Tanggungjawab Alam Sekitar LMCK 2711 Set 96
Nama: Wong Yun Ai
No. matrik: A148322
Course: Audiology
Karnival Keusahawanan ini dianjurkan untuk mewujudkan budaya keusahawanan dalam
kalangan remaja dan belia serta membangunkan pendidikan keusahawanan kepada remaja
dan belia dan seterusnya memupuk minat kecenderungan mereka kepada aktiviti-aktiviti
keusahawanan secara berkesan.Selain itu,karnival ini juga mendedahkan para remaja dan
belia kepada bidang keusahawanan melalui perkongsian pengalaman secara langsung dengan
pihak yang berkaitan dalam bidang perniagaan.Program ini juga bermatlamat Melahirkan
generasi remaja dan belia yang lebih yakin, mampu berdikari, dan bersedia untuk menceburi
bidang keusahawanan sebagai kerjaya.
Program Selera 1 Malaysia ialah program induk dan bukan salah satu program bawah
Karnival Keusahawanan kerana program ini diadakan adalah untuk menjana pendapatan bagi
Karnival Keusahawanan. Program Selera 1 Malaysia ialah satu program yang diadakan di
UKM KL. Program ini merupakan jualan makanan Malaysia yang halal di UKM KL dan
dijalankan sebelum bermulanya Karnival ini. Program Selera 1 Malaysia dijalankan pada 21
April 2015 hingga 23 April 2015 dan Kanival Kusahawanan ini bermula pada 25 April 2015.
Saya,Wong Yun Ai selaku AJK Pemasaran induk dalam Program Selera 1 Malaysia
bertanggungjawab untuk mencari peniaga untuk menjual makanan dalam program ini. Kami
akan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali dalam seminggu kerana Exco ingin
mengetahui proses kerja kami. Saya dan AJK lain diberi taklimat ringkas oleh Exco kami
tentang apa yang perlu disampaikan kepada peniaga. Saya perlu beradab sopan apabila
bercakap dengan peniaga kerana kami perlu menjaga nama baik UKM. Saya perlu
memperkenalkan kami sendiri sebelum menerangkan program kami. Saya telah
mengamalkan tanggungjawab alam sekitar apabila menjalankan tugas saya dengan
berkomunikasi secara sopan. Saya memberi masa lebih kurang 2 hari bagi peniaga
mempertimbangkan sama ada hendak menyertai program kami. Saya bersikap bertimbang
rasa kerana peniaga memerlukan masa untuk membuat keputusan. Secara tidak langsung,
saya telah mempraktikkan tanggungjawab alam sekitar. Seterusnya, saya akan memberi
nombor akaun kepada peniaga yang berminat bagi masukkan deposit sewaan. Setelah peniaga
memasukkan duit dalam akuan yang diberikan, mereka perlu menghantar gambar resit
tersebut sebagai pembuktian pembayaran tersebut. Di samping itu, kami juga akan
menghantar gambar pelan tapak kepada mereka supaya peniaga dapat memilih tapak yang
mereka sukai dan mereka rasa paling strategi. Saya menjaga hati peniaga dengan memberi
peluang kepada mereka untuk memilih tapak dan bukannya mengatur secara paksaan.
Kami juga membuka satu group dalam Facebook dan ahli-ahli kumpulan saya semua
diwajibkan untuk masuk dalam group ini supaya mempermudahkan kerja kami. Sebagai
contoh,kami menghantar gambar pelan tapak kepada peniaga untuk memilih tapak.Peniaga
yang saya uruskan ingin memilih A2,tetapi ahli kumpulan saya tidak dapat mengetahui mana
tapak yang telah dipilih oleh peniaga yang saya uruskan dan tidak dapat memberitahu
peniaga mereka maklumat yang terkini. Dengan adanya, group Facebook ini, semua orang
mesti mengemaskini tapak yang telah dipilih oleh peniaga masing-masing dengan ahli
kumpulan lain merujuk kepada makulumat ini untuk memberitahu peniaga tapak yang telah
dipilih. Tidak dapat dinafikan bahawa group ini telah mempermudahkan kerja kami.
Kami mendapatkan senarai peniaga yang menyertai program ini tahun lepas dan
membahagikan nombor-nombor untuk telefon bagi mendapatkan peniaga menyertai program
ini. Tetapi,kami juga manghadapi masalah kerana ramai peniaga tidak puas hati tentang harga
sewaan tapak dan khemah. Kami tidak dapat mencapai bilangan target peniaga yang
ditetapkan iaitu 20 peniaga. Oleh sebab kami tidak dapat mendapat peniaga daripada senarai
peniaga yang kami dapati pada tahun lepas, satu kumpulan yang terdiri daripada Exco dan
AJK pemasaran induk yang lain telah dibentukkan. Kumpulan ini dikenali sebagai Kumpulan
Pasar Malam dan mereka bertanggungjawab untuk pergi ke Pasar Malam yang terdekat untuk
mendapat nombor telefon peniaga-peniaga.Seterusnya,kumpulan saya akan menelefon satu
demi satu untuk mendapatkan peniaga yang secukupnya dalam program ini.
Sehari sebelum program ini,kami akan mengingatkan peniaga-peniaga supaya membawa
lapis meja sendiri dan juga generator sendiri kerana mungkin bekalan elektrik tak cukup
tinggi bagi peniaga yang menggunakan mesin voltan tinggi. Saya juga mengingatkan
peniaga-peniaga supaya menjaga kebersihan sementara menjual makanan. Khemah-khemah
didirikan pada sehari sebelum bermulanya Program Selera 1 Malaysia. Kami memastikan
khemah-khemah disusun seperti yang dirancangkan supaya tidak menghalang laluan orang
untuk berjual-beli. Di sini, saya telah mengamalkan tanggungjawab alam sekitar kerana
adanya persekitran yang bersih, pelanggan-pelanggan yang datang baru akan mempunyai
imej yang lebih baik tentang tahap kebersihan penjualan makanan tersebut. Pada hari ke-2
program ini dilangsungkan,kami akan pergi khemah peniaga satu demi satu untuk
menandatangani perjanjian yang disediakan dan mengutip baki sewaan yang perlu dibayar.
Selepas menjelaskan wang sewaan, kami akan memberikan resit kepada peniaga sebagai
pembuktian pembayaran mereka.
Akhir sekali, kami bekerjasama membersihkan kawasan penjualan tersebut supaya
mengekalkan kebersihan dan keceriaan campus UKMKL. Selepas Program Selera 1 Malaysia
dilangsung, Post-mortem telah dijalankan untuk membincang kelemahan dan kebaikan yang
dilakukan dalam program ini.
Saya telah menjalankan tugasan saya dalam program ini dengan mempraktikkan nilai
tanggungjawab alam sekitar. Alam sekitar adalah amat penting dalam kehidupan kita kerana
alam sekitar adalah interaksi antara benda hidup dengan benda yang tidak hidup. Pokok-
pokok yang di ada sekeliling kita telah membekalkan oksigen yang diperlukan oleh manusia
sepanjang masa dan tumbuhan memerlukan carbón dioksida yang manusia hembuskan.
Selain itu, kita saling menolong antara benda hidup dalam kehidupann kita seperti kawan atau
haiwan-haiwan yang ada di persekitaran kita.
Sekian, terima kasih.
Mesyuarat
Semua ahli organisasi subprogram Karnival Keusahawan mengadakan mesyuarat dengan Pengetua dan Timbalan Pengetua.
Semua ahli organisasi subprogram Karnival Keusahawan mengadakan mesyuarat dengan Pengetua dan Timbalan Pengetua.
Whatsapp group Program Selera 1 Malaysia Whatsapp history dengan salah satu peniaga
Khemah-khemah yang akan didirikan