Download - Tutorialpembelajaran 120227203340-phpapp02
Tajuk 1
Tajuk 2
Tajuk 3
Simpulan Bahasa merupakan ungkapan yang terdiri
daripada dua perkataan atau lebih dan
mempunyai makna tersirat. Apabila sesuatu perkataan di
dalam ungkapan tersebut dipisahkan, ia menjadi
perkataan tersendiri dan hanya membawa makna
asalnya. Sebaliknya apabila perkataan tersebut
dirangkaikan dengan perkataan lain, maka maknayan
akan berubah daripada makna perkataan asalnya tadi.
Simpulan Bahasa
Simpulan Bahasa
Terbentuk daripada penggunaan kata nama am. Contohnya: anak buah, buah tangan, dan lipas kudung.Anak, buah, dan lipas masing-masingnya sebagai kata nama am
Terbentuk daripada penggunaan kata kerja. Contohnya: ajak-ajak ayam, buat bodoh, dan pasang telinga.Ajak, buat, dan pasang masing-masingnya sebagai kata kerja.
Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif. Contohnya: besar kepala, bodoh sepat, dan kecil hati.Besar, bodoh, dan kecil masing-masingnya sebagai kata adjektif.
Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas. Contohnya: Abu Jahal, Mat Jenin, dan Pak Kaduk.Semua ini sebagai kata nama khas.
Terbentuk daripada nilai kepercayaan. Contohnya: air pinang, batu buyung, dan makan bulan.Semua ini ada kaitan dengan kepercayaan orang Melayu.
Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa maksud
Anak Buah a. Anak saudara.b. Pekerja di bawah jagaan kita.
Memerah Otak Berfikir dengan bersungguh-sungguh
Terang Hati Lekas pandai.
Anak Dagang Orang luar yang datang menetap disesuatu tempat
Tulang Belakang Punca kekuatan/ orang harapan
Bermuka Dua Tidak jujur.
Batu Penghalang Halangan
Simpulan Bahasa
Sila nyatakan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar di bawah
Simpulan Bahasa
Senyum kambing
Ajak-ajak ayam
Simpulan Bahasa
_____________ ___________
Maksud: berasa senang atau mempunyai perasaan yang sabar
___________ _______________
Maksud: ketentuan terakhir / keputusan rundingan
_____________ _______________
Maksud: kerja keras dengan bermati-matian
Senang hati
Kata putus
Membanting tulang
Simpulan Bahasa
Isi tempat-tempat kosong dalam ayat di bawah dengan simpulan bahasayang sesuai.
1. Pekerja-pekerja ladang .......................untuk menyara keluarga.
2. Peniaga itu terpaksa ........................ kerana mengalami kerugian besar.
3. Sewaktu kami bekerja budak itu .................... sahaja.
4. Guru kelas kami tidak ....................... antara murid-muridnya.
5.Jangan terima jemputan itu, dia ...................... sahaja
mandi peluh, gulung tikarberpeluh tubuh,
pilih kasih,ajak-ajak ayam
Perumpamaan ialah susunan katakata yang
indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai
maksud yang tersirat. Biasanya, perumpamaan
dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana,
seperti, dan umpama.
Perumpamaan Maksud
Bagai aur dengan tebing tolong-menolong antara satu dengan yang lain
Bagai bunyi cempedak jatuh bunyi jatuh yang kuat
Bagai bulan dipagari bintang kecantikan gadis yang tiada bandingannya
Bagai diiris dengan sembilu perasaan yang sangat pedih
Bagai duri dalam daging sesuatu hal yang tidak menyenangkan
Bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing
hanya mementingkan diri sendiri
Bagai itik pulang petang berjalan lambat sekali
Bagai isi dengan kuku persahabatan yang sangat erat
Bagai kacang melupakan kulit orang yang tidak tahu mengenang budi
Bagai kumbang putus tali amat cepat; terlepas daripada sengsara
Bagai melepaskan batuk di tangga membuat sesuatu kerja sambil lewa saja
Perumpamaan bergambar
Sila nyatakan perumpamaan yang sesuai berdasarkan gambar di bawah
seperti Anjing Dan Bayang-Bayang Ibarat merpati dua sejoli
Bagai _________ dengan __________
Maksud: sangat rapat
Bagai _________ dengan __________
Maksud: tidak pernah bercerai, sangat padan/cocok
Bagai _________ dengan __________
Maksud: hidup saling bekerjasama
Bidalan ialah susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam
masyarakat Melayu. Di dalam bidalan terkandung perbandingan,
teladan, dan pengajaran.
Contoh bidalan seperti jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin
tegak yang bermaksud semakin kaya semakin sombong.
BIDALAN MAKSUD
Belum duduk sudah berlunjur Belum memperoleh sesuatu yang
dihajati tetapi sudah berasa gembira
Berjagung-jagung dahulu sementara
menantikan padi masak
Membuat kerja sambilan sementara
mendapat pekerjaan yang tetap
Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai
mengambil hati
Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan
berhati mulia
Buang yang keruh, ambil yang jernih Melupakan perkara yang tidak baik dan
mengingati perkara yang baik sahaja
Genggam bara api biar sampaI jadi
arang
Apabila melakukan sesuatu pekerjaan
yang susah, kita hendaklah bersabar
dan menyempurnakan pekerjaan itu
sehingga berjaya
SUAIKAN PEPATAH DENGAN MAKSUDNYA YANG BETUL.
biar putih tulang , jangan putih mata
biar pecah di perut , jangan pecah
di mulut
biar mati anak , jangan mati adat
baik membawa resmi padi , jangan
membawa resmi lalang.
biar tersalah kain , jangan tarsalah
cakap
biar mati daripada mengalah.
rahsia hendak disimpan dengan baik.
anak yang melanggar adat , pasti
dihukum.
merendah diri
mestilah berhati - hati ketika
bercakap.
Isikan semua tempat kosong
1. Berani kerana benar takut kerana salah : Tetap dengan yang benar dan
berani bersuara kerananya
5. Orang berbudi kita berbahasa : Tahu budi dan jasa orang
3. Belakang diasah lagikan tajam : Jika seseorang yang bodoh itu
menerima ajaran dan bimbingan yang teratur dan berterusan pasti akan pandai juga
2. Jangan meludah ke : Jangan membuat apa-apa yang memalukan diri sendiri
4. Berani malu takut mati : Orang yang berani membuat sesuatu , setelah
dibuatnya baru menyesal.
Nur Amirah bt Mohd Zainudin
PISMP BM1/PJ/PSV Semester
3
900829-03-5162