dusun.docx

Upload: abuan81

Post on 02-Jun-2018

334 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 dusun.docx

    1/52

    Kebudayaan Kaum Kadazan Dusun

    1.0 Pengenalan

    Kaum Kadazandusun merupakan sebuah etnik peribumi yang menetapkan dipantai barat sabah dan kawasan pendalaman sekitarnya. Kaum kadazan-dusunsebenarnya dibentuk oleh dua kaum utama Sabah iaitu Kadazan dan Dusunnamun disebabkan persamaan bahasa, budaya dan situasi politik kaum Kadazandengan kaum Dusun satu istilah baru telah terbentuk untuk menyatukan kedua -duakaum ini iaitu Kadazan -Dusun. Kaum Kadazan -Dusun membentuk etnik terbesar diSabah.

    Terdapat pelbagai suku kaum di dalam kaum Kadazan-Dusun. KaumKadazandusun merupakan kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. MenurutPersatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Kadazandusun merujukkepada empat puluh satu etnik seperti berikut; Bisaya, Kuijau, Murut, Sungai, Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu, Liwan,Paitan, Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Gana, Lotud, Rumanau, Tindal,Garo, Lundayo, Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang, Sinobu, Tolinting, Kadayan,Malapi, Sinorupu, Tombonuo, Kimaragang, Mangkaak, Sonsogon, Tuhawon,Kolobuan Minokok, Sukang, Tutung.

    2.0 Kebudayaan

    2.1 Adat Resam kaum Kadazandusun

    2.1.1 Perkahwinan Dalam konteksi komunikasi, ibu bapa bertanggungjawab memilih bakal isteri

    anak lelakinya. Setelah peminangan diterima oleh pihak keluarga perempuan, majlisperkahwinan akan dilakukan pada masa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak danlazimnya dilakukan pada waktu malam di rumah pengantin perempuan. Pada malampertama si suami harus bermalam di rumah keluarga isterinya dan kemudiannyapasangan pengentin ini akan diarak ke rumah keluarga lelaki dan perempuan

    selama tiga kali berturut-turut. Sebelum pengantin dibenarkan masuk ke dalamrumah, pihak tuan rumah keluarga lelaki/perempuan menyanyi atau "SelakohanSinding" dan dibalas oleh rombongan. Selakohan sinding ini bertujuan menyambutkedatangan rombongan pengantin baru tetapi diluahkan dalam bentuk nyanyian.

    2.1.1.1 Merisik Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua

    pihak akan mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang

    diutamakan adalah tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tandapeminangan daripada pihak lelaki.

  • 8/10/2019 dusun.docx

    2/52

    Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukanterdiri daripada keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala urusan merisik dan jugapinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidakdibenarkan sama sekali. Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu bapaperempuan yang hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapa jika ibu bapaperempuan itu sudah tidak ada.

    Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan beradadalam proses risikan orang lain atau dia sedang dalam pertunangan. Kalauperempuan itu dalam pertunangan, risikan ifu dihentikan serta-merta. Kalauperempuan itu didapati sedang dalam proses risikan daripada lelaki lain, risikan itu

    ditangguhkan buat sementara, sehingga keputusan muktamad diperoleh daripadarisikan terdahulu itu.

    Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yangkemudian itu terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu bolehditeruskan. Risikan ini dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan adakalanyamemakan masa sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai berbulan-bulan. Inidisebabkan banyak perkara yang mesti diketahui dengan jelas oleh ibu bapaperempuan terhadap keluarga yang merisik anaknya. Antaranya ialah susunankeluarga, kemampuan, pekerjaan dan seumpamanya.

    2.1.1.2 Meminang

    http://2.bp.blogspot.com/-sbQW9oMqOz4/T1wivypLpSI/AAAAAAAAAFs/cps79RKaSHA/s1600/DSC_0246.JPG
  • 8/10/2019 dusun.docx

    3/52

  • 8/10/2019 dusun.docx

    4/52

    2.1.1.3 Bertunang

    Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakilpihak lelaki untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu jugacincin yang digunakan untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, waki lelakidiberitahu sama ada boleh bertunang dengan membayar sugit kepanasan mimpikerana mimpi buruk boleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpiburuk.

    Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihaklelaki dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarathantaran perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar ataulamanya pesta perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh

    diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuhhantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran inidibuat di depan pengadilan adat.

    http://3.bp.blogspot.com/-3P5I7u3P5dw/T1wi_S3h91I/AAAAAAAAAF0/MqrI14NfIzU/s1600/dusun1.jpg
  • 8/10/2019 dusun.docx

    5/52

    Hantaran kahwin biasanyaterdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untukmemperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat inidikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat danipada tembagaatau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari penrkahwinan.

    Alat untuk adat istiadat pula dinamakan tinokol iaitu terdiri daripada canang,gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu.Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babiatau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut.Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelumberlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan

    dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti.

    Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa padahari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminumberamai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan. Selain daripadaempat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapabarangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlishantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga

    berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak.

    http://3.bp.blogspot.com/-bdbcQz0Tj10/T1wjfX4aYOI/AAAAAAAAAF8/8WaxV_saprY/s1600/me+hubbydusun2+(1).jpg
  • 8/10/2019 dusun.docx

    6/52

    Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat,

    pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pulaadalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yangberkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari. Walaupunperkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan,mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepatmereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masaselama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepadabesar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.

    Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat.Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkukyang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantinlelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelumpasangan itu sah bersatu.

    2.1.1.4 Majlis Perkahwinan

    Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat

    untuk adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaranuntuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat

    http://2.bp.blogspot.com/-Vb3pqhyiItA/T1xb3DOYf2I/AAAAAAAAAH0/8mrpWsne_e4/s1600/kadazan_wedding.jpg
  • 8/10/2019 dusun.docx

    7/52

    pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri olehpengantin pada hari perkahwinan. Alat untuk adat istiadat pula dinamakan 'tinokol'iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjatorang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan.

    Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantungkepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihakperempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni keranabinatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantinperempuan nanti. Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mestidibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihingdiminum beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan.

    Selain daripada empat hantaranyang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain yang turutdibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah

    kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuankedua-dua belah pihak. Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuatdengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum.Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantinperempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hinggaempat belas hari.

    Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama

    dan kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malampertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada

    http://2.bp.blogspot.com/-7p9QxyBdEUs/T1wlNo0c9mI/AAAAAAAAAGE/YHEp5Yori40/s1600/alvin.jpg
  • 8/10/2019 dusun.docx

    8/52

    yang mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanyaini bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.

    Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat.Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkukyang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantinlelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelumpasangan itu sah bersatu.

    Majlis perkahwinan orang Kadazan memakan masa selama tiga hari.Perkara yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaituupacara menukar gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki

    dan perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang ber-pakaian tradisional berwarna hitam.

    Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan

    kedua-dua pengantin akan menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikangumpalan sebesar telur ayam. Kemudian kedua-duanya akan bertukar-tukargumpalan nasi itu, lalu dimakan. Upacara miohon pinisi merupakan nazarperkahwinan menurut cara tradisional. Setelah upacara ini dilakukan, makanan danminuman pun dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Gong dibunyikansemula, diikuti dengan pertunjukan tarian sumazau.

    2.1.2 Mendiri dan Masuk Rumah Baru

    Mendirikan dan masuk rumah baru hendaklah dimulai dengan upacara"Tumedek" atau menanda. Upacara ini hendaklah dilakukan pada hari-hari penting

    http://1.bp.blogspot.com/-gNBlzbEVpMI/T1xcA5WIzaI/AAAAAAAAAH8/gHYCdO7lpWY/s1600/kadazan+2.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-5AZdow3p0kg/T1wlZ94iawI/AAAAAAAAAGM/9h_FWnoLoww/s1600/20060528.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-gNBlzbEVpMI/T1xcA5WIzaI/AAAAAAAAAH8/gHYCdO7lpWY/s1600/kadazan+2.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-5AZdow3p0kg/T1wlZ94iawI/AAAAAAAAAGM/9h_FWnoLoww/s1600/20060528.jpg
  • 8/10/2019 dusun.docx

    9/52

    bagi masyarakat Dusun yang dipanggil "Tadau Rampagas, Tanob, Selimpunan dokesilau, Selimpunaan Tadau Daat, Selimpunaan Tulan Daat, Kepuposan Tulan Daatdan Selimpunan Tulan Kelimo". Begitu juga dengan masuk rumah baru harus padahari-hari yang terpilih dan diiringi dengan upacara sembahyang doa atauMegembawon / Mengendi. Upacara ini dilakukan oleh golongan tua yang mahiruntuk mengendi. Lazimnya golongan perempuan yang melakukan upacara megendidan bukan daripada golongan leleki.

    2.1.3 Adat Kelahiran 2.1.3.1 Sewaktu Mengandung

    Bidan merupakan orang yang bertanggungjawab tentang kelahiran seorang

    anak. Bidan terdiri daripada kaum perempuan yang lanjut usia dan mengetahuitentang selok-belok perubatan masyarakat Kadazan secara menyeluruh. Tugasbidan meluas iaitu sejak bayi di dalam kandungan sehinggalah selamat dilahirkan.

    Sejak di dalam kandungan lagi bidan memastikan keadaan bayi berada didalam keadaan sihat. Kandungan akan dijaga dengan baik dan bidan memberibeberapa pantang larang kepada ibu mengandung. Ini penting supaya kandunganberada di dalam keadaaan sihat. Apabila sahaja bayi dilahirkan, tugas bidan lebih

    berat. Bidan perlu memastikan bayi dalam keadaan sihat terutama jika seseorang ituberanak sulung.

    2.1.3.2 Bersalin Biasanya ibu yang bersalin dikenakan pantang. Bagaimanapun bilangan hari

    berpantang bergantung kepada unsur kasta. Bagi orang kebanyakan tempohberpantang ialah tujuh hari. Bagi orang yang berdarjat, tempoh pantangnya ialah 21hari. Manakala bagi yang berdarjat lebih tinggi, tempohnya ialah 44 hari.

    Sepanjang tempoh berpantang, si suami tidak dibenarkan berada jauh darirumah. Sejak hari kelahiran hingga tamat tempoh berpantang, ibu dan anak yangbaru lahir diberi kawalan secara mistik oleh bidan agar tidak diganggu oleh makhlukhalus. Biasanya jampi mantera digunakan untuk mengusir makhluk halus di sekitartanah. Tempat darah yang mengalir ketika ibu itu bersalin, digantung dengan daun-daun limau.

    Antara pantang yang mesti diikuti oleh ibu yang bersalin ialah dia tidak bolehmakan ikan yang bertulang keras, ikan yang berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur

  • 8/10/2019 dusun.docx

    10/52

    air seperti bubur. Manakala bagi bayi yang baru lahir terutamanya dari hari pertamahingga hari ke tujuh, bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah, umpamanyake halaman rumah. Ini untuk mengelakkan bayi itu daripada diganggu oleh roh jahatyang dinamakan Rogon Gaiyah.

    Bidan juga akan memastikan ahli keluarga yang lain supaya pintu rumahkediaman mereka diikat dengan sejenis daun yang dipanggil wongkong. Daun itumenunjukkan rumah tersebut telah menerima ahli baru. Justeru itu sahabat-handaiyang tinggal di kawasan itu tidak boleh berkunjung melainkan saudara-mara yangterdekat.

    Selain mengurus tentang kelahiran anak, bidan ini juga bertanggungjawab

    tentang ubat-ubatan yang terdiri daripada akar-akar kayu, herba dan sebagainya.Pada masa yang sama beberapa urutan akan dilakukan ke atas ibu yang barubersalin untuk memulihkan tenaga yang hilang semasa bersalin dahulu. Bidan jugaperlu tahu meramu pelbagai jenis bahan untuk dijadikan ubat-ubatan.

    Bidan yang tahu tentang kegunaan sesuatu jenis herba untuk setiap penyakitmerupakan satu kelebihan. Biasanya akar-akar kayu atau herba dibentuk menjadiubat yang mujarab dan boleh mengubati pelbagai penyakit. Antara herba yang

    paling banyak digunakan dalam masyarakat Kadazan ialah cekur, akar kacipfatimah, halia dan pelbagai jenis lagi. Kebanyakan tumbuhan herba ini diperoleh dikawasan persekitaran.

    Terdapat pelbagai jenis bentuk ubat yang boleh dibuat oleh bidan untukmenyembuh sesuatu penyakit. Bidan boleh merebus sahaja tumbuhan herba itu dankemudian diberi minum kepada ibu-ibu yang baru bersalin. Cara ini diamalkan olehsebilangan besar bidan. Cara lain yang turut digunakan ialah denganmencampurkan minyak kelapa dan kemudian diurut pada bahagian yang sakit. Caraini digunakan kepada ibu-ibu yang baru bersalin untuk memulihkan semula tenagamereka.

    Sungguhpun kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untukpesakit, tetapi bidan kampung masih lagi diperlukan. Ini adalah kerana kebanyakanmasyarakat Kadazan mendiami kawasan pedalaman yang jauh dari klinik atauhospital. Oleh itu peranan bidan amat popular di kalangan mereka.

    2.1.3.2 Selepas Lahir

  • 8/10/2019 dusun.docx

    11/52

    Adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur lapan hari. Anak itu diberi nama sebanyak dua kali, iaitu nama sementara dan nama sebenar.Pemberian nama sementara mesti dibuat kerana kalau terlalai memberi namasementara seberapa segera, roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai akanmendahului memberi nama dan atas sebab itu, dia berhak menuntut anak tersebut.

    Upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada hari kelapan di berandarumah. Pada hari itu juga anak tersebut dibawa keluar rumah buat pertama kalinya.Keluarga, jiran dan orang kenamaan di seluruh kampung dijemput hadir untukberbincang dan menentukan nama anak itu. Upacara ini disebut Madsapi atauModsopik, lengkap dengan mentera dan tatacaranya. Nama-nama yangdicadangkan itu dikumpul dan dipilih. Pemilihan nama dibuat berdasarkan segala

    macam peristiwa yang berlaku ketika anak itu dilahirkan. Kadangkala nama itudiambil daripada nama salah seorang ahli keluarga mereka.

    Setelah anak itu berusia kira-kira satu bulan, upacara turun tanah ataudisebut Mintuhun atau Minuhun dilakukan. Anak itu dibawa oleh ibunya sendiri.Beberapa baranga dibawa bersama iaitu :

    Sebuah berait atau bakul yang dianyam daripada rotan, bertutup dan bertali untuk

    disondong. Berait ini diisi dengan pelbagai alatan.

    Sebilah mamadik iaitu pisau kecil yang digunakan untuk menghalauRogon Gaiyoh.

    Serangkai Komburongoh, iaitu jerangau sejenis rumput yang dianggap ibukepada segala semangat dalam upacara perubatan tradisi mereka.

    Sebuah siud iaitu tangguk yang diperbuat daripada jaring.

    Sebelum memijak tanah, tapak anak tersebut diconteng dengan arang kualidengan satu garis lurus hingga ke atas dahinya. Setelah selesai, barulah kaki anakitu dipijakkan ke tanah. Ketika anak itu dibawa semula ke dalam rumah, ibunya akanmembawa bersama sedikit rumput-rampai dari halaman rumah yang sudah dipijakoleh anaknya. Kemudian rumput itu dicampurkan ke dalam air mandian tersebut.

    2.1.4 Kematian atau "Kepataiyen"

  • 8/10/2019 dusun.docx

    12/52

    Bagi masyarakat Kadazan, mereka mempercayai kepada alamat akan matiyang dipanggil mogombiruoh. Perkara ini boleh diandaikan oleh dukun melaluimimpi, di mana ramalan akan diberi oleh dukun tersebut. Kesembuhan penyakit juga

    boleh diketahui melalui cara yang sama. Bila kematian berlaku dalam masyarakatDusun tradisi, ahli keluarga si mati akan memukul gong "Tontong sanang"yangbertujuan memberitahu ada kematian dalam ahli keluarga dan disertai turun darirumah atau "menuhon" bertujuan cuba menahan roh simati atau kedwo-dwo melaluibenda-benda yang diambil dipersekitaran halaman rumah si mati untuk disapukan diubun-ubun kepala si mati dengan harapan si mati hidup semula.

    Selain itu, satu lagi alat komunikasi digunakan untuk memberitahu

    masyarakat kampung bahawa adanya kematian dalam sesebuah keluarga iaitumenggunakan buluh untuk dibunyikan atau "Mengarasapong". Semasa si matidibawa ke kubur, ahli-ahli keluarga akan meraung-raung dan memukul bekas letak simati. Pada malam pada hari perkuburan, ahli keluarga akan mengadakan upacaramemisah dengan menutup semua lampu dalam rumah. Tujuannya ialah agar roh simati akan balik ke rumah untuk "megoit-megoit" atau membawa dan mengambilbarang-barang milik si mati. Pada hari ketiga (3) pula, ahli keluarga simatimengadakan upacara pembahagian atau "Ikidan / angkiban" .

    Benda yang boleh dijadikan angkiban ialah ternakan dan tanaman.Tujuannya ialah mengadakan pembahagian harta untuk simati. Contoh narrator ialah" Anu bin Dia, ini saja bahagian mu. Jangan lagi ganggu kami". Pembahagian inidilakukan dengan tangan kiri dan membelakang. Pada hari kelima atau ketujuh pula,upacara keselamatan yang dipanggil "Memagompi" melalui upacara mengendidilakukan dengan bantuan sesorang yang mahir megendi.

    Berikut adalah adat-adat yang sering dilakukan oleh masyarakat Kadazanapabila berlaku sesuatu kematian.

  • 8/10/2019 dusun.docx

    13/52

    2.1.4.1 Semasa Kematian Terdapat beberapa adat yang dilakukan ketika berlakunya sesuatu kematian

    di kalangan masyarakat Kadazan, antaranya ialah adat memberitahu, berjaga-jagadan moginupus.

    2.1.4.2 Memberi Tahu Apabila salah seorang di kalangan masyarakat Kadazan meninggal dunia,

    semua penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Ini pentingkerana setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanyadialami oleh keluarga si mati.

    Oleh kerana masyarakat Kadazan kaya dengan pantang-larang, dalam soalkematian juga pantang-larang itu amat dititikberatkan. Setiap anggota masyarakat

    Kadazan tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan terutama apabila upacarapengkebumian dilakukan. Pekerjaan menanam padi amat dilarang. Mengikutkepercayaan masyarakat Kadazan sekiranya mereka melakukan juga pekerjaantersebut kerja-kerja itu hanyalah sia-sia kerana tidak mendatangkan hasil. Selain itukemungkinan penyakit akan menimpa mereka pula.

    Namun pantang larang itu hanya dikenakan kepada mereka yang tinggal dikawasan yang berhampiran sahaja, manakala masyarakat Kadazan yang tinggalberjauhan masih boleh melakukan sebarang pekerjaan.

    2.1.4.3 Berjaga-Jaga Selepas dimandikan dan seluruh badan dilap, mayat tersebut akan

    dipakaikan dengan pakaian yang indah-indah dan kemudian direnjiskan dengan airwangi. Sekiranya semasa hidup si mati menghisap rokok, ahli keluarga akanmemasukkan rokok ke dalam mulut si mati supaya tidak kempunan. Begitu jugadengan cerut yang diselitkan pada bibirnya buat seketika.

    Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari iaitu selama tiga, limaatau tujuh hari sebelum dikebumikan. Semasa mayat diletakkan di ruang tamu,mayat akan dijaga dengan baik supaya tidak ada binatang yang melangkahinyaterutama kucing hitam. Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yangmelangkah, mayat akan bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh merekayang berada di situ.

    Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupaiseekor burung besar yang digelar pendaatan. Mereka percaya burung itu hendakmenerbangkan mayat. Untuk mengelak daripada serangan burung itu, mereka

  • 8/10/2019 dusun.docx

    14/52

  • 8/10/2019 dusun.docx

    15/52

    atau tidak. Kalau kayu itu bertunas bererti dia masih ingat pada keluarganya tetapi jika tidak, si mati dianggap sudah melupai mereka yang masih hidup.

    Bagi masyarakat Kadazan dari kalangan yang berada, mayat ahli keluargamereka akan dimasukkan ke dalam sebuah tajau yang besar dan ditutup rapatsebelum ditanam. Sebaik sahaja mayat diusung ke kawasan perkuburan sebuahtajau yang besar dan berukiran lebih cantik akan diletakkan ke atas kubur. Ada jugadi kalangan masyarakat Kadazan yang memasukkan tajau itu ke dalam hang lahat.Mayat yang dimasukkan ke daham tajau tidak akan dimasukkan ke dalam kubursebaliknya di dalam rumah beberapa hari atau diletakkan ke sebuah pondok yangdibina. Ini adalah untuk menanti saudara-mara yang jauh memberi penghormatanterakhir kepada mayat tersebut sebelum dikebumikan.

    Setelah itu sebuah pondok kecil beratap daun atau zink dan berdindingpapan yang penuh dengan ukiran yang cantik akan didirikan di tengah-tengahkawasan perkuburan. Di tengah-tengah pondok pula diletakkan beberapa jenis kaindan pakaian, cekapa yang berisi dengan sirih pinang, rokok dan sebagainyamengikut kemampuan dan kegemaran si mati semasa hidup.

    Ahli keluarga si mati perlu menghantar makanan pada tiap-tiap petang

    selama tujuh hari berturut-turut. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan,sebelum roh si mati berpindah ke tempat lain, roh itu masih memerlukan makanandaripada keluarganya yang masih hidup. Bahan makanan yang disediakan untuk simati tidak boleh diusik oleh sesiapa. Jika diganggu juga seseorang itu akandikenakan sugit atau denda sebanyak RM5 atau seekor ayam.

    Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sekiranya masa pengkebumiandilakukan pada hari hujan, bermaksud si mati berada dalam kesedihan yangdiibaratkan sebagai hujan yang turun itu adalah air mata si mati. Jika panas terikbermakna si mati mendapat kebahagiaan kelak. Bagi mereka yang menguruskankematian, ahli keluarga wajib menghadiahi mereka sehelai sapu tangan dan dualembar benang menah. Selain itu mereka juga akan diberi daging kerbau ataulembu.

    Apabila balik ke rumah masing-masing, mereka tidak boleh terus naik kerumah kerana dikehendaki mandi terlebih dahuhu. Semua pakaian ditanggalkan dandirendam sehingga keesokan hari. Barangan yang dipinjam untuk menguruskan halsi mati di rumah, apabila dikembalikan hendaklah dihadiahkan seekor ayam hitam

  • 8/10/2019 dusun.docx

    16/52

    atau putih kepada tuan punya barang. Banang-barang atau harta benda yang ada didalam rumah si mati pula mestilah dikemaskan dan dicuci sehingga bersih.

    2.1.4.6 Selepas Kematian Sekiranya berlaku kematian, majlis makan akan diadakan. Majlis ini

    mempunyai beberapa tahap iaitu: - Makan Tiga dan Tujuh Hari

    - Makan Empat Puluh Hari

    - Makan Seratus Hari

    - Makan TigaTahun

    2.1.4.6.1 Makan Tiga dan Tujuh Hari Setelah genap tiga hari mayat dikebumikan, kenduri makan tiga hari akan

    diadakan pada malam hari. Pada masa itu keluarga si mati akan menitikkan tiga titiklilin ke bawah rumah melalui celah lantai. Sekiranya adat makan tujuh hari dilakukan,titikan lilin sebanyak tujuh kali pula dilakukan.

    Kenduri ini hanya diadakan secara kecih-kecilan sahaja. Hanya saudara-mara dan sahabat-handai yang terdekat sahaja dipanggil menghadiri kenduri

    tersebut. Makanan yang disediakan adalah makanan harian masyarakat Kadazandan tidak ada makanan istimewa yang disediakan.

    2.1.4.6.2 Makan Empat Puluh Hari Kenduri ini diadakan selepas empat puluh hari kematian si mati. Kenduri kali

    ini berbeza daripada kenduri yang pertama kerana diadakan pada waktu siang danmalam. Kenduri ini juga lebih besar dengan memanggil seluruh keluarga yang adapertalian dengan keluarga si mati, sahabat handai yang jauh dan dekat. Dari segi

    hidangan lebih banyak, mencakupi lauk-pauk, kuih-muih dan buah-buahan yanglazat. Nasi, daging dan buah-buahan disediakan dengan banyak sekali untuk dijamukepada masyarakat setempat.

    Dalam kenduri itu juga seorang kanak-kanak lelaki yang biasanya anak simati akan pergi ke kubur bapa atau ibunya dengan tujuan menjemput si mati untukmenyertai kenduri tersebut. Setelah kanak-kanak itu pulang dari perkuburan, barulahmereka yang berada di rumah si mati boleh menjamu selera.

  • 8/10/2019 dusun.docx

    17/52

    Pada malam berikutnya gong dan gendang dipalu secara serentak. Anak-anak si mati mulai menari tarian semazau mengelilingi hidangan yang disediakansecara bergilir-gilir mengikut usia. Kemudian diikuti cucu-cucu si matinya pula danakhirnya saudara-mara yang berdekatan. Selepas upacara menari Semazau selesai,barulah hidangan boheh dimakan oleh tetamu yang berada di situ.

    2.1.4.6.3 Makan Seratus Hari Kenduri akan terus diadakan setelah seratus hari kematian. Kenduri kali ini

    lebih besar jika dibandingkan dengan kenduri empat puluh hari. Jika kenduri dahuluhanya muzik dimainkan, hanya dijamukan dengan ayam, kuih-muih atau buah-buahan, tetapi kali ini kenduri dilakukan dengan menyembelih seekor kerbau ataulembu. Pada masa yang sama beberapa ekor ayam turut disembelih.

    Tujuan kenduri seratus hari ini diadakan untuk merasmikan penukaranpakaian putih yang selama ini dipakai sebagai pakaian berkabung keluarga si matidengan pakaian biasa. Kemudian rambut juga digunting mengikut adat masyarakatKadazan. Sebaik sahaja ditanggalkan, pakaian tersebut segera dibakar. Ahlikeluarga bebas memakai pakaian mengikut kegemaran masing-masing. Dengan inimereka percaya segala kekotoran atau bala yang terlekat pada tubuh mereka akanhilang. Semangat roh si mati juga akan hilang dari tubuh badan mereka.

    2.1.4.6.4 Makan Tiga Tahun Kenduri makan tiga tahun merupakan kenduri yang paling besar dan meriah

    berbanding kenduri-kenduri yang diadakan sebelum ini. Kenduri ini dinamakanKenduri Minum yang bermaksud makan-makan untuk kenangan.

    Dalam kenduri ini pelbagai jenis makanan disediakan oleh ahli keluarga si matisecara bergotong-royong dengan saudara-mara dan sahabat-handai. Sebanyaktujuh ekor ikan pari, tujuh ekor ikan yu, tujuh tandan pisang, empat belas ikan lain,satu tempayan tuak, tujuh ekor arak benas, tiga tempayan air tapai, 30 gantang kuihkelupis dan seekor kerbau disediakan

    Kenduri ini diadakan pada waktu malam dan dimulakan pada pukul lapanmalam. Sebanyak tujuh talam atau dulang hidangan khas yang mengandungi 30 bijikelupis, seekor ikan yu, seekor ikan pari, dua sikat pisang dan sebatang lilin.Seorang wanita yang telah lanjut usia perlu ada bersama hidangan tersebut yangdijadikan pengurus yang lebih dikenali sebagai pengupeh di kalangan masyarakatKadazan.

  • 8/10/2019 dusun.docx

    18/52

    Pengupeh akan duduk di sebelah hidangan tersebut dengan memegang

    sebilah pedang. Kemudian sebatang lilin yang ada di setiap hidangan dinyalakan.Sebaik sahaja pengupeh menghidupkan lilin, dia akan menjampi untuk memanggilhantu yang hendak makan hidangan tersebut. Hidangan yang ada di dalam talamdimasukkan ke dalam sebuah tempurung kelapa dan tempurung itu akan diletakkandi pangkal tangga rumah. Ini adalah untuk memberitahu hantu supaya tidakmengacau ahli keluarga yang masih hidup di situ.

    Sebaik sahaja pengupeh naik ke atas rumah, paluan gong dan gendangakan dibunyikan mengikut nama gendang minum tapai. Ini diikuti dengan tariansemazau yang terlebih dahulu dimulakan oleh seorang lelaki yang dianggap sebagai

    ketua rumah di situ. Pengupeh akan bangkit untuk memberi minum secawan arakdan secawan tapai kepada lelaki ketua rumah. Pengupeh juga menyorongkancelapa yang berisi sirih pinang. Selepas itu pengupeh menarikan tarian semazaudan menari mengeliling hidangan tersebut sambil diikuti penari yang lain.

    Penari pertama perlu menghabiskan arak yang diberi oleh pengupeh dengansekali teguk. Pada mulanya tarian semazau ditarikan oleh ahli keluarga dan saudaramara si mati. Selepas itu barulah terbuka kepada orang ramai yang berada di situ.

    Selain menarikan tarian semazau, acara berbahas pantun juga turut dilakukan. Acara ini dinamakan bobogoh daham bahasa Kadazan. Mereka akanmembahagikan kepada dua kumpulan yang diketuai oleh seorang lelaki yang telahlanjut usia. Sekiranya salah seorang daripada ahli kumpulan tidak dapat menjawabpantun, mereka dikehendaki meminum arak sekaligus.

    Pada keesokan harinya, hidangan perlu diletak di ruang tamu. Talamhidangan itu diperbuat daripada tembaga dan diisi dengan sirih pinang dan rokokdaun. Pada waktu malam pesta diadakan pula. Tarian semazau akan ditarikandengan rancak sekali. Pada mulanya seorang lelaki yang mahir menarikan tariansemazau akan memulakan tarian dengan diikuti oleh tujuh penari perempuan.Selepas itu barulah tarian semazau terbuka kepada penari lain secara bergilir-gilir.

    Seperti agama lain, masyarakat Kadazan percaya tentang kejadian roh dan jasad yang bergabung dalam diri seseorang. Setelah seseorang itu mati bermaknaperpisahan antara jasad dan roh berlaku. Dalam masyarakat Kadazan, mereka yangbelum beragama percaya apabila mereka meninggal dunia, roh meneka akanberkunjung dan berehat di kemuncak gunung Kinabalu untuk selamanya. Oleh yang

  • 8/10/2019 dusun.docx

    19/52

    demikian masyanakat Kadazan mempercayai gunung Kinabahu adalah tempatterakhir bagi kehidupan masyarakat mereka.

    2.1.5 Hari Keluarga atau "Meginakan"

    Masyarakat Dusun mempunyai upacara perpaduan keluarga yang dipanggilmeginakan. Semua ahli kelurga dijemput dan satu upacara menyembahyangkanarak Gampian Kinomol yang diketuai oleh mereka yang mahir megendi sertadijalankan pada waktu malam. Setelah selesai upacara tersebut, mereka mengambilbambu atau "Telutuk" untuk dipukul "Tontongon" bagi mengeluarkan bunyi. Menurutkepercayaan mereka memukul bambu bertujuan memperbaiki dunia. Hari keluargaini dihadiri semua ahli keluarga dan masyarakat kampung selama 7 hari berturut-turut.

    2.1.6 Ketian Ketian ialah seorang lelaki yang menyebabkan seorang perempuan

    mengandung tanpa sebab perkahwinan yang sah. Natijahnya lelaki dicaci dandikehendaki membayar denda atau sogit berupa babi atau kerbau. Tujuannyamenyejukkan panas dalam ahli keluarga dan masyarakat kampung sertamemberitahu masyarakat kampung bahawa pesalah telah dihukum setimpal dengankesalahannya.

    2.1.7 Mencuri atau "Manakau" Pencuri dapat dikenal pasti dengan bantuan bomoh yang mahir melalui

    upacara "mengintutun". Alat-alat yang digunakan semasa mengintutun ialah telurayam atau cermin. Semasa mengintutun, beberapa ahli keluarga dan masyarakatkampung datang sama-sama menyaksikan upacara mengintutun. Biasanya, bomoh

    akan memberitahu siapa yang mencuri dan biasanya tuduhan bomoh dipercayaioleh ahli keluarga dan majoriti masyarakat. Implikasinya, orang yang kena tuduh

    http://2.bp.blogspot.com/-v7UJZ8fvQZU/T1xfD3uYVcI/AAAAAAAAAIE/kssmmfZcuyo/s1600/kotobian+tadau+keamatan+371.JPG
  • 8/10/2019 dusun.docx

    20/52

    akan mendapat cacian dan celaan masyarakat kampung untuk beberapa waktu.Sebaliknya, pesalah yang melakukan kesalahan besar seperti mencuri kerbau bolehdihalau keluar "elohon" dari kampungnya.

    2.1.8 Kahwin Bersaudara atau "Kepingaian Miadpinai" Adalah menjadi kesalahan besar bagi masyarakat Dusun, jika seseorang

    lelaki atau perempuan berkahwin dengan seseorang yang dipercayai masih adatalian persaudaraan. Jika perkahwinan dilangsungkan juga, si lelaki dan perempuanakan dikenakan hukuman denda iaitu "Pitas" yang terdiri daripada 7 kerbau, 7 ayam,7 perang, 7 tajau dan 7 mangkuk. Tujuannya ialah memutuskan tali persaudaraanuntuk membolehkan mereka berkahwin. Pitas bagi lelaki hendaklah diberi kepadapihak keluarga perempuan dan pitas perempuan pula diberikan kepada keluarga

    lelaki. Pembayaran pitas ini dipanggil "Mesulak" atau sama-sama membayar denda(bertukar-tukar barang denda).

    2.1.9 Curang atau "Melapau" Seseorang lelaki atau perempuan yang telah berkahwin tidak boleh berlaku

    curang terhadap si suami atau si isteri . Jika berlaku kecurangan hendaklahdikenakan denda berupa kerbau atau babi. Tujuannya adalah dimakan bersama ahlikeluarga yang dicuranginya iaitu isteri atau suami dan anak-anak.

    2.1.9 Asal usul makanan Lazimnya, menurut kepercayaan suku kaum Kadazandusun, padi berasal

    daripada isi manusia yang bernama Huminodun. Huminodun ialah seorang gadis jelita anak kepada Kinoingan. Kinoringan ialah nama Tuhan bagi nenek moyangsuka kaum Kadazandusun.

    Kinoringan telah mengorbankan anaknya Huminodun demi mengatasimasalah kebuluran di dunia. Menurut kepercayaan suku kaum ini, segala jenisbahan makanan yang utama berasal dari pelbagai bahagian badan Huminodun.Beras dari isinya yang putih melepak; darahnya yang merah telah bertukar menjadilada; halia pula adalah jari jemari Huminodun; bawang 'tagaas' berasal dari rambutHuminodun; giginya bertukar menjadi jagung; kepalanya pula menjadi kelapa dansebagainya.

  • 8/10/2019 dusun.docx

    21/52

    Oleh itu demi menghormati dan mensyukuri pengorbanan Kinoringan danHuminodun, nenek moyang suku kaum ini mengadakan upacara-upacara adatseperti Momohizan dan Humabot.

    2.1.9.1 Upacara Momohizan Upacara Momohizan ini diadakan pada bulan Ogos atau bulan September

    apabila padi selesai dituai. Upacara momohizan diadakan untuk memuja semangatpadi dan memberi makan kepada penjaga semangat padi supaya membantu untukmenyuburkan padi dan melindungi padi dari sebarang penyakit atau bencana alam.Upacara momohizan biasanya berlangsung dirumah keluarga suku kaumKadazandusun golongan berada. Sementara itu golongan yang kurang berada akanmeminta untuk didoakan bersama ataupun dalam bahasa Kadazandusun

    'mikiompit'.

    Dua minggu sebelum upacara ini diadakan tuan rumah akan meminta parapenduduk kampung untuk menolongnya menyediakan 'tapai' iaitu sejenis minumankeras tradisi Kadazandusun. Upacara Momohizan dimulakan pada sebelah malamiaitu setelah semua jemputan hadir. Beberapa orang Bobohizan (bomoh suku kaumKadazandusun) yang berpakaian serba hitam akan berkumpul dan memulakanupacara ini dengan memanggil 'miontong pomumuon' (penjaga rumah/semangat

    padi) Apabila selesai membaca mantera pemanggilan dalam kata lain apabilasemua miontong dan 'tasab' (malaikat padi) sudah dihimpunkan maka Bobohizanakan menaburkan serbuk ragi (manasad) di atas nasi yang telah dihidangkan di atasnyiru dan diletakkan di ruang tengah rumah.

    http://4.bp.blogspot.com/-FAXDnpNey0M/T1xfo-YPT1I/AAAAAAAAAIM/hnAQVFzCQ1c/s1600/Magavau.jpg
  • 8/10/2019 dusun.docx

    22/52

    Adalah dipercayai bahawa perbuatan manasaddilakukan bersama-sama dengan miontong. Setelah selesai manasad, nasi yangditabur dengan ragi itu kemudian diisi ke dalam sukat (saging) dan diatas nasi itudiletakkan arang (popou), kemudian mulut sukat ini akan ditutup dengan daud

    simpur (daingin). Kemudian Bobohizan akan mengisi beras ke dalam nyiru yangberbentuk segitiga (hihibuh), ketua Bobohizan akan memungut sedikit beras darinyiru dan meletakkannya ke atas gendang.

    Sambil membaca mantera, Bobohizan akan mengetuk gendang dankemudiannya memakan beras itu, tujuannya ialah untuk menjemput miontong sama-sama memakan beras tersebut. Selepas itu beberapa orang pelatih Bobohizan yangterdiri daripada sumandak (gadis-gadis sunti) akan berkumpul dan memukul

    gendang sambil menyanyi dan membaca mantera 'tumingak' dan diikuti denganmantera 'sumava'. Seiringan dengan itu Bobohizan akan membungkus nasi dengandaun simpur. Nasi yang dibungkus ini kemudiannya dipungut sedikit-sedikit lalu diisike dalam tempayan kecil. Tempayan ini kemudiannya diletakkan di atas batangbambu yang tingginya kira-kira tiga kaki dan hujung bambu itu diletak untuktempayan itu diletakkan. Batang bambu ini diikat pada tiang rumah denganmenggunakan tali kyang diperbuat daripada kelapa (hisad).

    Setelah itu Bobohizan akan menjemput 'miontong' untuk minum tapai(moginum) bersama-sama. Setelah itu bobohizan akan bersedia untuk menjemputdewata dari kayangan untuk turut serta makan minum dan memohon kepadamereka untuk menjaga dan melindungi padi serta keluarga suku kaumKadazandusun.

    Pelatih Bobohizan akan membaca mentara'mingau' dan diikuti denganmentera 'kumodong sakazan' ini ialah untuk memanggil semangat kenderaan yangmenurut mereka berbentuk perahu dan akan belayar terapung-rapung di udara. Para

    Bobohizan akan menutup muka mereka dengan kain sambil membaca mantera

    http://4.bp.blogspot.com/-m0cqtX5F4bk/T1xfzit46aI/AAAAAAAAAIU/wbcdnbWh0PU/s1600/modsurung.gif
  • 8/10/2019 dusun.docx

    23/52

    'modsuut/soikung' iaitu memanggil roh-roh kayangan. Para Bobohizan ini akanmenentukan arah tujuan masing-masing, biasanya dua orang Bobohizan akanbelayar ke kayangan (minsavat).

    Acara 'modsuut' ini diiringi dengan paluan gong tanpa henti dan Bobohizanpula membaca mantera dan mengoncang-goncangkan alat bunyian mereka yangdiperbuat serpihan-serpihan besi disangkutkan pada serpihan tulang rusuk manusiayang dipercayai diturunkan oleh nenek moyang mereka yang merupakan pahlawanpeperangan (misasangod). Alat bunyian ini dipanggil 'sindayang'.

    Antara bahan makanan yang dihidang di tengah rumah sebagai jamuan'mintong' ialah nasi, tapai, jeruk ikan (nosom) yang digaul dengan halia dan padi

    (santadang paai). 'Modsuut' memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang dari jam 1.00 tengah malam hingga jam 5.00 subuh. Apabila roh Bobohizan itu sudahturun ke bumi dengan roh-roh kayangan, maka Bobohizan akan berehat sebentar,samada mereka akan tidur atau makan.

    Semasa Bobohizan berehat, para jemputan akan menarikan tariantradisional Kadazandusun iaitu sumazau. Di sebelah pagi pula iaitu lebih kurang jam6.00 pagi Bobohizan akan memalu gendang sambil membaca mantera 'mihung',

    'painsan', 'monduvazan dan Bobohizan akan menyanyikan mantera 'momosik'tompuvan' (mengejutkan pari-pari yang menjaga rumah).

    Seterusnya Bobohizan akan menarik sehelai bulu dari seekor ayam yangtelah disediakan sebagai korban. Korban biasanya ialah seekor ayam denganseekor babi. Jantina korban mestilah bertentangan misalannya ayam jantan denganbabi betina dan sebaliknya. Sehelai bulu ayam tadi akan diikat pada hisad dan ianyaakan dikuis pada tuan rumah dan para tetamu.

  • 8/10/2019 dusun.docx

    24/52

    Ini ialah untuk melindungimereka daripada serangan penyakit agar mereka akan sentiasa sihat dalammengerjakan sawah padi masing-masing. Setelah itu tetamu akan dijamu denganmakanan yang telah disediakan seperti nasi, tapai, daging ayam, daging babi dansebagainya. Setelah Bobohizan menjamu selera, mereka akan turun ke bawahrumah dan membawa korban itu bersama-sama mereka. Bobohizan akan membacamantera sambil memegang ayam korban dan sumazau.

    Selepas membaca mantera, ayam akan disembelih dengan menusuk kepalaayam itu dengan benda tajam, kadangkala Bobohizan akan menggunakan kliprambut yang besar(titimbok). Setelah ayam itu mati, bulunya akan dibakar sehingga

    terhidu baunya. Ertinya ayam itu kini telahpun dikorbankan kepada miontong.Seterusnya Bobohizan akan memanggil 'miontong' untuk minum tapai iaitu denganmenuangkan sedikit tapai ke tanah.

    Setelah itu Bobohizan akan memotong, rumput dengqn parang danmembaca mantera 'manau' untuk meminta dewata pulang ke kayangan.Kemudiannya korban-korban itu akan dibawa naik semula ke rumah. Semasa paraBobohizan naik ke rumah, salah seorang tuan rumah akan merenjiskan air kepada

    Bobohizan sebagai membersihkan Bobohizan yang telah turun ke tanah. Bobohizanpula akan menyanyikan mantera 'sumamboi'.

    http://2.bp.blogspot.com/-v7UJZ8fvQZU/T1xfD3uYVcI/AAAAAAAAAIE/kssmmfZcuyo/s1600/kotobian+tadau+keamatan+371.JPG
  • 8/10/2019 dusun.docx

    25/52

    Bobohizan akan berehatseketika, kemudian acara 'magampah' akan diadakan dimana tetamu dan ahlikeluarga tuan rumah terutamanya kanak-kanak akan duduk berkumpulan padasuatu tempat (lazimnya ditengah ruang tamu) lalu ditutup dengan kain yang besarsambil Bobohizan menari-nari mengelilingi mereka dengan membaca mantera danmemukul dua bilah parang (tandus atau ilang) di atas kain yang menutuoi kumpulanitu untuk menghalau penyakit.

    Bobohizan yang lainnya juga akan menari-nari mengelilingi kumpulan inidengan menguis kain penutup dengan batang Lengkuas (tumbu) dan ohok (bunga).

    Apabila mantera selesai dibaca, Bobohizan akan mengangkat kain penutup dan

    mereka yang ditutup oleh kain itu akan bertempiaran lari kononya untukmeninggalkan penyakit ditempat mereka berekumpul tadi.

    Setelah itu Bobohizan dan para tetamu akan para tetamu akan sumazau.Selepas jamuan tengah hari, Bobohizan akan membaca mantera 'papasazaumiontong' ini ialah untuk menjemput roh-roh penjaga rumah/padi berpesta menarisumazau bersama-sama. Sambil sumazau, Bobohizan akan memotong batangbambu (binabat) yang telah disediakan, kemudian disangkut pada dinding rumah.

    Hisad juga akan dihiris-hiris oleh Bobohizan. Hisad yang jatuh ke lantaiakandipungut dan ditabur diatas padi yang dipersembahkan sebagai korban kepada'miontong'. Selepas itu Bobohizan akan berehat dan pada waktu inilah korban-korban seperti daging babi dan ayam dibersihkan dan dibahagi-bahagikan. Bahagianusus korban ini akan dibawa oleh Bobohizan ke sungai untuk dibersihkan. Upacaraini dinamakan 'humanau', ini juga bertujuan untuk memberi makan kepada miontong.

    Setelah itu kesemua Bobohizan akan mandi, membersihkan diri mereka.Semasa perjalanan kembali ke rumah tempat momohizan itu diadakan, Bobohizandilarang untuk menoleh ke belakang atau tersadung kaki semasa berjalan. Upacara

    http://4.bp.blogspot.com/-zQJxMum0-4k/T1xgw6M0UqI/AAAAAAAAAIs/3Vf-mUYQ7nQ/s1600/bobo.jpg
  • 8/10/2019 dusun.docx

    26/52

    momohizan ini diadakan selama dua malam dan setengah hari. Malam keduanyaBobohizan akan membaca mantera 'modsuut' lagi tapi dengan roh penjagarumah/padi saja.

    Di sebelah pagi hari kedua, bahan korban akan dibahagi-bahagikan kepadapara Bobohizan sebagai sogit dan selepas itu mereka akan dijamu dengan makanandan minuman tapai, ketika inilah para tetamu dan Bobohizan akan berbalas pantun(kizat) atau syair (hius) dan acara ini sememangnya merupakan acara untukberhibur yang di selangi dengan gelak ketawa dan usik mengusik. Setelah selesaimakan, Bobohizan akan pulang ke rumah masing-masing dengan berbekalkan sogit(huus).

    2.1.9.2 Upacara Humabot

    Upacara Humabot ialah adat suku kaum Kadazandusun

    yang diamalkan oleh nenek moyang suku kaum ini apabila mendirikan rumah baru.Sebuah keluarga suku kaum ini yang akan mendirikan rumah akan memintaBobohizan untuk menjampi tanah tapak rumah itu didirikan.

    Bobohizan memasukkan benda-benda seperti garam, butang baju dan kayusapad ke liang tanah tempat tiang dipacakkan. Selepas itu Bobohizan akan merenjisair disekitar kawasan tapak rumah sambil membaca mantera, ini bertujuan untukmenghalau roh-roh jahat yang berkeliaran di tapak rumah tersebut yang dipercayaiakan mendatangkan malapetaka ataupun dalam bahasa kadazandusun 'kopizo'Tiang akan dipacakkan jika tuan rumah termimpi baik, tetapi jika sebaliknya, makatapak tiang akan dialihkan sedikit dari tapak asal.

    http://2.bp.blogspot.com/-EyNi5qp6VPc/T1xgg5SU7DI/AAAAAAAAAIc/TshUynfDDPY/s1600/lansaran.gif
  • 8/10/2019 dusun.docx

    27/52

    Apabila rumah sudah didirikan, Bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini

    upacara 'momodu' atau memandikan rumah akan dijalankan. Bobohizan akanmembaca mantera sambil kaum lelaki akan menyalakan apai pada bambu yanghujungnya dibungkus dengan getah (sikalap) dan membawa obor ini mengililingirangka-rangka atap rumah sambil bertempik sorak atau 'memangkis'. Ini bertujuan

    untuk menghalau roh-roh jahat pembawa malapetaka.

    Upacara ini biasanya disambut dengan keramaian dan para jemputan akandihidangkan dengan jamuan. Tuan rumah juga akan memjemput ketua keluargayang mempunyai ramai anak yang semua masih 'hidup', ke rumahnya dan memintaketua keluarga itu baring sebentar pada alas tidur tuan rumah. Ini dipercayaibertujuan untuk menjemput rezeki yang berpanjangan kepada keluarga tuan rumahitu.

    Sebulan selepas tuan rumah tinggal di rumah itu maka upacara'momohontog sisit' iaitu upacara menghormati tiang rumah akan diadakan ianyamerupakan acara keramaian seperti magagung, sumazau dan makan besar.Setahun selepas tuan rumah tinggal di rumah baru itu, upacara magavau akandiadakan untuk memuja semangat rumah.

    Seminggu selepas magavau diadakan upacara Humabot pula menyusul,upacara ini juga adalah upacara menghormati rumah dan ianya disambut denganmeriah sekali. Tapai akan disediakan untuk menjamu jemputan yang datang.

    Dalam upacara itu Bobohizan akan menjampi nasi untuk membuat tapaikemudian meletakkanya diatas daun simpur. Air perahan nasi tapai itu akandiminum dan nasinya pula dilontarkan ke dalam ketawai besar (bekas menyimpanpadi), ini adalah untuk memberi makan kepada semangat padi 'bambazon' makan.Kaum lelaki juga akan melontarkan nasi tapai pada daun simpur itu ke dalamketawai sambil bertempik sorak (memangkis) .

    http://1.bp.blogspot.com/-lEHQymdKwCs/T1xgm54FJ6I/AAAAAAAAAIk/UilJATcztHI/s1600/bincang.gif
  • 8/10/2019 dusun.docx

    28/52

    Acara ini berterusan sehingga kesemua nas tapai yang diletakkan atas daunsimpur itu habis. Upacara Humabot diadakan setiap selang satu tahun selepas iadiadakan dan lima tahun selepas rumah itu dihumi. Upacara ini juga merupakanupacara keramaian iaitu makan besar dimana seekor kerbau akan ditumbangkansebagai sogit (korban).

    Nenek moyang suku kaum ini mempercayai bahawa sekiranya upacara-upacara menghormati rumah baru ini tidak dilakukan maka malapetaka pasti akanmenimpa keluarga yang tinggal dirumah baru itu, penyakit akan berleluasa, perkara-perkara ganjil dan mengerikan akan terjadi dirumah itu seperti beratus-ratus ekortabuan (potizukon) akan mengelilingi rumah atau biawak akan tiba-tiba munculdirumah baru itu.

  • 8/10/2019 dusun.docx

    29/52

    2.2 Bahasa Bahasa ialah satu wahana perhubungan dan komunikasi antara manusia.

    Sebagai keperluan sosial, bahasa adalah alat penting untuk menyampai maksud, ia juga sistem lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan manusia sebagai alatuntuk berhubung manakala dialek ialah satu variasi bahasa yang ditentukanmengikut wilayah dan ditutur bergantung kepada tempat seseorang itu dilahirkan(S.Nathesan, 1995).

    Bahasa merupakan pengenalan dan asas perpaduan bagi semua kaum.Demikian juga dengan kaum Kadazandusun yang mempunyai bahasanya sendiriiaitu Bahasa Kadazandusun. Bahasa ini adalah identiti bagi sukukaumKadazandusun. Sekiranya lenyap bahasa maka sesuatu kaum itu juga akan pupus.

    Oleh itu, Bahasa Kadazandusun ini haruslah dikembangkan dan dipelihara supayatidak lenyap. Menurut Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan (1987) keluarga Dusunmenggunakan empat belas bahasa pertuturan. Antara bahasa Dusun ialah Liwan,Tagas, Dusun Tambunan, Tuhauwon dan Kuruyou. Bahasa Dusun Liwan tertumpudi daerah Ranau.

    Bagi mengembangkan dan memelihara bahasa ibunda kaum Kadazandusunini lenyap maka beberapa usaha telah diambil contohnya Bahasa Kadazandusun ini

    telah mula diajar di beberapa buah sekolah rendah terpilih untuk projek perintispengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun.

    Kurikulum Bersepadu Bahasa Kadazandusun Sekolah Rendah adalah untukmemboleh murid menguasai kemahiran asas berkomunikasi dan memperolehi ilmuserta menghayati dan membanggai bahasa itu.

    Pendidikan di negeri Sabah berkembang dengan adanya satu lagi Bahasadiajar dengan rasminya dalam sistem tertentu persekolahan sekolah rendah. SelainJabatan Pendidikan Negeri Sabah, beberapa badan dan pertubuhan lain jugamemainkan peranan penting dalam usaha pengembangan dan pemeliharaanBahasa Kadazandusun contohnya Kadazandusun Language Foundation ( KLF ),Koisaan Cultural Development Institute ( KDI ), Persatuan KebudayaanKadazandusun Sabah ( KDCA ), Perpustakaan Negeri Sabah ( PNS ).

    Kadazandusun merupakan suku kaum yang terbesar di negeri Sabah.Mereka menuturkan banyak dialek dalam bahasa Kadazandusun. Walaupunterdapat perbezaan ini namun ianya masih dalam rumpun suku kaumKadazandusun. Dengan adanya pendidikan Bahasa Kadazandusun di sekolah

  • 8/10/2019 dusun.docx

    30/52

    rendah kini, maka bahasa Kadazandusun ini akan dapat di mertabatkan dandikekalkan serta dapat dipelihara daripada pupus.

  • 8/10/2019 dusun.docx

    31/52

    2.3 Makanan Tradisi

    Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bagisesuatu kaum. Terdapat banyak jenis makanan dalam masyarakat Kadazandusun.Biasanya kita dapat melihat pelbagai jenis hidangan ini di musim perayaan sepertiPesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu 30 dan 31 Mei.

    Selain perayaan, biasanya suku kaum Kadazandusun yang tinggal dikampung, masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini.Kita juga dapat melihat dan merasa hidangan seumpama ini pada masa upacara

    seperti perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh suku kaum Kadazandusun. Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialahHinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, Tuhau, Sup Kinoring Bakas (tidak halal) danSup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai caramengikut kebiasaan amalan tradisi kaum Kadazandusun.

    Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazandusun ini amatberbeza dari kaum yang lain terdapat di negeri Sabah. Selain makanan ini lazat,

    sudah tentu ianya juga mempunyai keunikannya yang tersendiri. Masyarakat Sabahtelah dianugerahkan dengan pelbagai jenis makanan. Ini adalah kerana keadaansemulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber pencarianmakanan.

    Contohnya, laut dan sungai yang dibekalkan dengan pelbagai jenis ikan,udang dan sebagainya, hutan rimba yang ditumbuhi dengan pelbagai jenistumbuhan liar, herba, buah-buahan dan didiami pelbagai jenis hidupan liar.

    Masyarakat tempatan Sabah telah memperkenalkan pelbagai jenis makanan tradisi.Kebiasaan ini diamalkan oleh lebih dari tiga puluh golongan etnik yang mana lebih

    http://3.bp.blogspot.com/-RdiTzArkLqs/T1NR9FLOeII/AAAAAAAAACc/Z7QrizUYuVk/s1600/mkn.PNG
  • 8/10/2019 dusun.docx

    32/52

    dipengaruhi dengan cara hidup dan keadaan persekitaran tempat tinggal etniktertentu.

    Masyarakat kaum Kadazandusun di Sabah telah mengamalkan carapemakanan Tradisi sejak turun-temurun dan masih diamalkan sehingga hari ini.

    Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialahHinava, Noonsom, Pinaasakan dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapatdisediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi KaumKadazandusun.

    2.3.1 HINAVA

    Hinava merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaumKadazandusun. Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah Isi ikan( Ikan Tenggiri ) dihiris halus, biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah,halia, bawang merah , limau kapas dan garam.

    2.3.2 NOONSOM

    Noonsom lebih dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Melayu. Terdapat

    beberapa jenis Noonsom yang telah diperkenalkan oleh Kaum Kadazandusun.

    http://2.bp.blogspot.com/-L1pCthorB6o/T1NS6vy64bI/AAAAAAAAACs/iSn5Kla6d58/s1600/Noonsom.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/-517ZQ9Fcd38/T1NSmHviVmI/AAAAAAAAACk/g3GHfC3lHlM/s1600/1394438587_9cfcafc1b4_z.jpghttp://2.bp.blogspot.com/-L1pCthorB6o/T1NS6vy64bI/AAAAAAAAACs/iSn5Kla6d58/s1600/Noonsom.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/-517ZQ9Fcd38/T1NSmHviVmI/AAAAAAAAACk/g3GHfC3lHlM/s1600/1394438587_9cfcafc1b4_z.jpg
  • 8/10/2019 dusun.docx

    33/52

    Antara yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Bambangan danNoonsom Tuhau.

    Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkandan dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan garam. Campurkankesemua bahan dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan selamasepuluh atau dua belas hari sehingga boleh dimakan.

    Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur denganbiji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam. Apabila kesemua bahandicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selamaseminggu sebelum dimakan.

    Noonsom Tuhau - Isi Tuhau dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam

    dan cili merah. Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekasbotol dan biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.

    2.3.3 PINAASAKAN Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah ikan ( ikan air

    tawar/ikan air laut ) , dibersihkan dan dicampur dengan sedikit biji kunyit dan haliayang telah ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau buah asam 'takob-bakob' , garam,serbuk perasa dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sehingga air hampir kering.

    2.3.4 SUP MANUK LIHING Masakan ini lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing' dalam Bahasa Melayu.

    Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam kampung , sejenis minuman keras yanglebih dikenali 'Lihing' di kalangan kaum Kadazandusun dan hirisan halia. Caramenyediakan, rebus daging ayam yang telah dipotong dengan setengah cawanlihing , hirisan halia, garam dan serbuk perasa. Biarkan ia mendidih sehingga dagingayam betul-betul lembut sebelum dihidangkan.

    Mengikut tradisi kaum Kadazandusun, makanan ini sangat sesuai untukwanita yang baru lepas bersalin. Kebanyakan makanan tradisi kaum Kadazandusunhari ini boleh didapati di beberapa restoran tertentu yang biasa menyediakanmakanan tradisi penduduk tempatan.

    Selain dari itu, beberapa hotel terkemuka juga memilih untuk menghidangkan'Hinava' sebagai hidangan khas untuk para pengunjungnya. Keunikan dankepelbagaian makanan tradisi yang diperkenalkan oleh masyarakat tempatan Sabahhari ini merupakan salah satu lagi keistimewaan yang terdapat di negeri di bawahbayu ini.

  • 8/10/2019 dusun.docx

    34/52

    2.4 Muzik Tradisional Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli.

    Sebagai contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggakdiperbuat daripada buluh.

    Alat lain seperti gambus,kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangandibuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuatdaripada giman, sejenis gentian pokok palma. Alat-alat muzik di Sabah, dikelaskankepada ;

    Kordofon - (tongkungon, gambus,sundatang atau gagayan) Erofon - (suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton) Idofon - (togunggak, gong,kulintangan) dan membranofon (kompang,gendang atau

    tontog).

    2.4.1 GONG

    http://3.bp.blogspot.com/-A9jrwKfT4dA/T1woF7aTpAI/AAAAAAAAAGU/w8iGBPuAB2A/s1600/alt+mzuk.PNG
  • 8/10/2019 dusun.docx

    35/52

    Gong merupakan tulang belakang dalamkebanyakan arena permainan muzik dan ianya digunakan dalam hampir kesemuaupacara sosial. Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikutkeperluan masyarakat setempat. Satu atau dua buah gendang juga sering dipalubersama untuk menseragamkan iramanya.

    Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yangtinggi. Ia juga digunakan sebagai hantaran berian, upacara kepercayaan animistic,

    isyarat dan perayaan pesta-pesta menuai Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus diKudat ada membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi galvanic yang dibeli disini. Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam sertatombol yang besar, ditempah dari Filipina, Indonesia atau Berunei.

    2.4.2 BUNGKAU Kecapi mulut dibuat daripada kulit sejenis pokok palma yang dikenali sebagai

    polod oleh suku kaun Kadazandusun. Untuk mengukir bentuknya, ianya memerlukan

    tangan yang halus dan mahir. Alat ini lazimnya ditemui di kawasan-kawasan suku-kaum Dusun.

    Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan denganmemukulnya dengan ibu jari. Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yangkecil tetapi dengan meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh membesarkanbunyinya melalui salun (bunyi yang berbalik).

    Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut sertakedudukan lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya disimpan dalam bekas tiubbuluh kecil agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih.

    http://1.bp.blogspot.com/-H9MbX1C1rGA/T1wobYQ0xnI/AAAAAAAAAGc/3M3n0RlQjPo/s1600/5843888767_fec6a6b316.jpg
  • 8/10/2019 dusun.docx

    36/52

    2.4.3 SOMPOTON (Erofon)

    Organ mulut merupakan alat yang sangatmenarik di antara alat-alat musik tempatan di Sabah. Ianya dibuat daripada sebijibuah labu yang kering dengan lapan batang paip buluh yang disusun dalam dualapisan.

    Salah satu daripada paip ini tidakmempunyai bunyi dan berfungsi untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alattersebut. Dengan meniup atau menyedut mulut labu, sipemain boleh menghasilkansatu bunyian harmoni yang merdu.

    Beberapa kepingan kecil polod(seperti dalam Bungkau) diletakkan padadasar tiap-tiap tepian paip yang berbunyi. Paip tersebut dimasukkan ke dalam

    lubang pada sisi labu kemudian ditampal dengan lilin lebah. Kepingan kecil poloddiletakkan di dalam labu dan menambah salun alat yang baru disiapkan.

    http://4.bp.blogspot.com/-zmY_qMAA_c8/T1wo_8ogpBI/AAAAAAAAAG0/TIeyjptz_O8/s1600/mzk+sompot.PNGhttp://1.bp.blogspot.com/-6dcd7xFFjao/T1wowHgTc1I/AAAAAAAAAGs/GT_Pj3SymxY/s1600/sompoton.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-XwSSCHvbv70/T1womcZ_lKI/AAAAAAAAAGk/3zXCz0Tx2D8/s1600/musical_sompoton.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-zmY_qMAA_c8/T1wo_8ogpBI/AAAAAAAAAG0/TIeyjptz_O8/s1600/mzk+sompot.PNGhttp://1.bp.blogspot.com/-6dcd7xFFjao/T1wowHgTc1I/AAAAAAAAAGs/GT_Pj3SymxY/s1600/sompoton.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-XwSSCHvbv70/T1womcZ_lKI/AAAAAAAAAGk/3zXCz0Tx2D8/s1600/musical_sompoton.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-zmY_qMAA_c8/T1wo_8ogpBI/AAAAAAAAAG0/TIeyjptz_O8/s1600/mzk+sompot.PNGhttp://1.bp.blogspot.com/-6dcd7xFFjao/T1wowHgTc1I/AAAAAAAAAGs/GT_Pj3SymxY/s1600/sompoton.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-XwSSCHvbv70/T1womcZ_lKI/AAAAAAAAAGk/3zXCz0Tx2D8/s1600/musical_sompoton.jpg
  • 8/10/2019 dusun.docx

    37/52

    Paip-paip buluhnya diikatkan bersama dengan rotan yang telah diraut nipis.Semada memainkan sompoton, seseorang pemain menutup dan membuka tigadaripada empat paip terpendek pada hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dantiga lubang kecil pada dasar paip terpendek serta hadapan dan belakang paip yanglebih panjang dengan jari tangan kiri.

    Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk hiburanpersendirian atau dalam kumpulan untuk mengiringi tarian. Ianya popular dikalangan sukukaum Kadazandusun.

    2.4.4 TOGUNGGAK (idiofon) Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di

    kalangan suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang., idiofonbambu paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau perarakandi pesta-pesta.

    Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh(tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkanmenyerupai satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskanbunyinya mengikut gong sebenar yang dimainkan.

    2.4.5 KULINTANGAN (Idiofon) Pada mulanya alat ini diperkenalkan di barat Sabah oleh suku kaum Brunei

    tetapi secara tradisional ianya juga digunakan oleh suku kaum Bajau dan beberapasuku Dusun/Kadazan. Selalunya, ia dimainkan dalam majlis-majlis dan perayaan

    http://1.bp.blogspot.com/-jSYXM2DFTYc/T1wpAzV0nTI/AAAAAAAAAG4/BkVpWSUo-_A/s1600/bamboo-togunggak.jpg
  • 8/10/2019 dusun.docx

    38/52

    seperti majlis perkahwinan dan upacara keagamaan, di mana ianya diiringi olehgong-gong tradisional.

    Alat ini merangkumi lapan ataupun 9 buah gong-gong cerek yang kecil.Setiap daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza-beza apabiladipukul. Gong-gong cerek ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di atas sebuahrangka kayu rendah. Biasanya sipemain duduk di atas lantai berhadapan denganbarisan gong sambil memukulnya dengan dua pemukul kayu kecil.

  • 8/10/2019 dusun.docx

    39/52

    2.5 Pakaian Tradisi

    Kadazandusun terkenal dengan kaum yang mempunyai banyak sub-etnikyang kaya dengan budaya mereka sendiri. Oleh itu, setiap kaum dalam kadazan-dusun mempunyai perbezaannya pakaian tradisionalnya yang tersendiri. Setiapetnik dalam kaum kadazan-dusun ini mempunyai keunikannya yang tersendiriContohnya pakaian tradisi bagi etnik dusun bundu di Ranau dan Liwan di Tambunanadalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan jugaKimaragang di Kota Marudu.

    Pakaian ini biasanya dipakai dimusim perayaan seperti pesta kaamatan dan juga upacara khas seperti perkahwinan. Kebiasaannya para gadis dari kaumKadazandusun akan memperagakan jenis pakaian tradisi ini apabila adanyapertandingan unduk ngadau kaamatan di peringkat negeri Sabah. Antara perbezaanpakaian suku kaum kadazan-dusun ialah seperti berikut: Pakaian tradisi suku kaumKadazandusun kaya dengan keunikannya. Ini adalah kerana, ianya berlainandiantara satu tempat dengan tempat yang lain. Setiap etnik dalam kaumKadazandusun ini mempunyai perbezaan dari segi pakaian tredisinya.

    Contohnya pakaian tradisi bagi etnik Dusun Bundu di Ranau dan Liwan diTambunan adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan

    juga Kimaragang di Kota Marudu. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun inimempunyai keunikannya yang tersendiri.

    Kebanyakan daripada mereka telah mengekalkan corak dan warna pakaiantradisi yang asli. Warna yang amat popular ialah warna hitam. Warna ini banyakdigunakan kerana pada masa dahulu, penduduk asli negeri Sabah hanya

    http://1.bp.blogspot.com/-SOUhfr3KLiA/T1NTWDlC7MI/AAAAAAAAAC0/2LvTmc35Eog/s1600/costume-kadazan.jpg
  • 8/10/2019 dusun.docx

    40/52

    bergantung kepada beberapa jenis tanaman dan sayuran untuk dijadikan cecairpencelup kain.

    Mereka hanya perlu menambahkan manik-manik berbagai jenis warnaseperti merah, oren, putih serta hijau sebagai perhiasan tambahan. Pakaian tradisi

    juga termasuklah manuk-manik antik yang dijadikan kalung, tali pinggang, baranganantik berukiran berwarna perak dan tali pinggang yang diperbuat daripada wangsyiling dolar berwarna perak. Kesemuanya ini merupakan khazanah turun-temurunyang sangat berharga serta tinggi nilainya.

  • 8/10/2019 dusun.docx

    41/52

    Berikut adalah beberapa keterangan tentang pakaian tradisi suku kaum

    kadazansusun yang amat popular di negeri Sabah.

    2.5.1 Suku Kaum Kadazandusun Penampang i. Ciri-ciri pakaian tradisi.

    Blaus tidak berlengan,berwarna hitam baldu untuk wanita(Sinuangga). Blaus berlengan pendek, berwarna hitam(baldu) untuk wanita petengahan umur.

    (Sinompukung) Blaus berlengan panjang untuk wanita golongan tua terutamanya

    'bobohizan'(kinoingan). Kemeja berwarna hitam baldu, atau panjang untuk golongan lelaki. Sarong (tapi) panjang berenda 'siling', berwarna hitam Siga - pelbagai corak dan motif pada tenunan

    ii. Perhiasan pakaian. renda 'siling' utama keemasan pelbagai corak.

    iii. Barangan kemas Himpogot - wang syling berwarna perak.

    Tinggot - Tali pinggang berwarna perakdiperbuat daripada wang syling dolar abadawal 20-han.

    Tangkong - Diperbuat daripada leburan logam tembaga bercorakkan gong danberbentuk cincin (husau) yang disarungkan dalam lingkaran rotan yang halus.

    Gelang (gohong) Rantai leher (hamai) Anting-anting (simbong) Cincin (sinsing) Kerongsang berwarna keemasan

  • 8/10/2019 dusun.docx

    42/52

    2.5.2 Rungus Di Kudat i. Ciri-ciri Pakaian Tradisi

    Blaus berwarna hitam bercorak yang dipakai aras dada ke pinggang dipanggil'Banat Tondu'.

    Sarong(Tapi Rinugading) hingga ke paras lutut sahaja. Kain hitam berukuran lebar 28-30 sm. Ia disarungkan ke leher lalu diletakkan di

    bahu dan berjuntai ke lengan berbentuk pakaian berlengan. Baju Kemeja hitam berlengan pendek atau panjang untuk golongan lelaki. Siga

    ii. Perhiasan Pakaian Kain bercorak, tenunan halus pelbagai corak. Cincin tembaga serta manik-manik antik disarungkan dalam 'togung ' menjadi tali

    pinggang berwarna-warni yang dipanggil 'orot'. Manik-manik dipanggil " lobokon " digantung di pinggang. Sepasang selendang (pinakol) berukuran 6-8 sm lebar. Ia diperbuat daripada

    manik-manik berunsurkan corak purbakala.

    iii. Barangan Kemas Rantai leher (sandang) diperbuat daripada kulit kerang (Kimia) berwarna putih

    berkilauan dan tulang haiwan. Sanggul (titimbok) 'Burambun' dan 'Giring' barangan antik yang diperbuat daripada logam emas

    berbentuk loceng. 'Sisingal' - manik-manik serta kulit kerang diikat bersama membentuk rantai yang

    diikat di bahagian dahi. Cebisan kain dijahit membentuk tocang (rampai) berwarna-warni, diikat di tengkuk.

    2.5.3 Kadazandusun Papar i. Ciri-ciri Pakaian Tradisi

    Blaus baldu hitam berlengan panjang (siya) Blaus putih (baju dalam) Sarong (gonob) baldu hitam hingga paras lutut. Siga (lelaki) Baju kemeja baldu hitam berlengan panjang. Siung (wanita)

  • 8/10/2019 dusun.docx

    43/52

    berbulu binatang (burung) berwarna apa sahaja untuk wanita bujang. berbunga-bunga untuk golongan wanita sudah berkahwin. tiada perhiasan di siung .

    ii. Perhiasan Pakaian Butang berwarna keemasan (kubamban) sebanyak 8 pasang di dada. Renda keemasan (siling) dan labuci (dijahit disekeliling lipatan tangan dan leher) 8 pasang butang berwarna keemasan dijahit di lengan blaus. Tenunan 'rinangkit ' bercorak cetusan bintang dijahit secara menegak dan melintang

    pada sarong (gonop).

    iii. Barangan Kemas 3 bentuk kerongsan antik keemasan berbentuk duit syiling. Gelang (belilit) perak. Tali pinggang berwarna perak (rupiah) berbentuk duit syiling.

    iv. Cara Pemakaian. 3 pasang untuk wanita bujang. 2 pasang untuk wanita berkahwin. 1 pasang untuk wanita berstatus balu atau golongan berumur.

    Tali pinggang kecil berwarna perak untuk menunjukkan si pemakai dari golonganberada.

    2.5.4 Lotud Tuaran " Lorud "(Blaus berlengan panjang)a) Dipakai oleh Lotud Tantagas semasa upacara rasmi.

    i. Ciri-ciri Pakaian Tradisi Blaus hitam berlengan panjang (sukub kopio), bercorak warna merah sebagai

    warna utama. Tinobugi berwarna merah, kuning keemasan dijahit pada pergelangantangan, tepian blaus dan di dada.Corak bermotif bambu (Ukob)berwarnamerah,oren, biru dan hijau dijahit tangan di atas jahitan warna keemasan dipergelangan tangan.

    " Gonob " pula bercorak warna merah dijahit ditepi kiri (bangkit) serta tinobugi dijahitmelintang diparas betis. Ukuran gonob adalah dibawah paras lutut.

    Sandai. Ia sejenis kain skaf panjang yang dipakaikan disekeliling bahu.

    ii. Perhiasan Pakaian Kain putih (haboi) sebagai tali pinggang .

  • 8/10/2019 dusun.docx

    44/52

    Tali pinggang (loti) putih dan perak. Ditambah dengan 2 kelepak ikatan hitam untukwanita sudah berkahwin.

    Rambut disanggul seperti 'Sinulug' (atas) 'Sinungkok' (bawah) "Ginuli" pula dililitkandi sekeliling sanggul 'sinulug'.

    Sigar dan siwot. Sigar - Ia diperbuat daripada daun nipah serta mempunyai daun emas. Brunei yang

    diukir tangan. Tepian sigar dihias dengan rotan yang dicelup dengan warna merah.

    Siwot - Ia terdiri daripada ikatan 4 helai bulu ayam putih diikat dengan kain merah .Setiap bulu dilekatkan pada cebisan bambu nipis. Beberapa helai bulu hitamdisertakan juga. Helaian 1 dan 4 mesti mempunyai rantai manik emas dan biruberhiaskan cebisan kain merah.

    iii. Barangan Kemas Himpogot wang syling berwarna perak. Tinggot - Tali pinggang berwarna perakdiperbuat daripada wang syling dolar abad

    awal 20-han. Tangkong - Diperbuat daripada leburan logam tembaga bercorakkan gong dan

    berbentuk cincin (husau) yang disarungkan dalam lingkaran rotan yang halus. Gelang (gohong) Rantai leher (hamai) Anting-anting (simbong) Cincin (sinsing) Kerongsang berwarna keemasan.

    2.5.5 Dusun Tindal Tempasuk Kota Belud i. Ciri-ciri Pakaian Tradisi

    Blaus berlengan panjang (sinipak ) berwarna hitam. Gonob (sarong) paras lutut.

    ii. Perhiasan Pakaian Renda bercorak dijahit tangan pada lengan blaus. Lengan blaus di atas siku ke bawah pula dibelah dan dijahit tangan dengan

    berbagai corakl kain berenda. Kain hitam berlapis-lapis dengan renda kuning keemasan (sunduk do sunalatan)

    disandang di tangan sebelah kanan.

  • 8/10/2019 dusun.docx

    45/52

    2 pasang selendang merah. Kain dastar sebagai kolar baju.(selindang lolopot) Gonob ditenun sendiri oleh suku kaum Dusun Tindal menggunakan kain tenunan

    dari hasil pemprosesan pisang larut (textil musa)

    iii. Barangan Kemas Manik-manik antikb)Tali pinggang yang lebar (Kinokogis)a) Sinipogot - 4 gelang

    sinipogot yang diperbuat daripada wang syiling dolar perak. Gelang Perak ( Saring Perak ). Anting-anting Perak. Beg kecil berwarna perak (pouch) diukir tangan beserta rantai leher (kiupu). Ia

    dipakai sebagai rantai leher.

    2.5.6 Murut Tagal Dari Daerah Keningau i. Ciri-ciri Pakaian Tradisi.

    Blaus tidak berlengan ( sampayau pinongkoh ). Sarung ( tapi ) berwarna hitam paras bawah lutut. Keunikan Tenunan manik-manik

    berwarna-warni dan bercorak secara melintang dan menegak di seluruh bahagian

    depan dan belakang blaus serta sarung.

    ii. Perhiasan Pakaian Manik-manik bercorak serta berwarna-warni seperti warna merah, putih, oren dan

    hijau.

    iii. Barangan Kemas Tali pinggang ( tirol ringgit ) yang diperbuat daripada wang syiling antik dolar warna

    perak. Tali pinggang ( sukayan ) diperbuat daripada manik kristal berwarna merah / coklat (

    sapulu ). Manik-manik warna biru ( botina ) dipakai ( berjuntai ) pada pinggang. Tali pinggang ( bungkas ) diperbuat daripada manik-manik yang berlapis-lapis

    berwarna putih yang sukar didapati sekarang. Bungkas merupakan warisan turuntemurun ahli keluarga dan bernilai RM 10 000. 00.

    Rantai leher berwarna putih biru dan merah yang diperbuat daripada manik danukiran kayu.

    Gelang tangan yang diperbuat daripada manik dipakai di atas paras siku.

  • 8/10/2019 dusun.docx

    46/52

    2.6 Tarian Tradisional

    Setiap etnik menunjukkan cara hidup mereka melalui muzik dan tarian.Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang terkenaldi seluruh Malaysia. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucapkesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untukmenolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Juga melaluinya ibu-bapa/keluarga dapat menonton dan memilih bakal menantu yang berpotensi.

    Irama Sumazau adalah perlahan. Alat alat pengiring tarian adalah set gongdan gendang. Pasangan penari berhadapan dan menggerak-gerakkan kakiberlangkah kecil, sementara tumit kaki diangkat-turunkan mengikut irama. Ketika

    menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang.Biasanya Sumazau ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan PestaKaamatan.Antara jenis tarian suku kaum Kadazandusun di Sabah adalah sepetiberikut :

    i. Liliput Liliput merupakan tarian bagi etnik Bisaya di daerah Beaufort. Liliput ditarikan

    secara berpusing-pusing. Tarian ini biasanya ditarikan semasa upacara menghalau

    roh jahat daripada badan seseorang dan mengembalikan semangatnya. Upacara inihanya akan ditamatkan setelah semangat orang itu kembali ke badannya.

    ii. Menangkuk Tarian ini dipersembahkan oleh kaum Kadazandusun Kota Marudu di utara negeri

    Sabah. Ia biasanya ditarikan semasa perkahwinan dan upacara-upacara lain. Penariakan mempersembahkan tarian ini dengan menggunakan piring yang diletakkan diatas telapak tangan.

    Tarian ini ditarikan dengan melenggangkan punggung tanpa menjatuhkan piring.Sekiranya piring itu jatuh, ianya menunjukkan petanda yang buruk, terutamanyasemasa tarian ini dipersembahkan semasa hari perkahwinan. Kadang-kadang lilinyang dinyalakan akan letakkan diatas piring tersebut untuk membuatkan tarian itulebih menarik.

    iii. Mogunatip Mogunatip adalah tarian yang dipersembahkan oleh kaum asli dari pedalaman

    Sabah termasuk kaum Kadazandusun dari Tambunan, Kwijau Dusun dari Keningau

  • 8/10/2019 dusun.docx

    47/52

    dan beberapa kumpulan daripada suku kaum Murut. Mogunatip diambil daripadaperkataan "atip" yang bermaksud menekan antara dua permukaan.

    Penari mogunatip memerlukan kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk menarimelintasi buluh yang dipukul serentak untuk menghasilkan bunyi dan irama tariantersebut. Tarian ini merupakan tarian yang dipersembahkan semasa upacara-upacara yang tertentu untuk menghormati tetamu.

    iv. Mongigol Sumundai Mongigol Sumundai adalah tarian daripada daerah kudat dan Pitas yang

    dipersembahkan oleh suku kaum Rungus . Kedua-duanya dipersembahkan olehsuku kaum Rungus. Kedua-duanya dipersembahkan sekaligus semasa perayaandan upacara pemujaan semangat. Tarian ini ditarikan oleh 3 hingga 8 orang penari

    perempuan dan diketuai oleh penari lelaki. Penari perempuan akan merapatkan bahu antara satu sama lain dan menggerakan

    pergelangan tangan dengan langkah-langkah yang perlahan dan lembut. Pakianyang digunakan oleh penari perempuan adalah pakaian tradisional suku kaumRungus. Tarian ini diiringi dengan 4 gong dan gendang yang dinamakan ' Tontog'.

    v. Paina Paina merupakan tarian suku kaum Kadazandusun dari daerah Membakut. Ianya

    dipersembahkan semasa upacara kesyukuran terhadap semangat padi. Ia biasanya dipersembahkan oleh sekumpulan lelaki dan perempuan. Pakaian yang

    dipakai oleh penari perempuan adalah serba hitam dengan dihiasi butang yangterang dan menyerlah manakala penari lelaki pula memakai ' sigar ' di kepala dan 'sandai ' yang tergantung dari leher.

    vi. Sumayau ( Mongigol Tuaran ) Tarian ini merupakan tarian pemujaan semangat oleh suku kaum Dusun Lotud di

    daerah Tuaran. Ia biasanya dipersembahkan semasa Upacara ' Rumaha ' ( Upacaramemuja tengkorak kepala ), ' Magahau ' ( Upacara pemujaan semangat Tajau ).

    Sumayau dipersembahkan lebih daripada 8 orang pasangan yang berpakaian serbahitam dengan lengan panjang dan selendang yang panjang mengelilingi leher.Penari perempuan pula memakai bulu burung di bahagian kepala yangdigabungjalinkan sementara penari lelaki memakai ' sigar '.

    Penari perempuan menggerakkan tapak kaki mereka dengan perlahan , sementarapenari lelaki berdiri dan menggoncangkan ' giring ' atau loceng kecil ang dilekatkanpada pakaian mereka.

  • 8/10/2019 dusun.docx

    48/52

    vii. Sumazau Papar Tarian ini berasal dari daerah Papar, Sabah. Ianya biasa ditarikan oleh gabungan

    penari lelaki dan perempuan. Keunikan pergerakan tapak kaki penari perempuan, tumit bertemu tumit, ibu jari

    bertemu ibu jari. Ini membuatkan tarian ini lebih unik dan serta menarik. Penariperempuan memakai pakaian tradisi suku kaum Kadazandusun dari daerah Papar,dengan ' seraung' yang diletakkan atas kepala dan bulu berwarna-warni atas 'seraung ' yang dipanggil ' senaundung '.

    Penari lelaki pula memakai ' siga ' pada kepala mereka dan juga skaf / selendangyang dikenali sebagai ' sandai '.

    viii. Sumazau Penampang Sumazau Penampang adalah tarian tradisional suku kaum Kadazandusun. Tarian

    ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan dan juga upacara pemujaansemangat padi ( Bambaazon ).

    Penari mempersembahkan tarian mereka secara berpasangan. Kedua-dua penarilelaki dan perempuan mula menari dengan irama yang lembut dan perlahanmengikut paluan gong. Dengan ' pangkis ' dari penari lelaki biasanya, inimenandakan pertukaran corak tarian akan dilakukan. ' Pangkis ' dari penari lelaki iniakan lebih memeriahkan lagi suasana tarian ini.

    Pakaian yang dipakai oleh penari ini ialah pakaian serba hitam dengan jalur kuningemas. Penari perempuan memakai ' tangkong ', ' tinggot ', dan ' Himpogot '. Penarilelaki pula memakai ' sigar ' di kepala. Tarian ini biasanya diiringi oleh paluan gongatau pun ' togunggu '.

    ix. Titikas Titikas adalah tarian tradisional suku orang sungai di kawasan Kinabatangan,

    Sandakan. Tarian ini biasanya ditarikan untuk menyambut ketibaan tetamu kehormatdan juga semasa perayaan.

    Pergerakan tangan semasa menari ialah sama seperti permainan ' Ingki-ingki '. Alarmuzik yang digunakan untuk mengiringi tarian ini dikenalai sebagai ' titikas ', 'gabang ', ' kantung ' , dan juga gong.

  • 8/10/2019 dusun.docx

    49/52

    2.7 Perayaan

    2.7.1 Pesta Kaamatan

    Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikantuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain Sabah.Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada30 dan 31 Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atauunduk ngadau, tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan olehBobohizan "ketua pendita"

    Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' dalam bahasa Kadazandusun. Kadazanpercaya kepada makhluk halus dan dipercayai terdapat lima makhluk halus:Kinoringan(Ketua makluk halus & Pencipta), Rusod(semangat semua benda hidupkecuali manusia), Koududuwo (semangat manusia), Tombiruo (semangat orangyang telah meninggal), dan Rogon (semangat jahat).

    Menurut kepercayaan Kadazan, semangat padi merupakan Kinoingan

    (Kinorohingan dalam dialek Dusun) yang dikenali sebagai Bambaazon, disembahsebagai pencipta dan berkuasa sumber kepada kewujudan. Semangat padi

    http://4.bp.blogspot.com/-SjVGxM_iGsw/T1xUN3OTq2I/AAAAAAAAAHE/4TOIvUKIKf0/s1600/magunatip+(1).jpghttp://3.bp.blogspot.com/-52hlOZwY--Y/T1xUXQDZcNI/AAAAAAAAAHM/J6ArJCUd544/s1600/kaamatan.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-SjVGxM_iGsw/T1xUN3OTq2I/AAAAAAAAAHE/4TOIvUKIKf0/s1600/magunatip+(1).jpghttp://3.bp.blogspot.com/-52hlOZwY--Y/T1xUXQDZcNI/AAAAAAAAAHM/J6ArJCUd544/s1600/kaamatan.jpg
  • 8/10/2019 dusun.docx

    50/52

    Bambaazon dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayaibahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan."

    Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi

    mereka dan bersuka-ria. Selain menari Sumazau dengan alat muzik tradisi, tapai(arak beras) dihidangkan sebagai minuman istimewa. Penduduk Sabah akanmenyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau'Selamat Hari Menuai'. Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau"ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitusemangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum kadazandusunsejak zaman berzaman.

    Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi.

    Pesta Kaamatan yang kita rayakan dewasa ini telajh diluluskan oleh MajlisUndangan Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yangbertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkansebagai Cuti Umum ialah Allahyaraham YAB Tun Haji Mohamad Fuad Stephens,SMN, PSM. SPDK, PNBS, bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama.

    Asal Usul MagavauTerdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi

    suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ianya tetap membawa maksudyang sama.

    Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundumempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untukmenyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidakmempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankananak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikuburmenurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telahmengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepadakita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi.

    Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberinama "Bambazon".Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusunmemulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kita rayakandewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datangbertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padiyakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai

    ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi.

  • 8/10/2019 dusun.docx

    51/52

  • 8/10/2019 dusun.docx

    52/52

    Kesimpulan Masyarakat pelbagai etnik dan kebudayaan hidup dalam keadaan yang harmoni dansaling bantu membantu antara satu sama lain adalah merupakan keunikan baginegeri Sabah. Masyarakatnya hidup dalam keadaan kepelbagaian budaya dan

    menarik perhatian ramai pelancong luar ke negeri ini.