edisi mei & jun 2011 pelancaranpelancaran kapal 1permata … · 2018-06-11 · pelancongan...

12
e e - - BULETIN NRE BULETIN NRE www.nre.gov.my Edisi Mei & Jun 2011 Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar Warisan Sumber Asli Untuk Kesejahteraan Alam Sekitar Pelancaran Pelancaran Kapal 1Permata Kapal 1Permata SM.St Michael Sabah SM.St Michael Sabah Rangkul Anugerah Sekolah Lestari Emas Rangkul Anugerah Sekolah Lestari Emas Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri : Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri : Elephant Crossing & CFS Viaduct Elephant Crossing & CFS Viaduct Grik Grik MyBats Camp 2011 MyBats Camp 2011

Upload: others

Post on 27-Apr-2020

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Edisi Mei & Jun 2011 PelancaranPelancaran Kapal 1Permata … · 2018-06-11 · Pelancongan menandatangi buku pelawat NRE sewaktu sesi lawatan beliau ke booth pameran NRE pada 21 Mei

ee--BULETIN NREBULETIN NRE

www.nre.gov.my

Edisi Mei & Jun 2011

K e m e nt er ia n S um b e r As l i & A la m Se ki t ar

Warisan Sumber Asli Untuk Kesejahteraan Alam Sekitar

PelancaranPelancaran

Kapal 1Permata Kapal 1Permata

SM.St Michael SabahSM.St Michael Sabah Rangkul Anugerah Sekolah Lestari Emas Rangkul Anugerah Sekolah Lestari Emas

Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri : Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri :

Elephant Crossing & CFS Viaduct Elephant Crossing & CFS Viaduct Grik Grik

MyBats Camp 2011MyBats Camp 2011

Page 2: Edisi Mei & Jun 2011 PelancaranPelancaran Kapal 1Permata … · 2018-06-11 · Pelancongan menandatangi buku pelawat NRE sewaktu sesi lawatan beliau ke booth pameran NRE pada 21 Mei

Renungan …

"Kita tidak dapat mengubah di mana tempat kita bermula, tetapi

kita boleh ubah arah tempat yang dituju, ia tiada kaitan dengan

apa yang kita mahu buat, tetapi apa yang kita lakukan

sekaranglah yang penting ”

- Napoleon Hill- 2

Tinta Editor Salam Sejahtera & Salam 1NRE eBuletin NRE edisi Mei–Jun 2011 sekali lagi muncul dengan hasrat untuk berkongsi pengalaman dan maklumat, khususnya di seluruh pembaca. Buletin ini telah dimuatkan dengan pelbagai perkembangan dan aktiviti-aktiviti menarik di sepanjang Mei & Jun 2011. Setengah tahun telah berlalu, NRE terus mengharungi seribu pelbagai cabaran dalam memastikan tugas dan tanggungjawab dapat disempurnakan dengan sebaik mungkin. Antara yang menarik mengenai paparan bulan ini ialah program MyBats Camp 2011 selaras dengan usaha untuk menyokong Sambutan Tahun Kelawar 2011-2012 kali ini. Ini merupakan antara usaha untuk melindungi spesies kelawar yang terdapat di Malaysia. Tidak dilupakan juga tahniah kepada sekolah-sekolah yang merangkul Anugerah Sekolah Lestari pada sesi 2009/2010. Menjadi harapan kami agar lebih banyak lagi penyertaan pada masa akan datang. Justeru, ucapan syabas di atas kejayaan kita mengembleng tenaga, mengharungi pelbagai cabaran. bersama-sama di pertengahan ini. Semoga NRE akan melangkah lebih gigih dan berdedikasi lagi bagi meningkatkan lagi imej dan prestasi di NRE. Sekaligus akan membantu mencapai lebih banyak lagi kejayaan dalam memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti pada masa akan datang. Semoga berjumpa lagi! Sekian.

Kandungan

Pelancaran Kapal 1Permata 3

Lawatan Kerja Timbalan Menteri

Elephant Crossing & CFS Belum 4

Lawatan Kerja Timbalan Menteri

Tapak Gelinciran Kundasang 5

Anugerah Sekolah Lestari 2009/2010 6

Lensa NRE Mei 7

Lensa NRE Jun 8

MyBats Camp 2011 9

MyBats Camp : Fun Moment 10

Campus NRE : Info Kelawar 11

Info : Face Book NRE 12

SIDANG PENGARANG eBULETIN NRE

Penaung Y. Bhg Dato’ Zoal Azha Yusof Ketua Setiausaha

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Ketua Pengarang

Puan Yamuna Perimalu Pengarang

Cik Nor Azean Hasan Jurufoto

En. Mohd Nazri Rapaai En. Mohamad Haidhir Hamzah

Sidang Redaksi Buletin NRE Unit Komunikasi Korporat Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Aras 1, Podium 2, No. 25 Persiaran Perdana Wisma Sumber Asli Presint 4 62574 Putrajaya.

E-mel : ukk @nre.gov.my Tel : 03-8886 1728

Page 3: Edisi Mei & Jun 2011 PelancaranPelancaran Kapal 1Permata … · 2018-06-11 · Pelancongan menandatangi buku pelawat NRE sewaktu sesi lawatan beliau ke booth pameran NRE pada 21 Mei

3

PULAU TIOMAN, 9 Mei – YB Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Seki-tar telah merasmikan Kapal 1Permata milik Ja-batan Taman Laut Malaysia. Dalam ucapan perasmiannya, beliau berkata, Ma-laysia dipandang tinggi di mata dunia apabila menjadi antara 12 buah negara mega biodiversiti yang kaya dengan sumber asli dan kepelbagaian biologi. Menurutnya, di Pulau Tioman sahaja, terdapat kira-kira 221 spesies batu karang, 233 spesies ikan karang dan 61 spesies hidupan marin lain turut direkodkan di kawasan Taman Laut Pulau Tioman. “Kepelbagaian terumbu karang dan hidupan marin ini mampu menyumbang kepada pen-janaan ekonomi negara dan sumber pendapatan kepada ekonomi setempat” Beliau turut mengajak masyarakat khususnya penduduk di pulau peranginan itu untuk bersama- sama dengan kerajaan menjaga pulau itu supaya khazanah warisan biodiversiti negara dapat dinikmati generasi akan datang

PELANCARAN KAPAL TAMAN LAUT 1PERMATA JTLM

YB Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam

Sekitar di tempat kawalan Kapal 1Permata sambil diperhatikan oleh

Dr. Sukarno Wagiman, Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut Malay-

sia.

. Menurutnya, kerjasama Jabatan Taman Laut Malay-sia (JTLM) dengan United Nation Development Programe (UNDP) dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Reef Check Malaysia diharap dapat memperkenalkan amalan rekreasi terbaik. “Melalui usaha ini, pelbagai pihak terutama komuniti tempatan dilibatkan secara aktif dalam pengurusan taman laut dan program-program sara hidup alternatif bagi meningkatkan taraf sosioeko-nomi setempat,” katanya. Antara yang turut hadir dalam pelancaran ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Zoal Azha Yusuf, Ketua Pengarah Taman Laut, Dr Sukarno Wagiman serta Ketua-Ketua Jabatan dibawah NRE serta agensi-agensi di peringkat negeri

Page 4: Edisi Mei & Jun 2011 PelancaranPelancaran Kapal 1Permata … · 2018-06-11 · Pelancongan menandatangi buku pelawat NRE sewaktu sesi lawatan beliau ke booth pameran NRE pada 21 Mei

YB. Tan Sri Timbalan Menteri bersama Dato Ketua Pengarah PERHILITAN dan Timb. Ketua Pengarah I semasa lawatan lokasi ’elephant crossing’ di Jalan Raya Timur Barat (JRTB)

4

Antara yang turut serta dalam lawatan tersebut ialah Datuk Abdul Yunus Razak, Ketua Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains; Dr. Sukarno Wagiman, Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia; Puan Misliah Basir, Timbalan Ketua Pengarah PERHILITAN; Dr. Sivanathan Ellagupillai, Pengarah Ekopelancongan PERHILITAN; Puan Sabrina, Pengarah PERHILITAN Perak; Puan Yamuna Perimalu, Ketua Unit Komunikasi Korporat NRE dan wakil-wakil Media. Selain itu, YB Tan Sri juga turut melawat Muzium

Arkeologi, yang bertempat di Lenggong, Perak.

Belum, Perak, - Timbalan Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar, YB. Tan Sri Joseph Kurup telah mengadakan lawatan kerja ke Belum, Perak pada 22 hingga 24 Mei 2011. Lawatan Kerja YB Tan Sri yang diiringi Dato Abdul Rasid Samsudin, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bertujuan untuk meninjau lokasi laluan gajah dan viaduct Central Forest Spine (CFS) di Belum, Grik, Perak Antara aktivi yang diadakan sepanjang lawatan kerja tersebut ialah pemerhatian gajah di waktu malam, lawatan lokasi ’elephant crossing’ dan tinjauan cadangan lokasi pembinaan viaduct Central Forest Spine (CFS) di Jalan Raya Timur Barat. Selain itu, beliau turut berkesempatan melawat Taman Negeri Belum dan Pos Asli di Kg. Sg. Kejar, Belum.

PRIHATIN .. YB Tan Sri Joseph Kurup turut meluangkan masa

beliau melawat dan bermesra di perkampungan orang asli di Kg Sg

Kejar

LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI : LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI : ELEPHANT CROSSINGELEPHANT CROSSING & & VIADUCT CFS VIADUCT CFS DI GRIK DI GRIK

Page 5: Edisi Mei & Jun 2011 PelancaranPelancaran Kapal 1Permata … · 2018-06-11 · Pelancongan menandatangi buku pelawat NRE sewaktu sesi lawatan beliau ke booth pameran NRE pada 21 Mei

YB Tan Sri Joseph Kurup memerhatikan pelan lokasi kejadian tanah

runtuh di Kg Kundasang lama, turut serta ialah Prof Ibrahim Komoo

(kiri) , Pengarah Institut Kajian Bencana Asia Tenggara dan En Zakaria

Mohamad (Kanan), penyelaras Geobencana Asia Tenggara .

Wakil-wakil media yang hadir sedang membuat liputan

berhubung kejadian tanah runtuh di Zen Garden.

5

YB Tan Sri Joseph Kurup berbincang dengan pegawai-pegawai

yang hadir untuk mencari penyelesaian yang terbaik bagi memas-

tikan kejadian tanah runtuh ini tidak berlarutan

Page 6: Edisi Mei & Jun 2011 PelancaranPelancaran Kapal 1Permata … · 2018-06-11 · Pelancongan menandatangi buku pelawat NRE sewaktu sesi lawatan beliau ke booth pameran NRE pada 21 Mei

CERITA LENSA NRE

PAMERAN NRE DI MALAYSIA TOURISM FAIR 2011 TANDATANGAN DISINI… YB Datuk James dawos, Timbalan Menteri Pelancongan menandatangi buku pelawat NRE sewaktu sesi lawatan beliau ke booth pameran NRE pada 21 Mei 2011 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. Program MTF anjuran Kementerian Pelancongan ini telah berlansung selam 3 hari iaitu 19 hingga 20 Mei 2011 dan menarik ramai pengunjung pada kali ini. Antara jabatan di bawah NRE yang turut terlibat ialah Jabatan PERHILITAN, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia .

LAWATAN YB TIMBALAN MENTERI KE MUZIUM ARKEOLOGI PERAK MINAT .. YB Tan Sri Joseph Kurup. Timbalan Menteri NRE menunjukkan minat pada sudut info penemuan “Perak Man” ketika sesi lawatan beliau ke Muzium Arkeologi Perak yang bertempat di Lenggong Perak. La-watan ini diselaraskan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia pada 24 Mei 2011.

WAWANCARA SLOT “KERUSI PANAS” PERHILITAN DI RADI0 24 BERNAMA PANAS… Y.Bhg Dato Abdul Rasid Samsudiin, Ketua Pengarah PERHILITAN diwawancara dalam slot kerusi panas Radio 24 Bernama pada 11 Mei 2011. Sesi wawancara ini berfokus mengenai isu-isu hidupan liar di Malaysia dan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dalam membantu meningkatkan pemahaman publik terhadap isu-isu yang terlibat .

RUMAH TERBUKA GAWAI DAYAK 2011 SALAM… Y.Bhg Dato’ Zoal Azha Yusof, KSU NRE .bersalaman dengan YB Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri NRE ketika di Rumah Terbuka Gawai Dayak 2011 yang diadakan pada 1 Jun 2011 bertempat di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong, Sarawak. 6

Page 7: Edisi Mei & Jun 2011 PelancaranPelancaran Kapal 1Permata … · 2018-06-11 · Pelancongan menandatangi buku pelawat NRE sewaktu sesi lawatan beliau ke booth pameran NRE pada 21 Mei

CERITA LENSA NRE LAWATAN WAKIL JPA KE NRE IN D FOREST MENARIK … Y.Bhg Dato’ Zoal Azha Yusof, KSU NRE bersama wakil Jabatan Perkhidmatan Awam melawat NRE In D Forest selepas tamat Mesyuarat Perlaksanaan HRMIS Bil. 1/2011 yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Mutiara, Tingkat 13, Wisma Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 13 Jun 2011.

LAWATAN 5s LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA DAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KE NRE BERSIH… Pegawai Stor NRE bersama peserta lawatan dari Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Jabatan Kejuruteraan, Fakulti Perubatan, UKM ketika sesi lawatan ke stor NRE yang menjadi benchmarking dalam aktiviti 5s NRE. LAwatan ini telah diadakan pada 30 Jun 2011 dan diselaraskan oleh Bahagian Pentadbiran dan Kewangan NRE

8

MAJLIS PELANCARAN TAMAN BOTANI PERDANA DENGAR … YAB Dato Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malysia mendengar penerangan ringkas daripada Tuan Haji Ir. Ahmad Jamalud-din, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik kebangsanaan berhubung tahap air yang dirawat di Taman Botani Perdana. Majlis pe-lancaran ini telah diadakan pada 29 Jun 2011 bertempat di Taman Botani Perdana yang dahu-lunya dikenali sebagai Taman Tasik Perdana.

TAKLIMAT e-KADASTER KEPADA YB MENTERI TENGOK … YB Dato Sri Douglas Uggah Embas bersama Ketua Pengarah JUPEM, Y.Bhg Sr. Dato’ Dr Abdul Kadir dan Timbalan Ketuasetiausaha I NRE, Y.Bhg Datuk Azi-yah Mohamed bersama-sama meneliti pelan yang disediakan dalam sesi taklimat eKadaster kepada YB Menteri NRE pada 20 Jun 2011 bertempat di Wisma JU-

Page 8: Edisi Mei & Jun 2011 PelancaranPelancaran Kapal 1Permata … · 2018-06-11 · Pelancongan menandatangi buku pelawat NRE sewaktu sesi lawatan beliau ke booth pameran NRE pada 21 Mei

PENAMPANG, 16 Jun - Sekolah Menengah St. Michael, Penampang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tung Hua, Sibu telah dinobatkan sebagai Sekolah Lestari Emas pada majlis penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) 2009/2010 di Dewan SM St. Michael bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia. Kedua-dua sekolah tersebut memenangi anugerah kategori utama sekolah menengah dan sekolah rendah dan menerima wang tunai RM10,000 serta plak penghargaan yang ditandatangani Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas. Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB Tan Sri Joseph Kurup yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman Turut hadir Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, YB Datuk Masidi Manjun; Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah YB Datuk Ellron Alred Angin; Dr. Abdul Rahim Nik, Timbalan Ketua Setiausaha, Pengurusan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE); dan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Hajjah Rosnani Ibarahim serta Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Muhiddin Yusin . SLAAS dilancarkan pada 27 Januari 2005 merupakan program anjuran JAS dan NRE dengan ker-jasama Kementerian Pelajaran serta Institut Alam Se-kitar dan Pembangunan Lestari Universiti Kebangsaan Malaysia. SLAAS berkonsepkan pendekatan menyeluruh melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama ke-luarga setempat, kerajaan, pihak swasta dan pertubu-han bukan kerajaan (NGO) yang menitikberatkan pendekatan bersepadu dalam empat komponen utama iaitu pengurusan, penghijauan, dan kokurikulum.

Penyampaian basikal kepada pelajar-pelajar terpilih yan telah men-

daftar sebagai Rakan Alam Sekitar (RAS) oleh YB Tan Sri Joseph

Kurup

YB Tan Sri Joseph Kurup (dua, kanan) menyampaikan anugerah Seko-

lah Lestari kepada Marie (empat, kanan) turut kelihatan YB Datuk

Masidi Manjun, Dr, Abdul Rahim (kanan sekali,

Pengetua SM St Michael menerangkan usaha-usaha kitar semual

yang dijalankan oleh pelajarnya ketika sesi lawatan ke pameran oleh

YB Tan Sri Joseph Kurup dan Datuk Masidi Manjun

Anugerah Sekolah Lestari 2009/2010: SM St. Michael, SJKC Tung Hua dinobat Sekolah Lestari Emas

Page 9: Edisi Mei & Jun 2011 PelancaranPelancaran Kapal 1Permata … · 2018-06-11 · Pelancongan menandatangi buku pelawat NRE sewaktu sesi lawatan beliau ke booth pameran NRE pada 21 Mei

Lanchang, Pahang – Sempena Sambutan Tahun Kelawar 2011, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara dengan kerjasama Yayasan Anak Warisan Alam dan Zoo Negara telah menganjurkan program MY Bats Camp 2011 bagi mewujudkan kesedaran awam generasi muda mengenai keunikan kelawar yang merupakan satu-satunya mamalia yang boleh terbang serta kepentingan di dalam ekosistem hutan di Malaysia.

Program yang diadakan pada 22 hingga 25 Jun 2011, diadakan di Institut Biodiversiti Lanchang berjaya menarik minat seramai 80 orang pelajar yang terdiri daripada sekitar Kuala Lumpur dan Pahang. Peserta yang terpilih menyertai perkhemahan ini berpeluang untuk mengenali lebih dekat mengenai 1,100 jenis kelawar yang wujud di seluruh dunia dan usaha yang dijalankan untuk melindungi mamalia itu

Pemilihan Rizab Krau, Pahang sebagai lokasi program ini adalah bertepatan berikutan lokasi ini telah merekodkan penemuan spe-sies kelawar yang tertinggi iaitu 72 spesies daripada keseluruhan 132 spesies di Malaysia.

. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dr. Rahim Nik, Timbalan Setiausaha II pada 23 Jun 2011. Antara yang turut hadir ialah Ketua Pengarah Perhilitan, Dato’ Abdul Rasid Samsuddin, Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Dato’ Razani Ujang, Pengarah Zoo Negara Malaysia, Dr. Mohamad Ngah dan Wakil Yawa, Encik Adly serta wakil-wakil daripada Jabatan di bawah NRE serta NGO’s. Antara aktiviti yang disediakan pada hari perasmian ialah persembahan eco-drum dari YAWA, pameran mengenai kelawar oleh Jabatan dan Agensi yang berkenaan serta permainan menarik disetiap booth pempamer.

MyBats Camp 2011MyBats Camp 2011:: Komitmen NRE Terhadap Biodiversiti Malaysia Komitmen NRE Terhadap Biodiversiti Malaysia

Peserta MyBats Camp 2011, bersama-sama Y.Bhg Dr. Rahim Nik, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Alam Sekitar, (tiga

dari kanan) NRE dalam sesi foto selepas majlis perasmian program berkenaan. Antara yang turut serta ialah Dato Rasid Sam-

suddin, Ketua Pengarah PERHILITAN (Empat dari kanan).

Page 10: Edisi Mei & Jun 2011 PelancaranPelancaran Kapal 1Permata … · 2018-06-11 · Pelancongan menandatangi buku pelawat NRE sewaktu sesi lawatan beliau ke booth pameran NRE pada 21 Mei

10

Memori MyBats Camp 2011Memori MyBats Camp 2011 2222——25 Jun 201125 Jun 2011

Page 11: Edisi Mei & Jun 2011 PelancaranPelancaran Kapal 1Permata … · 2018-06-11 · Pelancongan menandatangi buku pelawat NRE sewaktu sesi lawatan beliau ke booth pameran NRE pada 21 Mei

TAHUKAH ANDA Fakta menarik tentang kelawar : Kelawar merupakan satu-satunya mamalia yang boleh terbang seperti burung.

Kebanyakan kelawar didapati dikawasan basah tropika, tetapi juga terdapat di kebanya-

kan bahagian dunia kecuali di kawasan kutub, pulau yang terpencil dan dipergunungan

yang tinggi. Kelawar tidak buta, Cuma pergerakannya tidak dipengaruhi oleh penglihatan tetapi ber-

dasarkan orientasi bunyi atau yang dikenali sebagai supersonic atau ultrasonic

Terdapat lebih kurang 1 000 spesies kelawar daripada pelbagai saiz dan bentuk

didunia. Kelawar selalu membelok ke kiri apabila keluar dari gua

Mamalia terkecil didunia adalah sejenis spesis kelawar di Thailand yang beratnya hanya

seberat duit siling 1 sen.

Stesen Penyelidikan Kelawar

Kuala Lompat di

Rezab Hidupan Liar Krau Rezab Hidupan Liar Krau (RHL), Temerloh, antara kawasan per-

lindungan dikendalikan oleh PERHILITAN melalui Unit Penguru-san Rezab Krau, Bukit Rengit, Lanchang, Pahang

Di RHL aktiviti penyelidikan secara intensif mengenai kelawar dijalankan sejak 30 tahun lalu.

Kuala Lompat merupakan lokasi yang penting dan strategik dalam penyelidikan kelawar.

Lebih 20 penerbitan mengenai kelawar dikeluarkan oleh peyelidik-penyelidik yang men-jalankan penyelidikan berkaitan kelawar.

Di dunia lebih kurang 1111 spesies kelawar dan di Malaysia terdapat 118 spesies (10%) dan lebih 72 spesies (61%) dijumpai di RHL Krau.

Pada tahun 2001, Malaysian Bat Conservation Research Unit (MBCRU ditubuhkan) diasaskan oleh saintis dari Boston University (USA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan PERHILITAN.

Antara objektif stesen ini : menjalankan penyelidikan kepelbagaian dan konservasi spesis kelawar secara jangka panjang, pembangunan latihan dan kemahiran serta perlaksanaan program pendidikan yang mengutarakan kepentingan konservasi kelawar terhadap ekosis-tem dan biodiversiti di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Kerivoula Krauensis

Fakta : Kelawar spesies endemik

hanya boleh ditemui di RHL

KRAU sahaja dan tiada rekod sah

bahawa spesies ini ditemui ditem-pat lain

11

Page 12: Edisi Mei & Jun 2011 PelancaranPelancaran Kapal 1Permata … · 2018-06-11 · Pelancongan menandatangi buku pelawat NRE sewaktu sesi lawatan beliau ke booth pameran NRE pada 21 Mei

12