e-proceeding of the 6th international conference on … (disem… · bantuan berupa racun merumpai,...

15
E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017). (E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized By https://Worldconferences.Net Page 199 ANALISIS FAKTOR PENGELUARAN BAGI SEKTOR PEKEBUN KECIL GETAH DI MALAYSIA Norlee Ramli , Fathin Faizah Said, Oswatun Samat, Khairi Ismail Faculty of Economics and Management,Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected], [email protected], [email protected], [email protected] ABSTRAK Pengeluaran getah asli di Malaysia dimonopoli oleh sektor pekebun kecil di mana ianya menyumbang sebanyak 94.6% daripada jumlah pengeluaran getah asli Negara. Industri getah merupakan salah satu komoditi utama yang menyumbang kepada pendapatan negara dengan 2.6% daripada jumlah keseluruhan eksport yang bernilai melebihi 20 billion ringgit setahun. Berdasarkan kepentingannya kepada ekonomi negara, kajian ini menyelidik beberapa input utama yang memberi kesan kepada pengeluaran getah dalam sektor pekebun kecil getah di semua negeri di seluruh Malaysia. 3 jenis input utama iaitu penggunaan buruh, keluasan tanah dan kepatuhan amalan agronomi dikaji secara mendalam dengan melihat kesan penggunaannya terhadap jumlah pengeluaran. Berdasarkan teori fungsi pengeluaran, aplikasi analisis regresi berganda (OLS) digunakan untuk menguji hubungan setiap jenis input kepada hasil pengeluaran di mana data Tinjauan Lembaga Getah pada tahun 2014 oleh Lembaga Getah Malaysia digunapakai. Analisis kajian mendapati 96% hasil pengeluaran getah adalah diterangkan oleh pembolehubah tak bersandar yang terdiri daripada buruh, keluasan kebun, merumpai dan membaja di mana keluasan tanah dan pematuhan amalan agronomi memberikan kesan positif terhadap hasil pengeluaran getah manakala penggunaan buruh yang tidak cekap memberikan kesan negatif terhadap hasil pengeluaran getah. Kata Kunci : Pekebun Kecil Getah, Analisis Regressi Berganda(OLS), Fungi Pengeluaran, Amalan Agronomi --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Pengenalan Getah asli merupakan salah satu komoditi utama yang menyumbang kepada pendapatan negara. Bermula pada tahun 1870an penanaman pokok getah secara besar-besaran meliputi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Sektor pekebun kecil merupakan sektor utama dalam industri getah yang menghasilkan 94.6% daripada pengeluaran getah asli negara. Sektor ini turut menyumbang sebanyak 2.6% daripada jumlah eksport iaitu melebihi 20 billion ringgit. Sektor pekebun kecil memainkan peranan penting sebagai pengeluar getah asli terbesar di Malaysia. Sesebuah kebun kecil getah ditakrifkan sebagai semua kawasan, bersambungan atau berpecah-pecah, dengan keluasan kurang daripada 40.47 hektar (100 ekar), ditanam dengan sesuatu tanaman atau di mana penanaman tanaman tersebut dibenarkan dan di bawah satu hak milik yang sah (Lembaga Getah Malaysia).

Upload: others

Post on 27-Dec-2019

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON … (Disem… · bantuan berupa racun merumpai, baja, alat kutipan hasil, ... Jadual 1 di bawah menunjukkan perubahan penggunaan

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL

CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).

(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 199

ANALISIS FAKTOR PENGELUARAN BAGI SEKTOR PEKEBUN KECIL GETAH DI

MALAYSIA

Norlee Ramli, Fathin Faizah Said, Oswatun Samat, Khairi Ismail

Faculty of Economics and Management,Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected], [email protected], [email protected],

[email protected]

ABSTRAK

Pengeluaran getah asli di Malaysia dimonopoli oleh sektor pekebun kecil di mana ianya menyumbang

sebanyak 94.6% daripada jumlah pengeluaran getah asli Negara. Industri getah merupakan salah satu

komoditi utama yang menyumbang kepada pendapatan negara dengan 2.6% daripada jumlah

keseluruhan eksport yang bernilai melebihi 20 billion ringgit setahun. Berdasarkan kepentingannya

kepada ekonomi negara, kajian ini menyelidik beberapa input utama yang memberi kesan kepada

pengeluaran getah dalam sektor pekebun kecil getah di semua negeri di seluruh Malaysia. 3 jenis input

utama iaitu penggunaan buruh, keluasan tanah dan kepatuhan amalan agronomi dikaji secara

mendalam dengan melihat kesan penggunaannya terhadap jumlah pengeluaran. Berdasarkan teori

fungsi pengeluaran, aplikasi analisis regresi berganda (OLS) digunakan untuk menguji hubungan

setiap jenis input kepada hasil pengeluaran di mana data Tinjauan Lembaga Getah pada tahun 2014

oleh Lembaga Getah Malaysia digunapakai. Analisis kajian mendapati 96% hasil pengeluaran getah

adalah diterangkan oleh pembolehubah tak bersandar yang terdiri daripada buruh, keluasan kebun,

merumpai dan membaja di mana keluasan tanah dan pematuhan amalan agronomi memberikan kesan

positif terhadap hasil pengeluaran getah manakala penggunaan buruh yang tidak cekap memberikan

kesan negatif terhadap hasil pengeluaran getah.

Kata Kunci : Pekebun Kecil Getah, Analisis Regressi Berganda(OLS), Fungi Pengeluaran, Amalan

Agronomi

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengenalan

Getah asli merupakan salah satu komoditi utama yang menyumbang kepada pendapatan negara.

Bermula pada tahun 1870an penanaman pokok getah secara besar-besaran meliputi negeri-negeri di

Semenanjung Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Sektor pekebun kecil merupakan sektor utama

dalam industri getah yang menghasilkan 94.6% daripada pengeluaran getah asli negara. Sektor ini turut

menyumbang sebanyak 2.6% daripada jumlah eksport iaitu melebihi 20 billion ringgit. Sektor pekebun

kecil memainkan peranan penting sebagai pengeluar getah asli terbesar di Malaysia. Sesebuah kebun

kecil getah ditakrifkan sebagai semua kawasan, bersambungan atau berpecah-pecah, dengan keluasan

kurang daripada 40.47 hektar (100 ekar), ditanam dengan sesuatu tanaman atau di mana penanaman

tanaman tersebut dibenarkan dan di bawah satu hak milik yang sah (Lembaga Getah Malaysia).

Page 2: E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON … (Disem… · bantuan berupa racun merumpai, baja, alat kutipan hasil, ... Jadual 1 di bawah menunjukkan perubahan penggunaan

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL

CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).

(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 200

Pemilikan kawasan penanaman tersebut adalah dibenarkan samada kepada pengusaha individu atau di

bawah rancangan agensi kerajaan. Lazimnya kebun kecil getah yang dimiliki pengusaha individu tidak

tersusun dari segi kaedah pengurusan dan pengoperasian. Manakala kebun kecil getah yang tersusun

merupakan kawasan penanaman di bawah rancangan agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Tanah

Persekutuan (FELDA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA),

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Negara (FELCRA), Rancangan Tanah Kerajaan

Persekutuan, dan Rancangan Tanah Kerajaan Negeri (Jabatan Perangkaan Malaysia 2010). Agensi-

agensi pelaksana seperti FELDA, FELCRA, Mini Estet RISDA, TSK (Tanam Semula Komersil, LIGS

serta perbadanan kemajuan negeri turut menyokong pekebun perseorangan dengan menyalurkan

bantuan berupa racun merumpai, baja, alat kutipan hasil, peralatan pertanian dan lain-lain bagi

memastikan kelangsungan sektor ini pada masa akan datang.

Sejak penanaman getah diperkenalkan, jumlah kawasan penanaman pokok getah pekebun kecil adalah

lebih luas berbanding sektor estet. Pada tahun 2014, terdapat 342,180 buah kebun getah di seluruh

Malaysia, meliputi kawasan seluas 946,553 hektar. Manakala mengikut laporan perangkaan getah

tahunan bagi tahun 2010 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat 185 buah estet di Malaysia dengan

jumlah keluasan merangkumi 49,740 hektar. Kedua-dua sektor getah ini telah menunjukkan tren

penurunan yang ketara bagi jumlah keseluruhan kawasan penanaman getah di seluruh Negara.

Rajah 1 di bawah menunjukkan jumlah keluasan dalam hekta bagi kebun getah muda dan kebun getah

dewasa bagi setiap negeri. Getah muda merupakan definasi bagi pokok getah bermula dari yang baru

ditanam sehingga pokok getah yang sudah boleh dibuka toreh tetapi belum dibuka toreh. Bagi getah

dewasa pula majoriti pokok getah telah dibuka toreh sehingga kerja-kerja penorehan sedang dijalankan

di panel BI-1. (termasuk yang telah berhenti ditoreh tetapi berhenti pada panel berkenaan). Kawasan

bagi kebun getah dewasa meliputi 218,221 hektar manakala keluasan bagi kebun getah muda pula

adalah sebanyak 120,286.37 hektar. Kelantan merupakan negeri di Semanjung yang memiliki jumlah

luas kawasan kebun getah terbesar iaitu 54,116 hektar manakala Sabah bagi negeri di Malaysia Timur

seluas 57,075 hektar.

Page 3: E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON … (Disem… · bantuan berupa racun merumpai, baja, alat kutipan hasil, ... Jadual 1 di bawah menunjukkan perubahan penggunaan

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL

CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).

(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 201

Rajah 1: Luas kawasan kebun getah muda dan kebun getah dewasa di setiap negeri

Antara cabaran utama yang dihadapi oleh sektor ini ialah berlakunya perpindahan guna tanah untuk

tujuan selain daripada penanaman pokok getah. Pada tahun 2010, dilaporkan telah berlaku pengurangan

kawasan penanaman pokok getah sebanyak 26.04% menjadikan jumlah keluasan sebanyak 0.97 juta

hektar berbanding 1.31 juta hektar pada tahun 2000 (Rafain 2012). Jadual 1 di bawah menunjukkan

perubahan penggunaan tanah bagi tujuan pertanian pada tahun 1987-2012 (dari Jamal Othman 2014).

Jadual 1: Perbezaan keluasan tanah bagi jenis tanaman berlainan pada 1987 dan 2012

Jenis tanaman

1987 2012

Luas kawasan Peratusan

penggunaan tanah

pertanian (%)

Luas kawasan Peratusan

penggunaan tanah

pertanian (%)

Getah 1881.3 29.4 1041.5 13.2

Kelapa sawit 1640.2 25.7 5076.9 64.5

Kelapa 320.6 5 112 1.4

Koko 370 5.8 21.7 0.28

Padi 644.8 10.1 684.5 8.7

Sumber: Jabatan Statistik Malaysia, 1985 – 2012 (Jamal Othman 2014)

0.00

10,000.00

20,000.00

30,000.00

40,000.00

50,000.00

60,000.00

He

kta

Jumlah Luas Kawasan Getah Setiap Negeri

Muda

Dewasa

Jumlah

Page 4: E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON … (Disem… · bantuan berupa racun merumpai, baja, alat kutipan hasil, ... Jadual 1 di bawah menunjukkan perubahan penggunaan

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL

CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).

(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 202

Sektor ini turut menghadapi isu kecekapan dalam pengeluaran. Ini disebabkan kekangan dari segi

keluasan setiap kebun yang kecil, iaitu kurang dari 2 hektar setiap satu (LGM) menyebabkan

penyerapan pengetahuan dan penggunaan teknologi di kalangan pekebun adalah perlahan. Sektor ini

juga menghadapi isu kekurangan tenaga kerja yang merupakan salah satu input utama sebagai faktor

pengeluaran. Pada tahun 1999 jumlah pekerja dalam sektor ini adalah sebanyak 35,299 orang tetapi

bilangan ini telah jatuh sebanyak 70.4 peratus menjadikan jumlah pekerja sebanyak 10,450 orang pada

tahun 2009. Antara faktor penyebab kepada pengurangan jumlah pekerja ialah peralihan tenaga kerja

kepada sektor kelapa sawit (Jamal Othman 2014).

Tren Pengeluaran

Sektor pekebun kecil merupakan sektor utama dalam industri getah negara. Pada tahun 2011, sektor ini

menghasilkan 94.6% daripada pengeluaran getah asli negara, bersamaan dengan 0.99 juta tan. Jumlah

keluasan penanaman pokok getah adalah sebanyak 958,000.58 hektar, meliputi 93.7% kawasan

penanaman di seluruh negara (Laporan LGM 2014). Perbandingan jumlah pengeluaran di antara sektor

ini dengan penanaman estet dapat dilihat dalam Rajah 2 yang menunjukkan perbezaan besar dari hasil

pengeluaran. Berbanding estet, hasil pengeluaran sektor pekebun kecil tidak konsisten disebabkan oleh

kecenderungan untuk turun menoreh di kalangan pekebun yang ditentukan oleh perubahan harga getah

(Rafain 2012).

Penawaran insentif, program dan bantuan pertanian dari agensi pelaksana seperti FELDA, FELCRA,

Mini Estet RISDA, TSK (Tanam Semula Komersil, LIGS serta perbadanan kemajuan negeri

membuktikan kepentingan sektor ini kepada pembangunan ekonomi Malaysia (Bissonnette 2017).

Page 5: E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON … (Disem… · bantuan berupa racun merumpai, baja, alat kutipan hasil, ... Jadual 1 di bawah menunjukkan perubahan penggunaan

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL

CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).

(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 203

Rajah 2: Jumlah pengeluaran getah asli bagi sektor pekebun kecil dan sektor estet.

Walaupun sektor ini merupakan pengeluar terbesar getah asli, namun tren pengeluaran menunjukkan

penghasilan getah yang menurun. Rajah 3 menggambarkan tingkat pengeluaran getah sektor ini pada

tahun 2004 hingga 2014.

Rajah 3: Pengeluaran getah oleh sektor pekebun kecil dari 2004 hingga 2014

Punca utama berlakunya penurunan dalam pengeluaran getah adalah disebabkan oleh pengurangan

jumlah kawasan penanaman getah itu sendiri di mana tanaman getah ditukarkan kepada tanaman yang

lain. Kuantiti dan kualiti pengeluaran susu getah bergantung kepada kesesuaian klon (Rabiah, Mohd.

Fairuz Fazli & Kamarozaman 2015), jenis tanah (Zahidin, Noordin & Zulkefly 2017) dan keadaan muka

bumi (Ismail 1984). Agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan RISDA

membekalkan klon-klon yang bersesuaian kepada pekebun bagi mengoptimumkan hasil pengeluaran.

Tetapi produktiviti yang ditunjukkan dalam sektor ini jauh berbeza daripada potensi produktiviti

sebenar klon-klon getah yang telah disyorkan (Zulkefly et al. 2010).

Selain daripada itu, terdapat juga faktor lain seperti kawasan kebun dewasa yang tidak bertoreh yang

menjejaskan produktiviti pengeluaran getah asli di Malaysia. Kaji selidik yang dilakukan mendapati

kebun getah dewasa bertoreh merangkumi 62% dari keseluruhan kebun dan 36% merupakan kebun

dewasa muda manakala terdapat juga 2% yang terdiri dari kebun dewasa tidak bertoreh. Negeri Kedah

dan Sabah pula memiliki kawasan penanaman getah mudah yang lebih luas daripada kawasan

penanaman getah dewasa iaitu masing-masing merangkumi 53% dan 54% daripada jumlah keseluruhan

kawasan peneneman getah. Rajah 4 di bawah menunjukkan jumlah keluasan kebun dewasa di setiap

negeri yang tidak ditoreh iaitu meliputi kawasan seluas 6,958.30 hekta di mana majoriti kebun yang

tidak bertoreh ini, iaitu sebanyak 4,094 kebun (75%) didapati di negeri Sarawak yang melibatkan

keluasan 5,410.89 hekta.

2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 20140

200

400

600

800

1000

1200

1400

('000 metrik tan)

Page 6: E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON … (Disem… · bantuan berupa racun merumpai, baja, alat kutipan hasil, ... Jadual 1 di bawah menunjukkan perubahan penggunaan

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL

CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).

(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 204

Rajah 4: Keluasan bagi kebun getah dewasa yang tidak bertoreh di setiap negeri

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keadaan kebun dewasa yang tidak bertoreh dan memberi

kesan kepada jumlah pengeluaran getah seperti:

i. Tiada tenaga kerja di sesetengah kebun menyebabkan kebun dibiarkan tidak bertoreh

ii. Kedudukan kebun yang berada jauh dari kediaman pekebun kecil menyebabkan masalah

kenderaan.

iii. Sesetengah pekebun kecil mempunyai pekerjaan utama yang lain.

iv. Terdapat beberapa masalah seperti kebun-kebun yang sudah tidak produktif, pokok getah

yang sudah tua, keadaan kulit pokok getah yang telah rosak dan tidak boleh lagi ditoreh,

banyak pokok getah yang mati, pokok getah yang diserang pelbagai penyakit dan terbiar

tanpa dirawat.

v. Segelintir daripada pengusaha kebun yang sudah tua, uzur atau sakit dan tidak lagi mampu

untuk mengusaha atau mengendali kebun getah mereka.

vi. Pokok-pokok getah yang sudah tua dan tidak lagi mampu mengeluarkan susu getah perlu

ditebang dan penanaman semula anak pokok getah perlu dilakukan. Oleh itu terdapat

beberapa kebun getah yang sedang dalam perancangan untuk penanaman semula pokok

getah baru.

Selain daripada keluasan kawasan penanaman, kecekapan buruh dalam sektor pekebun kecil juga

memainkan peranan yang penting dalam memastikan tingkat pengeluaran yang tinggi. Terdapat

seramai 36,627 orang pekerja upahan telah di upahkan untuk bekerja di kebun-kebun getah di mana

sebanyak 89% merupakan pekerja tempatan dan 10% terdiri dari orang asing yang merupakan warga

Indonesia, Bangladesh, India, Kemboja, Thailand, Burma, Myanmar, Nepal dan Cina. Rajah 5 di

bawah menunjukkan bilangan buruh yang terdiri daripada buruh tempatan dan buruh asing yang bekerja

di sektor pekebun kecil getah bagi setiap negeri.

0

50

100

150

200

250

300

350

400

450

500

51.28

107.53

346.78

13.56

95.4

51.0888.74

102.47

192.09

3.42 7.11

487.95

5410.89

Luas Kebun Getah Dewasa Tak Bertoreh (Hekta)

Page 7: E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON … (Disem… · bantuan berupa racun merumpai, baja, alat kutipan hasil, ... Jadual 1 di bawah menunjukkan perubahan penggunaan

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL

CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).

(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 205

Rajah 5: Jumlah buruh tempatan dan buruh asing di setiap negeri.

Terdapat beberapa faktor lain yang turut mempengaruhi pengeluaran getah bagi sektor pekebun kecil

terutamanya amalan agronomi seperti membaja dan merumpai. Didapati 41% kebun membaja

mengikut syor dan 15% kebun membaja tidak ikut syor. Terdapat 42% kebun yang tidak pernah dibaja

bagi satu tahun kebelakang di mana negeri Sabah dan Sarawak mempunyai bilangan kebun yang banyak

sekali dalam kategori ini, iaitu 15,061 dan 21,653 kebun masing-masing. Rajah 6 menunjukkan jumlah

pekebun kecil yang membaja mengikut cara yang disyorkan, tidak mengikut cara yang disyorkan dan

tidak pernah membaja kebun yang diusahakan.

Rajah 6: Pembajaan yang mengikut syor, tidak mengikut syor dan tidak pernah membaja.

0

1000

2000

3000

4000

5000

6000

7000

8000

9000

Asing

Tempatan

0

10,000

20,000

30,000

40,000

50,000

60,000

70,000

80,000

B

i

l

a

n

g

a

n

K

e

b

u

n

BIS= Baja Ikut Syor, BTIS= Baja Tak Ikut Syor, TPM= Tak Pernah Membaja

BIS

BTIS

TPM

Page 8: E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON … (Disem… · bantuan berupa racun merumpai, baja, alat kutipan hasil, ... Jadual 1 di bawah menunjukkan perubahan penggunaan

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL

CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).

(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 206

Begitu juga dengan amalan kawalan rumpai yang terbahagi kepada 3 kaedah. Rajah 7 di bawah

menunjukkan bilangan kebun yang menggunakan kaedah kawalan rumpai secara Kimia dan Manual

iaitu sebanyak 43%, diikuti dengan Manual sahaja (37%) dan Kimia sahaja (18%).

Rajah 7: Kawalan rumpai dengan kaedah Kimia dan Manual, Kimia sahaja dan Manual sahaja

Manakala Rajah 8 pula menunjukkan kekerapan merumpai yang dilaksanakan oleh pekebun kecil getah

di mana sebanyak 46% kebun dirumpai sebanyak 2 kali, 30% kebun dirumpai sebanyak 3 kali dan lebih,

dan 21% sekali sahaja dalam setahun.

0

10,000

20,000

30,000

40,000

50,000

60,000

70,000

Joh

or

Me

laka

N.S

em

bila

n

Sela

ngo

r

Pah

ang

Tere

ngg

anu

Ke

lan

tan

Pe

rak

Ke

dah

Pe

rlis

P P

inan

g

Sab

ah

Sara

wak

Jum

lah

B

i

l

a

n

g

a

n

K

e

b

u

n

Kimia&Manual

Kimia

Manual

0

2,000

4,000

6,000

8,000

10,000

12,000

14,000

16,000

18,000

Bila

nga

n K

eb

un

Kekerapan Meracun

1 Kali

2 Kali

3 Kali&Lebih

Page 9: E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON … (Disem… · bantuan berupa racun merumpai, baja, alat kutipan hasil, ... Jadual 1 di bawah menunjukkan perubahan penggunaan

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL

CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).

(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 207

Rajah 8: Kekerapan meracun dalam setahun bagi setiap negeri

Analisis Kajian

Kajian ini bertujuan menganalisis beberapa input utama yang memberi kesan kepada pengeluaran getah

dalam sektor pekebun kecil getah di semua negeri di seluruh Malaysia. 3 jenis input utama iaitu

penggunaan buruh, keluasan tanah dan kepatuhan amalan agronomi dikaji secara mendalam dengan

melihat kesan penggunaannya terhadap jumlah pengeluaran getah. Kajian ini menggunakan data

Tinjauan Lembaga Getah yang dibuat pada tahun 2014 yang diperoleh daripada Lembaga Getah

Malaysia. Berdasarkan teori pengeluaran, kecekapan penggunaan input pengeluaran dianalisis bagi

membandingkan penggunaannya dengan hasil pengeluaran. Analisis regrasi berganda (OLS) telah

digunakan untuk menguji hubungan setiap jenis input kepada hasil pengeluaran. Bilangan buruh,

produktiviti tanah dan dua amalan agronomi iaitu membaja dan merumpai diuji bagi melihat kesannya

kepada pengeluaran getah di seluruh Malaysia.

Teori Pengeluaran

Proses pengeluaran melibatkan penggunaan input atau faktor pengeluaran kepada output. Lazimnya

input terbahagi kepada tiga kategori iaitu modal, buruh dan bahan mentah. Input modal terdiri dari

tanah, bangunan dan peralatan, input buruh adalah perkhidmatan berasaskan sumber manusia, dan input

bahan mentah adalah seperti penggunaan bahan utama dalam proses pengeluaran. Proses pengeluaran

dirumuskan sebagai suatu fungsi pengeluaran untuk menggambarkan jumlah input yang digunakan bagi

menghasilkan kuantiti output yang maksimum. Fungsi pengeluaran asas bagi dua input asas; buruh dan

modal adalah seperti berikut:

q = f (L,K).

di mana q ialah jumlah unit output yang terhasil menggunakan L unit input buruh dan K unit input

modal. Ahli ekonomi kemudiannya memperluaskan penggunaan setiap fungsi pengeluaran dengan

menambah input lain selain buruh dan modal. Hamermesh (1984) menerangkan, dengan menggunakan

sejumlah faktor pengeluaran tertentu (Xt) telah memperoleh fungsi pengeluaran umum untuk sesebuah

industri seperti berikut:

Q = f(X1,…,Xn), dengan f’ > 0 dan f” < 0.

Fungsi pengeluaran tersebut juga boleh diaplikasi dalam industri pertanian dengan kombinasi

penggunaan input modal, pekerja, dan faktor-faktor lain yang digunakan seperti bahan kimia, baja dan

sebagainya (Rosine 1974) dinyatakan dalam bentuk persamaan seperti di bawah:

Q = F (A,L,K,C)

Dengan

Q = Hasil pengeluaran

A = tanah,

L = buruh,

Page 10: E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON … (Disem… · bantuan berupa racun merumpai, baja, alat kutipan hasil, ... Jadual 1 di bawah menunjukkan perubahan penggunaan

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL

CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).

(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 208

K = input operasi (bahan kimia, baja, minyak dsb.), dan

C = modal kapital (mesin, bangunan dsb.).

Kajian ini mengaplikasi fungsi pengeluaran Rosine (1974) dengan mengambilkira amalan agronomi

iaitu merumpai dan membaja sebagai input operasi dalam proses pengeluaran. Memandangkan

pemilikan dalam sektor pekebun kecil adalah hak individu maka ia tidak diambilkira sebagai input

pengeluaran.

Input pengeluaran dalam sektor pekebun kecil adalah sama tetapi tingkat produktiviti penggunaan input

yang membezakan hasil pengeluaran. Pengiraan produktiviti bagi setiap input dinilai berdasarkan

pengukuran seperti berikut:

Kecekapan buruh dinilai berdasarkan jumlah buruh yang terlibat dalam proses memotong,

memproses dan menjual getah, samada dalam bentuk lateks atau keping berbanding jumlah

pengeluaran;

Kecekapan penggunaan tanah dinilai mengikut keluasan tanah (hektar) dan dibandingkan

dengan jumlah pengeluaran;

Teknologi dinilai berdasarkan amalan agronomi yang terdiri dari aktiviti membaja dan

merumpai mengikut saranan agensi; dan

Jumlah pengeluaran ialah jumlah keseluruhan kutipan dan jualan getah, dalam bentuk lateks

atau keping. Jumlah pengeluaran dinilai berdasarkan jumlah berat (kilogram)

Amalan Merumpai

Rumpai ialah tumbuhan yang tidak dikehendaki yang tumbuh di kawasan kebun dan menjejaskan

pertumbuhan pokok getah. Lazimnya rumpai bersaing untuk mendapatkan cahaya, zat, air dan nutrien

di kawasan pertumbuhan pokok getah. Rumpai yang tidak dikawal boleh membantutkan tumbesaran

pokok getah serta melambatkan pokok getah mencapai kematangan. Pekebun lazimnya merumpai bagi

memudahkan kerja membaja dan mengawal serangan penyakit pokok getah.

Kekerapan merumpai bergantung kepada umur pokok getah. Semasa pokok berumur 0-4 tahun,

pekebun perlu merumpai 3-4 kali setahun. Apabila pokok mencecah umur 5-7, pekebun perlu merumpai

sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Kebun getah yang mencapai umur 8 tahun ke atas hanya perlu

dirumpai sekurang-kurangnya sekali setahun (Ramli 2012). Kebun yang diselanggara dengan baik

menghasilkan pokok getah yang sihat dan besar, yang menjamin hasil pengeluaran lateks. Hubungan

kekerapan merumpai dengan tingkat pengeluaran digambarkan di dalam Rajah 2. Kepentingan

merumpai terbukti memberi kesan kepada hasil pengeluaran.

Page 11: E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON … (Disem… · bantuan berupa racun merumpai, baja, alat kutipan hasil, ... Jadual 1 di bawah menunjukkan perubahan penggunaan

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL

CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).

(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 209

Amalan Membaja

Pertumbuhan pokok getah boleh dikategorikan kepada dua iaitu pokok muda dan pokok dewasa. Kedua-

dua kategori ini bergantung kepada jenis baja dan jadual pembajaan yang berbeza. Pokok muda

misalnya perlu dibaja 13 kali sehingga mencapai umur dewasa dan boleh ditoreh (Mohd. Fauzi 2014).

Pokok dewasa pula perlu dibaja setahun sekali sepanjang hayatnya kecuali 3 tahun sebelum ditebang

untuk penanaman semula (Wan Noordin 1991). Pembajaan merupakan elemen penting bagi

memastikan sumber nutrien yang betul dan mencukupi bagi tumbesaran pokok getah (Said 2005).

Pembajaan yang sempurna dapat meningkatkan pengeluaran susu getah, merangsang pemulihan kulit

baru selepas ditoreh, menguatkan sistem pertahanan daripada serangan penyakit daun, dan

mempercepatkan kanopi di antara pokok agar menghasilkan naungan yang mengurangkan pertumbuhan

rumpai. Kekurangan baja membantutkan pertumbuhan pokok, seterusnya menjejaskan kuantiti susu

getah. Penggunaan baja yang berlebihan pula menggalakkan pertumbuhan dahan-dahan pokok yang

berpotensi untuk patah seterusnya merosakkan keadaan pokok.

Kajian-kajian lepas telah membuktikan kepentingan aktiviti pembajaan kepada kualiti pokok dan susu

getah (lihat Wan Noordin 1991). Namun kajian yang menguji aktiviti pembajaan kepada hasil

pengeluaran getah masih kurang dijalankan terutama dalam sektor pekebun kecil di Malaysia. Kajian-

kajian lepas lebih terarah kepada aspek teknikal dan saintifik seperti menguji keberkesanan kaedah

pembajaan kepada kesesuaian jenis tanah dan klon (Zahidin, Noordin & Zulkefly 2017), kepadatan

kebun getah (Shima, & Kheong 2008) atau tumbesaran pokok getah (Salisu, Daud & Ahmad 2013).

Amalan Agronomi

Amalan agronomi yang baik merangkumi sistem pengurusan kebun yang mengikuti saranan-saranan

pertanian yang diberikan oleh agensi kerajaan untuk mengurangkan risiko dan meningkatkan hasil

pengeluaran pertanian. Amalan agronomi yang baik bergantung kepada setiap pekebun bagi

memastikan persekitaran kebun bersih dari tumbuhan yang merosakkan pokok getah. Pekebun yang

mengamalkan penjagaan kebun mampu mencapai tingkat produktiviti sehingga 2,000/hektar setahun

(Zainuddin 2014).

Pengawalan rumpai dan pembajaan merupakan amalan berterusan yang mesti dilakukan oleh pekebun

sepanjang tempoh penanaman dan penorehan. Kedua-dua amalan tersebut perlu dilakukan pada tempoh

masa yang sama bagi memastikan impak yang optimum. Sebelum membaja misalnya pekebun perlu

meracun dan membersihkan persekitaran kebun. Kawasan di sekitar pokok perlu dibersihkan daripada

semak dan rumpai bagi memastikan baja yang ditabur diserap oleh pokok (LGM 2010).

Keputusan Kajian dan Perbincangan

Jadual 2 di bawah adalah merupakan keputusan kajian yang diperolehi daripada model yang

dianggarkan menggunakan analisis regresi berganda di mana pembolehubah bersandar adalah

merupakan jumlah pengeluaran getah dan pembolehubah tak bersandar yang terdiri daripada amalan

membaja, meracun rumpai, keluasan kebun getah dan jumlah buruh yang terlibat dengan sektor

pekebun kecil getah.

Page 12: E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON … (Disem… · bantuan berupa racun merumpai, baja, alat kutipan hasil, ... Jadual 1 di bawah menunjukkan perubahan penggunaan

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL

CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).

(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 210

Jadual 2: Keputusan analisis regresi berganda

ANOVAa

Model Sum of Squares df Mean Square F Sig.

1 Regression 1603914139.049 4 400978534.762 26.891 .000b

Residual 119291489.178 8 14911436.147

Total 1723205628.227 12

a. Dependent Variable: Jumlah_pengeluaran

b. Predictors: (Constant), Membaja, Merumpai, Luas_kebun, Buruh

Coefficientsa

Model

Unstandardized Coefficients

Standardized

Coefficients

t Sig. B Std. Error Beta

1 (Constant) -1341.909 2542.062 -.528 .612

Buruh -3.573 1.123 -.792 -3.181 .013

Luas_kebun .001 .000 1.579 6.985 .000

Mrumpai -1240.226 3011.641 -.039 -.412 .691

Membaja 2052.127 2765.438 .089 .742 .479

a. Dependent Variable: Jumlah_pengeluaran

Daripada Jadual 2 di atas, hasil analisis regresi berganda telah menunjukkan;

i) R2 = 0.96 menunjukkan 96% perubahan (variasi) dalam pembolehubah bersandar (hasil

pengeluaran) diterangkan oleh pembolehubah bebas seperti buruh, luas kebun, merumpai

dan membaja.

ii) B1= -3.573 adalah bermaksud penurunan 1 orang buruh akan meningkatkan pengeluaran

sebanyak 3.573 kg dengan andaian faktor lain adalah tetap (iaitu sigfikan).

iii) B2 = 0.001 menunjukkan peningkatan 1 hektar tanah akan meningkatkan hasil pengeluaran

sebanyak 0.001 kg dan ianya adalah signfikan.

iv) B3 = -1240 bermakna wujudnya perbezaan hasil pengeluaran sebanyak 1240kg antara

amalan merumpai dengan tidak merumpai.

v) B4 = 2052 menunjukkan wujudnya perbezaan sebanyak 2052kg hasil pengeluaran antara

amalan membaja mengikut standard yang disyorkan dengan yang tidak mengikut standard

yang telah ditetapkan. Hasil yang lebih banyak diperolehi sekiranya amalan membaja

dilakukan mengikut standard yang telah disyorkan.

Cadangan dan Saranan

Page 13: E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON … (Disem… · bantuan berupa racun merumpai, baja, alat kutipan hasil, ... Jadual 1 di bawah menunjukkan perubahan penggunaan

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL

CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).

(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 211

i) Bagi mengatasi masalah buruh dan menambah hasil pengeluaran, penggunaan teknologi

penorehan terkini dan amalan pertanian yang baik perlu dipertingkatkan. Teknologi penorehan

terkini dapat menjimatkan tenaga buruh manakala amalan pertanian yang lebih mesra alam

kepada penoreh dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti susu getah yang diperolehi. Usaha

pemindahan teknologi secara terus kepada pekebun kecil melalui aktiviti penyelidikan dan

pembangunan (R&D), projek- projek khas, aktiviti promosi dan khidmat nasihat dan kajirunding

perlu dipertingkatkan oleh agensi-agensi pelaksana.

ii) Mini estet diwujudkan hasil dari gabungan kebun-kebun kecil merupakan satu langkah yang

cekap bagi meningkatkan produktiviti pekebun- pekebun kecil di mana agensi-agensi kerajaan

dapat memantau perkembangan tanaman pokok getah berada pada tahap kualiti yang tinggi

dengan memastikan benih getah yang tahan penyakit, mengeluarkan susu getah yang banyak,

amalan agronomi yang mengikut piawaian yang ditetapkan serta pemindahan teknologi yang

lebih cekap dan berkesan.

iii) Mencipta peluang pendidikan kepada keluarga pekebun kecil memandangkan pendidikan

merupakan salah satu elemen penting dalam peningkatan taraf sosio-ekonomi pekebun kecil

getah. Usaha yang telah dilakukan oleh RISDA merupakan contoh terbaik di mana Kolej RISDA

telah melahirkan ramai anak-anak pekebun kecil yang berpendidikan tinggi yang mana

pengukuhan asas ekonomi dapat memastikan kelangsungan industri getah agar terus maju dan

membangun secara mampan diperingkat antarabangsa.

iv) Peningkatan dalam kemajuan teknologi melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D)

perlu dipergiatkan oleh agensi-agensi yang terlibat seperti Lembaga Getah Malaysia, FELDA,

FELCRA, LIGS dan Jabatan Pertanian bagi membantu menyelesaikan banyak pemasalahan di

peringkat huluan dan hiliran industri getah dan seterusnya dapat meningkatkan hasil pengeluaran

dan pendapatan getah Negara.

Kesimpulan

Kajian ini munggunakan aplikasi analisis regrasi berganda (OLS) untuk menguji hubungan setiap jenis

input kepada hasil pengeluaran di mana berdasarkan teori pengeluaran, kecekapan penggunaan input

pengeluaran iaitu bilangan buruh, produktiviti tanah dan dua amalan agronomi iaitu membaja dan

merumpai dianalisis bagi membandingkan kesan dan penggunaannya dengan hasil pengeluaran getah

di seluruh Malaysia. Analisis dilakukan menggunakan data Tinjauan Lembaga Getah yang dibuat pada

tahun 2014 oleh Lembaga Getah Malaysia. Hasil analisis menunjukkan 96% hasil pengeluaran getah

adalah diterangkan oleh pembolehubah tak bersandar yang terdiri daripada buruh, keluasan kebun,

merumpai dan membaja. Keputusan regresi juga mendapati peningkatan 1 hektar tanah akan membawa

kepada peningkatan hasil pengeluaran sebanyak 0.001 kg manakala terdapatnya perbezaan hasil

pengeluaran sebanyak 1240kg antara amalan merumpai dengan tidak merumpai. Hasil yang lebih

banyak diperolehi sekiranya amalan membaja dilakukan mengikut standard yang telah disyorkan di

mana wujudnya perbezaan sebanyak 2052kg hasil pengeluaran antara amalan membaja mengikut

standard yang disyorkan dengan yang tidak mengikut standard yang telah ditetapkan.

Page 14: E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON … (Disem… · bantuan berupa racun merumpai, baja, alat kutipan hasil, ... Jadual 1 di bawah menunjukkan perubahan penggunaan

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL

CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).

(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 212

Secara keseluruhannya dapatan kajian ini mendapati keluasan kawasan penanaman dan amalan

agronomi memberi kesan terhadap hasil pengeluaran tetapi tidak bagi input buruh. Kajian ini

mencadangkan supaya kemahiran dan kualiti di kalangan pekebun kecil getah perlu diper

tingkatkan agar ianya memberi kesan positif terhadap hasil pengeluaran getah negara.

Rujukan

Hamermesh, D. S. 1986. The demand for labor in the long run. Handbook of Labor Economics,.

doi:10.1016/S1573-4463(86)01011-8

Ismail, A. Y. 1984. Pemilihan Klon Mengikut Enviromaks. Getah Asli, 2, 11–13.

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2010. Perangkaan Getah Tahunan. ISSN 1823-0938.

LGM. 2010. Pembajaan Tanaman Getah Dewasa. Lembaga Getah Malaysia.

Mohd. Fauzi, M. Y. 2014. Pembajaan Pokok Getah. Sains & Teknologi, Lembaga Getah Malaysia.

Othman, J. & Jafari, Y. 2014. Selected issues in the Malaysian agricultural sector. Jurnal Ekonomi

Malaysia, 48(2), 127–136.

Perangkaan Getah Tahunan Malaysia 2010. 2010. Jabatan Perangkaan Malaysia.

Perangkaan Tanaman Getah Malaysia. 2014. Jabatan Perangkaan Malaysia.

doi:10.1017/CBO9781107415324.004

Rabiah, M. Y., Mohd. Fairuz Fazli, M. I. & Kamarozaman, I. 2015. Kajian Perbandingan Keluaran

Hasil (GTT) Klon RRIM 2014, RRIM 2015, RRIM 2024 DAN RRIM 2025 di Ladang Hutan

Getah, Rriminis Lakai, Negeri Sembilan. Sains & Teknologi, Lembaga Getah Malaysia.

Rafain Ahuar, Z. D. & M. N. M. 2012. Membina Senario Masa Hadapan Industri Getah Malaysia :

Road Map dan Pemacu Utama Industri Building of the Future Scenario of Malaysian Rubber

Industry : Identifying the Road. Prosiding Perkem Vii, Jilid 1, 1, 27–43.

Ramli, O. 2012. Ke arah pengeluaran hasil tinggi melalui amalan pertanian baik. Lembaga Getah

Malaysia.

Rosine, J. & Helmberger, P. 1974. A Neoclassical Analysis of the U. S. Farm Sector, 1948-1970.

American Journal of Agricultural …, 56(4), 717–729. doi:10.2307/1239301

Said, M. A. M. 2005. Harvesting the yield targeted. Malaysian Rubber Board, Procedings.

Salisu, M., Daud, N. & Ahmad, I. 2013. Influence of fertilizer rates and soil series on growth

performance of natural rubber (Hevea brasiliensis) latex timber clones. Australian Journal of Crop

Science, 7(13), 1998–2004.

Shima, N. & Kheong, Y. F. 2008. A Study of Fertilizer Requirement for Rubber Forest. eminar

Perladangan Hutan Getah Kebangsaan, Kuala Lumpur, 13-14 Nov. 2008,. Lembaga Getah

Malaysia.

Page 15: E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON … (Disem… · bantuan berupa racun merumpai, baja, alat kutipan hasil, ... Jadual 1 di bawah menunjukkan perubahan penggunaan

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL

CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017

E-PROCEEDING OF THE 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON SOCIAL SCIENCES RESEARCH 2017 (ICSSR 2017).

(E-ISBN: 978-967-0792-23-1). 4th December 2017, Melia, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized By https://Worldconferences.Net Page 213

Wan Noordin, W. D. 1991. Khasiat membaja. Lembaga Getah Malaysia, 12–17.

Zahidin, R. M., Noordin, W. D. W. A. N. & Zulkefly, S. 2017. The effect of soil series and fertilizer

rates on the growth of RRIM 3001. Journal of Rubber Research, 20(1), 43–57.

Zainuddin, R. Transformasi Komuniti Orang Asli Melalui Amalan Pertanian yang Baik (GAP)

Tanaman Getah di Negeri Melaka. , Sains & Teknologi 47–51 (2014). Lembaga Getah Malaysia.

Zulkefly, S., Khairul Ashraf, A., Shima, N., Akbar, M., A, G. S. . & Ikhsan Mashuri. 2010. Ke Arah

Pengeluaran Hasil Tinggi Melalui Amalan Pertanian Baik dan Teknologi Penuaian Latek. Seminar

Pemindahan Teknologi Kebangsaan, Akademi Hevea Valaysia, Stesen Penyelidikan RRIM Sungai

Buloh, 12 October 2010.,.