UCAPAN BAJET TAHUN 2015
NEGERI PULAU PINANG
oleh
YAB TUAN LIM GUAN ENG
KETUA MENTERI PULAU PINANG
KETIKA MEMBENTANGKAN
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN
DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2015
DI DEWAN UNDANGAN NEGERI
PADA 7 NOVEMBER 2014
“MELABUR DALAM PENDIDIKAN DAN
MENJANA KEMAJUAN DEMI MEMENANGI MASA DEPAN
DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT”
YB Dato’ Yang di-Pertua Dewan,
Saya mohon mencadangkan supaya rang undang-undang yang
bertajuk “Suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi
1
tahun 2015 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca kali kedua.
PENDAHULUAN
YB Dato’ Yang di-Pertua Dewan,
1. Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatkan
kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya saya dapat berdiri
di dalam Dewan yang mulia ini bagi menyampaikan ucapan Bajet
Negeri Pulau Pinang tahun 2015 dalam persidangan dewan pada kali
ini.
2. Saya juga ingin menzahirkan rasa syukur kepada Tuhan kerana
diberi kesempatan kepada saya dan semua kepimpinan negeri untuk
meneruskan tugas yang diamanahkan dan saya bagi pihak kepimpinan
negeri beriltizam untuk melakukan segala yang termampu untuk terus
membela dan menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri.
Dengan usaha gigih dan bersungguh-sungguh, pengurusan serta
program pembangunan yang terancang inklusif dan seimbang ini telah
banyak memberi impak ke atas kualiti hidup rakyat.
YB Dato’ Yang di-Pertua Dewan,
3. Bagi tujuan mengekalkan prestasi dan merancakkan
pembangunan negeri yang lebih mampan pada tahun 2015, Kerajaan
2
Negeri akan terus memberi penekanan kepada belanjawan berteraskan
hasil (outcome-based budgeting). Laporan Ketua Audit Negara Bagi
Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Tahun 2013 telah merumuskan
bahawa kedudukan kewangan negeri adalah baik. Kedua-dua Akaun
Hasil Disatukan dan Kumpulanwang Disatukan mencatatkan
peningkatan manakala prestasi pembayaran hutang awam adalah
sangat baik. Secara rumusan, sistem pengurusan kewangan negeri
melalui urus tadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) telah
menunjukkan bahawa pentadbiran bersih dan berhemah berupaya
untuk menjana lebihan belanjawan yang sihat. Laporan Ketua Audit
Negara juga telahpun memuji kemampuan Kerajaan Negeri dalam
mengubahkan anggaran defisit RM262.04 juta dalam Belanjawan 2013
kepada lebihan RM1.30 juta. Ini bermakna Kerajaan Negeri
meneruskan rekod belanjawan lebihan (atau surplus) untuk setiap
tahun sejak 2008. Tanpa prejudis juga dan berdasarkan fakta yang
terbukti dalam laporan-laporan Audit sebelum ini, Kerajaan Negeri
Pakatan Rakyat amat berbangga dalam kejayaan-kejayaan yang
dicapai dalam mengukuhkan kedudukan kewangan negeri sehingga
kini.
4. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kumpulanwang
Disatukan telah mencecah RM1.29 billion pada tahun berakhir 31
Disember 2013, kenaikan RM100 juta atau 8.4% berbanding dengan
2012. Jumlah ini merupakan simpanan yang tertinggi yang pernah
dicapai. Saya tidak menyangkal bahawa mungkin ada pihak yang
memperlekehkan kejayaan ini dengan tohmahan bahawa simpanan
terkumpul ini ialah kerana Kerajaan Negeri kedekut sehingga tidak
membelanjakan wang. Kenyataan ini sama sekali tidak berasas.
3
Sebenarnya Kerajaan Negeri membelanjakan RM832.42 juta dalam
tahun 2013 berbanding perbelanjaan berjumlah RM540.08 juta pada
tahun 2012. Kerajaan Negeri hanya berjimat kerana tidak mahu
pemborosan, pembaziran di samping membendung penyelewengan
dalam pengurusan kewangan. Dalam masa yang sama, hasil usaha ini
Kerajaan Negeri telah berupaya meneruskan pelbagai program
pembangunan dan kebajikan rakyat, di mana sejak dimulakan program
bantuan sosial rakyat pada tahun 2008, lebih daripada RM192.98 juta
hasil negeri telah diagihkan secara langsung secara wang tunai kepada
rakyat.
5. Dalam usaha merealisasikan matlamat menjadikan Negeri Pulau
Pinang sebuah negeri maju, pintar dan bertaraf antarabangsa
menjelang tahun 2015, pembangunan modal insan yang berkemahiran
tinggi, dilengkapi dengan pengetahuan sains dan teknologi, kompeten
dan berintegriti sememangnya menjadi pra-syarat utama dalam agenda
pembangunan negeri. Lantaran itu, kualiti perkhidmatan perlu
ditingkatkan supaya mampu menjana perubahan dan peningkatan
produktiviti terutamanya dalam menghadapi dunia tanpa sempadan
pada hari ini. Justeru, konsep 3T iaitu Talent (Bakat), Technology
(Teknologi) dan Tolerance (Toleransi) diyakini mampu meningkatkan
keupayaan sesebuah masyarakat berpengetahuan dan berkemahiran
tinggi dalam mengekalkan modal insan cemerlang dalam kelompok
yang kreatif dan berdaya maju.
6. Bajet 2015 bertemakan “Melabur Dalam Pendidikan Dan
Menjana Kemajuan Demi Memenangi Masa Depan Dan Kesejahteraan
Rakyat”, mencerminkan hasrat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat untuk
4
memastikan ekonomi negeri dapat terus berkembang dan mampan,
dan dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat.
7. Bapa falsafah ekonomi buruh moden Jacob Mincer membuktikan
hubungkait pengagihan pendapatan dengan pendidikan formal dan
informal. Pendidikan formal adalah tahap persekolahan dan pendidikan
informal adalah pengalaman atau latihan pekerjaan. Beliau mengirakan
pendapatan tahunan seseorang pekerja boleh naik sebanyak 5-10%
untuk setiap tahun tambahan pekerja itu bersekolah secara formal.
Pendapatan juga naik bagi pendidikan informal, tetapi pada kadar yang
lebih rendah, untuk setiap tahun tambahan dalam pengalaman kerja
atau latihan pekerjaan yang diperolehi oleh pekerja. Kerajaan negeri
ingin mengikuti landasan teori “empirical” sumber manusia Mincer yang
berpaksikan pendapatan sebagai fungsi persekolahan, pengalaman
kerja dan kini merangkumi keupayaan bersemangat pasukan dan
kualiti kempimpinan.
Cabaran utama adalah untuk mewujudkan pekerjaan pendapatan tinggi
yang memberikan nilai sebenar kepada para pekerja, khususnya yang
tidak berpeluang ke universiti. Sains dan teknologi adalah satu
alternatif ke arah pekerjaan berpendapatan tinggi.
Kami memang peminat kepada kejayaan pendidikan vokasional sistem
negara Jerman. Syarikat Jerman tersebut bukan sahaja melatih dan
mendidik pelajar dengan penuh berkualiti tentang kepakaran yang
5
diperlukan oleh syarikat tersebut, tetapi menawarkan pekerjaan dengan
gaji lumayan dalam syarikat selepas mereka menamatkan pengajian.
Kerajaan Negeri akan berusaha membawa sistem pendidikan
vokasional negara Jerman dalam bentuk asal ke Pulau Pinang, di
mana sekolah akan didirikan dalam kilang untuk melatih pelajar yang
akan jadi bakal pekerjanya. Perbincangan sedang dijalankan dan kalau
ini berjaya, bukan sahaja ia adalah kali pertama di Malaysia tetapi akan
membuka suatu ruang dan dunia baru kepada anak negeri Pulau
Pinang.
Cabaran berikutnya adalah untuk meningkatkan tahap dan nilai
pendidikan sains, matematik dan teknologi yang kian merosot
sepertimana yang dinilai oleh Programme for International Students
Assessment atau PISA. PISA menilai penguasaan sains dan matematik
pelajar Malaysia berumur 15 tahun bukan sahaja 3 tahun ketinggalan
dengan negara maju seperti Singapura dan Korea Selatan tetapi juga
lebih mundur daripada Thailand dan Vietnam.
Untuk menaikkan standard sains dan matematik, Kerajaan negeri
bercadang menubuhkan Penang Science Cafe (PSC), Penang Tech
Dome (PTD) dan Penang Learning Center yang menawarkan
pengajian STEM.
PSC berusaha menarik minat kanak-kanak dan pelajar-pelajar dengan
menggalakkan mereka memainkan jari bukan dalam telefon bimbit
6
tetapi merekakan robot dan menggerakkan alat-alat permainan yang
statik.
PTD berusaha untuk meletakkan semua rekaan dan ciptaan yang baru
dalam satu tempat agar boleh dipelajari dan memberikan sumber
inspirasi tentang sains dan teknologi. Manakala STEM berusaha
menimbulkan perhatian pelajar yang kurang minat ke atas kelebihan
sains dan teknologi. Satu Pameran Antarabangsa Sains Pulau Pinang
yang bertaraf dunia akan berlangsung selama dua hari pada 15-16
November di Stadium SPICE Arena.
Kerajaan Negeri harap usaha sedemikian boleh memudahkan usaha
Kerajaan Negeri untuk mentransformasikan Pulau Pinang sebagai
pusat kecemerlangan sains dan teknologi di Malaysia.
8. Seiring dengan matlamat yang ingin dicapai dalam tahun 2015,
maka Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah merencanakan tiga (3)
strategi utama dalam Bajet 2015 iaitu:
Strategi pertama : Memperkukuhkan kewangan negeri dan
mempertingkatkan daya saing negeri;
Strategi kedua : Memperkasa pembangunan modal insan
dengan mengukuhkan pendidikan dan
penguasaan ilmu pengetahuan; dan
7
Strategi ketiga : Meningkatkan kesejahteraan rakyat khususnya
dalam pembinaan rumah mampu milik dan
pengangkutan awam.
STRATEGI PERTAMA : MEMPERKUKUHKAN KEWANGAN NEGERI DAN MEMPERTINGKATKAN DAYA SAING NEGERI
Ekonomi Negeri Pulau Pinang
9. Kita bersyukur kepada Tuhan kerana Negeri Pulau Pinang tidak
mengalami kesan negatif yang ketara akibat pertumbuhan ekonomi
yang perlahan berikutan keadaan krisis kewangan dunia yang tidak
menentu. KDNK Negeri Pulau Pinang pada tahun 2013 adalah 5%
berbanding dengan purata nasional 4.7%. KDNK telah meningkat
daripada RM39.2 billion pada 2005 kepada RM62.6 billion pada 2013
iaitu peningkatan 6% setahun. Daripada jumlah ini, sumbangan sektor
perkhidmatan kepada KDNK telah pun meningkat daripada 41.5%
kepada 47.1% manakala sektor pembuatan menurun daripada 54.6%
kepada 48.4%. Ini menunjukkan betapa penting sektor pembuatan dan
perkhidmatan yang merangkumi 95.5% KDNK Pulau Pinang. Yang tak
dijangka adalah peningkatan sektor pertanian daripada 1.6% KDNK
kepada 1.9% KDNK manakala sektor pembinaan meningkat daripada
2.2% kepada 2.6%. Peningkatan sektor pertanian banyak bergantung
kepada perkembangan sektor akuakultur khususnya di atas laut, di
mana daripada sifar sangkar ikan atas laut telah meningkat kepada 300
sangkar ikan atas laut pada akhir 2013 yang kini menjana nilai
pengeluaran sebanyak RM550 juta setahun. Kejayaan akuakultur ikan
atas laut adalah satu pengesahan kepada keberkesanan urus tadbir
8
CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus) di mana sistem permohonan
dimudahkan dengan menghadkan permohonan kepada si pengusaha
(tidak boleh disewakan) saiz maksima 8,000 meter persegi dan
diluluskan secara automatik dalam 6 minggu dalam zon yang
ditetapkan.
YB Dato’ Yang di-Pertua Dewan,
Menyediakan Persekitaran Kondusif Bagi Pelaburan Luar
10. Memandangkan sektor pembuatan di Pulau Pinang merupakan
penyumbang utama dengan nilai eksport sebanyak 25% nilai eksport
Malaysia, sektor pelaburan terus menjadi pemangkin pertumbuhan
ekonomi Negeri Pulau Pinang. Pulau Pinang adalah di antara negeri
terbaik dari segi pelaburan langsung asing (foreign direct investment -
FDI) di Malaysia bagi tempoh 2008 hingga Julai 2014 berjumlah
RM30.2 billion. Mengikut Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia
(MIDA), sejumlah RM4.6 billion projek pembuatan telah diluluskan
untuk Negeri Pulau Pinang bagi tempoh Januari hingga Julai 2014
yang melebihi jumlah pelaburan keseluruhan tahun 2013 sebanyak
RM3.91 billion. Tidak boleh dinafikan pelabur asing berminat datang ke
Pulau Pinang kerana mereka mahu berada dalam persekitaran yang
mencerminkan falsafah korporat mereka yakni bersih, efisien dan
kompetitif sama dengan urus tadbir CAT. Kejayaan dalam sektor
industri ini menyebabkan kadar pengangguran yang paling rendah di
Malaysia sebanyak 1.7% berbanding dengan purata nasional 3.2%
pada 2013. Malah Pulau Pinang kekurangan 20,000 pekerja.
9
11. Adalah perlu Pulau Pinang menjana pekerjaan pendapatan tinggi
dan meningkatkan daya saing dan produktiviti kita. Pulau Pinang
mempunyai potensi untuk menjadi hab serantau kelima terbaik dalam
perkhidmatan perkongsian penyumberan luar (Shared Services
Outsourcing-SSO) sebagai salah satu daripada 31 hab BPO global
masa depan. Kerajaan Negeri juga telah mengorak langkah ke
hadapan dengan membangunkan Hab Business Process Outsourcing
(BPO) yang bernilai RM3.3 billion untuk pembangunan ruang pejabat
dan campuran seluas 222,967 meter per segi (2.4 juta kaki per segi)
yang telah dilancarkan pada 1 Mac 2014. BPO hab ini merangkumi tiga
komponen utama iaitu Information Technology Outsourcing-BPO (IT-
BPO) parks di Bayan Lepas dengan keluasan 74 ekar, BPO Prime di
Bayan Baru dengan keluasan tujuh (7) ekar dan Creative Animation
Triggers (CAT) dengan keluasan 9,290 meter persegi di Tapak Warisan
Dunia George Town. Kesemua ini dijangka akan menjana 30,000
peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi apabila projek ini
dibangunkan sepenuhnya dalam tempoh 10 tahun.
Menggalakkan Perkembangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
12. Kita tidak boleh melupakan peranan penting oleh IKS
memandangkan ianya menyumbang kepada rantaian bekalan bagi
MNC serta syarikat-syarikat besar tempatan. Negeri Pulau Pinang juga
telah diiktiraf oleh SME Corp Malaysia sebagai satu-satunya negeri di
Malaysia yang memberi penekanan kepada pembangunan IKS.
10
13. Lantaran itu, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif melalui
InvestPenang untuk membangunkan IKS di Pulau Pinang dengan
menggunakan tiga (3) pendekatan iaitu penubuhan Pusat Penasihat
Pasaran, Sumber dan Latihan IKS Pulau Pinang (Penang SME Market
Advisory, Resource & Training - Penang S.M.A.R.T Centre), Pusat IKS
Pulau Pinang RM40 juta (Penang SME Centre) sebagai pemangkin
SME baru dan Perkampungan IKS Pulau Pinang di Batu Kawan
(Penang SME Village) untuk kilang-kilang SME.
YB Dato’ Yang di-Pertua Dewan,
Meningkatkan Potensi Industri Pelancongan dan Warisan
14. Di bawah methodologi baru Kementerian Pelancongan, Pulau
Pinang menduduki tempat keempat selepas Kuala Lumpur, Pahang,
Johor dengan 4.7 juta pelancong pada tahun lepas. Tahun ini, bilangan
pelancong dijangka meningkat kepada 5.5 juta. Faktor utama imej
Pulau Pinang dalam kaca mata pelancong bukan lagi pelancongan
perubatan atau makanan lazat tetapi adalah Tapak Warisan UNESCO
George Town mengikut satu kajian selidik yang terkini 2014 oleh USM.
Imej kedua para pelancong tentang Pulau Pinang adalah makanan dan
kemudian pantai berpasir. Oleh itu Kerajaan Negeri akan
memantapkan usaha memelihara, melindungi dan mempromosikan
warisan dengan menambahkan wang peruntukan ruang pejabat dan
yang paling penting sumber kepakaran. Demi mengekalkan
keistimewaan makanan penjaja Pulau Pinang yang enak, Kerajaan
11
Negeri telah memutuskan untuk melarang pekerja asing daripada
menjadi tukang masak. Maklumbalas daripada orang ramai
menunjukkan 85% yang sokong syor ini. Satu tempoh peralihan
selama setahun akan diberikan sehingga 1.1.2016. Promosi
pelancongan di Pulau Pinang akan diteruskan oleh Penang Global
Tourism dengan penganjuran festival, muzik dan pelancongan sukan
dalam acara squash, angkat berat dan badminton. Kini Pulau Pinang
menjadi minat industri perfileman bukan saja daripada benua asia
daripada Hong Kong, Taiwan, China, Singapura, India tetapi juga
daripada BBC United Kingdom.
15. Bukit Bendera merupakan salah satu daripada produk
pelancongan yang terkemuka di Pulau Pinang. Untuk menarik
pelancong ke Bukit Bendera sebagai pusat peranginan terunggul di
Malaysia. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Bukit Bendera telah
menjalankan projek-projek mesra alam sekitar bernilai RM15 juta dan
merancang mengadakan projek kereta kabel yang menghubungkan
Taman Belia ke Bukit Bendera serta Teluk Bahang ke Bukit Bendera.
Projek ini dianggarkan menelan belanja RM250 juta dan Kerajaan
Negeri akan meminta bantuan daripada Kerajaan Persekutuan.
16. Kerajaan Negeri amat prihatin dalam melindungi aset dan
bangunan warisan. Sehubungan itu, sebuah Muzium Kolonial usaha
pihak ”private collector” yang bertujuan untuk menyimpan dan
mempamerkan artifak bersejarah untuk tatapan umum akan dibina.
Projek yang akan menelan belanja RM8 juta ini telah pun dipersetujui
oleh Y.B. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan ketika kunjungan
beliau ke negeri ini pada 11 Ogos 2014 lalu.
12
17. Memandangkan tahun 2015 merupakan Tahun Melawat Pulau
Pinang (Visit Penang Year 2015) dan selaras dengan kempen Tourism
Malaysia untuk tahun 2015 yang bertemakan Year of Festivals,
Kerajaan Negeri telah merancang untuk menganjurkan pelbagai acara
tambahan selain daripada George Town Festival, International Jazz
Festival, hiburan dan muzik Festival George Town.
18. Bagi memastikan kelangsungan projek-projek dan program-
program tarikan pelancongan dan warisan bagi tahun 2015, peruntukan
berjumlah RM27 juta akan disediakan berbanding dengan RM24 juta
tahun ini.
Pertanian Sebagai Perniagaan
19. Kerajaan Negeri akan memperuntukkan RM6.16 juta untuk
pembangunan sektor pertanian di Pulau Pinang. Tumpuan pada masa
ini adalah untuk projek-projek yang tidak memerlukan saiz tanah yang
luas tetapi mempunyai nilai tambah (value added) yang tinggi seperti
tanaman herba, rempah ratus, Rosella dan cendawan.
20. Program Tabung Usahawan Tani Muda, satu skim mikrokredit,
yang telah diumumkan pada Belanjawan 2014, telah dilancarkan pada
13 Jun 2014 ketika Agrofest 2014 dengan dana awal sebanyak
RM250,000. Melalui kerjasama Penang Development Corporation dan
Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan Jabatan Perkhidmatan
Veterinar Negeri, seramai 30 orang penerima telah dipilih untuk tahun
13
ini bagi mendapatkan bantuan mikrokredit sebanyak RM5,000 untuk
meningkatkan produktiviti dan memperkembangkan projek pertanian
mereka.
21. Atas sambutan baik terhadap skim ini, maka Kerajaan Negeri
akan meneruskan program ini dengan sumbangan sebanyak
RM250,000 untuk tahun hadapan.
22. Bagi menjamin agar nelayan-nelayan di negeri ini hidup dengan
lebih sempurna dan tidak terbeban maka Kerajaan Negeri akan
meneruskan pemberian bantuan pukat pantai dua kali setahun kepada
2,981 orang nelayan yang berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia di seluruh Negeri Pulau Pinang. Sehubungan itu, sejumlah
RM1.6 juta akan disediakan pada tahun 2015 untuk kesinambungan
program ini. Dalam agenda yang sama, Kerajaan Negeri melalui
Jabatan Perikanan juga akan mengadakan pemantauan berkala
terhadap kualiti air Sungai Muda, Sungai Perai dan Sungai Kerian
memandangkan pada tahun ini sebanyak 250,000 ekor benih udang
galah dan 200,000 ekor benih ikan lampam sungai telah dilepaskan.
23. Semasa seluruh negara dilanda fenomena Al-Nino pada awal
tahun 2014, pengeluaran perikanan dan akuakultur juga turut merasai
tempiasnya apabila jumlah pengeluaran ikan hanya mencatatkan
55,260 tan metrik manakala pengeluaran akuakultur mencatatkan
45,645 tan metrik sahaja. Keadaan ini menyebabkan penternak ikan di
negeri ini mengalami kerugian yang besar. Bagi meningkatkan hasil
pengeluaran perikanan di Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri akan
14
mempercepatkan pembangunan Projek Zon Industri Akuakultur (ZIA)
Penaga dan pembinaan tukun-tukun tiruan di tiga (3) tapak iaitu
perairan Pulau Aman, Pulau Kendi dan Pulau Rimau. Dalam pada itu,
Kerajaan Negeri juga sedang membuat pindaan kepada deraf akhir
Garis Panduan Pembangunan Projek Akuakultur di Pulau Pinang dan
akan merupakan negeri pertama yang mempunyai garis panduan
seperti ini.
STRATEGI KEDUA : MEMPERKASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN DENGAN MENGUKUHKAN PENDIDIKAN DAN PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN
Menyediakan Persekitaran Pendidikan Yang Kondusif (ESTEEM)
24. Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadi hab
pendidikan sains dan teknologi satu Pusat Pembelajaran Karpal Singh
telah dibina di Kampung Buah Pala dengan kos RM5 juta yang
didermakan oleh ECM-Libra Foundation. Kerajaan Negeri akan
membina sebuah Pusat Pembelajaran di semua daerah bagi
menggalakkan pembelajaran berterusan di pelbagai peringkat umur.
Satu Pusat Pembelajaran di Daerah Seberang Perai Tengah di atas
tanah seluas empat (4) ekar akan dibina pada tahun depan. Pusat
Pembelajaran ini akan memberi penekanan kepada empat (4) bidang
utama iaitu Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM).
Kerajaan Negeri akan menambah dua perkara Bahasa Inggeris dan
Engagement Teaching untuk menambah keupayaan interaksi sosial
dalam penguasaan ilmu pengetahuan untuk menjadikannya ESTEEM
15
teaching (Engagement Teaching, Science, Technology, Engineering,
English, Mathematics).
Pembangunan Modal Insan ICT dan Pusat Animasi Malaysia
25. Pulau Pinang mempunyai potensi untuk menjadi satu ‛cluster’
Pusat Animasi di Malaysia pada masa hadapan. Sehubungan itu,
Creative Animation Triggers (CAT) di Tapak Warisan UNESCO George
Town Pulau Pinang boleh menghasilkan perkhidmatan pengisian
bertaraf antarabangsa. Pulau Pinang memang memiliki kelebihan
dengan memenuhi syarat 3T untuk menubuhkan 'creative cluster' iaitu
“Talent, Technology and Tolerance”.
Membangun Masyarakat Berpengetahuan
26. Peningkatan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) dalam perniagaan boleh mendorong kepada peningkatan
produktiviti dan kecekapan dalam semua aspek rantaian nilai. Satu
kajian oleh McKinsey “The Internet’s Impact on Aspiring Countries”
menunjukkan bahawa internet telah menyumbang 4.1% atau sebanyak
USD9.75 billion kepada KDNK Malaysia yang berjumlah USD238
billion pada tahun 2010. Prestasi ini meletakkan Malaysia di kedudukan
30 teratas dalam negara yang berkembang pesat di mana internet
berpotensi untuk mentransformasikan pelbagai perkara. Pulau Pinang
memang harus menceburkan diri khususnya dalam 'cloud computing',
Big Data Analytics (BDA) dan Internet of Things (IOT).
16
27. Seiring dengan perkembangan dunia tanpa sempadan pada
masa ini, Kerajaan Negeri bercadang meminta High Speed Broadband
di pasang yang akan dikendalikan menerusi mekanisme satu henti oleh
YB Padang Kota serta menambahkan lagi hotspot WiFi percuma di
seluruh Negeri Pulau Pinang daripada 1,550 hotspot WiFi kepada
3,100 hotspot WiFi dalam tempoh tiga (3) tahun akan datang. Segala
usaha ini akan dibiayai menerusi perkongsian dengan pihak swasta
atau melibatkan perbelanjaan jutaan yang belum dipasti lagi.
STRATEGI KETIGA : MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT KHUSUSNYA DALAM PEMBINAAN RUMAH MAMPU MILIK DAN PENGANGKUTAN AWAM
Program Perumahan untuk Rakyat
28. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan dana RM500 juta untuk
membina 22,545 unit perumahan mampu milik (Affordable Housing
Scheme-AHS) di kelima-lima daerah di Pulau Pinang dengan tawaran
harga di antara RM42,000.00 hingga RM400,000.00. Beberapa projek
telah memulakan pembinaan dan semoga projek pertama akan siap
dalam masa 3 tahun lagi.
29. Bagi meningkatkan kemampuan golongan berpendapatan rendah
dan sederhana rendah untuk layak mendapat pinjaman bank untuk
membeli rumah, Kerajaan Negeri mencadangkan supaya Bank Negara
memulihkan semula skim Developer Interest Bearing Scheme (DIBS)
bagi pembeli rumah kali pertama. Pemulihan DIBS oleh Bank Negara
adalah perlu bagi pembeli rumah kali pertama untuk hartanah yang
17
bernilai kurang daripada RM400,000 agar dapat pinjaman bank untuk
membeli rumah mereka.
30. Sebagai kerajaan yang berjiwa rakyat, di samping menyediakan
perumahan mampu milik yang kondusif, fokus juga diberikan kepada
usaha penyelenggaraan (maintenance) bangunan di semua rancangan
perumahan kerajaan yang sedia ada iaitu melaksana kerja-kerja
menaiktaraf sistem pendawaian elektrik, sistem perpaipan dan tangki
air, lif serta perparitan. Pada tahun semasa 2014, Kerajaan Negeri
telah menyediakan peruntukan sejumlah RM11.3 juta untuk
pembiayaan kerja-kerja menaiktaraf dan membaiki secara berperingkat
semua 49 rancangan perumahan Kerajaan Negeri yang melibatkan
15,431 unit rumah. Usaha membaikpulih perumahan kerajaan
diteruskan dalam tahun 2015 dan sebanyak RM15.11 juta
diperuntukkan dalam tahun 2015 untuk kerja-kerja menaiktaraf dan
penyelenggaraan.
31. Kerajaan Negeri melalui Projek Ekonomi Khas telah
memperuntukkan sebanyak RM 2.09 juta untuk Program Pembaikan
Rumah Rakyat Termiskin (Bina Baru dan Baiki) dengan nilai siling
pembiayaan sebanyak RM35,000 untuk membina rumah baru dan
RM11,000 untuk membaiki rumah asal. Atas dasar keprihatinan dan
juga mengambil kira kenaikan kos bahan binaan, Kerajaan Negeri
bersetuju untuk menaikkan nilai siling bagi projek – projek ini; iaitu
daripada RM 35,000 kepada RM 40,000 bagi tujuan membina rumah
baru dan daripada RM11,000 kepada RM15,000 bagi tujuan membaiki
rumah asal.
18
YB Dato’ Yang di-Pertua Dewan,
Pengangkutan Awam Yang Cekap
32. Usaha Kerajaan Negeri untuk mendirikan satu sistem
pengangkutan awam yang efisien dan selesa amatlah penting untuk
mengatasi masalah kesesakan jalan raya dan meningkatkan
produktiviti. Usaha mengadakan sistem monorel dan pengangkutan
awam terbantut ekoran keengganan Kerajaan Pusat untuk menunaikan
janji yang dibuat 8 tahun dahulu dan bekerjasama dengan Kerajaan
Negeri. Kerajaan Negeri telah pun mengambil inisiatif baru untuk
mewujudkan sistem pengangkutan awam yang komprehensif dengan
melancarkan Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang bernilai
RM27 billion pada Mac 2013. Pelan Induk Pengangkutan Awam Pulau
Pinang yang bernilai RM27 billion merangkumi cadangan lebuh raya /
express way baru, pelebaran jalan-jalan sedia ada, menaiktaraf
persimpangan-persimpangan dan merangka komponen pengangkutan
awam yang terdiri daripada bas awam, sistem Light Rail Transit (LRT),
tram, Bus Rapid Transit (BRT), keretapi, feri atau teksi air serta
mengenal pasti lokasi-lokasi untuk ”Park and Ride”. Walaupun tender
RFP ini hanya akan ditutup pada 16 Februari 2015, namun sehingga 12
September 2014, sejumlah 46 dokumen RFP dengan harga RM2,000
setiap set telah pun dijual kepada pihak yang berminat untuk menyertai
tawaran tersebut.
33. Kerajaan Negeri juga sedang melaksanakan projek Mobile App
yang dikenali sebagai Penang Intelligence Traffic and Transport
19
System (PiTTs). Melalui sistem ini, pengguna akan dapat mengetahui
maklumat pengangkutan awam, keadaan lalu lintas semasa dan pelan
jalan ke semua lokasi di Negeri Pulau Pinang. Pelaksanaan ini
terbahagi kepada dua (2) fasa iaitu fasa pertama bermula pada bulan
Ogos hingga November 2014 dan fasa kedua akan bermula pada
bulan Februari hingga April 2015. Dengan adanya sistem ini, Pulau
Pinang menempah sejarah lagi sebagai negeri pertama yang
mempunyai aplikasi khusus sebegini di samping aplikasi-aplikasi lain
seperti Waze, Google Maps yang sedia ada dipasaran.
34. Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk melaksanakan Projek
Penang Hop On Hop Off (HOHO) yang memfokuskan kepada
kawasan-kawasan pelancongan terutama di Tapak Warisan Dunia
George Town sehingga meliputi kawasan di Batu Feringghi.
Perkhidmatan bas 2 tingkat ini yang dijangka menelan belanja RM10
juta setahun juga akan menarik para pelancong dijangka mula
beroperasi pada Disember 2014 nanti.
YB Dato’ Yang di-Pertua Dewan,
Meningkatkan Infrastruktur dan Kemudahan Asas
35. Dalam menunaikan komitmen Kerajaan Negeri untuk
memantapkan dan meningkatkan lagi pembangunan infrastruktur dan
kemudahan asas di bandar dan luar bandar, sejumlah RM32.7 juta
disediakan pada tahun 2015, khususnya enam (6) projek pembinaan
dan menaiktaraf jalan dengan anggaran kos berjumlah RM86.3 juta.
20
Keenam-enam projek yang dimaksudkan ialah Projek Pelebaran
Jambatan dan Menaiktaraf Jalan Dari Satu Lorong ke Dua Lorong dari
Jalan Perusahaan hingga ke Persimpangan Lampu Isyarat Jalan Tok
Kangar, SPT; Pelebaran Jalan Bukit Minyak-Alma, Bukit Mertajam;
Cadangan Pembinaan Jalan Sambungan di Jalan Bunga Hinai dengan
Jalan Bunga Kaca Piring sekitar SRJK(C) Hun Bin, DTL; Pembinaan
Jambatan Sungai Machang Bubok di Jalan Gajah Mati, SPT;
Menggantikan Pembentung Konkrit ke Jambatan Konkrit di Jalan
Padang Lalang, SPT dan Projek Membina Jambatan Baru Merentasi
Sungai di atas Laluan P.169, Kg. Tanjung Berembang, SPS.
36. Berkenaan dengan kemudahan awam untuk rakyat, Kerajaan
Negeri melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan
melaksanakan projek pembinaan Kompleks Pasar Awam dan Penjaja
di kawasan Batu Feringghi yang melibatkan kos sebanyak RM10.89
juta dan memperuntukkan sebanyak RM20.8 juta untuk
pengambilalihan tanah di kawasan Teluk Kumbar bagi pembinaan
pasar awam. Selain daripada itu, MPPP juga sedang menaiktaraf dan
mengubahsuai Pasar Chowrasta dengan kos RM12.19 juta dan
menaiktaraf Kompleks Makan Padang Brown yang menelan belanja
RM2.62 juta. Di samping itu, sejumlah RM3.0 juta juga diperuntukkan
sebagai kos awal bagi perkhidmatan perunding untuk projek membina
sebuah Kompleks Kolam Renang di Mukim 13, Jalan Paya Terubong,
DTL.
37. Bagi kemudahan awam di Seberang Perai pula, Kerajaan Negeri
melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan memperbaiki
Dewan Haji Ahmad Badawi di Bagan yang diserang oleh anai-anai
21
dengan kos anggaran RM1 juta untuk menggantikan bumbungnya. Di
samping itu MPSP juga telah memohon pembiayaan sejumlah RM13.6
juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 untuk melaksana projek
pembinaan Dewan Serbaguna di Bandar Perda dan menaiktaraf
Kompleks Sukan Bertam.
Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
38. Kerajaan Negeri amat menekankan aspek pendidikan mengenai
pencemaran kepada orang awam dan program Sekolah Hijau boleh
menarik penglibatan pelajar dalam aspek pemuliharaan alam sekitar
ibarat kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Bagi
tahun 2015, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sebanyak
RM1.8 juta untuk pembiayaan pengurusan program-program alam
sekitar.
39. Kerajaan Negeri memang peka tentang kekerapan banjir baru-
baru ini, yang berlaku di beberapa kawasan di George Town dan
Seberang Perai akibat hujan yang amat lebat sehingga merupakan
hujan lebih 20 tahun ARI (Average Recurrence Interval). Kerajaan
Negeri komited untuk menangani dan mengurangkan masalah yang
timbul akibat buruk banjir. Peruntukan akan dinaikkan sebanyak RM10
juta untuk menangani banjir daripada RM13.9 juta kepada RM23.9 juta.
Selain daripada itu, Projek IQPR (infinitesimal quantum persistent
resistant technology) yang merupakan projek perintis yang dijalankan
oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri di bawah program “Satu
Negeri Satu Sungai” telah menunjukkan hasil yang positif . Kualiti air
22
Sungai Pinang yang tercemar bertambah baik dengan ketara di mana
enapcemar hitam dan bau busuk di dalam sungai tersebut telah dapat
dihapuskan. Jika sebelum ini bacaan IKA di Lorong Kulit adalah pada
Kelas III ia telah meningkat ke Kelas II sementara di jeti nelayan kualiti
air sungai naik daripada Kelas IV kepada Kelas III. Projek IQPR
bernilai RM5.8 juta dengan tempoh projek selama tiga (3) tahun dan
setakat ini Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM1.0
juta.
Belia dan Sukan
40. Daripada 179 orang atlet yang mewakili Negara ke Sukan
Komanwel ke-20, enam (6) atlet dari Negeri Pulau Pinang telah berjaya
memenangi pingat dan Kerajaan Negeri telahpun memberikan insentif
galakan berjumlah RM140,000.00 atas kejayaan mereka. Insentif
kemenangan kepada atlet yang berjaya disediakan sebanyak
RM250,000 dalam bajet tahun 2015.
41. Pulau Pinang juga berjaya menganjurkan kejohanan sukan
bertaraf antarabangsa seperti Kejohanan Skuasy Wanita Dunia 2014
dan juga beberapa sukan berkomuniti yang berjaya menarik
penyertaan peserta antarabangsa seperti Penang International
Triathlon & Duathlon 2014, Penang International Bridge Marathon
sebanyak 60,000 peserta, Penang Run 2014 dan Kejohanan Angkat
Berat Komanwel pada tahun lalu. Ini membuktikan bahawa usaha-
usaha ke arah penjenamaan Negeri Pulau Pinang sebagai bandaraya
sukan yang unggul di Malaysia dan di persada dunia telah menjadi
23
kenyataan dan usaha-usaha akan terus dipergiatkan secara
menyeluruh pada tahun-tahun akan datang.
42. Untuk mempromosikan sukan di kalangan rakyat, selain daripada
peruntukan yang disediakan untuk membina baru, menaik taraf dan
menyelenggara kompleks dan kemudahan sukan, Kerajaan Negeri
juga memperuntukkan sejumlah RM6.84 juta dalam tahun 2015.
Meningkatkan Taraf Kesihatan Rakyat
43. Pusat Dialisis CAT Negeri Pulau Pinang yang kini beroperasi di
Balik Pulau menjadi bukti bahawa Kerajaan Negeri mengotakan janji
dengan mewujudkan pusat dialisis sendiri yang memberi manfaat
kepada rakyat yang terbeban dengan kos rawatan yang tinggi.
Sehingga kini, Kerajaan Negeri telah membelanjakan lebih RM2 juta
dari segi kewangan dan infrastruktur untuk Pusat Dialisis ini. Seramai
31 orang pesakit telah mendapat rawatan di sini dan menerima subsidi
RM30.00 hingga RM80.00 daripada jumlah sebenar kos dialisis iaitu
RM110.00 setiap kali rawatan. Pada masa ini, Kerajaan Negeri sedang
berusaha untuk membuka Pusat Dialisis di Daerah Seberang Perai
Utara yang akan dibuka di dalam kawasan Masjid At-Taqwa, Bertam
dengan kapasiti 12 buah mesin yang dapat memberikan perkhidmatan
kepada pesakit yang memerlukan di kawasan setempat. Sementara itu,
pembukaan Pusat Dialisis Daerah Timur Laut, Seberang Perai Tengah
dan Seberang Perai Selatan akan dilaksanakan secara berperingkat
dan bergantung kepada kelulusan permohonan lesen oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia.
24
44. Penularan wabak Denggi adalah sangat membimbangkan untuk
tahun ini. Untuk tahun ini sahaja, jumlah kematian di Pulau Pinang
akibat denggi adalah seramai 5 orang dan peningkatan jumlah kes
adalah sebanyak 163.84% iaitu daripada 755 kes pada tempoh yang
sama pada tahun 2013 kepada 1992 kes sehingga 1 November tahun
ini. Sungguhpun pelbagai usaha dibuat bersungguh-sungguh, trend
jumlah jangkitan masih tidak menampakkan penurunan di Pulau
Pinang.
45. Kerajaan Negeri bersetuju di dalam Belanjawan 2015 ini untuk
memulakan satu inisiatif baru dalam menangani masalah denggi ini
dengan memperkenalkan pemasangan ‘Mosquito Magnet’ di beberapa
lokaliti wabak yang kronik di negeri ini. ‘Mosquito Magnet’ adalah satu
teknologi daripada Amerika Syarikat yang telah melalui proses kajian
selama 20 tahun dan menerima sebanyak 15 paten untuk teknologi
yang digunakannya.
46. Untuk permulaan, satu projek perintis akan dimulakan selama
enam (6) bulan dengan memilih dua lokaliti iaitu Taman Perai Jaya di
daerah Seberang Perai Tengah dan Tingkat Paya Terubong di daerah
Timur Laut bagi memasang alat ini dengan tujuan untuk mengurangkan
populasi nyamuk Aedes di kawasan berkenaan. Kos yang dianggarkan
bagi projek perintis ini adalah sebanyak RM110,000. Sekiranya selepas
enam bulan, didapati alat ‘Mosquito Magnet’ ini berjaya mengurangkan
jumlah kes jangkitan denggi di kawasan berkenaan, Kerajaan Negeri
bersedia untuk membelanjakan RM 1 juta bagi memasang sebanyak
25
137 alatan ‘Mosquito Magnet’ ini di seluruh Negeri Pulau Pinang demi
menjaga kesihatan dan keselamatan rakyat Pulau Pinang.
Program Sosial, Kebajikan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
47. Kerajaan Negeri bersama Penang Women Development
Corporation (PWDC) telah melancarkan secara rasminya Taska
D’Komtar pada 8 Ogos 2014 yang menyediakan kemudahan
penjagaan kanak-kanak untuk kakitangan kerajaan di KOMTAR
dengan peruntukan sejumlah RM270,000. Komitmen dan keprihatinan
ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk menyokong ibu bapa
yang bekerja dan dalam masa yang sama berkeyakinan meninggalkan
anak-anak dalam persekitaran yang kondusif dan selamat.
48. Kerajaan Negeri komited untuk menghapuskan kemiskinan dan
membantu golongan yang mudah miskin menerusi Agenda Ekonomi
Saksama (AES). Pada tahun semasa 2014, Kerajaan Negeri telah
menaikkan kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bagi setiap isi
rumah daripada RM770 kepada RM790 sebulan dan berkeyakinan
berupaya mengekalkan Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri di
Malaysia yang bebas dari kemiskinan. Lebih kurang 1,068 orang
penerima bantuan ini yang melibatkan perbelanjaan sejumlah RM9.7
juta. Kerajaan Negeri bercadang menukarkan kaedah pemberian AES
daripada bentuk Unconditional Cash Transfers kepada Conditional
Cash Transfers. Ini boleh memberi penekanan kepada program
pembangunan minda insan dengan harapan tahap pemikiran dan
memenuhi syarat-syarat tertentu dapat mematahkan kitaran
26
kemiskinan. Keberkesanan AES mengecilkan jurang pendapatan
boleh dilihat dengan Indeks Pekali Gini (Gini coefficient) untuk Pulau
Pinang jatuh menjunam daripada 0.419 pada 2009 kepada 0.37 pada
2012 berbanding dengan Malaysia yang tidak banyak berubah
daripada 0.441 pada 2009 kepada 0.431 pada 2012.
49. Memandangkan program-program kebajikan Agenda Ekonomi
Saksama (AES) yang telah dilaksanakan sebelum ini mendapat
maklum balas yang membanggakan daripada rakyat seperti Program
Anak Emas, Program Penghargaan Warga Emas, Program Bantuan
Ibu Tunggal, Program Bantuan Orang Kelainan Upaya (OKU), Program
Pelajar Emas dan Program Ibu Emas, Kerajaan Negeri akan
meneruskan kesinambungan program-program tersebut pada tahun
2015. Oleh yang demikian, peruntukan berjumlah RM60 juta akan
diperuntukkan bagi membiayai program-program tersebut bagi
memastikan ia memberi faedah yang optimum kepada rakyat.
Keselamatan Awam
50. Sungguhpun PPS yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri tidak
dibenarkan beroperasi, Kerajaan Negeri komited untuk memastikan
keselamatan awam. Dengan pertambahan 56 CCTV oleh MPSP
jumlah keseluruhan kamera CCTV yang ditempatkan di seluruh
Seberang Perai meningkat kepada 110 unit iaitu 37 unit di Seberang
Perai Utara, 46 unit di Seberang Perai Tengah dan 27 unit di Seberang
Perai Selatan. Dalam pada itu, Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga akan menyumbang
27
sebanyak 20 unit CCTV kepada MPSP pada hujung tahun 2014 yang
menjadikan keseluruhan kamera CCTV di Seberang Perai berjumlah
130 unit. Kerja-kerja pemasangan CCTV di Seberang Perai melibatkan
perbelanjaan sebanyak RM9.8 juta keseluruhannya.
51. Pemasangan 202 unit kamera CCTV oleh MPPP melibatkan kos
pemasangan sebanyak RM14.4 juta di mana RM11.1 juta dibiayai oleh
MPPP manakala RM4.3 juta dibiayai oleh KPKT. MPPP akan
menambah 300 unit kamera CCTV yang melibatkan kos RM14 juta
pada tahun 2015 dan tambahan 32 unit kamera CCTV akan dipasang
oleh KPKT yang menelan belanja RM5 juta. Daripada 332 unit kamera
CCTV ini, 212 unit akan ditempatkan di Daerah Timur Laut dan baki
120 unit di Daerah Barat Daya. Ini menjadikan jumlah keseluruhan
CCTV di kawasan MPPP sebanyak 534 unit. Ini bermakna di seluruh
Negeri Pulau Pinang akan mempunyai 664 unit kamera CCTV
keseluruhannya pada tahun 2015. Dengan adanya kamera CCTV ini,
Kerajaan Negeri berharap akan dapat membantu menurunkan lagi
indeks jenayah di negeri ini.
Memartabatkan Agama Islam
52. Pulau Pinang turut melakar sejarah apabila buat julung kalinya di
bawah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat berjaya mewujudkan sebuah
Masjid Cina Muslim pertama iaitu Masjid Cina Titi Papan di Daerah
Timur Laut.
28
53. Kerajaan Negeri juga mengambil kesempatan merakamkan
ucapan tahniah dan syabas kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Pulau Pinang kerana telah diiktiraf di dalam The Malaysia Book of
Records sebagai “First State Islamic Religious Department to Receive
MS1900:2005 (QMS-Requirements From Islamic Perspectives) dan
berjaya menerima Anugerah Cemerlang di atas pencapaian penarafan
Lima (5) Bintang dalam Malaysia Government Portals & Websites
Assessment 2013. Peruntukan tahun depan untuk hal ehwal agama
Islam adalah sebanyak RM57.88 juta.
Pengiktirafan Keberkesanan Penyampaian Perkhidmatan Awam
54. Di kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah kepada Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri kerana berjaya meneruskan
kecemerlangan dengan memperolehi Sijil Amalan Persekitaran
Berkualiti (5S) daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk
tahun yang ketiga, dianugerah penarafan Lima (5) Bintang oleh
Malaysia Government Portals and Websites Assessment, dan baru-
baru ini telah menerima Pengiktirafan Lima (5) Bintang Agensi Sektor
Awam bagi tahun 2013 hingga 2014 serta Anugerah Pengurusan
Aduan Cemerlang pada tahun 2013. Kerajaan Negeri juga
merakamkan ucapan penghargaan kepada Jabatan Veterinar Negeri
Pulau Pinang kerana berjaya menerima Anugerah Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam bagi Kategori Pengurusan sempena Konvensyen
Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 yang lalu.
29
55. Anugerah penarafan Empat (4) Bintang oleh Ketua Audit Negara
menjadi penanda aras dalam menilai tahap pencapaian pengurusan
kewangan berdasarkan indeks akauntabiliti jabatan/agensi.
Berkaitannya Kerajaan Negeri amat berbangga kerana jabatan/agensi
yang mencapai penarafan 4 Bintang iaitu tahap Sangat Baik dalam
mengamalkan sistem pengurusan kewangan yang baik dan teratur.
Pada penilaian tahun 2012, tujuh (7) jabatan/agensi telah mendapat
penarafan 4 Bintang, dan untuk penilaian tahun 2013, lapan (8)
daripada 15 jabatan/agensi yang dinilai telah memperolehi 4 Bintang.
Jabatan Kewangan Negeri dan PDC memperolehi tahap prestasi
pengurusan kewangan sangat baik bagi 6 tahun berturut-turut dari
tahun 2008 sehingga 2013. Majlis Agama Islam (MAINPP) pula
mencapai tahap 4 bintang untuk 4 tahun berturut-turut dari tahun 2010
sehingga 2013. Kerajaan Negeri akan memberikan ganjaran
RM15,000 kepada setiap Jabatan yang memperolehi penarafan 4
bintang.
56. Tidak lupa juga saya merakamkan ucapan tahniah kepada MPPP
dan MPSP kerana dianugerahkan “The International Observatory on
Participatory Democracy Award” iaitu “Special Mention Award for Best
Practise in Citizen Participation” di Canaos, Brazil. MPSP juga turut
menerima pengiktirafan sebagai Best Cities Award dan Best Cities
Manager Award daripada Europe Business Assembly.
57. Menghargai peranan penting penjawat awam, Y.A.B. Perdana
Menteri ketika membentangkan Bajet Persekutuan 2015 telah
mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji untuk tahun
2014 yang akan dibayar pada Januari 2015. Dalam hubungan ini,
30
Kerajaan Negeri akan melaksanakan pemberian bonus setengah bulan
gaji lagi untuk tahun 2014 dengan minimum RM700 mengikut kadar
yang sama yang telah diluluskan pada tahun 2013 dan akan dibayar
pada Disember tahun semasa 2014. Kerajaan Negeri amat prihatin
kepada keperluan perbelanjaan tambahan pada akhir tahun khasnya
dalam penyediaan kelengkapan untuk sesi persekolahan serta
tanggungan-tanggungan lain dan oleh itu memutuskan untuk
membayar bonus pada bulan Disember 2014 dan bukan pada Januari
2015 seperti mana keputusan Kerajaan Persekutuan. Keseluruhannya,
pemberian bonus Kerajaan Negeri kepada perkhidmatan awam dalam
tahun 2014 ialah bersamaan satu (1) bulan gaji (selepas setengah
bulan duit raya diberikan).
58. Sama seperti tahun lepas, di samping penjawat awam,
pemberian bonus sebanyak RM300 seorang juga akan diberi kepada
guru-guru dan penyelia KAFA. Tambahan kepada pemberian bonus
untuk guru dan penyelia KAFA, bonus pada kadar RM300 seorang juga
akan diberi kepada guru Sekolah Menengah Agama Rakyat dan
Sekolah Cina Persendirian, manakala guru Sekolah Tahfiz, Sekolah
Pondok dan TADIS akan mendapat pemberian bonus sebanyak
RM200 seorang. Pemberian bonus pada Disember 2014 dijangka
menelan belanja sebanyak RM5 juta.
59. Pemberian bonus ini bukan sahaja sebagai pengiktirafan
Kerajaan Negeri ke atas komitmen dan sumbangan perkhidmatan
awam, tetapi juga sebagai ganjaran dan insentif untuk terus
memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada Negeri Pulau
Pinang dan rakyat.
31
60. Pada awal tahun semasa 2014, Kerajaan Negeri telah menaikkan
insentif RM200 kepada Pengerusi dan Setiausaha JKKK iaitu
menaikkan kadar elaun bulanan. Walau bagaimanapun elaun
kehadiran mesyuarat ahli biasa JKKK tidak berubah sejak Januari
2011. Dalam mengiktiraf keahlian JKKK yang mewakili suara kerajaan
di akar umbi, Kerajaan Negeri bersetuju menaikkan elaun kehadiran
mesyuarat sebanyak RM10 kepada semua ahli JKKK iaitu daripada
RM30 sekali mesyuarat kepada RM40 bermula pada Januari 2015.
Kenaikan ini akan melibatkan pertambahan sebanyak RM0.46 juta.
Keseluruhannya untuk pembiayaan pengurusan 294 JKKK bagi tahun
2015 Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sejumlah RM6.36 juta.
PERUNTUKAN BAJET 2015
YB Dato’ Yang di-Pertua Dewan,
61. Bajet 2015 Negeri Pulau Pinang digubal dengan penuh
kesedaran supaya dapat menterjemahkan perancangan ke arah
matlamat yang ditetapkan di samping mengambil kira kekangan yang
tidak dapat dielakkan dan kemampuan kewangan yang amat terhad.
Sebagai kerajaan yang prihatin, intipati bajet memberi penekanan
kepada pembangunan sosio ekonomi masyarakat, dan kesejahteraan
rakyat serta agenda merangsang pertumbuhan ekonomi negeri.
Dengan strategi dan program yang telah saya bentangkan, Kerajaan
Negeri mencadangkan sejumlah RM992,818,305 (Ringggit Malaysia:
Sembilan Ratus Sembilan Puluh Dua Juta, Lapan Ratus Lapan Belas
32
Ribu, Tiga Ratus Lima) diperuntukkan bagi Bajet 2015, iaitu 3.18%
lebih tinggi berbanding bajet tahun 2014. Daripada jumlah ini,
RM887,238,905 (Ringgit Malaysia: Lapan Ratus Lapan Puluh Tujuh
Juta, Dua Ratus Tiga Puluh Lapan Ribu, Sembilan Ratus Lima) adalah
bagi peruntukan Mengurus, manakala sejumlah RM 225,579,400
(Ringgit Malaysia: Dua Ratus Dua Puluh Lima Juta, Lima Ratus Tujuh
Puluh Sembilan Ribu, Empat Ratus) disediakan bagi peruntukan
Pembangunan.
62. Jumlah keseluruhan RM992.82 juta yang dicadangkan untuk
perbelanjaan dalam tahun 2015 telah pun mengambilkira RM120 juta
untuk caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan Negeri.
Ucapan saya seterusnya akan merujuk kepada Risalah Bil. No. 2 Tahun
2014 bagi cadangan Bajet Mengurus dan Pembangunan Tahun 2015.
YB Dato’ Yang di-Pertua Dewan,
63. Kerajaan Negeri menganggarkan hasil yang boleh dikutip dalam
tahun 2015 berjumlah RM656,931,750 (Ringgit Malaysia: Enam Ratus
Lima Puluh Enam Juta, Sembilan Ratus Tiga Puluh Satu Ribu, Tujuh
Ratus Lima Puluh) iaitu pertambahan sebanyak RM69.18 juta atau
11.77% berbanding anggaran hasil tahun semasa 2014 sebanyak
RM587.75 juta.
64. Komposisi hasil tahun 2015 terdiri daripada hasil cukai RM131.44
juta atau 20%, hasil bukan cukai RM441.98 juta atau 67.28% dan
terimaan bukan hasil sebanyak RM83.51 juta atau 12.71%. Punca
33
peningkatan hasil sebanyak RM69.18 juta yang dijangkakan pada
tahun 2015 berbanding anggaran hasil tahun 2014 adalah daripada
sumber hasil yang dijangka diperolehi daripada bayaran premium
tanah, khususnya untuk kawasan pemajuan Bayan Mutiara dan Batu
Kawan.
65. Mengambil kira jangkaan hasil tahun 2015 sejumlah RM656.93
juta berbanding perbelanjaan Mengurus sebanyak RM887.24 juta,
akan menjadikan Bajet 2015 mengalami defisit sebanyak RM230.31 juta. Namun defisit ini adalah RM25.13 juta kurang daripada anggaran
defisit tahun 2014 yang sejumlah RM255.44 juta, selaras dengan
matlamat Kerajaan Negeri untuk mengurangkan defisit secara
berterusan. Anggaran defisit atau kekurangan RM230.31 juta yang
dijangka dalam Bajet 2015 akan dibiayai daripada Simpanan Terkumpul Negeri yang berbaki sebanyak RM826.58 juta pada akhir
tahun 2013.
66. Seperti mana YB Ahli-ahli Dewan sedia maklum, perbelanjaan
Mengurus yang dicadangkan bagi tahun 2015 sejumlah RM887.24 juta
merupakan peningkatan sebanyak RM44.04 juta bersamaan 5.22%
berbanding tahun 2014. Peningkatan perbelanjaan mengurus ini antara
lain adalah kerana pertambahan pembiayaan kepada Perbadanan
Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk skim perumahan mampu
milik serta pertambahan peruntukan untuk membiayai program sosial
dan kesejahteraan rakyat, di samping pertambahan dalam
perbelanjaan Emolumen dan butiran Perkhidmatan Ikhtisas dan
Perkhidmatan Yang Dibeli. Keperluan pindahan kepada Kumpulan
Wang Pembangunan Negeri kekal sebanyak RM120 juta seperti mana
34
dalam bajet tahun 2014, seiring dengan jumlah perbelanjaan
Pembangunan tahun 2015 sebanyak RM225.58 juta yang hanya
berkurangan RM13.42 juta berbanding jumlah peruntukan
Pembangunan tahun 2014.
YB Dato' Yang di-Pertua Dewan,
67. Daripada jumlah RM887.24 juta yang diperuntukkan untuk
perbelanjaan Mengurus, RM26.88 juta adalah untuk perbelanjaan
Tanggungan sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang
dan RM860.36 juta untuk perbelanjaan Bekalan. Tujuan Rang Undang-
undang Perbekalan 2014 adalah untuk mendapat kuasa berkanun bagi
membolehkan Kerajaan Negeri membuat perbelanjaan Bekalan bagi
tahun 2015. Terdapat 19 jabatan yang dimohon kelulusan peruntukan
Bekalan dibawah Maksud Bekalan B01, B02, B03, B04, B05, B06, B07,
B08, B09, B10, B12, B13, B14, B15, B16, B17, B18, B19 dan B20
seperti mana perincian di Risalah Bil. No. 2 Tahun 2014.
68. Di bawah peruntukan Mengurus 2015, sejumlah RM158.07 juta
adalah bagi Emolumen, RM137.59 juta bagi Perkhidmatan dan
Bekalan, RM7.60 juta untuk perolehan Aset serta RM577.96 juta bagi
Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, manakala sejumlah RM6.03
juta disediakan untuk perbelanjaan-perbelanjaan lain. Perbelanjaan
Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap kekal sebagai komponen
terbesar mencakupi 65.14% daripada perbelanjaan Mengurus. Jumlah
ini termasuk caruman sejumlah RM120.0 juta kepada Kumpulan Wang
Pembangunan Negeri, sumbangan sebanyak RM230 juta untuk Skim
35
Perumahan Mampu Milik dan sejumlah RM116.94 juta diperuntukkan
untuk pemberian dan bantuan-bantuan sosial rakyat yang komited.
Pertambahan peruntukan bagi objek-objek am selainnya adalah bagi
menampung keperluan perbelanjaan mengurus yang kian meningkat
pada setiap tahun iaitu antara lain kenaikan gaji dan pelarasan
emolumen, kenaikan kos bekalan dan utiliti dan keperluan
menggantikan kenderaan dan aset yang tidak lagi ekonomik dan perlu
dilupuskan. Namun demikian, peningkatan terlibat adalah pada tahap
terkawal selaras dengan langkah-langkah pentadbiran untuk mengawal
dan menerapkan disiplin dalam perbelanjaan.
69. Rakyat boleh menilai keutamaan yang diberikan oleh Kerajaan
Negeri Pakatan Rakyat dalam membelanjakan hasil negeri untuk rakyat
melalui pemberian dan bantuan-bantuan sosial rakyat. Peruntukan
yang disediakan untuk program-program bantuan sosial dan
kesejahteraan rakyat (warga emas, OKU, anak emas, pelajar emas,
suri emas, pelajar cemerlang, ibu tunggal, elaun guru KAFA, miskin
tegar, penyelenggaraan rumah kos rendah, elaun pegawai masjid,
usahawan kecil, usahawan tani muda, bantuan pendidikan, bantuan
kebajikan, IPTA, bayaran perubatan, bas percuma, pemandu teksi,
penarik beca, nelayan, perkhidmatan dialisis dan mammogram dan
bantuan-bantuan sosial lain) terus meningkat daripada sebanyak RM75
juta pada tahun 2013, RM111.47 juta tahun 2014 dan kepada sejumlah
RM116.94 juta yang diperuntukkan dalam tahun 2015.
70. Anggaran Bajet Pembangunan Tahun 2015 yang dimohon
kelulusan mengikut Maksud Pembangunan P01, P08, P09, P10, P12,
P13, P16, P17 dan P18 bagi sembilan (9) jabatan negeri adalah seperti
36
tersenarai di bahagian kedua dalam Risalah Bil No. 2 Tahun 2014.
Bajet Pembangunan untuk tahun 2015 adalah sebanyak RM 225.58
juta yang melibatkan punca negeri sebanyak RM211.58 juta dan RM14
juta pinjaman Persekutuan khusus untuk pembiayaan penggantian paip
air utama dalam pengurusan non-revenue water (NRW).
71. Perbelanjaan Pembangunan tahun 2015 adalah rendah sedikit
jika dibandingkan dengan tahun 2014 sebanyak RM239 juta, iaitu
pengurangan sebanyak RM13.42 juta. Ini adalah kerana keperluan
perbelanjaan yang diambil kira dalam perbelanjaan Pembangunan
telah diunjur melebihi tempoh setahun, memandangkan rancangan
pembangunan lazimnya dilaksana melebihi tempoh tahun semasa.
Misalnya bagi projek pembinaan enam (6) jalan yang dianggarkan kos
RM86.3 juta hanya disediakan peruntukan sejumlah RM32.7 juta di
bawah vot P16 Jabatan Kewangan Negeri (JKN) dalam tahun 2015
mengikut jadual dan skop kerja projek yang dapat disiapkan dan
keperluan peruntukan selebihnya akan disediakan dalam tahun 2016.
Selain daripada itu, terdapat pengurangan sebanyak RM20 juta bagi
peruntukan Projek Pembangunan yang juga disediakan di bawah vot
P16 Jabatan Kewangan Negeri, iaitu RM70 juta diperuntukkan
berbanding RM90 juta yang disediakan dalam bajet 2014. Antaranya,
peruntukan untuk Program HAPPY! perlu dikurangkan kerana
sumbangan 10% atau 30% untuk membiayai kerja-kerja
penyelenggaraan dan menaiktaraf rancangan perumahan swasta kos
rendah dan sederhana rendah bergantung kepada pertimbangan dan
kelulusan Kerajaan Persekutuan bagi pembiayaan di bawah Tabung
Penyelenggaraan 1Malaysia. Dalam tahun semasa 2014, peruntukan
yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk Program HAPPY! ialah
37
sejumlah RM20 juta tetapi hanya RM2.41 juta dibelanjakan untuk 12
projek perumahan.
72. Daripada sembilan (9) jabatan yang disediakan peruntukan
Pembangunan, lima (5) jabatan disediakan jumlah peruntukan yang
hampir sama seperti tahun 2014, tiga (3) jabatan iaitu Jabatan Kerja
Raya (JKR), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEA) dan JKN
disediakan peruntukan yang berkurangan berbanding tahun 2014,
manakala terdapat pertambahan sebanyak RM13.33 juta bagi vot P01
Pejabat Ketua Menteri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan berbanding
tahun 2014 lalu. Peningkatan kepada jumlah vot P01 melibatkan
peruntukan tambahan yang disediakan untuk Pengambilan Tanah,
projek sambungan Pembinaan Mahkamah Syariah Daerah SPT dan
Projek Khas Ekonomi.
73. Vot Pembangunan JKR dan JHEA disediakan peruntukan yang
kurang berbanding tahun 2014 ialah kerana projek-projek bernilai besar
di bawah kedua-dua jabatan telahpun disiapkan dan peruntukan tahun
2015 yang disediakan lebih kepada pembiayaan projek-projek
penyelenggaraan. Namun demikian, di bawah peruntukan
Pengambilan Tanah disediakan peruntukan sejumlah RM5.26 juta
untuk tujuan tapak masjid, surau dan tanah perkuburan Islam.
Manakala bagi vot Pembangunan JKR, walaupun terdapat
pengurangan sebanyak RM4.96 juta berbanding peruntukan tahun
2014 tetapi pengurangan tersebut ialah kerana keperluan peruntukan
untuk projek-projek infrastruktur baru sejumlah RM32.7 juta disediakan
di bawah vot Pembangunan JKN. Dari segi agensi pelaksana pula,
bagi projek-projek infrastruktur baru akan juga melibatkan PDC supaya
38
dapat memberi ruang kepada JKR untuk memberi tumpuan khusus
kepada projek-projek penyelenggaraan.
PENUTUP
YB Dato’ Yang di-Pertua Dewan
74. Semua pencapaian pembangunan di Pulau Pinang ini tidak
berlaku secara kebetulan. Selain daripada kepimpinan dan iltizam
politik, Kerajaan Negeri juga mengiktiraf peranan perkhidmatan awam
dan sektor swasta yang telah sama-sama berganding usaha dan
tenaga dan semua rakyat negeri ini amnya ke atas kepercayaan dan
sokongan padu yang diberi. Kita tidak dapat menjangka cabaran pada
masa hadapan, namun berkat kesabaran, komitmen, dokongan mantap
dari semua pihak dan landasan kukuh yang telah kita bina, Kerajaan
Negeri Pakatan Rakyat tetap harapan rakyat.
75. Akhirnya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
merakamkan penghargaan saya sekali lagi kepada semua rakyat
Negeri Pulau Pinang atas kepercayaan dan sokongan serta
sumbangan yang diberikan kepada Kerajaan Negeri PR. Saya juga
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua anggota perkhidmatan awam dan anggota-anggota pasukan
keselamatan yang telah berkhidmat dengan gigih dan penuh
bertanggungjawab untuk menjamin kestabilan, keamanan, kemajuan
dan kemakmuran negeri yang berterusan. Saya juga ingin
merakamkan penghargaan kepada semua YB ADUN yang sama-sama
39
berkhidmat untuk mencapai kesejahteraan rakyat jelata dan kemajuan
serta kemakmuran Negeri kita yang tercinta ini. Marilah kita sama-
sama terus menggalas amanah dengan penuh tanggungjawab untuk
membina ekonomi Negeri Pulau Pinang melalui Bajet 2015 ini.
76. Saya yakin dengan 3T - Talent, Technology dan Tolerance, kita
dapat jadikan Pulau Pinang ”an oasis of tolerance, celebration of
diversity and Mecca of talent in symbiosis with the people, city and
government”.
Sekian, YB Dato’ Yang di-Pertua Dewan, saya mohon mencadangkan.
LIM GUAN ENGKETUA MENTERI
40