TERMA DAN SYARAT YANG MENTADBIR AKAUN MATAWANG ASING (“Terma dan Syarat”) (Berkuatkuasa 1 Julai 2014)
PEMBUKAAN AKAUN
1. (a) Tertakluk kepada Terma dan Syarat ini, akaun boleh dibuka dalam mana-mana
matawang asing yang boleh diterima oleh UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA)
BHD. (“Bank”). Dalam pembukaan akaun matawang asing sedemikian (“Akaun”),
pemohon (“Pemegang Akaun”) bersetuju untuk mematuhi dan diikat oleh Terma dan
Syarat ini dan seperti yang dipinda dan berkuatkuasa dari masa ke semasa serta terma
dan syarat lazim Bank dari masa ke semasa bagi pengendalian akaun dan amalan
perbankan, undang-undang Malaysia, peraturan dan pengawalan Bank Negara
Malaysia atau pihak berkuasa atau pertubuhan sedemikian yang ditubuhkan oleh Bank
Negara Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa lain yang mempunyai bidang kuasa
ke atas Bank. Bank berhak untuk menyemak, menambah, meminda, mengubah dan
mengubahsuai mana-mana atau semua terma dan syarat Akaun pada bila-bila masa
pada budi bicaranya sendiri dan untuk mengenakan terma baru dari masa ke semasa
melalui notis kepada Pemegang Akaun.
(b) Untuk membuka Akaun, Pemegang Akaun perlu melakukan deposit permulaan
minimum, melengkapkan dokumen sedemikian dan memberi rujukan seperti yang
mungkin diperlukan oleh Bank.
PENGENDALIAN AKAUN
2. Buku cek dan Borang (baucar)
(a) Buku cek tidak akan dikeluarkan.
(b) Pemegang Akaun perlu melengkapkan borang sedemikian yang disediakan oleh Bank
dan seperti yang mungkin diperlukan oleh Bank untuk melakukan pembayaran ke
dalam dan pengeluaran daripada Akaun. Pemegang Akaun perlu memastikan bahawa
slip deposit telah disahkan oleh mesin dengan kemasukan yang sewajarnya atau
ditandatangani oleh seorang pegawai Bank yang dibenarkan dengan pengesahan cop
Bank sebelum meninggalkan kaunter selepas melakukan setiap pembayaran. Apa-apa
percanggahan atau ketidakteraturan yang didapati mesti dilaporkan kepada Bank
secara bertulis dengan serta-merta. Bank tidak akan bertanggungjawab atau
dipertanggungjawabkan oleh Pemegang Akaun jika Pemegang Akaun gagal
memaklumkan Bank secara bertulis mengenai apa-apa percanggahan atau
ketidakteraturan. Tanpa mengira apa-apa yang tersebut di atas, Bank berhak
mengubah sebarang butiran salah yang dinyatakan di dalam slip deposit. Rekod yang
disimpan oleh Bank adalah muktamad dan konklusif terhadap Pemegang Akaun
melainkan terdapat sesuatu kesilapan yang nyata.
3. Tandatangan Akaun yang Dibenarkan
(a) Pemegang Akaun perlu memaklumkan Bank secara bertulis dengan serta-merta
mengenai sebarang perubahan atau pengubahan dalam tanda tangan beliau atau
penandatangan yang dibenarkan atau cara menandatangan yang dibenarkan. Bank
berhak kepada tempoh masa yang munasabah (tidak kurang daripada tujuh (7) hari
perniagaan dari penerimaan) untuk memproses pemakluman perubahan tersebut.
(b) Bank berhak untuk tidak melayan apa-apa dokumen yang mengandungi tandatangan
yang berbeza daripada tandatangan contoh Pemegang Akaun atau penandatangan
yang dibenarkan (sebagaimana kes yang mungkin berlaku) atau yang tidak mengikuti
senarai penandatangan yang dibenarkan atau tidak menandatangan mengikut cara
lazim yang dibenarkan pada waktu pengemukaan.
(c) Bank boleh pada budi bicara mutlaknya melayan sebarang arahan bertulis atau
instrumen lain:
(i) yang ditandatangani oleh penandatangan yang dibenarkan tetapi
dikemukakan selepas kematian beliau, tidak kira sama ada Bank telah
menerima notis kematian tersebut; atau
(ii) yang mengandungi tandatangan faksimile yang sama dengan contoh
tandatangan dengan Bank, iaitu “tandatangan Faksimile” yang termasuk apa-
apa tandatangan faksimile yang menggunakan cop getah.
(d) Cek dan instrumen boleh niaga yang dibayar dan yang tidak laku boleh dikutip oleh
Pemegang Akaun secara peribadi, atau oleh wakil yang dibenarkan beliau atau
dipulangkan melalui pos kepada Pemegang Akaun ke alamat terakhir yang didaftarkan
dengan Bank pada risiko dan perbelanjaan Pemegang Akaun sendiri.
(e) Bank mempunyai hak tuntut penuh terhadap Pemegang Akaun untuk item tidak laku
sedemikian serta semua caj yang berkaitan.
4. Arahan Pendeposit
(a) Bank hanya akan bertindak mengikut arahan bertulis Pemegang Akaun yang
ditandatangani menurut mandat akaun. Jika arahan Pemegang akaun menyangsikan
atau tidak jelas atau jika Bank mempunyai sebarang keraguan mengenai kesahihan
arahan Pemegang Akaun, Pemegang Akaun bersetuju bahawa Bank tidak akan
menanggung sebarang liabiliti akibat kegagalan untuk bertindak ke atas arahan
tersebut.
(b) Jika Akaun berada dalam nama bersama atau terdapat lebih daripada satu
penandatangan yang dibenarkan:
(i) semua arahan untuk mendebitkan Akaun akan dilaksanakan oleh Bank
menurut mandat bertulis Akaun; dan
(ii) untuk semua perkara lain, Bank berhak untuk bertindak atas arahan (sama
ada secara lisan atau bertulis) daripada mana-mana satu Pemegang Akaun
atau penandatangan yang dibenarkan, sebagaimana kes yang mungkin
berlaku.
(c) Jika Bank menerima arahan bercanggah daripada penandatangan lain sebelum
bertindak atas arahan yang diterima daripada seorang penandatangan, Bank akan
bertindak dengan serta-merta hanya selepas menerima mandat daripada semua
penandatangan Akaun.
5. Pematuhan pada Pengawal Pertukaran Asing, Peraturan Bank Negara Malaysia
dan Had Semalaman/Ditetapkan
(a) Pemegang Akaun dengan ini mengesahkan bahawa satu salinan pemakluman Bank
mengenai syarat, had semalaman dan peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara
Malaysia (“BNM”) dan/atau Pengawal Pertukaran Asing berhubung dengan pembukaan
dan pengendalian Akaun telah diterima, dibaca dan difahami.
(b) Pemegang Akaun bersetuju untuk sentiasa mematuhi syarat, had semalaman dan
peraturan yang tersebut di atas yang tertakluk kepada perubahan oleh BNM dan/atau
Pengawal Pertukaran Asing dari masa ke semasa tanpa notis selanjutnya oleh Bank
kepada Pemegang Akaun.
(c) Sebagai tambahan kepada dan tanpa mengambil kira yang di atas, Bank mempunyai
budi bicara tunggal dan mutlak untuk mengenakan apa-apa syarat dan/atau had
semalaman sedemikian ke atas Pemegang Akaun.
(d) Bank mempunyai hak tunggal dan mutlak untuk menolak atau membalikkan secara
keseluruhannya sebarang deposit atau prosid melalui pengiriman wang dalaman jika
tidak menerima sebarang arahan jelas dan khusus atau yang boleh mengakibatkan
pelanggaran syarat dan/atau had semalaman yang tersebut di atas secara langsung
atau tidak langsung dan/atau untuk membalikkan jumlah sedemikian atau jumlah
daripada Akaun yang telah melanggar syarat dan/atau had semalaman yang tersebut di
atas yang diakibatkan oleh sebab-sebab lain termasuk tetapi tidak terhad kepada
pengkreditan faedah dan turun naik kadar pertukaran di mana Bank kemudiannya
dianggap telah dibenarkan oleh Pemegang Akaun untuk menukar apa-apa deposit,
prosid atau jumlah yang berlebihan sedemikian ke Ringgit Malaysia pada kadar
pertukaran semasa seperti yang ditentukan secara muktamad oleh Bank untuk
pengkreditan akaun lain beliau/mereka dalam denominasi Ringgit Malaysia dengan
Bank atau melalui Perintah Juruwang atau Draf Permintaan yang boleh dikutip oleh
Pemegang Akaun sendiri atau oleh wakil yang dibenarkan beliau atau dipulangkan
melalui pos kepada Pemegang Akaun ke alamat terakhir beliau/mereka yang
didaftarkan dengan Bank pada risiko dan perbelanjaan Pemegang Akaun sendiri.
6. Nota Matawang Asing dan Pemalsuan
(a) Bank mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk menerima atau menolak mana-
mana nota matawang asing untuk didepositkan ke dalam Akaun. Jika Bank menerima
nota matawang asing tersebut, Bank berhak untuk mengenakan fi pada kadar yang
ditetapkan oleh Bank atas deposit tersebut.
(b) Pemegang Akaun dengan ini bersetuju bahawa sebagai tambahan kepada dan tanpa
menjejaskan sebarang hak dan remedi lain Bank, Bank mempunyai hak pada bila-bila
masa tanpa notis terlebih dahulu kepada Pemegang Akaun untuk mendebitkan Akaun
dengan nilai muka nota matawang asing yang didapati atau ditemui sebagai palsu atau
dipalsukan.
7. Cek Bertanda
Bank boleh, tetapi tidak diwajibkan untuk, mengemukakan cek bagi pihak Pemegang Akaun
kepada bank pembayar untuk ditandakan bagi mengesahkan bahawa cek tersebut wajar dibayar
apabila dikemukakan kepada bank pembayar untuk pembayaran.
8. Instrumen Di Bawah Kutipan
Melainkan melalui pengaturan khas dan pada budi bicara mutlak Bank dan tertakluk kepada
sebarang undang-undang yang digunakan dan sedang dikuatkuasakan, cek (termasuk cek
bertanda) dan instrumen lain yang didepositkan ke dalam Akaun tidak boleh dikeluarkan
sehingga prosid untuknya telah diterima oleh Bank dan wang tunai yang didepositkan tidak boleh
dikeluarkan sehingga Hari Perniagaan berikutnya. Sebarang kredit yang diberikan oleh Bank
kepada Pemegang Akaun untuk instrumen yang didepositkan ke dalam Akaun adalah untuk
sementara waktu dan akan dibalikkan jika prosid penuh untuknya tidak diterima oleh Bank
sebelum atau pada tarikh yang dijangka.
9. Deposit/Pengeluaran
(a) Tanpa mengira sebarang peruntukan di sini, dengan ini dipersetujui bahawa Bank
boleh, pada budi bicara tunggal dan mutlaknya, memberi nilai kepada nota matawang
asing dan/atau apa-apa bayaran dalam matawang selain daripada matawang Akaun
yang didepositkan ke dalam Akaun hanya selepas pengesahan bahawa nota tersebut
adalah tidak palsu atau dipalsukan dan bahawa bayaran akan diterima pada Hari
Perniagaan. Jika bayaran tersebut diterima pada hari yang bukan Hari Perniagaan,
Bank mungkin pada budi bicara tunggal dan mutlaknya memberi nilai kepada bayaran
pada Hari Perniagaan yang berikutnya.
(b) Bank boleh, pada budi bicara tunggal dan mutlaknya, enggan menerima cek kembara
yang dikemukakan untuk deposit dan/atau kutipan kecuali ia disertakan dengan
Perjanjian Pembelian untuknya.
(c) Bank boleh, pada budi bicara tunggal dan mutlaknya, enggan menerima sebarang
deposit atau pengeluaran selepas had masa yang ditentukan oleh Bank pada budi
bicara tunggal dan mutlaknya dari masa ke semasa. Bank boleh, pada budi bicara
tunggal dan mutlaknya, juga enggan menerima sebarang deposit atau pengeluaran jika
perniagaan atau operasi Bank terhalang, terganggu atau tergendala atau akibat
penangguhan, kegagalan atau ketinggalan yang disebabkan oleh force majeure,
bencana alam, peperangan, permusuhan seakan peperangan, gangguan atau
kerosakan atau kegagalan bekalan elektrik atau kuasa atau telekomunikasi atau
rangkaian komunikasi lain atau sistem, rusuhan, sekatan, pemogokan, embargo atau
kegagalan mesin atau peralatan, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian.
(d) Bank boleh mengenakan komisen dan caj pada kadar yang ditetapkan oleh Bank atas
mana-mana deposit dan/atau pengeluaran pada kadar sedemikian yang mungkin
ditetapkan oleh Bank dari masa ke semasa dan memaklumkan Pemegang Akaun
menurut peruntukan dalam klausa 20 dan 23 di bawah.
(e) Pengeluaran wang tunai boleh dilakukan tertakluk kepada ketersediaan nota matawang
asing dan selepas Bank menerima notis terlebih dahulu yang memadai dari Pemegang
Akaun.
(f) Pengeluaran daripada Akaun dalam matawang selain daripada matawang Akaun
adalah pada kadar penukaran yang akan ditentukan oleh Bank dari masa ke semasa
dan dimaklumkan kepada Pemegang Akaun menurut peruntukan dalam klausa 20 dan
23 di bawah.
10. Penutupan Akaun
Jika apa-apa perakuan Pemegang Akaun didapati tidak benar atau Pemegang Akaun melanggar
mana-mana Terma dan Syarat ini, Bank boleh menutup Akaun tanpa memberi notis terlebih
dahulu. Tanpa menghiraukan atau mengira apa yang dinyatakan di atas, Bank boleh, pada bila-
bila masa pada budi bicara mutlaknya dan tanpa memberi sebarang alasan kepada Pemegang
Akaun, menutup Akaun selepas memberi notis tujuh (7) hari kepada Pemegang Akaun menurut
klausa 23. Pada penutupan Akaun, Bank akan menukar deposit tersebut ke Ringgit Malaysia
pada kadar pertukaran semasa Bank seperti yang ditentukan secara muktamad oleh Bank bagi
kredit di akaun lain Pemegang Akaun dengan Bank dalam denominasi Ringgit Malaysia atau
melalui Perintah Juruwang atau Draf Permintaan yang boleh dikutip oleh Pemegang Akaun
secara peribadi atau oleh wakil yang dibenarkan beliau atau dipulangkan melalui pos kepada
Pemegang Akaun di alamat terakhir beliau yang didaftarkan dengan Bank pada risiko dan
perbelanjaan Pemegang Akaun sendiri.
11. Overdraf
(a) Akaun ini tidak boleh terlebih keluar.
(b) Jika Akaun terlebih keluar akibat pendebitan apa-apa caj oleh Bank atau disebabkan
oleh mana-mana nota matawang palsu atau dipalsukan yang didepositkan ke dalam
Akaun atau untuk apa-apa sebab lain sekalipun, Pemegang Akaun akan membayar
Bank jumlah yang terlebih keluar dengan serta-merta apabila diminta oleh Bank.
Sehingga bayaran tersebut diterima, faedah pada kadar sedemikian yang mungkin
ditentukan oleh Bank pada budi bicara tunggal dan mutlaknya akan dikenakan ke atas
semua jumlah yang dikeluarkan melebihi had yang diluluskan (sebelum dan selepas
penghakiman atau permintaan).
(c) Bank berhak untuk menukar amaun yang terlebih keluar kepada Ringgit Malaysia pada
kadar pertukaran semasa Bank seperti yang ditentukan secara muktamad oleh Bank
dan dipindahkan ke akaun semasa Pemegang Akaun dengan Bank.
(d) Apabila pihak Bank menerima atau menanggung sebarang liabiliti di atas permintaan
Pemegang Akaun, atau apabila Akaun terlebih keluar, apa-apa dana, dokumen,
instrumen, catel, bon, debentur, saham atau sekuriti lain dan barangan berharga lain
yang dipegang oleh Bank atas nama Pemegang Akaun (selepas ini dirujuk sebagai
“Kolateral”) sama ada dalam penjagaan selamat atau sebaliknya akan dianggap
sebagai dicagar dan dicaj secara automatik dan merupakan sekuriti berterusan kepada
Bank untuk pelepasan liabiliti dan pembayaran balik overdraf tersebut. Bank
mempunyai hak untuk mengekalkan Kolateral tersebut (walaupun jika ini memerlukan
atau melibatkan atau menyebabkan cek Pemegang Akaun tidak dilayan), atau mana-
mana bahagian daripadanya sehingga liabiliti dan/atau overdraf dijelaskan dan/atau
dibayar balik.
12. Penyata dan Pengesahan
(a) Penyata Akaun (“Penyata Akaun”) dalam apa-apa bentuk yang dianggap sesuai oleh
Bank akan dihantar kepada Pemegang Akaun setiap bulan atau secara berkala seperti
yang mungkin ditentukan oleh Bank dari masa ke semasa atau pada dasar berkala lain
sedemikian yang mungkin diminta oleh Pemegang Akaun dan dipersetujui oleh Bank.
Pemegang Akaun akan memaklumkan Bank dengan serta-merta secara bertulis jika
beliau tidak menerima Penyata Akaun dalam tempoh empat belas (14) hari dari
jangkaan tarikh penerimaan untuknya.
(b) Pemegang Akaun bertanggungjawab untuk:
(i) memantau baki Akaun pada setiap masa;
(ii) memeriksa semua butiran dalam Penyata Akaun;
(iii) memaklumkan Bank secara bertulis mengenai sebarang peninggalan atau
pendebitan/pengkreditan silap yang dilakukan atau pemasukan tidak tepat
yang dilakukan tanpa kebenaran dalam Penyata Akaun tersebut dalam
tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh Penyata Akaun; dan
(iv) menandatangani dan mengembalikan sebarang slip pengesahan, termasuk
apa-apa yang diperlukan untuk tujuan audit (jika diminta untuk berbuat
demikian).
(c) Jika Bank tidak menerima apa-apa pemakluman bertulis menurut sub Klausa (b)(iii) di
atas dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh Penyata Akaun, maka, pada akhir
tiga puluh (30) hari tersebut, Penyata Akaun akan menjadi bukti muktamad, tanpa apa-
apa bukti selanjutnya (kecuali sebarang kesilapan didakwa yang telah dimaklumkan
dalam tempoh tiga puluh (30) hari) bahawa Penyata Akaun mengandungi semua kredit
yang perlu dimasukkan dan tiada debit yang tidak perlu dimasukkan di dalamnya dan
bahawa semua kemasukan tersebut adalah betul. Dalam keadaan sedemikian,
Pemegang Akaun akan diikat oleh kemasukan sedemikian dalam Penyata Akaun dan
Bank adalah bebas daripada segala tuntutan berhubung dengan Akaun. Tanpa mengira
apa-apa yang tersebut di atas, Bank berhak, selepas memberikan notis kepada
Pemegang Akaun, untuk menambah dan/atau mengubah kemasukan dalam Penyata
Akaun jika terdapat sebarang kemasukan atau jumlah di dalamnya yang tertinggal
dan/atau tidak betul.
PENDEDAHAN
13. Pemegang Akaun bersetuju bahawa Bank (termasuk pegawai, kakitangan, agen atau mana-
mana individu lain yang dibenarkan oleh Bank untuk mengakses rekod, surat-menyurat atau
sebarang bahan berhubung dengan Pemegang Akaun atau Akaun) boleh mendedahkan pada
bila-bila masa pada budi bicara mutlak Bank dan tanpa notis terdahulu kepada Pemegang
Akaun, sebarang maklumat berkaitan dengan Akaun atau Pemegang Akaun atau mana-mana
individu yang dibenarkan oleh Pemegang Akaun (sama ada secara tunggal atau sebaliknya)
untuk mengendalikan Akaun, atau bertindak bagi pihak Pemegang Akaun dalam memberi
arahan atau melaksanakan mana-mana tindakan di bawah, kepada individu seperti berikut: -
(a) mana-mana cawangan, agensi, pejabat wakil, syarikat gabungan, bersekutu atau
berkaitan dengan Bank serta pegawai, kakitangan atau agennya, sama ada terletak di
dalam atau di luar Malaysia (secara kolektif “Ahli Kumpulan UOB”) untuk apa-apa
tujuan seperti berikut :
(i) menyediakan Pemegang Akaun dengan perkhidmatan perbankan;
(ii) pelaporan;
(iii) pemadanan data;
(iv) meningkat dan melanjutkan penyediaan perkhidmatan lain oleh Bank atau
mana-mana Ahli Kumpulan UOB kepada Pemegang Akaun;
(v) pencegahan penipuan atau jenayah;
(vi) menyiasat, mencegah atau sebaliknya berhubung dengan pengubahan
wang haram atau apa-apa aktiviti jenayah lain;
(vii) kutipan hutang;
(viii) khidmat sumber luar operasi Bank;
(ix) pelaksanaan tugas sebagai seorang pegawai Bank atau berkaitan dengan
pengauditan atau menjalankan pengurusan risiko;
(x) memudahkan pelaksanaan tugas Bank atau mana-mana fungsi Ahli
Kumpulan UOB;
(xi) pematuhan pada polisi, garis panduan, arahan atau keperluan Kumpulan
UOB;
(xii) pelaksanaan peraturan korporat;
(xiii) sebarang proses undang-undang yang dimulakan oleh atau dilaksanakan
ke atas Bank.
(b) mana-mana individu atau organisasi, sama ada di Malaysia atau di tempat lain, yang
menyediakan perkhidmatan elektronik atau perkhidmatan lain kepada Bank untuk
tujuan menyediakan, mengemas kini, menyenggarakan dan mempertingkatkan
perkhidmatan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada siasatan percanggahan,
kesilapan atau tuntutan;
(c) mana-mana individu atau organisasi, sama ada di Malaysia atau di tempat lain, yang
dilantik oleh Bank untuk tujuan menjalankan atau berkaitan dengan pelaksanaan
perkhidmatan atau fungsi operasi yang telah menggunakan khidmat pakar luar;
(d) pihak polis atau mana-mana pegawai awam yang menjalankan suatu penyiasatan
berkaitan dengan sebarang kesalahan termasuk kesalahan yang disyaki;
(e) syarikat kad kredit dan institusi kewangan yang berkaitan dengan pertanyaan kad
kredit;
(f) bank, institusi kewangan, biro kredit atau agen rujukan kredit yang lain (hanya untuk
maklumat kredit);
(g) juruaudit, peguam cara dan penasihat profesional Bank;
(h) pencetak alat tulis Bank, vendor sistem komputer yang digunakan oleh Bank, dan
individu sedemikian yang memasang dan menyenggarakannya, serta pembekal
barangan atau pembekal perkhidmatan lain yang dilantik oleh Bank;
(i) mana-mana penerima yang dilantik oleh Bank atau mana-mana pihak lain;
(j) mana-mana biro kredit di mana Bank adalah ahli, dan mana-mana ahli dan/atau
jawatankuasa pematuhan biro kredit sedemikian;
(k) mana-mana agensi penarafan, pembekal insurans atau broker insurans atau penyedia
perlindungan kredit secara langsung atau tidak langsung;
(l) mana-mana peserta atau sub-peserta sebenar atau berpotensi berhubung dengan
sebarang tanggungjawab Bank di bawah perjanjian perbankan di antara Pemegang
Akaun dan Bank, atau pemegang serah hak, novatee atau penerima pindahan (atau
mana-mana pegawai, kakitangan, agen atau penasihat) atau mana-mana daripada
mereka;
(m) untuk transaksi yang dilaksanakan atau diproseskan dengan atau tanpa kebenaran
Pemegang Akaun dalam atau melalui mesin juruwang automatik bank atau institusi
kewangan atau bukan kewangan lain atau terminal atau mesin atau peranti
dikendalikan kad lain yang diluluskan oleh Bank, kepada bank, institusi kewangan atau
bukan kewangan, pedagang atau pihak lain yang menerima penggunaan kad mesin
juruwang automatik dan agen atau kontraktor mereka masing-masing;
(n) mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, sama ada kerajaan atau separa-
kerajaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas Bank atau mana-mana Ahli Kumpulan
UOB;
(o) mana-mana individu di mana Bank, atau mana-mana Ahli Kumpulan UOB, dibenarkan
atau diperlukan untuk melakukan pendedahan di bawah undang-undang mana-mana
negara;
(p) mana-mana individu lain di mana pendedahan sedemikian dianggap sebagai untuk
kepentingan Bank, atau kepentingan mana-mana Ahli Kumpulan UOB; dan
(q) badan-badan berkaitan yang berhubung dengan permohonan saham yang dilakukan
oleh Pemegang Akaun dan syarikat-syarikat di mana bilnya boleh dibayar oleh
Pemegang Akaun dengan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Bank
berhubung dengan Akaun.
PERLINDUNGAN DATA
14. (a) Pemegang Akaun dengan ini mengesahkan bahawa Pemegang Akaun telah menerima,
membaca, memahami dan bersetuju untuk diikat oleh Notis Privasi yang dikeluarkan
oleh Bank (yang boleh didapati di cawangan Bank dan juga di laman web Bank di
www.uob.com.my) dan klausa dalam Terma dan Syarat ini yang mungkin berkaitan
dengan pemprosesan Data Peribadi Pemegang Akaun, mungkin termasuk, tetapi tidak
terhad kepada, nama Pemegang Akaun, alamat, pekerjaan, butiran hubungan,
maklumat yang diperoleh daripada sistem keselamatan (termasuk rakaman imej
Pemegang Akaun di Televisyen Litar Tertutup (CCTV)), maklumat yang terkandung
dalam Akaun yang dipegang oleh Pemegang Akaun sama ada secara tunggal atau
bersama dengan mana-mana individu lain, jenis produk dan/atau perkhidmatan yang
Pemegang Akaun telah melanggan dengan Bank dan data lain sedemikian yang
diperlukan mengenai Pemegang Akaun dan transaksi Pemegang Akaun dengan Bank
(“Data Peribadi”). Bagi mengelakkan keraguan, Pemegang Akaun bersetuju bahawa
Notis Privasi tersebut akan dianggap telah dimasukkan sebagai rujukan ke dalam
Terma dan Syarat ini.
(b) Pemegang Akaun mengizin dan bersetuju bahawa Bank boleh memindahkan Data
Peribadi di luar Malaysia. Semua Data Peribadi yang dipegang oleh Bank dan Ahli
Kumpulan UOB akan diberi tahap perlindungan yang wajar terhadap apa-apa
kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses tanpa kebenaran atau tidak
sengaja atau pendedahan, pengubahan atau pemotongan.
(c) Jika Pemegang Akaun memberi Data Peribadi berhubung dengan pihak ketiga,
termasuk data berhubung dengan waris terdekat dan tanggungan Pemegang Akaun (di
mana Pemegang Akaun adalah seorang individu) atau data berhubung dengan
pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin individu dan pembekal keselamatan
anda (di mana Pemegang Akaun sebuah syarikat), bagi tujuan pembukaan atau
pengendalian Akaun dengan Bank atau sebaliknya untuk melanggan produk dan
perkhidmatan Bank, Pemegang Akaun:
(i) mengesahkan bahawa Pemegang Akaun telah mendapatkan persetujuan mereka
atau sebaliknya berhak untuk menyediakan data ini kepada Bank dan untuk Bank
menggunakannya selaras dengan Terma dan Syarat ini;
(ii) berjanji bahawa Pemegang Akaun telah memaklumkan pihak ketiga sedemikian
untuk membaca Notis Privasi di laman web Bank di www.uob.com.my;
(iii) telah memaklumkan pihak ketiga sedemikian:-
(1) bahawa Bank mungkin mengumpul atau mengesahkan data peribadi dan
kewangan mereka dengan sumber-sumber pihak ketiga;
(2) bahawa Bank boleh mendedahkan data peribadi mereka kepada kelas pihak
ketiga seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi Bank;
(iv) bersetuju untuk memastikan bahawa data peribadi dan kewangan pihak ketiga
sedemikian adalah tepat;
(v) bersetuju untuk mengemas kini Bank secara bertulis jika terdapat sebarang
perubahan ketara kepada data peribadi dan kewangan tersebut; dan
(vi) bersetuju kepada hak Bank untuk menamatkan Terma dan Syarat ini jika
persetujuan sedemikian ditarik balik oleh pihak ketiga tersebut.
(d) Di mana Pemegang Akaun mengarahkan Bank untuk melaksanakan sebarang bentuk
transaksi merentas sempadan (termasuk untuk melakukan atau menerima bayaran),
butiran berkaitan transaksi merentas sempadan (termasuk data berhubung dengan
pihak yang terlibat dalam transaksi tersebut) boleh diterima daripada atau dihantar ke
luar negara, di mana ia boleh diakses oleh pengawal selia dan pihak berkuasa luar
negara yang berkenaan dengan kewajipan sah mereka (contoh, pencegahan jenayah).
Dalam mengarahkan Bank dan/atau agen Bank untuk melakukan sebarang transaksi
merentas sempadan bagi pihak Pemegang Akaun, Pemegang Akaun bersetuju dengan
pendedahan tersebut di atas bagi pihak Pemegang Akaun dan individu lain yang terlibat
dalam transaksi merentas sempadan tersebut.
(e) Selain itu, tetapi sentiasa tertakluk kepada sebarang undang-undang (termasuk
peraturan, garis panduan dan/atau tanggungjawab) yang digunakan oleh Bank dan Ahli
Kumpulan UOB (sama ada di dalam atau di luar Malaysia), Pemegang Akaun bersetuju
bahawa Bank dan Ahli Kumpulan UOB, serta pedagang dan rakan strategiknya boleh
menghubungi Pemegang Akaun mengenai produk, perkhidmatan dan tawaran, yang
Bank percaya mungkin menarik minat Pemegang Akaun atau memanfaatkan
Pemegang Akaun dari segi kewangan. Walau dengan apa-apapun yang tersebut di
atas, Bank hanya akan mendedahkan Data Peribadi Pemegang Akaun (tidak termasuk
data yang berhubung dengan hal ehwal atau Akaun Pemegang Akaun) kepada
pedagang dan rakan kongsi strategik Bank di mana persetujuan nyata Pemegang
Akaun telah diperolehi terlebih dahulu.
(f) Pemegang Akaun boleh memilih untuk tidak menerima apa-apa bahan pemasaran
langsung dari Bank atau Ahli Kumpulan UOB dengan menulis kepada Bank di
‘Perkhidmatan Kewangan Peribadi, Peti Surat 13525, Menara UOB, Jalan Raja Laut,
50738 Kuala Lumpur’ (atau alamat lain sedemikian yang dimaklumkan oleh Bank)
dengan permintaan Pemegang Akaun dan Bank akan mematuhi arahan bertulis terkini
Pemegang Akaun kepada Bank.
(g) Pemegang Akaun mengakui bahawa komunikasi tertentu seperti Penyata Akaun dan
laman web Bank mengandungi maklumat standard mengenai produk dan perkhidmatan
Bank yang lain yang tidak boleh dikeluarkan tanpa menjejaskan
penghantaran/penyediaan perkhidmatan dan/atau produk Bank, pengendalian Akaun
anda dan/atau kemudahan dengan Bank, dan/atau tanpa mengenakan kos tambahan
kepada Pemegang Akaun.
(h) Pemegang Akaun berhak untuk meminta secara bertulis:
(i) untuk apa-apa maklumat berhubung dengan Data Peribadi Pemegang Akaun yang
dipegang atau disimpan oleh Bank, pada pembayaran fi yang ditetapkan;
(ii) untuk apa-apa maklumat yang dipegang atau disimpan oleh Bank yang perlu
dikemaskini, dipinda dan/atau diperbetulkan;
(iii) untuk Bank menghadkan pemprosesan Data Peribadi Pemegang Akaun yang
dipegang atau disimpan oleh Bank; dan
(iv) untuk membuat pertanyaan atau aduan berkenaan dengan pemprosesan Data
Peribadi Pemegang Akaun oleh Bank.
Untuk pertanyaan di bawah (i) atau (ii), Pemegang Akaun boleh membuat permintaan
kepada Bank melalui Borang Permintaan Mengakses Data atau Borang Permintaan
Membetulkan Data masing-masing. Borang-borang ini boleh didapati di cawangan-
cawangan Bank dan juga di laman web Bank di www.uob.com.my.
Pemegang Akaun boleh mengarahkan semua permintaan ke mana-mana cawangan
Bank atau ke ‘Pengurusan Komunikasi Pelanggan, Pusat Panggilan UOB, Peti Surat
11212, Menara UOB, Jalan Raja Laut, 50738 Kuala Lumpur’.
Bank mungkin mengenakan fi untuk memproses permintaan Pemegang Akaun untuk
akses atau pembetulan. Bank juga mungkin enggan mematuhi permintaan Pemegang
Akaun berkenaan dengan (i) atau (ii) di atas jika maklumat yang diberikan oleh
Pemegang Akaun tidak mencukupi (seperti yang ditentukan oleh Bank) atau di mana
permintaan sedemikian mungkin memungkiri atau melanggar sebarang undang-undang
atau peraturan atau apa-apa sebab lain yang Bank anggap bukan pada kepentingan
Bank untuk berbuat demikian. Jika Bank enggan mematuhi permintaan tersebut, Bank
akan memaklumkan Pemegang Akaun mengenai keengganan dan sebab keengganan
tersebut.
(i) Pemegang Akaun bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang
diberikan oleh Pemegang Akaun kepada Bank adalah tepat, lengkap dan tidak
mengelirukan dan bahawa maklumat tersebut sentiasa dikemaskinikan.
(j) Sila maklum bahawa jika Pemegang Akaun kemudiannya menarik balik kebenaran
untuk memproses Data Peribadi Pemegang Akaun seperti yang diberikan sebelum ini
kepada Bank, Bank tidak dapat memproses dan/atau mendedahkan Data Peribadi
Pemegang Akaun berhubung dengan tujuan yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini,
dengan itu, Bank berhak untuk tidak menyediakan atau tidak meneruskan penyediaan
mana-mana produk, perkhidmatan, Akaun dan/atau kemudahan yang dikaitkan dengan
Data Peribadi sedemikian.
(k) Bank mengekalkan hak untuk meminda klausa ini dari masa ke semasa pada budi
bicara mutlaknya dan akan memberikan notis terlebih dahulu secara bertulis kepada
Pemegang Akaun dan meletakkan apa-apa pindaan sedemikian di laman web Bank
atau dengan meletakkan notis di ruang perbankan atau di kawasan utama dalam
cawangan Bank atau dengan apa-apa cara komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh
Bank.
(l) Klausa ini tidak akan menjejaskan sebarang klausa lain dalam Terma dan Syarat ini
yang menyediakan pendedahan data.
15 PEMATUHAN FATCA
15.1 Pemegang Akaun perlu menyediakan semua dokumentasi atau maklumat yang diperlukan,
termasuk tetapi tidak terhad kepada tarikh lahir, negara kewarganegaraan, negara-negara
kediaman tetap, negara-negara kediaman cukai dan nombor pengenalan pembayar cukai yang
berkaitan, yang mungkin diperlukan untuk membolehkan Bank atau mana-mana Ahli Kumpulan
UOB mematuhi semua keperluan FATCA (seksyen 1471 hingga 1474 dalam Kod Hasil Dalam
Negeri 1986 yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat (“Kod”) serta peraturan dan garis panduan
lain yang dikeluarkan di bawah Kod, setiap daripadanya dipinda dari masa ke semasa (secara
amnya dikenali sebagai Akta Pematuhan Pencukaian Akaun Asing) (“FATCA”) atau mana-mana
perjanjian lain yang dimasuki dengan atau di antara pihak berkuasa untuk pelaksanaan FATCA
atau perjanjian lain oleh atau antara kerajaan.
Pemegang Akaun perlu memaklumkan kami secara bertulis dalam tempoh tiga puluh (30) hari
mengenai sebarang perubahan yang menjejaskan status cukai Pemegang Akaun berhubung
dengan FATCA di bawah sebarang undang-undang, peraturan atau perjanjian lain oleh atau
antara kerajaan.
15.2 Pemegang Akaun mewakili dan menjamin bahawa Pemegang Akaun telah memberikan semua
dokumentasi atau maklumat lain kepada Bank sebagaimana yang mungkin diperlukan oleh Bank
untuk mematuhi FATCA dan berhubung dengan perubahan dalam status cukai dan akan
menyediakan semua dokumentasi atau maklumat lain yang diperlukan dalam tempoh tujuh (7)
hari dari permintaan daripada Bank secara bertulis atau sebaliknya.
Pemegang Akaun selanjutnya mengakui bahawa apa-apa kegagalan di pihak Pemegang Akaun
untuk memberikan maklumat yang tepat dan tepat pada masanya menurut keperluan dan
permintaan Bank boleh menyebabkan Bank menganggap bahawa Pemegang Akaun bersikap
degil dan/atau boleh dilaporkan dan mengambil segala tindakan yang diperlukan terhadap
Pemegang Akaun dalam usaha Bank untuk mematuhi keperluan di bawah FATCA, undang-
undang tempatan berhubung dengan FATCA dan mana-mana peruntukan lain yang timbul
daripada perjanjian antara kerajaan yang berkaitan dengan FATCA.
15.3 Bagi pelanggan individu, Pemegang Akaun bersetuju dengan pengumpulan, penyimpanan, dan
pendedahan oleh Bank atau mana-mana Ahli Kumpulan UOB mengenai apa-apa Data Peribadi
kepada individu-individu di mana Bank atau mana-mana Ahli Kumpulan UOB menerima atau
melakukan pembayaran bagi pihak Pemegang Akaun dan kepada pihak berkuasa kerajaan
seperti yang diperlukan oleh undang-undang atau perjanjian lain oleh atau antara kerajaan.
Kebenaran Pemegang Akaun akan berkuatkuasa tanpa mengira sebarang perjanjian tiada
pendedahan yang digunakan. Pemegang Akaun menyatakan bahawa Pemegang Akaun telah
memperolehi sebarang persetujuan atau penepian yang diperlukan daripada mana-mana pihak
ketiga di mana maklumatnya telah diberikan kepada Bank bagi membenarkan Bank atau mana-
mana Ahli Kumpulan UOB menjalankan tindakan seperti yang dinyatakan dalam Klausa 15 ini,
dan bahawa Pemegang Akaun akan memperolehi persetujuan dan penepian sedemikian terlebih
dahulu sebelum memberikan maklumat yang sama kepada kami pada masa hadapan.
15.4 Bagi pelanggan yang merupakan pemilik tunggal, perkongsian atau entiti perniagaan lain,
syarikat, atau persatuan, kelab atau pertubuhan atau amanah, Pemegang Akaun bersetuju
dengan pengumpulan, penyimpanan, dan pendedahan oleh Bank atau mana-mana Ahli
Kumpulan UOB mengenai sebarang Maklumat Sulit kepada individu-individu di mana Bank atau
mana-mana Ahli Kumpulan UOB menerima atau melakukan pembayaran bagi pihak Pemegang
Akaun dan kepada pihak berkuasa kerajaan seperti yang diperlukan oleh undang-undang atau
perjanjian lain oleh atau antara kerajaan. Maklumat Sulit termasuk data peribadi Pemegang
Akaun, butiran akaun bank, maklumat transaksi, dan apa-apa maklumat lain yang dianggap
bersifat sulit atau proprietari oleh seseorang yang munasabah. Kebenaran Pemegang Akaun
akan berkuatkuasa tanpa mengira sebarang perjanjian tiada pendedahan yang digunakan.
Pemegang Akaun menyatakan bahawa Pemegang Akaun telah memperolehi sebarang
persetujuan atau penepian yang diperlukan daripada mana-mana pihak ketiga di mana
maklumatnya telah diberikan kepada Bank bagi membenarkan Bank atau mana-mana Ahli
Kumpulan UOB untuk menjalankan tindakan seperti yang dinyatakan dalam Klausa 15 ini, dan
bahawa Pemegang Akaun akan memperolehi persetujuan dan penepian sedemikian terlebih
dahulu sebelum memberikan maklumat yang sama kepada Bank pada masa hadapan.
15.5 Pemegang Akaun bersetuju dan mengakui bahawa Bank berhak untuk mengambil segala
tindakan yang diperlukan untuk mematuhi dan kekal mematuhi FATCA sebagaimana yang
diperlukan oleh undang-undang atau perjanjian lain oleh atau antara kerajaan. Jika sebahagian
daripada pendapatan Pemegang Akaun boleh dilaporkan dan sebahagiannya tidak, Bank akan
melaporkan semua pendapatan kecuali jika Bank dapat menentukan jumlah yang boleh
dilaporkan dengan sewajarnya. Pemegang Akaun dengan ini membenarkan Bank atau mana-
mana Ahli Kumpulan UOB, di mana sesuai, untuk menahan atau mengutip sebarang bayaran,
sebarang cukai atau penilaian kerajaan lain yang diperlukan, termasuk tetapi tidak terhad
kepada sebarang keperluan untuk menahan atau memotong jumlah di bawah Kod serta
peraturan dan garis panduan lain yang dikeluarkan di bawah Amerika Syarikat (“AS”), di mana
setiap daripadanya dipinda dari masa ke semasa atau mana-mana perjanjian lain dengan atau
antara pihak berkuasa.
15.6 Bank atau mana-mana Ahli Kumpulan UOB, boleh mengambil apa-apa tindakan yang Bank
anggap sesuai untuk memenuhi sebarang tanggungjawab, sama ada di Malaysia atau di tempat
lain di dunia, berhubung dengan pencegahan pengelakan cukai. Ini mungkin termasuk, tetapi
tidak terhad kepada, menyiasat dan memintas bayaran ke dalam dan keluar daripada akaun
anda (terutamanya dalam hal pemindahan dana antarabangsa), menyiasat sumber atau
penerima yang dimaksudkan untuk dana, perkongsian maklumat dan dokumen dengan pihak
berkuasa cukai tempatan dan antarabangsa dan menahan pendapatan dari akaun Pemegang
Akaun dan memindahkannya kepada pihak berkuasa cukai tersebut. Jika Bank tidak berpuas
hati bahawa suatu pembayaran ke dalam atau ke luar daripada akaun Pemegang Akaun adalah
sah, Bank boleh menolak pelaksanaannya.
15.7 Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Bank tidak akan bertanggungjawab kepada
Pemegang Akaun untuk sebarang kerugian, kos, perbelanjaan, ganti rugi, liabiliti yang
Pemegang Akaun mungkin alami akibat daripada pematuhan Bank kepada undang-undang,
peraturan, perintah atau perjanjian dengan pihak berkuasa cukai atau oleh dan antara pihak
berkuasa cukai atau jika Bank melakukan penentuan yang salah sama ada Pemegang Akaun
patut dianggap sebagai tertakluk kepada cukai atau tanggungjawab pelaporan cukai.
15.8 Klausa 15 ini akan mengatasi mana-mana terma yang tidak konsisten atau persetujuan yang
diberikan oleh Pemegang Akaun di bawah mana-mana perjanjian dengan Bank setakat
perjanjian sedemikian menyediakan hak yang berkurangan bagi kami, sama ada sebelum atau
selepas tarikh Terma dan Syarat ini. Klausa 15 ini tidak akan mempengaruhi sebarang klausa
lain dalam Terma dan Syarat ini yang menyediakan permintaan untuk maklumat atau
pendedahan data.
15.9 “Rakyat Amerika Syarikat” bermakna warganegara Syarikat atau pemastautin individu Amerika
Syarikat, perkongsian atau syarikat yang diperbadankan di Amerika Syarikat atau di bawah
undang-undang Amerika Syarikat atau mana-mana negeri di Amerika Syarikat, suatu amanah
jika (i) mahkamah di Amerika Syarikat akan mempunyai kuasa di bawah undang-undang yang
digunakan untuk memberi arahan atau penghakiman mengenai sebahagian besar isu-isu
berkenaan pentadbiran amanah, dan (ii) satu atau lebih daripada satu Rakyat Amerika Syarikat
mempunyai kuasa untuk mengawal semua keputusan utama amanah tersebut, atau estet bagi
keturunan seseorang yang merupakan warganegara atau penduduk Amerika Syarikat. Definisi
ini akan ditafsirkan mengikut Kod. Sila dimaklumkan bahawa individu yang telah kehilangan
kewarganegaraan Amerika Syarikat mereka dan yang menetap di luar Amerika Syarikat mungkin
dianggap sebagai Rakyat Amerika Syarikat dalam keadaan tertentu.
AKAUN BERSAMA
16. (a) Untuk akaun bersama, Pemegang Akaun akan bertanggungjawab secara bersama dan
berasingan untuk semua liabiliti yang ditanggung atau debit, baki di dalam Akaun dan
pada kematian atau kebankrapan mana-mana Pemegang Akaun, Bank boleh, pada
budi bicara mutlaknya, menggantung Akaun tersebut.
(b) Untuk akaun bersama, Pemegang Akaun membenarkan Bank untuk memegang
sebarang baki kredit dalam Akaun mengikut arahan individu yang masih hidup
sekiranya salah seorang daripada mereka meninggal dunia.
(c) Untuk akaun bersama, Pemegang Akaun meminta dan membenarkan Bank untuk
menerima dan membayar ke dalam Akaun dari masa ke semasa apa-apa cek, bil
pertukaran dan/atau instrumen lain yang perlu dibayar kepada mana-mana atau salah
satu daripada Pemegang Akaun, sebagaimana kes yang mungkin berlaku, tanpa
memerlukan penerima untuk mengesahkan instrumen tersebut. Pemegang Akaun
mengesahkan dan bersetuju secara bersama dan berasingan untuk melucut dan
melepaskan Bank daripada semua liabiliti yang timbul daripada penerimaan mana-
mana instrumen yang tersebut di atas oleh Bank dari masa ke semasa untuk
pembayaran ke dalam Akaun.
PERUNTUKAN KHAS UNTUK PERKONGSIAN
17. (a) Jika Pemegang Akaun merupakan suatu perkongsian, pada perubahan perlembagaan
syarikat yang disebabkan oleh kematian atau peletakan jawatan atau kebankrapan
rakan kongsi atau sebaliknya, Bank boleh, jika tiada notis bertulis yang bertentangan,
menganggap rakan kongsi yang masih ada sebagai mempunyai kuasa penuh untuk
meneruskan perniagaan syarikat dan untuk mengendalikan Akaun seolah-olahnya tidak
terdapat sebarang perubahan dalam perlembagaan syarikat.
(b) Semua peruntukan yang terkandung di sini akan mengikat semua rakan kongsi secara
bersama dan berasingan tanpa mengira dan tanpa menghiraukan sebarang perubahan
dalam perlembagaan atau nama syarikat atau kemasukan mana-mana rakan kongsi
baru atau pengubahsuaian atau penamatan sebarang kuasa mana-mana rakan kongsi.
AKAUN “DALAM AMANAH”
18. Bank tidak perlu mengenalpasti mana-mana individu selain daripada Pemegang Akaun sebagai
mempunyai apa-apa kepentingan dalam Akaun. Jika Bank perlu membuka Akaun “dalam
amanah” atau “sebagai penama” atau menggunakan gelaran yang sama atas nama Pemegang
Akaun, sama ada untuk pihak ketiga yang ditentukan atau tidak, Bank berhak dan layak, pada
budi bicara tunggalnya, menerima cek dan kiriman bayaran lain dan arahan lain berhubung
dengan Akaun dari Pemegang Akaun sahaja dan tidak diperlukan untuk mendapat sebarang
persetujuan atau melaksanakan apa-apa amanah bagi mana-mana individu, kecuali Bank
bersetuju dengan jelas secara bertulis untuk yang sebaliknya.
AGEN BANK
19. (a) Bank boleh menggunakan perkhidmatan mana-mana bank atau agen di mana-mana
lokasi yang dianggap sesuai berhubung dengan sebarang kutipan atau perniagaan
perbankan lain bagi Pemegang Akaun. Bank atau agen sedemikian akan dianggap
sebagai agen Pemegang Akaun dan Bank tidak boleh, dalam apa-apa keadaan,
bertanggungjawab untuk atau dipertanggungjawabkan oleh Pemegang Akaun akibat
sebarang tindakan atau peninggalan oleh mana-mana bank atau agen sedemikian,
atau akibat kehilangan, kecurian, kemusnahan atau kelewatan penghantaran mana-
mana instrumen semasa dalam transit atau di dalam pemilikan bank atau agen
tersebut. Semua caj yang ditanggung oleh Bank akan ditanggung oleh Pemegang
Akaun.
(b) Bank mempunyai kebebasan bagi pihak Pemegang Akaun untuk menggunakan
sebarang koresponden, agen atau sub-agen atau agensi lain dalam mengeluarkan Draf
Permintaan atau Perintah Juruwang atau dalam melaksanakan Pemindahan
Bertelegraf. Bank tidak mempunyai apa-apa liabiliti atau tanggungjawab untuk
sebarang kelewatan, tiada kiriman atau tiada penerimaan prosid yang timbul daripada
surat-menyurat Bank atau agen, sub-agen atau agensi lain yang berada di luar kawalan
Bank.
CAJ DAN HAK UNTUK MENDEBIT
20. (a) Bank boleh mengenakan caj sedemikian yang ia mungkin tentukan untuk apa-apa
perkhidmatan yang disediakan oleh Bank dan ke atas Akaun jika Akaun mempunyai
baki kredit di bawah baki minimum yang ditetapkan pada bila-bila masa, oleh Bank dari
masa ke semasa untuk akaun matawang asing. Bank akan dari masa ke semasa
memaklumkan Pemegang Akaun mengenai caj kadar semasa menurut klausa 23 di
bawah.
(b) Pemegang Akaun bertanggungjawab untuk membayar semua kos, caj, fi dan
perbelanjaan (termasuk tetapi tidak terhad kepada fi dan perbelanjaan guaman yang
bagaimana sekalipun ditanggung oleh Bank) berhubung atau bersampingan dengan
Akaun, termasuk tetapi tidak terhad kepada penguatkuasaan atau pengekalan
sebarang hak Bank di bawah Akaun.
(c) Pemegang Akaun bertanggungjawab untuk membayar apa-apa cukai barangan dan
perkhidmatan atau cukai atau levi lain yang, pada tarikh pembukaan Akaun atau apa-
apa tarikh selepas tarikh pembukaan Akaun, diperlukan oleh undang-undang (termasuk
Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan) untuk dibayar kepada mana-mana
pertubuhan atau pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami,
berhubung dengan sebarang fi dan caj yang dikenakan atau ditanggung oleh kami
berhubung dengan Akaun.
(d) Apa-apa cukai barangan dan perkhidmatan atau cukai atau levi lain yang ditanggung
oleh kami berhubung dengan penggunaan Akaun dan apa-apa barangan atau
perkhidmatan lain yang disediakan di bawah Akaun akan ditanggung oleh dan
dikenakan kepada anda dan jika kami melaksanakan pembayaran bagi pihak anda,
anda bertanggungjawab untuk membayar balik kepada kami amaun sedemikian yang
dibayar.
(e) Pemegang Akaun membenarkan Bank untuk mendebitkan Akaun pada bila-bila masa
dengan faedah dan semua amaun yang perlu dibayar kepada Bank.
(f) Semua kadar, komisen dan caj adalah tertakluk kepada pindaan atau perubahan
apabila tamat tempoh, iaitu tidak kurang daripada notis dua puluh satu (21) hari
daripada Bank kepada Pemegang Akaun.
HAK UNTUK TOLAK SELESAI
21. Bank berhak pada bila-bila masa tanpa pemberian notis, untuk menggabungkan atau
menyatukan semua atau mana-mana akaun sedia ada Pemegang Akaun termasuk akaun atas
nama Bank atau Pemegang Akaun bersama dengan individu lain (sama ada semasa, deposit,
pinjaman atau dalam apa-apa bentuk lain) atau semua atau mana-mana akaun atas nama
mana-mana satu atau lebih daripada satu Pemegang Akaun. Bank berhak dan layak untuk,
selepas memberikan notis tidak kurang daripada tujuh (7) hari atau tempoh lain sedemikian
sebagaimana yang diperlukan oleh peraturan, untuk menolak selesai sebarang baki kredit (sama
ada matang atau tidak) dalam mana-mana satu atau lebih dari satu akaun sedemikian di mana
jua ia ditempatkan terhadap sebarang liabiliti Pemegang Akaun atau untuk satu atau lebih
daripada satu untuk mana-mana akaun lain atau dalam apa-apa aspek sekalipun, sama ada
liabiliti tersebut adalah pada masa kini atau masa hadapan, sebenar atau kontinjen, utama atau
berkaitan, dan berasingan atau bersama. Di mana tolak selesai tersebut memerlukan pertukaran
dari satu matawang kepada yang lain, pertukaran sedemikian akan dikira pada kadar pertukaran
semasa (yang ditentukan secara muktamad oleh Bank) pada tarikh tolak selesai tersebut.
Sebagai tambahan, jika berlaku sebarang pelanggaran dalam Terma dan Syarat ini oleh
Pemegang Akaun atau sebarang keingkaran atau tiada pembayaran untuk sebarang hutang,
tanggungjawab atau liabiliti lain oleh Pemegang Akaun kepada Bank dalam apa-apa bentuk atau
jenis, Bank berhak untuk menjual apa-apa Kolateral (seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 11 di
sini) melalui jualan umum atau swasta tanpa apa-apa prosiding kehakiman sekalipun. Pada
jualan sedemikian, Bank berhak dan layak untuk menyimpan prosid jualan yang diperolehi
daripada jumlah keseluruhan yang masih belum dibayar termasuk semua kos, sebarang fi dan
kos guaman bagaimana sekalipun ditanggung, caj dan perbelanjaan, cukai, duti dan levi lain
yang bersampingan dengan jualan tersebut. Apabila dituntut, Pemegang Akaun akan membayar
Bank dengan serta-merta amaun untuk apa-apa kekurangan jika prosid jualan atau amaun yang
diterima atau diperolehi daripada jualan tersebut tidak mencukupi untuk menyelesaikan dan
membayar balik kepada Bank keseluruhan amaun tertunggak atau perlu dibayar oleh Pemegang
Akaun kepada Bank.
INDEMNITI DARI PEMEGANG AKAUN
22. Pemegang Akaun bersetuju untuk melindungi Bank dari semua kerugian, kos, ganti rugi,
tuntutan, cukai, duti, levi dan perbelanjaan, termasuk apa-apa fi dan kos guaman bagaimana
sekalipun ditanggung, bagaimana sekalipun dialami atau ditanggung oleh Bank:
(a) dalam pelaksanaan fungsinya sebagai jurubank kepada Pemegang Akaun termasuk
sebagai jurubank kutipan yang menjamin apa-apa pengesahan atau pelepasan untuk
cek, bil, nota, draf, waran dividen atau instrumen lain yang dikemukakan untuk
pengutipan dan jaminan sedemikian akan dianggap telah diberikan oleh Bank pada
permintaan nyata Pemegang Akaun dalam setiap kes; dan
(b) berhubung dengan penguatkuasaan hak Bank di sini atau akibat daripada sebarang
ketidakpatuhan terhadapnya oleh Pemegang Akaun.
(c) berhubung dengan pembatalan urusan transaksi yang dipersetujui oleh Pemegang
Akaun.
KOMUNIKASI
23. (1) Pemegang Akaun perlu memaklumkan Bank secara bertulis dengan serta-merta
mengenai sebarang perubahan yang boleh menjejaskan operasi Akaun secara
langsung atau tidak langsung termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pertukaran alamat,
status pemastautin, perlembagaan perniagaan, nama Pemegang Akaun,
penandatangan yang dibenarkan, pindaan dalam Memorandum dan Artikel Persatuan
(untuk akaun syarikat); perubahan dalam volum perolehan eksport dalam kes
pengeksport, perubahan dalam syarat kelayakan yang menjejaskan had semalaman
yang ditetapkan dan sebarang pelanggaran dalam syarat kelayakan dan/atau had
semalaman yang dikenakan oleh BNM dan/atau Pengawal Pertukaran Asing dan/atau
Bank dalam operasi Akaun.
(2) Di mana sebarang notis atau komunikasi yang diberikan oleh Bank kepada mana-mana
Pemegang Akaun, Bank boleh, pada budi bicara mutlaknya, memberikan notis atau
komunikasi tersebut dalam apa-apa cara berikut:
(a) melalui mel elektronik kepada alamat e-mel terakhir yang diketahui dalam
rekod Bank untuk Pemegang Akaun dan notis sedemikian akan dianggap
telah diterima selepas 24 jam penghantarannya; atau
(b) melalui pos biasa atau pos berdaftar atau kurier atau penghantaran tangan
yang dihantar kepada atau ditinggalkan di alamat terakhir Pemegang Akaun
tersebut yang didaftar dengan Bank dan akan dianggap telah diterima oleh
Pemegang Akaun tersebut dalam tempoh lima (5) Hari Perniagaan dari
pengeposan jika dihantar melalui pos biasa atau berdaftar dan, jika dihantar
melalui kurier atau penghantaran tangan, dalam tempoh tiga (3) Hari
Perniagaan dari tarikh notis atau komunikasi tersebut dihantar atau
ditinggalkan di alamat terakhir yang didaftar dengan Bank untuk Pemegang
Akaun tersebut; atau
(c) dengan memaparkan notis atau komunikasi di premis cawangan Bank di mana
Akaun dikekalkan atau pada laman web Bank dan notis atau komunikasi
sedemikian akan dianggap berkuatkuasa dalam tempoh tujuh (7) hari dari
tarikh paparan tersebut; atau
(d) dengan cara pengiklanan atau notis am dalam satu akhbar utama negara yang
diedarkan di Malaysia dan notis tersebut akan dianggap telah berkuatkuasa
dari tarikh pengiklanan notis atau komunikasi sedemikian atau tarikh yang
dinyatakan dalam notis atau komunikasi sedemikian, sebagaimana kes yang
mungkin berlaku; atau
(e) dengan menggunakan siaran radio atau televisyen atau mana-mana media
lain yang dipilih oleh Bank dan notis atau komunikasi sedemikian akan
dianggap telah diterima pada tarikh siaran tersebut; atau
(f) melalui faksimile atau teleks kepada nombor faksimile atau teleks terakhir
yang diketahui dalam rekod Bank untuk Pemegang Akaun tersebut dan notis
atau komunikasi tersebut akan dianggap telah diterima selepas pengesahan
penghantaran dari mesin penghantar.
(3) Bank tidak bertanggungjawab untuk apa-apa yang mungkin berlaku kepada notis atau
komunikasi selepas ia dihantar, contohnya, jika apa-apa notis atau komunikasi tersebut
terlewat, terpintas, hilang, gagal diterima atau terdedah kepada mana-mana individu
semasa transit.
KEADAAN DI LUAR KAWALAN BANK
24. Bank boleh, pada budi bicara mutlaknya dan tanpa notis kepada Pemegang Akaun,
menggantung operasi Akaun jika rekod pelanggan Bank, akaun atau perkhidmatan tidak dapat
disediakan atau akses kepada rekod, akaun atau perkhidmatan tersebut dihalang akibat
daripada keadaan di luar kawalan Bank (force majeure), apa-apa bencana atau keadaan,
tindakan industri, kerosakan komputer atau sabotaj atau apa-apa sebab lain sekalipun.
PENYUSUTAN DAN KETIADAAN DANA
25. Bank tidak mempunyai tanggungjawab atau liabiliti kepada Pemegang Akaun untuk sebarang
penyusutan nilai dana akibat sekatan ke atas tuntutan kebolehtukaran, pemindahan paksaan,
perampasan dalam apa-apa bentuk, peperangan atau pemogokan awam atau apa-apa sebab
lain di luar kawalan Bank. Jika negara asal matawang yang berkenaan menghadkan
ketersediaan, kredit atau pemindahan dana tersebut, Bank tidak mempunyai kewajipan untuk
membayar dana dalam Akaun kepada Pemegang Akaun sama ada melalui draf atau wang tunai
dalam matawang yang berkenaan atau melalui apa-apa matawang lain.
PENEPIAN
26. Bank boleh, pada budi bicaranya, mengetepikan pematuhan pada mana-mana peraturan yang
mentadbir operasi Akaun, tetapi penepian sedemikian adalah sebagai tambahan kepada dan
tidak akan menjejaskan mana-mana hak Bank termasuk hak untuk menguatkuasakan
pematuhan kepada peraturan sedemikian di mana-mana tarikh pada masa hadapan.
PENYERAHAN HAK
27. Pemegang Akaun tidak boleh menyerah hak, memindah, mengenakan caj, membebankan atau
mewujudkan apa-apa sekuriti atau kepentingan lain di dalam atau sebaliknya melupuskan atau
dikatakan melakukan perkara yang sama berhubung dengan Akaun atau apa-apa wang di
dalamnya atau mana-mana hak, hak milik atau kepentingan Pemegang Akaun di dalamnya atau
berhubung dengannya atau mana-mana bahagian daripadanya atau apa-apa kepentingan di
dalamnya, jika berkenaan, kecuali dengan kebenaran Bank.
HARI PERNIAGAAN
28. “Hari Perniagaan” merujuk kepada hari di mana kedua-dua Bank dan pusat kewangan utama
untuk matawang asing dibuka untuk perniagaan dan perdagangan di pasaran matawang asing.
PEMINDAAN
29. (a) Bank berhak dari masa ke semasa dan melalui notis kepada Pemegang Akaun untuk
melakukan penambahan kepada peraturan dan pengawalan sedemikian serta pindaan
sedemikian kepada Terma dan Syarat ini jika ia dianggap perlu dan wajar pada budi
bicara mutlaknya. Pemindaan atau perubahan kepada Terma dan Syarat ini akan
dimaklumkan kepada Pemegang Akaun dalam apa-apa cara yang dinyatakan dalam
klausa 23. Pemegang Akaun akan diikat oleh pindaan atau terma dan syarat baru
tersebut dari tarikh pemaparan, pengiklanan atau pengeposan sedemikian.
(b) Jika Pemegang Akaun tidak menerima apa-apa penambahan, perubahan, pengubahan
atau pengubahsuaian kepada Terma dan Syarat ini, Pemegang Akaun boleh
menamatkan operasi Akaun dan menutup Akaun dengan serta-merta. Jika Pemegang
Akaun terus mengendalikan Akaun selepas pemakluman sedemikian, Pemegang
Akaun akan dianggap telah bersetuju tanpa keraguan kepada penambahan, perubahan
atau pengubahsuaian tersebut.
UNDANG-UNDANG YANG DIGUNAKAN DAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG
30. Terma dan Syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia
dan Pemegang Akaun dengan ini menyerah secara muktamad kepada bidang kuasa tidak
eksklusif mahkamah Malaysia. Sebarang tindakan mahkamah untuk mendapatkan semula
dan/atau penguatkuasaan sebarang wang tuntutan yang perlu dibayar oleh Bank boleh diambil
oleh Pemegang Akaun di mahkamah Malaysia sahaja kecuali Bank bersetuju pada sebaliknya
secara bertulis.
PEMATUHAN PERINTAH MAHKAMAH
31. Bank dan Ahli Kumpulan UOB boleh bertindak dalam apa-apa cara yang mereka anggap sesuai,
tanpa berunding dengan Pemegang Akaun terlebih dahulu, jika mereka dikemukakan dengan
perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh mahkamah dalam mana-mana bidang kuasa.
Pemegang Akaun bersetuju bahawa beliau/mereka tidak akan mempertanggungjawabkan Bank
dan/atau mana-mana ahli Kumpulan UOB untuk sebarang kerugian atau ganti rugi yang
berhubung dengan tindakan mereka.
WANG YANG TIDAK DITUNTUT
32. Selaras dengan Akta Wang Tidak Dituntut (“UMA”) 1965, Bank akan menutup Akaun anda dan
menukar semua baki tertunggak dalam matawang asing yang dianggap tidak dituntut dalam
Akaun anda kepada Ringgit Malaysia dengan menggunakan kadar penutup harian untuk Akaun
yang tidak beroperasi selama 7 tahun. Baki tersebut akan dipegang oleh Bank sehingga ia
dipindahkan ke Pendaftar Wang Tidak Dituntut.
PENGIKATAN PENGGANTI
33. Terma dan Syarat ini akan mengikat waris, wakil peribadi dan pengganti hak milik Bank dan
Pemegang Akaun masing-masing. Hak, tanggungjawab dan liabiliti Pemegang Akaun di bawah
Terma dan Syarat ini tidak boleh diserah hak untuk apa-apa sebab sekalipun.
AKAUN PANGGILAN
34. Bank berhak untuk mengenakan sebarang had ke atas amaun yang didepositkan, dan
dikeluarkan ke dalam/daripada Akaun, termasuk tetapi tidak terhad kepada baki kredit minimum
yang dikekalkan dalam Akaun. Had dan amaun sedemikian mungkin tertakluk kepada
perubahan dari masa ke semasa pada budi bicara Bank.
35. Faedah pada kadar semasa Bank akan dikira pada baki akhir di penghujung setiap hari dan
dikreditkan pada akhir setiap bulan. Tiada faedah akan dibayar ke atas baki di bawah jumlah
minimum yang diperlukan seperti yang ditetapkan oleh Bank dari masa ke semasa. Di mana
berkenaan, cukai pegangan akan dikenakan ke atas faedah yang diperolehi mengikut peraturan
cukai yang digunakan.
36. Pengeluaran boleh dilakukan dengan memberi notis bertulis sekurang-kurangnya satu (1) Hari
Perniagaan kepada Bank. Pemegang Akaun perlu memberi arahan yang jelas dan khusus
secara bertulis yang ditandatangani sewajarnya mengikut mandat akaun berhubung dengan
pengeluaran dan pelupusan deposit. Bank berhak untuk menolak atau tidak melaksanakan
arahan tersebut jika mana-mana dokumen sedemikian yang dikemukakan kepada Bank adalah
berbeza daripada contoh tandatangan Pemegang Akaun atau penandatangan yang dibenarkan.
Semua perubahan dalam arahan tersebut perlu disahkan dengan tandatangan penuh. Bank
tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian atau ganti rugi kepada Pemegang Akaun
disebabkan oleh apa-apa pematuhan oleh Bank di mana arahan tersebut tidak lengkap atau
tidak jelas atau di mana baki kredit dalam akaun Pemegang Akaun tidak mencukupi untuk
meliputi caj bank dan amaun yang dinyatakan dalam arahan tersebut.
37. Bank berhak untuk mengenakan caj perkhidmatan bulanan, fi transaksi, fi tahunan dan/atau apa-
apa fi lain sedemikian bagi penyenggaraan Akaun ini pada kadar yang ditetapkan oleh Bank dan
dipinda dari masa ke semasa dengan memberi Pemegang Akaun notis 21 hari terlebih dahulu.
AKAUN DEPOSIT BERTEMPOH
38. Deposit ke dalam Akaun adalah pada tempoh dan kadar seperti yang dipersetujui dengan Bank.
Bank berhak untuk mengenakan sebarang had sedemikian pada amaun dan tempoh deposit
termasuk tetapi tidak terhad kepada had deposit minimum yang mungkin tertakluk kepada
perubahan dari masa ke semasa pada budi bicara tunggal dan mutlak Bank.
39. Bayaran faedah ke atas setiap deposit yang dilakukan adalah tertakluk kepada sebarang
undang-undang atau peraturan untuk cukai pegangan.
40. Jika tarikh matang jatuh bukan pada Hari Perniagaan, apa-apa arahan
pembaharuan/pengeluaran oleh Pemegang Akaun akan dilaksanakan pada Hari Perniagaan
yang berikutnya.
41. Pemegang Akaun perlu memberikan arahan yang jelas dan khusus secara bertulis berhubung
dengan pengeluaran atau pelupusan deposit. Arahan tersebut mesti sampai ke Bank sekurang-
kurangnya dua (2) Hari Perniagaan sebelum tempoh matang. Bank tidak bertanggungjawab
untuk sebarang kerugian atau ganti rugi kepada Pemegang Akaun disebabkan oleh apa-apa
pematuhan atau ketidakpatuhan Bank di mana arahan tersebut adalah tidak lengkap atau tidak
jelas atau di mana jumlah deposit tidak mencukupi untuk meliputi caj bank serta amaun yang
dinyatakan dalam arahan tersebut.
42. Melainkan arahan bertulis yang sebaliknya diterima sekurang-kurangnya dua (2) Hari
Perniagaan sebelum deposit matang, deposit akan diperbaharui secara automatik dengan
faedah terakru ditambah ke atasnya bagi tempoh yang sama pada kadar faedah lazim.
43. Bank boleh, pada budi bicara tunggalnya, membenarkan pengeluaran deposit sebelum ia
matang tertakluk kepada pembayaran fi dan caj bank sedemikian yang mungkin ditetapkan oleh
Bank dan dipinda dari masa ke semasa. Semua pengeluaran deposit perlu dilakukan secara
keseluruhan dan bukan dalam jumlah berasingan.
44. Jika mana-mana deposit dikeluarkan atau dicairkan sebelum tempoh matang, Bank berhak dan
layak untuk tidak membayar sebarang faedah, sama ada secara berkadar atau pro rata atau
sebaliknya ke atas deposit yang dikeluarkan. Sebagai alternatif, Bank boleh pada budi bicaranya
membayar faedah ke atas deposit sedemikian yang dikeluarkan sebelum tempoh matang atau
sebelum tarikh matang pada kadar sedemikian yang mungkin ditetapkan oleh Bank pada budi
bicara tunggalnya dari masa ke semasa.
45. Deposit bertempoh tidak boleh dipindah milik atau diserah hak atau dilupuskan atau diuruskan
dan tidak boleh disandar atau dicagarkan sebagai sekuriti kepada mana-mana pihak kecuali
Bank.
46. Jika slip pengakuan dikeluarkan oleh Bank berhubung dengan deposit bertempoh, slip
pengakuan tersebut merupakan bukti deposit yang dilakukan pada tarikh yang dinyatakan di
dalamnya dan tidak merupakan dokumen hak milik.
PERBADANAN INSURANCE DEPOSIT MALAYSIA (PIDM)
47. Deposit yang dikekalkan oleh Pemegang Akaun layak dilindungi oleh PIDM tertakluk kepada
kriteria lazim PIDM.