Download - VDVDSan

Transcript
Page 1: VDVDSan

Kod etika profesion merupakan peraturan untuk membantu para guru yang

profesional mematuhi prinsip-prinsip ang termaktub supaya menjaga imej baik

profesion (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, dan Wong Kiet Wah, 2010).

Pentingnya kod etika ini agar guru-guru tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh

mencemarkan nama baik profesion perguruan. Ia boleh menjadi pedoman dan

merupakan suatu kawalan sosial dan dalam bidang kerjaya mereka. Kod etika

perguruan Malaysia disediakan dalam bentuk ikrar dan biasanya dipaparkan di

halaman depan buku persediaan mengajar. Dalam Ikrar tersebut terdapat empat

tatasusila yang dijadikan panduan bagi para guru iaitu tanggungjawab terhadap

pelajar, tanggungjawab terhadap ibu bapa, tanggungjawab terhadap masyarakat

dan negara, dan tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.

(Noriati A. Rashid, 2010)

Antara tanggungjawab terhadap pelajar adalah guru perlu adil dan

mengutamakan kebajikan serta keselamatan pelajar daripada hal-hal lain.

Tanggungjawab terhadap ibu bapa pula ialah guru perlu merahsiakan maklumat

rumahtangga atau anak yang diamanahkan oleh ibu bapa. Dalam tanggugjawab

terhadap masyarakat dan negara pula, guru perlu sentiasa memenuhi

tanggungjawab sebagai warganegara selain membimbing dan memupuk pelajar

untuk menjadi warganegara yang disanjung tinggi. Manakala dalam tanggungjawab

terhadap rakan sejawat dan profesion, guru harus menjadi ahli persatuan guru

seperti Kesatuan Profesion Perguruan Kebangsaan (KPPK) atau National Union of

Teaching (NUTP).

Top Related