Transcript
Page 1: Ulasan Kajian Tindakan

900/1 PENGAJIAN AM (K1)LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

“PENEROKAAN TEKNIK DAN PENDEKATAN YANG SESUAI DALAM

PROSES MEMBANTU PELAJAR MENYIAPKAN KAJIAN SEJARAH

TEMPATAN”

Oleh:Tan Geok Ling

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Aman,

95000 Sri Aman, Sarawak

Disediakan oleh:ALIAA BINTI MOHAMAT NOH L20101005975NOR HIDAYATI BINTI ABDULLAH L20101005997

Page 2: Ulasan Kajian Tindakan

900/1 PENGAJIAN AM (K1)

Copyright © aida ( smkrmm)

LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian Sejarah Tempatan (KST) merupakan sebahagian daripada Sukatan Pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

Melalui kajian ini, kemahiran Sejarah seperti mencari, mengumpul, menganalisis, mentafsir dan merumus maklumat dan fakta-fakta Sejarah dapat dipertingkatkan. Pengalaman ini membolehkan pelajar peka dan berminat terhadap Sejarah

Oleh kerana KST memainkan peranan penting dalam memupuk minat pelajar terhadap Sejarah maka satu kajian tindakan telah dilaksanakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam menyiapkan KST

Page 3: Ulasan Kajian Tindakan

900/1 PENGAJIAN AM (K1)

Copyright © aida ( smkrmm)

Antara masalah yang dihadapi oleh guru adalah:

- pelajar tidak melaksanakan KST,

- pelajar hanya menyiapkan sebahagian sahaja KST,

- meniru hasil KST rakan-rakan yang lain,

- mengupah atau meminta keluarga atau orang lain melaksanakan KST,

- tidak mengikut arahan atau kehendak soalan KST

- tidak ada pengalaman dalam menghasilkan kerja kursus yang

diberikan.

Oleh itu, guru-guru KST perlu merancang suatu pendekatan yang sesuai bagi membantu pelajar agar mereka dapat menghasilkan KST yang sempurna.

 

Page 4: Ulasan Kajian Tindakan

900/1 PENGAJIAN AM (K1)

Copyright © aida ( smkrmm)

Terbahagi kepada tiga perkara:

1) sampel kajian (peserta kajian)

- pelajar tingkatan satu bestari iaitu seramai 43 orang dan 10 orang

pelajar dari kelas peralihan dalam kelas

2) instrumen kajian

- kaedah temubual, pemerhatian dan catatan guru, catatan murid, KST,

dan refleksi

3) prosedur kajian

- Model Kemmis (1998) dan Model Stringer (2004)

.

METODOLOGI KAJIAN

Page 5: Ulasan Kajian Tindakan

900/1 PENGAJIAN AM (K1)

Copyright © aida ( smkrmm)

Model Kemmis (1998)

Page 6: Ulasan Kajian Tindakan

900/1 PENGAJIAN AM (K1)

Copyright © aida ( smkrmm)

Model Stringer (2004)

Mengumpul Data

Merekabentuk

Mengambil Tindakan

Menganalisis Data Menyampai Hasil

Page 7: Ulasan Kajian Tindakan

900/1 PENGAJIAN AM (K1)

Copyright © aida ( smkrmm)

MENGUMPUL DAN MENGANALISIS DATA

• Pengkaji menggunakan kaedah penerangan, perbincangan dan temubual bersama pelajar bagi menerangkan kaedah penyediaan folio KST seperti berikut:

i. Penghasilan muka depan folio KST

ii. Membina dan menyediakan soalan temuramah

iii. Menyusun, mengelas maklumat dan menulis laporan KST

Page 8: Ulasan Kajian Tindakan

900/1 PENGAJIAN AM (K1)

Copyright © aida ( smkrmm)

i- PENGHASILAN MUKA DEPAN FOLIO KST

• Dapatan kajian:- terdapat sebilangan pelajar yang mempunyai kekurangan dalam

menghasilkan muka depan Folio KST.- Contoh: cara menyusun perkataan dan huruf pada muka depan

folio KST. - Antara punca-punca masalah:

a) sikap pelajar yang malas

b) pelajar gemar menyiapkan kerja di saat-saat akhir - akibatnya kerja yang dihasilkan tidak kemas - semata-mata untuk mengelak daripada hukuman dikenakan.

ii- MEMBINA DAN MENYEDIAKAN SOALAN TEMURAMAH

- pelajar lebih memahami orang sumber yang perlu ditemuramah adalah seperti ibu bapa, datuk-nenek, saudara-mara dan adik-beradik.

Page 9: Ulasan Kajian Tindakan

900/1 PENGAJIAN AM (K1)

Copyright © aida ( smkrmm)

iii- MENYUSUN, MENGELAS MAKLUMAT DAN MENULIS LAPORAN KST

• Dapatan kajian:- 31 orang pelajar berjaya mengumpulkan pelbagai dokumen ahli

keluarga. Contoh: kad pengenalan diri, sijil kelahiran dan sijil perkahwinan.

- 12 orang pelajar belum menjalankan temuramah .- Antara masalah yang dihadapi pelajar semasa menjalankan

temuramah adalah:

a) saudara-mara yang tinggal jauh

b) masa temuramah sentiasa ditangguhkan

c) ahli keluarga tidak memberi kerjasama

d) tidak memberikan maklumat dengan lengkap

e) meminta pelajar mereka-reka maklumat untuk mereka.

- Pelajar yang berjaya mengumpul maklumat menulis laporan KST Bab 1

Page 10: Ulasan Kajian Tindakan

900/1 PENGAJIAN AM (K1)

Copyright © aida ( smkrmm)

MENGAMBIL TINDAKAN

Pengkaji telah membahagikan pelajar kepada empat kumpulan berdasarkan tahap perkembangan KST.

Bil. Kumpulan Sifat Kumpulan Bil. Pelajar

1 Kumpulan A Golongan pelajar yang lebih “advance”

11

2 Kumpulan B Golongan pelajar yang telah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru

15

3 Kumpulan C Golongan pelajar yang berusaha tetapi lemah

7

4 Kumpulan D Golongan pelajar yang belum bertindak

9

Page 11: Ulasan Kajian Tindakan

900/1 PENGAJIAN AM (K1)

Copyright © aida ( smkrmm)

MENYAMPAIKAN HASIL/DAPATAN KAJIAN

Pengkaji :- menggunakan teknik membentuk kumpulan berdasarkan tahap

perkembangan KST pelajar untuk membantu pelajar menyiapkan KST.

- Tujuan:- mudah untuk mengendali dan mengurus pelajar yang

mempunyai tahap perkembangan KST berbeza- pelajar dapat berbincang dan bertukar pendapat - dapat memotivasikan pelajar yang berada di Kumpulan C dan D - menggunakan waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang

singkat dengan lebih berkesan.- Hasilnya:- 7 orang pelajar daripada Kumpulan D telah ditempatkan ke

Kumpulan C

Page 12: Ulasan Kajian Tindakan

900/1 PENGAJIAN AM (K1)

Copyright © aida ( smkrmm)

REFLEKSI

Pengkaji telah merancang bagi mengaplikasikan kaedah refleksi terhadap kesemua kelas tingkatan satu termasuk tingkatan Satu Bestari sekaligus menjadi peserta kajian pengkaji.

Walau bagaimanapun, pengkaji menjangkakan wujudnya masalah data yang terlalu banyak dan bertaburan serta akan menyukarkan pengkaji untuk menganalisis dan menulis laporan kajian tindakan.

Oleh sebab itu, pengkaji telah memutuskan hanya tingkatan Satu

Bestari dijadikan sampel kajian.

Page 13: Ulasan Kajian Tindakan

900/1 PENGAJIAN AM (K1)

Copyright © aida ( smkrmm)

RUMUSAN

Pelbagai teknik dan pendekatan yang digunakan oleh pengkaji dapat membantu pelajar menyiapkan KST mereka.

Pendekatan seperti membentuk kumpulan berdasarkan tahap perkembangan KST pelajar telah memudahkan pengkaji mengendali dan mengurus pelajar yang mempunyai tahap perkembangan KST berbeza serta waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang singkat.

Page 14: Ulasan Kajian Tindakan

900/1 PENGAJIAN AM (K1)

Copyright © aida ( smkrmm)


Top Related