1
UCAPAN YBHG. DATO’ MOHAMMAD BIN MENTEK
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN
MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN MEI KPKT
16 MEI 2017 (SELASA)
DEWAN KRISTAL, KPKT
2
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh, Salam Sejahtera
Para hadirin sekalian
1. Terlebih dahulu sukacita saya memanjatkan kesyukuran ke
hadrat Allah S.W.T dengan limpah izin dan inayah-nya, maka kita
masih diberi kesempatan untuk hadir bersama di majlis
Perhimpunan Bulanan KPKT bagi bulan Mei 2017 pada hari
ini.
3
2. Saya dimaklumkan bahawa penganjuran sambutan pada kali ini
dilaksanakan oleh SWCorp dengan bertemakan Awareness.
Saya juga dimaklumkan bahawa pada hari ini SWCorp akan
menandatangani Memorandum Persefahaman bersama pihak
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan
seterusnya melafazkan Ikrar Bebas Rasuah yang akan
disaksikan oleh Y.B Tan Sri Noh Bin Omar, Menteri KPKT. Ini
adalah satu contoh menyahut seruan kerajaan agar kerjasama
4
dua agensi kerajaan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan
(NBOS) dapat dilaksanakan bagi memantapkan lagi
perkhidmatan sektor kerajaan khususnya di KPKT.
5
Para hadirin sekalian
Membudayakan Nilai Integriti
3. Pengertian integriti telah ditakrif lebih jelas lagi dalam Pelan
Integriti Nasional 2006 (PIN 2006) yang diperkenalkan oleh
Y.A.B Perdana Menteri kelima iaitu Tun Dato’ Sri Abdullah Bin
Haji Ahmad Badawi yang membawa maksud kualiti unggul
yang wujud dalam kalangan individu dan berteraskan prinsip
teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral. Berdasarkan
6
takrifan ringkas ini, integriti boleh difahami sebagai nadi utama
kepada pencapaian hasil kerja berkualiti yang
dipertanggungjawabkan kepada seseorang individu atau
organsasi dengan berlandaskan ciri-ciri kerja bersepadu dan
menyeluruh.
7
4. Justeru, integriti perlu dilihat sebagai satu komitmen terhadap
prinsip moral yang tinggi dalam memikul dan menjalankan
sesuatu tugas sama ada pada peringkat individu atau
organsisasi.
8
5. Pada peringkat individu, penghayatan konsep integriti bererti
seseorang warga kerja perlu menunjukkan keselarasan di antara
apa yang dikatakan dengan apa yang dilakukan, bertindak
menurut prinsip moral, etika dan undang-undang,
mengutamakan kepentingan umum melebihi kehendak dirinya
sendiri dan melakukan kerja dengan kualiti yang bermutu dan
tepat.
9
6. Manakala di peringkat organisasi, penghayatan integriti
perkhidmatan terjelma dalam bentuk perumusan dan
pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan, proses kerja dan
pematuhan terhadap amalan terbaik.
10
Para hadirin sekalian
Isu-isu Integriti di KPKT
7. Penekanan terhadap integriti seperti yang saya jelaskan sebentar
tadi adalah amat penting bagi memastikan seluruh warga KPKT
dapat menerapkan dan membudayakan integriti dalam
melaksanakan peranan dan tanggungjawab ke arah memajukan
organisasi. Sehubungan itu, saya mengingatkan semua warga
11
KPKT untuk memastikan tahap disiplin dan etika kerja sebagai
penjawat awam perlu sentiasa dipatuhi.
8. Mengikut statistik kes dari tahun 2016 sehingga 10 April 2017,
sebanyak 167 kes telah direkodkan dan dari jumlah kes
tatatertib adalah kes pelanggaran tatakelakuan seperti:
(i) Kesalahan tidak hadir bertugas;
(ii) Kesalahan lewat hadir ke pejabat;
12
(iii) Kes Mahkamah/Polis;
(iv) Penyalahgunaan Dadah
(v) Kesalahan pemalsuan sijil cuti sakit ; termasuk
(vi) Keterhutangan serius
9. Oleh itu, saya berharap semua pihak mengambil serius untuk
memastikan isu-isu integriti seperti ini tidak berulang pada
masa hadapan yang boleh menjejaskan imej jabatan dan
13
Kementerian. Di samping itu juga, saya mengingatkan semua
warga KPKT haruslah sentiasa peka dan prihatin dengan isu-
isu yang dibangkitkan di dalam Laporan Audit serta
mengambil iktibar dan mempelajari dari teguran dan
pemerhatian kurang baik yang didedahkan oleh Jabatan
Audit Negara.
14
Para hadirin sekalian
Kepentingan Integriti
10. Integriti sangat penting diperkukuhkan dalam perkhidmatan awam
serta merupakan sebagai satu petunjuk utama dalam
memahami integriti para penjawat awam dan organisasi
melalui aduan yang diterima.
15
11. Integriti secara umumnya adalah berkaitan dengan harga dan
maruah diri serta penghormatan. Ia tidak boleh dibeli dengan
wang ringgit tetapi diperolehi melalui penghayatan nilai-nilai murni
dan etika kerja yang cemerlang. Aspek integriti sangat penting
untuk dijaga pada setiap masa sebagai seorang individu dan juga
sebagai seorang pegawai perkhidmatan awam.
16
12. Integriti menyentuh aspek pelaksanaan tugas dan tanggungjawab
serta amanah yang diberikan. Seseorang yang berintegriti
dengan sendirinya memiliki sifat-sifat amanah, bersih, cekap,
berkesan, bersikap positif dan nilai-nilai murni yang lain.
Sebaliknya, seseorang yang tidak berintegriti, setiap
perlakuannya atau perbuatannya akan diketahui orang sebagai
lakonan semata-mata dan tidak mencerminkan keikhlasan.
Semua tindakan kita hendaklah lahir dari hati yang tulus dan
17
ikhlas supaya apa yang dilakukan akan membuahkan hasil yang
terbaik dan mendapat keberkatan.
13. Kepentingan integriti kepada perkhidmatan awam adalah untuk
mewujudkan pentadbiran dan perkhidmatan awam yang
cekap dan berdisiplin menerusi penerapan nilai-nilai murni
yang dapat mengatasi masalah dan kelemahan dalam
pelbagai aspek pemerintahan seperti pengurusan kewangan,
18
pengendalian kes-kes tatatertib, rasuah, penyalahgunaan
kuasa dan penyelewengan yang ditegah oleh peraturan,
perundangan serta agama.
Para hadirin sekalian
Harapan Terhadap Semua Jabatan Di Bawah KPKT
14. Diharapkan semua jabatan di bawah KPKT dapat melaksanakan
Tadbir Urus yang terbaik dalam menyampaikan perkhidmatan
19
secara cekap dan berkesan, value for money, mengurangkan
pembaziran sumber, mematuhi undang-undang, peraturan dan
piawai yang diguna pakai, mengamalkan sikap jujur, akauntabiliti,
integriti dan telus dalam perkongsian maklumat.
15. Integriti merupakan asas kepada sebuah tadbir urus yang terbaik.
Saya ingin mengingatkan kepada semua warga KPKT supaya
meletakkan integriti dalam setiap tugasan dan amanah yang
20
dipertanggungjawabkan kepada kita. Dalam nilai perkhidmatan
cemerlang seseorang pegawai, aspek integriti hendaklah
dititikberatkan kerana insiden-insiden penjawat awam terlibat
dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa akan turut mencemarkan
institusi perkhidmatan awam.
21
16. Salah satu punca rasuah berlaku adalah akibat “kelemahan
sistem”. Dalam keadaan di mana seseorang itu mempunyai
kuasa monopoli akibat dari kelemahan sistem, ini memberi kuasa
budi bicara yang amat luas kepadanya dalam membuat
keputusan. Sekiranya keputusan yang dibuat itu melibatkan
kepentingan diri dan tiada akauntabiliti serta tanggungjawab,
maka keadaan ini boleh membuka peluang kepadanya untuk
salah guna kuasa dan terlibat dengan rasuah.
22
17. Isu rasuah dalam kalangan anggota penguatkuasa amatlah
dipandang serius. Ini kerana anggota penguatkuasa sentiasa
terdedah dengan isu rasuah dimana terdapat ruang dan peluang
bagi mereka untuk menerima dan memberi rasuah. Mana-mana
anggota penguatkuasa yang didapati mengambil rasuah,
tindakan selanjutnya akan dipanjangkan kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
23
18. Begitu juga bagi warga kerja yang mempunyai potongan gaji
melebihi 60% hendaklah sentiasa dipantau. Ia adalah bertujuan
mengelakkan warga kerja terlibat dengan keterhutangan yang
serius sehingga terlibat dengan pinjaman wang tidak berlesen
dan boleh menyebabkan penurunan produktiviti dan
ketidakcekapan warga kerja dalam melaksanakan tugas.
24
Pelaksanaan Ikrar Bebas Rasuah Di Peringkat KPKT
19. Ikrar Bebas Rasuah (IBR) merupakan satu lagi usaha baharu
Suruhanjaya yang menekankan kepada ikrar serta janji dalam
kapasiti individu oleh mereka yang diamanahkan tanggungjawab
agar menghindari diri daripada terlibat dalam sebarang gejala
rasuah dan salah guna kuasa sepanjang melaksanakan tugas.
25
20. SPRM berharap inisiatif ini dapat memelihara dan meningkatkan
keyakinan rakyat terhadap suruhanjaya dan kementerian dalam
usaha berterusan untuk memerangi jenayah rasuah dan salah
guna kuasa.
26
21. Sedikit peringatan mengenai rasuah untuk semua. Rasulullah
SAW bersabda:
“Barangsiapa yang kami angkat menjadi pemimpin dengan tugas-
tugas tertentu dan telah kami berikan upah sebagaimana yang
semestinya, maka apa-apa yang dia ambil luar daripada apa
yang telah diberikan, itu namanya pengkhianatan (Rasuah). “
(Riwayat Abu Daud)
27
Para hadirin sekalian
Penutup
22. Kerajaan telah menetapkan hala tuju yang jelas mengenai
pewujudan sebuah masyarakat yang berintegriti. Kementerian
pula telah diberikan pelan dibawah PIN ke arah mewujudkan
sebuah perkhidmatan awam yang berintegriti. Semuanya
hendaklah bermula dari diri kita sendiri dalam membentuk sikap
positif dan seterusnya membudayakan etika kerja yang luhur dan
28
murni berdasarkan nilai-nilai teras yang telah ditetapkan iaitu
Amanah, Benar, Bijaksana, Adil, Telus dan Bersyukur.
23. Pada kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang untuk
menyeru kepada semua warga KPKT agar memberikan sepenuh
komitmen, penumpuan dan keutamaan kepada perancangan dan
sasaran yang telah kementerian tetapkan.
29
24. Akhir kata, saya berharap agar semua cabaran, dugaan dan ujian
yang telah kita hadapi pada tahun yang lalu dapat dijadikan
sebagai pengalaman dan kekuatan untuk KPKT terus mengorak
langkah lebih jauh. Kekalkan amalan budaya kerja berprestasi
tinggi yang berteraskan kepada produktiviti, inovasi dan
semangat kerja berpasukan. Semoga KPKT dapat meningkatkan
prestasi yang lebih cemerlang bagi tahun 2017 dan tahun-tahun
berikutnya.
30
25. Ucapan terima kasih kepada jawatankuasa majlis dan para
hadirin yang hadir.
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum
Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan Salam Sejahtera.