Transcript
Page 1: Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02

PENGENALAN

Topik ini adalah tentang kesedaran dan kepentingan deria yang dianugerahkan Tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti apa yang terdapat di sekelilingnya. Dengan menggunakan deria, pelajar akan mendapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu, kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual.

PERKEMBANGAN KEPEKAAN DERIA

Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Faktor-faktor perkembangan manusia banyak dipengaruhi oleh baka dan persekitaran yang berada di sekeliling mereka. Untuk itu, perkembangan kematangan deria adalah penting dalam mempertingkatkan lagi perkembangan diri setiap individu.

3.1

TTooppiikk

3Deria dan Seni 

3

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenalpasti perkembangan keperluan deria dalam diri pelajar;

2. Menyatakan kepentingan deria dalam persekitaran pelajar;

3. Menjelaskan kepentingan deria dalam proses pengajaran danpembelajaran;

4. Menjelaskan aktiviti-aktiviti yang dialami oleh pelajar melalui deria;dan

5. Membincangkan penggabungjalinan aktiviti berdasarkan kepadapenggunaan kemahiran deria.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02

TOPIK 3 DERIA DAN SENI

43

Pelajar mula mendapat kematangan dalam perkembangan kepekaan deria semasa ia masih bayi lagi iaitu ketika berumur 0-2 tahun. Ketika ini, kanak-kanak telah mula memperoleh koordinasi dan kawalan otot. Mereka mula mengenal objek dalam alam sekitar melalui organ deria dan tangan. Penglihatan dan pendengaran mula berkembang secara perlahan-lahan dan mula matang ketika berumur 6-12 tahun. Ketika inilah pelajar mula mendapat perkembangan kepekaan derianya. Deria dan seni membolehkan individu meneroka alam sekelilingnya dan ini merupakan satu proses yang berterusan. Aktiviti-aktiviti seni dapat membantu naluri ingin tahu seseorang melalui eksplorasi dan eksperimentasi dengan menggunakan deria. Melalui aktiviti-aktiviti seni, pelajar boleh berinteraksi secara langsung dengan persekitaran dan belajar mengembangkan kebolehan mereka untuk membuat pertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperolehi.

3.1.1 Sentuhan

Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari. Ini merupakan aspek perkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanak-kanak sebelum kanak-kanak itu mula berbahasa. Melalui sentuhan, pelajar akan dapat melaksanakan pelbagai aktiviti. Contohnya, dalam aktiviti seni visual, pelajar akan menggunakan jarinya untuk melukis gambar di atas kertas atau kanvas. Manakala di dalam muzik, pelajar akan cuba mencipta satu corak irama yang berbeza apabila mendengar sesebuah lagu. Ini adalah kerana pelajar (terutamanya kanak-kanak) suka membuat improvisasi atau mengubahsuai suatu perkara baru. Manakala di dalam pergerakan pula, mereka akan dapat mengetahui aras atau ruang, sama ada tinggi, rendah, sederhana, dekat atau jauh. Deria sentuh mula berkembang ketika masih bayi lagi. Melalui sentuhan ibu, kanak-kanak akan berhenti menangis dan melalui sentuhan juga kanak-kanak akan berasa selamat.

Page 3: Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02

TOPIK 3 DERIA DAN SENI

44

3.1.2 Dengar

Mendengar melibatkan deria telinga. Aktiviti yang dijalankan untuk deria ini lebih tertumpu kepada persoalan: apa yang mereka dengar? Contohnya, aktiviti seni visual yang dilakukan adalah berdasarkan apa yang telah didengarnya ketika dia melukis. Begitulah juga dalam aktiviti muzik. Contohnya, mereka akan cuba mencipta bunyi berdasarkan apa yang didengar. Dalam bidang pergerakan, pelajar akan tahu dan dapat membuat interpretasi dan bergerak sama ada cepat atau lambat.

3.1.3 Lihat

Melihat menggunakan deria mata melibatkan pengamatan dan pemerhatian. Berdasarkan maklumat yang datang melalui deria mata, seseorang akan dapat mengalami pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Manakala bagi orang buta, dia hanya melihat dengan melatih otaknya untuk membuat tafsiran berdasarkan pengalaman seni tampak yang telah dialaminya. Pemahaman tentang warna membolehkan pelajar mengetahui ciri-cirinya dan seterusnya tahu untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikan seni visual. Dengan melihat juga, pelajar dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruang iaitu melihat dunia visual-spatial dengan lebih tepat.

Page 4: Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02

TOPIK 3 DERIA DAN SENI

45

3.1.4 Rasa

Rasa merupakan gerak hati atau kata hati pelajar. Dengan menggunakan deria ini, pelajar akan dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh derianya. Seterusnya, apabila maklumat itu dirasakan penting, individu akan membentuk konsep daripadanya. Ahli psikologi gestalt merumuskan bahawa dalam persepsi, manusia akan cenderung mempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada bahagian-bahagian yang menjadi keseluruhan. Segala apa yang dilakukannya adalah mengikut pengalaman ekspresinya. Di dalam seni visual, pelajar akan dapat meluahkan perasaan melalui pengalaman yang telah diperolehinya apabila membuat sesuatu aktiviti seni. Apabila mendengar muzik, secara tidak langsung kakinya akan bergoyang. Ini adalah disebabkan oleh rangsangan daripada jenis mud muzik tersebut. Begitu juga dalam aktiviti pergerakan. Terdapat rangsangan apabila mendengar muzik dan secara tidak sedar kita akan melakukan pergerakan. Terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran jenis ini:

(a) Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran.

(b) Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada dalam struktur kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkannya dengan pelajaran baru.

3.1.5 Hidu

Hidu lebih menekankan aspek penanggapan. Penanggapan tidak berlaku secara semulajadi. Sebaliknya, guru harus merancang strategi untuk menyerapkan unsur ini dalam pengajarannya. Ini boleh dilakukan dengan cara-cara berikut:

(a) Kebolehan Mental Pelajar Faktor ini penting untuk memastikan setiap pelajar mendapat pembelajaran optimum mengenai konsep yang diajar oleh guru.

(b) Pendekatan Pengajaran Guru perlu merancang strategi pengajaran yang hendak digunakan olehnya untuk membentuk penanggapan yang baik. Antaranya ialah:

(i) Pendekatan Inkuiri Penemuan Pelajar mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaian masalah. Pelajar akan berfikir dan menaakul secara

Page 5: Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02

TOPIK 3 DERIA DAN SENI

46

mental dengan menggunakan organ deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan bukan sebagai pemberi jawapan yang sebenar.

(ii) Pendekatan Resepsi Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung dengan bergantung kepada pelajar.

(iii) Pendekatan Deduktif Guru menghuraikan prinsip dan ciri-ciri penting dalam sesuatu konsep dengan diikuti contoh-contoh spesifik yang mengukuhkan konsep tersebut.

AKTIVITI 3.1

Jelaskan kepentingan deria terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

KEPENTINGAN KEPEKAAN DERIA 3.2

Kepekaan deria adalah penting kerana ia dapat membantu kita membentuk satu persepsi menyeluruh. Persepsi ini juga dipanggil pengamatan. Untuk itu, pancaindera manusia yang mengandungi mata, telinga, hidung, lidah dan kulit akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitarannya (sila lihat Rajah 3.1).

Page 6: Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02

TOPIK 3 DERIA DAN SENI

47

Rajah 3.1: Proses ringkas pengamatan dan persekitaran

3.2.1 Persekitaran

Persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi perkembangan deria pelajar. Pelajar yang dikelilingi persekitaran sosial yang mendorong akan menjadi seorang pelajar yang sentiasa bermotivasi. Jika tidak, yang sebaliknya akan berlaku. Untuk itu, guru bertanggungjawab untuk menyediakan sebuah bilik khas untuk pendidikan seni visual sebagai usaha untuk menyediakan persekitaran yang menarik di sekolah. Pengurusan bilik seni merupakan satu perkara utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru Pendidikan Seni Visual hendaklah memainkan peranan penting dalam perkara ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa bekerjasama dengan guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam Bilik Seni. Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, guru seni hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni.

Page 7: Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02

TOPIK 3 DERIA DAN SENI

48

Mewujudkan iklim bilik pendidikan seni visual yang kondusif merupakan tanggungjawab guru demi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas harian. Aspek-aspek keselamatan dalam pengajaran dan pembelajaran juga perlu dititikberatkan. Selain daripada itu, guru juga dikehendaki mengenalpasti sumber pengajaran dan pembelajaran dengan memberi pertimbangan terhadap pengutaraan tampak kanak-kanak. Pengetahuan tentang pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual adalah penting kerana ia dapat membantu meningkatkan tahap kecemerlangan kanak-kanak. Antaranya ialah: (a) Aspek Fizikal

(i) Cahaya Bilik hendaklah mendapat cahaya yang sesuai, sama ada cahaya semula jadi atau cahaya daripada lampu. Cahaya juga seharusnya dapat menerangi ruang bilik darjah.

(ii) Peredaran Udara Bilik darjah harus mempunyai peredaran udara yang baik untuk menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan pelajar.

(iii) Stor Bilik darjah perlu ada tempat penyimpanan alat, bahan dan hasil kerja murid, sama ada dalam bilik stor atau almari.

(iv) Panel dan Rak Pameran Setiap bilik disediakan dengan kelengkapan dan ruang pameran untuk tujuan mempamerkan hasil kerja murid.

(v) Perabot Kerusi dan meja yang dilengkapkan dalam bilik darjah hendaklah sesuai dengan semua aktiviti pendidikan seni yang dijalankan dari segi saiz dan jumlah murid.

(vi) Kemudahan Asas Sinki dan punca elektrik diubahsuai agar dipasang pada tempat yang sesuai di mana banyak aktiviti pendidikan seni visual dilakukan.

(b) Aspek Emosi

(i) Hiasan Dalaman Susun atur perabot, peralatan dan hiasan yang sesuai dalam bilik darjah dapat membantu suasana pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan lagi interaksi pelajar.

Page 8: Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02

TOPIK 3 DERIA DAN SENI

49

(ii) Ruang Jumlah perabot dan peralatan yang bersesuaian dengan ruang bilik darjah dapat menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang selesa dan kondusif supaya dapat merangsangkan pembelajaran pelajar.

(iii) Peragaan Hasil Kerja Menyediakan ruang dan kelengkapan yang sesuai untuk memperagakan hasil kerja pelajar. Langkah ini dapat membina keyakinan dan kepuasan pelajar dalam menghasilkan kerja seni.

(c) Aspek Sosial

(i) Interaksi Murid Murid dapat bergerak secara bebas dalam bilik darjah. Ruang yang disediakan dalam bilik darjah dapat menggalakkan interaksi antara murid-murid serta interaksi antara murid dan guru.

(ii) Kemudahan Aktiviti Kumpulan Menyediakan ruang dalam bilik darjah supaya aktiviti kumpulan dapat dijalankan dengan berkesan.

Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti:

• Unsur Seni

• Menggambar/Melukis

• Warna

• Lukisan Alam Semula Jadi

• Seni huruf dan sebagainya Di dalam pengurusan bilik seni, aspek-aspek berikut harus diberi perhatian sewajarnya:

• Keselamatan

• Kebersihan

• Susunan perabot

• Pameran hasil kerja

• Kelengkapan bilik seni

• Pengagihan tugas

• Pengumpulan alat/bahan

• Jadual waktu penggunaan bilik seni

Page 9: Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02

TOPIK 3 DERIA DAN SENI

50

Pengurusan bilik seni haruslah melibatkan pelajar dengan tujuan memupuk sikap bertanggungjawab dan berdisiplin. Pelan Bilik Pendidikan Seni Visual Contoh pelan bilik khas seni (ilustrasi) yang disertakan menunjukkan keadaan sebuah bilik seni yang ideal (sila rujuk Rajah 3.2):

Rajah 3.2: Contoh pelan bilik seni visual

Page 10: Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02

TOPIK 3 DERIA DAN SENI

51

Faktor yang Mempengaruhi Kebolehan Kepekaan Deria dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran, ialah:

(a) Jangkaan (rajah)

(b) Hubungan latar depan dan belakang

(c) Penumpuan

(d) Tempoh masa

(e) Tugasan jelas

(f) Pengalaman

(g) Susunan objek

3.2.3 Perkembangan Nilai Estetika

Proses estetik dan daya kreativiti pelajar dapat dibahagikan kepada empat iaitu:

(a) Daya Intuisi Merupakan proses individu melalui penajaman daya intuisi.

(b) Persepsi Persepsi merupakan satu proses kesedaran dan reaksi individu terhadap

rangsangan dalam alam persekitaran. Ia juga merupakan proses menginterpretasi maklumat yang diterima oleh organ-organ deria manusia. Contohnya, apabila anda terhidu minyak wangi, otak anda akan membuat persepsi dan mengaitkannya dengan seorang wanita atau bunga.

Pada peringkat ini, pancaindera manusia (mata, telinga, hidung, lidah dan

kulit) akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitaran. Kemudian, semua utusan dan rangsangan ini dihantar ke otak melalui sistem saraf. Contohnya, apabila seseorang individu mendapat rangsangan dalam bentuk bunyi siren ambulan, bunyi ini diamati melalui deria dengar dan dihantar ke otak untuk diproses.

Faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi:

(i) Jangkaan

(ii) Hubungan latar depan dan belakang

(iii) Penumpuan

Page 11: Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02

TOPIK 3 DERIA DAN SENI

52

(iv) Tempoh masa

(v) Tugasan jelas

(vi) Pengalaman

(vii) Susunan objek

(c) Imaginasi Merupakan daya khayalan atau kemampuan menggambarkan sesuatu di dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan atau bayangan.

(d) Konsepsi Pelajar

Proses konsepsi pelajar atau pembentukan konsep adalah untuk menyesuaikan maklumat dalam rangsangan untuk membina perhubungan yang mempunyai perkaitan dalam bentuk konsep. Konsep boleh dihuraikan sebagai satu idea yang spesifik tentang peristiwa atau fenomena, sama ada maujud atau abstrak yang mempunyai ciri-ciri yang khusus. Contohnya, konsep reptilia merujuk kepada sekumpulan haiwan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

(i) Berkulit keras

(ii) Hidup di air atau di darat

(iii) Menetas telur Dengan ini, pelajar diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas, sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama.

AKTIVITI 3.3

Untuk memastikan bahawa deria dapat berfungsi dengan baik dalam kelas Seni dalam Pendidikan, aktiviti-aktiviti hendaklah selalu dijalankan untuk memastikan kefahaman tentang seni itu meningkat.

Page 12: Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02

TOPIK 3 DERIA DAN SENI

53

Jadual 3.1 menyenaraikan beberapa aktiviti berdasarkan kepekaan deria:

Jadual 3.1: Contoh Aktiviti Kepekaan Deria Sentuh

MASA

DERIA EKSPRESI MELALUI

SENI SUBUH TENGAH HARI MALAM

Sentuh

(Apa yang anda sentuh)

Seni Visual

(lukis gambar)

Gambar macam biasa, terdapat banyak idea

Gambar macam biasa, idea kurang

Gambar macam biasa, idea banyak

Muzik

(Cipta irama yang berbeza)

Corak irama yang menyegarkan

Corak irama yang segar

Corak irama yang lembut

Pergerakan

(Aras: Tinggi, sederhana dan rendah)

Pergerakan aras sederhana dan ruang yang dekat

Pergerakan aras tinggi dan ruang yang jauh atau luas

Pergerakan yang rendah ruang yang dekat

Huraian Aktiviti di atas: Untuk ekpresi melalui seni visual gambar yang dilukis, ia tetap sama tidak mengira waktu. Perbezaan yang ada cuma dari segi kreativiti atau luahan perasaan ketika melukis. Melukis pada waktu subuh dan malam memungkinkan banyak idea datang kerana keadaannya sunyi. Ini berbeza dengan waktu tengah hari kerana keadaan bising dan aktiviti sibuk menyebabkan kurangnya tumpuan. Di dalam muzik pula, corak irama yang dilakukan pada waktu subuh seboleh-bolehnya biarlah corak irama yang menyegarkan atau aktif. Ini kerana pada awal pagi, pelajar akan dirangsang dengan muzik yang aktif supaya mindanya menjadi aktif. Untuk itu, corak irama yang sesuai adalah seperti rentak march. Berbanding dengan waktu malam, pelajar mula mengantuk dan bersedia untuk tidur. Maka corak irama yang sesuai adalah seperti asli, masri, slow rock dan sebagainya. Lagu yang sesuai pula adalah lagu yang mendayu-dayu atau lagu yang mempunyai mud yang lembut.

Page 13: Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02

TOPIK 3 DERIA DAN SENI

54

Manakala dalam pergerakan pula, pada masa subuh pergerakan yang dilakukan adalah bercorak sederhana kerana baru bangun dari tidur. Berbanding dengan masa tengah hari, pergerakan yang dilakukan berada pada aras tinggi iaitu masa yang aktif.

AKTIVITI 3.2

Berdasarkan Jadual yang diberikan, cuba lakukan penerokaan berdasarkan deria yang telah ditetapkan.

MASA

DERIA EKSPRESI MELALUI

SENI TENGAH HARI MALAM SUBUH

Mendengar

(Apa yang anda dengar)

Seni Visual

(lukis gambar)

Muzik

(cipta bunyi)

Pergerakan

(bergerak cepat dan lambat)

3.3.1 Mengalami Melalui Deria

Semua aktiviti yang dilaksanakan perlulah diolah untuk menajamkan lagi pengalaman deria pelajar. Untuk itu, aktiviti-aktiviti hendaklah dilakukan seberapa kerap yang boleh bagi memastikan deria semakin matang.

Page 14: Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02

TOPIK 3 DERIA DAN SENI

55

3.3.2 Penggabungjalinan

Penggabungjalinan bermaksud proses mengintegrasikan berbagai-bagai kemahiran untuk menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh. Melalui penggabungjalinan ini, pelbagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran dapat disampaikan secara harmoni dan bersepadu. Penggunaan penggabungjalinan ini dapat mengelakkan kebosanan terhadap sesuatu pelajaran berbanding jika hanya satu kemahiran sahaja yang diajarkan. Di samping itu, pelajar akan dapat menguasai kemahiran secara bersepadu seperti yang dialami dalam kehidupan mereka. Misalnya, dalam aktiviti mewarna, mereka perlu menggunakan kemahiran mendengar, melihat, menyentuh dan sebagainya. Melalui strategi penggabungjalinan ini, pelbagai kemahiran dapat saling memperkukuhkan antara satu sama lain.

Rajah 3.3: Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran

Page 15: Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02

TOPIK 3 DERIA DAN SENI

56

Ciri-ciri Penggabungjalinan Berdasarkan Rajah 3.3, beberapa ciri penggabungjalinan dapat dikenalpasti dan dinyatakan seperti berikut: (a) Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu-satu

kemahiran.

Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu kemahiran melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan kemahiran asas yang lain. Dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna, menyeronokkan, meningkatkan motivasi pelajar serta lebih berkesan. Di samping itu, kemahiran-kemahiran ini boleh dikategorikan kepada dua kategori iaitu:

(i) Kemahiran Fokus Kemahiran utama yang hendak disampaikan sebagai yang terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.

(ii) Kemahiran Sampingan Kemahiran yang digabungjalinkan dipilih berdasarkan kaitannya dengan kemahiran fokus. Kemahiran ini dapat membantu meningkatkan lagi penguasaan kemahiran fokus di samping menjadikan pengajaran guru lebih bererti dan menarik.

Rajah 3.4 menunjukkan satu contoh penggabungjalinan kemahiran.

Kata Kunci: A: Alat N: Nyanyian G: Gerakan

Rajah 3.4: Penggabungjalinan kemahiran dalam pendidikan muzik

Page 16: Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02

TOPIK 3 DERIA DAN SENI

57

(b) Proses penggabungjalinan berlaku di antara kemahiran yang berkaitan secara bersepadu dan menyeluruh.

(i) Penggabungjalinan Kemahiran Secara Merentas Kurikulum Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum adalah

melibatkan kemahiran-kemahiran seperti berikut:

• Kemahiran belajar untuk belajar Kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih maklumat, merujuk, membuat nota, menulis ringkasan, berkomunikasi di khalayak ramai dan sebagainya diberi penekanan dan disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

• Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis Pelajar akan berupaya untuk mengenal pasti fakta, andaian serta idea yang berkemungkinan membawa kepada perubahan positif. Pemikiran kritis juga membolehkan pelajar menganalisa sesuatu persoalan dan seterusnya mencari jalan untuk membuat penyelesaian yang tepat. Pelajar juga akan berfikiran kreatif dan mampu untuk menjana idea atau pemikiran baru, mengeluarkan cadangan, membina jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah dan membolehkan seseorang untuk menghasilkan satu produk atau inovasi baru.

• Kemahiran pelbagai kecerdasan Bagi kemahiran pelbagai kecerdasan, Howard Gardner telah menyenaraikan lapan kecerdasan yang pelbagai:

− Kecerdasan bahasa

− Kecerdasan logik-matematik

− Kecerdasan muzik

− Kecerdasan ruang

− Kecerdasan kinestetik

− Kecerdasan interpersonal

− Kecerdasan intrapersonal

− Kecerdasan naturalistik Jika usaha memperkembangkan pelbagai kecerdasan yang ada pada pelajar berjaya dilaksanakan, ia akan dapat melahirkan individu yang holistik, seimbang dan harmonis.

Page 17: Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02

TOPIK 3 DERIA DAN SENI

58

• Kemahiran generik Ini termasuklah kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, mahir dalam penggunaan teknologi, kebolehan membuat perancangan dan mengelolakan aktiviti, mampu melakukan kerja dalam kumpulan, berupaya untuk menyelesaikan masalah, berkebolehan mengurus, memilih dan menganalisis maklumat, berkebolehan menggunakan idea dan teknik matematik, kebolehan memahami budaya, dan mempunyai literasi maklumat. Ini mampu untuk menyediakan satu generasi yang akan menjadi pekerja yang cekap, mahir dan berketrampilan di tempat kerja dan alam pekerjaan di samping mengekalkan budaya dan etika yang baik.

(ii) Kebaikan Penggabungjalinan dalam Pengajaran

Terdapat beberapa kelebihan jika penggabungjalinan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terlaksana.

Antara kebaikan tersebut ialah:

• Sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperolehi daripada mata pelajaran lain.

• Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus seperti yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.

• Pelajar berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan.

• Penggabungjalinan berupaya menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan mengelakkan kebosanan.

• Menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan pelajar secara seimbang, harmonis dan bersepadu.

1. Apakah itu penggabungjalinan?

2. Apakah kelebihan-kelebihan penggabungjalinan sesuatu matapelajaran yang diajar?

SEMAK KENDIRI 3.1

Page 18: Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02

TOPIK 3 DERIA DAN SENI

59

• Deria dan seni lebih tertumpu kepada kepekaan deria terhadap

perkembangannya.

• Di samping itu, pengaruh persekitaran dan pengalaman juga dapat mempertingkatkan lagi ketajaman sesuatu deria dan perkembangannya terhadap nilai-nilai estetika.

• Aktiviti-aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan secara tidak langsung melatih deria mengalami pelbagai peristiwa. Dengan mengadakan penggabungjalinan aktiviti, kefahaman terhadap bidang Seni dalam Pendidikan dapat dipertingkatkan lagi.

1. Nyatakan deria-deria manusia.

2. Jelaskan kepentingan deria terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan deria mata, bagaimanakah pengajaran dapat dijalankan, terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual?

Lowefeld, V., & Brittain W. L. (1986). Creative and mental growth. New York:

Macmillan.

Penny, S., Ford, R., Price, L., & Young, S. (2002). Teaching arts in the primary schools. United Kingdom: Learning Matters Ltd.

Reiner, B., & Smith, R. A. (1992). The arts, education, and aesthetic knowing. Chicago: The University of Chicago Press.

Schmeer, G. (1994). Movement improvisation in the words of a teacher and her student. Illinois: Human Kinetics.

Shanahan, T., Robinson, B., & Schneider, M. (1995). Integrating curriculum. The Reading Teacher, 48 (8), 718-719.


Top Related