edaran percuma syiah sesatsyiahmalaysia.com/book/risalah syiah 160117.pdfmad bin hasan al-`askari...

17
Syiah (Syiah Imam Dua Belas atau Imamiyah atau Jaafariyah yang diamalkan di Iran dan Iraq) ialah sebuah ajaran yang melaknat dan mengkafirkan sebahagian besar sahabat Nabi s.a.w seperti Abu Bakar, Umar, Uthman dan Aisyah r.hum. Ajaran ini mendakwa al-Quran telah diselewengkan, percaya Allah s.w.t jahil, imam-imam mereka adalah maksum dan lebih tinggi kedudukannya dari nabi dan malaikat, menganggap Ali r.a dan Husein r.a malah Fatimah r.ha sebagai tuhan, menunaikan haji di Karbala, menam- bahkan syahadah dalam azan, menggalakkan perkahwinan mutaah, bertaqiyyah (berpura-pura dan menipu) dan memperkenalkan seribu satu kesesatan dan perkara-perkara baru dalam Islam. INTRO Pada hari ini Syiah menguasai Iran, Iraq, Syria dan bertapak kuat di Yaman, Bahrain, Kuwait dan Lebanon. Kehadiran mereka dirasai di India, Pakistan dan negara-negara Arab. Mereka sedang giat meluaskan pengaruhnya di Asia termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina. Mereka mensasarkan menja- dikan Indonesia sebagai negara Syiah seterusnya selepas Iran dan Iraq. Di Malaysia, kumpulan Syiah secara terang-terangan menubuhkan pusat-pusat aktiviti dan pengajian (yang dikenali sebagai 'hauzah') di Selangor, Perak, Kedah dan Johor. Kini, terdapat ramai pengikut Syiah di kalangan orang Melayu. Mereka aktif mengembangkan ajaran mereka di semua peringkat masyarakat terutamanya di pusat-pusat pengajian tinggi. Berani mencabar ulama-ulama ahli sunnah samaada di alam maya dan di alam nyata. Pendakyah-pendakyah Syiah ini menyemai jarum Syiah melalui karya sastera dan budaya, politik kepar- tian, perniagaan dan perdagangan dalam dan luar negara, aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, pendidikan,me- dia dan sebagainya. Di antara agenda utama Syiah ialah menakluki Mekah dan Madinah dan sekarang mereka giat memburuk-burukkan kerajaan Arab Saudi. Buku kecil ini akan mendedahkan siapa sebenarnya Syiah. Adakah mereka salah satu mazhab dalam Islam atau mereka sebenarnya sebuah agama lain? Adakah benar dakwaan golongan Syiah bahawa ajaran mereka datang dari anak cucu Nabi s.a.w (Ahlul Bait)? Adakah mereka benar-benar mencintai Ahlul Bait? Buku kecil ini akan mendedahkan bahawa Syiah sebenarnya adalah BUKAN Islam malah hakikatnya adalah sebuah agama lain dan kitalah, ahli sunnah, yang lebih men- yayangi Ahlul Bait berbanding golongan Syiah ini. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam keputusannya yang bertarikh 5 Mei 1996 telah mewartakan kesesatan Syi‘ah dan mengharamkan penyebarannya di Malaysia. Semua negeri telah memutuskan bahawa Syiah adalah sesat. Arab Saudi melarang Syiah Iran dari menun- aikan haji di Mekah lalu mereka menunaikan haji di Karbala! Ini tidak hairan kerana pada Syiah menunaikan haji dan umrah yang sebe- narnya ialah di Karbala! SYIAH SESAT RISALAH PEMURNIAN AQIDAH EDISI 2017 EDARAN PERCUMA 1

Upload: others

Post on 03-Dec-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: EDARAN PERCUMA SYIAH SESATsyiahmalaysia.com/book/risalah syiah 160117.pdfmad bin Hasan al-`Askari al-Mahdi (ghaib pada 208H tahun dan dipercayai akan muncul semula sebagai Imam Mahdi)

Syiah (Syiah Imam Dua Belas atau Imamiyah atau Jaafariyah yang diamalkan di Iran dan Iraq) ialah sebuah ajaran yang melaknat dan mengka�rkan sebahagian besar sahabat Nabi s.a.w seperti Abu Bakar, Umar, Uthman dan Aisyah r.hum. Ajaran ini mendakwa al-Quran telah diselewengkan, percaya Allah s.w.t jahil, imam-imam mereka adalah maksum dan lebih tinggi kedudukannya dari nabi dan malaikat, menganggap Ali r.a dan Husein r.a malah Fatimah r.ha sebagai tuhan, menunaikan haji di Karbala, menam-bahkan syahadah dalam azan, menggalakkan perkahwinan mutaah, bertaqiyyah (berpura-pura dan menipu) dan memperkenalkan seribu satu kesesatan dan perkara-perkara baru dalam Islam.

INTRO

Pada hari ini Syiah menguasai Iran, Iraq, Syria dan bertapak kuat di Yaman, Bahrain, Kuwait dan Lebanon. Kehadiran mereka dirasai di India, Pakistan dan negara-negara Arab. Mereka sedang giat meluaskan pengaruhnya di Asia termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina. Mereka mensasarkan menja- dikan Indonesia sebagai negara Syiah seterusnya selepas Iran dan Iraq. Di Malaysia, kumpulan Syiah secara terang-terangan menubuhkan pusat-pusat aktiviti dan pengajian (yang dikenali sebagai 'hauzah') di Selangor, Perak, Kedah dan Johor. Kini, terdapat ramai pengikut Syiah di kalangan orang Melayu. Mereka aktif mengembangkan ajaran mereka di semua peringkat masyarakat terutamanya di pusat-pusat pengajian tinggi. Berani mencabar ulama-ulama ahli sunnah samaada di alam maya dan di alam nyata. Pendakyah-pendakyah Syiah ini menyemai jarum Syiah melalui karya sastera dan budaya, politik kepar-tian, perniagaan dan perdagangan dalam dan luar negara, aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, pendidikan,me-dia dan sebagainya.

Di antara agenda utama Syiah ialah menakluki Mekah dan Madinah dan sekarang mereka giat memburuk-burukkan kerajaan Arab Saudi.

Buku kecil ini akan mendedahkan siapa sebenarnya Syiah. Adakah mereka salah satu mazhab dalam Islam atau mereka sebenarnya sebuah agama lain? Adakah benar dakwaan golongan Syiah bahawa ajaran mereka datang dari anak cucu Nabi s.a.w (Ahlul Bait)? Adakah mereka benar-benar mencintai Ahlul Bait? Buku kecil ini akan mendedahkan bahawa Syiah sebenarnya adalah BUKAN Islam malah hakikatnya adalah sebuah agama lain dan kitalah, ahli sunnah, yang lebih men-yayangi Ahlul Bait berbanding golongan Syiah ini.

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam keputusannya yang bertarikh 5 Mei 1996 telah mewartakan kesesatan Syi‘ah dan mengharamkan penyebarannya di Malaysia. Semua negeri telah memutuskan bahawa Syiah adalah sesat.

Arab Saudi melarang Syiah Iran dari menun-aikan haji di Mekah lalu mereka menunaikan haji di Karbala! Ini tidak hairan kerana pada Syiah menunaikan haji dan umrah yang sebe-narnya ialah di Karbala!

SYIAH SESATRISALAH PEMURNIAN AQIDAH EDISI 2017

EDARAN PERCUMA

1

Page 2: EDARAN PERCUMA SYIAH SESATsyiahmalaysia.com/book/risalah syiah 160117.pdfmad bin Hasan al-`Askari al-Mahdi (ghaib pada 208H tahun dan dipercayai akan muncul semula sebagai Imam Mahdi)

Usaha mendekatkan Sunni-Syiah (taqrib) oleh sesetengah pihak TIDAK akan berjaya kerana:

a) Syiah BUKAN Islam kerana dasar akidah adalah berbeza – adalah mustahil menyatukan Islam dan bukan Islam.

b) Syiah memungkiri perjanjian yang dipersetujui seperti yang didedahkan oleh ulama yang pernah cuba berbaik (taqrib) dengan mereka seperti Sheikh Mustafa As-Siba”i dan Prof Dr Yusof Al-Qardhawi.

c) Taktik kotor Syiah untuk mengembangkan ajaran Syiah di kalangan ahlus sunnah dan memperalatkan ulama Sunni yang terlibat dengan usaha taqrib.

Video: Tiada taqrib Sunni-Syiah- (http://tinyurl.com/heswtkr)

SIAPAKAH SYI‘AH?

Syiah diasaskan oleh Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk agama Islam. Oleh itu, tidak hairan jika terdapat banyak persamaan di antara ajaran Syiah dan ajaran Yahudi. Syi'ah mendakwa Sayyidina 'Ali r.a adalah lebih tinggi kedudukannya daripada semua sahabat-sahabat Nabi s.a.w yang lain, malah lebih tinggi dari Nabi s.a.w sendiri dan ada yang menganggap Sayyidina Ali sebagai tuhan (disebutkan dalam kitab Syiah Ali boleh menghidupkan orang mati!) Mereka menghina malah mengkafirkan hampir kesemua sahabat-sahabat nabi.

Risalah ini akan memberikan tumpuan kepada satu kelompok Syi'ah yang paling menonjol iaitu kelompok Imamiyyah Ithna 'Asyariyyah (Syiah Imam 12) atau Jaafariyah. Golongan inilah yang aktif menyebarkan ajaran mereka di dalam masyarakat kita sehingga ramai orang Melayu telah murtad menjadi penganut Syiah.

SYI‘AH IMAMIYYAH (atau JAAFARIYAH)**

Syi’ah Imamiyyah ialah satu kelompok Syi’ah yang mempercayai 12 orang imam yang maksum seperti nabi, malah lebih tinggi kedudukannya dari Nabi s.a.w, yang dilantik oleh Allah secara berturutan sebagaimana berikut: `Ali bin Abi Talib, Hasan bin `Ali, Husain bin `Ali, `Ali Zainal `Abidin bin Husain. Muhammad al-Baqir bin `Ali Zainal `Abidin, Ja`far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir, Musa al-Kazim bin Ja’far as-Sadiq, `Ali ar-Ridha bin Musa Kazim, Muhammad al-Jawaad bin `Ali ar-Ridha, `Ali bin Muhammad al-Jawaad, Hasan bin `Ali al-`Askari, Muham-mad bin Hasan al-`Askari al-Mahdi (ghaib pada 208H tahun dan dipercayai akan muncul semula sebagai Imam Mahdi). Mereka yang dianggap sebagai imam oleh Syiah sebenarnya tidak pernah mengaku menjadi imam atau mengajar segala ajaran yang dipegang oleh Syi`ah. Mereka diangkat sebagai imam oleh Syi`ah sebagaimana orang Kristian mengangkat Nabi Isa a.s sebagai anak tuhan (walhal Nabi Isa a.s sendiri tidak pernah mengaku menjadi anak tuhan).

Di antara sifat Imam-imam yang menjadi aqidah Syiah ialah:

• Imam-imam adalah maksum seperti nabi-nabi, malah kedudukan mereka lebih tinggi dari nabi dan rasul. • Para Imam mengatur dan menjaga alam ini (iaitu imam-imam bertindak sebagai tuhan!)• Imam-imam tahu semua perkara yang lepas dan yang akan datang.• Imam-imam tidak boleh melakukan kesalahan dan lupa.• Imam-imam boleh memilih samada untuk mati atau terus hidup.• Para imam akan mengambil tugas Allah menghisab amal seseorang di hari akhirat kelak!

** Syi`ah ini dianuti secara meluas di Iran dan Iraq. Hizbullah di Lebanon di bawah pimpinan Hasan Nasrallah yang kini diangkat sebagai pejuang Islam sebenarnya menganut fahaman Syi`ah. Basyar al-Assad yang menyembelih umat Islam di Syria juga beragama Syiah.

2

Page 3: EDARAN PERCUMA SYIAH SESATsyiahmalaysia.com/book/risalah syiah 160117.pdfmad bin Hasan al-`Askari al-Mahdi (ghaib pada 208H tahun dan dipercayai akan muncul semula sebagai Imam Mahdi)

Golongan Syi'ah ini dinamakan "Imamiyyah Ithna 'Asya'irah" (atau dikenali sebagai "Imamiah" sahaja) kerana akidah utama mereka adalah kepercayaan kepada 12 orang imam yang maksum. Nama lain bagi mereka ialah "Ja'fariyyah" kerana sebahagian besar ajaran mereka dikaitkan, kononmya, dengan Imam Ja'far as-Sadiq (Nota: Ramai orang keliru dan menganggap Imam Ja’far As-Sadiq sebagai imam Syiah, padahal beliau adalah Imam Ahlus Sunnah. Golon-gan Syiah telah berdusta tentang beliau dan Imam Jaafar berlepas diri dari apa yang dikatakan oleh Syiah dalam kitab-kitab mereka – ruj. Ar-Rijal oleh Al-Kasyi hal. 257). Mereka juga dikenali sebagai "Rafidhah" disebabkan fahaman-fahaman dan akidah-akidah mereka yang melampau.

Mereka percaya Imam Kedua Belas (Muhammad bin Hasan al-Askari) telah ghaib dan akan bangkit sebagai Imam Mahdi sebelum kiamat untuk menghukum Abu Bakar, Umar, Aisyah dan sahabat-sahabat yang lain di dalam peristiwa “raj`ah” (kebangkitan sebelum kiamat). Mereka juga percaya kepada al-Bada’ (Allah yang jahil), penyelewengan al-Qur`an, para sahabat telah murtad termasuk Sayyidina Abu Bakar, `Umar, `Uthman, `Aisyah, Hafsah r.ahum dan saha-bat-sahabat besar Rasulullah s.a.w yang lain.

Dalam aqidah Syiah tidak ada “dua kalimah syahadat” (iaitu Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah Dan Nabi Muhammad adalah Pesuruh Allah) tetapi diganti dengan keper-cayaan kepada Imam.

Fahaman Syi’ah dipercayai mula merebak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Khomeini di Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman ini menular ke negara ini melalui propa-ganda-propaganda mereka melalui bahan cetak, teknologi internet, bantuan dan kerja-kerja penyebaran oleh pihak luar terutamanya Iran. Fahaman Syi‘ah ini pada mulanya disebarkan di universiti-universiti. Juga disebarkan oleh pelajar Malaysia yang pulang dari belajar di Iran.

Akhir-akhir ini fahaman Syiah kian menular di Kedah, Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Perseku-tuan dan Selangor. Hari ini, penganut Syiah di Malaysia secara terang-terangan mengaku sebagai penganut Syiah dan berani mencabar kedudukan Ahlus Sunnah dengan menyambut perayaan-perayaan Syiah secara terbuka dan berdebat dengan ulama-ulama ahlus sunnah di forum-forum terbuka.

Implikasi Sekiranya Ajaran Syiah Menular Dalam Masyarakat Terhadap:

Agama Islam: Asas-asas agama Islam seperti al-Quran dan Sunnah akan ditolak. Agama Islam akan kelihatan amat buruk dan hodoh. Contohnya: Amalan mencederakan diri pada setiap 10 Muharram.

Kerajaan: Jatuhnya Kerajaan seperti Iraq & Iran dan cubaan untuk menjatuhkan pemerintahan Yaman. Ummah: Perpecahan, persengketaan malah pembunuhan akan berlaku di kalangan ummah seperti yang berlaku di Syria. Ini adalah kerana dalam ajaran Syiah menganiayai dan membunuh orang-orang Sunni akan mendapat pahala!

Masyarakat: Wujudnya kesamaran dan keraguan terhadap ajaran dan pegangan Islam yang sebenar, contohnya dalam perkahwinan, pengkebumian, solat, puasa dan sebagainya.

Keluarga: Keruntuhan rumahtangga, perbalahan antara anggota keluarga dan kecelaruan nasab keturunan.

3

Page 4: EDARAN PERCUMA SYIAH SESATsyiahmalaysia.com/book/risalah syiah 160117.pdfmad bin Hasan al-`Askari al-Mahdi (ghaib pada 208H tahun dan dipercayai akan muncul semula sebagai Imam Mahdi)

Imam Syafi'i berkata:

“Tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu, yang lebih pembohong dari golongan Rafidhah (Syiah).” (Al-Kifayah, hala-man 49)

ANTARA AKIDAH SYI’AH YANG MENYELEWENG DAN BERCANGGAH DENGAN AJARAN ISLAM

AGAMA SYI‘AH - Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w. Akidah ini merupakan tonggak ajaran Syi’ah. Al-Majlisi mengemukakan satu riwayat berbunyi: “Kebanyakan sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq tersembunyi di zaman nabi. Tetapi apabila wafat Nabi s.a.w ternyat-alah cahaya nifaq itu melalui wasiat Nabi s.a.w. dan mereka itu kembali murtad.” (Bihar al-Anwar jil. 27, hal 64). Al-Kulaini meriwayatkan dari Muhammad al-Baqir a.s. katanya: “Para sahabat telah menjadi murtad sepeninggalan Rasullullah s.a.w kecuali tiga orang dari mereka.” Aku bertanya (kata perawi): “Siapakah yang tiga itu?” Abu Jaafar menjawab: “Miqdad bin al-Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-Farisi.” (Ar-Raudhah Min al-Kafi, jil. 8 hal. 245)

AGAMA ISLAM - Semua Sahabat Nabi s.a.w. Adalah Adil Dan Tinggi Kedudukannya. Al-Quran menyebut: “Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar.” (AtTaubah 100). Menuduh sahabat telah kafir bermakna mengingkari al-Quran.

AGAMA SYI‘AH - Imam 12 Dilantik Sendiri Oleh Allah, Mempunyai Sifat-Sifat Kenabian Bahkan Imam Adalah Lebih Tinggi Daripada Nabi. Dari Kitab `Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 72: “Akidah kami tentang imam itu maksum. Kami memper-cayai bahawa imam-imam itu seperti nabi-nabi, ia wajib maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang tersembunyi, semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa sebagaimana mereka juga terpelihara daripada sifat lupa, tersalah dan lain-lain.” Khomeini menyatakan: “Kita tidak dapat menggambarkan para imam itu mempunyai sifat lupa dan lalai.” (Khomeini, al-Hukumah al-Islamiyah, hal. 91). Khomeini berka-ta lagi: "Sesungguhnya imam itu mempunyai kedudukan yang terpuji yang tidak sampai kepadanya malaikat yang hampir kepada Allah dan nabi lagi rasul." (Al-Hukumah al-Islamiah, hal. 52)

AGAMA ISLAM – “Maksum” adalah sifat khusus para nabi dan rasul. Memberikan sifat tersebut kepada orang lain selain dari nabi dan rasul bermakna menafikan ‘akidah bahawa Nabi Muham-mad s.a.w adalah penutup sekalian nabi-nabi. Allah berfirman: “Nabi Muhammad itu bukan bapa bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan penutup nabi-na-bi.” (Al-Ahzab 40). Dalam Islam, nabi-nabi sebagai manusia ada juga mengalami sifat lupa dan kadang-kala tersalah, tidak sebagaimana dakwaan imam-imam Syiah yang tidak lupa dan tidak boleh tersalah!

Mangsa kekejaman syiah di bumi Syria

4

Page 5: EDARAN PERCUMA SYIAH SESATsyiahmalaysia.com/book/risalah syiah 160117.pdfmad bin Hasan al-`Askari al-Mahdi (ghaib pada 208H tahun dan dipercayai akan muncul semula sebagai Imam Mahdi)

AGAMA SYI‘AH - Al-Bada'. Dari segi bahasa al-Bada' bermaksud sesuatu yang sebelumnya tersembunyi. Menurut akidah Syi‘ah, al-Bada' ialah pengetahuan Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku. Ini bermakna, Allah hanya mengetahui sesuatu perkara selepas berlakunya perkara tersebut. Ini bermaksud Allah bersifat jahil atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi. An-Naubakhti menyebutkan bahawa Ja’afar bin Muhammad al-Baqir telah menentu-kan anaknya Ismail sebagai Imam sesudahnya (sebagaimana ketentuan Allah kerana Syi’ah mengatakan imam-imam dilantik oleh Allah) dan beliau telah mengisyaratkan kepadanya semasa hidup lagi, tiba-tiba Ismail mati ketika beliau masih hidup. Maka Ja’afar pun berkata: “Tidak pernah berlaku kepada Allah (al-Bada’) berhubung dengan sesuatu seperti mana berlaku kepadaNya berhubung dengan Ismail anakku.” (Firaq as-Syiah hal. 84).

AGAMA ISLAM - Ilmu Allah sejak azali adalah meliputi segala sesuatu dan tidak berlaku sebarang perubahan kepadanya mengikut peristiwa yang berlaku kepada manusia. Allah menjelaskan perkara ini di dalam al-Quran al-Karim: “Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan tidak jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.” (Al-Mukmin 19). Dan: “Dan sesungguhnya Allah ilmunya meliputi segala sesuatu.” (At-Ta-laq 12).

AGAMA SYI‘AH - Taqiyyah (Berpura-pura). Taqiyyah merupakan ciri penting yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syi‘ah. Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta dan berbohong”. Al-Kulaini menyebut dalam kitabnya: Abu Umar al-A'jami katanya Ja’far as-Sadiq a.s. berkata kepadaku: "Wahai Abu Umar, Sesungguhnya sembilan persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak mempunyai Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap sesuatu, kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua khuf.” (Al-Usul Min al-Kafi, jil. 2 hal. 217). Di antara hakikat taqiyyah ialah apa yang kononnya disebutkan oleh Imam Jaa’far as-Sadiq a.s. kepada Sulaiman bin Khalid (perawi hadis): “Wahai Sulaiman! Sesungguhnya engkau berada di atas agama yang sesiapa menyembunyikannya akan dimuliakan oleh Allah dan sesiapa yang menyebarkannya akan dihina oleh Allah.” (Al-Kafi jil. 2, hal. 222)

AGAMA ISLAM - Jujur dan amanah adalah merupakan ciri penting di dalam Islam sehingga ia menjadi salah satu syarat kesempurnaan iman. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak beriman orang yang tidak mempunyai sifat amanah.” (Riwayat Imam Ahmad). Kerana itu ulama Islam di zaman lampau tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh Syi‘ah kerana mereka mengamalkan pembohongan. Imam Syafie berkata: “Tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong dari golongan Syi‘ah.” (Al-Kifayah, hal. 49, as-Suyuti, Tadrib Ar-Rawi, jilid 1, hal. 327)

ADAKAH YAZID MEMBUNUH SAYYIDINA HUSAIN? Jawapannya TIDAK. Sayyidina Husain dibunuh oleh Syiah Kufah. Ini buktinya: http://tinyurl.com/zz9dav4

ADAKAH SYIAH MENCINTAI AHLUL BAIT? Jawapannya TIDAK. Ahlul bait adalah ahli keluarga Rasullul-lah s.a.w termasuk isteri-isteri Baginda Aishah dan Hafsah r.hum. Anehnya, Syiah melaknat kedua-dua Ummu Mukminin ini! Dan ahlul bait tidak terhad kepada Ali, Fatimah, Hasan dan Husain sahaja malah semua anak cucu Baginda s.a.w yang lain.

5

6

Page 6: EDARAN PERCUMA SYIAH SESATsyiahmalaysia.com/book/risalah syiah 160117.pdfmad bin Hasan al-`Askari al-Mahdi (ghaib pada 208H tahun dan dipercayai akan muncul semula sebagai Imam Mahdi)

AGAMA SYI’AH - Al-Quran Telah Diubah Dan Diselewengkan. Golongan Syi`ah beri’tiqad bahawa al-Quran yang berada di tangan umat Islam sekarang telah diselewengkan dan ditokok tambah. Sayyid Ni’matullah al-Jazaairi mengatakan: “Bahawa tokoh-tokoh Syi`ah telah sepakat tentang sahihnya hadis-hadis yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan al-Quran.” (An-Nuuri at-Thabarsi, Fashlu al-Khitaab, hal. 30). Pegangan tersebut adalah berdasarkan kepada lebih daripada dua ribu riwayat sahih daripada imam-imam maksum di sisi mereka yang jelas menunjukkan berlakunya `tahrif’ (penyelewengan) di dalam alQuran.

AGAMA ISLAM - Ulama-ulama Islam sepakat mengatakan bahawa orang yang mendakwa al-Qu-ran telah diselewengkan adalah kafir. Ibnu Qudamah berkata: “Tiada khilaf di kalangan orang--orang Islam tentang kufurnya orang yang mengingkari al-Quran sama ada satu surah atau satu ayat atau satu kalimah yang disepakati bahawa ia adalah al-Quran.” (Lam’ah al-I`tiqad Bab Al-Quran Adalah Kalam Allah jil. 1 hal. 17).

AGAMA SYI‘AH - Mengamalkan Nikah Mut'ah. Nikah Mut’ah adalah sebenarnya perzinaan. Nikah Mut’ah ialah satu bentuk perkahwinan kontrak tanpa wali dan saksi, untuk suatu tempoh waktu tertentu dengan sedikit mas kahwin sahaja dengan tiada sebarang tanggungjawab, nafkah, pusaka dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perkahwinan biasa. (Al-Kafi jilid 5, ms. 286). Malah perempuan yang ingin dijadikan isteri mut’ah tidak perlu ditanya sama ada isteri orang atau tidak. Perkahwinan ini semata-mata berlandaskan nafsu dan untuk berse-ronok. Boleh dikahwini sehingga seribu wanita. (Wasaailu as-Syiah jil. 14 hal. 480). Diriwayat-kan daripada Muhammad al-Baqir berkenaan mut'ah katanya: “Ianya bukan termasuk daripada empat (isteri). Mereka tidak diceraikan dan tidak mewarisi. Mereka hanyalah perempuan yang disewakan.” (Al-Kafi jilid 5, ms. 284). Sesiapa yang menolak nikah mut’ah dianggap tidak beriman. Diriwayatkan daripada Muhammad al-Baqir katanya: “Bukan dari kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj’ah dan tidak menganggap halal (nikah) mut’ah kita”. (Man La Yahduruhu al-Faqih jil.3 hal. 458)

AGAMA ISLAM - Nikah Mut'ah yang diamalkan oleh Syi’ah tiada bezanya dengan perzinaan dan pelacuran. Ianya menjatuhkan martabat wanita ke tahap paling hina. Kerana itu ia telah diha-ramkan oleh Nabi Muhammad s.a.w selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadis-hadis sahih melalui beberapa orang sahabat dan salah seorangnya adalah Saidina Ali sendiri seperti katanya: "Bahawa Rasulullah s.a.w melarang nikah mut'ah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging keldai kampung." (Riwayat Ibn Majah dan an-Na-sa’i). Kesan dari nikah mut’ah antaranya, anak-anak yang terbiar, isteri yang ditinggalkan tanpa apa-apa hak dan penyakit kelamin berleluasa sebagaimana yang berlaku di Iran pada masa ini.

Simbol-Simbol Agama Syiah

6

6

Page 7: EDARAN PERCUMA SYIAH SESATsyiahmalaysia.com/book/risalah syiah 160117.pdfmad bin Hasan al-`Askari al-Mahdi (ghaib pada 208H tahun dan dipercayai akan muncul semula sebagai Imam Mahdi)

Menjawab Propaganda (Perangkap) Syiah:

Hanya Iran & Syiah mampu melawan Amerika & Zionis. Sejarah telah jelas menunjuk-kan bahawa Iran & Syiahlah yang membantu Amerika menakluki Iraq. Hakikatnya, Iran dan Syiah tidak pernah menembak walau satu peluru pun ke Israel!

Mereka yang menentang Syiah sebenarnya ingin memecahkan perpaduan umat Islam. Hakikatnya kaum Syiah yang memecahbelahkan masyarakat dan memporakperandakan Islam. Contohnya, Presiden Basyar al-Assad yang beragama Syiah membunuh sewenang-wenangnya rakyatnya yang Sunni. Puak Hizbullah menyusup masuk ke Syria untuk sama-sama membantai penduduk Ahlus Sunnah dan pada masa yang sama Syiah Iran membekalkan senjata dan tentera kepada Syria.

Orang Syiah menafikan bahawa mereka mendakwa al-Quran telah diseleweng-kan dengan mengatakan al-Quran yang dibaca di Iran adalah sama seperti yang ada pada orang Ahlus Sunnah. Kitab-Kitab Syiah jelas menyatakan al-Quran telah disele-wengkan. Namun, Syi`ah tidak dapat mengemukakan al-Quran yang lain pada masa ini dan mendakwa bahawa al-Quran yang lengkap dan benar berada di tangan Imam Mahdi yang belum muncul. (Faslul Khitab - ms 253). Sehinggalah Imam Mahdi muncul, kaum Syi`ah terpaksa meng-gunakan al-Quran yang sedia ada. Dalam pada itupun ada ulama Syiah yang cuba mereka-reka ayat Quran seperti surah al-Fatihah versi Syiah

Risalah Amman (Amman Message) Kononnya Risalah Amman ini mengiktiraf Syiah. Sedangkan risalah berkenaan dengan jelas menyebutkan bahawa syarat diterima mereka sebagai Islam ialah tidak mengkafirkan sahabat-sahabat r.hum. Hakikatnya Syiah memang meng-kafirkan Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman, Aisyah dan Hafsah r.hum!

Syiah berhujjah bahawa mereka dibenarkan menunaikan haji di Mekah kerana mereka adalah orang Islam. Buat masa ini tidak banyak negara Islam yang mengisytihar-kan Syiah BUKAN ISLAM seperti Malaysia. Sekiranya banyak negara mengisytiharkan Syiah sebagai BUKAN ISLAM (sebagaimana Qadiani diisytiharkan sebagai bukan Islam), nescaya Kerajaan Arab Saudi akan menghalang mereka dari pergi ke Mekah. Semua pihak perlu berusaha supaya Syiah diisytihar bukan Islam di peringkat dunia. Pada masa ini tanda pengenalan agama jemaah penganut Syiah di dalam pasport masih lagi ditanda sebagai “Islam” dan sepatutnya ditanda agama “Syiah”. Sekarang setelah dihalang dari menunaikan haji di Mekah, mereka “menunaikan haji” di Karbala pula!

Ibnu Saba' (Pengasas Ajaran Syiah) hanya watak rekaan golongan Ahlus Sunnah dan sebenarnya tidak wujud. Jawapannya: Nama Ibnu Saba' berselerakan di dalam kitab-kitab Syiah sendiri dan ini pastinya bukan rekaan orang-orang Ahlus Sunnah.

Peringatan: Syiah menggunakan isu ‘wahabi’ untuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam kerana golongan yang dilabel sebagai ‘wahabi’ adalah di antara yang paling kuat menentang dan mendedahkan kesesatan golongan Syiah.

7

Page 8: EDARAN PERCUMA SYIAH SESATsyiahmalaysia.com/book/risalah syiah 160117.pdfmad bin Hasan al-`Askari al-Mahdi (ghaib pada 208H tahun dan dipercayai akan muncul semula sebagai Imam Mahdi)

Bagaimana Ajaran Syiah Disebarkan Dalam Masyarakat

1. Penganut Syiah tidak mengaku sebagai pengikut Syiah tetapi mengaku sebagai pengikut ahlul-bait (keturunan nabi).2. Memasukkan pelajar-pelajar dari Iran ke Universiti Awam dan Swasta di Malaysia.3. Menaja atau menggalakkan pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran atau mendapat latihan kemahiran di Iran.4. Mengubah teks kitab-kitab ulama ahlus sunnah tanpa disedari seperti meletakkan “a.s.” selepas nama Sayyidina Ali, Fatimah dan imam-imam mereka.5. Menyiarkan artikel berbau Syiah di media cetak dan media sosial.6. Menyebarkan risalah dan buku-buku propaganda Syiah di tempat awam. Unsur-unsur Syiah juga diselitkan dalam bentuk pemberian cenderamata seperti penanda buku, sampul kad raya, rantai kunci, diari, kalendar dan lain-lain.7. Mendekati dan mempengaruhi penulis-penulis novel / sejarah terutama novelis atau penulis dalam sejarah Islam.8. Menyertai expo-expo terutamanya anjuran badan-badan Islam dan menggalakkan hubungan dagang dengan Iran.9. Berkahwin dengan pemuda-pemudi Ahlus Sunnah. 10. Menganjurkan kelas-kelas tahfiz dan kelas-kelas pengajian al-Quran. Juga mem bawa masuk qari-qari dari Iran untuk memperdengarkan bacaan Quran di masjid -masjid seluruh negara.11. Mengedarkan filem-filem propaganda Syiah yang memburuk-burukkan sahabat Nabi s.a.w.12. Menyusup masuk dan bergerak aktif di dalam jemaah-jemaah Islam termasuk parti politik.13. Bergerak aktif di radio dan tv samada sebagai penceramah jemputan atau pemanggil. Juga aktif menyebarkan dakyah Syiah di alam siber dan berdebat di forum-forum sunni.14. Buku-buku teks sekolah dan rujukan-rujukan di universiti yang dipenuhi unsur- unsur sirah yang diselewengkan merupakan taktik licik Syiah dalam usaha mereka menanamkan fahaman bahawa sahabat-sahabat Nabi adalah tamak, zalim, tidak amanah, mengamalkan nepotisma dan sebagainya.15. Menyebarkan propaganda kononnya Syiahlah penentang utama Amerika dan Israel.16. Membawa masuk kumpulan sufi yang sesat serta pemuja kubur terutamanya dari negara Arab.17. Memberi bantuan kewangan dan kemudahan-kemudahan lain kepada individu dan keluarga miskin.18. Mempromosi kahwin mut’ah terutamanya di kalangan pemuda-pemuda yang kurang pendidikan agama.19. Memperkenalkan sambutan hari lahir Sayyidatina Fatimah kepada orang awam dan melibatkan masyarakat dalam menyambut hari-hari kebesaran mereka.20. Mewar-warkan penglibatan, kemesraan dan keakraban pemimpin-pemimpin ahlus sunnah terhadap mereka. 21. Berdaawah secara berdepan dengan menziarahi kelompok tertentu seperti pelajar universiti dan sebagainya.Ramai pensyarah-pensyarah Universiti yang beragama Syiah yang mendakwahkan ajaran mereka atau melontarkan keraguan terhadap ajaran Islam.

8

Page 9: EDARAN PERCUMA SYIAH SESATsyiahmalaysia.com/book/risalah syiah 160117.pdfmad bin Hasan al-`Askari al-Mahdi (ghaib pada 208H tahun dan dipercayai akan muncul semula sebagai Imam Mahdi)

ELAKKAN DARI TERJEBAK DENGAN SYIAH

* Kenali tokoh Syiah Malaysia. Mereka terdiri dari sasterawan, tokoh politik, pemimpin pelajar, profesor & pensyarah di IPT.

* Persiapkan diri dengan ilmu Islam yang sahih. Syiah akan memetik rujukan yang kononnya dari kitab Ahlus Sunnah wal Jamaah. Padahal rujukan itu mungkin tidak wujud atau ditafsir secara salah, sesuai dengan selera Syiah.

* Awasi kawan anda dan kawan anak-anak anda terutamanya di universiti dan kolej. Elakkan bergaul dengan rakyat atau pelajar Iran yang berfahaman Syiah.

* Bila berdebat dengan Syiah, jangan percaya apa yang dikatakan oleh pihak Syiah; kemungkinan besar mereka bertaqiyyah (menipu).

* Awasi buku-buku ‘Islamik’ yang dikarang oleh penulis Syiah seperti novel, cerpen dan sebagainya yang menyentuh syariat Islam dan sejarahnya kerana fakta-fakta akan diputarbelit dan dikelirukan.

* Elakkan makan minum, bergaul dan berurusan dengan mereka sebagaimana panduan dari hadis Nabi s.a.w.

Selepas tidak dibenarkan menunaikan haji di Mekah kerana mencetuskan huru-hara, Syiah mengeluarkan fatwa-fatwa berikut (rujuk klip video di atas);

• Haji di Karbala Iraq lebih baik dari Haji di Mekah beribu kali ganda.

• Allah menjadikan bumi Mekah kerana bumi Karbala.

• Allah perintahkan Kaabah supaya tunduk kepada bumi Karbala.

• Pada hari Arafah Allah memberikan kurniaan, keampunan dan rahmatNya kepada orang-orang di Karbala, bukan para jemaah haji di Arafah.

• Pada akhir zaman, Imam Mahdi akan robohkan Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi dan menghukum bani Shaibah dengan memotong tangan-tangan mereka dengan alasan mencuri kunci Kaabah. • Syiah pergi ke Mekah (sebelum ini) kerana Mekah adalah tanah kelahiran Saidina Ali, bukan kerana Allah!

Video Syiah Tentang Mengerjakan Haji Di Karbala- HTTP://TINYURL.COM/ZMCK3HV

9

Page 10: EDARAN PERCUMA SYIAH SESATsyiahmalaysia.com/book/risalah syiah 160117.pdfmad bin Hasan al-`Askari al-Mahdi (ghaib pada 208H tahun dan dipercayai akan muncul semula sebagai Imam Mahdi)

AMALAN-AMALAN DAN AJARAN SYI`AH YANG BERTENTANGAN DENGAN AGAMA DAN FITRAH

MANUSIA (Bersumberkan Kitab-Kitab Syiah)

* Najis dan air kencing para imam bukan sesuatu yang menjijikkan dan tidak berbau busuk, bahkan keduanya bagaikan kasturi yang semerbak. Barang siapa yang meminum kencing, darah dan memakan najis mereka maka haram masuk neraka dan wajib masuk surga. (Anwarul Wilayat Liayatillah Al Akhun Mulla Zaenal Abidin Al Kalba Yakani: th 1419 halaman 440)

* Imam Ja’far as-Sadiq berkata: “Pada tanah perkuburan Husain a.s. terdapat penawar daripada segala penyakit dan ia adalah ubat yang paling besar.” (Man La Yahdhuru al-Faqih j.2 hal. 600, Tahzib alAhkam j.2 hal. 26)

* Imam Hassan alAskari berkata: “Sesungguhnya ibu-ibu kami tidak men-gandungkan kami para imam di dalam perut mereka tetapi di pinggang dan kami dilahirkan bukan melalui rahim tetapi melalui paha sebelah kanan kerana kami adalah titisan cahaya Allah yang bersih dan dijauhkan daripada sebarang kotoran.” (Bihar al-Anwar j. 51 hal. 2, 13, dan 17, I`lam al-Wara hal. 394)

* Abu Hasan bertanya Ja’far as-Sadiq tentang menyewa faraj, meminjam- nya dan menghadiahkan kepada sahabat-sahabat lalu beliau berkata: “Tidak mengapa.” (Al-Istibsar j. 3 hal. 141)

* “Barangsiapa telah menunaikan haji lebih dari 50 kali maka setiap hari Jum’at dikunjungi oleh Allah”. (Man la Yahdhuruhul Faqih, 2/217, Wasa’ilusyi’ah 11/127)

*Amiril Mu’minin berkata: “Fatimah bukan wanita biasa melainkan seorang wanita titisan Tuhan. Tapi dia memiliki sifat manusia sempurna. Ia adalah wanita dari kerajaan besar yang merupakan diri sebagai manusia tetapi dia juga adalah tuhan dalam bentuk seorang perempuan.” (Al-Wasi-lah ilallah karangan Ibrahim Al-Ansari hal. 7)

* Diriwayatkan oleh Hasyim Al-Bahroni dari Ali a.s bahawa Ali pernah menaiki awan terbang berputar mengelilingi tujuh bumi. (Madinatul Maa-jiz,1/542)

Senarai lanjut amalan-amalan ganjil ajaran Syiah boleh dilihat di sini: http://tinyurl.com/gu5fa5m

10

Page 11: EDARAN PERCUMA SYIAH SESATsyiahmalaysia.com/book/risalah syiah 160117.pdfmad bin Hasan al-`Askari al-Mahdi (ghaib pada 208H tahun dan dipercayai akan muncul semula sebagai Imam Mahdi)

TANDA-TANDA SESEORANG TELAH DIPENGARUHI / TERJEBAK DENGAN SYIAH

Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari tanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda berikut kelihatan pada orang -orang yang anda sayan-gi.

* Sentiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar, Umar dan Utsman.

* Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.

* Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan menghimpunkan Maghrib bersama Isya’ tanpa sebarang sebab.

* Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.

* Sujud di atas batu ketika solat.

* Tidak solat Tarawih.

* Tidak solat Jumaat.

* Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.

* Hanya makan ikan bersisik.

* Sering memuji pemimpin Syiah (seperti Khomeini & Hassan Nasrallah) atau tentera Hizbullah

* Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.

* Memarahi orang yang puasa Asyura.

* Sering menyebut “Ya Ali” atau “Ya Husain” ketika ditimpa sebarang musibah.

* Sering bercakap tentang keperluan kepada imam zaman ini (Imam Mahdi).

* Simbol-simbol agama Syiah seperti yang ditunjukkan pada muka surat 6, dipamerkan di premis-premis perniagaan, rumah dan sebagainya.

Tiada Tuhan Melainkan Allah, Muhammad Pesuruh Allah, Ali Khalifah Yang Dilantik Oleh Allah, Khomeini Hujjah Allah

4 Kalimah Syahadah Syiah

Upacara Syiah Di Malaysia

Syiah membuat lakaran gambar Nabi Yusuf a.s

11

Page 12: EDARAN PERCUMA SYIAH SESATsyiahmalaysia.com/book/risalah syiah 160117.pdfmad bin Hasan al-`Askari al-Mahdi (ghaib pada 208H tahun dan dipercayai akan muncul semula sebagai Imam Mahdi)

(Marilah ke arah sebaik-baik amalan)

Azan Syiah

(Aku bersaksi bahawa Ali adalah khalifah yang dilantik oleh Allah)

Tulisan di atas Kaabah Syiah ‘Ali Jaan’ yang bermaksud ‘Ali Adalah Kesayanganku’

Maklumat lanjut berkenaan Syiah boleh didapati melalui laman web di bawah:

1. www.hakekat.com

2. http://www.darulkautsar.net/bahaya-syiah

3. www.syiahindonesia.com

4. www.tenteradajjal.blogspot.com

5. www.videosyiah.com

6. www.alburhan.com

7. https://www.facebook.com/gasmpage/

8. https://www.arrahmah.com/kajianislam/ hakekat-syiah

9. http://tinyurl.com/jaajbv3 (PROJEK AKIDAH)

12

Page 13: EDARAN PERCUMA SYIAH SESATsyiahmalaysia.com/book/risalah syiah 160117.pdfmad bin Hasan al-`Askari al-Mahdi (ghaib pada 208H tahun dan dipercayai akan muncul semula sebagai Imam Mahdi)

Misbah Al-Hidayah Ila Al-Khilafah Wa Al-Wilayah

Minhaj As-Shalihin

Mukhtaaraat Min Ahaadith

Wa Khitaabaat

Al-Anwar An-Nu’maniyyah

Sayyid Ni’mat Allah Al-Musawi

Al-Istibshar

Syeikh at-Thaaifah

Syi’ah Dakwa Sahabat Telah Murtad Selepas Nabi s.a.w. Wafat

Syi’ah Anggap Ahlus Sunnah Lebih Hina Dari Yahudi, Nasrani Dan Musyrik

Kesesatan Syiah terbukti dari kitab-kitab mereka. Di antara kesesatan dan kebejatan ajaran Syiah ialah menuduh sebahagian besar Sahabat Nabi s.a.w murtad dan kafir, yakin imam-imam mereka sama taraf malah lebih tinggi dari nabi, rukun Islam paling utama ialah mempercayai imam dan bukannya dua kalimah syahadah, Nabi s.a.w. gagal dalam misi daawah baginda, al-Quran yang ada sekarang telah diubah, mengamalkan nikah mut'ah (perzinaan), taqiyyah (berbohong) adalah sebahagian dari agama, menganggap Ahlu Sunnah sebagai najis dan kafir, membenarkan liwat dan sebagainya.

Kesimpulan: Syiah beri'tikad bahawa semua sahabat Nabi s.a.w kecuali tiga orang telah murtad selepas kewafatan baginda. Oleh itu Agama Islam (dan juga al-Quran) yang dikembangkan oleh sahabat-sahabat selepas kewafatan nabi tidak boleh diyakini kerana mereka telah murtad. Di samping itu Syiah juga ingin menyatakan Nabi s.a.w gagal dalam mendidik mereka.

BUKTI KESESATAN SYIAH DARI KITAB-KITAB MEREKA

13

Page 14: EDARAN PERCUMA SYIAH SESATsyiahmalaysia.com/book/risalah syiah 160117.pdfmad bin Hasan al-`Askari al-Mahdi (ghaib pada 208H tahun dan dipercayai akan muncul semula sebagai Imam Mahdi)

Syi’ah Yakin Imam-Imam Sama Dengan Nabi Dan Tidak Sempurna Amalan Tanpa Beriman Kepada Imam-Imam.

Syi’ah Mengatakan Percaya Kepada Imam Dua Belas Adalah Rukun Islam Paling Utama

Khomeini Tuduh Nabi-Nabi Gagal

14

Page 15: EDARAN PERCUMA SYIAH SESATsyiahmalaysia.com/book/risalah syiah 160117.pdfmad bin Hasan al-`Askari al-Mahdi (ghaib pada 208H tahun dan dipercayai akan muncul semula sebagai Imam Mahdi)

Syi’ah Percaya Al-Quran Sekarang Adalah Tidak Asli

Khomeini Kata Sayyidina Ali Setaraf Dengan Nabi Muhammad S.A.W.

Kahwih Mut`ah - Boleh Bernikah Dengan Isteri Orang

15

Page 16: EDARAN PERCUMA SYIAH SESATsyiahmalaysia.com/book/risalah syiah 160117.pdfmad bin Hasan al-`Askari al-Mahdi (ghaib pada 208H tahun dan dipercayai akan muncul semula sebagai Imam Mahdi)

Syi’ah Mendakwa Taqiyyah Merupakan Amalan Yang Terpenting Dalam Agama

Syi’ah Berfatwa Harus Menyetubuhi Isteri Pada Dubur

16

Page 17: EDARAN PERCUMA SYIAH SESATsyiahmalaysia.com/book/risalah syiah 160117.pdfmad bin Hasan al-`Askari al-Mahdi (ghaib pada 208H tahun dan dipercayai akan muncul semula sebagai Imam Mahdi)

NOTA: SEBARKAN RISALAH INI JIKA ANDA PRIHATIN TERHADAP ANCAMAN YANG MELANDA AKIDAH UMAT ISLAM

Softcopy Risalah Ini Boleh Di Download Sebagaimana Berikut:

Risalah Utama - http://tinyurl.com/hh9hjdv Sisipan - http://tinyurl.com/htzyjta

Muat Turun Percuma (eBook)

Link Download-http://tinyurl.com/jsw2hur

CATATAN

Diterbitkan oleh:

Sumbangan kepada JARUM untuk meneruskan kerja daawah boleh disalurkan melalui akaun Maybank – 553104559748 – Pertubuhan Jaringan Ummah Kelantan

17