Transcript
Page 1: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 1

UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER

Sinopsis Modul ini dibina untuk memenuhi kehendak Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah. Modul ini merangkumi sukatan pelajaran Pengurusan Sumber Pengajian Asas Peringkat 2. Pengenalan Salam sejahtera dan selamat datang ke kursus Pengurusan Sumber. Sepanjang kursus pengurusan sumber anda akan didedahkan kepada pelbagai maklumat berkaitan dengan Teknologi Maklumat, Teknologi Pendidikan dan Sains Perpustakaan. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi semakin mempengaruhi pendidikan masa kini. Pengurusan Sumber yang terhasil amat berguna dalam semua aspek kehidupan manusia. Oleh itu guru-guru pelatih KDPM, KPLI perlu didedahkan kepada pelbagai sumber pendidikan yang melibatkan teknologi baru yang canggih. Sukatan pelajaran Pengurusan Sumber ini telah digubal sedemikian supaya guru-guru pelatih didedahkan kepada asas-asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Teknologi Pendidikan dan Sains Perpustakaan. Mereka didedahkan kepada kemahiran penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini guru bukan saja dapat meningkatkan prestasi dan produktiviti mereka dalam pentadbiran sekolah tetapi juga dapat mengintegrasikan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai agen perubahan di sekolah, guru pelatih yang mengikuti kursus ini akan menjadi lebih peka dan bersikap dinamik dalam menerokai perkembangan terkini demi memajukan diri sendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, penggunaan modul ini akan membantu pelajar dalam menyesuaikan diri dengan era maklumat yang akan memenuhi Wawasan Pendidikan Negara. Hasil Pembelajaran Di akhir bab ini anda seharusnya dapat 1. Memberi definisi media pengajaran dan pembelajaran serta menghuraikan

kepentingannya dalam P&P. 2. Merancang dan menghasilkan bahan grafik pengajaran dan pembelajaran

berdasarkan prinsip-prinsip asas pembinaan grafik. 3. Mengetahui jenis-jenis media unjuran serta penggunannya yang betul dalam

pengajaran dan pembelajaran. 4. Mengetahui cara penggunaan serta kepentingan penggunaan papan pengajaran

dalam penyiaran maklumat.

Page 2: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 2

5. Mengetahui jenis-jenis media bukan unjuran serta dapat membandingbeza antara

bahan 2D dan 3D. 6. Memahami konsep Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan hubungannya

dengan pelbagai bidang. 7. Mengenalpasti perkakasan-perkakasan tambahan sistem komputer serta jelaskan

fungsi-fungsinya. 8. Memahami konsep Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)

serta membandingbeza pelbagai jenis PPBK. 9. Memahami konsep Sains Perpustakaan dan Maklumat serta menghuraikan

a) jenis-jenis sumber maklumat. b) jenis-jenis pencarian maklumat c) sumber-sumber maklumat

10. Menjelaskan fungsi-fungsi Pusat Sumber dan Agensi-agensi Maklumat

Page 3: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 3

KOMPONEN : TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1.1 Media Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Apakah Media? Penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima seperti filem, video, radio, gambar foto, risalah, poster dan sebagaimana. ( Heinich, Molenda, Russell, 1981) Apakah Pengajaran? Pengajaran adalah proses yang berorentasikan maklumat yang dirancang terlebih dahulu. ( Romiszowaski, 1988). Pengajaran merupakan penyusunan dan pengumpulan maklumat untuk menghasilkan pembelajaran. ( Heinich, Molenda, Russell, 1981) 1.1.1 Media Pengajaran Membawa maksud sebagai peralatan atau perkakasan dan bahan ( perisian ) media yang telah dikenalpasti ( dipilih ), dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran ( Yusup,1992). 1.1.2 Pengkelasan Media Terbahagi kepada DUA bahagian Media Cetak dan Media Bukan Cetak.

Media Pengajaran

Media Cetak Media Bukan Cetak

Modul Pengajaran

Buku Teks

Surat Khabar

Media Tayang

Transparensi

Slaid

Media Bukan Tayang

Lukisan

Carta

Graf

Model

Page 4: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 4

1.1.3 Latihan

Buku Rujukan

Dokumen

Risalah

Majalah/Jurnal

Nota Edaran

Komik

Filem dan Audio

Pelbagai Imej

Bahan Legap

Filem Jalur

Video Interaktif

Gambar Foto

Kartun

Poster

Kad Imbasan

Spesimen

Realia

Diorama

Mikro Filem

Mikrofis

Boneka

Papan Hitam

Papan Flanel

Papan Kenyataan

Papan Magnet

Papan Elektrik

Pita Audio

Cakera Padat

Page 5: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 5

1. Cuba fikirkan. Penggunaan media pengajaran amat penting pada masa kini dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam mencapai objektif pengajaran. Beri pandangan anda daripada pengalaman selama anda menjadi seorang guru di sekolah.

2. Di kelas anda mengajar, hampir semua murid tidak berminat mengikuti pengajaran anda dan ia lebih suka membuat kerja sendiri serta tidak memberi tindakbalas. Senaraikan media pengajaran yang sesuai untuk kumpulan murid ini dan berikan rasionalnya.

KOMPONEN : TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)

Page 6: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 6

1.2 Pengenalan kepada Konsep Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pendidikan

1.2.1 TMK dalam pengajaran dan pembelajaran

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran merangkumi penggunaan perisian-perisian kursus, penggunaan internet untuk perkongsian maklumat, penggunaan perkakasan TMK untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

1.2.2 TMK dalam pengujian dan penilaian Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengujian dan penilaian merangkumi penggunaan perkakasan dan perisian untuk membina soalan-soalan, pentadbiran ujian, pemprosesan markah serta membuat interpretasi pencapaian atau prestasi pelajar.

1.2.3 TMK dalam pengurusan Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengurusan merangkumi pentadbiran dan pengurusan maklumat pelajar dan guru serta organisasi sekolah. 1.2.4 TMK dalam penyelidikan dan pembangunan Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam penyelidikan dan pembangunan merangkumi penganalisaan data penyelidikan.

1.2.5 Latihan

Senaraikan sekurang-kurangnya lima definisi TMK yang dinyatakan oleh pakar-pakar bidang TMK. Kenalpasti perisian-perisian TMK yang boleh digunakan untuk tujuan:

a) pengajaran dan pembelajaran b) pengujian dan penilaian c) pengurusan d) penyelidikan dan pembangunan

KOMPONEN : SAINS PERPUSTAKAAN 1.3 Definisi dan Konsep Sains Perpustakaan dan Maklumat

Page 7: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 7

Tahukah anda maklumat boleh didapati dari pelbagai sumber iaitu dalam perpustakaan atau di luar perpustakaan, contohnya buku, jurnal, agensi kerajaan, konferens, media, laporan penyelidikan, pangkalan data elektronik dan seterusnya. Dengan itu anda hendaklah menggunakan perpustakaan dengan efektif dan efisien agar semua sumber ini dapat diterokai dan dimanfaatkan dengan maksimum. a) Definisi Sains Perpustakaan.

Sains perpustakaan satu bidang kajian yang saintifik untuk mengelola,

mengurus dan mengatur semua bahan buku dan bukan buku di pusat sumber dan perpustakaan secara bersistematik. Dengan ini dapat memudahkan pengguna untuk mengenal bahan-bahan yang berbagai jenis, membuat kajian dan mempelajari berbagai bidang ilmu di perpustakaan.

b) Definisi Maklumat

“Maklumat ialah data yang diproses atau data yang memberi makna yang difahami. Contoh bilangan murid yang telah lulus peperiksaan yang dijalankan mengikut gred yang telah ditetapkan. Berdasarkan data itu dapat dibuat kesimpulan mengenai kelemahan murid-murid tersebut dan tindakan susulan dapat dibuat bagi meningkatkan prestasi.”

(Raymond McLeod JR)

“Data yang telah diproses menjadi maklumat yang dapat membantu dalam proses membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Maklumat ialah hasil dari sumber yang akhir (siap) dan sedia digunakan. Maklumat mempunyai nilai kerana ia membantu dalam proses membuat keputusan dan mengurangkan ketidakyakinan dengan meningkatkan tahap pengetahuan seseorang.”

(Raymond McLeod JR) 1.3.1 Jenis-jenis Sumber Maklumat

1.3.1.1 Sumber Primer Sumber primer adalah hasil kerja asal, sama ada diterbitkan atau tidak, yang memberikan pengetahuan baru atau kemajuan kepada pengetahuan yang sedia ada mengenai sesuatu perkara. Ia menjadi asas kepada sumber sekunder atau tertiar. 1.3.1.2 Ciri-ciri sumber primer:

i. Merupakan penemuan baru atau ilmu pengetahuan baru.

ii. Melaporkan penyelidikan yang asli.

iii. Memberi ulasan baru atau interpretasi yang berbeza kepada ilmu pengetahuan yang

baru.

iv. Biasanya sumber primer ini sukar dicapai kerana tidak disusun atau disenarai dengan sempurna atau berada di merata tempat.

v. Sumber-sumber ini ada yang diterbitkan dan ada yang tidak diterbitkan.

Page 8: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 8

Contoh sumber primer yang diterbitkan ialah:

i. Terbitan berkala / terbitan bersiri, Jurnal. ii. Lapuran penyelidikan. iii. Penerbitan kerajaan / penerbitan rasmi. iv. Paten. v. Piawaian. vi. Disertasi / tesis (jika diterbitkan sebagai artikel atau buku). vii. Prosiding, konferens.

Sumber-sumber yang tidak diterbitkan termasuklah:-

i. Kertas kerja (dari seminar, konvensyen, persidangan, simposium, bengkel, kolokium, perbincangan, kongres dll).

ii. Fail syarikat. iii. Fail peribadi. iv. Surat menyurat v. Diari, memo vi. Buku nota / makmal. vii. Temuramah. viii. Rakaman audio. ix. Lukisan. x. Pemerhatian. xi. Lapuran penyelidikan / teknikal yang terhad edarannya. xii. Latihan ilmiah / tesis / disertasi.

Nota:

i. Oleh sebab sumber primer ini merupakan maklumat asal (first hand information) yang dihasilkan penulis atau penyelidik, ia merupakan maklumat yang sangat baik dan berwibawa.

ii. Gunakan kebijaksanaan sendiri sama ada ingin memasukkannya ke dalam senarai

bacaan atau rujukan, terutamanya jika ia merupakan suatu rujukan yang perlu serta penting berikan sebagai petikan (citation).

iii. Sumber primer biasanya sukar diperolehi kerana ianya sukar dikesan atau faktor

kesuntukan masa bagi pihak pencari maklumat atau pembaca. 1.3.1.3 Sumber Sekunder.

Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan abstrak atau indeks. Rujukan kepada artikel asal adalah dalam format bibliografi atau abstrak yang diterbitkan.

1.3.1.4 Ciri-ciri Sumber Sekunder.

i. Ia bukanlah maklumat atau ilmu pengetahuan baru.

ii. Ia menyusun sumber primer dengan lebih sistematik supaya senang diakses.

Page 9: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 9

iii. Ia lebih merupakan penilaian, komen, ringkasan atau pemeriksaan ke atas karya

atau penyelidikan seseorang mengenai sesuatu perkara dan sebagainya. 1. Walaupun sumber sekunder begitu berguna untuk mengesan sumber lain, perlulah

berhati-hati dalam menilai sumber ini sama ada ianya berwibawa atau berat sebelah atau condong ke arah tertentu (bias).

1.3.1.5 Contoh sumber-sumber sekunder ialah:

i. Terbitan berkala / terbitan bersiri /jurnal (yang memberi laporan tentang perkembangan sumber primer).

ii. Perkhidmatan indeks dan abstraks. iii. Ulasan (reviews) iv. Buku teks / monograf. v. Bahan-bahan rujukan atas. vi. Ensiklopedia vii. Kamus / glosari / istilah. viii. Buku panduan (handbook). ix. Jadual. x. Formula. xi. Pangkalan data.

• Sumber sekunder boleh wujud dalam format bercetak atau tidak bercetak. 1.3.1.6 Sumber Tertiar. Ia juga dikenali sebagai sumber umum. Ia merupakan maklumat yang telah diterima umum dari sumber-sumber primer. Sumber tertiar boleh didapati dalam bentuk buku teks, pangkalan data, ulasan artikel, kompendia dan panduan praktis. Laman web juga menyediakan banyak sumber dari kategori ini. a) Ciri-ciri Sumber Tertiar. Sumber tertiary dapat membantu mengesan sumber primer dan sumber sekunder. Contoh-contoh sumber tertiari ialah:

i. Buku tahunan. ii. Bibliografi kepada bibliografi. iii. Panduan kepada penerbitan (Guides to the literatures). iv. Panduan kepada perpustakaan. v. Panduan kepada sumber maklumat. vi. Panduan kepada organisasi.

Latihan Anda dikehendaki membaca satu kajian ilmiah. Daripada pembacaan anda kategorikan sumber-sumber yang anda dapati daripada kajian tersebut kepada 3 jenis sumber di dalam jadual di bawah.

Page 10: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 10

1.3.2 Jenis-jenis Pencarian

a. Pencarian Boolean Logic

Using Boolean terms to refine your search

George Boole, an English Mathematician has produce algebra of logic Booleans are simple terms that can be added to your search words to make the results more flexible or specific. Using boolean terms in your search will also greatly increase the accuracy of your queries, providing you with the best job matches. Familiarizing yourself with the logic of these boolean searches will help you get better results.

i. Boolean Term: AND The boolean expression AND narrows your search. This is the default when you search for more than one word. A search for technical writer is the same as a search for technical AND writer. When you search for technical writer or technical AND writer you are saying find the word technical in the same document as the word writer. The search engine discards all results except those that have both terms. If just one word appears, it will not be displayed.

ii. Boolean Term: OR Booleans are a bit easier to understand when you know about both OR and AND. The boolean expression OR broadens your search. A search for manager OR supervisor requires that a document have either of these terms. This is useful where two different words have similar meanings and are used interchangeably. If just one word appears in a document, it will be displayed.

iii. Boolean Term: NOT

The expression NOT works very much as you would expect it to. The word following NOT must not appear in a document for the search engine to return it. If you were to search for research NOT sales, you would receive results that mention research without the word sales in them.

Page 11: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 11

iv. Boolean Term: ( ) (parentheses) Terms can be grouped together with parentheses. This is useful when you become proficient in boolean searches and would like to ensure the results of multiple boolean terms are correct. A search for project AND (manager OR supervisor) will return any document mentioning project manager or project supervisor. Searching for (project AND manager) OR supervisor will bring results with project manager or the term supervisor alone.

v. Quotation Marks: " " Enclose specific phrases in quotation marks. This will direct the search engine to search the database for documents containing that exact phrase. A search for analytical chemist (without quotes) will return any document containing analytical and chemist with anything in between. If you place quotes around the phrase, searching for "analytical chemist", Medzilla will only return documents with the terms right next to each other.

vi. Boolean Term: * (the asterisk wildcard) As the name implies, * can be substituted for any amount of letters. This is particularly useful to include all words with a certain term and any suffix after it. Simply apply the asterisk to the end of a term and it will return all documents containing that term, followed by anything. For example: biostatistic* will find biostatistician or biostatistics or biostatistical

Pencarian Truncation (Truncation Search)

Anda boleh melayari laman web: http://www.psz.utm.my/kwjudul.htm

Page 12: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 12

Truncation search enables to retrieve in one search all terms beginning with the same character string. For example, truncating a search term allows you to retrieve singular or plural forms of a word and different spellings of a word or name. There is no truncation symbol in the system.

I. To perform truncation search,

i. Click on “Search Type” to select the field to conduct a truncation search among title, author, publisher, subject and all.

ii. In “Search Term” type any keyword.

Example: Search

i. In the proceding example, you retrieve all records that contains words beginning with the character string s-e-a-r-c-h. For example, you retrieve records containg the words search, searches, searching, searcher, and searchers.

1) Set Search Limits

i. You may limit your search result by several qualifiers. Searches can be narrowed,

for example, to an individual library by selecting a library from the available selections under options.

ii. In order to restrict a search, specify “Search Limits” before you search by type of material or medium and date (publication year).

2) Set Display Format

Before conduct a search, display format may be defined.

i. Click the “Max. No. Items/Page” to select the number of records to display per page. ii. Click the “Max. No. of Result Items” to select the number of records to retrieve. iii. Click the “Search” button to begin.

I. Start Over

i. Click the “Reset” button to clear the search and start over.

b. Pencarian dalam Pencarian (Search within search )

Want to add value to your current search? Allow your users to search from within search results. As databases grow the necessity for the user to continually narrow a search to the item that they truly want will grow also. The following example utilizes our db on Perlis State capitals.. Upon the first search two radio buttons will appear indicating a search (default) or a search within the current results.

Anda boleh melayari laman web: http://ikubib.unesco

Page 13: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 13

Searching within the current results will take the first search and add it to the new search and so on. Note the db only has 50 observations in it. For best results search on a letter and search for another letter within those results.

1.3.3 Sumber-sumber Maklumat

a. Katalog

i. Katalog ialah rekod kemaskini mengenai koleksi sesebuah pusat sumber dan juga merupakan wakil buku dan bukan buku dalam pusat sumber.

ii. Katalog digunakan bertujuan untuk memudahkan pembaca mencari bahan/maklumat.

iii. Terdapat beberapa jenis katalog seperti berbentuk kad, buku, visible indeks, mikrofis dan data buku dalam komputer (OPAC).

iv. Terdapat tiga jenis kad katalog iaitu kad pengarang, kad judul dan kad perkara.

v. Kad-kad tersebut disimpan atau disusun dalam laci-laci kabinet katalog yang biasanya diletakkan pada sudut atau ruang yang mudah dilihat.

vi. Tiap-tiap laci dilabelkan dengan huruf dan perkataan yang menunjukkan susunan kad-kad dan jenis indeks untuk memudahkan para pengguna membuat rujukan.

b. Kamus Buku yang mengandungi kata-kata yang disusun menurut abjad dengan keterangan tentang perkataan dinyatakaan dalam bahasa yang sama atau dalam bahasa yang lain. Bahan yang menerangkan tentang perkataan-perkataan, sebutan, ejaan, asas perkataan, penggunaan perkataan tersebut dalam ayat, imbuhan, makna seerti, terjemahan dan jenis perkataan. Contoh-contoh Kamus Kamus Dwibahasa, Kamus Dewan, Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Kamus Arab dan sebagainya.

c. Ensiklopedia Bahan yang mengandungi pelbagai maklumat dalam semua bidang ilmu pengetahuan. Menjelaskan prinsip-prinsip umum yang asas serta penerangan ringkas mengenai definasi, gambaran, penjelasan, sejarah, kedudukan semasa, statistik dan bibliografi.

Anda boleh melayari laman web: http://www.codeave.com

Page 14: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 14

Bertujuan untuk menjadi bahan rujukan: mengandungi artikel-artikeel penyelidikan, bibliografi bidang-bidang tertentu, data-data ringkas seperti nama orang, tarikh lahir, tempat-tempat geografi dan peristiwa-peristiwa. Bibliografi di akhir setiap artikel adalah bertujuan untuk pembaca membuat rujukan lanjut. Contoh-contoh Ensiklopedia Encylopedia Britannica, The World Book Encyclopedia dan The Encylopedia of Psychology.

d. Kamus Biografi Merupakan sketsa riwayat hidup yang disusun mengikut abjad menggunakan nama keluarga (surname). Maklumat yang diberi adalah keterangan ringkas mengenai tokoh-tokoh terkenal seperti kehidupannya, minat, pendidikan, latarbelakang, kedudukan dan alamat yang dinyatakan secara gabungan. Jenis-jenis kamus Biografi: Universal (tidak terbatas kepada negara atau profesion) Kebangsaan (meliputi negara tertentu bagi semua profesion) Profesional (terhad kepada tokoh-tokoh di dalam bidang tertentu sama ada universal atau kebangsaan) e. Almanak/Buku Tahunan Almanak ialah satu komponen data-data dan statistik penting mengenai negara, tokoh-tokoh, peristiwa dan sebagainya. Diterbitkan tiap-tiap tahun atau dua tahun sekali. Almanak lebih umum dan Buku Tahunan lebih khusus (mengendalikan perkara-perkara tertentu sahaja). Tujuan Buku Tahunan ialah untuk merekodkan aktiviti tahunan nagi negara atau bidang-bidang tertentu untuk menunjukkan aliran (trend) perkembangan tamadun sebagai kunci kepada maklumat tambahan kerana memberikan punca maklumat. Terdapat Buku Tahunan Khusus yang mencatitkan nama tokoh-tokoh utama dalam sesuatu bidang dengan alamat dan sejarah hidup ringkas. Contoh-contoh almanak/ Buku Tahunan Reader’s Digest Almanac and Yearbook, World Almanac and Book of Facts, Malaysia Yearbook. f. Direktori Suatu senarai mengenai orang atau organisasi yang disusun secara sistematik, mengikut susunan abjad atau nombor pengkelasan: mengandungi alamat: afiliasi (afiliations) untuk individu. Ia juga mengandungi alamat, fungsi, staf dan lain-lain data mengenai organisasi. Contoh-contoh Direktori The Foundation Directory, American Universities and Collages, Direktori Telefon, Directory of Special Libraries and Information Centres. g. Gazetir

Page 15: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 15

Sejenis kamus mengenai tempat-tempat. Memberikan maklumat-maklumat tentang sejarah, statistik, kebudayaan dan lain-lain yang berkenaan mengenai tempat-tempat. Ia juga memberikan sebutan nama-nama. Edisi baru memberikan maklumat semasa dan edisi lama memberikan maklumat sejarah mengenai tempat-tempat itu. Biasanya terdapat di dalam atlas dan ada juga dibuat berasingan. Merupakan indeks tidak langsung untuk mengesan maklumat mengenai tempat-tempat. Contoh Gazetir Columbia-Lippincott Gazzetter of the World.

h. Bibliografi Nama yang diberikan untuk suatu senarai buku-buku, manuskrip dan lain-lain penerbitan, diterang dan disusun secara sistematik. Bibliografi terdiri daripada beberapa jenis. Bibliografi Umum tidak terhad kepada seseorang pengarang, perkara, negara atau jangka masa. Bibliografi Pengarang adalah senarai karya-karya yang dihasilkan oleh seseorang pengarang. Bibliografi perkara pula terhad kepada suatu perkara sahaja. Bibliografi Kebangsaan atau Wilayah pula mengandungi bahan berkaitan dengan sesebuah negara atau wilayah. Dan Bibliografi Perdagangan tertumpu kepada perniagaan buku dan membekalkan maklumat untuk membeli dan menjual buku.

i. Indeks

Tidak memberikan maklumat tetapi menunjukkan di manakah maklumat itu boleh didapati. Contoh Indeks buku menunjukkan muka surat yang mengandungi maklumat yang dicari. Indeks untuk bahan berkala

i. Indeks am: meliputi banyak jenis bahan berkala (umum atau khusus)

ii. Indeks perkara: mengandungi bahan bukan sahaja dari bahan berkala tetapi juga buku, risalah, laporan dan lain-lain dokumen.

iii. Indeks surat khabar iv. Indeks Serials v. Indeks bahan dalam koleksi sajak, drama, fiksyen, lagu-lagu dan

lain-lain. vi. Indeks online: CD ROM

j. Buku Laporan Tahunan

Buku Laporan tahunan merupakan rujukan yang berguna dan mudah tentang negara dan industri. Memuatkan maklumat-maklumat pentadbiran, pengurusan, peristiwa, aktiviti-aktiviti yang sebagainya tentang sesebuah negara, pertubuhan dan industri yang dijalankan sepanjang tahun itu. Segala maklumat mutakhir dibuatkan secara jelas dan tepat untuk memudahkan pembaca memanfaatkannya. Buku ini biasanya diterbitkan oleh dewan perniagaan, jabatan kerajaan atau syarikat perniagaan. Maklumat yang terkandung di dalam Buku Laporan Tahunan termasuklah: Information Malaysia Year Book dan Buku Rasmi tahunan Malaysia

Page 16: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 16

Buku Tahuanan Perangkaan Malaysia

k. Buku Panduan/Direktori Buku Panduan atau Direktori lebih terkenal sebagai buku alamat. Buku ini memuatkan maklumat tentang orang ramai, tempat, organisasai individu, keahliannya, data organisasi, alamat dan nombor telefonnya sekali. Maklumat disusun secara sistematik berdasarkan urutan abjad atau kelas.

l. Peta/Atlas Peta ialah gambaran alam yang sebenar tetapi telah dikecilkan dalam bentuk yang mudah dikaji melaui penggunaan grafik. Atlas pula ialah kumpulan peta yang telah dijilid dalam bentuk buku. Peta merupakan sumber maklumat terperinci yang menggunakan simbol-simbol dan gambaran grafik untuk menerangkan sesuatu idea, kedudukan bandar, sungai, jenis tumbuh-tumbuhan, taburan penduduk dan sebaginya. Ada berbagai-bagai jenis peta yang boleh didapati dari perbagai sumber. Peta boleh didapati dalam ensaiklopedia, laporan, buku panduan dan sebaginya.

1.4 Prinsip Asas Grafik Kejayaan sesuatu bahan bantu mengajar bukan unjuran lazimnya bergantung kepada kualiti dan keberkesanan hasil seni atau bahan grafik yang digunakan. Ia diperolehi melalui perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggabungan pelbagai jenis teknik penghasilan grafik tertentu. Visual yang banyak menggunakan grafik seperti carta, graf, gambarajah, poster, kartun, lutsinar dan lain-lain bahan bantu mengajar. 1.4.1 Definisi grafik Grafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia dapat memberi satu atau lebih keterangan visual. Perkataan grafik sebenarnya berasal dari perkataan Greek “graphikos” bererti lukisan. Graphier pula ialah perbuatan dan ertinya menulis dengan perkataan. Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat. 1.4.2 Kepentingan Grafik Dalam Pendidikan Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas.

Page 17: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 17

1.4.3 Prinsip Penghasilan Grafik

• Perancangan • Penyediaan ilustrasi • Warna • Huruf • Persembahan

1.4.4 Perancangan

Sebelum sesuatu bahan visual dihasilkan, satu perancangan yang teliti perlu diadakan supaya visual yang dibuat itu menepati objektif yang hendak dicapai. Mulakan dengan lakaran kasar mengenai idea visual tersebut berdasarkan prinsip-prinsip rekabentuk. Tentukan jenis visual yang akan dihasilkan berdasarkan : 1.4.4.1 Bahan yang sedia ada atau yang perlu disenaraikan seperti alat

tulis 1.4.4.2 Tentukan objektif visual dan jumlah audien bagi menentukan

kesesuaian dan mengelakkan pembaziran 1.4.4.3 Perlu tahu bentuk visual sama ada untuk tayangan (lutsinar, slaid,

filem, video), bukan tayang (carta, buku, pena) atau pameran.(poster, lukisan)

1.4.5 Prinsip rekabentuk

• Prinsip mudah Hadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja dalam satu visual tayangan. Konsep yang hendak dipaparkan hendaklah mudah difahami oleh guru dan pelajar. Lukisan hendaklah jelas dan terang. Garisan luar (outline) hendaklah dibuat dengan garisan tebal. Garisan yang tidak perlu harus ditinggalkan supaya tidak mengelirukan. Pilih jenis penghurufan yang mudah dibaca.

Page 18: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 18

Rajah 1.4.1 Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff (1996)

• Prinsip penyatuan

Penyatuan hendaklah perhubungan yang lahir di antara elemen visual apabila elemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu keseluruhan. Elemen-elemen tersebut hendaklah saling lengkap melengkapi di antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan. Penyatuan dapat diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu, warna dan sebagainya.

Rajah 1.4.2 Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff (1996)

• Prinsip Penegasan

Tegaskan satu elemen atau idea sahaja yang boleh menjadi pusat minat dan pusat perhatian.

Page 19: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 19

Gunakan warna, huruf tertentu, saiz, ruang untuk menegaskan idea tersebut.

Rajah 1.4.3 Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff (1996)

• Prinsip seimbang

Kesemua elemen visual haruslah seimbang pada keseluruhannya dan tidak berat sebelah. Perimbangan merupakan susunatur elemen-elemen visual dalam bentuk gubahan yang baik dan elok dipandang. Perimbangan terdiri daripada perimbangan formal dan perimbangan tidak formal.

Rajah 1.4.4 Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff (1996) Latihan Dengan ringkas nyatakan prinsip rekabentuk grafik

Page 20: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 20

yang perlu. Beri perhatian dalam membina carta dan poster 1.4.6 Keperluan visual untuk memenuhi prinsip rekabentuk

• Garisan

Fungsi garisan dalam rekabentuk adalah untuk menghubungkan elemen visual dan untuk menarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan urutan/sikuen tertentu.

• Bentuk

Tiap pameran visual yang berkesan mengandungi bentuk keseluruhan sama ada bentuk nyata atau tidak. Bentuk membuat visual kelihatan menarik dan istimewa serta mengarahkan penonton dari satu elemen kepada satu elemen yang lain; gabungan elemen-elemen pada bentuk U atau S atau T atau Z atau O atau I

Rajah 1.4.5 Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff (1996)

• Ruang

Tujuan ruang digunakan ialah untuk menimbulkan rasa lapang atau selesa di antara elemem-elemen visual yang dipaparkan, serta membuat grafik kelihatan kemas dan terancang. Ruang kosong yang ditinggal disekeliling perkataan dan elemen visual lain untuk mengelakkan perasaan sesak di kalangan pemerhati.

Page 21: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 21

• Warna

Memberi penegasan kepada visual-visual tertentu dan menolong menambah kesan penyatuan di antara

• Penggunaan Warna

Penggunaan warna-warna yang tertentu dalam sesuatu bahan visual akan dapat menimbulkan perasaan mood dan minat tertentu. Walaupun begitu penggunaan warna adalah tertakluk kepada prinsip-prinsip dan batasannya. Tujuan penggunaan warna adalah untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual. Lazimnya perbezaan warna antara latar dengan warna pada visual akan menimbulkan kontras yang baik.

1.4.7 Panduan am mewarna

• Gunakan warna untuk mengasingkan dan menegaskan sesuatu elelmen tumpuan.

• Gunakan warna yang berharmoni seperti warna monokoromik, warna berhampiran atau warna penggenap.

• Gunakan warna supaya visual kelihatan mudah dilihat dan difahami. • Rancangkan penggunaan warna untuk melahirkan kesan tertentu. • Permukaan hitam akan kelihatan lebih jelas jika warna putih digunakan sebagai

warna latar. Ini diikuti dengan warna merah, oren, hijau, biru, ungu dan kuning. 1.4.8 Skema warna

Warna diklasifikasikan ke dalam carta warna. Kuning kuning-oren oren

Page 22: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 22

Kuning-hijau merah-oren Hijau merah Biru-hijau merah-ungu Biru biru-ungu ungu

i. Skim warna monokromik

Warna monokromik berharmaoni adalah sangat popular. Ia terdiri dari satu warna yang muda membawa kepada warna tua. Contohnya: warna ungu muda hingga warna ungu-tua.

ii. Skim warna berhampiran

Warna berhampiran berharmoni terdiri daripada warna-warna yang berhampiran dalam carta warna. Contohnya warna hijau, hijau-biru dan biru; warna kuning, kuning oren dan oren.

iii. Skim warna penggenap

Warna penggenap berharmoni terdiri dari warna-warna yang bertentangan dalam carta warna. Contoh; warna kuning-oren digunakan bersama warna biru-ungu.

1.4.9 Alat mewarna

• Pena bermata felt • Pensel warna, kapur warna, pastel dan krayon • Cat air • Cat sembur • Kertas berwarna dan plastik berwarna

1.4.10 Penghurufan

Persembahan grafik huruf yang baik dan bermutu dapat menyampaikan mesej dengan lebih berkesan. Prinsip penghasilan huruf ialah saiiz huruf yang ditulis, jarak antara huruf dengan huruf, perkataan dengan perkataan

Page 23: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 23

dan baris dengan baris; kontras diantara huruf dengan warna latar; jenis atau bentuk huruf yang digunakan.

1.4.11 Saiz huruf

Huruf yang digunakan mestilah cukup besar (mengikut tahap) supaya dapat dibaca dengan baik.

Jarak dari visual Saiz minima huruf kecil

2,5 cm o.6 cm 5.0 cm 1.3 cm

10.0 cm 2.6 cm 20.0 cm 5.2 cm

1.4.12 Jarak huruf

Jarak antara huruf dengan huruf dan perkataan dengan perkataan mestilah sepadan dan sesuai agar huruf dan perkataan itu dapat dikenali serta boleh dibaca dengan mudah.

• Dekatkan huruf-huruf bulat (O,G,S,C) • Jauhkan huruf-huruf lurus (E,H,L,M,N) • Gabungkan jarak-jarak untuk huruf-huruf • bercampur • Tinggalkan jarak bersaiz M (besar) di antara • perkataandengan perkataan • Jarak di antara baris dengan baris mestilah • kurang satu huruf O kecil.

1.4.13 Jenis huruf

Jenis huruf akan menentukan sama ada visual tersebut dapat dibaca dengan mudah atau tidak. Secara amnya, gunakan jenis huruf yang ringkas dan mudah seperti huruf san serif

Page 24: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 24

( huruf blok), serif ( time roman), dokoratif ( huruf berbunga seperti dalam kad raya)

1.4.14 Cara menulis huruf / angka

i. Tulisan bebas

Huruf dan angka boleh dibuat dengan tulisan bebas dengan cepatnya, dengan menggunakan berus dan dakwat atau cat warna. Carta ini sentiasa digunakan untuk grafik yang besar seperti carta dan poster.

ii. Huruf yang dipotong

Huruf dan perkataan serta gambar boleh dibuat dengan cara potongan dari bahan-bahan akhbar, kertas berwarna atau kain dan kemudian dilekatkan pada bahan grafik.

iii. Huruf pindah kering (Dry transfer lettering)

Bahan pemindahan kering ini boleh dibeli dalam bentuk huruf, simbol, angka dalam berjenis-jenis saiz, bentuk dan warna. Saiz hurufnya ditetapkan dalam tiap-tiap kepingan mengikut pointnya. Saiz yang biasa dalam kepingan huruf pindah kering ialah 6 pt. hingga 192 pt.

Rajah 1.4.6 Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff (1996)

iv. Huruf stensil

Untuk tulisan huruf yang kurang dari satu inci, stensil tulisan ( huruf blok) boleh digunakan. Stensil ini ada dua bahagian- satu berbentuk huruf ( stensil guide) dan pen khasnya.

Page 25: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 25

Rajah 1.4.7 Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff (1996) 1.4.15 Cara membuat gambar

i. Menekap (tracing) (guna karbon pensil, kapur atau pastel, kedah tebuk. ii. Petak grid iii. Pantograf iv. Episkop v. Penyalinan gambar (fotostat) vi. Kaedah pengunjuran ( OHP, Slaid)

Page 26: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 26

Rajah 1.4.1 Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff (1996) PERSEMBAHAN Grafik yang telah siap dihasilkan perlulah disediakan untuk digunakan dalam bilik darjah. Kadang-kadang bahan visual yang dihasilkan itu adalah besar atau nipis. Ini akan merumitkan kerja guru semasa mempamerkan bahan-bahan itu kepada murid. Bahan-bahan visual itu juga disimpan untuk kegunaan pada masa-masa yang lain ataupun oleh guru-guru yang lain. Kebanyakkan bahan-bahan bantuan jenis ini memang cepat menjadi kotor,mudah terkoyak atau rosak dan visual-visual yang ditampal mudah tanggal. Untuk mengatasi kelemahan-kelemahan ini tiga langkah boleh digunakan untuk menentukan bahan visual yang rtelah dihasilkan itu dapat digunakan atau disimpan dengan lebih mudah dan sempurna. Langkah-langkah itu ialah:

a. Melapik b. Alas tepi c. Laminasi

Anda perlu membuat bacaan tambahan untuk mendapat Maklumat yang terperinci untuk tajuk cara membuat gambar

Latihan

Hasilkan bahan berbentuk carta dengan menggunakan prinsip rekabentuk grafik dan pilih warna yang sesuai untuk menegaskan sesuatu imej

Dengan membuat rujukan di perpustakaan anda dikehendaki mencari cara-cara melapik,membuat alas tepi dan laminasi bagi bahan bantuan mengajar.

Page 27: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 27

Latihan

KOMPONEN : TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI 1.5 Pengenalan Kepada Penggunaan Perkakasan Tambahan Komputer

Pelbagai jenis perkakasan tambahan dapat disambung atau dipasang pada sistem komputer asas untuk melaksanakan pelbagai tugas. Antara contoh-contoh perkakasan ialah;

1. Cuba anda analisiskan prinsip Grafik untuk menghasilkan bahan P&P daripada mana topik yang anda ajar.

Page 28: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 28

Kad Output TV (TV Output Card)

Kad Perangkap Video (Video Capture Card)

Kad Grafik Video (Video Graphic Card/ Graphic Accelarator Card)

Kad Suara

K a

Kad Rangkaian (Network Interface Card)

Digunakan untuk mengeluarkan paparan komputer pada skrin Televisyen. Terdapat pelbagai jenis dan jenama Kad Output TV dalam pasaran.

Digunakan untuk mengekstrak gambar video ke sistem komputer

Digunakan untuk mempertingkatkan warna dan resolusi paparan pada monitor. Kad ini juga mempunyai memerori ingatan yang berbeza-beza.

Kad ini digunakan untuk output Audio dalam sistem komputer. MIC dan Speaker digunakan untuk merakam dan mengeluarkan suara digital.

Page 29: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 29

MODEM

Pengimbas

Pencetak

Digunakan untuk tujuan merangkaikan komputer melalui kabel. Terdapat pelbagai jenis kad NIC dan kabel untuk tujuan rangkaian komputer

Digunakan untuk menukar isyarat Analog kepada Digital dan sebaliknya.

Digunakan untuk mengimbas teks atau imej dan menukarkannya ke bentuk digital.

Page 30: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 30

Kamera Digital

Kamera Video Digital

CD- R / CD- RW

Pemacu zip

Digunakan untuk mencetak bahan. Terdapat tiga jenis pencetak yang popular dikalangan pengguna komputer. Tiga jenis pencetak yang popular ialah Dotmatrix, Inkjet dan Laser.

Digunakan untuk menghasilkan gambar digital yang boleh dimuat turun dalam komputer.

Digunakan untuk menghasilkan gambar video digital yang boleh dimuat turun dalam komputer

Digunakan untuk menyalin data digital ke dalam Cakera Padat sekali atau lebih dari sekali

Page 31: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 31

Pemacu Mudah Alih ( Removable Drive/Pen Drive/Handy Drive) .

Digunakan untuk mampatkan data atau maklumat saiz besar ke dalam peranti storan ini.

Unit pemacu storan mudah alih. Terdapat berbagai saiz storan dan jenama.

Daripada senarai perkakasan-perkakasan di atas, pilih mana-mana 7 perkakasan dan huraikan fungsi-fungsinya

Page 32: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 32

KOMPONEN : TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1.6 Jenis Dan Penggunaan Media Unjuran Definisi bahan tayangan

Media tayang atau media unjuran adalah peralatan elektrik yang dapat menayangkan atau mengunjurkan satu imej di atas sekeping skrin tayangan besar atau yang bersesuaian dengan peralatan tayang tersebut. Peralatan-peralatan elektrik yang lazim terdapat untu tujuan pendidikan termasuklah :

• Projektor Lutsinar • Projektor Slaid • Projektor legap • Projektor LCD

1.6.1 Jenis-jenis projektor

i. Projektor lutsinar

Projektor lutsinar adalah merupakan sebuah alat pandang dengar yang boleh digunakan dalam keadaan bilik darjah biasa. Projektor ini merupakan satu alat bantuan mengajar dalam mencapai pengajaran yang lebih berkesan, di mana pelajar-pelajar akan menerima pembelajaran dengan cara melihat dan mendengar.

ii. Projektor LCD

Page 33: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 33

Panduan menggunakan ATL (alat tayang lutsianar)

• Pastiakan anda betul-betul memahami buatan/jenama dan fungsi bahagian-bahagian projektor yang anda gunakan. Ini mungkin berbeza antara satu alat dengan alat yang lain.

• Anda hendaklah belajar mengesan kerosakan pada mentol supaya boleh membaikinya sendiri. Berhati-hati apabila menggantikan mentol. Jangan sentuh dengan tangan yang tidak berlapi kerana mentol mudah rosak sebab kelembapan pada tangan.

• Bersihkan ATL sekali-sekala di bahagian dalam piring cermin dan les Fresnel.

• Pancarkan imej ke dinding atau kain putih jika tidak ada skrin. • Suatu unit ATL yang bergerak hendaklah menggunakan troli supaya

senang dipindah dari satu tempat ke tempat lain. Matikan suiz sebelum mengubah ATL.

• Untuk tayangan yang baik, perkara berikut hendaklah diperhatikan:

o Skrin 1.5 m lebar bagi bilik untuk 40 orang o Skrin tidak berkilat o Mendapat sedikit cahaya o Letakkan pada paras ketinggian 70 cm dari lantai o Condongkan 45 darjah untuk elakkan kesan herotan (keystone) o Tegangkan skrin o Jangan terlindung oleh pengguna supaya boleh dilihat oleh

semua pelajar. o Semua tulisan dan lukisan mestilah mengikut saiz yang sesuai. o Gunakan penunjuk yang runcing dan lurus dan tunjukkan pada

sesuatu di atas transperansi dan bukannya pada imej di skrin. 1.6.2 Projektor slaid

Slaid adalah satu jenis media unjuran tanpa gerak yang merupakan sejenis transperansi positif berukuran kecil. Ia boleh ditayangkan menggunakan projektor slaid untuk dipancarkan kepada skrin tayangan. Pita slaid menngandungi slaid ( pandang/visual) dan pita rakaman (dengar/audio). Slaid boleh disediakan dengan menggunakan kamera, disalin atau dilukis dan sebagainya. Kebiasaannya pemidang slaid berukuran 2 inci x 2 inci atau berukuran 5 cm x 5 cm yang dimuatkan filem positif

Rajah 1.6.4 Sumber: Sharifah Alwiyah AlShagoff 1.6.3 Projektor legap

Page 34: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 34

Projektor legap juga dikenali sebagai Episkop. Digunakan untuk mengunjurkan imej bahan-bahan 2D berbentuk legap. Melalui kaedah carta, gambar, gambarfoto atau bahan bercetak pada kertas atau kad boleh diunjurkan ke atas skrin. Bahan legap adalah bahan yang tidak ditembusi cahaya.

Rajah 1.6.4 Sumber: Sharifah Alwiyah AlShagoff 1.6.4 Projektor LCD

Singkatan bagi Liquid Crystal Display untuk memancar imej lebih besar daripada monitor untuk kegunaan audian secara berkumpulan. Panel LCD disambung terus daripada komputer dan apa sahaja yang muncul pada skrin monitor akan dipancarkan ke skrin besar. Ia juga boleh disambung terus dengan menggunakan peralatan lain seperti perakam video, perakam kamera dan pemainan VCD atau DVD.

Ciri ciri Projektor LCD

Page 35: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 35

Nama

Fungsi

Connector Ports Tempat sambungan punca punca AV yang ingin dipaparkan Projector Control Panel

Panel kawalan fungsi/menu operasi projektor

Remote Control Receiver

Penerima isyarat daripada alat kawalan jauh projektor

Lens Focus Ring Cincin pemutar penyelaras lensa fokus Lens Zoom Ring Cincin pemutar penyelaras lensa zoom Elevator Foot Button

Butang penyelars ketinggian kaki projektor

Lamp Monitor Penunjuk samada lampu dalam projektor samada sedang warming up , menyala atau cooling down

Operating Monitor Penunjuk samada dalam keadaan terpasang standby atau sedang menerima isyarat daripada alat kawalan jauh.

Power Cord Connector

Tempat menyambung wayar kuasa ke sumber elektrik

Power Switch Menghidup atau mematikan LCD Pengoperasian Projektor LCD

• Tempatkan di atas permukaan yang rata dan kedudukan pada sudut yang tepat pada skin paparan

• Sambungkan kabel VGA LCD yang dibekalkan daripada soket LCD ke komputer. • On kan LCD dan komputer • Jika perlu install driver pada komputer yang digunakan untuk mendapat ketepatan

imej yang dipancarkan. • Laraskan ketinggian LCD dengan memusingkan butang kaki elevator yang terletak di

bahagian depan. • Untuk mendapatkan imej yang lebih jelas , laraskan Lens Focus Ring.

Model LCD Dan Bahagian Utama

Penyambungan Projektor LCD ke komputer

Page 36: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 36

Penyambungan Projektor LCD ke VCD atau DVD , Kamera Video Dan Pembesar Suara Luaran

Page 37: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 38

• Selepaskan menekan butang Standby untuk memadamkan lampu projector , biarkan sekurang kurangnya 15 saat sebelum menekan butang Standby sekali lagi.

• Elakkan membuka dan menutup suis berulang kali semasa pengoperasian. • Pastikan tiada objek mudar terbakar berdekatan dengan projector kerana setelah

lama dibuka, ia akan menjadi panas. • Biarkan projektor seketika untuk disejukkan sebelum mengangkatnya. • Jangan didedahkan pada kelembapan dan habuk. • Tangani dengan cermat dan jangan dijatuhkan kerana ia mengandungi komponen

yang mudah pecah. Latihan

KOMPONEN : TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

1. Cuba fikirkan , Anda mempunyai komputer dan LCD yang akan

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Senaraikan kelebihan dengan menggunakan media ini

2. Anda dikehendaki menggunakan LCD dan Komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di mana kelas. Senaraikan apakah masalah yang dihadapi dan bagaimana anda mengatasi masalah ini.

Page 38: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 39

1.7 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)

Definisi PPBK Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah aturcara komputer yang menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang belajar ( Jamaluddin, 1989 ). Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau perisian melalui terminal (Nik Azis,1989).

Dalam pengajaran berbantukan komputer ( CAI ), komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar (instructor), penerang (explaner) dan pemudahcara (facilitator). Semua peranan ini boleh diambil alih oleh komputer dalam CAI ( Abd. Rahman, 1995 ). Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi dan penyelesain masalah( PPK, 1993; Jamaludin, 1989 ).

Latihtubi

Perisian kursus berciri latihtubi menawarkan latihan kemahiran yang telah pun dipelajari. Perisian kursus ini boleh digunakan oleh pelajar untuk aktiviti menambah kemahiran. Pelajar diberi soalan satu lepas satu untuk melatih kemahirannya dalam sesuatu konsep. Konsep ini mungkin berkaitan dengan fakta-fakta dalam sesuatu subjek dan sangat sesuai untuk ulangkaji bagi pelajar yang lemah. Pelajar diberi soalan dan memberi jawapan dan komputer kemudian akan memberi maklum balas kepada setiap jawapan pelajar. PPBK latih tubi sesuai digunakan selepas guru mengajar sesuatu konsep. Tutorial Tutorial mengajar sesuatu konsep. Ini kemudiannya diikuti dengan soalan-soalan yang interaktif tentang konsep yang dipelajari. Tutorial mengajar konsep sama seperti pengajaran tradisional. Hanya pelajar berinteraksi dengan komputer dan bukannya guru.

Simulasi

Program simulasi memberi suasana yang menyerupai keadaan dan fenomena sebenar dalam dunia luar. Komputer akan memberikan satu visual atau penjelasan . Ia boleh menukar beberapa factor dalam situasi tersebut dan melihat kesannya. Pelajar diminta menganalisis, membuat keputusan dan bertindak untuk mendapatkan sebuah situasi baru. Program simulasi ini sangat memotivasikan pelajar kerana mereka sentiasa berinteraksi secara spontan dengan komputer.

Permainan

Page 39: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 40

Permainan merupakan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan mengikut satu peraturan dan biasanya membawa kepada kemenangan. Permainan melibatkan pelajar menggunakan kemahiran fizikal, mental dan sosial. Permaian perlu diintegrasikan dengan kurikulum sekolah. Berbagai-bagai situasi pembelajaran boleh diwujudkan dalam bentuk permainan asalkan ia tidak terlalu mengasyik dan melalaikan pelajar sehingga mendatangkan kesan negatif Penyelesaian masalah Program ini melibatkan pelajar untuk mencarikan jalan penyelesaian untuk sesuatu masalah yang diberikan. Ia adalah seperti simulasi dengan proses kognitif yang tinggi seperti pemikiran logik dan kritikal serta penaakulan diperlukan. Pelajar diberi masalah untuk diselesaikan.

KOMPONEN : SAINS PERPUSTAKAAN 1.8 Pusat Sumber dan Agensi-Agensi Maklumat

Page 40: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 41

Umumnya sumber pengajaran di bahagikan kepada 2 komponen iaitu

• Sumber manusia • Sumber bukan manusia

Tahukah anda negara kita mempunyai pelbagai dasar bagi menjamin perjalanan sesuatu sektor itu lancar dan mengikut garis panduan yang telah dirangka berdasarkan kehendak negara. Dasar negara bagi

Sumber Manusia

Sumber Pengajaran

Sumber bukan manusia

Bahan Cetak

Bahan Audio

Bahan Tayang

Bahan Bukan Tayang

Guru-guru

Rakan Sebaya

Pelajar

Pakar-pakar dalam bidang tertentu

Sistem Video

Diletakkan di dalam satu tempat untuk memudahkan pengurusan dan penggunaan

PUSAT SUMBER

Page 41: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 42

perpustakaan dan perkhidmatan maklumat (DNPPM) telah diluluskan oleh kerajaan pada bulan Jun 1989. Bagi pelaksanaan dasar tersebut pihak Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai penyelaras. Terdapat pelbagai jenis pusat sumber seperti pusat sumber sekolah, pusat kegiatan guru, pusat sumber pendidikan negeri dan lain-lain. Namun begitu fungsinya tetap sama, hanya penggunanya yang berbeza, contohnya perpustakaan akademik memberi perkhidmatan kepada komuniti akademik seperti tenaga pengajar, para siswa dan penyelidik di institut pengajian tinggi. Manakala Perpustakaan Negara pula memberi perkhidmatan kepada parlimen, kementerian dan jabatan kerajaan sementara perpustakaan awam menyediakan perkhidmatan untuk orang ramai yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat khasnya pelajar-pelajar sekolah, institusi pengajian awam. a. Pusat sumber sekolah Pusat Sumber sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis. Pusat Sumber menyediakan maklumat perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan kearah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. Objektif Pusat Sumber Sekolah

1. Meningkatkan mutu pengajaran pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah.

2. Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.

3. Memupuk tabiat belajar sendiri,membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaaan maklumat secara sistematis.

4. Membantu pelajar dan guru menghasilkan, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran

5. Mengadakan perkhidmatan untuk memenehi keperluan pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar-pelajar

6. Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.

b. Pusat Kegiatan Guru (PKG)

Pusat Kegiatan Guru adalah pemangkin untuk merangsang pembangunan professional guru-guru khususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan pengurusan pusat sumber sekolah. Ia selaras dengan matlamat pendidikan bestari dan Falsfah Pendidikan Negara. Pusat Kegiatan Guru juga dijadikan pusat perkembangan professional untuk guru-guru dan masyarakat setempat.

Page 42: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 43

Objektif Pusat Kegiatan Guru.

1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen. 2. Mengumpulkan dan menyebar maklumat profesional pendidikan khususnya

dalam kenopen ke sekolah-sekolah. 3. Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan penggunaan Pusat Sumber

Sekolah (PSS). 4. Membantu dalam penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran

untuk sekolah-sekolah. 5. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat. 6. Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi aktiviti professional pendidikan untuk

guru-guru dan masyarakat setempat. c. Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN)

Pusat Sumber Pendidikan Negeri mempunyai konsep yang bertujuan untuk mengendalikan dua fungsi, iaitu sebagai pusat sumber dan juga sebagai pusat kegiatan guru. Oleh itu dari segi konsepnya PSPN boleh dianggap sebagai satu tempat di mana guru-guru dengan bimbingan ahli-ahli perunding pakar-pakar atau kakitangan sumber kesemuanya sama-sama mengeluarkan bahan-bahan kurikulum (dalam bentuk kebendaan dan bukan kebendaan) mengguna dapatan-dapatan penyelidikan, dan menyedia atau menerima pendidikan dalam perkhidmatan dengan pertimbangan untuk menambahkan lagi kecekapan ikhtisas guru-guru bagi memenuhi keperluan pendidikan yang semakin bertambah (BPPP, 1980). Satu lagi konsep yang berkaitan dengan konsep di atas ialah PSPN merupakan sebuah organisasi guru, untuk guru dan oleh guru, di mana daya usaha diberikan kepada guru. Di mana dan bila masa yang boleh, munasabah dan berpatutan, guru-guru akan diberi kesempatan mencadang, membina dan mengepalai aktivit-aktiviti ikhtisas seperti menjalankan kursus dalam perkhidmatan dan seumpamanya (BPPP, 1980). Guru-guru dengan daya usaha dan inisiatif sendiri serta secara sukarela merancang aktivit-aktiviti yang berkaitan dengan kurikulum dan pengajaran dengan bantuan pakar-pakar kurikulum dan reka bentuk dan pengembangan pengajaran dari PSPN. Dalam mempertahankan konsep sebuah organisasi guru, amalan birokrasi yang ketat hendaklah dikurangkan ke tahap yang paling minimum. PSPN tidak seharusnya dijadikan satu lagi cabang birokrasi kerana konsep penubuhannya berasaskan kepada prinsip, “ Saya datang ke PSPN adalah di atas pilihan saya sendiri” (Wan Zahid, 1979). Sebagai pusat sumber, PSPN dapat menyediakan bahan, peralatan dan perkhidmatan media untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Objektif Pusat Sumber Pendidikan Negeri

i. Menyediakan perancangan bagi aktiviti membina dan menyebarkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media kepada sekolah-sekolah.

ii. Merancangkan, melaksanakan, dan mengawal selia projek inovasi, projek perintis, dan projek khas yang berkaitan dengan teknologi pendidikan dan teknologi maklumat di sekolah.

iii. Merancangkan, melaksanakan, dan menilai keberkesanan program kemajuan staf di Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru.

Page 43: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 44

iv. Merancangkan dan menjalankan penyelidikan dan penilaian terhadap produk, pelaksanaan program dan projek, dan keberkesanan penggunaan media dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

v. Memberikan sokongan, bimbingan, dan galakan kepada sekolah dalam hal-hal yang berkaitan dengan pembinaan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran; dan pengurusan serta penggunaan pusat sumber.ber.

d. Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Bahagian Teknologi Pendidikan diwujudkan dalam tahun 1972 dengan nama Bahagian Perkhidmatan Sebarang Pendidikan untuk memberi perkhidmatan siaran radio pendidikan, perkhidmatan alat pandang dengar, dan perkhidmatan siaran TV Pendidikan ke sekolah-sekolah. Dalam tahun 1988, Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan bertukar nama kepada Bahagian Teknologi Pendidikan apabila fungsinya diperluas bagi merangkumi perkhidmatan pusat sumber. Dalam tahun 1996, struktur Bahagian Teknologi Pendidikan diperluaskan lagi apabila Pusat Sumber Pendidikan Negeri di Semenanjung, Bahagian Teknologi Pendidikan di Sabah dan Sarawak, dan Pusat Kegiatan Guru diletakkan di bawah pentadbiran BTP. Ini diikuti dengan Pasukan Projek Rintis Sekolah Bestari dalam tahun 2000. Perkembangan BTP, sejak awal pewujudannya sehingga ke hari ini, adalah sejajar dengan keperluan dan perkembangan dalam bidang pendidikan negara dan juga perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Pada hari ini, BTP diberi tanggungjawab mempertingkatkan dan memperluas aplikasi teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Objektif Bahagian Teknologi Pendidikan

i. Mewujudkan kesedaran dan memupuk sikap pentingnya peranan teknologi pendidikan di dalam perkembangan dan kemajuan pendidikan di negara ini.

ii. Memberi khidmat bantuan yang boleh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran, khususnya untuk faedah sekolah-sekolah di luar Bandar.

iii. Menggalakkan guru-guru menyampaikan pelajaran dengan cara kreatif dan inovatif melalui penggunaan pelbagai jenis media pendidikan.

iv. Menggayakan program pendidikan dan melaksanakan sebarang pembaharuan dalam sistem pendidikan yang berkaitan dengan penggunaan media teknologi.

v. Memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal ke arah penggunaan media teknologi pendidikan secara berkesan.

vi. Menyebarkan maklumat mengenai pembaharuan dan perkembangan dalam bidang pendidikan kepada pelajar, guru dan ibu bapa.

e. Jenis-jenis Perpustakaan i. Perpustakaan Akademik

Page 44: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 45

Dasar kerajaan yang memberi perhatian utama kepada sektor pendidikan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan memberi peruntukan kewangan yang besar membolehkan perpustakaan akademik dianggap sebagai perpustakaan yang termaju di negara ini jika dibandingkan dengan perpustakaan-perpustakaan lain seperti perpustakaan awam, perpustakaan sekolah atau perpustakaan khusus.

Perpustakaan akademik terdapat di semua institusi pengajian tinggi, maktab-maktab

perguruan, politeknik-politeknik, kolej-kolej matrikulasi, kolej-kolej awam dan kolej-kolej swasta

Perpustakaan akademik telah wujud lebih daripada 10 tahun di mana perolehan

bahannya melebihi 200, 000 koleksi termasuk buku, jurnal, bahan elektronik dan bukan elektronik.

Objektif Perpustakaan Akademik • Memenuhi keperluan maklumat Institusi Pendidikan atau Latihan dalam kegiatan

pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan perundingan

• Mengoptimumkan penggunaan pelbagai kemudahan dan sumber maklumat

• Memperkukuhkan program pendidikan pelanggan ke arah pembelajaran sepanjang hayat

ii. Perpustakaan Khas

Perpustakkan Khas merupakan sebuah organisasi atau badan Kerajaan yang menyediakan perkhidmatan khusus kepada pengguna organisasi atau mempunyai koleksi khusus dalam bidang berkaitan dengan atau bagi kepentingan organisasi induk. Perpustakaan Khas juga dikenali sebagai Pusat Sumber,Pusat maklumat dan Pusat rujukan

Objektif Perpustakaan Khas

• Bekerjasama di kalangan ahli dengan Perpustakaan Negara Malaysia ke arah meningkatkan serta mengukuhkan perkembangan perkhidmatan Perpustakaan Khusus Perkhidmatan Guna sama.

• Bekerjasama di kalangan ahli dan Perpustakaan Negara Malaysia ke arah pembangunan sumber manusia di Perpustakaan Khusus Perkhidmatan Guna sama.

• Sebagai saluran untuk mengemukakan masalah perkhidmatan dan yang berkaitan dengan Perpustakaan Negara Malaysia dan mengatasinya bersama.

• Menghubungkan siraturrahim pegawai perpustakaan khusus perkhidmatan guna sama melalui perjumpaan dan program-program yang berbentuk professional dan separa professional

• Mewujudkan satu panduan pengurusan perkhidmatan khidmat nasihat dan khidmat perundingan.

• Memastikan khidmat nasihat dan perundingan yang cemerlang dan berkesan serta memenuhi keperluan pengguna mengikut perkembangan semasa.

Page 45: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 46

iii. Perpustakaan Awam Perpustakaan awam terdapat di seluruh negeri dengan tujuan untuk memastikan

semua masyarakat tanpa mengira kaum dan peringkat umur mendapat kemudahan membaca dan menggunakaan peralatan moden yang lain seperti perkakasan dan perisian komputer, televisyen, radio, pemain kaset video dan sebagainya bagi menambahkan ilmu pengetahuan maklumat mutakhir dalam menjalani kerja seharian mereka. Bahan rujukan di perpustakaan awam tidak kira buku atau media elektronik moden sentiasa diperbaharui dari masa ke semasa untuk memastikan pengguna mendapat perkhidmatan terbaik.

Objektif Perpustakaan Awam. Antara objektif penubuhan perpustakaan ialah:

• Menanam dan mengukuh tabiat membawa di kalangan masyarakat awam supaya menjadi masyarakat yang berilmu dan celik IT.

• Mengaplikasikan teknologi tinggi sebagai penjana maklumat dengan efektif dan efisyen.

• Memberi perkhidmatan berorientasikan pengguna sepenuhnya. iv. Perpustakaan Negara Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia berperanan penting sebagai teras khazanah ilmu dalam memupuk budaya membaca di kalangan masyarakat terutamanya menjelang alaf baru. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab Perpustakaan Negara Malaysia untuk menyelaras pembangunan prasarana perkhidmatan perpustakaan dan maklumat di seluruh negara bagi memastikan agar seluruh masyarakat dapat menikmati kemudahan perkhidmatan maklumat yang berkesan.

Tanggungjawab ini termaktub dalam Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 Bahagian II Seksyen 4(2)(h) iaitu: “menggalakkan dan memudahkan penubuhan sistem perpustakaan awam seluruh negara selaras dengan piawai-piawai kebangsaan bagi mengadakannya.” Dan peruntukan Bahagian II Seksyen 4(2)(I) iaitu: “menggalakkan penubuhan suatu rangkaian perpustakaan khusus selaras dengan piawai-piawai kebangsaan bagi mengadakannya.

Objektif Perpustakaan Negara Malaysia • Menyediakan bagi penggunaan generasi masa kini dan masa depan satu koleksi

sumber-sumber perpustakaan di peringkat kebangsaan;

• Memudahkan penggunaan di seluruh negara sumber-sumber perpustakaan yang terdapat di dalam dan di luar negeri; dan

• Mengadakan kepimpinan dalam perkara- perkara yang berkaitan dengan perpustakaan.

Latihan Sekarang anda layari internet dan dapatkan maklumat-maklumat tentang perkhidmatan yang diberikan oleh perpustakaan yang dinyatakan dalam modul ini.

Page 46: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 47

KOMPONEN : TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1.9 jenis-jenis dan penggunaan papan pengajaran Pengenalan Papan unjuran adalah papan pengajaran yang digunakan secara langsung oleh guru untukmenyampaikan pengajaran kepada murid. Biasanya papan unjuran terdapat dalam setiap bilik darjah secara kekal atau mudah alih. Terdapat beberapa jenis papan unjuran:

1. Papan Tulis 2. Papan putih

Page 47: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 48

3. Papan Magnetik 4. Papan Flip 5. Papan Pameran / Papan Kenyataan 6. Papan Flanel 7. Papan Gulung 8. Papan Slip 9. papan Elektronik

Papan Tulis Para pendidik telah mengiktiraf papan kapur sebagai alat Bantu mengajar di dalam bilik darjah. Papan Tulis juga di kenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam, Papan Hijau serta digunakan sejak lama dahulu.

• Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada dalam bilik dajah • Penggunaannya tidak memerlukan bakat atau peralatan istimewa. • Perubahan atau tambahan isi boleh dilakukan dengan cepat dan mudah. • Mudah alih serta senang dipergunakan untuk pelbagai tujuan sampingan.

Rajah 1.9.1 Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff Papan Putih Papan Putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis. Permukaan sekeping papan dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan untuk ditulis dengan menggunakan pena berisi dakwat khas yang mudah dipadamkan.

• Tidak ada habuk • Mudah alih serta boleh di buat dalam pelbagai saiz. • Mudah dicuci dengan menggunakan pemadam berkain lembut. • Boleh dihasilkan sendiri.

Page 48: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 49

Rajah 1.9.2 Sumber: Sharifah Alwiyah AlShagoff Papan Magnetik Papan Magnetik diperbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil akan melekat di atas permukaantersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di atas papan tersebut. Kelebihan :

• Magnet dapat melekat bahan visual yang digunakan dengan baik dan mudah • Kesan tarikan magnet tidak dipengaruhi oleh perubahan cuaca seperti angin dan

hujan. Oleh yang demikian papan magnet boleh digunakan dalam banyak keadaan, tempat dan masa.

• Boleh digunakan untuk menunjukkan kesan-kesan perubahan atau pergerakan dengan mudah dan cepat, seperti mengaluh visual ke tempat baru atau dapat tindan tindihkan visual-visual itu.

Rajah 1.9.3 Sumber: Sharifah Alwiyah AlShagoff Papan Flip

Page 49: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 50

Papan Flip boleh diperbuat daripada papan lapis dengan ukuran sederhana dan ianya perlu dibuat kaki untuk ianya berdiri secara sedikit condong kebelakang. Papan flip boleh dialihkan keperbagai sudut sama ada untuk pembelajaran dan pameran. Kelebihan.

• Boleh mempamerkan berbagai poster atau visual yang telah dijilid. • Papan Flip ini berbentuk mudah alih dan sangat sesuai untuk belajar berkumpulan. • Dapat menunjukan carta jenis bersiri dengan mudah.

Rajah 1.9.4 Sumber: Sharifah Alwiyah AlShagoff Papan Pameran Papan Kenyataan Papan Pameran atau Papan Kenyataan secara umumnya diperbuat daripada papan lapis atau papan lembut untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk mempamerkan hasil kerja murid seperti lukisan karangan dan lain-lain. Papan kenyataan boleh dibuat secara melekat terus pada bahagian dinding atau dibuat secara mudah alih serta berkaki. Kelebihan

• Sangat mudah untuk menyebarkan maklumat • Senang ditampal maklumat • Tidak memakan ruang • Sangat mudah untuk mengantikan maklumat baru.

PAPAN KENYATAAN

Page 50: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 51

Rajah 1.9.5 Sumber: Sharifah Alwiyah AlShagoff Papan Flanel Papan flannel merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular di kalangan guru-guru sekolah rendah. Pada dasarnya, papan ini diperbuat daripada satu permukaan kain flannel, iaitu sebarang kain yang mempunyai permukaan berbulu kasar. Permukaan berbulu ini mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua keping kain flannel boleh bercantum apabila dilekapkan, sifat istimewa ini dipergunakan untuk papan flannel. Kad-kad visual disediakan, dan secebis kain flannel ataupun kepingan bahan-bahan lain yang berbulu kasar digamkan pada bahagian belakang kad-kad tadi. Sekarang kad-kad visual itu bolehlah dilekapkan ke atas permukaan papan flannel dengan mudah. Kelebihan :

• Cerita atau tema dapat dipersembahkan sedikit demi sedikit. • Sesuai untuk berbagai-bagai jenis tajuk dan subjek. • Mudah disediakan, serta banyak jenis bahan boleh digunakan • Perubahan atau perkembangan tajuk boleh dilakukan dengan serta merta

melalui kaedah tindan tindih visual ataupun perubahan kedudukan visual tersebut.

• Menggalakkan penglibatan murid sepenuhnya dalam tajuk yang disampaikan

seperti aktiviti mencantum ayat, memadankan gambar, sesi bercerita dan sebagainya.

• Senang disimpan, dibawa atau digunakan.

Page 51: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 52

Rajah 1.9.6 Sumber: Sharifah Alwiyah AlShagoff Papan Gulung Papan gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau disimpan dan papan tersebut boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik darjah. Papan gulung boleh diperbuat daripada kepingan getah atau kertas rexine atau kain kanvas supaya papan ini boleh digulung. Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru boleh disediakan dengan terperici terlebih dahulu. Apabila sampai masanya guru hanya mempamerkan bahan-bahan tersebut kepada murid. Ini sangat berfaedah terutama kepada guru atau calon guru yang kurang mahir dalam bidang atau perinsip-perinsip tertentu, atau bahan tersebut memerlukan masa yang lama untuk disediakan. Kelebihan;

• Mudah dibuat • Mudah dibawa, digunakan atau disimpan • Bahan-bahan pengajaran yang sukar boleh disediakan terlebih awal dengan baik

dan sempurna. • Sesuai untuk semua matapelajaran dan boleh digunakan di dalam atau diluar bilik

darjah. Rajah 1.6.4 Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff

Page 52: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 53

Papan Slip Papan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad huruf boleh diselitkan. Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur plastik jernih atau bahan-bahan lain. Penggunaan papan selit hampir-hampir sama dengan papan flannel. Kelebihan :

• Boleh dibuat sendiri • Senang dibawa serta dapat digunakan di dalam atau di luar bilik darjah • Visualnya senang, cepat serta mudah dibuat. • Menggalakkan penglibatan murid dalam kelas.

Rajah 1.6.4 Sumber: Sharifah Alwiyah AlShagoff 1.10 Jenis dan Penggunaan Media bukan Unjuran Bahan-bahan Dua Demensi Bahan 2D atau dua demensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata. Jenis-jenis bahan 2D yang dapat digunakan di dalam bilik darjah termasuklah:

a. Gambar b. Grafik c. Carta d. Peta e. Graf f. Poster g. Kad Imbasan h. Kad Gambar

Page 53: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 54

Gambar atau gambarfoto Gambar sama ada dalam bentuk hitam putih atau berwarna merupakan gambaran sebenar rupa bentuk manusia, tempat dan benda yang telah dirakamkan dengan kamera di atas kertas foto atau filem. Ada kemungkinan gambar foto tersebut telah dihasikan sendiri oleh guru atau dibekalkan oleh pihak-pihak tertentu. Untuk tujuan pendidikan, pelbagai bentuk dan jenis gambar foto boleh didapati seperti pemandangan, pekerjaan manusia, aktiviti-aktiviti harian,sejarah sains, hobi dan lain-lain. Kelebihan Gambarfoto

a. Gambar boleh menerangkan dengan jelas konsep-konsep abstrak kepada ide-ide yang maujud dan formal.

b. Gambar mudah didapati dan mudah dihasilkan. c. Tidak memerlukan peralatan khas untuk menggunakan gambar kecuali ianya

terlalu kecil. d. Penggunaan gambar foto boleh disesuaikan dengan semua peringkat

pengajaran pembelajaran dari set induksi hingga ke penutup e. Gambar dapat menunjukkan mengenai sesuatu benda atau keadaan yang

baru kepada murid dengan jelas dan tepat. Kelemahan Gambarfoto

a. Kadangkala ianya terlalu kecil untuk dilihat dengan baik oleh murid-murid dalam sesuatu bilik darjah yang besar.

b. Tidak dapat menunjukkan keadaan atau sifat sebenar sesuatu benda kerana gambar berbentuk dua demensi.

c. Kaku tiada pergerakan. Oleh itu, mungkin konsep sebenarnya bahan yang ditunjukkan tidak dapat sampai kepada murid dengan sepenuhnya.

d. Kadangkala gambar yang dipamerkan tidak mempunyai warna, maka penegasan kesahan tidak dapat dibuktikan

e. Gambar foto hanya menunjukkan satu sudut pandangan sahaja. Dengan itu mungkin murid tersilap membentuk konsep mengenai sesuatu benda.

Panduan Penggunaan Gambarfoto.

a. Untuk alat Bantu mengajar gunakan gambarfoto yang besar agar dapat dilihat dengan jelas oleh semua murid dalam kelas.

b. Semasa digunakan, letak gambarfoto di atas alas atau pemegang atau kaki atau diletakkan diatas papan kapur, supaya gambar foto berkedudukan tegap.

c. Hadkan jumlah gambarfoto yang bakal digunakan pada satu-satu masa. d. Gunakan satu gambar foto pada satu-satu ketika agar perhatian murid tidak

terganggu kerana terlalu banyak visual. e. Cuba tarik perhatian murid dengan memberi soalan-soalan yang bersangkutan

dengan gambarfoto yang dipamerkan.

Page 54: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 55

Grafik Grafik adalah gambar-gambar yang dilukis dalam bentu hitam putih atau berwarna warni. Semasa menggunakan grafik, guru haruslah berhati-hati kerana telah terbukti berlakunya perbezaan intepretasi mengenai masej yang ingin disampaikan oleh grafik tersebut. Setiap individu mempunyai pandangan dan intepretasi yang berlainan mengenai maksud sesuatu garfik yang dilihatnya. Keadaan ini menjadi dasar yang digunakan di dalam Ujian Warna ‘Rorschach Color Test’ oleh ahli-ahli psikologi untuk menguji personaliti seseorang. Guru mestilah sentiasa memberi pandangan semasa grafik digunakan agar bahan tersebut boleh mencapai objektif yang diperlukan. Semakin rendah tahap penerimaan murid, semakin banyaklah panduan dan bimbingan yang diperlukan untuk memastikan mesej yang betul diterima daripada sebarang grafik yang digunakan. Carta Carta pada amnya merupakan kumpulan gambar rajah yang menunjukkan acara-acara yang kompleks atau perkara-pekara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu. Carta selalunya mempunyai satu sifat utama, iaitu melibatkan gambaran satu proses ataupun alran perubahan sesuatu. Sebelum carta dapat digunakan dengan sempurna di dalam bilik darjah, guru haruslah pastikan bahawa carta tersebut ada tujuan pengajaran yang jelas. Secara amnya, carta patut memberi satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti dapat menyampaikan mesejnya melalui visual. Jenis-jenis Carta

• Carta Organisasi yang menunjukan hubungan atau rantaian pentadbiran ataupun pemerintahan di dalam sesuatu organisasi kumpulan dan sebagainya.

Page 55: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 56

• Carta Klasifikasi digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukkan kategori bahan-bahan tertentu, peristiwa, sepsis dan taksonomi haiwan atau tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya.

• Carta Masa menggambarkan hubungan masa dan peristiwa, berguna untuk meringkaskan masa satu siri peristiwa yang telah berlaku.

• Carta Jadual menunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang memberi

penjelasan mengenai masa dan waktu suatu perkara atau peristiwa akan berlaku

• Carta Urutan menggambarkan satu siri urutan atau sekuen atau prosedur atau tatacara atau aliran suatu proses atau tindakan tertentu. Carta ini selalunya dibuat mendatar agar perkembangannya mudah diikuti serta difahami langkah-langkah satu persatu.

Page 56: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 57

Graf Graf adalah gambaran visual mengenai satu set nilai data yang dapat memberi penerangan boleh tampak mengenai hubungan dan perubahan-perubahan yang berlaku pada set data itu. Graf adalah satu pesembahan visual yang menarik dan berguna dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat empat jenis graf yang biasa digunakan. Pemilihan jenis graf untuk digunakan di dalam bilik darjah bergantung kepada dua faktor penting;

• Kadar kesukaran fakta atau data yang hendak disampaikan • Tahap fahaman atau penerima murid.

Agar pengunaan graf menjadi amat efektif, guru patutlah memilih jenis yang sesuai dengan keperluan faktor-faktor di atas. Jenis-jenis graf

• Graf Bar atau Batang • Graf Gambar atau Pictograf • Graf Bulat atau Pie • Grag Garisan

Graf Bar Data-data ditukar menjadi blok atau selinder yang mempunyai nilai-nilai tertentu. Selalunya graf ini dilukis menegak, di mana skala menegak menunjukan perubahan kuantiti Untuk pastikan tidak ada kekeliruan mesej berlaku, adalah baik jika ketebalan atau lebar blok yang dibuat itu dilukis dengan menggunakan sukatan unit yang serupa. Graf Bar adalah mudah dibaca dan amat sesuai untuk murid tahap rendah.

Page 57: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 58

Graf Gambar atau Piktograf Dalam graf ini data-data ditukar menjadi gambar atau symbol ringkas yang membawa nilai-nilai tertentu. Graf jenis ini kelihatan menarik walaupun nilai-nilai dipapar tidak begitu tepat Untuk pastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan, adalah lebih baik andainya guru dapat menulis unit niali setiap gambar atau simbol yang digunkan itu dengan jelas dan nyata. Graf Bulat atau Pie Satu bulatan dilukis dan bulatan itu dibahagikan kepada beberapa bahagian atau segmen. Setiap satu segmen merupakan sebahagian ataupun peratus daripada nilai utama satu set data. Graf jenis ini adalah mudah untuk diterjemahkan jika data atau nilai utamanya boleh difahami oleh murid-murid.

Page 58: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 59

Graf Garisan Graf ini merupakan graf yang paling tepat dan paling kompleks. Graf garis ditulis berpandukan kepada dua paksi bersudut tepat. Setiap paksi membawa skala-skala masing-masing. Titik-titik ditandakan mengikut koordinat pada satu set nilai data-data. Kemudian titik-titik itu disambungkan dengan garis lurus atau garis lengkung. Graf garis dapat menunjukkan perubahan atau perkembangan unit-unit data dalam 2 dimensi seperti 2 atau lebih unit data berubah atau berkembang mengikut jangka masa tertentu Poster Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang mengabungkan penggunaan garisan-garisan, huruf-huruf serta warna-warna di dalam satu persembahan visual yang memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu. Kerap kali poster digunakan sebagai satu daya penarik kepada satu peristiwa atau acara yang bakal diadakan Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster mempunyai bentuk yang dinamik dan berwarna dapat menarik perhatian serta boleh menyampaikan mesejnya dengan spontan. Guru haruslah berwaspada kerana sesuatu poster akan berakhir selepas sesuatu acara atau peristiwa telah berlaku. Poster tidak boleh dipamerkan terus menerus. Kelebihan poster

a. Sebagai perangsang untuk menarik minat murid kepada satu topik baru atau satu kelas baru atau peristiwa sekolah tertentu.

b. Sebagai satu motivasi menggalakkan murid menghadiri aktiviti-aktiviti sekolah, perjumpaan GERKO, aktiviti Pusat Sumber, Kempen Gerakan Membaca dan lain-lain.

c. Sebagai peringatan keselamatan di dalam makmal atau bengkel atau situasi-situasi tertentu.

d. Sebagai promosi untuk memberi latihan atau membentuk amalan kesihatan yang baik atau sikap yang murni.

Page 59: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 60

Bahan Tiga Dimensi Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan ini. Kelebihan Bahan 3D

a. Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar. b. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar

daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar c. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu

dengan lebih baik d. Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu. e. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau

hasilan. f. Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama

lain. g. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep

pembelajaran melalui penyelidikan. Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat Bantu mengajar antara lain termasuklah :

• Realia • Model • Diorama • Akuarium dan terrarium • Boneka • ‘Mobile • Topeng

Realia Realia adalah bahan-bahan yang sebenarnya dan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:

(a) Realia Asli Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti cacing tanah, belalang dan sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang kaku (bukan hidup) seperti mesin, jentera dan lain-lain.

Page 60: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 61

(b) Realia Awet Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Contoh, ikan dan serangga.

(c) Spesimen Ini merupakan sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau cirri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Biasanya spesimen didapati sebagai bentuk bahan awetan. Contohnya Kutu Daun dan udang. Selain itu, bahan-bahan hidup seperti daun boleh digunakan sebagai spesimen untuk menunjukan sifat-sifat am suatu kumpulan tumbuhan.

Page 61: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 62

Model Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin dan getah. Beberapa pecahan jenis model:

(a) Model Berskala Model berskala ialah model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal ataupun dalam saiz yang lebih kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran atau pengecilan tertentu. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal. Contohnya keretapi dan kapal terbang.

Model Olok-olok

Model olok-olok merupakan model yang diubahsuai daripada rupa bentuk benda yang sebenarnya, untuk menunjukan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal itu. Biasanya model olok-olok ini dibuat lebih besar daripada keadaan asal tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu tetapi masih dapat menunjukkan keadaan asal yang sebenarnya. Contoh: model enjin keretapi dan neraca.

Page 62: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 63

(b) Model Keratan Rentas Model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu pada satu benda, untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut. Keratan rselalunya digunakan dengan lebih meluas dalam matapelajaran Sains, Contoh keratan rentas daun atau kulit manusia

Diorama Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Kebanyakan diorama dapat dilihat di dalam muzium yang mempamerkan pemandangan-pemandangan atau keadaan semasa zaman silam. Guru boleh menggunakan diorama untuk pengajaran tertentu di dalam bilik darjah seperti matapelajaran Kajian Tempatan, Sains dan sebagainya. Diorama boleh dihasilkan dengan mudah, Murid boleh digalakkan membuat projek dengan menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan polisterin dan bahan-bahan buangan lain

Page 63: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 64

Akuarium dan Terrarium Akuarium ialah tempat untuk memelihara hidupan dalam air sementara Terrarium pula ialah tempat untuk memelihara hidupan kecil atas tanah. Akuarium boleh disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca ataupun balang-balang plastik. Ikan tropika boleh dipelihara di dalam akuarium tersebut Terrarium Terrarium boleh digunakan untuk memelihara haiwan-haiwan kecil seperti mengkarung, kura-kura kecil, katak dan reptilia-reptilia kecil yang tidak berbahaya. Kotak-kotak kecil bertutup boleh digunakan sebagai terrarium. Boneka atau Patung Boneka boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan terutama untuk pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral. Beberapa jenis boneka boleh dihasikan untuk kegunaan guru termasuklah

(a) Boneka sarung Tangan (b) Boneka Lidi (c) BonekaKulit (d) Wayang Kulit (e) Boneka Bertali

Boneka Sarung Tangan Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.

Page 64: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 65

Boneka Lidi Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut. Wayang Kulit Rupa bentuk Boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin. Boneka Bertali Boneka Bertali atau ‘marionette’ diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian

Page 65: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 66

boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak. Topeng Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan papier mach. Topeng amat sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan dalam mata pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral. Latihan

Nyatakan jenis graf yang manakah anda akan gunakan bagi setiap situasi berikut: Mengaitkan jualan keluaran kepada ketiga-tiga bahagian sesuatu syarikat bagi tempoh tahun. Menunjukkan penggunaan tenaga berkadar dengan purata rumah bagi pemanasan dan untuk menjalankan mesin. Memberi ilustrasi penggunaan minyak petrol dalam sesuatu negeri bagi suatu siri bulan yang panjang. Membandingkan jumlah kalori yang ditemui dalam 10 makanan yang berlainan. Menunjukkan perubahan melampau dalam populasi spisies yang hampir pupus bagi sepuluh tahun yang akhir.

Page 66: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 67

LATIHAN TUTORIAL

1. Dengan menggunakan peta minda jelaskan konsep Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (TMK) dan apakah kesannya terhadap sistem pendidikan di negara kita?

2. Kenalpasti sekurang-kurangnya 6 perkakasan tambahan komputer (selain daripada yang dipilih di atas) dan jelaskan fungsinya.

3. Dengan menggunakan kemudahan internet dapatkan maklumat tentang fungsi

sebuah Pusat Sumber Sekolah,Pusat Kegiatan Guru dan Bahagian Teknologi Pendidikan dari segi peranan dan objektifnya.

4. Senaraikan media-media pengajaran dan pembelajaran yang terdapat di sekolah.

Mengapa pada pendangan anda media-media tersebut penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

5. Bincangkan bagaimana anda boleh gunakan sumber primer sekunder dan sumber

tertiari dalam pencarian maklumat satu kajian atau penyelidikan.

6. Dengan menggunakan prinsip asas grafik sediakan sebuah carta atau poster yang boleh digunakan dalam satu tajuk mata pelajaran pengkhususan.

7. Terangkan perbezaan di antara projektor OHP, slaid, legap dan LCD serta

bagaimana setiap projektor itu harus digunakan dengan cara yang betul.

8. Dengan meninjau perisian PPBK yang terdapat di sekolah,cuba buat bandingbeza bagi setiap jenis perisian PPBK.

9. Huraikan perbezaan bahan 2 dimensi dengan 3 dimensi dengan merujuk kepada

contoh-contoh media yang tertentu.

Page 67: UNIT 1 PENGURUSAN SUMBER Sinopsis - jtpkrajang · PDF filePapan Kenyataan Papan Magnet Papan Elektrik ... Sumber ini memberikan akses kepada sumber primer melalui sistem perkhidmatan

1 - 68


Top Related