1
VISI Untuk memberikan perkhidmatan farmasi yang terbaik demi kesihatan dan kesejahteraan
negara
MISI
Untuk menerajui perkhidmatan farmasi yang dinamik dengan memberi penekanan pada
tahap kewibawaan yang tinggi, profesionalisme dan kecemerlangan sejajar dengan aspirasi
dan cabaran negara.
OBJEKTIF a. Objektif Umum
Untuk memastikan keluaran farmaseutikal dan produk-produk penjagaan kesihatan yang
berkualiti, selamat, berkesan dan mampu serta mudah diperolehi oleh orang awam.
b. Objektif Khusus i. Untuk memastikan bahawa keluaran farmaseutikal yang dibenarkan di pasaran
tempatan adalah selamat, berkesan, berkualiti, mampu dan mudah diperolehi,
serta menentukan bahawa keluaran kosmetik yang dibenarkan di pasaran adalah
selamat dan berkualiti.
ii. Untuk menjalankan penguatkuasaan akta-akta dan peraturan-peraturan yang
berkaitan dengan keluaran farmaseutikal. iii. Untuk menggubal dan mementukan polisi ubat-ubatan yang memainkan peranan
penting di dalam penentuan polisi kesihatan kebangsaan
iv. Untuk mengoptimakan penggunaan tenaga kerja untuk perkhidmatan farmasi di
seluruh negara.
v. Untuk mengoptimakan terapi ubat-ubatan dan pemberian penjagaan
farmaseutikal melalui pengawalan farmaseutikal yang berkesan dan
perkhidmatan profesional dan farmasi klinikal yang terkini.
vi. Untuk menentukan perbelanjaan ubat-ubatan adalah di tahap optimal dan ubat
berkualiti terdapat pada masa dan keadaan yang diperlukan.
vii. Untuk meningkatkan tahap kesedaran pengguna ke atas penggunaan ubat
secara rasional dan kesan-kesan advers serta kepentingan maklumat yang
mengiringi penggunaan ubat melalui pendidikan pengguna dan pesakit yang
berterusan.
viii. Untuk meningkatkan perkhidmatan farmasi setanding dengan perkembangan
farmasi di arena antarabangsa.
2
LAPORAN TAHUNAN 2007 BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI
PENDAHULUAN
Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
merupakan agensi utama kerajaan dalam sektor farmaseutikal yang
bertanggungjawab untuk memastikan ubat-ubatan adalah berkualiti, selamat,
berkesan serta mampu dan mudah diperolehi dengan mencukupi dan saksama;
agar penggunaanya dapat dimanfaatkan oleh orang awam untuk meningkatkan
kesihatan dan kualiti kehidupan mereka.
Program Perkhidmatan Farmasi terdiri daripada 3 aktiviti utama; Bahagian
Amalan dan Perkembangan Farmasi, Bahagian Penguatkuasa Farmasi dan
Bahagian Kawalan Regulatori Farmasi atau Biro Pengawalan Farmaseutikal
Kebangsaan (BPFK) . Sehubungan itu, program Perkhidmatan Farmasi memainkan
tiga peranan utama iaitu:
i. Memastikan produk untuk terapi dan penjagaan kesihatan rakyat adalah
berkualiti, selamat dan berkesan dengan menubuh dan melaksanakan sistem
pendaftaran nasional bagi produk penjagaan farmaseutikal dan penjagaan
kesihatan di samping mengawal industri farmaseutikal dari segi Amalan
Pengilangan Baik (APB) ;
ii. Melindungi pengguna dari ubat-ubatan yang merbahaya, iklan ubat yang
memperdayakan dan amalan-amalan perubatan yang tidak bertanggungjawab
melalui penguatkuasaan akta-akta dan peraturan-peraturan yang berkaitan
dengan pengimportan, penjualan dan pengiklanan produk farmaseutikal; dan
iii. Mengoptimakan terapi ubat-ubatan dan pemberian penjagaan farmaseutikal yang
efisien dengan memastikan pengurusan pemilihan, pembelian dan pengedaran
farmaseutikal yang berkesan serta penggunaan ubat yang rasional dan kos-
efektif melalui perkhidmatan farmasi profesional dan farmasi klinikal yang terkini.
3
SUMBER PROGRAM
Bahagian ini di ketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh dua orang
Timbalan Pengarah Kanan yang bertanggungjawab ke atas Bahagian Penguatkuasa
Farmasi dan Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi serta Pengarah BPFK.
Tenaga kerja bagi keseluruhan Program Perkhidmatan Farmasi, KKM mengikut
kategori anggota dan aktiviti adalah seperti di Jadual 1 dan 2.
Jadual 1: Tenaga Kerja Pegawai Farmasi, 2007
Kategori/Aktiviti Gred Bil. Jawatan Isi Kosong % Isi
Pengarah JUSA A 1 1 0 100 U41 2014 1584 430 79 U44 415 208 207 50 U48 131 78 53 60 U52 42 29 13 69 U54 22 21 1 95
Amalan dan Perkembangan
Farmasi
JUSA C 1 1 0 100 U41 243 179 64 74 U44 67 43 24 64 U48 37 22 15 59 U52 3 3 0 100
Penguatkuasa
Farmasi U54 2 2 0 100
JUSA C 1 1 0 100 U41 100 79 10 79 U44 9 9 0 100 U48 33 19 14 58 U52 8 6 2 75 U54 3 2 1 67
Regulatori Farmasi
JUSA C 1 1 0 100 Jumlah 3133 2288 846 73
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
4
Jadual 2: Tenaga Kerja Pembantu Farmasi, 2007
Kategori/Aktiviti Gred Bil. Jawatan Isi Kosong % Isi
U29 2474 2172 302 88 U32 358 287 71 80 U36 70 66 4 94 U38 30 19 11 63
Amalan dan Perkembangan
Farmasi U40 7 6 1 86 U29 8 5 3 62 U32 9 8 1 89 U36 3 3 0 100 U38 0 0 0 0
Penguatkuasa Farmasi
U40 0 0 0 0 U29 67 58 9 87 U32 8 8 0 100 U36 2 2 0 100 U38 0 0 0 0
Regulatori Farmasi
U40 0 0 0 0 Jumlah 3036 2634 402 86
Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN MODAL INSAN
Penstrukturan Semula Organisasi
Dengan penambahan beberapa jawatan Gred U54,U52, U44 dan U41 di BPF
pada 2007, ianya telah disusun semula berasaskan sebahagian dari cadangan
penstrukturan semula BPF yang pernah dikemukakan ke KKM. Kini terdapat 15
portfolio bagi aktiviti Amalan & Perkembangan Farmasi dan 10 portfolio bagi aktiviti
Penguatkuasa Farmasi .
5
Penambahan Tenaga Kerja Farmasi i. Penambahan Jawatan
Penambahan jawatan anggota Perkhidmatan Farmasi sejak tahun 2001-2007
yang lalu adalah menggalakkan terutamanya bagi jawatan lantikan Gred U41 dan
jawatan naik pangkat Gred U44 hingga U54 bagi Pegawai Farmasi serta jawatan
lantikan Gred U29 dan jawatan naik pangkat Gred U32 hingga U40 bagi
Pembantu Farmasi (Sila rujuk Jadual 3).
Jadual 3 : Bilangan Jawatan Anggota Farmasi
Kategori/Gred 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007
Pegawai Farmasi
U41 569 849 980 1,314 1,414 1,477 2,357U44 58 217 290 491U48 68 97 113 180 184 175 201U52 21 21 45 53U54 13 13 13 13 13 12 27Jusa C 3 3 3 4 4 4 *3Jusa A 1 1 1 1 1 1 1
Pembantu Farmasi
U29 2,199 2,319 2,407 2,447 2,459 2,459 2,549U32 201 245 277 248 329 347 375U36 33 41 47 51 54 60 75U38 5 9 23 23 30U40 1 2 2 7 Sumber: Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM * 1 jawatan JUSA C (KUP) telah dikembalikan kepada jawatan hakiki iaitu U54 di
Selangor kerana pegawai yang mendudukinya telah bersara
6
ii. Pengambilan Pegawai Farmasi/Pembantu Farmasi Pada tahun 2007, seramai 594 orang Pegawai Farmasi Provisional (PRP) telah
memasuki perkhidmatan awam untuk menjalankan latihan siswazah selama
setahun dan seramai 510 calon telah tamat latihan siswazah dan menjadi Ahli
Farmasi Berdaftar Penuh(FRP) yang telah dibuat penempatan ke seluruh
negara.
Bagi Pembantu Farmasi pula, seramai 88 lantikan baru dari graduan Kolej Sains
Kesihatan Bersekutu (KSKB-KKM) telah memasuki perkhidmatan awam serta 39
permohonan kontrak baru telah diperakukan. iii. Kenaikan Pangkat
Sepanjang tempoh 2007 ini, terdapat 1 orang Pegawai Farmasi Gred Jusa C
telah dinaikkan pangkat ke Gred JUSA B, 2 orang Pegawai Farmasi Gred U54
telah dinaikkan pangkat ke Gred JUSA C, 21 orang Pegawai Farmasi Gred U52
telah dinaikkan pangkat ke Gred U54 (memangku) [ seorang PF telah menolak
tawaran dengan tidak melaporkan diri ke tempat baru ], 18 orang Pegawai
Farmasi Gred U48 telah dinaikkan pangkat ke Gred U52 (memangku), dan 121
orang Pegawai Farmasi Gred U41 telah dinaikkan pangkat ke Gred U44
(memangku).
Bagi Pembantu Farmasi pula seramai 7 orang mendapat pemangkuan U40, 18
orang mendapat pemangkuan U38, 58 orang mendapat Pemangkuan U36, dan
94 orang mendapat pemangkuan U32.
7
BAHAGIAN AMALAN DAN PERKEMBANGAN FARMASI UNIT FORMULARI i. Urusetia untuk mesyuarat Panel Kajisemula Ubat KKM.
Sebanyak 186 proforma telah diterima dan didaftarkan bagi tahun 2007 yang
meliputi 2 proforma A ( untuk memansuhkan ubat dari Formulari Ubat KKM), 80
proforma B (menambah indikasi, pertukaran preskriber, menambah formulasi ke
dalam Formulari Ubat KKM) dan 104 proforma D (menambah ubat baru). Satu
persediaan tradisional telah disenaraikan ke dalam Formulari Ubat KKM
(FUKKM) pada tahun ini .Bilangan persediaan yang tersenarai dalam FUKKM
sehingga akhir tahun 2007 adalah 1389. (Rujuk Jadual 4 & 5)
ii. Penyelenggaraan Formulari Ubat KKM & NEDL[National Essential Drug List] Sebanyak 3 pekeliling ubat telah diedarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi,
KKM sepanjang tahun 2007. Formulari ubat KKM (FUKKM) sentiasa dikemaskini
mengikut pekeliling ubat yang dikeluarkan. Formulari ubat terkini dimuatkan dalam
intranet BPF,KKM iaitu www.pharmacy.gov.my/intranet untuk kegunaan pegawai
farmasi KKM. Manakala di laman web BPF,KKM iaitu www.pharmacy.gov.my
tersenarai FUKKM mengikut nama generik, MDC dan kategori preskriber untuk
tatapan umum. Senarai Ubat Penting Kebangsaan telah dilancarkan pada tahun
2000 untuk kegunaan di semua sektor kesihatan .Penyemakan senarai NEDL
telah dimulakan sejak tahun 2005 dan pada tahun 2007 senarai terakhir telah
dibentangkan dalam mesyuarat Panel Kajisemula Ubat . Senarai terkini masih
dalam semakan terakhir.
iii. Permohonan Ubat Khas
Ubat yang memerlukan kelulusan khas adalah:
a) Ubat-ubat yang berdaftar, tetapi tidak tersenarai di dalam FUKKM
b) Ubat terdapat di dalam FUKKM, tetapi tidak lagi didaftarkan oleh Pihak
Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) ataupun tidak terdapat di pasaran lagi.
c) Ubat-ubatan yang tidak pernah berdaftar dengan PBKD.
8
Kebenaran menggunakan ubat-ubat ini adalah penyelesaian terakhir sekiranya
ubat berkenaan dan alternatifnya di dalam Formulari Ubat KKM tidak berkesan
atau sesuai. Statistik bagi permohonan Ubat Khas adalah seperti yang
dinyatakan pada Jadual 6, 7 & 8.
Jadual 4 : Statistik Formulari Ubat KKM (2000 – 2007) Ubat Yang
Diluluskan untuk disenaraikan
dalam Formulari
Tahun Proforma yang telah
diterima
Bil Mesyuarat
Panel Kajisemula Ubat KKM
Bil Pekeliling
Ubat-ubatan
Kekuatan/ Formulasi
baru
Ubat baru
Ubat Yang Dikeluarkan
Dari Formulari
KKM
2000 201 2 1 13 15 76
2001 206 2 3 26 63 3
2002 199 2 3 18 31 8
2003 270 2 3 20 23 40
2004 192 3 3 20 36 17
2005 152 3 2 19 20 106
2006 197 3 4 8 11 4
2007 186 3 3 21 40 15 Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Jadual 5 :Statistik Kemasukan Ubat Baru ke Dalam FUKKM ( 2000-2007)
0
20
40
60
80
Bilangan
Proforma B 13 26 18 20 20 19 8 21
Proforma D 15 63 31 23 36 20 11 40
1 2 3 4 5 6 7 8
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
9
Jadual 6 : Nilai (RM) Permohonan Ubat Melalui KPK Yang Diluluskan (2004-2007)
0.00
5,000,000.00
10,000,000.00
15,000,000.00
20,000,000.00
25,000,000.00
Nilai(RM)
Ubat berdaftar 7,429,006.00 11,936,387 18,152,974.52 21,764,912.16
Ubat tidak berdaftar termasukdalam formulari
5,924,699.22 11,345,203 16,651,916.62 16,465,014.86
Tahun 2004 Tahun 2005 Tahun 2006 Tahun 2007
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Jadual 7: Bilangan Permohonan Ubat Melalui KPK Yang Diluluskan (2004-2007)
0
200
400
600
800
1000
1200
Bilangan permohonan
Ubat berdaftar 501 452 912 1040
Ubat tidak berdaftar termasukdalam formulari
323 512 705 926
Tahun 2004 Tahun 2005 Tahun 2006 Tahun 2007
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
10
Jadual 8 : Permohonan Ubat- Ubat Khas melalui Ketua Pengarah Kesihatan Oleh Hospital / Institusi Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja Tahun Status Ubat Perkara Lulus Tolak
Anggaran Nilai (RM) 7,429,006.00 1,544,310.29
Bil Jenis Ubat 120 82
Ubat
berdaftar
Bil Permohonan 501 153
Anggaran Nilai (RM) 5,924,699.22 1,131,656.36
Bil Jenis Ubat 140 51
2004
Ubat tidak
berdaftar
[termasuk
yang dalam
Formulari]
Bil Permohonan 323 67
Anggaran Nilai (RM) 11,936,387.00 3,551,758.38
Bil Jenis Ubat 152 90
Ubat
berdaftar
Bil Permohonan 452 166
Anggaran Nilai (RM) 11,345,203.00 1,191,774.53
Bil Jenis Ubat 164 34
2005
Ubat tidak
berdaftar
[termasuk
yang dalam
Formulari]
Bil Permohonan 512 52
Anggaran Nilai (RM) 18,152,974.13 3,297,931.70
Bil Jenis Ubat 169 105
Ubat
berdaftar
Bil Permohonan 912 175
Anggaran Nilai (RM)
16,643,764.62
8,497,116.00
Bil Jenis Ubat 147 33
2006
Ubat tidak
berdaftar
[termasuk
yang dalam
Formulari] Bil Permohonan 711 69
Anggaran Nilai (RM) 21,764,912.16 5,522,728.53
Bil Jenis Ubat 227 170
Ubat
berdaftar
Bil Permohonan 1040 249
Anggaran Nilai (RM) 16,465,014.86 57,629.00
Bil Jenis Ubat 173 10
2007
Ubat tidak
berdaftar
[termasuk
yang dalam
Formulari]
Bil Permohonan 926 13
11
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
iv. Kod Ubat-Ubatan Malaysia/ Malaysian Drug Code (MDC) Kod Ubat-ubatan Malaysia/ Malaysian Drug Code (MDC) adalah kod yang
dibangunkan untuk setiap ubat hingga ke jenamanya untuk tujuan identifikasi
berdasarkan kepada struktur dan prinsip ‘Anatomical Therapeutic Chemical
(ATC) Classification oleh World Health Organization (WHO). Pada tahun 2007
ini, Edisi Ketiga Kod Ubat-ubatan Malaysia (MDC) telah dihasilkan yang
merangkumi MDC lengkap untuk 5511 produk dan ianya boleh diakses di laman
web Bahagian Perkhidmatan Farmasi (www.pharmacy.gov.my).
v. Good Governance in Medicine (GGM) WHO telah melancarkan projek ‘Good Governance for Medicines’ pada tahun
2004. Matlamat utama projek ini adalah untuk memberi kesedaran mengenai
potensi korupsi dan rasuah dalam sistem farmaseutikal dan mengurangkan
gejala rasuah dengan mempromosikan sistem yang telus dan melaksanakan
tadbir urus yang terbaik serta mempromosi praktis beretika di kalangan
professional kesihatan. Program ini dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu penilaian
tahap ketelusan, pembangunan program dan perlaksanaan program GGM.
Malaysia merupakan antara empat negara pertama yang menganggotai program
ini. Satu bengkel untuk membangunkan program Good Governance in Medicines
telah diadakan dari 10th-13th April 2007. Malaysia juga telah menyediakan
kemudahan mesyuarat anjuran WHO, Biregional Informal Consultation di Kuala
Lumpur dari 18-20hb. Jun 2007. Mesyuarat ini dihadiri oleh peserta dari lapan
negara iaitu Malaysia, Cambodia, Laos PDR, Philippines, Thailand, Mongolia,
Indonesia dan Papua New Guinea. Wakil –wakil dari WHO, Management
Sciences for Health, pakar jangka pendek , 5 orang pemerhati dan 7 penasihat
sementara turut serta. Objektif bengkel ini adalah untuk berkongsi pengalaman
dan untuk mengetahui kemajuan perkembangan semasa setiap negara dalam
merealisasikan program ‘Good Governance in Medicines’ di negara masing-
masing.
12
UNIT PERKHIDMATAN FARMASI KLINIKAL Objektif Perkhidmatan Farmasi di hospital dan klinik kesihatan KKM ialah
untuk memberi penjagaan farmaseutikal yang komprehensif dan tertumpu kepada
pesakit.
i. Perkhidmatan Farmasi Ambulatori
Kaunseling ubat-ubatan secara individu dan berkumpulan dijalankan oleh
pegawai farmasi agar pesakit mendapat kesan yang optima daripada
pengambilan ubat-ubatan. Sesi kaunseling berkumpulan untuk pesakit asma,
diabetes mellitus, hipertensi, renal, penjagaan antenatal serta program
rehabilitasi kardiak juga dijalankan secara aktif. Sejumlah 312,439 pesakit telah
diberi kaunseling ubat-ubatan sepanjang tahun 2007 seperti yang tertera pada
Rajah 1. Beberapa hospital utama negeri telah dikenalpasti mewujudkan
“Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC)” yang diuruskan oleh Pegawai
Farmasi untuk memberi penjagaan farmaseutikal kepada pesakit dalam rawatan
kritikal. Fokus terhadap rawatan seperti diabetes mellitus, ‘anticoagulant’
(warfarin) dan HIV/AIDs telah dibuat dalam tahun 2007. Perkhidmatan Farmasi
Ambulatori juga melibatkan pendispensan dan kaunseling methadone di Pusat
Rawatan Gantian (RTG) dengan Methadone di bawah Program RTG
Methadone, KKM.
Rajah 1 : Bilangan Pesakit Dikaunsel Bagi Tahun 2007
102,017
70,179
26,363
113,880
Pesakit Luar (Hospital)
Pesakit Dalam
Discaj Wad
Pesakit Luar (Klinik Kesihatan)
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
13
a. Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) Terdapat 9 jenis MTAC yang telah ditubuhkan yang melibatkan 16
hospital sejak tahun 2004.
Rajah 2 : Pelaksanaan Pendispensan Methadone di Fasiliti Farmasi,KKM
7
26
3
10
17
0
5
10
15
20
Hosp KK Hosp KK Hosp KK
2005 2006 2007
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Rajah 3 : Bilangan MTAC Yang Telah Ditubuhkan Mengikut Tahun
1
34
14
0
2
4
6
8
10
12
14
Bilangan
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
14
Jadual 9: Jenis MTAC di hospital-hospital KKM Tahun Jenis MTAC Hospital
2004 HIV/AIDS Pulau Pinang
Warfarin Tuanku Jaafar, Seremban Duchess of Kent, Sandakan
Renal Transplant Selayang
2005
Hepatitis C Selayang HIV/AIDs Sultanah Bahiyah, Alor Setar
Kangar Diabetes Pulau Pinang
2006
Liver Transplant Selayang Diabetes
Selayang Sultanah Aminah, JB Putrajaya
HIV/AIDs Sg. Buloh Melaka Sultanah Aminah, JB Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu
Warfarin
Serdang Tuanku Ampuan Rahimah, Klang Melaka Umum Sarawak
Respiratori Melaka Neurologi Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
2007
Neurologi (paediatric) Melaka Source: Pharmaceutical Services Division, MOH
b. Pelaksanaan Aktiviti Pendispensan dan Kaunseling Methadone Dalam Program Terapi Gantian Dengan Methadone Sebanyak 46 (90%) farmasi telah melaksanakan aktiviti Pendispensan dan
kaunseling Methadone dengan jayanya daripada keseluruhan 50 buah
Pusat Rawatan yang telah dikenalpasti oleh KKM bagi Program Rawatan
Terapi Gantian dengan Methadone. Pendispensan methadone dilakukan
setiap hari termasuk pada hujung minggu dan cuti umum dimana pegawai
farmasi yang terlibat akan ditugaskan secara bergilir-gilir mengikut jadual
yang ditetapkan oleh jabatan masing-masing. 100% pesakit dikaunsel ubat-
ubatan sebelum memulakan rawatan secara individu dan berkumpulan.
Seramai 3123 jumlah pesakit yang aktif mengikuti rawatan gantian dengan
methadone ini daripada 4335 pesakit berdaftar dimana 68.88 % (2151)
pesakit mengambil methadone secara “Direct Observe Therapy (DOT)”
15
dan 29.07% (908) pesakit menerima methadone secara dos bawa balik
(DBB).
Kaunseling HIV/AIDS Dispensing Methadone
c. Usaha-usaha Peningkatan Kualiti Penyediaan Protokol MTAC: 3 jenis Protokol iaitu Protokol MTAC-Diabetes,
MTAC-Warfarin dan MTAC- HIV/AIDs telah disiapkan untuk digunapakai di
hospital-hospital yang melaksanakan perkhidmatan tersebut.
Penyediaan modul latihan sangkutan selama 3 minggu yang diselaraskan
untuk digunapakai di tapak latihan bagi MTAC-Diabetes, MTAC-Warfarin
dan MTAC- HIV/AIDs.
Penyediaan Garispanduan Pendispensan dan Kaunseling untuk digunapakai
di semua Pusat Rawatan Terapi Gantian dengan Methadone.
d. Latihan
Latihan Luar Negara
Bagi memperbaiki perkhidmatan MTAC , Pegawai Farmasi yang terlibat
telah dilatih di luar negara selama 1 bulan untuk meningkatkan kemahiran
pegawai farmasi tersebut sebagai fasilitator.
Tahun Jenis Latihan Jumlah Pegawai
Tempat Latihan
2005 MTAC Diabetes 2 orang USA MTAC HIV/AIDs
2 orang 1 orang
Australia USA
2006
MTAC Warfarin
1 orang USA
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
16
Latihan Dalam Negara
Pegawai yang telah dilatih di luar negara telah dikenalpasti untuk membentuk
tapak latihan bagi Pegawai Farmasi lain sebagai ‘echo training’ bermula
tahun 2007.
Seramai 15 orang pegawai farmasi telah dilatih secara sangkutan iaitu 4
peserta bagi MTAC Diabetes di Hospital Pulau Pinang, 5 peserta bagi MTAC
HIV/AIDs di Hospital Pulau Pinang dan 6 peserta bagi MTAC Warfarin di
Hospital Seremban.
Sebanyak 3 kursus telah diaturkan dengan kerjasama daripada Jabatan
Kesihatan Negeri Selangor dan Terengganu pada tahun 2007 dengan
bilangan peserta seramai 71 orang. Kursus ini adalah bertujuan untuk
memberi latihan kepada pegawai farmasi yang terlibat dalam pendispensan
dan kaunseling methadone.
ii. Perkhidmatan Maklumat Ubat-Ubatan
Perkhidmatan Maklumat Ubat-Ubatan dijalankan oleh Pegawai Farmasi yang
bertugas di Pusat Maklumat Ubat. Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjawab
pertanyaan berkenaan ubat-ubatan bagi memperkukuhkan kualiti penjagaan
pesakit. Pada tahun 2007, sebanyak 30,485 pertanyaan telah diterima oleh
Pusat Maklumat Ubat dan 2,340 kes kesan advers ubat telah dilaporkan kepada “Malaysian Adverse Drug Reaction Advisory Committee (MADRAC)”
iii. Perkhidmatan Farmasi Wad
Hampir kesemua farmasi hospital di seluruh negara telah melaksanakan sistem
bekalan Unit-of-Use/ Unit Dose kepada pesakit di dalam wad. Dengan
melaksanakan sistem bekalan “Unit-of-Use/Unit Dose”, komplians pesakit dapat
ditingkatkan kerana ubat dibekalkan secara individu dan bukannya seperti
sistem tradisional di mana pihak wad memesan ubat di dalam kuantiti yang
besar dan akhirnya menyebabkan penstoran ubat yang berlebihan.
17
Pengkhususan bagi praktis farmasi klinikal bagi disiplin-disiplin farmakoterapi
tertentu telah diwujudkan di hospital-hospital berikut pada tahun 2007 bagi
meningkatkan kualiti penjagaan farmaseutikal kepada pesakit:
Farmasi Penjagaan Rapi - Semua Hospital Utama Negeri
Farmasi Respiratori - Hospital Melaka
Farmasi Nefrologi - Hospital Selayang, Hospital Kuala Lumpur
Farmasi Surgikal - Hospital Melaka, Hospital Kuala Lumpur,
Hospital Sibu
Farmasi Kardiologi - Hospital Kuala Lumpur, Hospital Umum Sarawak
Hospital Selayang, Hospital Pulau Pinang
Hospital Selayang,Hospital Melaka,Hospital Pulau Pinang,Hospital Kuala Lumpur
dan Hospital Seremban juga telah dipilih sebagai tapak latihan untuk melatih
Pegawai Farmasi klinikal di seluruh Negara dalam beberapa bidang
iv. Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal
Perkhidmatan ini dapat memastikan penggunaan ubat yang efektif dan selamat
terutamanya untuk ubat-ubatan yang mempunyai julat terapeutik yang kecil.
Pada tahun 2007, sejumlah 72,367 pesakit telah menerima terapi ubat secara
individu melalui perkhidmatan farmakokinetik klinikal (CPS) yang terdapat di 82
hospital diseluruh negara. Melalui CPS, Pegawai Farmasi memberi khidmat
konsultansi terhadap pendosan individu bagi 14 jenis ubat-ubatan berikut:
• Gentamicin • Netilmicin • Amikacin • Vancomycin • Digoxin • Phenytoin • Carbamazepine • Valproic acid • Theophylline • Ciclosporin • Lithium • Methotrexate • Phenobarbitone • Tacrolimus
18
Selain itu, Unit Farmasi hospital juga menyediakan perkhidmatan 24 jam bagi
pemonitoran toksikologi serta konsultansi bagi kes keracunan paracetamol
(PCM). (Rujuk Rajah 5 dan 6)
Analisis Pemonitoran Terapi Ubat
Rajah 4 : Jumlah Kes CPS Yang Diterima ( 2000 – 2007)
37,836
50,920 50,484
61,594
72,367
52,660 54,72564,046
0
10,000
20,000
30,000
40,000
50,000
60,000
70,000
80,000
2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Rajah 5 : Jumlah Kes Keracunan PCM ( 2007)
3516 620Jumlah KesJumlah Kes Toksik
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
19
Rajah 6 : Jumlah Kes Keracunan PCM Kanak-kanak (2007)
132 21 Jumlah KesJumlah Kes Toksik
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
v. Perkhidmatan IV Admikstur dan Nutrisi Parenteral Total (TPN) a) Perkhidmatan Nutrisi Parenteral Total
Objektif utama TPN adalah untuk memberikan perkhidmatan sokongan nutrisi
kepada pesakit yang memerlukan bagi meningkatkan kualiti hidup. Sehingga
akhir tahun 2007, terdapat 17 hospital KKM yang menyediakan perkhidmatan
Nutrisi Parenteral Total (TPN). Pegawai Farmasi TPN juga memberi khidmat
konsultansi terhadap keperluan nutrisi parenteral secara individu.
Rajah 7 : Jumlah Beg TPN Yang Disediakan Untuk Dewasa dan Kanak-kanak Bagi Tahun 2007
0
141
1,304
2,012
1,234
3,187
174
82
365
1,459
384
457
1,603
2,062
0
0
1,550
1,751
2,912
3,982
3,650
251
1,053
737
4,001
1,078
2,831
1,261
2,396
0
0 500 1,000 1,500 2,000 2,500 3,000 3,500 4,000 4,500 5,000 5,500 6,000 6,500
Perlis
Kedah
Penang
Perak
Selangor
Hosp. Kuala Lumpur
Putrajaya
Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
Beg (Dewasa) Beg (Kanak-Kanak)
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
20
Rajah 8 : Jumlah beg TPN Yang Disediakan Dari Tahun 2000 – 2007
3619 4620 4644 54036816 7651
117001446413453
18570 1795619847
1770420380
23,260
27,453
0
5000
10000
15000
20000
25000
30000
2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007
Jumlah Beg (Dewasa) Jumlah Beg (Kanak-Kanak)
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Rajah 9 : Jumlah Rekonstitusi Ubat Sitotoksik (2002-2007)
26,027
31,991
45,057
64,947
85,532
108,962
0 20,000 40,000 60,000 80,000 100,000 120,000
2002
2003
2004
2005
2006
2007
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
b) Perkhidmatan IV Admikstur
Terdapat 17 buah hospital yang mempunyai fasiliti bilik bersih dapat
memberikan perkhidmatan IV Admikstur untuk 30,944 kes dan 65,117
persediaan dari Januari hingga Disember 2007. Perkhidmatan ini akan
dipertingkatkan dan di diperkukuhkan di masa hadapan.
21
Penyediaan TPN dan Rekonstitusi Ubat Sitotoksik IV Admikstur
vi. Perkhidmatan Farmasi Onkologi
Perkhidmatan Farmasi Onkologi memainkan peranan yang penting di dalam
mendispens dan menjalankan rekonstitusi ubat sitotoksik. Sejumlah 21 farmasi
hospital di seluruh negara mendispens ubat sitotoksik kepada pesakit kanser
tetapi sehingga akhir tahun 2007, hanya 16 hospital mempunyai fasiliti
rekonstitusi ubat sitotoksik (CDR).
vii. Perkhidmatan Farmasi Nuklear Lima buah hospital telah dikenalpasti untuk menyediakan perkhidmatan Farmasi
Nuklear iaitu Hospital Pulau Pinang, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Putrajaya,
Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Umum Kuching. Pegawai Farmasi dari
dua buah hospital iaitu Hospital Pulau Pinang dan Hospital Kuala Lumpur telah
melibatkan diri di dalam aktiviti kawalan kualiti serta penyediaan
radiofarmaseutikal seperti fluoro-deoxy-glucose (FDG) untuk kegunaan
perubatan nuklear.
22
SISTEM PENDISPENSAN UBAT BERSEPADU (SPUB) Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) dijalankan di peringkat
nasional mulai 1 Jun 2003 setelah projek perintis dijalankan mulai Disember 2001
sehingga Mei 2002. Tujuan SPUB adalah untuk memberi kemudahan kepada
pesakit rujukan mendapatkan bekalan ubat di fasiliti kesihatan yang terdekat dengan
kediaman, terutamanya pesakit yang tinggal di pedalaman. Bilangan pesakit yang
menggunakan perkhidmatan ini juga meningkat daripada setahun ke setahun.
Terdapat peningkatan jumlah preskripsi sebanyak 16.4 % pada tahun 2007
berbanding tahun 2006. Didapati 68% daripada kos preskripsi tersebut adalah
daripada ubat kategori A. Statistik tentang aktiviti ini boleh dirujuk pada Jadual 10.
Jadual 10 : Transaksi SPUB
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
2005 2006 2007
Intra State
Inter State Jumlah Intra
State Inter State Jumlah Intra
State Inter State Jumlah
Jumlah Preskripsi 28,705 11,474 40,179 37,670 14,092 5 1 , 7 6 2 4 4 , 5 0 2 1 5 , 7 5 2 6 0 , 2 4 5
Bil. Item Kategori A 25,868 12,868 38,736 30,936 12,419 4 3 , 3 5 5 4 2 , 0 4 7 1 3 , 6 1 8 5 5 , 6 6 5
Bil. Item Kategori B & C
50,845 23,561 74,406 56,590 29,654 9 5 , 1 1 7 8 9 , 1 7 2 3 6 , 2 3 2 125,404
Jumlah Kos Ubat Kategori A (RM)
1,278,718 556,931 1,835,649 1,052,304.36 607,772.48 1,660,076.84 2,252,495 1,017,571 3,270,066
Jumlah Kos Ubat Kategori B & C (RM)
427,909 203,443 631,352 517,091.65 277,249.27 794,340.92 855,308 407,111 1,262,419
Jumlah Kos Ubat (RM) 1,706,627 760,374 2,467,001 1,569,396.01 885,021.75 2,454,417.76 3,107,803 1,424,682 4,532,485
23
Rajah 10 :Bilangan Preskripsi SPUB
40,179
51,76260,254
0
10,000
20,00030,000
40,000
50,000
60,00070,000
2005 2006 2007
22.8%
16.4%
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM UNIT KESELAMATAN PENGUBATAN
Unit Keselamatan Pengubatan bermula pada tahun 2007 dengan seorang
Pegawai Farmasi ditempatkan di unit ini. Objektif utama unit ini adalah untuk
mengumpul maklumat mengenai kesilapan dalam pengubatan dan menyebarkan
cara-cara mengatasinya supaya kesilapan tersebut dapat dielakkan.Selain dari
menjadi urusetia kepada Jawatankuasa ‘Medication Safety Technical Advisory’
(MedSTAC) dan Jawatankuasa Keselamatan Pesakit,Bahagian Perkhidmatan
Farmasi, ia juga terlibat dalam lain-lain jawatankuasa yang berkaitan dengan
keselamatan pesakit seperti Jawatankuasa Penasihat Teknikal ‘Continous
Professional Development and Consumer Education’ serta memberi maklumbalas
kepada Majlis Keselamatan Pesakit Malaysia(PSCoM). Pelan masa hadapan unit ini
adalah membentuk sistem “Medication Error Reporting” peringkat nasional.
Analisa kesilapan dalam mendispens ubat di kaunter-kaunter Farmasi
hospital telah dibuat dan langkah-langkah untuk mencegahnya telah diedarkan
kepada semua negeri-negeri. Panduan mengenai ‘Langkah-langkah bagi
Meningkatkan Tahap Pengendalian Ubat-ubatan di Farmasi Demi Keselamatan
Pesakit’ juga dikeluarkan untuk kegunaan kakitangan Farmasi. Di samping itu, 4
ceramah telah disampaikan kepada kakitangan Farmasi dan risalah-risalah telah
diterbitkan untuk panduan pesakit-pesakit serta orang awam. Bahagian
Perkhidmatan Farmasi juga terlibat di dalam projek berkaitan keselamatan pesakit
khususnya keselamatan pengubatan bersama pihak Institut Pengurusan Sistem
Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke-
Sembilan.
24
UNIT PEROLEHAN FARMASEUTIKAL
Fungsi utama unit ini adalah untuk mengenalpasti keperluan untuk ubat-ubatan
sedia ada dan ubat baru diproses untuk perolehan secara tender , menyelaras
spesifikasi teknikal dan penilaian tawaran tender. Dalam tahun 2007, unit ini telah
menguruskan 2 mesyuarat spesifikasi teknikal untuk 95 ubat . Jawatankuasa
Penilaian Teknikal Ubat telah mengadakan 10 mesyuarat untuk menilai 158 ubat
untuk diproses secara tender. Sejumlah RM 385.9 juta nilai ubat kontrak telah
dikendalikan oleh unit ini. Nilai ubat yang telah diperoleh untuk kegunaan di semua
hospital dan klinik kesihatan di KKM ialah RM 1,328 juta.
UNIT PEMANTAUAN HARGA UBAT-UBATAN
i. Kajian Pemantauan Harga Ubat-ubatan. Sepanjang tahun 2007 , 2 kutipan data kajian pemonitoran harga ubat-ubatan
telah dijalankan ke atas beberapa premis seperti Jadual 11. Kutipan dijalankan
setiap 6 bulan selama 2 minggu iaitu pada minggu kedua bulan Jun dan bulan
Disember. Jenis-jenis ubat yang dipantau akan ditambah dari masa ke semasa.
Dari analisa data yang dijalankan ke atas kutipan data fasa pertama pada bulan
Mac 2006 yang lalu, satu buletin bertajuk My Medprice Edisi 1 telah diterbitkan.
Ianya boleh juga didapati di portal BPF www.pharmacy.gov.my. My Medprice
Edisi 2 yang merangkumi analisa data bagi 4 fasa kutipan pada tahun 2006
akan siap tidak lama lagi. Analisa data bagi 2 kutipan pada tahun 2007 pula
akan dimuatkan dalam My Medprice Edisi 3 dijangka siap pada penghujung
tahun 2008 kelak.
Jadual 11 : Kutipan Data Bagi Kajian Pemonitoran Harga Ubat
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Malaysia Barat Malaysia Timur
Hospital KKM 22 22
Farmasi Swasta 20 20
Hospital Swasta 5 2
Hospital Universiti 3 -
25
ii. Pengkalan Data Harga Ubat-ubatan.
Satu perisian untuk pengkalan data harga ubat-ubatan akan dibentuk dan buat
masa ini tender/ sebut harga telah dipanggil oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi.
iii. Senarai Harga ubat LP, APPL, Tender
Satu kompilasi harga -harga ubat LP, APPL dan Tender telah dikumpul dengan
kerjasama pegawai-pegawai farmasi y/m stor perubatan dari semua hospital negeri
dan beberapa hospital daerah di Malaysia. Hasilnya telah dimuat dalam satu CD
dan telah diedar kepada semua hospital-hospital KKM dan beberapa Pusat
Kesihatan.
iv. Senarai Harga Untuk Akta Fi (Pesakit Bayar Penuh) Dan Akta Fi (Perubatan) Senarai harga untuk Akta Fi (Pesakit Bayar Penuh) Edisi 2 telah disiapkan pada
tahun 2007. Pindaan harga terkini dalam bentuk Edisi 3 juga hampir siap. Bagi
senarai harga untuk Akta Fi (Perubatan) pula Edisi 1 telah siap dalam tahun 2007 ,
sementara pindaan -pindaan harga akan dikemaskini dalam Edisi 2, yang juga
dalam peringkat akhir penyiapannya.
v.Senarai harga borong ubat-ubatan
Kompilasi harga –harga borong yang didapati dari beberapa syarikat pengedar
dan principal juga telah siap pada hujung tahun 2007.
vi. Projek Kawalan Harga Ubat-ubatan Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah meminta kerjasama Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) untuk membantu Malaysia mengkaji kawalan harga
yang diperlukan dan mencadangkan mekanisma yang sesuai untuk
melaksanakannya.
26
Pihak WHO telah mengesyorkan seorang pakar perunding untuk menjalankan
kajian ini. Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah menyediakan Terma Rujukan
untuk perunding tersebut dan pada masa ini sedang menunggu maklumbalas dari
WHO untuk memulakan perundingan tersebut yang dijangka akan dijalankan
pada penghujung Januari atau awal Februari 2008. Bahagian ini sentiasa
berhubung dengan WHO untuk mengetahui perkembangan perundingan ini.
Jadual 12: Kumpulan Ubat Yang Dipantau Dan Contoh
Kumpulan 1
34 jenis ubat preskripsi dan non-preskripsi
yang biasa digunakan untuk merawat
penyaki
Contoh:
Tab. Aciclovir 200mg,
Tab. Ranitidine 150mg
Tab. Simvastatin 20mg
Tab. Captopril 25mg
Kumpulan 2
28 ubat paten dan baru sahaja didaftarkan di
Malaysia.
Contoh:
Cap. Anagrelide Hydrochloride 0.5mg,
Tab. Levocetrizine 5mg
Cap. Dutasteride 0.5mg
Tab. Rabeprazole Sodium 20mg
Kumpulan 3
11 jenis ubat untuk indikasi yang tertentu
seperti ubat-ubatan yang melibatkan
transplan dan onkologi
Contoh:
Inj Epirubicin 50mg
Inj. Ifosfamide 1g
Inj. Rituximab 500mg/50ml
Inj. Fluorouracil 500mg/10ml.
Kumpulan 4
32 jenis ubat yang mencatatkan penggunaan
tertinggi dalam National Medicine Use
Survey (NMUS)
Contoh:
Tab Salbutamol 2mg
Tab Frusemide 40mg
Tab Atorvastatin 20mg
Tab. Lisinopril 5mg.
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
27
KAJIAN “NATIONAL MEDICINES USE SURVEY”
Projek National Medicines Use Survey (NMUS), dimulakan pada Tahun 2005
oleh Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC), Hospital Kuala Lumpur dengan kerjasama
Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF), Kementerian Kesihatan Malaysia. Mulai
bulan September 2006, pengurusan projek ini telah diambilalih oleh BPF, KKM
manakala pihak CRC, HKL mengendalikan aspek pelaksanaan kajian dan khidmat
statistik. Projek ini akan dijadikan satu aktiviti yang berterusan bagi mengkaji
penggunaan ubat-ubatan di pelbagai peringkat kesihatan awam dan swasta yang
dijangka berubah mengikut masa.
Berikut merupakan objektif projek ini dijalankan:
1. Untuk mengetahui jenis dan jumlah ubat-ubat yang dibekalkan di Malaysia.
Ianya penting untuk mengukur tahap penggunaan dan perbelanjaan ubat-
ubatan di negara ini.
2. Untuk mengetahui jenis dan jumlah ubat-ubatan yang dipreskrib dan/ atau
yang didispens di Malaysia. Ianya penting untuk mengetahui kuantiti
preskripsi dan amalan pendispensan di negara ini.
3. Untuk mengetahui jenis dan jumlah ubat-ubatan yang diguna oleh pengguna-
pengguna di Malaysia. Ianya penting untuk mengukur paten penggunaan
ubat-ubatan dan seterusnya menilai penggunaan ubat yang rasional oleh
pengguna di dalam negara ini.
4. Merangsang dan memudahkan kajian ke atas kegunaan ubat-ubatan.
Dalam memastikan projek ini dijalankan secara berterusan, sistem yang digunakan
untuk pengutipan data-data daripada fasiliti kesihatan awam/ swasta adalah sama
ada melalui beberapa tatacara berikut:
i) Muat turun daripada pengkalan data sedia ada seperti pengkalan data
import dan pengkalan data perolehan ubat-ubatan (procurement
databases).
ii) Pengutipan data utama untuk kajian preskripsi/ dispensing.
28
iii) Electronic Data Capture (EDC) tool yang diperkenalkan untuk sumber-
sumber tertentu seperti pembelian tempatan daripada fasiliti KKM dan
pembelian ubatan oleh klinik-klinik swasta.
Jadual 13 : Pencapaian aktiviti Projek NMUS
Bil. Aktiviti/ Pencapaian Output Pencapaian
1.
Pelaksanaan Projek “National
Medicines Use Survey” dengan
usahasama Pusat Penyelidikan
Klinikal (CRC) HKL
Penerbitan
“Malaysian
Statistics on
Medicine”
• MSOM 2004: April
2006
• MSOM 2005: Oktober
2007
2.
Peruntukan Pengendalian
Projek NMUS secara
berterusan
Permohonan
peruntukan
Peruntukan Tahun 2007:
RM250,000.00
(Peruntukan Khas dari
CRC)
3.
Makluman Melalui Laman Web :
www.crc.gov.my/nmus (dengan
usahasama Pusat Penyelidikan
Klinikal (CRC) HKL
Laman Web
dan muat turun
MSOM (format
pdf)
Pengemaskinian
berterusan
4.
Mesyuarat “NMUS -
Governance Board”
Mesyuarat “NMUS - Expert
Panel “
Bil. Mesyuarat :
Setahun sekali
• Tahun 2006 – 1 kali
• Tahun 2007 – 1 kali
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Melalui NMUS, Malaysian Statistics On Medicines (MSOM) 2004 dan 2005
berjaya diterbitkan serta Malaysian Medical & Health. Usaha penerbitan MSOM
2006 telah dimulakan dan dijangka selesai Julai 2008. Melalui statistik corak
penggunaan ubat-ubatan yang diperolehi, maka strategi lanjut dapat dirangka untuk
memastikan penggunaannya yang lebih berkualiti disamping turut dijadikan asas
kepada cadangan peruntukan sumber penjagaan pesakit yang lebih menyeluruh
kepada rakyat Malaysia kelak. Disamping itu, data-data ini juga boleh digunakan
untuk membuat perbandingan dengan corak penggunaan ubat-ubatan di negara-
negara maju bagi meningkatkan pencapaian kesihatan yang lebih tinggi kepada
29
rakyat Malaysia. Usaha ini penting dalam melaksanakan pemantauan bagi
meningkatkan penggunaanya yang lebih berkualiti ke arah perawatan yang lebih
kos-efektif. Ini adalah selaras dengan memenuhi objektif salah satu komponen
utama Dasar Ubat Nasional yang telah diluluskan pelaksanaannya oleh Kerajaan
Malaysia.
Daripada Laporan MSOM 2005, berikut merupakan sepuluh (10) jenis ubat-
ubatan paling banyak digunakan berdasarkan Kumpulan Terapeutik (Jadual 14) dan
Nama Ubat (Jadual 15) :
Jadual 14: Sepuluh Penggunaan Ubat Paling Banyak Tahun 2005 – Mengikut Kumpulan Terapeutik (Dalam DDD/1000 populasi/hari)
Bil. ATC Kumpulan Terapeutic Awam Swasta Jumlah
1. A10 DRUGS USED IN DIABETES 27.2982 8.5582 35.8564
2. C07 BETA BLOCKING AGENTS 17.6430 6.0770 23.7199
3. C09 AGENTS ACTING ON THE RENIN-
ANGIOTENSIN SYSTEM 14.0994 7.0660 21.1654
4. C08 CALCIUM CHANNEL BLOCKERS 14.4420 4.8424 19.2844
5. C10 LIPID MODIFYING AGENTS 9.5495 9.0349 18.5844
6. R03 DRUGS FOR OBSTRUCTIVE AIRWAY
DISEASES 8.8141 4.7442 13.5583
7. C03 DIURETICS 8.1720 4.0487 12.2207
8. M01 ANTIINFLAMMATORY AND
ANTIRHEUMATIC PRODUCTS 4.2187 7.5511 11.7698
9. R06 ANTIHISTAMINES FOR SYSTEMIC
USE 5.7836 5.3744 11.1580
10. J01 ANTIBACTERIALS FOR SYSTEMIC
USE 3.5320 6.0044 9.5363
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
30
Jadual 15: Sepuluh Penggunaan Ubat Paling Banyak Tahun 2005 (Dalam DDD/1000 populasi/hari)
Bil. ATC Ubat Awam Swasta Jumlah
1. A10B B01 Glibenclamide 10.9231 1.9997 12.9228
2. A10BA02 Metformin 9.1975 2.7895 11.9870
3. C07A B02 Metoprolol 10.6187 1.0397 11.6584
4. C08C A05 Nifedipine 9.5203 1.0908 10.6112
5. C07A B03 Atenolol 6.4350 3.9213 10.3563
6. C10A A01 Simvastatin 2.8973 5.4087 8.3060
7. C09A A04 Perindopril 6.0259 1.0429 7.0689
8. C08C A01 Amlodipine 3.9237 2.6909 6.6146
9. B01A C06 Acetylsalicylic acid 3.7934 2.4324 6.2258
10. C10A A02 Lovastatin 5.3584 0.6636 6.0220
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM Laporan lengkap MSOM 2005 dapat diperolehi melalui Laman Web
http://www.crc.gov.my/nmus .
DASAR UBAT NASIONAL
Dasar Ubat Nasional (DUNAS) merupakan satu rangka kerja strategi-strategi
dan komitmen kerajaan dan pihak-pihak yang berkaitan dengan ubat baik disektor
awam dan swasta kearah mencapai matlamat jangka sederhana dan jangka panjang
kerajaan untuk sektor farmaseutikal negara. Ianya merangkumi empat komponen
utama iaitu Kualiti, Keselamatan dan Efikasi ubat-ubatan, Ketersediaan Ubat,
Kemampuan Mendapatkan Ubat dan Penggunaan Ubat Yang Berkualiti. Empat
komponen sokongan pula ialah Pembangunan Sumber Manusia, Penyelidikan dan
Pembangunan, Kerjasama teknikal dan Pengurusan Dasar Ubat Nasional. Bagi
tahun 2007, pemantauan indikator–indikator DUNAS bagi indikator latarbelakang,
struktur dan proses sahaja telah dilaksanakan. Indikator hasil hanya akan diperolehi
setelah dasar ini dilaksanakan mengikut pelan tindakan yang dirancang. Indikator
latarbelakang memberikan maklumat data demografi, ekonomi, kesihatan dan status
farmaseutikal. Indikator struktur memberikan maklumat kualitatif untuk menilai
kapasiti sistem farmaseutikal dalam mencapai objektif dasar ini. Indikator proses
memberikan maklumat kuantitatif terhadap proses bagaimana dasar ini
31
dilaksanakan. Seterusnya, indikator hasil pula mengukur hasil yang telah dicapai
dan perubahan-perubahan yang disumbangkan atau diperolehi menerusi
perlaksanaan dasar ubat nasional.
A. Penggunaan Ubat Berkualiti Untuk tahun 2007, tumpuan yang lebih telah diberikan kepada komponen
DUNAS ke-4 iaitu Penggunaan Ubat Berkualiti. Jawatankuasa Kerja Projek
‘’Comprehensive National Project on Quality Use of Medicine – Consumers (QUM-
C)" telah ditubuhkan untuk melaksanakan komponen DUNAS tersebut. Ianya
merupakan projek tiga-tahun (2006 - 2008) yang dikendalikan secara gabungan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Persatuan Pengguna Malaysia
(FOMCA). Pihak lain yang turut terlibat dan membantu adalah Persatuan Farmasi
Malaysia (MPS) dan universiti-universiti tempatan. Projek ini melibatkan “ Kempen
Kenali Ubat Anda” dan Tinjauan Nasional Terhadap Penggunaan Ubat-ubatan oleh
Pengguna Malaysia. Sebanyak RM400,000.00 telah diperuntukkan bagi projek
tersebut pada tahun ini. Objektif projek adalah untuk meningkatkan kefahaman,
pengetahuan dan memberi pendidikan terhadap penggunaan ubat-ubatan secara
rasional kepada pihak pengguna.
Jawatankuasa telah mengadakan mesyuarat sebanyak lapan kali pada tahun ini
untuk perancangan projek kempen. Jawatankuasa kerja kecil yang ditubuhkan
dibawah Jawatankuasa induk ini adalah:
1. Jawatankuasa Kecil Modul Training-of-Trainers (TOT)
2. Jawatankuasa Kecil MEDITIPS (Garis Panduan Perubatan untuk Pengguna)
3. Jawatankuasa Kecil Portal “Know Your Medicine”
4. Jawatankuasa Kecil Promosi Quality Use of Medicine – Consumers (QUM-C)
32
i. Kempen “Kenali Ubat Anda” Kempen “Kenali Ubat Anda” telah dilancarkan pada peringkat kebangsaan di
Melaka pada 29hb Jun 2007. Perlancaran peringkat negeri pula telah diadakan
di Negeri Sembilan dan Kelantan pada tahun 2007 manakala negeri lain akan
dijalankan pada tahun 2008.
Objektif utama bagi kempen ini adalah seperti berikut:
1. Meningkatkan kesedaran pengguna tentang penggunaan ubat secara
rasional dan hak mereka dalam mendapatkan maklumat ubat.
2. Membekalkan maklumat kesihatan dan ubat melalui pelbagai aktiviti kepada
para pengguna.
3. Memastikan pengguna mengetahui ubat yang diambil oleh mereka
4. Memperbaiki laporan kesan sampingan ubat dari pihak pangguna.
5. Mempertingkatkan ilmu pengetahuan ibu-ibu, termasuk yang mengandung
dan menyusukan anak.
6. Meningkatkan kemahiran warga emas dalam penggunaan ubat.
ii. Bengkel Training of Master Trainers dan Training of Trainers Bengkel kali kedua bagi Training of Master Trainers telah diadakan di
Sepang, Selangor pada Mei 2007 dan disertai oleh 65 orang peserta. Peserta-
peserta terdiri daripada Pegawai Farmasi Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau
Pinang dan Perak), Zon Tengah (Selangor, Kuala Lumpur), Zon Selatan (Negeri
Sembilan dan Johor), Zon Timur (Pahang, Terengganu, Kelantan),
Sabah/Labuan dan Sarawak. Objektif bengkel ini adalah untuk memberikan
latihan kepada peserta tentang kaedah-kaedah memberi ceramah kepada orang
awam dengan lebih berkesan dalam bengkel-bengkel pengguna yang akan
diadakan di bawah projek ini.
33
Bengkel Training of Trainers telah diadakan di semua zon seperti di bawah:
Lokasi Bilangan Peserta Tarikh Diadakan
Zone Timur (Pahang, Terengganu and Kelantan) 45 Ogos 2007
Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang and Perak) 51 Oktober 2007
Zon Tengah (Selangor and Kuala Lumpur) 35 November 2007
Zone Selatan (N. Sembilan, Melaka and Johor) 40 Disember 2007
Sarawak 60 November 2007
Sabah dan Labuan 45 Disember 2007
III. Aktiviti QUM-C
Peringkat Pusat Berikut adalah aktiviti yang dijalankan di peringkat ibu pejabat Perkhidmatan Farmasi selain dari melaksanakan kerja-kerja sebagai urus-setia projek ini:
i) Pelancaran Kempen Kenali Ubat Anda di peringkat nasional di Dataran
Pahlawan, Negeri Melaka pada 29 Jun 2007.
ii) Menjadi tetamu di Rancangan Doktor dan Anda di TV3, Jun 2007
iii) Menjadi tetamu di Rancangan Hello on Two di TV2 pada 9.7.07
iv) Menjadi tetamu di TV 1, Julai 2007
v) Mengadakan pameran Kempen Kenali Ubat Anda pada Hari Bersama
Pelanggan di Putrajaya Nov 2007
vi) Mengadakan pameran Kempen Kenali Ubat Anda pada Hari Konsumer di
Stadium Melawati, Nov 2007
34
Peringkat Negeri Sepanjang tahun 2007, banyak aktiviti-aktiviti QUM-C telah dijalankan pada
peringkat negeri. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada setiap
negeri dan zon:
Lokasi
Aktiviti-aktiviti QUM-C
Zon Timur (Panang, Terengganu and Kelantan
• 20 pameran
• 10 seminar
• 1 dialog
• Perlancaran Kempen
peringkat negeri di
Kelantan
Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang and Perak) • 6 pameran
• 1 seminar
Zon Tengah (Selangor and Kuala Lumpur) • Lebihi 20 pameran
Zon Selatan (N. Sembilan, Melaka and Johor)
• 5 seminar
• 1 pameran
• Perlancaran kempen
peringkat negeri di Negeri
Sembilan
Sarawak • 6 pameran
• 3 seminar radio
Labuan • 1 pameran
• 1 pertandingan kuiz
Sabah • 9 seminar
Untuk memudahkan komunikasi, seorang Liaison Officer telah dilantik dari setiap
negeri. Mesyuarat bersama semua Liaison Officers mengenai projek QUM telah
diadakan pada September 2007. Peranan-peranan Liaison Officers adalah
mengemaskini dan memberi maklumbalas tentang aktiviti-aktiviti QUM dalam negeri
masing-masing kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan
Malaysia.
35
IV. Tinjauan Nasional Terhadap Penggunaan Ubat-ubatan Oleh Pengguna Malaysia Tinjauan ini dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia. Satu
mesyuarat untuk membincangkan pengumpulan data bagi projek ini telah
diadakan pada 26 – 27 Oktober 2007 yang melibatkan penyertaan seramai 46
Pegawai Farmasi / Pembantu Farmasi dari semua negeri. Mesyuarat tersebut
membincangkan kaedah tinjauan dan pembahagian tempat tinjauan kepada
kawasan bandar dan luar bandar pada setiap negeri. Fasa awal bagi tinjauan ini
dijalankan mulai November 2007 hingga Januari 2008. Seterusnya fasa kedua
akan dijalankan setelah semua negeri melancarkan kempen “Kenali Ubat
Anda”, bagi mendapatkan perbandingan tahap kesedaran dan pengetahuan
penggunaan ubat secara rasional oleh pengguna sebelum dan selepas kempen
dijalankan.
B. Portal “Know Your Medicine”
Laman web rasmi untuk Kempen “Kenali Ubat Anda” telah dilancarkan di Portal
www.knowyourmedicine.gov.my pada tahun 2007. Laman web tersebut
mengandungi gambar-gambar kit kempen dan artikel-artikel yang bermanfaat
terhadap pengguna. Jadual aktiviti-aktiviti kempen juga sentiasa dikemaskini dalam
laman web tersebut. Laman web juga telah diterjemah dari Bahasa Inggeris kepada
Bahasa Malaysia dan versi Bahasa Malaysia akan dimuat naik pada awal tahun
2008.
Contoh - contoh Kit Kempen
36
Pelancaran Kempen “Kenali Ubat Anda” Persembahan Tarian Traditional Upacara Perasmian Kempen Persembahan Nyanyian Koir
Upacara Perasmian Kempen Tetamu-tetamu Pembukaan
Rasmi Kempen dengan Maskot Kempen
37
Penampalan pelekat kereta Beca dihias sempena perasmian kempen Pameran Kempen Pameran kempen
38
UNIT LATIHAN
1) Prestasi Perbelanjaan Latihan Dalam Perkhidmatan (Dalam Negara)
Prestasi LDP (Dalam Negara) % Tahun Jumlah Peruntukan
(RM)
Bilangan Kursus
yang Dijalankan
Jumlah Pegawai
(Kumpulan P&P)
Jumlah Pegawai
(Kumpulan Sokongan)
Jumlah Keseluruhan
Perbelanjaan (RM)
2006
451,450.00 18 609 139 748 451,362.50 99.98
2007
734,865.00 61 962 309 1,271 698,573.22 95.06
2) Kursus Luar Negara
Sebanyak 11 kursus / latihan sangkutan telah dijalankan di negara-negara seperti
Amerika Syarikat , Australia, Kanada, Hungary, Taiwan dan UK. Seramai 14
orang Pegawai Farmasi (U41 , U44 dan U48) telah terlibat dalam latihan di luar
negara bagi tahun 2007.
39
LEMBAGA FARMASI MALAYSIA (LFM) Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) adalah bertanggungjawab di dalam
mengendalikan Pendaftaran Ahli Farmasi dan juga Pertubuhan Perbadanan di
seluruh negara. Jenis-jenis pendaftaran yang berkaitan adalah:
i. Pendaftaran Penuh Ahli Farmasi (Full Registration of Pharmacist)
ii. Pendaftaran Ahli Farmasi Provisional (Provisional Registration of Pharmacist)
iii. Pendaftaran Sementara (Temporary Registration)
iv. Pendaftaran Pertubuhan Perbadanan (Body Corporate Registration)
Statistik aktiviti-aktiviti LFM yang dijalankan pada tahun 2007 adalah seperti di
Jadual 16 dan 17:
Jadual 16: Jenis Pendaftaran Yang Dikeluarkan Sepanjang 2007
Kategori Pendaftaran Jumlah yang dikeluarkan sepanjang 2007
Pendaftaran Penuh 525 Pendaftaran Provisional 614
Pendaftaran Sementara 9
Pendaftaran Pertubuhan Perbadanan 98
Jadual 17: Sijil Pengekalan Tahunan Yang Dikeluarkan Sepanjang 2007 Jenis Jumlah yang dikeluarkan sepanjang
2007 Ahli Farmasi 4,422 Pertubuhan Perbadanan 414
40
BAHAGIAN PENGUATKUASA LEMBAGA IKLAN UBAT A) Kawalan Iklan
Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 memperuntukkan kawalan ke atas
pengiklanan ubat, alat, penyembuh dan iklan berkaitan perkhidmatan
perubatan dan kesihatan. Terdapat peruntukan dalam akta untuk membentuk
Lembaga Iklan Ubat yang bertanggungjawab dalam melengkapkan peraturan
untuk pengiklanan di atas. Lembaga ini telah menyediakan dua garispanduan
yang membantu pengiklan-pengiklan dalam menyediakan format iklan yang
boleh diterima dan sesuai untuk disiarkan di pelbagai jenis media pengiklanan
di seluruh negara. Statistik permohonan iklan pada tahun 2007 adalah seperti
di Jadual 18 dan perbandingan untuk tahun 2005 – 2007 di Jadual 19.
B) Pemonitoran Iklan Yang Disiarkan Pemonitoran iklan ini melibatkan aktiviti pengawalseliaan semua iklan yang
disiarkan di dalam media cetak seperti akhbar utama dan tempatan, majalah
pelbagai bahasa, risalah untuk umum, bahan-bahan promosi oleh syarikat-
syarikat jualan langsung dan media elektronik seperti radio, televisyen dan
internet. Aktiviti pemonitoran ini juga bergantung kepada aduan yang
dikemukakan oleh pengguna, pengiklan, syarikat dan beberapa organisasi
bukan kerajaan. Surat amaran dikeluarkan kepada penyiar iklan dan
pengedar produk yang berkaitan apabila iklan yang tiada kelulusan Lembaga
Iklan Ubat (LIU) disiarkan dikesan. Tindakan mahkamah juga diambil untuk
penyiaran iklan bagi kes-kes tertentu.
C) Dialog Kawalan Iklan Dengan Pihak Media. Pihak media cetak dan media elektronik juga mempunyai peranan untuk
melindungi pengguna daripada iklan yang mengelirukan dengan memastikan
hanya iklan yang diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat (LIU) sahaja disiarkan.
Sebanyak 8 dialog dijalankan untuk mendapatkan kerjasama daripada pihak
media massa.
41
Jadual 18 : Permohonan Iklan Bagi Tahun 2007 Perkara Permohonan
diterima Kelulusan “Fast Track”
Kelulusan Biasa
Tidak Lulus
Tidak perlu Kelulusan
Yuran Dikutip (RM)
Iklan Produk 1772 1218 1486 40 29 177, 200Iklan Perkhidmatan
208
88
133
28
3
20,800
Jumlah
1980
1306
1619
68
32
198,000
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Jadual 19 : Statistik Permohonan Kelulusan Tahun 2005- 2007
Aktiviti/Tahun 2005 2006 2007
1. Bil. permohonan
diterima
1613
1657
1980
2. Bil. permohonan yang
diluluskan
1338
1428
1619
3. Bil.kelulusan secara
“Fast Track”
843 [52.26%]
1028 [62.04%]
1306 [65.96%]
4.
Jumlah bayaran
RM 161,300
RM 165,700
RM 198, 000 Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Jadual 20 : Jumlah Surat Amaran Yang dikeluarkan
Surat Amaran Dituju Jumlah Surat Amaran Dikeluarkan
Penerbit Iklan 19
Pengiklan Produk/Perkhidmatan 97
Penerbit & Pengiklan 172
JUMLAH 288
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
42
PELESENAN
Pada keseluruhannya terdapat peningkatan pengeluaran semua jenis lesen
berbanding dengan tahun 2006 (Rujuk Jadual 21). Sebanyak 3005 Lesen Racun
jenis A dikeluarkan berbanding 2,945 lesen untuk tahun 2006 iaitu peningkatan
sebanyak 2%. Selangor merupakan pengeluar Lesen Racun jenis A tertinggi diikuti
dengan WP Kuala Lumpur dan Pulau Pinang (Rujuk Jadual 22).
Jadual 21 : Jumlah Pengeluaran Lesen (2005- 2007)
SSuummbbeerr :: BBaahhaaggiiaann PPeerrkkhhiiddmmaattaann FFaarrmmaassii
JJaadduuaall 2222:: PPeennggeelluuaarraann LLeesseenn ddaann PPeerrmmiitt
Negeri
Lesen Racun Jenis A
Lesen Racun Jenis B
Lesen Racun Jenis D
Lesen Racun Jenis E
Permit NaOH
Perlis 12 8 2 0 6 Kedah 149 81 6 0 45
Pulau Pinang
319
253
0 0
168 Perak 200 70 0 4 148 Selangor 880 360 0 3 435 WPKL 440 81 0 1 33 N.Sembilan 86 43 0 0 78 Melaka 76 57 0 0 78 Johor 224 374 0 5 697 Pahang 106 58 1 0 162 Terengganu 29 33 0 0 50 Kelantan 84 20 0 0 14 Sabah 194 93 0 0 94 WP Labuan 6 22 0 0 4 Sarawak 200 121 0 3 154 Jumlah 3005 1674 9 16 2166 SSuummbbeerr :: BBaahhaaggiiaann PPeerrkkhhiiddmmaattaann FFaarrmmaassii
Lesen dan Permit Tahun 2005
Tahun 2006
Tahun 2007
Lesen Racun Jenis A 2956 2945 3005 Lesen Racun Jenis B 1340 1419 1674 Lesen Racun Jenis D 5 8 9 Lesen Racun Jenis E 19 8 16
Permit NaOH 1654 1912 2166 Jumlah Pengeluaran Lesen & Permit 5974 6292 6870 Bilangan Premis Farmasi 1935 2032 1994
43
PPeemmeerriikkssaaaann kkee aattaass pprreemmiiss--pprreemmiiss yyaanngg mmeennjjuuaall uubbaatt--uubbaattaann
Serbuan ke atas premis yang menjual ubat tidak berdaftar
KAWALAN PREKURSOR DAN BAHAN KIMIA TERKAWAL
Bahagian Perkhidmatan Farmasi merupakan pihak berkuasa yang mengawal
pengimportan dan pengeksportan prekursor melalui United Nations Convention
Against Illicit Traffic In Narcotic Drugs And Psychotropic Substances 1988. Selain
daripada itu kawalan juga dilakukan terhadap bahan kimia lain yang banyak berlaku
penyalahgunaan. Semua prekursor dan bahan kimia terkawal ini telah disenaraikan
di bawah Perintah Kastam (Larangan mengenai Import) dan Perintah Kastam
(Larangan mengenai Eksport). Selain daripada itu prekursor dan bahan kimia
terkawal ini juga telah disenaraikan dalam Senarai Racun di bawah Akta racun 1952.
Di bawah Konvensyen ini juga melibatkan pengeluaran Pre-Export Notification
(PEN) iaitu satu mekanisma yang digunakan untuk menghalang pemesongan
prekursor kepada pasaran haram. PEN dikeluarkan untuk memberitahu Negara
pengimport mengenai pengeksportan prekursor yang disenaraikan di bawah
Konvensyen. Penggunaan sistem “ on-line” dalam memproses permohonan permit
dan juga PEN telah dapat mempercepatkan proses kelulusan. E-permit telah
44
dilaksanakan secara meluas bermula Ogos 2007 untuk kelulusan import dan
September 2007 untuk kelulusan eksport.
Rajah 11 : Bilangan Kelulusan Permit Import dan Eksport, Eksport Persediaan (Mengandungi Ephedrine/Pseudoephedrine) dan Jumlah PEN yang diterima dan dikeluarkan bagi tahun 2006 dan 2007
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM KAWALAN PEMESONGAN (DIVERSION) Tindakan ke atas pemesongan ubat-ubat psikotropik dan terkawal : Pendekatan “A-MORE”(Audit-monitor & Research)
Pada tahun 2007, Unit ini telah menjalankan pendekatan “A-MORE” di mana
pendekatan diversion audit di gabungkan bersama kaedah pemantauan (monitoring)
dan kajian (research). Produk dadah berbahaya seperti methadone, ketamine dan
dihidrokodein yang telah dijadualkan sebagai bahan-bahan psikotropik sejak
September 2006 telah ditingkatkan pemantauannya disamping produk-produk
bahan-bahan psikotropik yang lain. Dari 108 buah premis berlesen yang disiasat,
sebanyak 31 atau 29% telah diambil tindakan kerana melakukan pelbagai kesalahan
dibawah Akta yang dikuatkuasakan.
45
SIASATAN Unit siasatan bertanggungjawab keatas semua kes yang didapati
melanggar Akta-Akta yang dikuatkuasakan oleh Bahagian Penguatkuasa Farmasi.
Akta-akta yang tersebut adalah Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 , Akta
Ubat (Iklan dan penjualan) 1956, Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 dan Akta
Dadah Berbahaya 1952. Setiap cawangan penguatkuasa farmasi negeri
menjalankan siasatan ke atas kes-kes yang melanggar akta-akta tersebut di
negeri masing-masing. Pada tahun 2007 sebanyak 973 kes disiasat berbanding
dengan 765 kes dalam tahun 2006.
TINDAKAN OPERASI SERBUAN
Tindakan operasi dipertingkatkan untuk mengatasi masalah pengedaran,
pengilangan dan pengimpotan produk dicemari racun terutamanya bahan
perangsang seks bagi lelaki dan agen pelangsing bagi perempuan, produk palsu
dan juga penyalahgunaan bahan-bahan psikotropik dan penyelewengan bahan-
bahan ini oleh klinik perubatan dan farmasi. Unit Tindakan Khas Operasi Serbuan
dibantu oleh unit-unit lain di Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) dan dari semua
Cawangan Penguatkuasa Farmasi (CPF) negeri dan agensi penguatkuasa dari
jabatan dan kementerian lain berusaha melaksanakan misi yang tersebut. Operasi
serbuan sentiasa dijalankan dari masa ke masa diseluruh negara samada oleh
pegawai-pegawai dari CPF negeri berkenaan sahaja atau pun oleh pegawai-
pegawai dari semua CPF dalam operasi besar-besaran.
Pemeriksaan serta serbuan dilakukan ke atas pengilang produk farmaseutikal
berlesen dan pengilang haram, pengimpot, pengedar, syarikat jualan langsung dan
sebagainya. Turut diperiksa dan diserbu ialah klinik perubatan dan premis farmasi
yang diketahui membekalkan dan memesongkan stok bahan-bahan psikotropik
kepada penagih.Rampasan terbanyak adalah dari jenis produk perangsang seks,
produk tradisional tidak berdaftar, produk racun tidak berdaftar dan produk
pelangsing, selain dari rampasan produk kosmetik dicemari racun.Berikut adalah
pencapaian bagi tahun 2007.berbanding dengan tahun sebelumnya
46
Jadual 23 : Jadual Nilai Rampasan (RM) dari 2005 hingga 2007
Tahun 2005 2006 2007
Nilai Rampasan
(RM Juta)
10 18 36
SSuummbbeerr :: BBaahhaaggiiaann PPeerrkkhhiiddmmaattaann FFaarrmmaassii
Jadual 24 : NILAI RAMPASAN (%) TAHUN 2007 MENGIKUT NEGERI
NEGERI NILAI RAMPASAN (%) MENGIKUT NEGERI
Pulau Pinang 39.6
Selangor 35.9
Kuala Lumpur 9.6
Sarawak 4.5
Melaka 3.1
Johor 2.4
Sabah 1.7
Perak 1.2
Kelantan 0.6
N.Sembilan 0.4
Kedah 0.3
Pahang 0.2
Terengganu 0.2
Perlis 0.2 SSuummbbeerr :: BBaahhaaggiiaann PPeerrkkhhiiddmmaattaann FFaarrmmaassii
47
Jadual 25: RAMPASAN TERBANYAK (%) MENGIKUT KATEGORI PRODUK BAGI TAHUN 2007
KATEGORI PRODUK PERATUSAN RAMPASAN
Perangsang Seks 40
Tradisional Tidak Berdaftar 23
Produk Racun Tidak Berdaftar 18
Produk Pelangsing 10
Kosmetik 6
Produk Psikotropik 2
Lain-lain 1 SSuummbbeerr :: BBaahhaaggiiaann PPeerrkkhhiiddmmaattaann FFaarrmmaassii
PENDAKWAAN
Sepanjang Tahun 2007, sejumlah 505 kes telah selesai didakwa dengan
jumlah kutipan denda sebanyak RM1,028,100. Pecahan pendakwaan mengikut Akta
yang dikuatkuasakan dan negeri adalah seperti di dalam Jadual 26. Kutipan denda
bagi kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 memberikan kutipan tertinggi iaitu
sejumlah RM772,450(75.1%) diikuti kesalahan di bawah Akta Racun 1952 sejumlah
RM174,150(16%). Ketinggian jumlah kutipan denda di bawah Akta Jualan Dadah
1952 adalah disebabkan ketinggian hukuman denda di bawah Seksyen 12(1) iaitu
denda RM25,000 bagi individu dan di bawah Seksyen 12(2) iaitu denda RM25,000
bagi badan korporat. Tambahan pula jumlah kes yang selesai didakwa di bawah
Akta ini adalah yang tertinggi iaitu sejumlah 309 kes bebanding dengan kes selesai
didakwa di bawah Akta Racun 1952 sebanyak 143 kes.
48
Jadual 26 : Pendakwaan (Selesai) Mengikut Akta Dan Negeri Bagi Tahun 2007
Bil.
Negeri Akta
Racun 1952
Akta Racun 1952
(Bahan Psikotropik)
Akta Jualan Dadah 1952
Akta Ubat (Iklan & Jualan)
1956
JUMLAH KES & %
JUMLAH KUTIPAN DENDA
(RM)
PERATUS (%)
1. Perlis
1 0 3 0 4 (0.7) 9,800 1
2. Kedah 1 0 0 0 1 (0.2) 0 0 3. Pulau Pinang 15 8 16 1 40 (8.0) 76,300 7.4 4. Perak 10 0 11 1 22 (4.3) 34,750 3.4 5. Selangor 19 8 142 3 172 (34.0) 196,500 19.1 6. W.P.K. Lumpur 9 0 28 2 39 (7.7) 158,500 15.4 7. Negeri Sembilan 10 2 6 0 18 (3.6) 22,950 2.3 8. Melaka 1 0 19 0 20 (4.0) 86,800 8.4 9. Johor 20 4 18 2 44 (8.7) 112,400 10.9 10. Pahang 2 0 1 0 3 (0.6) 6,300 0.6 11. Terenganu 11 7 3 1 22 (4.3) 40,500 3.9 12. Kelantan 6 0 11 0 17 (3.4) 13,400 1.3 13. Sarawak 16 0 18 1 35 (7.0) 100,400 9.8 14. Sabah 21 6 30 0 57 (11.3) 157,900 15.4 15. W.P. Labuan 1 0 3 1 5 (1.0) 6,300 0.6 16. BPF, KKM 0 0 0 6 6 (1.2) 5,300 0.5
JUMLAH 143 35 309 18 505 1,028,100 100
PERATUS (%) 28.3 6.9 61.2 3.6 100 JUMLAH KUTIPAN DENDA (RM) & %
174,150 (16.0)
64,700 (6.3)
772,450
(75.1)
16,800 (1.6)
1,028,100
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM PERUNDANGAN FARMASI
Undang-undang yang sedia ada sentiasa dikemaskinikan untuk meperkukuhkan
penguatkuasan farmasi. Pindaan yang dilakukan adalah untuk mengatasi
kekurangan yang ada pada Akta dan Peraturan yang dikuatkuasakan. Sahingga kini
Senarai Racun yang disemak oleh Peguam Negara bagi pewartaan termasuklah:
1. Persediaan topikal mengandungi steroid yang potent dikelaskan sebagai
Racun Kumpulan A.
2. Persediaan untuk kegunaan luar yang mengandungi bahan aktif tunggal
Clotrimazole dikecualikan sebagai racun.
3. Persediaan Nicotinic Acid jenis ‘prolonged-release’ dikelaskan sebagai
Racun Kumpulan B.
49
Pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah & Kosmetik 1984 disemak oleh
Peguam Negara bagi pewartaan yang antaranya termasuklah mengasingkan
kawalan kosmetik daripada keluaran berdaftar Selain itu satu Arahan Pengarah
Perkhidmatan Farmasi di bawah peraturan 29 dikeluarkan bagi memaklumkan
pelaksanaan notifikasi kosmetik mulai 1 Januari 2008.
PERLINDUNGAN PENGGUNA
AAkkttiivviittii uuttaammaa UUnniitt Perlindungan Pengguna iinnii bbeerrffookkuuss kkeeppaaddaa ppeemmbbeerriiaann
ddaann ppeennyyeebbaarraann mmaakklluummaatt sseerrttaa ppeennggeettaahhuuaann kkeeppaaddaa oorraanngg rraammaaii ddaann kkuummppuullaann
ssaassaarraann mmeennggeennaaii kkaawwaallaann ppeenngggguunnaaaann && ppeennjjuuaallaann uubbaatt--uubbaattaann ddaann kkoossmmeettiikk ddii
ppaassaarraann.. PPeenneekkaannaann ddiibbeerriikkaann mmeennggeennaaii ppeerraannaann yyaanngg bboolleehh ddiimmaaiinnkkaann oolleehh
kkuummppuullaann ssaassaarraann yyaanngg mmeelliibbaattkkaann iinnddiivviidduu,, kkeelluuaarrggaa ddaann mmaassyyaarraakkaatt uummuumm ddii
bbaannddaarr ddaann lluuaarr bbaannddaarr sseerrttaa kkaakkiittaannggaann kkeerraajjaaaann tteerruuttaammaannyyaa kkaakkiittaannggaann
KKeemmeenntteerriiaann KKeessiihhaattaann MMaallaayyssiiaa ddaallaamm ppeenngggguunnaaaann uubbaatt && kkoossmmeettiikk sseeccaarraa bbiijjaakk..
SSttrraatteeggii kkoommuunniikkaassii yyaanngg mmeelliibbaattkkaann MMeeddiiaa EElleekkttrroonniikk ddaann MMeeddiiaa CCeettaakk
ddiigguunnaakkaann uunnttuukk mmeennyyeebbaarrkkaann mmaakklluummaatt bbaaggii ttuujjuuaann mmeenniinnggkkaattkkaann ppeennggeettaahhuuaann
ddaann kkeesseeddaarraann kkuummppuullaann ssaassaarraann.. ““RRooaadd sshhooww”” tteellaahh ddiijjaallaannkkaann uunnttuukk mmeemmbbeerriikkaann
llaattiihhaann ddaann kkeesseeddaarraann mmeennggeennaaii ccaarraa mmeennggeennaallii llaabbeell HHoollooggrraamm ttuulleenn ddeennggaann
mmeenngggguunnaakkaann ““HHoollooggrraamm DDeeccooddeerr ““ kkeeppaaddaa aahhllii ffaarrmmaassii ddii pprreemmiiss ffaarrmmaassii sswwaassttaa
bbaaggii kkeegguunnaaaann oorraanngg rraammaaii sseebbaannyyaakk 880000 sseett..
DDiissaammppiinngg iittuu cceerraammaahh sseeccaarraa rrooaadd sshhooww bbeerrssaammaa ddeennggaann KKPPDDNNHHEEPP tteellaahh
ddiillaakkuukkaann mmeellaalluuii sseemmiinnaarr ““KKeeppeenngggguunnaaaann uunnttuukk WWaanniittaa 22000077”” aannjjuurraann KKPPDDNNHHEEPP
ddeennggaann ppeerrssaattuuaann wwaanniittaa ((PPUUSSPPAANNIITTAA ddaann PPEERRKKEEPP)) ddiisseelluurruuhh nneeggaarraa..
PPeennyyeebbaarraann MMaakklluummaatt MMeellaalluuii MMeeddiiaa MMaassssaa DDaann PPaammeerraann
50
Jadual 27: Pencapaian Penyebaran maklumat Ceramah, Pameran Dan Dialog Pada Tahun 2007
PPeerrkkaarraa JJaann--DDiisseemmbbeerr 22000077 SSeebbaarraann KKaalleennddeerr 22000077 2255,,000000 xx sseett SSeebbaarraann PPoosstteerr 1155,,000000 xx kkeeppiinngg SSeebbaarraann PPoosskkaadd 220000,,000000 xx kkeeppiinngg CCeerraammaahh 110000 DDiiaalloogg 1111 PPaammeerraann 115555 PPeennaammppiillaann ddii TTVV 33((TTVV11)) && 11((TTVV22)) RRaaddiioo 22((RRTTMM)) && 11 ((EErraa)) SSeebbaarraann mmeellaalluuii aakkhhbbaarr 33
SSuummbbeerr :: BBaahhaaggiiaann PPeerrkkhhiiddmmaattaann FFaarrmmaassii
Contoh Alat Decorder yg akan diletak di Premis Farmasi.
51
RRaajjaahh 1122 :: JJuummllaahh AAkkttiivviittii PPeerrlliinndduunnggaann PPeenngggguunnaa
((CCeerraammaahh,, PPaammeerraann ,, DDiiaalloogg))
90
182
149
2662004200520062007
SSuummbbeerr :: BBaahhaaggiiaann PPeerrkkhhiiddmmaattaann FFaarrmmaassii
RRaajjaahh 1133:: BBiill CCeerraammaahh,,PPaammeerraann PPeennddiiddiikkaann ddaann DDiiaalloogg 22000055 –– 22000077
SSuummbbeerr :: BBaahhaaggiiaann PPeerrkkhhiiddmmaattaann FFaarrmmaassii
52
BAHAGIAN KAWALAN REGULATORI (BIRO PENGAWALAN FARMASEUTIKAL KEBANGSAAN) KEPASTIAN KUALITI, EFIKASI DAN KESELAMATAN PRODUK FARMASEUTIKAL
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) memainkan peranan
penting selaku Sekretariat kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan
bertanggungjawab dalam memastikan produk terapeutik yang diluluskan di pasaran
adalah selamat , berkesan dan berkualiti serta memastikan ubat semulajadi dan
kosmetik yang diluluskan adalah selamat dan berkualiti.
Sejak pendaftaran ubat dilaksanakan pada tahun 1985, sejumlah 200,314
permohonan untuk pendaftaran produk telah diterima. Daripada 201,636 status
produk yang direkodkan sehingga Disember 2007, sejumlah 175,746 (87%) produk
telah didaftarkan, 18,232 (9%) permohonan telah ditolak dan 7,658 produk telah
dibatal atau dipanggilbalik oleh syarikat sendiri atau oleh PBKD atas sebab-sebab
tertentu.
Sejumlah 27,974 permohonan untuk pendaftaran produk telah dibentangkan
kepada PBKD pada tahun 2007. Selepas penilaian dibuat ke atas setiap
permohonan, 30,607 produk telah didaftarkan sehingga Disember 2007. Jumlah
ubat preskripsi, ubat bukan preskripsi, produk traditional dan kosmetik yang
didaftarkan oleh PBKD adalah 449, 413, 1,342 dan 28,403 produk masing-masing.
Sejumlah 431 permohonan produk termasuk 90 ubat preskripsi, 59 produk ubat
bukan preskripsi, 191 ubat traditional dan 91 produk kosmetik telah ditolak oleh
PBKD atas pelbagai sebab. Pihak PBKD telah membatalkan pendaftaran 114
produk, yang melibatkan 48 pendaftaran produk kosmetik dan 2 produk ubat bukan
preskripsi disebabkan pembatalan kontrak pengilang dan 64 produk traditional atas
isu campurpalsu.
Pengenalan kepada sistem “online” untuk pendaftaran produk dan pelesenan
oleh BPFK merupakan sejarah dalam pembangunan regulatori farmaseutikal di
Malaysia. Malaysia merupakan agensi regulatori pertama di dunia yang
melaksanakan permohonan pendaftaran produk secara “online” pada 2002, bermula
dengan produk kosmetik kemudiannya diimplementasikan untuk produk
mengandungi racun berjadual (produk terkawal) dan produk bukan racun (produk
OTC) pada Julai 2003, produk tradisional pada Julai 2004 diikuti dengan produk
53
veterinar pada Ogos 2007. Statistik berkaitan dengan pendaftaran produk adalah
seperti yang dinyatakan dalam Jadual 28 & 29 .
Jadual 28 : Permohonan Pendaftaran Produk
Jumlah Tahun Ubat Racun Berjadual
Ubat Bukan Racun
Produk Tradisional Kosmetik
Tahunan Kumulatif 1985-1990 9,166 5,935 - - 15,101 15,101
1991 481 305 - 42 828 15,929 1992 150 60 3973 145 4,328 20,257 1993 376 111 7059 51 7,597 27,854 1994 400 168 4080 31 4,679 32,533 1995 440 239 288 58 1,025 33,558 1996 617 671 415 130 1,833 35,391 1997 532 635 668 123 1,958 37,349 1998 587 606 938 277 2,408 39,757 1999 796 789 1347 610 3,542 43,299 2000 427 444 1523 262 2,656 45,955 2001 578 487 1154 150 2,369 48,324 2002 509 448 1603 214 2,774 51,098 2003 263 266 1471 26,177 28,177 79,275 2004 529 720 2220 30,630 34,099 113,374 2005 703 645 1807 28,632 31,787 145,161 2006 465 630 1526 24,558 27,179 172,340 2007 555 560 1325 25,534 27,974 200,314 Total 17,574 13,719 31,397 137,624 200,314
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi ,KKM
Jadual 29: Jumlah Kumulatif Produk Berdaftar
Tahun Ubat Racun Berjadual
Ubat Bukan Racun
Produk Tradisional Kosmetik Jumlah
2003 10143 7463 12851 6751 37208 2004 10496 7689 13821 47513 79519 2005 10823 7989 15129 83525 117466 2006 11356 8686 16857 108240 145139 2007 11805 9098 18200 136643 175746
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
54
Jadual 30: Hasil Tahunan BPFK, Tahun 2007
Aktiviti RM Produk Pendaftaran 10,233,050.00 Perlesenan 1,238,000.00 Perkhidmatan Makmal 547,650.00 Pemeriksaan APB 107,420.00 Jualan Barangan Terbitan 7,625.00 Lain-lain 115,252.28 Jumlah 12,248,997.28
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Pengawasan produk-produk berdaftar di pasaran merupakan sebahagian
daripada proses regulatori dalam memastikan komplian yang berterusan terhadap
keselamatan, efikasi dan kualiti produk. Sampel produk-produk berdaftar dalam
pasaran akan diambil untuk ujian di bawah program surveilans. Untuk tujuan ini,
sejumlah 2,538 sampel produk berdaftar telah diambil pada tahun 2007.
Berdasarkan keputusan analisa ujian makmal, 6 kelompok produk telah
dikenakan tindakan Panggilbalik Tahap II (dalam masa 72 jam) dan 138 kelompok
produk dikenakan tindakan Panggilbalik Tahap III (dalam masa 30 hari) kerana
masalah kualiti. Tindakan panggilbalik tersebut melibatkan 17 ubat preskripsi, 13
ubat bukan preskripsi ,103 ubat tradisional dan 11 produk kosmetik. Pendaftaran 25
produk pula telah dibatalkan kerana sampel yang diuji didapati dicampurpalsu
dengan bahan racun berjadual.
Sejumlah 2,413 label dan sisip bungkusan juga telah dipantau di bawah
program surveilans. Surat amaran telah dikeluarkan untuk 157 produk yang didapati
tidak mematuhi keperluan pelabelan yang telah ditetapkan. BPFK turut menjalankan
siasatan ke atas 316 aduan produk yang diterima daripada professional kesihatan
dan orang awam dan tindakan punitif seperti Panggilbalik telah dilakukan ke atas
sesetengah produk berkenaan. Sejumlah 3,056 laporan kesan advers (ADR) ubat
telah diterima , dengan peningkatan sebanyak 20% berbanding dengan jumlah
penerimaan pada tahun sebelumnya. Dari jumlah tersebut 2,991 laporan dikaji dan
2,808 laporan dihantar kepada Pusat Pemonitoran ADR WHO di Uppsala, Sweden.
Analisis daripada laporan ADR yang diterima menunjukkan lebih daripada 41% dan
35% merupakan laporan ADR yang dilaporkan daripada kalangan ahli farmasi dan
doktor perubatan yang berkhidmat di hospital kerajaan (Rajah 14).
55
Dalam aspek kawalan kualiti, sejumlah 68,774 ujian telah dijalankan ke atas
5,322 sampel,di mana 2,128 (40%) sampel adalah untuk permohonan pendaftaran,
2,761 (51.9%) dari aktiviti surveilans, 155 (2.9%) sampel aduan produk, 270 (5%)
sampel dari aktiviti penguatkuasaan and 8 (0.2%) daripada sumber lain (Rajah 15).
Pada tahun 2007, 373 lesen untuk premis pengilang telah dikeluarkan di
mana 60 lesen daripadanya adalah untuk premis bagi produk farmaseutikal, 175
adalah untuk ubat tradisional dan 138 untuk pengilang kosmetik. 873 lesen
pengimport telah dikeluarkan di mana 213 adalah lesen untuk produk ubat
farmaseutikal, 152 tradisional dan 508 lesen pengimport produk kosmetik. Untuk
lesen pemborong, 1,034 telah dikeluarkan di mana 455 adalah untuk produk
mengandungi racun berjadual dan 579 untuk produk bukan racun, ubat tradisional
dan kosmetik (Rajah 16). Maklumat tentang premis pengilang berlesen, pengimport
dan pemborong yang terkini boleh didapati di laman web BPFK (www.bpfk.gov.my).
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
0
200
400
600
800
1000
1200
1400
Bilangan Pelapor
Pegawai Perubatan 646 988 1079 1273 1075
Lain-lain(AhliFarmasi,Pegawai Pergigian)
169 352 606 726 1283
Doktor/Doktor Pakar Swasta 60 83 157 64 61
Syarikat 141 188 368 330 409
Hospital Universiti 47 54 153 150 240
2003 2004 2005 2006 2007
Rajah 14: Analisis Laporan Kesan Advers Ubat (ADR) Berdasarkan Kategori Pelapor ( 2003-2007)
56
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Sumber : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
68774
42664867 4605 5185 5322
56641 63410
5142451251
01000020000300004000050000600007000080000
2003 2004 2005 2006 2007
Sampel Ujian
943 970 1034
217 227
875864
316 456
652776 873
296 336 373
0
200
400
600
800
1000
1200
2003 2004 2005 2006 2007
Pemborong Pengimport Pengilang
Rajah 15: Pengujian Sampel ( 2003-2007)
Rajah 16: Jumlah Lesen Yang Dikeluarkan ( 2003-2007)
57
PENGLIBATAN ANTARABANGSA
BPFK terus memainkan peranan aktif dalam usaha harmonisasi melalui
penglibatan dalam ASEAN Consultative Committee for Standards and Quality
(ACCSQ), Pharmaceutical Product Working Group (PPWG), ASEAN Cosmetic
Committee (ACC) dan Traditional Medicines and Health Supplements Product
Working Group (PWGTMHS). Penglibatan antarabangsa yang lain termasuk
memudahkan integrasi penjagaan kesihatan ASEAN dan EC-ASEAN Economic
Cooperation on Quality, Standards and Conformity Assessments, serta aktiviti-aktiviti
Pharmaceutical Inspection Cooperation Scheme (PIC/S). BPFK turut terlibat dalam
perundingan antarabangsa lain seperti Mesyuarat Teknikal dan menggerakkan
Bilateral Arrangements dengan negara ASEAN serta terlibat dalam rundingan
Malaysia-US Free Trade Agreement (MUSFTA).
LAWATAN DAN LATIHAN KEPADA PELAWAT LUAR NEGARA
Sepanjang tahun 2007, BPFK menerima 65 orang pelawat luar negara dari
Bhutan, Mongolia, Nigeria, Singapura, Filipina, Ghana, Arab Saudi, Vietnam, United
Kingdom, Sri Lanka, Lao PDR, Uganda, China dan Macedonia. Pelawat-pelawat
yang datang untuk lawatan sambil belajar telah diberi latihan mengikut keperluan
spesifik masing-masing dalam aspek Kawalan Kualiti, Pendaftaran Produk, Amalan
Pengilangan Baik dan Pelesenan, atau Farmakovigilan dan Surveilan.
58
HALA TUJU & PERANCANGAN MASA HADAPAN Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi
Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi akan menjalankan program
Pendidikan Pengguna secara berterusan agar pengetahuan kesihatan orang awam
dalam ubat-ubatan dan keluaran farmaseutikal dapat ditingkatkan . Promosi melalui
media cetak dan elektronik serta penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
akan diberi lebih perhatian agar mesej dapat disebarkan dengan lebih jelas dan
meluas dalam usaha meningkatkan kesedaran, pemahaman, pengetahuan ubat-
ubatan secara rasional di kalangan pengguna. Pengguna juga akan dididik agar
lebih bijak dan berhati-hati apabila menggunakan sebarang produk yang terdapat di
pasaran sekaligus dapat mengurangkan risiko kesan buruk ubat-ubat palsu. Selain
itu, perkhidmatan maklumat ubat-ubatan juga akan terus diperluaskan pada masa
hadapan melalui perancangan penubuhan “National Pharmacy Call Centre” yang
berpusat di Hospital Kuala Lumpur.
Pertambahan dari segi bilangan anggota dan perkembangan dalam sumber
manusia profesional telah membolehkan Perkhidmatan Farmasi KKM memulakan
perkhidmatan baru di samping menambahbaik perkhidmatan sedia ada, secara
kolektif langkah-langkah ini telah mulai menampakkan hasil yang diharapkan.
Perkhidmatan farmasi klinikal yang berorientasikan pesakit dan masyarakat telah
diperluaskan dari segi liputan dan keberkesanannya dengan penekanan terhadap
aspek kualiti dan keselamatan yang berlandaskan penjagaan farmaseutikal yang
lebih menyeluruh meliputi setiap peringkat penjagaan kesihatan. Amalan farmasi
dipastikan mematuhi piawaian dan garispanduan, proses membuat keputusan yang
berlandaskan bukti saintifik yang terkini, dan seterusnya mementingkan
profesionalisme dan kompetensi di kalangan sumber manusianya.
Perkembangan pesat dari segi sumber manusia perlu disertai dengan
perkembangan sistem dan infrastuktur bagi memungkinkan produktiviti
perkhidmatan dipertingkatkan. Tindakan seperti menaiktaraf dan mengakreditasi
fasiliti perkhidmatan sedang giat dijalankan, misalnya dalam Rancangan Malaysia
ke-9 ini program farmasi telah berusaha mendapatkan sejumlah peruntukan untuk
menaiktaraf dan membina fasiliti-fasiliti makmal aseptik khususnya untuk “Cytotoxic
Drug Reconstitution”, “Total Parenteral Nutrition” dan “IV Admixture” di beberapa
buah hospital di seluruh negara. Selari dengan usaha tersebut, langkah untuk
59
memperkukuhkan aspek sistem dan peraturan kerja dijalankan melalui usaha
penggubalan garispanduan dan peraturan teknikal, pembangunan kapasiti,
kemahiran dan memulakan perkhidmatan yang berpengkhususan. Semua
pendekatan ini adalah merupakan perancangan strategik yang telah direncanakan
untuk mempertingkatkan liputan,keberkesanan dan kualiti perkhidmatan.
Keutamaan dalam perkembangan perkhidmatan seterusnya perlu
dikenalpasti terutamanya dalam usaha membangunkan perkhidmatan yang
berpengkhususan , fokus kepada aspek keselamatan pesakit dan mengintegrasikan
faktor penilaian ekonomi dalam pengendalian formulari dan sistem pembiayaan
untuk ubat-ubatan. Sesungguhnya di dalam era perkembangan yang begitu pesat
ini, pendedahan kepada senario global dan keterbukaan minda di kalangan peneraju
perkhidmatan farmasi adalah amat diperlukan.
Bahagian Penguatkuasa Farmasi
Kepastian kualiti ubat-ubatan di pasaran diperkukuhkan melalui aktiviti-aktiviti
penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan. Aktiviti penguatkuasaan seperti
pemeriksaan dan pelesenan yang melibatkan pengawalan ke atas pengimpotan,
pengedaran, penggunaan bahan terkawal dan kawalan pemesongan bahan kimia
industri untuk aktiviti haram perlu dipertingkatkan lagi. Perundangan farmasi yang
lebih komprehensif akan dimantapkan lagi dengan memasukkan hukuman yang
setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Selain itu, bahagian penguatkuasa
akan meningkatkan aktiviti perlindungan pengguna serta mengurangkan permintaan
ke atas ubat-ubatan tidak berdaftar. Dalam usaha untuk meningkatkan aktiviti
penguatkuasaan, perancangan yang lebih strategik akan diambil serta tindakan yang
lebih berkesan ke atas pihak yang gagal mematuhi peruntukkan undang-undang
akan diperkukuhkan lagi.
Bahagian Kawalan Regulatori (BPFK)
Bagi tahun mendatang, sistem kawalan regulatori akan diperkukuhkan melalui
beberapa strategi seperti pemantapan kawalan kualiti di kalangan pengilang produk
tradisional, peningkatan kepakaran dalam bidang-bidang khusus seperti
bioteknologi, pemeriksaan premis kajian klinikal dan juga perlesenan premis
pengeluaran produk plasma dan darah. BPFK juga sedang mengambil langkah
untuk mengimplementasi sistem pendaftaran bagi bahan aktif farmaseutikal. Apabila
60
dilaksanakan kelak, ianya merupakan fasa keenam dalam keseluruhan fasa
pendaftaran produk oleh BPFK. Dengan adanya sistem laman web, yang dinamakan
QUEST, akronim untuk kualiti, efikasi dan keselamatan, pihak syarikat boleh
mengemukakan permohonan pendaftaran dari mana-mana tempat di dunia, pada
bila-bila masa, 365 hari setahun. Penggunaan sistem QUEST terbukti memberi
manfaat bukan sahaja kepada BPFK, tetapi juga kepada industri tempatan iaitu
dengan memudahkan proses pendaftaran dan mengurangkan birokrasi. Dalam
usaha penambahbaikan berterusan, kerja menaiktaraf QUEST2 kepada QUEST
sedang dijalankan.Dalam aspek kualiti pula, BPFK sedang meneruskan usaha
untuk mendapatkan pensijilan ISO 17025 pada/sebelum tahun 2008 bagi
menaiktaraf sistem pengurusan kualiti makmal.
KESIMPULAN
Program Perkhidmatan Farmasi pada hari ini diperkasakan dengan
pertambahan anggota yang konsisten dan berterusan melalui perkhidmatan wajib.
Perkembangan ini memberikan peluang kepada Perkhidmatan Farmasi, KKM
memperkenalkan bidang-bidang yang baru disamping memperkukuhkan dan
memperluaskan liputan dan keamatan perkhidmatan yang sedia ada. Gabungan dari
semua pendekatan ini dan memastikan perkhidmatan farmasi tidak tersasar dari
fokus untuk ubat-ubatan yang berkualiti, selamat, berkesan, mencukupi dan mampu
diperolehi, adalah merupakan daya pacuan yang diharapkan dapat memberikan
impak mempertingkatkan tahap dan kualiti kesihatan rakyat Malaysia.