e waris mei 2015 pemahaman sk

19
SULIT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEREMBAN e-WARIS TAHUN 5 2015 BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN SK 011 MEI 50 minit Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 011 @ 2015 Hak Cipta PPD Seremban SULIT 0 1 1

Upload: zarina-zml

Post on 06-Nov-2015

55 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Soalan Peperiksaan

TRANSCRIPT

14

SULIT PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEREMBAN

e-WARIS TAHUN 5 2015

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN SK 011

0112MEI50 minit Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.2. Jawab semua soalan.3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas ini mengandungi 14 halaman bercetak

Soalan 1 hingga 23Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1____________ ditugaskan untuk merawat seorang pesakit yang mengalami masalah buah pinggang di Hospital Tuanku Jaafar.

AHaji Riduan

BInspektor Shafik

CDoktor Iman

DCikgu Abdullah

2 Satu ________________ terukir pada wajah Farhan setelah ayahnya berjanji untuk membawa mereka bercuti.

Atarikan

Bsenyuman

Cukiran

Dtangisan

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3Puan Salmi akan meletakkan beberapa __________ bunga mawar ke dalam pasu di ruang tamu pada setiap pagi.

Abentuk

Bhelai

Cjambak

Dkuntum

4 __________kah bilangan murid lelaki di dalam kelas 5 Pintar ? tanya Cikgu Sam kepada ketua kelas.

ABerapa

BMengapa

CDi mana

DBila

5Buah mangga yang dikait oleh ibu itu rasanya __________ kerana isinya masih muda.

Amanis

Bkelat

Cmasam

Dpayau

6Safiah __________ pergi ke Pulau Perhentian untuk bercuti bersama keluarganya pada tahun lepas.

Amasih

Bakan

Cbelum

Dpernah

7_________ buah kereta import milik Datuk Ramli yang berharga ratusan ribu ringgit itu telah menjadi bualan hangat dalam kalangan pekerja-pekerjanya.

AKedua-dua

BDua-dua

CBerdua-dua

DDua

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8Faizul dan rakan-rakannya mendirikan khemah di ___________ sungai semasa perkhemahan pengakap.

Asudut

Bsisi

Catas

Dtengah

9Puan Shanisah menggunakan ______________ untuk memerap beberapa ketul ayam di dapur bagi hidangan tengah hari.

Asayur-mayur

Brempah-ratus

Ctanah-tanih

Dlauk-pauk

10Suasana di pasar malam Ampangan itu ___________________ dengan suara para penjual dan para pembeli.

Ahuru-hara

Blintang-pukang

Chiruk-pikuk

Dkacau-bilau

11Hubungan Damia dan sepupunya Aqilah semakin akrab kerana mereka menuntut di sekolah yang sama.Pilih perkataan seerti bagi akrab.

Arenggang

Bbaik

Cerat

Dlonggar

12Nenek suka tidur di atas katil yang mempunyai tilam yang empuk.Pilih perkataan berlawan bagi empuk.

Akeras

Bpadat

Clembut

Dlembik

13Gejala _______________ dalam kalangan penguatkuasa perlu dibanteras dengan bersungguh-sungguh.

Amakan hati

Bmakan gaji

Cmakan garam

Dmakan suap

14Orang yang tamak selalunya akan kerugian seperti ____________________ .

Akumbang putus talinya

Bmurai tercabut ekor

Canjing dengan bayang-bayang

Dkatak di bawah tempurung

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15Puan Farah bertanya kepada anaknya siapa yang ________________ tong sampah itu.

Amembelek

Bmemeriksa

Cmembuang

Dmenyelongkar

16Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah memberitahu ______________ perjumpaan ahli-ahli PIBG akan diadakan pada hari Sabtu.

Auntuk

Bbahawa

Cyang

Djikalau

17Rumah ________________ terletak di tepi masjid itu ialah rumah ketua kampung.

Ayang

Buntuk

Cbahawa

Dhingga

18Mereka tidak lagi ________________ kata-kata Salmah kerana dia sering bercakap dusta.

Akepercayaan

Bdipercayakan

Cberpercayakan

Dmempercayai

19Lelaki gelandangan itu ___________penduduk di taman perumahan ini.

Abukan

Btidak

Cbenar

Dbetul

20_____________, saya yang nampak budak itu mengambil kasut sukan kamu.

ABetul

BAdalah

CTidak

DUsah

21________________ , anggunnya peragawati yang memperagakan busana itu!

AAduhai

BOh

CWah

DEh

22Kerjasama antara pihak pengurusan dengan ___________________ telah memudahkan pelaksanaan program COMBI di Taman Angsamas.

Aunit setempat

Bkomuniti setempat

Csektor setempat

Djabatan setempat

23Program Motivasi Jati Diri yang diadakan di dewan itu akan menjadi _________________untuk program yang akan diadakan seterusnya.

Apenambah aras

Bpetunjuk aras

Cpenanda aras

Dpenjana aras

Soalan 24

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.24Dahan pokok itu patah disambar petir senja semalam.

ASiapakah yang mematahkan dahan pokok itu ?

BMengapakah dahan pokok itu patah ?

CBagaimanakah pokok itu disambar petir ?

DDi manakah pokok itu disambar petir ?

Soalan 25 dan 26 berdasarkan gambar.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

25Warga emas itu telah dipimpin oleh Alifi ketika menyeberang jalan.

AAlifi telah dipimpin oleh warga emas itu ketika menyeberang jalan.

BAlifi telah memimpin warga emas itu ketika menyeberang jalan.

CWarga emas itu menyeberang jalan ketika Alifi pimpin.

DAlifi dan warga emas itu berpimpinan ketika menyeberang jalan.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

26Rumah itu telah dibeli oleh ayah setahun yang lalu.

AAyah telah membeli rumah itu setahun yang lalu.

BSetahun ayah membeli rumah itu.

CRumah itu membeli ayah setahun yang lalu.

DAyah yang telah membeli rumah itu.

Soalan 27

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

27I

Saiful memang otak keldai kerana segala masalah yang sukar dapat diselesaikannya dengan pantas.

II

Saiful memang otak udang kerana segala masalah yang sukar dapat diselesaikannya dengan pantas.

III Saiful memang otak geliga kerana segala masalah yang sukar dapat diselesaikannya dengan pantas.

IV Saiful memang otak cair kerana segala masalah yang sukar dapat diselesaikannya dengan pantas.

AI dan II

BI dan III

CII dan III

DIII dan IV

Soalan 28 dan 29

Pilih ayat tunggal yang betul.28IEmak dan Nana menyiram pokok dengan menggunakan air hujan yang ditadah.

II Kamil menggunakan e-mel untuk menghantar maklumat.

III Banyak pengunjung ke Pameran Buku Negeri Sembilan.

IV Aktiviti kitar semula menarik minat orang ramai.

AI dan II

BI dan III

CII dan IV

DIII dan IV

29IKita perlulah melindungi flora dan fauna.

II Amran membeli dua ekor ikan emas.

III Lim dan kawan-kawannya menyertai aktiviti berbasikal.

IV Alia menyertai Kempen Hari Alam Sekitar.

AI dan II

BI dan III

CII dan IV

DIII dan IV

Soalan 30

Pilih ayat majmuk yang betul.30IKamal menonton televisyen manakala ayahnya mendengar radio.

II Qistina dan Batrisya sedang membaca buku.

III Budak itu petah bercakap.

IV Mereka makan di kantin sekolah.

AI dan II

BI dan III

CII dan IV

DIII dan IV

Soalan 31 hingga 35

Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Fareeda binti Hatta, 1103, Jalan Kedidi 18, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.

20 Mac 2015. Ke hadapan ayahanda dan bonda yang dikasihi, semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.Ayahanda,Terlebih dahulu anakanda memohon maaf kerana lewat menghantar surat kepada ayahanda dan bonda. Ketika ini anakanda menumpang di rumah seorang rakan yang amat baik hati. Dia menerima anakanda dengan tangan terbuka. Pada mulanya anakanda tidak begitu berminat untuk bertugas di sini. Namun demikian, setelah seminggu mengajar, anakanda berasa seronok pula. Apatah lagi apabila melihat murid-murid anakanda begitu bersemangat untuk menimba ilmu pengetahuan. Sikap ramah jiran-jiran di sini juga menambat hati anakanda.Selain mendapat kerjasama yang baik, semangat mereka telah menyedarkan lagi anakanda. Sesungguhnya anakanda sedar bahawa orang seperti anakandalah yang perlu gigih berusaha untuk mendidik anak bangsa.Pada akhir bulan hadapan, anakanda akan berpindah ke rumah guru. Anakanda akan tinggal bersama dua orang guru lagi yang baru bertugas di sekolah anakanda mengajar. Seorang berasal dari negeri Melaka manakala seorang lagi dari negeri Sabah.Sampai di sini sahaja buat kali ini. Sambutlah salam anakanda untuk seisi keluarga di Kuala Kangsar.Sekian, terima kasih. Yang benar, Fareeda

31Tujuan Fareeda menulis surat itu adalah

Auntuk meminta maaf.

Bmemberitahu keadaan dirinya.

Cuntuk bertanya khabar keluarganya.

Duntuk memberitahu bahawa kini dia bertugas sebagai pendidik.

32Simpulan bahasa tangan terbuka dalam petikan bermaksud ...

Amurid-murid menerima Fareeda dengan rela hati.

BFareeda bersikap terbuka dengan orang-orang kampung.

Ckehadiran Fareeda diterima rakannya.

Dpenulis dengan senang hati menerima tawaran kawannya.

33Perkara berikut telah mempengaruhi minat penulis untuk terus mengajar di situ kecuali

Atetangga yang baik hati

Bkeazaman murid-murid di sekolah itu.

Csikap penduduk yang mesra.

Dmurid-murid suka kepada penampilannya.

34Bilakah Fareeda akan berpindah ke rumah guru?

APada akhir bulan Mac.

BPada awal bulan April.

CPada hujung bulan April.

DPada awal bulan Mei.

35Penulis berasal dari

ASabah

BMelaka

CNegeri Sembilan

DPerak

Soalan 36 hingga 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa sahaja, sekali pun di rumah. Di rumah, kebanyakan kemalangan berlaku di dapur. Punca kemalangan ini adalah disebabkan kecuaian penghuni rumah itu sendiri.

Kemalangan yang berlaku di dapur bukan saja mengakibatkan kecederaan yang kecil tetapi juga kehilangan nyawa dan harta benda. Bagi mengelakkan kemalangan tersebut, ikutilah langkah-langkah keselamatan yang berikut.

Janganlah meletakkan barang-barang yang besar dan berat di tempat yang tinggi. Sebaliknya, letakkanlah barang-barang tersebut di tempat yang rendah. Hal ini demikian adalah untuk mengelakkan barang-barang tersebut daripada terjatuh dan menghempap penghuni rumah.

Menjaga kebersihan lantai dapur menggunakan cecair pencuci adalah amalan yang baik. Namun demikian, pastikan lantai yang telah dicuci itu dilap hingga benar-benar kering. Jika tidak, kemalangan boleh berlaku seperti terjatuh, terseliuh atau tergeliat akibat tergelincir di atas lantai yang licin itu.

Sesudah memasak, pastikan pili gas pada dapur gas dan tangki gas ditutup. Dengan berbuat demikian, kemungkinan berlakunya letupan disebabkan gas yang terbebas keluar dapat dielakkan. Dalam masa yang sama, pastikan percikan minyak ke atas lantai ketika memasak dibersihkan dan dilap. Kesan minyak ini boleh menyebabkan seseorang terjatuh.

Sebenarnya ada beberapa lagi langkah keselamatan yang harus diamalkan oleh penghuni rumah. Kesemuanya dapat dilakukan dengan mudah. Oleh itu, beringat-ingat dan berpeganglah kepada langkah-langkah keselamatan yang dicadangkan. Janganlah berbuat acuh tak acuh atau mengambil mudah sahaja. Keselamatan terjaga, keluarga bahagia.

36Apakah punca berlakunya kemalangan di rumah ?

AKedegilan penghuninya

BKetegasan penghuninya

CKecuaian penghuninya

DKetangkasan penghuninya

37Untuk mengelakkan tergelincir di atas lantai yang basah, kita mestilah

Amengeringkan lantai itu.

Bmenyental lantai itu.

Cmenyabun lantai itu.

Dmembasuh lantai itu.

38Kemalangan di rumah boleh mengakibatkan perkara yang berikut kecuali

Akehilangan nyawa.

Bkecederaan.

Ckemusnahan harta benda.

Dkeletihan tuan rumah.

39Perkataan tergeliat dalam petikan membawa maksud

Asalah tulang.

Bsalah urat.

Csalah rangka.

Dsalah sendi.

40Pada pendapat kamu, apakah tajuk yang paling sesuai untuk petikan di atas?

ACara-cara Menjaga Kebersihan di Rumah

BCara-cara Menjaga Keselamatan di Rumah

CCara-cara Mengelakkan Kemalangan di Rumah

DCara-cara Merawat Kecederaan Ringan di Rumah

KERTAS SOALAN TAMAT011 @ 2015 Hak Cipta PPD SerembanSULIT