan Risiko 1& 2

    Kumpulan Risiko 3 Kumpulan Risiko 4

    Kenalpasti jenistumpahan

    Kecil Besar

    Lakukan sepertidalam senaraiSemak 3.2

    Rujuk kepadaPasukan Hazmat

    Lakukan sepertidalam senarai

    Semak 3.1

    Petunjuk : PPKP – Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

    PPKP

    PPKP

    PPKP

    PPKP

  • Garispanduan Pengimportan atau Pengeksportan Organisma atau Mana-mana Bahagiannya_____________________________________________________________________________________________________________________

    5. Senarai Larutan Dekontaminasi

    5.1Sodium Hypoklorit

    Sodium hypoklorit membunuh organisma dengan melepaskan gas klorin.Biarkan selama sekurang-kurang 20 minit.

    Pencairan (hanya dibuat sebelum digunakan di dalam baldi plastik): 1dalam 10 sodium hypoklorit untuk kegunaan rumah (1 bahagian sodiumhypoklorit ditambah dengan 9 bahagian air).

    5.2 Bahan Phenolik (Phenolic Compounds)

    Effektif untuk membunuh bacteria hidup (vegetative) termasuktuberculosis, fungi dan lipovirus. Ia tidak effektif terhadap spora bakteria.

    Cara Pencairan : 1 – 5 % larutan yang mengandungi 0.5 – 2 % phenolefektif untuk membunuh lipovirus. Proses pencairan hanya bolehdilakukan dengan menuang phenol ke dalam air dan bukan sebaliknya.

    5.3 Larutan Formaldehyde

    Larutan Formaldehyde dengan kepekatan 5 – 8 % adalah effektif untukdekontaminasi bakteria hidup, spora bakteria, virus lipid dan bukan lipidserta fungi.

    6. Laporan Insiden Tumpahan

    Sediakan laporan insiden tumpahan mengikut format yang disediakan. Laporanini perlu dihantar kepada Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit dan salinankepada Pengarah Kesihatan Negeri.

    7. Pemeriksaan Kesihatan

    Pemeriksaan Kesihatan untuk anggota yang terlibat dalam insiden perludijalankan untuk mengenalpasti kesan sampingan dari insiden tumpahan.Sekiranya ada orang awam yang juga terlibat dalam insiden tersebut merekajuga perlu menjalani pemeriksaan dan survelan kesihatan.

    8. Contoh-contoh tanda amaran di tempat berlaku tumpahan biohazad

    25

  • Garispanduan Pengimportan atau Pengeksportan Organisma atau Mana-mana Bahagiannya_____________________________________________________________________________________________________________________

    Senarai Rujukan

    1) Akta 342 – Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, 1988

    2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

    (Pengimportan dan Pengeksportan Atau Pemindahan Mayat, Tisu,

    Organisma Atau Bahan Patogenik 2001)

    3) Guidelines for the Safe Transport of Infectious Substances and Diagnostic

    Specimens (WHO/EMC97.3)

    4) Guidelines On the Import, Transport and Handling of Human Pathogens

    for Diagnosis, Scientific Research And Industrial Users in Singapore

    26