Download - yayasan pekida malaysia
Yayasan Pekida Malaysia ( YPM )
( Nombor Daftar 457496-V )
Daripada sudut perundangan Yayasan Pekida Malaysia ( YPM ) adalah sebuah badan bukan kerajaan. Ianya adalah sebuah yayasan yang berperanan sebagai badan kebajikan dan amal yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah Syarikat Awam ( Jaminan ). Lesen YPM adalah dikeluarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna Malaysia.
Perjalanan, pengurusan dan pengawalan YPM adalah sebagaimana tercatat di dalam :-
( a ) Memoranda YPM, ( b ) Artikel YPM ; dan( c ) Peraturan Kecil YPM.
Perundangan
Yayasan Pekida Malaysia
No. 33B-1-4 ( Blok B ) , Tingkat 1, Unit 4, Villa Putra Condo, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel No. : 03-40416030
Fax No. : 03-40456030
Yayasan Pekida Malaysia
Lesen YPMPejabat
Yayasan Pekida Malaysia
Yayasan Pekida Malaysia
Yayasan Pekida Malaysia Pemegang Jawatan pada 1 hb. Mac, 2007
PengerusiDatuk Haji Hasbullah L. Isa Setiausaha KerjaMusbri Mohamed
Ahli-ahli Lembaga Pengarah lainAbd. Karim Hassan Dato` Dr. Halim bin MansorDr. Mohd Fauzi Bin IsmailZahari Bin Mohd YunosShahron Bin Abdul Wahab Haji Daud Bin Haji WahabMohd Fuad Bin JaaparRaja Abdul Malek Bin Raja Ahmad Tajudin Haji Jamaluddin Bin Yusof Haji Abdul Malek Bin Haji Ranting
Matlamat penubuhan Yayasan Pekida Malaysia
Pembangunan Insan
Pembangunan Sosial
Pembangunan Ekonomi
Pembangunan Mampan
Yayasan Pekida Malaysia
Yayasan Pekida Malaysia
Pembangunan Insan
Menyedari bahawa sebuah negara dan tamadun hanya dapat dibangunkan dengan jaya oleh individu dan kelompok manusia yang berdisiplin , ikhlas dan mulia maka YPM akan merancang , melaksana dan memantau program yang melibatkan pembangunan individu PEKIDA dan masyarakat Malaysia yang berilmu, beriman, berakhlak dan bertanggungjawab bagi kehidupan di dunia dan juga akhirat.
Yayasan Pekida Malaysia
Pembangunan Sosial Menyedari bahawa proses pembangunan yang memerlukan sistem sosial yang adil, progresif dan mampan akan dilambatkan oleh gejala dan penyakit sosial maka YPM akan merancang dan membentuk ahli PEKIDA dan keluarga ahli PEKIDA serta masyarakat Malaysia menjadi sebuah masyarakat yang bersatu, berdikari, jatidiri, inovatif , dinamik , pro-aktif dan progresif ke arah pencapaian menjadi masyarakat maju menjelang tahun 2025.
Yayasan Pekida Malaysia
Pembangunan Ekonomi
Menyedari bahawa ahli PEKIDA, keluarga ahli PEKIDA dan masyarakat Islam Malaysia masih dibelenggu masalah kemiskinan maka YPM akan berperanan dan bertanggungjawab bagi perancangan membasmi kemiskinan dan mengukuhkan ekonomi yangmana seterusnya mengujudkan masyarakat maju yang berjaya dengan cara mengembeleng tenaga, kepentingan dan aset masyarakatMalaysia menjadi entiti yang mampu bersaing melalui sokongan sistemmaklumat, pengurusan, teknikal dan kewangan yang sempurna di peringkat daerah,negeri, kebangsaan , serantau, benua dan global.
Yayasan Pekida Malaysia
Pembangunan Mampan. Menyedari bahawa hari ini lebih baik dari semalam dan esok perlu lebih baik berbanding hari ini maka YPM perlu memastikan bahawa pembangunan yang dibawa dan dipraktik oleh YPM perlulah merupakan struktur pembangunan mampan. Pembangunan mampan adalah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa menjejas keperluan generasi masa depan dan ianya adalah pembangunan yang mengimbangkan pembangunan ekonomi dengan keperluan sosial dan alam sekitar.
Perancangan, program dan aktiviti YPM adalah dirangka dan dilaksana melalui :-
( a ) Biro Pendidikan( b ) Biro Agama( c ) Biro Sosial( d ) Biro Kebajikan , Belia & Sukan( e ) Biro Ekonomi; ( f ) Biro Pelaburan ;( g ) Biro Undang-undang; ( h ) Biro Penyelidikan dan Pembangunan;( i ) Biro Keusahawanan; dan( j ) Biro Alam Sekitar
Yayasan Pekida Malaysia
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya semua amal itu harus disertai dengan niat (ikhlas karena Allah), dan setiap orang dinilai menurut niatnya."
(Riwayat Bukhari)
Yayasan Pekida Malaysia
Datuk Hasbullah L. Isa
Pengerusi Yayasan Pekida Malaysia
Yayasan Pekida Malaysia
Yayasan Pekida Malaysia
Yayasan Pekida Malaysia
Yayasan Pekida Malaysia
Eko-Agro pelancungan bagi tujuan pembangunan mampan
untuk Daerah Lipis dan Pahang Barat amnya
Yayasan Pekida Malaysia
Yayasan Pekida Malaysia
YPM akur bahawa di samping dakwah maka nilai keusahawanan perlu menebal di dalam jiwa setiap individu ahli PEKIDA. Setiap orang perlu mengusahakan sesuatu berdasarkan kebolehan terbaik mereka.
Menurut hadis Nabi Muhammad s.a.w bahawa sembilan daripada sepuluh rezeki terhasil dari usaha perniagaan.
Yayasan Pekida Malaysia
Perjuangan dahulu dengan senjata
Perjuangan sekarang dengan pengetahuan
K-KNOWLEDGE
Pengetahuan adalah kuasa
Yayasan Pekida Malaysia
Telah diperingatkan dan dipesan oleh Allahyarham Tun Razak apabila beliau menyatakan:
Kita perlu melakukan sesuatu agar generasi akan datang tidak menyalahkan kita di atas apa yang kita lakukan hari ini, sebagaimana sebahagian dari kita menyalahkan generasi lampau di atas kesilapan mereka!
Yayasan Pekida Malaysia
Orang Melayu masih punya keupayaan dan segi kekuatan minda, ekonomi, organisasi untuk mencari formula-formula bagi menyelesaikan permasalahan orang Melayu di negara ini dan peringkat antarabangsa secara paraktis dan berkesan.
Seandainya kita boleh bersatu, kita mampu memberikan sumbangan yang amat bermakna dalam usaha membangun bangsa ke tahap yang lebih progresif, kerana gerakan Melayu boleh mendapat dokongan dan akar umbi rakyat tempatan dan saudara Islam serata dunia apabila perjuangan mereka jujur dan ikhlas.
Yayasan Pekida Malaysia
Al-Quran; Surah 16 , An-Nahl( Lebah )Ayat 125, (Terjemahan)
“ Panggillah (dakwah) mereka kepada jalan Tuhan dengan bijaksana dan pengajaran yang baik, dan bertukar fikiranlah dengan mereka menurut cara sebaik-baiknya . Sesungguhnya Tuhan engkau lebih tahu siapa yang tersesat jalannya, dan Dia lebih tahu pula orang –orang yang menuruti jalan yang benar. “
Tiada bangsa di dunia yang mengaku golongan bangsa mereka adalah seratus peratus Islam melainkan Melayu di Malaysia.