Download - Tutorial 1

Transcript
Page 1: Tutorial 1
Page 2: Tutorial 1

Authorware adalah merupakan perisian multimedia yang berasaskan ikon dan cartalir yang digunakan untuk membangunkan program multimedia yang interaktif.Untuk membina program multimedia dengan menggunakan

Authorware anda tidak memerlukan kemahiran yang mendalam dalam bahasa pengaturcaraan seperti Pascal dan C++. Yang penting ialah anda ingin mencuba dan gigih untuk mempelajarinya.

Anda boleh mengabungkan segala elemen multimedia; teks, audio, video, grafik, interaktiviti dan animasi, ke dalam program yang anda bina dengan hanya klik dan heret ikon-ikon ke cartalir yang disediakan. 

Page 3: Tutorial 1

Authorware juga membenarkan anda mengimport fail-fail teks yang berformat rtf dan fail yang dibina dalam perisian Director ke dalamnya.

Dengan menggunakan Authorware, anda boleh membina sebarang program multimedia yang ringkas seperti persembahan multimedia hinggalah kepada program multimedia yang canggih seperti modul pembelajaran berkomputer yang interaktif.

Ciri-ciri yang dinyatakan di atas telah menyebabkan Authorware kini semakin mendapat sambutan yang hangat terutamanya di kalangan pendidik dalam membina program-program pembelajaran yang interaktif.

Page 4: Tutorial 1

Authorware mempunyai pelbagai versi dan selalunya ianya berubah mengikut perkembangan masa.  Versi Authorware yang pertama keluar di pasaran ialah Authorware Star diikuti pula dengan Authorware Professional 2.0, Authorware 3.0, Authorware 3.5, Authorware 4.0,Authorware 5.0 dan yang terkini ialah Authorware 6.5

Setiap versi yang dikeluarkan selalunya dikeluarkan bersama dengan Authorware Working Model, Authorware Academic, Authorware Educational dan Authorware Commercial yang seiring dengan versi tersebut

Authorware Working Model hanya membenarkan anda membina program multimedia yang kecil.  Anda hanya boleh menggunakan 50 ikon sahaja dalam satu program.  Ianya selalu digunakan sebagai promosi untuk memperkenalkan Authorware.

Page 5: Tutorial 1

Authorware Academic pula membenarkan anda menggunakan ikon-ikon yang sedia ada dalam jumlah yang terhad.  Anda boleh menyimpan fail anda sekiranya bilangan ikon yang anda guna tidak melebihi dari bilangan ikon yang dibenarkan.

Authorware Educational dan Authorware Commercial membenarkan anda menggunakan ikon-ikon yang sedia ada dalam jumlah yang tidak terhingga.  

Authorware Educational berbeza dari Authorware Commercial dari segi harga dan kebenaran untuk anda mempasarkan program anda.  Authorware Educational adalah lebih murah harganya dari Authorware Commercial tetapi anda tidak dibenarkan untuk mempasarkan program yang anda bina di pasaran.  Ianya hanya membolehkan anda menggunakan Authorware untuk tujuan pendidikan dan bukannya untuk tujuan perniagaan

Page 6: Tutorial 1

Authorware merupakan satu perisian yang berkeupayaan tinggi dalam membina sebarang program multimedia yang interaktif.  Authorware membolehkan anda membina program-program berikut:

• Modul Pembelajaran Rangkaian Interaktif dan juga Modul Pembelajaran.• Kiosk• Majalah dan Katalog yang Interaktif• Stimulasi dan Prototype• Persembahan Multimedia Serangkaian• Modul Pembelajaran yang boleh disebarkan menerusi Internet

melalui teknologi Shockwave.• Encyclopedia yang Interaktif• Animasi 2 dimensi• Interaktif Video

Page 7: Tutorial 1

Macromedia Authorware HomePageHompepage Macromedia Inc. : Pengeluar program AuthorwareShockwave for Authorware The Netscape plugin for running Authorware files over the Internet.Shockwave Developers Tools Center You can download all Afterburners and ExtrasShockwave for Authorware Developers Center Server configuration, Tips & Techniques, Afterburner referenceThe Authorware Intelligence report by Joe Ganci, with information on the new Authorware books!Chuck's Authorware Page Help Sites for AuthorwareWelcome to FlatLand!You have reached the anonymous ftp site pa.cc.kuleuven.ac.be, maintained by Peter Arien. An Introduction to Multimedia Design This website supplements the book Authorware: An Introduction to Multimedia Design by Simon Hooper.

Page 8: Tutorial 1

Extending Authorware for Windows using DLLs written by Barry WoodThe Authorware FAQ (Frequently Asked Questions)Multimedia Authoring Systems FAQ Version 2.11Multimedia for Teaching at Queen's University Department of Film StudiesGetting Interactive with Authorware : Building Simulations and GamesAuthorware Exercise Tutorial PagesThe Media Shoppe conducted by Wade Wells, home of the FAQ and what so everThe Authorware Intelligence report conducted by Joe Ganci, author of the book Authorware Variables and FunctionsAuthorware information at Macromedia Info about the Authorware Interactive StudioAuthorware Developers Center Lots of Tips & Tricks, Troubleshooting, Updates & Downloads

Page 9: Tutorial 1

AWARE : A must to everybody that love Authorware.Authorware Notes and Commands

Where to get Macromedia Authorware books?

The Macromedia User Journal

Multimedia Developer Center by Macromedia

Macromedia: Authorware - "Key Features"

Bay Area Authorware User's Forum

Calgary Authorware User Group  

Page 10: Tutorial 1

Pengenalan Kepada Macromedia Authorware 4.0

Dalam Modul ini anda akan didedahkan kepada struktur asas Macromedia Authorware 4.0 dan bagaimana ianya berbeza berbanding dengan bahasa pengaturcaraan ataupun bahasa gubahan yang lain.

Anda juga akan mengkaji proses yang perlu dilaksanakan dalam menghasilkan satu projek Authorware, menambah ikon kepada garis aliran (Flow Line), set pilihan bagi setiap ikon dan banyak lagi.

Page 11: Tutorial 1

Skrin Kerja di dalam Authorware 4.0

Berikut merupakan contoh beberapa skrin yang akan anda lihat dan gunakan di dalam program Macromedia Authorware 4.0

Skrin menunjukkan menu yang ada di dalam Authorware

Page 12: Tutorial 1

Skrin menunjukkan ruang kerja, garis aliran dan juga ikon-ikon utama di dalam Authorware

Page 13: Tutorial 1

Ikon-ikon yang digunakan di dalam Authorware

Authorware 4.0 mempunyai 13 ikon yang berperanan membantu anda menghasilkan sebuah projek Authorware. Setiap ikon mempunyai kegunaan dan keupayaan yang tersendiri dan ianya boleh digunakan sekerap mana di mana jua yang anda perlukan.

Berikut merupakan ikon-ikon tersebut berserta nama dan keterangan setiap satunya.   

Page 14: Tutorial 1
Page 15: Tutorial 1

Ikon Paparan Ikon di mana segala kerja anda seperti teks, grafik dan objek disusun.

Ikon Pergerakan Membolehkan objek atau teks yang berada di dalam ikon paparan digerakkan ke mana jua yang anda ingini.

Ikon PadamDigunakan untuk memadam atau menghilangkan sesuatu paparan pada persembahan anda.

Ikon TungguMengawal kepantasan atau tempoh masa sesuatu paparan dipaparkan pada skrin.

Page 16: Tutorial 1

Ikon NavigateMembolehkan pengguna menyediakan "link" bagi setiap ikon yang bersambung dengan ikon Framework. Ia juga boleh digunakan untuk menyediakan "Hypertext" iaitu satu konsep di mana pengguna boleh menjelajah (navigate) dengan mengklik pada perkataan yang telah ditetapkan dalam sesebuah program. (Seperti di dalam Internet)

Ikon FrameworkMenyediakan keupayaan untuk menyusun struktur penjelajahan (navigation) sesebuah program

Ikon PilihanMengawal aliran perjalanan sesebuah projek. Ikon-ikon yang disambungkan dengan ikon ini boleh ditentukan bagaimana ianya akan dipersembahkan iaitu sama ada secara berjujukan, rawak dan mungkin juga dikawal oleh sesuatu pembolehubah yang ditetapkan.

Page 17: Tutorial 1

Ikon InteraksiMembolehkan sesebuah projek lebih interaktif dengan menyediakan pilihan tindakbalas dari pengguna seperti button, hypertext, drag & drop dan banyak lagi.

Ikon PengiraanMembantu anda mengawal perjalanan sesebuah projek. Ianya juga merupakan ikon di mana anda boleh memasukkan pembolehubah atau fungsi-fungsi tertentu untuk menjadikan program anda lebih menarik dan kompleks.

Ikon KumpulanMembantu memudahkan penyusunan ikon-ikon di dalam sesebuah program. Ia bertindak seperti sebuah folder atau direktori yang di dalamnya terkandungikon-ikon yang lain. Ikon ini penting kerana wujudnya masalah garis aliran yang terhad.

Page 18: Tutorial 1

Ikon MovieIkon ini membolehkan movie/video atau animasi dimasukkan ke dalam program anda. Contoh fail yang boleh diterima ialah fail yang mempunyai sambungan flc dan fli (dari program Autodesk 3D Studio contohnya), avi (Video for Windows), mov (QuickTime) dan juga program dari Macromedia Director.

Ikon AudioMenyediakan pilihan untuk anda memasukkan unsur-unsur audio(bunyi) ke dalam program.

Ikon VideoUntuk mengawal sambungan terus kepada VideoDisc atau VCR sekiranya anda mempunyai peranti tambahan yang diperlukan.

Page 19: Tutorial 1

ToolBarBerikut merupakan ToolBar yang dapat anda perhatikan di dalam program Authorware versi 4.0.

ToolBar memudahkan kerja anda dengan memberi capaian pantas berasaskan hanya satu klik menggunakan tetikus anda. Kebanyakan ikon yang ada padanya mempunyai konsep yang sama seperti program pemprosesan perkataan, pengkalan data dan sebagainya.

Setiap ikon yang ada pada ToolBar ini sebenarnya terdapat juga di dalam setiap menu yang ada dalam Authorware. Contohnya ikon New File mempunyai fungsi yang sama apabila anda melaksanakan arahan New dari menu File.

Setiap satunya mempunyai kegunaan yang tersendiri. Berikut merupakan ringkasan fungsi setiap ikon tersebut.

Page 20: Tutorial 1

File Baru (New File). Membuka kotak dialog bagi membolehkan anda mencipta satu fail Authorware yang baru.

Buka (Open). Membuka fail Authorware yang sedia ada.

Menyimpan (Save) fail anda.

Import. Membolehkan anda mengimport fail dari luar seperti grafik ataupun teks.

Undo. Membolehkan anda kembali kepada keadaan sebelumnya.

Potong (Cut). Memotong teks atau grafik yang ada untuk dipindahkan ke lokasi yang lain.

Salin (Copy). Menyalin teks atau grafik untuk dipindahkan ke lokasi yang lain.

Tampal (Paste). Membolehkan grafik atau teks yang telah di potong atau disalin di pindahkan ke skrin paparan anda.

Page 21: Tutorial 1

Cari (Find). Membolehkan anda mencari perkataan atau teks yang dikehendaki di dalam program anda.

Menunjukkan jenis atau style teks anda yangtelah ditetapkan.

Arahan untuk Bold, Italic dan Underline bagi mempelbagaikan paparan teks.

Main Semula (Restart). Memula atau melancarkan program anda sekali lagi. (Peringatan : memulakan program yang sedang anda kerjakan dan bukannya memulakan Authorware.

Control Panel. Membolehkan anda mengawal persembahan program. Sama ada ke hadapan (Forward), Belakang (Rewind), berhenti Sebentar (Pause) dan sebagainya.

Fungsi (Function). Membuka Tetingkap Fungsi bagi membolehkan anda memasukkan fungsi yang anda kehendaki ke dalam program.

Pembolehubah (Variable). Membuka Tetingkap Pembolehubah bagi membolehkan anda memasukkan pembolehubah yang anda kehendaki ke dalam program.

Help. Dengan menekan ikon ini anda meminta jasa baik Authorware untuk membantu anda dalam menyelesaikan masalah yang anda hadapi.

Page 22: Tutorial 1

Tutorial 1

Selepas menamatkan tutorial ini, anda boleh :

1. Memahami konsep Mod Pembangunan (Development Mode)

2. Menghasilkan aplikasi baru

3. Menyimpan (Save) aplikasi tersebut

4. Keluar dari Authorware

Video: Membina fail Authorware anda yang pertama

Page 23: Tutorial 1

Pengenalan

Sebelum anda boleh mencipta atau mengubah sesebuah projek, Authorware perlulah berada di dalam mod pembangunan terlebih dahulu. Sesebuah aplikasi boleh juga dilancarkan (Run) dalam mod tersebut bagi melihat hasil kerja anda seperti mana pengguna akhir akan melihatnya nanti.

Namun demikian, aplikasi yang telah siap dibangunkan biasanya perlu dipakejkan terlebih dahulu kepada "stand alone program" sebelum diedarkan kepada para pengguna. Ini bagi memastikan aplikasi tersebut boleh dilancarkan pada mana-mana komputer tanpa memerlukan program Authorware lagi.

Page 24: Tutorial 1

Latihan

Lancarkan program Authorware dengan menggunakan arahan pada Taskbar : Start – Programs – Macromedia Authorware (bergantung dimana kedudukan program Authorware anda berada). Anda boleh juga menggunakan konsep "double click" pada ikon Authoware yang diwakili seperti rajah di sebelah.

Pilih arahan New dari Menu File (kemudian pilih New File).  Biasanya langkah ini boleh ditinggalkan memandangkan Authorware telah sedia membuka fail baru setiap kali anda memulakan program tersebut.

Anda sewajarnya telah berada dalam mod pembangunan.  Perhatikan terdapatnya garis aliran (Flow line) pada tetingkap pembangunan. Memandangkan tiada sebarang ikon yang berada pada garis aliran, tanda tangan yang mewakili "insertion point" atau lokasi masukan berada pada bahagian teratas garis aliran

Page 25: Tutorial 1
Page 26: Tutorial 1

Garis Aliran dan Tetingkap Pembangunan

Page 27: Tutorial 1

Simpan (Save) aplikasi baru anda dengan menggunakan arahan dari menu File diikuti arahan Save. (

Anda boleh juga menggunakan arahan pantas (shorcut) dengan menekan kekunci Control diikuti kekunci S).

Namakan fail anda sebagai tutor01. Secara automatik Authorware akan memberi sambungan nama fail sebagai tutor01.a4p. (menandakan ianya merupakan fail dari program Macromedia Authorware versi 4.0).

Page 28: Tutorial 1

Pilih direktori atau pemacu (drive) di mana anda ingin menyimpan fail tersebutdan kemudian klik pada butang Save.

Untuk keluar (exit) dari Authorware gunakan arahan Exit dari menu File. (Anda boleh juga gunakan kombinasi kekunci Alt dan F4 secara serentak)

Buka semula program Authorware dengan kaedah yang sama. Buka fail tutor01 dengan menggunakan arahan Open dari menu File.

Anda sepatutnya kembali berada pada lokasi yang sama seperti dalam langkah kedua tadi.


Top Related