ds bhs malaysia thn 2 sk

50
DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH BAHASA MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN DUA 2011

Upload: mohd-halim

Post on 02-Jun-2015

1.041 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ds bhs malaysia thn 2 sk

DRAF

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

BAHASA MALAYSIASEKOLAH KEBANGSAAN

TAHUN DUA

2011

Page 2: Ds bhs malaysia thn 2 sk
Page 3: Ds bhs malaysia thn 2 sk

DOKUMEN STANDARD

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH(KSSR)

MODUL TERAS ASAS

BAHASA MALAYSIASEKOLAH KEBANGSAAN

TAHUN DUA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Page 4: Ds bhs malaysia thn 2 sk

Cetakan Pertama 2011© Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalamapa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelummendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Page 5: Ds bhs malaysia thn 2 sk

KANDUNGAN

RUKUN NEGARA

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDAHULUAN

TUNJANG KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

MATLAMAT

OBJEKTIF

FOKUS

SUSUNAN KANDUNGAN STANDARD KURIKULUM BAHASA MALAYSIA

Standard Kurikulum

Kemahiran Bahasa

Aspek Seni Bahasa

Aspek Tatabahasa

Sistem Bahasa

Pengisian Kurikulum

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Menulis

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Aspek Seni Bahasa

Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Aspek Tatabahasa

Muka Surat

v

vi

1

2

3

3

4

4

4

4

5

5

5

7

9

13

17

21

25

27

Page 6: Ds bhs malaysia thn 2 sk
Page 7: Ds bhs malaysia thn 2 sk

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih eratdalam kalangan seluruh masyarakatnya; memeliharasatu cara hidup demokratik; mencipta masyarakatyang adil bagi kemakmuran negara yang akandapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresifyang akan menggunakan sains dan teknologimoden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akanmenumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untukmencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v

Page 8: Ds bhs malaysia thn 2 sk

Pendidikan di Malaysia adalah suatuusaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individusecara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosidan jasmani berdasarkan kepercayaan

dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha iniadalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmupengetahuan, berketerampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab danberkeupayaan mencapai kesejahteraan

diri serta memberikan sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara.

vi vi

Page 9: Ds bhs malaysia thn 2 sk
Page 10: Ds bhs malaysia thn 2 sk

PENDAHULUAN

Dunia pendidikan mengalami perkembangan yang sangat dinamikdalam arus globalisasi. Perkembangan ini juga menuntut perubahandalam kurikulum. Seiringan dengan itu, Kementerian PelajaranMalaysia mengambil inisiatif menyemak dan melakukanpenambahbaikan dalam kurikulum.

Selaras dengan perubahan tersebut, kurikulum Bahasa Malaysiaturut melalui proses semakan dan penambahbaikan dalampenggubalannya hingga terhasil Standard Kurikulum BahasaMalaysia. Standard yang diketengahkan ini mengandungi StandardKandungan dan Standard Pembelajaran. Standard Kurikulum inimerupakan pernyataan yang merangkumi pengetahuan, kemahirandan nilai murni yang mesti dipelajari dan dikuasai oleh murid disekolah kebangsaan.

Penggubalan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia berpaksikanRukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan FalsafahPendidikan Kebangsaan. Standard ini menjujung peranan bahasaMelayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasaperpaduan negara, bahasa ilmu dan bahasa pengantar di sekolah.Standard ini turut menitikberatkan penggabungjalinan kemahiranbahasa, penyerapan ilmu dan nilai murni. Standard KurikulumBahasa Malaysia boleh dijadikan pemangkin untuk memahami akalbudi, pemikiran dan sosiobudaya penuturnya ke arah melahirkansemangat cinta akan bahasa dan tanah air yang dikongsi bersamadalam satu wawasan demi memartabatkan bahasa Melayu.

Pada asasnya, pembinaan kerangka standard ini berdasarkanprinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Standard inimengetengahkan pendekatan berbentuk modular dan pembelajaransecara didik hibur bagi mencungkil potensi murid untuk menerokapelbagai bidang ilmu pengetahuan. Seterusnya,

1

membolehkan murid memperkembangkan keupayaan danpenguasaan kemahiran bahasa, serta berkomunikasi menggunakanbahasa Melayu secara berkesan dan bertatasusila dalam semuaurusan.

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaanmengambil kira pendekatan pengajaran bahasa Malaysia sebagaibahasa pertama. Kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran, minatdan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid turut diberipenekanan. Selain itu, aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah turutdijadikan landasan bagi membina keyakinan diri, mengetengahkanbakat, memupuk sifat kepemimpinan, dan ketokohan murid dalampelbagai bidang. Aktiviti kokurikulum juga berupaya memantapkanpenguasaan berbahasa murid serta menyokong pelaksanaanStandard Kurikulum Bahasa Malaysia.

Page 11: Ds bhs malaysia thn 2 sk

TUNJANG KURIKULUM STANDARDSEKOLAH RENDAH

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan enamtunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai;Kemanusiaan; Literasi Sains dan Teknologi; Fizikal dan Estetika;dan Keterampilan Diri. Enam tunjang tersebut merupakan domain

Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yangseimbang, berpengetahuan dan berketerampilan seperti yangterdapat dalam Rajah 1.

utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukandengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.

Rajah 1: Standard Kurikulum Berasaskan Enam Tunjang

2

Page 12: Ds bhs malaysia thn 2 sk

MATLAMATviii membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubaluntuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa danboleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperolehpengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea sertahubungan sosial dalam kehidupan harian.

OBJEKTIF

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran StandardKurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berkeupayaan untuk:

mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul;ix. membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada

pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas danintonasi yang betul;

x. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dantersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi responsdengan betul;

xi. membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumatyang terdapat dalam pelbagai bahan;

xii. membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkayakosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca;

xiii. melakukan aktiviti pramenulis dengan betul;xiv. menulis secara mekanis dengan betul dan kemas;xv. membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan

i.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arahbunyi persekitaran dengan teliti dan betul;mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaituabjad, perkataan, frasa dan ayat dengan betul;mendengar, memahami dan memberikan responsberdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul;bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentangsesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal denganbetul secara bertatasusila;bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkarayang didengar menggunakan sebutan yang jelas dan intonasiyang betul;berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatuperkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secarabertatasusila;berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatuperkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila;

3

betul;xvi. menulis imlak dengan tepat;xvii. mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat

tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yangsantun;

xviii. menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genredengan betul;

xix. mengedit dan memurnikan hasil penulisan;xx. menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh

daripada pelbagai sumber;xxi. menggunakan sistem bahasa yang betul dalam

pertuturan, pembacaan dan penulisan; danxxii. menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap

positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan melaluiaktiviti berbahasa.

Page 13: Ds bhs malaysia thn 2 sk

kemahiran dan nilai murni.

FOKUSPada akhir pembelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah, muriddapat memperkaya kosa kata, mempertingkatkan pemahamanberbahasa dan menguasai bahasa serta berkomunikasi secaraberkesan bagi menyampaikan pendapat, idea dan maklumat dalam

Standard Pembelajaran

Pernyataan tentang penetapan kriteria untuk memastikankualiti pembelajaran dan pencapaian murid bagi setiapstandard kandungan.

pelbagai situasi pembelajaran, hubunganharian.

sosial dan kehidupan

Kemahiran Bahasa

SUSUNAN KANDUNGAN STANDARDKURIKULUM BAHASA MALAYSIA

Standard Kurikulum

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubaldengan memberikan penekanan pada Standard Kandungan danStandard Pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukanoleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran iniberpaksikan Kemahiran Bahasa dan Sistem Bahasa yang disokongoleh elemen Pengisian Kurikulum.

Standard ini digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungandan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid sekolahkebangsaan. Standard ini dipersembahkan dalam bentuk modularyang dibahagikan kepada bahagian dan unit yang mengandungielemen pengetahuan, kemahiran serta nilai murni yang perludikuasai oleh murid.

Standard Kandungan

Pernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dandapat dilakukan oleh murid dalam suatu tempohpersekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan,

4

Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiranbertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiranbahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengardengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkarayang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, sertadapat memberikan respons.

Kemahiran Bertutur

Kemahiran bertutur merujuk keupayaan murid berkomunikasiuntuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat,pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengansebutan dan intonasi yang betul secara sopan danbertatasusila. Penekanan juga diberikan pada penggunaantatabahasa yang betul.

Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membacadengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul.Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan

Page 14: Ds bhs malaysia thn 2 sk

penaakulan pelbagai bahan secara kritis denganmenggunakan pelbagai teknik membaca. Di samping itu,murid juga berupaya menghayati teks yang dibaca.

Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merujuk keupayaan murid menulisperkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis

tatabahasa dengan betul dan tepat dalam konteks yang diajarkansecara terancang.

Sistem Bahasa

Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, sebutandan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Pelaksanaan sistem bahasa

penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysiapengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perludiberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda bacadan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas.Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untukmenghasilkan penulisan berunsur pengetahuan danimaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa ini diperolehmelalui situasi dan konteks dalam pelbagai bahan prosa,

membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan bahasaMelayu baku. Penerangan bagi perkara tersebut dinyatakan dibawah.

Tatabahasa

Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis.puisi dan grafik.

Morfologi

Aspek Seni Bahasa Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentukdan golongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran

Aspek seni bahasa merujuk keupayaan murid memahami, atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melaluipembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. Muridmemperoleh bahasa yang indah secara didik hibur daripada tekniknyanyian, bercerita, berlakon dan berpuisi. Seni bahasa jugamenampakkan keindahan bahasa dari segi pembentukan ayatyang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan danpersonifikasi yang terdapat dalam puisi dan prosa kreatif. Idea yangkreatif dapat dilahirkan oleh murid melalui lisan dan penulisan.

Aspek Tatabahasa

Bentuk kata pula ialah unit tatabahasa sama ada bentuk tunggalatau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan danpenggandaan. Golongan kata pula ialah proses menjeniskanperkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengananggota yang lain dalam golongan yang sama.

a. Struktur kata merujuk pola suku kata bagi:i. kata asli bahasa Melayuii. kata pinjaman bahasa Melayu

b. Bentuk kata terdiri daripada:i. kata tunggal

Aspek tatabahasa merujuk keupayaan murid menggunakan ii. kata terbitan

5

Page 15: Ds bhs malaysia thn 2 sk

iii. kata gandaiv. kata majmuk d. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang

c. Proses pembentukan kata meliputi:i. pengimbuhanii. penggandaaniii. pemajmukan

e. Binaan ayat;i. ayat dasarii. ayat tunggaliii. ayat terbitan atau ayat majmuk

Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata ini, yang amat f. Proses ayat terbitan:kompleks ialah pengimbuhan. Oleh itu, penekanan hendaklahdiberikan pada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari segibentuk dan makna termasuk aspek baharu dalam prosespengimbuhan.

d. Golongan kata terdiri daripada:i. kata namaii. kata kerjaiii. kata adjektifiv. kata tugas

Sintaksis

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur,dan binaan ayat. Hal ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajiantentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedahpenggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompokperkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberikantumpuan adalah seperti yang berikut:

i. proses penggantianii. proses pengguguraniii. proses penyusunan semulaiv. proses peluasan.

Tanda Baca

Tanda baca penting dikuasai dalam komunikasi tulisan untukmemastikan keselarasan dan juga makna yang tepat. Misalnya,koma dan tanda noktah mewakili hentian dalam pertuturan.Penggunaan tanda baca yang betul dapat mewakili intonasi dalambacaan dan penulisan.

Sistem Ejaan

Perkara yang diberikan penekanan ialah;i. Pola keselarasan huruf vokalii. Ejaan kata pinjamaniii. Ejaan kata dasar dan kata terbitan

a. Unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan aspekpembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat.

Sebutan dan Intonasib. Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat

seruan

c. Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif

6

Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebutperkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda.Kemahiran yang ditekankan ialah kebolehan mengenal pasti dan

Page 16: Ds bhs malaysia thn 2 sk

membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supayamurid dapat menyampaikan maksud dengan tepat.

a. SebutanSebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu katadengan betul. Sebutan bahasa Malaysia yang diajarkan di sekolahhendaklah menggunakan sebutan bahasa Melayu baku.

b. IntonasiIntonasi ayat bahasa Melayu yang betul hendaklah diajarkanmengikut pola yang berikut:i. ayat penyataii. ayat tanyaiii. ayat perintahiv. ayat seruanv. ayat terbalik atau songsangvi. ayat aktif

Nota:Buku Tatabahasa Dewan edisi terkini ialah buku tatabahasa yang menjadi sumberrujukan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu edisi terkini ialah buku panduan ejaanyang menjadi rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pengisian KurikulumElemen dalam pengisian kurikulum ialah ilmu, nilai murni,kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilaitambah. Penerangan ringkas bagi setiap elemen seperti yangberikut:

Ilmu

Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, contohnya ilmuvii. ayat pasif dalam bidang sains, dan geografi dapat digunakan untuk

memperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Ilmu lainyang berkaitan dengan hal-hal semasa juga boleh dipertimbangkan

Kosa kata

Kosa kata terdiri daripada kata umum dan istilah. Penguasaan kosa

oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Nilai Murnikata perlu dipertingkat dan diperkembangkan agar murid dapatmengungkapkan maklumat dan buah fikiran selaras denganpenambahan ilmu dalam mata-mata pelajaran yang dipelajari diperingkat sekolah rendah.

Peribahasa

Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah,bidalan, perbilangan dan kata-kata hikmat perlu diajarkan dalammata pelajaran Bahasa Malaysia. Pemilihan peribahasa hendaklahmengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni masyarakatMalaysia yang berbilang kaum.

7

Penyerapan nilai murni dalam kurikulum Bahasa Malaysia bertujuanmelahirkan insan yang berketerampilan dan memiliki akhlak yangmulia. Selain itu, penghayatan dan amalan murni dapat membentukgenerasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian luhur.Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni dalam masyarakatMalaysia harus dipupuk secara langsung atau tidak langsungselaras dengan nilai-nilai sejagat.

Kewarganegaraan

Penyerapan unsur patriotisme dan kewarganegaraan dalampendidikan bahasa Malaysia mengutamakan pemupukan semangat

Page 17: Ds bhs malaysia thn 2 sk

cinta dan taat akan negara. Di samping itu, pemupukan unsur inibertujuan untuk melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri,cinta akan bahasa dan bangsa serta meningkatkan komitmen Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasiindividu terhadap negara.

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkanPeraturan Sosiobudaya kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer

untuk tujuan komunikasi seperti mengaplikasikan perisian,Peraturan sosiobudaya dalam kurikulum Bahasa Malaysia menghantar dan menerima e-mel, mengakses, memproses,merangkumi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yangdiamalkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Peraturansosiobudaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian

menyebar dan berkongsi maklumat serta berinteraksi sosialmelalui Internet untuk meluaskan penerokaan ilmupengetahuan dalam urusan kehidupan.

masyarakat Malaysia.Kemahiran Belajar Cara Belajar

Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang diajarkan di dalambilik darjah dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian murid.Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah KemahiranBerfikir, Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi,Kemahiran Belajar Cara Belajar, Kajian Masa Depan, KecerdasanPelbagai, Pembelajaran Konstruktivisme, Pembelajaran Kontekstual,dan Kreativiti dan Inovasi, dan Keusahawanan. Peneranganringkas tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan seperti yang

Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada muridsupaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yangberkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan muridmeningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untukmenghadapi dunia yang sering berubah, dan berkeupayaanmengamalkan pembelajaran seumur hidup.

Kajian Masa Depanberikut:

Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untukmendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara

Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui pelbagaiaktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalamkemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea,menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan adalahpenting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masahadapan.

8

atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masadepan. Hal ini bermakna, murid dapat membuat ramalan,menjangka akibat, serta menangani perubahan supaya merekamendapat manfaat yang maksimum.

Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan pelbagai dapat mengembangkan potensikecerdasan, minat dan kecenderungan murid kerana setiap

Page 18: Ds bhs malaysia thn 2 sk

individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.Kecerdasan pelbagai merangkumi kecerdasan verbal linguistik,logik matematik, muzik, kinestetik, visual ruang, interpersonal,intrapersonal dan naturalis.

Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapatmelahirkan murid yang berkeupayaan untuk membinapemahaman dan pengetahuan baharu mereka sendiriberdasarkan pengalaman sedia ada. Pembelajaran inimenjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok belajarsepanjang hayat mereka.

Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yangmengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu,masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran berlaku apabilamurid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharusecara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajarandalam kehidupan mereka.

Kreativiti dan Inovasi

Kreativiti merujuk kepada kebolehan atau kemampuan individuuntuk mencipta, menyelesaikan masalah, menggunakan dayaimaginasi, idea kreatif untuk menghasilkan idea yang tulen, aslidan baharu bagi menghasilkan sesuatu yang objektif. Inovasipula merujuk kepada proses menjana idea danmengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Kreativitidan inovatif saling berkait rapat bagi menghasilkan modal insanyang serba boleh dan berketerampilan. Daya kreativiti daninovasi murid perlu dibangunkan ke tahap yang optimumsupaya mereka berdaya cipta dan berkeupayaan menghasilkanidea dan ciptaan yang berkualiti dan seterusnya menjadi

9

amalan dan budaya dalam kehidupan warga negara Malaysiapada masa hadapan.

Keusahawanan

Penyerapan elemen keusahawanan dalam kurikulum standardsekolah rendah bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalankeusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalanganmurid melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Penyerapan elemen ini bukan sahaja merupakan pendekatanmembudayakan keusahawanan, malah melibatkan prosespembentukan sikap yang perlu dimiliki oleh usahawan sepertipemikiran keusahawanan, kemahiran pengurusan perniagaan,aplikasi vokasional dan teknologi serta amalan nilai moral danetika keusahawanan.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Pendekatan Berpusatkan Murid

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaranBahasa Malaysia haruslah berpusatkan murid bagi membolehkanmereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melaluipengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina keyakinanberbahasa.

Kepelbagaian Teknik

Proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran BahasaMalaysia sekolah rendah menggalakkan penggunaan pelbagaikaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedahpengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid.Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung padapengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar, sertateknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid

Page 19: Ds bhs malaysia thn 2 sk

berkomunikasi dan berinteraksi serta berfikir secara kritis, kreatif daninovatif.

penilaian. Hal ini selaras dengan usaha memenuhi konsepbersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Strategipengajaran dan pembelajaran tersebut adalah seperti yang berikut:

Kepelbagaian Sumber Bahan

Penggunaan pusat sumber dan komputer amatlah digalakkan dalampengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Bahan-bahansumber seperti akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, Internet,serta bahan sastera dan bahan berunsur ilmu hendaklah digunakandalam pengajaran dan pembelajaran serta untuk bacaan ekstensif.

Penggunaan Sistem Bahasa

Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysiasekolah rendah menekankan penggunaan sistem bahasa yangtepat mengikut kemampuan murid. Bagi mencapai tujuan tersebut,guru perlu merancang dan memilih sistem bahasa yang hendakdiajarkan berserta contoh penggunaannya dalam pelbagai konteksdan kegiatan bahasa yang bermakna sama ada di dalam atau di luarbilik darjah.

Penggabungjalinan

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalamproses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini,beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini jugadapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.Kemahiran dapat digabungjalinkan, sama ada kemahiran yangterdapat dalam standard kandungan atau kemahirandaripada mata pelajaran lain.

Penyerapan

Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, unsurilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah bolehdiserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dandisiplin daripada mata-mata pelajaran lain.

Bacaan LuasPenilaian

Bacaan luas memberikan peluang kepada murid menimbapengetahuan dan membentuk sahsiah yang baik bagi meningkatkangaya berfikir dan minat ingin terus membaca. Bacaan luas bolehdijalankan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia denganmenggunakan bahan-bahan ilmiah dan sastera yang dipaparkan

Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada prosespengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatuaktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagimenentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau

secara kreatif. pembelajaran. Penilaian perlulah dijalankan secaraberterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penekanan Konsep 5P

Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dalamKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menekankan konsep

Melalui proses penilaian berterusan segala kelemahan dapatdikenal pasti dan jenis tindakan susulan dapat diambilterhadap seseorang murid sama ada berbentuk pemulihanatau pengayaan.

penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan

10

Page 20: Ds bhs malaysia thn 2 sk

PengayaanTema kekeluargaan merangkumi hubungan sesuatu keluarga yang

Program pengayaan disediakan untuk memantapkankebolehan, keupayaan, bakat, dan minat murid. Muridhendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakansecara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahanbacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti bolehdiberikan kepada murid yang telah menguasai kemahirandalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripadajangka masa yang ditentukan.

Pemulihan

Program pemulihan disediakan untuk membantu muridmenguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalamtempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiridaripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkatdaripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaanprogram ini adalah mengikut kadar kemampuan muridmenguasai sesuatu kemahiran.

melibatkan keluarga asas dan keluarga kembangan. Tema inidiajarkan kepada murid sekolah rendah agar menghargai danmenghormati setiap ahli keluarga.

Kemasyarakatan

Tema ini merujuk tanggungjawab individu dan kumpulan dalamkalangan pelbagai bangsa untuk mewujudkan keharmonian dankepentingan hidup bersama. Tema ini sesuai diajarkan kepadamurid sekolah rendah agar dapat melahirkan masyarakat yangberakhlak mulia, hormat menghormati, bekerjasama danbertanggungjawab.

Kesihatan dan Kebersihan

Tema kesihatan dan kebersihan merujuk kesempurnaan dari segikesihatan fizikal, mental dan sosial. Tema ini sesuai diajarkankepada murid sekolah rendah agar mendapat pendedahan awalberkaitan penjagaan kebersihan dan kesihatan, dan amalan gayahidup sihat.

Pengajaran dan Pembelajaran BertemaKeselamatan

Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysiadiajar berdasarkan tema. Melalui pengajaran dan pembelajaran Tema keselamatan merujuk keupayaan murid melindungi diribertema kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan daripada bahaya ketika berada di pelbagai persekitaran. Tema inipengembangan kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan. Disamping itu, ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin lain lebihmudah diserapkan. Bagi tujuan ini, perancangan dan penentuantema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal persendiriandan isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mencungkil dayakreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-isu semasa.Cakupan tema yang ditekankan adalah seperti yang berikut:

Kekeluargaan

11

sesuai diajarkan kepada murid supaya dapat memberi kesedaranagar mengutamakan keselamatan.

Perpaduan

Tema perpaduan merujuk kepentingan hubungan erat yangterbentuk hasil daripada toleransi dalam kalangan pendudukMalaysia. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid dalam usahamemupuk semangat perpaduan.

Page 21: Ds bhs malaysia thn 2 sk

Kebudayaan, Kesenian dan Estetika

Tema kebudayaan, kesenian dan estetika merangkumielemen-elemen budaya yang terdapat dalam masyarakat pelbagaikaum di Malaysia yang meliputi adat dan budaya. Tema ini sesuaidiajarkan kepada murid agar kehalusan seni budaya ini dapat

Pertanian

Tema pertanian mendedahkan murid perihal asas-asas pertaniansecara tradisional dan moden. Tema ini sesuai diajarkan untukmemupuk kesedaran tentang kepentingan bidang pertanian danbioteknologi pertanian dalam kehidupan.

dihayati oleh murid sebagai asasMalaysia.

pembentukan jati diri wargaEkonomi

Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan

Tema jati diri, patriotisme dan kewarganegaraan merujukkeupayaan murid menzahirkan keperibadian insan yang seimbangdari segi fizikal, mental, emosi dan rohani serta mempunyaisemangat juang dan sanggup berkorban demi negara. Tema inisesuai diajarkan kepada murid untuk melahirkan masyarakatmadani, yang mempunyai semangat kekitaan dan setia kepadanegara.

Sains, Teknologi dan Inovasi

Tema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmu pengetahuan yangteratur atau sistematik yang boleh diuji, dibuktikan kebenarannyadan dapat menghasilkan sesuatu yang baharu. Tema ini sesuaidiajarkan kepada murid agar dapat melahirkan insan yang berupayamenjana idea untuk menghasilkan sesuatu yang berinovasi.

Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

Tema alam sekitar dan teknologi hijau merujuk keupayaan muridmenjaga dan mengurus alam sekitar untuk kesejahteraankehidupan manusia, haiwan serta tumbuhan bagi kelangsungankehidupan generasi akan datang. Tema ini sesuai diajarkan agarmurid cinta dan prihatin dan bertanggungjawab dalam menjagaalam sekitar dan teknologi hijau.

12

Tema ekonomi mendedahkan murid perihal bidang peniagaan dankeusahawanan dalam menjana pendapatan dan pengurusanperdagangan. Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedarantentang kepentingan bidang ekonomi dan membudayakan sikapkeusahawanan dalam kehidupan.

Page 22: Ds bhs malaysia thn 2 sk

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRANMENDENGAR DAN BERTUTUR

Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:

i.

ii.

iii.

iv.

v

vi

vii.

mendengar, memahami, menyebut frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul dan tepat;

mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis silaan dan ayatayat perintah jenis larangan dengan betul;

mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku berdasarkan pelbagai soalan bercapah dan pesanan mengikuturutan yang betul;

bertutur, berbual dan menyatakan permintaan menggunakan ayat yang mengandungi kata panggilan bagi keluarga bukan dalam kalangan keluargaasas dan kata ganti nama diri ketiga dengan betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila;

bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan perkara yang didengar dengan tepat menggunakan ayat majmuk dengan sebutan yang jelasdan intonasi yang betul;

berbicara untuk mendapat dan menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat menggunakan ayatyang mengandungi rangkai kata yang sesuai secara bertatasusila; dan

berbincang dan mengemukakan pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.

13

Page 23: Ds bhs malaysia thn 2 sk

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.2 Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi

bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa danayat dengan betul.

1.2.6 Mendengar, memahami, dan menyebut frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk

dengan betul dan tepat.

1.3 Mendengar, memahami dan memberi responsterhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yangdidengar dengan betul.

1.3.1 Mendengar, memahami dan memberikan respons yang sesuai secara lisan ataugerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis silaan dan ayatperintah jenis larangan dengan betul.

1.3.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisanterhadap pelbagai soalan bercapah.

1.3.3 Mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan dan gerak lakuberdasarkan pesanan mengikut urutan dengan betul.

1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaantentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumberdalam situasi formal dan tidak formal secarabertatasusila.

1.4.1 Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat tunggal dan ayatmajmuk yang betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

1.4.2 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata panggilan dengan tepatbagi keluarga bukan kalangan keluarga asas dalam situasi tidak formal secarabertatasusila.

1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti nama diri ketiga denganbetul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentangsesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkarasemula dengan tepat menggunakan sebutan yangjelas dan intonasi yang betul.

1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasiyang betul menggunakan ayat majmuk.

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

14

Page 24: Ds bhs malaysia thn 2 sk

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan tepat, sebutan yang jelas

dan intonasi yang betul menggunakan ayat majmuk.

1.6 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentangsesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengantepat secara bertatasusila.

1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang sesuatu perkaradaripada pelbagai sumber secara bertatasusila.

1.6.2 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripadapelbagai sumber dengan tepat dan jelas secara bertatasusila.

1.6.3 Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat tentang sesuatu perkaradaripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang mengandungi rangkaikata yang sesuai secara bertatasusila.

1.7 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentangsesuatu perkara daripada pelbagai sumber secarabertatasusila.

1.7.1 Berbincang dan mengemukakan pandangan tentang sesuatu perkara daripada

pelbagai sumber secara bertatasusila.

1.7.2 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripadapelbagai sumber secara bertatasusila.

15

Page 25: Ds bhs malaysia thn 2 sk

16

Page 26: Ds bhs malaysia thn 2 sk

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRANMEMBACA

Objektif Kemahiran MembacaObjektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:

i.

ii.

iii.

iv.

membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat majmuk yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding ,digraf, dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul;

membaca pelbagai jenis ayat dengan lancar, berjeda, sebutan yang jelas, mengikut tanda baca dan intonasi yang betul;

membaca dan memahami maklumat tersurat daripada bahan multimedia untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan serta menyatakanurutan dengan betul;

membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan grafik bertujuan menyatakan maksud untuk memindahkan maklumat dengan betul;dan

v. membaca dan memahami pelbagai bahan kreatif untuk menambah ilmu pengetahuan, memperkaya kosa kata serta meningkatkan kelancaranbacaan.

17

Page 27: Ds bhs malaysia thn 2 sk

KEMAHIRAN MEMBACA

STANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARAN

2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan 2.2.1 Membaca dan memahami perkataan dalam ayat tunggal yang mengandungi duaayat daripada pelbagai sumber dengan sebutanyang betul.

2.2.2

2.2.3

atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabungdengan sebutan yang betul.

Membaca dan memahami frasa dalam ayat yang mengandungi perkataan duaatau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabungdengan sebutan yang betul.

Membaca dan memahami ayat majmuk daripada pelbagai bahan bacaan dengansebutan yang betul.

2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan

lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. 2.3.1

2.3.2

Membaca kuat ayat penyata dengan lancar, sebutan yang jelas, intonasi yangbetul dan berjeda.

Membaca kuat pelbagai jenis ayat dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasiyang betul mengikut tanda baca.

2.4 Membaca dan memahami maklumat yangtersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan

2.4.1 Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utama dan idea

sampingan dalam bahan multimedia dengan tepat.untuk memberi respons dengan betul.

2.4.2

2.4.3

Membaca dan memahami maklumat daripada bahan multimedia untukmenyatakan maklumat mengikut urutan dengan betul.

Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dengan tepat daripada bahanmultimedia yang sesuai.

2.5 Membaca dan menaakul untuk memindahkan 2.5.1 Membaca dan memahami bahan grafik yang mempunyai perkataan dengan betul.

maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.

18

Page 28: Ds bhs malaysia thn 2 sk

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul bahan grafik dan bukan bahan grafik dengan

betul.

2.5.3 Membaca, memahami dan menaakul bahan bukan grafik untuk memindahkan

maklumat kepada bentuk grafik serta ayat dengan betul.

2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukansastera yang sesuai bagi memupuk minatmembaca.

2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan

meningkatkan kelancaran bacaan.

2.6.2 Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan berbentuk didik hibur untuk

menambahkan ilmu dan kosa kata.

19

Page 29: Ds bhs malaysia thn 2 sk

20

Page 30: Ds bhs malaysia thn 2 sk

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRANMENULIS

Objektif Kemahiran MenulisObjektif Kemahiran Menulis adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:

i.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

viii.

ix.

menulis secara mekanis pelbagai perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digrafdan konsonan bergabung dengan betul serta tulisan yang kemas dan cantik;

menulis secara mekanis abjad dan perkataan dalam bentuk tulisan berangkai dengan betul dan kemas;

membina dan menulis, perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi perkataan diftong, vokal berganding , digraf dan konsonan bergabung denganbetul serta tulisan yang kemas dan cantik;

membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan soalan dan bahan grafik dengan betul dan tulisan yang kemas;

menuliskan imlak perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonanbergabung dengan betul dan tepat;

mencatat maklumat yang betul untuk membanding beza dan menghubung kait maklumat daripada pelbagai sumber;

menulis untuk menyampaikan maklumat yang berbentuk puisi menggunakan perkataan, diksi, frasa dan ayat serta menegaskan kesantunanberbahasa.

menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara separa terkawal dengan betul; dan

mengedit dan memurnikan perkataan dalam ayat daripada aspek ejaan dan tanda baca.

21

Page 31: Ds bhs malaysia thn 2 sk

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang

diberi dengan betul dan kemas.3.2.4 Menulis pelbagai perkataan dan frasa yang mengandungi perkataan dua atau

lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabungdengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.

3.2.5 Menulis ayat yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku kata, diftong,

vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan cara yang betuldan tulisan yang kemas.

3.2.6 Menulis ayat majmuk dengan betul dan kemas.

3.2.7 Menulis secara mekanis abjad dan perkataan dalam bentuk tulisan berangkai

dengan betul.

3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat

dengan betul.3.3.1 Membina dan menulis perkataan dan frasa dengan cara yang betul dan kemas.

3.3.2 Membina dan menulis ayat yang mengandungi perkataan dua atau lebih suku

kata, diftong, vokal berganding , digraf dan konsonan bergabung dengan betul.

3.3.3 Membina dan menulis jawapan dalam bentuk ayat mudah dengan betul

berdasarkan soalan.

3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik

dengan betul.

3.4 Menulis imlak dengan tepat. 3.4.1 Menulis imlak perkataan yang mengandungi kata ganda dengan tepat.

3.4.2 Menulis imlak frasa dan ayat yang mengandungi kata ganda dengan ejaan dan

tanda baca dengan tepat.

KEMAHIRAN MENULIS

22

Page 32: Ds bhs malaysia thn 2 sk

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

3.5 Mencatat maklumat yang betul tentang sesuatu

perkara daripada pelbagai sumber.3.5.1 Mencatat maklumat penting dengan betul daripada pelbagai sumber.

3.5.2 Mencatat maklumat penting yang betul untuk menghubungkaitkan fakta daripada

pelbagai sumber.

3.6 Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang

sesuatu perkara dengan menggunakan bahasayang santun.

3.6.1 Menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul menggunakan perkataan,

diksi, frasa dan ayat dengan menegaskan kesantunan berbahasa secaraberpandu.

3.6.2 Menulis untuk menyampaikan maklumat berbentuk puisi dengan menegaskan

kesantunan berbahasa secara berpandu.

3.7 Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai

genre dengan betul. 3.7.1 Menghasilkan penulisan berbentuk naratif secara separa terkawal dengan betul.

3.7.2 Menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara separa

terkawal dengan betul.

3.8 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan. 3.8.1 Mengedit perkataan dalam ayat daripada aspek ejaan dan tanda baca.

3.8.2 Mengedit dan memurnikan perkataan dalam ayat daripada aspek ejaan dan

tanda baca.

23

Page 33: Ds bhs malaysia thn 2 sk

24

Page 34: Ds bhs malaysia thn 2 sk

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARANASPEK SENI BAHASA

Objektif Aspek Seni BahasaObjektif Aspek Seni Bahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:

i.

ii.

iii.

iv.

menyebut dan memahami perkataan dalam seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara didik hibur;

mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui penceritaan secara didikhibur;

mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan dengan kreatifmelalui lakonan secara didik hibur;dan

melafazkan pantun empat kerat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul dan memahami maksud pantun secara didik hibur.

25

Page 35: Ds bhs malaysia thn 2 sk

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagumelalui nyanyian secara didik hibur.

4.1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik hibur.

4.1.2 Memahami dan menyatakan maksud perkataan dalam seni kata lagu melaluinyanyian dan gerak laku secara didik hibur.

4.2 Mengujarkan bahasa yang indah danmenggunakan bahasa badan secara kreatifsemasa bercerita secara didik hibur.

4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan diksi yangtepat melalui penceritaan secara didik hibur.

4.2.2 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan diksi yangtepat serta menggunakan mimik muka yang sesuai melalui penceritaan secaradidik hibur.

4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakanbahasa badan dengan kreatif melalui lakonansecara didik hibur.

4.3.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan diksi yangtepat melalui lakonan spontan secara didik hibur.

4.3.2 Mengujarkan dialog dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas, diksi yangtepat dan mimik muka yang sesuai melalui lakonan secara didik hibur.

4.4 Melafaz dan memahami puisi dengan intonasiyang betul menggunakan bahasa yang indahsecara didik hibur.

4.4.1 Melafazkan dan memahami pantun empat kerat dengan sebutan yang betul danintonasi yang jelas secara didik hibur.

4.4.2 Membina pantun empat kerat secara berpandu dan melafazkannya dengan sebutanyang betul dan intonasi yang jelas secara didik hibur.

ASPEK SENI BAHASA

26

Page 36: Ds bhs malaysia thn 2 sk

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARANASPEK TATABAHASA

Objektif Aspek TatabahasaObjektif Aspek Tatabahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:

i.

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

vii.

memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia, kata nama khas hidup manusia dan kata ganti nama diri dengan betul mengikut

konteks;

memahami dan menggunakan kata kerja tunggal dan kata adjektif pancaindera dengan betul mengikut konteks;

memahami dan menggunakan kata hubung dan kata tanya dengan betul mengikut konteks;

memahami dan menggunakan imbuhan awalan, akhiran dan apitan dengan betul mengikut konteks;

memahami dan membina ayat dasar dengan betul mengikut konteks; dan

memahami dan membina ayat penyata menggunakan tanda baca yang betul mengikut konteks.

memahami dan menggunakan kata ganda penuh yang betul mengikut konteks.

27

Page 37: Ds bhs malaysia thn 2 sk

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata

dengan betul mengikut konteks.

5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am hidup manusia dengan betul mengikutkonteks.

5.1.2 Memahami dan menggunakan kata nama khas hidup manusia dengan betulmengikut konteks.

5.1.3 Memahami dan menggunakan kata ganti nama diri ketiga dengan betul mengikutkonteks.

5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja tunggal dengan betul mengikut konteks.

5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif pancaindera dengan betulmengikut konteks.

5.1.6 Memahami dan menggunakan kata hubung dengan betul mengikut konteks.

5.1.7 Memahami dan menggunakan kata tanya dengan betul mengikut konteks.

5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan katayang sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul.

5.2.1 Memahami dan menggunakan imbuhan awalan , akhiran dan apitan dengan betuldalam pelbagai konteks.

5.2.2 Memahami dan menggunakan kata ganda penuh dengan betul dalam pelbagaikonteks.

5.3 Memahami dan membina ayat yang betul dalampelbagai situasi.

5.3.1 Memahami dan membina ayat dasar menggunakan pola ayat FN + FN, FN + FK,FN + FA dan FN + FSN dengan betul dalam pelbagai konteks.

5.3.2 Memahami dan membina ayat penyata dengan menggunakan tanda baca yangbetul dalam pelbagai konteks.

ASPEK TATABAHASA

28

Page 38: Ds bhs malaysia thn 2 sk

29

Page 39: Ds bhs malaysia thn 2 sk

Terbitan:

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUMKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Aras 4-8, Blok E9Kompleks Kerajaan Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62604 PUTRAJAYA

Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917http://www.moe.gov.my/bpk