Download - Tayamum tingkatan 1
PENDIDIKAN ISLAM
PENDIDIKAN ISLAM
TAYAMUM
NUR SAYYIDAH AS-SYURA MOHD KAMILAN
NURUL SYAFIQAH OTHMAN
Tayammum ialah menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua belah tangan hingga ke siku dengan syarat-syarat yang tertentu beserta dengan niat.
Tayammum ialah ganti wuduk atau mandi disebabkan keuzuran.
Tayammum merupakan rukhsah untuk beribadat.
KONSEP TAYAMUM
HUKUM TAYAMUM
Bagi orang yang tidak boleh menggunakan air atau ketika ketiadaan air untuk menunaikan solat dan tawaf
WAJIB
SEBAB – SEBAB TAYAMUM
Ketiadaan air atau ada air tetapi hanya untuk keperluan makan dan minum sahaja
Tidak boleh menggunakan air disebabkan sakit
SYARAT TAYAMUM
Masuk waktu solat
Debu tanah suci daripada najis
Debu mestilah kering dan tidak bercampur
lumpur atau kapur
Menghilangkan najis sebelum bertayammum
RUKUN TAYAMUM
Berniat ketika menyapu debu ke muka
Menyapukan debu tanah sekali ke muka
Menyapu debu ke tangan sehingga ke siku
Tertib iaitu menyapu muka dahulu kemudian
menyapu kedua-dua belah tangan sehingga ke siku
SUNAT – SUNAT TAYAMUM
Membaca ‘ Bismillahirrahmanirrahim ‘Mengadap qiblatMenipiskan debu di tapak tangan sebelum menyapu muka atau tanganMendahulukan menyapu muka tangan kanan daripada tangan kiriBerturut-turut antara menyapu muka dan tanganMerenggangkan jari semasa menekap debu
PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMUM
Semua perkara yang membatalkan wuduk
Ada air sebelum solat jika bertayammum kerana tiada air
CARA BERTAYAMUM1. Membersihkan anggota tayammum dan badan daripada najis
dan kekotoran.2. Tekapkan kedua-dua tapak tangan ke debu kemudian
sapukan debu ke muka dari bahagian atas ke bawah.3. Bersihkan debu yang telah digunakan untuk menyapu muka.4. Tekapkan tapak tangan ke debu, kemudian sapukan debu di
tangan kiri ke tangan kanan bermula dari belakang tapak tangan sehingga ke siku
5. Kemudian sapukan debu tanah di tangan kanan kepada tangan kiri bermula dari belakang tapak tangan sehingga ke siku
TAHUKAH ANDA ?
Sekali tayammum hanya untuk satu
solat fardhu dan beberapa solat sunat
sahaja.