eastman chemical company - code of business conduct (malay) · • keselamatan pekerja atau orang...

27
Tatakelakuan Perniagaan

Upload: phambao

Post on 16-Mar-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Eastman Chemical Company - Code of Business Conduct (Malay) · • keselamatan pekerja atau orang lain dalam risiko. Dadah—Pemilikan yang menyalahi undang-undang, penggunaan, penjualan,

Tatakelakuan

Perniagaan

Page 2: Eastman Chemical Company - Code of Business Conduct (Malay) · • keselamatan pekerja atau orang lain dalam risiko. Dadah—Pemilikan yang menyalahi undang-undang, penggunaan, penjualan,

www.eastman.ethicspoint.com 2

Jadual Kandungan

Pengenalan ................................................................ 3

Siapa yang mesti mematuhi Tata ini? ................3

Tata dan Undang-undang ..................................3

Mendapatkan Nasihat atau Melaporkan

Kebimbangan dan Pelanggaran .....................4

Tiada Tindakan Balas ........................................5

Penyiasatan ......................................................5

Tindakan Disiplin ...............................................5 Perlakuan Peribadi .................................................... 6

Buruh Kanak-kanak ...........................................6

Buruh Paksaan ..................................................6

Penipuan ...........................................................6

Gangguan, Diskriminasi dan Keganasan di

Tempat Kerja .................................................7

Minuman Keras dan Penyalahgunaan Dadah ....8

Hubungan Peribadi Pekerja ...............................8

Komunikasi Luaran ............................................8 Konflik Kepentingan ................................................. 9

Kepentingan Peribadi apabila Berurusan dengan

Pelanggan atau Pembekal ..............................9

Pekerjaan Di Luar Eastman ...............................9

Kepentingan Kewangan dalam Organisasi Lain 10

Pemberian/Penerimaan Wang Tunai, Hadiah,

Perkhidmatan, Pertolongan, Faedah atau

Ihsan Perniagaan Lain ................................. 10

Bayaran kepada Pegawai dan Pekerja

Kerajaan ...................................................... 12 Melaporkan Integriti ................................................ 13

Pengurusan Rekod .......................................... 13

Tiada Pengaruh Yang Tidak Wajar terhadap

Audit ............................................................ 13 Perlindungan dan Penggunaan Maklumat

Syarikat ................................................................ 14

Perlindungan Maklumat Syarikat ..................... 14

Penggunaan Maklumat Syarikat untuk

Keuntungan Peribadi .................................... 14

Tanda Dagangan ............................................. 15

Hak Cipta ........................................................ 15

Paten .............................................................. 16

Rekaan ........................................................... 16

Rahsia Perdagangan ....................................... 16

Maklumat tentang Syarikat Lain ....................... 17

Maklumat Sulit Yang Diberikan oleh Syarikat

Lain .............................................................. 17

Privasi Data ..................................................... 17

Perdagangan Orang Dalam ............................... 18

Undang-undang Persaingan ............................. 19

Hubungan dengan Pesaing ............................. 19

Ukur Rujuk dan Pertukaran Maklumat ............. 20

Persatuan Perdagangan dan Kredit, Kumpulan

Industri ........................................................ 20

Kontrak Kerajaan ............................................ 21

Hadiah, Rasuah, Rebat, Sogokan ................... 21

Urusan Timbal Balik ........................................ 21 Aktiviti Perniagaan Global ....................................... 22

Bayaran Pemudahan atau Penyegeraan ......... 22

Kawalan Eksport—Produk dan Teknologi ........ 23

Sekatan, Embargo dan Antikeganasan ............ 23

Antiboikot ........................................................ 23 Aktiviti Politik ........................................................... 24

Aktiviti Politik Individu ...................................... 24

Aktiviti Politik Korporat .................................... 24 Kesihatan, Keselamatan, Alam Sekitar & Sekuriti

(HSES) ................................................................... 25 Sumber ...................................................................... 26

Laman Intranet Pejabat Perlakuan Perniagaan

Global .......................................................... 26

Dasar, Prosedur Pengendalian Standard dan

Garis Panduan ............................................. 26

Pejabat Perlakuan Perniagaan Global ............. 26

Melaporkan Kebimbangan .............................. 26

Talian Bantuan dan Laman Web Perlakuan Perniagaan Eastman Untuk Melaporkan Pelanggaran Tata Yang Disyaki

Bagi pemanggil dari Amerika Utara:

1-800-455-5622 (bebas tol)

Talian Bantuan Perlakuan Perniagaan merupakan “talian penting” 24 jam sehari yang sulit dan terletak di luar negeri Tennessee. Bagi membantu memastikan ketanpanamaan, kakitangan Talian Bantuan terdiri daripada pakar komunikasi bukan pekerja Eastman yang diupah oleh sebuah syarikat penyedia perkhidmatan yang diiktiraf di seluruh negara. Rujuk bahagian Mendapatkan Nasihat atau Melaporkan Kebimbangan dan Pelanggaran dalam Tata ini untuk maklumat tambahan berkenaan dengan Talian Bantuan Perlakuan Perniagaan Eastman, termasuk cara untuk menghubungi Talian Bantuan dari lokasi di luar Amerika Utara.

Talian Bantuan juga boleh diakses secara dalam talian melalui http://www.eastman.ethicspoint.com.

Page 3: Eastman Chemical Company - Code of Business Conduct (Malay) · • keselamatan pekerja atau orang lain dalam risiko. Dadah—Pemilikan yang menyalahi undang-undang, penggunaan, penjualan,

www.eastman.ethicspoint.com 3

Pengenalan

Semua tindakan yang kita ambil sebagai sebuah Syarikat untuk menanam dan mengekalkan standard etika kita atau mematuhi undang-undang membentuk program Etika & Pematuhan kita. Eastman Chemical Company dan syarikat-syarikat subsidiarinya (“Eastman” atau “Syarikat”) komited untuk mengendalikan semua aktiviti perniagaan menurut standard undang-undang dan etika yang tertinggi. Sepanjang sejarah kita, komitmen ini telah membina reputasi yang kukuh untuk Eastman sebagai sebuah syarikat yang beretika. Etika perniagaan merupakan komponen kritikal bagi kejayaan Syarikat kerana ia membina kepercayaan dan keyakinan untuk pekerja, pelanggan, pembekal dan pihak berkepentingan kita serta komuniti di tempat kita bekerja. Maklumat berikut, yang kita rujuk sebagai Tatakelakuan Perniagaan Eastman (“Tata”), menerangkan undang-undang, prinsip dan garis panduan yang kita patuhi untuk menyokong komitmen ini kepada kejujuran, integriti dan tingkah laku korporat yang bertanggungjawab.

Semua pekerja Eastman bertanggungjawab untuk membiasakan diri dengan prinsip dan garis panduan ini dan mematuhinya serta mempamerkan perlakuan yang sah di sisi undang-undang. Dari masa ke masa, pekerja mungkin rasa teringin untuk melanggar undang-undang atau Tata ini dalam usaha untuk memanfaatkan Syarikat. Tindakan sedemikian adalah betul-betul bertentangan dengan dasar Syarikat. Walau apa pun faedah anggapan, pekerja TIDAK HARUS SEKALI-KALI melakukan atau membiarkan berlakunya pelanggaran undang-undang atau Tata ini.

Secara tahunan, setiap pekerja akan mengkaji semula Tata ini dan menerima latihan.

Siapa yang mesti mematuhi Tata ini?

Tatakelakuan Perniagaan mesti dipatuhi oleh semua pekerja Eastman Chemical Company dan syarikat-syarikat subsidiari milik majoritinya. Penggunaan istilah “Eastman Chemical Company”, “Syarikat” dan “Eastman” dalam keseluruhan dokumen ini merujuk secara kolektif kepada semua entiti ini.

Tata dan Undang-undang

Operasi Syarikat dan pekerja Syarikat tertakluk kepada undang-undang kebanyakan negara dan bidang kuasa lain di seluruh dunia. Pekerja dikehendaki mematuhi Tata ini dan semua undang-undang, peraturan dan syarat-syarat kerajaan yang berkaitan. Jika suatu peruntukan dalam Tata ini bercanggah dengan undang-undang yang berkaitan, undang-undang tersebut diutamakan.

Disebabkan Eastman diperbadankan di Amerika Syarikat, pekerja kita di seluruh dunia sering tertakluk kepada undang-undang Amerika Syarikat. Negara-negara lain juga mungkin mengenakan undang-undang di luar sempadannya terhadap operasi dan kakitangan Syarikat. Jika anda kurang pasti tentang undang-undang yang dikenakan terhadap anda atau jika anda percaya mungkin terdapat konflik antara undang-undang berkaitan

yang berbeza, rujuk kepada Jabatan Undang-undang sebelum meneruskan.

Page 4: Eastman Chemical Company - Code of Business Conduct (Malay) · • keselamatan pekerja atau orang lain dalam risiko. Dadah—Pemilikan yang menyalahi undang-undang, penggunaan, penjualan,

www.eastman.ethicspoint.com 4

Mendapatkan Nasihat atau Melaporkan Kebimbangan dan Pelanggaran

Apabila menghadapi perlakuan perniagaan yang tidak beretika atau persoalan dan ketidakpastian yang berkaitan dengan undang-undang, pekerja mempunyai hak dan kewajipan untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan yang perlu bagi menyelesaikan kebimbangan atau persoalan tersebut. Jangan sekali-kali berasa ragu-ragu untuk meminta bantuan jika anda berada dalam sesuatu situasi dan tidak tahu perkara yang patut dibuat.

Segera kemukakan sebarang situasi yang mungkin melanggar Tata ini atau undang-undang kepada perhatian Syarikat. Pelaporan sedemikian yang tepat pada masanya mungkin kritikal untuk mencegah bahaya.

Eastman menggalakkan pelaporan yang bertanggungjawab terhadap potensi pelanggaran Tata ini. Untuk mendapatkan bimbingan atau melaporkan potensi pelanggaran, hubungi salah satu atau lebih individu berikut:

• Mana-mana ahli penyeliaan

• Pejabat Perlakuan Perniagaan Global

• Perkhidmatan Audit Korporat

• Jabatan Undang-undang

• Pengurus Sumber Manusia atau Wakil Sumber Manusia

Mana-mana penyelia, wakil atau ahli pihak pengurusan yang diberitahu tentang potensi pelanggaran adalah bertanggungjawab untuk menyampaikan pelanggaran yang dilaporkan dengan segera kepada pihak penyeliaannya atau terus kepada Jabatan Undang-undang atau Pejabat Perlakuan Perniagaan Global.

Walaupun berguna bagi Syarikat untuk mengetahui identiti pemanggil, laporan boleh dibuat secara rahsia melalui Talian Bantuan Perlakuan Perniagaan Eastman atau laman web di http://www.eastman.ethicspoint.com. Sila rujuk Talian Bantuan Perlakuan Perniagaan Eastman untuk mendapatkan nombor telefon yang sesuai. Talian Bantuan ini adalah sulit dan boleh dihubungi 24 jam sehari. Kakitangannya terdiri daripada pakar komunikasi bukan pekerja Eastman. Dasar Syarikat memastikan semua penyiasatan dikendalikan dengan mematuhi undang-undang yang berkaitan.

Soalan

Apakah yang patut saya buat jika penyelia saya minta saya melakukan sesuatu yang saya percaya bertentangan dengan dasar Syarikat, menyalahi undang-undang atau tidak beretika?

Jawapan

Jika anda rasa permintaan itu bertentangan dengan dasar Syarikat, menyalahi undang-undang atau tidak beretika, dasar Syarikat menghendaki anda menyuarakan kebimbangan anda. Jika anda mahu, anda boleh membincangkan isu itu dengan penyelia anda. Jika ini tidak wajar atau tidak dapat menyelesaikan masalah itu, anda sentiasa boleh menghubungi Pejabat Perlakuan Perniagaan Global, mana-mana ahli pihak pengurusan, Jabatan Undang-undang, Wakil Sumber Manusia/Personel anda atau mana-mana orang hubungan lain yang disenaraikan dalam bahagian Mendapatkan Nasihat atau Melaporkan Kebimbangan dan Pelanggaran dalam Tata ini.

Page 5: Eastman Chemical Company - Code of Business Conduct (Malay) · • keselamatan pekerja atau orang lain dalam risiko. Dadah—Pemilikan yang menyalahi undang-undang, penggunaan, penjualan,

www.eastman.ethicspoint.com 5

Tiada Tindakan Balas

Eastman menghargai bantuan pekerja yang mengenal pasti potensi masalah yang perlu ditangani oleh Syarikat. Tiada tindakan disiplin atau tindakan balas akan diambil terhadap pekerja yang mengemukakan kebimbangan kepada perhatian Syarikat, walaupun kebimbangan itu terbukti tidak berasas. Mana-mana pekerja yang merasakan dia telah dikenakan tindakan balas atau diugut dengan tindakan balas hendaklah melaporkan hal tersebut dengan segera.

Penyiasatan

Eastman memandang serius semua laporan kemungkinan berlakunya salah laku. Kami akan menyiasat hal tersebut secara rahsia, menentukan sama ada Tata ini atau undang-undang telah dilanggar dan mengambil tindakan pembetulan yang sewajarnya. Jika anda diminta menyertai dalam penyiasatan Korporat, bekerjasama sepenuhnya dan jawab semua pertanyaan dengan lengkap dan jujur. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan tindakan disiplin dikenakan, sehingga dan termasuk pemecatan.

Tindakan Disiplin

Eastman percaya bahawa pekerja bertanggungjawab terhadap tindakan mereka. Tindakan disiplin yang sewajarnya akan dikenakan terhadap pelanggaran Tata ini atau dasar Eastman yang lain menurut undang-undang yang berkaitan dengan disiplin.

Soalan

Jika saya melaporkan kebimbangan, adakah saya akan mengalami masalah jika kebimbangan saya rupanya tidak berasas?

Jawapan

Tiada tindakan disiplin atau tindakan balas akan diambil terhadap pekerja yang mengemukakan kebimbangan kepada perhatian Syarikat, walaupun kebimbangan itu terbukti tidak berasas. Walau bagaimanapun, pekerja akan dikenakan tindakan disiplin jika melaporkan sesuatu yang dia tahu tidak benar, palsu atau mengelirukan pada masa pelaporan.

Page 6: Eastman Chemical Company - Code of Business Conduct (Malay) · • keselamatan pekerja atau orang lain dalam risiko. Dadah—Pemilikan yang menyalahi undang-undang, penggunaan, penjualan,

www.eastman.ethicspoint.com 6

Perlakuan Peribadi

Tindakan pekerja Eastman menggambarkan Syarikat. Syarikat menghendaki pekerja bertindak dengan jujur, integriti dan mematuhi undang-undang di dalam Syarikat dan juga dalam urusan perniagaannya.

Buruh Kanak-kanak

Eastman mematuhi semua undang-undang buruh kanak-kanak. Eastman menyokong pengurangan buruh kanak-kanak dan eksploitasi kanak-kanak yang menyalahi undang-undang. Eastman menghendaki pembekal dan kontraktor yang menjalankan perniagaan dengan kita menerima nilai-nilai dan standard yang serupa.

Buruh Paksaan

Eastman tidak menggunakan buruh paksaan atau wajib. Eastman mengambil pekerja baru dan menyediakan keadaan kerja, termasuk bayaran upah dan faedah, yang mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan.

Penipuan

Dasar Eastman melarang penipuan di dalam Syarikat dan dalam semua urusan luar dengan penjual, pelanggan, agensi dan pihak ketiga lain. Pada umumnya, penipuan melibatkan pengambilan sesuatu yang anda tidak layak menerimanya atau menipu untuk menerima sesuatu yang memanfaatkan diri sendiri.

Istilah tindakan penipuan khususnya termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perkara seperti:

1. Pencurian sebarang harta Syarikat; 2. Pemalsuan; 3. Sebarang penggelapan dana, saham, bekalan atau sebarang aset lain Syarikat; 4. Sebarang urus niaga wang di luar aturan. 5. Pemalsuan penyata belanja;

Page 7: Eastman Chemical Company - Code of Business Conduct (Malay) · • keselamatan pekerja atau orang lain dalam risiko. Dadah—Pemilikan yang menyalahi undang-undang, penggunaan, penjualan,

www.eastman.ethicspoint.com 7

6. Pelaporan kewangan yang salah atau mencatat urus niaga yang palsu atau mengelirukan dalam rekod kewangan entiti tersebut.

7. Sogokan; 8. Pengelakan cukai; 9. Hasil atau aset yang diperoleh secara menipu (iaitu

menipu pelanggan).

Definisi di atas termasuk sebarang hal di luar aturan atau rasa curiga berlakunya sebarang hal di luar aturan yang melibatkan penjual, pelanggan, kakitangan Syarikat, agensi, pihak tidak dikenali atau harta Syarikat.

Gangguan, Diskriminasi dan Keganasan di Tempat Kerja

Di Eastman, setiap individu akan dilayan dengan adil dan rasa hormat. Sebarang bentuk gangguan atau diskriminasi dilarang, termasuk tetapi tidak terhad kepada gangguan atau diskriminasi yang disasarkan pada seseorang individu kerana bangsa, warna kulit, agama, jantina, orientasi seksual, umur, kehilangan upaya atau negara asalnya. Penggunaan atau pengedaran bahan yang menyakitkan hati, penghinaan, kata-kata yang tidak elok dan “jenaka” yang mempersendakan seseorang menjejaskan rasa hormat dan tidak sesuai untuk tempat kerja kita.

Keganasan di tempat kerja merupakan satu lagi bentuk gangguan. Eastman tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk keganasan di tempat kerja. Contoh-contoh keganasan di tempat kerja termasuk serangan fizikal, ugutan akan bahaya atau serangan fizikal, menghendap, ancaman dan pencurian atau merosakkan harta Syarikat atau peribadi.

Jika anda perhatikan atau mengalami tingkah laku di tempat kerja yang anda rasa merupakan gangguan atau keganasan di tempat kerja, laporkannya serta-merta.

Soalan

Penyelia saya sering membuat komen sangat peribadi tentang penampilan saya dan cuba memaksa saya keluar dengan beliau. Bolehkah saya melaporkan tingkah laku penyelia saya?

Jawapan

Anda patut menasihatkan penyelia anda dengan jelas bahawa anda mahu beliau menghentikan komen dan jemputan peribadi. Jika perkara ini berterusan atau jika anda tidak berasa selesa berbincang dengan penyelia anda tentang perkara ini, hubungi pengurus penyelia anda, Pejabat Perlakuan Perniagaan Global, Kakitangan Program Pekerjaan Saksama atau mana-mana sumber lain yang disenaraikan dalam bahagian Mendapatkan Nasihat atau Melaporkan Kebimbangan dan Pelanggaran dalam Tata ini.

Page 8: Eastman Chemical Company - Code of Business Conduct (Malay) · • keselamatan pekerja atau orang lain dalam risiko. Dadah—Pemilikan yang menyalahi undang-undang, penggunaan, penjualan,

www.eastman.ethicspoint.com 8

Minuman Keras dan Penyalahgunaan Dadah

Semua kakitangan Eastman mestilah bebas daripada kejejasan akibat minuman keras atau dadah apabila melaporkan diri untuk bekerja dan sepanjang waktu kerja. Sehingga takat itu, pekerja dilarang memiliki atau menggunakan dadah yang tidak sah di tapak Syarikat atau semasa menjalankan urusan perniagaan Syarikat.

Minuman Keras—Dilarang memiliki atau meminum minuman keras tanpa kebenaran di tapak Syarikat. Meminum minuman keras di luar tapak Syarikat semasa menjalankan urusan perniagaan Syarikat dilarang jika peminuman itu mengakibatkan:

• kejejasan pertimbangan perniagaan atau prestasi kerja pekerja tersebut; atau

• keselamatan pekerja atau orang lain dalam risiko.

Dadah—Pemilikan yang menyalahi undang-undang, penggunaan, penjualan, pengeluaran atau pengedaran dadah yang tidak sah, termasuk penyalahgunaan dadah yang sah.

Hubungan Peribadi Pekerja

Hubungan peribadi (iaitu khususnya emosi atau seksual) sesama pekerja pada waktu peribadi mereka dan di luar tapak Syarikat, tidak dirangkumi dalam dasar Syarikat. Walau bagaimanapun, Syarikat akan terlibat dan mengambil tindakan sewajarnya, jika hal berikut berlaku:

• hubungan menyebabkan gangguan di tempat kerja; atau

• penyelia yang menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja di bawah penyeliaannya.

Komunikasi Luaran

Semua maklumat yang didedahkan di luar Syarikat mestilah tepat, lengkap dan disebarkan menurut dasar Eastman. Hanya kakitangan yang dibenarkan boleh bercakap sebagai wakil Eastman atau tentang perniagaan Eastman dengan pihak akhbar atau di acara luar, persidangan, pameran perdagangan industri atau forum. Begitu juga, hanya orang yang dibenarkan oleh Ketua Pegawai Kewangan atau Perhubungan Pelabur boleh bercakap bagi pihak Eastman kepada ahli-ahli komuniti kewangan, seperti penganalisis saham, pemegang saham atau pengurus dana. Selain itu, semua komunikasi pemasaran mesti mematuhi proses kajian semula dan kelulusan yang diwujudkan oleh Komunikasi Pemasaran – termasuk komunikasi pemasaran melalui laman web Syarikat, saluran rangkaian sosial dan kempen e-pemasaran seperti pengoptimuman enjin carian, video, iklan sepanduk dan webinar. Mematuhi dasar dan proses sedemikian membantu memastikan komunikasi Syarikat mempunyai asas yang baik dalam standard pertanyaan saintifik yang sudah mantap dan tidak mengelirukan pihak berkepentingan atau memperkecil-kecilkan produk bersaing secara tidak sengaja.

Page 9: Eastman Chemical Company - Code of Business Conduct (Malay) · • keselamatan pekerja atau orang lain dalam risiko. Dadah—Pemilikan yang menyalahi undang-undang, penggunaan, penjualan,

www.eastman.ethicspoint.com 9

Konflik Kepentingan

Konflik kepentingan timbul apabila kepentingan atau aktiviti peribadi pekerja mempengaruhi atau kelihatan mempengaruhi keupayaan untuk bertindak demi kepentingan Eastman. Kepentingan, aktiviti atau pekerjaan luar yang boleh dianggap konflik kepentingan, hendaklah diberitahu kepada penyelia anda atau salah satu sumber lain yang disenaraikan dalam bahagian Mendapatkan Nasihat atau Melaporkan Kebimbangan dan Pelanggaran.

Kepentingan Peribadi apabila Berurusan dengan Pelanggan atau Pembekal

Tiada seorang pun pekerja Eastman boleh memanfaatkan atau cuba memanfaatkan hubungan kita dengan pelanggan dan pembekal kita. Semua pekerja mestilah bebas daripada pengaruh pertimbangan peribadi apabila mewakili Syarikat dalam urus niaga dengan pihak luar, membuat pengesyoran yang berkaitan dengan urus niaga tersebut atau membuat keputusan tentang urus niaga tersebut.

Pekerjaan Di Luar Eastman

Eastman tidak ingin campur tangan dalam aktiviti pekerja di luar waktu kerja mereka dengan Syarikat. Pekerja boleh melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan lain, dengan syarat:

• Hubungan Eastman dengan penjual atau pelanggannya tidak terjejas.

• Tiada peruntukan dalam sebarang Perjanjian Pekerja dilanggar.

• Prestasi dan kehadiran tidak terjejas.

• Waktu kerja tidak digunakan untuk mengendalikan aktiviti perniagaan luar.

• Kakitangan, harta, bahan, bekalan atau peralatan Eastman tidak digunakan untuk keuntungan peribadi.

Tiada seorang pun pekerja boleh bekerja untuk pembekal atau perunding yang berkaitan dengan bidang kepentingan, pelanggan atau pesaing Eastman tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Syarikat. Untuk mendapatkan kelulusan sedemikian, permohonan hendaklah dihantar kepada Pejabat Perlakuan Perniagaan Global di Eastman Chemical Company.

Page 10: Eastman Chemical Company - Code of Business Conduct (Malay) · • keselamatan pekerja atau orang lain dalam risiko. Dadah—Pemilikan yang menyalahi undang-undang, penggunaan, penjualan,

www.eastman.ethicspoint.com 10

Kepentingan Kewangan dalam Organisasi Lain

Pekerja dan ahli keluarga mereka tidak harus mempunyai pelaburan yang signifikan atau kepentingan kewangan lain dalam perniagaan pelanggan, pembekal, pesaing, atau peserta sebenar atau berpotensi dalam urus niaga atau usaha niaga perniagaan lain yang melibatkan Eastman. Pelaburan yang agak kecil dalam

saham syarikat milik awam biasanya tidak dianggap pelanggaran.

Pekerja tidak dibenarkan untuk melaksanakan atau meluluskan sebarang urus niaga apabila pekerja tersebut mempunyai konflik kepentingan yang langsung atau tidak langsung. Sebarang konflik kepentingan jenis ini hendaklah ditujukan kepada Pejabat Perlakuan Perniagaan Global untuk dikaji semula.

Kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Pejabat Perlakuan Perniagaan Global boleh diterima bagi pekerja yang memiliki atau bekerja untuk syarikat atau perniagaan yang menyediakan perkhidmatan sampingan atau bekalan jumlah kecil kepada Eastman seperti katering, gubahan bunga atau perkhidmatan pemanduan dan lain-lain.

Pemberian/Penerimaan Wang Tunai, Hadiah, Perkhidmatan, Pertolongan, Faedah atau Ihsan Perniagaan Lain

Eastman menjual dan membeli produk dan perkhidmatan mengikut merit penentuan harga yang kompetitif, kualiti kerja dan bahan serta pelaksanaan yang tepat pada masanya. Eastman tidak mahu mengendalikan perniagaan atas sebarang dasar lain.

Pekerja atau ahli keluarga mereka tidak harus menawarkan, meminta atau menerima sebarang item bernilai kepada/daripada mana-mana orang atau organisasi yang menjalankan atau yang ingin menjalankan perniagaan dengan Syarikat atau pesaing Syarikat jika item sedemikian boleh dianggap sebagai cubaan untuk mempengaruhi atau memujuk perniagaan. Amalan sedemikian bukan sahaja bertentangan dengan dasar Syarikat tetapi mungkin melanggar undang-undang antirasuah Amerika Syarikat atau tempatan (contohnya, Akta Amalan Rasuah Asing Amerika Syarikat) jika ia melibatkan pegawai kerajaan atau pegawai parti politik (lihat Aktiviti Perniagaan Global). Pertimbangan yang baik dan keberpatutan mestilah diamalkan untuk mengelakkan sebarang potensi salah faham atau kesan yang buruk terhadap reputasi Syarikat atau pekerjanya. Tiada seorang pun pekerja harus meminta sebarang jenis ganjaran daripada mana-mana pelanggan atau pembekal Eastman. Jika hadiah diberikan kepada pekerja yang lazimnya tiada kaitan dengan amalan biasa perniagaan, seorang pegawai Syarikat atau wakil yang ditetapkan mesti meluluskan penerimaannya.

Soalan

Semasa hari cuti, sebilangan organisasi luar seperti agensi pekerjaan, perunding, firma undang-undang dan organisasi profesional lain menghantar bakul buah-buahan, biskut, gula-gula dan sebagainya kepada kami. Bolehkah kami menerima hadiah ini?

Jawapan

Ya. Hadiah sedemikian yang mempunyai nilai nominal boleh diterima dan hendaklah dikongsi dengan ahli-ahli dalam kumpulan kerja anda. Dalam apa juga keadaan, hadiah tidak patut diminta atau dianggap keperluan untuk menjalankan perniagaan dengan Eastman.

Page 11: Eastman Chemical Company - Code of Business Conduct (Malay) · • keselamatan pekerja atau orang lain dalam risiko. Dadah—Pemilikan yang menyalahi undang-undang, penggunaan, penjualan,

www.eastman.ethicspoint.com 11

Jika tujuannya adalah untuk mengadakan perbincangan perniagaan yang ikhlas atau menjalinkan hubungan perniagaan yang lebih baik, pemberian atau penerimaan hidangan, jamuan ringan, pengaturan perjalanan, penginapan, keraian, tiket, hadiah kecil, item promosi dan faedah sampingan lain akan dibenarkan di bawah garis panduan berikut:

• Ia selaras dengan adat dan amalan perniagaan yang boleh diterima.

• Ia adalah untuk tujuan perniagaan Syarikat.

• Ia tidak menyalahi undang-undang atau melanggar garis panduan etika syarikat penerima.

• Nilainya berpatutan dan akan dibayar melalui prosedur akaun belanja Syarikat yang normal.

• Ia tidak diminta oleh penerima.

• Ia tidak boleh dianggap sebagai sogokan, ganjaran atau rasuah.

• Ia tidak diberi atau diterima secara berulang.

• Ia tidak akan mengakibatkan atau dianggap mengakibatkan penerima mengubah pertimbangan perniagaan yang biasa berkaitan dengan sebarang urus niaga dengan Syarikat.

• Ia tidak akan memalukan Syarikat atau pekerja jika didedahkan secara umum.

• Ia tidak akan melanggar Tatakelakuan pihak lain.

Disebabkan pelbagai aktiviti perniagaan dijalankan di seluruh Syarikat, sesetengah unit organisasi mempunyai garis panduan dalaman yang lebih terbatas berbanding garis panduan yang digariskan di atas. Dalam situasi ini, pekerja mesti mematuhi garis panduan yang lebih terbatas.

Penawaran atau penerimaan wang tunai, yang setara wang tunai atau saham tidak wajar di bawah sebarang keadaan. Pekerja atau ahli keluarganya boleh menerima diskaun atas pembelian peribadi produk pembekal atau pelanggan hanya jika diskaun sedemikian ditawarkan kepada semua pekerja lain Syarikat.

Di sesetengah negara, adat tempatan mungkin menggalakkan pemberian atau pertukaran hadiah kepada pelanggan atau orang lain dalam majlis khas. Di negara-negara ini, pemberian hadiah yang sah di sisi undang-undang, sesuai dan bernilai nominal dibenarkan, dengan syarat tindakan itu tidak boleh dianggap sebagai cuba mendapatkan keistimewaan dan kelulusan Syarikat diperoleh terlebih dahulu. Dalam keadaan apabila garis panduan Syarikat biasanya tidak membenarkan pekerja menerima hadiah istimewa tetapi adat tempatan membuatkan penolakan hadiah itu serba salah atau menghina, hadiah itu patut diterima jika sah di sisi undang-undang. Pekerja tersebut hendaklah segera merujuk kepada pihak penyeliaan atau Pejabat Perlakuan Perniagaan Global berkenaan dengan tindakan sewajarnya terhadap hadiah itu.

Lazimnya sekatan khas dikenakan apabila berurusan dengan kerajaan. Pekerja hendaklah merujuk kepada Jabatan Undang-undang untuk menentukan sama ada terdapat sebarang sekatan khas sebelum menjalinkan hubungan perniagaan dengan mana-mana entiti kerajaan atau milik kerajaan. Dalam apa juga keadaan, hadiah, keraian, hidangan, pengangkutan, penginapan atau benda lain yang bernilai tidak patut diberikan kepada mana-mana pekerja kerajaan tanpa kelulusan khusus terlebih dahulu daripada Jabatan Undang-undang.

Page 12: Eastman Chemical Company - Code of Business Conduct (Malay) · • keselamatan pekerja atau orang lain dalam risiko. Dadah—Pemilikan yang menyalahi undang-undang, penggunaan, penjualan,

www.eastman.ethicspoint.com 12

Mana-mana pekerja yang mempertimbangkan untuk membuat bayaran yang boleh dianggap sebagai “rasuah

1”, telah diminta

untuk membuat bayaran yang boleh dipersoalkan oleh pihak ketiga atau telah ditawarkan sesuatu yang bernilai dalam menjalankan tugasnya, hendaklah menghubungi pihak penyeliaannya atau Jabatan Undang-undang untuk mendapatkan bimbingan.

Bayaran kepada Pegawai dan Pekerja Kerajaan

Dasar Eastman adalah untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkenaan dengan bayaran kepada atau pemberian benda yang bernilai kepada pegawai dan pekerja kerajaan. Kita tidak akan menawarkan, membenarkan atau membuat sebarang bayaran yang menyalahi undang-undang atau memberikan apa-apa yang bernilai, secara langsung atau tidak langsung, kepada pegawai kerajaan (termasuk penggubal undang-undang), parti politik atau calon bagi jawatan politik untuk menggunakan pengaruhnya demi memperoleh atau mengekalkan perniagaan bagi Syarikat. Tawaran dan juga bayaran sebenar apa-apa yang bernilai adalah menyalahi undang-undang. Bayaran kepada pihak ketiga juga dilarang jika seseorang tahu atau sepatutnya tahu bahawa pihak ketiga itu akan membuat bayaran yang menyalahi undang-undang kepada pegawai kerajaan.

1 “Rasuah” ialah sesuatu yang bernilai yang diberikan bagi tujuan mempengaruhi keputusan seseorang dalam menjalankan tugas

rasminya. Ini boleh termasuk cubaan untuk mempengaruhi keputusan pelanggan agar memberikan perniagaannya kepada Eastman, pemberian atau penerimaan sesuatu yang bernilai daripada bakal pembekal kepada Eastman sebagai balasan terhadap kontrak. Ia juga boleh termasuk hadiah kepada pegawai kerajaan untuk mempengaruhi keputusannya, termasuk keputusan yang membuatnya gagal

melaksanakan tugasnya yang sah di sisi undang-undang atau membantu Eastman memperoleh atau mengekalkan perniagaan.

Page 13: Eastman Chemical Company - Code of Business Conduct (Malay) · • keselamatan pekerja atau orang lain dalam risiko. Dadah—Pemilikan yang menyalahi undang-undang, penggunaan, penjualan,

www.eastman.ethicspoint.com 13

Melaporkan Integriti

Setiap pekerja Eastman bertanggungjawab terhadap integriti, kelengkapan dan ketepatan rekod Syarikat yang dia sediakan atau simpan.

Rekod Syarikat mestilah benar, tepat dan lengkap. Rekod sedemikian termasuk rekod perakaunan, penyata belanja, laporan kewangan dan penyelidikan serta rekod masa. Pelaporan perakaunan, dokumentasi atau kewangan yang salah atau palsu melanggar dasar Syarikat dan juga mungkin melanggar undang-undang yang berkaitan.

Kegagalan untuk mematuhi garis panduan di atas juga boleh merupakan pelanggaran Akta Amalan Rasuah Asing Amerika Syarikat.

Talian Bantuan dan Laman Web Perlakuan Perniagaan Eastman boleh didapati untuk penyerahan kebimbangan secara rahsia berkenaan dengan hal perakaunan atau pengauditan yang boleh dipersoalkan. Rujuk bahagian Mendapatkan Nasihat atau Melaporkan Kebimbangan dan Pelanggaran untuk maklumat tambahan berkenaan dengan Talian Bantuan Perlakuan Perniagaan Eastman.

Pengurusan Rekod

Semua rekod Syarikat, dalam bentuk fizikal atau elektronik, mestilah dikekalkan menurut garis panduan Pengurusan Rekod Eastman dan keperluan undang-undang yang berkaitan.

Proses Pengekalan Undang-undang Syarikat merupakan bahagian yang penting dalam program Pengurusan Rekod Eastman. Apabila keadaan menjadi jelas bahawa dokumen akan diperlukan berhubung dengan penyiasatan kerajaan, atau ligitasi sebenar atau terancam, Jabatan Undang-undang akan mengarahkan anda untuk menyimpan dan mengekalkan rekod relevan yang berpotensi.

Tiada Pengaruh Yang Tidak Wajar terhadap Audit

Pekerja tidak harus, secara langsung atau tidak langsung, mengambil sebarang tindakan untuk memanipulasi atau mengelirukan mana-mana juruaudit dalaman atau luar dalam pelaksanaan audit.

Soalan

Seseorang dalam jabatan saya mencatatkan jualan dalam suku tahun keempat walaupun jualan tersebut tidak akan lengkap sebelum 1 Januari. Adakah ini melanggar dasar Syarikat?

Jawapan

Ya. Salah pengelasan perakaunan yang disengajakan (contohnya, belanja lawan modal) dan pencepatan atau penundaan belanja atau hasil yang tidak wajar adalah contoh amalan pelaporan yang tidak boleh diterima dan merupakan pelanggaran dasar Syarikat yang serius.

Page 14: Eastman Chemical Company - Code of Business Conduct (Malay) · • keselamatan pekerja atau orang lain dalam risiko. Dadah—Pemilikan yang menyalahi undang-undang, penggunaan, penjualan,

www.eastman.ethicspoint.com 14

Perlindungan dan Penggunaan Maklumat Syarikat

Semua pekerja bertanggungjawab untuk melindungi aset dan sumber Syarikat daripada hilang, dicuri atau disalahgunakan.

Perlindungan Maklumat Syarikat

Maklumat merupakan salah satu aset paling berharga Eastman. Melindungi maklumat Syarikat daripada penggunaan, pendedahan atau pemusnahan tanpa kebenaran adalah tanggungjawab setiap pekerja Eastman. Maklumat Syarikat hendaklah digunakan hanya untuk tujuan Syarikat yang diluluskan. Kelulusan sewajarnya mesti diperoleh untuk pendedahan maklumat di luar Syarikat. Kegagalan untuk mematuhi dasar ini boleh mengakibatkan pekerja menanggung liabiliti di bawah undang-undang perlindungan “rahsia perdagangan”. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Syarikat berhak memantau penggunaan maklumat Syarikat pada bila-bila masa, termasuk pemantauan rangkaian maklumat korporat.

Penggunaan Maklumat Syarikat untuk Keuntungan Peribadi

Disebabkan pekerjaan dengan Eastman, maklumat bukan umum tentang Eastman, pelanggan, pembekal dan pesaingnya mungkin boleh didapati. Maklumat ini tidak boleh digunakan untuk memperoleh keuntungan kewangan peribadi atau faedah lain. Kegagalan untuk mematuhi dasar ini boleh mengakibatkan pekerja menanggung liabiliti di bawah undang-undang sekuriti yang berkaitan. Rujuk kepada bahagian Perdagangan Orang Dalam dalam Tata ini untuk maklumat tambahan.

Page 15: Eastman Chemical Company - Code of Business Conduct (Malay) · • keselamatan pekerja atau orang lain dalam risiko. Dadah—Pemilikan yang menyalahi undang-undang, penggunaan, penjualan,

www.eastman.ethicspoint.com 15

Tanda Dagangan

Nama dan logo Syarikat kita, nama dan logo produk dan perkhidmatan kita serta nama domain kita merupakan aset tanda dagangan yang berharga. Sebelum pemerdagangan, nama atau logo sebarang syarikat, produk atau perkhidmatan baru mesti diluluskan oleh Jabatan Undang-undang untuk memastikan penggunaannya tidak akan melanggar mana-mana hak tanda dagangan pihak lain. Pekerja tidak harus menggunakan tanda dagangan atau logo pihak lain sebagai atau berhubung dengan nama projek atau kod dalaman. Disebabkan dasar korporat dan bagi tujuan melindungi pelanggan kita, Eastman tidak membenarkan pihak lain menggunakan tanda dagangan kita kecuali kita mempunyai kawalan kualiti terhadap produk yang dibuat oleh syarikat lain yang mempamerkan tanda dagangan kita. Maklumat tentang prosedur yang betul bagi pelesenan sedemikian tanda dagangan kita untuk digunakan oleh pihak lain boleh diperoleh dengan menghubungi Jabatan Undang-undang. Penggunaan salah satu tanda dagangan kita oleh syarikat atau individu lain secara tidak wajar atau tanpa kebenaran hendaklah dilaporkan kepada Jabatan Undang-undang. Tanda dagangan milik Eastman tidak boleh digunakan oleh pekerja untuk tujuan peribadi mereka.

Hak Cipta

Hak cipta melindungi hasil kerja asal pengarang (seperti kertas teknikal, rencana berita, fotograf, perisian, video dan hasil kerja seni) yang ditetapkan dalam bentuk nyata (seperti pada kertas, filem, pita, cakera padat, cakera liut, laman web Internet atau bentuk elektronik lain). Dasar hak cipta kita adalah untuk menghormati hak cipta pihak lain dan kita mengharapkan pihak lain turut menghormati hak cipta kita. Sebagai pekerja Eastman, kita tidak boleh menyalin, memfotokopi, mengeluarkan semula (termasuk pengeluaran semula secara elektronik), atau mengedarkan atau menghantar melalui faks atau media elektronik lain (e-mel) sebarang hasil kerja berhak cipta tanpa keizinan pemilik hak cipta atau ejennya yang diberi kuasa. Begitu juga, pekerja tidak harus sekali-kali menyalin hasil kerja berhak cipta untuk kegunaan peribadi mereka tanpa kebenaran pemilik hak cipta. Eastman mempunyai perjanjian lesen dengan Copyright Clearance Center (CCC) yang membenarkan pekerja Eastman di Amerika Syarikat memfotokopi rencana yang dihasilkan oleh penerbit yang menganggotai CCC. Terdapat sekatan tertentu terhadap hak ini.

Sila rujuk kepada Perkhidmatan Perpustakaan & Maklumat jika ada persoalan berkenaan dengan sama ada suatu hasil kerja didaftarkan dengan CCC.

Berhubung dengan perisian komputer, Eastman hanya akan menyalin dan menggunakan perisian yang dibeli menurut perjanjian pelesenan yang berkaitan. Terma perjanjian ini amat berbeza; pekerja hendaklah menghubungi Operasi dan Perkhidmatan IT Global jika terdapat sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan penyalinan dan penggunaan perisian Syarikat.

Page 16: Eastman Chemical Company - Code of Business Conduct (Malay) · • keselamatan pekerja atau orang lain dalam risiko. Dadah—Pemilikan yang menyalahi undang-undang, penggunaan, penjualan,

www.eastman.ethicspoint.com 16

Paten

Paten melindungi produk, proses, peralatan dan kandungan baru dan tidak nyata. Dasar Eastman adalah untuk menghormati paten sah pihak lain dan Eastman mengharapkan pihak lain turut menghormati paten sah Eastman.

Sebelum pemerdagangan, semua produk dan proses baru mesti diluluskan oleh Jabatan Undang-undang untuk memastikan pemerdagangannya tidak akan melanggar sebarang paten sah pihak lain. Penemuan pelanggaran boleh mengakibatkan Eastman kehilangan haknya untuk menghasilkan produk pelanggaran itu dan membayar ganti rugi berdasarkan jualan produk pelanggaran itu. Selain itu, mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, memberikan award sebanyak “tiga kali ganda” sebagai ganti rugi apabila pelanggaran itu didapati disengajakan.

Paten milik Eastman tidak boleh digunakan oleh pekerja untuk tujuan peribadi mereka.

Rekaan

Pertumbuhan masa depan dan daya saing Eastman bergantung sebahagiannya pada kejayaan usaha penyelidikan dan pembangunan kita. Pekerja diingatkan bahawa sebarang rekaan atau harta intelektual yang difikirkan oleh mereka sewaktu bekerja untuk Eastman dan yang berkaitan dengan perniagaan Eastman yang sedia ada atau dalam pertimbangan adalah harta eksklusif Eastman. Maklumat tambahan berkenaan dengan perkara ini terkandung dalam Perjanjian Pekerjaan Eastman atau boleh diperoleh dengan menghubungi Jabatan Undang-undang.

Rahsia Perdagangan

Rahsia perdagangan boleh ditakrifkan sebagai maklumat yang tidak diketahui umum dan juga memberi seseorang kelebihan dari segi ekonomi. Kebanyakan negara mempunyai undang-undang khusus yang menentukan perlindungan rahsia perdagangan. Rahsia perdagangan boleh dipertahankan bagi tempoh masa yang tidak terbatas jika dilindungi dengan betul dan dengan demikian akan terus menjadi penting dalam pengekalan perniagaan teras Eastman dan pertumbuhan bidang baru pada masa depan. Atas sebab ini, perlindungan berterusan rahsia perdagangan Eastman sentiasa merupakan keutamaan tinggi.

Terdapat banyak contoh rahsia perdagangan di Eastman. Sesetengahnya teknikal, seperti keadaan pengendalian proses, kandungan produk, keupayaan loji, prosedur pengendalian, peralatan pengeluaran dan kaedah analisis. Yang lainnya lebih bersifat perniagaan, seperti senarai pelanggan, penentuan harga, strategi perniagaan, projek Penyelidikan & Pembangunan dan kajian pasaran. Semua maklumat ini adalah hak milik Eastman dan tidak harus didedahkan di luar Syarikat serta tidak harus dibincangkan secara umum di dalam Syarikat kecuali seseorang perlu mengetahuinya untuk melakukan kerja mereka. Pendedahan rahsia perdagangan boleh mengakibatkan Eastman mengalami kerugian kewangan dan mungkin menyebabkan mereka yang membuat pendedahan itu didenda dan/atau dipenjarakan. Tanggungjawab pekerja untuk melindungi rahsia perdagangan dan maklumat hak milik lain Eastman mungkin melampaui tempoh pekerjaan mereka, seperti yang ditetapkan dalam Perjanjian Pekerjaan Eastman.

Page 17: Eastman Chemical Company - Code of Business Conduct (Malay) · • keselamatan pekerja atau orang lain dalam risiko. Dadah—Pemilikan yang menyalahi undang-undang, penggunaan, penjualan,

www.eastman.ethicspoint.com 17

Maklumat tentang Syarikat Lain

Eastman tidak akan menggunakan tindakan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak wajar untuk memperoleh rahsia perdagangan atau maklumat perniagaan, kewangan, saintifik atau teknikal syarikat lain. Penggunaan pengintipan perindustrian, pencerobohan, pecah masuk, pengintipan dawai atau pencurian untuk memperoleh maklumat sedemikian adalah dilarang. Eastman tidak akan mengupah pekerja pesaing untuk memperoleh maklumat sulit atau meminta data sulit secara tidak wajar daripada pekerja mana-mana pihak.

Sebagai pekerja Eastman, anda tidak harus mendedahkan atau membincangkan maklumat sulit bekas majikan.

Eastman tidak mempromosikan perniagaannya dengan memperkecil-kecilkan pesaingnya, produk mereka atau perkhidmatan mereka.

Maklumat Sulit Yang Diberikan oleh Syarikat Lain

Dasar Eastman melarang penerimaan maklumat yang boleh dianggap sulit, terbatas atau terhad dalam pendedahan atau penggunaannya, kecuali perjanjian bertulis yang menyatakan hak dan obligasi semua pihak telah diluluskan oleh Jabatan Undang-undang Eastman dan ditandatangani oleh wakil setiap pihak yang diberi kuasa.

Perjanjian yang dilaksanakan dengan betul adalah penting untuk memastikan agar aktiviti perkhidmatan perniagaan, penyelidikan, pembangunan dan teknikal Eastman tidak terjejas dan bahawa hubungan sulit yang tak diingini tidak didakwa oleh pihak lain. Perjanjian yang sesuai juga boleh membantu mengelakkan penerimaan maklumat yang tidak wajar di bawah Akta Pengintipan Ekonomi Amerika Syarikat 1996.

Sehingga perjanjian sedemikian dibuat, pekerja Eastman tidak patut membincangkan atau menerima maklumat sulit pihak lain. Contoh-contoh maklumat sulit sedemikian boleh termasuk: pendedahan tanpa diminta oleh pereka luar, lukisan dan manual yang mempunyai tanda yang menegaskan kerahsiaan; reka bentuk, proses, kaedah, sistem, prosedur atau formula hak milik; maklumat kewangan sulit; atau dokumen perancangan perniagaan.

Privasi Data

Eastman mematuhi semua undang-undang yang berkaitan. Semua pekerja bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan kepada keperluan privasi data di bawah undang-undang dan peraturan negara masing-masing serta dasar Syarikat. Data peribadi ialah apa-apa maklumat yang dapat mengenal pasti seseorang secara langsung atau tidak langsung. Kebanyakan negara mempunyai undang-undang yang mengawal pengumpulan dan penggunaan data peribadi, walaupun jenis data yang diliputi, sifat perlindungan dan mekanisme penguatkuasaan tempatan berbeza.

Soalan

Semasa makan di sebuah restoran tempatan, saya terdengar dua pengurus Eastman berbincang tentang projek rahsia baru yang akan dibina di tapak saya. Adakah perbincangan ini melanggar dasar Syarikat?

Jawapan

Ya. Semua pekerja wajib melindungi maklumat Syarikat. Ini termasuk maklumat kewangan dan perniagaan tentang Syarikat, pekerja, pembekal dan pihak berkepentingannya yang lain. Jenis maklumat sulit yang lain termasuk strategi perniagaan, keperluan pelanggan, senarai pelanggan dan strategi penentuan harga. Pekerja harus berhati-hati apabila membincangkan maklumat Syarikat di tempat awam dan/atau dalam e-mel.

Page 18: Eastman Chemical Company - Code of Business Conduct (Malay) · • keselamatan pekerja atau orang lain dalam risiko. Dadah—Pemilikan yang menyalahi undang-undang, penggunaan, penjualan,

www.eastman.ethicspoint.com 18

Perdagangan Orang Dalam

Selain menyalahi undang-undang dan tidak beretika, tindakan pekerja adalah melanggar dasar Syarikat jika membeli atau menjual saham atau sekuriti lain semasa memiliki “maklumat bukan umum (dalaman) material”. Ini sememangnya benar untuk saham Eastman serta saham atau sekuriti lain pembekal, pelanggan, pesaing, rakan kongsi usaha niaga, calon pemerolehan atau syarikat lain. Maklumat dianggap material jika terdapat kemungkinan yang cukup besar bahawa pelabur waras akan menganggap maklumat itu penting dalam memutuskan sama ada untuk membeli, menjual atau menyimpan saham. Maklumat dianggap bukan umum jika ia belum disebarkan dengan cara yang membolehkannya tersedia kepada pelabur secara umumnya (contohnya, melalui siaran akhbar).

Contoh-contoh maklumat yang mungkin dianggap material termasuk:

• rancangan untuk penggabungan atau pemerolehan yang signifikan

• perolehan dan penyata kewangan sebelum disiarkan • berita tentang perubahan besar dalam pihak pengurusan kanan

atau struktur organisasi • litigasi terancam atau perubahan dalam status tuntutan

mahkamah yang sedang berjalan • kehilangan kontrak atau pelanggan penting • tindakan terancang berkenaan dengan saham kita • pembangunan atau penghentian produk

Selain itu, pekerja yang memiliki “maklumat bukan umum (orang dalam) material” tidak boleh berkomunikasi, berbincang atau “tip” maklumat material atau maklumat sulit lain kepada keluarga, rakan atau orang lain yang mungkin berjual beli atau menasihatkan orang lain untuk berjual beli dalam saham Eastman.

Untuk mengelakkan wujudnya perbuatan yang tidak wajar dan memudahkan pematuhan kepada undang-undang sekuriti, dasar Eastman juga melarang pekerja daripada membeli atau menjual opsyen “jual” atau “beli” atau membuat “jualan singkat” saham Eastman, sama ada memiliki maklumat dalaman atau tidak.

Selain sekatan yang dinyatakan di atas, sekatan tambahan dikenakan terhadap pegawai dan pengarah Eastman. Mana-mana pekerja yang mempunyai pertanyaan berkenaan dengan jual beli saham hendaklah menghubungi Jabatan Undang-undang.

Soalan

Baru-baru ini saya mendapat tahu daripada pekerja lain bahawa Eastman akan mengumumkan pemerolehan besar. Bolehkah saya membeli saham Eastman atau saham syarikat terbabit sebelum pemerolehan ini diumumkan?

Jawapan

Tidak. Anda tidak patut membeli saham tersebut. Disebabkan pemerolehan besar biasanya dianggap maklumat material, anda akan melanggar undang-undang “perdagangan orang dalam” jika anda berjual beli saham Eastman atau saham syarikat terbabit sebelum maklumat ini didedahkan kepada orang ramai. Selain itu, maklumat berkenaan dengan pemerolehan itu tidak sepatutnya didedahkan kepada anda, kecuali terdapat keperluan berkaitan kerja yang khusus untuk anda mengetahui maklumat ini.

Page 19: Eastman Chemical Company - Code of Business Conduct (Malay) · • keselamatan pekerja atau orang lain dalam risiko. Dadah—Pemilikan yang menyalahi undang-undang, penggunaan, penjualan,

www.eastman.ethicspoint.com 19

Undang-undang Persaingan

Undang-undang ini direka bentuk untuk menggalakkan persaingan dalam perniagaan untuk faedah pengguna. Dasar Eastman adalah untuk mematuhi sepenuhnya semua undang-undang persaingan yang berkaitan.

Hubungan dengan Pesaing

Dalam semua hubungan dengan pesaing, elakkan sebarang perlakuan yang mencadangkan pemahaman atau persetujuan tersurat atau tersirat wujud berkenaan dengan harga, terma jualan, pengeluaran bagi pihak ketiga atau peruntukan pelanggan, pasaran atau wilayah. Persetujuan atau pemahaman sedemikian boleh merupakan kesalahan jenayah di bawah undang-undang persaingan. Kesalahan sedemikian boleh mengakibatkan pekerja dipenjarakan dan Syarikat mengalami penalti kewangan atau tuntutan kerugian yang signifikan.

Dasar Syarikat melarang apa sahaja perbincangan atau komunikasi dengan mana-mana wakil pesaing berkenaan dengan perkara berikut:

• harga • dasar penentuan harga • bida • diskaun, royalti atau promosi • terma kredit atau kiriman atau syarat-syarat lain jualan • pilihan pengguna atau peruntukan pelanggan sesama pesaing • pasaran wilayah (iaitu membahagikan wilayah sesama pesaing) • produk untuk dikilangkan dan/atau kuantiti atau kuota pengeluaran yang dijual (iaitu persetujuan

sesama pesaing berkenaan dengan jumlah produk untuk dikilangkan dan/atau dijual oleh setiap pihak atau penambahan keupayaan baru)

• amalan pampasan pekerja

Berikut adalah cadangan yang praktikal:

• Jika dijemput oleh pesaing untuk membincangkan penentuan harga atau perkara lain yang dilarang, tamatkan perbincangan itu serta-merta dan laporkannya kepada Jabatan Undang-undang atau pihak penyeliaan/pengurusan anda.

• Jangan saling bertukar senarai harga, bida, terma atau syarat jualan dengan pesaing, kecuali berhubung dengan penjualan sebenar kepada atau pembelian sebenar daripada pesaing itu.

• Jangan hubungi wakil pesaing kita di kediaman mereka.

Page 20: Eastman Chemical Company - Code of Business Conduct (Malay) · • keselamatan pekerja atau orang lain dalam risiko. Dadah—Pemilikan yang menyalahi undang-undang, penggunaan, penjualan,

www.eastman.ethicspoint.com 20

• Jangan minta seseorang untuk menentukan perkara yang akan dilakukan oleh pesaing sebagai respons kepada cadangan perubahan harga jika memperoleh jawapan akan melibatkan pesaing dihubungi. Jangan buat apa-apa secara tidak langsung yang akan melanggar undang-undang jika dibuat secara langsung. “Pengisyaratan” perubahan harga sesama pesaing boleh dianggap sama seperti persetujuan tentang harga.

• Tahan diri daripada membincangkan penentuan harga atau hal lain yang diperincikan di atas semasa sebarang pemerolehan, penyahlaburan atau perundingan usaha sama atau hubungan sah lain dengan pesaing kita tanpa kelulusan daripada Jabatan Undang-undang.

Ukur Rujuk dan Pertukaran Maklumat

Ukur rujuk ialah pendekatan berstruktur untuk menukar dan menganalisis maklumat. Sebarang pertukaran maklumat dengan pesaing atau mengukur rujuk pesaing, sama ada secara langsung atau melalui pihak ketiga atau perunding, mesti disemak dengan teliti untuk menentukan sama ada ia menimbulkan kebimbangan berkaitan dengan antitrust. Pertukaran sedemikian boleh termasuk maklumat tentang harga dan terma jualan, amalan kredit, kos, tahap pengeluaran, rancangan masa depan dan pampasan. Oleh itu, sebarang ukur rujuk atau pertukaran maklumat sedemikian, sama ada secara langsung atau melalui pihak ketiga atau perunding, mesti diluluskan terlebih dahulu oleh Jabatan Undang-undang.

Persatuan Perdagangan dan Kredit, Kumpulan Industri

Persatuan perdagangan dan kredit serta kumpulan industri biasanya melibatkan mesyuarat dengan pesaing. Untuk memastikan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan antitrust, keahlian dalam organisasi sedemikian, sama ada pesaing atau pelanggan, memerlukan kelulusan bertulis yang khusus terlebih dahulu daripada Jabatan Undang-undang. Di mesyuarat tersebut, jangan libatkan diri dalam perbincangan formal atau tidak formal tentang harga atau hal-hal serupa yang lain dengan pesaing. Peguam (yang diatur oleh persatuan perdagangan) hendaklah hadir dalam semua mesyuarat.

Soalan

Anda berada di mesyuarat persatuan perdagangan plastik bersama pengilang plastik lain. Pasaran untuk jualan plastik sangat kompetitif. Anda diminta oleh seseorang pesaing untuk menyertainya dalam mesyuarat bersama pengilang plastik lain bagi membincangkan harga dan kos pengeluaran. Adakah ini melanggar dasar Syarikat?

Jawapan

Ya. Penetapan harga sesama pesaing adalah menyalahi undang-undang di bawah undang-undang persaingan. Perbincangan tentang harga merupakan aktiviti yang dilarang kerana persetujuan untuk menjual pada harga tertentu boleh dibayangkan daripada perbincangan sedemikian. Begitu juga, perbincangan tentang kos untuk mengilang produk boleh dianggap berkait rapat dengan penetapan harga. Perbincangan sedemikian hendaklah dielakkan sama sekali.

Page 21: Eastman Chemical Company - Code of Business Conduct (Malay) · • keselamatan pekerja atau orang lain dalam risiko. Dadah—Pemilikan yang menyalahi undang-undang, penggunaan, penjualan,

www.eastman.ethicspoint.com 21

Kontrak Kerajaan

Terdapat peraturan yang rumit mengawal individu dan entiti yang mempunyai kontrak dengan kerajaan. Kontrak sedemikian boleh menjadi amat berbeza berbanding dengan kontrak yang diadakan dengan entiti komersial swasta. Peraturan perolehan kerajaan meliputi penentuan harga, perakaunan kos, kawalan dan ujian kualiti, bayaran ganjaran dan rasuah kepada pekerja kerajaan, pengambilan atau pengekalan bekas pekerja kerajaan dan kerahsiaan maklumat kerajaan.

Untuk memastikan pematuhan, jangan berasa ragu-ragu untuk menghubungi Jabatan Undang-undang jika terdapat sebarang pertanyaan.

Hadiah, Rasuah, Rebat, Sogokan

Hubungan Eastman dengan syarikat-syarikat lain mungkin melibatkan pertukaran hadiah atau ihsan perniagaan lain. Dasar Eastman melarang penawaran, pemberian atau penerimaan sebarang bentuk sogokan atau rasuah. Untuk maklumat tentang topik-topik ini, sila rujuk bahagian Pemberian/Penerimaan Wang Tunai, Hadiah, Perkhidmatan, Pertolongan dan Faedah atau Ihsan Perniagaan Lain dalam Tata ini.

Urusan Timbal Balik

Keputusan Eastman untuk membeli barangan dan perkhidmatan pembekal mestilah dibuat secara bebas daripada keputusan pembekal untuk membeli produk atau perkhidmatan Eastman.

Page 22: Eastman Chemical Company - Code of Business Conduct (Malay) · • keselamatan pekerja atau orang lain dalam risiko. Dadah—Pemilikan yang menyalahi undang-undang, penggunaan, penjualan,

www.eastman.ethicspoint.com 22

Aktiviti Perniagaan Global

Disebabkan produk Eastman bergerak merentasi sempadan, ia tertakluk kepada undang-undang pelbagai negara. Memandangkan undang-undang ini boleh amat berbeza mengikut negara, perhatian teliti akan diambil untuk mengenal pasti dan menyelesaikan perbezaan ini. Apabila undang-undang tidak wujud atau undang-undang, adat atau amalan perniagaan tidak begitu ketat berbanding dengan dasar dan garis panduan Syarikat, kita akan menggunakan jangkaan lebih tinggi Syarikat untuk membimbing tindakan kita.

Bayaran Pemudahan atau Penyegeraan

Bayaran pemudahan atau penyegeraan untuk mendapatkan pelaksanaan tepat pada masanya “tindakan rutin kerajaan” yang Syarikat layak menerimanya di bawah undang-undang tempatan tidak dilarang. Tindakan sedemikian termasuk mendapatkan permit dan lesen, memproses visa dan permit kerja, mengambil dan menghantar mel serta menyediakan perkhidmatan dan bekalan telefon dan air. “Tindakan rutin kerajaan” tidak termasuk apa-apa keputusan kerajaan sama ada, atau berdasarkan terma, untuk memberikan perniagaan kepada Syarikat. Apabila bayaran untuk “tindakan rutin kerajaan” diperlukan, ia hanya akan dibuat selepas menerima kelulusan terlebih dahulu daripada peguam Syarikat, terhad kepada kebiasaan dan jumlah nominal serta hanya akan dibuat untuk memudahkan pelaksanaan tindakan ini secara wajar. Keputusan seseorang pegawai sama ada untuk memberikan perniagaan kepada Syarikat tidak boleh sekali-kali dianggap “tindakan rutin kerajaan” bagi tujuan ini.

Bayaran pemudahan dan penyegeraan akan dicatat sebagai belanja perniagaan dalam buku dan rekod Syarikat. Semua bayaran jenis ini yang dibuat oleh pekerja semasa dalam perjalanan Syarikat mesti dicatat dan dilabelkan dengan betul dalam penyata belanja mereka. Pekerja hendaklah amat berwaspada apabila membuat bayaran sedemikian. Sekiranya bayaran jenis ini belum diluluskan sebelum ini, kelulusan terlebih dahulu diperlukan daripada peguam Syarikat.

Apa-apa pertanyaan tentang kesahan sebarang hadiah atau bayaran yang dipertimbangkan kepada pegawai atau wakil yang dilantik hendaklah ditujukan kepada Jabatan Undang-undang.

Soalan

Saya tahu salah seorang pelanggan kita mengeksport semula produk Eastman ke Korea Utara. Adakah ini satu masalah?

Jawapan

Ya. Undang-undang Amerika Syarikat melarang syarikat-syarikat A.S. dan syarikat-syarikat subsidiarinya mengeksport ke sesetengah negara yang disenaraikan. Korea Utara tergolong dalam senarai tersebut pada masa ini. Sebarang urusan yang dicadangkan (termasuk urusan tidak langsung melalui pihak ketiga) dengan negara atau entiti yang tertakluk kepada sekatan atau embargo Amerika Syarikat dilarang tanpa kajian semula terlebih dahulu oleh Jabatan Undang-undang untuk menentukan sama ada perlakuan yang dicadangkan itu dibenarkan di bawah undang-undang Amerika Syarikat.

Page 23: Eastman Chemical Company - Code of Business Conduct (Malay) · • keselamatan pekerja atau orang lain dalam risiko. Dadah—Pemilikan yang menyalahi undang-undang, penggunaan, penjualan,

www.eastman.ethicspoint.com 23

Kawalan Eksport—Produk dan Teknologi

Kebanyakan kerajaan mempunyai undang-undang dan peraturan yang mengawal pengeksportan produk dan data teknikal dari sebuah negara ke negara yang lain. Dasar Eastman adalah untuk mematuhi semua peraturan eksport yang berkaitan di seluruh dunia.

Tindakan pengeksportan data teknikal termasuk: mendedahkan maklumat teknikal kepada pekerja salah sebuah syarikat subsidiari kita di luar Amerika Syarikat; mendedahkan maklumat teknikal kepada orang yang bukan warganegara Amerika Syarikat, termasuk pekerja atau perunding Eastman yang tidak memiliki kad hijau; dan memberikan maklumat kepada syarikat atau individu yang bukan syarikat atau individu Amerika Syarikat. Oleh itu, sebarang pendedahan yang melibatkan bukan orang atau entiti Amerika Syarikat mestilah dikaji semula sebelum didedahkan.

Undang-undang dan peraturan eksport sentiasa berubah. Bagi pertanyaan berkenaan dengan pengeksportan produk atau data teknikal yang dicadangkan, kaji semula hal tersebut dengan wakil pematuhan eksport organisasi, Pengurus Perdagangan Antarabangsa Eastman atau Jabatan Undang-undang.

Sekatan, Embargo dan Antikeganasan

Dasar Syarikat melarang penggunaan aset atau kakitangan Syarikat untuk membiayai atau membantu kumpulan atau aktiviti pengganas. Selain itu, syarikat-syarikat A.S. dan juga syarikat-syarikat subsidiari asing mereka tertakluk kepada undang-undang Amerika Syarikat berkaitan dengan sekatan dan embargo. Undang-undang ini juga melarang urus niaga dengan pengganas dan pedagang haram narkotik serta pengimportan daripada orang asing tentuan yang menggalakkan pertambahan pesat senjata pemusnahan besar-besaran. Sebarang urusan yang dicadangkan (termasuk urusan tidak langsung melalui pihak ketiga) dengan negara atau entiti yang tertakluk kepada sekatan atau embargo Amerika Syarikat dilarang tanpa kajian semula terlebih dahulu oleh Jabatan Undang-undang untuk menentukan sama ada perlakuan yang dicadangkan itu dibenarkan di bawah undang-undang Amerika Syarikat.

Antiboikot

Eastman tidak akan menyertai atau menyokong pemboikotan ekonomi yang tidak dibenarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat. Di bawah undang-undang antiboikot, kita tidak boleh melakukan perkara seperti:

• enggan menjalankan perniagaan dengan negara yang diboikot secara menyalahi undang-undang • memberikan atau bersetuju untuk memberikan maklumat tentang hubungan perniagaan dengan

negara yang diboikot secara menyalahi undang-undang • membayar, menghormati, mengeluarkan, mengesah atau merundingkan surat kredit yang

memerlukan Eastman menyertai pemboikotan yang menyalahi undang-undang

Permintaan berkaitan dengan pemboikotan sering diterima secara lisan atau dalam bentuk bida kontrak, pesanan belian, pengesahan insurans, surat kredit, dokumen pengiriman atau perundingan usaha sama atau perikatan. Sebarang permintaan untuk menyertai atau menyokong pemboikotan ekonomi yang menyalahi undang-undang mesti dilaporkan kepada kerajaan. Kegagalan berbuat demikian merupakan pelanggaran undang-undang Amerika Syarikat. Undang-undang ini dikenakan terhadap operasi Eastman di dalam dan di luar Amerika Syarikat. Sebarang permintaan pemboikotan hendaklah ditujukan kepada Jabatan Undang-undang.

Page 24: Eastman Chemical Company - Code of Business Conduct (Malay) · • keselamatan pekerja atau orang lain dalam risiko. Dadah—Pemilikan yang menyalahi undang-undang, penggunaan, penjualan,

www.eastman.ethicspoint.com 24

Aktiviti Politik

Penyertaan dalam proses politik adalah hak asas. Walau bagaimanapun, penting untuk membuat perbezaan antara aktiviti politik individu dengan korporat demi memastikan pematuhan kepada undang-undang dan peraturan yang berkaitan.

Aktiviti Politik Individu

Eastman menggalakkan penyertaan peribadi dalam aktiviti sedemikian dengan cara yang selaras dengan undang-undang yang berkaitan dan dasar Syarikat. Tiada seorang pun pekerja akan dibayar balik bagi sebarang sumbangan politik tanpa kelulusan khusus terlebih dahulu daripada Jabatan Perhubungan Kerajaan Eastman dan Jabatan Undang-undang.

Pekerja yang mempertimbangkan bertanding untuk jawatan awam patut mengetahui dasar personel Syarikat yang berkaitan dan membincangkan hal ini dengan penyelia mereka atau Wakil Sumber Manusia. Untuk mencegah konflik kepentingan dan memastikan pematuhan kepada undang-undang yang berkaitan, nama, maklumat, harta, waktu atau sumber lain Eastman tidak harus sekali-kali digunakan bagi aktiviti politik yang tidak ditaja khususnya oleh Syarikat atau diluluskan oleh Jabatan Perhubungan Kerajaan Eastman.

Aktiviti Politik Korporat

Sebarang sumbangan oleh Syarikat kepada parti politik di mana-mana negara mestilah dibuat menurut undang-undang tempatan. Untuk memastikan pematuhan kepada undang-undang sumbangan, tiada sebarang jenis sumbangan politik, sama ada secara langsung atau tidak langsung, akan dibuat oleh Syarikat atau bagi pihaknya tanpa kebenaran yang nyata daripada Jabatan Perhubungan Kerajaan Eastman dan Jabatan Undang-undang.

Soalan

Sebagai pekerja sepenuh masa Eastman, bolehkah saya bertanding untuk jawatan awam?

Jawapan

Anda mesti mengetahui dasar personel Eastman yang berkaitan dan membincangkannya dengan penyelia anda atau Wakil Sumber Manusia sebelum membuat keputusan itu.

Page 25: Eastman Chemical Company - Code of Business Conduct (Malay) · • keselamatan pekerja atau orang lain dalam risiko. Dadah—Pemilikan yang menyalahi undang-undang, penggunaan, penjualan,

www.eastman.ethicspoint.com 25

Kesihatan, Keselamatan, Alam Sekitar & Sekuriti (HSES)

Prinsip Panduan Asas HSES Eastman menyatakan bahawa Eastman akan menjalankan perniagaannya di seluruh dunia dengan cara yang selaras dengan amalan kesihatan, keselamatan, alam sekitar dan sekuriti yang sihat, undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta prinsip Responsible Care®.

Pelbagai undang-undang mengawal selia aktiviti individu atau syarikat yang mungkin mempengaruhi kesihatan dan keselamatan manusia atau menjejaskan alam sekitar. Setiap pekerja perlu mempunyai pengetahuan secukupnya tentang undang-undang HSES, peraturan dan dasar Syarikat yang berkaitan dengan bidang tanggungjawabnya dan mengetahui sumber yang boleh didapati di dalam Syarikat untuk membantu memenuhi pematuhan. Pelanggaran undang-undang dan peraturan yang berkaitan boleh mengakibatkan hukuman terhadap Syarikat atau pekerja yang melanggar undang-undang tersebut. Kegagalan untuk mematuhi dasar HSES Syarikat boleh menjejaskan reputasi Syarikat yang telah lama wujud bagi kecemerlangan alam sekitar.

Responsible Care® ialah inisiatif industri bahan kimia global yang dibangunkan sebagai respons kepada kebimbangan orang ramai tentang pengilangan dan penggunaan bahan kimia. Melalui Responsible Care®, syarikat-syarikat yang merupakan ahli, termasuk Eastman, komited untuk menyokong usaha berterusan bagi memperbaik pengurusan bertanggungjawab industri terhadap bahan kimia. Eastman memastikan pematuhan kepada Responsible Care® melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Penjagaan Bertanggungjawab dan berpegang teguh pada Dasar HSES Korporat Eastman, yang merangkumi prinsip-prinsip Responsible Care® dalam Prinsip, Elemen Penting, Jangkaan dan Garis Panduannya.

Untuk maklumat tambahan berkenaan dengan amalan dan undang-undang kesihatan, keselamatan, alam sekitar dan sekuriti yang berkaitan dengan operasi perniagaan Eastman, sila pergi ke laman SharePoint Keselamatan & Sekuriti.

Page 26: Eastman Chemical Company - Code of Business Conduct (Malay) · • keselamatan pekerja atau orang lain dalam risiko. Dadah—Pemilikan yang menyalahi undang-undang, penggunaan, penjualan,

www.eastman.ethicspoint.com 26

Sumber

Laman Intranet Pejabat Perlakuan Perniagaan Global

Syarikat menyediakan laman intranet etika dan pematuhan yang mengandungi maklumat tambahan tentang Tata ini, dasar dan garis panduan, latihan serta hal-hal etika dan pematuhan lain.

Dasar, Prosedur Pengendalian Standard dan Garis Panduan

Tatakelakuan Perniagaan tidak menangani semua perlakuan di tempat kerja. Syarikat menyediakan dasar, prosedur dan garis panduan tambahan yang dapat memberikan bimbingan selanjutnya tentang hal-hal dalam Tata ini atau menangani perlakuan yang tidak diliputi oleh Tata ini. Pekerja hendaklah membiasakan diri dengan semua dasar Korporat yang berkaitan dengan kerja mereka. Dasar, prosedur dan garis panduan Korporat boleh didapati dalam laman intranet.

Pejabat Perlakuan Perniagaan Global

Pejabat Perlakuan Perniagaan Global sentiasa bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan tentang Tata ini atau dasar pematuhan Syarikat atau membincangkan apa-apa kebimbangan anda tentang potensi pelanggaran Tata ini.

Untuk menghubungi Pejabat Perlakuan Perniagaan Global:

Telefon – 1.423.229.5552 E-mel – [email protected] Faks – 1.423.229.8643 Hantar surat kepada – Office of Global Business Conduct Eastman Chemical Company PO Box 431 Kingsport, TN 37662

Melaporkan Kebimbangan

Pelaporan bebas tol dari Amerika Syarikat dan Kanada: 1-800-455-5622

Pelaporan bebas tol dari lokasi antarabangsa: Dail kod akses AT&T seperti yang ditunjukkan, kemudian 800-455-5622

Argentina: 0-800-555-4288 atau 0-800-288-5288

Afrika Selatan:

0800-99-0123

Australia: 1-800-881-011 atau 1-800-551-155

Belanda: 0800-022-9111

Belgium: 0-800-100-10

Brazil: 0-800-890-0288 atau 0-800-888-8288

China: 108-888 atau 108-11

Denmark: 800-100-10

Estonia: 800-12001

Jepun: 00-539-111 (KDDI) 00-663-5111 (Softbank Telecom)

Jerman: 0-800-225-5288

Hong Kong: 800-96-1111 atau 800-93-2266

Hungary: 06-800-011-11

India: 000-117

Itali: 800-172-444

Korea Selatan:

00-729-11 atau 00-309-11

Malaysia: 1-800-80-0011

Mexico: 01-800-288-2872 atau 001-800-462-4240

Perancis: 0-800-99-0011

Poland: 00-800-111-1111

Rusia: 755-5042 (dari Moscow); 8^10-800-110-1011 atau 8^10-800-120-1011 (dari bandar lain)

Singapura: 800-011-1111 atau 800-001-0001

Sepanyol: 900-99-0011

Switzerlan: 0-800-89-0011

Taiwan: 00-801-102-880

Thailand: 1-800-0001-33 atau 001-999-111-11

Turki: 0811-288-0001

United Kingdom:

0-800-89-0011 atau 0-500-89-0011

Kod Akses AT&T berubah secara berkala. Untuk maklumat terkini tentang kod akses antarabangsa, rujuk laman web AT&T di www.att.com/traveler.

Page 27: Eastman Chemical Company - Code of Business Conduct (Malay) · • keselamatan pekerja atau orang lain dalam risiko. Dadah—Pemilikan yang menyalahi undang-undang, penggunaan, penjualan,

www.eastman.ethicspoint.com

Eastman Chemical Company berhak untuk meminda, mengubah atau menamatkan Tata ini pada bila-bila masa

dan atas sebarang sebab.