draf jadual waktu pmr 2013

13
LP/PMR 6 ©2013 HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

Upload: cik-tom-awang

Post on 02-Mar-2016

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Penilaian Menengah Rendah 2013

TRANSCRIPT

Page 1: Draf Jadual Waktu PMR 2013

LP/PMR 6

©2013 HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN

PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

Page 2: Draf Jadual Waktu PMR 2013

2

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN

PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

BAHAGIAN A. ARAHAN AM KEPADA PENGETUA

1. Pengetua hendaklah mengedarkan Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 kepada semua calon.

2. Pengetua hendaklah memberitahu calon tentang Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 sebelum peperiksaan.

3. Pengetua hendaklah menyemak bahan peperiksaan yang diterima menepati keperluan menjawab kertas peperiksaan yang ditawarkan di sekolah pada tahun semasa.

4. Pengetua hendaklah memastikan calon telah membaca dan memahami Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon LP/PMR 7.

5. Pengetua hendaklah memberitahu Bahagian D (Amaran Kepada Calon Peperiksaan) dalam Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 kepada calon sebelum calon masuk ke dewan/bilik peperiksaan.

6. Pengetua hendaklah merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis (Cetakan 2010) dan Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan (Cetakan 2010).

BAHAGIAN B ARAHAN AM KEPADA KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN

1. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan semua Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan dalam Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 dimaklumkan kepada calon.

2. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mencatatkan di papan tulis dan

memaklumkan kepada calon butiran kod kertas, nama kertas, waktu, masa peperiksaan dan errata (jika ada) bagi kertas peperiksaan.

3. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas peperiksaan

mengikut tarikh dan waktu yang tercatat dalam Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013.

4. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas peperiksaan

dengan muka hadapan kertas peperiksaan di sebelah atas.

Page 3: Draf Jadual Waktu PMR 2013

3

5. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengarahkan calon menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul.

6. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas jawapan mengikut

keperluan mata pelajaran seperti yang tercatat pada muka hadapan kertas peperiksaan.

7. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan calon mengemukakan

dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor sebagai bukti calon tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan.

8. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan bilangan skrip jawapan

peperiksaan yang dikumpul dan dicatat pada Borang LP/Am 29 Pin. 1/2012 akur dengan bilangan calon dalam Jadual Kedatangan bagi sesuatu kertas peperiksaan.

9. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah merujuk kepada dokumen Panduan

Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis. BAHAGIAN C. ARAHAN KEPADA CALON 1. ARAHAN AM

1.1 Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan sama ada kertas peperiksaan objektif aneka pilihan atau kertas peperiksaan subjektif atau Pentaksiran Berasaskan Sekolah dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan alasan yang kukuh dan dibuktikan dengan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan PMR 2013.

1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada Senarai Kemasukan Peperiksaan

sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada Pengetua sekiranya terdapat kesilapan maklumat serta mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon.

1.3 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang

dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon LP/PMR 7.

2. ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN

2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik peperiksaan 15

minit sebelum peperiksaan dimulakan. 2.2 Calon hendaklah menyemak butiran dan menandatangani Kenyataan

Kemasukan Peperiksaan pada hari pertama peperiksaan.

Page 4: Draf Jadual Waktu PMR 2013

4

2.3 Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri atau Surat Perakuan Pengenalan Diri daripada Pengetua dan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan di penjuru atas sebelah kanan meja sepanjang waktu peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.

2.4 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas

Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mestilah mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.

2.5 Calon boleh membuat bantahan sekiranya telah mendaftar untuk menduduki

sesuatu mata pelajaran tetapi kod kertas peperiksaan tersebut tidak tercatat dalam Jadual Kedatangan. Calon hendaklah mengemukakan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan daripada Lembaga Peperiksaan yang mengandungi kod kertas dan nama kertas sebagai bukti pendaftaran atau surat kelulusan Pengarah Peperiksaan. Calon tidak dikenakan bayaran.

3. ARAHAN KEPADA CALON TENTANG KERTAS PEPERIKSAAN

3.1 Calon hendaklah menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul.

3.2 Calon hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan

segera jika menerima kertas peperiksaan yang salah atau tidak lengkap. 3.3 Calon hendaklah membaca dan mematuhi semua arahan pada muka hadapan

dan muka belakang (jika ada) kertas peperiksaan sebelum peperiksaan dimulakan.

4. ARAHAN KEPADA CALON TENTANG KERTAS JAWAPAN DAN SKRIP JAWAPAN

PEPERIKSAAN

4.1 Calon hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan segera jika menerima kertas jawapan yang tidak menepati keperluan mata pelajaran seperti yang tercatat pada kertas peperiksaan.

4.2 Calon hendaklah menulis Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod

Kertas dan Nama Kertas dengan jelas pada ruangan yang disediakan pada kertas peperiksaan dan kertas jawapan sama ada pada Buku Jawapan (BJ), Helaian Tambahan (HT), graf, kertas kaligrafi dan sebagainya.

4.3 Calon hendaklah menulis jawapan dengan menggunakan pena mata bola

berdakwat hitam atau biru. Pensel atau pena mata bola berdakwat selain hitam atau biru boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta.

4.4 Calon hendaklah menggunakan kedua-dua halaman pada setiap helaian BJ dan

HT. Tulis jawapan bagi setiap soalan pada halaman yang baharu. 4.5 Calon hendaklah menulis dengan jelas nombor soalan pada kertas jawapan

seperti yang tertera pada kertas peperiksaan. Calon tidak perlu menyalin soalan. 4.6 Calon hendaklah menulis semua jawapan dalam Bahasa Melayu kecuali bagi

kertas peperiksaan yang membenarkan atau memerlukan calon menjawab dalam bahasa lain.

Page 5: Draf Jadual Waktu PMR 2013

5

4.7 Calon hendaklah membawa peralatan geometri dan peralatan kaligrafi bagi mata pelajaran yang memerlukannya.

4.8 Calon hendaklah memastikan Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod

Kertas dan Nama Kertas telah ditulis dengan betul pada setiap helaian skrip jawapan peperiksaan apabila diarah berhenti menulis.

4.9 Calon hendaklah pastikan setiap helaian skrip jawapan peperiksaan disusun

mengikut urutan nombor soalan sebelum diikat. 4.10 Calon hendaklah berada di tempat duduk masing-masing semasa skrip jawapan

peperiksaan atau kertas peperiksaan tertutup dikumpul semula oleh Pengawas Peperiksaan.

5. ARAHAN KEPADA CALON TENTANG JAWAPAN OBJEKTIF BERMAKLUMAT

(JOB) DAN JAWAPAN OBJEKTIF TIDAK BERMAKLUMAT (JOTB)

5.1 Calon yang menerima kertas JOB hendaklah menyemak Nama Calon, Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod Kertas dan Nama Kertas pada kertas JOB berkenaan. Calon dilarang membuat sebarang pindaan terhadap maklumat yang telah dicetak pada Bahagian A. Kosongkan Bahagian B dan Bahagian C.

5.2 Calon hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan

segera jika menerima kertas JOB yang salah atau tidak lengkap. 5.3 Calon hendaklah menanda ruangan BAHASA DIGUNAKAN untuk menjawab

kertas yang berkenaan.

5.4 Calon hendaklah menggunakan pensel 2B atau BB sahaja. 5.5 Calon yang menerima kertas JOTB hendaklah melengkapkan Nama Calon,

Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kod Kertas dan Nama Kertas pada ruangan yang disediakan dan hitamkan ruangan yang berkenaan. Kosongkan Bahagian B dan Bahagian C.

5.6 Calon hendaklah menggunakan getah pemadam jenis lembut sahaja untuk

memadam sehingga bersih tanda jawapan yang tidak dikehendaki. Calon dilarang menggunakan pemadam jenis cecair, kimia, pelekat atau seumpamanya.

5.7 Calon dilarang melipat, menggulung atau merenyuk kertas JOB dan JOTB. 5.8 Calon dilarang membuat lubang atau apa-apa tanda yang tidak dikehendaki

pada kertas JOB dan JOTB. BAHAGIAN D AMARAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN

1. Dilarang membawa masuk sebarang buku, nota, catatan, akhbar, kamus, kertas, telefon bimbit atau alat-alat komunikasi, kotak pensel, beg dan Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2013 ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.

2. Dilarang menulis nota pada dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.

Page 6: Draf Jadual Waktu PMR 2013

6

3. Dilarang membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan. 4. Dilarang menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon. 5. Dilarang memberi pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan

orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan atau menggunakan bahasa isyarat untuk tujuan meniru.

6. Dilarang mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan skrip jawapan peperiksaan

sehingga boleh dibaca oleh calon lain. 7. Dilarang menukar kertas peperiksaan atau/dan skrip jawapan peperiksaan

dengan calon lain. 8. Dilarang menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada

Ketua Pengawas Peperiksaan. 9. Dilarang membawa keluar kertas peperiksaan dari dewan/bilik peperiksaan

semasa peperiksaan. 10. Dilarang membawa kertas peperiksaan tertutup dan skrip jawapan

peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan. 11. Dilarang membawa kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah

digunakan keluar dari dewan/bilik peperiksaan. 12. Dilarang keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama peperiksaan

dimulakan dan 10 minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan. 13. Dilarang melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum atau pun

yang telah digunakan. 14. Dilarang mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik

peperiksaan semasa peperiksaan. 15. Dilarang memakai pakaian yang tidak sopan dan menjolok mata. 16. Dilarang merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan.

17. Sebarang perbuatan yang melanggar peraturan peperiksaan dianggap salah laku

dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku di atas boleh dikenakan tindakan berikut:-

17.1 Keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya

penyiasatan; 17.2 Keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan; 17.3 Keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan

diisytiharkan terbatal.

Page 7: Draf Jadual Waktu PMR 2013

7

BAHAGIAN E ARAHAN KHAS

KOD KERTAS DAN NAMA KERTAS ARAHAN KHAS

23/1 Geografi Kertas 1

Calon yang mengambil kertas peperiksaan Geografi Kertas 1 hendaklah membawa peralatan geometri dan kalkulator sainstifik.

50/1 Mathematics Kertas 1

Calon yang mengambil kertas peperiksaan Mathematics Kertas 1 boleh membawa kalkulator sainstifik.

50/2 Mathematics Kertas 2

Calon yang mengambil kertas peperiksaan Mathematics Kertas 2 hendaklah membawa peralatan geometri. Calon tidak dibenarkan menggunakan kalkulator.

02/2 Bahasa Melayu Kertas 2

Calon dikehendaki menjawab dalam Buku Jawapan (BJ).

12/2 Bahasa Inggeris Kertas 2

32/2 Bahasa Cina Kertas 2

33/2 Bahasa Tamil Kertas 2

34 Bahasa Punjabi

37/2 Bahasa Iban Kertas 2

38/2 Bahasa Kadazandusun Kertas 2

45/1 Pendidikan Islam Kertas 1

31/1 Bahasa Arab Kertas 1

Calon dikehendaki menjawab dalam kertas peperiksaan.

50/2 Mathematics Kertas 2

55/2 Science Kertas 2

Page 8: Draf Jadual Waktu PMR 2013

8

Kertas peperiksaan Tertutup

76/1 Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal Kertas 1

Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah menyerahkan baki kertas peperiksaan Kemahiran Hidup Bersepadu Kertas 1 kepada Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri. 77/1 Kemahiran Hidup Bersepadu

Ekonomi Rumah Tangga Kertas 1

78/1 Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian Kertas 1

Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengumpul semula kertas peperiksaan Kemahiran Hidup Bersepadu Kertas 1 selepas tamat waktu peperiksaan mata pelajaran berkenaan dan menyerahkannya kepada Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri.

79/1 Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan Kertas 1

Page 9: Draf Jadual Waktu PMR 2013

9

JADUAL MASA TAMBAHAN CALON BERKEPERLUAN KHAS

Masa tambahan yang diperuntukkan ini adalah untuk semua jenis kertas peperiksaan. Terdapat dua kategori masa tambahan bagi calon berkeperluan khas iaitu Kategori A dan Kategori B. Kategori A : Calon Buta, Rabun, Spastik/Cerebral Palsy, Autisme/Sindrom

Down/Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)/Attention Deficit Disorder (ADD), Disleksia, dan Cacat Anggota.

1. Calon yang mengalami kemalangan layak mendapat masa tambahan ialah calon

yang tidak boleh menulis dengan tangan yang biasa digunakan untuk menulis.

2. Kecederaan-kecederaan lain boleh diberi pertimbangan atas nasihat Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri (u.p.: Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan)

Bil. Masa yang diperuntukkan dalam

Jadual Waktu Peperiksaan PMR Masa tambahan yang diberi

1 1 jam atau kurang hingga 1 jam 30 minit 30 minit

2 Lebih 1 jam 30 minit hingga 2 jam 30 minit 1 jam

Kategori B : Calon Pekak Masa tambahan yang diperuntukkan adalah seperti berikut:

Bil. Masa yang diperuntukkan dalam

Jadual Waktu Peperiksaan PMR Masa tambahan yang diberi

1 1 jam atau kurang 15 minit

2 1 jam 15 minit 20 minit

3 1 jam 30 minit 25 minit

4 1 jam 45 minit 30 minit

5 2 jam 30 minit

6 2 jam 15 minit 35 minit

7 2 jam 30 minit 40 minit

Page 10: Draf Jadual Waktu PMR 2013

TARIKH WAKTUKOD

KERTASNAMA KERTAS MASA JENIS KERTAS

8.10 pagi —

9.10 pagi02/1

Bahasa Melayu

Kertas 11 jam

Objektif Aneka

Pilihan

10.20 pagi —

12.20 tengah hari02/2

Bahasa Melayu

Kertas 22 jam Subjektif

2.30 petang —

4.30 petang45/1

Pendidikan Islam

Kertas 12 jam Subjektif

08:10 pagi —

09:10 pagi12/1

Bahasa Inggeris

Kertas 11 jam

Objektif Aneka

Pilihan

10.20 pagi —

11.50 pagi12/2

Bahasa Inggeris

Kertas 2

1 jam 30

minitSubjektif

2.30 petang —

3.45 petang23/1

Geografi

Kertas 1

1 jam 15

minit

Objektif Aneka

Pilihan

PMR 2013

……...

Ketua Pengawas Peperiksaan

mengarahkan calon mengisi

butiran pada muka hadapan

Buku Jawapan

10 minit ……...

2.20 petang —

2.30 petang……...

Ketua Pengawas Peperiksaan

mengarahkan calon mengisi

butiran pada muka hadapan

Buku Jawapan

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS

RABU

2 Oktober

2013

KHAMIS

3 Oktober

2013

Ketua Pengawas Peperiksaan

mengarahkan calon menyemak

butiran pada Kertas Jawapan

Objektif Bermaklumat

10 minit……...8.00 pagi —

8.10 pagi……...

10.10 pagi —

10.20 pagi

Ketua Pengawas Peperiksaan

mengarahkan calon menyemak

butiran pada Kertas Jawapan

Objektif Bermaklumat

10 minit ……...

8.00 pagi —

8.10 pagi……...

Ketua Pengawas Peperiksaan

mengarahkan calon menyemak

butiran pada Kertas Jawapan

Objektif Bermaklumat

10 minit ……...

10.10 pagi —

10.20 pagi……...

Ketua Pengawas Peperiksaan

mengarahkan calon mengisi

butiran pada muka hadapan

Buku Jawapan

10 minit ……...

2.20 petang —

2.30 petang……... 10 minit ……...

10

Page 11: Draf Jadual Waktu PMR 2013

TARIKH WAKTUKOD

KERTASNAMA KERTAS MASA JENIS KERTAS

PMR 2013

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS

RABU

2 Oktober

2013

Ketua Pengawas Peperiksaan

mengarahkan calon menyemak

butiran pada Kertas Jawapan

Objektif Bermaklumat

10 minit……...8.00 pagi —

8.10 pagi……...

8.10 pagi —

9.10 pagi55/1

Science

Kertas 11 jam

Objektif Aneka

Pilihan

10.30 pagi —

12.00 tengah hari55/2

Science

Kertas 2

1 jam 30

minitSubjektif

2.30 petang —

3.45 petang21/1

Sejarah

Kertas 1

1 jam 15

minit

Objektif Aneka

Pilihan

8.10 pagi —

9.25 pagi50/1

Mathematics

Kertas 1

1 jam 15

minit

Objektif Aneka

Pilihan

10.40 pagi —

12.25 tengah hari50/2

Mathematics

Kertas 2

1 jam 45

minitSubjektif

2.30 petang —

4.00 petang76/1

Kemahiran Hidup Bersepadu

Kemahiran Teknikal

Kertas 1

1 jam 30

minit

Objektif Aneka

Pilihan

2.30 petang —

4.00 petang77/1

Kemahiran Hidup Bersepadu

Ekonomi Rumah Tangga

Kertas 1

1 jam 30

minit

Objektif Aneka

Pilihan

2.30 petang —

4.00 petang78/1

Kemahiran Hidup Bersepadu

Pertanian

Kertas 1

1 jam 30

minit

Objektif Aneka

Pilihan

2.30 petang —

4.00 petang79/1

Kemahiran Hidup Bersepadu

Perdagangan dan

Keusahawanan

Kertas 1

1 jam 30

minit

Objektif Aneka

Pilihan

ISNIN

7 Oktober

2013

SELASA

8 Oktober

2013

8.00 pagi —

8.10 pagi……...

Ketua Pengawas Peperiksaan

mengarahkan calon menyemak

butiran pada kertas Jawapan

Objektif Bermaklumat

10 minit ……...

10.20 pagi —

10.30 pagi……...

Ketua Pengawas Peperiksaan

mengarahkan calon mengisi

butiran pada muka hadapan

Kertas Soalan

10 minit ……...

Ketua Pengawas Peperiksaan

mengarahkan calon menyemak

butiran pada Kertas Jawapan

Objektif Bermaklumat

10 minit …….

8.00 pagi —

8.10 pagi……...

Ketua Pengawas Peperiksaan

mengarahkan calon menyemak

butiran pada Kertas Jawapan

Objektif Bermaklumat

10 minit ……...

2.20 petang —

2.30 petang……...

10.30 pagi —

10.40 pagi……...

Ketua Pengawas Peperiksaan

mengarahkan calon mengisi

butiran pada muka hadapan

Kertas Soalan

10 minit ……...

Ketua Pengawas Peperiksaan

mengarahkan calon menyemak

butiran pada Kertas Jawapan

Objektif Bermaklumat

10 minit2.20 petang —

2.30 petang……... ……...

11

Page 12: Draf Jadual Waktu PMR 2013

TARIKH WAKTUKOD

KERTASNAMA KERTAS MASA JENIS KERTAS

PMR 2013

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS

RABU

2 Oktober

2013

Ketua Pengawas Peperiksaan

mengarahkan calon menyemak

butiran pada Kertas Jawapan

Objektif Bermaklumat

10 minit……...8.00 pagi —

8.10 pagi……...

8.10 pagi —

10.40 pagi31/1

Bahasa Arab

Kertas 1

2 jam 30

minitSubjektif

8.10 pagi —

10.10 pagi32/2

Bahasa Cina

Kertas 22 jam Subjektif

8.10 pagi —

10.10 pagi33/2

Bahasa Tamil

Kertas 22 jam Subjektif

8.10 pagi —

10.10 pagi34 Bahasa Punjabi 2 jam Subjektif

8.10 pagi —

9.25 pagi37/2

Bahasa Iban

Kertas 2

1 jam 15

minitSubjektif

8.10 pagi —

9.25 pagi38/2

Bahasa Kadazandusun

Kertas 2

1 jam 15

minitSubjektif

11.50 pagi —

12.50 tengah hari32/1

Bahasa Cina

Kertas 11 jam

Objektif Aneka

Pilihan

11.50 pagi —

12.50 tengah hari33/1

Bahasa Tamil

Kertas 11 jam

Objektif Aneka

Pilihan

11.50 pagi —

12.50 tengah hari37/1

Bahasa Iban

Kertas 1 1 jam

Objektif Aneka

Pilihan

11.50 pagi —

12.50 tengah hari38/1

Bahasa Kadazandusun

Kertas 1 1 jam

Objektif Aneka

Pilihan

……...

8.00 pagi —

8.10 pagi……...

Ketua Pengawas Peperiksaan

mengarahkan calon mengisi

butiran pada muka hadapan

Kertas Soalan

10 minit ……...

11.40 pagi —

11.50 pagi……...

Ketua Pengawas Peperiksaan

mengarahkan calon menyemak

butiran pada Kertas Jawapan

Objektif Bermaklumat

10 minit ……...

RABU

9 Oktober

2013

08:00 pagi —

08:10 pagi……...

Ketua Pengawas Peperiksaan

mengarahkan calon mengisi

butiran pada muka hadapan

Buku Jawapan

10 minit

12

Page 13: Draf Jadual Waktu PMR 2013

LP/PMR 7

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BORANG PENGAKUAN CALON

GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN

DALAM JADUAL WAKTU PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

TELAH DIBACA

1. Nama :……………………………………………………………………………………… 2. Angka Giliran :

3. Nombor Kad Pengenalan :

- -

4. Pengakuan : Saya mengaku bahawa telah membaca dan akan mematuhi semua Garis

Panduan dan Arahan Peperiksaan dalam Jadual Waktu Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2013.

Tandatangan Calon : ………………………………………………………………... Tarikh : …………………….. 5. Pengesahan Pengetua : Tandatangan dan Cap Pengetua: ……………………………………… Tarikh : ……………………… NOTA :

Sila asingkan borang ini dan serahkan kepada Setiausaha Peperiksaan.

Setiausaha Peperiksaan dikehendaki menyimpan semua Borang Pengakuan Calon.

Borang Pengakuan Calon boleh dilupuskan enam bulan selepas pengumuman keputusan PMR 2013.