TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN BULAN AKADEMIK
MASA TEKS PENGACARA MAJLIS CATATAN
07.30
09.00
09.30
UCAPAN ALU-ALUAN KEPADA TAMU KEHORMAT
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Yang Berusaha Puan Hajjah Tumijah binti Ponimin
Pengetua Sek. Men .Keb Putra Perdana
Puan Hajjah Rogiah bt Abd Moin
Penolong Kanan Akademik
Puan Hajjah Zarinah bt Md Hassan
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Salina binti Kamsari
Penolong kanan Kokurikulum
Guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian.
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia
Hadirin yang dimuliakan,
Syukur ke hadrat ilahi dapat kita sama-sama berkumpul Dataran wawasan pagi ini
bagi Pelancaran Bulan Akademik SMK Putra Perdana tahun 2015.
Guru-guru dan pelajar sekalian,
Bulan Akademik adalah gabungan Bidang Bahasa, Bidang Teknik dan Vokasional, Bidang Sains dan Matematik serta Bidang Kemanusiaan. Ke empat–empat bidang tersebut adalah amat penting dalam sistem pendidikan yang sedia ada. Dengan berdasarkan kecenderungan dalam bentuk kebolehan, kemahiran, keupayaan dan kelebihan yang ada pada seseorang pelajar membolehkan mereka memilih jurusan kerjaya dalam pelbagai bidang pada masa akan datang.
ARISA
WANI
Oleh itu, pihak sekolah melalui usaha gigih para guru bertanggungjawab untuk mencungkil bakat para pelajar mengikut keupayaan pelajar tersebut. Menjadi hasrat para guru, ibu bapa dan masyarakat untuk melahirkan pelajar yang unggul dalam pelbagai bidang di samping keutamaan pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dengan ilmu yang diperolehi.
Sesungguhnya, ilmu itu umpama seribu permata berharga yang mampu mengubah kehidupan seseorang di samping meningkatkan minda dan memajukan bangsa. Ilmu mampu mempamerkan keupayaan generasi hari ini untuk menjadi pemimpin yang disegani dan dihormati di masa akan datang.
Guru-guru dan pelajar sekalian,
Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.
Tirai ucapan pada pagi ini diteruskan dengan ucapan Perasmian daripada
Pn Hjh Tumijah Bt Ponimin , Pengetua SMK Putra Perdana. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan.
Dipersilakan.
UCAPAN PENGETUA
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn Hjh Tumijah Bt Ponimin , Pengetua SMK Putra Perdana atas kesudian menyampaikan ucapan perasmian sebentar tadi.
Majlis seterusnya, mempersilakan Puan pengetua, diiringi oleh barisan pentadbir untuk memotong riben tanda perasmian Bulan Akademik tahun 2015. Dengan segala hormatnya dipersilakan puan.
Terima kasih diucapkan atas kesudian Puan pengetua menyempurnakan majlis sebentar tadi.
Seterusnya,
Mohon perhatian semua hadirin ke arah skrin dihadapan bagi tayangan montaj.
(tayangan montaj)
Begitulah tayangan montaj yang menarik sebentar tadi.
ARISA
WANI
Selasih mekar di tengah desaMencelah sama kembang melati,Dengan tiada melengahkan masaKita mulakan gimik inovasi,
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan gimik yang bertemakan inovasi. Dengan ini dipersilakan sekali lagi Pn Pengetua diiringi oleh para pentadbir kehadapan pentas bagi menyempurnakan gimik perasmian. Dipersilakan.
(Pertunjukan Elephant toothpaste)
Terima kasih diucapkan kepada Pn Hjh Tumijah dan para pentadbir atas kesudian menyertai gimik perasmian sebentar tadi.
Arissa : Wahh.. hebat sekali ujikaji gimik yang kita saksikan sebentar tadi
Agaknya boleh tak kita jalankan dirumah selepas ini?
Wani : Memang sungguh menarik. Tapi apakah yang berlaku dan apakah bahan-bahan
yang digunakan sebentar tadi ye Arissa?
( Kamil and Jayjet keluar dari asap sebagai jin dan menerangkan . Mc berundur
ke belakang )
Terima Kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang menjayakan persembahan sebentar tadi. Diharap persembahan tadi memberi pendedahan bahawa konsep ilmu dan inovasi itu tidak tegar dan membosankan tetapi boleh dijadikan sesuatu yang sangat menarik untuk dipelajari.
Untuk pengetahuan semua,
ARISA
WANI
Minggu ini adalah Minggu Sains dan Matematik dengan tema
KBAT PEMANGKIN INOVASI, PENCETUS TRANSFORMASI.
. Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan sepanjang minggu
ini. Antaranya adalah
(baca list)
Diharap semua aktiviti yang akan dijalankan mendapat sambutan dari semua murid.
Dengan itu berakhirlah majlis perasmian bulan Akademik SMK Putra Perdana Tahun
2015
Bagi pihak majlis, saya menyusun sepuluh jari seandainya terdapat sebarang
kekurangan sepanjang kami mengendalikan majlis ini.
Semoga segala aktiviti yang dirancang dapat berjalan lancar dan bermanafaat kepada
semua pelajar.
Sekian, Wabillah hi taufik walhidayah.wassalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Majlis diserahkan kembali kepada guru bertugas.
ARISA
WANI