Download - wirid latif imam haddad
-
8/14/2019 wirid latif imam haddad
1/23
Dikompil oleh: Shuaib Ibn Salleh, M(im) Society
0
Wirdul-Latif
Zikir Pagi Dan Petang
Al-Imam Al-Qutub Abdullah
bin Alawi Al-Haddad
-
8/14/2019 wirid latif imam haddad
2/23
Dikompil oleh: Shuaib Ibn Salleh, M(im) Society
1
Wirdul-Latif adalah satu dari susunan wirid dan zikir oleh Al-
Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad. Selalunya ia dibaca
berseorangan pada waktu pagi dan petang. Seperti karangannya yang
lain, Imam Haddad menguatkan wirid ini dengan ayat-ayat Al-Quran
dan hadith.
Dengan cara tulisannya yang senang difaham, pendek dan tepat,beliau menyusun ayat-ayat Al-Quran dan Hadith untuk berzikir
kebesaran dan kelebihan Allah. Dinamakan Wirdul-Latif (wirid
ringan) sebab senang dibaca dan senang dirasakan di hati kita.
Juga sebab ia tidak begitu panjang seperti wirid yang besarnya,
iaitu Wirdul-Kabir.
Karangan dan bacaan Wirdul-Latif di sini ialah seperti yang
dianjurkan oleh pengikut-pengikut, murid-murid dan muslimin di
negeri Arab, Semenanjung Asia dan Africa, dari keturunan Al-
Haddad, Munsib-munsibnya di maqam Imam al Haddad di Al-Hawi,
Tarim - Hadhramaut di negara Yaman.
Imam Alawi bin Ahmad bin Hassan Al-Haddad, anak kepada cucu
beliau telah menyusunkan wirid ini dengan mengurangkan jumlah
bacaan tasbih and tahmeed. Perulangan tasbih dan tahmeed
dikurangkan kepada tiga dan ditambah satu ayat untuk gantinya.
Baginda mengikut arahan Allah seperti di Surah 2 Al-Baqarah Ayat
286: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya
olehnya.
Diriwayatkan daripada Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w telah
masuk ke masjid dan baginda mendapati ada seutas tali yang
direntangkan di antara dua tiang, lalu baginda bertanya: Taliapakah ini? Para Sahabat menjawab, Tali itu digunakan oleh
Zainab untuk sembahyang, apabila dia merasa malas atau keletihan
dia akan berpegang pada tali tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda
lagi, Lepaskan ikatan tali tersebut, seseorang dari kamu
hendaklah bersembahyang dengan keupayaan yang ada pada dirinya,
apabila dia malas atau letih maka hendaklah dia berhenti. Zainab
adalah seorang yang kukuh imannya. Kemudian Rasulullah s.a.w.
bertanya kepada Zainab r.a. jikalau ia mahu belajar satu zikir
yang berpahala serupa dengan membaca bilangan zikir-zikir ini.
Dan Baginda pun berkata, tambahkan kalimah seberapa banyak
ciptaan Nya kepada setiap tasbih, taslim and tahmeed.
Sudah tentulah lebih baik kalau kita ada masa dan tenaga untuk
membaca wirid ini dengan sepenuhnya. Insya Allah Allah akan
memberi kita taufiq dan hidayat dan merahmati Al-Habib kita serta
memimpin kita ke jalan yang benar.
-
8/14/2019 wirid latif imam haddad
3/23
Dikompil oleh: Shuaib Ibn Salleh, M(im) Society
2
.1
) .(1.Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Katakanlah (wahai Muhammad): Dialah Allah Yang Maha Esa; Allah
Yang menjadi tumpuan segala permohonan; Ia tidak beranak, dan Ia
pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang sebanding
dengan-Nya. Surah Al-Ikhlas (3X)
Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Said al-khudri;
seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di
masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w.
dan sampaikan perkara itu kepadanya sebab dia menyangka bacaanitu tidak cukup dan lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, Demi
tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al
Quran!
Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang
berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar
seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, Wajiblah.
Saya bertanya kepadanya, Apa ya Rasulallah? Baginda menjawab,
Syurga (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).
2. .
.)(
2.Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Katakanlah (wahai Muhammad); Aku berlindung dengan Tuhan yang
menciptakan cahaya subuh, daripada kejahatan makhluk-makhluk yang
Ia ciptakan; dan daripada kejahatan malam apabila ia gelap
gelita; dan daripada (ahli-ahli sihir) yang menghembus pada
simpulan-simpulan ikatan; dan daripada kejahatan orang yang
dengki apabila ia melakukan kedengkiannya. Surah Al-Falaq (3X)
-
8/14/2019 wirid latif imam haddad
4/23
Dikompil oleh: Shuaib Ibn Salleh, M(im) Society
3
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w
biasanya apabila ada salah seorang anggota keluarga baginda yang
sakit, baginda menyemburnya dengan membaca bacaan-bacaan.
Sementara itu, ketika baginda menderita sakit yang menyebabkan
baginda wafat, aku juga menyemburkan baginda dan mengusap baginda
dengan tangan baginda sendiri, kerana tangan baginda tentu lebih
banyak berkatnya daripada tanganku..
3. .
) .(
3. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung dengan Tuhan
sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang
berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik
penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan
hasutannya ke dalam hati manusia, dari kalangan jin dan
manusia. Surah An-Nas (3X)
Dari Tirmidhi diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri; Nabi
Muhammad s.a.w selalu meminta perlindungan daripada kejahatan jindan perbuatan hasad manusia. Apabila surah al-falaq dan an-nas
turun, baginda ketepikan yang lain dan membaca ayat-ayat ini
sahaja.
4. ) .(
4. Ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari bisikan-bisikan
syaitan. Dan aku berlindung pula dengan-Mu ya Tuhanku dari
kedatangan mereka kepadaku. (3X)
Surah 23: Al-Muminun Ayat 97-98
-
8/14/2019 wirid latif imam haddad
5/23
Dikompil oleh: Shuaib Ibn Salleh, M(im) Society
4
5. .
5. Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan
kamu secara main-main saja, dan bahwa kamu tidak akan
dikembalikan kepada kami?
Surah 23: Al-Muminun Ayat 115
6. .
6. Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya - Tidak ada
Tuhan Selain Dia - Tuhan yang mempunyai Arsy yang Agong.
Surah 23: Al-Muminun Ayat 116
.7 .
7. Dan barangsiapa menyembah tuhan yang lain di samping Allah,
padahal tidak ada suatu dalil pun baginya tentang itu, maka
sesungguhnya perhitungannya di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-
orang yang kafir itu tidak beruntung.
Surah 23: Al-Muminun Ayat 117
8. .
8. Dan katakanlah: Ya Tuhanku berilah ampunan dan berilah rahmat,
dan Engkau adalah Pemberi rahmat yang paling baik!
Surah 23: Al-Muminun Ayat 118
-
8/14/2019 wirid latif imam haddad
6/23
Dikompil oleh: Shuaib Ibn Salleh, M(im) Society
5
9. .
9.Maka bertasbihlah kepada Allah di waktu kamu berada di petang
hari dan waktu kamu berada di waktu subuh.
Surah 30: Ar-Rum Ayat 17
.10 .
10.Dan bagiNyalah segala puji di langit dan bumi, dan di waktu
petang dan di waktu kamu berada di waktu dhuhur.
Surah 30: Ar-Rum Ayat 18
11. .
11. Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan
yang mati dari yang hidup dan menghidupkan bumi sesudah matinya:
dan seperti itulah kamu dikeluarkan dari kubur.
Surah 30: Ar-Rum Ayat 19
.12 )(. 12. Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar Lagi Maha
Mengetahui dari bisikan syaitan yang terkutuk. (3X)
Dari Abu Daud diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri;
Apabila Rasulullah s.a.w. sembahyang tahajjud, selepas beliau
bertakbir, baginda membaca: Subhanallah, Alhamdulillah,
Allahuakbar dan Lailaha illallah, tiga kali kemudian beliau
mengucap: Aku berlindung dengan Allah, Yang Maha Mendengar Lagi
-
8/14/2019 wirid latif imam haddad
7/23
Dikompil oleh: Shuaib Ibn Salleh, M(im) Society
6
Maha Mengetahui dari bisikan syaitan yang terkutuk, dari
bisikannya, godaannya dan ludahnya.
13. .13. Kalau sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah
gunung pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah-pecah
disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu
Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.
Surah 59: Al-Hashr Ayat 21
14. 14. Dialah Allah Yang Tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui
yang ghaib dan yang nyata. Dialah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang.
Surah 59: Al-Hashr Ayat 22
15. .
15. Dialah Allah Yang Tiada Tuhan Selain Dia; Raja Yang Maha
Suci; Yang Maha Sejahtera; Yang Mengurniakan keamanan; Yang Maha
Memelihara; Yang Maha Perkasa; Yang Maha Kuasa; Yang Memeliki
Segala Keagungan. Maha Suci Allah dari apa yang mereka
persekutukan.
Surah 59: Al-Hashr Ayat 23
-
8/14/2019 wirid latif imam haddad
8/23
Dikompil oleh: Shuaib Ibn Salleh, M(im) Society
7
16. .
16. Dialah Allah Yang Menciptakan; Yang Mengadakan; Yang
Membentuk Rupa; Yang Mempunyai sifat-sifat yang baik;
Bertasbihlah kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi; dan
Dia-lah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana.
Surah 59: Al-Hashr Ayat 24
17. .
17. Kesejahteraan dilimpahkan atas Nuh di seluruh alam.
Surah 37:Al-Saffat Ayat 79
18. .18. Sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-
orang yang berbuat baik.
Surah 37:Al-Saffat Ayat 80
19. .19. Sesungguhnya dia termasuk di antara hamba-hamba Kami yang
beriman.
Surah 37:Al-Saffat Ayat 81
20. .)(20. Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang
sempurna dari kejahatan makhlukNya. (3X)
-
8/14/2019 wirid latif imam haddad
9/23
Dikompil oleh: Shuaib Ibn Salleh, M(im) Society
8
Dari Abu Dawud dan Tirmidhi, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa
yang membaca doa ini tiga kali, tiada apa-apa malapetaka akan
terjatuh atasnya.
21. .)(
21. Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tak satu pun,
yang di bumi mahupun di langit dapat memberi bencana dan Ia
Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui. (3X)
Dari Ibn Hibban; Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Hamba-hamba
Allah yang membaca doa ini pada waktu pagi dan petang,
tiada kesakitan apa jua akan di alaminya.
.22 .)(
22. Ya Allah, sesungguhnya aku telah mendapatkan kurnia,
kesehatan serta perlindungan daripada-Mu di pagi hari ini, maka
sempurnakan kurnia kesihatan serta perlindungan-Mu padaku di
dunia dan akhirat. (3X)
.23 .
)(
23. Ya Allah, di pagi hari ini aku mengambil-Mu sebagai saksi,
begitu pun para pemikul Arsy-Mu, para malaikat-Mu dan seluruh
makhluk-Mu, bahawa Engkaulah Tuhan, tiada Tuhan selain Engkau,
Tunggal tiada sekutu, dan bahawa Muhammad adalah hamba dan
utusan-Mu. (4X) (Sila rujuk ke-31)
-
8/14/2019 wirid latif imam haddad
10/23
Dikompil oleh: Shuaib Ibn Salleh, M(im) Society
9
24. .)(
24. Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam, pujian yang
memadai nikmat-nikmat-Nya dan mencukupi penambahanNya.
(3X)
25. .)(
25. Aku beriman kepada Allah Yang Maha Agung dan ingkar terhadap
sembahan selain Allah, kejahatan dan thoghut (segala yang
disekutukan dengan Allah), dan aku berpegang dengan tali yang
kukuh yang tidak akan terputus. Dan Allah Maha Mendengar Lagi
Maha Mengetahui. (3X) Surah Al-Baqarah Ayat 256;
Dari Bukhari, diriwayatkan oleh Abdullah ibn Salam, yang
menceritakan satu peristiwanya kepada Rasulullah s.a.w. lalu
baginda berkata, Syurga itu Islam, dan berpeganglah Pegangan
Yang Teguh (urwat al-wuthqa) supaya kamu sentiasa menjadi seorang
Muslim sampai kamu mati.
.26 .)(
26. Aku ridha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan
Muhammad s.a.w. sebagai Nabi dan rasul. (3X)
Dari Abu Daud dan Tirmidzi; Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
Sesiapa berdoa setiap pagi dan petang dengan doa ini akan masuk
ke syurga. Surah 3: Ali-Imran Ayat 19: Sesungguhnya ugama (yangbenar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.
-
8/14/2019 wirid latif imam haddad
11/23
Dikompil oleh: Shuaib Ibn Salleh, M(im) Society
10
27. .)(
27. Cukuplah Allah sebagai pelindungku; tiada Tuhan melainkan
Dia, kepada-Nya aku bertawakal, dan Dialah Penguasa Arasy yang
agung. (7X) Surah 9 al-Tawbah Ayat 129. Dari Tirmidhi,
diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri; Rasulullah s.a.w.
bersabda, Bagaimana saya hendak rehat sedangkan tiupan telah
sedia di mulutnya, membuka telinganya dan tunduk kepalanya,
menunggu arahan untuk meniup? Ditanya lagi, apa pula arahan
baginda, Cukuplah Allah sebagai pelindungku dan Dia lah sebaik-
baik penjaga.
28. .)(28. Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam-Mu ke atas penghulu
kami Muhammad serta keluarga dan sahabat-sahabatnya. (10X)
Dari Muslim, diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin Al As:
Rasullulah s.a.w. bersabda: Sesiapa meminta Allah berselawat
kepadaku, Allah akan membalas keatasnya dengan sepuluh kali
selawat.
Surah 33; Al-Ahzab, Ayat 56: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nyaberselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi
(Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah
kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan
penghormatan yang sepenuhnya..
29. .
29. Ya Allah aku bermohon kepada-Mu untuk kebaikan yang tidak
disangka; dan aku berlindung dengan-Mu daripada bencana yang
mengejut. (Sila rujuk Hadith Per. 31)
-
8/14/2019 wirid latif imam haddad
12/23
Dikompil oleh: Shuaib Ibn Salleh, M(im) Society
11
.30.
30. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau;Engkau ciptakan daku dan aku ini adalah hamba-Mu dan aku akan
menuruti titah dan amanat-Mu sekuat tenagaku.
Dari Bukhari, diriwayatkan oleh Shaddad ibn Aws; Rasulullah
s.a.w. bersabda, Sebaik-baiknya cara memohon ampunan dari Allah
ialah: Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau;
Engkau ciptakan daku dan aku ini adalah hamba-Mu dan aku akan
menuruti titah dan amanat-Mu sekuat tenagaku tanpa soal. Aku
berlindung dengan-Mu dari hal-hal buruk yang Engkau ciptakan, dan
aku mengakui nikmat kurnia-Mu kepadaku, serta mengakui dosaku,
maka ampunilah daku, kerana tak ada yang mampu mengampuni dosa
itu selainkan Engkau. Rasulullah s.a.w bersambung lagi... (Silarujuk Hadith Per. 31 dibawah)
31. .
31. Aku berlindung dengan-Mu dari hal-hal buruk yang Engkau
ciptakan, dan aku mengakui nikmat kurnia-Mu kepadaku, serta
mengakui dosaku, maka ampunilah daku, kerana tak ada yang mampu
mengampuni dosa itu selainkan Engkau.
Dari Abu Dawud, diriwayatkan oleh Buraydah ibn Hasib; Rasullulah
s.a.w. bersabda: Kalau sesipa katakan di waktu pagi dan petang,:
Ya Allah! Engkaulah Tuhanku; tiada tuhan selain-Mu, Engkau
Penciptaku, aku hamba-Mu, dan aku berpegang dengan tali yang
kokoh yang tidak akan putus; Aku berlindung dari perkara buruk
yang aku telah lakukan; aku mengakui nikmat-Mu serta dosaku;
ampunilah aku sebab tiada yang mampu mengampuni selainkan
Engkau., dan jika dia mati pada hari atau malam itu, dia akan
masuk syurga.
-
8/14/2019 wirid latif imam haddad
13/23
Dikompil oleh: Shuaib Ibn Salleh, M(im) Society
12
32. .
32. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada tuhan selain Engkau, hanyakepada Engkau aku berserah diri, dan Engkaulah Tuhan yang
mempunyai Keagungan.
Dari Bukhari, diriwayatkan oleh Abdullah ibn Abbas; Rasullulah
s.a.w. apabila dimasa kesusahan berdoa dengan membaca: Tiada
yang berhak disembah melainkan Allah, Maha Sejahtera, Maha Kuasa.
Tiada yang berhak disembah selain Allah, Tuhan senanjung syurga
dan dunia, Raja Yang Agung.
33. .
33. Apa yang dikehendaki Allah pasti akan terjadi, dan apa yang
tidak dikehendaki tidak akan terjadi, Tiada daya dan tiada
kekuatan tanpa pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha
Besar (Rujuk Keterangan di Per: 54)
.34 .
34. Aku mengetahui bahwasanya Allah Maha Kuasa atas segala
sesuatu. Dan sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmu-Nya atas
tiap-tiap sesuatu.
Surah 65: Al Talaq Ayat 12
35. .*
35. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari kejahatan diriku
sendiri, dan dari kejahatan segala yang melata yang ubun-ubunnya
berada dalam genggaman-Mu, sesungguhnya Tuhanku selalu berada di
atas jalan yang lurus.
-
8/14/2019 wirid latif imam haddad
14/23
Dikompil oleh: Shuaib Ibn Salleh, M(im) Society
13
36. .36. Ya Allah, Yang Hidup, Tuhan Yang Berdiri Sendiri, aku memohon
pertolongan dengan kasih sayang-Mu, dan aku memohon perlindungan
daripada siksa-Mu.
37. .
37. Berilah kepadaku kebaikan dalam semua permasaalahanku,
janganlah Engkau menyerahkan daku kepada diriku sendiri, dan
jangan juga kepada salah seorang pun daripada makhluk-Mu walau
sekelip mata sekalipun.
38. .
38. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada keluh kesah dan
kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada kelemahan dan
kemalasan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutangdan daripada paksaan manusia.
Dari Bukhari, diriwayatkan daripada Anas ibn Malik; apabila
Rasulullah s.a.w., berhenti untuk berehat; saya dengar baginda
berdoa: Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada keluh kesah
dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada kelemahan
dan kemalasan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan
hutang dan daripada paksaan manusia"
39. .39. Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu kesejahteraan di dunia dan
akhirat.
-
8/14/2019 wirid latif imam haddad
15/23
Dikompil oleh: Shuaib Ibn Salleh, M(im) Society
14
.40 .
40. Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu pengampunan dankesejahteraan serta perlindungan yang abadi dalam agamaku,
duniaku, keluargaku, dan hartaku.
Dari Abu Dawud, diriwayatkan daripada Abdullah ibn Umar;
Rasulullah s.a.w. selalu mengucapkan doa ini di waktu pagi dan
petang: Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu kesejahteraan di dunia
dan akhirat. Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu pengampunan dan
kesejahteraan serta perlindungan yang abadi dalam agamaku,
duniaku, keluargaku, dan hartaku. Ya Allah, tutupilah segala
keaibanku, dan amankanlah ketakutanku. Ya Allah, peliharalah
daku dari malapetaka yang datang dari depanku dan dari
belakangku, dan dari kananku dan dari kiriku, dan dari atasku,dan aku berlindung dengan keagungan-Mu agar jangan ditipu dari
bawahku (tanpa disedari).)
41. .
41. Ya Allah, tutupilah segala keaibanku, dan amankanlah
ketakutanku. (Sila rujuk Hadith Per: 40)
42. .*
42. Ya Allah, peliharalah daku dari malapetaka yang datang dari
depan dan belakangku, dan dari kanan dan kiriku, dan dari atasku,
dan aku berlindung dengan keagungan-Mu agar jangan ditipu dari
bawahku (tanpa disedari). (Sila rujuk Hadith Per: 40)
-
8/14/2019 wirid latif imam haddad
16/23
Dikompil oleh: Shuaib Ibn Salleh, M(im) Society
15
43. .
43. Ya Allah, Engkaulah yang menciptakan daku, memberikan
petunjuk kepadaku, memberi makanan padaku, memberikan minuman
kepadaku, mematikan daku, dan membangkitkan daku semula.
Dari Muslim, diriwayatkan oleh Miqdad, Rasulullah s.a.w bersabda,
Allah, memberiku makanan, memberiku minuman, setelah baginda
dapati susunya telah di minum oleh seorang.
44.
*.
44. Kami berada pada pagi ini dengan fitrah beragama Islam, di
atas kalimah ikhlas, dengan agama Nabi kami Muhammad s.a.w dan
agama bapa kami Ibrahim a.s. yang lurus dan berserah diri (kepada
Allah), dan sekali-kali bukanlah dia dari golongan orang-orang
yang mempersekutukan Allah dengan yang lain.
Hari ini Kami telah lengkapkan agamamu, dan penuhkan nikmat-Ku
kepadamu, dan meredhai untukmu Islam sebagai agamamu. Surah5: al-Maidah Ayat 3
45. .
45. Ya Allah! sesungguhnya kami berada di waktu pagi bersama
Engkau, demikian pula di waktu petang, dan di kala hidup dan dikala mati, dan hanya kepada-Mu lah tempat kebangkitan, kami
berada di waktu pagi sedang kekuasaan tetap berada bagi Allah
Tuhan seru sekalian alam.
Dari AbuDawud, diriwayatkan oleh Abu Malik; Rasulullah s.a.w.
bersabda: Apabila bangun pagi, bacalah: Ya Allah, sesungguhnya
kami berada di waktu pagi bersama Tuhan seru sekalian alam. Ya
Allah, kami memohon kepada-Mu kebaikan hari ini keterbukaannya,
-
8/14/2019 wirid latif imam haddad
17/23
Dikompil oleh: Shuaib Ibn Salleh, M(im) Society
16
kemudahannya, cahayanya, keberkatanmya dan petunjuknya; dan
perlindungan dari keaiban yang datang dengan nya dan sesudahnya.
Pada petang hari serupa juga.
.46
46. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu kebaikan hari ini,
pembukaannya, kemudahannya, cahayanya, berkatnya dan petunjuknya.
47. .
47. Ya Allah aku memohon kepada-Mu kebaikan hari ini, dan
kebaikan apa yang ada di dalamnya, dan aku berlindung kepada-Mu
daripada keburukan hari ini dan keburukan apa yang terdapat
didalamnya.
48.
.48. Ya Allah, nikmat yang aku terima di pagi ini, atau yang di
terima oleh salah seorang dari hamba-Mu, maka sumbernya hanyalah
Engkau semata, tiada sekutu bagi-Mu, bagi-Mu lah pujian dan
kepada-Mu kami bersyukur atas semuanya itu.
Dari Abu Dawud, diriwayatkan oleh Abu Malik; Seorang bertanya
Rasulullah s.a.w.: Berilah kami suatu ayat yang boleh kami
ulangi tiap pagi, petang dan apabila kami bangun dari tidur.
Baginda suruh kami berdoa: "Ya Allah! Yang Mencipta Syurga dan
dunia, Yang Mengetahui semua yang zahir dan batin, Engkaulah
Tuhan sekian makhluk; para malaikat saksikan bahwa tiada tuhanselain-Mu, kami berlindung dengan-Mu dari keburukan diri kami dan
dari bisikan syaitan yang menyekutukan Mu.
-
8/14/2019 wirid latif imam haddad
18/23
Dikompil oleh: Shuaib Ibn Salleh, M(im) Society
17
49. .)(
49. Maha Suci Allah dan puji-pujian untukNya, sebanyak bilangan
makhlukNya, sebanyak bilangan keridhaanNya, sebanyak timbangan
ArsyNya dan sebanyak tinta untuk menulis kalimatNya. (3X)
Diriwayatkan daripada Juwairiyah Ummil Mukminin r.a., bawahasanya
Nabi s.a.w keluar dari rumahnya pada suatu pagi setelah habis
sembahyang subuh sedang Juwairiyah masih di tempat sembahyangnya
(berzikir), apabila beliau kembali ke rumah setelah menunaikan
shalat Dhuha, beliau dapati Juwairiyah masih di tempat
sembahyangnya lagi, lalu beliau bertanya: Apakah engkau masih
lagi berkeadaan seperti aku tinggalkanmu tadi? Maka berkata Nabi
s.a.w.: Bila aku meninggalkanmu tadi aku telah mengucapkan empat
kalimah sebanyak 3 kali, jika ditimbang dengan apa yang engkau
ucapkan sejak awal hari tadi niscaya ia lebih daripada apa yang
engkau ucapkan, iaitu wirid yang disambung dengansebanyak
bilangan .......
.50 .)(
50. Maha Suci Allah Yang Maha Agung dan puji-pujian untukNya,sebanyak bilangan makhlukNya, sebanyak bilangan keridhaan-Nya,
sebanyak timbangan Arsy-Nya dan sebanyak bilangan kalimat-
Nya. (3X)
51. .
)(51. Maha suci Allah sebanyak bilangan ciptaan-Nya di langit, Maha
suci Allah sebanyak bilangan ciptaan-Nya di bumi, Maha suci Allah
sebanyak bilangan ciptaan-Nya di antara keduanya dan Maha suci
Allah sebanyak bilangan ciptaan-Nya. (3X)
-
8/14/2019 wirid latif imam haddad
19/23
Dikompil oleh: Shuaib Ibn Salleh, M(im) Society
18
Diriwayatkan daripada Saad bin Abu Waqqash r.a. bahawasanya dia
bersama Rasulullah s.a.w. mendatangi seorang perempuan sedang
pada kedua tangan perempuan itu ada biji (kurma) atau kerikil
dihitungnya dalam tasbihnya, maka bersabda Rasulullah s.a.w.:
Mahukah engkau aku memberitahumu sesuatu yang lebih mudah atau
lebih utama buatmu? Lalu beliau menyambung dengan membaca wirid
yang disambung seperti diatas ini
.
.52 .
)(
52. Segala puji bagi Allah sebanyak bilangan ciptaan-Nya dilangit, segala puji bagi Allah sebanyak bilangan ciptaan-Nya di
bumi, segala puji bagi Allah sebanyak bilangan ciptaan-Nya di
antara keduanya dan segala puji bagi Allah sebanyak bilangan
ciptaan-Nya. (3X)
.53
.)(53. Tiada tuhan melainkan Allah, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di
langit, tiada tuhan melainkan Allah, sebanyak bilangan ciptaan-
Nya di bumi, tiada tuhan melainkan Allah, sebanyak bilangan
ciptaan-Nya di antara keduanya, dan tiada tuhan melainkan Allah,
sebanyak bilangan ciptaan-Nya. (3X)
54. ) .(
54. Allah Maha Besar, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di langit,
Allah Maha Besar, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di bumi, Allah
Maha Besar, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di antara keduanya, dan
Allah Maha Besar, sebanyak bilangan ciptaan-Nya. (3X)
-
8/14/2019 wirid latif imam haddad
20/23
Dikompil oleh: Shuaib Ibn Salleh, M(im) Society
19
Dari Al-Muwatta, diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membaca: Tiada tuhan
selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu baginya, kepunyaan-Nya
lah kerajaan, dan hanya bagi-Nya segala puji dan Dia Maha kuasa
atas segala sesuatu dalam sehari sebanyak seratus kali, nescaya
dia mendapat pahala sebagaimana memerdekakan sepuluh orang hamba.
Dia juga diampunkan seratus kejahatan, dibuat untuknya bentengsebagai pelindung dari syaitan pada hari tersebut hingga ke
petang. Tidak diganjarkan kepada orang lain lebih baik
daripadanya kecuali orang tersebut melakukan amalan lebih banyak
daripadanya. Manakala mereka yang berkata: Maha suci Allah dan
segala puji hanya bagi Allah, dalam sehari sebanyak seratus kali
nescaya terhapuslah segala dosanya sekalipun dosanya itu banyak
seperti buih di lautan .
(i) Al-Habib Abibakar Sakaran didalam Hizbnya telah mengatakan
bahawa pengucapan, Ya Allah, limpahkanlah kurnia dan
kesejahteraan atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga
dan sahabat-sahabatnya sekalian ialah sebagai pintu menujukepada Allah; dan kunci ke pintu itu ialah ucapan, Tiada tuhan
melainkan Allah; dan pertahanannya ialah ucapan, Tiada kekuatan
atau kuasa melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi dan Maha
Agung
55.
.)(55. Tiada kekuatan atau kuasa melainkan dengan izin Allah Yang
Maha Tinggi dan Maha Agung, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di
langit, tiada kekuatan atau kuasa melainkan dengan izin Allah
Yang Maha Tinggi dan Maha Agung, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di
bumi, tiada kekuatan atau kuasa melainkan dengan izin Allah Yang
Maha Tinggi dan Maha Agung, sebanyak bilangan ciptaan-Nya di
antara keduanya, dan tiada kekuatan atau kuasa melainkan dengan
izin Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung, sebanyak bilangan
ciptaan-Nya. (3X)
-
8/14/2019 wirid latif imam haddad
21/23
Dikompil oleh: Shuaib Ibn Salleh, M(im) Society
20
56.
.56. Ya Allah, limpahkanlah kurnia dan kesejahteraan atas penghulu
kami Nabi Muhammad yang Ummiy (buta huruf) dan atas keluarga dan
sahabat-sahabatnya sebanyak bilangan ciptaan-Nya di langit, Ya
Allah, limpahkanlah kurnia dan kesejahteraan atas penghulu kami
Nabi Muhammad yang Ummiy dan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya
sebanyak bilangan ciptaan-Nya di bumi, Ya Allah, limpahkanlah
kurnia dan kesejahteraan atas penghulu kami Nabi Muhammad yang
Ummiy dan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya sebanyak bilangan
ciptaan-Nya di antara keduanya, Ya Allah, limpahkanlah kurnia dan
kesejahteraan atas penghulu kami Nabi Muhammad yang Ummiy dan
atas keluarga dan sahabat-sahabatnya sebanyak bilangan ciptaan-
Nya.
.57 .)(
57. Tiada tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-
Nya, kepunyaan-Nya lah kerajaan, dan hanya bagi-Nya segala puji,
dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, sebanyak bilangan zarahyang dicipta-Nya seribu kali. (3X)
-
8/14/2019 wirid latif imam haddad
22/23
Dikompil oleh: Shuaib Ibn Salleh, M(im) Society
21
58. .
58. Tiada tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-
Nya, kepunyaan-Nya lah Kerajaan, dan hanya bagi-Nya segala puji,
dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu yang telah diciptakan-Nya.
.. .
:
) ( ) (
.) (
( ( ) . (
.
-
8/14/2019 wirid latif imam haddad
23/23
22
Nota:
Jika dibaca pada waktu petang gantikanlah perkataan-perkataan
yang di garis bawah itu seperti berikut:
" " - "
"
Di ayat 22, 23, 44 dan 45: Pagi digantikan dengan Petang.
"" - ""Di ayat 45 kebangkitan digantikan dengan kembali.
"" - ""Dan di dalam ayat 46 dan 47: hari digantikan dengan malam.
Tamat Wirdul-Latif
dari http://www.alhawi.net/