Download - Tugasan 1 final

Transcript
Page 1: Tugasan 1 final

TUGASAN 1 KBK3073 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

KUMPULAN

UPSI-A03 ( A112PJJ )

PENSYARAH

PUAN KAMALIAH BINTI MUHAMMAD

NAMA NO. ID NO. TELEFON

NURHAFIZAH BINTI AJLAN

801204-14-5448

D20102040807 019-7166070

019-5173776

1

Page 2: Tugasan 1 final

ISI KANDUNGAN

Bil Topik Halaman

1.0 Konsep Teori Ethiologi 3-4

2.0 Konsep Pintar Cerdas 4-5

3.0 Definisi Pintar Cerdas

3.1 Definisi Pintar Cerdas dalam Konteks Pendidikan di Malaysia

5-6

4.0 Jenis-jenis Pintar Cerdas 9-10

5.0 Faktor-faktor Perkembangan Pintar Cerdas

5.1 Faktor Genetik

5.2 Faktor Emosi

5.3 Faktor Kognitif/Mental

5.4 Faktor Aspek Luar dan Faktor Persekitaran

5.5 Bakat

9-13

6.0 Ciri-ciri Pelajar Pintar Cerdas

6.1 Ciri-ciri Kognitif

6.2 Ciri-ciri Personaliti

6.3 Ciri-ciri Tingkah Laku

6.4 Pemikiran Kreatif –Produktif

13-15

7.0 Masalah Kanak-Kanak Pintar Cerdas 15-19

8.0 Program Pendidikan Untuk Pelajar Pintar Cerdas

8.1 Program Pengayaan

8.1.1 Aktiviti Pendedahan

8.1.2 Latihan Berkelompok

8.1.3 Penyelidikan Masalah Sebenar

8.1.4 Program Percepatan

8.1.5 Prgram Pengelompokan

19-22

9.0 Kesimpulan 23

Bibliografi 24

2

Page 3: Tugasan 1 final

1.0 Konsep Teori Ethiologi

Secara umumnya, Ethiologi merupakan satu kajian berhubung dengan tingkah laku

manusia dan binatang dalam keadaan semula jadi. Dalam konteks ini, ahli Ethiologi

mengatakan bahawa evolusi dan faktor biologi memainkan peranan penting dalam

perkembangan manusia malahan mereka juga berpendapat bahawa pengalaman awal individu

adalah penting dalam mempengaruhi perkembangan seseorang individu. Di samping itu, dalam

kajian ahli Ethiologi seperti Lorens (1965) mengatakan bahawa kita tidak akan memahami

perkembangan kanak-kanak sekiranya kita tidak memerhatikan tingkah laku kanak-kanak

berkenaan dalam persekitaran semula jadi mereka.

Teori ini diaplikasikan oleh John Bowlby (1969,1989) dalam teori perapatan atau Theory

of Attachment yang menyatakan bahawa haiwan termasuk manusia dilahirkan bersama-sama

program biologi yang boleh menghasilkan beberapa isyarat tertentu yang boleh membawa

kepada perkembangan tingkah laku sosial seperti perapatan. Perapatan bermaksud kasih

sayang yang kuat, yang mengikat seseorang kepada seseorang yang lain. Ironinya, hubungan

perapatan yang kuat semasa kecil akan memberi kesan sepanjang kehidupan individu di mana

individu tersebut akan mempunyai harga kendiri yang tinggi, merasa lebih cekap dan selamat

dan merasa diri mereka diterima oleh rakan sebaya dan masyarakat berbanding dengan

individu yang mempunyai hubungan perapatan yang rendah. Walau bagaimanapun, teori

theologi ini mendapat kritikan kerana ia terlalu menekan kepada faktor-faktor biologi dan tidak

menumpukan perhatian kepada faktor kognitif.

Ironinya, teori ini boleh diaplikasi kepada kanak-kanak berkeperluan khas kerana melalui

hubungan perapatan inilah dapat membantu mereka berhadapan dengan dunia luar. Hal ini

demikian kerana kasih sayang daripada ibu bapa menjadi pemangkin ke arah perkembangan

tingkah laku mereka dan sudah pastinya mereka akan berasakan diri mereka dihargai. Begitu

juga kanak-kanak yang dikategorikan pintar cerdas. Murid-murid yang dilahirkan pintar cerdas

sewajarnya dibimbing agar mereka tidak terjerumus dalam masalah sosial. Acapkali kita

mendengar kanak-kanak yang pintar cerdas mengalami masalah sosial yang agak serius.

Justeru adalah penting agar tingkah laku mereka diperhatikan oleh guru dan ibu bapa agar

kepandaian luar biasa yang mereka peroleh dapat digunakan dengan cara yang baik.

3

Page 4: Tugasan 1 final

Walaupun mereka mempunyai kepandaian yang luar biasa tetapi kepandaian mereka

dapat digunakan dengan cara yang betul di bawah seliaan ibu bapa justifikasinya menjadikan

mereka insan yang cemerlang dan berwawasan dalam membina bangsa Malaysia. Malah,

hubungan persahabatan yang juga diaplikasikan berdasarkan teori perapatan dapat memberi

peneguhan kepada perkembangan tingkah laku mereka. Dalam konteks ini, sahabat dapat

memberi sokongan dan juga boleh menerima segala kebaikan dan keburukan mereka. Hal ini

demikian kerana persahabatan merupakan satu usaha bersosial yang dijalankan oleh setiap

individu. Ini adalah berlandaskan kepada keperluan manusia mendambakan penghargaan,

kasih sayang dan kehendak-kehendak lain dalam melengkapkan kehidupan ini.

2.0 Konsep Pintar Cerdas

Pintar cerdas boleh membawa maksud yang pelbagai mengikut persepsi seseorang

individu itu, berbeza juga dari pandangan masyarakat dan pandangan kanak-kanak itu sendiri.

Mengikut negara barat, maksud pintar cerdas adalah mereka yang mempunyai potensi dan

pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan

kepimpinan dan mempunyai bakat dalam bidang muzik dan seni yang mengkagumkan serta

mereka ini memerlukan aktiviti dan perkhidmatan lain dari yang lain yang tidak terdapat di

sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akademik dan potensi mereka (Rujukan

Laman Web). Seperti kanak-kanak yang lain, mereka yang pintar cerdas belajar melalui

interaksi. Pengalaman yang diperolehi akan digunakan sebagai proses mengumpul maklumat

untuk mencari identiti mereka sebagai pelajar. Adakalanya, kanak-kanak pintar cerdas

mengandaikan bahawa kanak-kanak lain juga adalah seperti mereka, sehinggalah mereka

masuk ke alam persekolahan dan mendapati bahawa mereka mempunyai keupayaan yang

tersendiri.

Sewajarnya, kesedaran mengenai perbezaan kanak-kanak ini dari kanak-kanak yang

lain boleh juga bermula dari awal lagi. Adalah penting untuk mempertimbangkan bagaimana

cara kita bertindak atau respon pada kanak-kanak di bawah jagaan kita yang ‘berbeza’ kerana

ini merupakan impak yang besar terhadap identiti kanak-kanak itu sendiri. Hal ini demikian

kerana pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan

rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas (gifted). Dalam konteks ini,

pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam

pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan.

Justeru, suatu program pendidikan khas perlu dilaksanakan dengan tujuan

mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan kerana

4

Page 5: Tugasan 1 final

mereka merupakan aset pembangunan negara. Sekiranya, kita mempersia-siakan kepintaran

yang dimiliki oleh mereka ini akan mendatangkan kerugian kepada kita dan juga negara. Kita

mungkin berfikir bahawa menjadi kanak-kanak pintar cerdas merupakan sesuatu yang baik

untuk diperkatakan kerana ini menunjukkan bahawa kanak-kanak itu sangat bagus dalam

sesuatu bidang. Walau bagaimanapun, perkara ini boleh menjadi suatu masalah pada kanak-

kanak tersebut, kawan-kawan, rakan dan guru.

Dari sudut perspektif perkembangan pelajar pintar cerdas ini, kegagalan membantu

pelajar pintar cerdas bagi memperkembangkan potensi dan bakat mereka adalah satu kerugian

yang besar kepada negara dan masyarakat keseluruhannya. Sekiranya penekanan sebegini

tidak diberi perhatian, dikhuatiri potensi dan bakat pelajar pintar cerdas ini akan terbantut dan

lambat berkembang. Malahan, pengajaran guru yang tidak mencabar pemikiran mereka akan

menyebabkan mereka cepat berasa jemu dan bosan, seterusnya akan menghilangkan minat

belajar. Dalam konteks ini, personaliti terutama watak, perangai, tingkah laku dan cara gaya

pembelajaran mereka perlu difahami oleh guru bagi merancang strategi pengjaran yang sesuai.

Jika dipupuk bakat yang ada tentu dapat memperkemas dan memantapkan keistimewaan yang

dikurniakan kepada mereka.

Selain guru, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam usaha melahirkan dan

mendidik anak pintar cerdas. Ibu bapa perlu mempunyai kemahiran serta keyakinan yang

membolehkan mereka mempraktikkan amalan-amalan mendidik anak pintar cerdas. Salah satu

kemahiran yang perlu digarap oleh ibu bapa adalah mengisi ruang kasih sayang sekeluarga.

Hubungan yang erat, suasana keluarga yang harmoni adalah antara perkara dan keperluan

yang perlu wujud dalam memberi sokongan kepada anak-anak pintar cerdas. Ini menepati teori

Ethiologi yang mementingkan hubungan yang rapat antara keluarga, rakan-rakan dan guru

mempengaruhi perkembangan mereka ke arah pembentukan insan yang berkualiti dan

cemerlang.

3.0 Definisi Pintar Cerdas

Terdapat pelbagai pengistilahan yang diberi oleh pakar-pakar dari barat dalam konteks

pemahaman yang berbeza. Piirto (1999) turut mengakui bahawa kanak-kanak pintar cerdas

mempunyai ukuran darjah kecerdasan atau intelligent quotient (IQ) yang tinggi. Dalam

menghurai pengistilahan ini, pakar barat turut membincangkan istilah gifted yang membawa

maksud berbakat. Berbakat pula bermaksud kebolehan semula jadi yang ada pada diri

seseorang. Gabungan istilah pintar cerdas dam berbakat digunakan untuk merujuk kepada

5

Page 6: Tugasan 1 final

kanak-kanak yang disebut sebagai gifted dan talented. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan

kekeliruan dalam membezakan antara istilah berbakat dan istilah pintar cerdas. Ini menegaskan

bahawa definisi pintar cerdas merujuk kepada keadaan seseorang yang mempamerkan

sesuatu

Mengikut Kamus Dewan (2002), istilah pintar membawa maksud cekap dan pandai.

Cerdas pula didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Susan K. Golant di dalam

bukunya The Joys and Challenges Of Rising a Gifted Childs berpendapat, kanak-kanak

pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar, curiga dan mempunyai

perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran suppaya berupaya menggabungkan

beberapa maklumat dalam menghasilkannya. (Rujukan Laman Web).

Umumnya, pintar cerdas ini ditakrifkan sebagai kepandaian luar biasa dalam

mamahami dan mengadaptasi segala cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya.

Ahli biologi mendefinisikan pintar cerdas sebagai kebolehan luar biasa yang dimiliki oleh

seseorang individu untuk melakukan adaptasi dan manipulasi terhadap keadaan dan

perubahan persekitaran. Dalam pada itu, pakar psikologi pula mendefinisikan istilah pintar

cerdas sebagai kanak-kanak yang berupaya melakukan taakulan iaitu mempunyai kebolehan

berfikir dengan logik dan mempunyai fungsi kognitif yang hebat. Dalam konteks ini, kanak-

kanak pintar ini berkebolehan mencari dan mengaitkan sebab musabab terhadap sesuatu

fenomena yang abstrak.

Walau bagaimanapun, seseorang yang berbakat belum pasti akan menjadi seorang

yang pintar cerdas. Banyak faktor yang perlu berperanan sebagai pemangkin mempengaruhi

secara positif laluan seseorang itu daripada berbakat menjadi pintar cerdas menurut Gagne,

1998; Piirto,1999. Antara faktor tersebut ialah faktor dalaman atau intrapersonal bagi individu

terbabit, seperti emosi yang sejahtera dan konsep kendiri yang positif. Selain itu terdapat faktor

persekitaran yang turut berperanan sebagai pemangkin. Ini merujuk kepada aspek-aspek

sokongan di rumah dan di sekolah. Seseorang yang dianggap pintar cerdas dalam sesuatu

bidang tertentu ialah seorang yang berbakat dan juga cemerlang dalam bidang tersebut.

Menurut Susan K. Golant dalam bukunya The Joys and Challenges of Raising a Gifted

Child berpendapat kanak-kanak yang pintar cerdas ini menunjukkan minat yang tinggi dalam

suasana pembelajaran, bersifat curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada

persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dan mengadaptasikannya

dalam kehidupan seharian. Manakala umum pula mentakrifkan pintar cerdas sebagai

6

Page 7: Tugasan 1 final

kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh individu. Malahan, individu yang dikatakan pintar

cerdas ini mempunyai kebolehan luar biasa dalam memahami serta mengaplikasikan segala

cabaran persekitaran kepada mindanya serta kehidupannya.

Dalam konteks ini, Edward Dr. Gardner menyatakan bahawa individu yang pintar cerdas

mungkin menguasai dan mempunyai kemahiran luar biasa dalam salah satu tujuh kecerdasan

pelbagai (Multiple Intelligence) dan mungkin sederhana dalam bidang-bidang yang lain. Malah

Dr. Stemberg dalam bukunya (Conception of Giftedness) pula berpendapat bahawa kepintaran

terdiri daripada 3 faktor iaitu kepintaran sintetik atau kebolehan kreatif, kepintaran analitik atau

kebolehan kreatif dan kepintaran analitik atau kebolehan melakukan analisis dan kepintaran

praktikal iaitu menggunakan kepintaran yang dimiliki menghasilkan sesuatu ataupun digunakan

dalam kehidupan seharian. Dalam konteks ini, Hassan Mohd Alik (2006) turut menjelaskan

bahawa konsep pintar cerdas sebenarnya tidak tertakluk kepada kejayaan akademik semata-

mata malah kebolehan berkreatif dan bereksperiman termasuk menghasilkan bahan ataupun

teori, kebolehan seni yang hebat juhga adalah manifestasi kepintaran dan kecerdasan individu.

Nasca (1978) seterusnya menggambarkan pelajar-pelajar pintar cerdas sebagai

mempunyai tiga kebolehan yang unik iaitu mampu menerima lebih banyak maklumat daripada

persekitaran mereka, malah berupaya menyimpan lebih banyak maklumat dan berupaya

menggunakan pelbagai teknik untuk memproses maklumat yang mereka telah diperoleh. Oleh

yang demikian, individu pintar cerdas ini bolehlah dikategorikan sebagai penjana maklumat.

Bagaimanapun, menurut Nasca, rakan-rakan sebaya mereka lebih cenderung untuk bersikap

mengumpul dan mengingati maklumat serta mengeluarkan semula maklumat tersebut tanpa

memprosesnya secara analitik. Itulah yang membezakan antara pelajar-pelajar pintar cerdas ini

dengan pelajar normal.

Secara amnya, setelah memahami pengistilahan bagi kategori kanak-kanak pintar

cerdas. Dr. Howard Gardner (1981) dalam bukunya Frames of Mind telah menggariskan 7 jenis

kebolehan kanak-kanak pintar cerdas ini iaitu yang pertama ialah kepintaran linguistik.

Kepintaran linguistik ini merujuk kepada kebolehan seseorang individu dalam memberikan

makna perkataan serta mahir dalam melakukan turutan sesuatu perkataan. Tidak hairanlah,

kanak-kanak dalam kebolehan ini dengan mudah boleh mempelajari beberapa bahasa asing.

Seterusnya, kebolehan yang kedua dikenali sebagai kebolehan logikal iaitu pengkhususannya

kepada mata pelajaran matematik iaitu merujuk kepada kebolehan untuk mencari sebab

musabab dalam sesuatu hal atau perkara.

7

Page 8: Tugasan 1 final

Kebolehan ketiga ialah kebolehan ruang di mana kebolehan memberi pandangan

tentang dunia dan persekitaran dengan tepat; kebolehan membuat dan mengubah sesuatu

persepsi, kemahiran kejuruteraan, artistik dan memori secara visual. Manakala kebolehan

keempat pula merujuk kepada kebolehan kinetik badan iaitu kemahiran bersukan (athletic) dan

kemahiran melakukan koordinasi motor. Kebolehan kelima adalah kebolehan dalam bidang

muzik, kebolehan keenam pula merujuk kepada kebolehan mengenal pasti irama, “pitch”,

intonasi dan melakukan memori auditori. Kebolehan ketujuh ialah kebolehan berinteraksi murid

dalam hubungan sosial termasuklah interpersonal dan intrapersonal skill. Menurutnya lagi,

seseorang yang pintar cerdas mungkin mempunyai kemahiran luar biasa dalam salah satu

daripada tujuh perkara tersebut dan sederhana dalam bidang-bidang yang lain.

3.1 Definisi pintar cerdas dan berbakat dalam konteks pendidikan di Malaysia

Di dalam sistem pendidikan di Malaysia, murid pintar cerdas dan berbakat didefinisikan

sebagai murid yang mempunyai keupayaan berprestasi cemerlang disebabkan kebolehan

mereka yang tinggi berbanding dengan murid yang seumur dengannya. Mereka juga lulus

penilaian tahap kecerdasan atau keupayaan yang ditetapkan oleh KPM dan mereka

memerlukan pendekatan khusus dalam pendidikan. Justeru, pelajar pintar cerdas dan berbakat

merupakan seorang pelajar yang terbukti cemerlang atau seorang yang berpotensi dalam

bidang akademik atau dalam bidang-bidang lain seperti muzik, bahasa, kepimpinan dan lain-

lain.

Pendidikan pelajar pintar cerdas di Malaysia bermula semula pada tahun 2007 apabila

seorang kanak-kanak pintar cerdas matematik, Adi Putra Abd. Ghani menjadi perhatian media

massa. Beliau telah diuji tahap kepintarannya oleh Prof. Madya Dr. Noriah Mohd. Ishak seorang

pakar kaunseling dan psikologi dan Dr. Rosadah Abd. Majid seorang pakar bidang bidang

pendidikan khas untuk kanak-kanak pintar cerdas dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Adi

Putra didapati mempunyai kepintaran yang superior dalam beberapa bahagian matematik. Adi

Putra kemudiannya telah ditawarkan beberapa pilihan program pembelajaran berbentuk

pecutan dan pengayaan oleh beberapa buah universiti tempatan. Ini merupakan titik tolak

kepada permulaan program pendidikan kanak-kanak pintar cerdas di Malaysia selepas program

BAKA yang diperkenalkan pada awal tahun1970an.

8

Page 9: Tugasan 1 final

4.0 Jenis-jenis Pintar Cerdas

Terdapat enam jenis kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat yang telah dikenal pasti

(Betts & Neihart, 1988). Jenis pertama merupakan kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat

yang paling senang dikenal pasti adalah mereka yang berbakat. Kanak-kanak dari kategori ini

disukai guru dan rakan-rakan sebaya serta mencapai hasil tahap yang tinggi. Mereka lebih suka

bergantung pada orang lain berbanding berdikari. Dalam pada itu, mereka juga tidak suka

mengambil risiko. Dalam pada itu, mereka juga tidak suka mengembangkan autonomi dan

sebenarnya mereka boleh mencapai sesuatu dengan lebih tinggi jika mereka lebih menentukan

diri sendiri.

Jenis kedua ialah pencabar. Dalam kategori ini kebiasaannya kanak-kanak ini lebih

kreatif. Signifikasi daripada kekurangan sokongan untuk kanak-kanak yang kreatif boleh

mengakibatkan tingkah laku yang degil dan memberi cabaran-cabaran untuk guru dan ibu bapa.

Justeru, para guru dan ibu bapa perlu bijak dalam menguruskan kanak-kanak ini. Cara yang

paling baik untuk membantu kanak-kanak kategori ini ialah sentiasa memberi motivasi.

Jenis ketiga ialah kanak-kanak ‘bawah tanah’ atau bersembunyi di mana kanak-kanak

cuba untuk menyembunyikan kepintaran mereka. Kebiasaan kanak-kanak jenis ini adalah

kanak-kanak perempuan yang sedang bersekolah. Mereka sering berasa cemas dan tidak

selamat. Hal ini terjadi kerana satu konflik dialami antara sosial dan kejayaan akademik. Jenis

ini juga sentiasa mengalami kemurungan kerana wujudnya ketidakyakinan dalam jiwa mereka

untuk mengetengahkan bakat yang mereka miliki.

Jenis keempat adalah kanak-kanak yang keciciran. Kanak-kanak ini mempunyai

pencapaian rendah sepanjang masa dan memerlukan program sokongan yang cukup banyak

untuk meningkatkan pencapaian pendidikan. Pencapaian rendah boleh dihasilkan disebabkan

mereka tidak mempunyai dorongan motivasi yang dipengaruhi oleh program-program yang

tidak sesuai untuk mereka.

Jenis kelima dipanggil label berganda iaitu kanak-kanak yang mempunyai kesulitan

pembelajaran fizikal atau emosional. Oleh itu, mereka kurang diberi perhatian dan potensi serta

bakat mereka dibiarkan. Misalnya, seorang kanak-kanak pintar cerdas yang kurang upaya dari

aspek fizikal mungkin kecerdikan yang dimilikinya tidak dipeduli oleh orang lain kerana dilabel

sebagai seorang kurang upaya.

9

Page 10: Tugasan 1 final

Jenis keenam ialah kanak-kanak berautonomi. Kanak-kanak jenis ini ialah kanak-kanak

yang mempunyai cara tersendiri dan tidak bergantung pada orang lain. Kanak-kanak ini akan

terus berkembang jika terdapat program-program pendidikan yang bersesuaian disediakan

untuk mereka (Betts & Neihart, 1988).

5.0 Faktor-faktor perkembangan Pintar Cerdas

Perkembangan individu pintar cerdas dan berbakat ini dapat dilihat dan diperhatikan

sejak kecil lagi. Antara perkembangan yang dikaitkan dengan golongan ini adalah

perkembangan fizikal, perkembangan emosi dan juga sosial. Walupun pada pandangan

masyarakat mereka tidak mempunyai masalah dalam setiap peringkat perkembangan ini,

namun pada hakikatnya yang sebenar golongan pintar cerdas dan berbakat ini juga mempunyai

masalah berkaitan dengan kehidupan mereka. Mereka juga memerlukan perhatian dan

sokongan yang sewajarnya untuk terus menghadapi kehidupan mereka walaupun pada

dasarnya, mereka agak berbeza dengan individu biasa. Oleh itu, isu-isu yang berkaitan dengan

golongan pintar cerdas dan berbakat ini tidak harus dipandang enteng oleh semua pihak agar

masalah perkembangan yang mereka hadapi tidak akan menganggu perkembangan bakat dan

potensi yang ada dalam diri mereka.

Piirto (1990) menyarankan lima aspek perkembangan pintar cerdas iaitu genetik atau

warisan sebagai faktor utama. Faktor kedua ialah faktor emosi diikuti dengan faktor kognitif

yang merujuk kepada keperluan kecerdasan minima sebagai faktor ketiga. Faktor keempat

dalam perkembangan pintar cerdas ialah sifat pintar cerdas (talent) itu sendiri. Aspek ini

dikaitkan dengan sifat dalaman yang semulajadi dan bermisteri. Aspek yang terakhir ialah ialah

aspek luaran atau persekitaran kepada individu yang berbakat. Aspek ini lebih merujuk kepada

sokongan dan bimbingan ibu bapa dalam memperkembangkan pintar cerdas dalam diri anak-

anak mereka.

5.1 Faktor genetik

Ironinya, menjadi persoalan adakah pintar cerdas diwarisi dan dipengaruhi oleh faktor

genetik. Hal ini demikian kerana ramai pakar genetik dan psikologi telah berusaha untuk

mencari dan menentukan sejauh manakah kebenaran bahawa tahap kepintarannya diwarisi.

Malahan, kebanyakan pakar juga bersetuju bahawa asas potensi mental seseorang sedikit

10

Page 11: Tugasan 1 final

sebanyak diwarisi daripada ibu bapanya. Boleh dikatakan bahawa kanak-kanak pintar cerdas

sudah menjadi pintar cerdas sejak saat kelahiran.

Manakala menurut Profesor Howe, kanak-kanak menjadi pintar cerdas mungkin kerana

hasil daripada bimbingan dan didikan ibu bapa serta guru-guru yang berada di sekeliling

mereka sejak lahir dan semasa waktu kritikal iaitu zaman pra formal di antara kosong hingga

enam tahun. Malahan, Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman

(1937) dan Shieldo (1962) turut membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kebolehan

yang berbeza dan perbezaan itu biasanya diturunkan oleh genetik ibu bapa.. Kajian ahli-ahli

psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa

mereka. Kebiasaannya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas

pintar.

5.2 Faktor Emosi

Menurut Goleman, kecerdasan emosi pula adalah kemampuan seseorang mengatur

kehidupan emosinya dengan inteligensi, menjaga keselarasan emosi dan pengungkapannya

melalui keterampilan, kesedaran diri, pengendalian diri, motivasi diri, empati dan keterampilan

sosial. Menurut Bee (1999), kanak-kanak pintar cerdas adalah satu golongan yang

heterogeneous. Mereka yang lebih tinggi tahap kecerdasannya berbanding kanak-kanak lain

menghadapi masalah penyesuaian diri berbanding kanak-kanak lain.

Goleman (1999) juga menyatakan bahawa kecerdasan emosi adalah kemampuan lebih

yang dimiliki seseorang dalam memotivasikan diri, ketahanan dalam menghadapi kegagalan,

mengendalikan emosi dan kepuasan serta mengatur keadaan jiwa. Tuntasnya, seseorang akan

berada dalam keadaan yang positif apabila memiliki elemen-elemen tersebut. Beliau juga

menambah, kecerdasan emosi adalah lebih penting dan berpengaruh daripada kecerdasan

intelektual. Seseorang yang mempunyai kecerdasan emosi lebih berjaya dalam mengatur

kehidupan dan akhirnya mencapai cita-cita.

5.3 Faktor Kognitif /mental

Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mempunyai kebolehan mental yang

mana jauh lebih tinggi berbanding rakan sebayanya. Oleh sebab itu, keperluan motivasi yang

setanding juga perlu diberikan supaya tiada konflik timbul dalam kehidupan mereka kerana

sudah ada panduan atau sistem pendidikan yang bersesuaian. Ibu bapa berperanan

11

Page 12: Tugasan 1 final

mempengaruhi perkembangan kognitif mereka dengan memindahkan pengetahuan berkenaan

melalui maklumat dan budaya dengan memberi tunjuk ajar mereka melalui perlakuan ibu bapa.

Francis Galton pula menyatakan kanak-kanak pintar cerdas sebagai seseorang yang

mempunyai penaakulan yang tinggi dan melihat sesuatu itu di dalam perspektif yang berbeza

daripada orang biasa. Dalam erti kata lain, perkembangan awal mereka dapat dikenal pasti

sebagai seorang individu yang mempunyai pemikiran kognitif yang arasnya adalah lebih tinggi

daripada individu lain. Pandangan yang dilontarkan oleh Galton adalah amat bernas kerana

bukan semua individu mempunyai pemikiran kognitif yang tinggi serta memerlukan penerokaan

yang lama untuk diambil oleh seseorang individu yang biasa. Dalam konteks ini, kemahiran

kognitif kanak-kanak ini perlu dipantau agar mereka dapat berfikir secara rasional dalam

membuat keputusan.

5.4 Faktor aspek luar dan faktor persekitaran

Faktor aspek luaran dan faktor persekitaran adalah berkaitan dengan peranan ibu bapa

serta masyarakat dalam memberi dorongan dan sokongan terhadap anak-anak pintar cerdas.

Yang lebih utama adalah dorongan dan sokongan dari ibu dan bapa yang berempati dan dapat

menyedari keistimewaan anak kecil mereka. Ibu bapa yang memberikan ruang kepada anak

mereka untuk berkembang sepenuh potensi diri adalah ibu bapa yang boleh membentuk minda

genius. Bagaimanapun, kejayaan mereka kelak tidak boleh diambil dan ditiru bulat-bulat kerana

semua kanak-kanak amat berbeza dari segi minat dan personaliti mereka.

Hanya ibu bapa yang dapat menilai kemampuan anak kecil mereka dan kemudian

melakukan apa yang dirasakan perlu untuk membangunkan potensi dirinya. Seseorang ibu atau

bapa yang peka terhadap keupayaan anaknya akan memberi pendidikan yang lebih sempurna

dan yang terbaik di peringkat awal lagi. Hal ini demikian kerana jika bakat atau kebolehan tidak

dikembangkan secara tidak langsung akan mati. Ternyata, keadaan ini akan merugikan banyak

pihak terutama kepada negara, kerana negara memerlukan golongan pintar cerdas ini untuk

membangunkan negara.

Dalam pada itu, guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam

perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat

penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah akan

melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian

12

Page 13: Tugasan 1 final

dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-

kemudahan pengajaran-pembelajaran akan membantu perkembangan kognitif dan psikomotor

murid. Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas untuk

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan

insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini telah termaktub dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang diisytiharkan pada tahun 1988.

5.5 Bakat

Aspek seterusnya ialah aspek bakat itu sendiri. Kebanyakan bakat itu diramal daripada

tingkahlaku ramalan. (predictive behaviours). Bakat ini ditunjukkan secara domain dan dianggap

bernilai oleh masyarakat. Terdapat bakat domain yang spesifik seperti seni visual, muzik,

kesusasteraan, lakonan, tarian, sukan, rekaan, matematik, sains, dan sebagainya. Ini turut

disokong oleh Model Gagne yang menekankan proses pembelajaran ataupun proses

pembangunan bakat semulajadi yang dirangsang oleh pemangkin luaran dan interpersonal.

Pemangkin-pemangkin ini memainkan peranan dalam membantu pengembangan bakat

ataupun membantutkan pengembangan bakat.

6.0 Ciri-ciri Pelajar Pintar Cerdas dan Berbakat

Bee (1997) mengkategorikan perkembangan pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat

(PCB) sebagai perkembangan yang berbeza daripada biasa. Pelajar-pelajar PCB

mempamerkan ciri-ciri khas dalam aspek-aspek pemerosesan kognitif, personaliti dan tingkah

laku (Mills 1993; Bee 1997; Kyle 1998; Piirto 1999; Renzulli 2000). Perbezaan tersebut perlu

kepada pendekatan pendidikan yang bersesuaian (Gallagher & Gallagher 1994).

6.1 Ciri-ciri Kognitif

Dalam aspek pemprosesan kognitif, pelajar-pelajar cerdas pintar biasanya apabila diuji

dengan ujian-ujian psikometrik akan mendapat skor Darjah Kecerdasan (DK) atau Intelligent

Quotion (IQ) yang tinggi biasanya melebihi 130 (Kyle 1998). Malahan, potensi kognitif dalam

bentuk potensi akademik dapat dilihat daripada keputusan peperiksaan yang cemerlang. Selain

itu ciri-ciri kognitif pelajar cerdas pintar merangkumi keupayaan untuk menaakul idea-idea yang

13

Page 14: Tugasan 1 final

abstrak, cepat memahami unsur-unsur utama dalam sesuatu isu, sangat empati, ingatan yang

kuat, dan berkecenderungan untuk menjadi terlalu asyik dalam sesuatu topik yang diminati.

Robinson (2002) pula merumuskan ciri-ciri pelajar cerdas pintar seperti berikut;

mempunyai ingatan serta penaakulan yang luar biasa, sangat suka kepada perkara-perkara

intelektual berserta sifat ingin tahu yang menebal, mempunyai strategi yang berbeza ketika

menyelesaikan sesuatu masalah, gemar mengajukan soalan-soalan yang susah, dan

memberikan pendapat yang ganjil hasil dari pemikiran yang mencapah. Malahan, menurut

Stemberg & Zhang (1995) berpendapat bahawa kanak-kanak pintar cerdas mempunyai

kebolehan-kebolehan dari aspek memiliki asas pengetahuan dan kebolehan untuk mengingati

semula maklumat dari ingatan yang tersimpan. Malahan, kanak-kanak ini mahir menggunakan

kemahiran dan strategi dalam menyelesaikan masalah serta memiliki kemahiran metakognitif

yang akan meregulasi. Apa yang penting mereka dapat mengaplikasikan kemahiran dalam

mengawal penggunaan strategi dalam menyelesaikan masalah

6.2 Ciri-ciri Personaliti

Piirto (1999) merumuskan 17 ciri personaliti pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat.

Ciri-ciri personaliti tersebut ialah: kreatif; berimaginasi; mempunyai pandangan yang mendalam;

intuitif; keterbukaan; keamatan dalam tingkah laku; amat menyukai kerjanya; perseptif;

mendesak; berani mengambil risiko; berdisiplin kendiri; mempunyai kecekapan kendiri; cara

berfikir mirip kedua-dua gender; tabah berusaha; amat mementingkan kesempurnaan; toleransi

terhadap sesuatu yang tidak pasti; dan mempunyai kemahuan yang kuat. Ada antara ciri-ciri

tersebut dikaitkan dengan aspek sosio emosi pelajar terbabit. Ringkasnya pelajar-pelajar pintar

cerdas dan berbakat mempamerkan personaliti yang unik dan berbeza. Perbezaan ini perlu

ditangani dengan bijaksana dan tidak disalah tafsir oleh ibu bapa dan guru-guru.

6.3 Ciri-ciri Tingkah Laku

Renzulli (1978) menyatakan bahawa pelajar-pelajar cerdas pintar menunjukkan tingkah

laku pintar cerdas (PC) pada situasi-situasi tertentu. Beliau mencadangkan tiga trait utama yang

bergabung menjadikan seseorang pelajar itu dikategorikan sebagai pintar cerdas. Trait-trait

tersebut ialah kecerdasan atau potensi kognitif yang luar biasa, menyelesaikan masalah secara

kreatif, dan komitmen yang tinggi dalam melakukan sesuatu tugas. Trait kecerdasan seperti

yang telah dihuraikan merupakan ciri-ciri kognitif. Kreativiti pula seperti huraian Piirto (1999)

merupakan ciri-ciri personaliti. Komitmen dalam melaksanakan sesuatu perkara pula

merupakan sebahagian daripada trait tingkah laku pintar cerdas.

14

Page 15: Tugasan 1 final

Tingkah laku Pintar Cerdas boleh diukur dalam aspek atau domain berikut:

Pembelajaran, Kepimpinan, Komunikasi, Perancangan, Motivasi, Kreativiti, Dramatik, Muzikal,

dan Seni. Aspek-aspek tersebut terdapat dalam Skala Pemarkatan Tingkah Laku, Scale for

Rating the Behavioral Charactersitics of Superior Students (SRBCSS) (Renzulli et al. 2002).

Penilaian terhadap tingkah laku PC boleh dibuat dengan menggunakan skala pemarkatan

tingkah laku oleh guru-guru yang mengajar pelajar-pelajar berkenaan. Guru-guru yang

mengajar pelajar pintar cerdas mengenali kekuatan yang ada pada pelajar-pelajar tersebut.

Justeru mereka boleh membuat pemarkatan untuk menilai tingkah laku pintar cerdas dan tahap

kekuatan tingkah laku tersebut dalam aspek-aspek yang terdapat dalam SRBCSS (Renzulli et

al. 2002).

6.4 Pemikiran Kreatif – Produktif

Antara ciri yang dipamerkan dengan memiliki pemikiran yang kreatif ialah sangat yakin

ketika menjelaskan dan menyatakan idea-idea yang telah difikirkan serta idea-idea yang bernas

itu terhasil daripada kebolehan mereka dalam membuat hubung kait antara dua idea yang

terpencil yang tidak dapat dilihat dan difikirkan oleh orang lain. Malahan, kanak-kanak pintar

cerdas juga boleh meneka dan mengecam akan kewujudan seseuatu masalah dalam sesuatu

perkara tertentu dan secara spontan mereka dapat bertindak mengikut daya pemikiran yang

kreatif. Relaitinya, idea yang sering dilontarkan dapat dikekalkan dengan hujah-hujah yang

boleh menarik minat orang lain.

Apa yang lebih penting apabila mereka berjaya mengekalkan idea dalam setiap

perbincangan atau kolaborasi dengan mereka yang normal. Dalam pada itu, mereka

menunjukkan minat yang mendalam dalam menghasilkan projek tertentu seperti projek sains

dan robotik. Hal ini demikian kerana projek-projek seperti ini akan menggalakkan mereka

supaya berimaginasi dengan lebih jauh dan mendalam. Jika ada yang cuba menandingi idea

yang telah dilakukan oleh mereka, pelbagai persoalan akan diajukan sehingga mereka berpuas

hati dengan jawapan yang diberikan.

7.0 Masalah-masalah Kanak-Kanak Pintar Cerdas

Pencapaian kanak-kanak pintar-cerdas yang begitu tinggi selalunya menimbulkan

perasaan inferioriti pada rakan-rakan di sekelilingnya. Lebih-lebih lagi, biasanya kanak-kanak

15

Page 16: Tugasan 1 final

pintar-cerdas menunjukkan superioriti dalam kebanyakan aspek. Mereka memenangi banyak

hadiah dalam pelbagai pertandingan ataupun mendapat keputusan yang cemerlang, Perasaan

rendah diri ini menjadikan kanak-kanak lain menjauhkan diri daripada kanak-kanak pintar-

cerdas demi mempertahankan harga diri mereka sendiri. Keadaan ini akan menjadikan kanak-

kanak pintar-cerdas seolah-olah diboikot, walaupun dia tidak berbuat salah. Kanak-kanak

pintar-cerdas masih kecil, mereka tidak boleh memahami kenapa dianya dijauhi oleh kawan.

Malah dia sendiri juga berasa bosan dengan rakan sebaya dan mengasingkan diri. Faktor-faktor

ini menjadikan isu sosial satu cabaran besar yang perlu mereka hadapi.

Ini tidak ketinggalan dalam aspek perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas ini

yang bakal membatasi pergerakan atau kemampuan mengerjakan serta menyelesaikan

sesuatu tugasan yang dirasakannya begitu mudah diselesaikan dalam gambaran intelek

mereka. Kanak-kanak ini juga lebih gemar melibatkan diri dalam perbualan dengan orang

dewasa mengenai isu-isu global dan mampu untuk berdebat dengan baik dalam menyuarakan

pendapat atau pandangan mereka dalam isu tersebut. Disebabkan mereka ini matang dalam

beberapa aspek berbanding dengan rakan sebaya yang lain, maka mereka lebih selesa dengan

orang yang lebih berumur dari mereka serta mempunyai tahap kepintaran yang sama dengan

mereka. Tetapi dari segi aspek emosi mereka akan menangis atau merajuk sekiranya mereka

berebut ketika bermain ataupun alat permainan mereka diambil oleh seseorang.

Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-

perkara abstrak tetapi tidak mampu menagani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi

yang mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan

seksualiti dan isu-isu yang lain. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan

membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran

intelek mereka. Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah

kekecewaan. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global

untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka

diambil oleh seseorang

Antara masalah dan keistimewaan pelajar ini bukan setakat isu penyesuaian diri mereka

lantaran perbezaan yang mereka ada semata-mata tetapi masalah itu sebaliknya mungkin

menjadi faktor-faktor yang mempengaruhi usaha dan pencapaian mereka. Kebanyakan

masalah ini menjadi punca kegagalan dan kesengsaraan hidup mereka, apabila mereka tidak

boleh menangani masalah ini. Guru perlu memahami apa yang dikehendaki oleh pelajar tidak

16

Page 17: Tugasan 1 final

semestinya apa yang diperlukan oleh mereka. Pelajar tidak semestinya memahami apa yang

terbaik untuk diri mereka. Sebab itu guru perlu memahami pelajar mereka. Masalah mungkin

berlaku apabila guru mengeksploitasikan bakat pelajar demi kesenangan dirinya. Contohnya,

dengan melantik pelajar pentar cerdas ini mengajar pelajar yang lain yang lebih lemah bukanlah

cara terbaik untuk guru melepaskan tanggungjawab terhadap pelajar ini. Berlainan pula dengan

guru membantu mereka memperbaiki teknik mengajar atau berkomunikasi. Perkembangan

mereka secara tidak langsung telah terjejas.

Guru perlu mempertimbangkan dua faktor dalam membuat keputusan: apa yang

dikehendaki oleh pelajar dan apa yang diperlukan oleh pelajar. Kedua-dua faktor ini sama

penting. Sebagai pelajar yang perkembangannya berbeza dengan pelajar yang lain, mereka

sendiri mungkin lebih memahami apakah kelebihan dan minat sendiri. Walau bagaimanapun ini

tidak bermakna mereka mampu membuat keputusan yang terbaik untuk diri mereka. Ini boleh

dilihat pada sikap segelintir pelajar pintar cerdas yang tidak suka membuat latihan, walaupun

mereka belum menguasai kemahiran tersebut. Mereka sering menunjukkan sikap negatif

mereka yang hanya belajar apa yang diminatinya. Oleh itu guru seharusnya dapat

memahamkan mereka kepentingan berlatih dan menguasai bidang pengetahuan yang tertentu.

Pada masa yang sama, adalah tidak mustahil sekiranya mereka sendiri tidak dapat mengenal

minat, kekuatan dan kelemahan mereka, contohnya berasa keliru semasa pemilihan jurusan

bidang pengajian. Oleh itu, mereka sebenarnya memerlukan bimbingan orang yang lebih

berpengalaman hidup. banyak orang susah percaya sekiranya pelajar pintar cerdas dikaitkan

dengan dengan masalah akademik. Segelintir individu pintar cerdas hanya menumpukan

perhatian dalam apa yang menarik minat mereka. Kadang-kadang ditunjukkan dalam sikap

degil mereka dalam mempelajari sesuatu yang mereka kurang berminat. Ini adalah satu

pembaziran, sebab mereka mungkin memiliki bakat luar biasa dalam bidang yang mereka tidak

berminat. Guru perlu memberi motivasi, contohnya kepentingan subjek tertentu. Disebabkan

cara pembelajaran dan keperluan intelek mereka yang begitu unik, sebarang tugasan dan

pendidikan yang tidak sesuai dengan ciri-ciri mereka akan menjadikan mereka salahsuai.

Keadaan ini mungkin dilihat pada kejatuhan yang mendadak dalam keputusan.

Banyak kanak-kanak pintar cerdas yang tidak suka ke sekolah sebab terlalu bosan

dengan pengajaran guru. Mereka juga berasa bosan dengan (percakapan) kawan yang tidak

matang bagi mereka. Masalah sosioemosi ini adalah akibat keperluan akademik yang tidak

dipenuhi, dengan kata lain mereka tidak dicabar secukupnya dari segi akademik. Masalah ini

seterusnya akan membawa kepada masalah tingkah laku atau disiplin seperti yang dijelaskan

17

Page 18: Tugasan 1 final

sebelum ini. Masalah ini boleh menjadikan mereka membenci kepada sekolah dan

pembelajaran.

Satu cabaran yang besar dalam pendidikan adalah memahami pencapaian pelajar.

Kanak-kanak pintar cerdas bukannya tidak dicabar dalam akademik tetapi tidak dicabar secara

yang berkenaan. Contohnya, kerja salin-menyalin, menghafal secara bulat-bulat, latih tubi, jenis

tugasan atau soalan yang closed-ended tidak serasi dengan keperluan akademik pelajar pintar

cerdas. Mereka mungkin tidak suka menghafal pendapat orang lain sedangkan dirinya boleh

mengeluarkan idea yang lebih baik. Walaupun pelajar pintar cerdas menunjukkan kelebihan

mereka dalam ingatan, tetapi kelebihan mereka yang nyata adalah dari segi pemahaman.

Dalam konteks ini, pemahaman merupakan faktor penting yang membezakan pelajar pintar

cerdas dengan pelajar biasa yang cemerlang dalam akademik. Bagi pelajar pintar-cerdas, apa

yang menarik minat mereka adalah sesuatu yang mencabar mereka dari segi pemahaman.

Lembaran kerja yang menekankan latih tubi tidak menarik kepada mereka sebab mereka tidak

suka.

Memang benar golongan pintar cerdas memiliki kelebihan dalam persaingan. Tetapi ini

tidak bermakna mereka akan berasa yakin diri, sebab dia mungkin langsung tidak

membandingakan diri dengan orang lain. Seperti yang dikatakan sebelum ini, golongan ini

mendukung sistem nilai yang tersendiri, mereka mungkin tidak berminat membandingkan

dirinya dengan orang lain dari segi pencapaian akademik, kerjaya dan sebagainya. Sebaliknya

mereka seolah-olah membuat sesuatu akibat dorongan dalaman sendiri. Dengan erti kata lain,

mereka membandingkan diri mereka sendiri, dan jangkaan yang tinggi selalunya memberi

tekanan kepada mereka sendiri. Penyempurnaan diri merupakan satu motivasi yang kuat dalam

mempengaruhi tingkah laku mereka.

Semua individu adalah unik dari segi keupayaan, jarang kita menjumpai seseorang yang

serba boleh. Keadaan ini berlaku kepada kanak-kanak pintar-cerdas juga. Seseorang yang

mencapai tahap yang tinggi dari segi kecerdasan bahasa dan logiko-matematikal mungkin

menghadapi masalah besar dalam kemahiran fizikal seperti mengimbangkan badan, kordinasi

badan ataupun dia tidak boleh melukis atau menyanyi. Bayangkan apakah perasaannya

semasa hari sukan, masa seni dan sesi nyanyian, sudah tentu mereka berasa malu dan janggal

sebab maruah diri mereka yang tinggi dan sifat sensitif. Perkembangan yang tidak seimbang ini

juga membawa banyak masalah kepada kehidupan mereka, contohnya kalau dia menghadapi

masalah orientasi arah dia akan selalu menghadapi masalah sesat jalan juga.

18

Page 19: Tugasan 1 final

Pada masa yang sama, keyakinan yang terlalu tinggi juga menjejaskan perkembangan

mereka. Memandangkan kebolehan akademik (dan kebolehan mental yang lain), sesetengah

individu menjadi terlampau yakin dalam dunia yang berorientasikan akademik ini. Ini

menjadikan mereka tidak nampak kelemahan sendiri dan hidup dalam dunia sendiri. Masalah

keyakinan (terlampau yakin atau inferioriti) ini akan menjejaskan pandangan orang lain

terhadap diri kita.

Jelas sekali masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan pintar cerdas dan berbakat

ini adalah berpunca daripada dua faktor iaitu keistimewaan yang ada pada diri mereka dan

faktor luaran. Adalah tidak tepat untuk mengandaikan golongan pintar cerdas ini akan

mendapat kejayaan hidup dengan begitu mudah. Pada hakikatnya, golongan ini perlu

mengatasi pelbagai masalah yang mereka hadapi supaya mereka dapat mengembangkan

sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka. Peranan pendidik adalah untuk membantu

mereka mengatasi halangan-halangan tersebut. Selain motivasi, perhatian juga patut diberikan

kepada keperluan mereka yang unik. Pengetahuan yang ada kaitannya dengan individu pintar

cerdas dan berbakat ini harus disalurkan kepada pihak-pihak yang terbabit supaya mereka lebih

sensitif terhadap keperluan unik golongan ini.

8.0 Program Pendidikan Untuk Pelajar Pintar Cerdas

Setiap individu pelajar yang normal semenjak dari usia bayi telah memiliki potensi dan

bakat yang boleh diperkembang dan dipertingkatkan. Dewasa kini mereka telah terdedah lebih

awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi impak

yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi

mereka, terutama di kalangan mereka yang dikenali sebagai pelajar pintar cerdas. Pelajar yang

mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih

dikenali sebagai kanak kanak pintar cerdas (gifted). Pelajar pintar cerdas dan berbakat

merupakan individuyang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan

pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan

berkesan, suatu program pendidikan khusus amat diperlukan.

Secara amnya, keperluan kanak-kanak pintar cerdas perlu dipenuhi kerana mereka

mempunyai hak dalam mendapat akses pembelajaran yang ekuiti. Guru perlu peka

memerhatikan ciri-ciri yang terdapat di dalam kanak-kanak pintar cerdas agar kesesuaian

aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bukan sahaja memenuhi kehendak murid

biasa tetapi juga kanak-kanak pintar cerdas. Guru juga perlu memastikan golongan ini tidak

19

Page 20: Tugasan 1 final

rasa terabai atau tersingkir kerana keadaan yang berlaku kini melihatkan mereka sering tidak

diendahkan kewujudan mereka. Malahan, kanak-kanak pintar cerdas sama seperti populasi lain

yang memerlukan keadaan yang normal dalam pengajaran dan program khas perlu dibuat agar

keperluan ini dipenuhi. Ciri-ciri seperti kepelbagaian minat, perasaan ingin tahu yang tinggi, dan

keupayaan mereka memanipulasi simbol memerlukan pihak sekolah bertindak balas terhadap

ciri-ciri ini. Dalam konteks ini, potensi kanak-kanak pintar cerdas tidak dapat berkembang tanpa

didikan dan panduan yang betul. Didikan yang dimaksudkan itu merangkumi aspek didikan di

rumah, sekolah dan juga di dalam komuniti itu sendiri.

Selain itu, program pendidikan yang tidak memadai bagi seseroang kanak-kanak pintar

cerdas adalah disebabkan penekanan kepada asas kemahiran semata-mata. Hakikatnya

kanak-kanak pintar cerdas sudah mempunyai asas kemahiran tersebut. Ironinya, kanak-kanak

ini memerlukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna agar potensi diri mereka

diterokai sepenuhnya sepanjang perkembangan mereka menjadi individu yang berjaya.

Memandangkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran belajar yang

berlainan daripada kanak-kanak biasa maka para pendidik perlu merangka satu program

pendidikan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini. Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor

Aini Khalifah (1982), program pendidikan kanak-kanak pintar cerdas ini terbahagi kepada tiga

bentuk umum iaitu pengayaan, percepatan dan pengelompokan.Program pengayaan terdiri

daripada tiga jenis aktiviti iaitu pendedahan, latihan berkelompok dan penyelidikan masalah

sebenar (Rujukan Laman Web).

8.1 Program Pengayaan

8.1.1 Aktiviti Pendedahan

Dalam aktiviti pendedahan, murid diberi kebebasan atau ruang untuk mempelajari

bidang yang diminati. Satu sudut yang lengkap dengan pelbagai bahan pengayaan disediakan

di bilik darjah. Maklumat-maklumat pengayaan seperti apa yang menarik dalam bidang

tersebut, dari mana boleh mendapatkan maklumat tambahan, apakah isu-isu semasa dalam

bidang ini, disediakan. Selain daripada majalah, pamplet dan buku-buku, guru juga perlu

mengadakan aktiviti lawatan, ceramah, tayangan video dan sebagainya sebagai aktiviti

pendedahan. Justifikasi daripada program yang dilaksanakan ini dapat meningkatkan

kemahiran dan kreativiti murid dalam pelbagai bidang. Ini juga akan menjadikan mereka

golongan yang berilmu pengetahuan. Murid tahap ini sentiasa berfikiran jauh, justeru guru perlu

20

Page 21: Tugasan 1 final

lebih kreatif dalam proses penyampaian isi pengajaran agar potensi diri dapat dibentuk dengan

cara yang lebih berkesan.

8.1.2 Latihan berkelompok

Ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak. Antara

aktiviti latihan ini termasuklah pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kaedah projek dan inkuiri-

penemuan. Kebanyakan pelajar pintar cerdas sememangnya amat berminat dalam kaedah

latihan ini. Hal ini demikian kerana latihan seperti ini dikatakan mencabar minda mereka untuk

berfikir dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.

8.1.3 Penyelidikan Masalah Sebenar

Kanak-kanak pintar cerdas diberi latihan secara kumpulan kecil. Mereka diberi latihan dan

bimbingan khusus untuk menyelidik masalah sebenar. Aktiviti ini menggunakan teknik inkuiri-

penemuan iaitu kanak-kanak pintar cerdas tadi bermula dengan pembentukan sesuatu

masalah, memahami masalah yang dibentuk, menyediakan pelan tindakan, menjalankan

rancangan penyelidikan, membuat laporan dan membuat refleksi untuk membina skim

penghayatan yang mantap.

8.1.4 Program Percepatan

Ini bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-kanak pintar cerdas itu dihabiskan

dengan cepat. Ada beberapa cara untuk melaksanakan program ini seperti kanak-kanak yang

lebih muda memasuki tahun satu persekolahan, melangkaui kelas, melangkaui sebahagian

daripada masa kelas untuk mengikuti mata pelajaran tertentu dalam kelas yang lebih tinggi

(mengikut minat dan perkembangan intelek) dan memendekkan tempoh pengajaran seperti

kurikulum setahun diajar dalam tempoh 6 bulan dan lebihan masa itu digunakan untuk

mempelajari kurikulum yang lebih tinggi.

8.1.5 Program Pengelompokan

Program ini menentukan bahawa kanak-kanak dalam kategori pintar cerdas ini

dikumpulkan dalam satu kelas dan diberi bimbingan yang sesuai oleh guru yang terlatih.

Program pengelompokan ini memerlukan satu penilaian yang standard untuk menentukan

tahap kanak-kanak pintar cerdas. Langkah ini juga dapat memberi peluang kepada kanak-

kanak pintar cerdas untuk menikmati pembelajaran yang lebih sempurna. Komputer dan Kanak-

kanak Pontar Cerdas. Geoffrey Jones dalam artikelnya bertajuk, “Personal Computers Help

21

Page 22: Tugasan 1 final

Gifted Students Work Smart” telah menggariskan kebolehan-kebolehan komputer dalam

memenuhi keperluan belajar kanak-kanak pintar cerdas. Antaranya ialah;

a. Teknologi komputer yang fleksibel akan memudahkan gaya pembelajaran dan minat

individu untuk berinteraksi dengan gambar, perkataan, nombor atau sebarang medium

yang memberi keselesaan kepada pelajar.

b. Struktur pengalaman yang direka oleh guru-guru terlatih akan membantu pelajar untuk

membina kekuatan dan mengatasi kelemahan-kelemahan mereka. Word Processors

dapat memperbaiki penulisan dan pengolahan idea-idea. Program-program komputer

yang berkaitan dengan data statistik boleh membantu pelajar menyelesaikan pelbagai

soalan yang mencabar minda mereka. Pelajar-pelajar akan bertambah yakin membina

pelbagai “skills” mereka.

c. Komputer juga boleh digunakan untuk menyaingi kehendak pelajar. Komputer dapat

“bersabar” dan menguasai pada satu-satu idea untuk jangka masa yang panjang.

Komputer juga boleh melakukan kerja-kerja yang kompleks apabila para pelajar telah

bersedia untuk menggunakannya.

d. Apabila para pelajar telah menerima sesuatu tanggungjawab dan menguasai

penggunaan komputer, mereka akan bekerja dengan lebih cekap. Komputer berkhidmat

untuk masyarakat. Semakin baik pemahaman pelajar tentang proses pembelajaran,

mereka akan dapat menggunakan teknologi ini dengan cekap.

e. Masyarakat belajar daripada masyarakat. Maklumat dan idea daripada masyarakat luar

boleh didapati dari komputer. Para pelajar akan dapat dihubungkan melalui “software”,

papan buletin atau perbincangan dan projek kumpulan. Para pelajar akan lebih terdedah

kepada golongan masyarakat yang berilmu dan bijak menerusi teknologi komputer ini

Penggunaan aplikasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak

membantu murid untuk menguasai semua kemahiran komputer. Namun demikian, guru dan ibu

bapa perlu memantau gerak kerja mereka menggunakan komputer agar mereka mengetahui

apa yang diperlukan atau apa yang tidak diperlukan dalam sesuatu pencarian maklumat.

Program sebegini dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam aplikasi penggunaan

komputer.

22

Page 23: Tugasan 1 final

9.0 Kesimpulan

Individu yang pintar cerdas lazimnya disifatkan mempunyai tahap kecerdasan yang

tinggi dalam semua aspek. Banyak teori yang dikemukakan untuk menerangkan tahap

kecerdasan mereka. Walaupun demikian, mengenali kanak-kanak pintar cerdas tidak lengkap

tanpa mengetahui masalah lain yang dihadapi oleh mereka. Walaupun seorang pintar cerdas

mempunyai tahap perkembangan yang tinggi daripada orang normal, namun kadang-kala

mereka mempunyai masalah dalam emosi dan sosial mereka. Walaupun kadang kala dia

menampilkan sikap emosi atau sosial yang tidak matang, ia tidak menunjukkan bahawa dia

bukan seorang yang pintar cerdas tetapi terdapat beberapa halangan yang menjadikannya

begitu. Dalam konteks ini, sekiranya tekanan ini mampu ditangani dengan baik maka sudah

pastinya kanak-kanak pintar cerdas ini akan berupaya menyesuaikan diri dalam persekitaran

sosial dan seterusnya menjalani kehidupan dengan harmoni dan selesa.

Walau bagaimanapun, sekiranya mereka gagal, ia berkemungkinan akan menjurus

kepada kemungkinan untuk mensia-siakan anugerah yang dimiliki dalam pelbagai situasi

negatif seperti kegagalan meneruskan kecemerlangan ataupun penglibatan dalam gejala

kurang sihat sebagai reaksi kepada pemberontakan emosi yang mereka alami. Hakikatnya,

kanak-kanak ini perlu dibimbing dalam segala aspek berkaitan dalam hidup mereka agar dapat

mengimbangi tahap kepintaran atau kecerdasan intelektual mereka dengan wibawa diri yang

dilengkapi dengan kestabilan mental dan emosi, serta tidak menyalahi norma-norma sosial

masyarakat umum. Program pendidikan pintar cerdas di Malaysia haruslah dibangun

berpaksikan matlamat menyerlahkan potensi diri pelajar pintar cerdas secara maksimum tanpa

mengabaikan dimensi psikologi, sosio-emosi dan rohani agar menjadi generasi berminda kelas

pertama Malaysia.

23

Page 24: Tugasan 1 final

Bibliografi

Betts,G.T. & Neihart,M.(1988). Profiles of the gifted and talented. Gifted Child Quarterly,

32(2),248-253.

Goleman, Daniel (1999), Working with Emotional Intellegence, Bantan, New York.

Mook Soon Sang (2009), Perkembangan Kanak-Kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Nordin Mamat (2005), Asas Sosial Kanak-kanak. Pustaka Salam Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.

Noriah Mohd Ishak, Rosadah Abd. Majid & Siti Fatimah Mohd Yassin (2009) PERMATApintar:

Pengalaman UKM Bangi : Pusat PERMATApintar Negara UKM.

Prof. Madya Dr. Mansor Fadzil, Prof. Madya Dr. Abdul Razak, Prof. Dr. Khadijah Mohd Yunus.

(2003) Asas Psikologi: Pendidikan Khas. OUM.

Rohani Abdullah (2001). Perkembangan Kanak-Kanak Penilaian Secara Portfolio. UPM

Serdang

Zalizan Mohd Jelas. 2009. Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas: Konsep dan

Amalan Universiti Kebangsaan Malaysia

Laman Web

Che Mah Yusof dan Dr. Mariani Md Nor. Personaliti Pelajar Pintar Cerdas dan hubungannya

dengan pencapaian akademik daripada http://www.educ.upm.edu.my/~gradeduc/chemah.pdf

http://file-pdf.com/Tajuk-10:-Kanak-Kanak-Berkeperluan –Khas.html

24


Top Related