Mengenal Tasawuf dan Tarekat172
TARIQAH DALAM ISLAM
MUQADDIMAH
Segala puji kami panjatkan kehadirat Allah subhanahu wa ta’alaatas pengurniaan jalan tariqah yang bertujuan menyempurnakandasar penghambaan kepadaNya serta menjadi penyebabterbukanya pintu-pintu hati insan menuju ke samudra rasa cintakepadaNya. Selawat dan salam kami sampaikan kepada junjunganbesar, Nabi Muhammad saw yang telah menunjukkan jalantariqah ini serta memberikan contoh melalui liku-liku hidupnyadalam menempuh jalan menuju kepadaNya. Juga kepada parasahabat, keluarga beliau serta para tabi’ tabi’in sehingga para auliya’dan ulama pada masa ini yang mengekalkan dan mempraktikkanajaran beliau bagi tujuan mencapai keredhaan Ilahi Rabbi.
Dunia Tasawuf telah berkembang begitu luas sekali dan telahdiwarisi oleh para tokoh-tokoh Sufi sejak kewafatan Baginda NabiMuhammad saw. Berbicara tentang Tasawuf yang salah satuajarannya mengupas masalah Tariqah, akan timbul pertanyaanapakah hal tersebut ada dalam ajaran Islam.
Dalam ajaran tasawuf diterangkan bahawa syariat hanyamembicarakan kaedah rukun dan syaratnya suatu ibadah, sedangTariqahlah yang merupakan jalan yang membawa sesorang untuktaqarrub kepada Allah. Apabila seseorang mampu menyelaraskanantara syariat dan tariqah, maka ia akan menuju hakikat ibadahuntuk selanjutnya tercapailah apa yang dinamakan makrifatullah.
Dalam perkara ini, seorang tokoh sufi, As-Syeikh Abul QasimJunaid Al-Baghdadi pernah berkata bahawa :
“Semua Tariqah (Tasawuf) itu tidak akan berhasil jika tidakdilakukan segala ajaran Nabi yang merupakan sumber Tariqah.”
Bab 9
172
Kandungan
Kandungan
173Tariqah Dalam Islam
Maka kami mebentangkan dalam bab ini sedikit pengetahuantentang Tariqah agar ianya menjadi pembuka jalan bagi kitauntuk meningkat taqarrub kita terhadap Allah yang MahaMencipta.
DEFINASI DAN PENGERTIAN TARIQAH
Tariqah Pada BahasaKalimah Thariq berasal dari kekata “tharaqa” yang bererti
memukul/memanjangkan, menyisir, mengetuk, melalui,mengucapkan, serta datang di malam hari. Thariq bererti tempatberlalu yang luas dan panjang, melebihi luas jalan. Ia juga berertijalan yang ditempuh oleh kelompok sufi, dijamakkan menjadithuruq.
Erti Thariq sama dengan tariqah yang bererti jalan, haluanatau mazhab. Tariqah juga mempunyai erti yang menunjuk padasegolongan orang-orang yang dipandang mulia. Iaitu orang-orangyang dihormati dan diikuti oleh masyarakat kerana keluhuranjiwanya. Pada masyarakat Arab biasanya digunakan kata-kata‘tariqah al-qaum’ yang bererti suri tauladan dan pilihan merekaiaitu orang-orang yang dijadikan oleh sesuatu masyarakat sebagaiikutan. Maka masyarakat tersebut mengikuti jalan mereka.
Tariqah Pada IstilahDalam Ilmu Tasawuf, Tariqah merupakan satu jalan atau
kaedah yang ditempuh menuju keridhaan Allah swt denganamaliah zahir dan bathin sepertimana yang terkandung dalamkeluasan Ilmu Tasawuf. Adapun ikhtiar menempuh jalan itu lebihdikenali dengan istilah Suluk. Sedangkan orang bersuluk itu puladipanggil Salik.
Dalam keterangan yang lain, dapat difahami bahwa tariqahitu adalah jalan atau petunjuk dalam melakukan sesuatu ibadahsesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dandikerjakan oleh para sahabat Nabi Muhammad saw, Tabi’in, Tab’i
Kandungan
Mengenal Tasawuf dan Tarekat174
Tabi’in turun temurun sehingga sampai kepada para ulama danguru-guru. Guru-Guru yang memberikan petunjuk dan bimbinganini dinamakan Mursyid. Mursyid peranannya membimbing danmengajar muridnya setelah memperolehi ijazah dari gurunya pulasebagai tersebut dalam silsilahnya. Dengan demikian ahliTasawuf berkeyakinan bahwa hukum-hakam serta peraturan-peraturan dalam ilmu Syariah dapat dilaksanakan dengan sebaik-baik perlaksanaan melalui jalan Tariqah.
PENGGUNAAN KATA “TARIQAH” DALAM AL-QURAN
Di dalam Al-Quranul Karim, perkataan Tariqah digunakansebanyak 9 kali di dalam 5 surah. Pengertian tariqah di dalam Al-Quran mempunyai beberapa pengertian. Antaranya ialah:-
1. Surah An-Nisa’ : 168
‘Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan melakukankezaliman, Allah sekali-kali tidak akan mengampuni (dosa)mereka dan tidak (pula) akan menunjukkan jalan kepadamereka.’
2. Surah An-Nisa’ : 169
Kandungan
175Tariqah Dalam Islam
‘Melainkan jalan ke Neraka Jahannam; mereka kekal didalamnya selama-lamanya. Dan yang demikian itu adalahmudah bagi Allah.’
3. Surah Thoha : 63
‘Mereka berkata : Sesungguhnya dua orang ini adalah benar-benar ahli sihir yang hendak mengusir kamu dari negeri kamudengan sihirnya dan hendak melenyapkan kedudukan kamuyang utama.’
4. Surah Thoha : 77
‘Dan sesungguhnya telah Kami wahyukan kepada Musa:Pergilah kamu dengan hambaKu (Bani Israil) di malam hari,maka buatlah untuk mereka jalan yang kering di laut itu,kamu tidak usah khuatir akan tersusul dan tidak usah takut(akan tenggelam).’
5. Surah Thoha : 104
Kandungan
Mengenal Tasawuf dan Tarekat176
‘Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan ketikaberkata orang yang paling lurus jalannya di antara mereka:Kamu tidak berdiam (di dunia) melainkan hanyalah seharisahaja.’
6. Surah Al-Ahqaf : 30
‘Mereka berkata : Hai kaum kami, sesungguhnya kami telahmendengarkan kitab (Al-Quran) yang telah diturunkansesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnyalagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yanglurus.’
7. Surah Al-Mukminin : 17
‘Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamutujuh buah jalan (tujuh buah langit) dan Kami tidaklahlengah terhadap ciptaan (Kami).’
8. Surah Al-Jinn : 11
Kandungan
177Tariqah Dalam Islam
‘Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yangsoleh dan di antara kami ada (pula) yang tidak demikianhalnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza.’
9. Surah Al-Jinn : 16
‘Dan bahawasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atasjalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberiminum kepada mereka air yang segar (rezeki yang banyak).’
Jika diperhatikan 3 bentuk kekata tharaqa digunakan didalam Al-Quran. Bentuk tersebut adalah:
1) Thariq – Jalan yang ditetapkan atau jalan yang dilalui olehmanusia
2) Thariqah – Keutamaan atau kebenaran3) Tharaiq – Berbentuk jamak dari perkataan thariq dan
thariqah. Mempunyai dua makna iaitu :
Jalan yang nampakAliran atau keadaan
ASAL USUL TARIQAH
Nabi Muhammad saw sebagai guru pertama umat Islam telahmembuka jalan (tariqah) yang pertama dan telah menyem-purnakan tablighnya (penyampaiannya). Maka dengan ini tariqahkaum muslimin keseluruhannya berpokok pangkal dari tariqahNabi Muhammad saw. Segala amal ibadah yang kita lakukan atautariqah yang kita amalkan adalah petunjuk yang kita terima dariguru-guru kita. Mereka sebelumnya menerima dari para ulama.Para ulama sebelumnya menerima dari para Tabi’ Tabi’in. Mereka
Kandungan
Mengenal Tasawuf dan Tarekat178
pula telah menerima dari para tabi’in yang telah menerima darisahabat yang langsung menerima dari Rasulullah saw. Rasulullahsaw telah menerima segala ajaran pula dari Jibril as dan Jibril pulamenerimanya dari Allah swt.
Perlaksanaan sunnah Nabi Muhammad saw yang terkandungdalam Ilmu Fiqeh harus dilaksanakan melalui tariqah. Tidakmencukupi hanya dari keterangan hadis–hadis Nabi Muhammadsaw sahaja tanpa ada sahabat yang melihat cara perlaksanaan Nabisaw dalam sesuatu ibadah. Kemudian mereka pula menceritakankembali caranya kepada murid-muridnya iaitu para tabi’in danseterusnya. Apabila seseorang mempelajari ilmu Fiqeh sebenarnyaia sudah melakukan satu tariqah.
Apabila seorang guru mengajarkan ilmu sembahyangmisalnya, ia pasti mengajar, membimbing dan menunjukkan caraperlaksanaan yang betul, dengan niat yang sah, segala rukunsembahyang sehingga dapat sembahyang itu akhirnyadilaksanakan dengan sempurna. Semua bimbingan gurunya itudinamakan tariqah. Maka apabila perlaksanaan ibadah itumeninggalkan kesan pada jiwanya dan dikerjakan secaramaksimal, maka ia akan menjadi Haqiqah, sedangkan hasilnya,sebagai tujuan terakhir daripada semua perlaksanaan ibadah ituialah mengenal Tuhan sebaik-baiknya, atau dalam istilah Tasawufdisebut mencapai Makrifatullah.
Syariah dan Tariqah adalah tidak lain daripada mewujudkanperlaksanaan ibadah dan amal, sedangkan Haqiqah itumemperlihatkan ahwal dan rahsia tujuannya.
Dalam Ilmu Tasawuf penjelasan ini disebut: Syariah itumerupakan peraturan. Tariqah itu merupakan perlaksanaan.Haqiqah itu merupakan keadaan dan Makrifah itu adalah tujuanyang terakhir iaitu mengenal Allah swt.
Imam As-Syeikh An-Naqsyabandi mengatakan:
Kandungan
179Tariqah Dalam Islam
“Syariah itu segala apa yang diwajibkan, dan Haqiqah itu segalaapa yang diketahui. Syariah itu tidak boleh terlepas dari Haqiqah danHaqiqah pula itu tidak boleh terlepas dari Syariah.”
Imam Malik pula berkata:
“Barangsiapa mempelajari Fiqeh sahaja dengan tidak mempelajariTasawuf, maka ia fasik. Barangsiapa mempelajari Tasawuf sahajadengan tidak mengenal Fiqeh, maka dia itu zindiq. Barangsiapamempelajari serta mengamalkan kedua-duanya itu, maka dia itulahMutahaqqiq, iaitu ahli Haqiqah yang sebenarnya.”
PANDANGAN PARA ULAMA MENGENAI TARIQAH
Disini kami sertakan beberapa pengertian Tariqah yang diusulkanoleh para ulama.
Syekh Ahmad Khatib bin Abdul Latiff di dalam kitabnyaAl-Ayatul Baiyinat :
“Jalan kepada Allah dengan mengamalkan ilmu Tauhid, Fiqh danTasawuf”.
Tuan Hj Abdullah Ujong Rimba di dalam kitabnya IlmuThariqat dan Hakikat:
“Cara atau kaifiat mengerjakan sesuatu amalan untuk mencapaisesuatu tujuan’.
Dr Ahmad Tafsir di dalam artikelnya bertajuk Tarekat danHubungannya Dengan Tasawuf mengatakan :
“Sufi-sufi besar seperti Al-Junaid, Al-Qusyairi, dan Al-Ghazali telahmerintis jalan-jalan yang berisi kaedah-kaedah dalam usaha merekamasing-masing mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Kaedah-kaedahitu…disebut maqamat, yang jumlah dan urutannya berbeda antara sufiyang satu dengan sufi yang lain. Jalan itu sendiri oleh kaum sufi disebut Tariqah.”
Kandungan
Mengenal Tasawuf dan Tarekat180
SEJARAH TARIQAH
Islam merupakan agama lengkap yang menjangkau segala aspekhidup, sama ada dalam menyediakan keperluan rohani danjasmani manusia. Tujuan hidup manusia sesuai dengan fungsinyasebagai khalifah Allah swt di muka bumi ini adalah untukmencurahkan pengabdian yang sepenuhnya kepada Allah swt.
Amanah dan risalah agama tauhid telah berkembang turuntemurun sejak Nabi Adam sehingga ke junjungan kita NabiMuhammad saw. Rasulullah saw telah mempamerkan qudwayang baik menerusi ibadahnya, musyahadahnya, muraqabahnyadan segala tindak tanduknya. Ini jelas dapat dilihat dalam sejarahkehidupan Nabi Muhammad saw apabila diteliti.
Rasulullah saw telah membawa Islam ke suatu tahap yangsempurna dan menerapkan ajaran dasar iaitu tauhid ke dalamsetiap manusia yang mengesakan Allah swt. Diikuti pula denganperlaksanaan penghambaan melalui peraturan-peraturan agamadan syariat yang tercangkup dalam rukun Islam. Melalui contohhidup beliau, Rasulullah saw menjadi petunjuk terbaik dalamperlaksanaan ajaran-ajaran tuhan yang diwahyukan itu.
Contoh kezuhudan Rasulullah saw adalah satu tarikan pulabuat sebahagian besar para sahabat terutama Sayyidina AbuBakar ra, Sayyidina Omar ra, Sayyidina Uthman ra, Sayyidina Alira, Abu Zar Al-Ghiffari ra, Abu Hurairah ra dan ramai lagi untukmengikuti.
Para sahabat dan mereka yang mengikut ajaran Rasulullahsaw telah memperjuangkan Islam secara zahir dan batin. Semasapemerintahan Khulafa’ Ar-Rashidin, Islam telah tersebar luassehingga ke Mesir, Palestine, Syria, Iraq, Parsi, Byzantium danjuga ke setiap pelusuk negara yang lain.
Setelah berlalu zaman Khulafa’ Ar-Rashidin dan kerajaan BaniUmaiyyah, hampir semua para Khalifah yang menduduki takhtatelah meninggalkan kezuhudan dan kehidupan sederhana.Mereka telah terpesona dengan kehidupan mewah dan kekuasaan
Kandungan
181Tariqah Dalam Islam
sehingga mereka berani melakukan perbuatan-perbuatan yangtidak mengikut sunnah dan ajaran-ajaran Nabi Muhammad saw.
Perubahan sosio ekonomik dan politik pada zamanpemerintahan Bani Umaiyyah adalah titik tolak pelancaran suatualiran zuhud dan mengutamakan pembinaan rohani dalam Islam.Sebenarnya aliran itu, tidak berniat untuk mengemukakan sesuatuyang baru atau di luar lingkungan agama Islam. Merekasebenarnya rasa terharu dengan perpecahan umat yang berlakuketika itu dan merindukan suasana kehidupan yang murni sepertidi zaman Rasulullah saw.
Maka pada kebelakangan era pemerintahan Bani Umaiyyah,para zuhud tampil kehadapan terutama di Basrah dan Kufah.Disanalah Hassan Al-Basri dikenali sebagai penggerak Sufi yangterulung. Masa pemerintahan Abasiyyah pula bangkitlahgolongan-golongan Sufi yang menggerakkan konsep-konsepkerohanian. Pada zaman inilah sempadan Sufi mula melebar dariperlakuan zuhud ke peringkat ma’rifat ke lebih dalam. Ahlisejarah menetapkan Sheikh Ma’ruf Al-Karkhi sebagai ulama Sufiyang mengemukan aliran ini. Konsep Sufi ini diteruskan olehmereka seperti Abu Sulaiman Ad-Darani dan Zunnun Al-Masridan yang lainnya.
Kemunculan Imam Al-Ghazali pula menguatkan danmendokong usaha pemikir-pemikir Sufi. Beliau bertang-gungjawab menerapkan ilmu Tasauf dalam pemikiran dasar ilmuTafsir dan seterusnya menguatkan pengamalannya dalam Tariqah.
Tren yang berdasar luas dalam pergerakkan Tariqah di masapemerintahan Bani Abassiyah telah menarik ramai pengikutyang mempunyai latar belakang yang berbeza. Kemudianperkembangan Tariqah begitu cepat sekali. Di masa Al-Ghazali,Tariqah mencapai ekspresi yang lebih sistematik sebagai alatpenyampaian Sufi. Dua faktor bertanggungjawab mempeloporifenomena itu adalah Sheikh Tariqah dan para pengikutnya
Kandungan
Mengenal Tasawuf dan Tarekat182
sehinggalah Tariqah itu tersebar luas dan diamalkan di setiappelusuk bumi sehingga ke hari ini.
TUJUAN DAN POKOK TARIQAH
Tariqah sebagai organisasi para salik dan sufi, pada dasarnyamemiliki tujuan yang satu, iaitu Taqarrub (mendekatkan diri)kepada Allah swt. Akan tetapi sebagai organisasi, para salik yangkebanyakan diikuti masyarakat awam merupakan paraMubtadi’in, maka dalam tariqah terdapat tujuan-tujuan yang lainyang diharapkan dapat mendukung tercapainya tujuan pertamadan utama tersebut. Sehingga secara garis besar, dalam Tariqahterdapat tiga tujuan yang masing-masing melahirkan tatacara danjenis-jenis amalan kesufian. Ketiga tujuan pokok tersebut adalah:
1. Tazkiyatun Nafs (Penyucian Jiwa)Ia merupakan satu proses penyucian jiwa yang akanmenghasilkan ketenteraman, ketenangan dan rasa dekatdengan Allah swt dengan menyucikan hati dari segalakekotoran dan penyakit hati atau penyakit jiwa. Tujuan inimerupakan syarat yang harus dipenuhi oleh seorang salik atauahli tariqah. Bahkan dalam tradisi tariqah, Tazkiyatun Nafsini dianggap sebagai tujuan pokok. Dengan bersihnya jiwadari berbagai macam penyakit, akan secara langsungmenjadikan seseorang dekat kepada Allah swt.
Zikrullah (Mengingati Dan Menyebut Allah)Adapun jalan atau cara menjalani proses Tazkiyatun Nafs
ini adalah dengan Zikrullah (mengingat Allah). Zikrullahmerupakan amalan khas yang mesti ada dalam setiap Tariqah.Yang dimaksudkan dengan Zikir dalam sesuatu tariqahadalah mengingati Allah swt dan menyebut nama Allah swt,baik secara Jahar (lisan) atau secara Sirr (rahsia). Di dalamTariqah, zikrullah diyakini sebagai cara yang paling efektifuntuk membersihkan jiwa dari segala macam kekotoran dan
Kandungan
183Tariqah Dalam Islam
penyakit-penyakitnya sehingga hampir semua tariqahmenggunakan cara ini.Selain zikrullah, Tazkiyatun Nafs ini juga diperolehi dengan:
Mengamalkan Syariat
Melaksanakan amalan-amalan sunnah
Berperilaku zuhud dan wara’
2. Taqarrub (Mendekatkan Diri Kepada Allah swt)Taqarrub atau mendekatkan diri kepada Allah swt merupakanantara tujuan utama para sufi dan ahli tariqah. Ini diupayakandengan beberapa cara yang tersendiri. Cara-cara tersebutdilaksanakan di samping perlaksanaan dan upaya mengingatAllah (zikir) secara terus-menerus, sehingga sampai tidaksedetik pun seorang salik itu lupa kepada Allah swt. Antaracara yang biasanya dilakukan oleh para pengikut tariqahuntuk mendekatkan diri kepada Allah dengan lebih berkesanialah:
Tawassul & WasilahTawassul dan Wasilah dalam upaya mendekatkan diri
kepada Allah yang biasa dilakukan di dalam tariqah adalahsuatu cara (wasilah) agar pendekatan diri kepada Allah swtdapat dilakukan dengan mudah dan ringan. Di antara bentuk-bentuk Tawassul yang biasa dilakukan adalah meng-hadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada Syeikh yang memilikisilsilah tariqah yang diikutinya sejak Nabi Muhammad sawsampai kepada mursyid yang mengajar zikir kepadanya.
Muraqabah (Pengawasan)Muraqabah ialah duduk bertafakkur atau mengheningkan
perbuatan dengan penuh kesungguhan hati, dengan seolah-olah berhadapan dengan Allah swt. Meyakinkan diri bahawaAllah swt senantiasa mengawasi dan memerhatikannya.Sehingga dengan latihan Muraqabah ini, seorang salik akan
Kandungan
Mengenal Tasawuf dan Tarekat184
memiliki nilai Ihsan yang baik, dan akan dapat merasakankehadiran Allah swt di mana sahaja dan pada setiap masa.Khalwat & Uzlah (Mengasingkan Diri)
Khalwat atau uzlah adalah mengasingkan diri dari hirukpikuk urusan duniawi. Sebahagian tariqah tidak mengajarkanKhalwat ini dalam keadaan fizikal, kerana mengikut golonganini khalwat cukup dilakukan menerusi kehadiran hati(Khalwat Qalb). Sedangkan sebahagian tariqah yang lain,mengajarkan Khalwat atau Uzlah secara fizikal, sebagaipengajaran untuk membawa penuntutnya dapat melakukanKhalwat Qalb. Ajaran tentang khalwat ini dilaksanakandengan mengambil iktibar dari amalan Rasulullah saw padamenjelang masa pengangkatan kenabiannya. Dalamperlaksanaan Khalwat ini diisi dengan berbagai Mujahadahdemi mendekatkan diri kepada Allah swt. Dalam tradisisebahagian tariqah di rantau Nusantara ini, Khalwat ini lebihdikenali dengan Suluk.
3. Tujuan-Tujuan LainTariqah sebagai kumpulan yang menghimpunkan para calonsufi atau Salik, yang kebanyakannya terdiri dari masyarakatawam dan kedudukan mereka itu berperingkat Mubtadi’in(permulaan), maka dalam tariqah terdapat amalan-amalanyang menyesuaikan kepada keadaan masyarakat awam.Amalan-amalan tersebut bertujuan mengharapkan sesuatuimbalan ataupun pertolongan dalam melaksanakan tujuanpengamalan tersebut. Kadang kalanya amalan-amalan inilahyang biasanya memenuhi masa ruang para Salik. Di antaraamalan-amalan tersebut ialah :WiridWirid adalah suatu amalan yang harus dilaksanakan secaraistiqamah (berterusan), pada waktu-waktu yang khususseperti setiap selesai mengerjakan sembahyang atau pada
Kandungan
185Tariqah Dalam Islam
waktu-waktu tertentu yang lain. Wirid ini biasanya berupapotongan-potongan ayat, selawat atau pun nama-nama Allah.
Perbezaannya dengan zikir adalah kalau zikir itudiijazahkan oleh seorang Mursyid dalam proses Bai’ah atauTalqin atau Hirqah. Sedangkan wirid tidak semestinya harusdiijazahkan oleh seorang Mursyid dan tidak diberikan dalamsuatu proses perjanjian (bai’ah). Sedangkan dari sudut tujuanjuga memiliki perbezaan antara keduanya. Zikir hanyadilakukan satu-satunya untuk mendekatkan diri kepada Allahswt, sedangkan wirid biasa dikerjakan untuk kepentingan-kepentingan tertentu yang lain, umpama memohonkeberkahan rezeki, pertolongan dan sebagainya.
RatibRatib adalah amalan yang harus diwiridkan oleh para
pengamalnya. Tetapi Ratib ini merupakan kumpulan daribeberapa potongan ayat atau surah-surah pendek yangdigabungkan dengan bacaan-bacaan lain seperti Istighfar,Tasbih, Selawat, Asmaul Husna, Kalimah Thayyibah dalamsuatu jumlah yang telah ditentukan dalam pengamalan yangkhusus.
Ratib ini biasanya disusun oleh seorang mursyid besardan diberikan secara ijazah kepada para muridnya. Ratib inijuga biasa diamalkan oleh seorang dengan tujuan untukmeningkatkan kekuatan rohani dan merupakan wasilah(perantaraan) dalam doa untuk kepentingan hajat-hajat yangkhusus.
HizibHizib pula adalah suatu doa yang panjang, dengan
susunan perkataan dan bahasa yang indah disusun olehseorang sufi besar. Hizib ini biasanya merupakan doapelindung bagi seorang sufi yang juga diberikan kepadamuridnya secara ijazah. Hizib diyakini oleh kebanyakanmasyarakat Islam sebagai amalan yang dimiliki daya yang
Kandungan
Mengenal Tasawuf dan Tarekat186
sangat besar terutama jika diperhadapkan dengan ilmu-ilmughaib dan kesaktian.Manaqib
Manaqib sebenarnya adalah biografi seorang sufi besaratau wali Allah seperti As-Syeikh Abdul Qadir Jailani danSyeikh Bahauddin An-Naqsyabandi. Diyakini oleh parapengamal tariqah sebagai mempunyai suatu kekuatan rohanidan barakah. Bacaan Manaqib ini seringkali dijadikan sebagaiamalan, terutama untuk mengingati sejarah dan perjuanganpara waliyullah dan untuk tujuan terkabulnya segala hajat-hajat yang baik dan khusus.
Secara rumusan, pokok dari semua Tariqah itu ada lima :Pertama – Mempelajari ilmu pengetahuan yang bersangkut
paut dengan perlaksanaan segala perintah-perintah syara’.
Kedua – Mendampingi guru-guru dan teman setariqah untukmelihat bagaimana cara melakukan sesuatu ibadah.
Ketiga – Meninggalkan segala Rukhsah dan Ta’wil untukmenjaga dan memelihara kesempurnaan amal.
Keempat – Menjaga dan mempergunakan waktu sertamengisikannya dengan segala wirid dan doa guna kekhusyukandan kehadiran jiwa.
Kelima – Mengekang diri, jangan sampai keluar melakukanhawa nafsu dan supaya diri itu terjaga daripada kesalahan.
INTISARI DALAM TARIQAH
1. Guru atau MursyidSyeikh atau guru mempunyai kedudukan yang penting dalam
Tariqah. Ia juga sering dikenali dengan panggilan Mursyid (yangmemberi petunjuk). Seorang guru tidak sahaja merupakan seorangpemimpin yang mengawasi murid-muridnya dalam kehidupan
Kandungan
187Tariqah Dalam Islam
zahir dan pergaulan sehari-hari, agar tidak menyimpang daripadaajaran-ajaran Islam dan terjerumus kepada perbuatan maksiat,berbuat dosa besar atau kecil, yang segera harus ditegurinya.Akan tetapi peranannya juga lebih dari itu, adalah sebagaipemimpin kerohanian yang tinggi sekali kedudukannya dalamTariqah. Ia merupakan perantaraan dalam ibadah antara muriddan Tuhannya. Ini dikaitkan dengan peranan Rasulullah sawdidalam membimbing para sahabat menuju kepada penghambaankepada Allah.
Seorang syeikh dalam Tariqah membimbing muridnya denganmemberikan pengajaran zikrullah melalui proses Bai’ah (perjanjian).Dan kedudukan syeikh itu haruslah bersilsilah dengan para gurunyapula di mana dia memperolehi ajaran Tariqah tersebut.
Oleh kerana itu jabatan ini tidaklah dapat dipangku oleh or-ang sembarangan walaupun ia mempunyai pengetahuan yanglengkap tentang Tariqah. Di samping menerima ijazah dari gurusebelumnya sebagai penerus pemimpin tariqah, seorang syeikh ituharuslah mempunyai kebersihan rohani dan kehidupan bathinyang murni. Berbagai-bagai jolokan nama yang tinggi diberikankepadanya menurut kedudukannya. Antaranya:Mursyid Orang yang memberikan petunjuk (Irsyad)
Sheikh Nama yang sering dikaitkan sebagai guru, ketuaatau pemimpin
Murabbi Orang yang mengajarkan ilmu pendidikan (tarbiah)Maulana Gelaran ‘tuan’ guru yang sudah mencapai darjat
tinggi
Mua’allim Guru yang memberikan ilmu
Mudarris Pengajar atau pengurus satu pengajianMuaddib Guru yang mengajar adab atau tatasusila.
Manusia dipanggil ‘adib’ dalam hubungan denganKhaliq (Penciptanya)
Kandungan
Mengenal Tasawuf dan Tarekat188
Ustaz Gelaran biasa bagi seorang guru. Ia lazim sekalidigunakan dalam rantau sebelah sini, terutama diSingapura, Malaysia dan Brunei. Tetapi di Indone-sia sering ustaz itu dipanggil kiyai.
Nussak Orang yang mengerjakan segala amal dan perintahagama
Ubbad Orang yang ahli dan ikhlas mengerjakan segalaibadah
Imam Pemimpin bukan sahaja dalam soal ibadah, bahkanjuga dalam sesuatu aliran keyakinan
Sadah Bererti Penghulu. Gelaran ini juga kadangkaladiberikan kepada seorang guru sebagaipenghormatan atau orang yang dihormati dandiberi kuasa yang penuh.
2. Murid atau SalikPengikut sesuatu tariqah itu dinamakan murid, iaitu orang
yang menghendaki pengetahuan dalam segala amal ibadahnya.Murid itu terdiri dari lelaki dan perempuan, tua mahupun muda.Dalam tariqah, seorang murid itu tidak hanya berkewajipanmempelajari segala sesuatu yang diajarkan atau melakukan segalasesuatu yang dilatihkan guru kepadanya yang merupakan pokokasal dari ajaran-ajaran sesuatu Tariqah. Bahkan ia harus patuhdan beradab kepada syeikhnya, dirinya sendiri mahupun terhadapsaudara-saudaranya setariqah serta orang Islam yang lain. Segalasesuatu yang bertalian dengan itu, diperhatikan dengan sungguh-sungguh oleh Mursyid sesuatu tariqah, kerana kepadakeperibadian murid-muridnya itulah bergantung yang terutamaberhasil atau tidak perjalanan suluk tariqah yang ditempuhnya.Pelajaran-pelajaran kesufian dan latihan-latihan tariqah itu akankurang faedahnya, jika ianya tidak meninggalkan perubahan budipekerti dan peningkatan amaliah murid-murid itu.
Kandungan
189Tariqah Dalam Islam
3. Talqin dan Bai’ahTalqin dalam istilah Tasawuf adalah pengajaran dan
peringatan yang diberikan oleh seorang Mursyid kepada muridnyayang hendak mempelajari beramal mengikut perjalanantariqahnya. Manakala Bai’ah pula bererti perjanjian (‘ahad)kesanggupan kesetiaan seorang murid di hadapan gurunya untukmengamal dan mengerjakan segala amalan dan kebajikan yangdiperintahkan oleh gurunya.
Talqin dan bai’ah dalam perlaksanaan adalah sesuatu yangasas dan menjadi pokok pengamalan dalam tariqah. Seorangmurid sebelum mengamal, terlebih dahulu harus mendapatkanBai’ah dan berjanji dengan gurunya dengan penuh kesetiaan.
Dengan menjalani proses perjanjian ini, ia akan dapatmemberi kesan yang mendalam kepada orang yang menerimapengajaran itu dan dapat menguatkan tali ikatan perguruan danpersaudaraan kukuh yang tidak akan putus antara seorang muriddan gurunya juga meninggalkan pengertian yang sangat mendalamdan cara-cara serta adab yang akan ditinggalkan dalam ingatankedua belah pihak.
Kebiasaannya, seorang Syeikh atau Mursyid akanmemberikan pengajaran Zikrullah kepada muridnya sebagaiamalan pokok dalam tariqah. Zikrullah yang diajarkan berupakalimah Tauhid ‘La Ilaha Illallah’ diajarkan kepada murid dengancara pengamalan yang khusus, terutama melafazkan kalimah inidengan lafaz yang bersuara dan juga di dalam hati.
Inilah cara yang pernah dipelajari dan diambil oleh SayidinaAbu Bakar As Siddiq ra dan Sayidina Ali Bin Abi Thalib radaripada Rasulullah saw sehingga melaksanakan zikir dengankalimah ini dapat meresap teguh sampai ke dalam hati. Terdapatbanyak hadis yang menerangkan peristiwa Nabi Muhammad sawmengambil ‘ahad (perjanjian) pada waktu membai’atkan parasahabatnya, secara perseorangan dan berjamaah.
Kandungan
Mengenal Tasawuf dan Tarekat190
Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tabrani dari Syaddad Bin Ausbahawa Rasulullah saw pernah mentalkin sahabat-sahabat beliausecara berjamaah dan perseorangan. Pada suatu hari ketika kami beradadekat Nabi saw dan beliau bersabda, “Adakah di antara kamu orangasing?” (yakni Ahli Kitab). Maka saya menjawab: ‘Tidak ada’. LaluRasulullah saw berkata, “Angkatlah tanganmu dan ucapkanlah LaIlaha Illallah”. Lantas beliau menyambung, “Segala puji bagi Allahwahai Tuhanku, Engkau telah mengutus aku dengan kalimah ini danEngkau menjadikan dengan ucapannya kurnia syurga kepadaku danbahawa Engkau tidak sekali-kali memungkiri janji”. Kemudian beliaubertanya: “Ketahuilah, gembiralah. Sesungguhnya Allah swt telahmengampuni kamu sekelian.”
Terdapat juga sesetengah kumpulan tariqah yang menjalankanproses perjanjian dan talqin dengan cara yang berlainan iaitudengan Wasiat, Ijazah dan Khirqah.
Ijazah dan Wasiat merupakan kekuasaan seorang guru dalambentuk surat keterangan yang memberi kekuasaan kepada seorangmurid untuk mengamalkan sesuatu atau selanjutnya mengajarkanpengamalan tariqah itu kepada orang lain.
Manakala Khirqah pula berupa sepotong kain atau pakaianyang pada kebiasaannya dari bekas pakaian seorang guru yangdiberikan kepada murid atau memakainya sebagai mengikat ikatanperguruan dalam pengamalan tariqah. Ini akan menghasilkankeberkahan dan dianggap suci dan menjadi kenang-kenangan bagiseorang murid.
4. SilsilahSilsilah bagi seorang Syeikh atau Mursyid merupakan sesuatu
yang penting untuk mengajar dan memimpin sesuatu tariqah.Mereka yang menggabung diri kepada sesuatu tariqah, hendaklahmengetahui benar-benar nisbah atau hubungan guru-gurunya yangsambung-menyambung antara satu sama lain sampai kepada NabiMuhammad saw. Ini dianggap perlu dan sesuatu yang daruratkerana ia memberikan petunjuk kepada seorang murid. Bantuan
Kandungan
191Tariqah Dalam Islam
kerohanian yang diambil guru-gurunya itu harus benar, dan jikatidak berhubungan sampai kepada Nabi Muhammad saw, makabantuan itu dianggap terputus dan tidak merupakan warisandaripada Nabi saw. Seorang murid dalam tariqah hanya membuatperjanjian dengan gurunya dan tidak menerima Bai’ah, Talqin,Ijazah, Wasiat atau Khirqah tanda kesanggupan dan kesetiaan,kecuali kepada Mursyid yang mempunyai silsilah yang baik danbenar.
Silsilah itu merupakan hubungan nama-nama yang panjangyang satu bertalian dengan yang lain, dari kedudukan Mursyidhingga kepada Rasulullah saw. Barangsiapa yang tidak adahubungan dengan Nabi saw ia dianggap terputus limpahan cahayadan tidak menjadi waris Rasulullah saw. Orang yang demikiantidak dibolehkan mengambil Bai’ah daripadanya dan ia tidak bolehmemberi atau diberi Ijazah. Barangsiapa yang mengamalkantariqah tetapi tidak mengenal nenek moyangnya (silsilah) daripara Masyaikh, ia ditolak dan tidak diakui.
Setiap orang yang tidak mempunyai syeikh (Mursyid) yangmemberi bimbingan kepada jalan keluar dari sifat sifat tercela,maka dia dianggap maksiat kepada Allah dan RasulNya keranadia tidak dapat petunjuk mengenai jalan mengubatinya.Walaupun ia mengamalkan segala perkara yang bersifat aktifataupun menghafal seribu buku tidaklah bermanfaat dengan tidakberguru atau mempunyai Syeikh.
TARIQAH-TARIQAH YANG MU’TABARAH (YANGDIAKUI KEBENARANNYA)
Tariqah sebagaimana telah diakui dalam Ilmu Tasawuf sebagaijalan yang memberi petunjuk dan membawa seseorang itu kepadaTuhannya dengan pengabdian sebenarnya. Justru demikian, jalanuntuk menyampaikan kepada maksud dan tujuan itu terbentangluas dan banyak sekali. Kepelbagaian tariqah yang wujud danbermacam jenis, warna dan caranya tetap kembali yang matlamat
Kandungan
Mengenal Tasawuf dan Tarekat192
yang satu iaitu Taqarrub kepada Allah swt dan akhirnya mancapaiMakrifatullah.
Tariqah-tariqah sejak awal kewujudannya telah berkembangpesat dan diamalkan sehingga ke hari ini. Bilangannya banyaksekali. Ada tariqah-tariqah yang merupakan tariqah asas yangdibentuk oleh ahli-ahli Tasawuf, dan ada juga tariqah-tariqah yangmerupakan perpecahan daripada tariqah asas, telah dipengaruhioleh pendapat para masyaikh tariqah asas, telah dipengaruhi olehpendapat para masyaikh tariqah yang mengamalkannya dibelakangnya atau oleh keadaan setempat, keadaan bangsa yangmenganut tariqah-tariqah itu. Banyak diantara perpecahan tariqah-tariqah itu disusun atau diberi istilah-istilah yang sesuai dengantempat perkembangannya.
Dr Syeikh H.Jalaluddin, seorang pakar ilmu Tasawuf danseorang ahli tariqah,telah banyak menulis tentang perkembangantariqah-tariqah, antara lain tariqah-tariqah yang telah diakuikesahihannya. Beliau menerangkan tariqah-tariqah tersebut ialah:-1 Tariqah Qadiriyah
2 Tariqah Naqsyabandiyyah
3 Tariqah Syaziliyyah
4 Tariqah Ahmadiyyah
5 Tariqah Rifaiyyah
6 Tariqah Dasukiyyah
7 Tariqah Akbariyyah
8 Tariqah Maulawiyyah
9 Tariqah Qurabiyyah
10 Tariqah Suhrawardiyyah
11 Tariqah Khalwatiyyah
12 Tariqah Jalutiyyah
Kandungan
193Tariqah Dalam Islam
13 Tariqah Bakdasiyyah
14 Tariqah Ghazaliyyah
15 Tariqah Rumiyyah
16 Tariqah Jastiyyah
17 Tariqah Sya’baniyyah
18 Tariqah Kaisaniyya
19 Tariqah Hamzawiyyah
20 Tariqah Sya’baniyya
21 Tariqah ‘Alawiyyah
22 Tariqah ‘Usyaqiyyah
23 Tariqah ‘Umariyyah
24 Tariqah ‘Uthmaniyyah
25 Tariqah ‘Aliyyah
26 Tariqah Bakriyyah
27 Tariqah ‘Abbasiyyah
28 Tariqah Haddadiyyah
29 Tariqah Maghribiyyah
30 Tariqah Ghaibiyyah
31 Tariqah Hadiriyyah
32 Tariqah Syattariyyah
33 Tariqah Bayumiyyah
34 Tariqah ‘Aidrusiyyah
35 Tariqah Sanbliyyah
36 Tariqah Malawiyyah
37 Tariqah Anfasiyyah
Kandungan
Mengenal Tasawuf dan Tarekat194
38 Tariqah Sammaniyyah
39 Tariqah Sanusiyyah
40 Tariqah Idrisiyyah
41 Tariqah Badawiyyah
Sebagai contoh, kami bawakan diantara sejarah danperkembangan ringkas beberapa tariqah yang tercatit di atasberupa tariqah yang masih diamalkan sehingga ke hari ini dantermasyhur di rantau nusantara ini.
Tariqah SyaziliyyahNama pendiri tariqah ini ialah Abul Hassan Ali As-Syazili
dalam sejarah keturunannya dihubungkan dengan keturunanSayidina Hassan putera Sayidina Ali Bin Abi Thalib ra. Lahir diAmman, salah sebuah desa kecil di Afrika, berdekatan desaMansiyyah, dimana hidup seorang wali Sufi besar, As-SyeikhAbul Abbas Al-Mursi, seorang yang namanya tidak asing dalamdunia Tasawuf. Kedua-dua desa itu terletak di daerah Maghribi.
As-Syazili lahir pada tahun 573H. Beliau terkenal sebagaiseorang yang memiliki perwatakan yang baik, wajah yangmenunjukkan keimanan dan keikhlasan. Warna kulitnya sedangserta badannya agak panjang dengan bentuk wajahnya yang agakmemanjang. Menurut Ibnu Sibagh, bentuk badannya itumenunjukkan bentuk seorang yang penuh dengan rahsia-rahsiahidup. Menurut Abdul ‘Aza’im pula, As-Syazili adalah seorangyang ringan lidahnya, baik segala ucapannya sehingga segalaucapan yang keluar dari mulutnya mengandungi hikmah danpengertian yang besar dan mendalam.
Tariqah Syaziliyyah dibentuk dengan menisbah kepada namapengasasnya. Ia merupakan tariqah yang silsilahnya sambung-menyambung sampai kepada Hassan Bin Ali Bin Abi Thalib radan terus sampai kepada Rasulullah saw. Salah sebuah tariqahyang dikatakan termudah mengenal ilmu dan amal, mengenalahwal dan maqam, ilham dan maqal dengan mudah dapat
Kandungan
195Tariqah Dalam Islam
membawa pengikut-pengikutnya kepada jazab, mujahadah,hidayah, rahsia dan karamah.
Menurut kitab-kitabnya, Tariqah Syaziliyyah tidakmeletakkan syarat-syarat yang berat kepada Syeikh tariqah, kecualimereka harus meninggalkan segala perbuatan maksiat,memelihara segala ibadah-ibadah sunnah semampunya, zikirkepada tuhan sebanyak mungkin, sekurang-kurangnya seribu kalisehari semalam, istighfar sebanyak seratus kali sehari semalam,serta beberapa zikir yang lain. Kitab Syaziliyyah meringkaskansebanyak dua puluh adab, lima sebelum memulakan zikir. Duabelas dalam mengucapkan zikir dan tiga sesudah selesai berzikir.
Tariqah QadiriyyahTariqah ini didirikan oleh seorang wali sufi yang agung, As-
Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani. Beliau seorang yang alim danzahid, diberi gelaran Qutbul Aqtab. Seorang ahli fiqeh MazhabHambali yang terkenal, kemudian beralih kecenderungannyakepada ilmu tariqah dan menyelami alam kesufian. Sejarahtentang kehidupan As-Syeikh dengan segala macam karamahnyabanyak tercatit dalam kitab-kitab Manaqib As-Syeikh AbdulQadir Al-Jailani.
Ibnu Batutah menceritakan bahawa dalam zamannya sudahmulai dipergunakan orang tempat melakukan latihan-latihan suluk,dan latihan-latihan yang dilakukan di Baghdad itu menurut ajaran-ajaran As-Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani. Sehingga dengandemikian, ajarannya itu lama kelamaan merupakan satu mazhabSufi dan setiap murid yang telah menamatkan ajarannya sudahberoleh ijazah khirqah dan berjanji akan meneruskan danmenyiarkan ajarannya itu. Demikianlah diceritakan As-Suhrawardi dalam kitabnya ‘Awariful Ma’arif’ yang tertulis padahujung kitab Ihya Ulumuddin karya Imam Al-Ghazzali.
Tariqah mula berkembang pada awalnya di tanah Arab. AliBin Al-Haddad semasa waktu hidup As-Syeikh telah mulamenyebarkan tariqah ini di Yaman. Muhammad Batha’ berasal
Kandungan
Mengenal Tasawuf dan Tarekat196
dari Balbek, pula menyebarkan tariqah ini di Syria. Begitu jugaMuhammad Al-Yunani terkenal sebagai seorang penyair TariqahQadiriyyah di Balbek dan juga Muhammad bin Abdus Samadyang mewakli As-Syeikh Abdul Qadir sendiri untukmengembangkan tariqahnya di Mesir.
Demikianlah seterusnya ajaran Tariqah Qadiriyyahdisebarkan luas ke negara-negara lain. Ke Makkah, Turki, tersiarjuga ke Afrika Tengah, ke Asia sehingga membawa ke rantaunusantara kita ini.
Tariqah Qadiriyyah mempunyai zikir-zikir, wirid dan hizib-hizib yang tertentu. Wirid-wirid Tariqah Qadiriyyah termuatdalam kitab ‘Al-Fuyudat Ar-Rabbaniyyah’ karangan Abdullah BinMuhammad Al-Ajami, juga seorang sufi yang alim yang telahmencapai umur 183 tahun (527–721 H)
Pokok dasar Tariqah Qadiriyyah sama banyaknya denganTariqah Syaziliyyah iaitu terdiri dari lima asas yang penting. AsasTariqah Syaziliyyah itu terdiri dari lima perkara:-
Taqwa kepada Tuhan zahir dan bathinMengikut sunnah dalam perkataan dan perbuatanMenjauhkan diri dari makhluk di depan dan di belakang.Rela terhadap Tuhan dalam pemberiannya yang sedikitatau banyakKembali kepada Tuhan dalam waktu susah dan senang
Manakala asas pengajaran Tariqah Qadiriyyah pula ada limaperkara;
Tinggi cita-citaMemelihara kehormatanMemelihara hikmahMelaksanakan maksudMengagungkan nikmat dan keseluruhan ini semuaditujukan hanya kepada Allah swt semata-mata
Kandungan
197Tariqah Dalam Islam
Barangsiapa yang cita-citanya tinggi, maka tinggilahmartabatnya. Barangsiapa yang memelihara kehormatan Allah,maka Allah akan memelihara kehormatannya. Barangsiapa yangmemperbaiki khidmat, maka ianya wajib memperolehi rahmat.Barangsiapa berusaha mencapai tujuan dan cita-citanya, makaianya akan selalu memperolehi hidayat. Barangsiapa yangmembesarkan nikmat Allah bererti bersyukur kepadaNya.Barangsiapa bersyukur kepada Allah, akan memperolehitambahan nikmat yang dijanjikan Allah swt.
Tariqah Rifa’iyyahPengasas Tariqah Rifaiyyah adalah seorang sufi yang bernama
Rifa’I, pendiri tariqah ini. Tidak banyak lembaran sejarah yangmenulis tentang riwayat hidp As-Syeikh ini. Begitu juga IbnuKhalikan tidak banyak menulis tentang sejarah hidupnya. Lebihbanyak diutarakan beberapa catatan mengenai hidupnya dalamkitab tarikh Islam karangan Az-Zahabi, dalam Kitab TanwirulAbsar dan juga Qiladatul Jawahir.
Dari sejarah hidupnya, dapat kita ketahui bahwa tatkala iaberumur tujuh tahun, ayahnya meninggalkan Baghdad pada tahun419H. Lalu ia diasuh oleh bapa saudaranya Mansur Al-Bathaihiyang tinggal di Basrah. Menurut Imam Sya’rani dalam kitabnyaLawaqihul Anwar, bapa saudaranya itu adalah seorang Syeikhtariqah yang kemudian dinamakan menurut nama AhmadRifa’iyyah. Ia pernah menuntut juga dari bapa saudaranya yanglain, Abul Fadhl Ali Al-Wasithi mengenai hukum-hukum Islamdalam mazhab Syafie. Ia belajar dengan giat dalam segala bidangilmu hingga ke umur 27 tahun. Ia mendapat ijazah dari AbulFadhl dan Khirqah dari Mansur, yang telah menetap di UmmAbidah dan kemudian meninggal di sana pada tahun 540H.Ahmad tidak melepaskan keluarga ini dan banyak bergaul dengananak-anak Mansur yang kesemuanya ahli tariqah.
Tariqah Rifaiyyah ini yang pada awal-awalnya bermula di Iraq,kemudian tersiar luas ke Basrah, sampai ke Damshiq dan Istanbul
Kandungan
Mengenal Tasawuf dan Tarekat198
di Turki. Cabang-cabangnya yang terdapat di Syria ialah Hariyah,Sa’diyah dan Sayyadiyah. Cabangnya yang terdapat di Mesir pulaialah Baziyah, Malikiyah dan Habibiyah. Cabang Sa’diyah diSyria didirikan oleh Sa’duddin Jibawi (wafat 1335H) yangbercabang pula, masing-masing didirikan oleh Abdus Salamiyahdan Abdul Wafaiyah, Hariri cabang di Syria (wafat 1247 H).
KESIMPULAN
Keperibadian manusia telah disemai sebagai sebaik-baikpenciptaan yang Allah swt mengutamakan atas segala penciptaanyang lain. Kecemerlangan penciptaan yang dinamakan insan inimemerlukan panduan yang sebaik-baiknya baik mengharungibuaian gelora dunia. Tujuannya tiada lain melainkan supayainsan ini akan pulang ke pangkuan Tuhannya dalam keadaansebaik-baiknya sepertimana keadaannya ketika dalam mula-mulakejadian. Dengan motif mencapai kesempurnaan disisi Allahinilah, ilmu Tasawuf dan jalan Tariqah, para sufi mengutamakan.Tiada lain melainkan keredhaan Ilahi yang diharapkan, supayakepulangannya membawa kepada pengucapan salam dariPenciptanya.
Dengan ini kami akhiri pembentangan suatu khazanah Islamyang unggul ini dengan harapan ianya menjadi wasilah bagimencerminkan segelintir isi kandungan yang terkandung didalamilmu yang besar ini. Semoga ianya menjadi alat bagimendatangkan fahaman kepada ajaran Tasawuf dan Tariqah.Dengannya kami mengharapkan maghfirah dan hasanah dari SangPencipta, yang menjadi tujuan atas segala tujuan.
Kandungan