Download - wataniah

Transcript
Page 1: wataniah

Anidah @ Ani binti Mansor,Pengerusi Juwita,P187 kinabatangan,Sabah 29 MAC 2015__________________________________________________________________________________

Kepada,Yang Berhormat,Datuk Bung Mokhtar bin Radin,P187 Kinabatangan,Malaysia

Yang Berhormat,

MEMOHON TEMPAT LATIHAN TEMPATAN ANGGOTA LOKASI KINABATANGAN, REJIMEN 516 ASKAR WATANIAH

Dengan penuh takzimnya saya selaku Pengerusi Juwita P187 Kinabatangan dan merupakan askar wataniah lokasi Kinabatangan memohon agar Yang Berhormat dapat meluluskan satu tempat atau kawasan untuk pihak kami menjalankan latihan tempatan.

2. Untuk pengetahuan Yang Berhormat kami adalah pelapis kepada pertahanan nombor satu negara . Pasukan kami amat berharap pihak Yang Berhormat dapat memberi perhatian dan diberi keutamaan demi perkhidmatan kami terhadap agama, bangsa dan negara.

3. Sehubungan dengan itu saya sebagai wakil anggota pasukan simpanan tentera darat Malaysia, Kinabatangan ingin memohon bangunan Giat Mara lama agar dijadikan tempat latihan kami.

4. Segala tindakan segera dan pertimbangan wajar dari pihak Yang Berhormat Datuk, saya dahului dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang Benar,

(ANIDAH @ ANI BINTI NOOR)Pengerusi Juwita P1877 Kinabatangan.No tel: 017-8337871

s.k. Yang Berhormat Datuk Bung Mokhtar bin Radins.k. Jurulatih lokasi Kinabatangans.k. Penolong Pegawai Memerintah, Batalion 3 Rejimen 516 Askar Wataniah

Top Related