Download - TEORI SOSIOLOGI

Transcript
Page 1: TEORI SOSIOLOGI

AHLI KUMPULAN:SYAHRUL NAJMAN DP2770NOOR HASFALINA DP2715NOOR MASITAH DP2716NUR FARIDAH DP2740SURIANI DP2768

Page 2: TEORI SOSIOLOGI

Kajian yang sistematik dan objektif tentang tingkahlaku sosial.

Mengkaji dan menerangkan tindakan dan tekanan yang berlaku ke atas dan di kalangan manusia.

Tekankan interaksi dikalangan manusia – interaksi timbal balik

Page 3: TEORI SOSIOLOGI

SAMBUNGAN Teori: suatu cara menyatukan pelbagai

fakta supaya seseorang memahami segala fakta sekaligus.

Terbahagi kepada dua: Makro (kaji hubungan di kalangan struktur dan

institusi sosial) Mikro (interaksi semuka individu)

Page 4: TEORI SOSIOLOGI

Tujuan: Mengetahui stuktur asas manusia Kenal pasti tekanan-tekanan utama yang

mengeratkan dan melemahkan manusia Mempelajari syarat-syarat yang membentuk

kehidupan sosial mereka.

Tokoh-tokoh awal:

Auguste Comte, Herbert Spencer, Emile Durkhem dan Max Weber.

Page 5: TEORI SOSIOLOGI

Masyarakat adalah teratur dan beroperasi atas dasar persetujuan saling bekerjasama bagi memenuhi kehendak masyarakat secara keseluruhan.

Setiap bahagian mempunyai fungsi dan peranan tersendiri yang dimainkan demi mengekalkan kestabilan seluruh sistem.

Di antara tokoh yang memainkan peranan dalam teori ini adalah Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim.

Page 6: TEORI SOSIOLOGI

Kamus Dewan - Disiplin membawa pengertian latihan pemikiran dan kelakuan supaya  ahli masyarakat atau individu boleh mengawal diri,peraturan-peraturan yang ditetapkan  untuk melatih seseorang berkelakuan baik.

Sudut agama Islam - Disiplin dapat disimpulkan satu tatacara larangan atau satu sistem hukuman yang dikenakan ke atas seseorang.

Selain itu ia adalah satu proses latihan dan pembelajaran yang bertujuan untuk membetul, menguat dan menyuburkan unsur-unsur kawalan diri serta kepatuhan kepada peraturan  dan norma-norma kebudayaan.

Page 7: TEORI SOSIOLOGI

CONTOH MASALAH DISIPLIN DI SEKOLAH

PONTENGMEROKOK

MELAWAN GURU

VANDALISME BERGADUH

BULI

Page 8: TEORI SOSIOLOGI

Teori fungsional – dalam menangani masalah disiplin di sekolah.

Pendidikan di lihat sebagai menyediakan atau menghasilkan tenaga kerja yang berpelajaran dan dapat menyesuaikan diri bagi masyarakat industri yang maju.

Menjelaskan bahawa masalah disiplin berlaku kerana berlakunya perubahan dalam sistem masyarakat. Ia berlaku tanpa disertakan dengan perubahan di dalam sistem persekolahan.

Teori ini turut menekankan bahawa, ibu bapa, pihak sekolah, rakan sebaya dan media massa saling berperanan dalam mengatasi masalah disiplin.

Page 9: TEORI SOSIOLOGI

FUNGSI YANG TERLIBAT Institusi Keluarga Institusi Pendidikan = sekolah Peranan guru Peranan Murid Rakan Sebaya Media Massa

Page 10: TEORI SOSIOLOGI

Ketidakseimbangan  disiplin sesebuah keluarga akan menyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri yang sempurna.

Ibu bapa hendaklah membimbing, memahami kehendak jiwa remaja dan berfikiran terbuka.Ibu bapa hendaklah menjadi  ‘role model’ sekaligus sebagai perangsang. Ini akan mendorong kepada kehidupan yang lebih harmonis.

Page 11: TEORI SOSIOLOGI

Membekalkan asas sosialisasi Sebagai mekanisma dimana individu diperuntukkan

peranan-peranan dewasa masing-masing Amalan demokrasi juga sepatutnya dilaksanakan

dalam melaksanakan meritrokasi. Ini kerana konflik jiwa , pemberontakan batin dan rasa

tidak puas hati pelajar terhadap undang-undang dan dasar pendidikan akan menyebabkan mereka melakukan perkara-perkara diluar jangkaan.

Oleh itu pihak sekolah, hendaklah melatih dan mengasuh pelajar hidup dalam suasana budaya berbilang kaum supaya mereka tidak keterlaluan dalam kaum sendiri.

Page 12: TEORI SOSIOLOGI

Durkheim = pendidikan lebih berbentuk kehendak masyarakat. Isi kandungan terlalu terhad dan pendidikan untuk perkembangan potensi manusia secara keseluruhan adalah dihadkan dari segi moral dan kemahiran-kemahiran yang hanya diperlukan semasa bekerja pada masa hadapan.

Page 13: TEORI SOSIOLOGI

Terlibat dalam aktiviti sekolah dengan: Menggalakan murid-murid melibatkan diri

dalam aktiviti kumpulan, taat setia dan tanggungjawab.

Membolehkan murid-murid sedar akan taat setia terhadap matlamat masyarakat dan nilainya melebihi keutamaan dan kepentingan individu dan keluarga mereka.

Page 14: TEORI SOSIOLOGI

Mengembang dan mendalamkan kemahiran-kemahiran murid yang diperlukan pada masa berkhidmat dalam masyarakat selepas persekolahan.

Hendaklah berinteraksi dengan murid-murid secara kolektif menjalankan aktiviti yang dapat menggambarkan dan merealisasikan keseragaman dan saling bergantung.

Page 15: TEORI SOSIOLOGI

Menerima proses sosialisasi di sekolah. Mengidentifikasikan dirinya dengan moral,

dan budaya masyarakat.

Page 16: TEORI SOSIOLOGI

Peranan rakan sebaya  turut menyumbang kepada berlakunya  gejala sosial terutama kepada pelajar-pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan yang mengalami masalah keluarga. Rakan-rakan dapat mencorak personaliti individu tertentu.

Justeru itu, ibu bapa patut tahu siapa rakan-rakan anak mereka, apa aktiviti mereka, di mana mereka berjumpa dan lain-lain persoalan lagi. 

Page 17: TEORI SOSIOLOGI

Media massa merupakan salah satu penyumbang kepada masalah disiplin.

Paparan adegan-adegan negatif yang berunsur ganas, lucah dan seram  sedikit sebanyak telah mempengaruhi golongan remaja kita. Golongan remaja suka mencuba tanpa memikirkan kesan atas tindakan mereka itu.

Oleh itu, pihak penyiaran atau penerbit haruslah menapis dahulu isi kandungan sebelum disiarkan.

Page 18: TEORI SOSIOLOGI

KELEMAHAN TEORI FUNGSIONALISME

1) Terlalu mengutamakan keseragaman dan harmoni di anatar persekolahan dan masyarakat.

2) Terlalu mengutamakan sistem sosial hingga mengenepikan perubahan-perubahan yang berlaku.

3) Terlalu mengutamakan fungsi pendidikan dan sosialisasi dalam masyarakat.

4) Mementingkan fungsi masyarakat bukannya perasaan individu.

Page 19: TEORI SOSIOLOGI

KESIMPULAN Kurikulum sekolah di Malaysia adalah berlandaskan teori dan

prinsip fungsionalisme,iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupayaan mencapai kesejahteraan diri serta sanggup memberi sumbangan terhadap kemakmuran masyarakat dan negara

Page 20: TEORI SOSIOLOGI

Top Related