Transcript
Page 1: WARKAH RAJA-RAJA MELAYU DI PUSAT MANUSKRIP MELAYUkepada kitab agama, kitab perubatan tradisional, petua, azimat, hikayat, syair, sekumpulan kecil manuskrip nazam, sejarah, undang-undang

WARKAH RAJA-RAJA MELAYU DI PUSATMANUSKRIP MELAYU

Siti Mariani bt S.M.Omar*

PENGENALAN

Manuskrip Melayu telah diisytiharkan sebagaiwarisan dokumen negara oleh UNESCO Memory ofthe World Programme yang perlu diselamatkan dandipulihara. Sejak ditubuhkan pada tahun 1985, PusatManuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysiatelah memberi tumpuan kepada pelaksanaan fungsimengesan dan memperolehi manuskrip Melayudalam apa jua bentuk dari dalam dan luar negara, disamping menjalankan fungsi-fungsinya yang laindalam memartabatkan manuskrip Melayu sebagaikhazanah ilmu Melayu yang tidak boleh dicari ganti.Jumlah manuskrip yang telah dikumpul sehingga Mei2001 menjangkau kepada 2960 naskhah meliputimanuskrip karya penulisan lama dan warkah lamayang kebanyakannya dalam bahasa Melayu.Himpunan koleksi yang paling tinggi diklasifikasikankepada kitab agama, kitab perubatan tradisional,petua, azimat, hikayat, syair, sekumpulan kecilmanuskrip nazam, sejarah, undang-undang danketatanegaraan.

Dasar utama perolehan adalah pembinaan koleksimanuskrip Melayu berbentuk karya penulisan lama.Namun, manuskrip Warkah lama tidak diketepikansebagai bahan yang sama penting untuk diperolehidan disimpan sebagai bahan penyelidikan.

Warkah Melayu lama merupakan manuskrip terawalyang dihasilkan oleh masyarakat zaman silam untukpelbagai tujuan dan kepentingan. Ianya digunakansebagai saluran komunikasi dan sebagai saluranperhubungan ikatan silaturahim antara kerajaan,pembesar, antara pembesar dengan pemerintah Baratdan antara pembesar-pembesar di Kepulauan Melayu.

Oleh itu, warkah Melayu lama merupakan sumbersejarah yang amat penting bagi sesuatu negeri yangmenggambarkan keadaan ekonomi, sosial, politik dansejarah pada zaman ianya ditulis.

Keintelektualan orang Melayu terserlah daripadapenggunaan kata puji-pujian dan isi kandungan yangdisusun indah, teratur dan halus. Penguasaan bahasaArab oleh masyarakat Melayu yang terpancar di katapuji-pujian membuktikan kebolehan merekamemahami dan menulis bahasa tersebut. WarkahMelayu yang sering dihias dengan iluminasi yangmempesonakan mempunyai identiti tersendirimerupakan manifestasi kesenian Melayu pada masaitu. Kemahiran dan pengetahuan dari segi teknikiluminasi ini terbukti dengan penggunaan hiasanperada emas pada warkah sebagai lambangkeagungan dan kebesaran pengirim. Kehalusan seniorang Melayu pada masa itu juga dapat dilihat padacap mohor yang sering digunakan sebagai identifikasidan status pengirim surat. Sementara, isi kandunganwarkah memberi gambaran peristiwa yang bersejarahpada zaman itu yang membentangkan hasrat penuliskepada penerima.

KOLEKSI WARKAH DI PUSATMANUSKRIP MELAYU

Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan NegaraMalaysia mempunyai 28 helai warkah Melayu lamadalam koleksinya. Daripada jumlah tersebut 17 helaiwarkah dalam bentuk asal telah dikenalpasti berkaitandengan kesultanan Melayu dan boleh dibahagikankepada 3 kategori seperti berikut :

* Pengarah. Pusat Manuskrip Melayu. Perpustakaan Negara Malaysia.

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: WARKAH RAJA-RAJA MELAYU DI PUSAT MANUSKRIP MELAYUkepada kitab agama, kitab perubatan tradisional, petua, azimat, hikayat, syair, sekumpulan kecil manuskrip nazam, sejarah, undang-undang

i. Warkah daripada Gabenor-Jeneral kerajaanpemerintah kepada Sultan

ii. Warkah daripada Sultan kepada Gabenor-Jeneral kerajaan pemerintah

iii. Warkah antara Sultan di Kepulauan Melayu.

Warkah daripada Gabenor-Jeneral kerajaanpemerintah kepada SultanDalam kategori ini terdapat 6 helai warkah yang adadalam simpanan Pusat Manuskrip Melayu.

i. Surat daripada John Hendric Tobias kepadaSeri Paduka Sultan Syarif Uthman ibniAlmarhum Sultan Syarif Abdul Rahman Al-Qadri, Sultan Pontianak bertarikh 5 April1832. (MSS 2285)40.8 x 29 cm.; 23 baris. Ditulis dengan dakwathitam coklat di atas kertas laid berwarna putihcoklat yang dalam keadaan baik. Namun,terdapat tompok kesan kena air di sebelah kirikertas. Tera air: C & I HONIG. Tulisan kecildan kemas. Mempunyai cap mohor berlakridan tanda tangan J.H.Tobias dalam tulisanrumi di sebelah kanan di permulaan surat.Tulisan Ya Qadi al-hajat digunakan sebagaikata permulaan surat.

Dimulakan dengan Bahawa ini warkah al-ikhlas wa tuhfah al-ajnas. John Hendric Tobiasketika menulis surat ini berada di Betawi.Ianya merupakan surat balasan daripada SeriPaduka Sultan yang diterimanya pada 5Jamadilakhir. Beliau menyatakan hasrat inginbertemu dengan Seri Paduka Sultan SyarifUthman. Kata-kata pujian yang ditujukankepada Seri Paduka Sultan amat menarik,.. .yang sahabat kita menerima cinta kasih danSayang dan tiada menaruh sekali-kali lupa danlalai pada tiap-tiap makan dan zaman selama-lamanya hingga ada hayat di dalam dunia iniadanya dan kita pun demikian juga yang tiadasekali-kali putus ingatan dan kerinduan yangsentiasa adanya... Termaktub dan telahmeterai di dalam Bandar negeri Betawi pada5 April 1832.

ii. Surat perlantikan Seri Paduka Raja HajiAbdullah sebagai Raja Muda daripada

Gabenor-Jeneral Nederland-Hindi bertarikh9 Februari 1858. (MSS 2.138)42.5 x 55 cm.; 9 baris. Ditulis dengan dakwathitam di atas kertas laid Eropah berwarna putihkekuningan yang dalam keadaan baik. Tera air:(i) C & T HONIG (ii) Singa memeganglembing, perkataan VRYHEID di bawahnya,di dalam bulatan bermahkota dengan perkataanPROPATRIA EIUSQUE LIBERTATE diantara garis bulatan.

Melalui surat ini yang tertulis di negeri BogorGabenor-Jeneral dari tanah Hindi Nederlandmengisytiharkan Seri Paduka Raja HajiAbdullah dilantik sebagai Raja Muda dengangelaran Sultan Alauddin Riayat Syah YangDipertua Riau. Kandungannya jugamemerintah rakyat Riau taat kepada baginda.Ditulis dalam tulisan jawi disebelah verso dandalam bahasa Belanda dalam tulisan rumi disebelah rekto yang ditulis dengan tulisan yangindah dan berseni.

Surat daripada Sekretari-Jeneral KommissarisNederland-Hindi kepada Seri Paduka SyarifAhmad ibni Almarhum Sultan Syed SyarifAbdul Rahman al-Qadri, Pengiran BendaharaPontianak bertarikh 4 Ogos 1844. (MSS 2479)39.5 x 25 cm.; 19 baris. Ditulis dengan dakwathitam di atas kertas laid Eropah berwarna putihkekuningan. Tulisan kemas dan bergaya. Teraair: PROPATRIA EIUSQUE LIBERTATE.Tanda tangan A.Prins dalam tulisan rumi dibaris permulaan surat.

Sekretari-Jeneral Kommissaris [A.Prins]menulis surat ini di Bogor sebagai membalassurat yang dihantar oleh Seri Paduka SyarifAhmad bertarikh 24 Syawal 1271 H. [10 Julai1855 M.] yang disertakan bersama 3 buahkitab. Beliau mengucapkan terima kasih di ataspemberian kitab itu dan menunggu pemberiankitab lain seperti yang telah dijanjikan. TuanKommissaris memberitahu bahawa beliaumendengar khabar anak Syarif Abu Bakar al-Qadri telah berkahwin dengan putera SeriPaduka Sultan Uthman pada 12 Syawal. Isteridan anak-anak Kommissaris mengirim salamkepada Seri Paduka Sultan. Surat ini diakhiri

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: WARKAH RAJA-RAJA MELAYU DI PUSAT MANUSKRIP MELAYUkepada kitab agama, kitab perubatan tradisional, petua, azimat, hikayat, syair, sekumpulan kecil manuskrip nazam, sejarah, undang-undang

dengan kata-kata ...maka kita harap pulasupaya tuhan seru semesta alam akanpanjangkan usia umurnya sahabat kita di dalamdunia ini dan akhirat dengan segala selamatsempurna jua adanya...

iv. Surat daripada Kommissaris Jeneral BurggraafDu Bus de Gisignies kepada Seri PadukaSultan Syed Syarif Uthman ibni AlmarhumSultan Syed Syarif Abdul Rahman al-Qadri,Sultan Pontianak bertarikh 11 Februari 1829.(MSS 2051)49 x 39 cm.; 14 baris. Ditulis dengan dakwathitam pekat di atas kertas laid Eropah berwarnaputih kekuningan. Tulisan kemas dan bergaya.Tera air: J. HONIG & ZOONEN. Mempunyaicap mohor berlakri berwarna merah, perkataanKommissaris General Nederland denganlambang kerajaan Belanda. Tanda tangan DuBus de Gisignies tertera di permulaan barissurat. Kertas dipenuhi dengan iluminasilukisan motif bunga dan rajah bulatan kecilmenggunakan dakwat keemasan. Di kepalasurat dihias dengan lukisan lingkaran daun danbunga. Teks ditulis dalam bingkai bergaris,dengan lukisan bunga di antara baris.Menggunakan perkataan Qawluh al-haqqsebagai kepala surat yang ditulis dalam kotakberbentuk berlian berwarna keemasan.Kommissaris Jeneral Burggraaf Du Bus deGisignies mengkhabarkan kepada Sultan SyedSyarif bahawa beliau bersama-samapengiringnya telah tiba di Betawi pada 3Februari 1829. Beliau telah diutus olehMaharaja Nederland untuk melakukan sesuatuyang berfaedah kepada penduduk Pontianak.Kommissaris de Gisignies menjemput Sultanmenyatakan segala hal ehwalnya keranahendak kami mengira-ngira akan denganbijaksana akan hal ehwal itu...Surat diakhiridengan ayat Diberi di Betawi di dalam istanakami pada 11 harihulan Feruari 1829.

v. Surat daripada Gurnadur-Jeneral Jan JacobRochussen kepada Sultan Syed Syarif Uthmanibni Almarhum Sultan al-Qadri, SultanPontianak bertarikh 14 Mei 1848 M.

vi

bersamaan 22 Jamadilakhir 1265 H. (MSS2717)46 x 38 cm.; 15 baris. Ditulis dengan dakwathitam yang telah kembang di atas kertas laidBelanda yang telah rapuh berwarna putihkekuningan. Kertas koyak di barisan pertamaakibat daripada asid dakwat. Tera air: VANGELDER. Sehelai warkah yang dihias indahdengan iluminasi. Di keliling kertas dilukisbingkai bergaris dua yang dipenuhi denganlukisan lingkaran bunga dan daun di antaragaris berwarna biru dan coklat. Teks ditulisdalam bingkai kecil bergaris dua denganlukisan geometri di antara garis berwarnakeemasan. Di kepala surat lukisan 5 kuntumbunga dan di atas pula perkataan Qawluh al-haqq. Mempunyai cap mohor berlakriberwarna merah di sebelah kanan permulaansurat, tanda tangan Rochussen di bawahnya.Gurnadur-Jeneral Rochussen memaklumkanbahawa pada 12 Mac Raja William ke-2 telahmeninggal dunia. Termaktub warkah ini didalam istana kita di negeri Betawi pada 14Mei 1848 M. bersamaan 22 Jamadilakhir 1265H.

Surat daripada Gabenor-Jeneral Otto VanRees di Betawi kepada Sultan Syarif Yusufdi negeri Pontianak bertarikh 9 April 1877.(MSS 2873)59 x 44 cm.; 27 baris. Ditulis dengan dakwathitam coklat di atas kertas berwarna coklatyang telah rapuh. Kertas koyak dibahagianlipatan. Tulisan besar dan kemas. Tiada teraair. Mempunyai tanda tangan Van Rees disebelah kanan sebaris dengan permulaan suratdalam tulisan rumi. Perkataan Qawluh al-haqqdi kepala surat.Surat daripada ayahanda Seri Paduka YangDipertuan Besar Gabenor-Jeneral Otto VanRees kepada Seri Paduka anakanda SultanSyarif Yusuf yang bertakhta di negeriPontianak. Van Rees membalas surat SultanSyarif yang ditulis pada 7 Mac 1887 yangmemaklumkan mengenai perkahwinanputeranya Pengiran Ratu Syarif MuhammadPaku Negara dengan puteri Seri Paduka Sarif

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: WARKAH RAJA-RAJA MELAYU DI PUSAT MANUSKRIP MELAYUkepada kitab agama, kitab perubatan tradisional, petua, azimat, hikayat, syair, sekumpulan kecil manuskrip nazam, sejarah, undang-undang

Ismail bin Sultan Syarif Hamid al-Qadri yangbernama Syarifah Salamah. Van Reesmenyatakan kegembiraan beliau menerimaberita tersebut. Bersama-sama surat ini VanRees mengirim bekas kopi, teh dan gula yangdiperbuat daripada perak sebagai hadiahperkahwinan daripada kerajaan Hindi-Nederland kepada pengantin. Diakhiri denganayat Termaktub dalam istana Seri Padukaayahanda di negeri Betawi pada 9 harihulanApril 1887.

Warkah kepada Gabenor-Jeneral kerajaanpemerintah daripada SultanTerdapat hanya 2 helai warkah kepada Garbenor-Jeneral daripada Sultan.

i. Surat daripada Yang Dipertuan Muda RajaJaafar, negeri Riau kepada Kapten Eloutbertarikh 25 Syawal 1235 H. [17 Ogos 1820M.]. (MSS 2673)44.5 x 36.2 cm.; 15 baris. Ditulis dengandakwat hitam di atas kertas laid Inggerisberwarna putih kekuningan. Tulisan terang dankemas. Tera air: JOHN HAYES 1815. Sehelaiwarkah yang amat cantik yang dipenuhidengan iluminasi menggunakan dakwatkeemasan. Keliling kertas dilukis bingkaibergaris dua yang dihias dengan lukisanlingkaran daun, bunga dan tangkai di antaragaris. Teks pula ditulis dalam satu lagi bingkaikecil yang juga dihias indah. Di atas kepalasurat juga dihiasi dengan lukisan bunga danlingkaran daun dalam bentuk bulatan, diatasnya perkataan Qawluh al-haqq.Mempunyai cap berwarna hitam menggunakanasap pelita dalam bentuk 8 kelopak bunga.Tulisan rumi di keliling bulatan dan tulisanjawi yang tidak jelas di cap mohor.Satu surat persahabatan yang ditujukan kepadaKapten Elout yang berada di Betawi. Suratditulis di Pulau Penyengat pada malam Sabtu,12 Syawal 1235 H. Raja Jaafar mendoakanagar Kapten Elout dalam keadaan sihat dansentosa serta dilanjutkan umurnya. Kata-katayang digunakan amat halus dan indah sepertiyang tertera di awal surat iaitu ... Bahawa ini

surat tulus dan ikhlas serta suci hati heningjernih selagi ada cakerawala, matahari danbulan dengan cahayanya yang tiadaberapa...Baginda mohon maaf kerana tidakmenulis kepada Kapten Elout memaklumkanmengenai kedatangan Raja Laut ke Riauberjumpa baginda. Raja Jaafar menghadapimasalah aur di dalam hingga terlalu keras danketika Raja Laut singgah di Lingga kira-kiraseribu orang meninggal dunia. Kayu yangdiminta oleh Kapten Elout itu ada tetapi belumdihantar oleh orang yang mengambilnya keRiau. Baginda akan menghantarnya padamusim utara(?) dan baginda pula menunggukuda yang akan datang pada musim itu ke Riau.

ii. Surat daripada Sultan Zainal Abidin ibniAlmarhum Sultan Ahmad, negeri Terengganukepada Major Matt W.T.Taylor M.J. KolonelSekretari di Singapura bertarikh 28 Rejab 1321H. [20 Oktober 1903 M.]. (MSS 1536)37.3 x 44.5 cm.; 13 baris. Ditulis dengandakwat hitam di atas kertas laid berwarna putihkekuningan. Tera air: Wanita duduk di ataskereta kuda dalam bulatan bermahkota.Tulisan kecil dan kemas. Mempunyai capmohor bulat berwarna hitam mengguna asappelita dengan perkataan Al-wasir bi-'llah al-malik al-matin Sultan Zainal ibni AlmarhumSultan Ahmad, 1299 H. Perkataan Al-mustahaqq di kepala surat.Sultan Zainal Abidin membalas surat MajorTaylor yang bertarikh 5 Oktober 1903. Didalam surat itu Major Taylor menyatakanbahawa beliau telah menerima sepucuk suratdaripada Encik Engku Wan Ahmad bin EngkuKhatib bertarikh 28 September 1903. ResidenPahang telah memohon Engku Wan Ahmadmembawa surat itu kepada baginda danmeminta menangkap 9 orang yang membunuhorang Perancis di Tembeling, Hulu Pahang.Sultan memaklumkan bahawa 4 orang telahdapat ditangkap iaitu 3 orang Dayak bernamaMat Rasit, Dolah dan Oyal dan seorangMelayu bernama Sutan Kari. Baginda telahmenyerahkan 4 orang itu kepada Encik EngkuWan Ahmad bin Engku Khatib untuk

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 5: WARKAH RAJA-RAJA MELAYU DI PUSAT MANUSKRIP MELAYUkepada kitab agama, kitab perubatan tradisional, petua, azimat, hikayat, syair, sekumpulan kecil manuskrip nazam, sejarah, undang-undang

diserahkan kepada Residen Pahang. Bagindajuga telah memerintah supaya mencari danmenangkap 5 orang yang lain itu.

Warkah antara Sultan di Kepulauan MelayuTerdapat 9 helai warkah yang ditulis antara Sultan diKepulauan Melayu yang meliputi pelbagai isi maksudsebagai tanda hubungan mesra dan mengeratkanpersahabatan dan persaudaraan.

i. Surat daripada Sultan Idris Mursyid al-AzimSyah Yang Dipertuan Negeri Perak kepadaTengku Mahmud ibni Almarhum SultanAhmad di negeri Kelantan bertarikh 26Zulhijjah 1313 H. [9 Jun 1896 M.]. (MSS2141)34 x 42 cm.; 15 baris. Ditulis dengan dakwathitam coklat di atas kertas laid Inggerisberwarna putih coklat. Kertas koyak di lipatanbahagian tengah surat. Tera air: (i) THSAUNDERS (ii) Wanita duduk di atas keretakuda dalam bulatan bermahkota. Tulisankemas.Mempunyai cap berwarna hitam dengantulisan Sultan Idris Perak dalam tulisan rumidi keliling bulatan cap. Di dalamnya ditulisdalam tulisan jawi Paduka Seri Sultan Idris Al-Azim Yang Dipertuan Negeri Perak, 1300 H.Surat dimulakan dengan Qawluh al-haqq dikepala surat.Sultan Idris membalas surat yang diterimadaripada Tengku Mahmud bertarikh 6Zulkaedah 1313 H. [20 April 1896 M.]bersama 2 helai kain sutera dari WanMuhammad Ali. Baginda dalam keadaan sihatdan kerajaan Kelantan juga aman serta sentosa.Baginda mendoakan agar Tengku Mahmudjuga sihat. Baginda menghantar 2 keping kayukemuning untuk dibuat keris bersama-samasurat balasan ini.

ii. Surat daripada Sultan Abdul Rahman MuazamSyah dari Riau-Lingga kepada Sultan ZainalAbidin ibni Almarhum Sultan Ahmad diTerengganu bertarikh 20 Jamadilakhir 1322 H.[2 September 1904 M.J. (MSS 1535)42.6 x 40.5 cm.; 10 baris. Ditulis dengan

III..

dakwat hitam coklat di atas kertas yangmempunyai tera air yang unik yang mungkindikhaskan bagi kegunaan kerajaan Riau iaituKARADJAAN LINGGA RIOUW. Tulisankecil dan kemas. Mempunyai cap berwarnahitam dengan tulisan Al-malik Allah al-mannan al-muwafiq abdihi nasar al-zamanSultan Abdul Rahman Muazam Syah ibniMalik al-Hadi Raja Muhammad YusufAhmad. Di antara dua garis bulatan ditulis VanLingga Riouw En Onderhoorigheden. Tandatangan di bawah cap mohor, mungkin AbdulRahman dalam tulisan jawi.Surat ini ialah surat balasan daripada SeriPaduka anakanda Yang Dipertuan Besar SultanAbdul Rahman Muazam Syah kepada suratyang dihantar oleh Seri Paduka ayahandaSultan Zainal Abidin bertarikh 14 Jamadilakhir1322 H. yang termaktub di Istana Maziah.Sultan Abdul Rahman melahirkan rasasukacita baginda apabila mendapat tahubahawa Sultan Zainal Abidin telah menetapkantarikh kenduri doa selamat. Melalui surat iniSultan Abdul Rahman bersama sanak saudaradan kaum keluarga di Riau mendoakan semogakenduri tersebut dijalankan dengan selamatdan harap dapat hantar berita mengenainya.Surat ini tertulis di Istana Kraton, PulauPenyengat, Riau.

Surat daripada Pengiran Syed MursyidKesuma Negara kepada Sultan Syarif Yusufal-Qadri, Sultan Pontianak bertarikh 29 Rejab1289 H. [2 Oktober 1872 M.]. (MSS 2332)34 x 21.4 cm.; 17 baris. Ditulis dengan dakwathitam di atas kertas laid yang telah koyak dibeberapa baris akibat daripada asid dakwat.Tera air: (i)Trompet (ii) MEYNIER FIUME.Mempunyai cap mohor berwarna hitam dalambentuk 8 kelopak bunga yang bertulis Al-wasiqbi-'llah Pengiran Daftar MuhammadJamaluddin ibni Pengiran Ratu AhmadQamaruddin 1240 H. Tulisan Qawluh al-haqqdi tengah kepala surat.

Surat balasan kepada Seri Paduka ayahandaSyarif Yusuf al-Qadri bertarikh 2 Jamadilakhiryang memaklumkan tentang kemangkatan

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 6: WARKAH RAJA-RAJA MELAYU DI PUSAT MANUSKRIP MELAYUkepada kitab agama, kitab perubatan tradisional, petua, azimat, hikayat, syair, sekumpulan kecil manuskrip nazam, sejarah, undang-undang

Sultan Syarif Hamid. Pengiran Syed Mursyidterkejut mendapat berita tersebut kerana tidakmendengar khabar tentang keuzuran baginda.Pengiran Syed Mursyid mendoakan agarbaginda dikurnia rahmat Allah. Surat diakhiridengan ayat Disunting pada 29 harihulanRejab hari Arba' 1289.

iv. Surat daripada Sultan Muhammad ke-4Kelantan kepada Tengku Long dan TengkuEmbong bertarikh 9 Syaaban 1333 H. [ 14 Mac1915 M.]. (MSS 488)32 x 40.4 cm.; 10 baris. Ditulis dengan dakwatcoklat hitam di atas kertas tebal berwarna putihyang masih dalam keadaan baik. Tulisankurang menarik, condong ke sebelah kanan.Tera air: (i) Seikat batang kayu dalam lilitanseekor ular (ii) WATERLOW & SONSLIMITED. Mempunyai cap mohor berwarnaungu bertulis Sultan Muhammad 1329 H.Dikeliling bulatan mempunyai tulisan dalambahasa Arab. Cap mohor ditutup dengan kertasyang digunting berbunga seperti lukisan capmohor.

Surat daripada Seri Paduka kekanda SultanMuhammad ke-4 yang bertakhta di negeriKelantan kepada Seri Paduka adinda TengkuLong dan Tengku Embong. Bagindamenyatakan bahawa pada 9 Syaaban 1333 H.dipendekkan pertemuan anakanda raja berduadengan Seri Paduka anakanda Tengku Puteridan diceraikan. Baginda telah berusahamenasihatkan mereka tetapi tidak berkesan.Termaktub di Istana Kota Bahru, Kelantan.

v. Surat pengisytiharan harta Engku Nik bintiAlmarhum Raja Patani oleh Raja Kelantan ibniAlmarhum Sultan Muhammad bertarikh 14Zulhijjah 1314 H. [15 Mei 1897 M.]. (MSS2660)93 x 33.7 cm.; 16 baris. Ditulis dengan dakwatcoklat hitam di atas kertas laid berwarna putih.Tulisan kemas dan bergaya. Tera air: (i) Bulansabit berprofil manusia dalam perisai (ii)Burung berkepala 2 yang bermahkota, FNF dibawahnya. Mempunyai cap mohor RajaKelantan berwarna hitam bertarikh 1314.

VI.

Raja Kelantan mengesahkan bahawa EngkuNik binti Almarhum Raja Patani memilikisebidang tanah dusun nyiur dan satu wangin(?) tanah padi di Sungai Pinang dan 2 tanahpadi di Teluk Koyan Ranjuna, daerah Koyandan beberapa lagi tanah, padi dan dusun yangmerupakan pemberian daripada suaminya iaituSultan Mansur ibni Almarhum Sultan Ahmadsemasa beliau masih hidup. Pemberian inidinyatakan di hadapan 2 orang saksi iaitu TuanImam Haji Wan Daud bin Almarhum HajiWan Sulaiman dan Tuan Haji Mahmud Mesitbin Almarhum Haji Wan Muhammad.Keluasan tanah dikira oleh Imam HajiMahmud bin Almarhum Tuan Haji Yaakub,Haji Muhammad Said bin Haji Zainal dan HajiWan Kecit. Sultan Mansur semasa hidupnyatelah memberi surat wasiat kepada Engku Nik.Raja Kelantan melarang tanah-tanah itu dijual,digadai atau diberi kepada orang yang bukandi bawah pemerintahan negeri Kelantan.Sesiapa yang menyalahi larangan ini akandikenakan hukuman iaitu dusun dan segalatanahnya akan dirampas oleh kerajaan. Suratpengisytiharan ini ditulis oleh Tuan HajiMuhammad Said bin Haji Jamal pada 14Zulhijjah 1314 H. [15 Mei 1897 M.]. Di akhirsurat disertakan rajah kawasan tanah denganCatatan keluasannya.

Surat wasiat Raja Ali Yang Dipertuan MudaRiau kepada Raja Haji Abdullah bertarikh 3Zulkaedah 1273 H. [24 Jun 1857 M.]. (MSS1857)34 x 41 cm.; 14 baris. Ditulis dengan dakwathitam coklat di atas kertas laid berwarna putihcoklat. Tulisan kecil dan ditulis rapat. Tera air:PROPATRIA. Mempunyai cap mohorberwarna merah dalam bentuk kelopak bungayang bertulis Al-watiq Raja Muda Ali ibniAlmarhum Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar1261 H. Dikelilingnya ditulis Radja AlieOnder-Koning Riouw.

Yang Dipertuan Muda Raja Ali menurunkanwasiat kepada Raja Haji Abdullah pada malamAhad jam 11.00, 3 Zulkaedah 1273 H. Bagindameminta Raja Haji Abdullah memelihara anak

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 7: WARKAH RAJA-RAJA MELAYU DI PUSAT MANUSKRIP MELAYUkepada kitab agama, kitab perubatan tradisional, petua, azimat, hikayat, syair, sekumpulan kecil manuskrip nazam, sejarah, undang-undang

VII.

V111.

dan saudara lelaki dan perempuannya. Apabilabaginda mangkat diwasiatkan supaya tidakmembuat adat istiadat seperti raja-raja kecualiditanam sahaja, mungkin menjemput ResidenRiau hadir di majlis pengkebumian. Wasiatditulis dihadapan saksi pertama iaitu Raja AliHaji, kedua Raja Husin dan ketiga Orang KayaMuda Haji Ibrahim.

Surat daripada Panembahan Paku Negara SuriaKesuma di negeri Tayan kepada Sultan SyarifYusuf ibni Almarhum Sultan Syarif Hamid al-Qadri, Sultan Pontianak bertarikh 25Rabiulawal 1300 H. [3 Februari 1883M.].(MSS 2478)29.8 x 21 cm.; 20 baris. Ditulis dengan dakwathitam coklat di atas kertas berwarna coklat.Tulisan kemas tetapi tidak menarik.Mempunyai cap mohor berwarna hitammengguna asap pelita, dihias dengan lukisandi antara garis bulatan, perkataan PanembahanPaku Negara Suria Kesuma ibni PanembahanAdiningrat 1297 di dalamnya. Bermula denganQawluh al-haqq yang ditulis ditepi sebelah kirisurat.

Surat daripada Panembahan Paku Negara SuriaKesuma yang bertakhta di kerajaan negeriTayan ke hadapan Seri Paduka adinda SultanSyarif Yusuf ibni Almarhum Sultan SyarifHamid al-Qadri yang bertakhta di kerajaanPontianak. Panembahan Paku Negaramembalas surat Sultan Syarif yang menyuruhWan Mustafa meminta tiying (dalam bahasaJawa halus bermaksud orang) dihantar kepadabaginda. Panembahan Paku Negara tidak dapatmenyempurnakan permintaan itu.Panembahan Paku Negara memaklumkanbahawa adinda Pengiran Mangku mempunyaitiying yang diminta dan Wan Mustafa telahmeminta daripadanya.

Surat pengesahan penjelasan hutang daripadaSultan Syed Syarif Uthman ibni AlmarhumSultan Syed Syarif Abdul Rahman, SultanPontianak bertarikh 19 Safar 1268 H. [14Disember 1851 M.J. (MSS 2331)31.5 x 20.7 cm.; 10 baris. Ditulis di atas kertas

anyaman berwarna putih yang masih dalamkeadaan baik. Ditulis dengan dakwat hitam.Tulisan tidak menarik, sukar untuk dibaca.Mempunyai cap mohor hitam menggunakanasap pelita dalam bentuk segi 8. Di dalamnyaditulis Al-wasaf bi-'llah al-maliki SyarifUthman ibni Almarhum Sultan Syarif AbdulRhman Al-Habib Al-Husin Al-Qadri.Paduka Seri Sultan Syed Syarif Uthman ibniAlmarhum al-Habib al-Husin al-Qadri yangbertakhta di negeri Pontianak memeteraisuatu cap mengurniakan penjelasan hutangseorang yang bernama kepada U'basiqTanraba yang telah menerima hutangnyadaripada Sidupa berjumlah 210 Riyal, iaitukebun kelapa yang menghadap ke laut yangdahulunya dimiliki oleh Orang Kaya Sempu',kemudian dimiliki oleh Sicampa' yangmemberinya pula kepada Sidupa dan akhirnyadiberi kepada U'basiq Tanraba. Dengan itu,kebun tersebut tidak boleh dituntut lagi olehSidupa dan keluarganya.

ix. Surat wasiat Raja Haji Abdullah YangDipertuan Muda Riau bertarikh 26 Zulhijjah1274H. [7 Ogos 1858M.1. (MSS 1858)47.5 x 33 cm.; 29 baris. Ditulis dengan dakwathitam di atas kertas laid berwarna putihkekuningan yang bertompok-tompok dibeberapa tempat. Tulisan kemas dan menarik.Tera air: (i) Bulan sabit berprofil manusiadalam perisai (ii) AC.

Merupakan wasiat Raja Haji Abdullah, YangDipertuan Muda Riau kepada anak-anaknyaiaitu Maimunah. Puteri, Muhammad danMohd. Tahir yang ditulis pada hari Sabtu, 26Zulhijjah 1267 H. Wasiat dibahagikan kepada10 fasal. Rumah diberi kepada Maimunah danPuteri. Senjata, kebun, perahu, sampanjongkong diberi kepada Muhammad yangmenjadi ketua keluarga setelah kematian RajaAbdullah. Mohd. Tahir masih belum baligh.Hutangnya akan dijelaskan oleh Muhammadbersama ibunya, Raja Hawa. Hutangnya yangada kaitan dengan urusan kerajaan akandiuruskan oleh Raja Muda. Beliau mintaditanam seperti orang fakir, bukan seperti raja-

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 8: WARKAH RAJA-RAJA MELAYU DI PUSAT MANUSKRIP MELAYUkepada kitab agama, kitab perubatan tradisional, petua, azimat, hikayat, syair, sekumpulan kecil manuskrip nazam, sejarah, undang-undang

raja, dimandikan oleh dua atau tiga orang salihdan diletakkan di satu tempat yang suci semasadimandikan. Doa tahlil dibuat bersama paraulama. Baginda menasihatkan supaya taatkepada syariat Allah. Diberi juga wasiat untukmengamal sifat-sifat yang terpuji dan mulia,di antaranya dilarang berperasaan hasad dandengki sama sendiri dan pentingnya menuntutilmu. Wasiat ini diserahkan kepadaMuhammad bin Abdullah al-Khalidi.

Ciri-ciri Warkah Kesultanan MelayuKoleksi warkah kesultanan Melayu Pusat ManuskripMelayu memaparkan beberapa ciri ilmu suratmenyurat Melayu yang memberikannya status yangistimewa sebagai jenis manuskrip yang paling halusdan indah.

i. Ciri fizikalKesemua warkah yang dibincangkan ditulis diatas sehelai kertas laid Eropah yang berbeza-beza Saiznya berwarna putih kekuningan. Teraair yang didapati dalam kertas menjelaskanbahawa kertas yang digunakan adalah kertasyang diimpot daripada negara England, Italidan Belanda. Hanya sehelai warkah (MSS1535) yang mempunyai tera air khusus untukkegunaan Kerajaan Riau-Lingga. Dakwat yangdigunakan untuk teks adalah warna hitam,tiada satu pun warkah menggunakan dakwatmerah. Bagi jumlah baris pula,kebanyakkannya adalah ditulis dalam barisyang ganjil, sepertimana lazimnya jugaterdapat dalam naskhah manuskrip Melayu.

ii. TulisanWarkah diraja dan juga warkah Gabenor-Jeneral ditulis oleh jurutulis khas yang pakardalam seni khat. Keindahan sesuatu warkahbergantung kepada kepakaran jurutulis dalammenulis pelbagai jenis khat, kebiasaannyajenis naskhi pada bahagian teks, thuluth ataukuhfi pada baris permulaan dan akhir warkah.Namun, dalam koleksi Pusat ManuskripMelayu ada didapati warkah yang tidakmenarik tulisannya, yang mungkin ditulis olehorang biasa (MSS 2478, MSS 2331).

iii. IluminasiHiasan iluminasi pada warkah Melayu lamamenampilkan ketinggian dan kehalusanmasyarakat Melayu. Ia mencerminkanmartabat dan darjat pengirim/penerimawarkah. Hiasan yang sering dipancarkan ialahmotif daun, bunga, tangkai yang berlingkarandi keliling kertas sebagai bingkai dan taburanbunga di seluruh kertas. Dakwat keemasanyang digunakan menambah lagi serinyasesuatu warkah itu. Dalam koleksi PusatManuskrip Melayu dua warkah iaitu MSS2051 daripada Du Bus de Gisignies kepadaSultan Syed Syarif Uthman dan MSS 2717daripada Rochussen juga kepada pembesaryang sama dihias indah rnemandangkan statuspenerima warkah ialah Sultan Pontianak.Begitu juga warkah tanda persahabatandaripada Yang Dipertuan Raja Muda Jaafarkepada Kapten Elout (MSS 2673).

iv. Cap MohorHampir kesemua warkah mempunyai capmohor pengirim. Warkah daripada Sultanmenggunakan cap mohor berwarna hitam,kebiasaannya dalam bentuk 8 kelopak bunga.Di dalamnya ditulis nama, gelaran Sultandalam bahasa Arab yang disertakan dengantahun pemerintahan. Di garisan bulatan pulasama ada dihias atau ditulis nama Sultan dalambahasa Belanda dalam tulisan rumi. Cap mohorini mengganti tanda tangan Sultan kerana tandatangan bukan budaya masyarakat Melayusilam. Warkah disediakan oleh jurutulis,bukan ditulis sendiri oleh Sultan dan denganitu cap mohor penting sebagai pengganti diri.Cap mohor sering menggunakan warna hitam,hanya MSS 488 mengguna warna ungu, seperticap moden dan MSS 1857 menggunakanwarna merah. Cap mohor pihak Belanda pulaberlakri berwarna merah dan di bawahnyaditurunkan tanda tangan untuk membuktikanpenglihatan mereka dalam penyediaan surattersebut.

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 9: WARKAH RAJA-RAJA MELAYU DI PUSAT MANUSKRIP MELAYUkepada kitab agama, kitab perubatan tradisional, petua, azimat, hikayat, syair, sekumpulan kecil manuskrip nazam, sejarah, undang-undang

v. Kepala SuratKepala surat menggunakan Ungkapanberunsur lslam yang pendek dalam bahasaArab dan kebiasaanya ditempatkan ditengahsurat. Kepala surat yang popular ialahQawluh al-haqq. Namun, MSS 2285menggunakan Ya Qadi al-hajat dan MSS1536 menggunakan Al-mustahaq. PilihanUngkapan kepala surat disesuaikan dengantujuan surat ditulis dan hubungan antarapengirim dan penerimanya. Pilihankedudukan ianya ditulis pula ditentukan olehdarjat pengirim/penerima. Menurut R.J.Wilkinson kepala surat yang ditulis di tengahdi atas teks bermakna darjat pengirim/penerima adalah sama. Jika ditulis agak kiriseperti di MSS 2873, darjat pengirim adalahlebih rendah daripada penerima dan bagikepala surat yang ditulis di sebelah kananbermakna darjat pengirim lebih tinggidaripada penerima.

vi. Puji-pujianBeberapa baris awal warkah diperturunkanpuji-pujian yang menyatakan nama, gelarandan alamat pengirim dan penerima warkahyang disusun dalam bahasa yang amat indahdan mulia, yang kadangkala menggunakiasan alam semesta. Puji-pujian inimencerminkan kekayaan bahasa istana viii.kesultanan Melayu pada zaman silam, sepertiyang ternyata di MSS 1536 yang bermuladengan ayat Surat yang amat tulus ikhlasyang tiada menaruh lupa dan lalai melainkancinta ingatan yang kebajikan jua selamanyaselagi ada peredaran cakrawala, mataharidan bulan,

vii. Isi kandunganBahasa pada isi kandungan warkah lebihsederhana, tidak berbunga-bunga danmeleret-leret seperti pada puji-pujian. Iaadalah sumber primer yang menggambarhubungan diplomatik, politik dan ekonomiyang menjadi sumber rujukan penting dalam ix.mengkaji perkembangan bahasa dan ejaanMelayu. Daripada 17 helai warkah yang

dibicarakan ternyata isi kandungan warkahmeliputi politik, diplomatik dan jalinanhubungan mesra. Surat balasan kebiasaannyadinyatakan tarikh ianya diterima olehpengirim dan kenyataan penerima fahamakan maksud surat Misalnya, MSS 2479menyatakan ... adapun dengan segala sukahati kita sudah terima suratnya sahabat kitayang termaktub kepada... MSS 1536menunjukkan hubungan politik di manaResiden Pahang memohon bantuan SultanZainal Abidin Terengganu membantunyamenangkap 9 orang yang membunuh orangPerancis di Tembeling, Hulu Pahang.Kebanyakkan warkah ditulis keranawujudnya jalinan persahabatan, hubunganmesra dan perasaan saling hormatmenghormati di antara Gabenor-Jeneral danSultan dan antara kerabat diraja di KepulauanMelayu. Penggunaan perkataan ayahandadan adinda yang digunakan juga olehGabenor-Jeneral melambangkan peng-hormatan dan memperkukuhkan lagiperhubungan mereka. Raja-raja Melayu pulameninggalkan wasiat melalui warkahmengenai Pembahagian harta yang jugamewasiatkan peraturan Upacarapengkebumian mereka.

HadiahAda kalanya warkah diiringi dengan hadiahsebagai tanda persahabatan. Misalnya dalamMSS 2873 warkah Otto Van Rees kepadaSultan Syarif Yusuf disertakan dengan hadiahbekas gula, kopi dan teh khas untuk pengantin.Sultan Uthman pula telah menghadiahkan 3buah kitab kepada Jeneral KommissarisA.Prins. Kerabat diraja juga menghantarhadiah sesama mereka. Sultan Idris Perakmengirim kayu kemuning untuk dibuat keriskepada Tengku Mahmud yang berada dinegeri Kelantan sebagai balasan hadiahberupa kain sutera daripada Tengku Mahmud.

PenutupWarkah Melayu diakhiri dengan ayat yangmenyatakan tarikh, tempat dan masa ia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 10: WARKAH RAJA-RAJA MELAYU DI PUSAT MANUSKRIP MELAYUkepada kitab agama, kitab perubatan tradisional, petua, azimat, hikayat, syair, sekumpulan kecil manuskrip nazam, sejarah, undang-undang

ditulis yang dipisahkan daripada isikandungan surat. Perkataan yang lazimdigunakan ialah termaktub, tertulis dan adajuga mengguna diberi, disunting dimana saizperkataan ini lebih besar daripada isikandungan, untuk menandakan akhirnyasurat. Tarikh yang dirujuk ialah tarikh Hijriahbagi warkah diraja dan tarikh Masihi bagiwarkah Gabenor-Jeneral yang diberipersamaannya dalam tarikh Hijriah.

x. Sampul suratWarkah sudah pastinya dikirim dalamsampul surat. Namun, koleksi warkah yangyang diperolehi oleh Pusat ManuskripMelayu tidak disertakan dengan sampulsurat, mungkin telah rosak atau hilang.Warkah Melayu lama mencerminkanketinggian budi bahasa dan sopan santunorang Melayu di samping memperlihatkankehalusan kesenian kita. Banyak yang bolehdikaji dari sekeping Warkah tulus ikhlas yangperlu dikumpul dan dipulihara.

PENUTUP

Koleksi warkah Melayu lama di dalam simpananPusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan NegaraMalaysia tidak banyak, namun sedikit sebanyak ianyadapat memberi gambaran kepada kita mengenai senisurat menyurat masyarakat Melayu, peribadipenerima dan pengirim serta sejarah perhubungansultan-sultan dan pemerintah asing pada abad ke-19.Sebagaimana manuskrip Melayu, karya penulisanwarkah Melayu lama yang ditulis tangan ini jugaperlu diselamatkan dan dipulihara supaya ianya tidakterbiar daripada terdedah kepada pelbagai gejala yangboleh merosak dan memusnahkannya. PusatManuskrip Melayu akan terus mempergiatkanperolehan koleksi warkah agar ianya dapat dikumpuldan dipulihara untuk dijadikan bahan kajian danditatap oleh generasi akan datang.

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 11: WARKAH RAJA-RAJA MELAYU DI PUSAT MANUSKRIP MELAYUkepada kitab agama, kitab perubatan tradisional, petua, azimat, hikayat, syair, sekumpulan kecil manuskrip nazam, sejarah, undang-undang

RUJUKAN

Klerck, E.S.De. History of the Netherlands EastIndies. Amsterdam: B.M. Israel Nv, 1975.

Gallop, Annabel Teh. The Legacy of the Malay Letter= Warisan Warkah Melayu. London: TheBritish Library, 1994.

Ab. Razak Ab. Karim. 1999. Penggunaan Cap MohorDalam Warkah-Warkah Melayu Lama: suatutinjauan aspek penggunaan bahasa. JurnalFilologi Melayu, Jilid 7: 1-27.

Catalogue of Malay, Minangkabau and SouthSumatran Manuscripts in The Netherlands;compiled by Teuku Iskandar. Leiden:Universiteit Leiden, 1999.

Gallop, Annabel Teh dan Arps, Bernard. GoldenLetters: writing traditions of Indonesia = SuratEmas: budaya tulis di Indonesia. London: TheBritish Library, 1991.

Rahmat Ghazali. Puji-pujian kalam Warkah klasikMelayu. Dewan Bahasa. Jilid 1, bilangan 3,Mac 2001: 21-30.

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia


Top Related