Download - Tutorial 1 Sem 1

Transcript
Page 1: Tutorial 1 Sem 1

Nama : _____________________________

Kelas : ____________________________ Jumlah Markah : ______/10

Sains Semester 1 Pra Diploma

Tutorial 1

Tajuk: Kaedah Penyiasatan Saintifik

1. Kaji eksperimen yang dijalankan di bawah. Kemudian, kenal pasti dan tulis langkah-langkah penyiasatan saintifik dalam ruang yang disediakan.

Tujuan : Mengkaji bagaimana luas permukaan yang terdedah sesuatu mempengaruhi kadar penyejukannya.

Masalah : Bagaimanakah luas permukaan sesuatu cecair Yang terdedah mempengaruhi kadar penyejukannya?

Hipotesis : Semakin besar luas permukaan cecair yang terdedah, Semakin tinggi kadar penyejukannya.

Pemboleh : a) dimalarkan : isipadu airubah b) dimanipulasikan : luas permukaan terdedah

c) bergerakbalas : kadar penyejukan air

Radas : Bikar 100 ml, bikar 250 ml, termometer

Bahan : Air panas pada suhu 1000C

Prosedur : 1. Dua bikar, masing-masing dengan isipadu 100 ml dan 250 ml, disediakan. 2. 100 ml air panas pada suhu 1000C dimasukkan ke dalam setiap bikar. 3. Selepas 10 minit, suhu air dalam setiap bikar dicatat dalam jadual.

1

Page 2: Tutorial 1 Sem 1

Keputusan :

Luas permukaan yang terdedah

Suhu airPenurunan suhu

(0C)Awal eksperimen(0C)

Akhir eksperimen(0C)

Kecil 100 70 30Besar 100 55 45

Analisis : 1. Penurunan suhu dalam bikar besar lebih cepat daripada dalam bikar kecil. 2. Ini kerana haba terbebas dengan lebih cepat dalam bikar besar akibat luas permukaan air yang terdedah yang lebih besar.

Hipotesis diterima.

Kesimpulan : Semakin besar luas permukaan yang terdedah, semakin tinggi kadar penyejukan air.

[8 markah]

2. Carta alir pada Rajah 1 menunjukkan sebahagian daripada kaedah penyiasatan saintifik.

Rajah 1Apakah peringkat X?A Merancang penyiasatanB Menjalankan penyiasatanC Menganalisis dataD Mengenal pasti pemboleh ubah

3. Antara peringkat dalam penyiasatan saintifik, yang manakah menghubungkaitkanpemboleh ubah dimanipulasi dengan pemboleh ubah bergerak balas?A Mengenal pasti masalahB Membuat hipotesisC Mengenal pasti pemboleh ubahD Membuat inferens

4. Antara berikut, yang manakah langkah terakhir dalam penyiasatan saintifik?A Menulis laporanB Membuat hipotesisC Mentafsir data yang diperolehiD Mengawal pembolehubah

2

Mengenal pasti masalah

X

Membuat hipotesis

Page 3: Tutorial 1 Sem 1

5. Rajah 2 menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji syarat-syaratyang diperlukan untuk percambahan anak benih.

Rajah 2

Apakah hipotesis yang boleh dibuat?A Percambahan biji benih memerlukan airB Udara diperlukan dalam percambahan biji benihC Kapas digunakan untuk mencambahkan biji benihD Udara dan air diperlukan untuk percambahan biji benih

6. Bakri ingin menyiasat kesan baja X ke atas pertumbuhan tumbuhan. Apakah faktor yang harus dimalarkan?A Jenis tumbuhan B Jenis bajaC Isipadu bekas D Pertumbuhan tumbuhan

7. Ali ingin menyiasat bagaimana suhu mempengaruhi kadar kelarutan gula dalam air. Antara faktor berikut, yang manakah patut dimanipulasi?A Jisim gula B Isipadu airC Suhu air D Saiz zarah gula

8. Seorang pelajar mengubah data-data yang diperolehi dalam suatu penyiasatan saintifik. Antara nilai-nilai berikut, yang manakah ditunjukkan oleh pelajar itu?A Tidak jujurB Tidak tabahC Tidak sistematikD Tidak bertoleransi

9. Antara sikap saintifik dan nilai murni yang berikut, yang manakah perlu diamalkan semasa mengumpul data eksperimen?A Jujur dan tepat B Berani mencubaC Berfikir secara rasional D Baik hati dan berkasih sayang

[9 markah]

10. Nyatakan benar (√) atau salah (x).

(a) Pembolehubah yang dibiarkan tetap sepanjang eksperimen ialah pembolehubah dimanipulasi. ( )

(b) Sifat sistematik yang ada pada seorang juruteknik telah membawa kepada kaedah penyelesaian kerja yang lebih mudah. ( )

(c) Hipotesis dibuat setelah menjalankan eksperimen. ( )

(d) Langkah pertama dalam penyiasatan saintifik ialah membuat hipotesis. ( )

(e) Sikap saintifik dan nilai murni perlu dinyatakan dalam menulis laporan. ( )

[5 markah]

3

Page 4: Tutorial 1 Sem 1

11. Jadual 1 menunjukkan perubahan suhu 500 ml air mendidih yang diukur selang 5 minit.

Masa (minit) 0 5 10 15 20 25 30 35 40

Suhu air ( C)⁰ 100 76 58 48 ....... 36 32 28 26

Jadual 1

(a) Menggunakan data dalam Jadual 1, lukiskan graf suhu melawan masa.

(2 markah)(b) Berapakah suhu air pada minit ke-20?

_________________________________________________________________(1 markah)

(c) Apakah hubungan antara suhu air dan masa?

___________________________________________________________________(1 markah)

(d) Nyatakan pemboleh ubah manipulasi dalam eksperimen ini.

___________________________________________________________________(1 markah)

2. Rajah 2 menunjukkan suatu eksperimen untuk mengkaji kesan yis ke atas ketinggian doh. Ketinggian doh direkodkan setiap 20 minit selama 2 jam.

4

Page 5: Tutorial 1 Sem 1

Rajah 2

Keputusan eksperimen ini direkod dalam Jadual 2.

Masa (minit)0 20 40 60 80 100 120

Ketinggian doh (cm) 2.0 3.6 4.7 …... 4.9 5.0 5.0

Jadual 2

(a)(i) Berdasarkan Jadual 2, lukiskan graf ketinggian doh melawan masa.

(2 markah)

(ii) Berdasarkan graf, nyatakan ketinggian doh pada minit ke60.

5

Page 6: Tutorial 1 Sem 1

_________________________________________________________________ (1 markah)

(b) Apakah hubungan antara ketinggian doh dan masa dalam 80 minit yang pertama?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________ (1 markah)

(c) Ramalkan ketinggian doh pada minit ke-140.

_________________________________________________________________ (1 markah)

3. Seorang murid telah menjalankan eksperimen untuk mengkaji pertumbuhan anak benih

jagung. Ketinggian anak benih jagung itu diukur setiap dua hari. Keputusan eksperimen

ditunjukkan dalam Jadual 3.

Masa / hari Ketinggian anak benih jagung / cm

0 0

2 6

4 20

6 30

8 35

Jadual 3

(a) Berdasarkan Jadual 3, ketinggian anak benih bertambah paling banyak

dari hari ________________ ke hari _______________________ (1 markah)

(b) Menggunakan data dalam Jadual 3, lukis graf ketinggian anak benih melawan masa

pada kertas graf di bawah ini.

6

Ketinggian anak benih / cm

Page 7: Tutorial 1 Sem 1

(2 markah)

(c) Apakah hubungan antara ketinggian anak benih itu dengan masa?

____________________________________________________________________ (1 markah)

(d) Ramalkan ketinggian anak benih itu pada hari ke-10.

____________________________________________________________________ (1 markah)

7

0 2 4 6 8 10 12 14

Masa / hari

0

10

20

30

40

50


Top Related