Kod: PU/001/000-1213-009Nama Aktiviti: MALAM PERSEMBAHAN LAGU CIPTAAN BAHASA TIONG HUAPersatuan: URUSETIA ARTISUKMATempat: DEWAN ANUWAR MAHMUD (DAM) UKM
Tarikh Perlaksanaan: 30 SEPTEMBER 2013Hari: ISNIN
Jawatan: Exco __________
RINGKASAN AKTIVITI
1. Ahli-ahli jawatankuasa membuat persiapan yang awal dengan berkumpul di DAM pada waktu
petang.
2. Kedatangan para hadirin bermula dari pukul 7.00 malam dan pameran di depan pintu besar
DAM pula mula menjadi tarikan penonton pada waktu itu.
3. Ahli jawatankuasa protokol bersiap sedia dan berdiri di depan pintu besar untuk menyambut
kedatangan tetamu kehormat. Setiap exco memainkan peranan sendiri di stesen masing-
masing.
4. Tetamu Kehormat, Dr. Chang Peng Kee dan wakil Encik Rafie masuk dewan dengan diiringi
oleh Ketua Pengarah Majlis, Goh Jun Kai dan Ooi Ai Zhen pada pukul 8.00 malam.
5. Selepas acara perasmian daripada Dr. Chang Pei Kee,maka bermulanya persembahan lagu
ciptaan Bahasa Tiong Hua 2013 oleh ahli-ahli New Tune dan Okerstra Tradisional UKM.
6. 12 buah lagu telah dimainkan dalam majlis malam tersebut di mana tujuh buah lagu oleh New
Tune Music Workshop, empat bagi Okerstra Tradisional UKM dan sebuah lagu gabungan
oleh kedua-dua persatuan ini. Satu tarian Hip-Hop turut disembahkan oleh New Tune Dance
Crew.
7. Kesemua persembahan ini mengambil masa selama dua jam dan ia tamat pada pukul 10.30
malam dengan lancar.
8. Aktiviti ini secara tidak langsung telah memupuk semangat kerjasama di samping menjalin
hubungan silaturahim antara ahli-ahli jawatankuasa.
9. Aktiviti ini turut mampu melahirkan golongan mahasiswa atau mahasiswi yang dapat
berkomunikasi secara berkesan serta mahir dalam mengurus sesebuah program.
HP 1:
Gambar menunjukkan ahli jawatan kuasa teknikal yang melaksanakan kewajipannya dalam mengambil gambar dan video sepanjang majlis dijalankan.
Gambar menunjukkan ahli jawatankuasa membuat persiapan ke atas pameran-pameran yang akan dipaparkan kepada orang ramai.
HP 2:
Ahli-ahli menjalinkan hubungan silaturahim dengan mewujudkan komunikasi yang baik secara mesra dalam suasana yang harmoni.
Gambar menunjukkan maskot New Tune, Mr. Tune yang menjadi daya tarikan para hadirin kerana kemesraannya yang suka berinteraksi dengan orang ramai.
HP 3:
Gambar menunjukkan ahli kumpulan pameran memaparkan pameran mereka di depan pintu besar DAM. Mereka telah mencari dan mengumpul segala informasi yang berkaitan untuk menarik perhatian hadirin.
Gambar menunjukkan ahli jawatankuasa menyampaikan maklumat atau memberikan penjelasan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti tahunan New Tune kepada para tetamu kehormat melalui pameran.
Gambar menunjukkan ahli kumpulan publisiti yang menunjukkan daya usaha yang tinggi untuk mencapai objektif New Tune dengan menjalankan pelbagai rancangan publisiti dalam kampus.
HP 4:
Gambar menunjukkan ahli-ahli kumpulan protokol yang menonjolkan ketrampilan yang baik dari aspek etika pemakaian yang kemas dan seragam.
Gambar menunjukkan pengaturacara majlis yang menunjukkan sikap profesionalisme dan keyakinan diri dengan memakai pakaian yang formal.
Gambar menunjukkan kemahiran dan kefasihan ahli-ahli dalam mempersembahkan tarian moden semasa majlis malam dengan pemakaian yang seragam.
HP 5:
Gambar menunjukkan ahli-ahli yang sedang membuat “sound check” sebelum majlis malam dijalankan bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal.
Ahli-ahli telah mengedarkan borang survei kepada setiap hadirin untuk menilai tahap persembahan ahli-ahli dan pada waktu yang sama boleh memberikan sebarang kritikan.
HP 6:
Gambar menunjukkan ahli-ahli bersinergi dan bekerjasama untuk memasang microfon serta memastikan penayangan video disiarkan secara lancar.
Gambar menunjukkan papan tandatangan tetamu kehormat yang dihasilkan oleh ahli jawatankuasa di bawah kepimpinan ketua kumpulan protokol.
HP 7:
Gambar menunjukkan ahli exco NewTune sedang berbincang dan menguruskan maklumat-maklumat aktiviti.
Gambar menunjukkan hasil-hasil tajaan yang diperoleh dari penaja semasa menjalankan “Marketing Operation (MO)”. Antara barang yang ditajakan termasuklah coklat, minuman energi, baucer dan sebagainya.
HP 8:
Gambar menunjukkan acara perasmian yang kreaktif dan menarik di mana tetamu kehormat melekatkan jarum jam mengikut masa perasmian malam tersebut.
Gambar menunjukkan ahli-ahli jawatankuasa produser yang mempersembahkan sebuah lagu gabungan timur dan barat atas kerjasama Okerstra Tradisional UKM untuk kali pertama.