Transcript
Page 1: teknik-teknik cantuman

Teknik Cantuman

Cantuman adalah satu proses pembiakan tampang (vegetative) bagi tumbuh-tumbuhan yang sesuai untuk dibiakan dengan cara mengambil sebahagian tunas dari pokok induk yang digabung dengan pokok anak benih penanti. Pembiakan ini dijalankan bagi mendapatkan anakbenih tanaman yang menyerupai ciri-ciri pokok induk yang baik seperti tahan penyakit, hasil yang tinggi, mudah diurskan dan sebagainya.

Bagi tumbuh-tumbuhan yang membiak melalui biji, terdapat kelemahan yang telah dikenalpasti. Diantara nya ialah buah terhasil menerusi proses pendebungan yang tidak lengkap. Ini berlaku apabila pendebungaannya berlaku dihasilkan oleh debunga jantan dari pokok yang sama jenis tetapi bukan dari pokoknya sendiri. Biji dan seterusnya anak pokok yang terhasil dari kaedah ini tidak mempunyai sifat-sifat induknya yang asal. Selain dari itu pembiakan biji juga didapati tempoh matangnya (berbuah) adalah lebih panjang. Bagi mendapatkan benih yang baik dan mengikut kualiti pokok bakanya, teknik atau kaedah pembiakan tampang diamalkan.

Pembiakan tampang dilakukan dengan mengambil bahagian-bahagian pokok yang terpilih daripada pokok-pokok yang berbaka baik, sihat dan telah beberapa kali berbuah. Bahagian-bahagian pokok yang boleh digunakan ialah mata tunas, ranting dan pucuk mengikut kesesuaian kaedah yang hendak digunakan. Kebaikan cara ini seperti dapat mempercepatkan kematangan pokok, ciri-ciri pokok seperti induknya, murah, cepat matang, jangka masa yang singkat dan sebagainya.

Kaedah-kaedah pembiakan tampang.

1. Cantuman mata tunas2. Cantuman baji (cantuman appolo)3. Cantuman sanding4. Tut pada pokok dewasa (macot)5. Keratan

Page 2: teknik-teknik cantuman

1. Cantuman mata tunas

Cantuman mata tunas adalah diantara kaedah pembiakan tampang yang mudah dan banyak diamalkan oleh para petani dan juga mereka yang mengusahakan tapak semaian pokok buah-buahan. Kejayaan kaedah ini lebih tinggi iaitu mencapai 80% hingga 90% bergantung pada jenis pokok, kemahiran penjagaan. Jenis-jenis pokok yang boleh dibiakkan dengan keadah ini adalah terdiri daripada pokok buah-buahan berbatang keras.

Peralatan asas yang diperlukan:

Anak benih dalam polibeg - pokok penanti Pisau cantuman Pita cantuman Mata tunas dari pokok yang telah dipilih

dan Gunting pokok

1.1 Persiapan

Sediakan sepokok anak benih yang mempunyai saiz lilitan batangnya diantara 3cm hingga 4cm. Anak benih ini hendaklah yang tumbuh sihat dalam polibeg. Jangan gunakan anakbenih yang sedang berpucuk muda kerana ini akan menyukarkan kerja-kerja mengopek kulit dari batangnya. Anak benih ini diistilahkan sebagai pokok penanti.

1.2 Cara mencantum

Dengan menggunakan pisau cantuman , buat kelaran lintang 1/3 daripada lilitan batang. Jarak kelaran dengan permukaan tanah didalam polibeg hendaklah di antara 12 hingga 15 cm. Buat 2 kelaran dikiri dan kanan ke bawah sepanjang 2.5 cm. Dengan menggunakan pisau cantuman, kopek kulit daripada batang bermula bermula dari kelaran lintang kebawah. Sekarang pokok

Page 3: teknik-teknik cantuman

penanti telah pun siap untuk dibuat cantuman.Pilih ranting dari pokok baka yang baik, sihat dan telah beberapa kali berbuah. Saiz ranting hendaklah lebih kecil daripada batang pokoki penanti. Kemudian daun-daun yang ada pada ranting hendaklah dipotong dengan berhati-hati supaya tidak mencederakan mata tunas yang terdapat diantara tangkai daun dengan ranting.Kelar memanjang dikiri dan juga kanan tunas lebih kurang 2.5 cm dan juga melintang sepanjang 1.5 cm dikedua-dua hujung bahagian kelaran memanjang.

Dengan menggunakan pita cantuman, balut batang pokok penanti bermula dari bahagian bawah tapak cantuman keatas. Semasa membalut, pastikan pita cantuman tidak mengenai mata tunas. Matikan ikatan pita cantuman setelah membalut 3 cm hingga 4 cm diatas daripada mata tunas.

Page 4: teknik-teknik cantuman

1.3 Penjagaan

Anak pokok yang telah dicantum diletakkan dibawah lindungan dan disiram 2 kali sehari terutamanya pada musim panas. Pita cantuman hendaklah dibuka setelah selepas 2 hingga 3 minggu. Untuk memastikan kejayaan cantuman, kelarkan sedikit kulit mata tunas dengan pisau cantuman. Anak pokok yang telah dicantum diletakkan dibawah lindungan dan disiram 2 kali sehari terutamanya pada musim panas. Pita cantuman hendaklah dibuka setelah selepas 2 hingga 3 minggu. Untuk memastikan kejayaan cantuman, kelarkan sedikit kulit mata tunas dengan pisau cantuman. Sekiranya didapati kulit mata tunas bewarna hijau, ini bererti cantuman yang telah dibuat telah pun berjaya. 7 hari kemudian, potong batang pokok penanti dengan menggunakan gunting pokok lebih kurang 15 cm dari paras cantuman. Ini perlu dilakukan untuk mengurangkan pertumbuhan pucuk dipokok penanti dan bagi menggalakkan petumbuhan tunas pada bahagian cantuman.

Selepas 2 minggu, potong sebahagian lagi batang pokok penanti iaitu 2.5 cm dari paras cantuman. Ini akan membantu pembesaran pucuk mata tunas. Penanaman diladang bolehlah dilakukan apabila anak benih berumur diantara 8 hingga 10 bulan selepas cantuman dibuat. Dalam tempoh itu penjagaan hendaklah dibuat seperti biasa. Siraman perlu dilakukan 2 kali sehari dan merumput mesti dilakukan 1 bulan sekali diikuti dengan membaja setiap kali selepas kerja-kerja merumput.

Page 5: teknik-teknik cantuman

Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk kanan, tanggalkan kulit tunas daripada ranting. Mata tunas dapat dilihat disebelah dalam kulit tunas dan pastikan tunasnya tidak cacat ataupun tertinggal pada kayu ranting. Kulit tunas ditampalkan dibahagian tetingkap yang telah dibuat terlebih awal pada pokok penanti. Cantuman mata tunas adalah satu kaedah pembiakan yang paling mudah dan boleh dijadikan satu perniagaan. Terdapat lebih 750 nurseri atau Perniagaan Tapak Semaian di Malaysia yang manjalankan cantuman sebagai kaedaah pembiakan tanaman. Bagi mereka yang minat untuk belajar berkaitan Teknik dan Teknologi Cantuman boleh bertanya kepada Jabatan Pertanian untuk mengetahui bila kursus cantuman akan diadakan.

Page 6: teknik-teknik cantuman

2. Cantuman Baji

2.1 Penyediaan pokok penanti

Biji benih matang disemai di dalam kotak semaian berpasir.  Percambahan bermula 3-4 minggu.  Anak benih yang mempunyai 2 helai daun dialih ke dalam beg plastik bersaiz 20 cm x 30 cm berisi tanah campuran 3:2:1 (tanah atas: pasir : baja organik).

Pokok penanti yang sesuai dicantum setelah berumur 10 bulan atau  15 cm tinggi.  Bahagian pucuknya dipotong dengan menggunakan pisau cukur sepanjang 8-10 cm dari pangkal pokok.  Pastikan bahagian pucuk yang tinggal masih berwarna hijau.  Kemudian batang pokok penanti dibelah dua sepanjang 2 cm dengan pisau cukur tadi.

2.2 Penyediaan tunas pucuk

Pucuk yang sihat berukuran 8-10 cm panjang berwarna hijau keperangan dan berdaun daripada klon terpilih sebagai sion.  Pucuk direndam di dalam larutan hormon seperti Pantas atau Indole Butyric Acid selama 10-15 minit dan dikeringkan dengan kain bersih.  Dengan menggunakan pisau nipis, pangkal pucuk dipotong berbentuk baji atau V.  Permukaan yang dipotong hendaklah rata dan licin serta berukuran kira-kira 2 cm panjang.  Daun-daun dikerat separuh.  2.3 Penyisipan pucuk ke pokok penanti

Pucuk akan disisipkan pada pokok penanti yang telah dibelah dengan kemas.  Cantuman ini diikat tali rafia yang halus.  Pokok yang telah dicantum ditutup dengan sarong plastik dan diletakkan di bawah lindungan.  Beg plastik ini boleh ditanggalkan selepas didapati pucuk baru keluar pada tunas atau 1 bulan selepas cantuman.  Ikatan tali boleh dibukakan selepas 1 1/2 hingga 2 bulan atau apabila didapati percantuman antara tunas pucuk sion dan pokok penanti telah kukuh.  Anak cantuman baji yang telah berjaya boleh dialih ke ladang setelah berukur 5-6 bulan.

Page 7: teknik-teknik cantuman

3. Cantuman sanding

Dilakukan terhadap dua batang pokok yang bersaiz hampir samakedua-dua sion dan pokok penanti dihiris selebar 2-3 cm, kemudian ditemukan supaya bahagian kambium bertemu dengan baik

ikat tempat cantuman dengan pita pada masa ini sion masih mendapat bekalan nutrien dari pokok induknya

Penjagaan pokok cantuman         

setelah dicantum, letakkan di tempat yang teduh siram dua kali sehari pokok dilabel tarikh cantuman, kaedah dan jenis cantuman selepas 10-14 hari tanggal serkup plastik pada cantuman baji untuk pastikan kejayaannya apabila cantuman sanding berjaya, potong sion daripada pokok induknya bagi

membolehkannya membesar bersama pokok penanti

Page 8: teknik-teknik cantuman

4. Tut (macot)

Teknik pembiakan yang dilakukan pada dahan atau ranting yang masih terlekat pada induk

Bahagian yang terlibat mendapat makanan dan air dari pokok induk Apabila tut telah berjaya, ia dipisahkan daripada pokok induk Kelebihan tut

     i.      Ciri pokok induk diwarisi sepenuhnya    ii.      Tanaman baru lebih cepat matang

Kekurangan tut - Tidak boleh dibiakkan dalam kuantiti yang banyak pada sesuatu

pokok induk - Tanaman lebih mudah tumbang kerana tidak mempunyai akar

tunjang - Memerlukan kemahiran membuat tut

Medium pengakaran - nisbah yang sesuai ialah 1 bahagian tanah loam dan 1 bahagian

bahan organic - medium digaul rata dan dicampur sedikit air supaya melekit untuk dibentuk bebola

Pemilihan dan penyediaan dahan

o pilih dahan pokok induk yang sihat, ukuran diameter 1 cm dan tiada ranting kecil

pada bahagian yang hendak dilakukan tuto buat dua kelaran mengelilingi dahan pada jarak 2.5 - 5 cm

o kopek kulit antara kelaran tersebut dan kikis lapisan kambium untuk mengelakkan

kulit bercantum semula

Page 9: teknik-teknik cantuman

o sapukan hormon penggalak akar pada bahagian atas

o bentuk medium seperti bebola 5 cm diameter

o bahagikan bebola kepada dua bahagian dan lekapkan pada bahagian yang dikikis

o kejapkan medium pada dahan dan balut dengan plastik lut sinar

o ikat kedua-dua hujung bahagian yang telahdibalut

Penjagaan tuto ranting yang dibuat tut akan mula berakar setelah beberapa minggu

o rekodkan

- Tarikh membuat tut- Tarikh tut mengeluarkan akar- Kira peratus kejayaan tut

Mengubah anak pokok  o tut akan berakar dalam masa 1-3 bulan

o tut yang berjaya boleh diubah ke polibeg atau pasu

o potong dahan bahagian bawah tut untuk asingkan dari induk

o buang plastik lut sinar sebelum anak pokok ditanam untuk membolehkan akar

berkembang

Page 10: teknik-teknik cantuman

5. Keratan

Menggunakan bahagian tumbuhan seperti batang, ranting dan dahan tanaman

5.1 Jenis keratan batang

Keratan Kayu Lembut o bahagian termuda sekali atau masih hijauo panjang keratan 10-15 cm, 2-3 helai daun

Keratan Kayu Sederhana o bahagian dahan atau ranting yang baru matango panjang keratan 10-20 cm, beberapa helai daun

Keratan Kayu Keras o bahagian batang atau dahan yang telah matango semua daun hendaklah dibuang

5.2 Medium Penyemaian

medium mpunyai saliran baik, gembur, tdak mgandungi biji benih rumpai & agen penyakit serta serangga                                      

o medium yang sesuai 1 bahagian pasir dan 1 bahagian bahan organik

Hormon pengakaran o digunakan untuk membantu dan menggalakkan pengeluaran dan

pertumbuhan akar

Page 11: teknik-teknik cantuman

o jenis hormon Seradix 1, 2, 3 dan Hormoton A dan B  

o Menyemai keratan sebelum menyemai, celup bahagian bawah keratan dengan hormon penggalak akar

o masukkan ke dalam lubang atau alur yang disediakan

Pembentukan akar o akar keratan akan mula tumbuh dalam masa 1 minggu hingga 6 mingguo keratan yang tidak mudah dicabut menunjukkan ianya telah mula berakar


Top Related