B) Demonstrasi
Tujuan main peranan jenis ini ialah bagi mendemonstrasikan sesuatu situasi
atau peristiwa supaya ia dapat dicontohi atau diambil iktibar oleh murid (role model).
Selalunya terdapat pelbagai pengetahuan baru dan nilai-nilai dimasukkan dalam aktiviti
demonstrasi yang dijalankan.
Sebagai contoh, dapat diadakan satu demonstrasi bagaimana cara dan
perlakuan seseorang budak memberi salam kepada orang yang lebih tua. Contoh yang
lain adalah demonstrasi bagaimana guru mengajar murid-murid mengenai cara
perlakuan bertutur yang betul dalam pelbagai situasi yang dihadapi.
Pelaksanaan main peranan ini ialah demonstrasi dijalankan oleh guru, murid
atau orang luar mengenai sesuatu situasi. Selalunya aktiviti demonstrasi dimainkan
oleh dua hingga empat orang pemain sahaja.
Implikasi daripada main peranan jenis ini ialah penglibatan emosi dalam
kalangan murid ialah minimum serta tumpuan murid adalah kepada teknik yang
ditunjukkan.
Semasa tindakan susulan, guru perlulah memastikan murid dapat mengesan
tingkah laku yang diingini dan yang tidak diingini dalam satu-satu situasi. Hal ini
bertujuan bagi memastikan murid dapat menerima mesej yang ingin disampaikan
dalam aktiviti tersebut.
C) Latihan :
Tujuan main peranan jenis ini ialah bagi melatih murid tentang kemahiran-
kemahiran tertentu. Proses melatih kemahiran ini adalah bersifat menarik daripada
proses melatih kemahiran yang biasa kerana ianya melibatkan aktiviti lakonan
daripada murid-murid.
Antara contoh aktiviti yang dapat dijalankan ialah lakonan latihan kemahiran
berkomunikasi antara murid dengan guru, jurujual dan guru besar. Dalam aktiviti ini,
murid dapat dilatih cara berkomunikasi yang betul dengan orang lain yang mempunyai
pelbagai status dan jantina.
Cara pelaksanaan main peranan ini ialah perlu dilakukan persediaan awal
terlebih dahulu untuk memulakan main peranan jenis ini. Persediaan tersebut perulah
dilakukan dengan teliti dan terperinci. Kemudian, murid pula perlu memahami tentang
perancangan yang telah dibuat serta peranan yang akan dimainkan oleh mereka nanti.
Murid akan diberi panduan tentang perkara yang perlu dan tidak perlu dilakukan oleh
guru semasa aktiviti memain peranan.
Implikasi daripada main peranan jenis ini ialah murid yang memain peranan
mungkin beremosional, oleh itu guru perlu segera mengawal keadaan jika berlaku
sesuatu yang situasi terlampau. Selain itu, main peranan jenis ini mungkin dijalankan
berulang kali untuk membiasakan murid dengan sesuatu situasi tersebut. Murid juga
boleh mengalami tiga keadaan dalam main peranan jenis ini. Contoh keadaan pertama
ialah dengan meletakkan murid berada dalam situasi memesan makanan dari jurujual.
Contoh keadaan kedua ialah murid meniru perlakuan murid lain yang berlainan jantina,
umur dan bangsa. Contoh keadaan ketiga ialah murid meletakkan diri murid dalam
peranan yang dia jarang alami seperti menjadi seorang jurujual, doktor, polis,
pengerusi dan sebagainya.
Semasa tindakan susulan, guru perlu melihat sama ada murid telah memperoleh
atau tidak kemahiran-kemahiran yang dikehendaki. Sekiranya kemahiran tidak
diperoleh, main peranan ini diulangi beberapa kali sehingga murid benar-benar
memperoleh kemahiran-kemahiran yang dikehendaki.
D) Cerminan
Tujuan main peranan jenis ini ialah untuk menunjukkan kepada murid bagaimana
tingkah laku mereka dilihat oleh orang lain disekeliling mereka. Pemain akan
menunjukkan tingkah laku sebenar yang terdapat dalam diri mereka apabila berada
dalam sesuatu situasi yang telah ditetapkan. Orang lain yang berada di sekeliling
pemain akan memerhatikan lakonan pemain dan memberi maklum balas.
Contoh aktiviti yang dapat dijalankan untuk main peranan jenis ini ialah lakonan
seorang murid memujuk emaknya membuat sesuatu perkara yang diminta untuknya.
Murid-murid lain yang menonton akan memerhatikan lakonan tersebut serta memberi
maklum balas terhadap tingkah laku yang akan muncul daripada pemain apabila
berada dalam situasi yang ditetapkan.
Impikasi daripada main peranan jenis ini ialah murid dapat memahami
tingkahlaku yang sesuai untuk satu-satu situasi. Selain itu, murid akan diberitahu
objektif main peranan tersebut tetapi tidak diberi arahan bagaimana mengatasi situasi.
Oleh itu, murid akan belajar sendiri bagaimana hendak menghadapi satu-satu situasi.
Hasilnya ialah tingkah laku sebenar mereka akan dilihat.
E) Kepekaan
Tujuan main peranan jenis ini ialah bagi menyedarkan murid tentang perasaan
mereka terhadap sesuatu situasi yang berlaku atau rangsangan daripada orang lain.
Contoh aktiviti yang dapat dijalankan bagi main peranan jenis ini ialah lakonan
seorang murid dipanggil oleh guru besar kerana melakukan kesalahan di sekolah.
Contoh yang lain adalah seperti lakonan seorang murid ditahan oleh pihak polis
semasa berjalan-jalan di pasar.
Implikasi daripada aktiviti ini ialah murid dapat memahami perasaan mereka
apabila mereka berada dalam sesuatu situasi yang baru bagi mereka. Murid juga akan
sedar tentang perasaan mereka dan dapat memahami perasaan orang lain dalam
berbagai-bagai situasi. Hal ini dapat menjadikan murid lebih peka terhadap perasaan
diri dan orang lain dalam sesuatu situasi yang berlaku. Seandainya lakonan yang
dijalankan melibatkan situasi yang menyedihkan, maka perasan yang mungkin akan
timbul daripada murid-murid ialah rasa sedih dan simpati.
Semasa tindakan susulan, guru bolehlah mencungkil reaksi dan perasan murid.
Guru mungkin boleh memberitahu murid sama ada sesuatu perasaan itu wajar atau
tidak bagi situasi yang mereka hadapi. Seandainya sesuatu perasaan itu wajar bagi
situasi yang dihadapi, guru perlu menyatakan sebabnya dan jika sebaliknya, guru juga
perlu menyatakan sebabnya.