Transcript
Page 1: TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010registrar.utm.my/bpo/files/2013/04/TEKS_UCAPAN_PERASMIAN_INDUKSI_1... · dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

1

TEKS UCAPAN PERASMIAN

KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010

OLEH :

HJ. WAN MOHD. ZAWAWI WAN ABD. RAHMAN

PENDAFTAR

18 MEI 2010

DEWAN KULIAH, BLOK P16 FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

UTM, SKUDAI

ANJURAN :

BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN PEJABAT PENDAFTAR

Page 2: TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010registrar.utm.my/bpo/files/2013/04/TEKS_UCAPAN_PERASMIAN_INDUKSI_1... · dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

2

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah…….

Terima kasih saudara Pengerusi Majlis,

Pn. Hjh Halijah bte Hj. Sawal, Timbalan Pendaftar

(FKKKSA) selaku Ketua Fasilitator Kursus Induksi

Siri 1/2010. Timbalan-Timbalan Pendaftar,

Penolong-Penolong Pendaftar Kanan, Penceramah-

penceramah, fasilitator kursus, Ustaz Azli bin

Abdul Rahman dan saudara/i peserta Kursus

Induksi UTM Siri 1/2010.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

dan salam 1 Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan

kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan

rahmat dan izinnya dapat kita bersama-sama

hadir dan turut serta di dalam Majlis Perasmian

Kursus Induksi UTM Siri 1/2010 ini. Selawat

dan salam kepada Junjungan besar Nabi

Muhammad S.A.W dan para sahabat serta tabi’in.

Page 3: TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010registrar.utm.my/bpo/files/2013/04/TEKS_UCAPAN_PERASMIAN_INDUKSI_1... · dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

3

Saudara/i sekelian,

Pihak Universiti ingin mengucapkan tahniah di

atas pelantikan saudara sebagai staf UTM dengan

jawatan tetap. Tahniah juga kerana telah berjaya

ditawarkan untuk mengikuti kursus induksi ini.

Sehubungan dengan itu, saya mengalu-alukan

kehadiran dan penyertaan saudara/i di dalam

kursus ini walaupun dalam keadaan saudara/i

terpaksa mengorbankan kerja harian selama

2 minggu. InsyaAllah kursus yang akan saudara/i

ikuti selama 14 hari mulai kelmarin, 17 Mei

hingga 4 Jun 2010 akan memberi pendedahan

dan penjelasan serba sedikit tentang sistem

pentadbiran Universiti dan arahan kerajaan.

Saya percaya dalam tempoh tersebut, saudara/i

akan menjalani pelbagai latihan intensif, kelas-

kelas kemahiran, perundangan dan sebagainya

bagi persiapan saudara/i untuk menjalankan

tugas sebagai staf UTM. Semoga dengan latihan

dan ilmu pengetahuan yang diberikan saudara/i

dapat melaksanakan tugas dengan penuh amanah

dan dedikasi.

Page 4: TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010registrar.utm.my/bpo/files/2013/04/TEKS_UCAPAN_PERASMIAN_INDUKSI_1... · dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

4

Di samping itu juga saya telah meminta agar

semua staf baru yang melapor diri dibekalkan

dengan buku panduan yang mengandungi

pelbagai maklumat Universiti dan pekeliling-

pekeliling kerajaan termasuk dibekalkan juga

dengan buku siri Perutusan Naib Canselor bagi

tahun berkenaan. Contohnya bagi tahun ini, Siri

Perutusan Naib Canselor/Siri Perutusan Tahun

Baru Naib Canselor 2010 bertajuk “Berpaksi

Inovasi, Mengangkasa Universiti, Menjana Nilai

Tinggi harus dibaca dan difahami oleh setiap staf

UTM bagi memastikan segala hasrat Y. Bhg. Dato’

Naib Canselor dapat dihayati.

Selaras dengan perkara ini juga, Universiti

meminta setiap staf berkenaan menyediakaan satu

laporan ringkas dalam tempoh sebulan mulai

tarikh lapor diri berkaitan dengan hala tuju

Universiti seperti mana Perutusan Naib Canselor

bagi tahun berkenaan.

Ini kerana didapati terdapat pegawai yang lama

berkhidmat tetapi masih tidak dapat memberi

jawapan apabila ditanya tentang hala tuju atau

KPI Universiti.

Page 5: TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010registrar.utm.my/bpo/files/2013/04/TEKS_UCAPAN_PERASMIAN_INDUKSI_1... · dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

5

Saudara/i yang dihormati,

Bagi memastikan kursus ini berjaya dianjurkan,

pihak Universiti telah menyediakan peruntukan

kewangan yang banyak (sebanyak RM100,000.00).

Oleh itu, pihak universiti mengharapkan kursus

yang dianjurkan ini akan menjadi pegangan dan

dorongan setiap staf untuk diaplikasikan apabila

kembali bagi memulakan tugas saudara atau

sekurang-kurangnya sebagai pengetahuan umum

sekiranya ia tidak berkaitan dengan tugas harian

saudara. Seperti yang saudara/i sedia maklum,

salah satu syarat untuk disahkan dalam skim

perkhidmatan di bawah Sistem Saraan Malaysia

(SSM) yang memperuntukkan bahawa saudara/i

perlu :

i. Memenuhi tempoh percubaan.

ii. Hadir dengan jayanya Kursus Induksi.

iii. Lulus peperiksaan perkhidmatan yang telah

ditetapkan.

iv. Diperakukan oleh Ketua Jabatan/

Perkhidmatan.

v. Mengikuti Kursus Sijil Pengajaran

Pengajian Tinggi (SPPT) (khas untuk staf

Page 6: TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010registrar.utm.my/bpo/files/2013/04/TEKS_UCAPAN_PERASMIAN_INDUKSI_1... · dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

6

akademik yang dilantik mulai 1 November

2009).

Salah satu daripada 5 kriteria tersebut adalah

“HADIR DENGAN JAYANYA KURSUS

INDUKSI”. Dengan kata lain kursus yang

saudara hadiri pada hari ini adalah kursus

penting dan wajib dihadiri oleh semua staf

kerajaan sebelum seseorang boleh disahkan

dalam jawatan. Kalau tak sah jawatan, tak

boleh ambil PTK dan seterusnya tak dapat

anjakan gaji dan kenaikan pangkat. Kalau

dulu ada satu lagi syarat tambahan university

iaitu selagi tak dapat Ph.D, staf akademik tak

boleh disahkan dalam jawatan. Kami dah

bawa ke Jawatankuasa Pengurusan Universiti

(JPU) untuk gantikan syarat ini dengan daftar

Ph.D sahaja, dah boleh memenuhi salah satu

criteria untuk disahkan dalam jawatan.

Kerajaan juga telah memperkenalkan konsep

Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) di dalam

Page 7: TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010registrar.utm.my/bpo/files/2013/04/TEKS_UCAPAN_PERASMIAN_INDUKSI_1... · dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

7

Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang mana

SSM menekankan konsep pengurusan modal

insan berasaskan kompetensi selaras dengan

hasrat kerajaan untuk meningkatkan

penguasaan ilmu, kemahiran dan budaya

kerja yang positif.

Sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan

hasrat tersebut saya menyeru kepada semua

staf UTM khususnya, agar mengambil peluang

untuk meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran ke peringkat yang setinggi yang

mungkin. Peningkatan ilmu boleh dibuat

melalui saluran latihan dalam pekerjaan

ataupun bagi yang layak meneruskan

pengajian ke peringkat ijazah dan pasca

ijazah, attachment, kursus di luar Negara dan

sebagainya.

Saudara/i sekelian,

Page 8: TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010registrar.utm.my/bpo/files/2013/04/TEKS_UCAPAN_PERASMIAN_INDUKSI_1... · dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

8

Asas kewujudan dan kecemerlangan sesebuah

universiti ialah pemantapan budaya ilmu dan

ekosistem akademiknya. Itu sebabnya universiti

ternama biasanya dikaitkan dengan sejarahnya

yang panjang tanda kematangan dan kemantapan.

Justeru, untuk menjadikan sebuah institusi ilmu

sebagai universiti yang cemerlang dan ternama,

langkah utama yang perlu disegerakan ialah

mewujudkan komuniti akademik yang mantap

dari segi budaya ilmu dengan ekosistem

intelektual yang kondusif. Hal ini boleh

dimantapkan lagi menerusi pelbagai prasarana

intelektual (tanpa mengabaikan prasarana fizikal)

dengan pelbagai insentif akan menggalakkan

proses pembenihan dan penyuburan ilmu.

Universiti Teknologi Malaysia sentiasa memberi

galakan kepada semua staf untuk melanjutkan

pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Keutamaan diberikan kepada staf akademik untuk

melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dan

Ph.D di mana biasiswa disediakan oleh UTM dan

juga KPT.

Page 9: TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010registrar.utm.my/bpo/files/2013/04/TEKS_UCAPAN_PERASMIAN_INDUKSI_1... · dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

9

Universiti telah menetapkan satu set Petunjuk

Prestasi yang mana salah satunya adalah

mencapai 75% staf mempunyai kelayakan ijazah

doktor falsafah (Ph.D) pada tahun 2013.

Ini juga selaras dengan dasar dan pelancaran

program baru Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

iaitu My Brain 15 dalam usaha melahirkan kira-

kira 100,000 penyelidik dan pekerja yang

mempunyai Ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam

tempoh 15 tahun akan datang.

[Type a quote from the document or the summary of an

interesting point. You can position the text box anywhere in

the document. Use the Text Box Tools tab to change the

formatting of the pull quote text box.]

Page 10: TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010registrar.utm.my/bpo/files/2013/04/TEKS_UCAPAN_PERASMIAN_INDUKSI_1... · dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

10

Sehubungan dengan itu, Universiti telah

mengambil inisiatif untuk menambah staf Ph.D di

UTM melalui:

i) Menambah staf yang berkelayakan Ph.D

(Part time, full time, compilation of

papers.

ii) Menambah bilangan staf Ph.D

antarabangsa melalui menetapkan KPI

kepada setiap fakulti (15 setiap fakulti)

dan juga head-hunting ke luar Negara

oleh Pengurusan Universiti.

iii) Menggalakkan staf berusia >45 tahun

membuat Ph.D secara separuh masa.

iv) Memberi peluang naik pangkat yang lebih

cepat kepada staf yang ada Ph.D.

v) Memberi kemudahan-kemudahan

tambahan kepada staf luar Negara.

Sasaran kita tahun ini 1,000 orang staf ada Ph.D,

(sekarang 800 sahaja). 3 tahun dari sekarang

1,500 orang. Sebagai contoh: Harvard University

ada 3,600 staf Ph.D, Osaka University (2,498),

Tohuku University (2,958), UKM (1,500).

Page 11: TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010registrar.utm.my/bpo/files/2013/04/TEKS_UCAPAN_PERASMIAN_INDUKSI_1... · dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

11

Bagi mencapai status Universiti Penyelidikan,

Universiti juga sangat menitikberatkan hasil

penerbitan staf akademiknya. Ianya dinilai

berdasarkan hasil penulisan dan penerbitan,

khususnya dalam bentuk jurnal impak tinggi.

Saya sebut perkara ini kerana ini sahaja yang kita

kurang untuk jadi RU, iaitu Ph.D dan jurnal.

Saudara/i yang dihormati,

Pada akhir tahun 1990-an, UTM menggunakan

tagline sebagai Universiti Penemuan (Discovery

University). Kemudian dimantapkan lagi pada

tahun 2003 menggantikan dengan “Universiti

Perdana Malaysia dalam Kejuruteraan dan

Teknologi”. Pada awal tahun 2009, tagline UTM

disesuaikan dengan persekitaran semasa selari

dengan keperluan universiti daripada segi

positioning dan penjenamaan. Untuk itu, tagline

baru yang dipilih ialah “Menjana Minda Kreatif

dan Inovatif”. Tagline tersebut dipilih secara

musyawarah bertujuan menyemarakkan aspirasi

budaya inovasi.

Page 12: TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010registrar.utm.my/bpo/files/2013/04/TEKS_UCAPAN_PERASMIAN_INDUKSI_1... · dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

12

Berdasarkan Buku “Berpaksi Inovasi,

Mengangkasa Universiti, Menjana Nilai Tinggi”

yang diinspirasikan oleh Y.Bhg. Dato’ Naib

Canselor, banyak elemen berkaitan tadbir urus

serta sistem penyampaian yang perlu diberi

perhatian, di antaranya ialah :

1. Memperkemas sistem pengurusan

Universiti dan membangun modal insan.

2. Mewujudkan urus tadbir inovatif iaitu

melaksanakan inisiatif inovasi di semua

peringkat.

3. Program inovasi dalam pentadbiran seluruh

dimensi meliputi memperkemas sistem

penyampaian dan program kepuasan

pelanggan (CSI).

4. Kesedaran tentang ekonomi berteraskan

inovasi di semua peringkat

Page 13: TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010registrar.utm.my/bpo/files/2013/04/TEKS_UCAPAN_PERASMIAN_INDUKSI_1... · dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

13

5. Menyedia ekosistem inovasi bagi staf bukan

akademik

6. Menjadikan inovasi sebagai gaya hidup

7. Pembangunan modal insan ke arah Minda

Kelas Pertama - Nilai Tinggi 1Malaysia

1UTM.

8. Perbelanjaan Berhemah-Pengurangan

belanja mengurus Universiti 2010

berkurangan lebih 30% berbanding 2009 –

pengurangan birokrasi & pengurangan dan

lain-lain lagi.

Dalam konteks UTM, budaya inovasi yang

dihasratkan tidak terhad kepada reka cipta dan

R&D dalam bidang teknikal dan saintifik semata-

mata bahkan perlu dihayati dalam setiap aspek

kehidupan individu, masyarakat dan kerjaya.

Budaya inovasi ini juga selari dengan gagasan 1

Malaysia untuk mewujudkan masyarakat Malaysia

yang bersatu padu dan sekali gus komited

terhadap usaha memajukan Negara dalam setiap

lapangan.

Page 14: TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010registrar.utm.my/bpo/files/2013/04/TEKS_UCAPAN_PERASMIAN_INDUKSI_1... · dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

14

Semua staf boleh melakukan inovasi, tak kira apa

jawatan. Untuk kita kekal relevan dan tidak

ketinggalan, kita mesti melakukan inovasi atau

memberi ruang untuk orang lain melakukan

inovasi.

- Pengawal Keselamatan contohnya perlu

memikirkan cara baru untuk menjaga

keselamatan Universiti.

- Pentadbir bagaimana nak mempercepatkan

proses kerja, sistem maklumat yang mantap

dan pangkalan data yang baik.

- Pemandu pun boleh buat inovasi, contohnya

sediakan majalah dalam kereta dan

sebagainya, pewangi digantikan dengan

daun pandan dan sebagainya.

- HCM kena proses cepat mahasiswa yang

bakal lulus Ph.D – Lantik dulu sebagai

Pensyarah Kontrak. Bila dapat Ph.D, lantik

DS51. Target, 100 tambahan.

- Kita dah banyak melakukan penurunan

kuasa untuk mempercepatkan proses.

- Daripada LPU → Pengurusan

- Pengurusan → Pejabat Pendaftar

Page 15: TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010registrar.utm.my/bpo/files/2013/04/TEKS_UCAPAN_PERASMIAN_INDUKSI_1... · dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

15

eg: JK Panel Pemilih

- JK PEMUDAH → Pentadbir bersama

Majlis Profesor mengkaji isu dan

permasalahan proses kerja supaya

dipermudah dan mengurangkan karenah

birokrasi. Itu juga boleh dianggap

sebagai inovasi.

Inovasi adalah berkaitan kehidupan. Mesti buat

benda baru. Biasanya kita selesa dengan perkara

yang sama setiap hari. Berapa ramai yang tukar

jenis ubat gigi. Di UTM, kita ada Anugerah Inovasi

di dalam Majlis Citra Karisma yang diadakan.

Anugerah ini bermula pada tahun lepas. Ini

adalah selari dengan Pekeliling Kemajuan

Pentadbiran Awam Bil. 2006.

Universiti juga melakukan inovasi dan

transformasi – daripada Universiti yang

berperanan memberi tumpuan kepada pengajaran

dan penyelidikan kepada peranan yang lebih

kepada penyelidikan dan penulisan.

Page 16: TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010registrar.utm.my/bpo/files/2013/04/TEKS_UCAPAN_PERASMIAN_INDUKSI_1... · dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

16

Saudara/i sekelian,

Untuk menjadikan UTM sentiasa bergerak cergas

dan mampu mengatur strategi pembangunan

berterusan, usaha membudayakan amalan kerja

cemerlang perlu dilaksanakan secara terancang

berpandukan falsafah, visi dan misi Universiti,

berpegang kepada budaya korproat dan

berpandangan jauh ke hadapan dalam usaha ke

arah pencapaian pengurusan organisasi kualiti

menyeluruh.

Ia selaras dengan lapan tonggak perdana yang

telah diperkenalkan oleh Y.A.B Perdana Menteri

Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Perdana

Perkhidmatan Awam Ke-11 (MAPPA XI) di Pusat

Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-

baru ini. Empat tiang utama itu ialah Gagasan

1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan

(GTP), Model Ekonomi Baru (MEB) dan Rancangan

Malaysia Ke-10 (RMK10). Manakala empat nilai

asas pelengkap ialah Membudayakan Kreativiti

dan Inovasi; Mementingkan Kepantasan

Bertindak dan Membuat Keputusan; Nilai Untuk

Page 17: TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010registrar.utm.my/bpo/files/2013/04/TEKS_UCAPAN_PERASMIAN_INDUKSI_1... · dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

17

Wang dan Nilai Integriti. Semua ini adalah

sebagai panduan kepada penjawat awam

menggalas amanah dan tanggungjawab bagi

mencapai matlamat menjadikan Malaysia negara

maju berpendapatan tinggi. Empat tiang utama

dan empat nilai asas pelengkap itu saling

melengkapi antara satu sama lain dan bagi

membudayakan kreativiti dan inovasi, penjawat

awam mesti berfikiran kritis dan konstruktif

dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah

dengan mencari penyelesaian kreatif dan inovatif

di luar kelaziman.

Saudara/i sekelian,

Dalam Modal Ekonomi Baru (MEB) kerajaan telah

memperkenalkan inisiatif pembaharuan strategik

(IPS) yang fokus untuk mengukuhkan sektor

awam.

Bagi mewujudkan Kerajaan yang fokus pelanggan

kita harus menerapkan lima ciri-ciri seperti

berikut:

Page 18: TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010registrar.utm.my/bpo/files/2013/04/TEKS_UCAPAN_PERASMIAN_INDUKSI_1... · dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

18

i) Menambahbaikkan proses pembuatan

keputusan.

ii) Menambahbaikkan penyampaian

perkhidmatan.

iii) Mengurangkan ‘kos geseran’.

iv) Menyediakan jaring keselamatan bagi

memudahkan peralihan berjalan lancar.

v) Mengukuhkan pengurusan kewangan.

Jelas sekali elemen tadbir urus yang baik dan

sistem penyampaian terbaik berpaksikan inovasi

ditekankan dalam memberi perkhidmatan yang

terbaik dalam MEB. Insyaallah, dengan semangat

yang lebih komited, berani untuk berubah supaya

tidak rebah, melaksanakan budaya kerja kelas

pertama, sistem penyampaian terbaik, semangat

pengorbanan dan budaya kerja berpasukan, pasti

dapat membantu mempertingkatkan mutu

pentadbiran, memperkukuhkan pengurusan serta

melaksanakan khidmat penyampaian yang

melambangkan keprihatinan yang tinggi di UTM

ini khususnya. Kita perlu bersikap responsif dan

prihatin terhadap keperluan pelanggan selain

Page 19: TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010registrar.utm.my/bpo/files/2013/04/TEKS_UCAPAN_PERASMIAN_INDUKSI_1... · dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

19

bersifat sebagai pemudahcara supaya segala

urusan dapat diselesaikan dengan kaedah terbaik.

Semua staf UTM terutamanya staf-staf baru juga

diminta menjaga imej organisasi terutamanya

nama baik dan kepentingan Unviersiti. Universiti

tidak akan bertolak ansur dan teragak-agak untuk

mengambil tindakan terhadap staf yang terlibat

dengan aktiviti-aktiviti yang tidak diingini

termasuk mengambil tindakan disiplin surcaj

sewajarnya. Amanah Y. Bhg. Naib Canselor selalu

menekankan semangat kesukarelaan dan budaya

kerja berpasukan. Dalam Perjumpaan Bulanan

yang lepas, ada disebutkan tentang synergy

1+1=3, 10, 100 yang mana outcomenya ialah

transformasi.

Beliau juga menekankan tentang budaya ilmu.

Seluruh warga UTM perlu komited dalam

penyuburan budaya ilmu sebagai kefahaman kita

terhadap konsep ilmu dan penghayatannya.

Semua pihak dari staf akademik, staf bukan

akademik sehingga mahasiswa perlu

menyemarakkan program budaya ilmu. Kita

bimbang terdapat di kalangan staf yang gemar

membincangkan pekrara-perkara yang dianggap

Page 20: TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010registrar.utm.my/bpo/files/2013/04/TEKS_UCAPAN_PERASMIAN_INDUKSI_1... · dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

20

ringan dan lebih menjurus kepada isu remeh-

temeh seperti kepentingan peribadi dan

sebagainya.

Kita juga perlu transform diri kita melalui

hubungan kemanusiaan: ini adalah kerana

mengikut kajian, 60% masalah pengurusan adalah

berpunca daripada masalah komunikasi (Peter

Drucker). Sekiranya kita berfikiran positif, maka

semua orang di sekeliling ikut positif.

Kadangkala, 80% masa pejabat kita pun terlibat

dengan komunikasi. Jadi apabila kita memberi,

pasti kita akan menerima. Petikan ayat Al-Quran,

“….dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras

hati, tentu mereka lari dari kelilingmu”.

4 undang-undang hubungan kemanusiaan :

i) Buat pada orang, apa yang kita nak orang

buat pada kita.

ii) Jangan buat pada orang apa yang kita

tidak mahu orang buat pada kita.

iii) Buat pada orang apa yang dia nak buat

baik walaupun dia tidak minta kita buat.

Page 21: TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010registrar.utm.my/bpo/files/2013/04/TEKS_UCAPAN_PERASMIAN_INDUKSI_1... · dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

21

iv) Jangan buat benda yang tidak baik yang

sememangnya orang tak suka walaupun

mereka nak buat kepada kita. Jadi

sekiranya ingin menegur staf atau sesiapa

sahaja, mestilah dengan cara yang positif.

Kita kena ada sifat sense of belonging

(SOB). Ultimate SOB ialah orang yang

paling banyak membuat kebaikan kepada

orang lain.

Kita perlu merasakan kita adalah penyumbang.

Penyumbang kepada keluarga, penyumbang

kepada organisasi. Kita hendaklah menerima diri

kita dan organisasi kita secara pakej. Kita perlu

menerima ketua kita atau staf kita sebagai satu

pakej, kerana kalau tidak, ia akan jadi bebanan

kepada kita.

Saudara/i sekalian,

Dalam menuju ke arah dalam World Class

University, UTM perlu berhadapan dengan

pelbagai cabaran-cabaran daripada pihak luar

terutamanya persaingan dengan dalam dan luar

negara. Bagi memenuhi kehendak pasaran dan

menghadapi cabaran global, KPT telah

Page 22: TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010registrar.utm.my/bpo/files/2013/04/TEKS_UCAPAN_PERASMIAN_INDUKSI_1... · dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

22

menyediakan Pelan Strategik Pengajian Tinggi

sebagai panduan terhadap IPT dalam

merealisasikan usaha yang perlu digembelingkan

secara perkongsian bestari untuk memacu

pelaksanaan ke semua tujuh teras yang telah

ditetapkan iaitu :

Teras 1 : Meluaskan Akses dan Meningkatkan Ekuiti

- Pendemokrasian melalui meritokrasi

kepelbagaian (50% akses pengajian tertiari

dan 33% tenaga pekerja berpendidikan

tertiari).

- Dana Pembangunan Modal Insan Pengajian

Tinggi - biasiswa berprestij (pelajar

cemerlang dan biasiswa khas (kumpulan

tertentu).

Teras 2 : Menambah baik kualiti Pengajaran dan Pembelajaran

- Dasar kebangsaan latihan pelajar dan

sangkutan pensyarah di industri.

Page 23: TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010registrar.utm.my/bpo/files/2013/04/TEKS_UCAPAN_PERASMIAN_INDUKSI_1... · dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

23

- Penambahbaikan kurikulum berkala,

kaedah pembelajaran interaktif dan Bahasa

Inggeris diperluas.

- Graduan berketerampilan dan

kebolehpasaran.

- 100,000 Ph.D atau setaraf.

Teras 3 : Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi

- Membina masa kritikal penyelidik (100 RSE

bagi setiap 10,000 tenaga kerja).

- 6 buah Universiti Penyelidikan

- 20 pusat kecemerlangan diiktiraf

antarabangsa

- Budaya inovasi di kalangan pelajar

- 10% hasil penyelidikan dikomersialkan.

Teras 4 : Memperkasakan Institusi Pengajian Tinggi

- Satu/dua buah Universiti Apex daripada

kalangan IPT dalam tempoh terdekat.

- 3 IPT antara 100 Universiti terbaik dan satu

antara 50 Universiti terbaik di dunia.

Page 24: TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010registrar.utm.my/bpo/files/2013/04/TEKS_UCAPAN_PERASMIAN_INDUKSI_1... · dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

24

- Kuasa autonomi mengikut KPI

- 75% pensyarah berkelayakan Ph.D.

- Penarafan IPT mengikut IPT.

Teras 5 : Mempergiat Pengantarabangsaan

- Jaringan kolaborasi dalam kalangan IPT luar

negara.

- Purata 15% keseluruhan enrolmen pelajar

antarabangsa di IPT.

- 5% pelajar antarabangsa dalam kursus

kompetitif.

- Penghantaran pelajar pasca kedoktoran di

IPT terbaik dunia (top schools).

- Purata 15% keseluruhan tenaga pengajar

antarabangsa di IPT.

- Mobiliti pelajar dengan pemindahan kredit.

- Biasiswa Antarabangsa Malaysia (MIS)

Teras 6 : Membudayakan Pembelajaran

Sepanjang Hayat

- Pengiktirafan PSH melalui MQF.

Page 25: TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010registrar.utm.my/bpo/files/2013/04/TEKS_UCAPAN_PERASMIAN_INDUKSI_1... · dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

25

- Pengiktirafan pembelajaran dan pengalaman

terdahulu.

- Peningkatan penyertaan golongan dewasa.

- Laluan alternatif dan mobility program.

Teras 7 : Mengukuhkan sistem Penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi

- KPT sebagai pemudah cara.

- Sistem penyampaian terbaik.

- Keberkesanan pelaksanaan dan

pemantauan.

- KPI - berdasarkan prestasi.

- Perbelanjaan berhemah.

- Pemilihan pengurusan tertinggi IPTA

berdasarkan merit - towering personality.

Berdasarkan kepada teras ke 4 dalam Pelan

Perancangan Strategik iaitu memperkasakan IPT.

KPT telah mensasarkan untuk menubuhkan satu

atau dua Universiti yang berstatus Universiti Apex.

Pendekatan KPT ini adalah untuk memastikan

Universiti mencapai status bertaraf dunia.

Page 26: TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010registrar.utm.my/bpo/files/2013/04/TEKS_UCAPAN_PERASMIAN_INDUKSI_1... · dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

26

Sehubungan dengan itu, UTM tidak mahu

tertinggal daripada mendapat pengiktirafan

sebagai Universiti Apex.

Berdasarkan kepada pengalaman Universiti

terbaik dunia, Universiti Apex akan diberi

fleksibiliti untuk menyediakan keperluan bagi

meletakkannya pada status berkelas dunia

samada melalui kepimpinan Universiti dan juga

pemilihan pelajar berdasarkan merit akademik

dan kriteria lain.

Bagi merealisasikan impian tersebut semua staf

dikehendaki bersama-sama berganding bahu

melaksanakan amanah dan tanggungjawab

masing-masing supaya budaya kerja cemerlang

yang diamalkan terus subur.

Sehubungan dengan itu, Y. Bhg. Dato’ Naib

Canselor dalam perutusan tahun 2010 pada 11

Januari 2010 telah meminta dan menyarankan

kepada semua warga UTM agar memahami

peranan UTM sebagai sebuah Institut Pengajian

Page 27: TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010registrar.utm.my/bpo/files/2013/04/TEKS_UCAPAN_PERASMIAN_INDUKSI_1... · dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

27

Tinggi Awam. Harapan kami, agar saudara

sentiasa merebut peluang bekerja bersungguh-

sungguh sama ada sebagai Pensyarah, Pentadbir,

Penyelidikan atau staf sokongan. Kita juga

hendaklah merebut peluang yang diberi untuk

bersungguh-sungguh berkecimpung dalam

perkara yang telah dipertanggungjawabkan

kepada kita.

Perutusan itu juga menyediakan kerangka kerja

untuk membolehkan warga UTM sentiasa rela dan

sedia berkorban demi kepentingan organisasi,

agama, bangsa dan Negara; melebihi kepentingan

peribadi dan kelompok; serta memantapkan gerak

kerja nilai tinggi untuk dipersembahkan.

Sudah tiba masanya kita berfikir di luar kotak,

mencari kriteria dan formula baru yang lebih

sesuai yang mampu menggerakkan Universiti kita

ke arah kecemerlangan Negara melalui kreativiti

dan inovasi. Walau apapun kategori @ gred

jawatan kita, kita hendaklah sama-sama

memainkan peranan, berganding bahu dan

menggembeling tenaga untuk mencapai wawasan

Page 28: TEKS UCAPAN PERASMIAN KURSUS INDUKSI UTM SIRI 1/2010registrar.utm.my/bpo/files/2013/04/TEKS_UCAPAN_PERASMIAN_INDUKSI_1... · dengan buku siri Perutusan Naib ... mencapai matlamat

28

dan hala tuju Universiti untuk menjadi Research

University, mengekalkannya dan seterusnya

menjadi APEX University.

Akhir kata sekali lagi saya mengucapkan setinggi-

tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih

kepada Jawatankuasa Kursus Induksi UTM Siri

1/2010, Penceramah, Fasilitator dan Bahagian

Pembangunan Modal Insan, Pejabat Pendaftar dan

peserta kursus yang terlibat di dalam memberi

komitmen yang sepenuhnya untuk menjayakan

kursus ini,

Oleh itu, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,

sukacitanya saya merasmikan KURSUS INDUKSI

UTM SIRI 1/2010.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah,

wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Top Related