Transcript
Page 1: Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan

Kejuruteraan

Normurni Binti MohamadJabatan Pengajian Am

Politeknik Banting

Page 2: Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

Topik ini menjelaskan kedudukan sains serta fakta-fakta saintifik yang terkandung dalam al-Quran dan al-Hadis.

 

Hasil Pembelajaran Kursus :

CLO 2 : Menerangkan al-Quran dan al-Hadith sebagai sumber sains, teknologi dan kejuruteraan.

Page 3: Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

Objektif

2.1. Memahami wahyu sebagai sumber sains, teknologi dan kejuruteraan.

2.1.1 Menjelaskan pengertian wahyu menurut Islam.

2.1.2 Menerangkan peranan wahyu menurut Islam.

2.1.3 Membincangkan wahyu sebagai sumber dalam bidang sains teknologi dan kejuruteraan.

2.2 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran dan al-Hadith.

2.2.1 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran.

2.2.2 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Hadith.

Page 4: Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

2.1. Memahami wahyu sebagai sumber sains, teknologi dan

kejuruteraan.

Page 5: Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

Pengertian wahyu

•Turun dari tempat yang tinggiBahas

a

•Wahyu adalah apa-apa yang diturunkan kepada nabi dan rasul-Nya, melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bentuk yang bertulis

وحيمتلو atau yang tidak bertulis

وحيغيرمتلو yang mengandungi syariat

Istilah

Page 6: Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

Firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa: 163

“Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (Wahai Muhammad) sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya dan Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, serta nabi-nabi keturunannya dan nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman, dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud Kitab Zabur”

Page 7: Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

Al-Quran

Wahyu yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW dengan lafaz bahasa Arab yang menjadi ibadat membacanya, ditulis pada mushaf dan dipindahkan secara mutawatir tanpa syubhah.

“Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa” Surah al-Baqarah: 2

“Yang mengajar manusia tentang apa yang tidak diketahui”- Surah al-Alaq : 5

Page 8: Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

Peranan wahyu (Hukum hakam al-Quran)

Menerangkan syariat Islam (Perkataan dan perbuatan mukallaf)

Ibadah, muamalat, munakahat dan jenayah. Ilmu fiqah.

Membersihkan akhlak

Sifat mahmudah seperti benar, ikhlas, sabar

Dipelajari dalam ilmu akhlak / tasawuf

Menjelaskan aqidah Islam

Beriman kepada Allah, malaikat, kitab-kitab, para rasul, hari akhirat Dipelajari dalam ilmu tauhid

Page 9: Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

Keistimewaan al-Quran

Nas dalam al-Quran adalah kalam Allah. Tidak ada kelemahan dan kecuaian.

Diturunkan dalam bahasa Arab yang jelas dari sudut lafaz dan makna

Diturunkan secara mutawatir tanpa keraguan serta terjamin dipelihara oleh Allah

Mukjizat yang tidak mampu ditandingi oleh manusia.

Page 10: Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

Wahyu sebagai sumber dalam bidang sains teknologi dan kejuruteraan

Garis panduan kepada saintis dalam melaksanakan sesuatu ujikaji

Menggalakkan supaya mengkaji alam tabi’i.

Mengajak manusia supaya menggunakan akal fikiran dan mata hati untuk berfikir.Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut : 19

“Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya,

kemudian Ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu

amatlah mudah bagi Allah”.

Hadis daripada Abu Zar r.a daripada Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Fikirkanlah mengenai

segala makhluk Allah dan janganlah kamu memikirkan zat Allah kerana yang demikian akan menyebabkan kamu binasa (dalam kesesatan). Riwayat Abu al-

Syeikh

Page 11: Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

Kitab yang menjadi sumber pelbagai cabang sains/teknologi

al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat yang dapat menjadi panduan kepada pembentukan bidang-bidang

dan cabang-cabang ilmu atau klasifikasi ilmu dalam Islam.

Firman Allah dalam Surah Rum ayat 22 :Maksudnya : “Dan di antara tanda-tanda yang

membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa

kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan

bagi orang-orang yang berpengetahuan.”

Page 12: Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

Menggalakkan pembangunan teknologi

Memberi galakan dalam membina teknologi.

Umat Islam mestilah sentiasa bersedia dengan teknologi semasa.

Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 80:

“Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah

kamu sentiasa bersyukur?”

Page 13: Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

Panduan dalam penggunaan teknologi

Penggunaan teknologi bagi membangunkan alam tidak boleh merosakkan dan memusnahkan alam serta nilai

akhlak manusia.

Ayat al-Quran yang berkaitan adalah dalam Surah Rum:41

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah

dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka

sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali

(insaf dan bertaubat)”.

Page 14: Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

Menunjukkan kebenaran hakikat sesuatu kejadian yang diciptakan Allah

berdasarkan bukti dan fakta sains, teknologi dan kejuruteraan Islam

Contoh: Teori Ledakan Besar (The Big Bang Teori) Ada yang percaya kepada ‘teori keadaan yang tidak berubah’ (steady state) iaitu dunia ini adalah seperti

purbakala, tidak berubah. Dibuktikan dengan ayat-ayat al-Quran.

Page 15: Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

2.2. Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Quran dan

al-Hadith.

Page 16: Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

Fakta al-Quran & al-Hadis

Alam tabie

Manusia

Flora Fauna

Page 17: Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

Alam Tabie

Istilah yang sering diguna pakai untuk alam tabi’i adalah kosmos / cosmos yang bermaksud tertib, harmoni, peraturan dan perhiasan.

Alam tabi’i meliputi seluruh langit dan isi kandungannya serta penghuninya, bumi dan seluruh isi kandungannya serta penghuninya dan juga segala apa yang berada antara di langit dan bumi.

Surah Al-Fussilat ayat 53: Maksudnya : “Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”

Page 18: Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

Alam diciptakan bukan terjadi dengan sendiri. Surah Al-Baqarah ayat 117Maksudnya: “Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia”

Surah Al-Furqan ayat 59 Maksudnya: “Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal itu kepada Yang Mengetahuinya”.

Surah Nuh ayat 15 – 16 Maksudnya : "Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat, "Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang)”.

Alam diciptakan berpasangan Surah ar-Ra’d ayat 3Maksudnya: “Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir”.

Surah An-Naba’ ayat 8Maksudnya “Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang”

Page 19: Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

Peredaran planet bumi dalam orbitnya mengelillingi matahari.

Surah Al-Anbiya’ ayat 33Maksudnya: “Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas)”.

Surah Yaasin ayat 38Maksudnya : “Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui”

Surah Yaasin ayat 38Maksudnya : “Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui”

Penciptaan langit Surah Fussilat ayat 11“Kemudian Ia menunjukkan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!" Keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut - patuh dengan sukarela"

Surah Al-Qaf ayat 6“Maka apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasainya dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikit pun”.

Page 20: Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

Menjelaskan mengenai wujudnya kejadian siang dan malam dalam Al-Quran

Surah Az-Zumar ayat 5 Maksudnya: “Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya); dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, - tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.”

Kejadian dan proses terjadinya awan. Surah an-Nur ayat 43Maksudnya: “Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarakkan awan, kemudian mengumpulkan antaranya kemudian Dia menjadikannya bertindih-tindih, maka kamu kan melihat hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah juga menurunkan air dari langit iaitu dari gumpalan-gumpalan awan seperti gunung-gunung”.

Menjelaskan berlakunya fenomena hujan. Surah az-Zukhruf ayat 11Maksudnya: “Dan (Dia lah) yang menurunkan hujan dari menurut sukatan yang tertentu, lalu Kami hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya. Sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).”Kejadian matahari Surah az-Zukhruf ayat 11Maksudnya: “Dialah yang menjadikan matahari bersinar (nur), bulan bercahaya (Dhiya’) dan menerbitkan orbit (manzilah).

Page 21: Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

Manusia

Bahasa Arab : al-basyar atau perkataan yang sama erti dengannya seperti an-nas, al-insan (dalam bahasa Melayu bermaksud pelupa)

Surah surah at-Tiin ayat 4Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”.

Page 22: Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

Penciptaan Adam a.s

Peringkat turab (tanah bumi) Ia bermula dengan peringkat pengumpulan tanah bumi dalam bentuk turab iaitu tanah yang berdebuAllah menjelaskan proses ini dalam firmanNya yang bermaksud :" Sesungguhnya perumpamaan (penciptaan) Isa di sisi Allah adalah seperti penciptaan Adam. Allah menciptakan Adam daripada turab (tanah) kemudian berfirman kepadanya. Jadilah (seorang manusia) jadilah dia."    (Ali Imran : 59)

Peringkat tin (tanah liat) Pada peringkat ini Allah s.w.t menyaringkan debu tanah untuk mendapatkan saripatinya (sulalah min tin ) dimana Allah mengambil satu bahagian yang benar-benar suci dan bersih. Seterusnya pati itu dicampurkan dengan air membentuk tanah liat (tin) atau tanah yang melekat (tin lazib). Di peringkat ini Allah menciptakan Adam dalam bentuk manusia . Lembaga Adam a.s ini kekal selama 40 tahun.

Peringkat hama' masnun ( tanah yang berbau) Peringkat ini kekal selama 40 tahun.

Peringkat salsal (tanah yang keras)Peringkat seterusnya ialah pembentukan struktur tanah yang keras seumpama tembikar (salsal kalfakhar). Peringkat ini juga mengambil masa selama 40 tahun. Oleh itu genaplah proses kejadian Adam a.s selama 120 tahun sebelum peniupan roh oleh Allah s.w.t. Dengan ini peringkat ini merupakan peringkat terakhir dalam proses pembentukan fizikal Adam a.s. Maksud firman Allah s.w.t" Dia menciptakan manusia daripada tanah kering seperti tembikar (salsal kalfakhar)"  al-Rahman :14

Peringkat nafkh al-ruh (peniupan roh ) Setelah proses di atas selesai maka Allah s.w.t meniupkan roh ke dalam jasad Adam a.s. Dengan peniupan roh ini bererti sempurnalah pembentukan kejadian Adam a.s. samada secara fizikal mahupun spiritual. Dengan itu juga seluruh organ dan sistem tubuhnya berfungsi.

Page 23: Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

Penciptaan Hawa a.s

Surah an-Nisa’ ayat 1Maksudnya: “Hai sekalian manusia , bertaqwalah kepada tuhan-Mu yang

telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah

menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah memperkembang

biakkan lelaki dan perempuan yang banyak….”

Page 24: Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

Penciptaan zuriat Adam

Talqaih [Persenyawaan Sperma & Ovum]/Nutfah

• Persenyawaan berlaku dalam tempoh 40 hari• 1000 dari 250 juta sperma berjaya hampiri ovum• surah al-Insan : 2 " Sesungguhnya Kami telah

menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

Page 25: Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

Flora

Antara fungsi tumbuh-tumbuhan adalah :a. Sebagai bahan makanan bagi haiwan dan manusia

seluruhnya.b. Menyejukkan muka bumi daripada kehangatan

matahari.c. Menghalang dari berlakunya hakisan tanah dan

banjir.d. Sebagai hasil pendapatan manusia.e. Sebagai bahan ubat-ubatan kepada manusia

khususnya herba-herba.f. Membekalkan gas oksigen kepada hidupan dan

menyingkirkan gas karbon dioksida daripada atmosfera.

g. Sebagai punca untuk mengindahkan dan menceriakan alam ini.

Surah al-An’am ayat 95 :Maksudnya : “Sesungguhnya Allah jualah

yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-

buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati

dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka

bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembah-Nya (oleh benda-benda yang

kamu jadikan sekutu-Nya)?”

Page 26: Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

Fauna

Labah-labah

1. Allah menjelaskan penciptaan labah-labah dalam al-Quran. Labah-labah mampu menangkap mangsanya yang sedang terbang tinggi dari jarak setengah meter lebih.

2. Teknik yang digunakan oleh labah-labah adalah menggunakan daya tekan hidrolik yang terdapat pada 8 kakinya.

3. Pada akhir penyerangan, labah-labah menyerang ke arah mangsanya dan memakan dengan taringnya.

4. Secara alaminya, labah-labah ini tidak terfikir bahawa mata-mata tambahannya mampu memberi kemudahan kepadanya lalu ia kemudian menggunakan kemudahannya tersebut dengan secara keseluruhan.

Page 27: Wahyu Sebagai Sumber Sains Teknologi Dan Kejuruteraan

Lebah

1. Allah menjelaskan dalam al-Quran dalam surah an-Nahl ayat 68 :

Maksudnya : “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.”

2. Lebah madu membuat tempat penyimpanan madu lebah dengan bentuk yang amat baik dan menarik sekali. Para ahli matematik merasa kagum ketika mengetahui perhitungan lebah yang sangat cermat itu dalam mengendalikan tempat penyimpanan makanannya.

3. Lebah adalah seekor binatang yang amat patuh pada perintah Allah apabila Allah menyatakan buatlah sarang di gunung-ganang dan pokok-pokok kayu, maka lebah taat pada perintah Allah.

4. Menggunakan cara yang sangat menarik ketika membuat sarangnya yang mana dimulai dengan membangunkan sel-sel tempat penyimpanan madu dari sudut-sudut yang berbeza seterusnya pada akhirnya mereka akan bertemu di tengah.

5. Madu lebah yang telah dihasilkan tadi sebenarnya banyak kegunaan untuk manusia dalam kehidupan. Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 69 iaitu: Maksudnya : “Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.”


Top Related