Download - Transisi 5

Transcript
Page 1: Transisi 5

BILANGAN: 05/2010

30.7- 12.08.2010Edisi Kelima Julai/Ogos19 SYAABAN - 03 RAMADAN 1431H

RM

2.50

11

41CINTA

KAMPUS28Kebal diri punca jaya

Aku, dia dan Mistero Buffo

IKON4

w w w . t r a n s i s i . c o m . m y

AkhbarNasional

Dwimingguan

PesonaTwilight

Oleh Muhammad Amsyari Ismail dan Gan Yong Li

MENYEDARI kepentingan ilmu dalam menaikkan marta-bat diri, seramai 38 selebriti, penggiat seni dan pengamal media mengambil keputu-san menyambung pengaji-an peringkat Sarjana Muda Komunikasi dan Hal Ehwal Antarabangsa di Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pengajian Luar Kampus (PLK) dan Mod Eksekutif.

Kemasukan itu, yang julung kali dibuat universiti negara ini, dilaksanakan atas per-mintaan penggiat seni, sele-briti dan media tempatan ke-pada UUM.

Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, UUM adalah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) per-tama menawarkan program khas PLK Sarjana Muda Ko-munikasi, Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa kepa-da artis, penggiat seni dan pengamal media.

>> Muka 2

APA sekalipun hasrat Perdana Men-teri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mahu melihat UMNO dan Pas ber-gabung demi perpaduan Islam dan Melayu, namun ia semacam hambar kerana sebilangan peneraju dua par-ti berkenaan dilihat berkepentingan daripada menjurus ke arah keutuhan bangsa Melayu itu sendiri.

Ini kerana apa sekalipun alasan yang dihamburkan oleh wakil dua parti Melayu itu, hakikatnya masing-masing ada ‘strategi politik’ atas nama kepentingan parti dan bukan-nya penggabungan dalam erti kata sebenar untuk perpaduan bangsa Melayu.

>> Muka 6,7 & 8

!jana Minda anda

selebriti38bakal graduan

Oleh Razali Yahaya dan Rudysham Abd Raof

Melayu tak layu

HADI

NIK AZIZ NAJIB

MUHYIDDIN

Page 2: Transisi 5

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 20102 ISU

Diterbitkan oleh: UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 06010 UUM Sintok Kedah Darul Aman Tel: 604-9283020 Faks: 604-9283046 Dicetak oleh: ULTIMATE PRINTS SDN BHD (62208H), Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel: 603-5511 3888 Faks: 603-5101 3608

Ketua PengarangZian Johari

Pengarang EksekutifRazali Yahaya

Penulis KhasMuhammad Amsyari IsmailRudysham Abdul Raof

Penyunting/PenulisMohd Azhan Othman

Pereka Kreatif KananSarina Hj AliPereka KreatifNoor Dina DaudJurufotoNooratikah Ab Rahim

Pengurus Kanan Iklan dan PromosiFuzilah Hassan

Pengurus Iklan Azleen Abu Bakar

Pengurus Pengedaran Khairi Ng Abdullah

“SERAMAI 38 orang mendaf-tarkan diri sebagai pelajar UUM untuk diberikan ruang pendidi-kan, selaras dengan hasrat mela-hirkan modal insan dan mewu-judkan masyarakat berilmu dan berpendidikan tinggi.

“Kelayakan pelajar bagi pro-gram ini berdasarkan syarat ditetapkan pihak universiti. Tidak wujud tawaran istimewa kepada mereka,” katanya dalam sidang media sempena Majlis Pelan-caran Program Khas di Hotel Nik-ko, Kuala Lumpur 22 Julai lalu.

Bagi program itu, mereka akan mengikuti pengajian selama em-pat tahun secara PLK dan Mod Eksekutif.

Antara artis dan pengamal me-dia yang sudah menerima surat tawaran program khas tersebut adalah Emelda Rosmila, Didie AF, Akim, Suffian Saujana, Zehra Zambri, Sheila Abdul,

Hazama AF4, Nerves Pretty Ugly, Alif AF6, Afiq AF5, Noh Hu-jan, Yok Bunkface, Syafinaz Yu-nus, Rizal Zulkapli dan Ashwad Ismail.

Mustafa berkata, tawaran berk-enaan adalah langkah awal UUM

Tiada tawaran istimewaReaksi Selebriti

Sokongan

untuk membuka peluang kepada golongan seni melanjutkan pela-jaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda melalui konsep Pembelaja-ran Sepanjang Hayat (Life Long Learning).

Ia juga bertujuan meluaskan akses pengajian tinggi yang ter-masuk dalam salah satu Pelan Strategik Pengajian Tinggi Ne-gara.

“Dengan mengikuti program ini, golongan selebriti boleh di-jadikan teladan atau role model kepada masyarakat agar terus mencari ilmu pengetahuan tanpa batasan umur.

“Secara tidak langsung, mere-ka dapat menjadi lebih kreatif dan inovatif dan ini memberi kesan kepada kerjaya mereka.

“Selain itu, ijazah diperoleh tersebut boleh digunakan untuk menaikkan kerjaya mereka. Bu-kan saja sekarang, tetapi pada waktu tua nanti,” katanya lagi.

Di majlis sama, Mustafa turut menyampaikan penyerahan su-rat tawaran kepada mereka yang terlibat.

SUFFIAN SAUJANAIa langkah bagus kerana beri pe-luang kepada mereka menguku-hkan nilai akademik. Walaupun sudah ada Ijazah Undang-Un-dang dari Universiti Islam Anta-rabangsa (UIA), tidak salah saya tambah lagi ilmu dengan ambil Ijazah Sarjana Muda Komunikasi di UUM.

>> Dari Muka 1

ASHWAD ISMAIL (WARTAWAN ASTRO AWANI)Atas inisiatif disediakan UUM melalui program khas, saya terus mohon program Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa. Lagipun, ia turut didorong minat saya kepada lan-skap sosio ekonomi dan politik antarabangsa. NOH (HUJAN))

Jarang ada universiti tawar pelu-ang buat artis untuk belajar sep-erti UUM. Bukan saja memudah-kan golongan artis macam saya, kos ditawarkan juga tidaklah membebankan. Jadi, saya ambil-lah peluang ini.

AFIQ (AF 5)Sebaik saja diterima melanjutkan pelajaran, saya sudah tekadkan semangat berusaha keras agar dapat ijazah dalam empat ta-hun seperti ditetapkan universiti. Saya yakin dengan kelayakan akademik yang ada, golongan artis akan dipandang lebih tinggi selain tampil berkualiti

SHEILA ABDULSebaik saja tengok iklan di akh-bar, saya terus mohon. Walaupun masih menuntut di kolej swasta, saya ambil keputusan berhenti untuk sambung belajar di UUM kerana merasakan universiti ini menawarkan pilihan lebih baik.

SYAFINAZ YUNUS, Penolong Penerbit TV Al-HijrahSaya sudah lama impikan men-dapat segulung ijazah. Namun, atas faktor masa saya terpaksa lupakan. Selepas mengetahui UUM menawarkan program se-begini, tanpa fikir panjang saya terus daftar program Sarjana Muda Komunikasi.

ADLIN AMAN RAMLI (SUAMI EMELDA ROSMILA)Saya sokong penuh keputusan isteri belajar. Kursus itu akan membantunya membina peng-etahuan, sekali gus memiliki segenggam ijazah. Masa juga tidaklah terlalu ketat. Saya harap isteri dapat manfaatkan peluang belajar di UUM sebaik-baiknya.

IZWAN PILUS (PENYANYI, ALUMNI UUM)Pertama kali saya menjejakkan kaki di UUM, Sintok pada 1997. Ketika itu tiada lebuh raya. Yang ada cuma PMC (Pasar Malam Changlun) setiap Rabu. Tapi, itu bukan penghalang untuk saya memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan. Tah-niah kerana buat pilihan tepat untuk mengikuti kursus di UUM. Semoga berjaya!

NERVES (PRETTY UGLY)Kami artis juga mahu belajar dan ingin menjadi individu berguna. Sebelum ini, fokus saya tertumpu kepada praktikal. Saya harap kursus ini beri lebih pendedahan mengenai pemahaman teori. Bi-dang komunikasi akan mening-katkan lagi cara saya hiburkan peminat dan menguruskan diri.

DIDIE (AF)Saya bangga dan teruja apabila diberitahu permohonan diterima untuk program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi. Saya harap dapat ke peringkat lebih tinggi pada masa depan seiring dengan kerjaya diceburi.

ZEHRA ZAMBRISelepas tamat pengajian pering-kat Diploma, saya berhajat dapat terus sambung belajar di per-ingkat Sarjana Muda. Kini, pelu-ang itu ditawarkan UUM kepada saya dalam jurusan Komunikasi. Walaupun sibuk dengan kerja, saya akan beri tumpuan sepe-nuhnya kepada pembelajaran.

EMELDA ROSMILAPeluang ditawarkan amat baik sekali dan sukar dilepaskan. Se-belum ini, pernah terlintas sam-bung belajar, tetapi masa tidak kena dan jadual kerja agak pa-dat. Waktu belajar juga fleksibel dan kelas pula diadakan di Kuala Lumpur. Sokongan dan dorongan kuat suami (Adlin Aman Ramli) menguatkan lagi azam saya.

AKIM (AF)Sangat teruja apabila UUM ta-warkan peluang seperti ini, teru-tama kepada golongan seni dan selebriti. Sebagai siswa UUM, saya akan cuba bahagikan masa supaya kerjaya tidak terjejas.

ALIF (AF 6)Memiliki Sijil Elektrikal daripa-da Institut Sultan Ahmad Shah (TNB) di Bangi pada 2005. Sebe-lum dan selepas keluar AF saya pernah mohon belajar dalam bi-dang muzik di IPTA lain, tetapi tidak diterima. Saya bersyukur diterima kerana sedar ia bukan perkara mudah.

AHMAD SULAIMAN (AYAH AKIM AF)Akim memang ada niat sambung belajar. Selepas terbaca iklan akhbar mengenai peluang artis belajar di UUM, saya terus ber-itahu Akim dan dia setuju. Ilmu dan pencapaian akademik amat penting zaman sekarang. Harap Akim fokus dalam karier dan tidak lupa tanggungjawab seba-gai siswa UUM.

Page 3: Transisi 5

Transisi30 JULAI - 12 OGOS 2010

Borang permohonan boleh didapati di:

Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur

No. 41-3, Jalan Raja Muda Abdul Aziz,

50300 Kuala LumpurTel: 03-2694 4228 . Faks: 03-2694 9228 .

E-mel: [email protected]

muat-turun borang di:

http://www.uumkl.uum.edu.myUntuk keterangan lanjut, sila hubungiKoordinator Program, Pn Noor Hidayah (Tel: 03-2694 4228)

Calon mestilah memiliki sekurang-kurang-nya SPM dengan kepujian dalam Bahasa

Melayu, dan telah pun berumur 21 tahun.

Bagi calon yang berkelulusan STPM atau

Diploma daripada institusi yang diiktiraf

akan mempunyai kelebihan.*Untuk BIDM, calon mesti mendapat kepujian

dalam bahasa Inggeris

SYARAT KEMASUKAN

• Sarjana Muda Pengurusan dengan Kepujian [BBA (Hons)]• Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM (Hons)]• Sarjana Muda Komunikasi Kepujian [BComm(Hons)]• *Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa dengan Kepujian [BIDM (Hons)]

Kemudahanwi-fi, bilik kuliah berhawa dingin, dikelilingi pelbagai kemudahan, pengangkutan awam, hotel, masjid, fotokopi serta gerai dan restoran.

Kuliah dijalankanHUJUNG MINGGU/

PETANG/MALAM

Sekarang anda boleh memiliki Ijazah UUM tanpa perlu

meninggalkan Kuala Lumpur dan kerjaya anda...

Universiti Pengurusan TerkemukaUNIVERSITI UTARA MALAYSIAKuala Lumpur

Page 4: Transisi 5

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 20104 IKON

BAGAIMANA timbulnya gelaran ‘The Iron Lady’?Gelaran itu diperolehi pada 1990, di mana saya menerima Anugerah The Most Out-standing Entrepreneur mengalahkan ramai juga kaum adam. Ia menggambarkan daya ketahanan, kekebalan diri dan sifat dinamik yang ada pada saya sebagai wanita.

Siapa pencetus semangat atau pen-

dorong kepada kejayaan Datuk?Sebenarnya sejak kecil saya suka berangan untuk hidup senang, dikenali dan berhasrat membantu orang. Saya gemar membaca buku orang terkenal dan menjadikan mereka sebagai mentor saya. Suami, Datuk Shaheen juga salah seorang sumber inspirasi saya. Dia sentiasa menghormati keistimewaan dan keunikan seorang wanita. Saya amat bersy-ukur, juga bertuah

Hobi Datuk?Saya suka belajar, membaca, menulis dan mengikuti seminar keusahawanan, penguru-san perniagaan dan kekuatan diri. Saya sang-gup menjelajah seluruh dunia untuk mengi-kuti seminar itu. Saya akan gelisah jika tidak mempelajari sesuatu yang baru.

Bagaimana meluangkan masa bersa-ma keluarga?Saya harap saya mempunyai 26 jam sehari. Tetapi, kami sekeluarga bertemu setiap hari kerana suami dan anak-anak bekerja dalam bangunan sama. Setiap malam mereka berkumpul di bilik tidur saya. Kami sangat rapat dan saling memerlukan.

Pegangan hidup Datuk?Setiap insan tidak kira lelaki atau wanita kena berjaya dan perlu memiliki kestabilan ekono-mi tanpa penggantungan. Kita kena belajar berdikari dan kurangkan bergantung kepada orang lain. Ini kerana kita sendiri yang me-nentukan kejayaan kita.

Gambarkan diri anda secara ringkas?Bagi mereka yang kenal saya, mereka akan bersetuju bahawa saya seorang yang pe-ramah, mudah berkawan, penyayang tetapi ‘tegas’ ‘no nonsense’, berkata benar dan tidak suka berpura-pura. Tapi personaliti saya berubah apabila berurusan dengan bis-nes, kena tegas, berani dan berdisiplin apa-bila dikelilingi ratusan senjata api, van kalis peluru dan 5,000 pekerja.

Nasihat kepada mereka yang berminat menjadi usahawan?Saya mahu mereka menerapkan amalan, tabiat dan semangat keusahawan dalam diri masing-masing kerana dengan ciri-ciri be-gini kita boleh mencipta kesenangan hidup. Tetapi mesti ingat, bukan semua orang boleh menjadi usahawan, tetapi boleh jadi usaha-wan dalaman intrapreneur.

Pernahkah terlintas menjadi tokoh usa-hawan seperti sekarang?Mula saya impikan menjadi orang ber-jaya dan hidup senang. Saya dapati ramai orang berjaya dan ternama terdiri daripada kalangan usahawan dan ahli perniagaan. Dari situ, saya mula belajar ilmu perniagaan dan berdoa untuk menjadi usahawan berjaya dan boleh menjadi role model.

Datuk memiliki segala yang diimpikan, apa perancangan seterusnya?Mungkin orang di luar sana melihat saya su-dah berjaya. Tetapi masih banyak lagi yang perlu diterokai untuk menjadi lebih berjaya. Impian saya untuk membina empayar pernia-gaan sudah tercapai. Sekarang, saya ingin melatih anak-anak dan mentee saya untuk sama-sama berjaya.

Bagaimana mendidik anak-anak?Saya amat tegas dalam mendidik mereka berbanding suami yang berlembut. Didikan agama amat dititikberatkan. Motivasi sentia-sa menjadi amalan dan kemestian. Sehingga kini, saya tetap memantau perkembangan mereka demi kebaikan mereka juga.

Artis dan lagu kegemaran?Antarabangsa - Celine Dion dan Mariah Carey.Tempatan - Anuar Zain, Datuk Siti Nurhaliza dan Misha Omar. Saya juga setiap hari melayan lagu-lagu membangkitkan semangat seperti ‘Fikirkan Boleh’.

Genre filem kegemaran?Filem yang memberi inspirasi dan mencabar potensi diri seperti lakonan Jackie Chan dan Sylvester Stallone. Saya juga gemar menon-ton lakonan Eman Manan, Rosyam Nor, Da-tuk Aziz Singah, Fahrin, Que Haidar, Datuk Jalaluddin Hassan dan Ako Mustapha.

Jika berdepan masalah, bagaimana mengatasinya?Anggaplah diri kita lebih tinggi daripada masalah itu. Kaji masalah itu, buat pelan A dan B, cuba selesaikannya. Kadangkala masalah tersebut memberikan kita banyakpeluang. Yakini keupayaan diri.

Difahamkan, anda aktif dalam kokuriku-lum ketika di bangku sekolah. Kongsi-kan apa yang dipelajari hingga berjaya bergelar usahawan berjaya?Saya bukan pelajar pintar dengan straight A. Tetapi, kualiti kepimpinan saya mula keliha-tan apabila aktif kokurikulum. Saya menjadi kapten sukan dan pengerusi pelbagai per-satuan. Itu semua membina daya kepimpinan dan menjadikan saya a wise leader. Ini amat penting untuk membina personaliti dan sah-siah diri.

Apa cabaran dihadapi dalam bidang yang sinonim dikuasai kaum lelaki?Sebenarnya, cabaran itu peringkat permu-laan saja. Wanita kena bijak mengenal pasti kelebihan dan keunikan mereka serta cuba menguasainya. Kita juga perlu gigih beru-saha untuk mendapatkan pengiktirafan dan penghormatan daripada lelaki.

Apa yang menggembirakan Datuk?Saya terharu dan gembira apabila mentee memberi surat menyatakan terima kasih dan penghargaan kepada saya kerana mengubah hidup mereka.

Jika stres, apa yang dilakukan?Menonton cerita Mr Bean dan Indahnya Iman.

Kebal diri punca jaya

Oleh Muhammad Amsyari Ismail

Pengerusi Kumpulan SecuriforcePakar Motivasi Keusahawanan/Pembangunan InsanDatuk Dr Maznah Hamid

Tarikh lahir : 18 April 1955

Tempat lahir : Ayer Hitam, Jerlun, Kedah

Pendidikan : Ijazah Kedoktoran (PhD) Pentadbiran Perniagaan

dalam Bidang Keusahawanan, Motivasi dan

Modal Pembangunan Insan dari

Central State University of

New York, Amerika Syarikat

Nama Suami : Datuk Haji Shaheen Mirza Habib

Nama Anak : Nur Sharmila (30) Shahril Reza (29)

Nurul Shameem (25)

MohamadShafiqAzim(21)

Mazreen Shanim (18)

Profil

Page 5: Transisi 5

Transisi30 JULAI - 12 OGOS 2010 5ISU

DOKTOR peribadi Sul-tan Kelantan, Kol Dr Amir Ramli menyifatkan

pemulihan mendadak kesihat-an Tuanku Ismail Petra adalah mengikut kadar nisbah ‘satu dalam sejuta’ dan ia adalah ke-ajaiban yang tidak mampu difa-hami menerusi perubatan moden.

Menurutnya, lebih menakjub-kan apabila Tuanku Ismail sering memberi respon yang baik setiap ujian yang dijalani dan seme-mangnya ia satu perkembangan yang teramat baik jika dibanding-kan ketika baginda gering seta-hun yang lalu.

“Semakin hari saya melihat Tuanku Sultan menunjukkan peningkatan memberangsang-kan dan ketika di Singapura kami semua sudah dapat mendengar gelak tawa baginda bersama pasukan perubatan. Ini satu perkembangan yang begitu baik untuk baginda terus sihat seperti biasa.

“Segala ujian yang dijalani ba-ginda seperti ujian darah, x-ray serta denyutan nadi amat baik. Malah, fisioterapi dan sesi terapi pertuturan juga mendapati Tuanku semakin berkesan. Se-cara peribadi sebagai doktor per-ubatan, saya melihat Tuanku akan kembali pulih tidak lama lagi. Insya-Allah!

“Semua doktor yang merawat baginda di Singapura turut ter-kejut dengan keupayaan Tuanku bertitah dan berkomunikasi de-ngan baik. Kekuatan fizikal ba-ginda juga semakin baik. Syukur Alhamdullilah kesihatan Tuanku semakin baik yang mungkin ti-dak pernah melihat pesakit lain sekuat baginda.

“Ada yang kata kes Tuanku bertambah baik ini mungkin ber-laku dalam kadar nisbah ‘satu dalam sejuta’. Apa yang berlaku ini mungkin tidak dapat difahami melalui perubatan moden tetapi sebagai seorang Islam, kita perlu faham bahawa Allah yang menu-runkan penyakit dan dia juga yang menurunkan ubatnya.

“Sebagai doktor peribadi kepa-da Tuanku, saya berharap semua pihak terutama rakyat seluruh negara terus berdoa semoga

Satu dalam sejuta – Dr Amir

Allah memberikan kekuatan ke-pada Tuanku untuk terus sihat dan kembali memerintah seperti dulu,” katanya ketika ditemui Transisi baru-baru ini.

Sementara itu, Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra ketika ditemui turut menyatakan kegem-biraan terhadap perkembangan ayahanda beliau dan berharap rawatan susulan di Singapura memberi kekuatan kepada bagi-nda untuk terus pulih sepenuh-nya.

“Saya agak kecewa dengan sikap pembesar negeri (Kelan-tan) tidak hadir untuk menyambut keberangkatan pulang Tuanku. Saya harap ini tidak memberi im-pak negatif terhadap pemulihan sepenuhnya terhadap ayahanda saya,” katanya.

Beliau berkata, Tuanku Ismail turut menzahirkan ucapan terima

kasih kepada seluruh rakyat ne-geri Serambi Mekah yang sen-tiasa mendoakan kesihatan ba-ginda agar segera sembuh dan selamat kembali daripada men-jalani rawatan berkenaan.

“Keadaan kesihatan Tuanku berada pada tahap yang amat baik dan berdasarkan laporan terkini pemeriksaan doktor pakar di Singapura, Tuanku mempun-yai keupayaan minda dan fizikal yang baik dan boleh membuat apa-apa keputusan dengan sendiri,” katanya.

Tuanku Ismail selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira-kira jam 1.20 petang, 21 Julai lalu selepas menerima rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth Singapura se-jak 15 Julai lalu. Baginda diiringi Raja Perempuan Kelantan, Teng-ku Anis Tengku Abdul Hamid dan Tengku Muhammad Fakhry.

“Semua doktor yang merawat baginda di Singapura turut terkejut dengan keupayaan Tuanku bertitah dan berkomunikasi dengan baik. Kekuatan fizikal baginda juga semakin baik. Syukur Alhamdullilah kesihatan Tuanku semakin baik yang mungkin tidak pernah melihat pesakit lain sekuat baginda.

Oleh Razali Yahaya dan Rudysham Abd Raof

CERIA: Sultan Kelantan bersama pegawai-pegawainya

Page 6: Transisi 5

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 20106 ISU

“Apabila saya buat kajian, ra-mai tokoh akademik dunia hairan bagaimana Malaysia berjaya mengekalkan kesepaduan raky-atnya. Jadi, perlukah Kerajaan berbicara mengenai ‘Perpaduan Melayu’ sedangkan orang luar in-gin mencontohi Malaysia dalam mengukuhkan keharmonian ne-gara.

“Bukan konsep Perpaduan Me-layu perlu dite-kankan kerana ia bersifat satu harapan. Apa yang penting kes-epaduan sosial kerana kita boleh mengharapkan perpaduan ini ter-jalin,” katanya

Beliau, juga T i m b a l a n Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) turut me-nolak andaian be-berapa pihak ba-hawa kegagalan penggabungan UMNO dan Pas menyebabkan orang Melayu kehilangan kuasa di bumi sendiri.

“Soal kehilangan kuasa tidak perlu ditimbulkan jika pengga-bungan UMNO dan Pas me-nemui jalan buntu. Ini dakyah semata-mata dan tidak boleh dipercayai. Kita perlu perjelas-kan hakikat sebenar bahawa orang Melayu tidak pernah sebu-lat suara sejak dulu lagi.

“Faktor utama adalah Malaysia memiliki sembilan Raja Melayu berdaulat dan mempunyai kepel-bagaian etnik. Ada ketika mere-ka bersatu jika diserang musuh. Ada kala tidak berlaku. Sebab itu, biarlah kaum Melayu banyak parti, bukan setakat UMNO dan Pas saja.

“Dalam konteks perpaduan,

lebih banyak parti lebih baik. Kita lihat ada rakyat yang tidak kenal pun Pas, Pakatan Rakyat ataupun Keadilan, tetapi mere-ka boleh disatukan jika berlaku musibah ke atas kaum mereka. Ini lebih penting.

“Jadi, saya percaya kepelba-gaian parti politik boleh men-gubah kedudukan kita menjadi

kuat. Dalam realiti ke-h i d u p a n masya raka t Melayu, mere-ka selalu beru-bah fikiran. C o n t o h n y a , Datuk Onn Jaafar ber-ubah fikiran meninggalkan parti itu walau-pun dia yang mengasaskan UMNO.

“Sebab itu kenyataan se-begini menge-

lirukan dan saya tidak percaya serta menolak sama sekali seba-rang andaian mengatakan orang Melayu bakal atau sudah hilang kuasa. Ini tidak betul,” katanya.

Ditanya sama ada kekeliruan yang ditimbulkan pihak tidak ber-tanggungjawab itu akan mem-buatkan kaum lain mengambil kesempatan, Dr Shamsul Amri berkata, ia tidak akan berlaku sama sekali .

“Saya amat yakin orang Cina atau India dan kaum lain tidak mungkin boleh berkuasa tanpa orang Melayu, begitu juga se-baliknya. Orang Melayu adalah ‘raja’ di Malaysia.

“Uniknya di Malaysia, kita saling bergantung satu sama lain. Jika kita lihat orang Melayu berpecah, tetapi yang berpecah ialah parti politik ciptaan pem-

Perpaduan Melayu satu harapan

impin Melayu. Kita boleh lihat dengan jelas bukan saja parti politik Melayu yang berpecah. Malah, Cina dan India pun ber-pecah.

“Bagi kaum Cina mereka ada Gerakan, MCA dan DAP. Ini pun perpecahan parti. Sebenarnya, kaum Cina juga dilihat berpecah tetapi mereka bersatu terhadap tiga perkara iaitu bahasa, budaya dan pendidikan. Manakala orang Melayu yang paling nyata ialah mereka akan bersama dalam hal ehwal Islam,” katanya.

Apa sebenarnya berlaku, kata Dr Shamsul Amri disebabkan ada pihak tidak bertanggung-jawab cuba ‘menangguk di air yang keruh’ berhubung isu ‘Per-paduan Melayu’ hasil ciptaan parti-parti politik di negara ini.

“Apa yang kita hadapi di Ma-laysia bukan ‘ketidaksepaduan’ orang Melayu. Ia adalah men-ingkatnya pemikiran orang Me-layu. Faktor utama yang buat kita cemas dan tidak seia sekata disebabkan ada pihak suka am-bil kesempatan atau lebih tepat ‘menangguk di air keruh’ untuk dapat nama.

“Sebab itu saya agak curiga dengan kewujudan Perkasa. Apakah Perkasa mampu mem-perkasakan orang Melayu atau sebaliknya? Saya tidak percaya dengan perjuangan pertubuhan ini. Mereka sebenarnya tidak jaga hak orang Melayu tetapi le-bih menitik beratkan orang yang kecewa dalam parti politik tanah air,” katanya.

Beliau turut ditanya menge-nai teori Malaysia akan dipimpin orang Cina sebagai pemerin-tah negara, Dr Shamsul Amri jelas menolak dakwaan itu dan ia adalah fakta untuk menakut-nakutkan kaum Melayu di tanah air sendiri.

“Sebenarnya orang Cina su-dah menguasai ekonomi negara. Mereka tidak berminat langsung untuk mengambil alih politik ta-nah air. Jika politik pun mereka ambil, mereka sendiri akan su-sah. Bagi kaum ini, biarlah orang Melayu terus kuasai Malaysia.

“Contohnya, biarpun mereka hebat di Perak, tetapi mereka terpaksa menyerahkan kuasa pemerintahan kepada orang Me-layu. Mereka tidak mungkin boleh jadi Raja di Malaysia. Maknanya, isu ini hanya menakut-nakutkan orang Melayu saja.

“Kehidupan orang Cina akan

lebih sukar jika Menteri Besar bukan kalangan orang Melayu. Mungkin di Pulau Pinang, Cina boleh jadi Ketua Menteri, tetapi mereka tidak boleh jadi Menteri Besar. Saya juga bayangkan orang Cina tidak boleh meme-rintah walaupun menang banyak kerusi.

“Ini semua retorik pihak yang ada kepentingan sendiri. Mereka bimbang tidak mampu mendapat sesuatu jika penggabungan ini gagal. Terserah kepada pihak Kerajaan untuk melakukan per-ubahan drastik demi kepentingan Melayu. Yang jelas, tanah air kita akan terus dikuasai orang Me-layu,” kata Dr Shamsul Amri.

Apapun, pandangan tokoh akademik Shamsul Amri itu ada kebenarannya. Namun, Najib mungkin mempunyai alasan mengikut ‘kamus politik’ demi kesepakatan Melayu. Sebagai peneraju parti berpengalaman yang memerintah Malaysia, be-liau mahu melihat UMNO dan Pas dapat menjayakan rundi-ngan perpaduan.

“Pendirian UMNO tidak per-nah berubah dan terserah ke-pada Pas menyatakan pendirian mereka. Kita tidak mahu ulang perkara ini sebab ia tidak produk-tif. Mereka mengetahui pendirian kita dan biar mereka menyatakan pendirian terhadap apa saja ca-dangan yang menjurus kepada perbincangan bagi mewujudkan perpaduan Melayu ,” katanya.

Perdana Menteri mengulas kebimbangan pelbagai pihak ter-hadap nasib orang Melayu yang mungkin kehilangan kuasa jika terus berpecah dan tidak ber-satu. Atas kapasiti inilah men-jadikan UMNO sentiasa terbuka untuk menjayakan apa saja ca-dangan atau rundingan memba-bitkan perpaduan orang Islam dan Melayu.

Baginya, UMNO ada kekua-tan tersendiri dan parti itu bukan terlalu lemah hingga terpaksa bekerjasama dengan Pas. Seba-liknya, Pas harus menghormati UMNO sebagai parti yang mem-perjuangkan Islam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyatakan komitmen dan kes-ediaan UMNO bertemu dan men-jalinkan kerjasama dengan Pas dalam pelbagai bidang termasuk usaha memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu.

“Apabila ada pihak menyeru kepada kebaikan, kita seba-gai parti yang menyokong per-juangan agama dan orang Mel-ayu, kita menyambut baik. Sebab itu kita bersedia bertemu Pas. Takkan perkara baik ini kita nak ketepikan. Ini bukan soal siapa kuat ataupun lemah,” katanya.

Kehambaran mengenai isu kemungkinan UMNO beker-jasama dengan Pas tetap terus menjadi bahan ‘sembang kedai

kopi’ kerana Pas melalui Mursy-idul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat sudah membayangkan menolak kemungkinan kerjasama itu.

“Saya beritahu dah, kalau ber-jumpa saya hendak berunding persoalan Pas dengan UMNO, tidak boleh sama sekali. Sepu-luh tahun lalu sudah selesai. Itu keputusan parti, bukan keputu-san saya. Tetapi, kalau hendak runding benda lain, petroleum atau masalah apa saja, boleh,” katanya.

Justeru, hasrat melihat ker-jasama dua parti Melayu terbe-sar itu tidak mungkin tercapai. Ia dikukuhkan lagi dengan kenya-taan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa orang Melayu tidak patut risau kerana kuasa politik masih lagi di tangan mereka.

Bagi Hadi, orang Melayu ada-lah penduduk majoriti negara ini. Jika orang Melayu bersama Pas, mereka tetap menjadi teras politik. Ini berbeza dengan teras kendalian UMNO. Justeru, orang Melayu tidak lagi harus dipimpin UMNO, sebaliknya Pas kerana semua kaum di Malaysia mene-rima orang Melayu adalah teras politik.

Apapun pandangan tokoh dua parti itu usaha membina perpa-duan Melayu sewajarnya dijadi-kan agenda politik Melayu. Mahu atau tidak, ia memerlukan iltizam tinggi dua parti Melayu tersebut. Perpaduan harus menjadi waha-na memperkasakan kembali kua-sa politik Melayu yang semakin terhakis.

“Apa yang kita hadapi di Malaysia bukan ‘ketidak-sepaduan’ orang Melayu. Ia adalah meningkatnya pemikiran orang Melayu. Faktor utama yang buat kita cemas dan tidak seia sekata disebabkan ada pihak suka ambil kesempatan atau lebih tepat ‘menangguk di air keruh’ untukdapat nama.

PENGARAH Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Shamsul Amri

Baharuddin berkata, beliau akur dan sedar banyak artikel serta suara pemimpin mahu melihat UMNO dan Pas bergabung dalam usaha mengukuhkan perpaduan Islam dan Melayu di negara ini.

Page 7: Transisi 5

Transisi30 JULAI - 12 OGOS 2010 7ISU

PENOLAKAN Pas untuk men-jalinkan perpaduan bersama Umno bagi memperkukuhkan kedudukan Melayu dan Islam di negara ini tidak sedikitpun di-pandang serong barisan peme-rintah itu, malah mereka masih menaruh keyakinan parti pem-bangkang itu akan menerimanya tidak lama lagi. Meskipun diper-katakan tidak pernah serius dan hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’ terhadap hasrat murni itu, UMNO percaya masa akan tiba buat kedua-dua parti terbesar Melayu itu dapat duduk semeja demi per-paduan bangsa.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, sememangnya benda baik me-merlukan kesabaran dan jalinan perpaduan bersama Pas tidak akan dihentikan walaupun men-dapat tentangan Mursyidul Amn-ya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“UMNO yakin masih ada in-dividu dalam Pas menyokong usaha murni ini. Menteri Besar Kelantan boleh kata apa saja,

UMNO tetap hulur tangan

tapi saya optimis masih wujud kumpulan menyokong perpadu-an ini,” katanya.

Ahmad, juga Timbalan Men-teri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Pas tidak bergantung kepada kepimpinan Nik Abdul Aziz semata-mata kerana masih ada pemimpin lain termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi parti.

“Sudah pasti kumpulan yang saya maksudkan ini ada pan-dangan berbeza dengan Nik Aziz dan tentu pemikiran mereka menjurus ke arah menyokong kita. Pemimpin UMNO sentiasa

positif mengenai usaha ini ke-rana kami meletakkan kebajikan umat Islam sebagai keutamaan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau ber-setuju dengan kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa tidak perlu wujud orang tengah dalam se-barang rundingan kerjasama itu dan tiada sebarang syarat dikenakan jika pertemuan ber-kenaan berlangsung.

“Di segi perjumpaan memang saya kira tak perlu ada syarat dan tak perlu ada orang tengah. Kalau perjumpaan antara pucuk pimpinan itu tak perlu kepada keduanya. Nak bincang apa

sekalipun terpulanglah,” katanya.Mufti Perak, Tan Sri Harus-

sani Zakaria berkata, kedegilan kedua-dua parti Melayu tersebut meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hanya akan memberi kesan buruk ke-pada masa depan orang Melayu sendiri.

“Kalau kita terus berpecah-belah, kita akan terima padah pada Pilihan Raya Umum Ke-13, itu sahaja. Dan akan berlaku satu bentuk penjajahan baru,” tegas Harussani.

Justeru, Ahmad meminta pe-mimpin Pas memberi reaksi positif terhadap pelawaan UMNO itu kerana ia bukan untuk kepen-tingan peribadi tetapi lebih ke-pada mengutamakan rakyat khu-susnya Melayu dan Islam.

“Tujuan UMNO adalah murni dan Pas sepatutnya melihat perkara ini dalam konteks mua-fakat terhadap kemajuan bangsa Melayu dan Islam di negara ini. Jangan anggap UMNO dengan pelbagai andaian kerana kekua-

tan bangsa Melayu terletak pada pemimpin toleransi,” katanya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, hasrat UMNO membin-cangkan kedudukan orang Mel-ayu dan Islam bukan dibuat ber-dasarkan pertimbangan politik, tetapi satu perjuangan konsisten parti sejak dulu.

Katanya, perjuangan UMNO tidak pernah berubah kerana sentiasa bersedia dengan siapa saja bagi membincangkan agen-da yang lebih luas, khususnya demi agama bangsa dan negara.

“Kita tidak terdesak. Hasrat kita untuk bincang kedudukan orang Melayu, Islam dan tidak sedikitpun bersandarkan pertim-bangan politik.

“Saya rasa Pas dari dulu me-mahami tetapi kalau ada pihak lain yang nak menangguk di air keruh dengan mengatakan kita terdesak, bagi saya UMNO mempunyai kekuatan sendiri dan ada penyokong setia,” kata be-liau, juga Menteri Dalam Negeri.

HISHAMMUDDIN AHMAD MASLAN HARUSSANI

WALAUPUN ramai cendekia-wan dan veteran politik menyeru Pas menerima kerjasama ber-gabung dengan UMNO dalam usaha mengukuhkan Perpa-duan Melayu dan mengangkat martabat Islam di negara ini, pemimpin parti pembangkang itu tetap enggan memberi ula-san positif.

Bagi mereka kerjasama ciptaan UMNO dilihat hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’ dan tidak menampakkan kejujuran di mata pemimpin parti Kerajaan dalam menjernihkan kerjasama dalam apa juga hubungan.

Tambahan pula, peristiwa bergabung selepas berakhirnya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, yang sekadar separuh jalan bersama UMNO, masih segar dalam ingatan pemimpin Pas.

“Peristiwa kerjasama kami dan UMNO selepas 13 Mei 1969 masih segar dalam ingatan. Tetapi apa yang mereka laku-kan pada pakatan ini. Sebaik

Pas anggap UMNO ‘kacang lupakan kulit’

sahaja mereka kukuh (UMNO), mereka tinggalkan kita seperti parti yang tidak bermaruah.

“Mereka seperti ‘kacang lupa-kan kulit’. Kami kecewa diper-lakukan seperti itu. Memang kami akui ia usaha baik, tetapi peristiwa itu masih terpahat dalam jiwa kami,” kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Beliau bagaimanapun me-minta semua pihak memberi peluang kepada Pas dan UMNO untuk bersaing secara positif serta berada di bawah parti ma-sing-masing untuk mewujudkan perpaduan Melayu.

Terdahulu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat terus mengamalkan dasar tutup pintu terhadap UMNO kerana meng-anggap kerjasama itu tidak akan mendatangkan faedah kepada Pas untuk terus mengembang-kan dasar parti itu.

Beliau pernah bersetuju baha-wa UMNO dan Pas perlu bersatu dalam memperjuangkan Islam di negara ini. Namun, Menteri

Besar Kelantan itu mengubah pendiriannya bahawa kerjasama politik dua parti itu tidak akan berlaku.

Malah, hasrat Timbalan Per-dana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menemui Nik Aziz untuk bekerjasama demi perpaduan Melayu dan Islam, Nik Aziz tetap tidak mahu berunding.

“Hubungan politik dan per-paduan Islam adalah perkara berbeza. Jadi soal politik, Pas sudah tutup pintu untuk berun-ding,” kata Nik Aziz.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengulangi pen-dirian Pas akan terus menga-malkan dasar tutup pintu dalam memupuk kerjasama dengan UMNO sekalipun tanpa syarat.

“Namun, saya tidak menolak bahawa perbincangan antara G to G (Kerajaan dengan Kera-jaan) masih boleh diteruskan bagi kepentingan masyarakat dan umat Islam. Tetapi, kami akan bersama Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, nada Timba-

lan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa agak lembut apabila menyatakan tidak pernah menu-tup pintu rundingan dengan ma-na-mana parti politik atau badan bukan kerajaan (NGO).

“Apa yang disebut Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kita tidak pernah menutup pintu rundingan dengan parti politik dan NGO.Tetapi apabila rundin-gan ini berlaku tidak semestinya Pas akan adakan kerjasama dengan UMNO.

“Soal rundingan dibuat adalah untuk kepentingan negara dan masyarakat Islam amnya. Tidak timbul langsung soal kerjasama dengan UMNO. Usaha ini dibuat ke arah kebaikan masyarakat Is-lam.

“Saya tidak boleh beri kepu-tusan kerana segalanya perlu diputuskan dalam Muktamar Pas kerana di sinilah kuasa tertinggi membuat keputusan,” kata Na-sharudin, juga Ahli Parlimen Ba-chok.

Menteri Besar Kedah, Datuk

Azizan Abdul Razak pula me-nyambut baik dengan menyata-kan kesedian mewujudkan ker-jasama atau perpaduan Pas dan UMNO dalam isu Melayu dan Islam.

Bagaimanapun, beliau meno-lak pelan damai kerana UMNO dan Pas selama ini tidak pernah ‘berperang’ . Sebenarnya, ker-jasama antara Pas dan UMNO wujud sejak dari 1974 lagi.

Dalam perkembangan lain, Pesuruhjaya Pas Selangor, Da-tuk Dr Hassan Ali mengesahkan beliau ada menemui Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kira-kira dua bulan lalu.

Bagaimanapun, beliau me-nafikan pertemuan itu bertujuan membincangkan penyatuan UMNO dan Pas. Sebaliknya persiapan bagi menghadiri Me-syuarat Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan Perdana Men-teri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

AZIZAN MUSTAFA NASHARUDIN

Page 8: Transisi 5

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 20108 ISU

TAK DAPAT TANDUK TELINGA DIPULASOleh Razali Yahaya

KEBELAKANGAN ini, isu perpaduan orang Melayu membabitkan UMNO. dan

Pas masih terus menjadi polemik dan perdebatan banyak pihak yang mahukan ia menjadi ke-nyataan demi survival orang Me-layu secara keseluruhan.

Sekalipun pendapat mereka agak pelbagai sama ada me-nyokong atau sebaliknya, tetapi penekanan isu ini sebenarnya membawa erti cukup besar demi masa depan sekali gus menge-lak ‘petaka’ orang Melayu ke-hilangan kuasa akan datang.

Kita tidak menafikan perpeca-han orang Melayu kini semacam agak parah terutama di segi politik yang menyaksikan per-balahan antara UMNO., Pas dan Keadilan. Begitupun, perpeca-han itu tidak hanya tertumpu kepada orang Melayu tetapi kini sudah menular kepada kaum lain khususnya Cina dan India akibat perbezaan ideologi.

Apa pun, banyaknya parti politik yang membabitkan pel-bagai kaum, jelas membuktikan amalan demokrasi di negara ini masih lagi subur dan relevan. Cuma disebabkan masing-masing gagal mengawal ‘nafsu’ demi ‘kuasa’ dan berkepentin-

Melayu sengketa siapa untung?

gan, ia sekali gus menampakkan semacam pertembungan antara mereka tiada noktah.

Namun demikian, kita se-harusnya boleh membezakan antara kewujudan banyak parti politik dengan pertelagahan mereka untuk siapa? Parti-parti berkenaan boleh bekerjasama seperti gagasan Barisan Nasio-nal (BN) dan juga Pakatan Rak-yat (PR) yang membabitkan Pas, Keadilan dan DAP. Selagi mere-ka ini dinamakan manusia, sama ada gabungan BN mahupun PR, mereka boleh sahaja bertelagah dan tidak boleh bekerjasama atas dasar kepentingan diri.

Oleh itu, ada sebab mengapa idea perpaduan antara UMNO-Pas ditonjolkan. Ini kerana ba-nyak pihak mula berasa bahang bahawa orang Melayu semacam boleh hilang kuasa dalam pili-han raya akan datang kerana persengketaan sesama Melayu kini sudah berlarutan agak pan-jang, teruk dan membimbangkan.

Mereka yang prihatin terha-dap masa depan orang Melayu sebenarnya bimbang kehilangan kuasa ini akan membawa kepada perubahan kepada dasar-dasar yang penting terutama memba-bitkan kedudukan Melayu, aga-

ma Islam dan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera lain termasuk kedudukan Raja-Raja Melayu.

Apa sekalipun, kita semua mahu mengelakkan cetusan isu perpaduan itu jangan sampai kepada orang Melayu ‘terpinggir’ di negara sendiri lantaran perca-karan tidak berfaedah dua parti terbesar Melayu iaitu Pas dan UMNO. Jika ini berlaku, ia me-mang sukar digambarkan dan akibatnya memang menakutkan. Ini kerana sebaik-baiknya semua pihak yang ada pengalaman ‘peristiwa berdarah 13 Mei’ mahu berusaha agar ianya tidak ber-ulang demi keharmonian semua kaum di negara ini.

Persoalannya, jika ini berlaku, siapa harus dipersalahkan? Tidak dapat tidak, rakyat pasti menuding jari kepada tokoh-tokoh tertentu sama ada dari pakatan kerajaan mahu pun pa-katan pembangkang yang dilihat masih ‘keras kepala’, ego dan rakus kuasa dengan mengene-pikan rintihan rakyat secara total.

Umumnya, tidak ada manusia yang sempurna. Namun, ada pihak yang perlu kita pertang-gungjawabkan. Jika tidak ada pihak yang melakukan kesala-

han-kesalahan besar, perkara seumpama itu tidak mungkin berlaku. Jadi, biarlah semua pihak khususnya pemimpin di peringkat tertinggi dalam UMNO dan Pas, mengenepikan ideologi politik masing-masing buat se-mentara, dan seterusnya duduk semeja mencari ‘penawar’ ke arah perpaduan Melayu secara tulus dan ikhlas.

Perlu diingat bahawa ‘tsunami politik’ yang membawa kepada kemenangan besar PR dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) membuktikan betapa ‘kuasa rakyat’ menjadi penentu kepada jatuh bangun sesebuah kerajaan. Oleh itu, sewajarnya rakyat tidak boleh dipersalah-kan sebaliknya UMNO dan BN yang terkena ‘panahan beracun’ PRU12 itu perlu mengambil tang-gungjawab untuk membaiki diri-nya menjelang PRU13 nanti.

Kita yakin dan percaya, kalau Umno dan BN boleh memberi kepimpinan yang baik, dilema yang dibangkitkan sekarang tidak akan timbul. Lihat sahaja kerenah mesyuarat Bahagian UMNO di seluruh negara yang baru sahaja berakhir baru-baru ini. Kita boleh membaca dalam akhbar perbala-han sesama sendiri masih terus berlarutan dan natijahnya mere-ka masih tidak serik atau tidak mahu belajar daripada ‘tsunami politik’ PRU12 itu.

Pemimpin-pemimpin di pe-ringkat tertinggi nampaknya sudah ‘letih’ menyeru supaya ahli-ahli UMNO jangan berbalah sesama sendiri, jangan berpuak-puak, mesti memperjuangkan kehendak dan hasrat rakyat dan mesti kembali kepada per-juangan asal parti. Namun, yang pasti nasihat dan peringatan itu sia-sia belaka umpama ‘mencu-rah air ke daun keladi’.

Perkara berbangkit ini bukan isu baru. Ringkasnya, kita boleh membuat kesimpulan bahawa UMNO telah gagal menampil-kan kepimpinan yang baik. Jika UMNO ada kepimpinan yang baik, perkara-perkara seumpama itu tidak sering disebutkan dalam sebarang ucapan perasmian me-syuarat UMNO.

Inilah masalahnya. Bukan pen-

yatuan UMNO-Pas yang diper-lukan, tetapi kepimpinan orang Melayu yang baik. Bukan UMNO tidak pernah ada kepimpinan yang baik tetapi sejak satu atau dua dekad yang lalu, isu ‘politik wang’ telah menjadikan kepimpi-nan mereka terperosok teruk di mata rakyat terbanyak.

Bagi Pas pula, mereka penuh dengan slogan-slogan Islamnya yang boleh dipertikaikan. Tinda-kan mereka itu semacam mereka sahaja yang Islam, manakala orang yang menyertai parti lain dianggap bukan Islam. Ini tidak betul sama sekali.

Isu-isu lain tentang pelbagai macam penyelewengan dalam UMNO dan kerajaan seperti rasuah, kronisme, perpecahan kepada puak dan kehilangan semangat perjuangan, adalah manfestasi yang menjadikan rakyat di luar muak dan bosan dengan kepimpinan yang ada. Kebosanan mereka ini pasti di-terjemahkan dalam bentuk undi pada PRU13 nanti.

Kepimpinan sekarang per-lu menyelesaikan masalah-masalah ini. Kerja besar dan be-rat harus difikirkan dan ditangani dengan baik oleh kepimpinan UMNO dan Pas tertutama yang membabitkan kepimpinan selu-ruh bangsa Melayu, termasuk kepimpinan pakatan pembang-kang lain.

Dalam perkara ini, kita harus realistik. Semua manusia ter-masuk pemimpin dari mana-ma-na parti ada kelemahan. Oleh itu rakyat berhak meminta komitmen yang ikhlas dan tinggi daripada pemimpin-pemimpin yang dipilih.

Kepimpinan UMNO dan Pas mesti memperbaharui dan mem-perkuat semangat perjuangan mereka serta melaksanakan transformasi dalam masa ter-dekat. Jika mereka boleh me-lakukan ini, kita percaya semua orang Melayu tidak perlu bim-bang kehilangan kuasa tetapi kalau mereka gagal, malapetaka besar menanti dan kesempatan ini akan menyaksikan ada pihak pasti ‘menangguk di air keruh’ untuk keuntungan pihak-pihak tertentu. Jadi, ‘tepuk dada tanya selera’!

Inilah masalahnya. Bukan penyatuan UMNO-Pas yang diperlukan, tetapi kepimpinan orang Melayu yang baik.

Perpecahan dalam kalangan parti politik Melayu tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Page 9: Transisi 5

Transisi30 JULAI - 12 OGOS 2010 9BICARA

TANPA mereka tanah air ini pasti terus terjajah. Pahlawan-pahlawan neg-

ara bukan saja memerah ker-ingat, tetapi turut bertarung nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara dan kes-ejahteraan rakyat. Sempena Hari Pahlawan 31 Julai ini,

penulis Transisi, MUHAMMAD AMSYARI ISMAIL berkesem-patan menemu bual Presiden Persatuan Bekas Polis Ma-laysia, SHAFIE BAKRI untuk berkongsikan sejarah, pen-galaman dan pandangannya mengenai erti pahlawan dan cabaran dihadapi.

Hargai erti pahlawan

MALAYSIA menyambut Hari Pahlawan pada 31 Julai setiap tahun. Ceritakan secara ringkas mengenai bagaimana ia ber-mula?Hari Pahlawan adalah satu hari khusus untuk memperingati jasa pahlawan-pahlawan yang mem-pertahankan tanah air di beberapa negara. Hari Pahlawan di Malaysia disambut setiap 31 Julai setiap ta-hun. Mula dilancarkan sejak 31 Julai 1960 bagi mengenang jasa pejuang tanah air, terdiri daripada polis dan tentera yang terbabit dalam per-tempuran dengan pemberontakan komunis untuk merampas kuasa negara pada 1948-1960.

Apabila Jepun mengaku kalah selepas Hiroshima dan Nagasayaki dibom pada 6 Ogos 1945, berlaku kekosongan dalam pentadbiran Ma-laya dan komunis mengambil alih pentadbiran negara selama 14 hari.

Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) ditubuhkan British untuk menentang Jepun. Tetapi, selepas mendapat khabar Jepun tewas, komunis keluar daripada persembunyian di hutan dan menun-jukkan kekuatan dengan membunuh sesiapa saja yang dipercayai ber-sekongkol dengan Jepun.

Ketika era darurat 1948 hingga 1960, komunis secara jelas melancar serangan bersenjata terhadap orang awam, ladang-ladang dan balai polis.

Kekejaman demi kekejaman di-

lakukan mereka memaksa British mengambil pendekatan drastik me-ngisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948.

Dalam konteks sekarang, kita ber-balik kepada istilah pahlawan. Jika zaman dahulu, ia merujuk kepada mereka di barisan hadapan per-tempuran ketika mempertahankan negara daripada ancaman lanun dan pemberontak.

Ketika darurat, cabarannya adalah komunis dan selepas darurat anca-man itu lebih meluas, misalnya dari-pada kumpulan ekstremis, perda-gangan manusia, penyeludupan dadah, pendatang asing, pencerobo-han sempadan dan pelbagai cabang jenayah lain.

Ancaman sekarang lebih global. Jenayah merentasi sempadan. Dalam konteks polis, kehendak perkhidmatan polis tiada batasan. Kisah anggota polis yang mati atau cedera tidak diutamakan walhal me-reka inilah wajar diangkat sebagai pahlawan. Dulu ancaman berbeza, kini ancamannya lain pula. Jenayah itu datang dari pelbagai sudut. Jadi, ini menjadi tugas polis untuk bertin-dak atas kemampuan terhad walau-pun terpaksa menghadapi ancaman tidak terhad semata-mata untuk me-lihat rakyat dan negara selamat.

Hari ini, terdapat usaha pihak-pihak tertentu cuba mengurang-kan dan mengikis kepercayaan

orang awam terhadap anggota keselamatan, terutamanya po-lis. Apa pandangan anda?Pihak-pihak itu mempunyai niat tidak baik, ada kepentingan ter-tentu dan kecenderungan politik melampau selain berusaha meraih sokongan orang ramai dengan me-manipulasikan isu-isu tertentu tanpa mengetahui asal usul isu berkenaan. Ia diputar belit untuk menjadikan polis sebagai scape goat (kambing hitam) dan menunjukkan Kerajaan tidak bertanggungjawab.

Bagaimana cara mengemba-likan kepercayaan rakyat?Kita tidak dapat lari daripada bagaimana mengatasi masalah ber-bangkit. Di pihak polis sendiri, kami memberi penjelasan kepada orang ramai dan meningkatkan tahap profesionalisme. Terbaru, pindaan perintah tetap Ketua Polis Negara (KPN), latihan lebih kerap dan per-barisan pagi diadakan setiap pering-kat untuk mendapatkan maklumat terkini. Ini termasuk makluman melalui warta, surat arahan mesti lebih kerap. Peranan orang ramai dalam membantu polis juga pen-ting. Jangan jauhkan diri daripada polis. Jangan benci polis. Tanggung-jawab menjaga keselamatan negara tangungjawab bersama. Polis tidak dapat menjalankan tugas dengan berkesan tanpa kerjsama orang ramai.

Apakah peranan yang dimain-kan Persatuan Bekas Polis Ma-laysia dalam membantu bekas-bekas anggota?Kita sentiasa berhubung rapat de-ngan bekas polis. Kita tinjau ma-salah mereka. Kita ambil pendekatan runding dengan Kerajaan. Kita bantu masalah mereka. Misalnya, yang terkorban, kita bantu anak-anak me-reka. Kita juga menjalankan pelbagai aktiviti agama bagi mendoakan ke-sejahteraan.

Sebilangan besar yang kerja se-bagai polis bantuan masa daruat tiada pencen. Kita usulkan kertas kerja kepada Kerajaan supaya me-reka ini dipertimbangkan dapat pen-cen atau elaun bulanan. Rata-rata mereka ini berusia 75 tahun ke atas. Sekiranya cadangan ini diterima, saya rasa ini salah satu kesung-guhan Kerajaan dalam menghargai pengorbanan mereka.

Remaja hari ini kurang meng-hayati sambutan Hari Pahlawan berbanding acara-acara berben-tuk hiburan. Bagaimana anda melihat perkembangan ini?Pada padangan saya, remaja hari ini perlu peka kepada latar belakang negara dan sejarah negara ini. Ini kerana jika mereka tidak memahami sejarah kita, bagaimana mereka dapat mengenal diri mereka. Kita lebih cenderung kejar kepuasan diri tanpa memikirkan apa yang

akan berlaku kepada negara sendiri pada masa akan datang. Keghaira-han mencari kepuasan akan bawa kerosakan kepada remaja itu sen-diri. Pihak sekolah atau universiti perlu kerap bagi ceramah dengan me-njemput anggota bekas polis atau tentera untuk bagi keterangan me-ngenai soal keselamatan dan sejarah negara. Pihak media juga boleh main peranan menyampaikan maklumat mengenainya. Misalnya, majalah hiburan juga disarankan agar menyelitkan cerita perjuan-gan pahlawan dalam majalah me-reka. Negara ini tidak wujud dengan sendir,i tetapi melalui pengorbanan dan tumpah darah pahlawan dulu.

Ucapan selaku Presiden Persa-tuan Bekas Polis Malaysia sem-pena sambutan Hari Pahlawan pada 31 Julai 2010 ini?Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Pahlawan kepada semua polis yang bertugas sama ada dalam atau luar negara. Tidak ketinggalan kepada anggota tentera di perbatasan dengan harapan agar meneruskan sumbangan dan sang-gup berkorban untuk negara. Bagi pihak bekas polis, kami sentiasa akan menyokong perjuangan murni demi meletakkan negara dalam ke-adaan selamat dan tenteram.

Page 10: Transisi 5

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 201010 ISU

RAMAI beranggapan ke-munculan Syarikat Pe-rumahan Negara Berhad

(SPNB) di bawah pemilikan Ke-menterian Kewangan semata-mata untuk ‘menangguk di air keruh’ dengan mencari keuntungan atas angin apabila mengambil projek terbengkalai daripada syarikat pemaju perumahan di negara ini.

Mereka sememangnya tidak menyedari kewujudan SPNB lebih kepada membantu rakyat yang tidak memiliki rumah dan tertipu dengan janji manis pema-ju perumahan di negara ini yang meninggalkan projek mereka separuh jalan.

Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron, berkata agensi itu ditu-buhkan berdasarkan kecenderungan kerajaan membantu rakyat yang diitipu syarikat pemaju seluruh negara yang jelas tidak mem-pedulikan untung nasib pembeli.

“Saya ada dengar ramai kata kerajaan tubuh SPNB untuk kaut untung. Ini tidak benar, kerana kewujudan agensi ini adalah bantu rakyat yang ditipu dan kita tidak sedikitpun mengambil pe-luang di atas kegagalan syarikat perumahan.

“Saya sendiripun pernah men-jadi mangsa apabila rumah yang

dibeli tidak siap sepenuhnya. Rumah tidak siap tapi kena ba-yar ansuran di bank. Sakit hati tuhan sahaja yang tahu. Saya tahu bagaimana susah dan se-dih apabila berlakunya keadaan seperti ini. Bagi mereka yang tidak ‘terkena’ sudah pasti tuduh SPNB macam-macam.

“Tanggungjawab SPNB ada-lah memastikan pembeli memi-liki rumah sendiri. Saya anggap penubuhan agensi ini adalah rahmat buat mereka (pembeli) yang menjadi mangsa penipuan pemaju perumahan yang tidak bertanggungjawab di negara ini,” katanya kepada Transisi ketika ditemui di Parlimen, baru-baru ini.

Sejak ditubuhkan pada 2001, SPNB membaik pulih 77 projek perumahan terbengkalai di selu-ruh negara dengan kos RM480 juta sehingga 30 April lalu.

Pelaksanaan projek itu mem-babitkan proses menyiapkan sejumlah 24,326 unit pelbagai jenis rumah dalam tempoh ber-kenaan.

Projek itu adalah sebahagian daripada 257 projek perumahan yang terbengkalai di seluruh ne-gara ketika ini.

Pada masa ini, kata Idris, masih ada lagi 180 projek peru-

SPNB bukan cari untung

mahan terbengkalai yang mem-babitkan sebanyak 50,286 unit rumah di seluruh negara.

“Berdasarkan statistik, negeri seperti Selangor, Pahang, Neg-eri Sembilan, Pulau Pinang dan Perak adalah antara yang men-catatkan jumlah projek peruma-han terbengkalai tertinggi ber-banding negeri lain.

“Sebahagian projek peruma-han terbengkalai ini berpunca daripada sikap tamak dan tidak bertanggungjawab pihak pemaju swasta.

“Masalah ini timbul apabila mereka bertindak meninggalkan projek kerana tidak mampu me-

ngaut untung besar.“ Sebab itu banyak projek yang

ditinggalkan terdiri daripada ru-mah jenis kos sederhana dan rendah berbanding projek pem-binaan kos tinggi,” katanya yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka.

Setakat ini, Idris berkata, SPNB menjalankan proses membaik pulih 11 lagi projek pe-rumahan terbengkalai di seluruh negara yang dijangka menelan belanja hampir RM381 juta dan dijangka siap menjelang 2011.

“Kami juga sudah menyiapkan sebanyak 14,568 unit Rumah Mampu Milik (RMM) daripada

Oleh Razali Yahaya dan Rudysham Abd Raof

42,148 permohonan di seluruh negara dengan nilai RM840 juta.

“Usaha ini selari dengan has-rat kerajaan untuk membela na-sib rakyat dengan menyediakan penempatan mampu milik serta berkualiti bagi isi rumahi,” ka-tanya.

Idris yang juga Ahli Majlis Ter-tinggi UMNO dan bekas Tim-balan Menteri Pengajian Tinggi menggesa kakitangan SPNB bekerja satu pasukan dalam menjayakan misi kerajaan bagi memastikan lebih ramai rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

IDRIS HARON

SPNB menjalankan proses membaik pulih 11 lagi pro-jek perumahan terbengkalai di seluruh negara yang dijangka menelan belanja hampir RM381 juta dan dijangka siap menjelang 2011.

Page 11: Transisi 5

Transisi30 JULAI - 12 OGOS 2010 11JANA MINDA ANDA

A Razak Zakaria , 40, Pegawai Perhubungan AwamTidak mampu. Pemilihan pe-main harus tepat dan pemain yang betul-betul mempunyai anugerah dalam bola sepak harus diketengahkan. Perlu ada sifat kenegaraan dan profesion-alisme tinggi serta semangat kesukanan jitu untuk pergi lebih

Agustini Roslan, 32, PengurusTidak mampu. Dengan tahap permainan sekarang, kita tidak akan mampu bersaing di pering-kat dunia. Jika mahu memasang impian ke Piala Dunia, kita kena ada sasaran untuk menguasai peringkat Asia terlebih dahulu. Sikap profesionalisme pengurus dan pemain mesti ada.

Shirley Wong, 54, PenyeliaMungkin. Ini kerana bola itu bulat. Jadi apa saja boleh terjadi atas padang nanti. Apa yang penting, mereka kena cuba dan tidak ber-putus asa.

Ummu Salwa Bahari, 22, PenyelarasTidak pasti. Susah nak jangka kerana prestasi bola sepak Ma-laysia tidak menentu. Mereka sepatutnya lebih menyerlahkan diri dalam permainan supaya keyakinan untuk menang tinggi.

Lim Yoke May, 22, Perunding PelanconganTidak mampu. Para pemain Ma-laysia lemah dalam hal kemahi-ran permainan bola sepak. Jadi, saya berharap pemain kebang-saan bermain dengan serius selain mewujudkan kerjasama berpasukan yang baik dengan ju-rulatih dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Jasni Shafie, 42, Pengarah UrusanTidak mampu. Pasukan bola sepak negara perlu ada peran-cangan jangka panjang melalui pemilihan pemain. Bukan saja berdasarkan bakat dan kemahi-ran, malah lebih penting faktor biologi dan saiz badan.

Kamil Raizuli Khalid, 33, PeniagaTidak mampu. Bola sepak Ma-laysia tidak cukup kemudahan dalam meningkatkan mutu per-mainan pemain. Saya cadangkan pemain direkrut sejak muda lagi bagi mengekalkan mutu permain-an selain menambah kemudahan yang dapat membantu mereka.

Lim Sing Hooi, 39, PeniagaTidak mampu. Pasukan Malaysia tidak ada jurulatih professional untuk meningkatkan mutu per-mainan pemain.

Kamaruddin Othman, 30, Penyelia Kafe SiberPasukan bola sepak mampu ke Piala Dunia. Namun kualiti permainan perlu ditingkatkan untuk memantapkan corak permainan.

Mohd Shamsuria Ramli, 22, Pegawai Khidmat PelangganMampu. Tetapi kualiti permainan perlu diperbaiki selain memupuk keazaman untuk bermain demi menjulang nama Malaysia ke peringkat dunia.

Sukriyaton Sapuan, 23, Pembantu PeribadiMampu. Kehebatan pasukan bola sepak Malaysia pada zaman kegemilangan Mokhtar Dahari boleh mengulangi sejarah bola sepak sekarang.

Husnul Hilmi Mohamad, 28, Pembantu TadbirPasukan bola sepak negara mampu ke Piala Dunia dengan syarat ada semangat berpasu-kan dan setia dalam diri. Rakyat Malaysia perlu menyokong dan bukan memperlekehkannya.

Siti Patimah HussinBoleh, kalau pemain tidak mengejar publisiti yang tidak berasas. Pasukan perlu di-hantar untuk menjalani latihan di luar negara supaya mereka tahu bagaimana skuad negara lain bermain bersunguh-sun-guh. Itu pelaburan jangka pan-jang.

Ritz AnikiMampu. Jika kita mengambil contoh negara Jepun dan Korea..

MustaKimBoleh, sekiranya kita menjadi tuan rumah Piala Dunia.

Shima MamamiaTidak mampu kerana pemain kebangsaan tidak bersatu padu dalam pasukan. Jurulatih harus memainkan peranan penting dalam melatih pemain seperti mana jurulatih negara lain.

AinismairaTiada yang mustahil. Kita perlu sokong Malaysia. Jangan ha-nya hendak mengkritik negara kita sendiri.

JanggutTambahkan lagi penaja dalam bola sepak untuk meningkat-kan mutu permainan.

Hanep29Kita mampu dan Malaysia Bo-leh! Tiada apa yang mustahil untuk Malaysia. Tapi, perkara pertama yang mesti dilaku-kan ialah tukarkan pemikiran pemain sekarang seperti pe-mikiran pemain ketika zaman Mokhtar Dahari.Bermain untuk satu pasukan, dan bukan bermain untuk MENANG!

Imhaf LuzMampu jika Malaysia menjadi tuan rumah. Stadium perlu dinaik taraf supaya dapat me-nampung penyokong dari selu-ruh dunia. Afiera ZaiPemain kita bermain semata-mata untuk mendapatkan nama dan insentif. Mugkin tiada semangat seperti pemain luar negara. Pemain perlu be-razam bermain demi negara dan keluarga.

Mampukah MALAYSIA bertanding dalam PUSINGAN AKHIR bolasepak PIALA DUNIA satu hari nanti?!jana

Minda anda

Oleh Gan Yong Li, Siti Nurmah Wasilan , Wan Azuraina Abdullah dan Ika Destiana

sebarang pendapat dan pandangan anda kepada

www.facebook/Transisi.com atau email

[email protected]

Page 12: Transisi 5

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 201012 RAJA-RAJA MELAYU

Peranan Majlis Raja-Raja Dalam Sistem Perlembagaan di Malaysia

PENGENALANMajlis Raja-Raja ditubuhkan se-cara formalnya hasil daripada pe-rancangan British 1948 sebagai menggantikan Mesyuarat Raja-Raja Negeri-Negeri Bersekutu yang dike-nali sebagai Majlis Raja-Raja Me-layu (Durbar). Ianya pertama kali diadakan di Kuala Kangsar pada 1897. Majlis ini dianggotai oleh em-pat orang Raja dari Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pa-hang. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Durbar timbul daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar) yang membawa maksud istana raja. Durbar juga bermaksud perjumpaan atau persi-dangan umum yang diadakan oleh Raja-Raja ataupun gabenor atau wizurai British di India pada masa dahulu. Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama diadakan ialah pada 31 Ogos dan 1 September 1948. Mesyuarat ini buat pertama kali di-hadiri oleh semua sembilan orang Raja-Raja Melayu.

FUNGSIMajlis Raja-Raja bukan sahaja agung tetapi juga unik kerana Majlis ini merupakan satu-satunya institusi yang sedemikian rupa wujud di du-nia pada masa kini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, penubuhan Majlis Raja-Raja telah dikanunkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan. Fungsi dan tugas-tu-gasnya mengikut Jadual Kelima Per-lembagaan adalah seperti berikut:

(a) Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntu-kan-peruntukan Jadual Ketiga; (b) Mempersetujui atau tidak mem-persetujui supaya apa-apa perbua-tan, amalan atau upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan; (c) Mempersetujui atau tidak mem-persetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang, menurut Perlembagaan ini, memer-lukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Ma-jlis Raja-Raja;

(d) Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182;

(e) Memberi ampun, reprief dan res-pit, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-huku-man, di bawah Fasal (12) Perkara 42, dan boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara (misalnya perubahan-perubahan tentang dasar imigresen) dan apa-apa jua perkara lain yang difikirkannya patut.

Apabila Majlis Raja-Raja menim-bangkan perkara-perkara mengenai dasar negara Yang di-Pertuan Agong hendaklah disertai oleh Perdana Menteri, dan Raja-Raja yang lain dan Yang Dipertua Yang Dipertua Negeri disertai oleh Menteri-Menteri Besar atau Ketua-Ketua Menteri mereka.

Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung menge-nai keistimewaan, kedudukan, ke-muliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan dengan tiada per-setujuan Majlis Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar menge-nai tindakan pentadbiran di bawah perkara 153 (mengenai kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, bu-miputera serta juga hak kaum-kaum lain).

BUDI BICARA MAJLIS RAJA-RAJAAhli-ahli Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa urusan ber-hubung dengan tugas-tugas yang berikut, iaitu:

(a) Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan-nya; atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan;

(b) Memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang ditetapkan oleh Perlembagaan;

(c) Mempersetujui atau tidak mem-persetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sem-padan sesuatu negeri atau yang me-nyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja;

(d) Mempersetujui atau tidak mem-persetujui supaya apa-apa perbua-tan, amalan atau upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan;

(e) Perlantikan anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; atau (f) pemberian ampun, reprief dan respit, atau per-emitan, penggantungan atau perin-ganan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42.

KEAHLIANSemua Raja-Raja dan Yang di-Per-tua-Yang di-Pertua Negeri secara automatik menjadi Ahli Majlis Raja-Raja. Kehadiran adalah mustahak. Jika atas sebab-sebab yang tidak da-pat dielakkan, seorang ahli tidak da-pat berangkat hadir, maka seorang wakil hendaklah dilantik mengikut peruntukan Undang-Undang Negeri/Tubuh bagi sesuatu negeri itu.

Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Ne-geri tidak boleh menjadi Ahli Majlis Raja-Raja bagi maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, melucutkan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan mengenai keis-timewaan Raja-Raja. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bu-kanlah Ahli Majlis Raja-Raja. Baginda berangkat menghadiri mesyuarat pada hari yang kedua sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh Perdana Menteri sebagai penasihat baginda.

PENGERUSI MESYUARATPengerusi bagi Mesyuarat Majlis Raja-Raja adalah dipegang oleh kesemua sembilan Raja Melayu se-cara bergilir-gilir.

KEKERAPAN MESYUARATMesyuarat lazimnya diadakan tiga kali setahun tetapi Penyimpan Mo-hor Besar Raja-Raja hendaklah memanggil Mesyuarat Majlis Raja-Raja apabila dikehendaki berbuat demikian oleh Yang di-Pertuan Agong atau oleh tidak kurang daripada tiga orang anggota Majlis ataupun tidak lewat daripada empat minggu se-belum habis tempoh jawatan Yang di-Pertuan Agong dan juga apabila

berlaku kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertuan Agong atau jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

TEMPAT MESYUARATBilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara ataupun di tempat-tempat lain setelah dipersetujui oleh Majlis. Mesyuarat Majlis Raja-Raja pernah diadakan di luar Istana Ne-gara misalnya:

Negeri-negeri yang pernah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Maj-lis Raja-Raja adalah seperti berikut:

(1) MESYUARAT KE 112, 27-28 September 1978 - Pulau Pinang (Hotel Rasa Sayang)(2) MESYUARAT KE 116, 3-4 Oktober 1979 - Sarawak (Dewan Undangan Negeri)(3) MESYUARAT KE 122, 14-15 Oktober 1981 - Selangor (Istana Alam Shah)(4) MESYUARAT KE 128, 12-13 Oktober 1983 - Sabah (Hotel Pantai Tanjung Aru)(5) MESYUARAT KE 138, 2-3 Julai 1986 - Perak (Istana Iskandariah)(6) MESYUARAT KE 153, 13-14 Februari 1991 - Kedah (Pelangi Beach Resort)(7) MESYUARAT KE 173, 10-11 Julai 1996 - Melaka (A’ Famosa Resort)

PENASIHATSemua Menteri-Menteri Besar/Ketua-Ketua Menteri hadir sama selaku penasihat kepada Tuanku dan Yang di-Pertua Negeri.

SETIAUSAHA MESYUARATPegawai yang menjadi Setiausaha kepada Majlis Raja-Raja yang juga dikenali sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Beliau dilantik oleh Majlis Raja-Raja mengikut Seksyen 4 dalam Jadual Ketiga Perlemba-gaan Persekutuan.

URUSETIAPejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia.

Page 13: Transisi 5

Cerita indahRizal

BERBEKAL wajah tampan, petah berbicara dan mempunyai penampilan tersendiri, mam-pu menjadikan Rizal Zulkapli sebagai ‘anak

emas’ Astro Awani untuk meletakkan program be-rita dan bual bicara rancangan berbayar itu antara paling disegani di rantau ini.

Oleh Rudysham Abd RaofFoto Noratikah Ab Rahim

>> Muka 15

Dunia Pyanhabib

25-29

Hidup terbalik dek Piala Dunia

31

www.transisi.com.myxpresi30 Julai-12 Ogos 2010/19 Syaaban-3 Ramadan 1431H

Page 14: Transisi 5

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 2010xpresi14

Muzik bagai matematik

KETIKA mendengar lagu-lagu dinyanyikannya, anda mungkin terfikir siapa anak

muda ‘gila-gila’ itu? Dia ialah Iqbal M atau Muhammad Iqbal Othman, 22, bakat baru yang dijangka menyinar dalam dunia muzik indie Malaysia.

Kreativiti dan minat tinggi dalam muzik membolehkan-nya mengeluarkan EP pertama berjudul ‘Tembak Tepat’ dengan memuatkan 5 lagu seperti Tem-bak Tepat(Kenaikan), Patah Ba-lik, Mati Eksperimental, Tembak Tepat(Kejatuhan) dan Harap-Harap Okay!

EP itu, yang siap dirakamkan di sebuah studio berlokasi di Wangsa Walk pada beberapa bu-lan lalu, mengambil masa enam bulan disiapkan dengan dibantu rakannya, Acap Pepatung atau Nor Asyraf Azizi.

“Rakaman pertama bermula November 2009 dan siap pada April lalu. Ini kerana saya ingin menunjukkan kreativiti Acap (Pe-patung) sebagai jurutera bunyi, juga graduan muzik Universiti Teknolokgi Mara (UiTM) seperti saya.

“Saya ingin tonjolkan kepada umum mengenai apa yang kami

boleh lakukan. Selain Acap, saya juga menggunakan khidmat kawan-kawan lain dalam setiap persembahan saya,” katanya.

Iqbal memilih genre post rock dengan gaya seni kata unik tanpa rima sama. Kelainan dibawakan-nya itu bertujuan mengubah halwa dengar masyarakat me-ngenai muzik tempatan.

Menerusi muziknya itu, Iqbal cuba menarik perhatian penden-gar dengan mencipta dua cerita dalam satu judul lagu yang sama.

Baginya, sebagai artis dia per-lu membuatkan pendengar berfi-kir dan bukan hanya mendengar serta menghayati lirik saja.

“Saya mahu muzik jadi seperti matematik. Bukan dua tambah dua, empat. Saya ingin ia jadi satu atau apa saja yang mampu buat pendengar berfikir kenapa ia begitu.

“Bagi buat pendengar fikir ke-unikan lagu saya, Tembak Tepat dihasilkan dalam dua cerita, satu positif (Tembak Tepat -Kenaikan) dan negatif (Tembak Tepat-Ke-jatuhan).

“Kenaikan ialah cerita me-ngenai kesungguhan menda-patkan apa dihajati tanpa men-gira apa kata orang. Kejatuhan

pula, apa-bila kita sudah usaha seba-nyak mungkin, tapi sampai ta-hap tertentu kita tidak berjaya dan kita fikir itu saja rezeki yang ada,” katanya.

M e n u r u t n y a , tanpa bantuan rakan-rakan, dia tak mampu berge-rak sendiri kerana mereka bagaikan enjin dalam jentera pergerakannya. Jus-teru, kepercayaan itu membuatkannya tetap terus bersama mereka dalam setiap persembahan muzik dan proses penghasilan album sulung.

“Saya penyanyi solo, tetapi ketika membuat persembahan, saya perlukan Acap, Raja Brom-jat (Raja Ezzat Ezmir Raja Zaen), Aiman Mineral (Aiman Shabil Ashraf), Hadri Aro-Aroyo (Hadri Abdul Hamid), Aby Kuning Cair (Abi Bakri Abdul Kayim), Diman Putupale (Shafiq Aiman Jamil) untuk beraksi bersama saya,” katanya.

Iqbal mula menulis dan mem-buat persembahan ketika di sekolah menengah sebelum bergerak secara solo dan serius semasa semester akhir Diploma Seni Muzik.

“Saya suka subjek Sastera semasa sekolah menengah. Sa- ya baca karya Faisal Tehrani dan Antologi Sastera Sehijau Warna Daun banyak kali. Ketika tingka-tan 4 dalam kelas sastera, saya sudah mencuba menulis.

“Muzik saya banyak dipe-ngaruhi Bjork, Radiohead, Sigur Ros dan Butterfingers,” katanya.

Anak muda berasal dari Ka-jang itu kini menyambung pe-ngajiannya dalam jurusan Ijazah Seni Muzik di universiti sama.

Iqbal menyatakan peng-libatannya dalam aktiviti-aktiviti muzik tidak penah menjejas-kan pembelajarannya di univer-siti ataupun memberikan kesan negatif kepadanya.

“Saya buat semua ini 24 jam sehari dan 365 setahun. Inilah yang saya pelajari dan lakukan.

“Jika dulu saya belajar diplo-ma, kini saya sambung peringkat ijazah pula,” katanya lagi.

Oleh Wan Azuraina Meor Abdullah

Iqbal (dua dari kanan) bersama rakan.

- Iqbal M

YSB anjur Kelantan Festival

MENYEDARI betapa pentingnya seni krafta-ngan dari Pantai Timur

untuk diketengahkan sehingga ke peringkat antarabangsa,

Yayasan Seni Berdaftar (YSB) bakal menganjurkan Kelantan Festival bermula 6 hingga 8 Ogos ini.

Pentadbir YSB, Intan Baha-

ruddin berkata, penganjuran Kelantan Festival oleh YSB bertujuan membantu peniaga kecil Kelantan yang terbabit dalam seni kraftangan agar da-

Foto Noratikah Ab Rahim

pat mempamerkan hasil usaha mereka di peringkat lebih tinggi.

“Kami memanggil kira-kira 200 tetamu asing untuk meni-lai sendiri kesenian halus pen-gusaha dalam seni kraftangan Pantai Timur Malaysia, teruta-ma dari Kelantan yang kita tahu seni kraftangan mereka begitu halus dan bermutu tinggi.

“Antara kenamaan yang hadir pada hari pembukaan Ke-lantan Festival adalah Pesuruhjaya Tinggi dan Duta dari pelbagai negara serta tokoh yang meminati seni kraftangan dunia. Saya pasti ia mampu membuatkan se-mua pihak teruja dengan pen-ganjuran ini.

“Sebelum ini, kami pernah mengadakan Terengganu Festi-val dan Pahang Festival. Sam-butan yang kami terima amat menggalakkan Kelantan Festi-val akan melengkapkan pengan-juran seni dari Pantai Timur,” ka-

tanya ketika ditemui baru-baru ini.

Intan berkata, antara acara bakal diadakan sempena pem-bukaan Kelantan Festival itu ialah seni bela diri iaitu tomoi dan sila.

“Kita juga memanggil pem-buat tenunan songket untuk tatapan pengunjung. Malah, kami pergi sendiri mendapat kan pemain mak yong, wayang kulit, dikir barat dan rebana untuk memeriahkan lagi maj-lis.

“Kami juga menjemput pe-main gasing dari Kelantan un-tuk mempamerkan kehebatan mereka di depan tetamu asing.

“Acara ini akan dibuka ke-pada orang ramai selama dua hari bermula 7 Ogos. Saya berharap peminat seni krafta-ngan negara ini mengunjungi gerai yang bakal kami sediakan di hadapan pejabat YSB di Ja-lan Ritchie,” kata-nya.

Bangga...Intan dan poster festival serta acara anjuran YSB.

Page 15: Transisi 5

Transisi30 JULAI - 12 OGOS 2010 xpresi

15

Buku teman terbaik sayaBiarpun baru setahun ja-

gung sebagai penyampai berita, namun kelibat Rizal dalam se-tiap program yang dihoskannya mampu menarik minat golongan elit untuk menontonnya kerana persembahan anak muda ke-lahiran Melaka ini lain daripada yang lain.

Beliau bukan saja diberi pe-luang menemuramah tokoh pen-ting negara. Malah, sejak tiga tahun penampilannya di Astro Awani, Rizal berjaya menemu bual secara eksklusif tokoh per-niagaan terkemuka dunia seperti Mark Dunhill (pemilik Empayar

>> Dari muka 13

Dunhill).Lebih menggembirakan bekas

graduan jurusan Hiasan Dala-man itu ialah mewawancara se-cara eksklusif pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ma-jalah Forbes, Steve Forbes dan Pemenang Hadiah Nobel dalam Fizik, George Fitzgerald tahun lalu.

“Semua pengalaman yang saya peroleh ini tidak akan saya lupakan. Ia terlalu penting kerana bukan mudah dapat ber-bicara dan menemu bual tokoh terpenting dunia. Ia cerita indah dalam profil saya.

“Ramai lagi tokoh terkenal dunia sudah saya dekati tetapi tiga nama ini (Dunhill, Forbes dan Fitzgerald) adalah yang ter-hebat dalam diri saya. Mereka ada karisma tersendiri dan tidak hairan mengapa dunia sentiasa memerhatikan mereka.

“Dalam negara, saya teruja dapat menemu bual Tan Sri Zetty Akhtar (Gabenor Bank Negara). Beliau amat penyabar dan tidak cepat melatah walaupun negara menghadapi krisis ekonomi. Se-

Rizal (dua dari kiri) bersama rakan-rakan.

Rizal ZulkapliUmur 26 TahunAsal MelakaStatus BujangPendidikan Diploma Hiasan DalamanPencapaian terbaik Temu bual eksklusif:• Pemilik empayar Dunhill, Mark Dunhill • CEO dan Pemilik Majalah Forbes, Steve Forbes • Pemenang Hadiah Nobel, George Fitzgerald • Duta Amerika Syarikat di Malaysia, James Keith • Pengasas Flickr, Stewart Butterfield

tiap polisi dilakukannya begitu teliti dan saya amat kagum de-ngan kebijaksanaannya,” kata Rizal ketika ditemui ditemui di rumahnya di Ampang, Selangor.

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, kejayaan se-seorang dalam mengendalikan sesebuah rancangan bual bicara atau wawancara bukan terletak di segi rupa paras, tetapi kekua-tan minda dan keyakinan diri amat penting.

“Ramai orang di luar sana mempunyai wajah lawa dan tam-pan. Tetapi bolehkah mereka menjadi penyampai atau pem-baca berita secara langsung? Saya tidak nampak memiliki rupa paras adalah aset penting untuk kita menguruskan diri sendiri.

“Bagi saya kekuatan minda dan keyakinan diri adalah aset terbaik untuk memastikan kita disenangi ataupun ketika beruru-san dengan tokoh tersohor. Rupa paras tidak cukup untuk kita ber-depan mereka. Apa yang penting cara kita menguruskan mereka.

“Jadi, kita perlu buat home-work terlebih dahulu sebelum mewawancara mereka. Jus-teru, buku adalah teman terbaik saya apabila ada assignment (tugasan) bertemu tokoh yang punya nama besar di planet ini,” katanya.

Bagaimanapun, Rizal tidak pernah melupakan jasa pe-nyampai senior seperti Suhaimi Sulaiman, yang kini Penerbit Ek-sekutif Astro Awani, kerana atas

bimbingan bekas penyampai berita TV3 itulah beliau banyak diberi peluang.

“Saya masih baru dalam bi-dang ini dan saya berterima kasih kepada beliau (Suhaimi) yang banyak membantu saya. Di samping menerima tunjuk ajar penyampai senior, saya juga perlu berdikari mencari bahan eksklusif.

“Untuk mencari kelainan saya perlu menambahkan lagi ilmu pengetahuan. Saya perlu banyak melakukan kajian mengenai se-suatu isu yang akan dibincang-kan dalam program. Ketika itu semua akhbar harian dan inter-net adalah teman saya.

“Tetapi, bahan bacaan paling penting adalah buku. Setiap kali

diberi peluang membuat liputan di luar negara, saya akan mem-beli buku sebagai rujukan. Dari bukulah saya peroleh banyak maklumat penting,” katanya.

Walaupun selesa dan semakin popular, Rizal sama seperti war-tawan lain yang terpaksa ‘turun padang’. Jejaka tinggi lampai itu juga sering ditugaskan berada di sesuatu lokasi untuk melaporkan berita.

“Dengan cara itu, saya bukan setakat membaca berita saja, tetapi juga akan lebih faham me-ngenai apa yang saya bacakan di kaca tv. Secara peribadi, mencari berita atau membuat laporan di lokasi lebih mencabar bagi war-tawan baru seperti saya,” jelas-nya lagi.

Page 16: Transisi 5

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 2010xpresi16

PYANHABIB atau lebih mesra di panggil Pyan adalah aktivis sastera yang

popular dengan puisi `Suara’ dan `Bapaku Seorang YB’. Pemilihan kata-kata dalam puisi `Bapaku Seorang YB’ sangat bersahaja dan memikat pendengar selain mempunyai makna tersirat.

Bakat penyairnya mula tum-buh sekitar 70-an dengan men-cetuskan satu fenomena sastera dalam negara.

Beliau pernah berkhidmat se-lama 23 tahun di Utusan Melayu, iaitu sebagai Sidang Pengarang Mastika dan penyunting akh-bar Utusan/Mingguan Malaysia sebelum meninggalkan syari-kat akhbar itu pada 2005 untuk `menikmati hidup’, katanya.

Pyan kini melakukan kerja suntingan buku dan novel sambi-

lan `sepenuh masa’. Justeru se-tiap minggu atau bulan ada saja penerbit menghubunginya untuk kerja-kerja suntingan.

Banyak masanya dihabiskan dengan mengunjungi galeri lu-kisan, menonton teater, majlis puisi dan aktiviti yang melibatkan penggiat sastera indie.

“Saya lebih selesa mengha-diri pameran lukisan dan aktiviti sastera indie,” katanya yang su-dah menyunting berpuluh-puluh novel dan buku.

Beliau sekarang sedang menyiapkan suntingan dua novel selain sibuk ke lokasi penggam-baran untuk filem ̀ Apokalips’ ara-han Mamat Khalid.

Pembabitannya dalam setiap aktiviti sastera turut membuka ruang untuk beliau melengkap-kan hidupnya bersama Zurina

Zakariya, 44.Beliau masih tersenyum apa-

bila bercerita mengenai per-kenalannya bersama insan ter-sayang yang dikenali cuma tiga hari sebelum memutuskan mela-mar Zurina sebagai isteri.

“Saya kenal dia (isteri) tiga hari saja. Saya berkenan sangat, terus ajak kahwin!” katanya sam-bil tersenyum memandang isteri.

“Baba suka masakan mama!” kata Najihah, anak sulung pasa-ngan itu.

Najihah berkata, bapanya itu sanggup berlapar di luar hanya untuk pulang makan masakan ibunya di rumah.

Zurina adalah pengamal pro-fesional Terapi Getaran Warna (Colour Vibration Therapy) sejak hampir 10 tahun lalu.

Dia sering dijemput memberi

kaunseling dalam seminar an-juran pelbagai pihak dan pernah diundang oleh stesen televisyen.

“Klinik rawatan dan ibu pejabat Colour Vibration Therapy terletak tidak jauh dari Stadium Shah Alam,’’ kata Zurina.

Menurutnya, dia diberi galakan oleh Pyan untuk menulis skrip untuk cerita ilustrasi kanak-kanak dalam majalah Bambino pada 90-an.

Walaupun masakan dan teh bancuhan isteri menjadi kege-maran, tetapi teh tarik mamak adalah teman baik Pyanhabib sewaktu menyiapkan kerja sun-tingan novel, di mana penerbit biasanya memberikan tarikh akhir (dateline) cuma seminggu, tidak kira berapa tebal halaman manuskrip itu.

“Saya habiskan kerja penyun-

tingan dalam masa seminggu. Masa itu saya buat kerja sambil lepak di kedai mamak. Sambil buat kerja sambil teh tarik. Pulun kerja seminggu, tetapi saya rehat tiga minggu dalam sebulan,” ka-tanya, ketawa.

Selain Najihah, Pyan juga mempunyai seorang lagi anak, Ashman, 14, hasil hidupnya de-ngan Zurina.

Najihah, yang bakal meng-hadapi SPM tahun ini, lebih meminati dunia kaunseling yang menurutnya lebih banyak mem-bantu orang lain dalam penguru-san masalah.

“Saya belajar dalam bidang perakaunan, tetapi saya lebih berminat dengan kaunseling. Se-ronok bercakap kepada mereka yang bermasalah,” katanya.

Berbeza dengan Najihah

“Brader, kita mesti terus hidup!” kata Osman Tikus kepada Bujang sebelum melelapkan matanya.

Masih ingat dialog ini? Ia dituturkan Osman Tikus, si penyeluk saku dan pencuri sepenuh masa lako-nan pemuisi terkenal tanah air, Pyanhabib dalam filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani dan skrip tulisan M Nasir lebih dua dekad lalu.

Dunia PyanhabibOleh Wan Azuraina Meor Abdullah

Page 17: Transisi 5

Lambakan graduan?Kampus

www.transisi.com.my

30 Julai-12 Ogos 2010/19 Syaaban-3 Ramadan 1431H

PENGANGGURAN terus menjadi dilema lepasan siswazah sehingga hari ini dan beban itu bukan sahaja dipikul ge-nerasi berkenaan malah tempiasnya turut dirasai keluar-

ga yang mengharapkan kegemilangan mereka untuk mencorak masa depan.

Kajian Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada akhir 2008 menunjukkan seramai 59,250 siswazah di Malaysia masih menganggur atau mengikut pecahannya adalah 57,072 Bumi-putera (96.4 peratus), Cina 1,027 (1.7 peratus), India 1,007 (1.7 peratus) dan lain-lain 144 atau 0.2 peratus.

Tiga faktor utama menyebabkan masalah pengangguran di kalangan graduan ini berlaku kerana tiada pengalaman bekerja, kelemahan berbahasa Inggeris dan bidang pengajian tidak se-suai dengan pekerjaan yang ditawarkan.

>> Muka 19

Oleh Rudysham Abd Raof

KAJIAN ILMIAHMadu Tualang FAMA

22-23

Tujuh staf dapatAnugerah Fellowship

MMU dapat rakan strategik

Pelan pembangunan 10 tahun UUM

Subjek baru mandarin di UPNM

18 24

25 26

Gambar hiasan... Ke manakah mereka selepas ini?

Page 18: Transisi 5

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 2010KAMPUS18

STATUS sebagai univer-siti penyelidikan bagi lima Institut Pengajian Tinggi

Awam (IPTA)-Universiti Teknolo-gi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Ke-bangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) - dikekalkan untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan untuk pengekalan itu dibuat berdasar-kan hasil audit ke atas lima IPTA berkenaan bagi tempoh 2007 hingga 2009.

“Umum mengetahui lima universiti penyelidikan itu telah menunjukkan prestasi dengan kesan yang begitu besar ke atas pencapaian dalam bidang penyelidikan negara dan peng-hasilan modal insan.

“Kita dapati pencapaian IPTA berkenaan berupaya merentasi empat aspek sebagai ‘kayu ukur’

iaitu modal insan, penerbitan, paten dan hak harta intelek (IPR) serta penjanaan pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-pada media selepas merasmikan majlis perhimpunan bulanan ke-menteriannya sekali gus melan-carkan Buku Kajian Kes Berse-padu Program Perakaunan dan Kajian Hala Tuju Bidang Penga-jian di Putrajaya, baru-baru ini.

Menurutnya, dalam aspek modal insan, bilangan pelajar pascasiswazah bagi IPTA ber-kenaan menunjukkan peningka-tan sebanyak 34 peratus iaitu daripada 29,794 pada 2007 ke-pada 39,819 pada tahun lalu.

Beliau berkata, dalam aspek penerbitan, bilangan penerbitan dalam jurnal indeks sitasi, ia menampakan peningkatan dari 2,303 pada 2007 kepada 4,346 pada 2009 iaitu peningkatan se-banyak 89 peratus atau 2,043.

“Peningkatan sembilan pera-tus dalam aspek IPR turut ber-

laku iaitu 217 pada 2007 kepada 237 pada tahun lalu selain pen-janaan pendapatan meningkat daripada RM436 juta kepada RM746.7 juta bagi tempoh sama,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata, gaji 1,894 pensyarah perubatan bagi 11 fakulti perubatan di IPTA ne-gara ini telah diselaraskan sejak Julai lalu.

Katanya, mereka turut diberi insentif bermula 1 Jun lalu mengikut gred masing-masing dan berdasarkan kelulusan atau tanpa kelulusan kepakaran klinikal.

“Ini berbeza dengan doktor yang bertugas di hospital, kerana pensyarah perubatan terpaksa melakukan kajian dan aktiviti pengajaran. Jadi, bebanan mere-ka terlalu tinggi dan mereka se-wajarnya diberi perhatian sebaik mungkin sejajar dengan bebanan berkenaan.

“Kita akui tidak ramai terta-

PENGIKTIRAFAN lima Insti-tut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebagai universiti

penyelidikan menjadi pendorong kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk berusaha menca-pai hasrat itu dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berka-ta, untuk setanding dengan IPTA berkenaan, UUM perlu menye-diakan Pelan Pembangunan 10 Tahun (2010-2020) agar sentiasa relevan dengan perkembangan semasa.

“Rakan kita daripada Univer-siti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Univer-siti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) kini dalam kelompok eks-klusif dan kita perlu lebih berdaya saing bergerak ke arah universiti penyelidikan,” katanya.

Beliau mengulas demikian pada majlis Perjumpaan Naib Canselor Bersama Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Pro-

fesional di Kompleks Konven-syen UUM, Sintok baru-baru ini.

Katanya, terdapat beberapa kriteria perlu dipenuhi untuk men-jadi universiti pendidikan, iaitu 75 peratus pensyarah perlu memiliki kelayakan doktor falsafah (PhD) dan 15 peratus staf akademik pula adalah dari luar negara selain penjanaan dana penyeli-dikan dan jumlah penyelidikan.

Menurutnya, kerjasama de-ngan industri, jumlah penerbitan dan citation index, nisbah 60-40 untuk pelajar sarjana muda dan pascasiswazah serta pengantara-bangsaan adalah antara kriteria penting untuk muncul sebagai universiti penyelidikan.

“Aspek penyelidikan dan pro-gram pascasiswazah yang dapat menjana penyelidikan dan dana harus diperkukuhkan dengan mewujudkan dua buah lagi Gra-duate School di Kolej Sastera dan Sains UUM dan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM di samping merancang mewujudkan Kerusi Profesor di Graduate School itu,”

katanya.Selain itu, Mohamed Mustafa

juga berhasrat menaik taraf Insti-tut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Institut Pemba-ngunan Keusahawanan dan Ko-perasi sebagai Graduate School yang akan mempunyai penyeli-dikan khusus dalam bidang ter-tentu.

Beliau berkata, ini penting bagi membolehkan UUM mem-punyai Pusat Kecemerlangan (COE) di peringkat nasional kera-na Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mensyaratkan pusat-pusat kecemerlangan perlu mempunyai pelajar pascasiswazah penyeli-dikan.

Katanya, andainya UUM ber-jaya mendapat pengiktirafan berkenaan, universiti pasti diberi autonomi, mendapat banyak pe-runtukan daripada kerajaan, geran penyelidikan, tadbir urus, kenaikan pangkat, sumber manu-sia dan kewangan.

“Besarlah harapan saya agar selepas ini UUM akan muncul sebagai universiti penyelidikan

Lima IPTA kekal status penyelidikan

UUM sedia Pelan Pembangunan 10 Tahunkeenam. Sebagai orang nombor satu UUM, saya pasti sedih sekiranya pengiktirafan itu diberikan kepada uni-versiti lain dan bukan-nya UUM,’’ katanya.

Beliau berkata, sekalipun UUM bukan sebuah universiti bersifat komprehensif, ia tidak menghalang mereka memper-lengkapkan diri ke arah universiti penyeli-dikan dengan menyediakan Pelan Strategik UUM.

“Untuk menjalankan tugas sebagai Naib Canselor, saya ti-dak mampu bekerja berseorangan dan memerlukan sokongan se-mua warga UUM untuk bekerja di atas landasan, hala tuju dan matlamat yang sama, sekali gus bergerak secara terancang dan strategik,” katanya.

Beliau menyifatkan pega-wai universiti sebagai elemen penting yang berperanan besar

dalam membangunkan UUM sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka.

“Dengan disiplin, keyakinan, komitmen padu, kerja berpasu-kan dan semangat collegiality daripada semua pihak, kita pasti boleh melakukannya,” tegasnya

rik untuk berkhidmat sebagai pensyarah perubatan sekiranya kita tidak melakukan perubahan dengan membuat penyelarasan pada skim perkhidmatan mere-ka,” katanya.

MOHAMED KHALED

“Kita dapati pencapaian IPTA berkenaan berupaya merentasi empat aspek sebagai ‘kayu ukur’ iaitu modal insan, penerbitan, paten dan hak harta intelek (IPR) serta penjanaan pendapatan.”

Oleh Siti Nurmah Wasilan

DR MOHAMED MUSTAFA

Page 19: Transisi 5

Transisi30 JULAI - 12 OGOS 2010 KAMPUS 19

Fama bangkit semangat siswaOleh Razali Yahaya dan Rudysham Abd Raof

KERAJAAN tidak buntu mencari formula menanga-ni masalah pengangguran

di kalangan siswazah. Ini kerana, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) kini lebih komited untuk melahirkan lebih ramai usahawan siswazah tani di seluruh negara.

Dengan sasaran lebih 3,000 siswazah tani bakal dilahirkan menjelang akhir tahun ini, Fama bersedia menambah bilangan itu sekiranya lepasan graduan di negara ini mempunyai komitmen yang sama dengan lembaga berkenaan dalam merealisasikan hasrat kerajaan membasmi pe-ngangguran di kalangan mereka sepanjang tahun.

Pengerusi Fama, Datuk Badruddin Amiruldin berkata, sehingga kini agensi berkenaan mempunyai 2,000 usahawan siswazah tani yang dipantau di bawah Program Pembangunan Usahawan Siswazah (PPUS) bagi melahirkan usahawan tani yang berdaya maju.

Beliau berkata, program itu selaras dengan hasrat kera-jaan untuk mewujudkan negara ekonomi berpendapatan tinggi selain menggalakkan penyertaan usahawan tani daripada kala-ngan siswazah atau lulusan lati-han pertanian.

“Kami yakin dapat mencapai penambahan 1,000 lagi usaha-wan siswazah tani kerana saya percaya bidang pemasaran per-

tanian adalah satu perniagaan yang menguntungkan dan Fama turut menyediakan latihan serta bimbingan kepada peserta,” ka-tanya kepada Transisi ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Menurut Badruddin, sejak ditubuhkan, Fama sudah mela-hirkan lebih 60,000 pengusaha asas tani yang terdiri daripada usahawan pasar tani, usahawan pemasar dan terbaru adalah kon-sep siswazah tani.

“Objektif utama program itu untuk mewujudkan kesedaran terhadap peluang pekerjaan yang boleh disediakan dalam pemasa-ran pertanian kepada siswazah selain mendidik dan merangsang minat mereka menjadi usahawan tani yang berjaya.

“Kita mahu melihat siswazah tidak terikat dengan makan gaji semata-mata di sektor kerajaan atau swasta. Mereka perlu ber-alih minda menjadikan bidang perniagaan sebagai sektor utama untuk meningkatkan pendapatan mereka.

“Dalam Islam pun menyebut bahawa sembilan daripada 10 rezeki adalah daripada berniaga. Jadi, saya mahu lebih ramai sis-wazah mengambil peluang yang diberikan ini supaya pendapatan mereka lebih berdaya maju.

“Saya mendapat banyak reak-si mengenai program siswazah tani ini. Ada yang menyokong dan sebaliknya, tetapi kini kita

lihat betapa ramai siswazah yang dilahirkan menerusi program ini berjaya dalam bidang yang dice-buri,” katanya.

Menerusi program ini, Fama mengenal pasti tujuh projek bagi melaksanakan program itu ter-masuk usahawan pasar tani, gerai buah-buahan segar, pem-bekal komoditi segar, pengedar barangan makanan proses, pem-bekal puyuh dan ikan air tawar, pembekal laporan pasaran dan terjemahan serta promoter jua-lan.

Selain itu, bimbingan diberi Fama meliputi dua peringkat, Kursus Asas Keusahawanan dan Kursus Lanjutan manakala syarat permohonan terbuka ke-pada mereka yang mempunyai ijazah, diploma atau sijil kema-hiran, tiada had usia dan sang-gup menyertai program sepenuh masa.

Bagi program pembangunan, aktiviti membabitkan peserta pasar tani, vendor buah-buahan segar, pembekal hasil ladang segar, pengedar barangan makanan yang telah diproses, pembekal hasil ternakan, penye-dia khidmat menulis laporan, menterjemah dan menyunting dan sebagai promoter jualan bagi produk yang berasaskan kepada pertanian.

“Kami menjalankan kursus serta program untuk sesiapa sa-haja yang mahu menceburi niaga tani. Fama mengambil usaha

BADRUDDIN...Peluang terbaik.

komprehensif yang disasarkan khusus kepada siswazah me-nganggur”, tambah Badruddin.

Setakat ini, perniagaan pasar tani kendalian Fama men-catatkan pulangan berjumlah RM285.75 juta bagi 12,637 pe-serta dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Mengenai perolehan bulanan setiap usahawan itu, 3,791 men-catatkan pendapatan bulanan antara RM1,500 dan RM3,000 sementara 7,582 lagi termasuk usahawan siswazah berpen-dapatan antara RM3,000 dan RM5,000 sebulan.

Bagi mereka yang lebih ino-vatif, menjalankan perniagaan di pasar tani boleh membawa pulangan lumayan seperti yang dibuktikan oleh 1,264 peserta yang berpendapatan lebih dari-pada RM5,000 sebulan.

“Pertanian merupakan per-niagaan, jadi tiada had sejauh mana seseorang itu boleh maju. Kami berharap dengan sikap yang membina serta komitmen baik selain bantuan dan pendeda-

han kepada pasaran, seba-hagian daripada usahawan tani siswazah ini akan menempuh kejayaan dan akhirnya muncul sebagai pengeksport produk berasaskan pertanian,” kata-nya.

Menurutnya, Fama sudah melakukan segala yang boleh bagi membantu siswazah yang menganggur dan selebihnya mereka perlu tampil dan merebut peluang ini.

Namun beliau tidak menafikan ramai siswazah masih mahu mengelakkan dari daripada ker-ja-kerja yang mengotorkan ta-ngan.

“Tetapi kita perlu perlu ingat bahawa segulung ijazah tidak lagi menjanjikan pekerjaan. Sis-wazah perlu menerima realiti bahawa peluang pekerjaan bagi mereka tidak lagi terjamin se-lepas menamatkan pengajian. Sekarang, mereka perlu keluar daripada kepompong berkenaan dan mewujudkan peluang peker-jaan mereka sendiri,” kata Badru-ddin lagi.

Sikap majikan sendiri yang lebih senang menggu-nakan khidmat pekerja warga asing atas alasan mere-ka tidak banyak kerenah mengenai gaji dan kebajikan pekerja turut menyumbang kepada situasi itu. Sebagai contoh, sektor perladangan terutama yang melibatkan pertanian berasaskan komoditi kini dibanjiri pekerja warga asing. Tanpa disedari tindakan itu merugikan mereka sendiri apabila terpaksa membayar kos yang tinggi kepada pekerja terbabit.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam mengakui masalah itu meletakkan situasi kerajaan agak genting apatah lagi kemahiran serta pengalaman graduan ketika berada di menara gading sememang-nya diperlukan untuk menentukan hala tuju negara masa depan.

“Statistik Kementerian Pengajian Tinggi menun-jukkan graduan wanita lebih ramai gagal mendapat

Skim PKS boleh bantu graduan menganggurpekerjaan iaitu sebanyak 21,760 berbanding siswazah lelaki seramai 10,240 orang. Antara sebab mereka gagal mendapat pekerjaan kerana bidang kelulusan mereka kurang mendapat permintaan pihak majikan,” katanya baru-baru ini.

Oleh itu, kata Subramaniam, kerajaan melancarkan satu skim latihan khas iaitu Program Kebolehpekerjaan Siswazah (PKS) bagi memastikan siswazah yang baru menamatkan pengajian, terutama graduan mengang-gur mendapat peluang bekerja.

“Melalui skim PKS ini, siswazah bukan sahaja ber-peluang meningkatkan peluang masing-masing bagi mendapatkan pekerjaan, tetapi juga menjadi lebih ino-vatif dan kreatif, sejajar dengan matlamat Model Baru Ekonomi (MBE).

“Kerajaan memperuntukan RM10.5 juta bagi men-jayakan skim ini. Ia akan dikendalikan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB),” katanya.

Matlamat utama PKS ialah untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan siswazah bagi menjadikan graduan lebih bersedia memasuki pasaran kerja yang menawarkan gaji lebih tinggi, di samping membantu siswazah yang kurang bernasib baik dalam menda-patkan pekerjaan kerana ketiadaan kemahiran.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menyatakan pengenalan MBE dilihat mam-pu menjadikan Malaysia lebih berdaya saing di pering-kat serantau dan global melalui faedah yang dibawa-nya kepada semua rakyat Malaysia apabila pendapa-tan per kapita mereka meningkat daripada AS$7,000 (RM22,316) sekarang kepada AS$15,000 (RM47,820) menjelang akhir dekad ini.

Justeru, siswazah yang berminat menyertai skim itu boleh memuat turun borang permohonan dengan mela-yari laman web www.hrdf.com.my atau menghantar permohonan masing-masing kepada PSMB.

>> Dari muka 17

Page 20: Transisi 5

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 2010KAMPUS20

Bicara Menara GadingOleh Rudysham Abd [email protected] KPT perlu terus bantu

pengurusan IPTAMUNGKIN tujuh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan 11 IPTS be-rasa megah kerana kejayaan meraih

pengiktirafan menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA) ken-dalian Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bulan lalu.

Bagaimanapun, harus diingat bahawa kehebatan mereka belum cukup untuk men-capai Tahap Terbilang atau Tier Enam kera-na masih tetap ditakuk Tier Lima (Tahap Ce-merlang) sahaja. Jadi, kegembiraan yang diraih itu tidak seharusnya membuatkan mereka ‘menongkat ke langit’ tanpa perlu tunduk melihat bumi.

Namun, tahniah tetap dihulurkan kepada IPTA dan IPTS terbabit dengan kejayaan itu kerana masing-masing mempunyai banyak kelebihan daripada Kementerian Penga-jian Tinggi (KPT) iaitu tajaan kerajaan bagi pengambilan pelajar dalam dan luar ne-gara, boleh memohon dan menerima geran penyelidikan serta menambah program pelajar pra dan pasca siswazah.

Berdasarkan data universiti dan kolej universiti pada 2009, sebanyak 18 univer-siti dan kolej universiti mencapai Tier Lima iaitu Tahap Cemerlang membabitkan tujuh IPTA dan 11 IPTS. 25 buah IPT awam dan swasta lain tergolong dalam Tier Empat iaituTahap Sangat Baik (11 IPTA dan 14 IPTS), manakala empat universiti dan kolej universiti swasta menduduki Tier Tiga iaitu Tahap Baik.

Bagi IPTA yang dapat Tier Lima ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Univer-siti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Ma-laysia (UTM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Manakala IPTS pula, Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Multimedia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Sains dan Pengurusan (MSU), Sunway University College, Curtin University of Technology Campur Sarawak, Monash University Sunway Campur, Tay-lor’s University College, International Medi-cal University, University of Nottingham Ma-

laysia Campus dan Swinburn University Technology Sarawak Campus.

Realitinya dalam membandingkan kelebihan sesebuah universiti, khala-yak ingin mengetahui IPT mana berada pada kedudukan teratas? Perbandin-gan ini mungkin tidak perlu bagi sesete-ngah pihak, namun ia sebenarnya boleh dijadikan ‘kayu ukur’ kepada penggiat akademik di sesebuah IPTA dan IPTS itu sendiri untuk melonjakkan nama universiti masing-masing.

Pada hakikatnya, siapa yang tidak ber-bangga mencari ilmu atau menabur bakti di sebuah IPT yang diiktiraf terbaik meskipun hanya di peringkat tempatan. Oleh itu, adalah wajar sekiranya SETARA turut mengambil garis panduan yang ditetap-kan oleh Times Higher Education Supple-ment (THES) dalam menentu prestij dan kualiti IPT tempatan.

Meskipun banyak perdebatan me-ngenai sejauh mana kesahihan penilaian THES yang dibuat oleh badan bebas yang berpangkalan di London itu, namun kita tidak boleh menolak kebenaran bahawa ia boleh memberi kesan dan pengaruh besar dalam persekitaran pengajian tinggi antarabangsa. Lebih-lebih lagi dari sudut pandangan umum masyarakat dunia ter-hadap prestij dan kualiti sesebuah uni-versiti. Justeru, penarafan SETARA juga perlu memberi impak tersendiri dalam melonjakkan IPT tempatan.

Bagaimanapun, jika dilihat dari mata kasar kejayaan IPTA dan IPTS terbabit meraih Tier Lima ia sudah memadai, na-mun jika boleh biarlah di Tahap Gemilang (Tier Enam) untuk memastikan kedudu-kan universiti negara boleh menarik minat pelajar terbaik seluruh dunia mengikuti pengajian di sini.

Status ini penting dalam menaikkan nama dan keyakinan pelajar luar negara menuntut di IPT sekali gus membuatkan

graduan tempatan boleh terus bermegah dengan kedudukan universiti mereka di mata dunia. Penarafan ini pastinya mem-beri kelebihan dari segi perniagaan dan pulangan pelaburan, khususnya di ka-langan IPTA. Kita juga mengharapkan IPT dalam Tier Lima terus memperbaiki prestasi dan mampu melangkah ke Tier Enam, setanding IPT terbaik dunia.

Bagi yang melakar kejayaan meraih Tier Lima pasti memadai buat mereka dan senyuman masih lebar untuk ditatap, tetapi kepada yang gagal - sudah pasti muka kelihatan seperti cuka – tetapi jan-ganlah terus bermuram kerana perjua-ngan ke arah kegemilangan belum nok-tahnya.

Malah, keyakinan tinggi perlu diberi kepada KPT yang dipercayai mampu membantu 11 IPTA yang gagal menda-pat penarafan tahun ini. Kementerian perlu mengenal pasti punca kegagalan itu dan membantu mereka memperbaikinya. Tidak dinafikan kekangan kewangan dan kelemahan pengurusan menjadi antara faktor yang boleh menjejaskan operasi sesebuah IPTA.

Justeru, KPT wajar melihat potensi perkembangan sesebuah IPT dengan menyediakan dana untuk membantu per-tumbuhannya atau menggalakkan peng-gabungan supaya menjadi institusi gemi-lang, berwibawa serta berprestij, sekali gus memberi manfaat kepada pelajar.

Walaupun tidak ada IPT disenaraikan dalam Tier Satu (tahap lemah) dan Tier Dua (tahap memuaskan), tetapi masih ada empat IPT dalam senarai Tier Tiga (tahap baik) – jika dilihat keupayaan ia agak ren-dah. Kementerian harus mengkaji laporan MQA bagi mengetahui punca IPT terbabit berada pada tahap rendah.

Tindakan proaktif penting supaya ke-menterian boleh membuat tindakan susu-lan untuk mengangkat penarafan IPT itu

sekurang-kurangnya ke Tier Empat (tahap sangat baik). Ada puluhan ribu pelajar di IPT berkedudukan Tier Tiga dan ini boleh memberi kesan buruk kepada mereka, ter-masuk menjejaskan minat majikan untuk mengambil lulusan IPT terbabit bekerja. Jadi semakin ramailah graduan mengang-gur di negara ini.

Tidak dapat dielakkan sikap prejudis majikan yang terus membuat perbandin-gan dan bersikap memilih berikutan ada ramai lagi lulusan IPT daripada Tier Em-pat, malah mereka berpeluang mendapat tenaga kerja daripada lulusan IPT Tier Lima berbanding lulusan IPT Tier Tiga.

Bagi mencapai matlamat kerajaan men-jadikan Malaysia sebagai hab pendidikan di Asia, kita tidak harus berpuas hati apa-bila ada 11 IPTA dan 14 IPTS dalam Tier Empat. Kedudukan ini jika tidak dipantau, tidak mustahil ia akan mengheret keluar beberapa IPT daripada senarai berkenaan dan jatuh ke Tier Tiga pada penarafan akan datang.

Jumlah 25 IPT dalam Tier Empat ketika ini agak besar dan sewajarnya kementeri-an memantau dan membantu pengurusan institusi berkenaan supaya status mereka dapat dinaikkan ke Tier Lima pada masa depan. Adalah wajar usaha bersungguh-sungguh dilakukan untuk menambah bi-langan IPT berstatus Tier Enam dan Lima kerana ia bukan saja menjadikan universiti kita pilihan utama pelajar tempatan, malah mampu menarik lebih ramai pelajar luar negara.

Sebanyak 11 universiti dan kolej univer-siti lain tidak diberikan penarafan kerana beberapa faktor. Antaranya kerana IPT baru, tidak menawarkan program Ijazah Pertama, tiada pelajar tahun akhir atau belum melahirkan graduan atau universiti bukan konvensional seperti universiti ter-buka yang mungkin memerlukan instru-men tersendiri.

Tip 3 amalan berjimat pelajar kampusMENJADI seorang pelajar kampus bukan tugas

mudah. Selain mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan, anda perlu menguruskan

wang agar dapat menjalani hidup sebagai pelajar dengan aman dan tenang. Sekiranya gagal menguruskan wang dengan bijak, ia boleh mengganggu tumpuan dan sete-rusnya memberi kesan kepada pembelajaran.

Sebenarnya, pengurusan kewangan yang baik boleh dimulakan dengan mempraktikkan teknik mudah men-yimpan wang. Setelah selesai membaca artikel ini, anda boleh mengaplikasikannya mengikut keadaan kewangan selaku seorang pelajar.1 - Amalkan peraturan 10 peratus

Secara amnya, Peraturan 10 peratus bermakna anda perlu menyimpan 10 peratus daripada wang yang anda

miliki setiap bulan. Contohnya, jika memiliki RM400 setiap bulan, simpanlah RM40. Apabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibu bapa setiap bulan, pastikan menyimpan 10 peratus. Wang ini boleh dijadikan simpanan dan pelaburan anda pada masa depan. Amalan ini boleh mendidik anda lebih berdisiplin dalam menyimpan wang pada masa depan.2 - Wujudkan dana kecemasan

Sebagai pelajar, ada masanya akan berhadapan de-ngan kejadian yang tidak dijangka dan ianya memerlu-kan perbelanjaan yang banyak. Sebagai contoh, anda boleh jatuh sakit dan perlu dibawa ke hospital, kende-raan atau komputer mungkin rosak dan perlu diperbaiki, serta isu-isu kewangan yang lain. Sekiranya tidak mem-punyai dana kecemasan, anda pasti berdepan pelbagai

masalah. Namun, dengan adanya dana kecemasan, anda tidak perlu runsing dan berhutang dengan orang lain kerana mempunyai wang simpanan sendiri. Tetapi ingat: Dana kecemasan harus digunakan untuk ‘kece-masan sahaja’.3 - Amalkan tabiat melabur

Menyimpan wang adalah tabiat yang baik tetapi anda perlu melaburkan duit itu agar mendapat pulangan yang lebih. Amalkan tabiat melabur secepat mungkin supaya anda boleh mendapat pulangan daripada pelaburan. Rebut peluang dengan melaburkan wang anda dalam produk pelaburan yang sesuai. Sebelum memulakan pelaburan, buat kaji selidik dengan membaca prospektus, laporan kewangan dan laporan tahunan, majalah pernia-gaan dan lain-lain.

Page 21: Transisi 5

Transisi30 JULAI - 12 OGOS 2010 KAMPUS 21

UUM perkenal sistem lompat

Resipi kejayaan Nottingham Malaysia

DALAM usaha kerajaan melahirkan lebih ramai cerdik pandai di kalangan

pelajar di negara ini, Universiti Utara Malaysia (UUM) mendahu-lui segalanya apabila menawar-kan tempat kepada pemegang Diploma untuk terus melanjutkan pengajian mereka dalam pro-gram Sarjana.

“Bagaimanapun, kelayakan berkenaan hanya diberikan khu-sus kepada pelajar yang mempu-nyai pengalaman bekerja selama 10 tahun dan berusia 35 tahun ke atas”, kata Pengarah Kampus UUM cawangan Kuala Lumpur (UUMKL), Mohmad Amin Mad Idris.

Menurutnya, sistem lompat yang diperkenalkan UUMKL ini adalah untuk mengiktiraf pekerja seluruh negara yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang masing-masing bagi menaikkan taraf mereka.

“Menerusi sistem ini, pelajar atau pekerja seluruh negara tidak perlu melalui pengajian dalam program Sarjana Muda. Sudah pasti mereka boleh berjimat dan mampu naik taraf pendidikan ser-ta ekonomi masing-masing.

“Saya yakin sistem yang agak unik diperkenalkan UUMKL ini mampu menarik ramai pekerja kita melanjutkan pengajian mere-ka di sini,” jelasnya ketika ditemui Transisi di pejabatnya baru-baru ini.

Menurut Mohmad Amin, UUM-KL menawarkan program pen-gajian peringkat sarjana muda, sarjana dan kedoktoran selaras dengan kehendak pasaran se-masa bagi mewujudkan pelajar yang mempunyai kemahiran menyeluruh untuk diaplikasikan dalam industri pekerjaan.

Beliau berkata, pihaknya menawarkan empat program Pasca Siswazah iaitu Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA), Sarjana Sains Sosial, Sarjana Pengurusan Sumber Manusia (MHRM) dan Doktor Falsafah Pengurusan Perniagaan (DBA), manakala Sarjana Muda Pen-gurusan Perhubungan Antara-bangsa (BIAM) diperkenalkan baru-baru ini.

“Program MBA adalah bi-dang paling banyak permintaan daripada pelajar kerana mem-punyai pasaran dalam industri. Berdasarkan UUMKL terletak di kawasan perniagaan Lembah Klang, ia mampu menarik indi-vidu yang bekerja di sesebuah syarikat berhampiran melan-jutkan pengajian di sini,” katanya.

Selain itu, UUMKL akan terus memantapkan program yang di-tawarkan selaras dengan hasrat Naib Canselornya, Profesor Dr Mohamed Mustafa Ishak untuk bertindak lebih agresif dalam usa-ha memperbaiki proses penyeli-aan program.

“Kami sedang mempertim-

PENGIKTIRAFAN cemer-lang daripada Kerajaan Malaysia yang diperolehi

menerusi Sistem Penarafan Insti-tusi Pengajian Tinggi (SETARA) baru-baru ini, jelas membang-kitkan lagi semangat pentadbir University of Nottingham Malay-sia (UNMC) untuk terus maju ke tahap lebih gemilang.

Pencapaian itu memberi kekuatan baru buat pengurusan UNMC untuk menaikkan taraf serta kedudukan universiti ini di tempat terbaik sekali gus menjadi institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang mendapat perhatian khusus pelajar seluruh negara.

Hasil penarafan SETARA itu, UNMC akan menggunakannya sebagai input terbaik dalam me-realisasikan semua dasar pen-didikan tinggi yang diarah Ke-menterian Pengajian Tinggi serta

meletakkan universiti ini setaraf dengan IPT tersohor.

Provos dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof Ian Pashby, berkata penghargaan ini mem-buktikan UNMC mendapat per-hatian khusus kerajaan kerana mementingkan kualiti pendidikan untuk melahirkan generasi gemi-lang.

“Pengiktirafan ini adalan hasil kerja keras dan komitmen kaki-tangan UNMC untuk melihat universiti ini berdaya maju. Saya bangga dengan pencapaian ini kerana ia adalah yang terbaik pernah kami perolehi setakat ini.

“Saya lihat kejayaan ini adalah keupayaan UNMC untuk mengekalkan kualiti pelajar seka-li gus membekalkan produk elit dalam pendidikan antarabangsa. Saya percaya kami akan terus mendapat pengiktirafan kerajaan

kerana kesungguhan kami,” ka-tanya.

Sebelum ini, Menteri Pen-gajian Tinggi, Datuk Seri Mo-hamed Khaled Nordin berkata, IPT awam dan IPTS yang men-capai tahap cemerlang boleh menerima tajaan daripada pihak kerajaan untuk membawa masuk pelajar dalam dan luar negara.

Selain itu, katanya, semua universiti terbabit boleh memo-hon dan menerima jumlah geran penyelidikan yang disediakan kerajaan dan layak mendapat status universiti penyelidikan ser-ta menambah bilangan program pelajar pra atau pasca siswazah.

“IPTS turut diberi kelongga-ran dan pengecualian dalam be-berapa perkara antaranya men-dapatkan permit mengajar lebih mudah dan mereka dikecualikan daripada mendapat kelulusan

kerajaan untuk menetapkan gaji pensyarah antarabangsa.

“Kadar yuran pengajian turut dikecualikan mendapat kelulu-san pihak kementerian dan diberi kelulusan mengambil pelajar antarabangsa secara automatik,” katanya.

IPTA yang mendapat pengikti-rafan SETARA ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Ma-laya (UM), Universiti Putra Ma-laysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Te-knologi Malaysia (UTM) dan Uni-versiti Teknolog Mara (UiTM).

Manakala IPTS yang diiktiraf pula ialah Universiti Multimedia Kuala Lumpur, Universiti Teknolo-gi Petronas, Sunway Universiti, Kolej Curtin, Universiti Teknologi Kampus Sarawak, Monash Uni-

bangkan untuk membeli atau menyewa premis berhampiran UUMKL untuk dijadikan sebagai dewan kuliah baru. Manakala bangunan UUMKL sedia ada hanya menempatkan bahagian

pentadbiran.“Lokasi UUMKL sangat strate-

gik dari segi kemudahan awam seperti monorail, bas, teksi dan sebagainya untuk memudahkan pelajar ke kuliah. Biarpun agak

kecil tetapi kami turut menye-diakan pelbagai perkhidmatan bagi keselesaan pelajar seperti perkhidmatan internet yang boleh diakses 24 jam dan gimnasium,” jelasnya.

versiti, Taylor’s Universiti, Kolej International Medical University Swinburne, Universiti Teknologi Kampus Sarawak dan UNMC sendiri.

“Pengiktirafan ini adalan hasil kerja keras dan komitmen kakitangan UNMC untuk melihat universiti ini berdaya maju.”

MOHMAD AMIN

Bangunan UUMKL tersergam indah di Kampung Baru Kuala Lumpur

Oleh Siti Nurmah Wasilan

Page 22: Transisi 5

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 2010KAMPUS22

Madu Tualang Fama ‘buah hati’ USMMADU asli yang diperoleh

secara semula jadi sa-ngat berkhasiat kerana

ia bukan saja mengandungi gula fruktus dan glukos serta bahan mineral seperti magnesium, ka-lium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan fosfat. Malah ia juga kaya dengan vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3.

Justeru, tidak hairan madu adalah satu daripada ramuan penting dalam perubatan tradi-sional yang diamalkan pelbagai tamadun sejak berkurun lama.

Sebelum 1996, pengumpul Madu Tualang di seluruh Kedah seperti Padang Terap, Ulu Muda, Sik, Baling, Jerai dan Kubang Pasu menjual hasil mereka itu dalam botol di tepi jalan atau ge-rai dan pasaran tempatan saja.

Penggunaan madu untuk tu-juan komersil agak terhad bagi penduduk tempatan dan hanya sesekali dibeli perantau yang melalui tempat mereka. Namun, kebanyakan keuntungan yang diraih daripada hasil jualan itu tidak begitu konsisten dan mem-berangsangkan kerana dijual antara RM20 dan RM22 sekilo-gram.

Bagaimanapun, pada 1996 semuanya berubah apabila Lembaga Pemasaran Per-tanian Persekutuan (Fama) menubuhkan sebuah pusat mengumpul dan memproses di Kuala Nerang, Kedah bagi memudahkan pengumpulan, pemprosesan dan pembungku-san Madu Tualang untuk tujuan komersil.

Pegawai Fama Kedah, Azmi Ishak berkata, pusat tersebut ber-fungsi sebagai pusat sehenti bagi pengutip madu di negeri ini men-jual bekalan mereka, manakala agensi akan bertindak sebagai perantara dalam memastikan madu terus mendapat tempat di hati pengguna.

“Semua pihak mengetahui khasiat yang ada pada madu, terutama yang wujud di pokok Tualang. Sejak Fama ambil alih, harga jualan meningkat antara

RM58 hingga RM60 sekilogram kerana cara komersial dijalankan amat bermutu tinggi.

“Madu ini dijual di bawah jenama Agromas Tualang Ho-ney, juga boleh dibeli di House of Honey di pusat kami di sini. Ia tu-rut boleh dibeli di pasar raya My-din dan Giant serta Agro Bazaar terpilih seluruh negara,” katanya.

Menyedari manfaat Madu Tualang kepada kesihatan dan potensi pasaran, Fama pada 2006 menderma kira-kira 1.4 tan metrik madu itu kepada Universiti Sains Malaysia (USM) bagi tu-juan penyelidikan.

Dekan Kajian Sains Klinikal USM, Prof Dr Nor Hayati Othman berkata, keputusan 48 kajian di-lakukan jabatannya mendapati Madu Tualang menunjukkan ke-san menakjubkan apabila dimi-num atau disapu pada luka di permukaan badan.

KAJIAN ILMIAH

Oleh Rudysham Abd Raof

Pemeriksaan dilakukan untuk menjamin kualiti madu.

Madu Tualang berpotensi menghalang sel barah daripada terus merebak.

Page 23: Transisi 5

Transisi30 JULAI - 12 OGOS 2010 KAMPUS 23

Madu Tualang Fama ‘buah hati’ USM

KAJIAN ILMIAH

“Walaupun kajian masih di peringkat awal, keputusan amat menggalakkan. Ini menunjukkan Madu Tualang mempunyai un-sur anti bakteria dan anti oksidan yang mampu memperlahankan pertumbuhan sel barah tertentu, sekali gus menghalang pembiakan bakteria dan kulat. Ia juga men-jadi sumber tenaga segera bagi tubuh manusia,” katanya.

Beliau berkata, Madu Tua-lang juga boleh memberi kesan pantas terhadap masalah sistem penghadaman kerana ia meng-galakkan kesihatan usus dan buah pinggang.

“Madu boleh dihadam dengan mudah kerana molekul gula yang kompleks di dalamnya mudah ditukar. Ia tidak merengsa lapisan pengalas sistem penghadaman,

sebaliknya melegakan perut. Saya teruja dengan madu ini kerana ia keajaiban semula jadi.

“Saya sendiri pengguna se-tia madu sejak 25 tahun lalu dan amat percaya dengan ke-berkesanan bahan semulajadi ini. Malah, saya dapati Madu Tualang turut mengandungi beberapa elemen positif yang tidak wujud pada madu import,” katanya.

Dr Nor Hayati berkata, Madu Tualang yang banyak wujud di kawasan hutan simpan negara ini amat berpotensi menjadi suple-men untuk terapi barah, terutama barah payu dara. Kajian awal mendapati madu daripada pokok tualang yang tumbuh liar dalam hutan berpotensi menyekat pe-nyuburan barah selain mem-

bunuh sel berbahaya itu daripada terus merebak.

“Namun, penyelidikan masih di peringkat awal dan banyak ka-jian perlu dilakukan untuk mema-hami lebih mendalam mengenai proses yang dirangsang madu hingga menyebabkan sel-sel ba-rah mati,” katanya.

Menurutnya, kajian jabatan-nya menjurus kepada kaedah mengenal pasti sama ada madu dapat membunuh sel kanser atau membantu mengurangkan penggunaan dos dadah atau ra-diasi yang diperlukan bagi me-musnahkan sel penyakit kronik tersebut.

“Kajian yang kami jalankan terhadap madu ini adalah me-ngenal pasti kemampuan madu menghalang atau mengurangkan

pembentukan barah. Ini kerana kajian terdahulu mendapati madu mengandungi pelbagai kompo-nen yang mempunyai aktiviti anti oksidan, anti inflamatori dan anti barah,” katanya.

Beliau berkata, menerusi penyelidikan itu, pihaknya turut menemui madu tualang mem-punyai pelbagai aktiviti anti ba-rah dan kesan sitotoksik ke atas beberapa jenis sel barah yang dikultur (ditumbuh) dalam mak-mal.

“Sel barah yang dirawat de-ngan madu ini (Tualang) men-jalani proses apoptosis (kematian sel kanser) yang biasanya tidak berlaku pada sel-sel berkenaan. Tambahan pula, ia dapat me-ningkatkan rangsangan kematian sel barah payu dara oleh dadah

tamoxifen,” katanya.Menurut Dr Nor Hayati, kajian

ke atas sel barah melalui tikus makmal mendapati madu tualang mempunyai aktiviti anti barah yang boleh menyekat pertum-buhan barah dan meningkatkan jumlah sel imun yang membunuh sel penyakit paling ditakuti manu-sia sejagat itu.

Beliau berkata, sumbangan secara berperingkat sejak 2006 daripada Fama mendapati Madu Tualang dianggap paling asli ber-banding madu lebah lain atau yang diimport selain memberi po-tensi dalam amalan harian.

“Saya ingin tekankan di sini bahawa madu tidak asli boleh menyebabkan kesan sampingan yang berpanjangan dan perlu di-hindari,” katanya.

Sarang lebah di pohon tualang.Proses penyejatan peratus kandungan air dalam madu.

Sarang madu.

Page 24: Transisi 5

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 2010KAMPUS24

Kekal status RU bukti UPM hebatKEJAYAAN Universiti

Putra Malaysia (UPM) mengekalkan status Uni-

versiti Penyelidikan (RU) jelas membuktikan kehebatan serta kecemerlangan kakitangan insti-tusi pengajian tinggi awam (IPTA) ini untuk memberi yang terbaik dalam pengurusan mereka.

Pencapaian yang membabit-kan empat aspek utama iaitu mo-dal insan, penerbitan, paten dan harta intelek serta penjanaan pendapatan hasil audit penilaian semula itu, adalah hasil kerja keras kakitangan pentadbiran dan akademik UPM meletakkan universiti di landasan terbaik di mata masyarakat.

Selain UPM, Universiti Ma-

laya (UM), Universiti Kebang-saan Malaysia (UKM) dan Uni-versiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malay-sia (UTM) turut berjaya menge-kalkan status RU masing-ma-sing menerusi pengumuman Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, baru-baru ini.

Naib Canselor UPM, Prof Tan Sri Dr Nik Mustapha Raja Ab-dullah, berkata kerjasama dan komitmen tinggi warga UPM dalam peningkatan penghasi-lan produk penyelikan (Quantity and Quality of Research) serta kemasukan pelajar Pascasiswa-zah (Quantity of Postgraduates) dilihat faktor utama kejayaan

UPM mengekalkan status RU. “Dengan kejayaan ini, saya

berharap semua kakitangan pen-gurusan dan akademik UPM leb-ih gigih serta mempertingkatkan mutu perkhidmatan masing-masing dalam mempertahankan status RU empat tahun akan da-tang,” katanya.

Peranan besar UPM bukan sahaja mengeluarkan graduan sebagai tenaga pekerja negara, malah turut berfungsi sebagai pusat pengembangan ilmu dan mencetuskan idea baru untuk membantu kerajaan memper-tingkatkan kecemerlangan tanah air.

“Saya lihat pengiktirafan ini akan menjadi contoh kepada

IPTA dan IPT swasta (IPTS) un-tuk memajukan bidang penyeli-dikan serta pembangunan (R&D) negara. Kami akan pastikan anugerah ini terus kekal menjadi milik UPM pada masa depan.

“Menerusi pengiktirafan ini, saya pasti kakitangan akan lebih berdaya maju untuk letakkan UPM di tempat teratas. Apa yang saya inginkan ialah uni-versiti ini terus berjaya me-ningkatkan aktiviti penyelidikan dalam persekitaran yang lebih kondusif.

“Saya juga mahu setiap kaki-tangan UPM, terus mempamer-kan kecemerlangan masing-masing, terutama dalam bidang yang menjadi keutamaan iaitu

Penerbitan Penyelidikan. Saya lihat aspek ini mampu

memberi impak yang lebih ting-gi serta dapat melahirkan gra-duan bermutu tinggi,” kata Dr Nik Mustapha.

Melalui status RU itu, UPM juga berpotensi menjadi pemangkin dalam melahirkan pelajar pasca- siswazah tempatan dan antara-bangsa seterusnya menyumbang kepada peningkatan yang signi-fikan dalam bilangan K-pekerja negara.

Pembabitan pelajar pasca-siswazah antarabangsa juga akan menaikkan imej negara dalam proses mengantarabang-sakan penyelidikan dan pen-didikan negara di mata dunia.

TUJUH staf, masing-masing empat kakita-ngan profesional dan

tiga sokongan meraih Anuge-rah Fellowship Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) kerana berjaya meng-harumkan nama universiti dalam bidang pengajaran dan penyelidik, di Majlis Gemi-lang Putra 2010 (MGP) baru-baru ini.

Kakitangan profesional

yang menerima anugerah berkenaan ialah Prof Madya Dr Noordin Mohamed Mus-tapha dari Fakulti Perubatan Veterinar dan Dr Manohar Mariapan (Fakulti Perhuta-nan) bagi kategori Cemer-lang dalam Pengajaran.

Dua lagi penerima anuge-rah itu lain ialah Prof Dr Abdul Halim Shaari (Fakulti Sains) dan Prof Ir Dr Mohd Saleh Jaafar (Fakulti Keju-

ruteraan) bagi kategori Ce-merlang dalam Penyelidikan. Manakala, Hamzah Ismail dari Pusat Sukan menerima anuge-rah menerusi kate-gori Perkhidmatan Profe-sional, Nur Lina Chong Ab-dullah (Pusat Sukan) dan Norhana Ali (Bahagian Hal Ehwal Pelajar) bagi kategori Cemerlang dalam Perkhid-matan Sokongan.

Setiap penerima anuge-

rah menerima geran bernilai RM10,000, sebuah plak dan sijil daripada Naib Canselor UPM, Prof Tan Sri Dr Nik Mustapha Raja Abdullah.

MGP turut menobatkan tiga penerima anugerah Jasamu Dikenang dan 91 penerima anugerah Jasa Putra, masing-masing membawa pulang Sijil Simpanan Premium Bank Sim-panan Nasional (BSN) bernilai RM300 dan sijil penghargaan.

Sementara itu, 32 penerima anugerah Setia Putra meneri-ma hadiah jam tangan dan sijil penghargaan, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sera-mai 499 dengan meraih wang tunai RM1,000 dan sijil peng-hargaan serta 119 kakitangan membawa pulang Anugerah Bakti Putra dengan hadiah Sijil Simpanan Premium BSN bernilai RM500 dan sijil peng-hargaan.

Tahniah…Dr Nik Mustapha (empat dari kanan) bersama penerima anugerah Fellowship Naib Canselor.

Tujuh staf dapat Anugerah Fellowship

Page 25: Transisi 5

Transisi30 JULAI - 12 OGOS 2010 KAMPUS

25

Risiko mahasiswa aktif jualan langsung

MB Perak pelawa IPT buka kampus cawangan

MMU jalin kerjasama TM, Ericsson

PEMBABITAN mahasiswa InstitusiPengajian Tinggi (IPT) secara serius dalam

perniagaan jualan langsung (MLM) boleh mendorong atau mendedahkan mereka kepada risiko penangguhan dan kegaga-lan menamatkan pengajian.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepeng-gunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan me-nyedari situasi ini agak serius kerana ia berpunca daripada tun-tutan pelajar mahu mencari pen-dapatan tambahan.

Katanya, beliau sendiri pernah melaluinya dan berpengalaman menjadi ejen MLM semasa me-nuntut di universiti dahulu tetapi ianya hanya sekejap dan tidak menjejaskan pengajiannya.

“Situasi ini memang bukan baru tetapi saya percaya bilan-gan mahasiswa yang terbabit

dengan MLM dewasa ini makin bertambah. Kita bimbang pem-babitan mereka secara serius un-tuk mencari duit tambahan boleh memberi kesan terhadap penga-jian mereka.

“Perkara ini tidak harus dipan-dang ringan dan harus ditangani secara bijaksana. Senator Dr Syed Husin Ali tahu perkara ini kerana beliau pernah menjadi pensyarah saya dahulu,” katanya semasa menggulung perbaha-san Rang Undang-Undang Jua-lan Langsung (Pindaan) 2010 pada sidang Dewan Negara, baru-baru ini.

Beliau berkata, melalui rang undang- undang ini, kementerian akan bekerjasama dengan pihak universiti untuk menubuhkan lebih banyak kelab pengguna di IPT bagi memberi kesedaran dan pendedahan kepada mahasiswa.

Menurut Ismail Sabri, pihak-

nya juga bersedia mempertim-bangkan cadangan untuk me-mantapkan rang undang-undang itu dengan mewajibkan peserta MLM mengikuti kursus bagi mengelak berlakunya penipuan dan memudahkan pemantauan.

Terdahulu, semasa mem-bahaskan rang undang-undang itu, Senator Mumtaz Md Nawi mendedahkan terdapat se-gelintir mahasiswa IPT gagal menamatkan pengajian kerana menjadi mangsa pelaburan MLM yang agak berleluasa di IPT.

Beliau berkata, sebahagian mahasiswa yang terbabit dida-pati gagal melunaskan yuran pengajian termasuk gagal meng-hadiri kuliah kerana pinjaman pelajaran dihabiskan untuk MLM dan terlalu menumpukan kepada perniagaan berkenaan.

“Perkara ini amat serius dan kerajaan perlu memberi pen-

jelasan kepada pihak pentadbir universiti mengenai kecenderu-ngan mahasiswa terbabit dalam MLM,” katanya.

Sementara itu, bagi menge-lak wujudnya unsur penipuan dan memudahkan urusan pe-mantauan, Mumtaz seterusnya

SEIRING tuntutan kera-jaan dalam menjadikan negara sebagai hub pen-

didikan dunia, Perak mengorak langkah lebih awal apabila mempelawa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan luar negara untuk membuka kam-pus cawangan di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kerajaan negeri akan memberi kerjasama mana-mana IPT yang berminat untuk menda-patkan kawasan yang sesuai.

“Pelawaan ini selaras de-ngan hasrat menjadikan Perak pengeluar utama dan pem-bekal modal insan kepada pasaran tempatan dan luar ne-gara,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-pada media selepas merasmi-kan Hospital Taiping sebagai hospital latihan bagi program perubatan usahasama antara Allianze College of Medical Sciences (ACMS), National University of Ireland, Galway (NUIG) dan University College Cork (UCC), baru-baru ini.

Majlis Memorandum Persefahaman (MOU) antara MMU, TM R&D dan Ericsson Malaysia di Cyberjaya, baru-baru ini.

ISMAIL SABRI YAAKOB

Katanya, tawaran kerajaan negeri itu mendapat maklum balas positif IPT, termasuk perbincangan dengan Interna-tional Premier University, sebuah universiti perubatan dari India.

Beliau berkata, dua lagi IPT lain turut membayangkan minat mereka membuka kampus di Tronoh dan kawasan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Sebelum itu, Universiti Teknolo-gi Mara (UiTM) juga bercadang membuka kampus ketiganya di Perak iaitu di kawasan Bagan

Datoh selepas kampus Seri Iskandar dan Tapah.

Dalam perkembangan lain, Zambry berkata kerajaan ne-geri telah memohon perun-tukan RM100 juta untuk me-naiktaraf Hospital Parit Buntar dalam Rancangan Malaysia ke-10.

“Kita juga minta Hospital Perak Tengah dibina tahun ini dan kita telah mendapat peruntukan tambahan untuk Hospital Tuanku Bainun di Ipoh,” katanya.

Mengenai program di Hospi-tal Taiping, katanya sebanyak RM189 juta akan dibelanjakan bagi pembinaan bangunan baru yang dilengkapi dewan bedah dan wad unit kawalan rapi bagi kemudahan pelajar perubatan menjalani latihan.

Pelajar yang mengikuti pro-gram perubatan berkembar selama lima tahun itu akan mengikuti pengajian pra-klinikal selama 30 bulan di NUIG atau UCC di Ireland dan baki 30 bu-lan di Hospital Taiping di bawah ACMS.

UNIVERSITI Multimedia (MMU) menjalin kerjasama dengan Telekom Malaysia

Research and Development (TM R&D) dan Ericsson Malaysia un-tuk menjana pembangunan ino-vasi melalui kediaman digital.

Kerjasama itu sebagai langkah penyelesaian kediaman digital di premis MMU melalui IP Multime-dia Subsystem (IMS) oleh TM R&D. Ia juga untuk pembangu-nan aplikasi kepada pelajar dan kakitangan dengan latihan diberi-kan oleh Ericsson.

Majlis memorandum persefa-haman (MOU) itu disaksikan oleh Pengerusi MMU dan TM, Datuk Dr Halim Shafie yang berlang-sung di Cyberjaya, baru-baru ini.

Kediaman digital yang dimak-

sud adalah sebuah apartmen di premis universiti yang akan mempamerkan penyelesaian Ericsson Internet Protocol Multi-media Subsystem (IMS). Ruang lingkup kerjasama meliputi aspek reka bentuk, pelaksanaan dan penyenggaraan.

Presiden Ericsson Malaysia, Krishnakumar Guda berkata, IMS adalah penyelesaian berasaskan standard terbuka yang membo-lehkan integrasi tanpa sempadan melalui jalur lebar. Ini termasuk perkhidmatan mobile 3G dan akses jalur lebar tanpa wayar.

Presiden MMU, Prof Dr Zaha-rin Yusoff berkata, kami percaya ia boleh mendorong pelajar dan kakitangan untuk mengembang-kan bakat mereka.

mencadangkan setiap peserta MLM mengikuti kursus khas dan peperiksaan sama seperti yang perlu dilalui ejen insurans dan bakal pengantin.

Situasi ini memang bukan baru tetapi saya percaya bilangan mahasiswa yang terbabit de-ngan MLM dewasa ini bertambah.”

ZAMBRY ABDUL KADIR

Oleh Razali Yahaya

Oleh Ika Destiana

Page 26: Transisi 5

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 2010KAMPUS26

Bahasa Mandarin subjek baru UPNM

UNIVERSITI Pertahanan Na-sional Malaysia (UPNM) me-ngukuhkan hubungan kerjasama

antara Malaysia-China dengan melan-carkan empat kelas Bahasa Manda-rin yang bermula bagi sesi pengajian 2010/201.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPNM, Profesor Dr Raduan Che Rose berkata, ker-jasama dengan Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing (BFSU) itu se-bagai langkah permulaan mening-katkan mutu pendidikan di UPNM.

“Mandarin adalah bahasa yang penting, lebih-lebih lagi China adalah antara kuasa besar ekonomi dunia. Semestinya penguasaan bahasa ini melancarkan apa juga bentuk hubu-ngan dengan negara berkenaan.

“Selain menerapkan nilai disiplin yang tinggi, langkah ini bakal mening-katkan nilai graduan UPNM di pasaran kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Pelancaran Kelas Bahasa Mandarin yang berlangsung di Auditorium Bis-tari, UPNM Kem Sungai Besi, baru-baru ini. Turut hadir Kuasa Usaha Kedutaan China ke Malaysia, Gu Jingqi dan Pemangku Pengarah Institut Kong Zi, Profesor Dr. Bernardine Re-naldo Wong.

BFSU mewakilkan Institut Kong Zi dengan menyediakan dua tenaga pe-ngajar dari China untuk mengajar Ba-hasa Mandarin di UPNM. Institut Kong Zi juga menyediakan pengajaran Ba-hasa Mandarin dan Kebudayaan Chi-na di Universiti Malaya.

Raduan berkata, sebenarnya ker-jasama dua pihak sudah terjalin sejak 2007 dan pengajian Bahasa Mandarin adalah antara persetujuan yang dica-pai sebelum ini.

“Ia tidak terbatas setakat itu sahaja. Kami akan menggunakan peluang ini untuk perkara lain seperti program

pertukaran pelajar dan kakitangan, perkongsian bahan pengajaran dan aktiviti berkaitan kebudayaan kedua- dua pihak,” katanya.

Menurutnya, UPNM turut berca-dang menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Komuni-kasi Silang Budaya pada masa akan datang.

Katanya, sehingga kini universiti itu sudah menawarkan subjek Bahasa Jepun, Arab, Sepanyol, Perancis dan Rusia.

Sementara itu, Gu Jingqi melihat kerjasama itu menggambarkan beta-pa pentingnya perkongsian kepakaran antara dua negara.

“Pihak kedutaan menghargai usaha UPNM untuk mewujudkan subjek Ba-hasa Mandarin. Oleh itu, kami akan menyediakan biasiswa kepada gra-duan yang berminat untuk mendalami bahasa ini di BFSU,” katanya yang fasih berbahasa Melayu.

Dr Raduan (berdiri lapan dari kanan) bersama tokoh akademik dan graduan UPNM.

Geran penyelidikan RM1.5 jutaUNIVERSITI Malaysia Perlis (Un-

iMAP) mengorak langkah dalam bidang penyelidikan dan pem-

bangunan (R&D) selepas memeterai memorandum persefahaman (MOU) geran penyelidikan antarabangsa dengan agensi penyelidikan Arab Saudi, King Abdul Aziz City of Science And Technology (KACST) berjumlah RM1.5 juta.

Geran penyelidikan akan mem-bolehkan penyelidik UniMAP dan juga penyelidik KACST bekerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan kon-krit hijau tanpa simen (Green Con-crete Plymeric) yang menyelamatkan alam sekitar.

Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Datuk Profesor Dr. Kamarudin Hus-sin berkata, persefahaman itu dapat mengembangkan jalinan kerjasama antara UniMAP dan Kerajaan Arab Saudi dan pada masa sama memban-

tu meningkatkan kualiti penyelidikan.“Perjanjian ini boleh memacu

perkongsian dan perpindahan teknolo-gi antara dua agensi lebih-lebih lagi pengalaman luas yang dimiliki KACST sebagai organisasi penyelidikan teru-lung di Arab Saudi.

“Kami percaya perjanjian ini akan membantu memelihara alam sekitar sekali gus menyumbang kepada pe-ngurangan pencemaran udara tanpa mengabaikan aspek kualiti produk,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis memeterai perjanjian persefa-haman antara UniMAP dan KACST. UniMAP diwakili Dr Kamarudin, mana-kala KACST diwakili Professor Mo-hamad A Hussain dengan disaksikan Professor Mohamed Ibrahim Al-Su-wayel.

Selain Dr Kamarudin, UniMAP penyelidikan akan dikendalikan Pen-

syarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan, Mohd. Mustafa Al-Bakri Ab-dullah dan Prof Madya Che Mohd Ru-zaidi Ghazali yang turut dibantu Pen-syarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar, Noorazian Mohamed Noor. Sementara penyelidikan di pihak KACST dikendalikan Prof Mohammad A Hussain.

Dr. Kamarudin berkata, perjanjian tiga tahun itu membolehkan dua pihak bekerjasama menjalankan penyeli-dikan konkrit hijau tanpa simen meli-puti aspek Geopolymer Concrete, Polymer Plastic Composite dan Ad-vanced Materials.

Selain itu, katanya, perjanjian itu tu-rut meliputi aspek latihan untuk tenaga akademik dan penyelidik, perkongsian dan perpindahan ilmu dan teknologi dalam usaha meningkatkan aktiviti saintifik dalam persidangan dan beng-kel serta pertukaran pelajar.

SARIPATI MENARA GADING

Program Keusahawanan

Pelajar UiTM menang

UTP juara

PENGAJIAN Keusahawanan Sosial diperke-nalkan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Kolej Universiti Binary bagi membantu

kerajaan membasmi kemiskinan tegar.Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk

Saifuddin Abdullah berkata, menerusi pengajian itu, universiti terbabit akan memainkan peranan membantu menghapuskan 40 peratus kemiskinan tegar seperti sasaran dalam Model Baru Ekonomi (MBE).

‘’Kita perlu menggubal satu strategi baru kerana kerajaan tidak boleh selama-lamanya memberi-kan bantuan secara langsung seperti menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi berkaitan,” katanya di Temerloh baru-baru ini. ke-rana ia tidak boleh bertahan lama.

ASNITA Hashim dan Raihana Md Saidi ber-sama Pengarah Urusan Kaspersky Lab Asia Limited, Gun Suk Ling menduduki tempat

ketiga pertandingan menangani ancaman kesela-matan komputer di Universiti Jagiellonian University, Krakow, Poland, baru-baru ini.

Lebih membanggakan walaupun baru kali perta-ma menyertai persidangan itu, Asnita dan Raihana berjaya mengatasi cabaran sengit pelajar dunia lain untuk meraih kedudukan ketiga dalam pertandingan itu.

Wakil Malaysia itu membentangkan kertas penyelidikan mereka ‘Normal Signature Based IDs for E-Café’ dan mendapat reaksi yang positif dari-pada panel pakar penilai.

UNIVERSITI Teknologi Petronas (UTP) muncul juara Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2010

di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), baru-baru ini.

Pasukan itu diwakili Junnyaruin anak Barat, Muhammad Imran Muiz Abidin, Muhamad Sid-diq Mahyuddin dan Mohd. Khazaidi Kamarud-din, menewaskan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada peringkat akhir debat.

UTP yang bertindak sebagai kerajaan, berdebat berhubung usul Penguatkuasaan Undang-Undang Lebih Berkesan Daripada Pemantapan Kesedaran Dalam Menyelamatkan Alam Sekitar.

Kemenangan itu membolehkan UTP membawa pulang Piala Pusingan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, wang tunai RM8,000 dan sijil penyer-taan.

USIM yang diwakili Ummu Umairah Azahari, Mohd. Ikhwan Mohd. Rosseli, Mohd. Shah Izad Salleh dan Nor Izati Lokman yang bertindak sebagai pembangkang menerima RM5,000 dan sijil penyer-taan. Mohd Ikhwan dianugerahkan Pendebat Ter-baik membawa pulang Piala Ketua Pengarah Alam Sekitar dan wang tunai RM1,500.

Oleh Ika Destiana

Page 27: Transisi 5

Transisi30 JULAI - 12 OGOS 2010 KAMPUS

27

Aktiviti Kampus

Ogos 2010

PROGRAM : Pendidikan Pencegahan Dadah 2010. TEMPAT : Foyer & Auditorium Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya.TARIKH : 10 OgosANJURAN : UM

PROGRAM : Seminar Kebangsaan Teknologi Maklumat Perputakaan 2010.TEMPAT : Hotel Bagview Georgetown Pulau Pinang.TARIKH : 3-5 OgosANJURAN : UUM

PROGRAM : Persidangan Ekonomi & Perniagaan Antarabangsa Terengganu 2010 (TiBEC).TEMPAT : Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu.TARIKH : 5-7 OgosANJURAN : Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Terengganu.

Waspada IPTS perdaya pelajarKERAJAAN bertegas me-

ngambil tindakan undang-undang terhadap institusi

pengajian tinggi swasta (IPTS) yang didapati menipu pelajar dengan menawarkan pengajian diploma dan ijazah yang tidak di-iktiraf kerajaan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung berkata, kerajaan memandang serius kesalahan yang dilakukan IPTS itu dan tidak akan bertolak ansur untuk menanganinya.

Katanya, dalam tempoh enam bulan pertama ini, kementerian sudah mengambil tindakan ter-hadap 45 IPTS kerana didapati melanggar beberapa syarat ter-masuk 32 IPTS telah dibatalkan permit masing-masing.

Beliau berkata, dalam tempoh yang sama, kementerian juga mengeluarkan kompaun terha-dap IPTS yang membabitkan empat kesalahan utama dengan 12 kompaun dikeluarkan kepada IPTS kerana mengendalikan kursus yang sudah tamat pen-daftaran.

Selain itu katanya, empat lagi kompaun dikeluarkan atas

HOU KOK CHUNG

Sikap tidak bertanggungjawab IPTS itu bukan sahaja menjejaskan kualiti serta etika pendidikan negara tetapi boleh memberi kesan negatif terhadap hasrat kerajaan menjadikan Malaysia hab pendidikan serantau.”

kesalahan kerana mengajar tanpa permit yang sah, beroperasi di premis tanpa berdaftar dan berpindah premis tanpa kelulu-san.

“Kita memandang serius perilaku IPTS yang tidak ber-tanggungjawab itu dan ke-menterian akan sentiasa ber-tegas dan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak bagi membanteras isu ini dari semasa ke semasa,” ka-tanya baru-baru ini.

Beliau berkata demikian men-gulas rungutan beberapa pihak termasuk ibu bapa beberapa

pelajar yang menjadi mangsa akibat tindakan beberapa IPTS memperdaya pelajar dengan menawarkan pengajian diploma dan ijazah yang kononnya sudah mendapat akreditasi demi me-ngaut keuntungan melalui taktik kotor itu.

Akibat taktik tamak IPTS itu, pelajar sudah pasti menjadi mangsa. Ini terbongkar apabila sukar mencari pekerjaan atau gagal melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi kera-na memiliki diploma atau ijazah yang tidak diiktiraf.

“Sikap tidak bertanggung-

jawab IPTS itu bukan sahaja menjejaskan kualiti serta etika pendidikan negara tetapi boleh memberi kesan negatif terhadap hasrat kerajaan menjadikan Ma-laysia hab pendidikan serantau,” katanya.

Kementerian Pengajian Ting-gi (KPT) bahagian swasta di-laporkan menerima 251 aduan setakat Jun lalu berhubung isu berkenaan dan semua aduan itu sedang disiasat secara terpe-rinci.

RADIN UMAR

KPT dakwa 16 kolej swastaTIGA institusi pengajian ting-

gi swasta (IPTS) didakwa di mahkamah, manakala 13

lagi didenda kerana melewatkan permohonan akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Ma-laysia (MQA), baru-baru ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Profesor Datuk Radin Umar Radin Sohadi berkata, antara tindakan tegas dalam ‘Operasi Kursus Matang Tidak Dapat Akreditasi’ itu ialah menarik balik permit dan saman di bawah Akta IPTS 1996 (Akta 555).

“Kementerian Pengajian Tinggi telah melakukan siasatan terperinci dan pihak kami sudah mengenal pasti beberapa IPTS yang terbabit dengan penipuan licik mereka itu.

“Pihak pengurusan kolej

yang sengaja melewatkan per-mohonan akreditasi penuh walaupun kursus sudah matang akan didakwa di mahkamah serta boleh didenda sehingga RM10,000 bagi setiap satu kur-sus,” katanya.

Beliau berkata demikian me-ngulas rungutan sebahagian ibu bapa pelajar yang menjadi mang-sa tidak bertanggungjawab IPTS di negara ini yang memperdaya pelajar dengan tawaran kursus yang tidak mendapat akreditasi MQA.

Berikutan taktik kotor IPTS yang mementingkan keuntungan semata-mata itu, telah mengaki-batkan ribuan pelajar gagal men-dapat kerja kerana sijil, diploma atau ijazah yang diperoleh tidak laku di pasaran pekerjaan.

“Taktik buruk IPTS itu pasti ter-

bongkar ketika pelajar memohon pekerjaan atau semasa mahu melanjutkan pengajian mereka kerana kelulusan mereka tidak laku. Ini kes aniaya dan memang wajar IPTS terbabit dikenakan

tindakan tegas,” katanya.Radin Umar berkata, pihak-

nya memandang serius dan tidak akan berkompromi perkara itu lebih-lebih lagi kementerian mensasarkan 50 peratus rakyat Malaysia berumur 17 hingga 23 tahun tergolong dalam warga berpendidikan tinggi menjelang 2020.

Katanya, sasaran itu sejajar dengan usaha membangunkan modal insan kelas pertama ke arah mencapai status negara maju.

“Untuk memastikan hasrat itu terlaksana, kita memerlukan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS yang bagus serta bermutu dari setiap segi. Ini kerana statistik menunjukkan 39 peratus belia tergolong dalam kumpulan berpendidikan tinggi,” katanya.

Page 28: Transisi 5

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 2010KAMPUS28

Aku, dia dan Mistero BuffoOleh Kamilasari

S AYA dan dia bertemu dalam ruang dingin per-pustakaan kampus di ce-

lah rak-rak agam. Entah petaka apa kami sama-sama mencari naskhah Mistero Buffo karya Dario Fo.

Buku di tangan saya pantas dirampas. Katanya sinis, gadis seperti saya tidak layak men-jamah masterpiece penulis Itali itu. Cari saja novel-novel roman-tis dan tangkap lentok Danielle Steel dan Ahadiat Akashah.

Sebelum insiden naik darah itu berlaku, sekecil hama pun saya tidak pernah mengenalinya. Dia mungkin sama saja dengan siswa-siswa lain yang mabuk dengan Facebook di sudut kafe siber.

Kalau tidak memikirkan diri ini perempuan, mahu saja saya menghamunnya di situ juga. Tetapi, saya memilih mendiam-kan diri, sengaja tidak mahu meneruskan sengketa. Saya mengesyaki dia barangkali lelaki miang yang memasang strategi mahu menjerat gadis comel dan sendirian seperti saya.

Sebetulnya, saya bukan-lah penggila Dario Fo. Itu cuma naskhah buruan saya untuk dijadikan rujukan projek final,

mengarah teater bersama rakan produksi sebagai syarat gradu-asi.

Untuk projek kali ini, saya mahu lari daripada stereotaip cinta murah yang sengaja dila-belkan kepada siswi-siswi teater oleh kelompok lelaki provokasi yang memandang rendah akal wanita.

Saya mahu buktikan kepada mereka, betapa gadis seperti saya, meski bertubuh kecil, mam-pu menghasilkan karya berat yang penuh isi falsafah tentang masyarakat dan kemanusiaan. Jadi, atas desakan itulah kenapa naskhah pemenang Nobel Ke-susasteraan 1997 itu begitu pen-ting bagi saya.

Dua hari kemudian, saya ter-perasan kelibat dia yang penuh menjengkelkan itu di bangku kafe sedang minum kopi sambil menyelak helaian buku entah apa judulnya. Melihat gaya paka-ian dengan jeans lusuh dan ke-meja t bundle, saya menduga dia pelajar fakulti kejuruteraan.

Sedar diri diperhati, dia tiba-tiba sengaja mengangkat buku dibacanya itu. Ah, itukan Mistero Buffo. Saat itu juga muka saya terus merona merah dan darah menyirap ke kepala.

Saya nekad meluru ke arah-nya dan langsung tidak peduli mata lain yang memandang penuh tanya. Saya menghen-tak meja, cuba meragut Mistero Buffo dan kami saling berebutan serta tarik menarik.

Akibatnya, buku mahakarya itu terbelah dua dan kami hanya mampu membuntangkan mata. Suara dua tiga siswi menyindir dengan ungkapan penuh fe-minisme-malukan perempuan saja-membuatkan saya kembali waras. Perlahan-lahan sesal menggumam dalam diri dan saya gesit meninggalkan dia terkulat-kulat bersama naskhah terbelah itu.

Malam persembahan semakin hampir. Saya dan rakan-rakan sekumpulan kian diserabutkan rutin tugas tidak menentu. Selain menekuni subjek-subjek lain, menjawab soalan kuiz dan melakukan pembentangan ker-tas kerja di hadapan pensyarah, saya juga perlu bersenggang mata memenuhi jadual harian mengarahkan lakonan pentas.

Bukan itu saja, saya turut terli-bat secara langsung dalam men-gatur dan mengubah suai set pentas, mempersiapkan busana lakonan dan memantau bajet produksi. Semua perkara terse-but perlu dinyatakan dalam tesis akhir untuk dinilai pensyarah ke-lak. Siapa berani cakap menga-rah teater itu tugas mudah?

Pada masa sama fikiran saya menerawang teringatkan dia. Entah mengapa lelaki dengan penampilan serabai itu sentiasa berputar-putar mengisi kotak fikiran ini.

Untungnya, separuh Mistero Buffo berjaya saya hadamkan. Walaupun penyudah karya si genius teater kelahiran Sangiono dekat pantai timur Lago Mag-giore itu kekal sebagai misteri, tetapi ia setidak-tidaknya menja-di pencetus untuk saya membuat beberapa penambahbaikan di segi plot cerita dalam skrip asal.

Hari persembahan pun tiba. Selepas memberi kata sema-ngat kepada rakan-rakan pela-kon, saya mengambil tempat di kerusi audien, duduk bersama barisan pensyarah jemputan.

Naskhah teater saya berkisar mengenai kritikan sosial terha-dap kelompok pemimpin yang menyalahgunakan agama untuk menguasai golongan marhaen yang saya gambarkan menerusi dua pasangan suami isteri yang ditakutkan pihak penguasa. Ya,

saya akui saya terilham daripada naskhah Dario Fo.

Tetapi, apa yang lebih menge-sankan adalah lakonan Nizam, watak yang baru saya wujudkan sebagai anak kepada pasangan suami isteri itu. Aksinya cuma duduk di beranda dan menyelak naskhah Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang sambil minum kopi.

Di penghujung babak, Nizam tiba-tiba bangun berdiri dan me-nangis di beranda sambil men-goyak naskhah tersebut kepada dua bahagian serta membaling-nya ke laman hadapan dan be-lakang rumah. Sebenarnya, idea untuk babak itu adalah salinan daripada insiden berebut Mis-tero Buffo dengan dia beberapa minggu lalu. Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah ke-jayaan Nizam merangkul gelaran pelakon pembantu terbaik malam itu hasil daripada lakonan bisu penuh beremosi itu.

Tidak lama selepas majlis bersurai, saya didatangi rakan sebilik, Mira yang menghulur se-naskhah buku diikat riben putih tanpa sebarang balutan kertas warna. Saya cepat menelah, Mis-tero Buffo!

Pantas saya menghuraikan ikatan dan sekeping nota terlucut dari celahan buku. Hati saya ber-debar-debar.

Sajak Rindu

Rindu bertunas lagi di musim sepi luka mengelopak memekarkan sakit maka di hatiku taman pun berdarah

Bunga-bunga tumbang mengakhiri mimpi kumbang

akukah yang kehilangan itu?

Musim sepi kian panjang luka beranak-pinak taman makin berdarah di dalam hatiku ditikami bayangmu

Puisi

Penjara

Tuhan,Barangkali diriku

jeriji kecil bersawangterperosok di penjara sempittanpa sebintik cahaya pun

kerana tiada pernahaku meraub debu di kaca muka

Tuhan,Derita apakah

buatkan aku begini?

Hanaz Shah Alam

Untuk Taufik dan Hidayah

Basahkan bibirmanjakan lidah

dengan kata pujidan kalimah syukur

Kerana bertambah dalam duniamanusia putihmanusia bersih

Biar yang ini kita doakanBiar yang ini kita harapkan

Jadi terbaik untuk dirinyaJadi pelindung untuk ibunya

Jadi nilai bangga untuk bapanya

Danielle Corleone Pantai Dalam

Hari ini-29 Jun-di hadapan saya ada senaskhah Mistero Buffo di atas satu daripada tujuh dulang tembaga. Hantaran ke-tika majlis ijab kabul itu segera mengingatkan saya kepada saat cinta kami berputik pada peng-gal akhir hampir setahun lalu. Meskipun kisahnya ringkas, ia cukup mengisi hari-hari menda-tang kami sebagai suami isteri nanti.

Cuma saya masih belum pu-nya kesempatan memberita-hunya bahawa nota puisi yang diberikannya pada malam perse-mbahan lalu itu sebenarnya adalah nukilan Pandapotan Sial-lagan, pemuisi dari Indonesia. Macamlah saya tidak tahu.

Entah mengapa lelaki dengan penampilan serabai itu sentiasa berputar-putar mengisi kotak fikiran ini.

CINTA KAMPUSJika anda ada kisah cinta kam-pus atau puisi yang mahu dikongsi bersama, hantar nukilan anda di [email protected] atau www.face-book.com /Transisi

Page 29: Transisi 5

Transisi30 JULAI - 12 OGOS 2010 xpresi

29

yang aktif dan petah, Ashman pula agak pendiam dengan lebih meminati sukan indoor seperti catur dan permainan komputer serta bola keranjang.

Namun, Ashman mengakui menyimpan impian untuk men-jadi pelukis suatu hari nanti apa-bila melihat profesion ‘baba’nya itu sebagai penulis.

“Apabila tengok baba baca puisi, teringin juga mahu buat seperti apa yang baba buat, tetapi bukan sekarang. Mungkin pada masa akan datang,” ka-tanya.

Najihah kemudian memberi-tahu dia pernah cuba menulis tetapi tidak pernah menjadi.

“Pernah juga tolong baba sun-ting novel atau terjemahan yang dibuatnya. Kalau ada salah baba tegur dan betulkan,” katanya.

Bagaimanapun, dua beradik itu pernah digandingkan ber-sama dalam sebuah teater pada 2006 yang berkisarkan me-ngenai alam sekitar dan dasar laut.

“Ia pengalaman yang seronok. Kami berlakon lebih seminggu,”

katanya.Walaupun minat anak-anak

berbeza, tetapi sebagai bapa, Pyan tidak pernah menghalang aktiviti pilihan mereka.

“Saya pernah galak mereka bermain muzik, berteater dan melukis. Tetapi, mereka kurang tunjuk minat. Jadi, saya biarkan mereka pilih apa mereka suka.

“Nanti kalau mereka rasa mahu melukis, berteater atau bermain muzik, saya akan beri galakan,” katanya.

Apabila mendapat undangan seperti berlakon, berpuisi atau sebagainya, Pyan menyatakan beliau selesa ditemani isteri.

“Inilah isteri, secretary dan girlfriend saya,” kata Pyan ber-jenaka.

Zurina menambah, jika men-dapat undangan luar Kuala Lumpur seperti Pulau Pinang atau Kuala Terengganu dan bukan hari sekolah, dia akan membawa anak-anak bersama untuk melihat aktiviti yang ber-langsung.

Pyan, yang akrab dengan karya lukisan dan puisi A Latiff

Mohidin berkata, sokongan dan dorongan keluarga memberikan semangat tinggi kepadanya un-tuk terus berkecimpung dalam dunia seni.

Beliau ketika ditanya me-ngenai bahan bacaan yang selalu dibaca menyatakan tidak pernah memilih, sebaliknya membaca apa saja buku yang menarik mi-natnya.

“Apabila dia mahu beli buku, kadang-kadang dia pegang kulit buku saja. Jika kulit rasa sedap dipegang, dia akan beli buku itu. Banyak buku yang dibelinya, ti-dak kira apa jenis dan isu dengan hanya terpegang kulit buku,” kata Zurina.

Sebelum menutup bicara, Pyan sempat memberitahu be-liau sudah lapan tahun mening-galkan tabiat merokoknya ketika orang lain sibuk berkempen Tak Nak Merokok!.

“Kempen `Saya Benci Da-dah’ dan `Tak Nak Merokok’ dah lama dah. Saya sarankan bikin kempen baru, ‘Saya Benci Arak!’ dan `Tak Nak Judi!’’ katanya, pe-nuh makna.

Mohd Supyan Abdul Rahman ( Pyanhabib )

Umur 52 tahunAsal Taiping, PerakAktiviti terkini Menyunting novel dan berlakon filem ‘Apokalips’ (karya Mamat Khalid)Isteri Zurina Zakariya (44)Anak Najihah (17)Ashman (14)

PROFILKempen `Saya Benci Dadah’ dan `Tak Nak Merokok’ dah lama dah. Saya sarankan bikin kempen baru, ‘Saya Benci Arak!’ dan `Tak Nak Judi!.’’

Perawan

Alangkah nikmatnya jika waktu-waktu begini aku bersamamu di kamar yang peratusnya adalah kesenyapan.

Sambil memetik-metik hujung jari-jarimu mengulit membelai mimpi di ranjang.

Engkaupun menakluki keakuanku dan meleburnya tanpa rasa kesangsian. Degup jantungmu umpama hentakan tapak-tapak kuda. Malulah aku untuk menceritakan tentang harum tubuhmu itu.

- Pyanhabib

Pyan bersama pengarah, Mamat Khalid ketika menjalani peng-gambaran Apokalips di KL.

Pyan membaca puisi dari komputer riba di Istana Budaya baru-baru ini kerana tidak mahu membazirkan kertas.

SANTAI... Gelak ketawa bersama keluarga menceriakan hari-hari yang sibuk.

Page 30: Transisi 5

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 2010xpresi30

JUALAN buku elektronik atau e-buku buat kali per-tama mengatasi buku kon-

vensional kulit keras di pasaran, menurut syarikat buku dalam talian, Amazon.com.

Menurut Amazon, sebanyak 143 e-buku bagi setiap 100 buku kulit keras sudah dijual pada suku kedua tahunan dan kadar itu semakin meningkat.

Pada bulan lalu, Amazon men-jual 180 e-buku bagi setiap 100 buku kulit keras.

Jumlah itu adalah tiga kali ganda dan ia menyamai jualan e-buku pada enam bulan pertama tahun ini, sama seperti dicatatkan pada separuh pertama 2009.

Kedai buku Amazon’s Kindle kini menawarkan lebih 630,000 buku dan ditambah dengan 1.8 juta buku yang tiada hak cipta.

Namun, keseluruhan pasaran e-buku masih lemah berbanding keuntungan diperoleh syarikat percetakan buku konvensional.

Berdasarkan laporan Pub-lisher’s Weekly tahun lalu, jua-lan buku berkulit keras diramal-kan meraih keuntungan kira-kira AS$4.4 bilion (RM14.13 bilion) pada 2009, membabitkan judul buku dewasa dan kanak-kanak.

Buku berkulit biasa pula dijangka menjana perolehan AS$5.1 bilion (RM16.38), buku audio-AS$218 juta (RM700 juta) dan e-buku-AS$81 juta (RM260 juta).

Namun, ia masih belum men-gambil kira jumlah keuntungan diperoleh daripada buku teks, kitab-kitab agama dan buku-buku profesional.

Publisher’s Weekly mengang-garkan keseluruhan pasaran buku mencecah AS$35 bilion (RM112 bilion) pada 2009.

Amazon berkata, jualan pe-ranti pembaca e-buku Kindle meningkat tiga kali ganda sejak syarikat itu mengurangkan harga daripada AS$260 (RM835) ke-pada AS$190 (RM610).

Kindle men-duduki senarai teratas produk ter-laris Amazon sejak pertama kali diedar-kan pada dua tahun lalu walaupun pem-baca sebenarnya tidak memerlukan peranti itu untuk membaca buku-buku Kindle.

Amazon juga menawar-kan peranti pembaca e-buku kepada pengguna gajet teleko-munikasi pintar seperti iPhone, iPad, Blackberry, Android dan juga pengguna komputer Mac dan Windows.

Perkembangan itu banyak membantu meningkatkan jumlah pembeli e-buku dijual Amazon.

Namun, pengguna Kindle juga diberikan jaminan keselamatan, di mana mereka masih boleh membaca buku yang dibeli wa-laupun peranti itu rosak atau hi-lang.

K e -tika Amazon ti-

dak menyediakan butiran mengenai jualan daripada pel-bagai platform itu, ramai men-jangkakan majoriti besar penggu-na akan muncul menerusi peranti Kindle.

Ini kerana sambungan 3G per-cuma membuatkan proses pem-belian buku menjadi mudah dan tidak membebankan.

Penjualan e-buku Amazon juga dibantu dengan fakta me-ngenai purata harga buku ku-lit keras yang bernilai sekitar AS$26 (RM83) berbanding bu-ku-buku Kindle yang jauh lebih

1. BateriJika bateri sudah penuh, elakkan dicaj lagi. Laptop lebih sejuk tan-pa haba daripada bateri. Peng-guna juga disarankan menggu-nakan kuasa adapter selepas mengecas bateri.

2. Papan KekunciLetakkan sekeping kertas A4 di atas papan kekunci bagi me-ngelak peranti dimasuki habuk. Cuba elak meletak minuman atau makanan berhampiran pa-pan kekunci.

3. Skrin LCDLapkan selalu dengan kain khas dan bukan dalam keadaan ba-sah. Aktifkan aplikasi screen saver untuk menjimatkan kuasa bateri. Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan minyak di jari menyukarkan proses pem-bersihan.

4. Haba PanasPastikan ada ruang mengeluar-kan haba panas. Elakkan me-letakkan laptop di atas bantal atau tilam. Gunakan pad penye-juk untuk meredakan kepanasan laptop.

5. PortKerap bersihkan menggunakan berus atau berus gigi lama. Pas-tikan suis dimatikan ketika kerja membersih dilakukan.

Tip penjagaan komputer riba

Masalah komputer hang

SALAH satu masalah yang sering dihadapi pengguna komputer

adalah komputer tergantung (hang) yang menyebabkan ap-likasi tidak dapat digunakan.

Di antara puncanya adalah serangan virus, memori tidak mencukupi untuk menampung

Tetingkap Windows Task Manager membantu me-ngatasi masalah komputer hang.

e-Buku

Bersama Dr PC program sedang dijalankan atau perkakasan terlalu panas.

Apabila mendapati kompu-ter hang, seseorang pengguna itu kebiasaannya mematikan ataupun menghidupkan semula komputer.

Namun, tindakan itu bukan saja menyebabkan kehilangan data, tetapi turut merosakkan komputer anda.

Sebenarnya, jika anda me-ngalami masalah itu, apa perlu dilakukan ialah tekan butang Ctrl+Alt+Del pada papan kekun-ci secara serentak.

Satu tetingkap Windows Task Manager akan terpapar seperti gambar rajah di bawah:

Menerusi tetingkap itu, anda akan dapat mengetahui sta-tus aplikasi sama ada ia masih

beroperasi (running) ataupun sebaliknya (not responding).

Bagi menutup aplikasi not re-sponding, cuma klik pada nama aplikasi itu dan disusuli satu lagi klik pada butang End Task.

Hasilnya, masalah komputer hang sudah dapat diselesaikan tanpa perlu mematikan dana menghidupkan semula komputer anda.

Membaca buku elek-tronik kini mula menjadi trend dalam kalangan penduduk negara maju seperti di Amerika.

murah.Menurut Amazon, lebih

510,000 judul dalam katalog e-buku syarikat itu cuma bernilai AS$10 (RM32) atau kurang dan pengguna cuma perlu mendapat-kan sekitar 11 e-buku untuk me-nyamakan kos membeli peranti Kindle.

Justeru, tidak menghairankan kenapa Ketua Pegawai Ekseku-tif, Jeff Bezos kelihatan begitu gembira dengan perkembangan positif hasil daripada penjualan e-buku.

atasi buku konvensionalOleh Mohd Azhan Othman dan Gan Yong Li

Page 31: Transisi 5

Transisi30 JULAI - 12 OGOS 2010 xpresi

buk selama sebulan.“Isteri faham tu-

gas saya, tetapi anak-anak ada juga me-rungut. Mujur isteri banyak memainkan peranan menjelaskan situasi ini. Namun, selepas seminggu me-reka sudah biasa dan faham tugas saya,” ka-tanya.

“Malah, sebaik saja tamat Piala Dunia pada 12 Julai lalu, saya ter-paksa ambil masa me-nyesuaikan diri kem-bali kepada rutin asal. Seminggu juga saya susah tidur.

“Jika tidur jam 11 malam, saya pasti akan bangun jam 2.30 pagi dan berjaga hingga 6.30 pagi. Bayangkan, pe-jabat sudah jadi rumah pertama saya ketika Pia-la Dunia lalu,” katanya.

Ketika impian mengulas Piala Dunia tercapai, Akbar kini memasang impian untuk mengulas perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam

bahasa Melayu. Malah, dia juga mahu men-

jadi sehebat pengulas sukan ta-nah air lain seperti Zainal, Has-bullah Awang, Shaukei Kahar dan Datuk Rahim Razali.

31

Hidup terbalik dek Piala Dunia

Akbar bersama isteri, Noorsuzilawati dan anak, Putera Hazrik Danial dan Puteri Aleeya Danielle.

Oleh Muhammad Amsyari Ismail

KEMUNCULAN saluran televisyen (tv) baru As-tro Arena (Saluran 801)

mencetuskan fenomena baru kepada penonton Malaysia dengan menawarkan liputan kejohanan domestik secara langsung dengan lebih banyak waktu siaran.

Walaupun tumpuan diberi-kan kepada sukan tempatan, tetapi Astro Arena baru-baru ini juga menyiarkan 35 perlawa-nan langsung dan tertunda Piala Dunia 2010.

Arena turut melakar sejarah tersendiri apabila kejohanan dunia itu diulas dalam bahasa Malaysia.

Lagenda Astro Arena (Sal-uran 801), juga bekas jaguh trek tanah air, Marina Chin berkata, Astro Arena menjadi pelengkap kepada usaha neg-ara membangunkan sukan di persada antarabangsa.

“Kita sering saksikan ste-sen tv hanya memberi fokus

Arena hangatkan sukan tempatan

MARINA CHIN

Rakan-rakan krew produksi Astro Arena banyak mem-bantu menjayakan kempen Piala Dunia.

kepada hiburan, sedangkan sukan juga elemen hiburan yang diminati seluruh lapisan masyarakat.

“Kemunculan saluran su-kan Malaysia pertama yang dibuat 24 jam sehari dan di-sampaikan dalam bahasa Ma-laysia secara tidak langsung mampu mendidik, merang-sang minat dan semangat bakat muda tempatan untuk lebih cemerlang dalam sukan tanah air,” katanya.

dunia itu.A k b a r

m e n c a t a t s e j a r a h t e r s e n -

diri apabila menjadi pe-

ngulas per-tama di negara

ini mengulas per-lawanan Piala Du-nia dalam bahasa

Melayu.“ S a y a bangga k e r a -na di-beri

kepercayaan oleh Astro Arena untuk mengulas perlawanan Piala Dunia dalam ba-hasa Melayu. Ia kenangan paling

manis sejak meli-batkan diri dalam bidang pengula-san sukan.“Tugas mengulas

perlawanan Piala Dunia bukan mudah. Jadi, sebaik diberi peluang, saya terima

dengan hati terbuka.“Saya kurang yakin

ketika mula menerima peluang ini, tetapi saya cepat merujuk kepada ‘sifu’ saya, Zainal Abi-din Rawop, yang banyak memberi nasihat dan ga-

lakan sepanjang kempen Piala Dunia berlangsung,” katanya.

Bagi membuang perasaan tersebut, Akbar banyak bertanya kepada Zainal dan rakan-rakan selain mencari bahan rujukan mengenai pasukan, pemain dan sejarah Piala Dunia.

“Sebaik saja kick-off, semua-nya mudah dan senang tanpa diganggu perasaan gementar. Ketika itu, saya mengulas per-lawanan pembukaan membabit-kan tuan rumah, Afrika Selatan dan Mexico, berkesudahan 1-1. Selepas ulasan selesai, saya rasa puas dan seronok.

“Sepanjang de-mam bola, saya diberi

kepercayaan membuat ulasan untuk 35 perlawa-

nan siaran langsung,” ka-tanya lagi.

Antara pengalaman paling berat dirasai Akbar sepanjang

Piala Dunia lalu adalah mengu-las tiga perlawanan sehari.

“Saya terpaksa berjaga jam 7 malam hingga 5.30 pagi pada esok hari. Saya juga perlu tahu info mengenai enam pasukan yang beraksi setiap hari.

“Pelbagai cara saya buat un-tuk hilangkan mengantuk seperti minum kopi O. Pada sebelah siang, saya perlu rehat secu-kupnya,” katanya.

Menurutnya, ketika itu ke-hidupan hariannya tidak seperti orang lain kerana rutin hidupnya terbalik. Jika individu lain sibuk ke pejabat, Akbar pula pulang ke rumah untuk berehat dan begitu juga sebaliknya.

Malah, masa bersama isteri tercinta, Noorsuzilawati Mohd Noor dan dua anaknya, Putera Hazrik Danial, 4, dan Puteri Aleeya Danielle (sembilan bulan) terpaksa dikorbankan sepanjang kejohanan dunia itu berlangsung.

“Saya sudah beritahu isteri dan anak bahawa saya akan si-

JIKA anda menonton saluran 801 Astro Arena sepanjang bola sepak

Piala Dunia 2010 pada 11 Jun hingga 12 Julai lalu, sua-ra ulasan Akbar Sahari, 35, setia menemani anda me-ngulas perlawanan di pentas tertinggi

Page 32: Transisi 5

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 2010xpresi32

BUKAN sebarangan orang mampu melakukan aksi mendebarkan kerana jika

silap langkah, buruk padahnya. Tidak ramai yang sanggup

melakukan aksi terbang di udara dengan hanya menggunakan kasut roda oleh Fariq Mohamed Esa, penggiat sukan lasak atau dikenali sebagai X-Games.

Itulah hobi dan karier Fariq atau lebih mesra dengan pang-gilan Ed.

Dulu, sukan ekstrem dipan-dang negatif dan membuang masa, juga berbahaya kerana dimainkan di tempat tidak sesuai seperti tepi jalan, lampu isyarat dan kaki lima. Tetapi, ia kini di-iktiraf Kerajaan sebagai program sukan lasak.

Ed berkata, pengaruh sukan lasak terutama inline skate belum meluas ketika dia bermula berji-nak dengan sukan itu awal 90-an.

“Ketika itu, kekurangan pen-dedahan dan publisiti mengenai sukan ini amat ketara.

“Saya mula bermi-nat mencubanya ketika melihat pakcik saya aktif bermain roller blade. Ti-dak silap saya pada 1996.

“Dua tahun selepas itu, minat saya terhadap sukan ini semakin mendalam. Saya mula kumpul duit belanja se-kolah untuk beli roller skate milik seorang rakan.

“Sejak itu, saya mula bermain bersama rakan lain yang turut meminati sukan ini,” katanya.

Menurutnya, kekurangan ke-mudahan X-Games menyebab-kan mereka menjadikan kawa-san taman dan jalan raya sebagai tempat latihan.

Dia juga turut mencipta ramp kecil diperbuat daripada kayu agar dapat mencuba teknik lebih menarik.

Siapa sangka, sekadar ber-mula di jalanan dan kawasan taman, nasib Ed berubah apa-bila skil dan bakat dimilikinya itu dihidu sebuah syarikat penajaan

Ekstrem jiwa Fariq

FARIQ MOHAMED ESAAsal KajangTarikh Lahir 20 Mac 1983Isteri Izzati NazriPencapaian • Juara keseluruhan Kejohanan

Asian • X-Games 2004 dan 2005• Kedua Asian Indoor Games di

Macau (2007)• Juara keseluruhan Cabaran Red

Bull • Kuala Lumpur 2008 • Juara keseluruhan X-Games

Malaysia (2003)• Keempat X-Games Terbuka Indonesia

(2009)•Keempat X-Games Terbuka Singapura

langsungkan perkahwinan de-ngan insan tercinta, Izzati Nazri, 22, bulan lalu, Ed memutuskan untuk tidak akan meninggalkan inline skate.

“Sukan ini sudah sebati dalam diri. Seminggu tidak bermain, saya seperti hilang arah kerana hampir 13 tahun saya mengab-dikan diri. Ia bagai makanan ha-rian saya.

“Lain rasanya jika tidak ber-main roller blade walaupun se-hari. Saya akan cuba luangkan masa mempraktikan skil baru dan melakukan beberapa aksi gaya bebas.

“ Mungkin ada yang anggap saya gila. Tetapi permainan ini memberi saya kepuasan maksi-mum,” katanya.

Selain menjadi atlet negara, Ed turut diberi tanggungjawab sebagai jurulatih kebangsaan untuk melatih pelapis sukan itu.

Pada masa sama, dia tu-rut bertugas sebagai Pembantu Teknikal Bahagian Pengurusan Acara di Taman Cabaran, Putra-jaya di bawah kendalian, Per-badanan Putrajaya.

Ed juga berjinak dalam per-niagaan peralatan dan aksesori inline skate. Justeru, dia mengalu-alukan sesiapa yang berminat mendapatkan barang itu supaya melayari [email protected].

Kontroversi fesyen rambut gaya IranBARU-BARU ini pertubuhan fesy-

en, Persidangan Hijab dan Kesu-cian (HCC) menyenaraikan con-

toh gaya potongan rambut lelaki yang bersesuaian dengan budaya masyarakat Republik Islam itu.

Usaha terbaru ditawarkan persatuan bukan kerajaan itu bertujuan menangkis fesyen rambut gaya Barat yang semakin menular dalam kalangan muda-mudi Iran selain menjadi agen promosi kepa-da budaya Islam dan negara itu.

HCC menyatakan fesyen rambut ter-baru tersebut kini sedang dalam proses kelulusan Kementerian Kebudayaan Iran dan jika diluluskan, ia akan menjadi satu-satunya undang-undang membabitkan gaya rambut lelaki yang dikuat kuasakan sejak Revolusi Islam 1979.

Ketua HCC, Jaleh Khodayar berkata, ia sudah diluluskan secara tidak rasmi dan kenyataan rasmi dijangka menyusul kemudian.

Namun, orang ramai, termasuk pengusa-

ha salun memberikan pelbagai pendapat berbeza mengenai pengumuman gaya rambut terbaru itu.

Sejak tercetus gerakan ‘reformasi’ di Iran pada lewat 1990-an, pakaian dan gaya rambut kerap muncul sebagai pe-nyataan dan ekspresi politik di republik berkenaan.

Ramai wanita muda seperti sengaja mencabar pihak berkuasa dengan me-nunjukkan sebahagian rambut di seba-lik skaf mereka selain memakai tudung pendek dan ketat.

Golongan lelaki pula dengan berani menggayakan fesyen rambut panjang dan memakai anting-anting.

Walaupun dipandang sinis media Barat dan kumpulan liberal, hakikatnya, tiada model dalam senarai gaya rambut baru itu menampikan fesyen yang boleh dilabelkan sebagai fesyen ‘warak’.

Barangkali HCC menganggap ia se-bagai salah satu cara menarik minat go-longan remaja dan belia Iran memotong

rambut dengan gaya rambut baru itu.Buktinya, pelbagai gaya potongan

rambut membabitkan pelbagai tekstur rambut daripada jenis keriting hingga kepada rambut lurus dipaparkan dalam poster gaya rambut baru itu.

Ini termasuk gaya rambut berwarna seperti fesyen 50-an, lengkap dengan jambang hingga kepada fesyen rambut seperti aktor Britain 60-an, Hugh Grant.

Walaupun perkembangan terbaru itu mencetuskan pelbagai pendapat di segi pro dan kontra, terutama pihak yang menyokong fahaman liberal, ia setidak-tidaknya menawarkan pilihan kepada masyarakat negara itu.

Ketika negara-negara Islam lain hanya mampu terpana dengan asimilasi budaya Barat hingga dianggap sebagai sebahagian daripada kebudayaan tem-patan, kemunculan Iran dengan fesyen rambut itu boleh saja dianggap sebagai bentuk perjuangan baru dalam usaha menentang dominasi pengaruh luar.

Seorang pegawai HCC menunjukkan contoh gaya rambut untuk lelaki Iran.

Oleh Muhammad Amsyari Ismail

sukan yang memintanya melaku-kan demo.

Dari satu demo ke demo lain, Ed terpilih mewakili negara ke kejohanan antarabangsa.

Pencapaian terbaik pemuda berasal dari Kajang, Selangor ini adalah dinobatkan sebagai pe-main terbaik Asia pada 2003 dan 2004.

Walaupun pernah terlintas di fikiran untuk berundur daripadasukan itu selepas berehat dua tahun akibat kecederaan serius (patah kaki) pada 2006, Ed masih tidak mahu menyerah kalah.

Kini, walaupun baru saja me-

Page 33: Transisi 5

Transisi30 JULAI - 12 OGOS 2010 33RAJA-RAJA MELAYU

Sumber Perpustakaan Negara

NegarakuTanah tumpahnya darahku,

Rakyat hidupbersatu dan maju,

Rahmat bahagiaTuhan kurniakan,

Raja kitaselamat bertakhta,

Rahmat bahagiaTuhan kurniakan.

Raja kitaselamat bertakhta

LIRIK LAGU NEGARAKULAGU KEBANGSAAN MALAYSIAPeranan Lagu Kebangsaan

bukan sahaja untuk mem-bangkitkan semangat patriotik terhadap negara bahkan ianya melambangkan sosiobudaya serta mempaparkan cita-cita, hasrat dan harapan bangsa negara berkenaan. Lagu Ke-bangsaan Malaysia dinama-kan Negaraku. Maksud lirik lagu Negaraku ialah menyeru rakyat dari berbagai bangsa, agama dan sosiobudaya hidup bersatu padu dan mengejar pelbagai kemajuan. Di samp-ing itu lagu ini memohon rah-mat dan kebahagiaan dari Al-lah untuk kesejahteraan raja, rakyat dan negara tercinta Ma-

laysia. Lagu Negaraku asalnya berentak moderato sama sep-erti kebanyakan negara-nega-ra beraja lain di dunia. Walau bagaimanapun sesuai dengan perkembangan sosioekonomi negara, pada 30 Ogos 1993 iaitu sempena menyambut Perayaan Hari Kebangsaan tahun 1993, kerajaan telah mengubah rentaknya kepada rentak march iaitu lebih ce-pat dan penuh bersemangat. Rakyat Malaysia yang cin-takan negara dan raja perlu mengetahui lebih dalam men-genai Negaraku supaya lebih bersemangat patriotik.

SEJARAH LAGU KEBANGSAANMengikut rekod terdapat

dua sumber mengenai asal usul Lagu Kebangsaan sebe-lum lagu Negaraku ini dijadi-kan Lagu Kebangsaan Malay-sia. Lagu tersebut merupakan Lagu Kebangsaan Negeri Perak dan di samping itu juga lagu yang popular bernama Terang Bulan. Mengikut ce-rita Tuan Haji Mustafa Albakri, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, lagu ini telah digunakan buat per-tama kali sebagai Lagu Ke-besaran Negeri Perak pada tahun 1901 iaitu pada masa pertabalan Raja Edward VII di England.

Sultan Idris Murshidu-ladzam Shah (Marhum Rah-matullah) menjadi Sultan Negeri Perak dari tahun 1887 hingga tahun 1916. Pada masa pertabalan Raja Ed-ward VII pada tahun 1901, Sultan Idris telah berangkat ke England sebagai wakil Raja-raja Melayu bagi Neg-eri-Negeri Melayu Berse-kutu dalam Istiadat Pertaba-lan tersebut. Apabila tiba di Pelabuhan Southampton, Pegawai Protokol dari pejabat koloni luar naik ke kapal dan bertanyakan Lagu kebesaran Negeri Perak. Adalah men-jadi amalan di England pada masa itu bahawa apabila Ke-

tua Negara atau Raja berang-kat, lagu kebangsaan negeri tersebut dimainkan.

Pada masa itu Negeri Perak tidak mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Raja Harun bin Sultan Abdullah, Setiausaha Sulit kepada Sultan adalah seorang ahli muzik. Beliau walaupun se-dar bahawa Negeri Perak tidak mempunyai lagu kebe-sarannya sendiri tidak mahu mengaku kalah. Beliau mem-beritahu Pegawai Protokol tersebut bahawa Negeri Per-ak memang sudah ada lagu kebesarannya sendiri tetapi not lagu tersebut tidak dibawa bersama. Namun begitu be-liau menyatakan bahawa be-liau boleh memainkan lagu tersebut tanpa not.

Setelah mendengar pe-nerangan Raja Harun bin Sul-tan Abdullah maka Pegawai Protokol pun membenarkan beliau memainkan lagu terse-but tanpa not. Maka Raja Harun pun memainkan Lagu Kebesaran Negeri Perak tanpa not. Lagu tersebut se-benarnya ialah lagu Terang Bulan. Dengan itu berkuman-danglah lagu Terang Bulan di bumi England pada tahun 1901 buat pertama kali dan sekaligus menjadi Lagu Ke-besaran Negeri Perak. Dari

saat itu lagu Terang Bulan menjadi Lagu Kebangsaan Negeri Perak sehingga ia di-jadikan Lagu Kebangsaan Negara dan seterusnya Lagu Kebangsaan Malaysia.

Satu lagi sumber mengenai asal usul lagu Negaraku ialah cerita yang disampaikan oleh Raja Kamarulzaman anak ke-pada Raja Mansur yang per-nah menjadi juruiring kepada Sultan Idris. Beliau menya-takan bahawa lagu Terang Bulan ini mula dijadikan Lagu Kebangsaran Negeri Perak pada tahun 1888 apabila Sultan Idris melawat London iaitu setahun selepas baginda ditabalkan. Baginda Sultan Idris berangkat ke London untuk menghadiri Upacara Kemahkotaan Permaisuri Vic-toria pada tahun 1888. Seti-banya rombongan Diraja di London sebagai persediaan, wakil Permaisuri Victoria te-lah meminta not Lagu Kebe-saran Negeri Perak dari Raja Mansur, juruiring Sultan Idris. Mengikut amalan protokol ketiga itu Lagu Kebesaran Negeri Perak akan dimainkan sebaik sahaja baginda Sultan berangkat masuk ke dewan majlis di mana istiadat yang berkenaan dijalankan. Un-tuk mengelakkan malu maka dengan kebijaksanaan dan

daya usaha Raja Mansur, be-liau telah menyatakan baha-wa not lagu tersebut terlupa dibawa. Walau bagaimana-pun, Raja Mansur mem-beritahu wakil Permaisuri bahawa sekiranya wakil Per-maisuri dapat menyediakan seorang pakar muzik yang boleh membuat not lagu, be-liau boleh membunyikannya dengan cara bersiul. Lagu yang disiulkan itu adalah lagu yang sangat popular dan di-gemari oleh penduduk Negeri Perak. Maka dengan itu Lagu Kebesaran Negeri Perak buat kali pertamanya dimainkan secara rasmi pada Upacara Kemahkotaan Permaisuri Vic-toria di London dan lagu itu ialah lagu Terang Bulan.

Tuan Haji Mubin Sheppard yang pernah memegang ja-watan Pengarah Arkib Negara telah membuat penyelidikan mengenai asal usul lagu Ne-garaku ini. Beliau mendapati cerita dari dua adik beradik iaitu Raja Aminah binti Al-marhum Sultan Abdullah dan Raja Halijah binti Almarhum Sultan Abdullah dan juga dari Raja Kamarulzaman. Mengi-kut dua adik beradik ini kali pertama mereka mendengar lagu ini yang sekarang dike-nali sebagai Negaraku ialah di Mahe, Kepulauan Seychelles

di mana ayahanda mereka iaitu bekas Sultan Perak, Sul-tan Abdullah menetap dalam buangan. Mengikut mereka lagu tersebut sangat popular di pulau tersebut dan selalu dimainkan oleh Pancaragam Perancis yang biasanya me-mainkan pelbagai lagu dan membuat pertunjukkan kon-sert untuk orang ramai di pu-lau berkenaan. Adalah diper-cayai melodi ini telah digubah oleh seorang ahli Muzik bang-sa Perancis bernama Pierre Jean de Beranger yang lahir di Perancis pada tahun 1780 dan meninggal dunia pada ta-hun 1857.

Raja Kamarulzaman juga ada menceritakan bahawa lagu ini telah diperkenalkan oleh Bangsawan dari Indo-nesia yang sedang membuat pertunjukan di Singapura. Dalam tempoh yang singkat lagu ini telah menjadi popular di Singapura dan diberi nama Terang Bulan. Walaupun lagu ini menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak namun ia di-mainkan juga di majlis-majlis sebagai lagu hiburan. Pada masa itu lagu ini terus men-jadi Lagu Kebesaran Negeri Perak sehingga dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia dengan nama Negaraku.

Page 34: Transisi 5

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 201034 BISNES

UMUR : 21-25 26-30 31-35 36 DAN KEATAS

PENDIDIKAN : Diploma Ijazah Lepasan Ijazah Lain-Lain

JAWATAN : Eksekutif Pengurus Pengurus Besar

Pengarah Pelajar

BAGAIMANA ANDA MENGENALI TRANSISI? :

DIMANA ANDA DAPATKAN NASKAH ANDA ?:

BERGELAR selebriti tidak membuatkan Izwan Pilus terus hanyut dalam dunia

hiburan tanah air. Malah, rezeki yang diperoleh menerusi nyanyian atau sebagai pengacara itu mam-pu menjadikannya berdikari apabi-la menjalankan perniagaan dalam bidang penternakan ikan air tawar.

Menggunakan jenama Nyalas Akuakultur, Izwan mengusahakan kolam ikan air tawar bersama ba-panya, Pilus Mohd Jani sejak awal tahun lalu dan mereka kini boleh berbangga apabila memiliki em-pat kolam ternak pelbagai jenis ikan dengan hanya bermodalkan RM10,000.

Anak kelahiran Kuala Lumpur itu tidak sedikitpun berasa malu bergelar pengusaha ternakan ikan air tawar. Malah, dia berbangga kerana apa dilakukannya itu ada-lah usaha murni yang mampu menjamin masa depan.

“Nama Nyalas Akuakultur diam-bil sempena nama kampung ayah, Nyalas di Jasin, Melaka. Di Nyalas jugalah pusat penternakan ikan ini saya usahakan. Saya berbangga kerana semua pihak, terutama ke-luarga memberi galakan kepada saya menceburi bidang ini.

Oleh Rudysham Abd Raof“Biarpun saya artis, tetapi saya

tidak malu mengusahakan pen-ternakan ikan air tawar ini kerana ia rezeki halal. Lagipun, saya ber-minat dalam bidang ini sejak kecil lagi,” katanya.

Sememangnya, kata Izwan, ilham menceburi bidang pernia-gaan berasaskan penternakan ikan air tawar seperti keli dan tilapia tidak pernah terjangkau di fikiran.

Namun, selepas setahun menceburi bidang seni suara dan pengacaraan, beliau yang cukup popular dengan lagu ‘Indah Le-lapku’ dan ‘Kembali Senyum’ mula memikirkan sesuatu yang lebih menjamin masa depan.

“Kebetulan selepas setahun aktif dalam bidang seni, ayah, yang bertugas sebagai kakitangan kerajaan di Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan, bersara. Dia cadangkan supaya kembangkan ternakan ikan tila-pia yang sudah mula diusahakan sepupu saya, Mohd Zieham Idros atau abang Am sejak setahun lalu,” katanya.

Dengan menyediakan kos pelaburan diperlukan dan men-jadikan tanah milik bapa abang

Am sebagai lokasi ternakan, kini selain satu kolam yang digali untuk tilapia, ada tiga lagi kolam batu di-bina khusus untuk ternakan keli.

Setakat ini, Izwan sudah tiga kali menuai hasil tilapia, manakala se-jumlah 5,000 keli berusia sebulan lebih di kolam batu hanya perlu menanti dua bulan lagi sebelum dapat dijual.

“Prospek ternakan ikan air ta-war ini memang boleh pergi lebih jauh memandangkan perancangan pihak Jabatan Perikanan Negeri Melaka yang sedang berusaha menjadikan Air Kangkung di Jasin sebagai pusat pengumpulan ikan,” jelasnya.

Izwan kini bercadang mengem-bangkan lagi perniagaan seperti itu, terutama produk akhir selain merancang menjadi pembekal keli salai.

Graduan lulusan Universiti Uta-ra Malaysia (UUM) dalam bidang Pengurusan Pelancongan itu me-mang tidak pernah duduk diam.

Ada saja kelapangan dia akan kembali ke kampung menjenguk hasil ternakannya.

Bekas pelajar Sekolah Mene-ngah Kebangsaan Taman Tasik dan SMK Simpang Bekok, Johor itu

berkata, kelebihan menternak ikan di Nyalas ialah air digunakan dipam dari sungai ke dalam kolam.

“Ini menjadikan ikan lebih segar dengan mendapat persekitaran yang lebih semula jadi. Kolam batu pula perlu dialirkan dan dikitar air supaya ia terjamin bersih dan sihat untuk pembesaran keli,” katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau tidak geli dengan ikan ternakannya, Izwan menyatakan tidak pernah, tetapi mengakui sentiasa berhati-hati apabila menangkap ikan-ikan tersebut kerana sengat keli amat bisa.

“Saya tidak geli. Malah saya suka makan keli. Tetapi saya perlu berhati-hati kerana keli ada sengat yang bisa. Jadi, untuk menangka-pnya saya perlu serahkan tugas itu kepada bapa saya,” katanya.

Bercakap mengenai album kedua, Izwan berkata, dia sedang sibuk mencari ilham menerbitkan album sendiri walaupun mengakui suasana industri muzik tanah air agak perlahan dan tidak begitu memberangsangkan.

“Apapun, saya akan cuba pas-tikan album kedua ini disiapkan sepenuhnya awal tahun depan. Saya sendiri akan terbitkan sendiri

album tersebut dan turut mencipta lagu supaya kehadiran saya dalam industri seni terus diingati pemi-nat,” katanya.

Ditanya sama ada dia ingin mengubah haluan seninya dengan menjadi pelakon, Izwan mengakui bahawa dia tidak begitu sesuai dalam seni lakon.

“Saya tidak pandai berlakon. Walaupun ada tawaran dan pernah berlakon watak sampingan dalam beberapa drama, ia tidak menaik-kan semangat saya untuk terus berlakon. Saya akan terus tumpu-kan perhatian dalam dunia seni su-ara,” katanya.

Ikan air tawarteman baru Izwan

ww

w.t

ran

sis

i.c

om

.my

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA Universiti Utara Malaysia - Transisi41-3, Jalan Raja Muda Abdul Azizi, 50300 Kuala LumpurTel : (010) 522 3832 Faks: (603) 26949 228 Emel : [email protected]

BORANG LANGGANAN

Status langganan: Baru Pembaharuan Korporat

Persendirian

TRANSISI : 26 keluaran - RM52.00

13 keluaran - RM26.00

BUTIR LANGGANAN

BUTIRAN PERIBADINama :

No KP :

Tarikh Lahir :

Alamat :

Telefon bimbit : Tel (Pejabat):

Faks :

Emel :

Bahagian Langganan Universiti Utara Malaysia - Transisi41-3, Jalan Raja Muda Abdul Azizi,50300 Kuala Lumpur

Tel: 010 5223832Fax : 03-26949228emel: [email protected]

Amaun :

Wang Pos Cek Bank Draf

(Dibayar atas nama ‘Bendahari Universiti Utara Malaysia’)

Pembayaran melalui akaun Bank Islam (Acc No: 02093010000010)

No : (Sila tulis nama di belakang Cek/Wang Pos/Bank Draf)

BUTIR BAYARAN POS KEPADA

PROFIL

saya ingin melanggan akhbar

ya!TRANSISI

Syarat-syarat

langganan

• Pembayaran tidak

akan dikembalikan

untuk pembatalan

langganan.

Page 35: Transisi 5

Transisi30 JULAI - 12 OGOS 2010 35GLOBAL

Siapa pengganti Mubarak?PADA 14 Oktober ini, genap

29 tahun Hosni Mubarak menjadi Presiden Mesir

selepas menggantikan bekas Presiden Anwar Sadat yang mati dibunuh.

Walaupun masih ada seta-hun lebih lagi sebelum pilihan raya baru berlangsung, pelbagai spekulasi sudah mula tercetus dengan banyak pihak menya-takan anak lelakinya, Gamal sedang dipersiapkan untuk mengambil alih jawatan beliau.

Mubarak turut menjadi bahan jenaka penduduk negara itu yang merujuk beliau sebagai ‘firaun terakhir’ Mesir kerana hingga kini beliau belum menamakan peng-gantinya.

Andaian Mubarak tidak akan bertanding dalam pilihan raya September tahun depan akibat faktor usia dan kesihatan me-nimbulkan pelbagai persoalan mengenai siapa calon yang layak menduduki kerusi nombor satu negara Afrika itu.

Berdasarkan rekod pilihan raya yang didakwa tidak pernah telus dan bebas, pemerhati dan peng-analisis politik meramalkan per-alihan dinasti mungkin berlaku di Mesir.

Tahun ini dikatakan masa pa-ling sesuai menentukan Pre-siden baru Mesir kerana setiap pencabar perlu segera mengorak langkah merebut peluang me-nyandang jawatan tertinggi itu.

Anak lelaki bongsu Mubarak, Gamal disebut sebagai penggan-ti paling hampir yang akan meng-gantikan tempat bapanya itu.

Beliau bekerja sebagai ek-sekutif pelaburan dalam sektor

perbankan di London sebelum pulang ke Mesir untuk menyertai politik.

Pada 2002, namanya dise-rahkan kepada sekretariat dasar Parti Nasional Demokrat (NDP) yang menguasai pentadbiran kerajaan.

Selain mengumpul reputasi hebat dengan pujian melambung

atas usaha memperkenalkan siri reformasi dan liberalisasi ekono-mi di Mesir, Gamal turut meraih sokongan kuat daripada golo-ngan elit perniagaan negara itu.

Walaupun tidak popular dalam kalangan rakyat kebanyakan, beliau dijangka cuba menaikkan imejnya di mata umum menerusi kawalan ke atas media kerajaan.

Apa yang lebih dibimbangkan Gamal adalah kehadiran bebera-pa pencabar lain yang mampu menentang usahanya memburu jawatan Presiden menerusi salu-ran sah pilihan raya.

Antaranya adalah bekas ketua pengarah Agensi Tenaga Atom

Antarabangsa (IAEA) dan peme-nang Hadiah Nobel Keamanan 2005, Mohamed ElBaradei yang mengumumkan akan bertan-ding jawatan Presiden jika pilihan raya diadakan dengan bebas.

Populariti beliau sebagai pen-cabar Gamal dapat dilihat me-nerusi kehadiran beribu-ribu pe-nyokongnya sambil membawa sepanduk bertulis, ‘Ya, ElBaradei Presiden Mesir’ ketika menyam-but kepulangannya ke Kaherah pada 19 Februari lalu.

Namun, pencalonan bersyarat dikemukakan itu dalam usaha mengubah demokrasi sistem politik Mesir dianggap masih be-lum mampu mendapatkan cukup mandat Perlembagaan dan sokongan penyokong Mubarak.

“Jika kita mencari potensi kon-flik atau pengkhianatan elit, kita tidak akan menemukannya,” kata penganalisis politik di Uni-

versiti Kent State, Joshua Stach-er di Amerika Syarikat.

“Apabila ElBaradei keluar dan berkata dia akan bertanding ja-watan Presiden, saya tidak nam-pak seorang pun keluar dan be-ritahu itu idea baik dan mereka bersama beliau,” katanya lagi.

Selain ElBaradei, Ketua Pe-risikan Mesir, Omar Suleiman juga antara pemimpin yang di-sebut sebagai calon pengganti Mubarak walaupun beliau tidak pernah mengumumkan akan bertanding jawatan Presiden.

Namanya menjadi sebutan berdasarkan sejarah tiga Pre-siden terdahulu, sejak kejatuhan pemerintahan monarki Mesir, yang terdiri daripada kalangan anggota tentera.

Justeru jika faktor latar keten-teraan menjadi isu, pemilihan Omar sebagai calon Presiden bukanlah mengejutkan.

Menurut penganalisis, selain dua tokoh ternama itu, kewu-judan pemimpin kumpulan pem-bangkang pro demokrasi masih tidak cukup kuat untuk melaku-kan kejutan pada pilihan raya akan datang.

Kumpulan pembangkang ber-pengaruh Mesir, Ikhwan Mus-limin pula masih jauh untuk dile-takkan sebagai pencabar Gamal berikutan pindaan Per-lembagaan 2007 yang melarang pembabitan sebarang parti poli-tik berasaskan agama.

Namun, berdasarkan sejarah Mesir yang menyaksikan dua bekas Presiden terdahulu me-ninggal dunia ketika berkhidmat, peluang melihat Mubarak me-lepaskan jawatan boleh saja di-anggap mustahil. Tambahan lagi, beliau tidak pernah membuat sebarang kenyataan rasmi tidak akan bertanding lagi.

Kumpulan pembangkang melancarkan protes terhadap Mubarak di ibu kota Kaherah, tahun lalu.

GAMAL MUBARAK

Rasionalisasi alam yang hilang

SEBENARNYA, ada isu lebih besar perlu difikir-kan selain bertegang urat

berhujah mengenai polemik isti-lah ‘pelarasan’ dan ‘rasionalisasi subsidi’ untuk menggantikan perkataan ‘kenaikan’ bagi harga petrol dan beberapa barangan lain.

Hakikat yang perlu diakui ialah dunia kita sekarang sedang bergelut dengan krisis tenaga

yang semakin meruncing kerana fakta membuktikan petroleum bukanlah sumber galian yang boleh diperbaharui.

Proses pembentukan petro-leum berlaku secara semula jadi membabitkan campuran kompleks hidrokarbon daripada pelbagai berat molekular dan sebatian organik lain. Ia bukan berlaku setahun dua, tetapi mengambil masa berjuta-juta

tahun.Pertambahan jumlah pen-

duduk dunia yang secara tidak langsung mempengaruhi keluk permintaan bahan-bahan kep-erluan berasaskan petroleum menjadikan rizab sumber bumi itu kian mengecil.

Perlu diketahui bahawa pe-troleum bukan sekadar dijadi-kan sebagai bahan bakar enjin, tetapi ia juga digunakan secara meluas untuk menghasilkan ba-han pengguna lain, terutama produk kimia seperti plastik, ubat-ubatan, pelarut, baja dan racun perosak.

Benar, usaha cari gali sentiasa berterusan dan telaga-telaga minyak baru akan ditemui. Na-mun, proses tersebut tetap akan

mencapai kepada tahap kemu-ncak, di mana dunia kemarau daripada sumber emas hitam itu.

Akan tiba suatu masa kecan-duan melampau terhadap sum-ber galian itu menjadi racun yang perlahan-lahan memusnahkan ekosistem manusia pada masa akan datang.

Kita sedia maklum mengenai pelbagai kajian dilakukan golo-ngan intelektual bagi mencari sumber alternatif sebagai peng-ganti petroleum. Persoalannya, sejauh manakah semua kajian itu direalisasikan bersungguh-sungguh dengan mendapat sokongan kerajaan setiap ne-gara dunia?

Di sini, ki ta akhirnya me-nyedari betapa di sebalik is-

tilah politik dan ekonomi yang kadangkala kedengaran seperti sengaja disukarkan, itu semua sebenarnya tidak lebih daripada konflik perebutan kuasa kelom-pok kapitalis.

Berbanding petroleum yang memberi kurnia berbilion ring-git dan menjadi tuhan penentu dominasi politik, apalah sangat yang mahu dipedulikan meng-enai kewujudan tenaga-tena-ga alternatif percuma itu.

Ya, dunia hari ini mengajar kita menghumban istilah pelarasan dan rasionalisasi alam kepada puak naturalis alam sekitar yang tidak ubah bagai anjing me-nyalak bukit.

Page 36: Transisi 5

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 201036 AGAMA

PUASA Ramadan adalah ru-kun Islam yang wajib kita lak-sanakan. Banyak kelebihan diturunkan Allah pada bulan ini berbanding bulan-bulan lain. Dikatakan, apabila tiba saja Ramadan, jin dan syaitan diikat, pintu neraka di tutup dan pintu syurga dibuka seluasnya untuk menerima amalan-amalan baik yang di lakukan orang beriman.

Antara keistimewaan puasa adalah Allah menggandakan pahala orang berpuasa me-lebihi amalan lain. Mereka akan mendapat dua kegembiraan iaitu ketika menikmati juadah berbuka dan ketika menemui Allah. Di-katakan, mulut orang berpuasa lebih wangi daripada bau kasturi. Apatah lagi ganjaran di akhirat, ia tentunya lebih besar berbanding di dunia.

Puasa bukan sekadar mena-han diri daripada makan dan mi-num. Perbuatan-perbuatan yang dilarang Allah juga perlu dihindari agar tidak mencacatkan pahala puasa. Rugilah jika seharian ber-puasa tetapi tidak mendapat ke-berkatan Allah selain hanya penat dan dahaga.

Kita juga diingatkan supaya memelihara lidah daripada ber-bicara perkara sia-sia dan tidak berfaedah serta menyinggung hati orang lain. Ada pepatah mengatakan bahawa lidah itu um-pama pedang. Sekiranya kamu ti-dak memotongnya, maka ia akan memotong kamu.

Berdiam diri atau memper-banyakkan zikir dan membaca Al-Quran adalah amalan yang sangat dituntut syariat. Allah ber-firman dalam surah Al-Hujurat, ayat 12 bermaksud: Dan janganlah sebahagian kamu men-gumpat sebahagian lain, apakah antara kamu suka me-makan daging saudara kamu yang sudah mati? Nescaya kamu tidak menyukainya.

Berbuka dengan tidak ber-lebihan hingga perut penuh. Ini kerana Allah tidak menyukai dan membenci bekas yang penuh ia-itu perut yang penuh. Rasulullah menganjurkan kita berbuka de-ngan kurma. Dari Anas bin Malik berkata: “Rasulullah SAW biasa berbuka dengan ruthab (kurma muda) sebelum solat. Jika tidak ada ruthab, maka beliau berbuka dengan kurma. Jika tidak ada kur-ma, beliau minum dengan satu tegukan air.”

Justeru semasa berbuka, eloklah makan makanan mudah hadam,mengandungi banyak serat dalam kadar sederhana. Malah, sewaktu bulan puasa ini-lah peluang kita untuk berjimat cermat dalam perbelanjaan hari-an daripada berlaku permbaziran.

HIKMAH DAN KELEBIHAN PUASA:1. Menyedarkan kita bahawa se-tiap gerak geri kita di perhatikan Allah untuk ditimbang ketika kiamat kelak.2. Memberi kesegaran fizikal dan mental.3. Merehatkan seketika perut daripada penghadaman makan-an dan toksik.4. Kekenyangan berlebihan men- didik seseorang malas bekerja, manakala jiwa menjadi keras.5. Menyuburkan perasaan kasih sayang dan menanam sifat priha-tin terhadap orang susah.

Kesimpulannya, amalan berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal selain menyambut kedatangan Ramadan dengan hati bersih dan jiwa suci dengan natijahnya me-ngundang ke arah kecemerla-ngan hidup dunia dan akhirat.

Namun, ganjaran yang menanti orang berpuasa tentu-nya lebih besar di akhirat kelak.

Sabda Rasulullah bermaksud:Sesungguhnya dalam syurga

terdapat sebuah pintu dikenali dengan nama Rayyan, di mana memasuki daripadanya orang-orang berpuasa dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk me-laluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak me-masukinya. - Riwayat Bukhari dan Muslim.

Ramadan penuh fadilatBersederhanalah ketika berbuka ataupun bersahur dan jangan-lah diikutkan selera nafsu ketika berkunjung ke bazar Ramadan.

Mereka yang diwajibkan ber-puasa hendaklah seorang mus-lim. Tidak sah puasa orang kafir kerana ia adalah ibadah, seba-liknya orang kafir bukan ahli iba-dah. Selain itu, baligh, berakal, berkeupayaan dan bersih dari-pada haid dan nifas juga menjadi rukun puasa. Puasa tidak wajib ke atas kanak-kanak kerana ti-dak baligh, tetapi digalakkan bagi melatih mereka berpuasa dan tiada paksaan.

Islam juga memberi kelong-garan kepada umatnya yang ber-musafir kerana ia ditakuti ditimpa mudarat.

Jika tidak memudaratkan, lebih baik diteruskan berpuasa supaya tidak perlu mengganti-kannya kelak. Ini kerana puasa yang ditinggalkan pada Ramadan wajib diganti. Kelonggaran juga diberikan kepada orang sakit, termasuk ibu mengandung bagi menjaga bayi dalam kandungan.

Ramadan mempunyai kele-bihan di sepuluh malam terakhir Lailatul Qadar yang tidak diketa-hui bilakah malam tersebut. Ra-sulullah sendiri memperbanyak-kan ibadah pada sepuluh malam terakhir bersama keluarganya.

Firman Allah dalam surah Al-Qadar, ayat 3 bermaksud: “Lail-atul Qadar lebih baik daripada seribu bulan”.

Pada malam itu, malaikat akan turun bersama rahmat Allah bagi memuliakannya.

Bagi umat Islam yang meng-hidupkan malam tersebut dengan rasa keimanan, maka Allah akan mengampunkan dosa hamba-Nya itu.

Justeru, penulis mengajak semua umat Islam memanfaat-kan sepuluh malam terakhir penuh keberkatan ini dengan amalan zikir dan ibadah lain serta berdoa kepada-Nya.

Ketika Ramadan juga ada tanggungjawab yang wajib di-lakukan bagi melengkapkan puasa kita iaitu membayar zakat fitrah, juga salah satu rukun Islam yang perlu dilaksanakan umat Is-lam.

Zakat fitrah boleh dibayar ber-mula dari awal Ramadan dan hukumnya sunat jika membayar selepas fajar Hari Raya pertama hingga waktu solat Hari Raya.

Namun, ia tidak dikira sebagai zakat fitrah jika dibayar selepas solat Hari Raya. Sebaliknya di-anggap sebagai sedekah dan hu-kumnya makruh.

Ia haram pula sekiranya zakat itu dibayar selepas berakhir Hari

Raya Pertama. Jadi, sangat rugi jika kita tidak membayar zakat awal kerana ditakuti terlupa.

Setiap ibadah sudah tentu mempunyai cabaran dan hala-ngan. Ini kerana terdapat gang-guan syaitan dan lain-lain supaya ibadah tersebut batal atau tidak diberikan pahala di sisi Allah.

Justeru, janganlah jadikan ibadah anda sia-sia selain perlu tahu matlamat sesuatu ibadah itu diwajibkan dan hikmahnya.

Dengan itu, barulah kita meng-alu-alukan kedatangan Ramadan dengan penuh kegembiraan dan bersemangat.

Puasa juga mempunyai ba-nyak kelebihan di sudut kesiha-tan. Ia boleh menurunkan berat badan atau masalah obes de-ngan cara sihat melalui penga-walan kandungan gula dan mere-hatkan perut.

Puasa turut mendisiplinkan diri supaya berhenti merokok, di mana perokok meninggalkan ro-kok pada siang hari kerana ber-puasa, manakala sebelah malam pula mereka boleh sibukkan diri dengan amalan solat Tarawih.

APAKAH hukum jika ketika wu-kuf, di mana kita disuruh mena-ngis dan meratap memohon am-pun atas kesalahan dan dosa, tiba-tiba datang ingatan bahawa perbuatan itu seakan perbuatan penganut lain. Tetapi selepas itu sempat beristighfar.

Ketika berwukuf di Arafah, lebih baik membanyakkan ibadat seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir, bertahlil, bertasbih dan membaca doa, khasnya doa wukuf seperti disa-rankan Lembaga Tabung Haji dalam buku berjudul, ‘Ibadat haji Umrah dan Ziarah’. Apapun, yang dimaksud-kan menangis memohon ampun atas ke-salahan dan dosa itu bukanlah merujuk kepada ratapan keterlaluan dengan suara kuat. Tetapi sekadar menitiskan air mata tanpa disedari kerana kesal dengan dosa-dosa lalu.

Hak penjagaan anak selepas ibu bapa bercerai?

Di bawah undang-undang Islam, hak jagaan anak adalah hak ibu bapa kerana mereka sebaik-baik tempat perlindungan dan kasih sayang. Apabila ibu bapa bercerai anak-anak kehilangan tempat pergantungan, apatah lagi mereka yang masih kecil. Justeru Islam memberikan hak had-hanah/penjagaan anak kepada ibu kerana lazimnya ibu ialah insan paling hampir dengan anak.

Diriwayatkan Abdullah ibn Omar bermaksud, seorang perempuan berkata: “Ya Rasulullah sesungguh-nya anak laki-lakiku ini perut akulah yang mengandungnya, akulah yang menyusuinya dan pangkuanku tem-pat perlindungannya. Tetapi tiba-tiba ayahnya merasa berhak mengambil-nya dariku. Maka sabda Rasulullah: Engkau lebih berhak terhadapnya se-lama engkau belum kahwin lagi.”

Syed Sabiq dalam Fiqh al Sun-nahnya berkata: “Sesungguhnya setiap yang menjaga dan yang di-jaga (anak) mempunyai hak dalam hal pemeliharaan, tetapi hak dijaga lebih kuat daripada hak menjaga.

Merujuk amalan Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Ma-laysia, hak penjagaan anak belum mumaiyyiz diserahkan kepada ibu-nya. Namun, ia tertakluk kepada kepu-tusan Mahkamah Syariah yang akan melihat kriteria pada ibu untuk mela-yakkannya mendapat hak penjagaan tersebut. Jika mahkamah mendapati ibu tidak layak seperti murtad atau berkahwin lain, hak itu akan berpin-dah kepada waris mengikut susunan keutamaan kerana prinsip undang-undang Islam adalah menjaga kebaji-kan kanak-kanak.

Saya ingin bertanya, apakah title anak luar nikah? Apakah dia cucu kepada ibu bapa perempuan/le-laki itu?

Anak luar nikah dinasabkan kepa-da ibunya dan cucu kepada ibu bapa sebelah perempuan.

Saudara saya (lelaki) me-warnakan rambutnya dengan pewarna yang terdapat di pasa-ran. Saya ada melihat tanda ha-lal (Jakim) pada kotak pewarna rambut. Bolehkah dia (lelaki) atau saya mewarnakan rambut kerana saya rasa ia kelihatan lebih can-tik, bersinar dan menarik per-hatian. Apakah warna pewarna yang dibolehkan?

1. Tanda halal dikeluarkan Jakim adalah bagi memastikan sesuatu barangan halal dimakan/digunakan. Tetapi, seseorang itu masih terikat dengan hukum syarak di segi peng-gunaannya seperti seorang perem-puan menyalahgunakan pewarna rambut itu untuk tujuan berhias ke-pada selain daripada suaminya atau bertujuan menunjuk-nunjuk, maka ia haram.

2. Warna hitam haram digunakan.

Ramai umat Islam sering meng-hadiri jamuan di hotel. Sejauh manakah dapat dipastikan sta-tus halal makanan yang dihidan-gkan di hotel-hotel seluruh nega-ra, khasnya Kuala Lumpur?

Pihak kerajaan mewujudkan prosedur logo halal bagi hotel-hotel dan premis-premis makanan halal. Jika lihat ada tanda logo halal dike-luarkan Jakim pada premis/hotel tersebut, maka bolehlah guna/makan makanan disediakan hotel itu. Anda berhak bertanya mengenai sijil halal kepada pihak pengurusan hotel itu.

Apakah hukum wanita mema-suki masjid semasa haid kerana menghadiri majlis pernikahan?

Wanita yang sedang dalam hadas besar (haid) haram memasuki masjid (tempat sembahyang). Dalam situasi itu, wanita tersebut hendaklah duduk di luar seperti anjung masjid atau ti-dak perlu hadir ke majlis akad nikah yang diadakan di masjid.

Oleh Ust Jeffri Bujang

Soal/Jawab Masjid Negara,

Kuala LumpurUst Jeffri Bujang

Pembaca boleh menghantar emel kepada [email protected] untuk mengajukan soalan mengenai sebarang kemusykilan agama.

HADIS: Sabda Rasullah SAW: Sampaikanlah (sumber) daripadaku sekalipun satu ayat - Riwayat Al-Bukhari

Page 37: Transisi 5

Transisi30 JULAI - 12 OGOS 2010 37SIHAT

Derita talasemia JIKA diperhatikan, raut

wajah ceria Nur Syifaa’ Badruddin, 19, dan Rusha-

niza Ramlee, 26, sama saja se-perti rakan-rakan lain.

Namun, tidak ramai yang men-jangka dua wanita tabah itu ada-lah antara ribuan pengidap tala-semia di Malaysia, iaitu sejenis penyakit yang ada kaitan dengan genetik.

Aktiviti luaran Nur Syifaa’ mula terjejas dan terbatas apabila dia disahkan mengidap talasemia seawal usia 12 tahun. Ini kerana masalah bengkak muka, pucat dan kerap pitam yang dihadapi memaksanya berulang alik ke hospital untuk mendapatkan ra-watan susulan.

Kini, selepas hampir tujuh ta-hun mengidap talasemia, hospi-tal sudah dianggap bagai rumah keduanya.

“Pada mulanya, saya memang sedih dan tidak boleh terima. Apatah lagi, saya dimaklumkan doktor pada Hari Raya.

“Namun, atas dorongan keluarga dan rakan-rakan, saya kini lebih beran i meng-hadap inya , ” katanya yang kini menyambung pengajian dalam bidang seni reka fesyen di Kolej Komuniti Baling.

Menurutnya, dia terpaksa ber-gantung pada ubat hingga akhir hayat bagi menambah darah dalam badan.

“Pada awal pengajian di kolej

MUNGKIN ramai tidak me-ngetahui apakah talasemia dan bagaimana penyakit itu me-nyerang.

Talasemia adalah penyakit membabitkan sel-sel darah me-rah yang diwarisi daripada ibu atau bapa kepada anak melalui gen.

Ia tidak dijangkiti melalui pe-mindahan darah, udara, air, sentuhan fizikal, hubungan sek-sual ataupun kekurangan zat makanan.

Di Malaysia, seorang dari-pada setiap 20 orang adalah pembawa talasemia. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal.

Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin, ba-hagian sel darah merah yang mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh, yang mencukupi dalam darah mere-ka.

Kesan daripada kekurangan sel darah merah normal itu akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat akibat paras hemoglobin (Hb) rendah (anemia).

Sel darah merah berfungsi membekalkan oksigen ke-pada tisu dalam badan dan kekurangan sel itu akan meng-akibatkan pesakit talasemia lesu, tidak bermaya dan mung-kin sesak nafas jika paras he-moglobin semakin menurun.

Ujian saringan darah elak komplikasi buruk

Lazimnya, anak-anak pembawa talasemia ke-lihatan normal sewaktu dilahirkan. Namun, akan mula mengalami masalah anemia serius apabila mencapai usia 13 hingga 18 bulan.

Anemia serius memberi kesan kepada jantung menyebabkan kesukaran bernafas. Perut pesakit

akan membuncit akibat pembengkakan hati dan limpa, manakala pemben-tukan tulang muka, pipi dan rahang turut berubah serta tidak normal.

Tumbesaran pesakit juga terbantut dan bagi pesakit wanita, payu dara mereka tidak mem-besar dan kitaran haid terganggu.

1. Lakukan ujian saringan darah bagi mereka yang ada sejarah keluarga mengidap talasemia.2. Jika ada ciri talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu ber-sikap terbuka dan berbincang dengan pasangan anda. Bakal pasangan juga perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada pasangan anda juga mempunyai ciri sama atau seba-

liknya.3. Jika kedua-dua pasangan me-miliki ciri talasemia, dapatkan nasihat dan keterangan lanjut dengan menghadiri kaunseling genetik. Ini kerana sekiranya kedua-dua pembawa gen tala-semia berkahwin, kemungkinan besar anak dilahirkan mengi-dap talasemia major yang boleh membawa maut.

Oleh Gan Yong Li

Jenis talasemia

• Talasemia minor - mereka

yang mempunyai keca-

catan gen, tetapi tidak

menunjukkan tanda-tanda

pembawa.

• Talasemia major - mereka

yang memiliki baka

talasemia penuh dan ada

tanda-tanda talasemia.

Pencegahan

Tanda dan gejala Mereka yang mengesyaki

diri mempunyai talasemia atau pembawa boleh berjumpa pakar genetik bagi mendapatkan mak-lumat dan membuat ujian.

Kaunselor genetik boleh membantu pesakit membuat perancangan keluarga dan cara rawatan penyakit itu adalan me-lalui transfusi darah berterusan setiap bulan.

Walaupun proses peminda-han darah itu, yang dilakukan berulang kali sepanjang hayat,

mampu menyelamatkan nyawa, tetapi ia juga boleh menyebab-kan kesan sampingan serius akibat lebihan zat besi terkumpul dalam organ penting tubuh sep-erti hati, jantung dan kelenjar en-dokrin.

Selain itu, saringan ujian darah untuk talasemia boleh dijalan-kan di semua klinik dan hospital bagi mengetahui status penyakit berkenaan kerana tanpa rawatan sempurna, beberapa komplikasi buruk boleh berlaku dan lazim-nya, pesakit meninggal dunia ke-tika usia remaja.

Bagi rawatan lebih sempurna, penyingkiran zat besi berlebi-han perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine. Ia juga boleh dipulihkan melalui pemindahan sum-sum sekiranya ada penderma sesuai dalam kalangan ahli keluarga atau orang awam.

Talasemia yang tidak dirawat berisiko menyebabkan kematian akibat kekurangan darah teruk.

Rawatan penyakit

Sebenarnya, talasemia boleh dielakkan dengan pengesanan awal pembawa selain mengelak perkahwinan sesama pembawa talasemia.

Talasemia tidak boleh dicegah, tetapi program pen-didikan kesihatan, ujian darah, kaunseling genetik dan diag-nosis pranatal mampu mem-berikan maklumat perubatan sepenuhnya bagi membantu pasangan suami isteri menda-patkan anak yang sihat.

dulu, saya terpaksa tangguh belajar buat sementara atas fak-tor kesihatan. Saya juga pernah mendapatkan rawatan di hospi-tal selama tiga minggu dengan bantuan oksigen dan dimasuk-kan darah selain tidak mampu bergerak.

“Tetapi, ia tidak sedikit pun tidak menjatuhkan semangat saya untuk melawan penyakit ini dan terus belajar bagi mendapat keputusan cemerlang,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pesakit Talasemia, Rushaniza Ramlee, 26, yang disahkan mengidap penyakit itu pada usia 7 tahun, menyatakan hanya doa yang mampu dipohon supaya diberikan kekuatan menghadapi dugaan hidup tersebut.

Anak bongsu daripada empat adik beradik itu berkata, ketika itu dia demam teruk hingga ter-paksa dikejarkan ke hospital dan ditahan di wad.

“Mana tidak sedihnya kerana dalam usia muda, saya disahkan

pengidap talasemia. Sepanjang mengidap penyakit ini, kesihatan saya sering terganggu dan perlu mendapatkan rawatan setiap bulan. Saya kena makan ubat dan suntik deferral dalam tubuh untuk buang zat besi,” katanya.

Pada April 2002, Rushaniza menjalani pembedahan limpa dan batu hempedu akibat komp-likasi buruk penyakit berkenaan yang menyebabkan matanya kabur.

“Lebih menyedihkan, abang saya turut mengidap talase-mia dan sudah meninggal du-nia. Tetapi, atas sokongan dan dorongan ahli keluarga, saya dapat menghadapinya dengan tabah dan dapat bertahan hing-ga sekarang.

“Kepada pesakit talasemia lain, jangan mudah putus asa dan sentiasa berdoa kepada Tu-han agar berjaya mengharungi segala halangan ditempuhi,” ka-tanya lagi.

NUR SYIFAA

RUSHANIZA

Page 38: Transisi 5

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 201038 HAWA

MEMBINA mahligai perkahwinan adalah de-tik indah sekali seumur

hidup. Tidak hairan jika ramai pa-sangan sanggup membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk me-langsungkan majlis perkahwinan mereka.

Namun, jika tidak berhati-hati merancang bajet perkahwinan, bakal pengantin akan mengalami masalah kewangan kelak. Se-harusnya, sebelum merancang berkahwin, bajet perlu diatur sebaiknya agar mereka dapat menguruskannya dengan sem-purna.

Sebelum merancang majlis perkahwinan, pasangan harus menyediakan belanja yang se-timpal keupayaan kewangan

Bajet kahwinUkur baju badan sendiri

1. RM10,000 - RM20,000Agak mewah bagi pengantin lelaki, tetapi hanya sesuai untuk ma-jlis perkahwinan di rumah dan bukan di hotel atau taman. Namun, bajet ini masih mampu membuatkan majlis perkahwinan anda in-dah dan meriah.

2. RM20,001 - RM30,500Dikategorikan sebagai mewah untuk majlis perkahwinan di rumah, tetapi masih tidak berpadanan jika dilakukan di hotel atau taman. Bagaimanapun, anda boleh menceriakan hati pasangan dengan melangsungkan hari bahagia anda di rumah kerana banyak perka-ra yang boleh dilakukan dengan jumlah bajet sebanyak itu. Apa saja diidamkan anda untuk majlis tersebut dapat dipenuhi.

3. RM30,501 - RM40,500Jumlah maksimum kenduri di rumah dan anda mampu menyedia-kan apa saja untuk majlis perkahwinan ini. Belanja ini masih boleh dikurangkan agar berpatutan dengan membeli perkara yang diper-lukan saja. Namun, jumlah ini masih belum benar-benar cukup untuk melangsungkan perkahwinan di hotel. Jumlah ini mem-bolehkan anda menyewa sebuah dewan sederhana di hotel de-ngan jemputan terhad. Itupun jika anda berhasrat melangsungkan perkahwinan di sana.

4. RM40,501 dan ke atasAgak keterlaluan untuk majlis perkahwinan di rumah. Wang sele-bihnya boleh digunakan untuk perkara-perkara lain seperti mem-beli barangan dapur, membuka akaun pendidikan anak-anak dan lain-lain. Bagi mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan di hotel atau taman, belanja ini amat sesuai dengan majlis sede-mikian. Perbelanjaan dikeluarkan terlalu banyak, tetapi ia ber-padanan dengan majlis dilangsungkan.

Oleh Siti Nurmah Wasilanmasing-masing.

Berbelanjalah berdasar-kan kemampuan dan elakkan mengambil pinjaman peribadi secara berlebihan.Perbincangan mengenai perkahwinan adalah mustahak bagi mengelakkan pembaziran selain mengekal-kan bajet perkahwinan anda dan keputusan dicapai harus diper-setujui bersama.

Jika bajet terhad, cara terbaik adalah memberi keutamaan ke-pada perkara-perkara penting seperti tempat majlis, makanan, khidmat andaman (mak andam), kerusi meja, cenderahati dan jemputan.

Sebaik-baiknya, buat kajian mengenai mutu khidmat pem-bekal sebelum membuat tempa-

han agar tidak hanya indah khabar daripada rupa.

Membuat perbandingan pakej perkahwinan dapat menentukan bajet berdasarkan kemampuan diri. Sentiasa semak bajet bagi memastikan ia tidak melebihi perbelanjaan. Langkah bijak ada-lah mencatat setiap perbelanjaan dan menyimpan resit sebagai bukti pembayaran jika ada seba-rang keraguan terhadap pemba-yaran yang sudah dilunaskan.

Pasangan pengantin baru, Aiz-ratul Ain Yosri, 23, dan Wan Mu-hammad Pakarudin Wan Shafii, 29 yang baru saja mendirikan rumah tanggga pada Jun lalu menyatakan mereka mengambil masa enam bulan untuk mem-buat persiapan perkahwinan.

Aizratul berkata, majlis perkah-winan bagi pihaknya menelan belanja RM20,000 dan hantaran RM8,000, manakala kenduri di-langsungkan di rumahnya. Begitu juga sebelah pihak suami yang melangsungkan persandingan di kampung halamannya di Besut, Terengganu.

“Tradisi kenduri di kampung atau rumah sediri banyak fae-dahnya. Antaranya sikap gotong-royong yang menjadi amalan komuniti desa dengan penduduk kampung datang masak dan mel-akukan pelbagai aktiviti bersama.

“Kelebihan kenduri di rumah adalah dapat mengurangkan kos belanja berbanding hotel.

“Lagipun, kami memutuskan tidak membuat pinjaman bank atau daripada pihak lain untuk mengelak pelbagai masalah pada kemudian hari,” katanya lagi.

Kos bersesuaian bajet

PENGANTIN BARU.. Aizratul dan suami.

bersamaChef Raja Ariffin Raja Sufian

RESIPI WARISAN

Mi Rebus

BAHAN-BAHAN : 1 kg mi kuning * 1 kg ubi keledek direbus & dikisar2 tangkai daun bawang - dihiris * 2 biji kentang (rebus dipotong nipis2 tangkai daun sup –dihiris * 230 gm udang kering3 biji cili merah —dihiris

• Celur mi dan toskan air. Ketepikan sementara untuk membuat kuah

• Bagi membuat kuah, panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis bawang, cili serta udang kering hingga garing• Masukkan keledek dan kentang• Tambahkan air untuk kepekatan kuah• Gula dan garam secukup rasa• Biarkan sehingga mendidih• Tuangkan kuah yang telah siap dimasak• Kemudian hias bersama bahan-bahan di atas.

* 1 inci halia, 3 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih300 gm tauge3 sudu besar cili semuanya dikisar3 biji tauhu goreng * garam, minyak masak, gula dan air secukupnya3 biji telur rebus3 biji limau nipisbawang goreng

CARA MEMBUATNYA :

Page 39: Transisi 5

Transisi30 JULAI - 12 OGOS 2010 39UJI MINDA

HUKUM

Perbualan antara cikgu dan anak muridnya.

Murid: Cikgu, apakah kita boleh dihukum untuk sesuatu yang belum dilakukan?Guru: Oh, semestinya tidak. Kita hanya boleh dihukum atas perbuatan yang dilakukan. Kenapa kamu tanya?Murid: Syukurlah, cikgu. Saya belum buat latihan yang cikgu bagi semalam.

Anda peka?Cari 7 perkara yang sama tapi tak serupa

A

B

05/10 Teka Silang Kata

Sud

ok

u

Jawapan Bilangan 04

Anda Peka

9 5 3 42 5 7

7 39 3 5 1

1 88 9 3 7

8 53 9 7

1 6 2 8

Sudoku

Ke bawah2. Ahli3. Negro4. Itu6. Leik7. Gol8. Kaf

1 2 3 4

5 6

7 8

9

MELINTANG

1. Serangga berkepak5. Tirai7. Kerosakan pada sesuatu permukaan organ9. Bunga kelapa

KE BAWAH

2. Makhluk yang mempunyai akal budi3. Beku4. Kayu runcing6. Simbol Aktinium8. Gembira

Melintang1. Basung5. Lengit6. LI7. Gok9. AB10. Khilaf

1

2 3

4

5 6

Teka silang kata 04/10

5 2 7 9 3 8 6 4 13 9 6 7 4 1 8 2 54 8 1 2 6 5 9 7 38 1 3 5 2 9 7 6 42 4 5 1 7 6 3 8 96 7 9 3 8 4 1 5 29 3 2 8 5 7 4 1 61 6 8 4 9 2 5 3 77 5 4 6 1 3 2 9 8

Page 40: Transisi 5

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 201040 SUKAN

KEHANGATAN kerusi calon Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Ma-

laysia (FAM) jelas terasa apabila lima calon berentap bagi mengisi dua kekosongan itu pada 31 Ju-lai ini.

Antara calon-calon bertanding jawatan itu ialah Tengku Abdul-lah Sultan Ahmad Shah, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Red-zuan Tan Sri Sheikh Ahmad, Datuk Che Mat Jusoh dan Datuk Abdul Mokhtar Ahmad.

Bagi kerusi Naib Presiden FAM, seramai lapan calon yang bakal mengisi empat kekoson-gan tersebut, iaitu Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Datuk Seri Zahrain Mo-hamed Hashim, Datuk Seri Ab-dullah Hishan Mohd Hashim, Da-tuk Hamidin Mohd Amin, Datuk Afandi Hamzah, Datuk Subahan Kamal, Datuk Lawrence Gim-bang dan Datuk S Subramaniam.

BARISAN kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan

berubah wajah lagi menjelang kongres ke-47 badan induk bola sepak negara itu pada 31 Julai ini di Holiday Inn Kuala Lumpur, Glenmarie, Shah Alam.

Rata-rata peminat bola sepak negara yang baru sa-haja dilanda ‘demam’ Piala Du-nia di Afrika Selatan berakhir 12 Julai lalu, kini mencongak adakah akan ada perubahan dalam kepimpinan FAM.

Satu kerusi daripada 15 kerusi sudah diketahui apabila penyandangnya, Sultan Pa-

hang, Sultan Ahmad Shah me-nang tanpa bertanding selepas menerajui tampuk kepimpinan FAM sejak 1984.

Paling mencuri tumpuan su-dah pasti jawatan Timbalan Presiden yang menawarkan dua jawatan. Hasrat Khairy Jamaluddin berundur dari ja-watan ini meninggalkan Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad penyandang tunggal bertan-ding. Namun, berdasarkan si-tuasi semasa, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Pre-siden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annu-ar Musa dilihat favourite untuk mengisi dua kekosongan itu.

Difahamkan dua calon ini, menerima sokongan kuat se-mua persatuan bola sepak negeri (FA) dan anggota ga-bungan FAM. Selepas tiga tahun meninggalkan FAM, Tengku Abdullah ingin kembali demi melakukan pembaharuan pentadbiran bola sepak negara dan mengukuhkan kedudu-kannya selaku Naib Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Manakala kejayaan Annuar Musa mengemudi Kafa sehing-ga meletakkan Kelantan kem-bali menjadi pasukan disegani sejak dua tahun lalu menjadi-kannya pilihan untuk bersama

PRESIDENSultan Ahmad Shah (menang tanpa bertanding)

TIMBALAN PRESIDEN (dua kekosongan)1. Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah2. Tan Sri Annuar Musa3. Datuk Seri Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad4. Datuk Che Mat Jusoh5. Datuk Abdul Mokhtar Ahmad

NAIB PRESIDEN (empat kekosongan)1. Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar2. Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim3. Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd Hashim4. Datuk Hamidin Mohd Amin5. Datuk Afandi Hamzah6. Datuk Subahan Kamal7. Datuk Lawrence Gimbang8. Datuk S Subramaniam

Senarai calon pemilihan FAM

Pilih pemimpin ikhlas, kuat kerja

Siapa calon

Bagaimanapun, kerusi Pres-iden masih terus diterajui oleh Sultan Ahmad Shah dengan keputusan menang tanpa bertanding.

Pada pemilihan kali ini, setiap calon tidak dapat duduk senang kerana masing-masing mempu-nyai kekuatan dan pengalaman tersendiri.

Berdasarkan senario semasa, semua persatuan bola sepak negeri (FA) dan anggota gabu-ngan FAM lain dilaporkan me-nyokong penuh kehadiran semu-la Tengku Abdullah.

Turut mencuri perhatian umum adalah kesediaan Presiden Per-satuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa un-tuk bertanding.

Beliau antara calon yang dilihat memiliki bakat dan kepimpinan yang baik berikutan kejayaannya menjulang nama pasukan Kelan-tan dalam tempoh dua tahun.

Annuar, yang mula menerajui KAFA pada penghujung 2007, memberi nafas baru kepada pasukan Kelantan dengan mem-bawa skuad Pantai Timur itu dari Liga FAM ke Liga Perdana dan seterusnya Liga Super.

“Mengurus sebuah pasukan bukan perkara mudah, ia me-merlukan perancangan teliti bagi memastikan segalanya berjalan lancar.

“Saya bukan saja menumpu-kan prestasi pasukan, tetapi juga setiap aspek berkaitan bola sepak Kelantan. Semua itu harus diberikan perhatian. Ini termasuk kekuatan dan gelombang pe-nyokong Kelantan yang turut membantu membawa Kafa ke peringkat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Buku ‘The Red Warriors - menuju puncak’ bertempat di Hotel Roy-al Chulan, Kuala Lumpur yang

Oleh Gan Yong Li

Tengku Abdullah. Nasib Redzuan selaku pe-

nyandang sejak 2004 menjadi tanda tanya seandainya perwaki-lan sebulat suara inginkan peru-bahan kali ini. Walaupun diang-gap underdog, Datuk Mokhtar Ahmad boleh mencipta kejutan kali ini. Pengalamannya selaku Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mampu melonjakkan namanya. Mungkin sudah tiba masa, beliau mencurahkan pengalamannya kepada pentadbiran FAM.

Kerusi Naib Presiden turut menjadi tumpuan dengan empat jawatan ditawarkan menjadi re-butan lapan inidividu. Setiausaha FAS, Datuk Hamidin Mohd Amin calon pilihan untuk mengisi satu daripadanya yang turut menjadi rebutan, Datuk Afandi Hamzah (penyandang), Datuk Subahan Kamal, Datuk S Subramaniam,

Datuk Seri Raja Ahmad Zainud-din Raja Omar, Datuk Lawrence Gimbang, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Datuk Ab-dullah Hishan Mohd Hashim.

Siapa pun yang dipilih kali ini perlulah sedar akan tang-gungjawab mereka terhadap mutu bola sepak negara. Biarlah mereka yang benar-benar me-miliki rekod baik, berpengeta-huan, berwawasan, kuat bekerja dan paling penting ikhlas dipilih. Mereka yang tidak ikhlas dan mempunyai agenda peribadi wajar ditolak kerana jika mereka dipilih, susah untuk kita lihat bola sepak negara meningkat.

Harapan saya hanya satu ke-pada ahli gabungan FAM agar mengundi dan membuat pilihan bijak memilih barisan baru FAM demi kemajuan bola sepak ne-gara.

disempurnakan oleh Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamalud-din.

Buku tersebut menghimpun-kan cerita warna-warni bola sepak Kelantan dalam tempoh tidak sampai tiga tahun yang sarat dengan makna dan sejarah tersendiri.

Khairy berkata, kesungguhan yang disumbangkan Annuar, selaku Presiden Kafa, mem-berikan suntikan baru kepada pasukannya hingga stadium sen-tiasa penuh dengan kehadiran penyokong fanatik mereka tanpa mengira tempat.

“Hal ini wajar dibanggakan ke-

rana ia berjaya dilakukan dalam masa singkat. Saya percaya dan yakin bahawa Annuar dapat membantu menaikkan prestasi FAM jika dipilih menyandang ja-watan Timbalan Presiden FAM.

“Walaupun akan berundur se-bagai Timbalan Presiden, tetapi saya akan tetap bersedia mem-bantu dan memberi sokongan kepada skuad bola sepak nega-ra,” katanya.

Beliau kemudian menyatakan tidak akan mempertahankan jawatan dipegangnya itu atas alasan ingin memberi tumpuan kepada karier politiknya.

terbaik

Tepi PadangMuhammad Amsyari Ismail

Annuar (kiri) berjabat tangan dengan Khairy.

Page 41: Transisi 5

Transisi30 JULAI - 12 OGOS 2010 41HIBURAN

Pesona Twilight

JIKA dilihat seimbas lalu tiada apa yang istimewa dengan Twilight. Ia sekadar filem romantik klise berlatarkan percintaan ma-nusia dan pontianak dengan diselitkan konflik penuh fiksi sebagai penyedap ce-rita. Namun, pesona dimiliki filem itu bu-kan saja mencetuskan fenomena. Malah,

ia menjadi antara karya layar perak paling dinanti-nanti peminat seluruh dunia. Kepa-da mereka yang terlepas menyaksikan dua siri awal filem adaptasi novel hasil karya Stephenie Meyer itu, mungkin ada baiknya anda mengenali karakter-karakter yang mewarnai filem box office itu:

KAWAN BELLATeman-teman Bella menjadi pe-nyeimbang antara ‘dunia asing’ dimasukinya dan ‘dunia nyata’. Mereka langsung tidak pernah tahu dia hidup di ‘dunia lain’.

CHARLIE SWANCharlie perlu belajar mengenai bagaimana membesarkan seorang anak gadis di tengah kesibukannya sebagai ketua polis di Forks sele-pas bekas isteri, Renee berkahwin lagi. Charlie juga teman rapat ayah Jacob, Billy Black.

JACOB BLACKDia bangsa Quileute Wolfpack dan sahabat lama keluarga Bella. Dia menyedari dirinya bertang-gungjawab melindungi tanah suku Indian daripada pontianak. Bella hampir jatuh cinta kepadanya yang muncul mengisi kekosongan hati ketika ditinggalkan Edward. Na-mun, cinta Bella lebih kuat kepada Edward.

VOLTURIVolturi bertugas sebagai penegak hukum bangsa pontianak. Mereka berketurunan bangsawan dan me-miliki kekuatan melebihi pontianak lain serta tidak pernah berkom-promi walaupun terpaksa mem-bunuh manusia atau pontianak. Keterlibatan Volturi dalam urusan keluarga Cullen bermula ketika Ed-ward putus asa dan meminta Vol-turi mengakhiri hidupnya.

ISABELLA SWANSejak berpindah dari Phoenix ke Forks, kehidupannya berubah. Dia dia jatuh cinta kepada Edward, pontianak (vampire) berusia ham-pir seabad. Masalah menjadi rumit apabila dia mengenali Jacob, si serigala jadian yang dianggapnya sahabat karib. Ia diburukkan lagi dengan permusuhan lama Jacob dan Edward.

CARLISLE CULLENDia ketua keluarga Cullen yang menubuhkan kultus Olympic Co-ven. Keluarganya bersumpah tidak akan minum darah manusia dan hanya minum darah haiwan untuk hidup. Dia bagaikan bapa yang membimbing keluarganya menjalani kehidupan dengan ma-nusia dan berdamai dengan Qui-leute Wolfpack dan Volturi.

VICTORIADia berdendam dengan kelua-rga Cullen kerana pasangannya, James dibunuh kerana menyerang Bella. Memiliki kemampuan ber-tarung hebat dan berupaya me-nyembuhkan diri melebihi pon-tianak lain. Dia tidak menyerang Edward kerana baginya, cara pa-ling tepat membalas dendam ada-lah membunuh Bella.

EDWARD CULLENSejak 1918, usianya kekal muda seperti remaja 17 tahun. Dia menjadi pontianak ketika ayah angkatnya, Dr Carlisle Cullen mengubahnya supaya dia sem-buh daripada penyakit maut. Dia mempunyai kemampuan membaca fikiran. Tetapi, tidak mampu mem-baca fikiran Bella.

ROSALIE HALECarlisle mengubahnya menjadi pontianak kerana ingin menjodoh-kannya dengan Edward. Tetapi, Edward menganggapnya seperti saudara sendiri. Dia bertemu jodoh dengan Emmett McCarthy selepas merayu Carlisle mengubah lelaki dicintainya itu menjadi pontianak.

ALICE CULLENSelain Edward, Alice adalah ke-luarga Cullen yang akrab dengan Bella. Dia memiliki kekuatan luar biasa dan mampu melihat masa depan.

NEWBORNSNewborns adalah pasukan pon-tianak dibentuk Victoria dan Riley (Newborns pertama) untuk mem-buru Bella yang dilindungi keluar-ga Cullen dan Quileute Wolfpack. Mereka berbahaya kerana sangat hauskan darah dan lebih kuat ber-banding pontianak biasa lain.

WOLFPACKQuileute Wolfpack bukan kelompok serigala jadian yang berubah serigala ketika bulan purnama. Mereka ketu-runan pejuang dan tidak tua selagi roh serigala tidak melepaskan mereka. Selain kuat, mereka berupaya me-nyembuhkan diri dengan cepat. Ke-pekaan dimiliki juga melebihi manusia dan mampu berlari lebih laju daripada pontianak.

EMMETT CULLENDia tidak mengalami masalah menjalani kehidupan barunya se-bagai pontianak kerana berasa amat bertuah dapat berdampingan dengan Rosalie. Dia juga ahli ke-luarga Cullen paling kuat.

ESME CULLENDia juga seorang manusia, ber-nama Anne Platt dan bertemu Car-lisle ketika berusia 16 tahun. Dia cedera dan Carlisle adalah doktor yang merawatnya. Ketika hubu-ngan mereka terputus, dia pernah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Charles Evenson, tetapi disia-siakan

JASPER HALEDia anak angkat keluarga Cullen. Disebabkan wajahnya mirip Rosa-lie, dia menggunakan nama bela-kang Rosalie agar mereka dapat menjadi saudara kembar ketika berhubung dengan dunia manusia. Dia pontianak terakhir bergabung dengan keluarga Cullen.

Page 42: Transisi 5

Transisi 30 JULAI - 12 OGOS 201042 POTRET

Lain daripada yang lain

Untuk tempahan iklan: (012) 273 5464/ (012) 311 3907

Dapatkan Transisi di kedai berhampiran anda.Jumpa kami di www.facebook/Transisi.Kunjungi laman web www.transisi.com my.Sebarang pertanyaan sila email [email protected]

Akim AF teruja. Hazama tidak ketinggalan untuk mengikuti pengajian di UUM.

Pengamal media tidak ketinggalan turut serta bersama UUM.

Noh Hujan (baju putih) melihat gambar kad pelajarnya yang sudah diambil.

Sheila Abdul menunjukkan surat tawaran diterimanya.

Emilda Rosmila (kanan) ditemani suami tersayang, Adlin Aman Ramli ketika mendaftarkan diri.

Didie AF (kanan) menerima surat tawaran daripada NC, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Sebahagian selebriti ketawa melihat rakan mereka bergambar untuk kad pelajar. Afiq AF tidak sabar meneruskan pengajian.

MasukU

Page 43: Transisi 5

Transisi30 JULAI - 12 OGOS 2010 43JOM CUTI

Oleh Ika Destiana

DAERAH Istimewa Jogjakarta (DIY) terletak di bahagian se-latan Pulau Jawa dan bersem-padan Jawa Tengah. Ia dike-nali sebagai kota yang masih mengamalkan adat istiadat dan kebudayaan Jawa di Indonesia.

Warisan kebudayaan Jawa dapat anda lihat jika mengun-jungi Keraton Ngayogyakarta Hadiningrat atau lebih dikenali sebagai Keraton Yogyakarta.

Bangunan Keraton itu masih berfungsi sebagai kediaman, juga istana Sri Sultan Hameng-kubuwana X, di mana tradisi kesultanan masih dijalankan hingga sekarang.

Sebahagian bangunan Kera-ton tersebut kini menjadi mu-zium yang menyimpan pelbagai koleksi milik kesultanan lalu sep-erti hadiah pemberian raja-raja Eropah, replika pusaka Keraton, gamelan dan lain-lain.

Antara tarikan pelancongan paling terkenal di Jogjakarta adalah Candi Prambanan, iaitu kompleks candi Hindu terbesar di Indonesia, juga di Asia Teng-

gara.Ia turut dikenali sebagai Can-

di Rara Jonggrang atau Lara Jonggrang dan ia adalah antara destinasi istimewa yang wajib dilawati pengunjung untuk me-nyaksikan sendiri keindahan seni ukir kuno dan klasik pada dinding binaan purba itu.

Antara ukiran yang dapat dili-hat pada bangunan candi ada-lah kisah Ramayana dan pokok Kalpataru yang melambangkan kebijaksanaan masyarakat Jawa kuno dalam memelihara keinda-han alam sekitar berdasarkan ajaran Hindu.

Anda boleh mengunjungi se-buah muzium di kawasan Candi Prambanan jika mahu mengeta-hui lebih mendalam mengenai sejarah monumen lama itu.

Di situ, anda akan diberikan penerangan secara audio video mengenai sejarah penemuan candi berkenaan hingga kepada proses pengubahsuaiannya.

Candi Prambanan juga me-nyediakan taman permainan untuk kanak-kanak bersuka ria,

termasuk tren mini yang ber-operasi membawa pengunjung mengelilingi sekitar kawasan pelancongan.

Salah satu pertunjukan yang tidak boleh dilepaskan ke-tika berkunjung ke sana ada-lah persembahan Sendratari Ramayana, iaitu seni pertunju-kan yang menggabungkan seni kebudayaan Jawa seperti tarian, drama dan muzik dalam pang-gung.

Kisah Ramayana dalam per-tunjukan itu adalah hasil terje-mahan daripada seni ukir yang terpahat di dinding candi dan ia ditampilkan dalam bentuk persembahan tradisional kreatif.

Terdapat satu mitos yang masih menjadi kepercayaan masyarakat setempat, iaitu jika datang ke candi dengan pasa-ngan, anda akan bercerai kasih dengan pasangan anda pada keesokan hari.

Perjalanan ke Candi Pram-banan sangat mudah kerana tempat pelancongan tersebut terletak di desa Prambanan dan

betul-betul atas sempadan anta-ra Jawa Tengah dan DIY.

Anda boleh menggunakan kenderaan peribadi ataupun kenderaan umum untuk ke sana. Namun, jika memilih ken-deraan umum, anda boleh me-naiki Trans Jogja dengan hanya membayar Rp3000 (RM1).

Bagaimanapun, anda mesti berjalan kaki untuk sampai ke bangunan candi sebelum dikenakan bayaran masuk bernilai Rp9000 (RM3). Cukup murah bukan?

Selain itu, pelbagai kemuda-han lengkap sekitar kawasan Candi Prambanan seperti hotel, rumah penginapan, restoran, warung dan kedai cenderamata tentu saja menawarkan harga berpatutan kepada anda.

Jogjakarta sememangnya terkenal dengan makanan yang enak dan murah. Justeru tidak menghairankan mereka yang pernah singgah ataupun tinggal di kota ini akan rindu untuk kem-bali semula ke sana.

Jika bersiar-siar ke Jogja, jangan lupa menikmati kela-zatan makanan tradisi, Gudeg yang boleh didapati di restoran-restoran sekitar kota berkenaan.

Antara restoran terkenal di Jogja ialah Gudeg Yu Djum, Warung Gule Daging Sapi Mbah Darmo, Sega Abang Semanu dan Jadah Tempe Mbah Carik.

Semua makanan tersebut boleh dinikmati dengan cara duduk ‘lesehan’ di tempat dise-diakan pemiliki warung. Ada juga pelbagai makanan eksotik seperti sate kuda, tonseng mer-con dan lain-lain. Cubalah kalau

berani!Selepas puas menikmati Can-

di Prambanan dan menu Gudeg, kini tiba saat anda membeli be-lah di Malioboro, jalan paling terkenal di Jogja.

Di sini, ada banyak penjaja kaki lima menjual makanan tradi-si kota itu selain terkenal sebagai tempat berkumpul seniman-sen-iman yang kerap mengekspresi-kan kemampuan dan bakat mereka bermain muzik, melukis, seni tampak dan pantomin di sepanjang jalan tersebut.

Jika ingin membeli batik se-bagai cenderahati, pergi saja ke Pasar Beringharjo di Malioboro kerana ia pasaraya yang men-jual pelbagai barangan seperti pakaian, kelengkapan harian.

Tidak sukar mencari kain ba-tik di sini kerana ia banyak dijual di sepanjang Jalan Malioboro sama ada penjaja ataupun kedai besar.

Di Malioboro, pelbagai barang memiliki bahan dasar batik dari pakaian hingga cenderahati. Sambil membeli belah, anda juga boleh menikmati kuih muih tradisional Jawa yang jarang ditemukan di kota-kota besar.

Anda juga boleh membawa pulang kuih bakpia pathok se-bagai buah tangan buat saudara mara di tanah air. Kuih bakpia ada banyak pilihan rasa sep-erti keju, coklat, nanas, durian, nangka ataupun kacang hitam.

Jadi anda boleh memilih sendiri rasa yang disukai, ten-tu saja ia tidak diragukan lagi keenakannya.

SENI dan budaya adalah bahagian yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan masyarakat Jogjakar-ta. Sejak kanak-kanak hingga dewasa, masyarakat

Jogjakarta masih menjalankan pelbagai acara kesenian, budaya dan tradisi peninggalan nenek moyang mereka.

Jadi, jika anda ingin menghabiskan masa bercuti de-ngan mengunjungi tempat-tempat bersejarah, sekali gus mengetahui kesenian dan budaya tradisional masyarakat tempatan, Jogjakarta adalah pilihan yang tepat!

JOGJAKARTA kota seni, budaya

Bangunan Keraton Yogyakarta masih menjalankan istiadat kesultanan Jawa di Indonesia.

Candi Prambanan masih tersergam utuh walaupun mencecah usia ratusan tahun.

Page 44: Transisi 5

���I�F��AR

bumi palestin

bergolak lagi!

hamas dan al-fatah perlu bersatu... ..kalau tidak bangsa

palestin akan hancur!

pas dan umno pun...

SketsaQaliff Umar

w w w . t r a n s i s i . c o m . m y

Cerita indahRizalBERBEKAL wajah tampan, petah berbicara

dan mempunyai penampilan tersendiri, mam-

pu menjadikan Rizal Zulkapli sebagai ‘anak

emas’ Astro Awani untuk meletakkan program be-

rita dan bual bicara rancangan berbayar itu antara

paling disegani di rantau ini.

Oleh Rudysham Abd RaofFoto Noratikah Ab Rahim

>> Muka 15

Dunia Pyanhabib

25-29

Hidup terbalik dek Piala Dunia

31www.transisi.com.my

xpresi30 Julai-12 Ogos 2010/19 Syaaban-3 Ramadan 1431H

Lambakan graduan?

Kampuswww.transisi.com.my

30 Julai-12 Ogos 2010/19 Syaaban-3 Ramadan 1431H

PENGANGGURAN terus menjadi dilema le-pasan siswa-

zah sehingga hari ini dan beban itu bukan sahaja dipikul

generasi berkenaan malah tempiasnya turut dirasai kelu-

arga yang mengharapkan kegemilangan mereka untuk menc-

orak masa depan.Kajian Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada akhir

2008 menunjukkan seramai 59,250 siswazah di Malaysia masih

menganggur atau mengikut pecahannya adalah 57,072 Bumi-

putera (96.4 peratus), Cina 1,027 (1.7 peratus), India 1,007 (1.7

peratus) dan lain-lain 144 atau 0.2 peratus.Tiga faktor utama menyebabkan masalah pengangguran di

kalangan graduan ini berlaku kerana tiada pengalaman bekerja,

kelemahan berbahasa Inggeris dan bidang pengajian tidak ses-

uai dengan pekerjaan yang ditawarkan.

>> Muka 19

Oleh Rudysham Abd Raof

KAJIAN ILMIAHMadu Tualang FAMA

22-23

Tujuh staf dapatAnugerah Fellowship

MMU dapat rakan strategik

Pelan pembangunan 10 tahun UUM

Subjek baru mandarin di UPNM

1824

2526

Gambar hiasan...Kemanakah mereka selepas ini?

09 1611BICARA

Menarik

GLOBALBISNESHargai erti pahlawan

18 SIHATDerita

TalasemiaSiapa penganti

Mubarak

20 HAWABajet Kahwin

Ukur baju badan sendiri

Ikan air tawar teman baru Izwan

Transisi 16 - 29 JULAI 2010


Top Related