Download - Tugas Pengetua Dalam PSM
8/8/2019 Tugas Pengetua Dalam PSM
http://slidepdf.com/reader/full/tugas-pengetua-dalam-psm 1/23
1
TUGAS PENGETUA DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Oleh : Othman bin Yahya
Tajuk Artikel Diulas :
Tugas Pengetua Sekolah Dalam Bidang Pentadbiran Sumber Manusia Di Arizona
(The Work of the School Principal in the Area of Human Resources Administration In
Arizona)
Pengkaji :
M. Scott Norton
Sumber dan Tahun:
National Association of Secondary School Principals, NASSP Bulletin; ProQuest
Education Journals; Jan 1999, pg. 108 ± 113.
1.0 RINGKASAN KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti tugas-tugas personel
spesifik yang diperlukan oleh pengetua-pengetua sekolah masa kini. Untuk mencapai
tujuan itu, seramai 100 orang pengetua sekolah rendah dan menengah telah dipilih secara
persampelan bertujuan supaya dapat mencakupi responden daripada sekolah-sekolah yang
berbagai saiz dan mewakili kawasan-kawasan yang berada di Arizona. Pengetua-
pengetua diminta untuk memperincikan tugas mereka dalam bidang pentadbiran sumber
manusia. Daripada 100 orang yang dipilih, hanya 74 orang memberi maklum balas.
Penumpuan sebenar kajian ini adalah dalam empat perkara utama, namun begitu
perbincangan utama artikel jurnal ini berfokus mengenai perkara ketiga iaitu
tanggungjawab pengetua sekolah dalam sumber manusia. Empat perkara utama tersebut
adalah :
y Latihan dan pengalaman profesional
y Statistik sekolah daerah dan tempatan
y Tanggungjawab pengetua sekolah dalam sumber manusia
y Keadaan dan perhubungan personel sedia ada
1.1 Latar Belakang Responden
Mengenai taraf pendidikan, semua pengetua mempunyai sarjana muda dan sarjana
manakala 14 orang daripada mereka mempunyai ijazah kedoktoran. Kebanyakan mereka
8/8/2019 Tugas Pengetua Dalam PSM
http://slidepdf.com/reader/full/tugas-pengetua-dalam-psm 2/23
2
berpengalaman sebagai pengetua di mana jumlah pengalaman sebagai pengetua adalah
antara satu hingga 18 tahun manakala min dan median jumlah pengalaman adalah 7.45
dan 7.43 tahun. Min dan median bagi lama masa berkhidmat dalam sekolah sekarang
adalah 3.84 tahun dan 3.63 tahun. Sejumlah 60% responden percaya bahawa mereka
³bersedia´ manakala selebihnya 40% percaya mereka ³agak bersedia´ dan ³tidak
bersedia´ untuk mentadbir fungsi sumber manusia dalam situasi mereka sekarang.
Pengetua-pengetua yang terpilih ini berkhidmat di sekolah dalam daerah-daerah
berbeza dengan jumlah pelajar antara kurang dari 15000 hingga melebihi 90000.
Bilangan pelajar sekolah mereka adalah antara 200 hingga melebihi 2000 orang.
Kebanyakan pengetua (59%) mentadbir sekolah dengan pelajar seramai antara 601 ±
1200 orang. Kebanyakan daerah-daerah (86%) di Arizona ini punyai satu unit pejabat
sumber manusia berpusat yang ditadbir seorang pengarah.
1.2 Dapatan Kajian
Perkara pertama yang dilakukan oleh pengkaji adalah meminta pengetua-pengetua
yang dipilih untuk mengenal pasti proses sumber manusia yang termaktub dalam
keterangan tugas mereka. Jadual 1 menunjukkan sembilan daripada sebelas proses
sumber manusia dikenal pasti sebagai sebahagian daripada keterangan tugas melebihi
54% daripada responden. Pemilihan staf, penugasan staf dan iklim organisasi menerima
maklum balas melebihi 90% responden manakala penilaian staf, pembangunan staf dan
orientasi staf menerima maklum balas melebihi 80% daripada pengetua-pengetua yang
mengambil bahagian.
Daripada 11 proses sumber manusia yang telah dikenal pasti, pengetua-pengetua
itu diminta memberikan anggaran terbaik peratus tanggungjawab bagi setiap proses.
Jadual 2 menunjukkan bahawa terdapat jurang besar antara proses yang ´tiada
tanggungjawab´ dengan ´tanggungjawab sepenuhnya´ berdasarkan min peratus
tanggungjawab bagi setiap proses. Tujuh daripada 11 proses (melebihi 50%) dikenal
pasti menjadi proses personel utama ditadbir di peringkat sekolah. Penilaian staf dan
penugasan staf merupakan proses yang menjadi tanggungjawab hampir sepenuhnya
kepada pengetua-pengetua.
8/8/2019 Tugas Pengetua Dalam PSM
http://slidepdf.com/reader/full/tugas-pengetua-dalam-psm 3/23
3
Jadual 1 : Proses Sumber Manusia dan Peratus Tanggungjawab
Proses Sumber Manusia Peratus
Pemilihan Staf 96.0
Penugasan Staf 92.0
Iklim Organisasi 92.0
Penilaian Staf 88.0
Pembangunan Staf 84.0
Orientasi Staf 84.0
Perlindungan Staf 62.0
Kestabilan Staf 59.0
Pengambilan Staf 54.0
Pampasan Staf 16.0
Penawaran Kolektif 1.0
Lain-lain 9.0
Jadual 2 : Persepsi Pengetua Mengenai Tanggungjawab Mereka
Untuk Proses Sumber Manusia Terpilih
Proses Sumber Manusia Min Peratus Tanggungjawab
Penilaian Staf 97.55
Penugasan Staf 91.85
Pemilihan Staf 88.87
Iklim Organisasi 88.09
Orientasi Staf 63.51
Pembangunan Staf 63.40
Kestabilan Staf 56.74
Perlindungan Staf 48.90
Pengambilan Staf 37.85
Pampasan Staf 8.83
Penawaran Kolektif 1.00
Pengetua-pengetua itu seterusnya diminta untuk menentukan tanggungjawab
jawatan berkaitan sepuluh aktiviti personel seperti ditunjukkan dalam Jadual 3. Sebanyak
8/8/2019 Tugas Pengetua Dalam PSM
http://slidepdf.com/reader/full/tugas-pengetua-dalam-psm 4/23
4
87% pengetua menyatakan bahawa kaunseling peribadi staf adalah aktiviti personel yang
dilaksanakan oleh pengetua. Ia diikuti oleh mengendalikan rungutan peribadi (76%) dan
melaksanakan peraturan-peraturan personel (70%). Aktiviti penting dalam pentadbiran
sumber manusia iaitu perancangan sumber manusia hanya dinyatakan sebagai aktiviti
personel yang dilaksanakan pengetua oleh sepertiga responden (33%).
Jadual 3 : Aktiviti-aktiviti Personel Terpilih Yang
Dilaksanakan Oleh Pengetua Sekolah
Aktiviti Personel Peratus
Kaunseling Staf Secara Peribadi 87
Mengendalikan Rungutan Peribadi 76
Peraturan-peraturan Personel 70
Mengendalikan Permohonan Pertukaran 67
Rekod-rekod Personel 65
Pelaksanaan Perjanjian Utama Daerah 50
Merujuk kepada EAP 41
Program Guru Pengganti 39
Perancangan Sumber Manusia 33
Mencadangkan Untuk Program Bayaran Insentif 28
Untuk menilai komitmen pengetua kepada fungsi sumber manusia, pendekatan peruntukan masa digunakan di mana para pengetua diminta menganggarkan peratus
daripada keseluruhan waktu bekerja yang digunakan untuk melaksanakan perkara-perkara
berkaitan personel. Kajian ini mendapati 28 responden menyatakan menggunakan lebih
dari 50% masa mereka, 21 responden antara 30 hingga 50%, manakala selebihnya 25
responden menggunakan kurang dari 30% peruntukan masa mereka untuk bekerja.
Walau bagaimanapun median adalah 40% seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.
Jadual 4 : Peruntukan Masa Digunakan Untuk Aktiviti Berkaitan
Personel Daripada Jumlah Masa Bekerja
Peratus Aktiviti Personel Bilangan
Lebih dari 50% 28
Lebih dari 30% hingga 50% 21
Kurang dari 30% 25
Median = 40%
8/8/2019 Tugas Pengetua Dalam PSM
http://slidepdf.com/reader/full/tugas-pengetua-dalam-psm 5/23
5
Responden juga diminta mengenal pasti proses sumber manusia yang memerlukan
peruntukan masa pentadbiran yang paling banyak. Jadual 5 menunjukkan bahawa lebih
daripada 79% pengetua meletakkan aktiviti berkaitan penilaian staf, iklim organisasi,
pemilihan staf dan pembangunan staf memerlukan peruntukan masa yang banyak.
Aktiviti-aktiviti mendapat kurang daripada 50% pilihan pengetua. Penilaian staf adalah
aktiviti yang mendapat pilihan 100% pengetua yang menunjukkan aktiviti yang
memerlukan peruntukan masa yang banyak bagi semua pengetua yang terlibat. Pengkaji
mendapati penawaran kolektif mendapat pilihan yang sangat rendah dan agak
mengejutkan disebabkan oleh pernyataan pengetua-pengetua bahawa menjadi
tanggungjawab yang signifikan bagi mereka untuk melaksanakan perjanjian utama
rundingan daerah. Perjanjian utama ini adalah sebahagian aktiviti penawaran kolektif.
Jadual 5 : Senarai Kedudukan Masa Terbanyak Diperuntukkan
Untuk Proses Sumber Manusia Terpilih
Proses/ Aktiviti Peratus
Penilaian Staf 100
Iklim Organisasi 83.3
Pemilihan Staf 79.0
Pembangunan Staf 79.0
Kaunseling Staf Secara Peribadi 47.9
Orientasi Staf 35.0
Pengambilan Staf 27.0
Penugasan Staf 27.0
Kestabilan Staf 14.6
Perlindungan Staf 4.2
Penawaran Kolektif 0.0
Pampasan Staf 0.0
1.3 Masalah Dalam Pentadbiran Sumber Manusia Kepada Pengetua Sekolah
Sebanyak 28 masalah dalam mengurus personel telah disenaraikan setelah dikenal
pasti oleh pengetua-pengetua. Responden diminta untuk menentukan sama ada masalah
itu ´serius´, ´masalah´, atau ´kecil atau tiada masalah´. Kajian mendapati hanya beban
8/8/2019 Tugas Pengetua Dalam PSM
http://slidepdf.com/reader/full/tugas-pengetua-dalam-psm 6/23
6
kerja pengetua telah diberi maklum balas oleh lebih 50% pengetua sebagai masalah
´serius´. Walau bagaimana, terdapat 11 masalah yang menunjukkan wujudnya sama ada
´serius´ atau hanya ´masalah´ yang dinyatakan oleh melebihi 50% responden. Jadual 6
menunjukkan senarai masalah-masalah mengikut tahap keseriusan yang telah ditentukan
oleh pengetua-pengetua yang terlibat. Menurut pengkaji, beban kerja pengetua, beban
kerja guru, menyingkirkan guru tidak kompeten, kekurangan guru, dan gaji guru
mendahului senarai masalah ´serius´.
Jadual 6 : Masalah Dalam Sumber Manusia ± Tahap Keseriusan
MasalahTahap Keseriusan
S M K/T
Beban Kerja Pengetua 53 41 6
Beban Kerja Guru 49 43 8Menyingkirkan Staf Tidak Kompeten 40 33 27
Program Guru Pengganti 39 37 24
Kekurangan Guru 35 26 39
Gaji Guru 25 35 40
Persijilan Guru 18 33 49
Keperluan Penyimpanan Rekod 16 39 45
Ketidakhadiran Guru 12 55 33
Keperluan Undang-undang ttg Personel 11 37 52
Penilaian Guru 10 41 49
Pertukaran Guru 10 18 72Pengurangan Pasukan 10 12 78
Pembangunan Staf 6 45 49
Rundingan Kolektif 5 21 74
Masalah Personel Terpilih 4 41 55
Perancangan Personel 4 24 72
Moral Staf 2 35 63
Pemilihan Personel 2 30 68
Pembangunan Peraturan Personel 1 18 81
Iklim Organisasi 0 37 63
Kaunseling Peribadi Staf 0 35 65
Kualiti Guru 0 35 65
Hubungan Guru dengan Guru 0 24 76
Hubungan Pentadbir - Staf 0 16 84
Mentadbir Rungutan Staf 0 14 86
Penugasan Personel 0 14 86
Sikap Militan Guru 0 8 92
8/8/2019 Tugas Pengetua Dalam PSM
http://slidepdf.com/reader/full/tugas-pengetua-dalam-psm 7/23
7
1.4 Kesimpulan
Sudah jelas bahawa pengetua kini memegang peranan kepimpinan yang signifikan
dalam pentadbiran fungsi sumber manusia yang efektif. Telah diterima umum dalam
kalangan pendidik bahawa program sekolah yang efektif tidak dapat dipisahkan dengan
kualiti staf. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetua sekolah memegang
tanggungjawab utama dalam mentadbir proses-proses sumber manusia seperti pemilihan
staf, penugasan staf, penilaian staf, pembangunan staf, dan iklim sekolah, yang semuanya
merupakan asas kepada program kualiti sekolah. Dapatan juga menunjukkan kepada
keperluan memberikan tumpuan khas terhadap pentadbiran personel dalam program
persediaan kepimpinan sekolah berpotensi dan juga latihan dalam perkhidmatan bagi
pentadbir sedia ada. Kumpulan yang melaksanakan penambahbaikan sekolah perlu
memberi perhatian serius mengenai perkara ini supaya dapat meningkatkan kepimpinan
di peringkat sekolah, dan dengan itu meningkatkan program-program pendidikan untuk
pelajar-pelajar di sekolah.
2.0 ANALISIS ARTIKEL
2.1 Kelebihan Artikel
Setelah dibaca dan diteliti penulisan artikel ini, didapati bahawa terdapat beberapa
kelebihan artikel ini seperti berikut :
i. Kajian ini memilih kaedah persampelan bertujuan sebagai kaedah persampelan
untuk memenuhi semua ciri responden dikehendaki meliputi semua jenis dan saiz
sekolah serta daerah di Arizona. Kaedah ini sesuai digunakan untuk memenuhi
kehendak kita dalam melaksanakan kajian. Menurut Straker (2008) persampelan
bertujuan bermula dengan satu tujuan dalam minda dan dengan itu sampel dipilih
untuk mewakili mereka-mereka yang dikehendaki dan menyingkirkan mana-mana
yang tidak dapat memenuhi tujuan itu. Kita biasanya sudah mempunyai satu atau
lebih kumpulan spesifik yang sudah dikenal pasti yang kita kehendaki (Trochim,
2006).
8/8/2019 Tugas Pengetua Dalam PSM
http://slidepdf.com/reader/full/tugas-pengetua-dalam-psm 8/23
8
ii. Artikel ini dihurai dengan ringkas dan menggunakan ayat-ayat yang mudah
difahami. Jadual-jadual yang disusun serta dipapar mudah difahami dan statistik
yang digunakan juga mudah iaitu min, peratus dan frekuensi.
iii. Didapati bahawa antara proses dan aktiviti sumber manusia yang disenaraikan
dalam artikel ini meliputi persekitaran dan keselamatan staf. Ini merupakan
sebahagian daripada urusan penting dalam pengurusan sumber manusia yang
dinamakan ³SH&E´ atau ³Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran´. Menurut
Ryan (2009), para profesional SH&E tahu bahawa satu aktiviti penting yang
mereka laksanakan adalah mendiagnos sistem pengurusan SH&E. Mereka tahu
jika mereka tidak ukur, mereka tidak akan dapat mengenal pasti peluang-peluang
penambahbaikan, dan dengan itu, tidak akan dapat merancang penambahbaikan
masa hadapan.
iv. Dalam mengurus sumber manusia, lapan fungsi yang perlu dilaksanakan adalah
perancangan, pengambilan staf, perkembangan staf, penilaian prestasi, pengurusan
pampasan, hubungan industri, dan keselamatan dan kesihatan pekerja (Jamalul
Lail, 2010). Didapati bahawa proses dan aktiviti yang dibincangkan dalam artikel
meliputi fungsi-fungsi yang disenaraikan. Ini menggambarkan pelaksanaan
sepenuhnya fungsi-fungsi pengurusan sumber manusia di sekolah.
v. Kajian ini menggunakan pengetua-pengetua sebagai responden. Dapatan-dapatan
yang dibincangkan adalah hasil daripada pernyataan daripada mereka yang
melaksanakan proses dan aktiviti ini. Justeru, dapatan kajian ini menggambarkan
keadaan sebenar amalan-amalan yang dilaksanakan oleh pentadbir sekolah.
2.2 Kelemahan Artikel
Artikel yang ringkas dan padat ini mempunyai beberapa kelemahan yang
menimbulkan persoalan-persoalan. Kelemahan-kelemahan tersebut adalah :
i. Artikel ini tidak menyatakan pernyataan masalah dan teori yang digunakan pakai.
Maka, apabila kita membaca artikel ini, kita tidak tahu atas isu dan persoalan
apakah kajian ini dilaksanakan. Kita juga tidak mengetahui teori-teori atau model
8/8/2019 Tugas Pengetua Dalam PSM
http://slidepdf.com/reader/full/tugas-pengetua-dalam-psm 9/23
9
sebenar yang digunakan dalam merangka kajian yang menjadi asas kepada kajian
ini.
ii. Artikel yang ringkas ini juga tidak menyatakan jumlah populasi pengetua-
pengetua di Arizona. Justeru, kita tidak tahu sama ada dapatan ini boleh
menggambarkan keseluruhan atau jumlah responden merupakan sebahagian kecil
sahaja pengetua di Arizona.
iii. Artikel yang diulas tidak memberi penerangan mengenai item-item dengan istilah
ringkas yang digunakan. Sebagai contoh, kemungkinan kita ingin mengetahui
apakah sebenarnya aktiviti ³Penawaran Kolektif´. Istilah yang digunakan tidak
dihuraikan lebih lanjut supaya dapat difahami aktiviti tersebut secara amali.
iv. Rujukan literatur adalah sedikit di mana hanya tiga literatur disenaraikan. Semua
literatur yang disenaraikan adalah hasil tulisan penulis artikel ini sendiri bersama
rakan-rakan. Kemungkinannya kajian ini tidak memerlukan rujukan daripada
penulis-penulis lain ataupun kemungkinan petikan artikel daripada kajian sebenar
hanya memerlukan literatur yang disenaraikan itu sahaja.
v. Artikel ini tidak membincangkan lebih mendalam dari segi perbezaan dan
hubungan antara tanggungjawab yang disenaraikan dengan faktor demografi atau
faktor lokasi, daerah dan sebagainya. Kemungkinan wujudnya perbezaan dapatan
sekiranya dibezakan mengikut faktor-faktor yang dinyatakan tadi.
vi. Kajian ini memilih kaedah persampelan bertujuan sebagai kaedah mendapatkan
responden. Persampelan bertujuan adalah kaedah ³non-probability´ yang secara
mudahnya membawa maksud persampelan tanpa menggunakan kaedah rawak.
Kaedah sebegini boleh membawa kepada bias dan kesilapan (Straker, 2008).
Masalahnya dengan kaedah ini adalah bahawa kita tiada bukti mereka adalah
perwakilan kepada populasi yang kita berminat untuk digeneralisasikan, dan
dalam banyak kes, kita dengan jelas tahu ianya bukan perwakilan (Trochim, 2006)
8/8/2019 Tugas Pengetua Dalam PSM
http://slidepdf.com/reader/full/tugas-pengetua-dalam-psm 10/23
10
3.0 KAJIAN DAN LITERATUR BERKAITAN
3.1 Tugas, Peranan dan Tanggungjawab Pengetua / Pengurus Sumber Manusia
Artikel yang diulas di atas membincangkan peranan dan tanggungjawab pengetua sekolah
dalam mentadbir sumber manusia. Perbincangan seterusnya dalam penulisan ini adalah berkaitan
pelbagai penulisan dalam literatur-literatur lain yang ada kaitannya dengan peranan dan
tanggungjawab pengetua dalam mengurus atau mentadbir sumber manusia. Penulisan ini juga
akan mengandaikan bahawa pengetua juga bertindak sebagai seorang pengurus sumber manusia.
Sebelum melihat kepada peranan dan tanggungjawab, ada baiknya diteliti definisi-definisi
pentadbiran sumber manusia yang dapat memberi gambaran umum perkara-perkara di bawah
pentadbiran sumber manusia ini. Smith (2009) memberikan lima definisi pentadbiran sumber
manusia di sekolah seperti berikut :
i. Ia adalah keseimbangan antara keperluan sekolah untuk mencapai misinya dan keperluan
individu untuk mencapai dan melaksanakan tugas yang berguna dan memuaskan.
ii. Ia adalah suatu sikap yang menjadi kepentingan paling utama kepada individu-individu
dalam mana-mana organisasi, terutamanya sekolah.
iii. Ia memberi fokus kepada apa saja yang mempengaruhi keberkesanan dan
ketidakberkesanan aktiviti personel di sekolah.
iv. Pelaksanaan apa yang terbaik kepada guru-guru. Pengetua perlu seharusnya
menggunakan definisi ini seperti mana guru percaya bahawa mereka seharusnya
melakukan apa saja yang terbaik untuk pelajar. Seharusnya, kalau pun bukan sepanjangmasa, melaksanakan apa saja yang terbaik kepada pelajar, untuk pengetua, melaksanakan
apa saja yang terbaik untuk guru.
v. Ia adalah mengambil berat terhadap individu-individu ± semua staf dan keperluan mereka.
Definisi-definisi di atas menunjukkan bahawa pengetua sebagai pentadbir, pemimpin,
atau/ dan pengurus perlu mengambil perhatian atau mengambil berat mengenai staf -staf yang
berada dibawahnya. Semua tindakan yang dilaksanakan oleh pemimpin akan memberi kesan
terhadap guru, pelajar dan organisasi keseluruhannya. Menurut OECD (2008), kepimpinan
sekolah telah menjadi keutamaan dalam agenda dasar pendidikan antarabangsa. Ia memainkan
peranan utama dalam menambahbaik hasilan sekolah dengan mempengaruhi motivasi dan
kapasiti guru, serta iklim dan persekitaran sekolah. Kepimpinan sekolah yang berkesan penting
untuk meningkatkan kecekapan dan kesaksamaan persekolahan. Kajian yang dilaksanakan telah
mengenal pasti empat domain utama tanggungjawab sebagai kunci kepada kepimpinan sekolah
menambahbaik hasilan pelajar iaitu :
8/8/2019 Tugas Pengetua Dalam PSM
http://slidepdf.com/reader/full/tugas-pengetua-dalam-psm 11/23
11
i. Menyokong, menilai dan membangunkan kualiti guru : pemimpin sekolah mestilah
berupaya mengadaptasi program pengajaran mengikut keperluan tempatan, menggalakkan
kerja berpasukan dalam kalangan guru dan melibatkan diri dalam pengawasan, penilaian
dan pembangunan profesional guru.
ii. Penetapan-matlamat, pentaksiran dan akauntabiliti : pembuat dasar perlu memastikan
bahawa pemimpin sekolah mempunyai kebijaksanaan dalam menetapkan arah strategik
dan mengoptimakan kapasiti mereka untuk membangunkan pernacangan dan matlamat
sekolah dan memantau kemajuan, menggunakan data untuk meningkatkan amalan.
iii. Pengurusan kewangan dan sumber manusia strategik : pembuat dasar boleh
meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan pasukan kepimpinan sekolah dengan
menyediakan latihan kepada pemimpin sekolah, mewujudkan peranan pengurus
kewangan dalam pasukan kepimpinan, atau menyediakan perkhidmatan sokongan
kewangan kepada sekolah. Sebagai tambahan, pemimpin sekolah seharusnya berupaya
mempengaruhi keputusan pengambilan guru untuk meningkatkan kesesuaian antara calon
dan keperluan sekolah mereka.
iv. Kolaborasi dengan sekolah lain : dimensi kepimpinan baru ini perlu diiktiraf sebagai satu
peranan spesifik pemimpin sekolah. Ia boleh membawa manfaat kepada sistem sekolah
secara keseluruhannya berbanding hanya pelajar-pelajar di sebuah sekolah. Tetapi
pemimpin sekolah perlu membangunkan kemahiran mereka untuk melibatkan diri dalam
perkara-perkara melangkaui sempadan sekolah mereka.
McGhee (2001) pula menyenaraikan secara umum peranan-peranan pengetua
yang paling yang dinyatakan sendiri oleh para pengetua hasil kajian yang dilaksanakan
oleh Lyon (1999) yang dapat disusun seperti berikut :
1. Menyediakan persekitaran sekolah yang selamat dan iklim sekolah yang positif.
2. Menggalakkan pengajaran dan pembelajaran yang baik.
3. Berkomunikasi dengan ibu bapa dan menggalakkan hubungan komuniiti sekolah
yang baik.
4. Mengambil dan membangunkan kakitangan yang bagus.
5. Memantau perkembangan pelajar.6. Mengurus sumber-sumber sekolah seperti belanjawan, fasiliti, harta sekolah dan
sebagainya.
7. Menentukan matlamat sekolah.
8. Memimpin, menginspirasi dan memotivasi staf.
8/8/2019 Tugas Pengetua Dalam PSM
http://slidepdf.com/reader/full/tugas-pengetua-dalam-psm 12/23
12
9. Mengekalkan sekolah dan manusia yang berorientasikan kanak-kanak dan
memberi sokongan terhadap kanak-kanak.
10. Mengekalkan perhubungan dan keharmonian staf yang positif.
Peranan dan tanggungjawab yang disenaraikan di atas nampaknya banyak
berkaitan dengan pengurusan sumber manusia tetapi masih terdapat tugas dan
tanggungjawab yang berkaitan pengurusan lain. Sebagai pengurus sumber manusia,
apakah sebenarnya tugas, peranan dan tanggungjawab dalam pentadbiran sumber manusia
ini? Strategic-human-resouce.com (2008) menyenaraikann secara umum deskripsi kerja
sebagai pengurus sumber manusia yang berkaitan dengan pelaksanaan pelbagai aspek
dalam fungsi sumber manusia seperti dinyatakan di bawah :
i. Perancangan sumber manusia
ii. Pengambilan dan pemilihan
iii. Pematuhan undang-undang pekerjaan
iv. Pampasan dan insentif
v. Kaunseling dan kejurulatihan staf
vi. Keselamatan pekerjaan dan kesihatan di tempat kerja
vii. Hubungan industri atau hubungan pekerja
viii. Persaraan
ix. Penamatan
x. Pembangunan organisasi
xi. Latihan dan perkembangan pekerja
xii. Pengurusan prestasi
Smith (2009) memperincikan tanggungjawab ini. Menurut Smith, pengetua
seharusnya, dalam lingkungan dasar-dasar daerah, panduan penyelia, dan keputusan dan
persetujuan pasukan pengurusan, mentadbir dan mengarah semua aktiviti-aktiviti
personel di sekolah iaitu :
i. Mengarah dan menyelia semua personel yang ditempatkan di sekolah.
ii. Menyelenggara hanya fail-fail personel yang hidup kepada semua pekerja di
sekolah kecuali pengetua.
iii. Menentukan keperluan kakitangan dengan kerjasama semua ketua jabatan/ bidang
dan mengarah proses pemilihan staf.
8/8/2019 Tugas Pengetua Dalam PSM
http://slidepdf.com/reader/full/tugas-pengetua-dalam-psm 13/23
13
iv. Bekerjasama dengan pihak lain untuk membangunkan program perekrutan
personel tertentu, profesional dan hampir profesional yang cukup besar untuk
menyediakan penyaluran yang tiada gangguan dalam mendapatkan pekerja baru
dan pengganti yang berkelayakan.
v. Terlibat secara aktif dalam aktiviti perekrutan.
vi. Melibatkan diri dalam urusan perekrutan peringkat negeri dan kebangsaan.
vii. Menyelia keterangan kerja dan penulisan lantikan jawatan, mendapatkan
permohonan kerja, menyaring fail-fail pekerja, dan mengadakan temuduga.
viii. Mengadakan semua pemeriksaan perujuk-perujuk kepada pekerja-pekerja baru.
ix. Memberi saranan pengambilan pekerja personel tertentu, profesional dan hampir
profesional kepada penyelia.
x. Membangunkan program pembangunan profesional kepada semua staf yang
ditempatkan di sekolah itu.
xi. Membangunkan rancangan jangka pendek dan jangka panjang mengenai
keperluan personel di sekolah.
xii. Bekerja secara kolaborasi dengan pihak lain untuk mengekalkan satu ³ pool ́
pengganti untuk persediaan terhadap keperluan sekolah dan daerah. Nilai kerja
pengganti-pengganti itu.
xiii. Bertindak sebagai kuasa yang dipatuhi untuk pengambilan dan penugasan semua
personel.
xiv. Menilai dan menyelia semua pekerja sekolah mengikut bentuk dan prosedur
daerah yang telah ditetapkan.
xv. Mengadakan program induksi yang komprehensif pada peringkat sekolah dan
gred.
xvi. Penglibatan secara aktif dalam program latihan untuk penilai-penilai.
xvii. Memantau dan menyokong program-program pengajaran pelajar di sekolah.
xviii. Memantau dan menyokong program latihan pentadbiran di sekolah.
xix. Melibatkan diri secara aktif dalam penyediaan laporan pengambilan kakitangan
dan lain-lain maklumat berkaitan personel untuk rekod daerah dan negeri.
xx. Menyokong matlamat daerah berkaitan kepelbagaian.
xxi. Menyokong program sokongan pekerja daerah.
xxii. Menyokong program µwellness¶ daerah.
xxiii. Melaksana lain-lain tugas yang berkaitan yang ditetapkan oleh penyelia.
8/8/2019 Tugas Pengetua Dalam PSM
http://slidepdf.com/reader/full/tugas-pengetua-dalam-psm 14/23
14
Sebagaimana dapatan Norton dalam artikel yang diulas, Smith juga meletakkan
aktiviti menyelia atau menilai prestasi staf sebagai tugas, peranan atau tanggungjawab
utama pengetua sekolah. Secara tidak langsung menunjukkan bahawa penilaian prestasi
memberi impak yang besar terhadap keberkesanan dan budaya sekolah. Ini bertepatan
dengan dapatan kajian oleh Zahiah (2000). Beliau mendapati bahawa wujud hubungan
yang positif antara amalan pengurusan sumber manusia dengan budaya organisasi di
mana gaji, penilaian prestasi dan latihan dan pembangunan mempunyai hubungan yang
signifikan dengan budaya organisasi. Suseela dan Noaziyan (2008) menyatakan bahawa
ramai anggota pengurusan sekolah dan guru kurang jelas tentang sistem dan proses
penilaian prestasi serta kepentingan mekanisme ini dalam pembangunan sekolah atau
organisasi pendidikan. Apa yang penting adalah penilaian prestasi dapat membantu
memotivasikan guru. Ia boleh dicapai dengan adanya sistem penilaian prestasi yang
boleh meningkatkan hemah diri dan kepuasan kerja guru.
3.2 Kepimpinan
Suatu perkara penting yang sering disebut sebagai faktor paling utama
menentukan berjaya atau tidaknya pelaksanaan pengurusan sumber manusia dalam
sesebuah organisasi adalah kepimpinan. Penulisan ini akan cuba membincangkan
berkaitan kepimpinan dan mengaitkannya dengan amalan pengurusan sumber manusia.
Menurut Ghazali (2001), Mortimore telah membuat tinjauan ke atas beratus-ratus buah
kajian dan dapatan penyelidikan tentang keberkesanan sekolah di seluruh dunia. Hasil-
hasil penyelidikan sekolah berkesan mempunyai implikasi secara langsung terhadap
usaha penambahbaikan sekolah (school improvement). Satu ciri yang menyumbang
terhadap keberkesanan sekolah adalah kepimpinan yang profesional. Ciri ini
menekankan kepimpinan sekolah yang tegas dan bertujuan. Sekolah-sekolah harus
mempunyai pentadbir proaktif yang menekankan permuafakatan dan persamaan tujuan
yang mengusaha dan mengekalkan proses memajukan sekolah. Seterusnya, ialah sama
ada sekolah mengamalkan pendekatan musyawarah, berkongsi tanggungjawab serta
melibatkan guru dalam membuat keputusan dan menekankan kepemimpinan ketua
jabatan atau panitia. Ciri ini juga menekankan sama ada pengetua sekolah sebenarnya
seorang profesional dan berilmu yang dapat menawarkan kepemimpinan kurikulum,
merancang strategi kurikulum, memantau kemajuan pelajar, serta sedar dan tahu apa yang
8/8/2019 Tugas Pengetua Dalam PSM
http://slidepdf.com/reader/full/tugas-pengetua-dalam-psm 15/23
15
berlaku di dalam bilik darjah dan dapat membantu membaiki amalan dan kualiti
pengajaran dan pembelajaran.
Kajian-kajian berkaitan kepimpinan menunjukkan bahawa sekolah-sekolah di
Malaysia kini mempunyai kepimpinan yang profesional yang membawa kepada
keberkesanan operasi sekolah. Kajian Sazali et. al (2007) menunjukkan pemimpin
instruksional (pengajaran) berupaya meningkatkan efikasi guru dan kompetensi mereka
dengan lebih besar dengan mewujudkan iklim sekolah yang kondusif dan positif ke arah
kejelekitan kerja sesama guru. Namun begitu, menurut beliau, pemimpin sekolah
mestilah mampu menghayati dan mempraktikkan prinsip-prinsip kepimpinan
instruksional kerana pemimpin instruksional berupaya meningkatkan kapasiti guru bagi
meraih kejayaan akademik yang lebih gemilang.
Azizi (2004) dalam mengkaji dua dimensi kepimpinan iaitu dimensi struktur tugas
dan dimensi struktur konsiderasi atau pertimbangan menyatakan bahawa kedua-dua
dimensi tingkah laku kepimpinan pengetua pula menunjukkan perhubungan yang rendah
tetapi positif dengan keberkesanan organisasi. Oleh itu struktur tugas dan struktur
konsiderasi adalah penyumbang terhadap keberkesanan organisasi. Manakala Ahmad
Zabidi (2006) pula menambah pengamalan kepimpinan pengajaran daripada perspektif
Islam akan dapat melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, bersahsiah dan tinggi ilmu
pengetahuannya. Dengan ciri-ciri pelajar sebegini organisasi itu dilihat berkesan.
.
Dalam konteks keberkesanan sekolah-sekolah rendah di luar bandar di negeri
Kedah, Perlis dan Pulau Pinang pula, faktor kepemimpinan pengajaran merupakan salah
satu faktor utama yang menentukan keberkesanan sesebuah sekolah (Mohd Nor, 2004).
Sekolah yang berkesan mempunyai guru besar yang berfungsi sebagai pemimpin
pengajaran yang berkesan. Chan (2004) pula mendapati gaya kepimpinan
transformasional memupuk para pentadbir untuk mewujudkan pengurusan yang
kolaboratif dan keberkesanan pengurusan sekolah. Selain itu, Ferrara (2007) turut
membincangkan mengenai konsep µshared leadership¶ dan µdistributed leadership¶ dalam
kluster kepimpinan ke arah penambahbaikan keberkesanan sekolah disamping sumbangan
kepimpinan berkaitan pencapaian matlamat dan penetapan misi dan visi.
8/8/2019 Tugas Pengetua Dalam PSM
http://slidepdf.com/reader/full/tugas-pengetua-dalam-psm 16/23
16
Mohamed Sulaiman (1996) mengatakan bahawa dalam keadaan tertentu
pemimpin tidak diperlukan. Jenis individu, tugas dan ciri-ciri organisasi tertentu boleh
memainkan peranan seperti dimainkan oleh pemimpin. Sesetengah pembolehubah pula
menumpulkan kesan kepimpinan. Ciri-ciri pengikut yang profesional, terlatih, dan
berpengalaman boleh menumpulkan kesan kepimpinan. Kajian Abdul Ghani (2005) pula
menunjukkan bahawa apabila lebih banyak dibekalkan penggantian kepimpinan, guru
lebih mampu mentadbir urus secara sendiri ( self-managing).. S elf-managing sebenarnya
akan meningkatkan profesionalisme guru dan sekali gus mengurangkan pergantungan
terhadap kepimpinan. Mentadbir urus secara sendiri pula diperoleh apabila pengetua
bersedia untuk mengagihkan kepimpinan kerana pengetua kini tidak boleh bergantung
pada arahan dan kawalan sahaja tetapi hendaklah melalui kefahaman bersama.
Jelaslah disini bahawa tidak semua keadaan atau situasi memerlukan pemimpin.
Keadaan-keadaan ini perlu dan telah diambil perhatian dalam model sekolah berkesan
dengan memasukkan elemen kepimpinan guru sebagai salah satu penyumbang terhadap
keberkesanan sekolah. Jika elemen atau aspek ini tidak diambil kira atau tidak
dilaksanakan di sekolah, pengurusan sekolah menjadi tidak lengkap dan sukar untuk
mencapai keberkesanan sekolah. Namun begitu, apakah tahap kepimpinan guru di
Malaysia sudah mampu memberi sumbangan besar terhadap keberkesanan sekolah?
Loh Kok Cheang (2005) dalam kajiannya telah menggambarkan kepimpinan guru
di kalangan guru sebuah sekolah di Papar berada pada tahap yang baik tetapi masih belum
mencapai peringkat yang mantap. Guru yang bersifat pemimpin akan mampu membawa
sekolahnya ke satu tahap kecekapan dan keberkesanan yang lebih tinggi di arena
pendidikan. Kini, tanggungjawab pentadbir sekolah ialah membina kapasiti guru bukan
hanya dalam kemahiran pengurusan kurikulum dan kokurikulum tetapi juga dalam bidang
kepimpinan.
Selain kepimpinan guru, elemen atau aspek lain bukan kepimpinan sekolah perlu
diberi perhatian. Sebagaimana dinyatakan oleh Mohd Anuar, Azizi & Mohd Yusope
(2004), kecemerlangan organisasi banyak di pengaruhi oleh elemen-elemen seperti guru
dan murid, struktur pentadbiran sekolah, teknologi pendidikan dan persekitaran sekolah
yang sihat. Pengetua yang mengamalkan gaya pemudah cara sentiasa mengemaskini
elemen-elemen tersebut, menyediakan spesifikasi kerja yang baru, mengatasi apa jua
8/8/2019 Tugas Pengetua Dalam PSM
http://slidepdf.com/reader/full/tugas-pengetua-dalam-psm 17/23
17
konflik yang dihadapi dan mengadakan perancangan untuk meningkatkan keberkesanan
pentadbiran sekolah.
Menurut Smith (2009), satu perubahan utama kini dalam pendidikan adalah
pergerakan ke arah kepentingan kepimpinan berasaskan sekolah atau school-ba sed
l eader ship (SBL). Kebanyakan fungsi-fungsi pengurusan yang sebelumnya dipusatkan
untuk memudahkan kawalan dan piawaian, kini telah terpencar sehingga ke peringkat
sekolah di mana ianya menjadi tanggungjawab pengetua dan/ atau majlis berasaskan
sekolah yang terdiri daripada pengetua, guru-guru, ibu bapa dan para pelajar. SBL adalah
kerangka di mana fungsi sumber manusia dilaksanakan. Keupayaan pengetua
menyediakan kepimpinan yang berkesan kepada fungsi-fungsi sumber manusia sekolah
akan menentukan keberkesanan guru, sekolah dan pelajar. Dulu, pengetua dikenali
sebagai pemimpin instruksional, kini pengetua digelar pemimpin instruksional, sumber
manusia, tempat kerja, dan perhubungan awam. Kebolehan untuk melakukan penetapan
kepada rangkakerja SBL dan menyediakan kepimpinan dalam lingkungan rangkakerja itu
adalah kritikal. Rajah 1 menunjukkan satu kerangka sistem pengurusan sumber manusia
pendidikan yang efektif. Daripada rajah ini kita dapati bahawa sistem yang efektif
mestilah berasaskan kepada konteks tempatan atau di sekolah itu sendiri. Faktor
demografi sama ada dalaman atau luaran akan mempengaruhi elemen-elemen kritikal
dalam sistem tersebut. Pelaksanaan dengan jaya ke semua elemen-elemen kritikal dalam
sistem akan membawa kepada keberkesanan pengurusan sumber manusia dan seterusnya
membawa kepada pembelajaran pelajar. Perancangan sumber manusia merupakan
elemen paling kritikal terutamanya dalam memenuhi profil baru pelajar. Untuk
memenuhi profil ini, kakitangan sekolah mesti menyediakan perkhidmatan yang
memenuhi keperluan pelajar masa kini.
Jelaslah bahawa, untuk masa hadapan, pengetua, guru, ibu bapa dan pelajar perlu
sama-sama bertindak sebagai pemimpin dalam organisasi mengikut kapasiti masing-
masing. Jika pengamalan pengetua dan guru terutamanya, berkesan dalam pengurusan
sumber manusia, akan mewujudkan organisasi yang berkesan dalam pengoperasiannya
dan seterusnya mencapai matlamat individu dan organisasi dalam pekerjaan. Dengan
tercapainya matlamat individu dan organisasi, wujudlah keseimbangan (balance) antara
guru dan organisasi yang akan memberi kesan positif kepada pencapaian pelajar.
8/8/2019 Tugas Pengetua Dalam PSM
http://slidepdf.com/reader/full/tugas-pengetua-dalam-psm 18/23
18
Rajah 1 :
Sistem Pengurusan Sumber Manusia Pendidikan Yang Efektif
Konteks Berasaskan-Lokasi
Pengaruh Demografi
Luaran :
Politikal, Ekonomi, Kebudayaan, Perundangan dsbnya
Dalaman :
Budaya daerah, saiz, struktur, lokasi dsbnya
Elemen-elemen Kritikal Dalam Sistem
Perancangan Perekrutan
MembantuGuru
Terpinggir
Pembanguna
n Staf
Induksi/
Orientasi Pemilihan
PenawaranKolektif
Teknologi Isu-isu
penerusandan
Penyeliaan
dan Penilaian
Trend Masa
Hadapan
Keberkesanan Sumber Manusia
Pembelajaran Pelajar
membawa kepada
membawa kepada
8/8/2019 Tugas Pengetua Dalam PSM
http://slidepdf.com/reader/full/tugas-pengetua-dalam-psm 19/23
19
3.3 Organisasi Pembelajaran
Rumusan kajian Mortimore seterusnya menunjukkan sekolah-sekolah berkesan
mempunyai organisasi pembelajaran yang menggalakkan guru dan staf am terus
meningkatkan ilmu profesional (Ghazali, 2001). Ke arah sekolah berkesan, pengurusan
sekolah harus mengadakan program perkembangan staf pada peringkat sekolah untuk
membantu guru dan staf meningkatkan kualiti diri dan seterusnya meningkatkan mutu
pengajaran di dalam bilik darjah. Kajian telah menunjukkan bahawa, jika semua perkara
lain adalah sama, pelajar-pelajar dengan guru yang kurang kelayakan (qualified ) dan
kebolehan menunjukkan pencapaian yang lebih teruk di sekolah. Pencapaian
pembelajaran mereka lebih kecil berbanding pelajar dengan guru yang mempunyai kualiti
lebih tinggi. Akhirnya, pencapaian sebenar mereka sama ada berjaya atau gagal di
sekolah ditentukan oleh guru yang mengajar mereka (Miles et. al. 2002). Di sinilah
pentingnya pewujudan sekolah sebagai organisasi pembelajaran di mana semua pihak
guru, pentadbir dan kakitangan lain belajar untuk menambahbaik pengetahuan sedia ada
seterusnya kualiti diri. Guru berkualiti akan melahirkan pelajar berkualiti.
Crainer (2000) mengatakan bahawa mengikut konsep organisasi pembelajaran,
mana-mana organisasi perlu bersiap sedia untuk belajar setiap kali adanya peluang.
Pembelajaran tidak harus dilihat sebagai kegiatan yang terasing atau yang dilakukan
sesekali, atau untuk suka-suka, tetapi keperluan kompetitif dan berterusan bagi semua
pihak dalam organisasi. Dalam menerangkan berkaitan rintangan terhadap usaha
mewujudkan organisasi pembelajaran, beliau menyatakan bahawa mengubah organisasi
pembelajaran daripada teori menjadi amalan ternyata amat sukar kerana :
i. Pengurus keberatan menyerahkan kuasa
Dalam organisasi tradisional, pengurus mengawal belanjawan latihan dan
menghadiri kursus selalunya dianggap sebagai faedah istimewa yang diperolehi
sekali-sekala. Pengurus memberikan faedah ini mengikut budi bicaranya. Dalam
organisasi pembelajaran, pengurus melepaskan sebahagian besar kuasa ini kepada
individu.
ii. Pembelajaran memerlukan kelonggaran serta kesanggupan untuk mengambil
risiko mencuba sesuatu yang baharu disamping mempunyai kuasa untuk
mencubanya.
8/8/2019 Tugas Pengetua Dalam PSM
http://slidepdf.com/reader/full/tugas-pengetua-dalam-psm 20/23
20
Pengurus tidak senang hati dengan seluruh idea mengenai belajar daripada
kesilapan mereka. Menurut Chris Argyris, mereka lebih berkemungkinan cuba
mendiamkan kesilapan begitu sahaja daripada mendedahkannya dan cuba belajar
daripadanya.
iii. Menangani ketidakpastian.
Organisasi pembelajaran menimbulkan ketidakpastian dan kekaburan dalam
perkara yang sebelumnya jelas. Pengurus perlu belajar mengurus dalam
persekitaran samar-samar dan lebih sukar difahami ini.
iv. Menerima tanggungjawab.
Individu perlu memikul tanggungjawab terhadap pembelajaran. Mereka tidak
boleh menyalahkan orang lain kalau tiadanya peluang kemajuan. Sebaliknya
mereka perlu mencari dan mewujudkan peluang mereka sendiri.
v. Organisasi pembelajaran memerlukan kemahiran baharu.
Pengurus khususnya perlu membina kemahiran mendengar dan mesti berupaya
bertindak selaku pemudah cara/ pelancar kerja. Mengeluarkan arahan semata-
mata tidak menambah nilai pembelajaran.
vi. Kepercayaan
Disebabkan pengurus dilatih berdasarkan konsep pecah dan perintah,
mempercayai orang tidaklah mudah bagi kebanyakan mereka.
4.0 PENUTUP
Kepimpinan yang proaktif dan berkesan dalam amalan pengurusan sumber
manusia di sekolah penting dalam meningkatkan motivasi dan kepuasan guru serta
kakitangan lain. Ia juga membantu dalam mengekalkan guru dan kakitangan lain dalam
sistem. Satu kajian yang dijalankan di Malaysia tetapi dalam sektor perniagaan
menunjukkan bahawa pengamalan pengurusan sumber manusia membantu dalam
mengekalkan pekerja dalam organisasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses
pengambilan staf dan penilaian dan pengawasan pekerja efektif dalam mengurangkan
perletakan jawatan secara bukan sukarela, dan namun begitu, tiada mana-mana amalan
sumber manusia efektif dalam mengurangkan perletakan jawatan secara sukarela. Faktor
ekonomi seperti terdapatnya pekerjaan-pekerjaan alternative adalah releven untuk
8/8/2019 Tugas Pengetua Dalam PSM
http://slidepdf.com/reader/full/tugas-pengetua-dalam-psm 21/23
21
menerangkan proses perletakan jawatan ini (Muhammad Aminu Bawa1
and Muhammad
Jantan, 2005).
Seperti yang telah ditunjukkan dalam dapatan Norton (1999), iaitu artikel yang
diulas, serta kajian-kajian lain seperti Zahiah (2000), Suseela dan Noaziyan (2008), dan
Smith (2009), didapati bahawa penilaian prestasi merupakan aktiviti penting dalam
pengurusan atau penatdbiran sumber manusia kerana ia sangat berkaitan peningkatan
motivasi dan kepuasan kerja guru dan staf lain. Adalah penting kepada pengetua untuk
bersifat terbuka untuk memastikan diri dan staf-staf pentadbir lain untuk menjalani
latihan dalam melaksanakan penilaian prestasi. Organisasi pembelajaran dapat
diiwujudkan apabila semua staf termasuk pentadbir bertindak untuk belajar. Apabila
semua warga belajar mengenai penilaian prestasi maka setidak-tidaknya mereka dapat
menilai prestasi diri sendiri dan secara tidak langsung dapat meningkatkan prestasi diri
dan organisasi.
Satu perkara penting dalam melaksanakan organisasi pembelajaran adalah
mewujudkan persekitaran, perhubungan dan budaya kolaboratif yang kondusif dalam
kalangan warga organisasi. Satu cara untuk mencapainya adalah melalui program
mentoran. Menurut Kelly, Squires dan Modlin (2009), objektif utama program mentoran
adalah : 1. Membantu pekerja-pekerja baru membangunkan perhubungan dan perkaitan
dengan sekurang-kurangnya seorang staf senior yang boleh memandu mereka melalui
tempoh percubaan mereka. 2. Untuk memudahkan pembangunan perhubungan antara
staf dengan orang-orang muda. 3. Untuk membantu pekerja menjadi lebih terbiasa
dengan polisi dan prosedur organisasi. Setidak-tidaknya mentoran boleh menjadi satu
cara pengetua meningkatkan komitmen dan kekekalan staf dalam organisasi mereka.
8/8/2019 Tugas Pengetua Dalam PSM
http://slidepdf.com/reader/full/tugas-pengetua-dalam-psm 22/23
22
RUJUKAN
Abdul Ghani Abdullah (2005), Kepimpinan Transformasi Pengetua Dan Penggantian
Kepimpinan Sebagai Penentu Komitmen Terhadap Organisasi Dan Perlakuan
Warga Organisasi Pendidikan, J urnal P end id ik d an P end id ikan, Jil. 20, 53±68,
2005
Ahmad Zabidi Bin Abdul Razak (2006), Kepimpinan Pengajaran Daripada Perspektif
Islam Ke Arah Pembentukan Komuniti Sekolah Yang Cemerlang, Ma salah
P end id ikan 2006 , Universiti Malaya
Azizi Hj. Yahaya (2004), Tingkah Laku Kepimpinan Pengetua Dan Hubungannya
Dengan Tekanan Kerja Dan Keberkesanan Organisasi, Di Beberapa Buah Sekolah
Terpilih Di Negeri Sembilan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Chan Yuen Fook. (2004). Kepimpinan Transformasional Dan Inovasi Pendidikan.
S eminar Na sional P eng ur u san d an K e pimpinan P end id ikan k e-12, Institut
Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Crainer, S. (2000), I dea P eng ur u san P enting : P emikiran Yang M eng ubah Dunia P eng ur u san, Diterbitkan di Malaysia oleh SAM Publishing, Kuala Lumpur
Ferrara, D. L (2007), The School Improvement And Transformation System, E d ucational
Planning 16 no1 2007
Ghazali Othman (2001), Sekolah Berkesan dan Program Pembaikan Sekolah di
Malaysia, Pa st I ssues of E d ucator s Dig est, Jilid 1 , Bil. 2/2001, ISSN: 1511-8959
Jamalul Lail Abd Wahab (2010), Nota K uliah P eng ur u san S umber Manu sia Dalam
P end id ikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kelly, J., Squires, G., dan Modlin, H. (2009), Out on a Limb: Promoting Innovation and
Creativity in the Workplace, Relational C hil d and Yout h Car e Practice, Vol.
22(3), pp. 57 ± 64.
Loh Kok Cheang (2005), Kepimpinan Guru (Teacher Leadership) Di Sebuah SekolahMenengah Kerajaan Di Papar : Kes SMK Majakir www.smk-
majakir.net/modules/news/JurnalMunsyi/LohKokCheang.pdf , 10 April 2009
McGhee, M.V. (2001), A Principal¶s Role In Opening A New School, Dissertation
submitted for the Degree of Doctor of Education to The University of Georgia.
Miles, K.H., Ogilvy, J., Orr, M., Richmond, G. & Wong, K. (2002), Find, Deploy,
Support, and Keep the Best Teachers and School Leaders, Annenberg Institute for
School Reform at Brown University, diambil daripada
www.schoolcommunities.org, 15 Februari 2010.
8/8/2019 Tugas Pengetua Dalam PSM
http://slidepdf.com/reader/full/tugas-pengetua-dalam-psm 23/23
23
Mohd Anuar Abd Rahman, P. Madya Dr. Azizi Hj Yahaya, Mohamaed Yusope Hassan.2004. Gaya Pemudah Cara Perubahan Di Sekolah : Sejauh manakah Pengetua-
pengetua Mengamalkannya. S eminar Na sional P eng ur u san d an K e pimpinan P end id ikan k e-12, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia
Mohd Nor bin Jaafar. (2004), Kepimpinan Pengajaran Guru Besar, Komitmen dan
Kepuasan Kerja Guru : Satu Kajian Perbandingan dan Hubungan Antara SekolahBerkesan dengan Sekolah Kurang Berkesan. S eminar Na sional P eng ur u san d an
K e pimpinan P end id ikan k e-12, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Mohamed Sulaiman (1996), Kepimpinan Dan Pengurusan Strategik Untuk
Kecemerlangan Organisasi, S iri S yarahan P erlantikan Prof esor 1995/Bil. 5,
Universiti Sains Malaysia
Muhammad Aminu Bawa1
and Muhammad Jantan (2005), Human Resource Practices As
Determinants Of Employee Turnover: An Empirical Investigation, Asian Academy of
Management Journal, Vol. 10, No. 2, 69±80.
OECD (2008), Improving S chool Leader ship Vol ume 1: Polic y and Practice,Organisation for Economic Co-operation and Development, OECD Publishing.
Ryan, D. (2009), Safety Perception Survey : Yes, You Can Conduct Your Own,
Prof essional S af ety, December, www.asse.org.
Sazali Yusoff, Rismini Ku Ahmad, Abang Hut Abang Engkeh, Zamri Abu Bakar, (2007)
Perkaitan antara kepimpinan Instruksional terhadap sekolah berkesan. J urnal
In stit ut Aminud in Baki, Jilid 17, Bil 2, Disember 2007.
Smith, R. E. (2009), H
uman Res
our ce
Ad mini
stration : A
S chool-Ba
sed P er s pec
tive, F ourt h E d ition. Eye on Education Inc., Larchmont, New York.
Straker, D. (2008), C hanging Minds : in Detail. Syque Press.
Strategic-human-resouce.com (2008), The Human Resource Manager Plays a Strategic
Business Partner Role, from http://www.strategic-human-resource.com/ human-resource-manager.html, 25 Februari 2010.
Suseela Malakolunthu dan Noaziyan Malek (2008), Sistem Penilaian Prestasi : Realiti dan
Cabaran, Ma salah P end id ikan, Vol 31 (1), pp. 215 ± 230.
Trochim, W. M. K. (2006), Nonprobability Sampling, from http://www.socialresearchmethods.net/kb/sampnon.htm, 2 April 2010.
Zahiah Ismail (2000), Amalan Pengurusan Sumber Manusia dan Budaya Organisasi Di
Kalangan Pekerja-pekerja Bukan Eksekutif Syarikat Sime Tyres International (M)
Sdn Bhd. Tesis Sarjana yang dikemukakan kepada Universiti Utara Malaysia.