e-buku panduan istiadat konvokesyen ... masuk bagi sidang 1 untuk kebenaran masuk satu (1) orang...

12
E-BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN POLITEKNIK MERLIMAU KALI KE-16

Upload: vucong

Post on 15-Apr-2018

256 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: E-BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN ... masuk bagi SIDANG 1 untuk kebenaran masuk SATU (1) orang dewasa sahaja (ibu bapa atau penjaga). Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tidak dibenarkan

E-BUKU

PANDUAN

ISTIADAT

KONVOKESYEN

POLITEKNIK

MERLIMAU

KALI KE-16

Page 2: E-BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN ... masuk bagi SIDANG 1 untuk kebenaran masuk SATU (1) orang dewasa sahaja (ibu bapa atau penjaga). Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tidak dibenarkan

1. PENYERTAAN KONVOKESYEN PMM KALI KE-16.

1.1 Penyertaan graduan ke Istiadat Konvokesyen dan tuntutan Diploma hanya sah setelah

GRADUAN menyempurnakan perkara- perkara berikut:-

i. Menjelaskan bayaran penyertaan Istiadat Konvokesyen (Rujuk Perkara 2).

ii. Mendaftar maklumat bayaran di portal www.pmm.edu.my/konvokesyen untuk membolehkan graduan melaksanakan proses pendaftaran konvokesyen.

iii. Memuatnaik gambar resit bayaran di portal untuk tujuan perekodan. Graduan perlu melaksanakan proses ini untuk ke langkah seterusnya.

iv. Melaksanakan pendaftaran Alumni di portal secara atas talian tanpa perlu mencetak sebarang borang. Kegagalan melaksanakan proses ini akan menyebabkan proses seterusnya disekat.

v. Mengisi maklumat soal selidik Pengesanan Graduan. Bagi graduan bekerja, perlu mengklik kepada link yang tertera pada terus ke portal http ://graduan.moe.gov.my/v/ dan menjawab soal selidik pada portal tersebut dan memuatnaik Slip Pengesanan Graduan ke portal www.pmm.edu.my/konvokesyen untuk melaksanakan proses seterusnya.

vi. Bagi graduan tidak bekerja, perlu melengkapkan soal selidik di portal konvokesyen untuk membolehkan graduan melaksanakan proses yang seterusnya.

vii. Memilih status kehadiran pada portal :

a. Hadir

b. Tidak Hadir (Ambil Sendiri)

c. Tidak Hadir (Pos)

viii. Bagi graduan yang HADIR & AMBIL SENDIRI, cetak Borang Pra Pendaftaran Graduan dan bawa bersama untuk urusan pendaftaran , pinjaman jubah dan tuntutan Diploma.

ix. Bagi graduan POS, isikan butiran alamat terkini dan nombor telefon untuk dihubungi di portal. Unit Peperiksaan Politeknik Merlimau akan mengepos Diploma berdasarkan alamat yang diisi.

Nota :

Perkara di atas adalah WAJIB dilaksanakan bagi semua graduan yang hadir atau tidak hadir

ke Istiadat Konvokesyen. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan anda dihalang

menghadiri Istiadat konvokesyen atau pengeluaran transkrip akan ditahan.

1.2 Graduan yang hadir MESTI mengikuti sesi berikut :-

1.2.1 Pendaftaran Graduan

1.2.2 Raptai Konvokesyen

1.2.3 Istiadat Konvokesyen

Page 3: E-BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN ... masuk bagi SIDANG 1 untuk kebenaran masuk SATU (1) orang dewasa sahaja (ibu bapa atau penjaga). Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tidak dibenarkan

2. BAYARAN KONVOKESYEN KE- 16

2.1 Jumlah bayaran ialah :

HADIR

TIDAK HADIR

AMBIL SENDIRI

POS

RM 230.00 RM 100.00 RM 120.00

2.2 Pembayaran boleh dibuat melalui cawangan MAYBANK (Sila Gunakan Slip Pembayaran)

atas nama TABUNG KONVOKESYEN PMM nombor akaun “ 5540 5350 2490 “.

Nota :

Pembayaran melalui Cash Deposit Machine (CDM) atau ATM TIDAK DIBENARKAN.

Sekiranya membuat pembayaran menerusi Perbankan Internet, sila cetak sebagai bukti

bayaran.

2.3 Slip pembayaran Maybank

Rajah 1 : Slip Deposit Tunai Maybank

2.3.1 Salinan pertama : Simpanan Maybank

2.3.2 Salinan fotostat : Poskan kepada kepada

Jawatankuasa Pendaftaran Konvokesyen

2.3.3 Salinan kuning : Simpanan graduan

Nota : Salinan kuning perlu dibawa semasa Hari Pendaftaran

Page 4: E-BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN ... masuk bagi SIDANG 1 untuk kebenaran masuk SATU (1) orang dewasa sahaja (ibu bapa atau penjaga). Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tidak dibenarkan

2.4 Slip pembayaran menerusi perbankan internet, sila cetak DUA (2) salinan resit transaksi

tersebut untuk urusan pendaftaran.

Rajah 2 : Resit Bayaran Secara Online

2.4.1 Salinan pertama : Simpanan Graduan

2.4.2 Salinan 2 : Serahkan kepada Jawatankuasa Pendaftaran

Nota : Salinan 2 perlu dibawa semasa Hari Pendaftaran

2.5 Graduan yang masih berhutang atau belum menjelaskan saman,

boleh menyertai Istiadat Konvokesyen tetapi Diploma dan transkrip peperiksaan akan ditahan oleh Unit Peperiksaan PMM sehingga bayaran dijelaskan.

Page 5: E-BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN ... masuk bagi SIDANG 1 untuk kebenaran masuk SATU (1) orang dewasa sahaja (ibu bapa atau penjaga). Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tidak dibenarkan

3. PENDAFTARAN GRADUAN

3.1 Pendaftaran graduan dibuat sebelum acara raptai bermula.

3.2 Tanpa pendaftaran, graduan tidak dibenarkan menyertai Istiadat Konvokesyen.

3.3 Jadual Pendaftaran,Raptai dan Istiadat Konvokesyen

(Rujuk di portal www.pmm.edu.my/konvokesyen).

4. RAPTAI KONVOKESYEN

4.1 Raptai Istiadat Konvokesyen Kali Ke-16 adalah WAJIB dihadiri bagi memastikan kelancaran

dan protokol Istiadat Konvokesyen yang mesti dipatuhi oleh setiap graduan.

4.2 Raptai ini akan diadakan di Dewan Platinum, PMM selepas selesai proses pendaftaran

graduan. Rujuk aturcara Istiadat di Portal www.pmm.edu.my/konvokesyen

5. ISTIADAT KONVOKESYEN

5.1 Semua graduan dikehendaki mendaftar di Dataran Millenium dan berbaris mengikut program. Sila rujuk Portal www.pmm.edu.my/konvokesyen

5.2 Graduan dikehendaki hadir diri lebih awal atau selewat-lewatnya 30 minit sebelum waktu

yang telah ditetapkan bagi mengelakkan dari dihalang menyertai Istiadat Konvokesyen.

5.3 Semasa Istiadat berlangsung, graduan, ibu, bapa atau penjaga dikehendaki menghormati

Istiadat Konvokesyen dengan penuh adab dan mematuhi protokol.

5.4 Graduan dinasihatkan memahami KEHORMATAN JUBAH dan TIDAK DIBENARKAN

menyalahguna atau mencemarkan kehormatan jubah.

5.5 Graduan, ibu, bapa atau penjaga dilarang meninggalkan dewan sebelum, semasa atau

selesai Istiadat Konvokesyen.

5.6 Tempat duduk adalah terhad, sila tunjukkan “Pas Masuk Istiadat Konvokesyen”. Hanya

dibenarkan untuk DUA (2) orang dewasa sahaja.

5.7 Suhu dewan adalah sejuk, ibu, bapa atau penjaga digalakkan untuk berpakaian yang

bersesuaian dengan Istiadat RASMI.

Pakaian Lelaki : Baju batik / Kemeja berlengan panjang

Pakaian Wanita : Baju Kebangsaan / Pakaian sopan & tidak jarang

Page 6: E-BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN ... masuk bagi SIDANG 1 untuk kebenaran masuk SATU (1) orang dewasa sahaja (ibu bapa atau penjaga). Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tidak dibenarkan

6. SAHSIAH DAN RUPADIRI GRADUAN

6.1 Sahsiah Dan Rupadiri Semasa Pendaftaran Dan Acara Raptai

6.1.1 Semua graduan mesti berpakaian kemas dan menampilkan perwatakan menarik,

matang, sopan serta bersesuaian.

6.1.2 Graduan DILARANG TEGAS memakai seluar jenis “jeans”, selipar, capal dan ‘T-

shirt’ tanpa kolar semasa mendaftar

6.1.3 Graduan lelaki hendaklah berambut pendek dan graduan wanita Islam hendaklah menutup aurat (bertudung) atau bagi yang bukan beragama Islam, rambut disisir rapi, kemas dan tidak diwarnakan.

6.2 Etika Berpakaian Semasa Istiadat Konvokesyen

A. Graduan Lelaki

6.2.1 Graduan beragama Islam digalakkan berpakaian kebangsaan lengkap berwarna

hitam (songkok, baju, seluar, berbutang, sampin serta kasut kulit berwarna hitam)

atau,

6.2.2 Baju kemeja lengan panjang berwarna putih, berseluar ‘slack’ hitam / gelap dan

bertali leher. Pemakaian Blazer adalah diwajibkan.

6.2.3 Graduan kaum Sikh dibenarkan memakai ‘turban’. Hanya turban yang berwarna

hitam dibenarkan.

6.2.4 Graduan tidak dibenarkan memakai tali bow (bowtie).

6.2.5 Berambut pendek, kemas dan tidak diwarnakan.

Page 7: E-BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN ... masuk bagi SIDANG 1 untuk kebenaran masuk SATU (1) orang dewasa sahaja (ibu bapa atau penjaga). Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tidak dibenarkan

B. Graduan Wanita

6.2.6 Graduan Wanita dibenarkan memakai Baju Kurung atau Kebaya Labuh warna

bebas. Bagi graduan wanita beragama Islam hendaklah mengenakan tudung putih

yang telah disediakan. Pakaian perlulah bersesuaian dengan protokol Istiadat.

6.2.7 Bagi graduan bukan beragama Islam dibenarkan berpakaian sopan, tidak ketat,

tidak jarang, tidak berbelah dan tidak terdedah. Baju mestilah berlengan berwarna

putih dan sekiranya memakai skirt hendaklah labuh melepasi di bawah paras

lutut dan berwarna gelap/plain.

6.3 Kasut

6.3.1 Graduan hendaklah memakai kasut yang bersih dan bersesuaian (bahagian depan

kaki bertutup), sandal, capal atau kasut jenis sukan tidak dibenarkan sama sekali.

6.3.2 Penggunaan kasut kulit berwarna hitam atau gelap amat digalakkan.

7. URUSAN JUBAH

7.1 Peminjaman Jubah

7.1.1 Graduan hendaklah mengambil jubah pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

(Rujuk jadual pengambilan jubah). Proses pengambilan jubah dihentikan semasa sesi raptai berlangsung. Pengambilan lebih awal adalah tidak dibenarkan

7.1.2 Perlu mempamerkan Borang Pengesahan Pendaftaran Graduan yang telah

dicop di kaunter pendaftaran untuk urusan peminjaman jubah dan .

7.1.3 Jubah tidak akan diberi sekiranya, Borang Pengesahan Pendaftaran Graduan

tidak lengkap.

7.1.4 Graduan yang tidak dapat hadir semasa hari pengambilan jubah boleh mewakilkan orang lain dengan mengemukakan dokumen seperti di atas. (Rujuk Perkara 7.1.2)

7.1.5 Sila rujuk jadual di bawah untuk tindakan graduan.

Page 8: E-BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN ... masuk bagi SIDANG 1 untuk kebenaran masuk SATU (1) orang dewasa sahaja (ibu bapa atau penjaga). Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tidak dibenarkan

7.2 Pemulangan Jubah

7.2.1 Jubah hendaklah dipulangkan sebaik sahaja Istiadat Konvokesyen tamat.

7.2.2 Perlu mempamerkan Borang Pengesahan Pendaftaran Graduan untuk

dicop semasa pemulangan jubah.

7.2.3 Kegagalan memulangkan jubah akan menyebabkan Diploma dan

Transkrip Peperiksaan ditahan oleh Unit Peperiksaan.

7.2.4 Jubah yang hilang atau rosak akan dikenakan bayaran gantirugi sebanyak

RM250.00 setiap satu.

7.2.5 Sila rujuk JADUAL 1 di bawah untuk maklumat PENGAMBILAN JUBAH dan

JADUAL 2 untuk maklumat PEMULANGAN JUBAH.

JADUAL 1 : TARIKH, MASA DAN TEMPAT PENGAMBILAN JUBAH GRADUAN

JADUAL 2 : TARIKH, MASA DAN TEMPAT PEMULANGAN JUBAH GRADUAN

Tarikh Hari Masa Pengambilan Jubah Sidang

Graduan Tempat

3/3/2017 Jumaat 8.00 pagi – 12.00 tengah hari 1,2 Bilik Kuliah 5 & 6, Jabatan Perdagangan 4/3/2017 Sabtu 11.00 pagi – 6.00 petang 3,4

Tarikh Hari Masa Pemulangan

Jubah Sidang

Graduan

Tempat

4/3/2017

Sabtu

11.30 pagi – 6.00 petang

1 (JKE) Bilik Kuliah 1, JP

1 (JP) Bilik Kuliah 3, JP

2 (JKM) Bilik Kuliah 2, JP

2 (JKA) Bilik Kuliah 2, JP

5/3/2017

Ahad

11.30 pagi – 6.00 petang

3 (JPH: Dis 15) Bilik Kuliah 1, JP

3 (JPH: Jun 16) Bilik Kuliah 3, JP

4 (JKM) Bilik Kuliah 2, JP

4 (JKA) Bilik Kuliah 2, JP

Page 9: E-BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN ... masuk bagi SIDANG 1 untuk kebenaran masuk SATU (1) orang dewasa sahaja (ibu bapa atau penjaga). Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tidak dibenarkan

7.2.6 Jubah graduan yang dipulangkan sebaik tamat sidang penganugerahan, tiada bayaran dikenakan. Walau bagaimanapun, pemulangan yang dibuat mulai keesokkan hari dan hari-hari seterusnya, atau rosak, denda akan dikenakan adalah mengikut KADAR DENDA yang ditetapkan.

7.2.7 Senarai KADAR DENDA : • Kehilangan Jubah RM 200.00 • Kerosakan Jubah yang tidak boleh dibaiki RM 200.00 • Kerosakan Jubah yang boleh dibaiki RM 150.00 • Kerosakan Tudung dan lilitan songket RM 30.00 • Kerosakan/ Kehilangan Lilitan Songkok RM 20.00 • Keelewatan tempoh Pemulangan Jubah RM 20.00

8. PENGAMBILAN DIPLOMA DAN SIJIL

8.1 Graduan boleh mengambil Diploma dan Transkrip Peperiksaan di jabatan masing-masing

sebaik sahaja Istiadat Konvokesyen berakhir dan mengesahkan pemulangan jubah.

8.2 Graduan perlu mengemukakan Borang Pengesahan Pendaftaran Graduan di kaunter

serahan untuk melancarkan proses tuntutan.

8.3 Diploma & Transkrip Peperiksaan yang tidak dituntut akan disimpan oleh Unit

Peperiksaan PMM. Sebarang tuntutan selepas Istiadat Konvokesyen hendaklah dibuat di

UNIT PEPERIKSAAN PMM. Sila hubungi 06-263 6687.

9. PAS MASUK KENDERAAN

9.1 Hanya Satu Pas Masuk Kenderaan diberikan. Kenderaan yang mempamerkan Pas Masuk

sahaja dibenarkan memasuki kawasan meletak kenderaan di kawasan POLITEKNIK

MERLIMAU atau tempat khas yang disediakan.

9.2 Sila pamerkan pas masuk kenderaan pada cermin hadapan kenderaan masing-masing

semasa raptai dan Hari Istiadat Konvokesyen

10. TEMPAT LETAK KENDERAAN

10.1 Graduan, ibu bapa atau penjaga hendaklah meletakkan kenderaan di tempat letak

kenderaan yang telah disediakan atau diarahkan.

10.2 Sila patuhi arahan pegawai keselamatan yang bertugas bagi mengelak kesesakan lalulintas

Page 10: E-BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN ... masuk bagi SIDANG 1 untuk kebenaran masuk SATU (1) orang dewasa sahaja (ibu bapa atau penjaga). Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tidak dibenarkan

11. PAS MASUK ISTIADAT KONVOKESYEN

11.1 Disebabkan tempat yang terhad dan bilangan graduan yang ramai, hanya SATU (1) keping

pas masuk bagi SIDANG 1 untuk kebenaran masuk SATU (1) orang dewasa sahaja (ibu bapa

atau penjaga). Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk

11.2 DUA (2) keping pas masuk ke dewan diberikan kepada SIDANG 2, 3 DAN 4 untuk kebenaran

masuk bagi DUA (2) orang dewasa sahaja (ibu bapa atau penjaga). Kanak-kanak berumur

bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk.

11.3 Pihak PMM menyediakan ruangan untuk ahli keluarga menonton siaran secara langsung di

luar dewan.

11.4 Ibu bapa atau penjaga diminta supaya mengambil tempat duduk masing-masing sebelum

jam 7.30 pagi ATAU 1.30 petang pada hari Istiadat konvokesyen.

11.5 Pas masuk dewan mesti dibawa dan ditunjukkan kepada petugas. Pihak PMM memohon

maaf sekiranya terdapat ibu, bapa atau penjaga yang tidak dibenarkan masuk ke dalam

dewan kerana tempat adalah terhad.

11.6 Ibu, bapa atau penjaga perlu berpakaian kemas dan sopan bersesuaian dengan Istiadat

rasmi.

11.7 Mohon kerjasama ibu, bapa atau penjaga agar tidak meninggalkan dewan semasa Istiadat

Konvokesyen sedang berlangsung.

12. SESI BERGAMBAR (FOTOGRAFI)

12.1 Pihak PMM menyediakan perkhidmatan fotografi semasa Istiadat Konvokesyen

berlangsung.

12.2 PMM telah melantik Syarikat fotografi luar dan diberikan tanggungawab mengambil

gambar graduan semasa menerima Diploma dan urusan selanjutnya (penyerahan gambar)

adalah tanggungjawab syarikat berkenaan.

12.3 Semasa Istiadat Konvokesyen sedang berlangsung graduan dan tetamu dilarang

mengambil gambar di dalam dewan bagi memastikan kelancaran Istiadat.

Page 11: E-BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN ... masuk bagi SIDANG 1 untuk kebenaran masuk SATU (1) orang dewasa sahaja (ibu bapa atau penjaga). Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tidak dibenarkan

13. BARANG-BARANG PERSENDIRIAN

13.1 Pihak PMM tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan

barangan peribadi.

13.2 Graduan dan tetamu adalah diingatkan supaya tidak membawa masuk ke dalam dewan

seperti makanan, minuman atau barangan persendirian yang boleh mengganggu

perjalanan Istiadat Konvokesyen seperti beg, kamera, telefon bimbit, sebarang peranti

atau alatan elektronik dan sebagainya.

13.3 Sila matikan atau tukar kepada Mod Senyap (Silent Mode) sekiranya membawa masuk

alatan elektronik seperti telefon bimbit , “tablet” dan lain-lain.

14. KUASA POLITEKNIK MERLIMAU

14.1 Graduan yang tidak mematuhi syarat dan arahan yang telah ditetapkan terutama

tatacara berpakaian atau penampilan diri yang tidak bersesuaian dengan Istiadat adalah

dilarang atau ditahan daripada mengikuti Istiadat Konvokesyen.

14.2 Sebarang keputusan mengenai larangan yang telah dikeluarkan adalah muktamad.

14.3 Justeru itu pihak Politeknik Merlimau , memohon kerjasama semua graduan agar

mematuhi segala peraturan yang dinyatakan menerusi buku panduan ini dan menerima

teguran sekiranya diberi oleh mana-mana Pegawai.

15. PENGINAPAN

Penginapan di sepanjang konvokesyen adalah tanggungjawab graduan. Pihak Politeknik Merlimau

tidak menyediakan sebarang tempat penginapan.

Page 12: E-BUKU PANDUAN ISTIADAT KONVOKESYEN ... masuk bagi SIDANG 1 untuk kebenaran masuk SATU (1) orang dewasa sahaja (ibu bapa atau penjaga). Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tidak dibenarkan

16. HAL-HAL LAIN

Sila hubungi jika terdapat sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan urusan berikut:-

a. Jawatankuasa Pendaftaran Graduan

06-263 6687 Samb: 1181, 1183, 1185, 1186, 1187, 1189

[email protected]

b. Jawatankuasa Pengesanan Graduan

Cik Gwee Chiou Chin

06-263 6687 Samb: 4017

[email protected]

c. Jawatankuasa ALUMI PMM

En. Adib Ridhwan Bin Adenan

06-2636687 Samb : 1162

Sila rujuk halaman portal rasmi Politeknik Merlimau di www.pmm.edu.my/konvokesyen

jika terdapat sebarang perubahan atau makluman terkini.

“ TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA ”