e-buletin - buletin/2014_ebuletin_1.pdf · pdf file buletin p e j a b a t s e t i a u s a...

Click here to load reader

Post on 28-Dec-2019

4 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • Buletin P e j a b a t S e t i a u s a h a K e r a j a a n N e g e r i P u l a u P i n a n g Bil.1/2014

    e-

    Perspektif # Program Lawatan YB SUK # Pameran e-Kerajaan #

    www.penang.gov.my

    Menarik

  • KANDUNGAN

    TAKLIMAT KLASIFIKASI FAIL DAN REKOD 1

    PAMERAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG sempena Majlis Perasmian Pembukaan Jambatan Ke-dua Pulau Pinang

    2 - 4

    LAWATAN KERJA YB. SETIAUSAHA KERAJAAN ke Jabatan Taman Botani Negeri

    5 - 6

    PAMERAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG sempena Program Mobile Community Transformation Centre (CTC)

    7 - 9

    PROGRAM 56TH MERDEKA RIDE @Jambatan Kedua Pulau Pinang 10 - 11

    PROGRAM LAWATAN

    @ Kunjungan ke Sungai Kerian

    @ Kunjungan Menteri Besar Perlis

    @ Kunjungan Hormat CEO LHDN

    12

    13

    14

    MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTIJEN MAKSAK PULAU PINANG &INSENTIF ATLET MAKSAK PULAU PINANG

    15

    PERKONGSIAN ILMU My Working Experiences

    16 - 18

    www.penang.gov.my

    - PERKARA - - M/SURAT -

  • 1 PROGRAM

    PEMBUDAYAAN ILMU

    PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG eBuletin Bil.1/2014

    TAKLIMAT KLASIFIKASI FAIL DAN REKOD

    ada 21 Januari 2014, Bahagian Khidmat Pengurusan telah mengadakan satu taklimat berhubung dengan Klasifikasi Fail dan PRekod jabatan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

    Pulau Pinang. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk menerangkan sistem klasifikasi fail dan rekod baharu yang akan diguna pakai selaras dengan arahan daripada Jabatan Keselamatan dan Kawalan Rekod serta Jabatan Arkib Negera.

    esi taklimat ini disampaikan oleh Encik Mohd Sahrul Nizam bin Jaafar, Pegawai Rekod di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri SPulau Pinang. Dianggarkan seramai 120 peserta telah menghadiri

    sesi taklimat ini yang hampir kesemua peserta terdiri daripada wakil unit/bahagian yang terlibat secara langsung serta menguruskan fail dan rekod dipejabat masing-masing. Pihak urusetia juga memaklumkan bahawa sesi taklimat seperti ini akan setiasa diadakan dari semasa ke semasa bagi memastikan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang berada di landasan yang betul bagi menguruskan fail dan rekod dengan kemas serta teratur.

  • 2 PAMERAN KERAJAAN

    NEGERI PULAU PINANG

    erajaan Negeri Pulau Pinang pada 01 Mac 2014, telah dijemput untuk menyertai Karnival Pameran sempena Majlis Perasmian KPembukaan Jambatan Ke-2 Pulau Pinang. Pameran tersebut telah

    diadakan di Perkarangan Susur Keluar Jambatan Ke-2 Pulau Pinang, Batu Maung, Pulau Pinang dan diurusetiakan oleh Bahagian Komunikasi Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan untuk mengedalikan booth Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Antara Jabatan/Agensi Negeri yang terlibat secara langsung di dalam Booth Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah seperti:

    i) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang ii) Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang iii) Majlis Perbandaran Pulau Pinang iv) Majlis Perbandaran Seberang Perai v) Pejabat Tanah dan Galian vi) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

    PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG eBuletin Bil.1/2014

    PAMERAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG SEMPENA

    MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN JAMBATAN KE-DUA PULAU PINANG

  • PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG eBuletin Bil.1/2014

    3

    Booth Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerapkan dan mempromosikan pelbagai perkhidmatan serta kemudahan orang ramai secara atas talian (online). Antara produk serta perkhidmatan atas talian yang dipamerkan/disediakan adalah:

    i) Perkhidmatan e-Bayar - Perkhidmatan yang berhubung kait dengan kemudahan bayaran cukai tanah, bayaran cukai taksiran dan pelbagai lagi jenis pembayaran yang melibatkan urusan dengan Pihak Berkuasa Tempatan.

    ii) Perkhidmatan i-Sejahtera - Perkhidmatan yang melibatkan permohonan ibu tunggal, anak emas dan bantuan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada orang awam yang berkelayakan.

    iii) Permohonan Perumahan Kos Rendah dan Sederhana Rendah

    iv) Permohonan iBita (Bantuan memasuki IPTA)

    v) Pameran Rumah Mampu Milik oleh PDC Properties Sdn Bhd (anak Syarikat PDC)

    vi) Pameran Kesihatan (Denggi)

    PAMERAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

  • 4

    Program Karnival Pameran sempena Majlis Perasmian Pembukaan Jambatan Ke-2 Pulau Pinang yang bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam telah dirasmikan oleh TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang. TYT juga turut mengadakan lawatan ke booth Kerajaan Negeri bersama-sama Dif-dif kehormat selepas Perasmian Karnival Pameran disempurnakan. Sambutan serta penerimaan orang ramai mengunjungi Booth Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah menggalakkan dan dijangka seramai 150 orang telah mengunjungi booth Kerajaan Negeri untuk melihat produk/pameran yang disediakan.

    PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG eBuletin Bil.1/2014

    PAMERAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

  • PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG eBuletin Bil.1/2014

    ada 10 Mac 2014, YB. Dato' Farizan bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan lawatan kerja di Jabatan PTaman Botani Negeri Pulau Pinang. Tujuan lawatan kerja ini

    diadakan adalah untuk mendapatkan maklumbalas daripada pihak pengurusan Taman Botani dan kakitangan secara dua hala sambil melihat sendiri pengurusan Taman Botani keseluruhannya.

    YB. Setiausaha Kerajaan telah diberikan penerangan oleh Ketua Penolong Pengarah Jabatan Taman Botani, Puan Salasiah binti Yusop berhubung perjalanan pengurusan Taman Botani secara umumnya dan disusuli ucapan balas oleh YB. Dato' yang diadakan di Dewan Pejabat Taman Botani. Kehadiran pegawai dan kakitangan yang mengikuti perjumpaan berkenaan adalah seramai 60 orang yang mana telah berpeluang untuk meluahkan permasalahan yang dialami dan pendapat mereka secara terus kepada YB. Dato'.

    Di dalam program yang sama, YB. Dato' dibawa ke Taman Botani untuk melihat proses kerja yang telah dijalankan dan berpeluang menanam sejenis pokok iaitu Beccari's Laulu sebagai simbolik sempena lawatan kerja YB. Dato' ke Jabatan Taman Botani Pulau Pinang. Program lawatan diakhiri dengan YB Dato' dibawa mengelilingi Taman Botani menaiki Botanical Garden Train Bus dan dibawa ke Rumah Buluh serta rumah- rumah tanaman yang terdapat di dalam persekitaran Taman Botani. Lawatan berakhir jam 12.20 tengahari.

    LAWATAN KERJA YB. SETIAUSAHA KERAJAAN KE JABATAN TAMAN BOTANI NEGERI

    5 PROGRAM

    LAWATAN KERJA YB SUK

  • PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG eBuletin Bil.1/2014

    6 PROGRAM

    LAWATAN KERJA YB SUK

    LAWATAN KERJA YB. SETIAUSAHA KERAJAAN KE JABATAN TAMAN BOTANI NEGERI

    -GALERI-

  • Program Mobile Community Transformation Centre (CTC) anjuran Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (ICU) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) telah diadakan pada 15 Mac 2014 bertempat di Dataran Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dijemput untuk menyertai program tersebut dengan membuka satu booth pameran di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Antara Jabatan/Agensi Negeri yang terlibat secara langsung menyertai Booth Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah seperti:

    i) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang ii) Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang iii) Majlis Perbandaran Pulau Pinang iv) Pejabat Tanah dan Galian v) Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya vi) Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang

    PAMERAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG SEMPENA

    PROGRAM MOBILE COMMUNITY TRANSFORMATION CENTRE

    (CTC)

    7

    PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG eBuletin Bil.1/2014

    PAMERAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

  • 8

    Tujuan program anjuran ICU dan KKM ini diadakan adalah untuk memudahkan penduduk di Daerah Barat Daya berurusan dengan Sektor Kerajaan. Bagi Booth Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula, pelbagai jenis perkhidmatan secara atas talian (online) yang disediakan bagi kemudahan orang ramai dipromosikan. Antara perkhidmatan atas talian yang dipamerkan/disediakan di Booth Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah:

    i) Kaunter Perkhidmatan e-Bayar - Melibatkan urusan pembayaran cukai tanah, bayaran

    cukai taksiran dan pelbagai lagi jenis pembayaran yang melibatkan urusan dengan Pihak Berkuasa Tempatan serta Pejabat Daerah.

    ii) Perkhidmatan i-Sejahtera - Perkhidmatan yang melibatkan permohonan ibu

    tunggal, anak emas dan bantuan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada orang awam yang berkelayakan.

    iii) Permohonan Perumahan Kos Rendah dan Sederhana Rendah

    iv) Kaunter ePintas (Aduan secara atas talian)

    v) Pameran Rumah Mampu Milik oleh PDC Properties Sdn Bhd (anak Syarikat PDC) - Perkhidmatan melibatkan pembangunan di Daerah

    Barat Daya.

    vi) Pameran/perkhidmatan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam - Permohonan Kad Ahli Perpustakaan, penjualan

    buku-buku dan permainan bagi kanak-kanak.

    PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG eBuletin Bil.1/2014

    PAMERAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

  • Program Pameran Mobile CTC ini telah dirasmikan oleh YB. Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya jam 9.45 pagi . Beliau juga berkesempatan mengunjungi booth Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan melihat sendiri dengan lebih dekat produk online serta perkhidmatan lain yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Menurut penganjur (KMM), program yang sam