Transcript

UQS 12001OLAHRAGA & BALAPAN

TAJUK : LOMPAT TINGGI

PENSYARAH : EN. RAMLI BIN JUSOH

NAMA :NAMANO. MATRIK

MUHAMMAD AMIR ARIFF B. RAZAKCB130001

IKHWAN HILMI B. ABDUL HAKIMCB130038

NUR AMIRA BINTI MOHAMADCB130010

SYAKILA BINTI ABD RAHMANCB130025

1.0SEJARAH LOMPAT TINGGIAda sesetengah pendapat mengatakan acara Lompat Tinggi ini pernah dijiadikan acara dalam sukan tersebut, tetapi tidak kurang pula pihak yang menafikannya. Catatan terawal tentang lompat tinggi ialah pada abad ke-19 apabila suatu pertandingan diadakan bagi menentukan siapa antara segolongan professional di England yang mampu melompat paling tinggi. Dalam pertandingan yang diadakan pada tahun 1861, seorang berbangsa Scotland, William Tivendale berjaya melompat setinggi 1.83 meter.Lompatan yang dibuat oleh peserta itu merupakan yang paling tinggi bukan sahaja dibandingkan di kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu malah ketika itu belum pernah ada orang lain yang melompat setinggi itu. Bagaimanapun cara lompatan yang dilakukan pada masa itu jauh berbeza dengan lompatan yang dilakukan oleh atlit pada masa sekarang. Palang yang digunakan hanyalah seutas tali yang diikat pada dua batang kayu yang dipacak pada tanah. Cara membuat lompatan ialah dengan merapatkan kedua-dua kaki sambil badan melompat pada kedudukan static atau menegak, menjadikan peserta seakan-akan melompat pada kedudukan berdiri dan menegak.Kemudiannya beberapa cara dan kaedah lompatan dicipta dan diperbaiki dari masa-kesemasa, yang berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang turut berubah serta keadaan-keadaan tertentu. Contohnya pada suatu ketika pelompat tidak dibenarkan menyentuh tanah dengan tangan sebelum kaki mendarat dan begitu juga kepala pelompat tidak boleh melepasi palang sebelum kaki melepasi palang. Peningkatan lompatan yang mampu ditunjukkan oleh para peserta menyebabkan tempat mendarat terpaksa diletakkan dengan tilam atau alas tebal yang lembut. Sebelum itu hanya pasir digunakan. Kini lompat tinggi merupakan salah satu acara bahagian padang dalam sukan olahraga yang terus dijadikan acara dalam setiap perjumpaan olahraga di pelbagai peringkat.Pada peringkat awal Sukan Olimpik, gaya yang digunakan ialah gaya static dengan lompatan menegak. Gaya pelana mula digunakan oleh peserta-peserta Eropah, manakala gaya lentang diperkenalkan oleh peserta Amerika Syarikat dan menjadi teknik lompatan yang paling diminati khususnya di kalangan pelompat tinggi Amerika ketika itu. Gaya gunting yang kebanyakan digunakan oleh peserta lompat tinggi Asia mula diperkenalkan pada tahun-tahun suku pertama abad ke-20.Dalam membincangkan acara lompat tinggi ini, satu nama yang tidak harus dilupakan ialah Dick Fosbury iaitu seorang pelompat tinggi dari Amerika Syarikat yang bertanggungjawab bukan sahaja memperkenalkan teknik lompatan terbarunya malah telah bertanggungjawab mempopularkan acara ini dalam Sukan Olimpik pada tahun 1968 di Mexico. Peristiwa ini begitu penting sehinggalah IAAF terus bersetuju menamakan teknik lompatan yang diperkenalkan oleh beliau sebagai lompatan Fosbury atau Fosbury Flop.Sebelum gaya flop diperkenalkan terdapat satu gaya yang dikenali sebagai gaya guling pelana (Straddle) telah diperkenalkan oleh Jim Steward dari Universiti of Southern California dalam Kejohanan National College dalam tahun 1930. Tetapi yang mempopularkan gaya ini ialah Les Steers dari Oregon. Dengan ketinggiannya 6 kaki 1.5 inci, beliau telah berjaya melepasi dan melompat setinggi 6 kaki 11 inci. Namun begitu orang yang pertama berjaya melepasi paras 7 kaki dalam dunia ialah Charles Dumas dari Amerika dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan lompatan setinggi 7 kaki 0.3 inci.

2.0PENGENALAN LOMPAT TINGGILompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati dan sentiasa mendapat perhatian ramai. Lompat Tinggi mula diperkenalkan dalam tahun 1887 dan dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah diperkenalkan di dalam sukan Olimpik. Acara ini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai gaya lompatan digunakan oleh para atlit. Dalam acara Lompat Tinggi, seseorang atlit memerlukan kebolehan semulajadi. Bagi melaksanakan satu lompatan yang baik hendaklah bergantung kepada diri atlit itu sendiri iaitu dari persediaan fizikal dan mental. Terdapat beberapa peraturan dalam acara lompat tinggi.Peraturan asas Lompat Tinggi adalah seperti acara-acara padang lain, Lompat Tinggi mempunyai peraturan dan undang-undang khusus yang telah ditetapkan oleh IAAF yang harus dipatuhi oleh semua peserta dan pegawai yang terlibat dalam acara ini.

Antara undang-undang tersebut adalah seperti berikut ;- Peserta hendaklah membuat lompatan mengikut susunan yang ditetapkan menerusi undian yang dilakukan sebelum pertandingan bermula. Peserta boleh memilih arah atau sudut dari kawasan larian untuk memulakan larian untuk melompat. Kedua-dua tiang lompat tinggi hendaklah kekal di tempat yang ditetapkan dan tiang-tiang itu tidak boleh diubah ke tempat lain. Jika terpaksa berbuat demikian, pengubahan hendaklah dilakukan selepas semua peserta menamatkan lompatan pada sesuatu ketinggian tertentu. Peserta dibenarkan meletakkan penanda yang disediakan oleh pegawai pertandingan untuk mengukur larian sendiri sebelum membuat lompatan. Jika lebih daripada seorang peserta yang mampu melepasi suatu ketinggian tetapi gagal melepasi ketinggian berikut, maka peserta yang melepasi ketinggian itu dengan jumlah lompatan yang sedikit dikira pemenang. Jika selepas itu, masih ada lebih daripada seorang peserta yang berjaya, peserta dengan lompatan yang lebih sedikit pada ketinggian sebelumnya dikira pemenang.

3.0PERALATANDalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum pertandingan dimulakan. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :- 1. Tiang Lompat Tinggi.Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa pertandingan sedang dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan, hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan.

2. Palang Lompat Tinggi.Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan pada tiang. 3. Kawsan MendaratPada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang memberi perhatian kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya beberapa teknik lompatan dan pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat pendaratan yang sewajarnya. Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan, kawasan pendaratan hanya terdiri daripada satu kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat. Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi. Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta.4. Pita PengukurPita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.

4.0UKURANa) Tiang Lompat TinggiTiang Lompat Tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam.

b) Palang Lompat Tinggi.Panjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Berat maksimum palang ini ialah 2 kg. Palang ini diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Alat sokongan ini hendaklah berbentuk segi empat rata dan berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang.c) Kawasan MendaratKawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau pengalas lembut bergetah dan berbentuk segiempat dengan saiz 5 meter panjang dan 4 meter lebar dan 1 meter tebal.d) Pita PengukurPita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan yang dilakukan oleh peserta. Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebelum acara lompatan. Pegawai pertandingan terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada suatu ketinggian tertentu mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian lompatan akan diukur daripada bahagian tengah palang ke aras tanah.

5.0KETINGGIAN PINGGANG SEMASA MELONJAK Setiap atlit mempunyai ketinggian semulajadi yang tertentu dan faktor ini tidak boleh dikawal. Walau bagaimanapun, terdapat tiga teknik berbeza yang membantu meningkatkan pusat tubuh kepada ketinggian yang maksimum.i. Tenik pertama ialah kebolehan berlari secara tinggi dan tegak yang diperlukan. Semasa fasalarian penujuan, sehingga sampai ke fasa lonjakan, kaki hendaklah memijak terus di bawahpinggang. Setiap kecenderungan untuk melangkah terlebih luas akan menyebabkan kedudukanpinggang berada di bawah.ii. Teknik kedua pula ialah lompatan yang efektif mempunyai kebolehan untuk memendekkanlangkah terakhir sebelum melakukan lonjakan. Kependekan langkah akan menybabkan pinggangnaik atau berada diatas.iii. Faktor ketiga ialah kelajuan semasa lonjakan. Faktor ini memberi kesan yang penting padaketinggian pinggang sepanjang lonjakan. Kelajuan lonjakan yang tinggi dan kedudukan pinggangyang tinggi akan membuat lengkungan layangan lompatan tersebut.

6.0SUDUT LONJAKAN Sudut melalui pusat badan iaitu pinggang pelompat dipanggil sudut lonjakan. Layangan atau parabola ditentukan oleh dan semasa atlit mengangkat kakinya untuk lompatan. Ketika atlit berada di udara, laluan tidak boleh ditukar. Pelompat itu memulakan lompatan dan mendarat pada sudut yang sama.Sudut lonjakan hasil daripada kelajuan larian. Semakin cepat fasa penujuan itu dan tanpa gangguan pergerakan, semakin mendatar sudut lonjakan itu. Sudut lonjakan yang rendah sangat penting dalam lompat jauh. Penyelesaian yang jelas menghasilkan kelajuan yang tinggi ketika di laluan larian dan dalam melakukan lonjakan. Lompat tinggi ialah pengecualian dalam prinsip kelajuan kerana atlit lompat tinggi mencuba untuk mencipta komponen menegak atau lompatan yang tinggi dengan menggunakan kaki. Tetapi dalam lompat tinggi, kelajuan sangat penting dan sudut lonjakan lebih mendatar daripada yang kita fikirkan. Lompatan terbaik di dunia ialah dalam lingkungan 52sudut lonjakan.

7.0KESEIMBANGAN DAN PERTUKARAN Aspek mekanikal yang terakhir dalam lompatan ialah mesti dilakukan dengan seimbang dan pertukaran yang berlaku semasa fasa layangan untuk setiap lompatan. Objektif atlit adalah untukbergerak atau menyesuaikan kedudukan bahagian-bahagian tubuh semasa layangan untukmengambil peluang terhadap parabola yang telah disediakan.Seperti yang telah dinyatakan, parabola layangan tidak akan berubah ketika atlit di udara.Walaupun pergerakan satu bahagian badan diangkat atau satu lagi diturunkan. Dalam hukumNewton ketiga menyatakan untuk setiap pergerakan akan mengakibatkan yang sama danberlawanan. Kelajuan pertukaran meningkat dan mengurang apabila berlaku perubahan jarak. Memanjangkan dan memendekkan lengan, kaki mempengaruhi kelajuan atau pertukaran disekeliling paksi. Pertukaran yang spesifik ialah varasi kepada setiap acara, tetapi jurulatih yang bijak dapat memahami kesan terhadap badan ketika di udara. Kelajuan, ketinggian, sudut dan keseimbangan adalah empat elemen utama untuk semua acara lompatan. Semua kejurulatihan dan kerja teknikal mesti memusatkan keseluruhan asas mekanikal.Kelajuan ketika lonjakan akan memberi kesan kepada arah layangan. Ketinggian pinggang ketika lonjakan penting kerana tarikan graviti keatas atlit ketika dia di udara. Kesimbangan pula mestilah tetap semasa layangan ketika atlit melakukan pergerakan parabola. Setiap pelepasan daripada setiap elemen ini akan menentang kesan perlaksanaan lompatan.

8.0POSTUR BADAN SEMASA BERLARIAdalah penting untuk mengingati bahawa posisi badan yang condong ke depan adalah disebabkanoleh pecutan. Semasa peringkat pertama pecutan, badan atlit akan condong dengan darjah yangbesar. Semasa atlit mencapai puncak kelajuan, badannya akan menjadi tegak. Semasamenyahpecutan, badan atlit akan menjadi ke belakang sedikit.Semasa pinggul pelompat bergerak sepanjang larian, secara semula jadi ia akan menaik sedikit.Untuk melakukan lompatan, satu perubahan akan berlaku di mana kedudukan pinggul akanmerendah sedikit sebelum ia menaik semasa atlit melompat. Atlit mestilah melakukan perubahanini untuk mengekalkan kelajuan. Sasarannya ialah untuk merendahkan badan tanpamemperlahankan kelajuan. Seperti yang telah diberitahu, setiap langkah semasa berlari perlu bertambah panjang. Semasalangkah bertambah panjang, kedudukan pinggul akan menjadi lebih rendah. Tambahan lagi,disebabkan oleh pembengkokan lutut dan sendi buku lali, pinggul akan menjadi lebih rendah. Iniakan dapat dicapai oleh extension yang tidak sempurna pada langkah ketiga yang terakhir sebelummelonjak. Teknik ini membenarkan langkah yang kedua terakhir dilakukan dengan kedudukan betul-betul di bawah badan dan kaki berada mendatar di atas tanah. Seterusnya, langkah yang terakhirdipendekkan, maka ini akan menyebabkan hip berada pada kedudukan yang tinggi untuk melonjak.Langkah yang terakhir seharusnya mendatar, supaya kaki dapat dilepaskan dengan pantas.

9.0CHECK MARKSTidak kira berapa bnyak pun langkah yang diambil semasa larian penujuan, format yang mudah dankonsisten perlulah digunakan. Larian seharusnya mempunyai 3 check mark. Check mark yang palingpenting ialah ketika permulaan larian. Untuk pelompat yang baru, seelok-eloknya diajarkan teknikmemulakan larian dari keadaan pegun. Kaki lonjakan berada di hadapan. Atlit menolak kuat denganmenggunakan kaki lonjakan yang sentiasa melakukan kontak dengan permukaan tanah. Badandihayun ke belakang dan atlit akan menggunakan kaki bebasnya untuk menapak dan menolaknyadengan sepenuh tenaga. Pelompat yang lebih mahir pula selalunya memulakan larian denganlangkah yang seakan-akan melompat.

10.FASA LOMPATAN TINGGI Biasanya, apabila murid-murid disuruh melompat sesuatu halangan, kebanyakan daripada merekamelompat menggunakan penujuan dari hadapan. Mereka jarang menggunakan penujuan dari sisiatau rusuk. Sebenarnya, dari segi prinsip mekanikal, teknik penujuan dari sisi adalah lebih berkesan.Dalam Pendidikan Jasmani, latihan lompat tinggi hendaklah bertujuan membantu murid-muridmempelajari kemahiran melompat dan juga menyedarkan mereka tentang prinsip-prinsip asaslompatan. Penyampaian ini bolehlah dilakukan melalui aktiviti lompatan dan pengajaran secara ansur maju.

Semua gaya lompatan boleh dibahagikan kepada empat fasa Pergerakan iaitu :a) Penujuan: larian menghala ke palang b) Lonjakan: tindakan kaki untuk menaikkan badanc) Layangan: gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang.d) Pendaratan: sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.

11.GAYA LOMPAT TINGGIDalam Lompat Tinggi terdapat beberapa gaya dalam lompatan tinggi bagi lompat dengan tepat. Terdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop.

a) Gaya gunting

Gaya gunting Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada di luar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur.

b) Gaya pelana

Gaya ini adalah hampir sama dengan gaya guling barat. Pelompat menuju ke palang secarabersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannyaseolah-olah meniarap di atas palang. Gaya ini hampir sama dengan gaya Guling Barat. Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang. Penujuan Biasanya pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga sembilan langkah menuju ke palang dari sudut 30-45 darjah. Tiga langkah terakhir dibuat secara pantas dan terkawal. Badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang dan kaki lonjak dibengkokkan sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir. Lonjakan Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak, pelompat hendaklah melompat dengan kuat. Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian tumit dan disusuli dengan bahagian hujung kaki. Serentak dengan tolakann ini, kaki bebas dihayun dengan kencang ke atas paras palang. Fasa lonjakan ini juga dibantu dengan menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas. Layangan Setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas pelompat berada dalam keadaan hampir selari dengan palang yang berada di bawahnya. Ketika ini, badan dan kaki bebas pelompat berpusing seolah-olah hendak membalut palang. Bahu dan kepala pelompat direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Ini adalah untuk membantu pelompat membuat persediaan untuk mendarat. Kaki lonjak mestilah menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan. Pendaratan Ketika di fasa pendaratan, pelompat memusingkan badannya dan mendarat di atas bahagian belikat atau bahagian belakang badan.

c) Gaya Fosbury Flop

Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini. Mengikut gaya ini pelompat menuju ke palang dengan membelakangkan palang. Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosburypada Tahun 1968. Beliau telah memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang melompat tinggi di mana pelepasan palang di buat dengan bahagian belakang ( bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hampir dengan bahagian tengkuk. Dalam Gaya Fosbury Flop ini penujuan larian dilakukan dengan cepat dan beritma. Guna larian 5 9 langkah dengan tiga langkah terakhir secara melengkung dan pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan. Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri. Manakala, lonjakan dalam Gaya Fosbury Flop adalah pelonjak melonjak dengan cepat dan kuat menggunakan kaki luar palang dan kaki di hadapan badan. Selain itu, badan ditegakkan atau condong sedikit ke belakang dan kaki bebas diangkat tinggi dengan lutut dibengkokkan dan juga tangan yang dibengkokkan juga dihayun ke atas. Lutut digerak melintang badan untuk membantu pusingan badan semasa lompat. Layangan Semasa di udara, pelompat menolak kebelakang (memenadang palang) sambil melentikan badan.Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan dibahagian lutut. Lentikkan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat badan melepasi palang. Setelah badan pelompat melepasi palang, kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak keatas. Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan ia juga sebagai persediaan untuk pendaratan. Pendaratan Serentak dengan mengankat kakinya keatas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya (tulang belikat).

d) Gaya Timur

Dalam gaya ini, pelompat menuju ke palang secara bersudut kira-kira 30 darjah. Pelompat akan menggunakan tujuh hingga sembilan langkah dalam lompat tinggi. Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan dan juga ada sesetengah pelompat akan melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri. Semasa lonjakan pelonjak akan melonjak dengan kaki luar dan semasa melonjak, kaki melonjak di depan pinggul dan pinggul di hadapan bahu untuk mencondongkan badan semasa membuat lonjakan. Seterusnya dalam layangan, pelompat mestilah kaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan palang dan juga bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong ke arah palang. Kaki lonjak dihayun ke atas. Dengan itu, semasa mendarat pelompat melompat di atas punggung atau dengan dua belah kaki.

e) Gaya Guling Barat

Penujuan akan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang.Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat berguling selari dengan palang untuk membuat pelepasan.

12.PERATURAN ASAS ACARA LOMPAT TINGGIi. Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.ii. Peserta boleh mula melompat di mana-mana ketinggian yang disukainya.iii. Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan tidak melompat,menjatuhkan palang semasa membuat lompatan atau menyentuhkawasan mendarat apabila tidakberjaya melompat.iv. Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut (tanpa diambil kiradi paras mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar daripada pertandingan.v. Seserang peserta berhak meneruskan lompatannya (walaupun setelah semua peserta yang laingagal) sehingga dia tidak dapat meneruskannya lagi mengikut peraturan.vi. Ketinggian lompatan diukur secara menegak dari paras tanah hingga ke bahagian tengah ataspalang.

13.LANGKAH LANGKAH KESELAMATAN Pelajar perlu memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelak kecederaan. Pastikan tempat daratan atau tilam yang digunakan untuk mendarat selamat. Tiang hendaklah diletakkan di tempat yang rata agar tidak bergoyang atau mudah jatuh. Palang mestilah diletakkan di belakang tiang menghadap tempat daratan supaya ia jatuh ke bawah bila disentuh dan tidak menyekat peserta lompatan.11


Top Related