PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : HUBUNGAN ANTARA KONSEP KENDIRI DAN PERSONALITI DENGAN
PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya NORLAILY BINTI AHMAD (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara Institusi
Pengajian Tinggi. 4. Sila tandakan ( / ) ** SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan Oleh
/
_______________________________ ________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
LDG. GNG. SUMALAYANG, KARUNG BERKUNCI 535, 86009 KLUANG, JOHOR.
Tarikh : 28 APRIL 2008
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. **Jika tesis ini SULIT atau TERH berkuasa/organisasi berkenaan ini perlu dikelaskan sebagai SU♦ Tesis dimaksudkan sebagai tcs
secara penyelidikan, atau diserpenyelidikan, atau Laporan Pro
PROF. MADYA DR. AZIZI BIN YAHAYA
NAMA PENYELIATarikh : 28 APRIL 2008
AD, sila lampirkan surat daripada pihak dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis LIT atau TERHAD.
is bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana tasi bagi pengajian secara kerja kursus dan jek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini sudah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan :
Nama Penyelia : PROF MADYA DR AZIZI BIN YAHAYA
Tarikh : 30 April 2008
HUBUNGAN ANTARA KONSEP KENDIRI DAN PERSONALITI DENGAN
PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
NORLAILY BINTI AHMAD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2008
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satu telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : NORLAILY BINTI AHMAD
Tarikh : 30 April 2008
iii
DEDIKASI
Khas buat ayah dan bonda yang disayangi
Haji Ahmad bin Abd. Hamid
dan
Hajah Hasnah Binti Bakri
Yang tidak pernah jemu menitipkan
Kata-kata semangat buat anakmu ini
Tanpa kalian perjuanganku ini tak mungkin berjaya
Buat kakak-kakak dan adik-adikku yang dikasihi
Yang sentiasa memberikan dorongan dan sokongan
Yang tidak berbelah bagi
Buat rakan-rakan seperjuanganku yang diingati
Nurfaizah binti Abdul Majid,
Norliza binti Othman dan Nurul Ain binti Hamsari
Terima kasih atas sokongan kalian
Yang sentiasa memberikan buah fikiran dan idea yang bernas
Terima kasih untuk segalanya
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t dan selawat ke atas junjungan kita Nabi
Muhammad s.a.w. Allhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana memberi
kekuatan dan kesabaran sehingga dapat saya menyiapkan projek ini walaupun
terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran. Dengan kesempatan ini, saya
ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Profesor Madya Dr Azizi Yahaya selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini atas
segala tunjuk ajar, bantuan, bimbingan serta nasihat yang diberikan sepanjang
tempoh penyelidik menjalankan kajian ini. Segala ilmu yang dicurahkan akan
disimpan dan digunakan untuk kajian akan datang.
Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak KPM dan pihak pengetua
sekolah kerana membenarkan saya menjalankan kajian ini. Tidak lupa juga,
sekalung terima kasih diucapkan kepada ayah bonda yang diingati dan disayangi
kerana banyak memberi galakan dan bantuan semasa menjalankan kajian ini. Buat
sahabat-sahabat yang dikasihi, terima kasih di atas galakan, bantuan dan tunjuk ajar
dalam menyiapkan kajian ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjalankan kajian ini.
Semoga Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian. Amin.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara konsep kendiri dan personaliti dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar sekolah. Seramai 270 orang pelajar telah dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di enam buah sekolah menengah di daerah Kluang, Johor. Kajian rintis dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan dan kesesuaian soal selidik. Manakala Alpha Cronbach digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman soal selidik. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan soal selidik ini ialah 0.8432. Soal selidik berkaitan konsep kendiri diubahsuai daripada Skala Konsep Kendiri Tennessee yang telah dibina oleh Fitts (1971). Manakala soal selidik bagi jenis personaliti pelajar pula diubahsuai daripada soal selidik Inventori Personaliti Junior Eysenck (JEPI) yang telah dibina oleh H. J. Eysenck (1967). Statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis dimensi konsep kendiri pelajar paling dominan. Selain itu, statistik inferensi iaitu ujian-t juga digunakan untuk menganalisis perbezaan antara dimensi konsep kendiri dan personaliti mengikut jantina. Manakala statistik inferensi iaitu korelasi Pearson pula digunakan pada aras signifikan 0.05 bagi menganalisis hubungan antara konsep kendiri dan personaliti dengan pencapaian akademik pelajar. Dapatan kajian ini menunjukkan dimensi konsep kendiri paling dominan di kalangan pelajar ialah dimensi konsep kendiri seperti keluarga. Selain itu, analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara dimensi konsep kendiri dan personaliti mengikut jantina. Analisis korelasi Pearson pula mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi konsep kendiri dan personaliti dengan pencapaian akademik. Oleh itu, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan konsep kendiri dan juga kecenderungan personaliti pelajar yang positif dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik mereka.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to determine the relationship between the self-concept and personality of students with academic achievement. The sample consist of 270 students from six secondary schools were chosen by using stratified randomly method in Kluang,Johor. The pilot study was done in order to determine the reliability and suitability of the questionnaires. Meanwhile Cronbach Alpha was used to determine the internal consistency of the questionnaires. The reliability value of Cronbach Alpha for the whole set of questionnaires used was 0.8432. The questionnaire for self-concept was modified from Tennesee Self-concept Scale that was created by Fitts (1971). Meanwhile the questionnaire for personality was modified from the Junior Eysenck Personality Inventory (JEPI) that was created by H. J. Eysenck (1967). The descriptive statistics such as frequency, percentages, mean and standard deviation were used to analyze the dominant dimension in student’s self-concept. Other than that, inferential statistic such as t-test was used to analyze the difference between the self-concept and personality of students according to gender. Meanwhile, Pearson correlations were used at significant level 0.05 to analyze the relationship between self-concept and personality of students with their academic achievement. The research finding showed that the dominant dimension of self-concept was family self-concept. Beside that, t-test analysis showed that there was no significance difference between dimension of self-concept and personality of students according to gender. Pearson correlations analysis showed that there were no significance relation between dimension of self-concept and personality with student’s academic achievement. Therefore, suggestions were made to increase the student’s self-concept and the tendency of their positive personality in order to enhance their academic achievement.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xv
SENARAI RAJAH xix
SENARAI SINGKATAN xx
SENARAI LAMPIRAN xxi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
viii
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Hipotesis Kajian 10
1.7 Rasional Kajian 11
1.8 Kepentingan Kajian 12
1.9 Skop Kajian 14
1.10 Batasan Kajian 14
1.11 Definisi Istilah 15
1.11.1 Konsep Kendiri 15
1.11.2 Jenis-Jenis Konsep Kendiri 16
1.11.3 Dimensi Konsep Kendiri 17
1.11.4 Jantina 18
1.11.5 Personaliti 18
1.11.6 Jenis-Jenis Personaliti 20
1.11.7 Pencapaian Akademik 21
1.11.8 Pelajar 22
1.12 Kesimpulan 22
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 23
2.2 Teori-Teori Konsep Kendiri 24
2.2.1 Teori Maslow (1970) 24
2.2.2 Teori Pemusatan Individu Carl 26
Roger (1951)
2.2.3 Teori Karen Horney (1950) 29
2.2.4 Teori Hierarki Keperluan Maslow 32
Sebagai Model Kajian Konsep Kendiri
2.2.5 Penggunaan Teori Hierarki Keperluan 33
Maslow
2.3 Teori Personaliti 35
2.3.1 Teori Jenis Trait Eysenck (1967) 35
2.3.2 Teori Trait Gordon W. Allport (1971) 38
ix
2.3.3 Teori Psikoanalisis Sigmund 39
Freud (1940)
2.3.4 Teori Jenis Trait Eysenck (1967) 40
Sebagai Model Kajian Personaliti
2.3.5 Penggunaan Teori Jenis Trait 41
Eysenck (1967)
2.4 Kerangka kajian 42
2.5 Sorotan Kajian Konsep Kendiri 43
2.5.1 Sorotan Kajian Konsep Kendiri 43
Dalam Negara
2.5.2 Sorotan Kajian Konsep Kendiri 49
Luar Negara
2.6 Sorotan Kajian Personaliti 55
2.6.1 Sorotan Kajian Personaliti 56
Dalam Negara
2.6.2 Sorotan Kajian Personaliti 59
Luar Negara
2.7 Kesimpulan 62
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 63
3.2 Reka Bentuk Kajian 63
3.3 Tempat Kajian 64
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 65
3.5 Instrumen Kajian 68
3.5.1 Bahagian A: Soal Selidik Latar 68
Belakang Responden dan Keluarga
3.5.2 Bahagian B: Soal Selidik Inventori 68
Personaliti Eysenck Junior
3.5.3 Bahagian C: Soal Selidik Skala Konsep 70
Kendiri Tennessee
x
3.5.4 Pemarkatan Skor Dimensi Konsep 72
Kendiri Paling Dominan
3.5.5 Pemarkatan Skor Jenis Konsep 73
Kendiri Pelajar
3.5.6 Pemarkatan Skor Jenis Personaliti 74
Pelajar
3.5.7 Pemarkatan Skor Pencapaian 75
Akademik Pelajar
3.6 Kajian Rintis 76
3.6.1 Kesahan Instrumen 77
3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen 77
3.7 Prosedur Kajian 78
3.8 Analisis Data 79
3.8.1 Min 79
3.8.2 Ujian–t 80
3.8.3 Korelasi Pearson 80
3.9 Kesimpulan 83
4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan 84
4.2 Huraian Latar Belakang Pelajar 85
4.2.1 Jantina 85
4.2.2 Bangsa 86
4.2.3 Keputusan Penilaian Menengah Rendah 86
(PMR) 2006
4.2.4 Lokasi Sekolah 89
4.3 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 89
4.3.1 Persoalan Kajian 1: Apakah Dimensi 89
Konsep Kendiri yang Dominan Seperti
Peribadi, Keluarga dan Sosial Di
Kalangan Pelajar?
xi
4.3.2 Persoalan Kajian 2: Apakah Jenis 99
Konsep Kendiri yang Wujud Di
Kalangan Pelajar?
4.3.3 Persoalan Kajian 3: Apakah Jenis 99
Personaliti Pelajar Sama Ada Ekstrovert
Atau Introvert Berdasarkan Skala
Ekstroversi?
4.3.4 Persoalan Kajian 4: Apakah Jenis 102
Personaliti Pelajar Sama Ada Neurotik
Atau Kestabilan Emosi Berdasarkan
Skala Neurotisme?
4.3.5 Persoalan Kajian 5: Apakah Tahap 105
Pencapaian Akademik Di Kalangan
Pelajar?
4.3.6 Persoalan Kajian 6: Adakah Terdapat 105
Hubungan Yang Signifikan Antara
Dimensi Konsep Kendiri Seperti
Peribadi, Keluarga dan Sosial Dengan
Pencapaian Akademik Pelajar?
4.3.6.1 Pengujian Hipotesis 1: Tidak 105
Terdapat Hubungan yang Signifikan
Antara Dimensi Konsep Kendiri
Seperti Keluarga, Sosial dan Peribadi
dengan Pencapaian Akademik Pelajar
4.3.7 Persoalan Kajian 7: Adakah Terdapat 108
Hubungan yang Signifikan Antara
Jenis Personaliti Berdasarkan Skala
Ekstroversi dan Skala Neurotisme dengan
Pencapaian Akademik Pelajar?
4.3.7.1 Pengujian Hipotesis 2: Tidak 109
Terdapat Hubungan yang Signifikan
Antara Jenis Personaliti Berdasarkan
Skala Ekstroversi dan Skala
Neurotisme dengan Pencapaian
xii
Akademik Pelajar
4.3.8 Persoalan Kajian 8:Adakah Terdapat 112
Hubungan yang Signifikan Antara
Konsep Kendiri dengan Personaliti
Pelajar?
4.3.8.1 Pengujian Hipotesis Nol 3: Tidak 112
Terdapat Hubungan yang Signifikan
Antara Konsep Kendiri dengan
Personaliti Pelajar
4.3.9 Persoalan Kajian 9: Adakah Terdapat 113
Perbezaan yang Signifikan Antara Dimensi
Konsep Kendiri Pelajar Seperti Keluarga,
Sosial dan Peribadi Mengikut Jantina?
4.3.8.1 Pengujian Hipotesis Nol 4: Tidak 113
Terdapat Perbezaan yang Signifikan
Antara Dimensi Konsep Kendiri
Keluarga, Pelajar Seperti Sosial dan
Peribadi Mengikut Jantina
4.3.9 Persoalan Kajian 10: Adakah Terdapat 116
Perbezaan yang Signifikan Antara Jenis
Personaliti Pelajar Berdasarkan Skala
Ekstroversi dan Skala Neurotisme
Mengikut Jantina?
4.3.9.1 Pengujian Hipotesis 5: Tidak Terdapat 116
Perbezaan yang Signifikan Antara
Jenis Personaliti Pelajar Berdasarkan
Skala Ekstroversi dan Skala Neurotisme
Mengikut Jantina
4.4 Kesimpulan 119
xiii
5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 120
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 121
5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Pelajar 122
5.2.2 Perbincangan Hasil Analisis Bagi 123
Dimensi Konsep Kendiri yang Dominan
Seperti Peribadi, Keluarga dan Sosial
Di Kalangan Pelajar
5.2.3 Perbincangan Hasil Analisis Bagi Jenis 125
Konsep Kendiri yang Wujud Di
Kalangan Pelajar
5.2.4 Perbincangan Hasil Analisis Bagi 127
Jenis Personaliti Pelajar Sama Ada
Ekstrovert Atau Introvert
Berdasarkan Skala Ekstroversi
5.2.5 Perbincangan Hasil Analisis Bagi Jenis 128
Personaliti Pelajar Sama Ada Neurotik
Atau Kestabilan Emosi Berdasarkan
Skala Neurotisme
5.2.6 Perbincangan Hasil Analisis Bagi 130
Tahap Pencapaian Akademik Di
Kalangan Pelajar
5.2.7 Perbincangan Hasil Analisis Sama Ada 131
Terdapat Hubungan Yang Signifikan
Antara Dimensi Konsep Kendiri Seperti
Peribadi, Keluarga dan Sosial Dengan
Pencapaian Akademik
5.2.8 Perbincangan Hasil Analisis Sama Ada 136
Terdapat Hubungan yang Signifikan
Antara Jenis Personaliti Skala Ekstroversi
dan Skala Neurotisme dengan
Pencapaian Akademik Pelajar
xiv
5.2.9 Perbincangan Hasil Analisis Sama Ada 139
Terdapat Hubungan yang Signifikan
Antara Personaliti dengan
Konsep Kendiri Pelajar
5.2.10 Perbincangan Hasil Analisis Sama Ada 140
Terdapat Perbezaan yang Signifikan
Antara Dimensi Konsep Kendiri Pelajar
Seperti Keluarga,Sosial dan Peribadi
Mengikut Jantina
5.2.11 Perbincangan Hasil Analisis Sama Ada 145
Terdapat Perbezaan yang Signifikan
Antara Jenis Personaliti Pelajar Berdasarkan
Skala Ekstroversi dan Skala
Neurotisme Mengikut Jantina
5.3 Rumusan 147
5.4 Cadangan Kajian 149
5.4.1 Ibu Bapa 150
5.4.2 Guru, Pentadbir dan Pengurusan Sekolah 150
5.4.3 Pelajar 151
5.4.4 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia 152
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 152
5.6 Kesimpulan 154
RUJUKAN 154
LAMPIRAN 160
xv
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Sampel Bagi Setiap Sekolah 65
3.2 Jadual Menentukan Jumlah Sampel Daripada
Populasi
66
3.3 Pembahagian Item Berdasarkan Dimensi
Personaliti
70
3.4 Pemarkahan Bahagian Item Bahagian B 70
3.5 Pembahagian Item Berdasarkan Faktor-Faktor
Konsep Kendiri
72
3.6 Skor Pemberian Markah Mengikut Jawapan
Item Dalam Soal Selidik Bahagian C
72
3.7 Pemarkatan Skor Dan Tahap Bagi Dimensi
Konsep Kendiri Paling Dominan
73
3.8 Pemarkatan Skor Dan Tahap Bagi Jenis Konsep
Kendiri Pelajar
73
3.9 Pemarkatan Skor Dan Tahap Bagi Jenis
Personaliti Berdasarkan Skala Ekstroversi
74
3.10 Pemarkatan Skor Dan Tahap Bagi Jenis
Personaliti Berdasarkan Skala Neurotisme
75
3.11 Analisa Tahap Pencapaian Mengikut Min 75
3.12 Skor Pencapaian Mata Pelajaran 76
3.13
Jadual Keputusan Analisis Nilai
Kebolehpercayaan Kajian
78
xvi
3.14 Penentuan Nilai Pekali Korelasi 80
3.15 Penentuan Kekuatan Hubungan 81
3.16 Penentuan Hipotesis Nol Berdasarkan Nilai
Signifikan
81
3.17 Ringkasan Pengujian Statistik Persoalan Kajian 82
3.18 Ringkasan Pengujian Hipotesis 82
4.1 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Pelajar
Mengikut Jantina
85
4.2 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Pelajar
Mengikut Bangsa
86
4.3 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Pencapaian
PMR Pelajar Bagi Setiap Mata Pelajaran
87
4.4 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Pelajar
Mengikut Lokasi Sekolah
89
4.5 Taburan Pelajar Mengikut Peratusan, Min Dan
Sisihan Piawai Bagi Setiap Item Dimensi
Konsep Kendiri Seperti Peribadi
91
4.6 Tahap Dimensi Konsep Kendiri Seperti
Peribadi Di Kalangan Pelajar
92
4.7 Taburan Pelajar Mengikut Peratusan, Min Dan
Sisihan Piawai Bagi Setiap Item Dalam
Dimensi Konsep Kendiri Seperti Keluarga
94
4.8 Tahap Dimensi Konsep Kendiri Seperti
Keluarga Di Kalangan Pelajar
95
4.9 Taburan Pelajar Mengikut Peratusan, Min Dan
Sisihan Piawai Bagi Setiap Item Dalam
Dimensi Konsep Kendiri Seperti Sosial
97
4.10 Tahap Dimensi Konsep Kendiri Seperti Sosial
Di Kalangan Pelajar
98
4.11 Min Keseluruhan Bagi Dimensi Konsep
Kendiri Pelajar
98
4.12 Jenis Konsep Kendiri Di Kalangan Pelajar 99
xvii
4.13 Taburan Pelajar Mengikut Peratusan, Min Dan
Sisihan Piawai Bagi Jenis Personaliti
Berdasarkan Skala Ekstroversi
101
4.14 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Jenis
Personaliti Pelajar Berdasarkan Skala
Ekstroversi
102
4.15 Taburan Pelajar Mengikut Peratusan, Min Dan
Sisihan Piawai Bagi Jenis Personaliti
Berdasarkan Skala Neurotisme
103
4.16 Taburan Frekuensi Dan Peratusan Jenis
Personaliti Pelajar Berdasarkan Skala
Neurotisme
104
4.17 Tahap Pencapaian Akademik Pelajar 105
4.18 Korelasi Pearson Dimensi Konsep Kendiri
Seperti Peribadi Dengan Pencapaian Akademik
Pelajar
106
4.19 Korelasi Pearson Dimensi Konsep Kendiri
Seperti Keluarga Dengan Pencapaian Akademik
Pelajar
107
4.20 Korelsi Pearson Dimensi Konsep Kendiri
Seperti Sosial Dengan Pencapaian Akademik
Pelajar
108
4.21 Korelasi Pearson Dimensi Konsep Kendiri
Secara Keseluruhan Dengan Pencapaian
Akademik Pelajar
108
4.22 Korelasi Pearson Jenis Personaliti Berdasarkan
Skala Ekstroversi Dengan Pencapaian
Akademik Pelajar
110
4.23 Korelasi Pearson Jenis Personaliti Berdasarkan
Skala Neurotisme Dengan Pencapaian
Akademik Pelajar
111
4.24 Korelasi Pearson Jenis Personaliti Secara
Keseluruhan Dengan Pencapaian Akademik
111
xviii
Pelajar
4.25 Korelasi Pearson Personaliti Dengan Konsep
Kendiri Pelajar
112
4.26 Taburan Min Dan Nilai Signifikan (Ujian-T)
Bagi Perbezaan Yang Signifikan Antara
Dimensi Konsep Kendiri Pelajar Seperti
Peribadi Mengikut Jantina
113
4.27 Taburan Min Dan Nilai Signifikan (Ujian-T)
Bagi Perbezaan Yang Signifikan Antara
Dimensi Konsep Kendiri Pelajar Seperti
Keluarga Mengikut Jantina
114
4.28 Taburan Min Dan Nilai Signifikan (Ujian-T)
Bagi Perbezaan Yang Signifikan Antara
Dimensi Konsep Kendiri Pelajar Seperti Sosial
Mengikut Jantina
115
4.29 Taburan Min Dan Nilai Signifikan (Ujian-T)
Bagi Perbezaan Yang Signifikan Antara
Dimensi Konsep Kendiri Secara Keseluruhan
Mengikut Jantina
116
4.30 Taburan Min Dan Nilai Signifikan (Ujian-T)
Bagi Perbezaan Yang Signifikan Antara Jenis
Personaliti Pelajar Berdasarkan Skala
Ekstroversi Mengikut Jantina
117
4.31 Taburan Min Dan Nilai Signifikan (Ujian-T)
Bagi Perbezaan Antara Jenis Personaliti Pelajar
Berdasarkan Skala Neurotisme Mengikut
Jantina
118
4.32 Taburan Min Dan Nilai Signifikan (Ujian-T)
Bagi Perbezaan Yang Signifikan Antara
Keseluruhan Personaliti Pelajar Mengikut
Jantina
118
xx
SENARAI SINGKATAN
SPSS Standard Package for Social Sciences
JEPI Junior Eysenck Personality Inventory
PMR Penilaian Menengah Rendah
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
EPRD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
JPNJ Jabatan Pelajaran Negeri Johor
FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan
STS Sangat Tidak Setuju
TS Tidak Setuju
TP Tidak Pasti
S Setuju
ST Sangat Setuju
SP Sisihan Piawai
xxi
SENARAI LAMPIRAN
NO LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik Kajian 160
B Surat Pengesahan Item 166
C Kebolehpercayaan Soal Selidik 167
D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
Daripada EPRD, KPM
168
E Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
Daripada JPNJ
169
F Surat Akuan Pelajar Daripada Fakulti
Pendidikan, UTM, Skudai
170
G Surat Kebenaran Menulis Laporan Akhir
Projek Sarjana Muda (PSM) Melebihi 100
Muka Surat
171
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada masa kini, perkembangan konsep kendiri di kalangan pelajar semakin
membimbangkan. Kebanyakan pelajar diperhatikan mempunyai konsep kendiri yang
rendah dan bersikap pasif dan negatif sehingga mempengaruhi pencapaian akademik
di sekolah. Menurut Othman (1995), di antara masalah guru di sekolah ialah untuk
melahirkan tingkah laku yang positif sama ada dari aspek tingkah laku akademik atau
tingkah laku bukan akademik. Tugas untuk menyelesaikan masalah ini bukanlah
perkara mudah memandangkan tingginya harapan ibu bapa untuk melihat anak
mereka mencapai kecemerlangan dalam akademik seterusnya menjadi insan yang
berjasa kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.
Masalah ini perlu ditangani dengan berkesan. Jika tidak, ianya pasti
menjejaskan harapan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PIPP) dalam teras kedua iaitu untuk membangunkan modal insan. Teras ini
menekankan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam memberi tumpuan
kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar. Aspek ini
sangat penting untuk melahirkan generasi pemimpin negara Malaysia pada masa akan
datang. Generasi ini berpotensi untuk mewujudkan masa depan yang dicita-citakan.
Oleh itu sistem pembinaan generasi muda ini haruslah difokuskan kepada
pengembangan untuk menjadi manusia berkualiti dengan memiliki personaliti yang
unggul dan juga konsep kendiri yang tinggi untuk mengejar kejayaan yang
menyeluruh.
Walau bagaimanapun, usaha melahirkan generasi ini tidak akan tercapai tanpa
pendidikan yang sebaiknya. Ia memberi gambaran bahawa pencapaian akademik
yang cemerlang bukan sahaja menjadi kebanggaan pelajar dan ibu bapa, tetapi juga
menjadi ukuran masa depan mereka. Ini kerana sudah menjadi kelaziman bahawa
pencapaian akademik yang cemerlang membuka peluang yang luas untuk berjaya
dalam pekerjaan dan meningkatkan taraf sosial keluarga seterusnya penyumbang
kepada usaha mencapai matlamat negara iaitu untuk menjadi sebuah negara industri
yang maju.
Namun begitu, seringkali dikaitkan antara pencapaian akademik dengan
faktor-faktor seperti ibu bapa, rakan sebaya, guru dan masyarakat di sekeliling.
Bagaimana pula dengan keyakinan kendiri dan juga personaliti pelajar itu sendiri?
Selain itu, aspek personaliti dan juga konsep kendiri boleh mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar itu sendiri. Menurut Rohaty (1992), untuk membina konsep kendiri
pelajar yang positif, ibu bapa perlu menyediakan persekitaran rumah tangga yang
harmoni, bahagia dan keperluan yang mencukupi. Manakala guru di sekolah pula
perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan peka terhadap
psikologi pelajar. Menurut Rohaty (1992) lagi, pengaruh sekolah sangat penting
dalam pembentukan personaliti kerana sosialisasi di rumah diteruskan di sekolah.
Oleh itu, guru secara langsung mempengaruhi perasaan, inspirasi dan sikap kanak-
kanak seterusnya mempengaruhi pencapaian akademik mereka.
Menurut Habibah dan Noran Fauziah (2002), bagaimana seseorang itu
berkelakuan bergantung kepada konsep kendirinya, iaitu apa yang ia fikirkan tentang
dirinya termasuk kekuatannya, kelemahannya dan personalitinya. Seseorang itu
menggunakan konsep kendiri apabila meramalkan sama ada dia akan berjaya atau
gagal dalam sesuatu perkara. Konsep kendiri ini juga akan mempengaruhi harapan,
impian dan juga tindakannya. Menurut Azizi et al. (2005), manusia mempunyai suatu
gambaran atau pandangan tentang dirinya sendiri. Gambaran ini merangkumi
gambaran tentang rupa paras, kesihatan fizikal, kebolehan, kelemahan, dan tingkah
laku kita. Konsep kendiri juga didefinisikan sebagai penilaian seseorang terhadap
dirinya sendiri atau bagaimana ia menanggapi dirinya sendiri, yakni sama ada secara
positif atau negatif.
Menurut Shaffer (1985) dalam Rohaty (1992), konsep kendiri adalah
pengertian atau kefahaman seseorang terhadap dirinya sebagai individu yang asing
memiliki satu set ciri–ciri yang unik atau istimewa. Ia membawa maksud bagaimana
seseorang individu itu berpendapat dan menganggap dirinya. Anggapan dan pendapat
itu adalah berasaskan kepekaan dan kesedaran tentang kekuatan dan kelemahannya.
Selain itu, menurut Rohaty (1992), konsep kendiri boleh digolongkan kepada dua
jenis yang utama, iaitu konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif. Konsep
kendiri positif bermaksud keadaan atau situasi yang mana seseorang individu itu
percaya dan yakin kepada dirinya, mempunyai minat yang baik, bersifat objektif dan
tidak terlalu sensitif. Individu itu boleh menerima kritikan individu lain serta sudi
memberi pandangan dan pendapatnya jika timbul atau terdapat keadaan yang tidak
logikal atau rasional. Konsep kendiri negatif pula ialah seseorang individu itu akan
menunjukkan sifat-sifat terlalu subjektif.
Sehubungan dengan itu, seseorang individu itu pastinya akan bersikap sensitif.
Menurut Azizi et al. (2005), individu jenis ini akan sentiasa berasa tidak puas hati,
tidak gembira, cepat merajuk serta perasaannya mudah tersinggung. Individu seperti
ini sering dimarahi atau dikritik sama ada oleh ibu bapa, guru, rakan-rakan atau
sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya. Keadaan ini akan menyebabkan individu
berkenaan akan berasa dirinya mempunyai keyakinan yang rendah. Ini
mengakibatkan individu tersebut bersifat rendah diri, pasif, muram dan tidak bergaul
dengan orang lain.
Dalam pembentukan konsep kendiri seseorang, terdapat faktor-faktor yang
mempengaruhi pembentukan tersebut. Menurut Azizi dan Jaafar (2006),
pembentukan konsep kendiri seseorang terbina oleh sifat semula jadi, kematangan,
dan alam sekelilingnya. Model yang dicontohi daripada pengalaman dalam
pembentukan kendiri ialah ibu bapa, orang dewasa, teman sebaya, dan diri sendiri.
Menurut Habibah dan Noran Fauziah (2002), di dalam bilik darjah, guru memainkan
peranan penting dalam pembinaan konsep kendiri kanak-kanak. Penilaian guru
terhadap kanak-kanak dan apa sahaja perkara yang dilakukan boleh memberi kesan ke
atas konsep kendirinya. Sebagai contoh, apabila guru bertindak merendahkan atau
menjatuhkan air muka pelajar, satu kesan negatif mungkin akan timbul seperti
menerima bahawa dirinya lemah.
Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan didapati terdapat hubungan
antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik. Menurut Conger (1973) dalam
Rohaty (1992), mengatakan bahawa individu yang mempunyai pencapaian akademik
yang tinggi lebih bertanggungjawab, menyukai sekolah dan jarang melanggar
peraturan. Menurut Garison dan Garison (1975) dalam Azizi et al. (2005), konsep
kendiri adalah konsep penting dalam menentukan personaliti seseorang di mana
terdapat tiga komponen penting dalam konsep kendiri iaitu kesedaran diri,
penerimaan diri iaitu perasaan timbal balik antara diri dan orang lain dan penilaian
hasil dari penerimaan orang lain. Menurut Rohaty (1992), ada pendapat yang
menyatakan bahawa pelajar yang ekstrovert memperolehi prestasi yang lebih baik
daripada pelajar yang introversi dan juga sebaliknya. Justeru itu, konsep kendiri dan
personaliti dilihat mempunyai perkaitan dengan pencapaian akademik seseorang.
Apakah jenis konsep kendiri seseorang pelajar? Apakah pula hubungan
konsep kendiri dan personaliti dengan pencapaian akademik pelajar? Sehubungan itu,
kajian ini memfokus untuk menjawab semua persoalan tersebut iaitu dengan melihat
hubungan konsep kendiri dan personaliti terhadap pencapaian akademik pelajar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pembentukan konsep kendiri pelajar berkembang sejak dari usia kanak-kanak
lagi. Setiap pelajar mempunyai konsep kendiri yang berbeza-beza dan ianya
bergantung kepada hubungan mereka dengan seseorang individu. Konsep kendiri
yang terbentuk boleh menjadi sama ada positif atau negatif bergantung kepada faktor-
faktor didikan ibu bapa dan keluarga, pergaulan dengan rakan sebaya ataupun
persekitarannya dan juga didikan di sekolah. Konsep kendiri yang terbentuk ini yang
akan mempengaruhi tingkah laku, nilai diri dan pencapaian akademik pelajar.
Menurut Othman (1995), faktor latar belakang pelajar iaitu suasana keluarga,
status ekonomi keluarga dan kecerdasan mempunyai kesan dalam pembentukan
konsep kendiri. Beliau menyatakan bahawa suasana keluarga mempunyai kesan tidak
langsung tingkah laku akademik pelajar. Ini bermakna, ibu bapa dan keluarga
memainkan peranan yang penting dalam pembentukan konsep kendiri pelajar.
Menurut Horney (1950) dalam Azlina (2002), menyatakan setiap individu adalah
istimewa dan mempunyai potensi yang unik untuk berkembang di bawah bimbingan
ibu bapa. Ibu bapa juga berperanan membentuk persekitaran anak-anak dan
matlamat hidup sedari awal lagi (Adler, 1970 dalam Azlina, 2002). Hubungan yang
harmoni di antara ibu bapa dengan anak akan menghasilkan pembentukan konsep
kendiri yang positif manakala jika sebaliknya akan menghasilkan konsep kendiri yang
negatif.
Menurut Habibah dan Noran Fauziah (2002), kajian oleh Coopersmith (1967)
menunjukkan perhubungan antara keluarga memberi kesan kepada konsep kendiri.
Kanak-kanak yang seringkali dimarahi atau dikritik oleh ahli keluarga akan
membentuk imej kendiri yang negatif di mana merasakan dirinya kekurangan,
menganggap dirinya tidak berkebolehan dan selalunya menghalang untuk dirinya
berjaya. Pada masa kini, didapati bahawa pencapaian akademik pelajar perempuan
lebih tinggi berbanding dengan pelajar lelaki. Adakah konsep kendiri meyumbang
kepada pencapaian akademik mereka?
Menurut Nahar (2005), pada tahun 2005, Nur Amalina Che Bakri dari Sekolah
Menengah Ulu Tiram, Johor memberi kejutan baru dalam bidang pendidikan di
Malaysia dengan mendapat 17 A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau
mengatakan bahawa dirinya berkeyakinan dan percaya kepada keupayaan dirinya
untuk berjaya. Ini menunjukkan bahawa konsep kendiri beliau adalah positif. Maka,
dengan mengutamakan konsep kendiri seseorang pelajar itu, ia dapat mempengaruhi
pencapaian akademik mereka.
Personaliti juga mempunyai kaitannya dengan konsep kendiri seseorang.
Menurut Allport (1961) dalam Habibah dan Noran Fauziah (2002), personaliti
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kesan luaran, struktur dalaman, dan juga
pandangan positif. Kesan luaran merujuk kepada ciri-ciri tertentu yang ada pada
seseorang sebagaimana ia diamati atau dilihat oleh orang lain, iaitu kesan seseorang
kepada orang lain. Sekiranya orang lain memberikan pandangan yang negatif kepada
seseorang, pola-pola tingkah lakunya akan berubah dan akan merendahkan konsep
kendirinya.
Menurut Azlina (2002), peratusan pelajar yang mengalami kemurungan dan
suka menyendiri iaitu mempunyai jenis personaliti neurotik (ketidak stabilan emosi)
semakin meningkat. Ini memberi kesan kepada pencapaian akademik pelajar tersebut.
Namun, ada sebahagian pelajar yang suka bersosial dan aktif menunjukkan prestasi
pencapaian yang cemerlang. Oleh itu, dapat dilihat bahawa personaliti mempengaruhi
pencapaian akademik seseorang.
Berdasarkan kepada pendapat dan pernyataan di atas, penyelidik memfokus
untuk mengkaji hubungan antara konsep kendiri dan personaliti terhadap pencapaian
akademik pelajar. Kajian ini juga ingin mengenal pasti dimensi konsep kendiri
dominan dan juga keseluruhan jenis konsep kendiri dan personaliti pelajar.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan kepada pemerhatian penyelidik ketika menjalani Latihan
Mengajar, didapati sesetengah pelajar mempunyai konsep kendiri yang positif.
Mereka melibatkan diri secara aktif di dalam sesi pembelajaran. Manakala ada
sesetengah pelajar pula yang agak pasif dan pendiam. Keadaan ini mungkin
dipengaruhi oleh konsep kendiri yang berlainan yang dimiliki oleh setiap pelajar.
Pembentukan konsep kendiri seseorang pelajar adalah bergantung kepada beberapa
dimensi konsep kendiri seperti keluarga, rakan sebaya, dan peribadi. Kesemua
dimensi ini adalah saling berkait antara satu dengan yang lain.
Selain itu, konsep kendiri pelajar dipengaruhi oleh keluarga, sosial dan
peribadi. Oleh itu, dalam kajian ini, penyelidik ingin mengkaji dimensi konsep
kendiri seperti keluarga, sosial dan peribadi. Penyelidik juga ingin melihat sama ada
terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi konsep kendiri dengan pencapaian
akademik pelajar.
Selain melihat konsep kendiri pelajar, penyelidik juga ingin melihat personaliti
pelajar sama ada dikategorikan dalam golongan ekstrovert atau introvert dan neurotik
atau kestabilan emosi. Seterusnya, penyelidik ingin melihat sama ada terdapat
hubungan yang signifikan antara personaliti dengan pencapaian akademik pelajar.
Justeru itu, kajian ini ingin mengkaji jenis-jenis personaliti pelajar dan hubungannya
dengan pencapaian pelajar.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara dimensi konsep
kendiri dan personaliti dengan pencapaian akademik pelajar. Objektif khusus kajian
ini dijalankan adalah untuk:
1.4.1 Mengenal pasti dimensi konsep kendiri yang dominan seperti peribadi,
keluarga dan sosial di kalangan pelajar
1.4.2 Mengenal pasti jenis konsep kendiri yang wujud seperti konsep kendiri positif
dan konsep kendiri negatif di kalangan pelajar
1.4.3 Mengenal pasti jenis personaliti pelajar sama ada ekstrovert atau introvert
berdasarkan skala ekstroversi
1.4.4 Mengenal pasti jenis personaliti pelajar sama ada neurotik atau kestabilan
emosi berdasarkan skala neurotisme
1.4.5 Mengenal pasti tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar
1.4.6 Mengetahui sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi
konsep kendiri seperti peribadi, keluarga dan sosial dengan pencapaian
akademik pelajar
1.4.7 Mengetahui sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara jenis
personaliti berdasarkan skala ekstroversi dan skala neurotisme dengan
pencapaian akademik pelajar
1.4.8 Mengetahui sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara konsep
kendiri dengan personaliti pelajar.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini akan menjawab beberapa persoalan kajian untuk mengenal pasti
hubungan antara konsep kendiri dan personaliti dengan pencapaian akademik pelajar.
Persoalan kajian ini adalah seperti berikut:
1.5.1 Apakah dimensi konsep kendiri yang dominan seperti peribadi, keluarga dan
sosial di kalangan pelajar?
1.5.2 Apakah jenis konsep kendiri yang wujud seperti konsep kendiri positif dan
konsep kendiri negatif di kalangan pelajar?
1.5.3 Apakah jenis personaliti pelajar sama ada ekstrovert atau introvert berdasarkan
skala ekstroversi?
1.5.4 Apakah jenis personaliti pelajar sama ada neurotik atau kestabilan emosi
berdasarkan skala neurotisme?
1.5.5 Apakah tahap pencapaian akademik di kalangan pelajar?
1.5.6 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi konsep kendiri
seperti peribadi, keluarga dan sosial dengan pencapaian akademik pelajar?
1.5.7 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara jenis personaliti berdasarkan
skala ekstroversi dan skala neurotisme dengan pencapaian akademik pelajar?
1.5.8 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara konsep kendiri dengan
personaliti pelajar?
1.5.9 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara dimensi konsep kendiri
pelajar seperti peribadi, keluarga dan sosial mengikut jantina ?
1.5.10 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara jenis personaliti
berdasarkan skala ekstroversi dan skala neurotisme mengikut jantina?.