Transcript
Page 1: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

UNDANG-UNDANGMALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 109

AKTA PERTUBUHANPELADANG 1973

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

DITERBITKAN OLEHPESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA

DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968SECARA USAHA SAMA DENGAN

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD2006

Page 2: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

2 Undang-Undang Malaysia AKTA 109

Tarikh Perkenan Diraja … … … … 15 Jun 1973

Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 21 Jun 1973

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 1994

Cetakan Semula Yang Kedua … … … … 2000

AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973

Page 3: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

Pertubuhan Peladang 3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 109

AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973

SUSUNAN SEKSYEN

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Seksyen

1. Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

2. Tafsiran

BAHAGIAN II

PEMBENTUKAN PERTUBUHAN PELADANG

3. Pembentukan

4. Larangan

5. Pertubuhan Peladang hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan

6. Tujuan Pertubuhan Peladang

BAHAGIAN III

PENDAFTARAN

7. Pendaftar bagi Pertubuhan Peladang

8. Daftar

BAHAGIAN IV

HAK DAN TANGGUNGAN

9. Anggota dan unit anggota Pertubuhan Peladang

10. Pelupusan hasil kepada atau melalui Pertubuhan Peladang

11. Lien dan tolakan berkenaan dengan syer atau kepentingan anggota atauunit anggota

Page 4: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

4 Undang-Undang Malaysia AKTA 109

Seksyen

12. Syer atau kepentingan tidak boleh ditahan atau dijual

13. Pindah hakmilik kepentingan apabila anggota mati atau unit anggotadibubarkan

14. Pengarah

15. Wang Pertubuhan Peladang

15A. Kuasa untuk meminjam wang, dsb.

15B. Pelaburan wang

16. Kumpulan Wang Rizab

17. Penyelesaian pertikaian

18. Kes dinyatakan atas soal undang-undang

BAHAGIAN IV A

PENGGABUNGAN PERTUBUHAN PELADANGKAWASAN DAN NEGERI

18A. Prosedur penggabungan Pertubuhan Peladang Kawasan

18B. Pendaftaran Pertubuhan Peladang Negeri

18C. Prosedur bagi penggabungan Persatuan Peladang Negeri

BAHAGIAN V

PEMERIKSAAN, PENGGANTUNGAN DANPEMBUBARAN

19. Kuasa untuk memeriksa

20. Kuasa untuk menggantung dan membubarkan

21. Rayuan

22. Tidak boleh menjalankan urusan dalam masa penggantungan

23. Pengurusan dalam masa penggantungan

24. Audit

24A. Hak akses kepada rekod, dsb.

BAHAGIAN VI

PELBAGAI

25. Daftar anggota

26. Bukti mengenai catatan dalam buku Pertubuhan Peladang dan unitanggota

Page 5: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

Pertubuhan Peladang 5

Seksyen

27. Kuasa khas Menteri bagi mengecualikan daripada kehendak tentangpendaftaran, dsb.

28. Kuasa untuk mengecualikan daripada duti atau cukai

28A. Mesyuarat agung tahunan

29. Dilarang menggunakan perkataan “Pertubuhan Peladang”

30. Undang-undang Kesatuan Sekerja dan Akta Syarikat tidak terpakai

31. Kesalahan

32. Larangan dan sekatan ke atas pendaftaran koperasi berasaskan pertanian

33. Kos bagi pembubaran paksa hendaklah ditanggung oleh LembagaPertubuhan Peladang

34. Akta ini hendaklah terpakai

35. Peraturan-peraturan

36. Pemansuhan

Page 6: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 109

Page 7: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

Pertubuhan Peladang 7

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 109

AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973

Suatu Akta bagi membuat peruntukan untuk pendaftaran PertubuhanPeladang, pengawalan dan pengawasan Pertubuhan itu dan bagiperkara yang berkaitan dengannya.

[Seluruh Malaysia—1 November 1973]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh SeriPaduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat danpersetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidangdalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pertubuhan Peladang1973 dan hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.

(2) Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta,menetapkan suatu tarikh bagi mula berkuat kuasanya Akta ini danboleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuat kuasanyakesemua bahagian atau bahagian yang berlainan dalam Akta inidalam kesemua bahagian atau bahagian yang berlainan dalamMalaysia.

Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki maknayang lain—

“koperasi berasaskan pertanian” ertinya sesuatu koperasi yangapabila Akta ini mula berkuat kuasa didaftarkan di bawah Akta

Page 8: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 109

Koperasi 1948 [Akta 287]*, Ordinan Koperasi 1958 Sabah[Ordinan 3 tahun 1958]* dan Ordinan Koperasi Sarawak [Bab66]* dan yang tujuan pokoknya atau fungsi utamanya adalah mengenaipengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesanatau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu:

Dengan syarat bahawa jika ada sesuatu pertikaian tentang samaada sesuatu koperasi ialah suatu koperasi berasaskan pertanian,pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Lembaga PertubuhanPeladang yang keputusannya itu adalah muktamad dan tidak bolehdipersoalkan dalam mana-mana mahkamah;

“Lembaga Pertubuhan Peladang” atau “Lembaga” ertinya Lembagayang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pertubuhan Peladang1973 [Akta 110];

“Pertubuhan Peladang” ertinya sesuatu pertubuhan peladang yangdibentuk di bawah seksyen 3 di peringkat Kawasan, Negeri atauKebangsaan dan yang didaftarkan di bawah seksyen 9.

BAHAGIAN II

PEMBENTUKAN PERTUBUHAN PELADANG

Pembentukan

3. (1) Sesuatu Pertubuhan Peladang Kawasan boleh dibentukmengikut peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yangdibuat di bawahnya bagi mana-mana kawasan di mana-mana Negerioleh tidak kurang daripada lima puluh orang yang memenuhikehendak yang dinyatakan dalam subseksyen 9(1) dan yang sebelumpembentukan itu telah berhimpun di suatu mesyuarat bagi maksudmembentuk suatu Pertubuhan Peladang.

(2) Mana-mana dua atau lebih Pertubuhan Peladang Kawasanyang didaftarkan mengikut Akta ini boleh dengan kelulusan Pendaftardan mengikut mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnyabergabung menjadi suatu Pertubuhan Peladang Negeri.

(3) Mana-mana dua atau lebih Pertubuhan Peladang Negeri yangdidaftarkan mengikut Akta ini boleh dengan kelulusan Pendaftar

*CATATAN—Akta 287, Sabah Ordinan 3 tahun 1958 dan Sarawak Bab 66 telah dimansuhkan dandigantikan dengan Akta Koperasi 1993 [Akta 502]— lihat seksyen 95 Akta 502.

Page 9: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

Pertubuhan Peladang 9

dan mengikut mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnyabergabung menjadi suatu Pertubuhan Peladang Kebangsaan.

Larangan

4. Tiada Pertubuhan Peladang boleh menjalankan urusan melainkanjika ia dibentuk dan didaftarkan mengikut peruntukan Akta ini.

Pertubuhan Peladang hendaklah menjadi pertubuhanperbadanan

5. Apabila didaftarkan di bawah Akta ini, sesuatu PertubuhanPeladang—

(a) hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yangkekal turun-temurun dengan mempunyai suatu meteraiperbadanan dan hendaklah mempunyai kuasa bagi membuatkontrak, bagi memulakan dan membela tindakan, guamandan prosiding undang-undang dan bagi membuat segalaperkara yang perlu bagi maksud mencapai tujuan yangdinyatakan dalam seksyen 6; dan

(b) boleh memperoleh dengan jalan pajakan, pembelian, derma,pemberian, devis, pemberian wasiat atau selainnya sesuatuharta alih atau harta tak alih bagi mana-mana tujuanpertubuhan itu dan bagi maksud itu boleh menjual ataumemajakkan atau selainnya membuat apa-apa urusanberkenaan dengan mana-mana harta itu.

Tujuan Pertubuhan Peladang

6. (1) Suatu Pertubuhan Peladang boleh dibentuk bagi tujuanmemajukan kepentingan ekonomi dan sosial atau kebajikan ahlinyaatau unit ahlinya dan hendaklah mempunyai kuasa bagi melakukansegala perkara yang perlu untuk mencapai tujuan itu dan khususnyatetapi tanpa menyentuh keluasan perkara yang tersebut terdahulu,ia hendaklah mempunyai kuasa—

(a) untuk mengadakan perkhidmatan pengembangan dankemudahan latihan kepada peladang bagi melengkapkandiri mereka dengan teknologi yang perlu bagi memajukanpertanian, perkebunan, penternakan binatang, ekonomirumah tangga, perniagaan pertanian dan perusahaankomersial yang lain;

Page 10: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 109

(b) untuk meluaskan pengeluaran pertanian di kalanganpeladang dan pekebun kecil untuk mencapai kepelbagaiandan pengkomersialan pertanian yang lebih luas dan untukmeluaskan dan memajukan perniagaan pertanian;

(c) untuk mengadakan bekalan ladang dan keperluan hariantermasuk kemudahan lain yang dikehendaki bagiperladangan yang progresif dan kehidupan luar bandaryang lebih baik;

(d) untuk mengadakan kemudahan dan perkhidmatankejenteraan ladang yang perlu bagi memodenkan usahaperladangan;

(e) untuk mengadakan kemudahan dan perkhidmatan kreditdan memajukan pelaburan yang lebih besar dalam bidangpertanian dan ekonomi;

(f) untuk memajukan, menggalakkan, memudahkan danmenawarkan perkhidmatan bagi simpanan wang luarbandar;

(g) untuk mengadakan perkhidmatan pemasaran, penyimpanan,kompleks pengeringan, penggudangan dan kemudahanlain;

(h) untuk mengendali dan mengadakan kemudahanpengangkutan bagi menambah usaha pemasaran pertaniandan usaha yang berkaitan;

(i) untuk menubuhkan dan mengendalikan loji memprosesdan kompleks mengilang yang perlu bagi memproseshasil pertanian;

(j) untuk membolehkan pembentukan modal dan pelaburandi kalangan anggota atau unit anggotanya melaluipenubuhan syarikat atau penyertaan ekuiti dalam usahaperdagangan dan perniagaan;

(k) untuk membantu anggota dalam memperoleh tanah dan untukmenjalankan projek kemajuan tanah bagi faedah anggota;

(l) untuk menggalakkan dan mempergiat tindakan kumpulanmelalui pelbagai projek kemasyarakatan dan memudahkankemajuan pimpinan;

(m) untuk mengadakan perkhidmatan sosial, kemudahanpendidikan dan rekreasi untuk menambah kemajuan sosialdan kebajikan keluarga perladangan.

Page 11: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

Pertubuhan Peladang 11

(2) Walau apa pun kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1),sesuatu Pertubuhan Peladang boleh menubuhkan apa-apa syarikatatau menyertai ekuiti mana-mana usaha perdagangan atau perniagaantanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis daripada Pendaftar,dan Pendaftar boleh, pada memberikan kelulusan sedemikian,mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

(3) Tanpa menjejaskan kuasa yang diberikan kepada Pendaftardalam subseksyen (2), Pendaftar boleh, melalui perintah secarabertulis, mengehadkan, mengenakan syarat ke atas atau mengawalselia kuasa sesuatu Pertubuhan Peladang untuk memastikankecekapan dan untuk mengelakkan penduaan, fungsi PertubuhanPeladang itu.

(4) Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan apa-apaperintah Pendaftar di bawah subseksyen (2) atau (3) boleh merayukepada Menteri dalam masa tiga puluh hari dari tarikh perintah itudibuat dan Menteri boleh mengesahkan, mengubahkan ataumembatalkan perintah itu; dan keputusan Menteri adalah muktamaddan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

BAHAGIAN III

PENDAFTARAN

Pendaftar bagi Pertubuhan Peladang

7. (1) Bagi maksud Akta ini hendaklah ada seorang PendaftarPertubuhan Peladang (dalam Akta ini disebut “Pendaftar”) yangbertanggungjawab bagi pendaftaran, pengawasan dan pengawalansemua Pertubuhan Peladang.

(2) Ketua Pengarah bagi Lembaga Pertubuhan Peladang hendaklahmenjadi Pendaftar.

(3) Pendaftar boleh secara bertulis mewakilkan mana-mana orang,termasuk mana-mana pegawai dalam perkhidmatan awam di NegeriSabah dan Sarawak, dengan mana-mana daripada kuasanya di bawahAkta ini kecuali kuasanya untuk menggantung atau membubarkanPertubuhan Peladang.

Page 12: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 109

Daftar

8. Pendaftar hendaklah menyimpan dan menyenggarakan ataumenyebabkan supaya disimpan dan disenggarakan suatu daftaratau daftar yang mengandungi butir-butir berkenaan denganpendaftaran semua Pertubuhan Peladang sebagaimana yangdifikirkannya suai manfaat.

BAHAGIAN IV

HAK DAN TANGGUNGAN

Anggota dan unit anggota Pertubuhan Peladang

9. (1) Seseorang yang merupakan seorang warganegara Malaysia,telah mencapai umur 18 tahun dan—

(a) mengambil bahagian dalam pengeluaran pertanian atauternakan;

(b) yang pendapatannya didapati daripada pengeluaranpertanian atau ternakan; atau

(c) menguasai mana-mana daripada faktor pengeluaranpertanian atau ternakan,

adalah layak, tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat dibawah Akta ini, untuk menjadi seorang anggota sesuatu PertubuhanPeladang.

(2) Sesuatu koperasi berasaskan pertanian atau mana-manakumpulan orang adalah layak menjadi suatu unit anggota PertubuhanPeladang tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawahAkta ini.

(3) Anggota dan unit anggota bagi sesuatu Pertubuhan Peladangyang dibentuk dan didaftarkan mengikut Akta ini tidak bolehmenjalankan hak seseorang anggota atau sesuatu unit anggotasehingga anggota atau unit anggota itu telah membuat apa-apapembayaran kepada Pertubuhan Peladang itu berkenaan dengankeanggotaan atau memperoleh apa-apa kepentingan dalam PertubuhanPeladang itu sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturanyang dibuat di bawah Akta ini atau oleh perlembagaan atau kaedah-kaedah Pertubuhan Peladang itu.

Page 13: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

Pertubuhan Peladang 13

(4) Seseorang anggota atau sesuatu unit anggota terhenti menjadiseorang anggota atau suatu unit anggota bagi sesuatu PertubuhanPeladang—

(a) apabila anggota itu meletakkan jawatan dengan sukarelamengikut perlembagaan atau kaedah-kaedah PertubuhanPeladang itu;

(b) apabila anggota itu disifatkan telah terhenti menjadi seoranganggota menurut mana-mana peraturan yang dibuat dibawah Akta ini atau menurut peruntukan perlembagaanatau kaedah-kaedah Pertubuhan Peladang itu;

(c) mengenai seseorang anggota apabila anggota itu matiatau mengenai sesuatu unit anggota, apabila unit itudibubarkan.

Pelupusan hasil kepada atau melalui Pertubuhan Peladang

10. (1) Sesuatu Pertubuhan Peladang yang satu daripadatujuannya melupuskan apa-apa hasil anggota atau unit anggotanya,boleh memperuntukkan dalam kaedah-kaedahnya atau boleh dengancara lain membuat kontrak dengan anggota atau unit anggotanya—

(a) bahawa tiap-tiap anggota atau unit anggota itu yangmenghasilkan apa-apa benda itu hendaklah melupuskankesemua atau apa-apa amaun, kadar atau perihalan tertentubenda itu kepada atau melalui Pertubuhan Peladang; dan

(b) bahawa seseorang anggota atau sesuatu unit anggota yangdibuktikan atau dihukum mengikut apa-apa cara yangditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawahAkta ini sebagai telah melakukan suatu perlanggaranterhadap kaedah-kaedah atau kontrak itu hendaklahmembayar kepada Pertubuhan Peladang itu sebagai gantirugi yang ditentukan banyaknya sejumlah wang yangditentukan atau ditaksirkan mengikut apa-apa cara yangditetapkan oleh peraturan yang disebut terdahulu.

(2) Tiada kontrak yang dibuat di bawah peruntukan seksyen iniboleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah atas alasan semata-mata bahawa ia adalah suatu kontrak menghalang perdagangan.

Page 14: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 109

Lien dan tolakan berkenaan dengan syer atau kepentingananggota atau unit anggota

11. Sesuatu Pertubuhan Peladang hendaklah mempunyai suatulien ke atas suatu syer atau kepentingan dalam modal dan ke atasdeposit seseorang anggota atau sesuatu unit anggota atau bekasanggota atau bekas unit anggota atau anggota yang sudah mati danke atas sesuatu dividen, bonus atau keuntungan yang kena dibayarkepada seseorang anggota atau sesuatu unit anggota atau bekasanggota atau bekas unit anggota atau kepada harta pusaka seoranganggota yang sudah mati berkenaan dengan apa-apa hutang yangkena dibayar kepada Pertubuhan Peladang oleh anggota atau unitanggota atau bekas anggota atau bekas unit anggota atau hartapusaka itu, dan boleh menolak apa-apa jumlah wang yang dikreditkanatau kena dibayar kepada seseorang anggota atau sesuatu unitanggota atau bekas anggota atau bekas unit anggota atau hartapusaka seorang anggota yang sudah mati pada atau terhadappembayaran apa-apa hutang itu.

Syer atau kepentingan tidak boleh ditahan atau dijual

12. (1) Tertakluk kepada seksyen 11 Akta ini, syer atau kepentinganseseorang anggota atau sesuatu unit anggota dalam modal sesuatuPertubuhan Peladang tidak boleh ditahan atau dijual di bawah apa-apa dekri atau perintah sesuatu mahkamah berkenaan dengan apa-apa hutang atau tanggungan yang dilakukan oleh anggota atau unitanggota itu, dan juga pemegang hartanya dalam hal keadaan tidakberkemampuannya atau seseorang penerima yang dilantik dengansewajarnya tidak berhak kepada, atau mempunyai apa-apa tuntutanke atas, syer atau kepentingan itu.

(2) Tanggungan seseorang anggota atau unit anggota bagi hutangsesuatu Pertubuhan Peladang hendaklah ditentukan mengikutperkadaran syer atau kepentingan yang dipegang oleh anggota atauunit anggota itu berbanding dengan keseluruhan hutang PertubuhanPeladang itu.

Pindah hakmilik kepentingan apabila anggota mati atau unitanggota dibubarkan

13. (1) Apabila seseorang anggota mati atau sesuatu unit anggotadibubarkan, sesuatu Pertubuhan Peladang boleh—

(a) berkenaan dengan anggota yang sudah mati itu,memindahkan hakmilik syer atau kepentingan anggotayang sudah mati itu kepada orang yang dinamakan mengikut

Page 15: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

Pertubuhan Peladang 15

peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, atau, jika tiadaseseorang pun yang dinamakan sedemikian, kepadaseseorang yang ternyata pada Jemaah Pengarah ialah warisatau wakil di sisi undang-undang bagi anggota yang sudahmati itu atau boleh membayar kepada orang yangdinamakan, waris atau wakil di sisi undang-undang itumengikut mana-mana yang berkenaan, sejumlah wangyang berupa nilai syer atau kepentingan anggota yangsudah mati itu sebagaimana yang ditentukan mengikutapa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(b) berkenaan dengan sesuatu unit anggota yang dibubarkan,membayar kepada pelikuidasi sejumlah wang yang berupanilai syer atau kepentingan unit anggota yang dibubarkanitu sebagaimana yang ditentukan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(2) Sesuatu Pertubuhan Peladang boleh membayar segala wanglain yang kena dibayar kepada anggota yang sudah mati atau unitanggota yang dibubarkan oleh Pertubuhan Peladang kepada orangyang dinamakan, waris, wakil di sisi undang-undang atau pelikuidasiitu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3) Segala pemindahan hakmilik dan pembayaran yang dibuatoleh Pertubuhan Peladang mengikut peruntukan seksyen ini adalahsah dan berkesan terhadap apa-apa tuntutan yang dibuat ke atasPertubuhan Peladang oleh mana-mana orang lain.

Pengarah

14. (1) Setiap Pertubuhan Peladang hendaklah diuruskan oleh suatuJemaah Pengarah yang dipilih atau dilantik mengikut, dan mempunyaiapa-apa kuasa yang ditetapkan oleh, peraturan-peraturan yang dibuatdi bawah Akta ini atau perlembagaan atau kaedah-kaedah PertubuhanPeladang itu.

(2) Bagi maksud menjalankan urusan kerja setiap PertubuhanPeladang itu, seorang Pengurus Besar dan pegawai dan pekhidmatlain hendaklah ada bagi Pertubuhan Peladang itu yang dilantikmengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atauperlembagaan atau kaedah-kaedah Pertubuhan Peladang itu.

Page 16: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 109

(3) Tanggungjawab dan kewajipan Pengurus Besar, pegawaidan Jemaah Pengarah yang disebut terdahulu hendaklah mengikutperlembagaan atau kaedah-kaedah Pertubuhan Peladang itu.

(4) Pengarah hendaklah memegang jawatan, bersara dan bolehdipecat daripada jawatannya mengikut perlembagaan atau kaedah-kaedah Pertubuhan Peladang itu.

(5) Jawatan seseorang pengarah hendaklah disifatkan sebagaidikosongkan dalam mana-mana daripada hal yang berikut iaitu:

(a) jika dia menjadi bankrap;

(b) jika dia disabitkan atas sesuatu kesalahan jenayah berkenaandengan penipuan, kecurangan atau keburukan akhlak;

(c) jika dia tidak menghadiri mesyuarat Jemaah Pengarahtiga kali berturut-turut tanpa kebenaran;

(d) jika dia terhenti menjadi seorang warganegara Malaysiaatau seorang anggota Pertubuhan Peladang itu;

(e) jika dia menjadi gila;

(f) jika dia mengambil bahagian dalam apa-apa urusan ataubertindak mengikut suatu cara yang pada pendapat Pendaftarmendatangkan mudarat kepada kepentingan PertubuhanPeladang itu; atau

(g) jika dia menerima gaji daripada atau menjadi pekerjabergaji Pertubuhan Peladang itu.

Wang Pertubuhan Peladang

15. Wang setiap Pertubuhan Peladang hendaklah terdiri daripada—

(a) yuran anggota dan unit anggota; dan

(b) wang yang diperoleh, yang terakru atau yang didapatimenurut kuasa Pertubuhan Peladang itu yang diberikanoleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat dibawahnya.

Kuasa untuk meminjam wang, dsb.

15A. (1) Tertakluk kepada seksyen 6, dan kepada apa-apa hadsebagaimana yang dikenakan dari semasa ke semasa oleh Pendaftar,sesuatu Pertubuhan Peladang boleh meminjam wang ataumenanggung komitmen atau tanggungan kewangan lain bagi maksudmelaksanakan tujuan dan fungsinya.

Page 17: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

Pertubuhan Peladang 17

(2) Dalam setiap mesyuarat agung tahunan, tiap-tiap PertubuhanPeladang hendaklah menentukan, tertakluk kepada had-had yangdikenakan oleh Pendaftar menurut subseksyen (1), had maksimumketerhutangan yang boleh ditanggung olehnya pada bila-bila masadalam tahun kewangan akan datang disebabkan wang yang dipinjamatau akan dipinjam dan komitmen dan tanggungan kewangan lainyang dibuat atau akan dibuat sebelum dan dalam tahun kewanganitu.

Pelaburan wang

15B. Tertakluk kepada seksyen 6, sesuatu Pertubuhan Peladangboleh melaburkan atau mendepositkan wangnya—

(a) ke dalam mana-mana bank yang diluluskan oleh Pendaftardari semasa ke semasa;

(b) dalam apa-apa sekuriti Kerajaan Persekutuan atau Kerajaanmana-mana Negeri;

(c) dalam sekuriti yang dikeluarkan di dalam Persekutuandengan kelulusan Perbendaharaan oleh mana-mana pihakberkuasa awam yang ditubuhkan di bawah undang-undangPersekutuan atau Negeri;

(d) dengan kelulusan Pendaftar, dalam modal syer atau sekuritimana-mana badan atau syarikat berdaftar;

(e) dengan kelulusan Pendaftar, dalam pembelian tanah ataubangunan atau dalam pembinaan bangunan; atau

(f) dengan apa-apa cara lain yang diluluskan oleh Pendaftar.

Kumpulan Wang Rizab

16. Tiap-tiap Pertubuhan Peladang hendaklah menubuhkan suatuKumpulan Wang Rizab yang hendaklah mengandungi wang daripadakumpulan wang am yang diasingkan bagi maksud itu dan yanghendaklah digunakan mengikut perlembagaan atau kaedah-kaedahPertubuhan Peladang itu.

Penyelesaian pertikaian

17. (1) (a) Jika sesuatu pertikaian yang menyentuh urusan sesuatuPertubuhan Peladang berbangkit—

(i) di kalangan anggota, unit anggota, bekas anggota, bekasunit anggota dan orang yang menuntut melalui anggota,unit anggota, bekas anggota, bekas unit anggota dan anggotayang sudah mati;

Page 18: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 109

(ii) antara seorang anggota, unit anggota, bekas anggota, bekasunit anggota atau orang yang menuntut melalui seoranganggota, unit anggota, bekas anggota, bekas unit anggotaatau anggota yang sudah mati dengan Pertubuhan Peladangitu atau Jemaah Pengarahnya; atau

(iii) antara Pertubuhan Peladang itu dengan sesuatu PertubuhanPeladang yang lain;

pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Pendaftar untukkeputusan.

(b) Sesuatu tuntutan oleh mana-mana Pertubuhan Peladang keranasesuatu hutang atau tuntutan yang kena dibayar kepadanya olehseseorang anggota, unit anggota, bekas anggota, bekas unit anggotaatau orang yang dinamakan, waris atau wakil di sisi undang-undangbagi seseorang anggota yang sudah mati atau pelikuidasi bagisesuatu unit anggota yang dibubarkan atau sesuatu tuntutan olehPertubuhan Peladang peringkat yang lebih tinggi bagi sesuatu hutangatau tuntutan yang kena dibayar oleh Pertubuhan Peladang peringkatyang lebih rendah hendaklah disifatkan sebagai suatu pertikaianyang menyentuh urusan Pertubuhan Peladang itu.

(2) Pendaftar boleh, apabila menerima sesuatu rujukan di bawahsubseksyen (1)—

(a) memutuskan pertikaian itu sendiri; atau

(b) merujukkannya untuk diselesaikan kepada penimbang tara.

(3) Sesuatu rayuan terhadap keputusan Pendaftar atau penimbangtara di bawah subseksyen (2) hendaklah dibuat kepada Menteridan hendaklah dibuat dalam tempoh dua bulan dari tarikh keputusanitu.

(4) Sesuatu keputusan Menteri dalam sesuatu rayuan di bawahsubseksyen (3) adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkandalam mana-mana mahkamah.

(5) Sesuatu keputusan Pendaftar atau penimbang tara di bawahsubseksyen (2) atau, jika ada sesuatu rayuan terhadapnya, keputusansebagaimana yang disahkan atau diubah oleh Menteri, hendaklahdikuatkuasakan mengikut cara yang sama seolah-olah keputusanitu ialah suatu penghakiman Mahkamah Sesyen.

Page 19: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

Pertubuhan Peladang 19

Kes dinyatakan atas soal undang-undang

18. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen17, Menteri boleh, pada bila-bila masa apabila sesuatu rayuantelah dirujukkan kepadanya di bawah seksyen itu, merujukkanapa-apa soal undang-undang yang berbangkit dalam perjalananperosiding yang berhubungan dengan rayuan itu untuk pendapatMahkamah Tinggi.

(2) Mahkamah Tinggi hendaklah mendengar dan memutuskansoal undang-undang yang dirujukkan sedemikian.

BAHAGIAN IV A

PENGGABUNGAN PERTUBUHAN PELADANGKAWASAN DAN NEGERI

Prosedur penggabungan Pertubuhan Peladang Kawasan

18A. (1) Mana-mana Pertubuhan Peladang Kawasan bolehmemberikan notis mengikut kaedah-kaedah pertubuhan tentangcadangannya hendak mengadakan mesyuarat agung khas pertubuhanitu yang ketetapan khas bagi penggabungannya dengan PertubuhanPeladang Kawasan yang lain akan dicadangkan.

(2) Dalam mesyuarat setiap Pertubuhan Peladang Kawasan itu,suatu ketetapan khas hendaklah dicadangkan bagi penggabungantersebut dan suatu permohonan hendaklah dibuat kepada Pendaftarbagi maksud itu.

Pendaftaran Pertubuhan Peladang Negeri

18B. Jika sesuatu permohonan di bawah seksyen 18A telah dibuatberkenaan dengan setiap Pertubuhan Peladang Kawasan dan Pendaftarberpuas hati—

(a) bahawa ketetapan khas yang menyokong penggabunganyang dicadangkan itu telah diluluskan dengan sewajarnyaoleh setiap Pertubuhan Peladang Kawasan bersamaan dalamsegala butir-butir material dengan ketetapan yangdiluluskan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan yang lain;

Page 20: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 109

(b) bahawa skim penggabungan yang terkandung dalamketetapan itu dalam hal setiap Pertubuhan PeladangKawasan adalah bersamaan dalam segala butir-butirmaterial dengan ketetapan Pertubuhan Peladang Kawasanyang lain; dan

(c) bahawa peruntukan perlembagaan atau kaedah-kaedahPertubuhan Peladang Negeri yang dicadangkan ituadalah mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawahAkta ini,

dia hendaklah mendaftarkan atau menyebabkan supaya didaftarkanPertubuhan Peladang Negeri itu mengikut kaedah-kaedah yangdibuat di bawah Akta ini.

Prosedur bagi penggabungan Persatuan Peladang Negeri

18C. Berkenaan dengan prosedur bagi penggabungan mana-manadua Pertubuhan Peladang Negeri atau lebih, peruntukan seksyen18A dan 18B hendaklah terpakai dengan syarat bahawa perkataan“Pertubuhan Peladang Kawasan” dan “Pertubuhan Peladang Negeri”di mana-mana jua terdapat masing-masingnya hendaklah digantikandengan perkataan “Pertubuhan Peladang Negeri” dan “PertubuhanPeladang Kebangsaan”.

BAHAGIAN V

PEMERIKSAAN, PENGGANTUNGAN DANPEMBUBARAN

Kuasa untuk memeriksa

19. Pendaftar atau seseorang yang diberi kuasa secara bertulisbagi maksud itu, mempunyai kuasa—

(a) untuk memeriksa akaun dan harta sesuatu PertubuhanPeladang atau unit anggota Pertubuhan Peladang itu; dan

(b) untuk mengadakan suatu penyiasatan berkenaan denganperjalanan urusan dan keadaan kewangan PertubuhanPeladang itu atau unit anggota Pertubuhan Peladang itu.

Page 21: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

Pertubuhan Peladang 21

Kuasa untuk menggantung dan membubarkan

20. (1) Jika Pendaftar berpendapat bahawa untuk kepentinganpeladang amnya dalam sesuatu kawasan untuk berbuat demikiandia boleh dengan perintah menggantung perlembagaan atau kaedah-kaedah sesuatu Pertubuhan Peladang.

(2) Sebaik sahaja perintah di bawah subseksyen (1) dibuat,Pendaftar hendaklah menyebabkan supaya suatu penyiasatan dibuatberkenaan dengan Pertubuhan Peladang itu yang mengenainyaperintah itu telah dibuat atau berkenaan dengan apa-apa aspekurusan Pertubuhan Peladang itu.

(3) Selepas penyiasatan di bawah subseksyen (2) dibuat, Pendaftarboleh menarik balik perintah penggantungan itu atau memerintahkansupaya Pertubuhan Peladang itu dibubarkan sebagaimana yangdifikirkannya suai manfaat.

(4) Tertakluk kepada sesuatu rayuan yang dibuat di bawahperuntukan seksyen 21, perintah bagi membubarkan sesuatuPertubuhan Peladang hendaklah berkuat kuasa apabila tamat tempohtiga bulan selepas tarikh perintah itu disiarkan.

(5) Sesuatu Pertubuhan Peladang yang terlibat oleh sesuatuperintah di bawah seksyen ini hendaklah dibubarkan mengikutperaturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Rayuan

21. Seseorang yang terkilan dengan sesuatu perintah Pendaftaryang dibuat di bawah seksyen 20 boleh dalam tempoh tiga puluhhari dari tarikh perintah itu dibuat, merayu kepada Menteri yanghendaklah mengesahkan atau membatalkan perintah itu, dankeputusan Menteri itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkandalam mana-mana mahkamah.

Tidak boleh menjalankan urusan dalam masa penggantungan

22. Dalam tempoh penggantungan sesuatu Pertubuhan Peladangadalah menyalahi undang-undang bagi Pertubuhan Peladang itumenjalankan apa-apa urusan walau apa pun peruntukan seksyen 4:

Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak menghalang PertubuhanPeladang itu daripada diuruskan atau urusannya daripada dijalankanoleh mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 23.

Page 22: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 109

Pengurusan dalam masa penggantungan

23. Pendaftar adalah berwibawa, selepas suatu perintah menggantungmana-mana Pertubuhan Peladang dibuat, untuk melantik mana-mana orang untuk menguruskan hal ehwal Pertubuhan Peladangitu dalam masa penggantungannya sehingga Jemaah Pengarah yangbaru atau mana-mana pegawai Pertubuhan Peladang itu telah dipilihatau diambil kerja.

Audit

24. Pendaftar hendaklah mengaudit atau menyebabkan supayadiaudit oleh seseorang yang diberi kuasa olehnya melalui perintaham atau khas secara bertulis akaun tiap-tiap Pertubuhan Peladangatau unit anggota Pertubuhan Peladang itu sekurang-kurangnyasekali dalam setahun.

Hak akses kepada rekod, dsb.

24A. (1) Pendaftar atau tiap-tiap orang diberi kuasa berhak mendapatakses pada setiap masa kepada rekod perakaunan dan rekod lain,yang meliputi daftar, tiap-tiap Pertubuhan Peladang dan hendaklahmempunyai kuasa—

(a) untuk memanggil pada masa pengauditannya itu mana-mana pegawai atau bekas pegawai, ejen, pekhidmat atauanggota Pertubuhan Peladang atau unit anggota yang diaada sebab untuk mempercayai boleh memberikan maklumatmaterial berhubung dengan apa-apa transaksi PertubuhanPeladang atau unit anggota atau dengan pengurusan halehwalnya;

(b) untuk menghendaki supaya dikemukakan di mana-manatempat dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yangdinyatakan olehnya apa-apa buku atau dokumen yangberhubungan dengan hal ehwal, atau apa-apa wang tunaiatau sekuriti kepunyaan, Pertubuhan Peladang berdaftaratau unit anggota oleh pegawai atau bekas pegawai, ejen,pekhidmat atau anggota yang memiliki buku, dokumen,wang tunai atau sekuriti itu.

(2) Jika dalam masa penggulungan sesuatu Pertubuhan Peladangatau unit ahli Pertubuhan Peladang itu atau berikutan daripadapengauditan di bawah seksyen 24 atau suatu penyiasatan atau

Page 23: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

Pertubuhan Peladang 23

pemeriksaan di bawah seksyen 19 ternyata bahawa mana-manaorang yang telah mengambil bahagian dalam pengelolaan ataupengurusan Pertubuhan Peladang atau unit anggota itu atau mana-mana pegawai, ejen, pekhidmat atau anggota Pertubuhan Peladangatau unit anggota yang lalu atau sekarang telah menyalahgunakanatau menyimpan atau bertanggungan atau bertanggungjawab bagiapa-apa wang atau harta Pertubuhan Peladang atau unit anggotaitu atau telah melakukan kesalahan misfeasance atau pecah amanahberhubung dengan Pertubuhan Peladang atau unit anggota atauatas permohonan pelikuidasi atau mana-mana pemiutang ataupencarum, Pendaftar atau orang diberi kuasa lain hendaklahmempunyai kuasa untuk memeriksa tatakelakuan orang itu danmembuat suatu perintah meminta supaya dia membayar balik ataumengembalikan wang atau harta itu atau mana-mana bahagiannyaberserta bunga mengikut apa-apa kadar yang difikirkan patut olehPendaftar atau memberi sumbangan sekian banyak kepada asetPertubuhan Peladang atau unit anggota itu dengan cara pampasanberhubung dengan penyalahgunaan, penyimpanan, kecurangan ataupecah amanah itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pendaftardan perintah itu hendaklah dikuatkuasakan mengikut cara yangsama seolah-olah perintah itu ialah suatu penghakiman Mahkamah.

BAHAGIAN VI

PELBAGAI

Daftar anggota

25. Sesuatu daftar atau senarai anggota atau unit anggota yangdisimpan oleh mana-mana Pertubuhan Peladang hendaklah menjadiketerangan prima facie mengenai mana-mana daripada butir-butirberikut yang tercatat di dalamnya:

(a) tarikh nama seseorang telah dicatatkan dalam daftar atausenarai itu sebagai seorang anggota;

(b) tarikh nama sesuatu koperasi berasaskan pertanian ataukumpulan orang telah dicatatkan dalam daftar atau senaraiitu sebagai suatu unit anggota;

(c) tarikh seseorang, koperasi berasaskan pertanian ataukumpulan orang berhenti daripada menjadi seorang anggotaatau unit anggota Pertubuhan Peladang itu.

Page 24: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 109

Bukti mengenai catatan dalam buku Pertubuhan Peladang danunit anggota

26. (1) Suatu salinan bagi sesuatu catatan dalam buku sesuatuPertubuhan Peladang atau unit anggota bagi Pertubuhan Peladangitu yang biasa disimpan dalam perjalanan urusannya hendaklah,jika diperakui mengikut cara yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan, diterima dalam mana-mana prosiding undang-undang,sivil atau jenayah, sebagai keterangan prima facie mengenai adanyacatatan itu dan hendaklah diterima sebagai keterangan mengenaiperkara, transaksi dan akaun yang direkodkan di dalamnya itudalam tiap-tiap hal jika dan setakat yang catatan asal itu sendiriboleh diterima sebagai keterangan.

(2) Tiada seorang pegawai bagi mana-mana Pertubuhan Peladangatau unit anggota itu boleh, dalam mana-mana prosiding undang-undang yang dalamnya Pertubuhan Peladang atau unit anggota itutidak menjadi suatu pihak, dipaksa untuk mengemukakan apa-apabuku Pertubuhan Peladang atau unit anggota, yang kandungannyaboleh dibuktikan di bawah subseksyen (1) atau dipaksa hadir sebagaisaksi untuk membuktikan sesuatu perkara, urusan atau akaun yangdirekodkan di dalamnya, melainkan jika diarahkan sedemikianoleh mahkamah atas sebab-sebab khas.

Kuasa khas Menteri bagi mengecualikan daripada kehendaktentang pendaftaran, dsb.

27. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Aktaini Menteri boleh, dengan perintah khas bagi setiap hal dan tertaklukkepada apa-apa syarat, jika ada, sebagaimana yang bolehdikenakannya, mengecualikan mana-mana Pertubuhan Peladangdaripada apa-apa kehendak Akta ini tentang pendaftaran.

(2) Menteri boleh, dengan perintah am atau khas, mengecualikanmana-mana Pertubuhan Peladang daripada mana-mana peruntukanlain Akta ini, atau boleh mengarahkan bahawa peruntukan ituhendaklah terpakai bagi Pertubuhan Peladang itu mulai dari suatutarikh atau dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang ditentukandalam perintah itu.

Page 25: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

Pertubuhan Peladang 25

Kuasa untuk mengecualikan daripada duti atau cukai

28. Menteri Kewangan boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta,mengenai sesuatu Pertubuhan Peladang atau sesuatu kelas PertubuhanPeladang itu mengurangkan atau meremitkan—

(a) duti atau cukai yang di bawah mana-mana undang-undangyang pada masa ini berkuat kuasa kena dibayar berkenaandengan keuntungan Pertubuhan Peladang itu atau berkenaandengan dividen atau bayaran lain yang diterima oleh anggotaatau unit anggota Pertubuhan Peladang itu oleh sebabkeuntungan;

(b) duti setem yang boleh dikenakan di bawah mana-manaundang-undang yang pada masa ini berkuat kuasa atassetiap surat cara yang disempurnakan oleh atau bagi pihakmana-mana Pertubuhan Peladang, unit anggota itu atauoleh seorang pegawai atau anggota dan berhubung denganurusan Pertubuhan Peladang atau unit anggota itu atauatas apa-apa kelas surat cara itu.

Mesyuarat agung tahunan

28A. (1) Mesyuarat agung tahunan tiap-tiap Pertubuhan Peladanghendaklah diadakan dalam masa tiga bulan selepas berakhirnyatahun kewangan setiap Pertubuhan Peladang.

(2) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), PertubuhanPeladang boleh memohon kepada Pendaftar bagi melanjutkan masauntuk mengadakan mesyuarat agung tahunan.

Dilarang menggunakan perkataan “Pertubuhan Peladang”

29. (1) Tiada seorang pun, pertubuhan atau syarikat atau persatuanmelainkan Pertubuhan Peladang yang didaftarkan di bawah Aktaini boleh berniaga atau menjalankan urusan atas apa-apa namaatau gelaran yang sebahagiannya mengandungi perkataan “PertubuhanPeladang” tanpa kebenaran Menteri:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini bolehterpakai terhadap penggunaan oleh seseorang, sesuatu pertubuhanatau syarikat atau persatuan atau penggantinya dalam kepentinganapa-apa nama atau gelaran yang perniagaan atau urusan telahdijalankan pada permulaan kuat kuasa Akta ini.

Page 26: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 109

(2) Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini melakukansuatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit,dan, mengenai kesalahan yang berterusan, denda tambahan sebanyaklima puluh ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan.

Undang-undang Kesatuan Sekerja dan Akta Syarikat tidakterpakai

30. Peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa berhubung dengan kesatuan sekerja dan peruntukan AktaSyarikat 1965 [Akta 125], tidak terpakai bagi mana-mana PertubuhanPeladang yang didaftarkan di bawah Akta ini.

Kesalahan

31. Seseorang yang—

(a) abai atau enggan melakukan apa-apa perbuatan atau engganatau tidak memberikan apa-apa maklumat yang dikehendakibagi maksud Akta ini atau mana-mana peraturan yangdibuat di bawahnya;

(b) memberi maklumat palsu atau membuat apa-apa pernyataanpalsu mengenai apa-apa perkara yang dikehendaki diberikanatau dibuat di bawah peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;

(c) tidak menurut apa-apa permintaan atau perintah bertulisyang sah yang dikeluarkan di bawah peruntukan Akta iniatau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;atau

(d) melanggar atau tidak mematuhi kehendak lain Akta ini ataumana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya,

melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan boleh didendatidak melebihi satu ribu ringgit dan, mengenai kesalahan yangberterusan, denda tambahan sebanyak lima puluh ringgit bagi setiaphari kesalahan itu diteruskan.

Page 27: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

Pertubuhan Peladang 27

*Larangan dan sekatan ke atas pendaftaran koperasi berasaskanpertanian

32. Mana-mana koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi1993 [Akta 502] selepas Akta ini mula berkuat kuasa, dan yangsatu daripada tujuan atau fungsi utamanya berkenaan denganpengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesanatau sesuatu usaha komersial dan perdagangan sedemikian hendaklahmasuk sebagai unit anggota bagi mana-mana Pertubuhan Peladangsebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah LembagaPertubuhan Peladang.

Kos bagi pembubaran paksa hendaklah ditanggung oleh LembagaPertubuhan Peladang

33. Jika di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawahseksyen 35, mana-mana koperasi berasaskan pertanian yang adapada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa dikehendaki secara paksasupaya dibubarkan, perbelanjaan bagi menggulung koperasi ituakibat peraturan-peraturan itu hendaklah dibayar oleh LembagaPertubuhan Peladang itu seolah-olah perbelanjaan itu telah dilakukansemasa menjalankan kuasa dan fungsinya.

Akta ini hendaklah terpakai

34. Selepas permulaan kuat kuasa Akta ini—

(a) sekiranya ada sesuatu percanggahan antara peruntukanAkta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnyadengan peruntukan Akta Koperasi 1993, peruntukan Aktaini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnyahendaklah dipakai;

(b) Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang hendaklahberkenaan dengan koperasi berasaskan pertanian disifatkansebagai Ketua Pendaftar bagi koperasi itu di bawah AktaKoperasi 1993, dan hendaklah terletak hak dengan danboleh menjalankan semua atau mana-mana daripada kuasaKetua Pendaftar itu.

(c) (Dimansuhkan oleh Akta A247).

*CATATAN—Seksyen ini mula berkuat kuasa pada 15-03-1974 - lihat Akta A247

Page 28: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 109

Peraturan-peraturan

35. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat segalaperaturan yang perlu bagi maksud menjalankan atau menguatkuasakanmana-mana peruntukan Akta ini.

(2) Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan yang diberikanoleh subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh—

(a) menetapkan borang yang hendak digunakan dan syaratyang hendak dipatuhi dengan pembentukan, penubuhandan pendaftaran sesuatu Pertubuhan Peladang, dalampenggabungan dua Pertubuhan Peladang atau lebih kepadasatu Pertubuhan Peladang peringkat yang lebih tinggidan pendaftarannya dan tatacara yang hendaklah terpakaimengenai perkara itu;

(b) menetapkan syarat yang hendaklah dipatuhi oleh orangyang memohon supaya diterima masuk sebagai anggota,dan mengadakan peruntukan mengenai pemilihan danpenerimaan masuk anggota dari semasa ke semasa, danpembayaran yang hendaklah dibuat dan kepentingan yanghendaklah diperoleh sebelum menjalankan hak anggota;

(c) menghendaki sesuatu koperasi berasaskan pertanian untukmemasuki mana-mana Pertubuhan Peladang dan menurutkehendak itu boleh—

(i) mengawal selia kemasukan koperasi itu ke dalamPertubuhan Peladang;

(ii) menentukan pembayaran yang hendaklah dibuat dankepentingan yang hendaklah diperoleh oleh koperasiitu;

(iii) mengawal selia penubuhan, pengurusan dan takatpengawalan koperasi itu oleh Pertubuhan Peladang;

(iv) menentukan taraf, hak dan tanggungan anggotakoperasi itu yang ialah unit yang berhubungan denganPertubuhan Peladang;

(d) menetapkan bilangan maksimum syer atau bahagianmaksimum modal sesuatu Pertubuhan Peladang berdaftaryang boleh dipegang oleh seorang anggota atau sesuatuunit anggota;

Page 29: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

Pertubuhan Peladang 29

(e) mengadakan peruntukan bagi anggota menarik diri danbagi membuang anggota atau bagi menggantung danmembubarkan unit anggota dan bagi pembayaran, jikaada, yang hendaklah dibuat kepada anggota atau unitanggota yang menarik diri atau dibuang atau dibubarkandan bagi tanggungan bekas anggota dan unit anggota;

(f) mengadakan peruntukan bagi mesyuarat anggota dan unitanggota dan bagi tatacara di mesyuarat itu dan kuasayang hendaklah dijalankan oleh mesyuarat itu;

(g) mengadakan peruntukan mengenai penubuhan,keanggotaan, pelantikan, penggantungan dan pemecatanJemaah Pengarah dan pegawai dan pekhidmat lainPertubuhan Peladang dan mengenai tatacara di mesyuaratJemaah Pengarah dan mengenai kuasa yang hendaklahdijalankan dan kewajipan yang hendaklah dilaksanakanoleh Jemaah Pengarah dan pegawai dan pekhidmat lainPertubuhan Peladang;

(h) menetapkan perkara yang berkenaan dengannya sesuatuPertubuhan Peladang boleh atau hendaklah membuatkaedah-kaedah dan tatacara yang hendaklah diikuti padamembuat, mengubah dan membatalkan kaedah-kaedahdan syarat yang hendaklah dipenuhi sebelum membuat,mengubah atau membatalkan kaedah-kaedah itu;

(i) mengawal selia cara bagaimana wang boleh didapati denganjalan syer atau debentur atau selainnya;

(j) menetapkan syarat yang hendaklah dipatuhi oleh sesuatuPertubuhan Peladang yang memohon bantuan kewangandaripada Lembaga Pertubuhan Peladang;

(k) menetapkan pembayaran yang hendaklah dibuat, syaratyang hendaklah dipatuhi, dan bentuk bon, surat cara atausuratan lain yang hendaklah disempurnakan, oleh anggotaatau unit anggota yang memohon pinjaman atau kreditwang tunai, tempoh pinjaman atau kredit boleh diberikan,dan amaun maksimum yang boleh dipinjamkan dan kreditmaksimum yang boleh dibenarkan bagi seseorang anggotaatau sesuatu unit anggota dengan atau tanpa persetujuanPendaftar;

Page 30: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 109

(l) mengadakan peruntukan mengenai cara bagaimana nilaikepentingan seseorang anggota yang sudah mati atau nilaikepentingan sesuatu unit anggota yang dibubarkan hendakditentukan, dan mengenai penamaan seseorang yangkepadanya kepentingan itu boleh dibayar atau dipindahkanhakmilik;

(m) mengadakan peruntukan mengenai cara bagaimana nilaikepentingan seseorang yang telah tidak sempurna akalnyadan yang tidak berupaya menguruskan dirinya atau halehwalnya hendak ditentukan dan mengenai penamaanseseorang yang kepadanya kepentingan itu boleh dibayaratau dipindahkan hakmilik;

(n) mengadakan peruntukan mengenai pembentukan danpenyenggaraan kumpulan wang rizab, dan tujuan kumpulanwang itu boleh digunakan, dan mengenai pelaburan apa-apa wang yang ada di bawah kawalan mana-manaPertubuhan Peladang;

(o) menetapkan syarat yang di bawahnya keuntungan bolehdibahagikan kepada anggota dan unit anggota sesuatuPertubuhan Peladang dan kadar maksimum dividen yangboleh dibayar oleh Pertubuhan Peladang;

(p) menetapkan sistem pengauditan dan pengakaunan sesuatuPertubuhan Peladang dan bagi penyiaran berkala suatukunci kira-kira yang menunjukkan aset dan tanggungansesuatu Pertubuhan Peladang;

(q) menetapkan penyata yang hendaklah dihantar oleh sesuatuPertubuhan Peladang kepada Pendaftar dan orang yangoleh siapa dan bentuk yang dalamnya penyata itu hendaklahdibuat;

(r) mengadakan peruntukan mengenai penyenggaraan suatudaftar anggota dan unit anggota, dan suatu daftar syer;

(s) mengadakan peruntukan mengenai pemeriksaan suratandan daftar di pejabat Pendaftar dan bayaran yang hendaklahdibayar baginya dan mengenai pengeluaran salinan bagisuratan atau daftar itu;

(t) menetapkan cara bagaimana sesuatu soal tentangperlanggaran sesuatu kaedah atau kontrak berhubungdengan pelupusan hasil kepada atau melalui sesuatuPertubuhan Peladang boleh ditentukan dan cara bagaimanaganti rugi yang ditentukan banyaknya bagi sesuatuperlanggaran itu boleh ditentukan atau ditaksirkan;

Page 31: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

Pertubuhan Peladang 31

(u) menetapkan cara melantik penimbang tara dan tatacarayang hendaklah diikuti dalam prosiding di hadapanPendaftar atau penimbang tara itu;

(v) menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti apabila sesuatuunit anggota atau sesuatu Pertubuhan Peladang digantungatau dibubarkan dan mengadakan peruntukan mengenaipelantikan seorang pelikuidasi dan tatacara yang hendaklahdiikuti olehnya;

(w) menetapkan borang yang hendaklah digunakan, bayaranyang hendaklah dibayar, tatacara yang hendaklah dipatuhidan segala perkara lain yang berkaitan atau bersampingandengan pengemukaan, pendengaran dan penyelesaianrayuan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan.

Pemansuhan

36. (1) Akta Persatuan Peladang 1967 [Akta 27 tahun 1967]dimansuhkan.

(2) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa—

(a) semua Persatuan Peladang hendaklah disifatkan sebagaidibentuk dan didaftarkan di bawah Akta ini;

(b) apa-apa sebutan mengenai “Persatuan Peladang” dalammana-mana undang-undang bertulis hendaklah disifatkansebagai sebutan mengenai “Pertubuhan Peladang”; dan

(c) pertukaran nama “Persatuan Peladang” kepada “PertubuhanPeladang” tidaklah menjejaskan apa-apa hak atautanggungan Persatuan Peladang atau menjadikan tercacatapa-apa prosiding undang-undang oleh atau terhadapnya,dan apa-apa prosiding undang-undang yang mungkin telahditeruskan atau dimulakan oleh atau terhadapnya sebelumpermulaan kuat kuasa seksyen ini bolehlah diteruskanatau dimulakan di bawah namanya yang baharu.

Page 32: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 109

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 109

AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasayang meminda dari

Akta A247 Akta Pertubuhan Peladang (Pindaan) 15-03-19741974

Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 29-08-19751975

Akta A552 Akta Pertubuhan Peladang (Pindaan) 01-04-19831983

Akta A721 Akta Pertubuhan Peladang (Pindaan) 01-10-19891989

Akta 502 Akta Koperasi 1993 22-01-1994

P.U. (A) 343/2002 Perintah Penyemakan Undang- 23-08-2002Undang (Pembetulan AktaPertubuhan Ladang 1973) 2002

Page 33: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 109... · pengeluaran pertanian, kredit pertanian, pemasaran atau pemprosesan atau apa-apa usaha perniagaan dan perdagangan seperti itu: Dengan

Pertubuhan Peladang 33

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 109

AKTA PERTUBUHAN PELADANG 1973

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasadari

2 Akta A552 01-04-1983

3 Akta A552 01-04-1983

6 Akta A552 01-04-1983Akta A721 01-10-1989

9 Akta A552 01-04-1983

12 Akta A721 01-10-1989

15A-15B Akta A552 01-04-1983

17 Akta A552 01-04-1983

18A-18C Akta A552 01-04-1983

24A Akta A552 01-04-1983

25 Akta A552 01-04-1983

28A Akta A552 01-04-1983

29 Akta 160 29-08-1975

31 Akta 160 29-08-1975

32 Akta A247 15-03-1974Akta A552 01-04-1983

33 Akta A552 01-04-1983

34 Akta A247 15-03-1974Akta A552 01-04-1983Akta A721 01-10-1989

35 Akta A552 01-04-1983

36 Akta A552 01-04-1983


Top Related