Download - tekno assngmnt 3
1.0 PENGENALAN
Pintu merupakan bahagian penting bagi tujuan keluar dan masuk bangunan. Selain itu
juga,ia dibina bagi tujuan kecantikan. Pintu adalah sesuatu bukaan pada tembok atau dinding
yang membolehkan laluan keluar masuk sesebuah bangunan atau diantara bilik ke bilik dalam
sebuah bangunan.
Bahagian utama pintu adalah kerangka dan daun pintu. Bahan yang digunakan untuk
membuat pintu antaranya adalah kayu, logam, kaca atau plastik. Pintu juga amat diperlukan
oleh setiap bangunan.
Pintu juga digunakan untuk memudahkan aktiviti memunggah atau mengangkat
barang dari luar bangunan ke dalam bangunan. Pintu juga boleh didapati dalam pelbagai jenis
dan saiz.
Saiz dan jenis pintu yang berbeza digunakan untuk bangunan yang berbeza.
Contohnya, pintu utama untuk bangunan industri seperti kilang adalah pintu roller shutter
metal.ianya digunakan dengan meluas.
2.0 Kehendak Fungsi Bagi Pembinaan Pintu.
i. Kekuatan dan kestabilan bentuk.
Daun pintu mestilah mempunyai kekuatan bagi menanggung beban sendiri serta
lasak dalam menerima ketukan.
Kekuatan dan kestabilan bentuknya bergantung kepada jenis bahan untuk binaan
pintu serta cara bahan-bahan dipasangkan kepada pintu.
1
ii. Untuk tujuan laluan
Perlu ada sifat-sifat kendalian yang mana ia bergantung kepada berat daun pintu
serta alat-alat kelengkapan seperti engsel,kunci dan penutup pintu yang
dipasangkan pada daun pintu.
iii. Keselamatan
Keselamatan sebuah pintu banyak bergantung kepada binaannya,pemasangan
pada bukaan dan juga penggunaan kunci, bol-bol, yang teguh hendaklanh
dipilih daripada yang terbaik.
iv. Penebat bunyi
o Dapat mnegurangkan bunyi bagi tujuan pengasingan. Cth : bilik kuliah.
o Pintu yang berat dan besar berkesan dalam merintang dan mengurangkan
kebisingan.
o Untuk mendapatkan perintang bunyi yang lebih baik,pintu harus dipasangkan
dengan kedap udara disekelilingnya.
v. Perintang api
Bertindak sebagai penghadang api bagi tujuan mengekalkan fungsi, dinding
tersebut sebagai perintang kemerebakan api.
Sebagai jalan keluar dari dalam bangunan semasa kebakaran.
Dapat dikelaskan kepada 3 jenis iaitu:
a) Pintu perintang api ½ jam
b) Pintu perintang api 1 jam
c) Pintu perintang api 3 jam.
vi. Pengasingan
2
Tujuan pengasingan dari penglihatan,pintu juga harus dapat memberi sifat
seperti dinding atau penyekat.
Selain itu juga,tujuannya adalah untuk mengurangkan kebisingan di bahagian
sebelah atau luar.
Harus tertutup sendat pada bingkai pintu atau pelapik yang mempunyaikedap
bagi tujuan mengurangkan bising tapi mudah untuk buka dan tutup.
vii. Penahan angin dan hujan.
Sebagai penahan dinding luar,pintu mesti dapat menahan cuaca sama seperti
dinding sekelilingnya.
Direka bentuk bagi pendedahan kepada keadaan sekitar.
Salur pengaliran dibuat pada sebelah luar bangunan yang mana ianya berkesan
terhadap hujan dan angin.
3.0 Faktor Yang Dipertimbangkan Dalam Pemilihan Pintu.
Tingkap dan pintu secara amnya merupakan satu tempat tumpuan dalam sesuatu
bangunan yang mewujudkan satu bentuk hiasan. Walau bagaimanapun, pintu juga
mempunyai beberapa fungsi yang sangat penting seperti menyediakan keupayaan kawalan
keselamatan, dan iklim ke rumah anda. Faktor-faktor yang paling penting untuk
dipertimbangkan apabila mencari pintu ialah:
1) Kecekapan tenaga (Energy Efficiency)
a. Sejumlah besar tenaga boleh terbuang melalui pintu dan tingkap.
b. Secara umumnya, kekurangan ini berlaku apabila pintu telah melebihi
umurnya.
c. Rumah akan menjadi cepat panas dan cepat sejuk (turun naik suhu berlaku
lebih cepat)
d. Pintu yang baru mempunyai lebih kecekapan tenaga berbanding pintu yang
lama.
3
2) Keselamatan (Safety and Security)
a. Pintu mempunyai fungsi penting dalam menjaga rumah dan menutup ruang
bukaan dan membantu dalam mengawal iklim dalaman rumah.
b. Memastikan isi kandungan rumah selamat dari pemangsa, pencuri dan
sebagainya.
3) Pertimbangan terhadap jenis (Style Consideration)
a. Bersifat semulajadi, penting untuk mewujudkan rupa keseluruhan rumah
b. Pelbagai jenis pintu seperti sliding door, French patio door dan sebagainya.
4.0 Jenis-Jenis Pintu Dan Pembinaannya.
i. Pintu ‘Roller Shutter’
o Adalah merupakan pintu yang biasa digunakan pada bangunan seperti
bangunan komersial,stor,bangkel,kilang,gudang dan lain-lain lagi.
o Ianya sesuai digunakan kerana kosnya yang agak murah dan ekonomi .
o Apabila pintu ini dibuka,ianya akan membuat keseluruhan lantai tersebut
yakni daun pintu tersebut akan menggulung ke atasnya.
o Untuk menutup pintu jenis ini,ianya hanya perlu diatarik ke atas.
o Secara amnya ianya mempunyai kelebaran 600mm.
o Ianya direkabentuk bagi menahan beban angina iaitu 45kg/m persegi dan
berserta dengan kunci.
o Pintu jenis ini diperbuat daripada keluh yang mana ianya mempunyai
rintangan tegasan yang tinggi sebagai contoh ialah galvanic dan juga
zincalume.
o Pada bahagian tepi pintu pula,diletakkan Nyolefelt supaya mana pintu itu lebih
tahan lasak dan gesaran bagi memeastikan operasinya berjalan dengan lancer
(Diuji dengan 18,000 pusingan).
4
o Manakala daun pintu pula,mempunyai ‘grooves’ yang mana tujuannya adalah
untuk meningkatkan kekuatan dan juga tegasan pada panel pintu tersebut.
Contoh gambar Roller Shutter
i. Pintu Gelongsor
Pintu jenis ini direkabentuk terutamnya bagi penggunaan yang berkala-kala.
Adalah bertujuan untuk mengadakan pembukaan yang lantas ataupun penghadang
diantra dua bilik ataupun ruang serta untuk mengadakan ruang-ruang penggunaan
mengikut tugasnya yang berubah-ubah.
Pintu jenis ini dibuat adalah untuk mengelakkan halangan seperti penggunaan daun
pintu engsel.
Bagi penggunaan pintu bergelongsor berlipat pula direkabentuk untuk penggunaan
berkala bagi membolehkan pembukaan yang lebih beasr dari apa yang dipraktikkan
oleh gelongsor pintu.
Tujuan utama yang lain di dalam pembinaan pintu gelongsor berlipat adalah ianya
membahagikan ruang-ruang yang lebih kecil dengan menutup runag tersebut dan
ianya akan menjadi lebih luas apabila ianya dibuka.
Daun-daun pintu gelongsor dan pintu gelongsor berlipat boleh dibina sebagai pintu
rata ataupun berpanel.
Ianya diperbuat daripada kayu dan juga keluli.
Penggunaan pintu rata berbingkai aluminium sebagai pintu gelongsor yang sangat
meluas dan masa kini.
5
Ianya amat sesuai bagi jenis bangunan i bangunan perniagaan seperti kedai
runcit,pasar hiburan dan lain-lain lagi.
Contoh Gambar Pintu Gelongsor
ii. Pintu Keselamatan
Ianya adalah merupakan satu elemn penting sesuatu premis perniagaan ataupun
perindustrian dan juga bangunan yang menyimpan perkara-perkara sulit seebagai
contoh mahkamah dan pejabat-pejabat kerajaan.
Antara objektif utama pembinaan pintu keselamatan adalah untuk mengelakkan dari
sebarang berlakunya pencerobohan yang tidak diingini berlaku.
Diantara sifat penting bagi pintu keselamatan ialah:-
a) Dapat mengelakkan berlakunya pencerobohan dan kecurian pada bangunan.
b) Secara tak langsung ianya mengelakkan kemerebakkan api jika berlaku
kebakaran.
6
Kebiasanya pintu keselamatan direka khas yang mana ianya mematuhi piawaian
British Standard (BS) ataupun Malaysia Stardard(MS) dan memenuhi peraturan yang
telah ditetapkan oleh pihak Bomba dan SIRIM.
Contoh Gambar Pintu Keselamatan
iii. Pintu Masuk Utama
1) Pintu Berputar (Removing Door)
Pintu jenis ini memberikan kerdap cuaca yang berterusan serta mengawal kehilangan
haba dan penyejukan kepada terhadap minima di samping dapat mengawal lalulintas.
Pintu jenis ini juga dapat membenarkan laluan keluar masuk kira-kira 2400 orang
dalam 1 jam.
Garis pusat yang bagi pintu jenis ini ialah 5’4” hingga 7’4”.Sumber haba atau
penyejukan boleh lengkap bersama atau hamper dengan kepungan.
Pilihan kawalan kelajuan secara automatik menjajarkan sayap-sayap pintu pada titik-
titik suku ketika tidak digunakan dan memusingkan sayap pintu ¾ putaran pada kasar
kelajuan berjalan apabila digerakkan dengan sedikit tekanan.
7
2) Pintu Utama
Pintu jenis ini juga dikenali pintu pagar.
Ia biasanya dibina di hadapan kawasan masuk utama kawasan bangunan perindustrian
yang biasa menggunakan pintu ini ialah kilang-kilang perindustrian,kedai peralatan
dan lain-lain.
Contoh Gambar Pintu Masuk Utama
5.0 Bahan Yang Digunakan Dalam Membuat Pintu
1) Kayu
i) PINTU PANEL
Jenis-jenis pintu panel:-
8
i) Pintu satu panel @ one panelled door
ii) Pintu dua panel @ two panelled door
iii) Pintu tiga panel @ three panelled door
iv) Pintu empat panel @ four panelled door
Komponen-komponen utama pintu panel
i) Top rail
ii) Middle rail
iii) Intermidiate rail
iv) Bottom rail
v) Muntin rail
vi) Stile
vii) Panel
Saiz komponen pintu panel
1) 100 mm-200 mm lebar
2) 38 mm-50 mm tebal
ii. PINTU RATA
Jenis-jenis pintu rata
1) Pintu rata berliang @ cellular core flush door
2) Pintu rata berangka @ skeleton core flush door
9
3) Pintu rata pepejal @ solid core flush door
Komponen-komponen utama pintu rata:-
1) Top rail
2) Middle rail
3) Intermidiate rail
4) Bottom rail
5) Stile
6) Lock block
7) Glass panel
8) Facing plywood @ hardboard
9) Solid core
Saiz komponen pintu rata:-
1) 75 mm -125 mm lebar
2) 20 mm – 45 mm tebal
2) PINTU KACA
Jenis-jenis pintu kaca:-
i) Pintu kaca @ glazed door
10
ii) Pintu kaca & kayu @ glazed and timber door
iii) Pintu tetingkap Perancis @ French casement door
Komponen-komponen utama pintu kaca
i. Top rail
ii. Middle rail
iii. Bottom rail
iv. Muntin rail
v. Stile
vi. Glazing bar
vii. Glazed panel
viii. Solid panel
Saiz komponen pintu kaca
1) 60 mm – 200 mm lebar
2) 38 mm – 50 mm tebal
3) PINTU LOGAM
Jenis-jenis pintu logam:-
i) Pintu logam rata @ flush steel door
ii) Pintu logam berkaca @ glazed steel door
iii) Pintu logam garaj @ garaj steel door.
Kelebihan pintu logam
1) Bingkai pintu yang kecil.
11
2) Boleh dibuat dalam ukuram yang besar
3) Binaan yang kukuh.
4) Bebas dari kelembapan
5) Berkeupayaan merintangi api.
6) Ciri-ciri keselamatan yang tinggi.
Kekurangan daun pintu logam.
1) Harganya yang mahal
2) Mudah berkarat
3) Daun pintu yang berat.
4) PINTU ALUMINIUM
Jenis-jenis pintu aluminium:
1) Pintu aluminium berkaca @ glazed aluminium.
Kelebihan pintu aluminium:
1) Bingkai pintu yang kecil
2) Boleh dibuat dalam ukuran ynag besar
3) Pemandangan yang luas dan tidak terhalang.
4) Bebas dari kelembapan
5) Berkeupayaan merintangi api.
6) Berkeupyaan merintangi cahaya api.
7) Daun pintu yang lebih ringan.
Kekurangan pintu aluminium.
12
1) Harganya mahal
2) Kacanya tidak dapat melindungi bahagian dalam bangunan dari pandangan
pada waktu malam.
3) Pemeluwapan di negara beriklim sejuk.
Kelengkapan pintu
O Antara kelengkapan yang lazim terdapat pada pintu ialah:
1) Engsel @ hinges
2) Kunci @ locks
3) Selak @ lathes
13
KESIMPULAN
Di dalam sesebuah bangunan tidak lari dari adanya elemen pintu kerana dengan
adanya pintu ianya memudahkan manusia keluar masuk dan melakukan sebarang aktiviti
dengan lebih mudah dan teratur.Pintu boleh diperolehi dengan perbagai bentuk,saiz,jenis dan
warna yang mana ianya mengikut citarasa pemilik bangunan.
14