1
TEKS UCAPAN
DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
MERANGKAP PRESIDEN ACO
MAJLIS MENANDATANGANI
PERJANJIAN PERSEFAHAMAN DI
2
ANTARA ACO DAN VIRTUALFLEX SDN
BHD
15 OKTOBER 2018 (ISNIN)
2.30 PETANG
DEWAN DATO’ MOHD ALI BAHARUM
A, ANGKASA
____________________________________
3
Yang Dihormati Pengacara Majlis,
(Salutasi akan disediakan)
ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM
SEJAHTERA.
4
1. Pertamanya, marilah kita
memanjatkan kesyukuran kepada
ALLAH S.W.T. kerana dengan limpah
kurnia-Nya kita diberi kesempatan
untuk berada dalam Majlis
Menandatangani Perjanjian
Persefahaman di antara Virtualflex
5
Sdn Bhd dengan Asean Co-operative
Organization (ACO), hari ini.
2. Saya, bagi pihak Asean Co-
Operative Organization dan
Angkatan Koperasi Kebangsaan
Malaysia Berhad (ANGKASA)
mengalu - alukan kehadiran Johor
6
Corporation iaitu sebuah instrumen
pembangunan dan pelaburan
Negeri Johor serta syarikat
Kumpulannya iaitu Virtualflex Sdn
Bhd.
3. Suka untuk saya kongsikan
dengan Yang Berhormat dan hadirin
7
sekalian bahawa pada tahun 2017,
perolehan sebanyak RM40.24 Billion
dicatatkan semua koperasi berdaftar
yang menyumbang kira-kira 3%
daripada Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) negara. Kami yakin
pada tahun 2020, sektor koperasi
8
akan mencapai perolehan sebanyak
RM50 Billion.
4. ANGKASA melalui ACO sentiasa
komited untuk membantu dan
menyokong koperasi dan usahawan
dalam membentuk jati diri agar
mampu merealisasikan wawasan
dan prinsip autonomi koperasi agar
9
perniagaan yang dibuat oleh
koperasi memberi pulangan sosio
ekonomi yang bermanfaat untuk
anggota khasnya dan koperasi
amnya.
Hadirin yang dihormati sekalian
10
5. ACO dianggotai oleh Koperasi
Apeks dari negara ASEAN dan
ditubuhkan bagi menerajui dan
meningkatkan perhubungan
strategik dalam kalangan
pergerakan koperasi negara ASEAN
di samping melaksanakan pelbagai
aktiviti yang boleh dimanfaatkan
11
oleh semua pihak amnya dan
koperasi khasnya.
6. Di samping menjalinkan rangkaian
kerjasama yang erat di antara
koperasi ahli dari negara ASEAN,
ACO turut memainkan peranan
sebagai sebuah entiti yang mewakili
12
pergerakan koperasi samada di
peringkat organisasi, kebangsaan
dan antarabangsa dalam usaha
menyokong serta membantu
merealisasikan objektif
penubuhannya bagi melahirkan
kesamarataan dalam visi, misi dan
identiti ASEAN.
13
7. MoU yang ditandatangani oleh
Johor Corporation Berhad menerusi
syarikat Kumpulannya; Virtualflex Sdn
Bhd dengan ASEAN Co-operative
Organization (ACO) akan
menyaksikan kerjasama strategik
dua pemain industri yang memberi
manfaat kepada lebih 6.5 juta ahli-
14
ahli Koperasi di Malaysia. Kerjasama
ini boleh memberikan peluang
mengembangkan potensi
perniagaan mereka melalui akses
pemasaran menjangkau 60 juta ahli
koperasi ASEAN yang melibatkan 10
buah negara ahli.
15
8. Sebagaimana tuan-tuan dan
puan-puan sedia maklum, di Negara
kita, terdapat pelbagai instrumen
pembayaran digital, antaranya
adalah e-dompet; perbankan
internet; pindahan dana elektronik;
sistem tunai elektronik dan sistem
simpanan nilai dalam talian yang
16
lebih mudah, cepat dan selamat.
Namun begitu, tiada satupun yang
lebih komprehensif berbanding KA$H
yang menyediakan platform
MasterCard yang membolehkan
pengeluaran wang di ATM seluruh
dunia disamping pakej ganjaran
17
Cashback yang menarik dan
lengkap.
Hadirin yang dihormati sekalian
9. Kami percaya kerjasama ini
mampu meningkatkan produktiviti
18
ahli Koperasi selain lebih cekap dari
segi kos dan sebagainya.
10. Setinggi-tinggi terima kasih
diucapakan kepada Virtualflex
kerana menjalinkan kesudian
menjalinkan kerjasama yang
sememangnya bertepatan dengan
19
inisiatif kami untuk mempromosi dan
mengukuhkan sektor Koperasi
sekaligus memberi impak langsung
dan kelebihan kepada ahli-ahli
Koperasi di Asean.
11. Saya juga berharap melalui
kerjasama ini gerakan koperasi
20
mampu memperluaskan lagi aktiviti
perniagaan koperasi ke tahap yang
lebih optimum dan seterusnya
menjadi sektor yang lebih berdaya
saing dan dinamik.
12. Semoga kerjasama ini bakal
menjana manfaat yang luas dan
21
berpanjangan kepada lebih ramai
pihak.
13. Akhir kata, saya bagi pihak
ACO/ANGKASA sekali lagi
merakamkan setinggi-tinggi ucapan
terima kasih kepada Johor
Corporation dan Virtualflex dalam
22
merealisasikan dan menjayakan
proram ini. Semoga Allah SWT
memudahkan segala urusan dan
memberkati usaha kita ini,
InshaALLAH.
23
14. Wabillah Hitaufik Walhidayah
Assalamu’ alaikum warahmatullah
Hiwabarakatuh.