1
TEKS UCAPAN
YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
MAJLIS PERASMIAN
DIALOG PENGETUA-PENGETUA NEGERI
(PENGURUSAN/KEWANGAN DAN
2
PEMBANGUNAN PERNIAGAAN)
KOPERASI SEKOLAH 2019
18 FEBRUARI 2018 (ISNIN)
1.00 PETANG
HOTEL ALIYA, KLANG, SELANGOR
Bismillahirrahmanirrahim.,
3
Assalamualaikum wr. wbth. dan Salam
Sejahtera
Terima Kasih Pengacara Majlis
(SALUTASI TERKINI AKAN DILETAKAN DI
ATAS ROSTRUM SEMASA MAJLIS
PERASMIAN)
4
1. Marilah kita bersama-sama
memanjatkan kesyukuran ke hadrat
Allah S.W.T. kerana sekali lagi memberi
kesempatan kepada kita untuk
berjumpa dan berkumpul di Hotel
Aliya, Klang pada hari ini bagi
mendengar dan membincangkan isu-
5
isu berkaitan dengan koperasi
sekolah.
2. Saya bagi pihak ANGKASA
mengucapkan penghargaan dan
terima kasih kepada semua peserta
yang majoritinya pengetua yang
memberi sokongan dan hadir
6
menjayakan program pada kali ini
dan agensi-agensi seperti – SKM, KPM,
JPN, BPTV, MARA dan MKM yang tidak
pernah jemu memberi sokongan
padu dalam membangunkan
gerakan koperasi sekolah di negara ini
sehingga berada pada tahap
sekarang.
7
Tuan-Tuan dan Puan-Puan
3. Untuk makluman, statistik
pertumbuhan koperasi sekolah
meningkat dengan ketara sejak
diasaskan pada tahun 1969, selaras
dengan usaha-usaha yang
dilaksanakan ANGKASA yang
8
mendapat sokongan padu daripada
KPM, Jabatan-Jabatan Pendidikan
Negeri, BPTV, SKM dan MKM. Sehingga
30 Jun 2018, koperasi sekolah
berjumlah 2,406 buah dengan
keanggotaan 1.6 juta orang,
syer/yuran berjumlah RM26.26 juta,
aset berjumlah RM353.79 juta,
9
menyumbang perolehan sebanyak
RM260.4 juta.
4. Bagi negeri Selangor pula, bilangan
koperasi sekolah adalah 276 buah
dengan keanggotaan 268,204 orang,
syer/yuran berjumlah RM3.925 juta,
aset berjumlah RM42.85 juta,
10
menyumbang perolehan sebanyak
RM41.68 juta.
Stastistik Am Koperasi Sekolah
sehingga 30 Jun 2018.
11
12
13
5. Statistik koperasi sekolah yang
mencapai perolehan RM 1 juta ialah 6
14
buah pada tahun 2018 dengan 12
buah koperasi lagi perolehannya
mencecah hampir RM 1juta (dalam
lingkungan RM700,000 – 900,000). Bagi
tahun 2019, kita mengharapkan 12
buah sekolah ini atau lebih lagi akan
meningkat perolehan mereka. 30
buah koperasi sekolah mendapat
15
perolehan dalam lingkungan RM500
000 – RM700 000 ribu.
6. Untuk makluman, ANGKASA
mensasarkan menjelang tahun 2020
sekurang-kurangnya 50 koperasi
sekolah boleh menjana pendapatan
melebihi RM1 juta. Kita percaya
16
sasaran ini dapat kita capai dengan
penglibatan dan sokongan semua
pihak.
7. Terdapat lebih kurang 160 pintu
kios koperasi sekolah yang telah
beroperasi dan sedang dalam
pembinaan. Perniagaan Kios Koperasi
17
Sekolah juga membantu koperasi
dalam menjana dan meningkatkan
perolehan mereka. Kios ini ada yang
diuruskan oleh koperasi sepenuhnya
dan juga ada yang disewa kepada
orang luar. Perniagaan kios koperasi
sekolah juga mensasarkan
18
pelanggan, pembeli dan masyarakat
sekitar kawasan sekolah.
8. Antara koperasi sekolah yang
berjaya mencapai perolehan
mencecah RM 1 juta dan ke atas
ialah:
19
i) Koperasi MRSM Kepala Batas Pulau
Pinang Berhad;
ii) Koperasi MRSM Kubang Pasu Jitra
Kedah Berhad;
iii) Koperasi Kolej Vokasional Tanah
Merah Kelantan Berhad;
iv) Koperasi MRSM Taiping Perak Berhad;
20
v) Koperasi MRSM Batu Pahat Johor
Berhad; dan
vi) Koperasi MRSM Tunku Abdul Razak
Pekan Pahang Berhad.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan
21
9. Untuk makluman, daripada
maklumbalas yang diterima
ANGKASA penurunan ini disebabkan
salah satunya oleh pekeliling yang
dikeluarkan KPM ke sekolah-sekolah
yang tidak membenarkan koperasi
sekolah menjual makanan dan
minuman.(Surat Siaran Kementerian
22
Pelajaran Malaysia Bilangan 11 Tahun
2013) pada tarikh 15 April 2013) Ini
menyebabkan jualan koperasi
sekolah menurun. Kita mohon KPM
meneliti dan mempertimbangkan
semula perkara ini.
23
10. Kita juga berharap proses dan
prosedur yang melibatkan koperasi
sekolah yang memerlukan kelulusan
KPM boleh dipercepatkan.
Contohnya dalam hal pembangunan
perniagaan kios, koperasi perlu
memohon kelulusan daripada KPM.
Dalam hal ini, mohon dapat
24
dipertimbangkan untuk
dipercepatkan memandangkan ada
negeri yang cepat mendapat
kelulusan dan ada ada yang
sebaliknya. Kita faham ini masalah
pengurusan sahaja tetapi kita mohon
supaya dapat diperhalusi masalah ini
25
yang akan memberi kesan kepada
perniagaan koperasi sekolah.
11. Dalam hal pembangunan
koperasi sekolah, ANGKASA tetap
dengan pendirian sebagai tempat
untuk pelajar-pelajar mendapat
latihan keusahawanan dan memupuk
26
nilai-nilai kerjasama, kesaksamaan,
perpaduan melalui koperasi.
Walaupun ANGKASA menekankan
perolehan, ini tidak bermakna kita
mencuba untuk ‘mengkomersialkan’
koperasi sekolah. ANGKASA
berpandangan koperasi sekolah
berpotensi menjana pendapatan
27
tanpa mengganggu pembelajaran
dalam kelas, malah terbukti mampu
memberi latihan pembelajaran yang
berkesan di luar kelas.
12. Penjanaan pendapatan ini
bukan untuk keuntungan semata-
mata, malah koperasi dapat menjual
28
keperluan-keperluan pelajar-pelajar,
guru-guru dan sekolah pada harga
yang lebih murah. Ini dapat
membantu mengurangkan beban
pelajar-pelajar dan kos sara hidup.
Keuntungan yang diperolehi juga
akan dipulangkan kepada pelajar-
pelajar dalam bentuk dividen atau
29
membantu sekolah menyediakan
kemudahan-kemudahan untuk
pelajar. Ini dapat mengurangkan
kebergantungan sekolah kepada
kerajaan untuk pembiayaan
prasarana sekolah.
30
13. Justeru, untuk
memperkasakan lagi koperasi sekolah
di negara ini, saya memohon KPM
memastikan semua jabatan-jabatan
pendidikan dan pengetua-pengetua
sekolah menyokong penuh semua
program-program pembangunan
dijalankan ANGKASA dengan
31
memberi pelepasan kepada guru-
guru koperasi dan pelajar-pelajar,
mengurangkan waktu mengajar guru
koperasi, memberi ruang operasi,
menggalakkan perluasan perniagaan
koperasi dan kelonggaran menjual
makanan dan minuman yang tidak
bermasak semasa kantin beroperasi.
32
Sokongan mereka ini amat penting
dalam memacu kejayaan koperasi.
14. Akhir kata, marilah kita terus
mengekalkan prestasi koperasi
sekolah negara di persada dunia dan
negara. Semoga usaha yang
dilakukan ini menjadi platform terbaik
33
membangkitkan nilai-nilai
keusahawanan dalam diri generasi
muda bagi melahirkan lebih ramai
usahawan berjaya di negara kita.
Dengan Lafaz
Bismillahhirahmanirahim, saya
merasmikan PROGRAM DIALOG
34
PENGETUA KOPERASI SEKOLAH NEGERI
SELANGOR 2019 pada hari ini.
Sekian, wabillahi tawfiq wal hidayah.
Wassalamualaykum wrh. wbth.