Transcript
Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR MOONG SOW KUAN Laporan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ����

JUDUL: PERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-

GURU (PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya MOONG SOW KUAN mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (� ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

���� TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: DR. M. AL MUZ-ZAMMIL BIN YASIN KT 85, KAMPUNG KETARI, Nama Penyelia 28700 BENTONG PAHANG DARUL MAKMUR. Tarikh : 22 APRIL 2009 Tarikh : : 22 APRIL 2009

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada

pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR MOONG SOW KUAN Laporan

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )”

Tandatangan : ……………………………………….

Nama Penyelia : DR. M. AL MUZ-ZAMMIL BIN YASIN

Tarikh : 22 APRIL 2009

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR MOONG SOW KUAN Laporan

PERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU

(PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR

MOONG SOW KUAN

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR MOONG SOW KUAN Laporan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………………………...........

Nama Pelajar : MOONG SOW KUAN

Tarikh : 22 APRIL 2009

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR MOONG SOW KUAN Laporan

iii

DEDIKASI

Diabadikan buat insan-insan yang tersayang ,

Teristimewa Buat ,

Emak dan Abahku yang dikasihi…..

(Thoi You Mooi dan Moong Ah San)

Yang sentiasa mendoakan kejayaanku…..

Menjagaku dan mendidikku sehingga ku tahu mengenal erti kejayaan

sehingga aku megah berdiri dalam kalangan bijak pandai….

Khas buat,

Kakak serta Adikku tersayang…..

Terima kasih di atas dorongan dan penghargaan yang diberikan selama ini….

Yang menjadikan ku terus mencapai cita-cita….

Jua buat,

Rakan sebayaku....

(Goh Lay Kim dan Phoon Ai Ling)

Menunjukkan ku jalan kecermerlangan....

Seterusnya,

Penyelia Pembimbing yang telah Mendidik Dengan Penuh Sabar

Dr. M. Al Muz-Zammil Bin Yasin

Terima kasih Yang Tidak Terhingga.........

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR MOONG SOW KUAN Laporan

iv

PENGHARGAAN

Salam sejahtera, syukur yang tidak terhingga dengan izin dan berkat Tuhan

sehingga dapat saya menyiapkan penulisan ini dengan jayanya.

Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas dan terima kasih yang

tidak terhingga kepada penyelia pembimbing Projek Sarjana Muda, Dr. M. Al Muz-

Zammil Bin Yasin atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh

penulisan projek ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada Guru

Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Senai, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)

Saleng dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Seelong yang telah memberi kebenaran

dan kerjasama kepada saya untuk menjalankan kajian di sekolah-sekolahnya.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan serta

semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, yang

banyak memberi sokongan dan dorongan dalam merealisasikan projek ini dengan

sempurna.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR MOONG SOW KUAN Laporan

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji peranan ibubapa dalam Persatuan Ibu

Bapa dan Guru-guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Kulai, Johor.

Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 172 orang ibubapa pelajar Darjah Lima

yang menuntut di tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kulai Johor. Sekolah-

sekolah yang menjadi populasi kajian adalah SJK(C) Senai, SJK(C) Saleng dan

SJK(C) Seelong. Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrumen kajian

ini adalah 0.8859. Analisis data dalam kajian ini dijalankan dengan menggunakan

perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 13. Dapatan kajian

menunjukkan ibubapa memandang tinggi terhadap peranan mereka sebagai penjaga

kepada anak-anak mereka (min=4.19) dan juga peranan mereka sebagai ahli PIBG di

sekolah (min=3.78). Dapatan kajian ini juga menunjukkan sebab-sebab ibubapa

kurang melibatkan diri dalam aktiviti PIBG sekolah iaitu (1) tiada masa kerana sibuk

dengan kerja seharian, (2) isteri atau suami saya tidak mahu turut serta dalam aktiviti

PIBG, (3) tidak mahu bersuara dalam mesyuarat, (4) kurang minat terhadap masalah

sekolah, dan (5) segan untuk mengeluarkan pendapat semasa mesyuarat. Penyelidik

menyarankan cadangan untuk kajian lanjutan dalam bidang ini.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR MOONG SOW KUAN Laporan

vi

ABSTRACT

The aim of this research was to study parents’ role in the Parent Teacher

Association (PTA) in SJK(C) Kulai, Johor. About 172 parents from three selected

primary schools were involved in the study. The selected primary schools were

SJK(C) Senai, SJK(C) Saleng dan SJK(C) Seelong. The Alpha Cronbach value for

the instrument was 0.8859. The data was analysed using the Statistical Package for

Social Sciences (SPSS) version 13. The results showed that parents highly perceived

their role as their kids’ guardian (mean= 4.19) and also their role as members in the

Parent Teacher Association (mean= 3.78). The study also revealed the reasons why

parents were less involved in schools’ activity (1) unavailable because busy with

daily works, (2) wife or husband unwilling to involve in the PTA activity, (3) do not

want to voice out their opinion in PTA meeting, (4) not interested in the school’s

problem, and (5) shy to give opinions in the meeting. Finally, this research suggests

ideas for future research in this topic.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR MOONG SOW KUAN Laporan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.6.1 Kepentingan kepada PIBG 9

1.6.2 Kepentingan kepada Guru 9

1.6.3 Kepentingan kepada Pentadbiran Sekolah 9

1.7 Skop dan Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Istilah 11

1.8.1 Peranan 11

1.8.2 Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) 11

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR MOONG SOW KUAN Laporan

viii

1.8.3 Ibubapa dan Penjaga 11

1.8.4 Guru 12

1.8.5 Sekolah 12

1.9 Penutup 13

2 SOROTAN PENULISAN 14

2.1 Pengenalan 14

2.2 Penglibatan Ibubapa dalam Pendidikan 15

2.3 Perhubungan Antara Sekolah dengan Masyarakat 17

Saling Berkaitan

2.4 Peranan PIBG 18

2.5 Penghalang kepada Kejayaan Pelaksanaan 21

Peranan PIBG

2.5.1 Konflik Antara Ibubapa dengan Guru 21

2.5.2 Ibubapa Yang Pasif / Negatif 22

2.5.3 Sikap Guru-guru 22

2.5.4 Komposisi Ahli Jawatankuasa PIBG 23

2.6 Sebab-sebab Ibubapa Kurang Melibatkan Diri 23

dalam Aktiviti Sekolah

2.7 Kajian-kajian Lepas Berkaitan Penglibatan Ibubapa 25

dalam PIBG

2.8 Penutup 31

3 METODOLOGI KAJIAN 32

3. l Pengenalan 32

3.2 Reka Bentuk Kajian 32

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 34

3.4 Instrumen Kajian 35

3.4.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden 36

3.4.2 Bahagian B : Soalan Soal Selidik 36

3.5 Kajian Rintis 38

3.6 Prosedur Kajian 41

3.7 Pengumpulan Data 43

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR MOONG SOW KUAN Laporan

ix

3.8 Kaedah Penganalisis Data 44

3.9 Penutup 47

4 ANALISIS DATA 48

4.1 Pengenalan 48

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 49

4.2.1 Umur Responden 49

4.2.2 Jantina Responden 50

4.2.3 Status Perkahwinan Responden 50

4.2.4 Pekerjaan Responden 51

4.2.5 Pendapatan Responden 52

4.2.6 Analisis Kebolehpercayaan Instrumen 52

4.3 Analisis Peranan Ibubapa dalam PIBG Sekolah 54

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 54

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 57

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 59

4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 62

4.3.4.1 Tahap Pencapaian Akademik Pelajar 62

4.3.4.2 Umur Responden 63

4.3.4.3 Jantina Responden 63

4.3.4.4 Status Perkahwinan Responden 64

4.3.4.5 Pekerjaan Responden 65

4.3.4.6 Pendapatan Responden 66

4.4 Rumusan 66

4.5 Penutup 68

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN 69

DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 69

5.2 Perbincangan 69

5.2.1 Sejauhmanakah Ibubapa Memainkan 69

Peranan Mereka Sebagai Penjaga Kepada

Anak-anak Mereka?

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR MOONG SOW KUAN Laporan

x

5.2.2 Sejauhmanakah Ibubapa Memainkan Peranan 71

Mereka Sebagai Ahli PIBG di Sekolah?

5.2.3 Apakah Sebab-sebab Ibubapa Kurang 74

Melibatkan Diri Dalam Aktiviti PIBG

Sekolah?

5.2.4 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan 77

Disebabkan Oleh Tahap Pencapaian

Akademik Pelajar, Umur, Jantina, Status

Perkahwinan, Pekerjaan dan Pendapatan

Responden Terhadap Penglibatan Ibubapa

Dalam Aktiviti PIBG Sekolah?

5.3 Rumusan 78

5.4 Cadangan Kajian 79

5.5 Cadangan untuk Kajian Lanjutan 81

5.6 Penutup 82

RUJUKAN 84

Lampiran A - M 88-111

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR MOONG SOW KUAN Laporan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pemilihan pelajar mengikut tahap pencapaian akademik 34

3.2 Pengelasan skala likert lima mata 37

3.3 Pengelasan skala likert tiga mata 38

3.4 Pembahagian item soalan 38

3.5 Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach mengikut 40

persoalan kajian

3.6 Penambahbaikan item soalan berdasarkan Cronbach’s Alpha If 41

Item Delete

3.7 Prosedur kajian 41

3.8 Kriteria menganalisis data 45

3.9 Lima skor kepada tiga skor berdasarkan nilai skor min 46

3.10 Tiga skor berdasarkan nilai skor min 47

4.1 Taburan responden mengikut umur 50

4.2 Taburan responden mengikut jantina 50

4.3 Taburan responden mengikut status perkahwinan 51

4.4 Taburan responden mengikut pekerjaan 51

4.5 Taburan responden mengikut pendapatan 52

4.6 Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach mengikut 53

persoalan kajian

4.7 Peratusan dan min responden bagi peranan ibubapa sebagai 56

penjaga kepada anak-anak mereka

4.8 Peratusan dan min responden bagi peranan ibubapa sebagai 58

ahli PIBG di sekolah

4.9 Peratusan dan min responden bagi sebab-sebab ibubapa kurang 61

melibatkan diri dalam aktiviti PIBG sekolah

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR MOONG SOW KUAN Laporan

xii

4.10 Analisis ANOVA sehala untuk tahap pencapaian akademik 62

pelajar dan sebab-sebab ibubapa kurang melibatkan diri dalam

aktiviti PIBG sekolah

4.11 Analisis ANOVA sehala untuk pembolehubah umur dan 63

sebab-sebab ibubapa kurang melibatkan diri dalam

aktiviti PIBG sekolah

4.12 Ujian-t untuk sebab-sebab ibubapa kurang melibatkan diri 64

dalam aktiviti PIBG sekolah bagi responden lelaki dan

responden perempuan

4.13 Analisis ANOVA sehala untuk pembolehubah status perkahwinan 65

dan sebab-sebab ibubapa kurang melibatkan diri dalam

aktiviti PIBG sekolah

4.14 Analisis ANOVA sehala untuk pembolehubah pekerjaan dan 65

sebab-sebab ibubapa kurang melibatkan diri dalam

aktiviti PIBG sekolah

4.15 Analisis ANOVA sehala untuk pembolehubah pendapatan dan 66

sebab-sebab ibubapa kurang melibatkan diri dalam

aktiviti PIBG sekolah

4.16 Peranan ibubapa dalam PIBG sekolah 67

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR MOONG SOW KUAN Laporan

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Konsep persekolahan dalam masyarakat 17

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR MOONG SOW KUAN Laporan

xiv

SENARAI SINGKATAN

Bil - Bilangan

GPK Guru Penolong Kanan

ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi

NO Nombor

PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru

SPSS Statistical Package for Social Sciences

TV Televisyen

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR MOONG SOW KUAN Laporan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang soal selidik (Bahasa Malaysia) 88

B Borang soal selidik (Bahasa Cina) 94

C Surat akuan pelajar 98

D Surat kelulusan untuk menjalankan kajian 99

di sekolah daripada Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan Pendidikan, KPM (EPRD)

E Surat memohon kelulusan untuk menjalankan 101

kajian di Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan

Cina Daerah Kulai

F Surat kebenaran menjalankan kajian di sekolah- 103

sekolah daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor

G Surat pengesahan menjalankan kajian di 104

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Senai

H Surat pengesahan menjalankan kajian di 105

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Seelong

I Surat pengesahan menjalankan kajian di 106

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Saleng

J Surat pengesahan menjalankan temubual 107

K Surat pengesahan menjalankan temu bual 108

L Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach 109

M Nilai analisis ujian-t 111

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR MOONG SOW KUAN Laporan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Peranan ibubapa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah sangat

penting. Ini kerana bekerjasama daripada ibubapa dengan guru telah membawa

banyak faedah dan kebaikan. Antara faedah dan kebaikan yang dinyatakan adalah

seperti membantu guru dengan lebih memahami tentang perkara kejiranan iaitu

hubungan antara ibubapa, masyarakat dan sekolah. Selain itu, juga dapat menolong

guru dalam mengurangkan klonflik dan ketegangan antara guru dengan ibubapa.

Justeru itu, peranan ibubapa dalam PIBG dapat mewujudkan satu demokratik yang

dapat mengawal pendidikan pada peringkat asas (Lawrence, 1970).

Tapi, kebaikan dan faedah yang dinyatakan tadi adalah secara sampingan

sahaja. Sebenarnya, peranan ibubapa dalam PIBG adalah untuk membantu pelajar-

pelajar supaya dapat membelajari dengan lebih baik. Menurut Yahya (2005),

pencapaian pelajar lebih bermakna apabila kaum keluarga mereka juga turut

berperanan dan melibatkan diri dalam mencapai kejayaan anak-anak mereka.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah satu persatuan yang ditubuhkan

untuk mengeratkan hubungan antara ibubapa dengan guru sekolah. Penubuhan

persatuan ini di peringkat Sekolah Rendah dan Menengah menurut seksyen 114 Akta

Pelajaran (1961-1973) adalah hasil laporan Aziz yang diumumkan pada tahun 1971.

Allahyarham Tun Hussein Onn yang merupakan Menteri Pendidikan pada ketika itu

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR MOONG SOW KUAN Laporan

2

telah mengarahkan agar PIBG ditubuhkan dan didaftarkan melalui Jabatan

Pendidikan Negeri yang menjadi pendaftar melalui Surat Arahan P.U (A) 146/1973.

Hasilnya, pada 7 Jun 1973 PIBG telah diiktiraf sebagai sebuah persatuan rasmi di

sekolah. Ahli persatuan ini terdiri daripada guru besar atau pengetua sekolah yang

berperanan sebagai ex-officio. Manakala semua guru yang mengajar di sekolah

tersebut dan semua ibubapa/penjaga murid yang belajar di sekolah tersebut serta

invididu tertentu dalam masyarakat dilantik sebagai ahli jawatankuasa PIBG.

Mengikut Perlembagaan dan Kaedah PIBG (2005) daripada Persatuan

Kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia, tujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-

guru (PIBG) ditubuhkan ialah, (1) untuk menentukan supaya murid-murid di sekolah

atau institusi pelajaran itu memperolehi faedah maksimum daripada kemudahan-

kemudahan pelajaran mereka, (2) untuk menentukan supaya murid-murid di

dalamnya mempunyai sumber-sumber yang perlu untuk membuat kerja-kerja

sekolah mereka baik di rumah atau di sekolah atau institusi pelajaran itu dan, (3)

untuk mewujudkan alam sekeliling yang sebaik-baiknya bagi sekolah supaya

membolehkan murid-murid mencapai perkembangan kerohanian, keakhlakan, otak

dan jasmani.

Daripada Persatuan Kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia yang

menyatakan dalam Perlembagaan dan Kaedah PIBG (2005), antara peranan PIBG

adalah seperti (1) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi

kebajikan dan kemajuan murid-murid di sekolah atau institusi pelajaran itu, (2) untuk

membantu dan menambah usaha sekolah atau institusi pelajaran pada memenuhi

kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan kebendaan murid-murid dalam

kegiatan-kegiatan mereka, (3) untuk membolehkan ibubapa dan guru-guru di sekolah

atau institusi pelajaran itu bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pelajaran

pada amnya dan, (4) untuk memberi peluang kepada guru-guru dan ibubapa di

sekolah atau institusi pelajaran itu berunding antara satu dengan lain berkenaan

dengan cara memperbaiki taraf pelajaran anak-anak mereka pada amnya.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR MOONG SOW KUAN Laporan

3

Peranan PIBG adalah penting dan amat diperlukan oleh setiap sekolah untuk

mencapai kemajuan menurut Kamarudin (1989). Ini kerana sekolah mendidik,

mengajar, mengasuh dan memimpin kanak-kanak daripada masyarakat sekeliling.

Masyarakat pula terdiri daripda ibubapa yang secara langsung berdamping rapat

dengan kanak-kanak lebih lagi anak-anak mereka, dari segi sikap, kemahuan,

tingkah laku, kegemaran, kecenderungan, keupayaan, kegigihan, ketekunan dan juga

masalah-masalah peribadi mereka. Di mana peranan PIBG dapat membantu

mengakiskan masalah-masalah sosial yang telah merebak ke sekolah, masalah

dadah, kemerosotan disiplin, keruntukan akhlak, sikap tidak peduli, tidak hadir

sekolah, kurang minat belajar, kurang semangat untuk maju dan sebagainya.

Demi peningkatan pembelajaran dan pelajaran pelajar dalam pendidikan,

sokongan dan kerjasama daripada ibubapa dan guru amat diperlukan. Ini boleh

disalurkan melalui PIBG. Melalui PIBG para ibubapa dan guru boleh bersama-sama

menyelesaikan masalah yang dihadapi dan memberikan pendapat yang bersesuaian

demi kebaikan pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Peranan ibubapa dalam PIBG setiap sekolah adalah lebih daripada memberi

sumbangan, tetapi sepatutnya menjalin kerjasama mereka dengan sekolah.

Kerjasama dan hubungan erat antara pihak sekolah dan ibubapa memainkan peranan

penting memberi aspirasi bagi melahirkan pelajar cemerlang di sekolah. Malangnya,

keadaan ini mula berubah apabila ibubapa dan guru-guru tidak memahami peranan

PIBG yang sebenarnya.

Kamarudin (1989) menyatakan bahawa PIBG adalah persatuan penting bagi

sesebuah sekolah. PIBG membantu merapatkan kerjasama antara ibubapa dan

sekolah, memahami kesulitan sekolah dan membantu menyelesaikan masalah-

masalah serta bertanggungjawab bersama ke atas kebajikan sekolahnya.

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR MOONG SOW KUAN Laporan

4

Menurut Drrafick (2008), ramai pengetua, guru besar, guru penolong kanan

sekolah dan guru-guru sekarang tidak menyedari peranan PIBG yang sebenarnya.

Mereka juga tidak mengetahui bahawa peranan ibubapa atau penjaga dalam

perkembangan pembelajaran dan pendidikan di sekolah. Mereka hanya

mementingkan sumbangan ibubapa dalam hal berkaitan kewangan sekolah sahaja.

Amir (2002) telah menjalankan kajian di sebuah Sekolah Menengah

Kebangsaan Taman Universiti di Skudai Johor. Beliau mendapati bahawa ibubapa

merupakan orang yang penting, disayangi dan dihormati oleh anak-anak mereka.

Dapatan itu juga selari dengan kajian kes yang dijalankan di atas seorang pelajar

yang bernama Robin pada tahun 1961 oleh Lawrence (1970). Dalam kajian kes itu,

didapati Robin adalah seorang pelajar yang lemah dalam pelajaran, tetapi dia dapat

memperolehi keputusan yang cemerlang apabila ibubapa turut menyertai dalam

aktiviti sekolah. Oleh itu, peranan ibubapa dalam PIBG dapat mempengaruhi dan

memberi kesan besar ke atas pencapaian akademik mereka.

Dalam soal penglibatan pula, didapati penglibatan ibubapa dalam

menjayakan aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG di sekolah adalah begitu rendah jika

dibanding kepada kehadiran ibubapa dalam mesyuarat agung yang diadakan pada

setiap tahun. Kurang penglibatan ibubapa dalam PIBG dan aktiviti sekolah bukanlah

sesuatu yang asing lagi kerana ia telah berlaku di kebanyakan sekolah di negara kita

sekarang.

Kamarudin (1989) mendapati bahawa ibubapa sentiasa mengambil alasan

seperti tiada masa terluang, masalah kewangan, tinggal di tempat jauh dari sekolah,

malu menghadiri diri, kurang berminat dengan program sekolah dan sebagainya

untuk mengelakkan diri daripada aktiviti atau program yang dianjurkan oleh pihak

sekolah. Selain itu, kajian yang telah dijalankan oleh Norzalinda (2004) yang

bertajuk “Faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan ibubapa dalam PIBG

berlaku di Sekolah Menengah Akademik Luar Bandar di Jitra Kedah” turut

menunjukkan fenomena tersebut.

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR MOONG SOW KUAN Laporan

5

Selain itu, kehadiran yang sedikit dalam mesyuarat agung PIBG telah

mendatangkan masalah kepada pihak sekolah semasa mengambil keputusan.

Keputusan sukar diambil juga sekiranya ibubapa tidak mahu bersuara dalam

mesyuarat walaupun mereka menghadiri diri dalam mesyuarat agung tahunan.

Begitu juga, PIBG juga menghadapi masalah apabila keputusan yang diambil tidak

dipersetujui oleh ibubapa. Ini kerana bagi ahli PIBG yang tidak menghadiri diri

dalam mesyuarat, pihak pengurusan sekolah beranggapan bahawa mereka bersetuju

terhadap semua keputusan yang diambil dalam mesyuarat. Ini menyebabkan

program atau aktiviti sekolah dan PIBG terpaksa dibatalkan. Ini juga akan

mewujudkan salah faham di antara ibubapa, guru-guru dan pihak sekolah (Bernama,

2008).

Sebagai contoh, soal keselamatan kanak-kanak di sekolah yang sering

menjadi persoalan dan perbahasan. Terdapat kecenderungan sesetengah ibubapa

untuk meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak sekolah dan guru. Sikap

melepas tangan ibubapa ini seringkali menjadi punca ketegangan hubungan antara

ibubapa dan guru-guru. Para guru yang sedia terbeban dengan tugas mengajar dan

mendidik murid, kini dituntut untuk memastikan keselamatan kanak-kanak di

sekolah lagi. Contohnya, sekiranya berlaku kemalangan, kecederaan atau kejadian

yang tidak diingini di sekolah, para guru berdepan dengan risiko diambil tindakan

oleh ibubapa. Semua ini menambahkan tekanan kepada golongan pendidik.

(Bernama, 2008)

Di samping itu, terdapatnya sesetengah ibubapa yang terlampau mengambil

berat terhadap anak-anak mereka. Mereka suka datang sekolah dan sewenang-

wenangnya mengambil tindakan ke atas sekolah apabila berlaku sesuatu yang tidak

memuaskan hati mereka. Contohnya, guru besar sering menerima aduan daripada

ibubapa tentang anak-anak mereka dimarah atau dipukul oleh guru, pencapaian

rendah anak mereka dalam akademik, masalah disiplin dan kelakuan anak-anak

mereka. Begitu juga ibubapa yang ingin campur tangan dalam pentadbiran dan

pengurusan sekolah seperti menentukan hukuman kepada murid-murid dan guru-

guru sekali ( Yeo Chew Ha, komunikasi peribadi, 9 Ogos, 2008).

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR MOONG SOW KUAN Laporan

6

Ramai ibubapa yang bersikap positif terhadap peranan mereka sendiri dan

peranan guru dalam pendidikan anak mereka, tetapi terdapat juga ibubapa yang

bersikap negatif. Sesetengah ibubapa menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-

anak mereka sebulat-bulatnya kepada pihak sekolah untuk dipikul sepenuhnya oleh

guru-guru. Mereka tidak mengambil tahu sama sekali tentang pelajaran anak-anak

mereka dan sekiranya anak mereka gagal memperolehi tahap pencapaian akademik

yang diharapkan, maka pihak sekolah yang akan disalahkan (Che Noraini dan

Naima, 2000).

Ibubapa kurang berperanan dalam PIBG telah menjadi penghalang kepada

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Keadaan yang berlaku ini bukan sahaja akan

melambatkan perkembangan PIBG di sekolah malah telah menjejaskan peluang

pelajar untuk menikmati kemudahan yang lebih dan keadaan pembelajaran yang

sesuai. Kalau keadaan ini dibiarkan berterusan, ia akan menyebabkan perkembangan

PIBG dan pembelajaran pelajar terbantut tanpa kemajuan. Fenomena ini secara

langsungnya akan menyekat perkembangan sekolah di tiga buah Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina di Kulai Johor dan secara tidak langsung akan menjejaskan

perkembangan sekolah di negara juga.

Memandangkan peranan ibubapa dalam PIBG yang semakin menurun akan

membawa implikasi negatif kepada sekolah, maka adalah penting untuk diadakan

kajian yang berterusan untuk mengenalpasti peranan ibubapa dalam PIBG dari

semasa ke semasa. Tindakan ini adalah penting untuk membolehkan pihak yang

berkenaan untuk mengatasi masalah yang dihadapi berdasarkan dapatan kajian yang

dilakukan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa banyak kajian telah dilakukan ke atas

peranan PIBG di sekolah sejak dahulu lagi. Namun begitu, sama ada dapatan

daripada kajian lepasan dapat diaplikasikan ke atas masalah yang dihadapi di

kawasan yang tidak sama telah menimbulkan persoalan pada penyelidik;

memandangkan kawasan kajian yang berlainan mempunyai ketidaksamaan dari

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR MOONG SOW KUAN Laporan

7

pelbagai segi seperti latarbelakang, pekerjaan, pendidikan, keadaan ekonomi dan

sebagainya.

Walaubagaimanapun, dapatan para cendekiawan tersebut adalah amat

berguna bagi menerangkan faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi PIBG di

sekolah. Tetapi persoalan yang timbul sekarang ialah adakah dapatan mereka masih

sah dan boleh diaplikasi dalam situasi masyarakat kita sekarang terutamanya dalam

situasi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sekarang? Bagi memastikan sama ada idea

yang dikemukakan oleh mereka itu masih benar dan sah bagi situasi sekarang maka

perlulah kita penyelidik mengadakan penyelidikan berkenaan peranan ibubapa dalam

PIBG pada masa kini. Sesungguhnya tindakan ini adalah amat penting untuk

membanteras masalah dan kelemahan PIBG yang boleh menjejaskan perkembangan

sekolah malahnya negara juga.

1.3 Pernyataan Masalah

Pelaksanaan PIBG di setiap sekolah adalah untuk memberi sumbangan

kepada pelajar dan merapatkan kerjasama antara ibubapa, guru dan pihak sekolah.

Kerjasama daripada ibubapa dalam PIBG adalah penting iaitu dapat meningkatkan

pencapaian akademik pelajar-pelajar. Tetapi keadaan ini mula berubah menjadi

tidak mempunyai erti yang sebenar apabila ibubapa tidak memainkan peranan

mereka dalam PIBG sekolah. Masalah yang dinyatakan mungkin juga berlaku di

tempat-tempat lain termasuk di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Selain itu,

kekurangan kajian yang dijalankan ke atas peranan ibubapa dalam PIBG di Sekolah

Jenis Kebangsaan Cina menyebabkan masalah tersebut kurang difahamkan. Ini

mendorong pengkaji untuk menjalankan suatu kajian tentang peranan ibubapa dalam

PIBG di zon selatan Kulai, Johor bagi mengenalpasti masalah-masalah yang

dihadapi oleh PIBG sekolah dan juga ibubapa.

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN … filePERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DI KULAI, JOHOR MOONG SOW KUAN Laporan

8

1.4 Objektif

Objektif yang ingin ditinjau dalam kajian ini adalah seperti berikut:

a. Mengenalpasti sejauhmanakah ibubapa memainkan peranan mereka sebagai

penjaga kepada anak-anak mereka.

b. Mengenalpasti sejauhmanakah ibubapa memainkan peranan mereka sebagai

ahli PIBG di sekolah.

c. Mengenalpasti sebab-sebab ibubapa kurang melibatkan diri dalam aktiviti

PIBG sekolah.

d. Mengenalpasti adakah terdapat perbezaan yang signifikan disebabkan oleh

tahap pencapaian akademik pelajar, umur, jantina, status perkahwinan,

pekerjaan dan pendapatan responden terhadap penglibatan ibubapa dalam

aktiviti PIBG sekolah.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan yang menjadi asas kepada kajian ini merangkumi beberapa aspek

seperti berikut:-

a. Sejauhmanakah ibubapa memainkan peranan mereka sebagai penjaga kepada

anak-anak mereka?

b. Sejauhmanakah ibubapa memainkan peranan mereka sebagai ahli PIBG di

sekolah?

c. Apakah sebab-sebab ibubapa kurang melibatkan diri dalam aktiviti PIBG

sekolah?

d. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan disebabkan oleh tahap pencapaian

akademik pelajar, umur, jantina, status perkahwinan, pekerjaan dan

pendapatan responden terhadap penglibatan ibubapa dalam aktiviti PIBG

sekolah?


Top Related